Tuesday, March 3, 2015

Izinkan Aku Terus Mencintaimu Bab 76- Bab 80

Bab 76
Majlis akad nikah antara Yasmine Hana dan Qhairul akan diadakan pada sebelah malam selepas maghrib di rumah pihak perempuan. Puan Sri Datin Hajar mulai resah bila Qhairul tidak juga muncul-muncul. Sewaktu dia pergi ke pejabat anaknya setiausahanya memberitahu kedua-dua bos sedang bercuti sebulan. Sewaktu sedang membelek-belek pakaian baju melayu anaknya, dua orang lelaki muncul di hadapan pintu banglo.
            “Assalammualaikum, ni kediaman Dato’ Qharul Azamin ke?” tanya salah seorang lelaki tersebut.
            “Ya, kenapa?”tanya Puan Sri Datin Hajar.
            “Dato’ Qhairul suruh ambil pakaian perkahwinan dia sebab dia nak bertolak dari rumah Dato’ Zamree esok” beritahu salah seorang lelaki tersebut.
            “Kenapa dia tak bertolak dari sini?”tanya Puan Sri Datin Hajar lagi.
            “Takut tak sempat kot sebab dia ada perjumpaan dengan klien sebelum tu”
            “Oklah kalau macam tu, nah ni baju dia, bawa elok-elok nanti kotor pulak”pesan Puan Sri Datin Hajar.
            Kedua-dua lelaki tersebut bergegas meninggalkan banglo tersebut sebelum wanita tersebut berubah angin dan menyoal yang bukan-bukan.
            “Mana mana?”tanya Roy sebaik sahaja kedua-dua lelaki tersebut masuk ke dalam kereta.
            “Satu kerja dah beres bos, dua lagi esok. Esok kita hias Dato’ Jofry Jambul kita mirip-mirip muka bos” balas Shawn lalu ketawa terkekek-kekek.
            Yasmine Hana terkejut bila tiba-tiba siang sebelum majlis akad nikah pada malam itu Qhairul menghubunginya.
            “Hello sayang! apa mimpi you tiba-tiba cal I ni, tak sabar lagi ke nak peluk I”
            Qhairul terus memutuskan talian telefonnya.
            “Sayang,  ambil baldi abang rasa nak muntahlah” Nisha tergelak mendengar kata-kata suaminya. Dia, Zamree dan Karina  turut mendengar suaran Yasmine Hana sebentar tadi kerana suaminya memasang load speaker.
Qhairul menghubungi semula Yasmine Hana.
            “Sorrylah Yas, bateri low sebab tu tiba-tiba putus”
            “Jadi, kenapa you cal ni” tanya Yasmine Hana lagi.
            “I nak minta tolong you satu benda sebelum kita kahwin, boleh tak?”
            “Boleh, banyak pun boleh asalkan you tak batalkan perkahwinan kita”
            “Tak, I kan lelaki budiman mana boleh buat macam tu” balas Qhairul sambil menahan gelaknya.
            “Tu sebabnya I sayang sangat pada you, jadi apa benda tu?”
            “Malam nanti waktu akad nikah, I minta majlis tu jangan gunakan lampu yang terang sangat, I mahu yang samar-samar sikit, I nak suasana yang nampak romantik, satu lagi I nervous sangat ni, kalau I nampak semua orang pandang I lagi I nervous, kalau nervous I takut I tak dapat cakap, kalau tak dapat cakap bererti kita tak jadi kahwin, you jangan keluar bilik waktu I akad nikah tu sebab I tak boleh pandang muka pengantin perempuan” ujar Qhairul panjang lebar sambil tersenyum sumbing.
            “Oh..semua tu small matter je, I ingat apa benda tadi, ok nanti I beritahu ayah I”
            “Thanks Yas kerana faham masalah I, I doakan you bahagia”
            “Bukan I je, kita bahagia”balas Yasmine Hana.
            “Ya moga I bahagia, bye Yas, bersedia untuk malam ni, I dah tak sabarni”
            “Gatalnya  you, bye sayang”
            “Sayang ambil baldi abang nak muntah lagi” Qhairul terus merebahkan tubuhnya di pangkuan isterinya. Zamree, Nisha dan Karina tergelak terkekek-kekek melihat gelagat Qhairul.
“Aku tak dapat nak bayangkan apa akan berlaku malam ni, kerja kau ni bahaya betullah rul, tak pernah dibuat orang” ucap Zamree sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
            “Orang tak buatlah aku nak buat, Yasmine tu memang nak kena ajar betul-betul, dia ingat aku ni Patung Cenlana ke”sahut Qhairul.
            Nisha tergelak.
            “Patung Cendanalah bang, buka Celana, Celana tu seluar” akhirnya mereka ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Nisha.
            “Kak Rina masak apa, Nisha dah lapar ni?” tanya Nisha pada Karina kerana Zamree menelefon Qhairul tadi menjemput mereka makan di rumahnya  tengah hari itu.
            “Ayam masak merah, ikan merah asam pedas, jomlah kita makan”
            “Masakan kegemaran abang Zam, tentu sedapkan bila Kak Rina masak”sahut Nisha,
            “Kak Rina pun bukannya pandai sangat masak, Puteri dah cuba masak resepi yang belajar hari tu?”
            “Belum lagi, nantilah kot, abang Qhairul tak suruh lagi”sambil menjerling si suami yang duduk di sebelahnya Qhairul cuma tersenyum. Baginya Nisha pandai atau tidak pandai masak ke itu tidak penting baginya kerana itu bukan sebab dan syarat untuk Nisha menjadi isteri justeru teman hidupnya. Dia mengahwini Nisha kerana cinta dan kasih sayangnya yang mendalam pada gadis itu dan sebagai isterinya Nisha cuma perlu menjadi teman hidup, menemani dan melayannya dengan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dia juga tidak mahu jari jemari lembut dan halus isterinya yang diperlukan untuk melayan dan membelainya dikasari dengan melakukan kerja-kerja rumah. Untuk melakukan semua tugasan dan kerja-kerja rumah dia mampu menyedia seberapa ramai  pembantu-pembantu rumah yang isterinya perlukan dan dia sememangnya tidak membenarkan isterinya melakukan tugas-tugas itu. Qhairul mahu Nisha merasakan kehidupan sebenar seorang puteri sampai bila-bila.
            Nisha kemudian mencedok nasi dan lauk ke pinggan suami, kemudian mencedok nasi untuk dirinya sendiri.
            “Abang Zam, tuan rumah kena baca doa” ujar Nisha sambil tersenyum pada Zamree’.
            “Doa makan?”tanya Zamree.
            “Yalah takkan doa tahlil kot”Qhairul tergelak,Karina pun turut tergelak.
Zamree terus membaca doa.
            “Amin!”
            “Nisha suap abang dulu” Qhairul membuka mulutnya dan membiarkan isterinya menyuapkan makanan ke mulutnya kemudian dia membalas menyuapkan isterinya. Itu rutin sejak mereka berkahwin jika makan bersama.  Zamree dan Karina hanya diam memerhatikan tingkah laku pasangan suami isteri itu. Qhairul dan Nisha memang serasi hidup bersama.
“Sedap, pandai Kak Rina masak. Nanti ajar Nisha macam mana masak asam pedas tu, ikan kerapu boleh buat masak tu ke?”tanya Nisha pada Karina.
“Lagi sedap kot, kenapa, puteri suka makan ikan kerapu ke?”tanya Karina pula.
“Nisha tak kenal ikan lain cuma si comel kerapu tu je Nisha tahu nama dan kenal rupanya. Ikan lain Nisha tahu makan je”balas Nisha lagi.
“Ehh..dulu kata muka kerapu tu hodoh sekarang comel pula, cepat betul berubah” Qhairul mencelah ..
Nisha tergelak.
“Kalau hati dah suka dan cinta yang buruk dan hodoh pun nampak cantik” Zamree mencelah.
“Betul tu abang Zam, cinta buat semuanya indah, macam ikan kerapu tu walaupun rupa tak cantik tapi rasanya sedap sebab tu Nisha sekarang nampak ikan tu comel”’
 Qhairul, Zamree dan Karina tergelak mendengar jawapan Nisha.
Akhirnya suasana di meja makan begitu ceria dengan gurau senda dua pasangan suami isteri yang baru menempuh alam rumah tangga itu,
“Abang…biasanya Nisha dengar atau baca cerita orang yang bercinta ni, bermula dengan rasa benci lepas tu barulah bertukar sayang” Nisha menggerak-gerakkan jarinya di paha suaminya. Siaran hiburan yang disiarkan di kaca tv tidak langsung menarik perhatian pasangan tersebut.
“Tapi abang tak pernah pun ada perasaan benci sejak mula-mula kenal sayang sampai sekarang” sahut Qhairul sambil tangannya membelai-belai rambut isterinya.
“Nisha takut pula abang terbalik, mula sayang lepas tu benci pada Nisha” ujarnya  cuba menduga hati suaminya.
“Tak sayang, sampai abang matipun abang akan tetap sayang. Hati abang dah tersimpul mati hanya untuk sayang seorang” bisik ke telinga isterinya. Nada suara yang cuma jelas di telinga masing-masing.
Karina tersenyum melihat kemesraan pasangan tersebut sewaktu mereka duduk menikmati buah limau sebagai pencuci mulut selepas makan tengah hari di ruang tamu penthouse Zamree.

Seperti permintaan Qhairul, cahaya lampu yang samar-samar memang nampak romantik.
            “Tan Sri Dato’, Puan Sri Datin, Dato’ Qhairul tak berapa sihat, batuk tekak dia pun sakit jadi dia tak dapat cakap banyak. Selepas  majlis nanti dia nak rehat terus dalam bilik pengantin” beritahu Roy yang mengiringi kereta Mercedes yang membawa pengantin lelaki.
            “Tulah, last minit dah nak kahwin pun masih nak jumpa klein, kata sebulan ambil cuti tapi tak balik-balik rumah, hah kereta dia sendiri mana?” hairan Qhairul menggunakan kereta lain.
            “Kereta tu mana muat Puan Sri Datin, kereta sport dua orang je boleh masuk” balas Roy selaku jurucakap untuk malam itu.
            Dalam perjalanan menunju ke rumah pengantin perempuan, kereta mewah yang membawa Tan Sri Dato’ Ismail dan Puan Sri Datin Hajar tiba-tiba ditahan oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenali. Empat orang lelaki keluar dari kereta lalu meluru ke arah pasangan suami isteri tersebut.
Seorang lelaki tiba-tiba muncul di tengah-tengah majlis terus meluru menemui Dato’ Zailani lalu berbisik sesuatu ke telinga ayah pengantin perempuan. Wajah Dato’ Zailani tiba-tiba berubah.
“Kenapa Dato’?” Dato’ Zailani menggelengkan kepalanya.
Pengantin lelaki yang tiba sebentar tadi langsung tidak mengeluarkan suara untuk bercakap dengan sesiapa.
                                    “Mana pengantin perempuan?” tanya Tuan Kadi berbisik ke telinga Dato’ Zailani.
            “Dalam bilik”
            “Saya nak jumpa untuk tandatangan borang ni” Dato’ Zailani menemani Tuan Kadi untuk mendapatkan tandatangan Yasmine Hana.
Beberapa minit selepas memasuki bilik pengantin, Tok kadi keluar dengan senyuman.
            “Boleh kita mulakan sekarang”ucap Tok Kadi. Pengantin lelaki menganggukkan kepalanya.
            “Zairul bin Isman  Aku nikah dikau dengan Yasmine Hana binti  Dato’ Zailani dengan mas kahwin RM tiga ratus  tunai” Tok kadi sengaja mengecilkan suara ketika menyebut nama penganti lelaki supaya tiada sesiapa yang akan perasan kerana Tok Kadi tersebut adalah saudara kepada Bakar dan telah berpakat dengan pihak pengantin lelaki.
            “Aku terima nikahnya Yasmine Hana BintiDato’ Zailani dengan mas kahwin RM tiga ratus tunai”
            Sah! Sah! Sah! Sah!.
Setelah mendengar lafaz taklik, pengantin lelaki terus dibawa menuju ke bilik pengantin perempuan untuk menyarung cincin dan upacara membatalkan air sembahyang.
“I dengar you tak sihat”tegur Yasmine selepas menyalami tangan suaminya.
“Tekak I sakit, I batuk”  pengantin lelaki mengolah-olahkan suaranya.
Malam ni boleh tak kita tidur di hotel, I dah sediakan hotel untuk kita berdua” tambahnya lagi.
“Ok I beritahu ayah I, jom” tanpa berlengah Yasmine Hana terus mengepit lengan suaminya menemui ayahnya dan kemudian kelihatan pasangan tersebut meninggalkan majlis tersebut. Datin Ranisa tersenyum melihat telatah anak dan menantunya.
“Dulu bukan main membantah, dah kahwin bukan main lagi, tak sabar-sabar tunggu tetamu balik” usik Dato’ Zailani.
Selepas menurunkan pasangan tersebut di depan Permata Hotel, Roy terus memecutkan kereta meninggalkan lobi hotel tersebut. Joe dan Bakar ketawa terkekek-kekek melihat wajah pucat Roy melarikan diri dari pasangan tersebut.
“Lepas ni aku tak nak ambil tahu lagi dah, jantung aku ni dah macam nak masuk ICU” ujar Roy sambil mengurut-gurut dadanya.
“Yes bos, semua beres, dia orang dah honeymoon  di hotel, selamat pengantin baru bos” suara Bakar menjawab panggilan Qhairul.
“Apakhabar Tan Sri Dato’ dan Puan Sri Datin?”tanya Bakar bila teringat kedua orang tua Dato’ Qhairul.
“Don’t worry bos, orang kita dah hantar dia orang balik ke rumah sendiri tapi masih pengsan. Pagi esok sedarlah tu” sahut Roy kemudian ketawa terkekek-kekek.
Sepanjang perjalanan ke bilik hotel, pengantin lelaki seperti tidak mahu melihat muka pengantin perempuan, dia berpura-pura batuk dan menutup mulutnya dengan sehelai sapu tangan. Sampai di bilik hotel yang sememang sudah di khaskan untuk pasangan tersebut. Qhairul telah mengarahkan  pekerja hotelnya supaya membuat keadaan hotel tersebut dengan suasana yang romantik dengan lampu yang suram. Makanan disediakan dengan minuman yang memabukkan, bagi Yasmine Hana arak bukan sesuatu yang asing baginya, itulah minuman melepaskan tekanannya. Dan pada malam itu, Yasmine Hana bukan melepaskan tekanannya tapi melepaskan kegembiraan dan keseronokkannya. Selepas menikmati makan malam yang romantik  dan meneguk beberapa gelas  champagne Yasmine Hana hanyut dan berelakan suaminya melayari malam pertama perkahwinan mereka dengan penuh kenikmatan.  
Yasmine Hana yang baru tersedar dari tidurnya merasakan kepalanya terlalu berat. Tubuhnya yang tanpa sehelai benang didakap erat oleh seorang lelaki. Dia masih ingat lagi bertapa rakusnya lelaki tersebut menikmati malam pertama mereka. Hampir tak terlayan Yasmine olehnya, walaupun dalam keadaan yang tak berapa sihat suaminya boleh melakukan dua pusingan, Yasmine membelai rambut suaminya yang tidur meniarap membelakanginya.
“Sayang, you betul-betul hebat semalam, l betul-betul bahagia” bisik Yasmine Hana kepada suaminya.Tanpa memandang Yasmine Hana, tangan lelaki tersebut terus menarik tubuh Yasmine Hana lalu membawanya masuk ke dalam selimut. Suara gelak Yasmine Hana dan suaminya kedengaran di sebalik selimut tersebut. Dan akhir suasana kembali hening bila Yasmine Hana lemas lagi dengan kayuhan bertenaga suaminya. Sebaik sahaja kayuhan sampai ke tebing, Yasmine Hana menolak selimut yang menutupi tubuh mereka. Lelaki tersebut tersenyum melihat isterinya yang kelihatan begitu letih. Yasmine Hana menatap wajah lelaki itu tanpa berkelip, sebaik sahaja hendak membuka mulutnya, lelaki tersebut menutup mulut dengan tangan.
“I suami you, kita dah kahwin semalam” Yasmine Hana terus menolak tubuh  lelaki tersebut.
“Bohong, you bukan suami I, memang I kahwin semalam tapi bukan kahwin dengan you, I kahwin dengan Dato’ Qhairul” ujar Yasmine Hana air mata mula merembes di pipinya.
“You kahwin dengan I bukan dengan Dato’ Qhairul, you dah lalui malam pertama you dengan I, I suami you Zairul bin Isman” balas lelaki itu lagi lalu cuba menyentuh tubuh Yasmine Hana.
“Pergi..aku benci kau..kau bukan  laki aku..pergi” Yasmine Hana membentak dengan nada yang betul-betul benci.
“Aku benci kau Qhairul, kau tipu aku, jantan tak guna..pergi” Yasmine Hana menjerit lagi.
“Walau apa pun you katakan you tetap isteri I yang sah Yas, kita dah kahwin semalam” sahut lelaki itu lagi.
“Kahwin tipu, kau penipu, kau berpakat dengan Qhairul tipu aku, kau penipu, pergi aku benci kau” keadaan Yasmine seperti hilang arah. Dia seperti dirasuk sesuatu.
“Please Yas, I cintakan you, I sanggup sebab I cintakan you, Dato’ Qhairul tak cintakan you” beritahu Jofry terus cuba memujuk Yasmine Hana
“Pergi.. aku kata pergi..aku benci kau..syaitan…pergi..!” bentak Yasmine Hana sambil menikam bantal di tangannya pada lelaki tersebut.Yasmine menangis tersesak-esak. Segalanya hancur berkecai. Qhairul betul-betul membuatnya marah. Qhairul memusnahkan segala impiannya. Qhairul telah menipunya. Qhairul perlu membayar semuanya.
Yasmine Hana membalut tubuhnya dengan selimut dan terus bangun dari katil lalu mengutip pakaiannya yang berselerak di lantai kemudian terus berlari menuju ke bilik air. Jofry sudah tahu hendak berbuat apa lagi. Dia harus berani menanggung segala resiko kerana setuju menggantikan tempat Qhairul untuk berkahwin dengan Yasmine Hana.
“Untie, sampai hati Qhairul buat Yas begini, Qhairul tipu Yas, Qhairul upah orang lain untuk kahwin dengan Yas, Qhairul rosakkan hidup Yas” ucap Yasmine sambil tersedu-sedan. Lama Puan Sri Hajar tidak bersuara memikirkan apa yang berlaku. Pagi tadi sewaktu dia sedar dari tidur, dia mendapati dirinya dan suaminya tertidur atas sofa di ruang tamu. Puas dia cuba mengingati apa yang sebenarnya berlaku, selepas itu Tan Sri Dato’ Ismail menerima panggilan dari Dato’ Zailani bertanyakan khabar dirinya dan memberitahu bahawa majlis akad nikah telah selamat berlangsung dan pasangan pengantin sedang menginap di salah sebuah hotel.
“Adakah Qhairul telah merancang semua ini?” Puan Sri Datin Hajar semakin binggung.
Berkali-kali dia cuba menghubungi anaknya tetapi asyik mel peti suara yang menyahut penggilan. Dia tidak nombor telefon kedua Qhairul sebab Qhairul tidak pernah memberi sesiapa nombor tersebut kecuali Nisha dan Zamree.
“Tulah awak nak paksa-paksa anak kita kahwin, Qhairul tu bukan budak kecik awak boleh buat macam anak patung.  Tengok sekarang apa dah berlaku, awak sendiri yang dapat susah” ujar Tan Sri Dato’ Ismail.
“Kalau dia tak nak kahwin dengan Yas tu, cakap awal-awal jangan buat benda macam ni” sahut Puan Sri Datin Hajar pula.
“Dia awal-awal dah cakap, awak tu yang tak faham. Ikut keras hati awak je” Tan Sri Dato’ Ismail terus menghempas  surat khabar yang dibacanya terus berlalu meninggalkan ruang tamu rumah tersebut.
Puan Sri Datin Hajar terus menghubungi hotel untuk membatalkan majlis resepi dan persandingan  yang telah diaturnya sebelum ini. Dari apa yang telah berlaku, jelas Puan Sri Datin Hajar tidak mengenali siapa anaknya. Qhairul berani bertindak di luar jangkaan, Qhairul semakin menjauhkan diri darinya. Puan Sri Datin Hajar teringat sesuatu, terus dia berlari ke bilik tidur Qhairul. Walaupun tinggal serumah, sejak balik dari US dia belum lagi melihat batang hidung anaknya. Waktu dia hendak kembali ke US dua bulan yang lepas pun dia tidak bertemu dengan anaknya. Qhairul semakin menjauhkan  dirinya. Di mana Qhairul sekarang, bilik tidur anaknya kelihatan sepi. Pakaian yang tergantung dalam almari agak kurang seperti telah berpindah ke tempat lain. Fikiran Puan Sri Datin Hajar betul-betul buntu memikirkan perangai Qhairul.

Bab 77
Tanggal 31 Disember, pukul 10 malam akan berlangsung satu majlis Persandingan gilang-gemilang yang mendapat liputan rangkaian tv seluruh Malaysia dan dunia. Wedding End Of The Year, Perkahwinan yang termahal dalam sejarah perkahwinan di Malaysia. Puteri Melayu Sejati atau Princess face of heaven akan melangsungkan majlis persandingannya dengan suaminya. Dan yang menjadi kejutan ialah semua perbelanjaan perkahwinan di tanggung oleh pengantin lelaki yang identitinya dirahsiakan dan cuma akan diketahui bila pengantin lelaki sampai ke jinjang  pelamin.
Kehadiran tetamu di luar jangkaan, di luar hotel dipenuhi oleh penduduk-penduduk sekitar Kuala Lumpur dan negeri yang berdekatan yang sengaja datang untuk turut sama ingin menyaksikan majlis perkahwinan tersebut dengan lebih dekat. Walaupun tetamu yang berada di luar tidak dijemput secara rasmi tetapi mereka juga turut disediakan dengan pelbagai hidangan makanan oleh katering-katering yang terpilih dan pihak hotel diarahkan menyediakan satu skrin layar untuk tontonan semua tetamu yang berada di luar hotel. Sementara tetamu yang menerima jemputan di benar memasuki ballroom hotel yang telah menggabungkan  2 ballroom utama hotel 5 bintang tersebut untuk menampung jumlah pengunjung yang hadir.
Hamparan permaidani merah disediakan dalam jarak 500 meter hingga ke ballroom utama hotel.Tepat pukul 10 malam sebuah kereta kuda diiringi dua lelaki bertopeng yang menunggang seekor kuda menggunakan tuksedo putih dan hitam. Ketibaan kereta kuda di hadapan lobi hotel disambut oleh 18 orang pengapit pengantin yang terdiri kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur di bawah 12 tahun ke bawah dari rumah anak-anak yatim Al-Janah.
            Sebaik saja kereta kuda berhenti di hadapan lobi. Semua terkejut bila Tengku Farid melangkah keluar dari kereta kuda tersebut bersama Puteri MS Puteri MS  kemudian memeluk lengan Tengku Farid, mereka berjalan bergandingan memasuki ballroom utama hotel diiringi dua lelaki bertopeng yang menunggang kuda tadi. Kerlipan cahaya lampu kemera jurufoto dan wartawan silih berganti menerangi setiap penjuru. Sampai di pertengahan jalan lelaki bertopeng memakai tuksedo hitam mengambil alih tempat Tengku Farid untuk menemani Puteri MS hingga ke tangga pentas utama tempat singgahsana pelamin disediakan. Dan sampai di tangga pentas menuju ke pelamin persandingan lelaki bersuite hitam berhenti melangkah lalu menoleh memandang  lelaki bertuksedo putih di belakangnya sambil tersenyum. Lelaki bertuksedo putih itu kemudian menghampiri  Puteri MS membuat sembah melamar lalu mencium tangan Puteri MS, Puteri MS tersenyum kepada lelaki itu dan kemudian lelaki itu terus mencempung tubuh Puteri MS untuk menaiki tangga hingga sampai di atas pelamin. Sampai di hadapan pelamin, Puteri MS terus membuka topeng di wajah lelaki itu lalu mencium pipinya. Suasana ballroom utama hotel 5 bintang tersebut mula riuh dan ada yang bertepuk tangan  bila pengantin lelaki menunjukkan wajahnya. Segala teka-teki sudah terjawab.
Dato’ Qhairul Azamin atau hero Malaysia telah menjadi lelaki pilihan Puteri Melayu Sejati. Biodata pengantin perempuan dan lelaki dibaca satu persatu oleh pengacara majlis. Slide rakaman semasa majlis akad nikah di Mahligai Puteri turut ditayangkan di atas skrin layar besar tidak jauh dari tempat persandingan pasangan pengantin. Gelagat nakal Dato’ Qhairul  sewaktu upacara majlis membatalkan air sembahyang juga turut ditayangkan menyebabkan suasana kembali riuh dan suasana dewan  semakin riuh dan gamat.
Beberapa penyanyi terkenal tanah dijemput untuk mendendangkan lagu-lagu cinta untuk memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut.Tengku Farid orang pertama naik ke pentas untuk merenjis air mawar kepada pasangan tersebut diikuti oleh raja-raja dan sultan-sultan lain serta pembesar-pembesar dan orang-orang kenamaan.Wakil raja-raja dan kedutaan dari negara-negara jiran turut hadir memeriahkan  majlis tersebut.
Gadis yang telah diumumkan oleh panel juri Ratu Cantik Dunia sebagai wanita yang tercantik dan tercerdik di abad ini turut dianugerahkan gelaran Princess face of heaven oleh Ratu Elizebeth menyebabkan Puteri MS dikenali diseluruh dunia. Kemenangan dalam perbicaraan mengadili diri dengan tuntutan saman malu RM5 juta menjadi tajuk berita utama di seluruh Malaysia dan beberapa buah Negara Asia. Seorang graduan termuda jurusan undang-undang disalah sebuah universiti tempatan  berusia 18 tahun telah memenangi perbicaraan bela diri, memiliki kecantikan semulajadi, berbakat dalam bidang seni suara, dan mahir dalam bidang seni mempertahankan diri dan telah memenangi beberapa kejuaraan silat negeri dan kebangsaan. Namanya tercatat dalam Malaysia World Book Of Record untuk kali ketiga kerana menempuh gerbang perkahwinan yang menelan belanja yang termahal di abad ini. Ratu Elizaberth menghantar wakilnya Putera Edward untuk hadir ke majlis persandingan yang gilang- gemilang itu. Ramai ingin menyaksikan dengan lebih dekat kecantikkan gadis  yang telah dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati tersebut.
Puteri MS duduk di singgahsana pelaminnya dengan memakai gaun putih bernilai RM1.2 juta dengan set barang kemas bernilai RM8 juta serta Tiara PMS yang bernilai RM2.5juta di kepalanya dan kasut Jimmy Choo yang bernilai RM55K di kakinya sentiasa melontarkan senyumannya kepada semua tetamu yang hadir. Rata-rata mereka yang diberi penghormatan untuk merenjis mawar dan menepung tawarnya menyamakan Puteri MS seperti baby doll.
Selesai majlis persandingan, majlis resepsi dan memotong kek setinggi 18 tingkat pula dilakukan. Pasangan pengantin berpindah di meja panjang duduk bersama tetamu terhormat dan bangsawan  serta golongan pembesar dan karabat di raja untuk menikmati jamuan. Zamree sebenarnya lelaki bertopeng dan bertuksedo hitam yang menemani puteri MS sebentar tadi dan Karina turut hadir di situ untuk sama-sama memeriahkan majlis persandingan pasangan tersebut. Zamree dan Karina turut diraikan untuk majlis resepsi dan diperkenalkan sebagai pasangan pengantin kedua pada malam itu. Tepat pukul 12 tengah malam pihak hotel memulakan upacara membakar bunga api di luar hotel menandakan  sambutan tahun baru di samping memeriahkan majlis persandingan tersebut. Selesai majlis resepsi pasangan pengantin bersalaman dengan semua tetamu terhormat yang hadir yang rata-rata memuji pasangan tersebut dari pelbagai sudut. Pihak wartawan dan pemberita berpeluang menemuramah pasangan pengantin.
 “Datin puteri, boleh kami tahu apa istimewanya Dato’ Qhairul Azamin di mata Datin puteri sehingga puteri sanggup meninggalkan zaman remaja puteri untuk menerima lamaran Dato’ Qhairul Azamin?”
Puteri MS tersenyum dahulu sebelum menjawab soalan wartawan.
“Dato’ Qhairul adalah Prince Charming saya. Kami saling mencintai dan dia seorang lelaki yang  tegas dan tidak pernah mengenal erti putus asa dan tidak ada istilah tak dapat dalam prinsip hidupnya, menerima saya seadanya, selalu ada ketika saya memerlukan,  kami juga boleh berkongsi segalanya, Dato’ Qhairul insan yang fleksibel boleh menjadi sahabat baik saya ,abang saya, bos saya,dan suami yang tersayang, saya gembira dan bahagia bersamanya, walaupun sudah bergelar seorang isteri tapi saya tidak rasa hidup terkongkong. Saya masih boleh meneruskan kehidupan seperti biasa dan melakukan aktiviti yang saya suka asalkan saya tahu menjaga maruah diri dan suami dan sentiasa jujur dan setia padanya”  Puteri MS lalu membalas pelukan suaminya.
“Dato’ Qhairul, boleh kami tahu apa keistimewaan Puteri MS di mata Dato’ Qhairul Azamin sehingga berjaya menambat hati Dato’ lalu menyunting puteri sebagai seorang isteri?” tanya wartawan itu pada Qhairul pula.
“Puteri MS adalah wanita impian saya. Dia ada semuanya fresh, neutral beauty, manja, nakal, intelligent, penyayang, tidak sombong, tidak hipokrit dan memahami dan pandai mengambil hati dan menjaga perasaan saya. Boleh membuat saya ketawa ketika saya menangis” jawab Qhairul sambil tersenyum lalu memeluk pinggang Puteri MS dan mencium pipi isterinya berkali-kali di hadapan wartawan tersebut.
Malam itu juga dari ballroom hotel pasangan tersebut  bersama Zamree dan Karina bergerak menuju ke KLIA untuk penerbangan ke Itali untuk pergi berbulan madu. Pihak wartawan masih lagi mengejar  hingga KLIA. Suasana di KLIA terus riuh melihat kemunculan pasangan tersebut yang akan menaiki sebuah pasawat baru milik syarikatnya yang baru sampai minggu lepas. Pesawat itu kemungkinan akan dijadikan pesawat peribadinya nanti.
Kemunculan pasangan pengantin itu memang ditunggu-tunggu oleh pekerja KLIA yang telah mendapat maklumat tentang pasangan pengantin tersebut akan ke KLIA malam itu juga. Peluang  ini digunakan oleh mereka untuk melihat wajah pemilik baru Syarikat Penerbangan Swasta yang terunggul itu di samping wajah Puteri MS yang ingin disaksikan secara dekat oleh semua orang.
Tan Sri Dato’ Ismail dan Puan Sri Datin Hajar cuma termanggu dan tidak mampu berkata apa-apa bila melihat siaran langsung perkahwinan anaknya di kaca televisyen. Tidak pernah terfikir oleh kedua pasangan suami isteri itu anaknya akan bertindak sedemikian rupa. Yasmine Hana yang asyik menangis di bilik tidur seperti separuh gila bila mendapat tahu suami Puteri MS adalah Dato’ Qhairul Azamin. Segala benda yang ada di bilik tersebut dibalingnya ke setiap arah. Keesokan hari Tan Sri Dato’ Ismail dan Isterinya terus kembali ke US.
Pelbagai soalan yang diajukan kepada Puan Engku Faridah oleh pihak media selaku ibu angkat kepada Puteri MS dan wedding planner untuk majlis perkahwinan tersebut.
“Boleh kami tahu kenapa Puan Engku merestui perkahwinan Puteri MS dalam usia yang terlalu muda?”tersenyum Puan Engku Faridah mendengar soalan tersebut semasa dia dijemput untuk hadir ke HMI pagi 1 hb selepas berlangsungnya majlis pada malam itu.
“Saya tidak dapat menghalang kerana mereka telah saling mencintai. Daripada berlaku perkara yang tidak elok baik kita restukan agar semuanya halal dan diredhai Allah dan Puteri sudah bersedia dari segala aspek untuk menjadi isteri kepada Dato’ Qhairul Azamin. Saya percaya Dato’ Qhairul adalah suami dan jodoh yang terbaik untuk puteri saya dan akan menjaganya sebagai seorang puteri yang teramat disayangi dan dicintainya” balas Puan Engku Faridah sambil tersenyum.
“Dengar cerita majlis akad nikah telah diadakan seminggu yang lalu disatu majlis tertutup di vila milik puteri dengan hantaran perkahwinan yang mengejutkan seluruh negara, boleh Puan Engku jelaskan”
“Ya, pada 21 Disember sempana harijadi Dato’ Qhairul yang ke 29 tahun di vila Mahligai Puteri, tapi saya tak boleh nyatakan lokasinya kerana itu rahsia keluarga kami, kami nak privasi. Ya,Dato’ Qhairul telah menyediakanGold Bar 'Tezabi' seberat 2.9kg sebagai mas kahwinnya untuk Puteri sempena harijadi Dato’ Qhairul ke29 tahun pada tarikh tersebut” jawab Puan Engku Faridah lagi.
“Puan Engku, semua berangapan Puteri MS akan menjadi menantu Puan Engku atau lebih tepat kekasih kepada Putera Mahkota Tengku Farid, sejauh manakah cerita benarnya cerita ini?” tergelak Puan Engku Faridah seketika.
“Puteri MS adalah puteri angkat saya jadi secara langsung  dia adik angkat kepada Tengku Farid. Tengku Farid sangat sayang kepada Puteri MS dan Puteri MS terlalu manja pada abang angkatnya kerana selama ini Puteri MS telah kehilangan kasih sayang kedua orang tuanya dan hidup sendirian, salah satu sikap yang ada pada Puteri MS adalah manja dan penyayang. Jadi kemesraan antara keduanya adalah kemesraan adik dan abang” ujar Puan Engku Faridah. Pelbagai soalan yang terpaksa dijawab oleh wanita tersebut  berkisar hubungan cinta dan kehidupan Puteri MS.
Karina sudah lama terlena di sebelah Zamree. Qhairul dan Nisha masih lagi berbisik dan kadang-kadang tergelak seperti ada perkara yang rancak dibualkan.
“Tahan jugak mata dia orang berdua ni, dari tadi tak habis berbual”bisik Zamree dalam hatinya.
“Abang, pernah ke ada orang lain buat kerja macam kita ni? Nisha membiarkan Qhairul membelek-belek jarinya yang merah dengan inai.
“Kita yang kena buat dulu baru boleh pecah record” balas Qhairul lalu mencium tangan isterinya. Nisha tergelak mendengar jawapan suaminya.
“Abang, abang fikir Yasmine Hana nak berdiam diri tak setelah apa yang berlaku padanya?”tanya Nisha sambil merebahkan kepalanya ke bahu suaminya.
“Entahlah, mungkin ya mungkin tak” jawab Qhairul sambil memusing cincin perkahwinan di jari manis isterinya.
“Firasat Nisha kata tak, Nisha rasa dia akan buat sesuatu yang kita tak duga” balas Nisha pula.
“Harap-harap tak, moga dia dapat pengajaran dari apa yang berlaku”
“Bagi Nisha orang macam Yasmine Hana tu susah nak insaf, sebab dari air muka dia tu nampak dia seorang yang mudah taksuf pada sesuatu, sanggup berbuat apa saja untuk kepentingan diri”
“Apa dia boleh buat sekarang?, kita kan dah kahwin”.
“Dendam sebab abang tipu dia, pasal dendam kadang-kadang orang sanggup membunuh, abang  jangan lupa tu”
“Kalau dia bunuh abang, abang tak kisah, asalkan dia tak kacau sayang”.
“Abang tak kisah, tapi Nisha kisahlah, abang nak tinggalkan Nisha ke?”sedih dan manja suara isterinya.
“Tak sayang, abang gurau je. Abang takkan tinggalkan sayang, believe me ok, biar kita mati bersama supaya tidak ada yang akan merana” ujarnya sambil mencium pipi isterinya.
“Nisha tidur dulu ya”
“Tidurlah, mari abang rebahkan kerusi, abang pun nak tidur” balas Qhairul lalu merebahkan kerusi untuk isterinya.
 Qhairul menoleh pada Zamree duduk selang dua kerusi di belakang bersama Karina yang kelihatan sudah lena. Qhairul kemudian menoleh semula pada isterinya di sebelah kirinya. Nisha juga seperti sudah terlena, dia menyenggetkan tubuh ke arah isterinya. Wajah isterinya direnungnya puas- puas, pipi licin yang putih dan gebu itu dielusnya perlahan-lahan. Inilah rupanya gadis yang diciptakan tuhan untuknya sanggup menamatkan alam remajanya demi untuk kebahagiaan aku.
“Sayang, thanks kerana sudi jadi isteri abang, ramai yang ingin memilikimu tapi sayang pilih abang, jadi hak milik abang, sudi serahkan segala-galanya pada abang, sanggup korbankan masa muda dan remajamu untuk abang. Abang berjanji tak akan Persia-siakan dirimu sayang kerana kaulah bidadariku. I love you sayang, love you forever” perlahan-lahan pipi gebu itu dikucupnya dengan penuh kasih sayang.     
Percutian di Itali memang begitu menyeronokkan dua pasangan tersebut. Karina lucu sendiri bila bertukar-tukar gaun pengantin dan Tiara dengan Puteri MS untuk mengambil beberapa gambar kenangan bersama Zamree di kota Rom yang penuh sejarah itu.
“Kak Rina, kalau Nisha dan Abang Qhairul dapat anak nanti, Nisha Kak Rina dan Abang Zam jadi ibu dan ayah angkat anak kami” beritahu Nisha semasa kedua mereka menunggu suami masing-masing membeli minuman.
“Puteri dan Qhairul beranak ramai-ramai nanti Kak Rina dan abang Zam tolong jaga”
Terkekek-kekek Nisha ketawa mendengar kata-kata Karina.
“Apa yang lucu” tiba-tiba Qhairul dan Zamree muncul di belakang mereka.
“Tak, masalah keluarga”jawab Nisha yang senyum meleret pada Karina.
“Masalah keluarga masalah kami berdua jugaklah”ucap Qhairul lalu duduk di sebelah isterinya.
“Nantilah cakap sebab Nisha pun belum bersedia sekarang, kena tunggu setahun setengah lagi”jawab Nisha sambil memandang suami.
“Oh, tentang tu ingat apa tadi, kau orang berdua macam mana?” Qhairul berpaling memandang wajah Zamree.
“Kalau Karina tak boleh, aku minta tolong kau orang berdualah buatkan seorang untuk kami”
Qhairul tergelak besar mendengar kata-kata Zamree. Nisha tersipu malu.
“Kami berdua pun belum ada sorang kau dah nak minta satu, apalah kau ni Zam, kecut perut isteri aku dengar kau cakap macam tu” balas Qhairul dengan ketawanya yang masih bersisa.
“Ala tengok gaya kau orang berdua , setiap tahun pun aku rasa boleh dapat”
“Dah-dah tukar topik, Nisha dah haus ni, mana air bang beli tadi”lalu mengambil plastik tin minuman di tangan suaminya.
“Kau dengar tu, Nisha belum mahu anak lagi, kami berdua nak enjoy puas-puas dulu setahun dua ni lepas tu baru fikir pasal tu, ya tak sayang” Nisha mengangguk kepala seperti setuju dengan pendapat suaminya.
“Ya lah tu, dari gaya nya aku tak jamin boleh sampai setahun” tambah Zamree lagi.
Qhairul tergelak lagi sambil mengeleng-gelengkan kepala.
“Macam tau-tau je Zam ni apa aku rasa”bisik Qhairul dalam hatinya.
“Rul..aku nak ajak Karina kesatu tempat, malam nanti kita jumpa” ujar Zamree sambil tersenyum lalu menarik tangan isterinya untuk pergi ke tempat yang dimaksudkannya.
“Rina..you happy ke jadi isteri I” tanya Zamree sambil memandang wajah isterinya.
“Menjadi isteri youlah perkara yang paling I impikan dalam hidup .Cuma I yang tak pasti sama ada you gembira sekarang setelah berkahwin dengan perempuan yang tak you cintai” balas Karina pula.
“Entahlah..memang I akui secara jujur, I memang mengahwini you bukan kerana cinta, I cuma nak kan you sebagai teman dan kawan I dan perkahwinan kita menghalalkan perhubungan kita. Tapi percayalah I tetap sayangkan you. Pintu hati I memang tidak terbuka  untuk mencintai sesiapa tapi cuma I harap you faham, I akan mencintainya sampai bila-bila. Dia cinta pertama dan terakhir I walaupun I tak memilikinya” ujar Zamree sambil mata terus memandang wajah isterinya.
“I tak kisah Zam. Bagi I dapat hidup di sisi lelaki yang I cinta I dah teramat bersyukur. I pun bukan wanita yang sempurna, I harap I boleh berbakti jadi isteri you sepanjang hayat I. Cuma I nak tahu apa keistimewa Puteri Nisha di mata you sehingga you terlalu mencintainya dan tidak boleh mencintai wanita lain” Karina merenung dalam ke mata suaminya.
“I tak mahu hati you terluka, lebih baik kita tak usah bercerita tentang itu”
“Tidak Zam, jujur I tanya dan sekadar ingin tahu. You kahwin I sebab you mahu I jadi teman you yang paling rapat sepanjang hayat you, jadi sebagai seorang teman yang tidur sekatil dengan you I patut tahu semuanya demi kebahagian hubungan kita”
Direnungnya anak mata Karina, terpancang sinar kejujuran di situ.
“I mencintai dan akan terus mencintai dan menyayanginya sampai bila-bila. Dia wanita yang paling sempurna di mata I. Sejak mula-mula I kenal sampai sekarang Nisha tetap sama. Dia tak pernah berubah. Walau dalam keadaan apa sekalipun dia tetap tunjukkan dirinya yang sebenar. Dia ada identitinya sendiri. Bila bersamanya I rasa di hormati, disayangi dan dihargai. Dialah gadis pertama dan sampai bila-bila yang memanggil I ‘abang’ panggilan istimewa dari seorang gadis untuk seorang lelaki macam mama I panggil papa I, yang paling I tunggu-tunggu dan I suka dengar  dari seorang perempuan yang I sayang tanpa perlu di ajar untuk memanggil I begitu. Itulah beza you dengan Nisha. Panggilan itu mewujudkan nilai kemelayuan yang tinggi dalam dirinya justeru yang menunjukkan rasa hormat, kemesraan dan rasa kasih sayang yang erat antara kami” ujar Zamree lagi sambil pandangannya dilontar jauh ke depan bukan di wajah isterinya lagi.
Karina terdiam, air matanya berlinangan di kelopak mata. Perkara kecil yang tidak pernah terfikir olehnya selama ini. Dia akur dengan kelemahan dirinya. Nisha memang layak menerima cinta dari Zamree kerana hanya Nisha yang ada penawar yang membahagiakan jiwa lelaki itu selama ini dan tahu kehendak dan memahami perasaan Zamree. Nisha adalah bidadari yang diimpikan oleh semua lelaki.
Dua hari setelah balik dari bercuti di Itali, Qhairul memulakan tugas seperti biasa. Pagi tadi hari pertama turun kuliah sejak bergelar isteri dan hari pertama mengikuti kuliah bersama pelajar tahun ketiga pengajian tersebut Qhairul sendiri yang menghantarnya isterinya ke kampus. Kereta Nisha masih lagi berada di rumah Dato’ Wazir. Sebelum melangkah keluar dari kereta Nisha mencium tangan suami, Qhairul lantas memaut tengkuk isterinya lalu mencium pipi dan bibir isterinya.
“Abang ni kalau orang nampak malu tau?”
“Abang tak kisah orang nampak sebab abang cium isteri abang sendiri”
Nisha akui suaminya memang seorang lelaki yang berani dan nakal, akan buat apa yang dia suka tak kira walau di mana berada.
“Ok bang, take care assalammualaikum”
“Waalaikummussalam, bye sayang I love you take care”
Kemunculan Nisha kembali menyambung kuliah memang dinanti-nantikan oleh warga kampus terutama sejak liputan perkahwinan yang disiarkan secara langsung di beberapa rangkaian tv swasta tanah air. Pelajar tahun ketiga yang akan mengikut kuliah bersama-samanya sudah beberapa kali bertanya sesama sendiri bila PMS akan hadir kuliah.
“Hoi..senyap! aku nampak PMS tadi, suami dia hantar”
“Kau biar betul Munir, dia dah sampai ke, suami dia hantar dengan apa?” tanya Aziz rakan sepengajiannya.
“Lamborghini, siap cium-cium lagi tu” balas Munir lagi.
“Fuhh hebat, dia orang cium-cium tu aku tak kisah tukan suami dia” balas Aziz pula.
“Aku jelouse”sahut Munir lagi. Aziz tergelak melihat wajah Munir..
“Tu dia dah sampai” beritahu Aziz  memuncungkan mulutnya. Seramai 25 orang yang berada di bilik kuliah tersebut menoleh memandang ke arah Nisha. Hari itu Nisha menyarung sepasang baju kurung sutera Thai berwarna kuning  dengan kasut tumit tinggi  Jimmy Choo, Nisha nampak anggun dan feminine. Selepas berkahwin wajahnya berseri-seri. Nisha melemparkan senyuman kepada semua rakan-rakan barunya. Seorang pun tidak berani menegur cuma memandangnya dengan mata yang tak berkelip.
“Kak, boleh saya duduk sini” satu tempat duduk kosong di sebelah seorang senior perempuan tersebut.
“Silakan” jawabnya matanya masih lagi merenung wajah Nisha. Nisha terus mengambil tempat duduk di sebelah kakak senior tersebut.
Dr. Fuad pensyarah kanan bidang sejarah melangkah masuk, dia memerhati memandang wajah setiap pelajarnya. Matanya kemudian tertumpu pada Nisha.
“Oh orang yang kita tunggu dah tiba rupanya, selamat datang Datin Puteri, baru balik dari honeymoon ke, dengan cerita honeymoon di Itali” Nisha cuma membalas teguran Dr. Fuad dengan sebuah senyuman.
Sepanjang sesi kuliah, Nisha memberi sepenuh tumpuan, dia takut gagal untuk menguasai tahap yang sepatutnya belum dilaluinya ketika itu. Walaupun dia  tidak berniat untuk menjadi seorang peguam bila tamat pengajian kerana masa depan dirinya nampak lebih menjurus kepada bidang perniagaan untuk membantu suaminya. Sekarang dia belajar untuk mendapat ilmu dan segolong ijazah.
“Firdaus! kau ni kenapa, nampak tak ceria je sejak kebelakangan ni, buah hati dah dikebas orang ke?” Dr.Hazlee menegur rakan sekerja yang kelihatan kurang ceria sejak kebelakangan ini.
“Aku betul-betul rasa kehilangan Lee, tak tahulah mengapa aku boleh rasa teruk sangat macam ni, sedangkan kami tak ada hubungan apa-apa pun. Dia tak tahu pun perasaan aku padanya tapi aku ni macam filling habis dia tu boleh syok kat aku”jawab Dr. Firdaus dengan dahi berkerut.
“Nasib baik kau tak terburu-buru  nak beritahu perasaan kau pada dia kalau tak hancur punah semuanya. Aku rasa bukan aku sorang je yang frust, ramai yang menonggeng  bro.Tu tengok sorang lagi kawan kita tu Prof. Yassin, aku pun nampak dia bad mood semacam je” tambah Dr.Hazlee sambil memuncung mulutnya ke arah Prof. Yassin yang sama-sama sedang menikmati sarapan pagi di café.
“Kau mengata orang, apa kau tak kena penyakit yang sama ke?”usik Dr.Firdaus.
“Aku sedar siapa diri aku sebab tu aku tak segila kau orang semua. Aku dah agak kalau tak calang-calang lelaki nak pikat dia, dia takkan tolehlah bro. Lelaki sehebat dan sekacak Tengku Farid bakal seorang sultan pun kena reject ni kan pulak orang macam kita.  Dato’ Qhairul tu petik dengan jari semua benda dalam dunia ni dia boleh dapat. Income 14 angka perempuan mana tak nak bro” balas Dr.Hazlee sambil tersenyum memandang wajah Dr.Firdaus.

Bab 78
Selepas menghantar isterinya ke kampus, Qhairul terus memandu keretanya menuju ke PJ Holding. Setelah ditinggalkan sebulan, semua kakitangan PJ Holding terkejut dengan kemunculan Dato’ Qhairul di pejabat pagi itu. Lamborghininya terus diparkirkan di hadapan lobi Wisma Permata. Semua kaki tangan bahagian periklanan di tingkat satu yang bertembung dengannya menegurnya dan mengucapkan tahniah.
            “Betul tak apa aku cakap, Nisha tu memang buah hati big bos, bos tu abang angkat dia je”bisik   Wani penyambut tetamu PJ Holding kepada rakan setugasnya.
            “Tak sangka akhirnya bis bos kita tu kahwin jugak akhirnya dah tu dapat isteri muda, cantik, bijak.Padan sangat dengan big bos kita tu”tambah Wani lagi.
            “Selamat pagi bos, berseri-seri je lepas balik honeymoon ni bos” tegur Zizie sebaik sahaja Dato’ Qhairul melangkah masuk ke pejabat.
            Qhairul tersenyum mendengar teguran setiausahanya.
            “Selamat pagi Zizie, oleh kerana awak dah puji saya pagi ni, ni hah hadiah untuk awak, buah tangan dari Itali, isteri saya yang minta tolong saya bagi kat awak”
Wajah Zizie begitu ceria menerima hadiah dari Dato’ Qhairul. Kemudian dia tersenyum lebar bila melihat isi bungkusan tersebut.
            “Ingat juga Nisha dengan saya” balas Zizie lalu menyimpan bungkusan yang dihulurkan Dato’ Qhairul padanya.
            “Opps bukan Nisha Datin Puteri,  ingat tu” tegur Qhairul lalu tersenyum pada Zizi
            “Sorry bos, saya lupa tadi, dah terbiasa” balas Zizie sambil tersenyum.
Qhairul terus berlalu masuk ke biliknya yang sudah sebulan terbiar tanpa penghuni. Banyak kerja-kerja yang perlu disiapkan dan mungkin lepas ni dia akan lebih sibuk sejak Surya Fly menjadi salah sebuah anak syarikatnya. Fail-fail sudah berlonggok di atas meja dan banyak surat yang  minta untuk diturunkan tandatangannya.
            “Zizie, masuk sekejap”
            “Ada apa-apa berita tentang projek LR Borneo, ada maklum balas ke, En Rashid ada cal?”
            “Ada bos, kita dah dapat projek tu dan dua projek  tower di sabah pun kita dapat jugak”maklumat yang sememang perlu disampaikan pada majikannya.
            “Ok bagus, awak beritahu semua yang handle projek ni, termasuk  yang handle dua projek pasaraya Mega Mall di Brunei ikut meeting sekali pukul 10 nanti” ujar Qhairul sambil menurunkan tandatangannya di atas beberapa keping surat di atas mejanya.
            “Perlu beritahu Dato’ Zamree sekali ke bos?”
            “Dia dah sampai ke?”
            “Dah”
            “Takpa nanti yang cakap dengan dia”
            Belum sempat Zizie menyambung kata-katanya Zamree muncul di sebalik pintu.
“Rul, good news, kita dah dapat ketiga-tiga projek tu”
“Itu yang aku nak panggil meeting pukul 10 nanti, kau datang sekali”
“Aku peliklah rul, sekarang mudah je kita tangkap tender projek mega, yang di Brunei tu belangga kita yang paling besar, aku nak tengok betul-betul, biar Sultan Brunei puas hati”
“Kalau Allah dah bagi rezeki kau jangan lupa, jangan tinggal solat” ujar Qhairul sambil tersenyum. Zizie turut tersenyum mendengar perbualan kedua-dua bos tersebut sebelum berlalu meninggalkan bilik tersebut.
“Yalah ustaz, aku tahu sejak tinggal serumah dengan Nisha kau mana boleh escape” sidir  Zamree sambil tergelak. Qhairul pun turut tergelak mendengar kata-kata Zamree.
            Kerana banyak projek yang hendak dibentang, mesyuarat berlanjutan lebih tiga jam. Qhairul menjerling jam tangannya. Janji untuk menjemput Nisha pukul 1.30, sekarang dah pukul 1.15.Zamree perasan dengan keresahan Qhairul.
            “Kenapa Rul ada janji dengan Nisha ke?”
            “Jiwa aku memang tak tenteram kalau Nisha tak ada depan mata aku. Lagi kat kampus tu peminat dia ramai kat situ, pensyarah dia pun aku tak percaya”Qhairul berbisik pada Zamree.
            “Cemburu betullah kau Rul, takkan kau nak kawal dia 24 jam” balas Zamree sambil tergelak.
            “Cemburu tandanya sayang bro”terlepas suara Qhairul sehingga didengar oleh kakitangan syarikatnya yang ikut bermesyuarat ketika itu. Semua tersenyum bila Qhairul tersenyum.
            “Itulah susahnya dapat isteri yang cantik sangat bos”celah Razali.
            “Tak cantik lagi susah”balas Qhairul, mesyuarat terus bertukar topik.
            “Baik sederhana, tengok macam saya dapat yang cantik dipandangan mata kita je, takdalah makan hati berulam jantung”sambung Zamree pulak.
            “Yalah tu, kalau dah jodoh nak buat macam mana, kau ni Zam cakap betul-betul ke atau nak senangkan hati kau tu je”balas Qhairul lagi. Zamree tergelak mendengar jawapan Qhairul.
            “Kau yang nampak tak confident pada diri sendiri ni kenapa?, siapa lagi lelaki paling hebat di Malaysia kalau bukan kau, Tengku Farid pun kena reject apa yang kau nak bimbang sangat. Puteri MS cantik luar dan cantik dalam rul, relek ok” ujar Zamree sambil menepuk belakang Qhalrul. Semua yang ada di bilik mesyuarat turut tergelak. 
Kemudian Qhairul bangun dari kerusinya menjauhkan diri untuk membuat satu panggilan
            “Abang datang lambat sikitlah sayang, ada meeting  dalam pukul 2.30 ok”
            “Tak palah bang, kalau abang lambat Nisha pergi library dulu, bila sampai abang nanti cal Nisha ok”
            “Ok, bye I love you sayang, muah..”Qhairul kembali semula ke tempat duduknya untuk menyambung semula mesyuarat yang sudah hampir ke penghujung. Zamree mengeleng-gelengkan kepalanya.
            “Kalau aku kahwin dengan Nisha aku pun akan rasa seperti kau rul, kalau ada cinta tentu ada rasa cemburu” bisik Zamree dalam hatinya.
            Seorang lelaki segak dengan kemeja hijau muda, berseluar slack hitam dan berkaca mata hitam sedang bersandar pada sebuah kereta Lamborghini seperti sedang menantikan seseorang. Beberapa siswi wanita yang lalu di situ tersenyum memandangnya sambil berbisik-bisik. Nisha bergegas keluar dari library sebaik sahaja Qhairul menghubunginya. Dari jauh dia melihat suami sedang tersenyum memandangnya.
            Syed Azrie yang sedang duduk di atas motorsikalnya tidak berkelip memandang Nisha yang sedang tersenyum berjalan  menuju ke satu arah. Qhairul yang sedang menunggu kedatangan isteri menyedari seorang  lelaki tersebut asyik merenung ke arah isterinya.
Nisha terus mendekati suaminya.
            “Abang dah lama tunggu ke?’’
            “Tak, baru je sampai, abang minta maaf sebab lambat jemput sayang”terus dia memeluk pinggang isterinya supaya merapatinya.
            “Nisha tak kisah sebab beri peluang Nisha pergi library”
            “Ok jom kita balik” lalu membuka pintu kereta untuk isterinya. Sebelum isterinya memboloskan dirinya ke dalam kereta, Qhairul sempat mencium pipi isterinya. Nisha tersenyum melihat tindakan suaminya .
            “Ini kawasan terbukalah bang”
            “Abang geram, rindu” bisiknya lalu memicit pula hidung isterinya. Nisha tergelak kemudian terus masuk ke dalam kereta.
            Perlahan-lahan Lamborghini meninggalkan kawasan parkir berhampiran bangunan perpustakaan kampus tersebut.
            “Sayang kenal lelaki yang duduk di atas motorsikal tu tadi?”
            “Yang mana satu, sebab tak silap Nisha ada beberapa orang kat situ tadi”
            “Yang pakai jeket coklat”
            “Oh.. tu Syed Azrie, kenapa?”
            “Macam minat  kat sayang je”
            “Oh tu yang buat abang bertindak luar kawalan tadi, cakap geram tu”
Qhairul tergelak.
            “Abang cemburukan budak tu ke, dulu dia selalu kacau Nisha, ajak Nisha keluarlah” beritahu Nisha jujur pada suaminya.
            “Sayang layan ke?”
            “Tengku Farid pun Nisha reject ni kan pulak Syed Azrie, apalah abang ni” Pasangan suami isteri tersebut akhirnya sama-sama tergelak.
            “Kita pergi makan dululah ya”cadang Qhairul sambil menggenggam tangan isterinya.
            “Mana?”
            “Restoran Selera Asia, boleh?”cadang Qhairul kemudian menunggu jawapan isterinya.
            “Mana-mana pun boleh, gerai biasa pun Nisha tak kisah, asalkan halal dan bersih” Qhairul tersenyum mendengar jawapan isterinya.
            “Lepas makan nanti sayang ikut abang balik ofislah ya, sebab banyak lagi kerja abang nak buat, kita  balik lewat sikit malam ni”
            “Kalau ada yang boleh Nisha bantu nanti bagi kat Nisha ya”
            “Ya, nanti balik ofis kita tengok yang mana sayang boleh buat”
            Setelah usai makan, tepat pukul 3.30 pasangan suami isteri tersebut tiba di pejabat. Nisha memeluk Zizie.
            “Kak Zizie apakhabar?”
            “Sihat, Datin Puteri”
            “Kak tengok macam mana?”
            “Berseri-seri”
            “Kak, saya nak minta tolong akak satu benda boleh?”
            “Apa dia?”
            “Jadi spy saya, tolong tengok Dato’ Qhairul, boleh”
            “Ehem..tak percayakan abang ke?”Qhairul di sebelah berdehem lalu menyampuk.
            “Buka tak caye, tapi langkah berjaga-jaga” jawabnya pantas.
Qhairul tergelak, Zizie pun turut tergelak sama.
            Banyak juga perkara yang dibantu oleh Nisha di kala mengikut suaminya ke pejabat petang itu. Beberapa dokumen disusun dan dimasuknya ke dalam fail yang sepatutnya. Dan selepas solat asa rNisha rasa mengantuk dan akhirnya dia tertidur. Qhairul senyum melihat isterinya terlena disofa.
            Hampir pukul 10 malam barulah pasangan suami isteri tersebut meninggalkan pejabat, Sebelum balik ke rumah mereka singgah di sebuah restoran untuk makan malam.
            “Abang, kita makan kat restoran sebelah sana tu” Nisha menundingkah jarinya ke arah restoran yang dimaksudkannya.
            Nisha melangkah cuba menyeberang jalan, Qhairul yang berjalan di belakangnya cuba mendekati isterinya. Sebuah kereta hitam meluncur laju dari sebelah kiri jalan.Nisha yang tidak perasan kemunculan kereta tersebut terus melangkah cuba menyeberangi jalan. Qhairul merasai kelainan pada kereta tersebut.
            “Sayang! awas!” Qhairul terus  berlari dan dengan pantas menarik tubuh Nisha ke tepi lalu memeluknya.
            “Sayang tak nampak ke kereta tu tadi?” Nisha yang masih tergamam cuma mengeleng-gelengkan kepalanya.Qhairul terus mengucup dahi isterinya.
            Kejadian itu tadi membuat Qhairul hilang selera untuk  makan.Dia seperti pernah melihat kereta tersebut dan sempat mengecam no platnya WPH2324. Tiba-tiba dia teringat kereta itu pernah dilihatnya parkir di tempat letak kereta Regalis Club.

            Malam itu pertemuan kali ketiganya dengan Tengku Sofya, Tengku Farid memandang kosong Tengku Sofya yang duduk di depannya. Perbincangan yang memang tidak pernah menemui titik noktahnya.
            “I setuju kahwin kerana ayanhanda I, tapi I minta you faham lepas kahwin kita cuma suami isteri atas kertas je. I cuma teman you jalankan tugas pentadbiran negeri bukan urusan rumah tangga ok.  I tetap akan teruskan hubungan I dengan kekasih I dan you pun bebas nak jalin hubungan dengan mana-mana wanita yang you suka asalkan kita sama-sama dapat sembunyikannya dari pengetahuan ayahanda dan rakyat” ujar Tengku Sofya sambil tersenyum sinis memandang Tengku Farid.
            “I tak ada masalah sebab I lelaki. I boleh kahwin lebih dari sorang tapi I bimbangkan you sampai bila you nak teruslah hubungan sampai you mengandung baru nak suruh I mengaku”balas Tengku Farid.
            “I takkan libat you dalam masalah I. Bila I mengandung I takkan suruh you jadi bapanya, I akan keluar negara untuk lahirkan anak I, yang I mahu lepas kahwin kita uruskan hal peribadi masing-masing” balas Tengku Sofya dengan wajah yang merah menahan marahnya.
            “Ok macam ni, I yang telah sah sebagai suami you nanti tidak mahu terus menanggung dosa sama-sama dengan you, lepas kahwin I ceraikan you senyap-senyap tapi lepas tu kita berlakon sebagai suami isteri terutama bila majlis-majlis formal yang you terpaksa ikut I. Urusan you dengan kekasih you tu you fikirlah sendiri. Kalau you tahu halal haram you ajak dia kahwin dan buat anak berapa ramai you suka asal jangan minta libatkan dalam sebarang masalah you” tambah Tengku Farid dengan nada yang serius sambil tersenyum sinis.
            “Ok fine, I setuju, lepas kahwin you mesti ceraikan I. Lepas tu kita berlakon sebagai suami isteri. I janji takkan libatkan you dalam masalah I. I  promise” Tengku Sofya yang sudah nekad dengan perjanjian mereka.
            Minggu depan pasangan tersebut akan diijab kabulkan mengikut adat istiadat istana. Tengku Farid pasrah pada takdir yang menimpa dirinya. Lebih baik hidup begitu dari terus menipu dirinya sendiri.Wajah Nisha terbayang di tubir matanya.
            “Tentu dinda bahagia sekarang sebab hidup bersama lelaki yang dicintai” bisik Tengku Farid dalam hati kecilnya.
            Poster besar Puteri MS dalam biliknya ditatapnya puas-puas, hanya gambar itu dijadikan tempat melepas rindunya pada gadis tersebut. Keputusan perbincangan terakhirnya dengan Tengku Sofya masih terngiang-ngiang di telinganya. Dia cuma sekali sekala akan bermalam di istana negeri untuk membantu sultan menjalankan urusan pentadbiran negeri serta mendalami tugas dan tanggungjawabnya sebagai Putera Mahkota. Dalam istana negeri  Putera Mahkota dan isterinya  akan mempunyai bilik masing-masing jadi masalah antara mereka tidak akan mudah dikesan oleh sesiapa.
            Perkahwinan yang penuh adat istiadat turut mengundang beberapa temu jemputan dalam dan luar negara dan turut disiarkan melalui beberapa saluran tv kerajaan dan swasta. Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree dan pasangan masing-masing turut dijemput sebagai tetamu jemputan khas. Wajah Tengku Farid begitu tenang sepanjang majlis tersebut berlangsung namun jiwanya berkocak tiada siapa yang tahu. Batinnya menjerit dan meronta cuba melepaskan diri dari kemelut yang melanda hidupnya. Dari jauh dia sempat melihat wajah Nisha dan Qhairul memandang padanya seperti memberi kekuatan. Dia tahu dua insan tersebut tahu apa yang berkocak dalam jiwanya sekarang. Nisha sedar walaupun dia tidak dapat menerima cinta Tengku Farid tapi dia sayang lelaki itu. Dia ingin melihat lelaki itu hidup bahagia bersama insan yang mencintai seperti  Zamree dan Karina.  Nisha menyeka air mata yang hampir jatuh di pipinya.
            Usai majlis, sewaktu berada dan kamar tidur Tengku Sofya terus menagih janji dengan Tengku Farid. Pada malam itu juga dengan rasa sedih dan bersalah Tengku Farid terus menceraikan Tengku Sofya dengan talak satu.
            “Ok Tengku Sofya, I ceraikan you dengan talak satu. You buatlah apa you suka. Ingat perjanjian kita, jangan libatkan I dengan apa juga masalah you nanti. Selamat berbahagia dengan kekasih you”ujar Tengku Farid dengan nada tenang dan kesal kerana dalam beberapa jam dia sudah bertukar status dari lelaki yang teruna kepada seorang suami dan akhirnya seorang duda tapi satu kenikmatan hidup pun tak pernah dirasainya.
 Semasa pergi berbulan madu, kedua-duanya pergi kehaluan masing-masing. Tengku Sofya mengambil kesempatan berbulan madu dengan kekasihnya di UK sementara Tengku Farid sendirian di London dan kemudian terbang ke Paris.
Perjalanan balik di atur dengan teliti dan mereka bertemu semula di KLIA. Kembali ke tanah air kedua insan tersebut berlakon hidup sebagai suami isteri secara luaran. Waktu-waktu terluangnya dihabiskan oleh Tengku Farid dengan hobinya terutama mengubah lagu.
            Bulan berganti bulan hampir enam bulan usia perkahwinan pasangan tersebut. Qhairul sibuk dengan perniagaannya sementara Nisha pulak sibuk dengan kuliah dan kerja khususnya. Namun kasih sayang dan rasa cinta antara mereka masih seperti dahulu malah semakin utuh.
Pasangan yang cukup loving dan romantik. Rutin pagi Qhairul sewaktu bangun tidur dan sebelum pergi kerja ada mencium pipi isterinya. Rutin harian yang dia tidak boleh dilupa, kalau lupa dalam perjalanan dia mesti akan berpatah balik.
            “Lewat pagi ni rul, Nisha tak sihat ke?” tanya Zamree bila melihat jam tangan sudah menunjukkan pukul 9.30 pagi.
            “Aku turun awal tadi tapi on the way dah nak sampai sini aku terlupa satu benda, aku terpaksa patah balik”balas Qhairul dengan wajah yang serius.
            “Benda apa yang penting sangat terlupa tu sampai kau boleh patah balik, Nishakan ada suruh dia hantar”tanya Zamree pula.
            “Aku lupa cium pipi Nisha pagi ni sebab tu aku balik” balas Qhairul  sambil tersenyum, Zizie yang berada dekat mejanya tergelak mendengar kata-kata Qhairul.
            “Fulamak..aku ingat apa bendanya, teruklah kau orang berdua ni, kat lap top kau tu kan berlambak gambar Nisha, kau ciumlah kat situ” balas Zamree sambil tergelak terus.
            “Tu tak sama, tak lembut, tak halus dan tak gebu macam pipi Nisha” jawab Qhairul lagi kemudian terus melangkah masuk ke biliknya. Zamree mengeleng-gelengkan kepalanya bengang dengan jawapan Qhairul sebentar tadi. Qhairul dan Nisha memang tidak boleh dipisahkan. Pasangan yang sering dijolokkan sebagai pasangan yang sehati sejiwa. Pasangan nombor satu negara. Sering berdua-duaan ke mana-mana saja mereka pergi. Pakaian yang dipakai sering sedondoi. Pasangan suami isteri yang sering mendapat pujian sebagai pasangan suami isteri yang sedang hangat bercinta.
            Qhairul sengaja ungin mengejutkan Nisha petang itu. Balik dari perjumpaan dengan klien perniagaannya di Putra Jaya dia mengambil keputusan untuk balik ke kondo. Sebelum sampai di kondo dia singgah untuk membeli sejambak bunga ros untuk isterinya. Wajah Nisha tersenyum menerima bunga ros merah itu terbayang di tubir matanya.
            Setiap petang petang jika tiada apa yang hendak dibuat Nisha suka menghabiskan masanya di dalam kolam renang. Air kolam itu menjadi teman setia Nisha jika suaminya tiada di rumah. Pelbagai teknik renang yang cuba dipelajari dan ingin dikuasainya. Bersendirian di kondo itu membuatkan Nisha tidak malu dan kekok menggunakan bikini ketika berada di kolam renang. Petang itu dia memilih bikini  sehelai seluar kecil dan baju dalam antara koleksi bikininya yang paling seksi dibeli suaminya di Itali semasa percutian mereka dulu. Memang seksi terutama bahagian dadanya yang montok nampak begitu menghairahkan.  Nisha tersenyum sendiri melihat dirinya di depan cermin.
“Ada ke perempuan melayu sanggup mandi pakai bikini macam ni kat luar tu” Nisha menyoal dirinya sendiri.
            Dua tiga kali dia berulang alik berenang ke tepian  dengan kuak kupu-kupu dan kemudian dia cuba pula untuk membuat kuak lentang. Qhairul yang masuk ke kondo dengan kunci penduanya tahu isterinya berada di kolam renang bila dia terdengar bunyi kocakan air. Melihat jam di tangannya yang hampir menunjukkan pukul 4.30 dia tersenyum sendiri. Memang masa Nisha berada di kolam renang.
Nisha yang sedang berendam di dalam kolam tersenyum melihat kemunculan suaminya dengan sejambak bunga ros merah di tangannya. Nisha terus naik lalu duduk berjuntai kaki di tepi kolam lalu menyambut dan mencium jambangan ros merah yang dihulurkan suaminya.
“Thanks  abang’ ucapnya lalu mencium pula pipi suaminya. Qhairul yang teramat bahagia diperlakukan begitu oleh isterinya kemudian membalas ciuman pipi isterinya.
Tubuh Nisha yang hanya dilindungi sedikit di bahagian buah dadanya yang montok dan punggungnya membuatkan Qhairul terkesima. Matanya tidak berkelip menatap susuk tubuh isterinya yang memang mengiurkan itu. Nisha memercik air ke wajah suaminya membuatkan suaminya tersentak dari lamunannya. Qhairul mula tersenyum.
            “Awal abang balik?”
      “Dari Putra Jaya abang terus balik, abang nak intai puteri duyung mandi” Nisha tergelak mendengar jawapan suaminya.
            “Nisha baru buat dua round, boring tak tahu nak buat apa, jom kita mandi sama” balasnya sambil tersenyum.
            “Tunggu sekejap abang tukar baju”
Selang beberapa minit Nisha tersenyum melihat suaminya muncul dengan seluar mandi. Hanya sekali pusingan Qhairul berhenti lalu duduk berjuntai kaki di tebing kolam.
            “Sayang, esok sayang ada plan apa-apa tak?” Nisha menggeleng kepala.
            “Kalau tak ada kita duduk rumah kita masak sama-sama”ujar Qhairul terjun semula ke dalam kolam lalu memeluk tubuh isterinya kemudian mencium leher dan pipi isterinya berkali-kali. Dia seronok membelai tubuh Nisha menggunakan bikini yang seksi seperti itu. Nisha yang geli geleman dengan sentuhan suaminya mula membalas dengan menggeletek pinggang suaminya hingga kedengaran gelak tawa bahagia pasangan tersebut.
            “Dah bang, Nisha dah sejuk jom kita naik! Nisha dah lapar jom kita buat minuman panas untuk minum petang” Nisha merayu-rayu minta dilepaskan. Qhairul tersenyum lalu melepaskan pelukan. Nisha terus mencapai sehelai tuala lalu membalut tubuhnya sebelum melangkah menuju ke dapur untuk membuat minum petang untuk mereka berdua. Qhairul turut melangkah membuntuti isteri menuju ke dapur.
            Pagi Ahad Qhairul lebih suka menghabiskan hujung minggu bersama isterinya di kondo. Nisha yang sudah usai mandi terus menunai solat subuh. Selepas solat dia merasakan perutnya tidak selesa  dan terasa sesuatu mengalir keluar dari bahagian sulitnya.
            “Ni mesti tentera Jepun dah serang tanah melayu” Nisha bercakap sendiri. Dia terus membuka almari lalu mencapai tuala wanita kemudian terus ke bilik air.
“Abang bangunlah,  pergi mandi nanti terlepas waktu subuh”
“Sayang dah mandi” suara suami lemah dan wajahnya memai membuatkan Nisha tergelak.
“Dah!” jawabnya ringkas
“Kenapa sayang mandi dulu, abang belum cium lagi”  Qhairul suka mencium bau tubuh isterinya waktu pagi ketika bangun  dari tidur, bau yang menaikan nafsu ghairah dan syahwatnya.
“Nisha nak solat mestilah mandi dulu, abang lupa ke apa kita buat tu malam tadi, dua round lagi tu” Qhairul tergelak mendengar jawapan isterinya.
            “Abang bangun cepat mandi, nanti terlepas waktu” ulangnya lagi sambil menarik tangan suaminya mengajaknya bangun.
            Nisha tersenyum melihat suaminya bangun dari katil lalu terus mencapai tuala kemudian melangkah menuju ke bilik air.
Usai solat subuh Qhairul mendekati isterinya yang sedang bermalas di katil. Melihat mata isterinya seperti hendak lena semula dia  mula mengganggu konsentrasi isterinya. Nisha mula merasa sentuhan hangat bibir suaminya mula merayap lagi bahu dan leher kemudian ke pipi. Nisha tahu isyarat suaminya, setiap hujung minggu selepas subuh itulah rutin suaminya. Qhairul akan menyambung satu lagi pusingan episod asmara barahinya. Dalam kenikmatan dibelai suaminya Nisha teringat sesuatu.
            “Abang..sorrylah, kita tak boleh teruskan,  Nisha dah kena tembak tentera Jepun” beritahunya dengan suara yang lemah.
            “Bila, kan malam tadi boleh”
“Baru je, lepas solat subuh tadi” Qhairul tersenyum mendengar jawapan isterinya.
            “Takpa, luaran je tak ganggu yang lain” Nisha melayan kehendak suami dengan memberi setakat yang boleh. Namun semakin lama Qhairul semakin rakus dan galak dengan persembahannya.
            “Abang! janganlah, haram tau! dah! takut langgar sempadan pulak, jom kita belajar memasak. Tengah hari nanti kita makan lauk masak sendiri, ok, muah..” Qhairul seperti lupa keadaan isterinya yang sedang uzur, Nisha terus menolak tubuh suaminya lalu terus bangun dari katil kemudian menarik tangan suaminya supaya bangun
Hari itu berpandukan buku resepi yang baru mereka beli semalam  mereka sama-sama mencuba memasak resepi ayam percik berlada yang terdapat di dalam buku resepi tersebut.
            “Abang, hari ini hari jadi Tengku Farid, Nisha masih ingat sebab tahun lepas Nisha sambut hari jadi dengan dia, waktu tu abang di Cairo” semalam dia teringat tarikh harijadi Tengku Farid bila dia menulis sesuatu kenangan terindah dalam setiap tarikh penting dalam diarinya.
            “Ya ke, jadi sayang nak buat apa?” sambil tangannya memicit-micit daging ayam dengan bahan-bahan perencah untuk memerapnya.
            “Kita raikannya malam ni kat kondo kita nak?”
            “Dia ada masa tak malam ni?”
            “Kita tanya dia dulu, nanti Nisha sms jemput dia datang sini pukul 8 malam” Qhairul cuba terdiam menyambung kerjanya. Nisha terus mencapai telefon bimbitnya lalu menaip sesuatu dan terus menghantarnya, beberapa saat selepas itu kedengaran isyarat sms masuk ke telefonnya. Pantas tangan Nisha mencapai telefon bimbitnya lalu membuka sms tersebut kemudian tersenyum.
            “TF nak datang”
            “Dia pasti datang kalau sayang jemput sebab hanya kau di hatiku” usik Qhairul.
Nisha tergelak lalu memeluk tubuh sasa suaminya dari belakang.
            “Hanya kau kekasihku” ucap Nisha lalu mencium belakang suaminya yang hanya menggunakan anak baju  dan seluar boxer.
            “ I love you” balas Qhairul.
            “I love you too”lalu terus mencium pipi suaminya.
            Selepas makan tengah hari dan setelah Qhairul usai solat Zohor cepat-cepat pasangan tersebut keluar rumah untuk membeli beberapa keperluan  untuk persiapan malam tersebut.
“Kita order fast food je untuk malam ni KFC dan pizza , suruh dia orang  hantar sebelum pukul 8”cadang Qhairul.
“Birthday kek jangan lupa, Secret Resipe” beritahu Nisha mengingatkan suaminya.
Setelah menyenaraikan beberapa keperluan lagi, Qhairul kemudian mengajak Nisha keluar untuk membelah.
 “Nisha nak beli belon ni nak hias sikit TF  tu macam budak kecik sambut birthday” suara manja Nisha memberitahu suaminya membuatkan  Qhairul tergelak. Dia boleh membayangkan bagaimana Ku Farid akan menurut segala kehendak Nisha malam nanti.
“Beli ni jugak, kita letak atas kepala TF”cadang Qhairul lalu mengambil beberapa bungkus topi berbentuk kon”.
“Kita jemput sekali Wazir sekeluarga malam nanti” beritahu Qhairul pada isterinya.
“Abang Zam dan Kak Rina jangan lupa”tambah Nisha pula.
“Kita tambah makanan malam ni, nanti abang suruh Mak Som buat mee goreng, nanti suruh Zam singgah ambil sebelum dia orang ke sini” sambil tangannya mendail nombor telefon rumah banglo kedua orang tuanya.
“Suruh Mak Som buat rendang daging sekali, TF kan suka makan rendang daging sama macam abang” tambah Nisha sewaktu Qhairul menunggu panggilannya dijawab.
Balik dari pasaraya, Nisha mengajak suaminya singgah di kedai menjual pelbagai jenis gitar.
“Abang bukan tahu nak pilih gitar ni”bberitahu Qhairul sewaktu mereka melangkah masuk ke kedai gitar tersebut.
“Kita tanyalah pada pekerja dalam tu” balas Nisha sambil tersenyum pada suaminya.
“Saya nak gitar yang paling bagus dan orang biasa guna untuk cipta lagu” beritahu Qhairul sambil tersenyum  geli hati. Inilah pertama kali dia beli alat muzik. Dia langsung tiada kecenderungan dan bakat dalam bidang muzik.
Setelah mendengar penerangan dari pekerja kedai tersebut akhirnya mereka membeli gitar yang dicadangkan oleh pekerja tersebut tapi harga janganlah hairan, boleh beli sebuah kereta nasional tapi untuk pasangan tersebut harga bukanlah masalah sepuluh kali ganda pun mereka mampu bayar.

Bab 79
Tengku Farid membatalkan semua urusannya pada malam tersebut. Apa yang lebih penting adalah jemputan makan malam Nisha malam itu. Selepas solat Maghrib Tengku Farid terus memandu keretanya menuju ke alamat kondo yang dismskan oleh Nisha alamat kepadanya. Hanya dua orang pengawal peribadinya mengiringi keretanya dari belakang.
            Sewaktu pintu kondo terbuka suasana gelap dan sunyi seperti tiada berpenghuni.
            “Tengku, betul ke rumah yang Tengku pergi ni atau Tengku salah rumah tak?” tanya seorang pengawal peribadinya yang membuntutnya dari  belakang.
            “Beta tak salah memang ini alamatnya”Tengku Farid terus melangkah masuk.
            “Selamat hari jadi, selamat hari jadi, selamat hari jadi Ku Farid, selamat hari jadi”
Kedengaran suara nyanyian beramai-ramai.
            “Selamat Hari Jadi Kanda Farid” suara Nisha kedengaran mengakhiri nyanyian lagu tersebut. Kemudian lampu semua dinyalakan. Tengku Farid terkesima seketika. Dia terlupa hari jadinya tahun itu. Tahun lepas pun bondanya yang tolong ingatkan, setiap tahun memang dia tak pernah ambil kisah kerana baginya tiada apa yang istimewanya pada hari tersebut.
            Nisha melambai-lambaikan tangannya di muka Tengku Farid.
            “Kanda masih hidup ke tak ni?” tanya Nisha. Tengku Farid yang baru tersedar dari lamunan terus tersenyum.
            “Kanda terkejut, kanda tak ingat pun hari ni harijadi kanda,  kanda ingat  jemputan makan malam biasa”
            “Tulah kuat sangat kerja sampaintarikh-tarikh penting pun tak ingat. Nisha ingat sebab tahun lepas kita sambut sama-sama kat ballroom hotel, happy birthday kanda. Nisha dan abang Qhairul sediakan semua ni untuk kanda, enjoy for your night, lupakan segalanya untuk malam ni ok” balas Nisha sambil tersenyum memandang Tengku Farid.
            “Yes Kanda Long, happy birthday, happy for your night, kita raikannya bersama-sama malam ni, tiup lilin tu” tambah Qhairul pula.
            “Opps sebelum tiup lilin, Nisha nak pasang ni dulu dan lepas tu baca bismillah, niat baru tiup” Tengku Farid tersenyum menerima tunjuk ajar dari Nisha. Dia membiarkan Nisha meletakkan topi kon di atas kepalanya.
            Tengku Farid memejamkan mata. Apa yang terbayang  cuma wajah Nisha dengan senyumannya. Dengan lafaz bismillahirahmannirahhim Tengku Farid menghembus nafaznya meniup kesemua lilin-lilin di atas kek tersebut. Tepukan kedengaran selepas semua lilin tersebut padam. Qhairul dan Nisha menjemput semua tetamunya menikmati jamuan yang disediakan. Datin Karina dan Datin Roziah membantu Nisha menghidangkan makanan dan minuman.
            “Nampaknya kau dah seronok Zir sebab cita-cita kau nak dapat anak lelaki dah tercapai” Datin Roziah selamat melahirkan anak lelaki mereka Danies Haziq dua bulan yang lalu seberat 3.6kg.
            “Alhamdullillah, tuhan dengar doa aku selama ini”jawab Wazir sambil tersenyum.
            “Mesti lebih cerdik dan handsem dari Hani”usik Qhairul sambil memegang kepala Hani.
            “Hani memang tak nak handsem tapi Hani nak cute dan cantik macam Kak Nisha” Hani menjuih bibirnya pada Qhairul, semua tergelak melihat telatah Hani bila diusik oleh Qhairul begitu.
            “Cemburulah tu”usik Qhairul lagi.
            “Hah kau orang berdua bila lagi” tanya Wazir sambil memandang wajah pasangan tersebut.
Nisha dan Qhairul sama-sama tergelak.
            “Lambat lagilah bang, tunggu Nisha tamat study, tahun depan kot” jawab Nisha sambil tersenyum memandang suaminya. Tengku Farid dan Zamree juga tersenyum.
            Nisha mengalihkan lilin-lilin yang ada di atas kek, kemudian mengambil pisau lalu memotong-motong kek tersebut menjadi potong-potong yang kecil lalu dihidangnya di atas pinggan kertas. Sepotong dihulurnya pada Tengku Farid.
            “Kek kegemaran Nisha Chocholate Cheese, sedap tau, kanda rasalah” ujarnya sambil tersenyum.
            “Abang nak ke? nanti Nisha suapkan abang”sambil tersenyum memandang suaminya.
            Melihat Tengku Farid telah menghabiskan kek di pinggannya, Nisha tersenyum kemudian tangan mengambil lagi sebiji pinggan.
            “Kanda jemputlah, rendang daging  dan lemang pun Nisha ada sediakan, kanda suka rendang dagingkan?” Tengku Farid menanggukkan kepalanya lalu tersenyum memandang Nisha. Nisha menceduk rendang, lemang dan mee ke dalam pinggan lalu dihulurkannya pinggan tersebut  kepada Tengku Farid, tanpa sebarang kata, Tengku Farid  menyambutnya lalu menikmati dengan penuh selera.
            “Abang, kita kongsi ya” Nisha kemudian menceduk sepinggan lagi lalu duduk di sisi suami lalu berkongsi menikmat makanan tersebut, saling bersuapan, ketawa dan bergurau senda. Sesekali Tengku Farid dan Zamree menjerling melihat kemesraan pasangan tersebut. Nisha memang  nampak begitu bahagia hidup di samping Qhairul.
            “Abang Zam tak nak rasa lauk yang Abang Qhairul masak ke?”Nisha memandang wajah Zamree.
            “Lauk apa?”
            “Tu..dalam pinggan, lauk kami tengah hari tadi ayam percik” Qhairul tersenyum mendengar Nisha memberitahu Zamree tentang resepi yang dibuatnya tengah hari tadi.
            “Sedap!, abang rasalah”
            “Betul kau masak ni rul”
            “Dah Nisha cakap aku masak, kau tak percaya aku boleh masak ke?”
Zamree tergelak mendengar jawapan Qhairul.
            “Kalau suami kau masak, kau buat apa Nisha?”tanya Datin Roziah mencelah.
            “Nisha tengok je lepas tu makan”jawab Nisha selamba.
            “Eech…teruklah kau ni Nisha, kenapa tak tolong”tanya Datin Roziah lagi.
            “Dah abang Qhairul tak bagi tolong” jawabnya sambil tersenyum pada suaminya.
            Datin Roziah mengeleng-gelengkan kepalanya.
            “Nisha nikan dalam banyak-banyak benda dalam dunia ni yang lain tu semua dah perfect tapi dalam bab-bab masak ni akak bagi markah C” tambah Datin Roziah sambil tersenyum.
            “Akak jangan cabar Nisha, kalau Nisha masak semua orang lepas tu minta resepi, petua dan tip dari Nisha. Akak tengoklah nanti”jawab Nisha sambil tergelak
            “Ya lah tu, terbitlah rancangan ‘Mari ke dapur bersama Puteri MS’ kalau tak lauk hangus dapur yang terbakar”sambung Datin Roziah lagi. Semua tergelak mendengar kata-kata Datin Roziah.
            “Tak pa, nanti Nisha buktikan”jawab Nisha masih membela dirinya sambil tersenyum.
            “Nanti abang jadi chef jemputan”tambah Qhairul pulak.
            “Hah..akak dengar tu, sayang abang tau” ujar Nisha sambil mencium pipi suaminya.
Zamree dan Wazir mengeleng-gelengkan kepala melihat adengan suami isteri tersebut.
Nisha memandang wajah Tengku Farid, walaupun turut ketawa dan tersenyum namun kesedihan di wajahnya tidak dapat dilindungi.
            “Abang, mana gitar tu?”bisik Nisha ke telinga suaminya.
            “Belakang sofa ni”jawab Qhairul.
Nisha bangun lalu terus mendapat gitar kemudian menghampiri Tengku Farid.
            “Hadiah dari Nisha dan Abang Qhairul untuk Kanda Long” Nisha menghulurkan gitar tersebut pada Tengku Farid.
            “Wow..nice, mahal ni, thanks dinda, Qhairul”ucap Tengku Farid tersenyum lebar.
            “Mainkan lagu yang kanda cipta untuk Nisha malam tu, nanti Nisha nyanyi”
            “Ok, kanda test dulu gitar ni”Tengku Farid terus cuba memetik-metik tali gitar tersebut kemudian dia tersenyum.
            “Good, ok we start now”Tengku Farid mula memetik gitarnya lalu diiringi suara Nisha.
            Semua memberi tumpuan sewaktu Nisha menyanyikan lagu tersebut. Nisha menyampaikkan lagu tersebut dengan cukup baik di samping penciptanya. Menghayatinya dengan penuh perasaan. Selepas sahaja habis ayat yang terakhir Tengku Farid terus meletakkan gitar lalu bangun dari tempat duduknya lalu terus melangkah menuju ke tingkap banglo tersebut. Pandangannya dilontarkan jauh ke tengah bandaraya KL yang begitu cantik dengan kilauan lampu-lampu neon. Nisha kembali duduk merapati suaminya, hatinya turut terharu. Qhairul mencium dahi isterinya. Setelah perasaannya kembali stabil Tengku Farid kembali semula ke tempat duduknya.
            “I nak makan ayam KFC dan pizza, ada lagi tak?”semua tergelak memandang Tengku Farid.
“Masih banyak uncle, cuma Hani sorang je yang makan ayam ni sejak tadi” Hani tiba-tiba bersuara.
“Patutlah muka Hani dah tumbuh bulu ayam, tak lama lagi  berkokok lah tu” usik Zamree. Semua tergelak bila melihat Hani mula meraba-raba mukanya.
“Tak da pun, uncle bohonglah” balas Hani lagi.
“Ada cuba Hani pergi tengok cermin”gadis kecil itu terus berlari mencari cermin. Semua terkekek-kekek ketawa melihat gelagat Hani yang terpedaya dengan usikan Zamree.
“Dinda, kanda nak rakam lagu tadi ke piring hitam” Tengku Farid memandang wajah Nisha.
“Ya ke, siapa penyanyi tu Siti, Ziana Zain, atau Ramlah Ram pun boleh rasanya?” tanya Nisha bersemangat”
“Bukan, kanda nak dinda sendiri, penyanyi lain tak boleh menghayatinya dan kalau boleh pun lagu ni takkan meletup, ianya lebih kuat kalau dinda sendiri yang nyanyikannya” balas Tengku Farid sambil menatap wajah Nisha.
“Tapi boleh ke Nisha rakam lagu, Nisha tak nak digelar penyanyilah. Nisha nak orang sebut Nisha boleh menyanyi atau ada bakat menyanyi, tu je”
“Tak, cuma sebuah lagu ni je untuk semua peminat-peminat Nisha, ia sebuah terbitan khas kita beri tajuk  Hadiah Untuk Yang Tersayang” tambah Tengku Farid lagi.
“Abang izinkan tak?” Nisha menoleh ke wajah suaminya.
“Kali ni je, lepas tu tak da lagi” jawab Qhairul sambil menarik rapat tubuh Nisha ke sisinya.
            “Jadi bila tu?”tanya Nisha memandang wajah Tengku Farid.
            “Bila-bila dinda senang, kelak kanda beritahu komposer yang kanda pilih nanti” beritahu Tengku Farid sambil tersenyum.
Sambutan hari jadinya yang disediakan oleh Nisha untuknya malam itu walaupun sederhana tapi cukup bermakna dan memberikan memori yang cukup indah buat dirinya. Nisha memang terlalu mengambil berat dan memahami perasaannya, layanan seorang teman yang cukup mesra mengikat jiwanya untuk terus mencintai gadis itu hingga ke akhir hayatnya. Gitar hadiah Nisha dan Qhairul disimpannya elok-elok di dalam but keretanya. Qhairul membuntuti Tengku Farid dan menghantarnya hingga ke kereta. Ada sesuatu yang ingin dibualnya dengan Tengku Farid tanpa didengar oleh sesiapa termasuk isterinya.
“Kanda Long, you ok ke?”tanyanya sambil memandang wajah Tengku Farid. Tengku Farid maksud soalan Qhairul.
“Kami dah bercerai pada malam hari kami dinikahkan.Tak sampai 24 jam I tukar tiga status dari seorang teruna, suami dan akhir seorang duda yang masih fresh. Itu perjanjian kami berdua sebelum kahwin. I tak sanggup tanggung segala dosa-dosanya dan jadi suami yang dayus. Sekarang kami cuma berlakon sebagai suami isteri yang sah”ceritanya dengan nada yang tenang.
“I tumpang bersimpati dan sedih dengan nasib you, tapi I tak tahu nak tolong macam mana. Nisha cuma ada satu, tapi mungkin ada hikmah di sebaliknya. I harap you bersabar. I tetap doakan kebahagiaan you dan cuma I nak beritahu you satu perkara youlah lelaki yang paling layak untuk Nisha sekiranya I tak ada” ujarnya sambil menepuk belakang Tengku Farid.
“Its ok, I ucapkan terimakasih pada you dan Nisha sebab ambil berat dan ambil tahu masalah I. I bahagia bila tengok Nisha bahagia dengan you. Jaga dia elok-elok sebab dia wanita kesayangan kita. Dan satu lagi tolong rahsiakan apa yang I ceritakan tadi dari sesiapa pun, besar akibatnya kalau diketahui oleh baginda sultan” beritahunya sambil tersenyum.
Kedua-dua lelaki itu akhirnya berpelukan sebelum berpisah.
            Setiap kali memandu keretanya semasa menghadiri kuliah, Nisha akan memasang radio untuk menghilang rasa sunyinya. Kadang-kadang dia tersenyum sendiri bila DJ bertugas memberitahu sesuatu.
Walaupun lagu ini sekadar dirakam sebagai tanda terimakasih kepada semua yang menyayanginya, namun lagu ini yang paling banyak mendapat permintaan dari peminat seni suara tanah air dan kini berada di tangga teratas  carta 20 lagu-lagu popular. Sekarang terimalah untuk semua yang telah meminta lagu ini ‘Kau Kekasihku’ suara lunak merdu nyanyian Datin Puteri MS”
Nisha geli hati dan tergelak mendengar suaranya berkumandang di corong-corong radio.
            “Tak sangka suara aku merdu jugak rupanya, ramai jugak yang minat” Nisha bermonolog sendiri. Nisha sendiri naik boring mendengar suaranya berkumandang di corong-corong radio. Duit bayaran royalty dari penjualan CD lagu tersebut semuanya Qhairul dan Tengku Farid yang uruskan.
            “Muka cantik, suara merdu mana tak aku dah makin angau sekarang, dah tu pulak hari-hari tengok dia dalam bilik kuliah kita ni” bisik Munir siswa senior tahun ketiga kepada Aziz teman sekuliahnya.
            “Kau jangan cari penyakit, suaminya dengar mampus kau. Suami dia sepuluh kali lebih handsem dari kita, tengok muscle  suaminya pun aku dah gerun, dahlah tinggi, dia bagi sekali terpelanting kita bro” balas Aziz mengingatkan temannya.
            “Aku cakap je, aku tahu aku cuma mengapai bintang dilangit. Dapat tengok muka dia hari-hari dalam bilik kuliah ni pun dah syukur”sambung Munir lagi.
            Memang ada hikmah setiap apa yang berlaku, sejak peristiwa masuk mahkamah dululah dia dapat berkenalan dengan Dato’ Desmond dan Dato’ Wilson Chong yang menjadi peguam penasihat untuk perbicaraannya. Kini bila-bila masa dia boleh menghubungi dua peguam terkenal tersebut untuk meminta tunjuk ajar serta bimbingan dan mendapatkan bahan rujukan untuk dia menyiapkan assignment. Oleh kerana itu hasil kerja dan assignment begitu berkualiti dan disimpan dan dijadikan bahan rujukan dan contoh-contoh kepada pelajar-pelajar yang lain.
            “You tak perlu susah pasal assignment you, you bagi tajuk pada I nanti I suruh SU I siapkan untuk you” Beritahu Dato’ Desmond sewaktu berjumpa di sebuah restoran ketika menemani suaminya makan malam bersama klien selepas beberapa bulan memulakan pengajiannya. Sejak malam itu Nisha tidak pernah diberatkan oleh assignmentnya. Setiausaha Dato’ Desmond pun tidak keberatan membantunya kerana dia memberi bayaran yang cukup lumayan untuk setiap assignment tersebut. Nisha hanya perlu menumpukan masa untuk belajar supaya  lulus dalam setiap peperiksaan semester.



Bab 80
Melangkah kaki ke tahun terakhir pengajiannya, perasaan Nisha begitu teruja hendak menamatkan pengajian. Dia tidah lupa kepada team UHGnya. Jika ada masa terluang dia akan menghabiskan masanya dan membelanjakan kawan-kawannya makan di café atau di restoran-restoran yang mereka inginkan.
            “Kau bestlah Nisha, dahlah kau yang paling muda dari kami orang semua, kau pulak yang paling dulu graduan dari kami orang, apa bintang kau ni terang sangat” ujar Najwa semasa mereka menjamu selera di restoran KFC. Nisha sendiri yang tidak mahu teman-teman UHG memanggilnya Datin Puteri.
            “Orang lain aku tak kisah panggil aku macam tu, tapi kau orang semua aku tak nak, sebab tak mesra. Macam aku dengan kau orang semua sepatutnya aku panggil kau orang kakakkan? Kau orang nak ke aku panggil kau orang kakak, mesti kau orang tak nak kan, sebab kau orang tak mahu dikata tua”ujar Nisha kemudian tergelak memandang kawan-kawannya.
            “Suami kau tak marah ke bila kami sebut nama kau je?”tanya Dewi tiba-tiba mencelah.
            “Tak, sebab kau orang dah lama kenal aku dan dah biasa panggil aku macam tu, dia pun dah kenal kamu semua?”
“Up to youlah Nisha, kami tak kisah janji kau masih sudi berkawan dengan kami semua, tapi kau memang baik, kau tak pernah sombong walaupun hidup kau kaya raya” tambah Anita pula.
            “Sebab aku lebih pentingkan kasih sayang dari harta benda. Persahabatan yang iklas tak boleh beza-bezakan sesama manusia. Kaya atau miskin bukan jaminan kita masuk syurga dan kecantikan tak menjamin kita bahagia” kata-kata Nisha membuat semua kawan-kawannya terdiam.
            Nisha tersenyum bila menerima sms ucapan selamat hari jadi dari Tengku Farid dan Zamree. Kerana ada cuti  tiga hari sebelum hari kemerdekaan, Qhairul membawanya ke Pulau Langkawi untuk bercuti.Tahun itu dia dan suaminya menyambut harijadinya berdua sahaja.
            Qhairul menempah khas sebuah restoran untuk meraikan harijadi isterinya. Sebiji kek dengan suasana yang cukup romantik. Alunan gemersik gesekan biola, Qhairul menarik tangan isterinya mengajaknya menari.
            “Nisha tak pandai menarilah bang” bisiknya ke telinga suaminya.
            “Abang boleh sikit-sikit, sekarang kita berdua je, salah pun tak da orang tengok”
Mahu tak mahu Nisha cuba menari setakat yang dia pandai, kadang-kadang mereka berdua tergelak. Nisha memang ada skill untuk menggoyangkan tubuh untuk menari. Lentok manja dan  dan geleknya membuat Qhairul jadi terpesona.
            “Kata tak pandai, lebih hebat dari abang”usik Qhairul lalu mencium pipi isterinya.
            “Kan Nisha PMS memiliki bakat semula jadi dalam bidang seni” balasnya lalu melentok manja ke bahu suaminya bila muzik alunan bertukar perlahan dan romantik.
            “Sayang happy birthday, I love you, kau syurgaku”
            “Thanks bang. I love you too.”bisikan manja ke telinga suaminya.
            “Jom kita balik hotel, abang nak beri hadiah yang paling istimewa malam ni, repeat babak malam pertama kita” Qhairul meleret nakal melihat isterinya membutangkan mata memandangnya. Tanpa membuang masa Qhairul terus memeluk pinggang isteri lalu bergandingan keluar dari restoran tersebut untuk kembali ke hotel.
            Sempena hari jadi Nisha, Qhairul memang menggotakan katanya. Dia memberi ulangan suasana  malam pertama mereka, malah ulangan itu lebih hebat dari yang asal. Dia terlentang kepenatan bila kayuhan sampai ke penghujungnya. Peluh gemercik keluar di dahi dan tubuhnya akibat kayuhan yang terlalu hebat.
            “Abang buat senaman di gim pun tak berpeluh macam ni” ucap Qhairul sambil tergelak sendiri.
            Nisha yang turut kepenatan setelah melayani suami yang meminta berlebih-lebih malam itu merasa seluruh tubuhnya sakit seperti selesai membuat satu larian yang jauh. Nisha mencapai beg tangan di atas almari kecil di sebelah katil. Dia tercari-cari sesuatu tapi tidak berjumpa apa yang dicarinya. Nisha menepuk dahi seperti menyesali sesuatu.
            “Ya Allah, masih dalam beg yang satu tu, habislah kali” keluhan Nisha didengar oleh suaminya.
            “Kenapa sayang?” tanya Qhairul lalu memeluk pinggang isterinya.
            “Nisha dah tertinggal ubat bang, habislah Nisha kali ni, dahlah baru lepas period” balasnya lalu memukul-mukul tubuh suaminya. Qhairul ketawa terkekek-kekek, lalu memeluk tubuh isterinya yang hangat tanpa seurat benang.
            “Ada hikmah di sebaliknya” bisik Qhairul ke telinga isterinya sambil tersenyum.
            “Nisha belum bersedialah bang”rengeknya manja dalam pelukan suaminya.
            “Kalau hadir ia anak kita sayang, anak hasil hubungan yang suci dan halal, tanda cinta kita, pengikat kasih sayang kita”pujuknya  lalu mencium pipi isterinya.
            Nisha terdiam, dia membalas pelukan suaminya. Saat yang paling selamat dalam hidupnya adalah ketika berada dalam pelukan suaminya. Kehangatan tubuh isterinya sentiasa menaikkan keghairahan untuk kembali mengulangi berahi asmaranya. Perlahan-lahan tubuh kecil itu direbahkan kembali ke katil lalu melanjutkan perlayaran  yang nampaknya sama hebat seperti kayuhan pertama. Qhairul teramat bahagia dalam syurga asmara rumah tangga yang sama-sama diciptanya bersama isteri tercinta.
            Balik dari percutian di Langkawi sudah dua kali Qhairul mengalami mimpi buruk yang serupa. Dia terjatuh dalam lubang gelap dan Yasmine Hana menanamnya hidup-hidup. Qhairul terjaga dari tidur, peluh membasahi dahinya disapunya dengan lengan pijama tidurnya. Nisha yang terbaring lena di sebelahnya direnungnya tanpa berkelip lantas pipi isterinya diciumnya dengan penuh kasih sayang.
            “Apa maksud mimipi itu ya Allah, adakah Yasmine hendak membunuhku” Qhairul menyapu kedua belah telapak tangan ke mukanya.
            Sejak mimpi itu sering berulang kali mengganggu tidurnya, perasaan Qhairul jadi tidak tenteram. Pertama kali selepas mengalami mimpi itu Qhairul rasa tubuhnya tidak sihat. Lima hari dia bercuti rehat di kondo bila Nisha tidak melarangnya turut ke pejabat. Nisha turut mengambil cuti sakit untuk menemani dan menjaga suami yang disahkan demam panas oleh doktor peribadinya.
            “Kau kenapa Rul, dalam sebulan ni aku nampak kau gelisah macam ada yang tak kena je?. Kalau kau masih tak sihat ambillah cuti lagi, hal syarikat usah kau risau aku boleh uruskan” Zamree dapat mengesan kegelisahan pada wajah sepupunya sejak kebelakangan itu.
            “Aku selalu mimpi buruklah Zam, mimpi yang sama berulang-ulang” Qhairul menceritakan perkara sebenar pada Zamree.
            “Mimpi buruk yang macam mana?” tanya Zamree sambil mengerutkan dahinya.
            “Yasmine Hana tanam aku hidup-hidup” mendengar cerita sepupunya itu Zamree memandang tepat ke wajah Qhairul.
            “Kerap ke kau mimpi macam tu”tanya Zamree seperti inginkan kepastian.
            “Hampir tiap-tiap minggu” balas Qhairul lagi.
            “Kau kena hati-hati Rul, aku pun rasa tak sedap hati bila dengar tentang mimpi kau tu”
“Oh ya, kau suruh Dato’ Bahrin jumpa kau pasal apa?”tambah Zamree lagi bila dia teringatkan sesuatu.
“Wasiat ,bila dah kahwin aku kena buat wasiat baru, Nisha tidak ada dalam wasiat lama” sahut Qhairul sambil jarinya mengetuk-getuk meja.
“Bila kau suruh dia datang?”
“Pagi ni, aku tengah tunggu dialah ni”
“Oklah, aku keluar dulu, Rul be careful pasal mimpi kau tu” pesan Zamree lalu berlalu dari bilik tersebut.
Hujung minggu itu pasangan suami isteri tersebut balik ke Melaka. Nisha seperti rindu hendak menziarahi kubur kedua orang tuanya. Awal-awal pagi lagi selepas subuh dia terus ke kubur. Selepas sedekahkan fatihah dan membaca surah Yassin kepada kedua-dua roh orang tuanya, Nisha mencabut-cabut rumput yang tumbuh di atas kubur ibunya.
“Ibu, Nisha dah kahwin bu, hidup Nisha tak susah lagi macam dulu lagi, suami Nisha sayang dan cintakan Nisha, Nisha pun sayangkan dia macam arwah ibu dan ayah saling sayang menyayangi. Doakan kebahagiaan Nisha bu”
“Ayah, Nisha sayangkan ayah walaupun ayah tak sempat mewalikan penikahan Nisha. Nisha tetap sayangkan ayah. Doakan kebahagian Nisha ya ayah”
“Kak! Nisha terkejut oleh suatu suara yang menegurnya dari belakang. Qhairil sedang berdiri dan tersenyum memandangnya.
“Ehh adik, bila adik sampai?”Nisha mengusap kepala adiknya.
“Baru sampai, adik pun nak tengok kubur ayah”
“Jom balik, pergi rumah akak ya”
Dua beradik tersebut berjalan berpimpin tangan menuju ke vila.
“Mak adik mana?”
“Kat rumah, mak demam dah dua hari”jawab Qhairil.
“Tengah hari ni adik makan rumah akak ya, lepas tu akan hantar adik balik” ujar Nisha sambil tersenyum memandang wajah adiknya.
“Rumah akak cantiklah, suami kakak pun lawa, suami akak orang kaya ke?”tanya Qhairil sebaik sahaja melangkah masuk ke vila,
“Suami akak yang buat rumahni, bila jumpa nanti salam ya, panggil abang”
Awal-awal pagi seperti itu, Qhairul mesti sedang bersenam di gim.
“Hai sayang, baru balik ke, eh..ada adik Qhairil..betul ke?”tegur Qhairul.
Qhairil menganggukan kepalanya sambil tersenyum kemudian dia bersalaman dengan Qhairul. Qhairul kemudian mengusap rambut adik iparnya.Timbul juga rasa kasihnya kepada budak itu.
“Nama Qhairil dengan abang hampir samalah, Qhairil nak main bola dengan abang tak, kalau nak jom kita pergi main bola kat padang bawah tu” Qhairil  mengangguk kepalanya setuju dengan ajakkan abang iparnya.
            “Jom sayang, kita main sama-sama”ajak Qhairul lalu menarik tangan isterinya. Seronok juga Qhairul melayani adik ipar, terdengar gelak ketawa sewaktu mereka merebut bola.
            “Dah lah, Nisha tak larat, abang main je dengan Qhairil” beritahu Nisha lalu duduk di tepi padang sebagai penonton.
            Qhairil tak mahu kakaknya menghantarnya balik ke rumah, dia takut maknya tahu ke mana di pergi. Sampul pemberian kakaknya disimpannya elok-elok di dalam poket seluar.
            “Abang! petang nanti kita round kampung, lepas kahwin kita belum lagi ronda-ronda kampung, pergi rumah Haji Suib ke? Qhairul membelai rambut isterinya sambil matanya terarah kepada kaca tv di depannya.
            “Abang dengar tak apa Nisha cakap tadi?”
            “Sayang cakap apa?”
            “Sah..tak dengar, petang nanti kita ronda-ronda kampung, lepas tu kita singgah rumah Haji Suib”ulang Nisha lagi.
            “Ok..,tapi guna motor sebab motor tu lama dah tak start”
            Petang-petang anak-anak muda kampung biasanya akan bermain bola di padang kampung berhampiran balai raya atau bermain sepak takraw tapi pada hari tersebut ada perlawanan futsal antara kampung berdekatan. Ramai juga anak-anak muda kampung-kampung yang datang untuk  melihat pertandingan tersebut.
            “Dia orang main futsallah, jom kita tengok” beritahu Nisha pada suaminya. Qhairul memecut Ducati menghampiri padang tempat perlawanan tersebut diadakan. Kebetulan budak-budak kampung Nisha yang menunggu giliran untuk bermain. Semua menoleh melihat kemunculan pasangan tersebut. Murad, Nasir dan Aiman pelajar lelaki yang pernah menuntut bersama Nisha di sekolah menengah dahulu turut mewakili kampung mereka. Aidil yang pernah menyimpan perasaan pada Nisha tapi Nisha tidak pernah melayannya turut berada di situ.
Haji Suib turut berada di situ untuk melihat perlawanan tersebut serta memberi sokongan dan semangat kepada anak-anak buahnya. Melihat kemunculan Nisha dan suaminya Haji Suib terus menghampiri pasangan tersebut lalu bersalaman.
            “Bila sampai Dato’?”tanya Haji Suib.
            “Petang semalam, Nisha rindu nak balik kampung” jawab Qhairul sambil tersenyum.
“Aidil, Nishalah”bisik Murad ke telinga Aidil.
“Suami dialah tu”,
Aidil memandang Dato’ Qhairul yang sedang berbual dengan Haji Suib.
“Macam mana hidup Nisha boleh berubah jauh sangat macamni, dapat suami bukan main kaya, kacak, berpangkat” bisik Aidil dalam hatinya. Sementara suaminya berbual dengan Haji Suib, Nisha menghampiri pasukan kampungnya.
“Hai Murad, Aidil, Aiman, Nasir kau orang semua apa khabar” tegur Nisha. Semua menoleh memandang gadis yang menegurnya. Pasukan lawan dari kampung sebelah juga turut menoleh. Nisha menolak cermin mata hitamnya ke atas kemudian tersenyum kepada semua pemain-pemain futsal yang ada di situ. Memang mereka mengenali Puteri MS tapi tak terfikir Puteri MS berada di kampung itu. Semua mata terpana apabila melihat Nisha berdiri di depan mereka. Seperti rasa tidak percaya Murad, Aidil, Aiman dan Nasir yang terkejut bila Nisha tiba-tiba menyapa mereka terus membuka mulut menjawab teguran Nisha.
            “Sihat, bila balik?” tanya Nasir.
            “Petang semalam, aku selalu balik tapi jarang keluar rumah, selalu terperap je kat vila” jawab Nisha sambil tersenyum.
“Kau dah jauh berubah sekarang, kau dah terkenal. Seluruh Malaysia dan dunia kenal kau” tegur Aidil.
Nisha cuma tersenyum mendengar kata-kata Aidil
“Kau orang buat apa sekarang?”tanya Nisha lagi.
“Sambung belajar, Nasir ambil diploma, Aidil masuk Tingkatan 6, aku dan Aiman matrik”jawab Murad.
“Hai sayang! bual apa tu?”Qhairul muncul lalu menghampiri isterinya. Nisha tersenyum memandang suaminya.
“Kenalkan kawan sekolah Nisha dulu, Aiman, Murad, Nasir dan tu Aidil” Qhairul tersenyum memandang kesemua lelaki yang sebaya dengan isterinya itu.
“Suami Nisha Dato’ Qhairul Azamin” ketiga-tiga anak muda tersebut menghulurkan tangan kepada Qhairul sambil tersenyum.
“Jom sayang, Haji Suib jemput ke rumah”
“Ok Murad, Aiman, Nasir, Aidil kami pergi dulu ya” ujar Nisha lalu memeluk erat lengan suaminya ketika meninggalkan tempat itu.
“Aku dah tak pandai macam mana nak bercakap dengan Nisha tu, dah lain sangat, lebih-lebih lagi sekarang dia tu anak angkat keluarga diraja, adik angkat Putera Mahkota, suami pulak billionaire, sebab tu aku Cuma pandai cakap  apa yang dia tanya je”ujar Aidil yang merasakan Nisha terlalu berbeza tarafnya berbanding dirinya.
“Aku fikir dia dah tak nak tegur kita tadi, sebab tu aku tergamam bila dia datang dekat kita t” tambah Nasir pula.
“Nak tengok wajahnya pun aku malu, kulit fuhh.. halus mulus, putih melepak, dulu putih jugak tapi taklah berseri-seri macam tadi tu, pipi macam telur di kupas tak da sebiji jerawat dan bintik pun, tak sesuai langsung dengan kulit tubuh aku ni” beritahu Aidil sambil sesekali memandang kulit tubuhnya sendiri. Kawan-kawannya tergelak memandang Aidil.
“Dengan kita ni, kalau Nisha kahwin macam beauty and beast” tergelak sakan lagi empat orang sahabat tersebut
“Hei Nasir, siapa perempuan cantik tu tadi?” tanya salah seorang ahli pasukan lawan dari kampung sebelah.
“Puteri MS, kau tak kenal ke?”
“Betul ke, fuhh…kenapa tak beritahu awal, kami takut salah orang, kalau aku tahu tadi, aku nak minta dia sign kat belakang baju aku ni”.
Murad,Aiman,Nasir dan Aidil tergelak mendengar kata-kata budak tersebut

Tiba di rumah Haji Suib, terjerit-jerit  orang tua tersebut memanggil isteri memberitahu kedatangan tetamu istimewa mereka hari itu.
“Timah! Nisha dan suaminya dah sampai ni” beritahu Haji Suib kepada isterinya. Berebut-rebut wanita tersebut pergi ke ruang tamu menyambut kedatangan Nisha dan suaminya.
“Silalah naik Nisha, Dato’, rumah kami tak cantik, rumah kampung” beritahu Mak Timah.
“Saya pun orang kampung Mak Timah, pernah tidur sini pun cuma suami Nisha ni je orang bandar tapi dia ok, boleh sesuaikan diri” balas Nisha,
“Muka kamu pucat je Nisha, kamu sakit ke” Nisha terkejut mendengar teguran Mak Timah.
“Tak Mak Timah, Nisha sihat je, cuma sejak kebelakangan ni Nisha sering rasa tak sihat badan” balas Nisha lalu menoleh ke wajah suaminya.
“Betul ke bang?muka ni Nisha pucat ke?”
“Ya, sayang tak apa-apa ke?”balas Qhairul sambil membelek-belek wajah isterinya.
            “Tak, cuma Nisha rasa cepat lelah je, selera makan pun kurang, pening-pening sikit”balas Nisha manja.
            “Mungkin jangkit sebab jaga dan tidur dengan orang yang demam hari tu tak” Qhairul teringat bagaimana perihatinnya Nisha menjaganya semasa deman hari itu. Nisha sanggup ambil cuti dan menjaganya siang dan malam, tidak berenggang langsung, sentasa berada di sampingnya.
Mak Timah menghidang beberapa jenis kuih kampung pada pasangan tersebut. Sejenis kuih ubi mula menarik minat Nisha. Tak sempat suaminya nak merasa makan kuih tersebut semua dihabiskan olehnya. Qhairul tersenyum bila melihat isteri hanya berselera makan kuih itu  sahaja sedangkan kuih lain tidak disentuhnya. Mak Timah tersenyum melihat Nisha.
“Alhamdulillahlah Nisha sebab hidup kau dah jauh berubah sekarang” tegur Mak Timah.
“Ya Mak Timah, saya bahagia hidup dengan abang Qhairul, Mak Timah tolong doakan kami bahagia sampai ke akhir hayat” sahut  Nisha pula. Sewaktu  menemani Mak Timah membawa gelas kotor ke dapur Nisha menghulurkan sesuatu dengan Mak Timah..
“Apa ni Nisha, selalu sangat Nisha dah bagi dengan Mak Timah” ujar wanita itu apabila Nisha menghulur sampul berisi wang RM5K kepadanya.
“Ikhlas dari saya Mak Timah, saya dah anggap Mak Timah sebagai mak saudara saya, Mak Timah selalu membantu saya dalam kesusahan dulu. Mak Timah yang sediakan baju sekolah untuk saya setiap tahun, belikan saya kasut, beg sekolah dan buku. Kalau Mak Timah ada masalah kewangan atau apa-apa yang saya boleh bantu Mak Timah janganlah segan beritahu saya ya” ujar Nisha sebelum dia dan suaminya minta diri untuk balik.
Memandangkan cuaca yang elok dan redup, balik dari rumah Haji Suib Nisha dan suaminya berjalan-jalan ambil angin di tepi pantai.
            “Sayang, sayang bahagia tak hidup dengan abang?” Qhairul menatap wajah isterinya tanpa berkelip.
“Abang, apa yang Nisha dapat sekarang melebihi dari apa yang Nisha inginkan selama ini. Nisha terlalu bahagia bang, kebahagian yang tak dapat nak Nisha bandingkan macam mana, abang segala-galanya pada Nisha”dia terus memeluk kemas tubuh isterinya. Nisha membalas pelukan suaminya. Dahi, hidung, pipi, kening isterinya diciumnya bersilih ganti, akhirnya Qhairul menarik  tubuh isterinya berselindung di sebalik batang ketapang yang tumbuh rendang di tepi pantai, bibir yang mungil dan merah merekah itu ditaklukinya dengan penuh nikmat asmara menyulam gelora rindu kasih di jiwa.
Nisha memicit dahi berkali-kali ketika dalam perjalanan balik ke vila. Sesekali dia merasa seperti nak muntah.
“Sayang ok ke?” tanya Qhairul lalu memimpin tubuh isterinya.
“Nisha rasa teruk sangatlah bang, rasa nak peng…”belum sempat menghabis ayatnya tubuh Nisha layu terkulai dan hendak rebah, mujurlah tangan suaminya merangkul pinggangnya di sepanjang perjalanan.
“Ya Allah sayang kenapa ni?”Qhairul terus mencempung tubuh isterinya membawa mendaki tangga tembok dan terus ke pintu pagar memasuki vila. Kak Siti dan Ranti cemas melihat Qhairul mencempung isterinya yang kelihatan tidak sedarkan diri.
“Kenapa puteri Dato’?”tanya Kak Siti.
“Tiba-tiba pengsan, tolong bukakan pintu bilik” beritahu Qhairul.Terpusu-pusu wanita tersebut berlari naik ke tingkat atas lalu membukakan pintu bilik  tidur majikannya. Qhairul meletakkan tubuh isterinya di atas tilam. Perlahan-lahan bahagian atas butang baju blaouse isterinya dibuka bagi melonggarkan pakaiannya. Kesejukkan pendingin udara membuatkan Nisha tersedar lalu membuka matanya.
“Nisha kenapa bang” tanyanya lalu memandang wajah suaminya.
“Tadi sayang pengsan, lepas maghrib nanti kita ke klinik ya” pujuk Qhairul sambil mengusap-gusap kepala isterinya. Nisha cuma mengangguk-anggukkan kepala setuju dengan cadangan suaminya.
Setelah berpusing-pusing mencari klinik, Qhairul akhirnya berhenti di hadapan sebuah klinik pakar Dr. Asniah  Women Spesialist Clinic. Qhairul memimpin isterinya memasuki klinik tersebut. Ada beberapa orang pesakit yang sedang menunggu giliran untuk bertemu doktor. Qhairul dan isterinya duduk dua kerusi yang kosong yang berdekatan kemudian terus ke kaunter pendaftaran.
“Siapa sakit encik?”tanya pembantu klinik sambil memandang wajah Qhairul.
‘Handsemnya mamat ni’ bisik pembantu klinik tersebut dalam hatinya.
“Isteri saya, ni IC dia” Qhairul terus menghulurkan mykard isterinya kepada pembantu klinik tersebut. Selesai pendaftaran Qhairul terus mendapatkan semula isterinya. Nisha menyandarkan kepalanya yang mula pening-pening ke bahu suaminya. Qhairul memicit-micit kepala dan membelai-belai rambut isterinya. Kehadiran dan kemesraan pasangan tersebut menjadi tumpuan pesakit-pesakit lain yang ada di klinik tersebut.
“Lina, kat luar tu ada pasangan suami isteri, suaminya handsem giler. Isteri dia cantik sangat, padan betul dia orang berdua tu. Tu baru orang kata bagai pinang dibelah dua. Dah tu loving habis, Kau tengok bila dia orang berdua masuk nanti” cerita pembantu klinik tersebut dengan kawannya.
“Isteri ke?”seorang pesakit wanita dalam lingkungan umur 40an yang baru masuk  menegur Qhairul.
“Ya”,jawab Qhairul ringkas sambil tersenyum.
“Sakit apa?”tanyanya lagi.
“Tak tahu lagi, petang tadi tiba-tiba pengsan”jawab Qhairul.
“Orang Melaka?”tanya wanita itu lagi.
“Saya bukan, saya orang Pahang tapi menetap di KL, isteri saya orang sini”sahut Qhairul lagi.
“Isteri cantik, baru lepas kahwin?”
“Hampir sebelas bulan”jawab Qhairul lagi.
Wanita itu terus menguntumkan senyuman lalu terus duduk selang dua kerusi dari Nisha.
“Qhairunnisha”nama Nisha dipanggil oleh pembantu klinik.
“Jom sayang jumpa doktor”Qhairul memimpin isterinya masuk ke bilik doktor.
Dr.Asniah tersenyum menyambut pasangan tersebut dan lama dia mengamati wajah pesakit terutama suaminya.
“Kalau tak silap you Qhairul or Dato’ Qhairul Azamin anak Tan Sri Dato’ Ismail kan?” Qhairul agak terkejut bila Dr.Asniah terus mengenalinya.
“Ya saya. Kenal saya ke?”tanya Qhairul mengerutkan dahinya.
“Yes, siapa yang tak kenal you cuma you tak kenalkan I, mungkin lupa kot sebab you kan banyak peminat kat kampus dulu, siapa tak kenal Qhairul Azamin Tan Sri Dato’ Ismail, anak seorang jutawan. Saya Asniah anak Dato’ Mansur. Ayah I kan pernah jadi rakan kongsi papa you, kalau masih tak ingat, cuba ingat Roshan” ujar Dr.Asniah memberi klu untuk Qhairul mengingatinya.
“Ya.., Roshan best friends jugalah, jadi you As buah hati Roshan yang dia sembunyikan dari kami semua tu ya”sahut Qhairul yang seperti baru ingat sesuatu.
“Yes, dulu buah hati tapi sekarang I wife dia”balas Dr.Asniah sambil tersenyum.
“Jadi you memang jodoh dia rupanya, how mana Roshan sekarang?” tanya Qhairul ingin mengetahui keadaan kawan lamanya itu.
“Tu nanti kita cerita, dia  sihat dan hidup bahagia dengan I, I takut patient I yang lain lama menunggu, jadi sekarang you and your wife, so beautiful wife. Rasa-rasanya ni yang you cari dan tunggu selama ini. Congratulations Dato’ Qhairul tak terlambat kiranya I nak ucapkan selamat pengantin baru pada you berdua. Ni Puteri MS kan?”ucapnya dengan ayat yang agak panjang.
“Yes, dan I minta you tolong periksakan my beloved wife, sebab petang tadi dia tiba-tiba pengsan” beritahu Qhairul sambil memandang ke wajah isterinya yang sejak dari tadi terpaksa menjadi pendengar perbualan dia dan Dr.Asniah.
Dr. Asniah memberitahu pembantunya supaya menemani Nisha ke tandas untuk pemeriksaan air kencing.
“Macam mana you boleh dapat Puteri MS, dan sanggup kahwin dengan you dalam usia semuda tu, Tapi dia memang cantik, neautral beauty tak da lelaki yang tak cair tengok wajah secantik tu”tanya Dr. Asniah dengan suara yang agak perlahan.
“PMS memang dah jodoh I, dia dilahirkan untuk I. Kalau I terlepas beribu yang akan menanti, you kan dah baca di pelbagai sumber siapa persaing-persaing I yang nak dapat kan dia, salah seorang sepupu I sendiri” balas Qhairul sambil tersenyum.
“Dan yang paling dangerous Putera Mahkota Tengku Faridkan”usik Dr.Asniah sambil tergelak.Qhairul pun turut sama tergelak. Dia tidak pula menafikan kata-kata Dr. Asniah.
 Nisha membutangkan mata sebaik sahaja masuk ke bilik doktor bila melihat suaminya tergelak besar bersama-sama Dr.Asniah.
“Ya sayang, dah ke?” Qhairul menarik tangan isterinya supaya duduk kembali di sisinya. Nisha menganggukkan kepalanya lalu duduk  di sisi suaminya. Keputusan air kencing diserahkan oleh pembantunya pada Dr.Asniah. Dr Asniah tersenyum memandang Qhairul.
“Bila last puteri period?”tanya Dr.Asniah sambil memandang wajah Nisha.
“23 Ogos” jawab Nisha ringkas.
Doktor Asniah memutar-mutarkan kelendar bulat di depannya kemudian dia tersenyum.
“Congratulations sekali lagi untuk you berdua. Isteri you pregnant, dah 5 minggu” beritahu Dr. Asniah.
Nisha agak terkejut. Matanya bulat memandang suaminya. Nisha mengeluh sendiri teringatkan malam percutian mereka di Langkawi.
“What, really! she pregnant” ujar Qhairul yang macam tidak percaya tapi jelas kegembiraan di wajahnya ketika itu.
“Yes, saya pun nak buat pengesahan yang tepat untuk tempoh kandungan, mari puteri saya nak buat scan” tambah Dr.Asniah lagi. Nisha menurut arahan Dr.Asniah yang menyuruhnya berbaring di katil. Nisha menjerling ke monitor mesin scanner. Jelas kedengaran degup jantung anaknya. Hati Nisha jadi terharu. Ya Allah zuriat aku dan suamiku, sepatutnya aku gembira dengan kehadirannya segembira wajah suami ku sekarang.
Dr.Asniah seperti ingin mengenal pasti sesuatu tapi dia tidak boleh mengesahkannya lagi kena kandungan masih terlalu muda. Gambar imej janin yang mula terbentuk dalam rahim Nisha dicetaknya lalu dikelipnya bersama laporan rawatan Nisha malam itu.
“May be twin sebab ada dua degupan jantung” ujar Dr.Asniah menyebabkan Qhairul dan Nisha berpandangan seperti tak percaya.
“Due date on 26 Jun ”beritahu Dr.Asniah lagi. Nisha bukam seketika.
            “Puteri macam tak happy je” tanya Dr.Asniah.
            “No, kami berdua sebenar merancang nak dapat anak tahun depan, sebab my wife tamat pengajiannya bulan 6 tahun depan, but percutian honeymoon kedua kami last month, my wife tertinggal ubat dia and than tu yang ada sekarang” beritahu Qhairul sambil tersenyum memandang isterinya.
            “Itu rezeki namanya, ramai lagi yang nak tapi tuhan tak bagi, mungkin  ada hikmah di sebaliknya” beritahu Dr.Asniah lalu tersenyum memandang wajah Nisha. Nisha menganggukkan kepala kemudian tersenyum kepada suaminya.
            “Selepas ni puteri kena buat pemeriksaan bulanan di mana-mana klinik yang you berdua suka, tapi malam ni saya kena beri satu suntikan dulu” Membutang lagi mata Nisha bila mendengar suntikan. Qhairul tahu isterinya paling fobia bila mendengar suntikan lantas dia cuba mententeramkan isterinya. Dr.Asiah tersenyum melihat layanan Qhairul yang begitu memanjakan isterinya sehinggakan tempat suntikan ditiupnya berkali-kali.
            “Petang esok pukul 4, jemput datang rumah kami bawa Roshan sekali, I nak buat kenduri untuk berita gembira ni, Ni alamat vila kami” Dr.Asniah memandang nama dan alamat vila yang tercatat atas kad yang diberi oleh Qhairul.
            “Vila Mahligai Puteri, vila besar tepi pantai tu rumah you berdua ke?” tanya Dr.Asiah sambil memandang wajah Qhairul.
            “Ya, dah setahun kami tinggal di situ” jawab Qhairul sambil tersenyum
            “Of courselah I dan Roshan akan pergi petang esok sebab I memang teringin sangat nak tengok dalam vila tu. Seluruh negeri Melaka ni tahu dan cakap pasal vila ni rupa-rupanya you berdua yang tuan punya vila tu” ujar Dr.Asniah sambil tersenyum lebar.
            “Hadiah untuk Puteri MS sempena hari jadinya yang ke-18 tahun lepas, ok kami minta diri dulu, sampai salam I pada Roshan, jangan lupa esok” balas Qhairul lalu memimpin tangan isterinya keluar dari bilik tersebut. Sebelum melangkah keluar bilik tiba-tiba dua orang pembantu klinik tersebut berlari-lari mengejar Qhairul dan isterinya.
            “Dato’, Puteri boleh kami ambil gambar? tanya salah seorang pembantu klinik tersebut. Nisha dan Qhairul berpandangan kemudian tersenyum.
            Melonjak kegembiraan kedua-dua pembantu klinik tersebut bila berpeluang mengambil gambar bersama Puteri MS dan suaminya.
           
Sampai di vila, Qhairul dan Nisha terus berehat di bilik tidur.
            “Happy ya sayang, bagi abang inilah saat kedua yang paling bahagia dalam hidup abang. Saat pertama bila sayang sah jadi isteri abang dan saat kedua bila abang dapat berita ini” ujar Qhairul sambil megelus perlahan pipi halus mulus isterinya dengan  penuh kasih sayang. Nisha kemudian tersenyum memandang suami, jiwanya sudah mula dapat menerima kehadiran zuriat dalam rahimnya, tapi tiba-tiba dia teringat sesuatu.
“Abang perasan tak suatu perkara” tanyanya sewaktu dia merebahkan tubuhnya ke dada bidang suaminya.
“Apa dia sayang, pasal baby kita twinkan?”jawab Qhairul sambil mencium dahi isterinya.
“Tak, bukan tu, tapi tarikh due anak kita, kalau tepat abang tahu tu tarikh birthday siapa?”
Qhairul mengerutkan dahinya cuba mengingatkan sesuatu
“Yes, birthday Tengku Farid, kenapa kebetulan pula”Qhairul tergelak
“Hari jadi Nisha sama dengan Abang Zam, anak Nisha pulak sama dengan Tengku Farid, macam tak boleh lari pula dengan dia orang berdua tu, macam ada satu benda yang sengaja nak ikatkan  hubungan kita” ujar Nisha sambil membelai-belai dada bidang suaminya.
“Dahlah jangan fikirkan lagi.Tuhan maha mengetahui segalanya mengapa ia berlaku seperti itu” balas Qhairul lalu memaut tubuh isteri lalu merebahnya di atas tilam di sebelahnya. Renungan bersatu ketika hati berbicara, Nisha faham maksud bisikan naluri suaminya. Nisha tersenyum kerana tahu Qhairul  menuntut haknya lagi malam itu.