Tuesday, January 27, 2015

Bab 71- 75 Izinkan Aku Terus Mencintaimu

Bab 71
Malam yang dijanjikan dengan Tengku Farid akhirnya muncul jua, Mengenakan sepersalinan lengkap Puteri Melayu Sejati yang disediakan oleh Butik Puteri Puan Engku Faridah. Nisha menyarungkan gaun labuh berwarna putih bertatah labuci, kristal dan mutiara  yang berkelipan. Rekaan terbaik butik Puteri yang bernilai RM800K   disarungkan ke tubuh Nisha pada malam tersebut. Persis bidadari yang turun dari kayangan. Setiap mata yang memandang pasti terpesona.
Rambutnya disanggul ke atas dan dihias dengan sebuah tiara kecil di atas kepalanya. Hiasan nipis di wajah putih dan gebunya menyerikan wajah mulus gadis tersebut.Tengku Farid yang kacak dengan tuksedo berwarna putih terkesima melihat Nisha yang turun dari tingkat atas kediaman bondanya. Lama Tengku Farid tidak boleh terkata-kata. Nisha sendiri terkejut melihat keadaan dirinya di dalam cermin sebelum dia turun ke bawah menemui Tengku Farid. “Akukah ni?”soalnya pada diri sendiri..
Sebuah limousine mewah menanti pasangan tersebut yang akan membawa pasangan tersebut ke PWTC di mana majlis tersebut akan berlangsung. Beratus-ratus  artis-artis dan karyawan tanah air serta tetamu-tetamu jemputan yang terdiri dari golongan elit dan VIP telah berpusu-pusu memasuki PWTC dan mengambil tempat duduk masing-masing. Menjadi buah mulut sebelum majlis malam itu bahawa tetamu jemputan khas yang akan memyampai anugerah khas akan muncul bersama pasangan istimewa. Mengikut aturcara majlis, kemuncak acara adalah Puteri Nisha akan di Tiarakan secara rasmi sebagai Puteri Melayu Sejati. Semua golongan  selebriti dan golongan elit serta VIP serta semua tetamu yang hadir  ingin melihat dengan lebih dekat wajah seorang gadis yang telah berjaya merebut gelaran Puteri Melayu Sejati. Satu pencarian yang sudah berusia hampir lapan tahun untuk satu anugerah khas dari butik terkenal diraja untuk wanita yang memenuhi semua kreteria yang ditetapkan. Ramai puteri-puteri,artis-artis dan model-model terkenal yang dicalonkan untuk anugerah itu tapi semuanya gagal memenuhi kreteria tersebut. Gadis itu  juga telah diumumkan oleh panel hakim Miss Universe sebagai wanita tercantik dan tercerdik di abang ini dan mendapat gelaran Princess face of heaven dari Ratu Elizebeth. Putera Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah akan menyampaikan Tiara PMS itu secara rasmi pada malam itu nanti.
Pada setiap tahun, pada malam inilah artis-artis akan berbelanja besar untuk menyediakan diri dengan penampilan yang paling hebat dengan pakaian-pakaian yang ditempah khas melalui butik-butik dan pereka-pereka fesyen terkenal tanah air. Pada tahun ini, Butik dan SPA Puteri menjadi penaja utama untuk pakaian dan persiapan tubuh badan beberapa orang artis terkenal yang dipilih khas dan Refflesia penaja utama untuk set perhiasan termasuk Tiara untuk Puteri Melayu Sejati.
Mereka  akan melalui laluan khas untuk artis-artis sambil mengayakan pakaian masing-masing, di situlah nantinya wartawan dan jurugambar akan siap sedia menunggu untuk menangkap gambar-gambar artis tersebut.
Sepanjang perjalanan, mata Tengku Farid tidak beralih dari memandang wajah Nisha. Nisha melemparkan senyuman membalas renungan Tengku Farid.
“Bertuahkan Dato’ Qhairul sebab dapat memiliki gadis yang dicintai dan mencintainya”Tengku Farid mula bersuara.
“Kanda, percayalah Nisha tetap doakan kanda berjumpa wanita yang dicintai  dan mencintai kanda suatu masa nanti. Nisha nak lihat kanda bahagia seperti orang lain” balasnya sambil mengenggam erat  tangan lelaki tersebut.
“Tak sayang, kanda dah berjanji pada diri kanda, cinta kanda hanya datang sekali sahaja seumur hidup dan cuma untuk seorang  wanita itu sahaja. Kalau tak dapat memilikinya  kanda sanggup hidup keseorangan sampai ke tua”.
Nisha terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kanda, Nisha nak cari seorang saintis yang boleh buat klon untuk Nisha. Nisha nak buat dua klon lagi, satu untuk kanda dan satu untuk Abang Zam”.
Tengku Farid tergelak mendengar garauan Nisha. Gadis itu memang pandai menghiburkan hatinya.
“Tapi kanda nak yang ori, yang klon tu bagi dengan Qhairul” balasnya bila ketawanya berakhir.
“Kalau macam tu kena undilah nampaknya”balas Nisha sambil ketawa kecil.
“Ni yang buat kanda tak boleh lupakan dinda sampai bila-bila, pandai buat orang ketawa dalam menangis” ucapnya sambil membelai jari-jemari runcing gadis tersebut  kemudian menariknya ke mulut lalu mengucupnya.
“Thanks sayang, moga gembira malam ni. Bersedialah, kita dah sampai” ucapnya sambil tersenyum.
Setelah semua memasuki dewan khas PWTC barulah limousine yang diringi oleh beberapa buah motosikal  peronda polis traffic dan pengawal peribadinya memasuki kawasan PWTC yang  membawa Tengku Farid muncul mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan akan menurunkannya di hadapan pintu masuk dewan tersebut. Kehadiran Putera Mahkota yang kacak dan masih solo tersebut sememangnya dinanti-nantikan kemunculan oleh selebriti-selebriti wanita muda dan cantik pada malam tersebut. Para wartawan sudah sedia dengan peralatan masing-masing menunggu kemunculan Putera Mahkota tersebut  yang khabarnya akan muncul bersama pasangan istimewanya pada malam itu.
Sebaik sahaja pintu limousine di buka kelihatan Tengku Farid yang pertama kalinya secara rasmi melaksanakan tugasnya sebagai Putera Mahkota disambut oleh beberapa kenamaan dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan melangkah keluar dari kereta tersebut. Dengan senyuman yang menguntum di bibirnya Tengku Farid kemudian menghulurkan tangannya kepada seseorang yang berada dalam limousine yang belum nampak lagi susuk tubuhnya. Sebaik sahaja Puteri MS melangkah keluar, kerlipan cahaya kamera wartawan mula menyinari setiap penjuru pintu masuk dewan tersebut. Puteri MS kemudian kelihatan menggenggan erat tangan Tengku Farid. Bila pengumunan ketibaan dibuat dan semua jemputan berdiri menyambut ketibaan Tengku Farid dan pasangannya pada malam itu. Dengan penuh tertib dan dengan langkah yang bergaya pasangan tersebut melangkah di atas hamparan permaidani merah. Semua mata terarah kepada mereka dan ada yang berbisik-bisik dengan teman masing-masing.Tumpuan terus ditujukan kepada Puteri MS, lebih-lebih bila kemera wartawan yang menggunakan detik yang paling berharga pada malam itu untuk merakam gambar Puteri MS yang digembar gemburkan selama ini sebagai wanita tercantik dan tercerdik di abad ini. Semua menghalakan lensa pada wajah Puteri MS yang sedang melemparkan senyuman sepanjang perjalanan menuju ke tempat duduk utama tetamu terhormat pada malam tersebut. Jemputan yang duduk di bahagian depan berpeluang menatap sepuas-puasnya wajah puteri MS pada malam itu.
Puan Engku Faridah yang sudah berada di tempat duduknya bersama tetamu terhormat yang lain tersenyum pada Nisha dan Tengku Farid.Wanita itu berpuas hati dengan penampilan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut pada malam itu.
“Kanda, Nisha nervouslah malam ni” beritahu Nisha berbisik ke telinga Tengku Farid
“Relek sayang, tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus, lepas tu insyaallah dinda akan tenang” balas Tengku Farid berbisik perlahan ke telinga Nisha.
“Semua mata pandang Nishalah kanda, Nisha malu betul ni. Nisha pakai pelik ke malam ni”tanyanya ketika berbisik lagi ke telinga Tengku Farid.
“Tak, semua orang terpegun sebenarnya tu. Dinda terlalu cantik malam ni, bagai bidadari turun dari kayangan”bisik Tengku Farid lagi. Nisha terus melemparkan senyuman sepanjang laluan ke tempat duduk utama mereka.
“Yalah tu, kanda memang pandai ambil hati Nishakan? Nisha sekarang ni sebenarnya tersenyum dalam ketakutan, silap-silap haribulan pengsan ni” Tengku Farid tergelak kecil.
Setiap detik gelagat dan kemesraan  pasangan tersebut dirakam oleh wartawan dengan lensa kamera masing-masing dan pasti esoknya akan menjadi bahan menarik yang akan disiarkan oleh akhbar masing-masing.
Sepanjang berlangsung majlis itu semua mata yang ada di dewan PWTC  sentiasa mengambil peluang untuk melihat wajah Puteri MS. Tengku Farid sengaja membuat mereka berdua sentiasa nampak mesra pada malam itu. Banyak maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kemesraan  Tengku Farid pada Puteri MS. Kemesraan itulah yang membuat ramai mata-mata yang cemburu dan iri hati kepada pasangan tersebut. Pasti pelbagai gossip dan cerita hangat akan keluar selepas malam tersebut.
            “Malam ni kita macam pasangan pengantin” usik Tengku Farid berbisik ke telinga Nisha.
Nisha tergelak kecil.    Bila Pengacara majlis mengusik pasangan tersebut, Tengku Putera Mahkota dan Puteri MS tersenyum meleret.
            “Selalunya Nisha tengok dalam tv je majlis macam ni, tak sangka tahun ni Nisha duduk bersama  tetamu  kehormat pulak”bisiknya perlahan ke telinga Tengku Farid.
“Tulah bestnya kalau dinda kahwin dengan kanda” balas Tengku Farid sambil berpaling memandang wajah Nisha di sebelahnya.
“Dah terlewat, Nisha dah nak kahwin pun dengan abang Qhairul” balas Nisha pula berbisik perlahan ke telinga Tengku Farid.
“Masih belum terlambat kalau nak patah balik”ujarnya perlahan ke telinga Nisha cuba mengoyah keyakinan Nisha pada waktu itu.
Nisha tersenyum kemudian bersuara.
“Tak nak sebab Nisha cintakan abang Qhairul”.
“Kanda cemburu pada Dato’ Qhairul” balas Tengku Farid dengan nada suara yang agak sedih dan sayu.
“Restuilah hubungan kami, Nisha  tetap sayangkan kanda dan Abang Zam sampai bila-bila, sayang seorang adik pada seorang abang” balas Nisha lalu tersenyum memandang Tengku Farid.
“Kalau macam tu, selalulah balik rumah bonda jenguk bonda dan kanda” balas Tengku Farid pula.
“Ya, Nisha takkan lupa insan-insan yang memberi kebahagian pada Nisha”
“I love you dinda forever” bisik Tengku Farid ke telinga Nisha dengan nada yang begitu romantik sekali.
“Thanks kanda, doakan kebahagian Nisha ya” balasnya dengan nada merayu.
“By the way kalau dinda bahagia, kanda pun tumpang bahagia, boleh kekal teman tapi mesrakan” ucapnya lagi penuh harapan.
“Why not, asalkan Abang Qhairul dapat menerimanya”balas Nisha tanpa selindung.
Yasmine Hana dan Lizawatie yang turut hadir pada malam itu begitu meluat melihat kemesraan pasangan tersebut. Dalam hati menyumpah-yumpah marahkan Puteri MS.
“Sabar Yas, lepas ni kau jalankan rancangan kau seterusnya, aku yakin lepas ni semua orang akan kutuk Puteri MS tu” kata Lizawatie mengapi-apikan Yasmine Hana.
Berdasarkan beberapa buah drama yang dicalonkan Yasmine Hana turut memenangi beberapa buah anugerah termasuk Pengarah Drama TV terbaik justeru itu akan menjulang nama wanita tersebut dalam dunia seni tanah air. Begitu gembira air muka Yasmine Hana semasa menjulang trofi kemenangannya malam tersebut. Nisha tersenyum bila teringatkan dirinya pernah mencurahkan segelas arak ke atas kepala pengarah muda tersebut.
“Kenapa?” tanya Tengku Farid bila Nisha tergelak kecil bila nama Yasmine Hana diumumkan sebagai pemenang.
“Tak, Nisha teringat peristiwa malam tu, Nisha curah segelas air atas kepala dia malam tu”
“Memang patut pun, kanda sokong, kalau boleh curah sebaldi” tambah Tengku Farid sambil tersenyum.
Kalau tak memikirkan berada dalam majlis rasmi dan formal mungkin Nisha akan tergelak besar mendengar jawapan Tengku Farid.
“Wajah perempuan tak melambangkan keperibadian dia yang sebenarnya” tambah Nisha lagi.
“Sebab tu dia boleh menang anugerah pengarah drama tv terbaik, kalau pandai mengarah drama  tentu pandai berlakon” sambung Tengku Farid lagi.
“Tak sangka kanda ni seorang pengulas yang terbaik” usik Nisha sewaktu berbisik dekat ke telinga Tengku Farid.Tengku Farid tergelak kecil .
“Tapi sayang anugerah tu tak disenaraikan” jawab Tengku Farid terus tergelak lagi. Nisha turut tersenyum sopan. Tanpa disedari sewaktu pasangan tersebut merapat-rapat tubuh sewaktu sedang berbisik-bisik  terus dirakam oleh lensa-lensa wartawan yang pasti akan menjadi berita hangat dan sensasi selepas itu.
Anugerah demi anugerah telah diterima oleh para pemenang, kadang kala majlis berhenti rehat dan diselit dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis popular tanah air.
“Semua menunggu acara kemuncak dan penutup sebab nak tengok kanda letakkan tiara tu atas kepala dinda”bisik Tengku Farid ke telinga Nisha.
Nisha memandang tiara yang bakal dijunjung yang bersinar-sinar dipamerkan di atas pentas utama yang diletakkan dalam bekas kaca khas yang sentiasa berputar-putar. Majlis yang disiarkan secara langsung di semua rangkaian TV  di seluruh Malaysia sentiasa menayangkan tiara tersebut dan wajah Nisha asyik difokuskan oleh pihak penyiar.
“Nisha rasa macam nak masuk icu, kalau tak caya cuba kanda rasa ni”
Tengku Farid mengenggam tangan Nisha yang sejuk macam ais.
“Dinda relax ya, malam ni semuanya ok” pujuk Tengku Farid.
Pada malam itu Nisha tidak menduga ada dipersembahkan tayangan khas tentang dirinya. Semua aktiviti berkaitan dirinya seperti malam jamuan makan malam kejayaan SPMnya, rakaman sewaktu dia mengikut perlawanan seni silat antara negeri di Kedah, malam pertama dia seperti Alice in the wonderland di Vila Mahligai Puteri sewaktu kejutan untuk majlis harijadinya malam itu, suasana kuliah bersama teman-teman pengajiannya dan sewaktu perlawanan akhir futsal di UM, saat dirinya berhadapan dengan sepuluh juri penilai Miss Universe dan pertunjukan fesyen di London.
“Kanda siapa yang buat semuani?” Ku Farid tersenyum, lucu melihat muka terperanjat Nisha waktu itu.
“PJH dan PHC” sahut Tengku Farid terus tersenyum.
“Malunya Nisha, semua orang tengok apa Nisha buat selama ni” bisiknya perlahan ke telinga Tengku Farid.
“Kecantikan, keaslian, keistimewaan, kehebatan semua dibuktikan melalui tayangan ini, semuanya dah diolah dengan sempurna, kanda akan simpan sebagai koleksi kesayangan kanda” Nisha tidak mampu mengatakan tidak lagi. Apa yag telah dilakukan oleh Tengku Farid, Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree bergitu memeranjatkannya. Ketiga-tiga lelaki itu sanggup melakukan apa saja yang tidak pernah terfikir oleh akalnya. 
Putera Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah akhirnya dijemput naik ke pentas utama. Bunyi muzik irama yang melayu purba kini kedengaran. Dua orang gadis kecil dalam umur lingkungan 8 tahun dengan pakaian gaun putih ala pengapit pengantin sambil  membawa sejambak bunga menaiki tangga menunju ke tempat duduk Nisha. Kedua-dua gadis kecil tersebut akan mengiringi Nisha sewaktu naik ke pentas sewaktu dimahkotakan nanti. Tiara yang bernilai 2.5 juta dikeluarkan  dari tempatnya lalu dimasukkan ke dalam sebuah dulang berwarna kuning. Dua orang gadis dengan pakaian tradisonal baju kurung mengiringi Puan Engku Faridah dan Kenneth Liew Pengurus besar Raflessia yang mempersembahkan Tiara tersebut kepada Putera Mahkota Tengku Faridhuddin Syah.
Seorang Puteri Melayu Sejati yang berumur 18 tahun ke atas mesti mempunyai kreteria antaranya ialah gadis keturunan melayu yang memiliki kecantikan semulajadi, bersifat lemah lembut, berbudi pekerti mulia, bijak dalam pelajaran, mempunyai bakat semulajadi seperti boleh menyanyi, menceburi diri dalam bidang sukan dan pernah mewakili mana-mana organisasi dalam apa-apa juga bidang yang diceburi, berfikiran terbuka dan mempunyai sifat penyayang. Setelah hampir  enam tahun anugerah di raja tajaan SPA Puteri di bawah naungan Syarikat Puteri Melayu atau ringkasnya PMC diperkenalkan dan pada tahun ini akhirnya anugerah ini layak di miliki dan dianugerahkan kepada seorang gadis melayu Malaysia.
Gadis cantik berusia 18 tahun yang lahir pada 1 September 1991 telah menyempunakan syaratnya untuk dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati. Beliau telah mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam SPM dengan mendapat 10A+ dalam semua matapelajaran yang didudukinya. Dengan keputusan yang cemerlang itu beliau kini merupakan seorang  mahasiswa termuda yang mengikuti ijazah pertama bidang undang-undang di Universiti Malaya. Beliau adalah model tetap bagi SPA Puteri dan duta untuk produk kecantikan kosmetik “PUTERI’. Berkebolehan dalam bidang sukan dan menjadi ketua pasukan Universti Malaya Hot Girls (UHG) dan menjuarai pertandingan futsal antara falkuti anjuran Universiti Malaya. Mempelajari seni silat sejak berumur 6 tahun dan menguasai 5 jurus silat utama dengan baik dan sepanjang penglibatannya  dalam seni silat  beliau pernah menjuara beberapa pertandingan silat ketagori perempuan 12 dan 17 tahun ke bawah. Dalam pertandingan silat antara negeri yang dilangsungkan di Kedah baru-baru ini beliau telah menjuarai ketagori individu dan tempur wanita. Boleh bermain alat muzik seperti piano dan mempunyai suara yang lemak merdu, Kecantikan semulajadi fizikal dan mental yang dimiliki beliau bukan sahaja di adili oleh para juri khas PMC, malah pihak PMC telah menjemput barisan 10 orang panel juri yang pernah mengadili peserta Malaysia untuk pertandingan ratu cantik dunia tahun lalu untuk membuat penilaian terakhir ke atas PMS dan hasilnya kesemua panel juri  telah memutuskan dan mengumumkan bahawa PMS kali ini adalah wanita Malaysia yang tercantik dan tercerdik di  abad ini.
Pengumuman juruacara majlis itu yang mengejutkan semua tetamu yang hadir pada malam itu. Nisha terus menjadi tumpuan utama seluruh penghuni dewan tersebut.
“Acara kemuncak yang kita tunggu-tunggu pada malam ini,
Majlis dengan segala hormat dan takzim dan bangganya menjemput dan mempersilakan Puteri Nisha atau Qharunnisha Muntaz May Lin Bt Qhairuddin Zhabir Khan  untuk tampil ke atas pentas utama untuk dimahkotakan secara rasminya sebagai Puteri Melayu Sejati dengan gelaran Princess face of heaven” umum pengacara majlis.
Selepas banyak kali membaca selawat dan apa-apa saja ayat yang diketahuinya, Nisha bangun dari tempat duduknya. Dengan langkah yang cukup bersopan santun sambil melemparkan senyuman sehabis manisnya dan diiringi beberapa orang pengiring kecilnya kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun beserta alunan muzik Nisha tampil ke atas pentas untuk merapat sembah di hadapan Tengku Farid untuk menerima anugerah tersebut.
Tengku Farid dan beberapa orang kenamaan yang berada di atas pentas tersenyum memandang Nisha. Perlahan-lahan Tengku Farid meletakkan Tiara tersebut di atas kepala Puteri Melayu Sejati. Satu senyuman terukir sebaik sahaja tiara tersebut selesai dilekatkan di atas kepala Puteri Melayu Sejati. Sejambak bunga turut disampaikan kepada gadis tersebut. Suasana dewan sejak dari tadi terang benderang dengan kerlipan cahaya  lampu kamera wartawan dari datang dalam dan luar negara.

“Matamu yang bersinar bagai mentari yang menyinar di awal pagi,
Bibirmu yang merah bak delima merekah, Hidungmu yang mancung bak seludang,  alis matamu lentik, pipimu licin dan gebu bagai  pauh di layang
Kulitmu putih bagai telur dikupas, suara mu yang merdu bagai buluh perindu
Akalmu yang cerdik laksana pendita, Sekali mata memandang pasti terpaut,
Dialah bidadari di alam realiti

 Kedengaran bait-bait puisi dideklamasikan oleh suatu suara latar.
Sebagai acara penutup tirai, Nisha akhir diminta menyampaikan sebuah lagu. Mujurlah seminggu sebelum majlis tersebut Nisha telah berlatih dengan Tengku Farid menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas oleh Tengku Farid untuk dirinya sebagai persediaan untuk majlis pada malam tersebut  kerana Puan Engku Faridah memberitahunya pihak pengajur majlis meminta PMS menunjukkan bakat semulajadinya. Dengan membaca banyak selawat akhirnya Nisha dapat menangani rasa gementarnya.
“Atas pemintaan pihak penganjur, saya akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan Kekanda Putera Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah, terimalah ‘Kau Kekasihku’, semoga anda semua akan terhibur.
Bersama empat orang penyanyi latar yang mula mengambil tempat. Setelah kembali semula ke tempat duduknya Tengku Farid memberi sepenuh tumpuan pada Nisha yang sedang akan mendendangkan lagu ciptaannya.Tengku Farid berharap Nisha boleh menyampaikannya dengan  baik pada malam itu.
Tepukan gemuruh mewarnai malam itu, bait demi bait senikata dilafazkan dengan dengan alunan suara yang memukau pendengarnya.

Indah di mata... indah dijiwa yang berahi
Bagaikan direnda... terpesona penuh asyik
Dan kubelai... sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia... kau kekasih ku...
Pecahan ombak...yang menyentuh pipi ini
Pedih mata hati... bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu... kerna kabur pandanganku
Dalam langkah... tarian cintamu
Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan...
Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi... oh...
Kekasih ku... oh...
 Nisha melemparkan senyuman kepada Tengku Farid sebelum meneruskan nyanyian.
“Thanks dinda kerana boleh menyampaikan dengan baik isi hati kanda dan kanda tahu hanya dinda yang faham perasaan ini” bisik Tengku Farid dalam hati kecil.
Kehadiran kelopak-kelopak bunga ros yang yang berterbangan sengaja dijatuhkan dari atas oleh petugas-petugas malam itu menambahkan kesyahduan suasana dewan di ketika itu.
Seiring camar pulang... setia pada janji
Itu doa ku... selama ini...
Duhai malam... tiada bintang...
Menghiasi... taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman... keseorangan...
Kekasih ku... hanya aku...
Yang memuja... sisa cinta ini...
Seandainya... ombak laut...
Surut lagi... aku pergi... oh...
Dari mata... dari jiwa yang berahi
Makin kumengerti... istilah percintaan ini
Moga nanti... ada seru menyatakan
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Kau kekasih... hingga ke akhirnya...
Oh... kekasih

Di kala Nisha menyampaikan lagu tersebut semua tetamu dan jemputan memberi tumpuan sambil menghayati liriknya yang begitu menyentuh perasaan dan begitu terpesona mendengar kemerduan suara Puteri MS mendendangkannya. Bakatnya telah menarik perhatian komposer-komposer yang hadir pada malam tersebut. Ada yang meminta keizinan dari Tengku Farid supaya Puteri MS merakam lagu tersebut ke piring hitam dan ada yang sanggup membelinya untuk dinyanyikan oleh artis terkenal.
“Lagu tersebut beta cipta untuk Puteri MS, beta tak izin penyanyi lain yang menyanyikan”beritahu Tengku Farid kepada semua komposer yang menemuinya.
“Selepas ini Puteri MS akan rakamkan, tunggu masa yang sesuai” tambah Tengku Farid lagi.
Tengku Farid tersenyum menerima sms dari Qhairul. Sebelum berangkat balik malam itu Nisha terpaksa memberi peluang untuk jurufoto menangkap gambarnya bersama Tengku Farid.
Sebelum meninggalkan dewan  Tengku Farid memberitahu sesuatu kepada pemandu limousine dan polis peronda traffic yang mengiringinya. Qhairul sedang menunggu di tepi laluan  jalan yang dijanjikan.
“Thanks sayang, kerana sudi bersama kanda malam ni, I love you forever, take care ok”. terus dahi dan pipi gadis tersebut diciumnya”Nisha terkesima seketika namun kemudiannya dia membalas senyuman Tengku Farid. Tanpa berlengah Nisha terus melangkah keluar dari limousine tersebut. Dalam jarak 30 meter di bahu jalan kelihatan seorang putera kacak sedang bersandar pada keretanya tersenyum melihat kemunculan seorang puteri yang sedang berjalan laju menuju ke arahnya.
“My beloved princess, you look are very beautiful tonight” tegur putera kacak itu lalu memeluk tubuh puteri tersebut lalu mencium keningnya dan kemudian terus membuka pintu kereta untuk puteri kesayangannya.
“Thanks”, balas sang puteri lalu mencium pipi putera tercinta.
“Kita nak balik mana ni bang?” tanya Nisha sebaik sahaja kereta Lamborghini tersebut bergerak meninggalkan tempat tersebut.
“Balik vila”
“Dah pukul 12 malam, tak lewat sangat ke?” matanya meleret pada jam dalam kereta tersebut.
“Tak, benda atas kepala sayang tu kena disimpan di tempat yang selamat”
“Maksud abang crown ni”
“Ya,sayang tahun nilainya berapa?”
“Tak?”
“2.5 juta, kalau tak bernasib baik nyawa kita pun boleh melayang sekarang”  sahut Qhairul lagi.
“Macam mana abang tahu?”
Qhairul tersenyum mendengar soalan gadis itu.
“Sebab abang sponsor utamanya”jawab Qhairul lalu mengenggam tangan Nisha lalu menciumnya.
Dalam tempoh dua jam akhirnya mereka sampai di vila. Kak Siti yang telah dihubungi awal oleh Qhairul akhirnya menyambut kedatangan mereka.
“Wah, cantiknya puteri malam ni, tadi Kak Siti tengok puteri dalam tv tak sangka pula dapat sambung tengok dekat-dekat sekarang” Tergelak Nisha mendengar kata-kata Kak Siti.
“Ok Kak Siti saya nak masuk tidur dah mengantuk sangat ni” Nisha dan Qhairul terus naik menuju ke tingkat atas. Selepas mengunci pintu Kak Siti terus kembali ke biliknya.
Qhairul terus ikut masuk ke bilik Nisha.
“Rasa-rasanya ada orang sesat ni atau sengaja buat sesat bilik” tegur Nisha bila melihat Qhairul berada di biliknya.
“Abang nak beradu dengan tuan puteri malam ni, jangan tukar baju tu dan tiara tu pun jangan ditanggalkan biar je atas kepala” beritahu Qhairul lalu duduk di birai katil.
“Kenapa?”
Qhairul tersenyum lalu mengeluar telefon bimbitnya lalu menangkap gambar gadis tersebut.
“Cantik sangat bagai bidadari, abang nak Nisha cantik macam tu sampai ke pagi, jom kita tidur” Selepas menghidupkan pendingin udara Qhairul terus membaringkan tubuhnya di atas katil”
“Mari sayang, baring atas lengan abang ni”Qhairul terus mendepakan lengannya.
Dengan manja Nisha terus berbaring dan meletakkan kepalanya di atas lengan lelaki itu. Qhairul terus memeluk pinggang Nisha kemudian mencium keningnya.
“Good night sayang, I love you”ucapnya lalu memejamkan matanya.
“I love you too” balas Nisha lalu turut  terlena. Masing-masing terus diulit mimpi indah meredah malam yang penuh kesyadhuan.

Semua peristiwa di majlis malam itu memenuhi dada-dada akhbar.
“Puteri Melayu Sejati, gadis tercantik dan tercerdik di abad ini” tajuk-tajuk utama akhbar semua menceritakan tentang anugerah semalam. Gambar yang paling banyak disiarkan adalah gambar Puteri MS dan Tengku Farid, mengalahkan populariti Putera Charles dan Puteri Diana. Satu muka penuh wajah Puteri MS tersenyum dengan tiara di kepalanya. Beberapa buah syarikat penyiaran cuba menghubungi Puteri MS tetapi tidak berjaya. Puan Engku Faridah menjadi sasaran utama untuk mendapatkan Puteri MS.

Bab 72
            Wajah Zamree terus berubah selepas membaca satu ruangan dalam terbitan surat khabar pada hari tersebut. Beberapa minit kemudian kelihatan lelaki tersebut bergegas masuk ke bilik CEO sambil membawa senaskah suratkabar bersamanya.
 “Rul, kita ada masalah besar, dan mungkin melibatkan Puan Engku Faridah, kau tengok ni” Zamree terus menghulurkan surat khabar di tangannya pada Qhairul.
            ‘Puteri Nisha tidak layak untuk anugerah Puteri Melayu Sejati kerana dia bukan melayu, Puteri Nisha berdarah campuran Cina+Pakistan, dia bukan anak jati melayu, anugerah itu patut digugurkan’pernyataan Yasmine Hana berdasar bukti-bukti yang relevan.
            “Yasmine Hana ni memang dah melampau” ujar Qhairul. Pintu bilik terkuak, Nisha muncul dengan sebuah senyuman yang cukup manis.
            “Eh..abang Zam pun ada di sini, abang Zam sihat ke?” tegur Nisha sambil  mendekati meja Qhairul.
            “Sihat, Nisha sorang aje ke?” tanya Zamree selepas Nisha menegurnya.
            “Ya!” balasnya lalu tersenyum memandang Qhairul yang turut membalas pandangannya.
            “Ada masalah ke?”tanya Nisha apabila merasakan ada sesuatu yang sedang dibincangkan oleh dua lelaki tersebut.
            “Big problem!” beritahu Qhairul sambil memandang wajah Nisha.
            “Apa dia, ada kaitan dengan Nisha ke?” soal Nisha lagi ingin tahu lebih lanjut masalah besar yang dimaksud oleh Qhairul.
            “Yup!, Yasmine Hanna buat dakwaan dan sudah keluarkan dalam news paper, tengok ni” balas  Qhairul lantas menunjukkan surat khabar tersebut pada Nisha. Nisha mencapai surat khabar tersebut lalu membaca muka surat yang memaparkan tentang dakwaan Yasmin Hana tersebut.
            “Sepatutnya kita fikirkan benda ni lebih awal, supaya Nisha tak dapat malu” tambah Zamree pula selepas itu.           
            “Tidak bang, Nisha tak takut, Nisha akan lawan dia” sahut Nisha tiba-tiba mencelah membuatkan Qhairul dan Zamree saling berpandangan.
            “Maksud Nisha” Zamree kebinggungan.
            “Bawa kes ni kemahkamah, Kalau Nisha menang Nisha nak buat saman malu biar dia jatuh bangkrap”membutang mata Zamree mendengar jawapan Nisha.
            “Abang setuju, kalau sayang menang abang akan tetapkan berapa saman malu yang Nisha akan tuntut” tambah Qhairul memberi semangat.
            “Kita kena dapat lawyer yang terbaik untuk kes ni, kau boleh fikir siapa?” tanya Zamree pula.
            “Nisha tak nak pakai lawyer bang, Nisha nak bela diri Nisha sendiri sebab cuma Nisha yang tahu siapa diri Nisha” Zamree dan Qhairul memandang tepat ke wajah Nisha seolah-olah tidak percaya dengan jawapannya.
            “You surekah sayang?” tanya Qhairul seperti tidak percaya kata-kata gadis tersebut.
            “Yes, sekarang abang fikirkan berapa saman malu yang patut kita tuntut dari perempuan tak tahu malu tu”jawab Nisha sambil tersenyum.
            “Kau boleh fikir berapa Zam?”tanya Qhairul ketika memandang wajah sepupunya.
            “Perniagaan ayah dia ok jugakan dan Yasmine Hana pun dah mula mengumpul hasil dari drama-dramanya, kalau dalam 5 juta tu memadai rasanya” jawab Zamree sambil tersenyum.
            “Macam mana sayang rasa 5 juta cukup ke?” tanya Qhairul sambil merenung muka Nisha yang begitu comel di matanya.
            “Bolehlah tu, Nisha ikut je” jawab Nisha selamba.
            “Kalau macam tu kita pergi court sekarang, mari Zam”
Akhirnya Nisha memfailkan saman terhadap Yasmine Hana dan menetapkan tarikh perbicaraan sebulan dari tarikh kes tersebut dibuka. 
            Dato’ Zailani begitu terkejut membaca tajuk utama surat khabar pagi itu. Dia terus menghubungi anaknya Yasmine Hana.
            “Hello ayah, kenapa telefon Yas pagi-pagi ni?” Yasmine yang baru bangun dari tidur dengan muka yang mamai menjawab panggilan dari ayahnya.
            “Yas dah baca akhbar hari ni” tanya Dato’ Zailani.
            “Belum, ada berita baik ke?”tanya Yasmine Hana sambil menggosok-gosokkan matanya.
            “Berita tak baik, Puteri MS saman Yas, perbicaraan sebulan dari sekarang, kalau Yas tak datang dan kalau dia menang dia tuntut saman malu tau”beritahu Dato’ Zailani.
            “Dia nak tuntut saman malu,berapa?”
            “Lima juta, Yas ada duit ke nak bayar sebanyak tu? Kau jangan fikir nak minta tolong ayah sebab bilangan tu dah lebih separuh dari yang ayah ada”tambah Dato’ Zailani lagi.
            Walaupun agak terkejut mendengar jumlah yang disebut oleh Dato’ Zailani, namun Yasmine Hana rasa tidak gentar.
“Ala..dia takkan menanglah ayah, dia bukan melayu, kalau kalah pun Yas peduli apa kan tak lama lagi Nisha akan kahwin dengan Qhairul, Yas  minta tolong dialah nanti”sahut Yasmine Hana untuk meyakinkan ayahnya.
            “Banyaklah kau punya nak kahwin dengan Qhairul, sampai sekarang ayah belum tengok batang hidung dia nak jumpa kau atau ayah, dia nak tolong apa bendanya” balas Dato’ Zailani masih tidak puas hati.
            “Ayah jangan risau tu, Qhairul tu anak yang baik, dia akan ikut semua cakap mama dia.
Yasmine terus mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Lizawatie, sekutu rapatnya.

Bab 73
          Nisha berlari-lari anak mendapat kawan-kawannya yang sedang menunggu di kafe,
Kini team UHG bergabung semula setelah hampir tiga bulan berpisah. Berpeluk-peluk sakan keenam-enam gadis sambil ketawa terkekek –kekek.
          “Kau makin cantiklah Nisha, sekarang kau tak boleh sembunyikan identiti  kau lagi sebab satu Malaysia  dah tengok kau dalam tv malam tu” beritahu Najwa sambil menumbuk bahu Nisha.
          “Adoi!! Sakitlah, tulah yang aku tak suka, eh kau orang semua macam mana sihat ke, macam mana kau orang dah pergi bercuti ke Langkawi ke dengan tiket free futsal hari tu?   “ tanya Nisha pada teman-temannya.
          “Belum, kami nak rancang pergi minggu depan, kebetulan ada cuti umum dua hari sambung weekand jadi 4 hari, kau nak ikut sekali ke?” tanya Anita sambil memandang wajah Nisha.
          “Maaflah ya, aku tak boleh ikut kau orang semua, minggu depan aku sibuk sikit, aku pun dah rancang percutian di tempat lain dengan seseorang. Tiket aku tu aku nak bagi dengan Jaslina room mate aku dulu, aku suruh dia join kau orang” jawab Nisha sambil sebaris senyuman terukir di bibinya.
          “Kau mesti pergi tempat yang lagi best, jadi sekarang siapa buah hati kau, Tengku Farid ke, aku tengok kau dalam tv malam tu bukan main mesra lagi ku tengok. Macam pasangan yang kemaruk bercinta”ujar Anita pula. Nisha tergelak, menjadi juga lakonan dia bermanja-manja dengan Tengku Farid malam itu.
          “Ya ke, aku kan dah cakap dengan kau orang semua aku tak kuasa nak main-main sembah kalau nak masuk bilik” tambah Nisha terus tergelak.
          “Ala.. Tengku Farid tu tak kan tunggu kau sembah dia, dia yang sembah kau dulu” balas Najwa pula.Semua ahli team UHG tergelak besar mendengar kata-kata Najwa.
          “Nisha, kami orang ni teringinlah nak tengok tiara kau tu, dengar cerita pihak Refflesia memberitahu media tiara tu bernilai 2.5  juta, betul ke Nisha?, kau bawalah sini” ujar Dewi menukar topik perbualan mereka.
          “Kalau pihak Refflesia dah cakap macam tu jadi betullah tu, kalau kau orang nak tengok atau cuba atau nak bergambar ke kau orang semua kena ikut aku balik rumah aku di Melaka hujung minggu ni, abang Qhairul tak benarkan aku bawa tiara tu keluar sebab bahaya, macam mana boleh?” tanya Nisha sambil memandang wajah-wajah temannya satu persatu.
          “Nak tumpang kau ke, mana muat?”Dewi bersuara lagi.
          “Tak, aku akan suruh driver aku jemput kita dengan mpv di sini”
          “Kalau macam tu kami semua setuju, yes aku nak bergambar banyak-banyak dengan tiara PMS tu” ujar Dewi panuh bersemangat.
 Meja tersebut sedari tadi menjadi perhatian lebih-lebih lagi kemunculan PMS di situ. Ke mana saja Nisha lalu ada saja yang menegurnya dan ambil kesempatan bergambar dengannya.
          Nisha mengatur langkah menuju ke bilik Ketua Falkuti undang-undang bila mendapat tahu  Dr.Firdaus hendak menemuinya. Betapa rindunya Dr. Firdaus hendak menetap wajah comel gadis itu sejak cuti semester bermula hampir 3 bulan yang lalu. Nisha yang sememang sinonim dengan baju kurungnya bila menghadiri kuliah membuat mata Dr.Firdaus tidak berkelip merenungnya.
          “Ah..kalau lama macam ni boleh gila aku dibuatnya” bisik Dr. Firdaus dalam hatinya.
          “Doktor nak jumpa saya ke?” tanya Nisha lalu berdiri di hadapan meja Dr.Firdaus.
          “Ya Puteri MS, lama tak jumpa puteri, puteri apa khabar?” tanya Dr. Firdaus sambil tersenyum.
          Sekarang, di mana-mana juga terutama di kampus semua memanggilnya Puteri MS. Walau bagaimana pun Nisha terpaksa  terima hakikat suatu masa rahsia itu akan terbongkar juga dan kini segalanya telah menjadi kenyataan. Nisha tidak dapat menyembunyikan identitinya lagi.
          “Sihat” jawab Nisha sambil matanya melihat wajah kacak Dr.Firdaus, walaupun sudah berumur sedikit tetap lelaki itu tetap kacak dan boleh mencair hati mana-mana gadis yang memandangnya.
          “Saya dengar Puteri menyaman seorang pengarah drama, Cik Yasmine Hana, betul ke?”tanya Dr.Firdaus sambil memutar-mutar pen di tangannya.
          “Ya, sebulan dari sekarang kami akan ke court”
          “Apa sebenarnya tu?” Dr. Firdaus seperti ingin mengetahui cerita sebenarnya.
          “Dia tuduh saya tak layak untuk PMS kerana saya bukan melayu dan saya menipu untuk anugerah tersebut”
          “Betulke?”
          “Betul atau tidak kena tunggu di hari perbicaraanlah doktor” Dr.Firdaus menganggukkan kepalanya.
          “Dah sediakan lawyer” tanyanya lagi
          “Tak, saya cuma nak ambil Dato’ Desmond sebagai lawyer penasihat, saya akan membela diri saya sendiri”jawab Nisha bersahaja.
          “Wow..lawyer hebat tu, tapi kenapa tak terus ambil dan suruh Dato’ Desmond tu jadi lawyer puteri”tanya Dr. Firdaus lagi.
          “Tak, sebab hanya saya yang kenal siapa diri saya dan saya yakin saya boleh menang”
          “Dan kalau puteri kalah”sambung Dr. Firdaus
          “Jangan panggil saya Puteri Melayu Sejati, saya akan guna nama ‘May Lin’ nama cina atau ‘Muntaz’ nama Pakistan saya ”jawab Nisha sambil tersenyum.
           Dr. Firdaus turut tersenyum sambil merenung tepat pada wajah gadis tersebut.     
          “Bila tarikh perbicaraan tu?”
          “25 November, pukul 10 pagi”
          “Perkara ini sebenarnya telah diketahui oleh pihak universiti dan kamu pun dah sedia maklum puteri akan mewakili diri dalam perbicaraan ini dan inilah kali pertama seorang graduan undang-undang mengikuti perbicaraan yang sebenar dan berani mewakili diri sebagai peguam bela. Sebagai seorang graduan yang termuda dan berada di tahun pertama pengajian, sekiranya puteri menang pihak universiti ada hadiah untuk puteri” ujar Dr. Firdaus dengan senyuman terus terukir di bibirnya.
          “Puteri nak tahu apa hadiahnya?”tambahnya lagi.
          “Ya, mungkin ia boleh menaikkan semangat saya untuk berjuang”
          “Pihak Universiti akan memendekkan pengajian dari 4 tahun ke 2 tahun, beerti puteri akan graduan lebih cepat dan tercatat dalam Malaysia world book of record, Siswi undang-undang yang termuda menerima ijazah dan  lawyer termuda di Malaysia” balas Dr.Firdaus memberitahu maklumat yang diharapnya boleh menambah keyakinan gadis tersebut.
          “Ok kalau macam tu, saya akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menang dalam berbicaraan itu nanti”sahut Nisha dengan penuh keyakinan.
          “Saya dengar Puteri tuntut saman malu 5 juta, betul ke?”
          “Ya, niat saya pula kalau saya menang saya akan sumbangkan 1 juta untuk universiti ni”
          “Kalau macam tu, saya doakan puteri berjaya, insyaallah kami mungkin akan cuba hadir di hari perbicaraan itu nanti” balas Dr.Firdaus lagi sambil tersenyum.
          Nisha keluar dari bilik Dr.Firdaus dengan perasaan yang sungguh gembira,
“Kalau aku menang bererti pertengahan tahun depan aku dah graduan, yes I must be able to do it”bisik Nisha dalam hatinya sambil tersenyum.
          Nisha tersenyum apabila menoleh ke belakang, semua kawan-kawan sedang terlena sepanjang perjalanan dari KL menuju ke Melaka.
          “Dia orang semua ni kawan puteri ke?’’tanya Abang Jali turut tersenyum melihat semua penumpang di belakang tertidur.
          “Ya”jawab Nisha pendek.
          “Di Universiti puteri ambil bidang apa”tanya Abang Jali lagi.
          “Law”
          “Kawan-kawan puteri yang di belakang tu?”
          “Sama”
          “Jadi semua yang Abang Jali bawa ni bakal peguamlah ya”
          “Insyaallah Abang Jali”
          Setelah melewati pos jaga vila Mahligai Puteri barulah Nisha mengejutkan kawan-kawannya.
          “Dah sampai, nilah rumah beta, kecil je rumah kampung” tergelak Abang Jali mendengar kata-kata Nisha.
          “Kau gilerkah Nisha, kita kat mana ni?”tanya Najwa dengan wajah yang  agak mamai.
          “Rumah betalah jom” kesemua teman-temannya terkesima memandang vila di hadapan mereka.
          “Jom, kau orang nak aku tarik kau orang satu persatu ke?” ujar Nisha lagi bila melihat teman-teman masih lagi tercenggang dengan mata yang terkulat-kulat.
          “Nita, ni rumah ke atau  istana?” tanya Dewi pada Anita.
          “Taj Mahal kot”jawab Anita kemudian tergelak.
          “Aku ni masih mimpi kah apa?” Shani bermonolog sendiri.
“Kau orang pergi mandi, relek lepas Maghrib nanti kita turun bawah makan ok, lepas tu kau orang boleh lawat mana-mana tempat yang kau nak dalam vila ni” beritahu Nisha pada kawan-kawannya.
Hampir tengah malam Nisha melepak dengan kawan-kawannya di ruang tamu, macam-macam benda yang kawan-kawannya ingin tahu dari Nisha namun Nisha tidak pernah menceritakan dengan terperinci tentang dirinya kepada kawan-kawannya. Cukuplah sekadar mereka tahu yang luaran sahaja tentang dirinya.
Nisha yang dah mula rasa mengatuk terus merebahkan tubuhnya di atas katil.
“Ya Allah,berilah peluang aku menang dalam perbicaraan ku kali ini. Masih ada darah melayu mengalir dalam tubuhku di kedua-dua belah pihak. Ayah peranakan Pakistan Melayu, sementara ibu, baba nyonyakan satu bangsa baru cina yang wujud hasil dari perkahwinan cina dan melayu pada zaman dulu, mestilah ibuku adalah darah melayu.Ya Allah kau bantulah berdepan dengan Yasmine Hana,biarlah kemenangan berpihak kepada aku”
Alunan ring tone dari telefon bimbitnya mengejutkan Nisha.
“Hello sayang, buat apa tu?”sayup-sayup suara Qhairul menghubungi di telefon.
“Mula nak landing atas katil” terdengar suara Qhairul tergelak.
“Pukul berapa sampai vila kita tadi”
“Pukul 5”
          “Abang rindulah sayang”
Nisha pula tergelak.
          “Abang, Nisha ada satu benda nak beritahu abang”
          “Ya sayang, apa benda tu?”
          “Pihak U nak bagi hadiah sekiranya Nisha menang dalam perbicaraan bela diri tu”
          “Hadiah apa?”
          “Tempoh pengajian Nisha dikurangkan dari 4 tahun kepada 2 tahun”
          “Wow best tu, kita boleh dapat anak cepat” tergelak Nisha mendengar kata-kata Qhairul.
          “Abang doakan moga kemenangan berpihak kepada Nisha”.
          “Mestilah sayang, sayang  beritahu je apa perlu abang buat”
          “Thanks bang, I love you”,
          “I love you too for ever, sweet dream ok”
          “Assalammualaikum”
            “Waalaikummussalam”
            Nisha merenung  gambar Qhairul yang terletak dalam bingkai bersaiz  12”X 9” di tepi katilnya, wajah Qhairul dalam gambar tersebut disentuhnya dengan jari.
“Abang.., terimakasih atas segala-galanyanya”bisiknya kemudian dia terus terlena.

            Sewaktu berbaring di kamar tidurnya Tengku Farid berulang-ulang kali menonton rakaman sewaktu Nisha menyanyikan lagu ciptaannya di malam anugerah tersebut.
            “Ya Allah, kenapa aku tidak boleh melupakan Nisha, mengapa jiwa aku terseksa, sekiranya aku diberi peluang untuk memilikinya walaupun cuma seminit akan aku rebut peluang itu sebaik mungkin, akan ku bahagiakan dia dengan kasih sayangku, dengan belaian manjaku, Ya Allah mungkinkah aku temui kesempatan itu” Air mata merembes di pipi, jiwa lelaki tidak sekental mana. Ada kalanya jiwa terasa seperti ingin menjerit. Puan Engku Faridah turut menyelami perasaan anaknya dan kadang kala dia turut rasa terharu melihat keadaan anaknya.
            “Farid sihat ke?”, sejak kebelakangan itu dia sering mendengar Tengku Farid mengadu sakit kepala dan wajahnya kadang-kadang pucat.
            “Farid sihat bonda cuma Farid tak boleh melupakannya, kenapa Farid tak boleh memilikinya?, kenapa Farid dihukum sebegini rupa?, Farid tak berhak bahagiakah bonda?”Tengku Farid melepaskan segala apa yang terbuku di hatinya.
            “Sabarlah sayang, ada insan yang memerlukan dirinya lebih dari anakanda, Tuhan itu maha berkuasa, dia telah aturkan segala-galanya, mungkin anakanda lebih kuat dari orang lain sebab itu tuhan menguji anakanda dengan ujian yang seberat ini”pujuk Puan Engku Faridah menguatkan semangat anaknya untuk mengatasi ujian itu.
            “Bonda tahu tak bahawa perkahwinan Farid dengan Tengku Sofya nanti cuma di atas kertas sahaja, Farid cuma menjadi seorang suami patung, Tengku Sofya cuma jadi permaisuri negeri tapi bukan permaisuri di hati Farid bonda”  ujar Tengku Farid yang masih dengan sendunya.    
“Kalau Farid kahwin dengan Nisha pun, Farid tak kan dapat cintanya, Nisha cuma cintakan Qhairul” balas Puan Engku Faridah.
            “Tapi sekurang-kurangnya Farid mencintai dia, Farid dapat perempuan yang masih suci, yang tidak hipokrit, perempuan yang Farid cintai sepenuh hati, yang memahami jiwa Farid, yang memberi kebahagian pada Farid”sahut Tengku Farid berselang dengan esak tangisnya.
            “Inilah ujian yang paling besar anakanda sebelum menjadi seorang sultan, anakanda harus bijak memilih antara urusan peribadi yang melibatkan diri sendiri dengan urusan negeri yang melibatkan rakyat jelata. Anakanda harus korbankan satu yang sedikit demi menghidupkan jumlah yang ramai dan besar.Insyaallah anakanda akan boleh merawatnya sedikit demi sedikit dan anakanda harus selalu ingat pesan bonda mencintai tak semestinya memilliki”.
            Puan Engku Faridah kembali ke biliknya. Gambar suami Tengku Putra  Amiruddin Syah ditatapnya dengan perasaan yang sebak dan sendu.
            “Kesihan putera kita kanda, jadi mangsa keadaan, kalau kanda masih hidup tentu perkara ini tidak akan berlaku, jiwa Tengku Farid terseksa, kakanda Sultan langsung tidak berperikemanusiaan, menghukum satu perasaan demi kepentingan diri dan keturunan” rintih Puan Engku Faridah dalam hatinya.
                                                           
Bab 74
Dua minggu sebelum tarikh perbicaraan, Nisha berjumpa Dato’ Bahrin, peguam syarikat  dan Qhairul juga telah mengupah Dato’ Desmond seorang peguam bela  yang terkenal dan sudah memenangi banyak kes yang diwakilinya sebagai peguam penasihat untuk Nisha. Banyak juga perbincangan antara Nisha dengan Dato’ Bahrin dan Dato’ Desmond tentang selok-belok perbicaraan. Dato’ Desmond juga turut memperkenalkan Nisha dengan seorang lagi rakan lawyer yang juga terkenal Dato’ Wilson Chong dan sering menang dalam perbicaraan untuk mendapat sedikit sebanyak petua atau tip sewaktu menyoal dan menjawab soalan dalam perbicaraan nanti..
Seminggu sebelum perbicaraan, Qhairul membawa Nisha keluar dengan Ducati Multistrada 1200s touring untuk menenangkan jiwa kekasihnya. Selepas menikmati makan malam di sebuah gerai terbuka, Qhairul membawa Nisha mengunjugi member-member part-timenya siapa lagi kalau bukan kumpulan-kumpulan  mat-mat motor yang sering merempit di sekitar bandaraya KL. Deruman enjin Ducati Multistrada 1200s touring pasti akan mengejutkan dan menarik perhatian semua kelompok mat–mat motor yang sedang melepak dan borak-borak kosong di situ.
“Fuhh..hero Malaysia dan puteri bidadarinya dah sampai”tegur Bakar.
“Hello big bos! lama tak nampak.. bawaklah awek cun giler tu keluar selalu untuk panaskan enjin Ducati tu” tegur Jack  sewaktu  melihat kemunculan Qhairul dan Nisha sambil menghulurkan tangannya.
“Lama bos tak bawak awek no 3 bos ni keluar?”tanya Bakar sebaik sahaja Qhairul turun dari motornya..
“I tak banyak masa free, kalau ada pun I akan habiskan dengan my beloved sweetheart ni”sahut Qhairul sambil memeluk mesra pinggang gadis di sebelahnya.
            “Hah..Shawn, Joe..sini, kau tengok betul-betul perempuan yang cuba kau bantai hari tu” Bakar memanggil kedua-dua lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ.
            “Bos, inilah dua orang aku yang nak tunjukkan hero malam tu Shawn dan Jack”
Qhairul memandang wajah kedua-dua lelaki tersebut sambil memerhati dari bawah hingga ke atas tubuh Jach dan Shawn, nak tergelak pun ada, sakit hati pun ada, Nak tergelak sebab badan begitu hebat boleh terpelanting oleh seorang perempuan dan sakit hati sebab kedua-dua lelaki tersebut berpihak pada Yasmine Hana.
            “Jadi kau orang berdualah nak kacau my princess malam tu, dan jadi sekutu perempuan bangsat tu” tegur Qhairul sambil memandang tepat pada wajah Jack dan Shawn.
            “Maaf bos, kami tak tahu perempuan tu kekasih bos”
            “Bos bagilah sedikit dulu untuk ajar dia orang berdua supaya dia ingat siapa bos”beritahu Bakar sambil tersenyum.
            “Dengan tangan buah hati aku yang halus dan lembut nipun kau orang berdua dah terpelanting,’’ lalu menarik dan membelai lantas  mencium tangan Nisha dalam genggamannya.
“Inikan pulak tangan aku ni, aku tak jamin kau orang berdua boleh tengok matahari esok” beritahu Qhairul dengan kedua-dua lelaki tersebut.
“Dan mula saat ni kau orang berdua dan semua-semua yang ada dekat sini, siapa yang cuba-cuba kacau buah hati aku ni, kalau Bakar dan Jack tak boleh settle masalah kau orang, aku sendiri yang akan turun padang dan kalau aku dah turun padang kau orang tahulah nasib kau orang semua, dengar tu”sergah Qhairul dengan nada yang tegas.
“Dengar bos!”serentak kedengaran suara-suara mat-mat motor yang ada di situ. Qhairul tersenyum sinis walaupun dalam hati tergelak lucu melihat wajah-wajah mat-mat motor tersebut.
“Ramai ke orang-orang baru kau kat sini Bakar? Roy mana. Tak kena cekup lagi?”tanya Qhairul sambil memandang satu persatu wajah mat-mat motor di situ.
Bakar dan Jack tersenyum memandang satu sama lain, kemudian tergelak.
            “Hah Bakar, Jack tolong perhatikan perempuan yang nama Yasmine Hana tu, dia ada masalah dengan aku dan ada niat tak baik dengan buah hati aku ni?” beritahu Qhairul sambil memandang wajah Bakar dan Jack.
            “Hah tu pun Roy”tegur Bakar.
Pertama kali Nisha melihat lelaki yang bernama Roy itu.
“Fuh yoo! bos, Ducati boleh pinjam bos untuk racing malam ni?, duit menang bagi dua bos!”tegur Roy yang baru muncul.
“Pinjam kepala hotak kau, kau ingat aku hairan sangat ke kalau kau sekadar menang lima enam ribu tu” tergelak yang ada di situ mendengar kata-kata Qhairul.
“Kalau kau dah minat sangat dengan racing-racing ni, minggu depan kau jumpa aku, aku daftar kau masuk kelab motor, nanti aku belikan sebuah Superbike untuk kau berlumba” tambah Qhairul lagi.
“Bos ni biar betul?”tanya Roy seperti tidak percaya kata-kata Qhairul.
“Kau fikir aku siapa nak cakap-cakap kosong dengan kau, kau fikir betul-betul lepas tu jumpa aku, my offer one-time only, remember that” beritahu Qhairul sambil memandang muka Roy
“Bakar, Jack, Roy and you all aku balik dulu” ujar Qhairul lalu merangkul pinggang Nisha menariknya menuju ke motor Ducatinya.
“Jom sayang kita balik”
Semua mata-mata mata-mata motor tidak beralih memandang ke arah Qhairul yang sedang memasang dan mengemaskan topi keledar di atas kepala kekasihnya. Deruman enjin Ducati Multistrada 1200s touring menarik perhatian berpuluh-puluh mat motor yang berada di situ yang sememangnya ada yang berangan untuk memilikinya motorsikal hebat  kelas pertama dunia yang bernilai ratusan ribu ringgit yang cuma mampu dimiliki oleh golongan yang benar-benar mewah sahaja. Bakar dan Roy tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Nasib baik mood dia ok malam ni, kalau tak nahas kau orang berdua tadi”ujar Bakar sambil memandang wajah Shawn dan Joe.
“Masalahnya kami tak tahu perempuan tu awek dia, Dato’ Zamree yang bawa awek dia malam tu” balas Shawn.
“Kau ada dengar gossip hangat antara dia orang bertiga tu, puteri tu memang akan pilih salah seorang dari mereka bertiga jadi dah jelas dan terang sekarang aku rasa puteri tu pilih Dato’ Qhairul” ujar Bakar sambil memandang wajah Jack.
“Memanglah, kalau aku perempuan pun memang aku akan pilih Dato’ Qhairul” balas Jack
“Kenapa?”
“Dato’ Zamree memang segala-gala ada sebab dia pun billionaire macam Dato’ Qhairul juga tapi Dato’ Zamree tu sakit, aku dengar dia mengalah sebab dia sayangkan kedua-duanya, dia nak kedua-dua hidup bahagia di depan matanya kerana darah Dato’ Qhairul adalah  nyawa dia dan Puteri MS adalah nadi dia, of courselah dia berkorban dalam hal ni.Tengku Farid mesti kahwin dengan sepupunya untuk syarat dimahkotakan. Puteri MS cuma dibenarkan jadi isteri kedua, mana Puteri MS setujukan, jadi peluang besar untuk Puteri MS jatuh ke tangan Dato’ Qhairul tapi mungkin ada perkara lain yang kita tak boleh nak pertikaikan iaitu soal hati dan perasaan. Cinta itu akan datang sendiri, tak boleh nak paksa-paksa. Dalam memilih tiga jejaka hebat Malaysia tu bukannya satu yang mudah bagi Puteri MS. Hanya tuhan yang tahu bro apa yang ada dalam hati Puteri MS” ujar Jack panjang lebar. Bakar seperti bertafakul mendengar pendapat Jack tentang percintaan yang agak ekstrem itu.
“Kita balik Melaka malam ni, abang nak simpan motor ni di vila kita, abang cuba pindahkan secara senyap segala harta benda abang ke vila kita sebelum kita kahwin nanti” beritahunya pada Nisha sewaktu  dia bercadang untuk balik ke Melaka bersama gadis tersebut dengan menunggang Ducati Multistrada 1200s malam itu.
Kedua-dua pengawal keselamatan vila tersenyum ketika menyambut kedatangan mereka kerana pertama kali melihat majikannya dengan imej baru sewaktu menunggang motosikal hebat tersebut balik ke vila.

          Hari yang dinantikan sudah tiba, Wartawan telah memenuhi perkarangan Komplek Mahkamah, Jalan Duta  Kuala Lumpur. Satu kes sivil akan di bicarakan hari itu. Perbicaraan yang sangat-sangat dinanti-nanti oleh pihak media. Yasmine Hana seorang pengarah muda drama yang terah memenangi dua anugerah baru-baru ini mendakwa Puteri Nisha tidak layak dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati kerana dia bukan keturunan Melayu dan menuduh Puteri Nisha menipu. Perbicaraan ini mendapati liputan semua saluran tv di seluruh Malaysia.
            Seorang gadis cantik berpakaian baju kurung merah jambu dan ditutupi sehelai blazer hitam melangkah keluar dari sebuah mpv Mercedes diiringi oleh dua orang peguam penasihatnya Dato’ Desmond dan Dato’ Wilson Chong. Wartawan mula menyerbu Puteri MS.
            “Dilaporkan Puteri MS akan membelakan dirinya sendiri di atas tuduhan tidak berasas seorang pengarah drama Cik Yasmine Hana yang menuduh dirinya bukan keturunan melayu dan Puteri MS menipu untuk mendapatkan anugerah tersebut. Puteri MS juga akan mengemukan saman malu sebanyak RM5 juta terhadap Yasmine Hana sekiranya dia dapat membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah”
      Itulah antara maklumat yang dilaporkan oleh pihak penyiar sebelum perbicaraan tersebut berlangsung, Nisha membawa beberapa orang saksi termasuk Haji Suib dan isterinya, Tok Guru Budin serta teman-teman sepengajiannya dan beberapa orang pensyarah Universiti juga turut menjadi saksi.Tengku Farid, Puan Engku Faridah, Dato’ Qhairul, Dato’ Zamree, Datin Roziah dan suaminya turut hadir untuk membantu memberi keterangan.
      Setelah semua mengambil tempat duduk, Nisha memandang wajah Yasmine Hana kemudian dia tersenyum. Setelah peguam cara membaca keterangan yang mewakili Yasmine Hana, Nisha diminta mengangkat sumpah dan diminta mengakui segala keterangan yang akan diberi adalah benar. “Saya tidak mengakui bersalah atas segala tuduhan dan saya minta dibicarakan”            
             Peguam cara mula menyoal Nisha.
            “Merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara Nama sebenar Puteri Melayu Sejati adalah Qhairunnisha Muntaz May Lin binti Qhairuddin Zhabir Khan, betul ke puteri?”
            “Ya, itu memang nama penuh saya” jawab Nisha sambil tersenyum.
            “Dalam nama ini terdapat satu nama India Pakistan dan satu nama cina dan  nama ayah pula Zhabir Khan, ini nama orang Pakistan, jadi kenapa ada dua nama ini terselit dalam nama Puteri Melayu Sejati, boleh Puteri ceritakan?”ujar Peguam cara sambil memandang kepada Puteri MS.
            “Ya, Muntaz nama melambangkan keturunan dari ayah Zhabir Khan sebab ayah saya seorang Pakistan nama May Lin adalah nama cina saya sebab ibu saya keturunan baba nyonya plus Korea” jawab Nisha dengan wajah yang tenang.
            “Dan kerana kacukan dua bangsa itu puteri dianugerahkan tuhan wajah secantik ini, memiliki mata besar yang bundar dengan alis yang lentik, hidung mancung bak seludang memang di warisi dari darah Pakistan yang mengalir dalam tubuh puteri, kulit putih dan licin macam telur dikupas dengan bibir mungil yang menawan tentu mewarisi darah cina dari ibu puteri, kenapa puteri mengaku puteri melayu dah terang-terang puteri bukan berdarah keturunan Melayu” ujar peguam cara Yasmin Hana lagi.
            “Itu saja untuk setakat ini Tuan Hakim”sambung peguam cara yang bernama Encik Badri tersebut.
            “Puteri sila beri keterangan”ujar Dato’ Kalam, hakim yang mendengar perbicaraan ketika itu. Nisha kemudian mengambil tempatnya kemudian mula bersuara.
            “Terima kasih yang arif, Encik Badri, saya nak tanya Encik Badri, kalau seratus peratus darah  keturunan melayu tu tak cantik ke? setahu saya Erra Fazirra tu seratus peratus berdarah  melayu tetapi boleh juga menggondol gelaran Miss Malaysia. Nampaknya Encik Badri terang-terang memperlekehkan dan menghina bangsa Melayu” semua yang ada di dewan perbicaraan terkesima mendengar kata-kata Nisha. Dato’ Desmond menganggukkan kepalanya.
            “Sudahkah  Encik Badri mengkaji syarat-syarat untuk anugerah gelaran Puteri Melayu Sejati. Kalau belum, sila dengar saya akan sebut satu persatu.
            Pertama:         Gadis keturunan melayu yang memiliki kecantikan semulajadi.
            Kedua :           Bersifat lemah lembut,
            Ketiga :           Bijak dalam pelajaran
      Keempat :       Mempunyai bakat semulajadi seperti boleh menyanyi,
             Kelima  :         Menceburi diri dalam bidang sukan dan pernah mewakili mana-mana
                                    organisasi dalam apa-apa juga bidang yang diceburi,
            Keenam  :        Berfikiran terbuka dan mempunyai sifat penyayang.
Saya rasa saya telah memenuhi semua kreteria yang ditetapkan. Cuma Encik Badri dan Cik Yasmine mempertikai keturunan melayu saya.
            Di sini saya merujuk kepada kamus dewan persuratan melayu, edisi keempat, keturunan membawa maksud pertalian keturunan yang dapat disusur kembali, hitungan keturunan, salasilah, susur-galur, bersurih me­ngira-ngira atau menceritakan asal usul keturunan seseorang, yang diturunkan daripada anak kepada cucu dan seterusnya yang diturunkan daripada, anak cucu kepada, turunan, zuriat itu yang dimaksudkan dengan keturunan. Dan Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 fasa 2 yang jelas menyebut “Melayu ertinya seseoramg menganut agama Islam, lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu (Lembaga Penyelidikan Undang-Undang, 200:238)
            Yang dinyatakan dalam syarat pertama adalah keturunan, jadi Encik Badri dah faham maksud keturunan yang disebutkan merujuk Kamus Dewan Persuratan Melayu tadi, bukannya syarat mahukan gadis melayu asli.
           Adakah Encik Badri telah mendalami lebih terperinci keturunan saya, saya rasa yang Encik Badri nyatakan tadi masih ada kurangnya dan kalau Encik Badri maupun Cik Yasmine nak lebih lengkap keturunan apa saya, dengar ni dan saya ada bukti menunjukkan darah apa yang mengalir dalam tubuh saya.
            Yang Arif, Ini buktinya  melalui sijil lahir orang tua saya. Ayah saya Qhairuddin Zhabir Khan adalah anak kepada Amed Zadeed. Hasil perkahwinan dengan  Siti Kamariah seorang wanita Melayu Singapura, sementara ibu saya Siti Zulaikha atau nama cinanya Lee May Hua adalah keturunan baba nyonya di sebelah  ibunya dan Korea di sebelah ayahnya, Encik Badri kan sudah belajar dalam sejarah bagaimana wujudnya bangsa Baba dan Nyonya di Melaka, bangsa cina yang mengamalkan adat resam melayu tapi tak pandai bertutur bahasa cina, mengikut sejarahnya pedagang cina dari Dinasti Ming  yang datang ke Melaka untuk berdagang telah berkahwin dengan wanita melayu di Melaka maka lahirlah masyarakat baru cina yang digelar Baba dan Nyonya. Dari bukti saya ni di mana silapnya kalau Encik Badri kata yang saya ni bukan keturunan melayu yang terang-terang ada bukti menunjukkan masih ada mengalir darah melayu dalam tubuh saya.
            “Boleh saya tanya beberapa soalan pada Cik Yasmine Hana”
            “Bantahan Yang Arif, Puteri tidak berhak menyoal klein saya”bantah Encik Badri.
            “Bantahan tidak diterima, puteri dibenarkan menyoal”balas Tuan Hakim.
            “Cik Yasmine, Cik Yasmine melayu sejatikan, mengalir darah darah melayu asli dalam  tubuh Cik Yasmine tapi saya nak tanya pernahkan Cik Yasmine tonjolkan kemelayuan yang ada dalam diri Cik Yasmine. Sepanjang pengetahuan saya setiap kali saya berjumpa dengan Cik Yasmine belum pernah saya nampak Cik Yasmine mengenakan baju kurung yang saya tengok Cik Yasmine sentiasa pakai baju yang tak cukup kain atau tak cukup benang” suasana dewan mula gamat mendengar hujah Nisha.
            “Bantahan Yang Arif”celah Encik Badri.
            “Bantahan tidak diterima, puteri boleh teruskan”balas Tuan Hakim.
            “Terima kasih yang Arif, baju kurung adalah satu- satu pakaian melayu yang ada, sopan dan sangat sesuai dengan adat, budaya dan agama kita,” Yasmine Hana mengetapkan bibirnya.
            “Walaupun peratus melayu dalam diri saya sedikit tapi saya tak pernah terfikir yang saya ni Cina atau Pakistan atau Korea, yang sering keluar dari mulut saya ialah ‘kita orang melayu’, pakaian yang paling banyak dalam koleksi saya adalah baju kurung, mungkin saya orang kampung  yang kolot kot, dewan tergelak lagi seketika mendengar hujah Nisha.
      “Tapi  walaupun hidup di Kuala Lumpur, dengan kemampuan yang ada dan mampu membeli apa saja, saya lebih suka menambah koleksi baju kurung saya dan setiap hari sejak hari pertama saya hadir kuliah saya tak pernah gunakan pakaian lain selain daripada  baju kurung, tak tahulah lepas ni saya terpaksa ubah penampilan saya kena pakai cheong sam dengan nama May Lin  atau pakai sari dengan nama Muntaz bila mahkamah tidak mengikhtirafkan  saya seorang  gadis melayu. Kerana jiwa jati melayu itu banyak menonjol dalam diri saya, saya tak kisah kalau orang kata saya ni ketinggalan zaman atau tak tahu nak berfesyen, baju kurung adalah pakaian kegemaran dan pakaian nombor satu saya dan saya sedia  buktikan dari keterangan yang diberi oleh beberapa rakan sepengajian dan pensyarah-pensyarah di universiti saya selepas ini”
Semua saksi-saksi Nisha akhirnya memberi keterangan menyokong hujah Nisha di samping  memberi bukti beserta gambar yang ada di antara gambar tersebut cuma Nisha sahaja yang menggunakan baju kurung.
      “Jati diri melayu itu memang masih kuat dalam diri saya bila saya berminat untuk mempelajari budaya melayu contohnya seni silat, sejak berumur 6 tahun saya duduk di gelanggang sihat melihat orang belajar silat sehinggakan Tok Guru Musa bekas Ketua Guru Persilatan Negeri Melaka mengambil saya sebagai anak muridnya sejak saya berumur 6 tahun. Dari umur 7 tahun saya telah memenangi beberapa kejohanan silat peringkat daerah, negeri dan terbaharu adalah peringkat kebangsaan. Yang Arif boleh rujuk semua sijil-sijil ini sebagai bahan bukti”sambil menghulurkan sijil-sijilnya kepada Tuan Hakim.
            “Jika Tuan Arif perlukan bukti yang lebih kukuh, saya ada bawakan Tok Guru Budin anak kepada Tok Guru Musa guru silat saya yang dah meninggal  dua tahun yang lepas “Nisha menambahkan hujahnya.
            “Cik Yasmine pernahkah memperlajari budaya, adat melayu atau kesenian melayu atau Cik Yasmine faham tak peribahasa ‘perigi mencari timba”             Dewan tergelak lagi, tuan Hakim juga turut tersenyum.
            “Bantahan Yang Arif sebab Puteri mempersoalkan perkara peribadi”
            “Bantahan tidak diterima, puteri boleh teruskan”balas Tuan hakim lagi.
            “Kalau Encik Badri nak tahu, dari masalah peribadi Cik Yasmine bawa saya ke sini.
Cik Yasmine, dalam adat melayu, lelaki yang membuka mulut untuk meminang seorang perempuan, bukan perempuan yang meminang lelaki dan menetapkan semuanya untuk pihak lelaki, C ik Yasmine faham maksud sayakan, jadi dalam hal ini, apa masalahnya Cik Yasmine dengan saya, saya rampas suami Cik Yasmine ke atau tunang Cik Yasmine atau kekasih Cik Yasmine ”.
            “Kau jangan nak sakit hati aku puteri” Yasmine Hana bangun dari tempat duduknya lalu memarahi Nisha. Suasana dewan menjadi kecoh seketika sehingga hakim terpaksa  memberi arahan diam.
            Perbicaraan akhirnya berhenti rehat seketika.
            “Bagus puteri, puteri memang ada bakal untuk jadi seorang peguam bela yang berjaya” puji Dato’ Desmond. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid tersenyum memandang Nisha sambil memberi kata-kata semangat.
            Selepas berhenti rehat 10 minit, perbicaraan diteruskan semula.
            Encik Badri mengambil tempatnya untuk menyoal PMS.
            “Saya mendapat bukti yang puteri turut mendapat gelaran Puteri Melayu Sejati kerana kesempatan menjadi anak angkat Puan Engku Faridah kerana kita sedia maklum wanita ini adalah CEO PMC merangkap pemilik SPA dan Butik puteri dan mempergunakan pengaruh Dato’ Qhairul Azamin,  Dato’ Zamree dan Putera Mahkota Tengku Farid untuk mendapatkan gelaran tersebut” ujar Encik Badri lalu menyerahkan beberapa bukti kepada Tuan Hakim.
            “Pakaian Puteri Melayu Sejati pada malam anugerah adalah bernilai RM800K, termasuk kasut Jimmy Choo yang bernilai RM30K dan sebuah Tiara yang bernilai RM2.5 juta dan nilai kesemua sepersalinan Puteri MS malam anugerah tersebut adalah RM3.33 juta. Sebelum ini anugerah Puteri Melayu Sejati tidak pernah menjanjikan penghargaan yang sebegini hebat, dan PJ Holding tidak pernah terlibat apa-apa dengan anugerah ini dan tidak ada urusan perniagaan langsung pun dengan Puan Engku Faridah. Di sini saya membuat kesimpulan Puteri memainkan peranan dalam perkara ini. Puteri mempergunakan Puan Engku Faridah untuk mendapatkan gelaran dan mempergunakan Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree untuk menambat hati Puan Engku Faridah supaya memberi  anugerah ini kepada puteri. Untuk mengukuhkan segala dakwaan saya, sebelum ini anugerah ini  belum layak dianugerahkan kepada mana-mana gadis melayu sejak 5 tahun diperkenalkan, jadi kenapa  Puteri Nisha terlalu mudah memenanginya tahun ini mestikah ada udang sebalik batu, betulkan puteri. Itu saja yang arif” Encik Badri terus kembali ke tempat duduknya di sebelah Yasmine Hana.
            Tuan Hakim kemudian memberi peluang Puteri MS membela diri.
            “Yang Arif, saya lahir pada 1.9.1991 malam Jumaat, tepat pukul 12 tengah malam, itu yang diberitahu oleh Hajah Fatimah dan Haji Suib pasangan suami yang turut ada sewaktu menyambut kelahiran saya dan ada tercatat  dalam sijil lahir saya. Bila saya berumur 4 tahun ibu saya meninggal dunia, saya menumpang kasih seorang ibu dari Hajah Fatimah. Hari terakhir saya menduduki SPM sewaktu saya balik dari sekolah ayah saya pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. Saya jadi anak yatim piatu dan  sewaktu berhijrah ke Kuala Lumpur saya dipertemuan dan menjadi adik angkat dua orang lelaki kacak dan jutawan yang bernama Dato’ Zamree  Azim dan  Dato’ Qhairul Azamin. Mungkin itu rezeki yang tuhan telah aturkan untuk saya” Dia kemudian tersenyum  manis memandang Dato’  Zamree, Dato’ Qhairul dan Tengku Farid.
            “Dalam usia 17 tahun, memang saya seorang gadis dan saya seorang anak yatim piatu yang cukup naif pengetahuan dan daif kehidupan lebih-lebih tiada siapa nak ajar saya buat itu ini,  nak botakkan kepala orang atau nak cukurkan  janggut orang ke saya tak pernah belajar dan terfikir nak buat semua itu. Dan saya rasa kepala Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree tak botak pun sejak mengenali saya, janggut memanglah tak ada sejak saya kenal mereka” dewan gamat lagi oleh hujah Nisha.
            “Apa yang saya cari dan kejar adalah kasih sayang kerana itu yang hilang dalam hidup saya selama ini dan sedikit rezeki untuk saya teruskan hidup. Saya tak dapat menghalang apa saja perasaan yang lahir dari hati seseorang terhadap saya sama suka, cinta atau benci kerana itu kuasa tuhan untuk menentukannya, begitu juga perasaan saya pada seseorang. Mungkin seseorang tu kesihankan saya sebab saya yatim piatu tapi yang saya tahu sebagai seorang yang betul-betul naif dalam menilaikan hati budi seseorang saya terima semua bantuan yang dihulurkan oleh Dato’ Zamree dan Dato’ Qhairul. Dari mereka berdua juga saya kenal dan rapat Yang Mulia Tengku Farid dan dari beliau saya dapat kasih seorang ibu apabila saya dilamar menjadi anak angkat bonda Puan Engku Faridah dan dan secara tidak langsung saya menjadi adik angkat kepada Yang Mulia Tengku Putera  Faridhuddin Syah.
            Saya tak pernah minta satu sen pun dari Dato’ Qhairul atau Dato’ Zamree, atau Tengku Farid tapi saya tak pernah menolak sekiranya mereka nak memberi. Saya tidak pernah mempergunakan kesemua insan ini demi kepentingan saya kerana ‘Puteri Melayu Sejati’ bukan benda yang penting dalam hidup dan buka yang saya impikan dan jujur saya kata katakan saya memang tak suka dengan dunia glamour dan populariti. Dan saya tak pernah merayu pada bonda angkat saya untuk mendapat gelaran yang menyusahkan hidup saya ini.
          Setengah tahun saya menyembunyi identiti saya dari diketahui oleh pihak kampus dan ianya akhir terdedah sendiri. Dan mulai hari ini jika anugerah ‘Puteri Melayu Sejati’ terpaksa saya lepaskan, saya tetap mempertahankan dan takkan buang melayu dalam diri saya  sebab seperti kata Hang Tuah ‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tapi bagi saya ‘Tak kan Melayu Hilang di Jiwa” Itu saja yang arif”. Semua bertepuk tangan mendengar hujah terakhir Nisha membela dirinya.
Mahkamah kemudian berhenti rehat sekejap sementara menunggu keputusan yang akan diumumkan selepas itu. Tuan Hakim bergerak masuk ke sebuah bilik beberapa minit kemudian dia muncul semula lalu mengetuk tukulnya dua kali. Dewan perbicaraan kembali senyap. Nisha berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Dato’ Kalam hakim yang mengadili perbicaraan pada hari tersebut. Nisha sempat menjerling pada Yasmine Hana yang kelihatan tenang,
‘Mungkin dia confident dirinya menang, ya Allah berilah aku kekuatan sama ada aku kalah atau menang’ doa Nisha dalam hatinya.
“Rilek Nisha, you mesti yakin, I sure you pasti boleh punya, jika menang today, you lapor diri kat ofis I, I ambik you kerja dengan I”ujar Dato’ Desmond sambil tersenyum.
“Kalau I kalah?” tanya Nisha pula.
“You terus sambung belajar sampai habis, you akan jadi lawyer yang bagus sebab you dah timba pengalaman hari ini, I respect you Puteri Nisha”tambah Dato’ Desmond lagi.
“Setelah mendengar keterangan dari kedua-dua pihak dengan bukti-bukti yang ditunjukkan, dengan ini mahkamah  menetapkan Puteri Nisha atau Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan adalah benar-benar layak untuk dimahkotakan sebagai ‘Puteri Melayu Sejati’ kerana ada darah melayu mengalir dari kedua-dua belah pihak orang tuanya dan Puteri Nisha memiliki jati diri melayu yang kuat dan menonjol dalam dirinya, dan dengan ini juga Mahkamah memerintahkan Cik Yasmine Hana membayar sejumlah wang saman malu yang berjumlah RM5 juta kepada Cik Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan atau Puteri Melayu Sejati”.
Penyokong-penyokong Nisha akhirnya bersorak keriangan, Yasmine Hana terus berlari keluar meninggalkan Mahkamah. Nisha yang masih terkesima mendengar  pengumuman Tuan Hakim membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk oleh sesiapa sahaja yang menegurnya.
“Dari mula lagi I yakin puteri boleh menang, dia nampak dia berkarisma dan ada bakat semulajadi” beritahu Dato’ Desmond pada Dato’ Wilson Chong.
“She is very beautiful and very intelligent, dalam usia yang begitu muda dan belum tamat pengajian belum habis tahun pertama sudah menang satu perbicaraan sebenar dan dapat menang saman malu 5 juta, memang hebat, she is very special”balas Dato’ Wilson Chong.
Dr Firdaus yang mengenali  Dato’ Desmond bersalaman dengan kedua-dua  peguam terkenal tersebut.
“Puteri student tahun pertama I, dia memang seorang special, pelajar paling muda, lepasan SPM yang dipilih mengikuti jurusan  undang-undang dan belum habis tahun pertama dia boleh memenangi satu perbicaraan sebenar dengan jumlah saman malu yang begitu besar jumlahnya”.ujar Dr.Firdaus.
“So, apa pihak universiti nak buat?”
“Pendekkan pengajian dia dari 4 ke 2 tahun, dan tercatat dalam Malaysia Book World of Record” jelas Dr. Firdaus penuh yakin.
Menjadi liputan akhbar seluruh negara kemenangan puteri dalam perbicaraan kes bela dirinya dengan kemenangan saman malunya yang bernilai RM5 juta.
Sebaik sahaja keluar dari kamar perbicaraan, setelah menjawab beberapa soalan dari wartawan dan pemberita, Qhairul terus membawa Nisha pergi dari komplek mahkamah tersebut.
“Sayang memang gadis tercantik, tercerdik dan terhebat yang pernah abang jumpa, waktu sayang berhujah macam lawyer yang dah berpengalaman, saya nak buat apa dengan wang saman malu tu”
“Tak tahu, mungkin Nisha nak buka rumah anak- anak yatim, abang tolong fikir ya, Nisha tak pernah fikir akan dapat duit banyak-banyak macam tu”
“Tapi waktu bicara tadi, sayang dapat sembunyi beberapa perkara macam kekejaman mak tiri, sikap ayah, peristiwa Tok Cha”
“Nisha memang cuba elakkan perkara tu diketahui umum, buruk-buruk dia tetap ayah dan Mak tiri Nisha, kisah Tok Cha, benda mistik macam tu susah orang nak percaya” Jawab Nisha lalu memeluk mesra lengan lelaki itu.
“Sayang, mulai sakarang kita fikir tentang perkahwinan kita, tinggal sebulan lagikan?”,
“Ya, abang  ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, Nisha dapat pendekkan pengajian, dan kita boleh timang anak cepat”jawab Nisha sambil tersenyum.
“Sayang, maafkan abang kerana tiada keluarga abang  yang akan datang di hari perkahwinan kita nanti dan kita berkahwin secara rahsia dan kita tak mendapat restu kedua orang tua abang”ucap Qhairul sambil mengelus lembut pipi gadis itu.
“Nisha faham bang, dalam hidup ini tidak semua yang kita harapkan kita akan dapat dan selalunya  akan berpihak kepada kita, Nisha redha yang penting abang selalu di samping Nisha”
“Ya sayang, walau dalam keadaan mana sekalipun abang takkan tinggalkan atau lupakan sayang kecuali maut menjemput abang” balas Qhairul lalu mencium dahi gadis itu agak lama.

Di Universiti PMS semakin popular, peristiwa kemenangannya dan perbicaraan bela diri menjadi buah mulut di mana-mana saja. Nisha terus menjadi buruan pihak media, wajahnya sering keluar di majalah-majalah  dan akhbar dengan pelbagai tajuk yang dikaitkan dengan dirinya. Hujung minggu Nisha lebih suka balik ke Melaka kerana di situ dia lebih tenteram di samping boleh melihat persiapan yang dibuat oleh wedding planner untuk majlis perkahwinannya dan Qhairul. Nisha memohon cuti rehat sebulan, bermula seminggu sebelum majlis perkahwinanya dan sebelum memulakan semester kedua bersama pelajar-pelajar tahun ke tiga pengajian tersebut. Nisha terpaksa meninggalkan teman-teman dari team UHG kerana Nisha cuma perlu melengkapkan setahun setengah pengajiannya seperti yang dijanjikan oleh pihak universiti kepadanya.
Dua pasang gaun pengantin yang ditempahnya di London sudah sampai di vila, sepasang akan di gunakan untuk salah satu persalinan untuk persandingan di vila dan sepasang lagi  untuk majlis persandingan dan resepsi di Hotel Permata di Kuala Lumpur. Untuk majlis akad nikah Nisha akan menggunakan set persalinan Puteri Melayu Sejati dan tiaranya cuma Nisha akan bertudung pada majlis tersebut nanti.  Qhairul pula akan menggunakan baju melayu warna yang sama  dengan set parsalinan Puteri MS. Majlis akad nikah pasangan tersebut hanya akan dihadiri keluarga terdekat tetapi semua penduduk kampung termasuk kampung yang berdekatan dijemput hadir.
            “Zam, makin dekat nak kahwin ni aku makin nervouslah Zam” Zamree tergelak mendengar kata-kata Qhairul.
            “Aku ingat lelaki hebat macam kau ni tak gentar dengan sebarang dugaan, nak kahwin pun boleh nervous” balas Zamree yang masih lagi dengan sisa gelaknya.
            “Zam, kau tak nak kahwin sekali dengan Karina ke?” soalnya Qhairul apabila memikirkan tentang sepupunya.
            “Kau ni ke situ pulak?”jawab Zamree agak terkejut mendengar soalan Qhairul.
            “Yalah, jimat kos, masih ada dua minggu sempat lagi buat persediaan” Zamree tergelak mendengar nasihat Qhairul.
            “Kalau kau nak gentar sorang jangan libatkan aku, kalau aku nak, Karina nak ke?” balas Zamree apabila Qhairul memujuknya supaya menikahi Karina.
            “Kau nak suruh aku tanya Karina ke?” kalau perlu Qhairul sanggup menjadi orang tengah di Antara Karina dan Zamree.
            “Aku takut dia tak boleh terima aku sekarang sebab dia kan tengah teruskan rawatan” alasan Zamree untuk menolak cadangan Qhairul.
            “Kita cuba dulu, nanti aku suruh Nisha tanya Karina” sambung Qhairul lagi.
            Zamree cuma terdiam mendengar kata-kata Qhairul. Sekiranya Karina bersetuju dia akan redha menerima gadis itu. Dia malas untuk memikirkan lagi soal cinta, cintanya sudah dikunci pada Nisha. Karina boleh menjadi teman hidupnya kerana gadis itu jujur mencintainya dan menerima Karina melalui ikatan perkahwinan adalah untuk menghalalkan hubungan mereka dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.
Atas nasihat Puan Engku Faridah, dua hari sebelum majlis akad nikah Nisha dan Karina membuat rawatan dan mandian bunga untuk bakal pengantin di SPA  Puteri. Pelbagai kata nasihat yang Puan Engku Faridah berikan pada Nisha semasa dia berada si SPA puteri.
“Sebelum kahwin kena buat persediaan lengkap terutama tubuh badan kita, kena bersedia mental dan fizikal, biar kenikmatan malam pertama tu dikenang sampai bila-bila”tergelak Nisha mendengar kata-kata Puan Engku Faridah.
“Jangan gelak Nisha, Qhairul tu lelaki hebat, hari-hari pergi gim, nanti tak larat kamu nak layan suami kamu tu” ujar Puan Engku Faridah sambil bergurau dengan Nisha.
Zamree dan Karina memilih persalinan berwarna perak untuk majlis akad mereka. Bilik Zamree dan Karina di hias dengan warna yang sama sementara bilik Nisha dan Qhairul di hias dengan warna tema hijau muda dan putih. Dua pelamin di sediakan di dalam vila dan persandingan juga akan dibuat di tepi pantai.
Nisha membantu Qhairul memasukkan semua pakaian lelaki tersebut ke dalam almari pakaian di biliknya. empat ruang dari  almari lapan pintu itu memang disediakannya untuk bakal suaminya.
“Bilik abang nanti jadi bilik anak kita” tergelak Nisha mendengar bisikan Qhairul di telinganya.
“Sayang, ini hadiah dari abang sempena perkahwinan kita, satu untuk esok dan satu set ni untuk majlis di KL, cantikkan” Qhairul menghulur dua set barang kemas yang ditempahnya di Paris sewaktu percutian mereka bulan lepas.
“Wow..cantiknya!mana abang beli ni” matanya membutang melihat set barangan kemas tersebut.
“Waktu kita bercuti di Paris hari tu, abang sengaja rahsiakan” jawabnya sambil tersenyum.
“Simpan elok-elok tau, mahal tu” bisik Qhairul ke telinga bakal isterinya.
“Berapa?”
“Dua  tu 1ebih 10 juta”
“What, abang dah giler ke”
“Kerana sayang abang memang giler”
“Kalau abang bangkrap jangan salahkan Nisha”
“Tak, small matter tu, Sayang takkan buat abang bangkrap malah sayang bawa rezeki pada abang”
“Thanks bang..muah..”Nisha terus mencium pipi lelaki tersebut.
Dua set barang kemas tersebut terus disimpannya ke dalam peti besi barangan peribadinya.

Bab 75
Tanggal 21 Disember, Semua penduduk kampung dan kampung berdekatan yang dijemput berpusu-pusu datang ke vila untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Ahli keluarga Karina semuanya hadir. Puan Engku Faridah selaku wedding planer untuk semua majlis perkahwinan pasangan tersebut dan Datin Roziah dan suaminya menjadi orang penting di sepanjang berlangsung majlis tersebut. Walaupun cukup sedih namun wajah Tengku Farid agak tenang melayani tetamu yang hadir, sikap mesra rakyat memang sebati dengan dirinya yang begitu terserlah sepanjang majlis tersebut berlangsung.
Majlis akad nikah akan diadakan selepas solat Jumaat. Nisha dan Karina mula dibaluti rasa gementar. Karina menyarungkan sut kebaya gabungan sutera Thai organza dan Chiffon plain silk berwarna perak dan sehelai selendang silver bersulam kristal di kepalanya sementara Nisha anggun dengan set persalinan Puteri Melayu Sejatinya dan tiaranya cuma kali ini Nisha mengenakan tudung di kepalanya. Kemunculannya yang sememang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu jemputan yang ingin melihat lebih dekat Puteri MS dihari perkahwinannya. Rata-rata memperkatakan tentang usianya yang terlalu muda untuk melangsungkan perkahwinan. Jarak usianya dengan bakal suaminya adalah 11 tahun tapi kematangan peribadi Nisha merapatkan jarak tersebut. Dato’ Qhairul Azamin seorang ahli perniagaan muda yang jutawan  yang kacak dan amat dikenali itu dikatakan jodoh yang paling padan untuk Puteri MS.
Semua barang hantaran sebanyak 18 dulang mengikut usia Nisha sudah diletakkan di ruang tamu, termasuk satu set barangan kemas dan 12 dulang untuk Karina.Warna dulang mengikut warna tema bilik masing-masing. Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree sama-sama menyediakan jongkong emas' Tezabi' seberat 2.9kg dan 2.8kg sebagai mas kahwin untuk pasangan masing-masing dan nilai jongkong emas 'Tezabi' tersebut hanya mereka berdua saja yang mengetahuinya.
“Of courselah, aku pun dah tak sabar ni Zam” tergelak sama mereka yang duduk di sisinya mendengar jawapan nakal Dato’ Qhairul apabila Zamree memberi laluan kepada Qhairul mendahului upacara akad nikah memandang usia sepupunya itu setahun lebih tua daripadanya.
Dengan sekali lafaz daripada pasangan masing-masing maka sahlah secara mutlak Qhairunnisha Muntaz May Lin binti Qhairuddin Zabir Khan  menjadi isteri yang sah kepada Dato’ Qhairul Azamin bin Tan Sri Dato’ Ismail. Begitu juga Noor Karina bt Kasran sah menjadi isteri kepada Dato’ Zamree Azim bin Dato’ Dahlan. Setelah mendengar Tok Kadi membaca dan menerangkan tentang lafaz taklik, kedua-dua pengantin lelaki tersebut menyarungkan cincin ke jari pasangan masing-masing. Suasana menjadi gamat dan riuh sewaktu majlis membatalkan air sembahyang. Tindakan nakal Dato’ Qhairul mengejut semua tetamu yang hadir apabila dia bukan sahaja mencium dahi tapi mencium pipi dan  bibir isterinya sebagai upacara membatalkan air sembahyang. Zamree yang agak terkejut menggelengkan kepala melihat gelagat nakal sepupunya itu.
Pihak fotografi pula sempat merakam aksi romantik itu dan ada suara-suara nakal yang  minta ciuman itu diulang dan dibuat lebih lama lagi.
“Rul..kau nak pecah rekod kah apa ni, orang Malaysia tak pernah buat kau pula yang buat” usik Dato’ Wazir yang terbeliak matanya melihat gelagat nakal sahabatnya itu.
“Dah halal Zir, tunggu apa lagi” jawab Qhairul sambil tergelak
Majlis persandingan dua pasangan pengantin tersebut berlangsung dengan meriahnya. Walaupun tanpa kehadiran keluarga di sisi masing-masing Nisha dan Qhairul cukup bahagia, senyuman sentiasa terukir di bibir mereka sepanjang majlis di hari bahagia mereka itu.
Dari balkoni biliknya, Nisha melontarkan pandangan jauh ke tengah lautan yang terbentang luas. Di hari perkahwinan mereka suaminya tidak berpeluang menziarahi tangan ibu dan ayah mertua begitu juga dirinya, tiada tangan mertua yang disalaminya pada hari tersebut. Qhairul cuma menyalami tangan Puan Engku Faridah yang turut dipanggilnya sebagai bonda. Qhairul memandang wajah Puan Engku Faridah penuh sayu.
“Mulai hari ini Qhairul adalah anak menantu bonda, jaga dan lindungi puteri bonda sebaik-baiknya. Berilah kebahagian padanya”
“Saya janji bonda, Nisha adalah nyawa saya, kebahagiaannya adalah kebahagian saya. Selagi saya bernafas saya akan melindungi dan membahagiakannya” tangan wanita itu disalami dan diciumnya. Menyaksikan detik itu Nisha tidak mampu menahan sebak.
“Sabarlah Qhairul, bonda doakan kebahagian kamu berdua, Sebagai menantu bonda sekarang, selalu-selalulah bawa Nisha menziarahi bonda, cepat dapatkan cucu untuk bonda ya” ayat terakhir dari Puan Engku Faridah membuatkan Qhairul tersenyum.
“Qhairul, you sekarang dah turun title, bukan abang long lagi, you dah jadi adik ipar I dan mulai sekarang panggil I kanda long, jaga dinda puteri elok-elok, kalau you berdua bahagia I pun tumpang bahagia” ujar Tengku Farid sambil ketika mereka bersalaman dan kemudian terus berpelukan.
“Dato’ Zamree, you masih beruntung dan masih boleh tersenyum walaupun bukan kahwin dengan gadis yang kita cintai tapi sekurang-kurang you mengahwini gadis yang mencintai you dan masih suci, I doakan you juga akan bahagia seperti Qhairul, belajar menerimanya mungkin dia gadis yang terbaik untuk you sebab antara kita bertigalah I yang paling malang, tidak mencintai dan tidak  dicintai dan……”kata-kata berhenti di situ sahaja lalu terus memeluk Zamree kemudian mengesat air matanya yang hampir tumpah di pipinya.
“Sabar Ku Farid mungkin kebahagian itu akan tiba juga di penghujungnya nanti. Hanya dia tahu mengapa dan kenapa sesuatu itu berlaku pada diri kita sebab kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukannya. Setiap apa yang berlaku kita perlu redha menerimanya” balas Zamree sambil menepuk bahu Tengku Farid.
“Kanda Long, pintu vila ini sentiasa terbuka dan menanti kedatangan you. Datanglah bila-bila masa bila you rasa perlu, vila dan resort tu penyatuan kita berempat, jangan lupa,  cuma anak you yang layak mengambil alih  tempat you. Ingat, itu perjanjian kita” beritahu Qhairul kemudian berlalu mendapat Nisha di biliknya.
“Kenapa ni sayang, sayang tak happy ke?” ucap Qhairul sambil memeluk pinggang isterinya dari belakang.
“Nisha happy cuma abang yang tak happykan, nasib abang serupa seperti anak yatim piatu macam Nisha juga?”
“Sayang! abang redha, dan abang percaya ada hikmah di sebaliknya, sekurang-kurangnya abang boleh merasai apa yang anak piatu rasai tanpa insan-insan istimewa di sisi mereka di saat mereka memerlukan. Abang dah ada sayang jadi abang tak kisah semua tu, apa yang penting kita pandang ke depan, masa depan kita dan abang tak nak anak kita nanti dapat nasib yang sama seperti kita” sambil pipi isterinya diciumnya berkali-kali.
“Baju dan  tiara ni nanti simpan elok-elok, abang nak anak perempuan kita nanti bila dia kahwin nanti pakai baju ni juga, abang nak dia jadi Puteri Melayu Sejati macam ibunya” tambah Qhairul lalu meraih tangan isterinya supaya masuk ke dalam bilik .
Tengku Farid dan bondanya meminta diri untuk kembali ke  KL petang itu juga kerana ada urusan yang perlu dilaksanakan begitu juga Dato’ Wazir dan keluarganya. Hanya kedua orang tua Karina sahaja yang akan bermalam di vila tersebut pada malam itu. Keluarga Karina turut mengadakan kenduri untuk Karina dan suami di rumah keluarga mereka di Pahang yang akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah tersebut.                                                   
Selesai makan malam, Qhairul dan Nisha terus masuk ke bilik .
“Nisha nak mandi dulu ya” kemudian dia terus melangkah menuju ke bilik air.
Qhairul membuka almari pakaiannya, semua pakaiannya telah dipindahkan ke bilik tersebut.  Bilik tidurnya nanti dicadangkan untuk dijadikan bilik salah seorang dari anak mereka kelak.
Sehelai gaun tidur  berwarna merah jambu yang senyap-senyap di belinya di Paris sewaktu percutian mereka yang lalu dikeluarnya dari almari lalu diletaknya di atas katil.
Nisha keluar dari bilik mandi dengan sehelai tuala putih jambu melingkar di tubuhnya. Qhairul yang berdiri di hadapan pintu almari terkesima, pertama kali melihat tubuh putih melepak itu berkemban di depan matanya dengan tuala pendek melingkari tubuhnya di atas paras dada ke lutut.  Dada Qhairul berkocak kencang bila Nisha tersenyum padanya.
“Abang boleh pergi mana-mana dulu tak, Nisha nak pakai baju”
Qhairul menggelengkan kepalanya.
“Kenapa, sayang malu ke?”
Nisha menganggukkan kepalanya.
“Abang takkan ke mana-mana sebab kita dah kahwin, abang nak tengok segalanya malam ni” ujarnya perlahan  sambil tersenyum nakal memandang isterinya.
Nisha jadi serba salah,
“Nah sayang pakai ni, abang beli khas untuk malam ini” gaun tidur yang seksi dan nipis dihulurnya pada Nisha. Nisha tersenyum sendiri bila melihat gaun tidur tersebut.
“Hebat cita rasa abang, kalau pakai ni lebih baik Nisha tak perlu pakai baju”
Qhairul tergelak mendengar pandangan Nisha tentang gaun tidur yang dibeli untuk isterinya itu.
“Pakailah dulu sementara masih sempat, lepas tu barulah tak perlu pakai baju” usik Qhairul sambil tergelak  nakal.
“Sekarang”
“Ya sekarang, depan abang”
“Oh no” Nisha kemudian mencapai botol losyen di atas meja  solek lalu menuangkanya di telapak kemudian menyapunya ke leher, lengan, tangan dan kaki.
Qhairul yang sudah mula naik dewana mula mendekati dan cuba menarik tangan Nisha. Namun Nisha terus mengelak.
“Opps tak boleh dulu sebab Nisha dah ada wuduk, abang pergi mandi dulu, lepas tu
kita solat Isya’ sama-sama, abang imam ya” beritahunya lalu menjauhi suaminya kemudian tangan mencapai dan membentangkan dua helai sejadah. Qhairul tersenyum lalu bergerak ke bilik air.
Peluang sementara suaminya berada dalam bilik mandi, Nisha menyarungkan gaun tidur tersebut kemudian terus memasang telekomnya. Keluar dari bilik air, Qhairul tersenyum melihat Nisha yang lengkap bertelekom sedang duduk menunggunya di birai katil.
“Kali ni bolehlah lepas, lepas ni siap” usik Qhairul sambil tersenyum nakal lalu mencapai sehelai baju-T dan sehelai kain pelekat, sehelai kopiah dikeluarnya dari anak almari.
Nisha cuma tersenyum mendengar amaran suaminya.
Usai solat Nisha terus menyalami tangan suami buat  kali pertama sebagai seorang isteri dan kemudian Qhairul mencium dahi dan pipi isterinya dengan penuh kasih sayang.
“Sayang..mulai detik akad nikah siang tadi abang berjanji pada Allah dan diri abang, bahawa abang akan menjaga dan melindungi isteri abang sepanjang hayat abang. Jadilah isteri yang taat dan setia pada Allah dan suami. Berjanjilah untuk berkongsi segalanya susah dan senang bersama abang”
“Ya..bang, Nisha akan jadi isteri yang setia dan taat pada suami dan Allah. Nisha akan berada di samping abang pada waktu susah dan senang, waktu gembira dan duka. Bimbinglah Nisha untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan Allah” tangan suami dikucup dengan perasaan yang begitu bahagia dan terharu.
Setelah menanggalkan telekomnya, Qhairul tersenyum melihat isterinya mengenakan baju tidur tadi. Qhairul mengeluarkan sesuatu dari almari.
“Sayang.. ni Doktor Syafik yang bagi, makan selepas bersama, tapi tak boleh diambil dalam tempoh yang lama, dua tahun je” Nisha tersenyum lalu mengambilnya dari tangan suaminya lalu meletakkan di atas meja kecil di sebelah katilnya. Dadanya mula berdebar kencang  bila melihat Qhairul menanggal semula baju T di tubuhnya.
 “Abang panaslah” bisik Qhairul tersenyum nakal”.
“Ada aircond pun panas” balas Nisha sambil menjerling memandang tubuh sasa suaminya.
“Abang minta air tu” sebotol air mineral  yang masih belum dibuka dihulur pada isterinya.
“Haus” lalu membuka dan terus diminumnya sedikit air tersebut. Selebihnya botol tersebut diletak  bersebelahan katilnya.
“Sayang, apa Zam buat sekarang?”
Nisha tergelak mendengar soalan suaminya.
“Abang Zam pun tanya apa abang buat sekarang?” balas Nisha yang masih lagi senyum meleret.
Qhairul terus duduk di birai katil lalu menarik tangan Nisha supaya mendekatinya. Jantung Qhairul mula bergetar melihat apa yang terselindung di sebalik gaun tidur nipis di tubuh isterinya. Matanya mula merenung tepat ke dada isterinya, sepasang gunung montok dan gebu  yang ingin benar disentuhnya selama ini.
“Sayang dah bersedia ke untuk malam ni” bisiknya perlahan sambil menatap wajah isterinya yang nampak seperti ketakutan. Walaupun sebelum ini mereka pernah beberapa kali tidur bersama tapi tidak pernah sampai terlanjur ke arah itu. Qhairul tetap menjaga kesuciannya dan tidak pernah terlajak perbuatannya.
Jantung Nisha makin bergerak pantas, tangannya terasa sejuk seperti ais.
“Kenapa  sayang takut ke?”usik Qhairul sambil tersenyum nakal.
“Mula detik ini jiwa dan raga Nisha milik abang, milik abang sepenuhnya. Abang berhak mendapat hak abang bila-bila masa abang inginkan” walaupun bibirnya agak terketar-ketar sewaktu menuturkan.
Qhairul tersenyum mendengar jawapan isteri terus tubuh kecil itu dirangkulnya lalu dibaringnya di atas katil.
“Abang sebelah kanan”ucapnya perlahan ke telinga isterinya.
“Tak tutup lampu ke?” tanya Nisha pada suaminya.
“Nanti, abang masih perlu lagi untuk melihatnya dengan jelas” ujar Qhairul tersenyum nakal. Jantung Nisha berdebar-debar di kala tangan Qhairul mula menjalar di seluruh tubuhnya dan mula merentap satu persatu apa yang menutupi sekujur tubuh isterinya.
Satu persatu dia meneliti dan merenung serta menyentuh barang berharga milik isterinya yang kini menjadi miliknya yang halal. Apa yang terhidang di depannya terlalu indah dan sempurna seperti yang  diimpikannya selama ini. Nisha merasakan tiada seinci pun pada tubuhnya yang terlindung dari tatapan mata dan sentuhan suaminya malam itu. Penyerahan pertamanya seluruh jiwa dan raganya Nisha merasakan kesakitan tapi ucapan cinta dan belaian manja dan penuh kasih suaminya menjadi penawarnya ketika itu. Sama-sama  menemui kenikmatan dalam melayari bahtera syurga rumah tangga di malam pertama pernikahan mereka dan akhirnya yang kedengaran cuma bunyi hembusan nafas insan yang kelelahan dalam kenikmatan.

Menjerling  jam di sebelah katilnya, Dia dan Nisha sudah terlepas subuh. Qhairul berpaling memandang isterinya yang sedang terbaring lena di sebelahnya. Rambut isterinya dibelainya dengan penuh kasih sayang. Selimut tebal yang terselak menampakkan sebahagian tubuh putih melepak yang tanpa seurat benang itu ditariknya lalu menutupi tubuh isterinya dengan kemas.  Dua pusingan dia melepaskan rasa berahi asmaranya malam tadi menyebabkan Nisha nampak kepenatan. Terdapat tanda-tanda merah pada selimut tersebut kesan yang begitu membahagiakannya semalam. Mahkota kesucian yang dipersembahkan oleh Nisha untuk malam pertama mereka.
“Sayang..thanks, abang adalah insan yang paling bahagia sebab sayang memeliharanya dan mempersembahkannya pada abang pada malam pertama kita. I love so much, love you forever. Sayang adalah segalanya pada abang” bisiknya ke telinga isterinya yang lena. Bibirnya mula merayap ke pipi kemudian  ke leher jinggang isteri. Qhairul jadi terpesona. Satu bau yang begitu mengasyikkannya. Bau yang menarik nalurinya untuk terus bermesra lagi. Beberapa tanda lebam merah di sekitar dada isterinya membuat Qhairul tersenyum. Hembusan panas nafas Qhairul mengejutkan isterinya. Badannya terasa agak lengguh dan keletihan, Nisha membuka matanya. Terasa kulit tubuhnya kedinginan diterpa pendingin udara. Separuhnya terbuka tanpa selimut ditatap oleh suaminya yang sedang tersenyum.Tangannya terus mencapai selimut lalu menutup bahagian dadanya.
“Pukul berapa bang?”
“Tujuh suku”
“Kita dah terbabas waktu subuh”
“Abang pun baru sedar, kita mandi lepas tu kita qadakan solat”
Nisha melurus-luruskan lengannya dan menggerak-gerakkan lehernya.
“Letih, tubuh rasa lenguhlah bang” Qhairul tersenyum mendengar kata-kata isterinya.
“Tubuh abang berat sangat kot, nak abang picit ke?”
Nisha tersenyum memandang suaminya.
Qhairul merapati semula tubuh isterinya lalu menindihnya, wajah isterinya ditatapnya puas-puas. Nisha membalas senyuman suaminya.
“Kenapa sayang comel sangat, my baby girl”Nisha tergelak.
“Kenapa abang handsem sangat, my baby boy” Qhairul pula tergelak. Bibirnya mula merayap ke semua penjuru wajah isterinya, ke lehernya dan akhirnya Nisha lemas lagi. Episod asmara yang indah seperti malam tadi bersambung lagi. Qhairul merebahkan tubuh di atas tilam lalu tergelak kecil bila pendakiannya sampai ke kemuncak, peluh memercik keluar di dahi dan tubuhnya. Nisha turut kepenatan, hampir 15 minit berehat mengumpul tenaga lantas dia cuba bangun dan mencari sesuatu kain untuk menutup tubuh sebelum dia melangkah turun dari katil, gaun tidurnya terjatuh jauh di kaki katil.
“Sayang cari apa?”Qhairul menegur isterinya yang seperti sedang tercari-cari sesuatu.
“Baju semalam, Nisha nak mandi ”
“Bangun je, kita mandi sama ya”
Nisha terus menolak selimut yang menutup tubuhnya, terkejut melihat beberapa kesan lebam merah pada tubuhnya. Sewaktu Nisha terus melangkah turun dari katil. tanpa berkelip, Qhairul terus merenung tubuh isterinya yang tanpa seurat benang berdiri di depannya. Potongan susuk tubuh Nisha memang cantik, putih melepak, mengiur dan menghairahkan. Melihat kesan-kesan lebam merah di tubuh isterinya kesan perbuatannya semalam membuatkan Qhairul tersenyum nakal. Nisha terus menarik sehelai tuala lalu membaluti tubuhnya. Qhairul terus melompat dari katil. Nisha tersipu malu melihat tubuh sasa suaminya yang tegak berdiri di depannya tanpa sehelai benang.
“Nah, pakai ni malulah malaikat tengok” Nisha menghulurkan sehelai tuala pada suaminya. Qhairul tergelak mendengar kata-kata isterinya. Pengalaman pertama mereka mandi bersama, suara gelak ketawa dan terkekek-kekek ketika bergurau senda jelas kedengaran dari dalam bilik air.

Zamree sedang duduk bersembang bersama mertuanya di ruang tamu sambil menonton tv. Sewaktu melangkah keluar dari bilik, Qhairul dan Nisha melemparkan senyuman kepada Zamree dan isteri serta kedua mertuanya, jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30 pagi.
“Awal bangun Zam”tanya Qhairul sewaktu memandang wajah Zamree.
“Awal apa bendanya, kau tahu sekarang dah pukul berapa”.
Qhairul tergelak mendengar jawapan Zamree.
“Aku dan Karina nak balik rumah keluarga dia, mereka nak buat kenduri untuk kami, lepas tu kami akan balik penthouse aku, kita jumpa di majlis resepsi nanti, kau bila balik KL?” tanya Zamree sambil tangannya memeluk bahu Karina. Kedua mertuanya tersenyum memandang menantu dan anaknya.
“Not yet, kami berdua honeymoon di sini dulu, dua hari  sebelum majlis baru kami balik KL, kalau kau ada hal jumpa aku di kondo. Mama dan papa aku mungkin sampai esok, kalau dia tanya kau pandai-pandailah kau cover line, atau kau cakap je aku kat bulan, orang kedua yang pergi selepas Sheikh Muzaffar” balas Qhairul selepas itu dia tergelak.
Tergelak Encik Kasran dan isterinya mendengar kata-kata Qhairul.
“Up to youlah rul, kat bulan ke, kat matahari ke yang sahnya kau sekarang kat syurga dunia, yang ku binggung sekarang hari wedding dan resepsi di KL nanti, aku tak  boleh bayangkan apa yang akan berlaku, tapi sahih  bom nuclear akan meletup, seluruh Malaysia huru hara kau tengoklah nanti” balas Zamree pula.
“Sebab tu aku ajak kau orang berdua lepas je majlis tu terus cabut ke Itali. Aku tak nak dengar bunyi bom tu meletup” gurau Qhairul sambil ketawa terkekek-kekek sambil memeluk pinggang isterinya. Nisha cuma mampu tersenyum melihat gelagat suaminya.
Encik Kasran dan isterinya geleng kepala mendengar kata-kata Qhairul,
“Walaupun kaya raya tapi banyak juga masalah lelaki ni”bisik Encik Kasran dalam hatinya.

Yasmine Hana masih dalam keadaan terkejut selepas menerima berita Lizawatie telah mengalami kecedaraan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dua hari yang lepas. Selepas melawat Lizawatie yang masih lagi berada di ICU di sebuah hospital, Yasmine Hana muncul sendirian untuk mencuba buat kali kedua baju pengantinnya di Angela Butik. Sepasang baju kebaya berwarna silver untuk majlis akad nikah dan sepasang gaun putih untuk majlis resepsi dan persandingan di hotel. Walaupun batang hidung   Qhairul tidak pernah muncul untuk membuat persiapan majlis perkawinan mereka namun dia tidak kisah semua itu sebab Puan Sri Datin Hajar sudah berjanji untuk sediakan semua persiapan untuk Qhairul yang penting baginya asalkan warnanya sedondoi.
“Wow Yani, kau tengok ni gaun perkahwinan Puteri MS, bakal suami dia tempah di London, dua pasang pulak tu harga sepasang gaun tu lebih satu juta”salah seorang pekerja butik tersebut menunjukkan majalah kepada kawannya.
“Gold Bar 'Tezabi seberat 2.9kg Dato’ Qhairul berikan sebagai mas kahwin untuk Puteri MS dan dia dah kahwin dua hari lepas dalam majlis tertutup di vila Mahligai Puteri. Dengar cerita vila tu bernilai tiga puluh juta, bakal suaminya yang buat yang buat tapi lokasi rahsia, hanya beberapa orang tertentu je yang tahu” tambah pekerja butik itu lagi.
Berdesing telinga Yasmine Hana mendengar perbualan pekerja butik tersebut. Separuh dari duit pusingan modal dan semua duit simpanan dan separuh lagi dipinjamkan dari ayahnya dan selebihnya dia terpaksa meminjam bank untuk membayar kes saman malu Puteri MS kepadanya. Dia bergantung harap setelah berkahwin dengan Qhairul dia akan mendapatkan kembali wangnya dan membayar  balik semua wang yang dipinjamnya. Perbelanjaan perkahwinannya terpaksa memohon ehsan dari bakal ibu mertuanya. Bertambah benci hatinya bila mendengar kehidupan puteri yang semakin menjulang nanti malah semakin dikenali dan diminati dan bakal berkahwin entah dengan putera raja mana dengan belanja perkahwinan yang paling tinggi dan konsep perkahwinan diraja yang paling  hebat di Malaysia  dan akan tercatat dalam Malaysia Book of Record.
Puteri MS akan berada di singgah sana pelamin perkahwinannya dengan set persalinannya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki yang disediakan oleh suaminya bernilai lebih RM10 juta, seketul jongkong emas 'Tezabi' seberat 2.9kg sebagai mas kahwin dan sebentuk cincin perkahwinan bertatah berlian bernilai RM1.8 juta. Menurut bonda angkatnya perbelanjaan untuk majlis resepsi dan persandingan pula mencecah belanja hampir RM 18 juta. Namun semua masih menjadi tanda-tanya siapakah gerangan Putera MS.
“Ah..aku peduli apa. kau nak duduk atas kerusi emas ke, asalkan kau tak kahwin dengan Qhairul. Qhairul akan berkahwin dengan aku hujung minggu ini, tak lama lagi aku akan bergelar Datin Yasmine Hana, isteri seorang  billionaire, ahli perniagaan kelima terkaya di Malaysia. Lepas tu akan control hidup dan duit Qhairul, aku akan bomohkan dia,  bagi Qhairul rasa makan nasi kangkang aku” bisiknya dalam hati kemudian tergelak sendiri.
“Cik Yasmine ok ke?”tanya seorang pekerja butik bila melihat Yasmine Hana tergelak sendiri.

Sudah beberapa kali Puan Sri Datin Hajar cuba menghubungi Qhairul tapi tidak berjaya, akhirnya dia bertekad untuk mengunjugi penthouse Zamree untuk mencari Qhairul di situ atau pun sekurang-kurangnya dia mendapat maklumat di mana Qhairul berada.
“Zam… mana Qhairul?” Puan Sri Datin Hajar memerhati setiap penjuru penthouse milik anak saudaranya itu kerana memikirkan Qhairul ada di situ. Rumah anak saudaranya itu kelihatan kemas dan tersusun rapi. Karina muncul dari dapur sambil menatang secawan nescafe susu untuk suaminya.
“Oh..kau pun dah pandai simpan perempuan sekarang, macam kenal siapa ni?” tanya Puan Sri Datin Hajar sambil tersenyum sinis memandang Karina dari atas ke bawah.
“Isteri saya untie, Noor Karina” jawab Zamree lalu menyambut cawan yang dihulurkan oleh isterinya.
“Bila kau kahwin, untie tak tahu pun, kenapa tak jemput untie, bukankah ni perempuan bekas tunang kau dulu?”tali-menali soalan yang keluar dari mulut wanita itu.
“Dah lima hari, untie kat US sebab tu tak dapat nak jemput, kami kahwin pun tergesa-gesa, memang dialah Karina bekas tunang saya dulu” beritahu Zamree tanpa mahu berselindung apa tentang isterinya.
“Kenapa kahwin tergesa-gesa dia dah mengandungke?, kenapa kau kutip perempuan ni lagi, peremuan yang dah ditebuk tupai” seperti disayat sembilu hati Karina mendengar kata-kata Puan Sri Hajar. Zamree kelihatan tenang.
“Saya terima dia seadanya, kalau dia mengandung disebabkan saya, why not kalau saya bertanggungjawab” jawapan Zamree menyakitkan hati Puan Sri Datin Hajar. Kelihatan wanita itu memaling ke arah lain selepas mendengar jawapannya.
“Soalan pertama untie tadi kau belum jawab lagi, Qhairul mana?”
            “Kalau dia tak ada bersama saya sekarang bererti saya tak tahulah untie, sebab saya sekarang sibuk layan isteri saya ni, waktu saya kahwin hari tu dia ada katanya dia nak pergi..pergi mana sayang?” Zamree memandang Karina menanti jawapan
            “Pergi ke bulan”jawab Karina sambil tersenyum 
“Ya..pergi ke bulan” sambung Zamree lalu memandang wajah Puan Sri Hajar.
“Untie tanya betul-betul, majlis kahwin dia tinggal  beberapa hari saja lagi, untie  nak suruh dia cuba baju, untie cal tak dapat-dapat, kalau kau jumpa dia cakap pada Qhairul untie suruh dia balik urgent” pesan Puan Sri Datin Hajar kemudian berlalu meninggalkan penthouse tersebut.
“Kesihan puteri dan Qhairul, lepas ni tentu banyak perkara yang akan berlaku” keluh Karina.
“Kita berdua pun mungkin akan dapat tempiasnya nanti” keluh Zamree.
“You nak makan apa malam ni, nanti I masak, tapi kat dapur you tu tak ada apa-apa?”  ujar Karina sambil memandang wajah Zamree.
Zamree tergelak
“Memanglah tak  ada apa-apa  sebab  I tak pernah masak di rumah, nanti kita pergi beli” balas Zamree pula sambil tersenyum.
“Bila?”tanya Karina.
“Lepas solat Zohor nanti, hari ni kita lunch di luar, lepas tu kita shopping barang dapur” tambah Zamree sambil menghirup air nescafenya.
Qhairul terus memecut Lamborghini menuju ke kawasan kondominium mewah Bukit Bintang, setelah melalui pos jaga, Qhairul terus memakirkan keretanya di kawasan parkir khas kondo tersebut. Nisha mendonggak  melihat kondo lima tingkat yang berdiri megah di depannya.
“Rumah kita tingkat 5, jom” Qhairul memeluk  pinggang isterinya lalu bergandingan menaiki lif hingga ke tingkat tiga. Terpapar huruf Q besar berwarna keemasan melekat pada daun pintu bilik kondo tersebut.
“Q ni untuk Nisha ke untuk Qhairul” tanya Nisha sambil menyentuh huruf Q yang terlekat di depan pintu tersebut.
“Untuk kita berdua, huruf kesayangan abang sebab nama isteri abang pun bermula dengan huruf Q jugak” ujarnya sambil menarik pinggang isterinya masuk ke dalam rumah.
“Ini mini mahligai kita di KL ni, tempat kita sambung buat projek”, lalu menarik tangan Nisha menuju ke bilik tidur. Nisha ketawa geli hati mendengar kata-kata suaminya.
“Abang ni kan tak sabar nak tunggu malam lagi ke?”
“Malam tu  wajib tapi masih lama lagi, sekarang kita rasmilah dulu satu pusingan”
Nisha sudah tergelak melihat sikap nakal suaminya. Bilik tidur mereka terhias indah seperti bilik pengantin. Suasana bulan madu yang sememangnya baru bermula dan kondo mewah itu adalah mahligai mini bulan madu mereka yang seterusnya.
Sekeping poster besar dirinya yang lengkap dengan persalinan Puteri Melayu Sejati tergantung di dinding bilik tersebut. Sebidang lagi gambar mereka berdua berukuran lebih kurang 6kaki x 5kaki gambar semasa percutian mereka di Paris tergantung di kepala katil. Nisha terkesima melihat gambar tersebut. Gambar mereka berpelukan membelakangkan Eiffel Tower. Kedua-dua wajah mereka begitu ceria dan gembira dalam gambar itu.
“Best!..cantiklah bilik abang, tilam ni empok ke” lalu merebahkan tubuhnya di atas tilam
“Bilik kitalah sayang” jawab Qhairul lalu menindih tubuh isterinya. Qhairul mula melayani gelora berahinya. Bibir mungil isterinya dinikmati sepuasnya, Nisha mula lemas bila suami semakin rakus. Syurga alam rumah tangga berlangsung buat beberapa ketika.
“Dah, to be continue malam nanti ok” Ujar Nisha lalu menolak tubuh suaminya. Qhairul tergelak, Nisha memang cukup menghiburkannya. Senyuman tak lekang di bibirnya memerhati isterinya melilit tubuhnya dengan sehelai tuala.
Nisha meninggalkan suaminya yang masih terbaring di katil. Dia memeriksa setiap pelusok kondo tersebut, cukup luas, ada tiga bilik tidur. Nisha melangkah kakinya menuju ke sebelah kanan sebelum masuk ke ruangan dapur, pintu kaca ditolaknya perlahan-lahan,
“Wow… tak sangka ada kolam renang” seperti tidak percaya kondominium tersebut turut dilengkapi dengan sebuah kolam renang.
“Kalau sayang berenang kat sini, sayang boleh guna bikini, tak pakai apa-apa pun abang tak kisah sebab cuma kita berdua je tak ada sesiapa yang tengok” Nisha mengurut dadanya terkejut dengan kemunculan suaminya yang tiba-tiba muncul di belakangnya lalu terus memeluk erat pinggangnya.
“Abang tak kisah ke?”mula tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
“Kalau kat kondo ni abang tak kisah sayang nak pakai apa pun sebab yang akan tengok cuma abang sorang je, sayang boleh pakai bikini setiap hari depan abang atau tak pakai apa-apa lagi abang seronok”
“Gatal juga abang ni…!”terus jari runcingnya mencubit lengan suaminya. Qhairul tergelak melihat respon isterinya. Memang pada hakikatnya dia ingin sentiasa melihat keindahan milik isterinya yang sering mengasyikkannya dipamerkan di depan matanya.
“Melangkah menuju ke dapur tidak ada apa-apa yang boleh ditelan ketika itu, peti sejuk pun kosong cuma ada beberapa tin minuman coca-cola dan 100plus.
“Nak makan apa ni?”tanya Nisha pada dirinya sendiri.
“Sayang lapar ke, kalau lapar kita order pizza ok”Qhairul muncul di pintu dapur.
Nisha mengangguk kepalanya.
Sambil menunggu pesanan pizza sampai mereka duduk di sofa ruang tamu sambil menonton tv.
Nisha yang hanya menggunakan bathrobes merebahkan kepala di atas paha suami sambil tangan suaminya membelai-belai mesra rambutnya.
“Sayang, kalau sayang tak suka masak tak payah masak kita tempah je makanan dari hotel atau kita makan kat luar. Abang tak kisah” beritahu Qhairul sambil tangannya terus membelai mesra rambut isterinya.
“Nisha bukannya  tak suka tapi tak berapa pandai, tapi Nisha nak juga masak untuk abang sekali-sekali.
“Kalau masak sekali sekala tu kita masak sama-sama”
Nisha dah belajar  masak lauk yang abang suka tu dengan Kak Siti, abang nak test ke” jawab Nisha sambil memandang suaminya.
“Ya ke, nanti bila balik honeymoon abang nak rasa, masak nasi sayang boleh ke?”
Nisha tergelak.
“Kalau Nisha kata tak tahu, macam mana” Qhairul tersenyum mendengar jawapan isterinya.
“Tak kisah, semua tu boleh belajar, nanti abang ajar” Nisha tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
“Tapi bang..mulai hari ini Nisha nak abang minum air bancuhan tangan Nisha setiap pagi. Abang suka minum air milo pekat yang panaskan?”tanya Nisha sambil terus memandang wajah suaminya.
“Ya..sayang, macam yang sayang selalu buat untuk abang tu”  perlahan sambil memicit hidung isterinya.
 Loceng pintu tiba-tiba berbunyi, seorang lelaki menghantar pizza yang dipesan oleh Qhairul sebentar tadi. Sewaktu menerima duit bayaran  penghantar pizza tersebut tersenyum memandang Nisha.
“Encik, boleh tumpang tanya ke?”tanya budak penghantar pizza kepada Qhairul.
“Ya, nak tanya apa?” jawab Qhairul sambil memandang wajah budak penghantar pizza tersebut.
“Perempuan tu PMS ke?”Qhairul menoleh pada Nisha yang sedang duduk di sofa.
“Bukan, dia isteri saya”

“Oh ya ke, maafkan saya, saya minta diri dulu” Qhairul tergelak sewaktu menutup pintu kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya.