Bab 71
Malam
yang dijanjikan dengan Tengku Farid akhirnya muncul jua, Mengenakan
sepersalinan lengkap Puteri Melayu Sejati yang disediakan oleh Butik Puteri
Puan Engku Faridah. Nisha menyarungkan gaun labuh berwarna putih bertatah
labuci, kristal dan mutiara yang
berkelipan. Rekaan terbaik butik Puteri yang bernilai RM800K disarungkan ke tubuh Nisha pada malam
tersebut. Persis bidadari yang turun dari kayangan. Setiap mata yang memandang
pasti terpesona.
Rambutnya
disanggul ke atas dan dihias dengan sebuah tiara kecil di atas kepalanya.
Hiasan nipis di wajah putih dan gebunya menyerikan wajah mulus gadis
tersebut.Tengku Farid yang kacak dengan tuksedo berwarna putih terkesima
melihat Nisha yang turun dari tingkat atas kediaman bondanya. Lama Tengku Farid
tidak boleh terkata-kata. Nisha sendiri terkejut melihat keadaan dirinya di
dalam cermin sebelum dia turun ke bawah menemui Tengku Farid. “Akukah
ni?”soalnya pada diri sendiri..
Sebuah
limousine mewah menanti pasangan tersebut yang akan membawa pasangan tersebut ke
PWTC di mana majlis tersebut akan berlangsung. Beratus-ratus artis-artis dan karyawan tanah air serta
tetamu-tetamu jemputan yang terdiri dari golongan elit dan VIP telah
berpusu-pusu memasuki PWTC dan mengambil tempat duduk masing-masing. Menjadi
buah mulut sebelum majlis malam itu bahawa tetamu jemputan khas yang akan
memyampai anugerah khas akan muncul bersama pasangan istimewa. Mengikut
aturcara majlis, kemuncak acara adalah Puteri Nisha akan di Tiarakan secara
rasmi sebagai Puteri Melayu Sejati. Semua golongan selebriti dan golongan elit serta VIP serta
semua tetamu yang hadir ingin melihat
dengan lebih dekat wajah seorang gadis yang telah berjaya merebut gelaran
Puteri Melayu Sejati. Satu pencarian yang sudah berusia hampir lapan tahun
untuk satu anugerah khas dari butik terkenal diraja untuk wanita yang memenuhi
semua kreteria yang ditetapkan. Ramai puteri-puteri,artis-artis dan model-model
terkenal yang dicalonkan untuk anugerah itu tapi semuanya gagal memenuhi
kreteria tersebut. Gadis itu juga telah
diumumkan oleh panel hakim Miss Universe sebagai wanita tercantik dan tercerdik
di abang ini dan mendapat gelaran Princess face of heaven dari Ratu Elizebeth.
Putera Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah akan menyampaikan Tiara PMS itu
secara rasmi pada malam itu nanti.
Pada
setiap tahun, pada malam inilah artis-artis akan berbelanja besar untuk
menyediakan diri dengan penampilan yang paling hebat dengan pakaian-pakaian
yang ditempah khas melalui butik-butik dan pereka-pereka fesyen terkenal tanah
air. Pada tahun ini, Butik dan SPA Puteri menjadi penaja utama untuk pakaian
dan persiapan tubuh badan beberapa orang artis terkenal yang dipilih khas dan
Refflesia penaja utama untuk set perhiasan termasuk Tiara untuk Puteri Melayu
Sejati.
Mereka akan melalui laluan khas untuk artis-artis
sambil mengayakan pakaian masing-masing, di situlah nantinya wartawan dan
jurugambar akan siap sedia menunggu untuk menangkap gambar-gambar artis
tersebut.
Sepanjang
perjalanan, mata Tengku Farid tidak beralih dari memandang wajah Nisha. Nisha
melemparkan senyuman membalas renungan Tengku Farid.
“Bertuahkan
Dato’ Qhairul sebab dapat memiliki gadis yang dicintai dan mencintainya”Tengku
Farid mula bersuara.
“Kanda,
percayalah Nisha tetap doakan kanda berjumpa wanita yang dicintai dan mencintai kanda suatu masa nanti. Nisha
nak lihat kanda bahagia seperti orang lain” balasnya sambil mengenggam
erat tangan lelaki tersebut.
“Tak
sayang, kanda dah berjanji pada diri kanda, cinta kanda hanya datang sekali
sahaja seumur hidup dan cuma untuk seorang
wanita itu sahaja. Kalau tak dapat memilikinya kanda sanggup hidup keseorangan sampai ke
tua”.
Nisha
terkedu mendengar kata-kata lelaki itu.
“Kanda,
Nisha nak cari seorang saintis yang boleh buat klon untuk Nisha. Nisha nak buat
dua klon lagi, satu untuk kanda dan satu untuk Abang Zam”.
Tengku
Farid tergelak mendengar garauan Nisha. Gadis itu memang pandai menghiburkan
hatinya.
“Tapi
kanda nak yang ori, yang klon tu bagi dengan Qhairul” balasnya bila ketawanya
berakhir.
“Kalau
macam tu kena undilah nampaknya”balas Nisha sambil ketawa kecil.
“Ni
yang buat kanda tak boleh lupakan dinda sampai bila-bila, pandai buat orang
ketawa dalam menangis” ucapnya sambil membelai jari-jemari runcing gadis
tersebut kemudian menariknya ke mulut
lalu mengucupnya.
“Thanks
sayang, moga gembira malam ni. Bersedialah, kita dah sampai” ucapnya sambil
tersenyum.
Setelah
semua memasuki dewan khas PWTC barulah limousine yang diringi oleh beberapa
buah motosikal peronda polis traffic dan
pengawal peribadinya memasuki kawasan PWTC yang
membawa Tengku Farid muncul mengikut jadual waktu yang ditetapkan dan
akan menurunkannya di hadapan pintu masuk dewan tersebut. Kehadiran Putera
Mahkota yang kacak dan masih solo tersebut sememangnya dinanti-nantikan
kemunculan oleh selebriti-selebriti wanita muda dan cantik pada malam tersebut.
Para wartawan sudah sedia dengan peralatan masing-masing menunggu kemunculan
Putera Mahkota tersebut yang khabarnya
akan muncul bersama pasangan istimewanya pada malam itu.
Sebaik
sahaja pintu limousine di buka kelihatan Tengku Farid yang pertama kalinya
secara rasmi melaksanakan tugasnya sebagai Putera Mahkota disambut oleh
beberapa kenamaan dan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan melangkah keluar dari
kereta tersebut. Dengan senyuman yang menguntum di bibirnya Tengku Farid
kemudian menghulurkan tangannya kepada seseorang yang berada dalam limousine
yang belum nampak lagi susuk tubuhnya. Sebaik sahaja Puteri MS melangkah
keluar, kerlipan cahaya kamera wartawan mula menyinari setiap penjuru pintu
masuk dewan tersebut. Puteri MS kemudian kelihatan menggenggan erat tangan
Tengku Farid. Bila pengumunan ketibaan dibuat dan semua jemputan berdiri
menyambut ketibaan Tengku Farid dan pasangannya pada malam itu. Dengan penuh
tertib dan dengan langkah yang bergaya pasangan tersebut melangkah di atas
hamparan permaidani merah. Semua mata terarah kepada mereka dan ada yang
berbisik-bisik dengan teman masing-masing.Tumpuan terus ditujukan kepada Puteri
MS, lebih-lebih bila kemera wartawan yang menggunakan detik yang paling
berharga pada malam itu untuk merakam gambar Puteri MS yang digembar gemburkan
selama ini sebagai wanita tercantik dan tercerdik di abad ini. Semua
menghalakan lensa pada wajah Puteri MS yang sedang melemparkan senyuman
sepanjang perjalanan menuju ke tempat duduk utama tetamu terhormat pada malam
tersebut. Jemputan yang duduk di bahagian depan berpeluang menatap
sepuas-puasnya wajah puteri MS pada malam itu.
Puan
Engku Faridah yang sudah berada di tempat duduknya bersama tetamu terhormat yang
lain tersenyum pada Nisha dan Tengku Farid.Wanita itu berpuas hati dengan
penampilan dan kemesraan yang ditunjukkan oleh pasangan tersebut pada malam
itu.
“Kanda,
Nisha nervouslah malam ni” beritahu Nisha berbisik ke telinga Tengku Farid
“Relek sayang, tarik nafas dalam-dalam
kemudian hembus, lepas tu insyaallah dinda akan tenang” balas Tengku Farid
berbisik perlahan ke telinga Nisha.
“Semua
mata pandang Nishalah kanda, Nisha malu betul ni. Nisha pakai pelik ke malam
ni”tanyanya ketika berbisik lagi ke telinga Tengku Farid.
“Tak,
semua orang terpegun sebenarnya tu. Dinda terlalu cantik malam ni, bagai
bidadari turun dari kayangan”bisik Tengku Farid lagi. Nisha terus melemparkan
senyuman sepanjang laluan ke tempat duduk utama mereka.
“Yalah
tu, kanda memang pandai ambil hati Nishakan? Nisha sekarang ni sebenarnya
tersenyum dalam ketakutan, silap-silap haribulan pengsan ni” Tengku Farid
tergelak kecil.
Setiap
detik gelagat dan kemesraan pasangan
tersebut dirakam oleh wartawan dengan lensa kamera masing-masing dan pasti
esoknya akan menjadi bahan menarik yang akan disiarkan oleh akhbar
masing-masing.
Sepanjang
berlangsung majlis itu semua mata yang ada di dewan PWTC sentiasa mengambil peluang untuk melihat
wajah Puteri MS. Tengku Farid sengaja membuat mereka berdua sentiasa nampak
mesra pada malam itu. Banyak maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik
kemesraan Tengku Farid pada Puteri MS.
Kemesraan itulah yang membuat ramai mata-mata yang cemburu dan iri hati kepada
pasangan tersebut. Pasti pelbagai gossip dan cerita hangat akan keluar selepas
malam tersebut.
“Malam ni kita macam pasangan
pengantin” usik Tengku Farid berbisik ke telinga Nisha.
Nisha
tergelak kecil. Bila Pengacara majlis
mengusik pasangan tersebut, Tengku Putera Mahkota dan Puteri MS tersenyum
meleret.
“Selalunya Nisha tengok dalam tv je
majlis macam ni, tak sangka tahun ni Nisha duduk bersama tetamu
kehormat pulak”bisiknya perlahan ke telinga Tengku Farid.
“Tulah
bestnya kalau dinda kahwin dengan kanda” balas Tengku Farid sambil berpaling
memandang wajah Nisha di sebelahnya.
“Dah
terlewat, Nisha dah nak kahwin pun dengan abang Qhairul” balas Nisha pula
berbisik perlahan ke telinga Tengku Farid.
“Masih
belum terlambat kalau nak patah balik”ujarnya perlahan ke telinga Nisha cuba
mengoyah keyakinan Nisha pada waktu itu.
Nisha
tersenyum kemudian bersuara.
“Tak
nak sebab Nisha cintakan abang Qhairul”.
“Kanda
cemburu pada Dato’ Qhairul” balas Tengku Farid dengan nada suara yang agak
sedih dan sayu.
“Restuilah
hubungan kami, Nisha tetap sayangkan
kanda dan Abang Zam sampai bila-bila, sayang seorang adik pada seorang abang”
balas Nisha lalu tersenyum memandang Tengku Farid.
“Kalau
macam tu, selalulah balik rumah bonda jenguk bonda dan kanda” balas Tengku
Farid pula.
“Ya,
Nisha takkan lupa insan-insan yang memberi kebahagian pada Nisha”
“I
love you dinda forever” bisik Tengku Farid ke telinga Nisha dengan nada yang
begitu romantik sekali.
“Thanks
kanda, doakan kebahagian Nisha ya” balasnya dengan nada merayu.
“By
the way kalau dinda bahagia, kanda pun tumpang bahagia, boleh kekal teman tapi
mesrakan” ucapnya lagi penuh harapan.
“Why
not, asalkan Abang Qhairul dapat menerimanya”balas Nisha tanpa selindung.
Yasmine
Hana dan Lizawatie yang turut hadir pada malam itu begitu meluat melihat kemesraan
pasangan tersebut. Dalam hati menyumpah-yumpah marahkan Puteri MS.
“Sabar
Yas, lepas ni kau jalankan rancangan kau seterusnya, aku yakin lepas ni semua
orang akan kutuk Puteri MS tu” kata Lizawatie mengapi-apikan Yasmine Hana.
Berdasarkan
beberapa buah drama yang dicalonkan Yasmine Hana turut memenangi beberapa buah
anugerah termasuk Pengarah Drama TV terbaik justeru itu akan menjulang nama
wanita tersebut dalam dunia seni tanah air. Begitu gembira air muka Yasmine
Hana semasa menjulang trofi kemenangannya malam tersebut. Nisha tersenyum bila
teringatkan dirinya pernah mencurahkan segelas arak ke atas kepala pengarah
muda tersebut.
“Kenapa?”
tanya Tengku Farid bila Nisha tergelak kecil bila nama Yasmine Hana diumumkan
sebagai pemenang.
“Tak,
Nisha teringat peristiwa malam tu, Nisha curah segelas air atas kepala dia
malam tu”
“Memang
patut pun, kanda sokong, kalau boleh curah sebaldi” tambah Tengku Farid sambil
tersenyum.
Kalau
tak memikirkan berada dalam majlis rasmi dan formal mungkin Nisha akan tergelak
besar mendengar jawapan Tengku Farid.
“Wajah
perempuan tak melambangkan keperibadian dia yang sebenarnya” tambah Nisha lagi.
“Sebab
tu dia boleh menang anugerah pengarah drama tv terbaik, kalau pandai mengarah
drama tentu pandai berlakon” sambung Tengku
Farid lagi.
“Tak
sangka kanda ni seorang pengulas yang terbaik” usik Nisha sewaktu berbisik
dekat ke telinga Tengku Farid.Tengku Farid tergelak kecil .
“Tapi
sayang anugerah tu tak disenaraikan” jawab Tengku Farid terus tergelak lagi.
Nisha turut tersenyum sopan. Tanpa disedari sewaktu pasangan tersebut
merapat-rapat tubuh sewaktu sedang berbisik-bisik terus dirakam oleh lensa-lensa wartawan yang
pasti akan menjadi berita hangat dan sensasi selepas itu.
Anugerah
demi anugerah telah diterima oleh para pemenang, kadang kala majlis berhenti
rehat dan diselit dengan persembahan nyanyian oleh artis-artis popular tanah
air.
“Semua
menunggu acara kemuncak dan penutup sebab nak tengok kanda letakkan tiara tu
atas kepala dinda”bisik Tengku Farid ke telinga Nisha.
Nisha
memandang tiara yang bakal dijunjung yang bersinar-sinar dipamerkan di atas
pentas utama yang diletakkan dalam bekas kaca khas yang sentiasa
berputar-putar. Majlis yang disiarkan secara langsung di semua rangkaian
TV di seluruh Malaysia sentiasa
menayangkan tiara tersebut dan wajah Nisha asyik difokuskan oleh pihak penyiar.
“Nisha
rasa macam nak masuk icu, kalau tak caya cuba kanda rasa ni”
Tengku
Farid mengenggam tangan Nisha yang sejuk macam ais.
“Dinda
relax ya, malam ni semuanya ok” pujuk Tengku Farid.
Pada
malam itu Nisha tidak menduga ada dipersembahkan tayangan khas tentang dirinya.
Semua aktiviti berkaitan dirinya seperti malam jamuan makan malam kejayaan
SPMnya, rakaman sewaktu dia mengikut perlawanan seni silat antara negeri di
Kedah, malam pertama dia seperti Alice in the wonderland di Vila Mahligai
Puteri sewaktu kejutan untuk majlis harijadinya malam itu, suasana kuliah
bersama teman-teman pengajiannya dan sewaktu perlawanan akhir futsal di UM,
saat dirinya berhadapan dengan sepuluh juri penilai Miss Universe dan pertunjukan
fesyen di London.
“Kanda
siapa yang buat semuani?” Ku Farid tersenyum, lucu melihat muka terperanjat
Nisha waktu itu.
“PJH
dan PHC” sahut Tengku Farid terus tersenyum.
“Malunya
Nisha, semua orang tengok apa Nisha buat selama ni” bisiknya perlahan ke
telinga Tengku Farid.
“Kecantikan,
keaslian, keistimewaan, kehebatan semua dibuktikan melalui tayangan ini,
semuanya dah diolah dengan sempurna, kanda akan simpan sebagai koleksi
kesayangan kanda” Nisha tidak mampu mengatakan tidak lagi. Apa yag telah
dilakukan oleh Tengku Farid, Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree bergitu
memeranjatkannya. Ketiga-tiga lelaki itu sanggup melakukan apa saja yang tidak
pernah terfikir oleh akalnya.
Putera
Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah akhirnya dijemput naik ke pentas utama.
Bunyi muzik irama yang melayu purba kini kedengaran. Dua orang gadis kecil
dalam umur lingkungan 8 tahun dengan pakaian gaun putih ala pengapit pengantin
sambil membawa sejambak bunga menaiki
tangga menunju ke tempat duduk Nisha. Kedua-dua gadis kecil tersebut akan
mengiringi Nisha sewaktu naik ke pentas sewaktu dimahkotakan nanti. Tiara yang
bernilai 2.5 juta dikeluarkan dari
tempatnya lalu dimasukkan ke dalam sebuah dulang berwarna kuning. Dua orang
gadis dengan pakaian tradisonal baju kurung mengiringi Puan Engku Faridah dan
Kenneth Liew Pengurus besar Raflessia yang mempersembahkan Tiara tersebut
kepada Putera Mahkota Tengku Faridhuddin Syah.
Seorang
Puteri Melayu Sejati yang berumur 18 tahun ke atas mesti mempunyai kreteria
antaranya ialah gadis keturunan melayu yang memiliki kecantikan semulajadi,
bersifat lemah lembut, berbudi pekerti mulia, bijak dalam pelajaran, mempunyai
bakat semulajadi seperti boleh menyanyi, menceburi diri dalam bidang sukan dan
pernah mewakili mana-mana organisasi dalam apa-apa juga bidang yang diceburi,
berfikiran terbuka dan mempunyai sifat penyayang. Setelah hampir enam tahun anugerah di raja tajaan SPA Puteri
di bawah naungan Syarikat Puteri Melayu atau ringkasnya PMC diperkenalkan dan
pada tahun ini akhirnya anugerah ini layak di miliki dan dianugerahkan kepada
seorang gadis melayu Malaysia.
Gadis
cantik berusia 18 tahun yang lahir pada 1 September 1991 telah menyempunakan
syaratnya untuk dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati. Beliau telah
mendapat keputusan yang amat cemerlang dalam SPM dengan mendapat 10A+ dalam
semua matapelajaran yang didudukinya. Dengan keputusan yang cemerlang itu
beliau kini merupakan seorang mahasiswa
termuda yang mengikuti ijazah pertama bidang undang-undang di Universiti
Malaya. Beliau adalah model tetap bagi SPA Puteri dan duta untuk produk
kecantikan kosmetik “PUTERI’. Berkebolehan dalam bidang sukan dan menjadi ketua
pasukan Universti Malaya Hot Girls (UHG) dan menjuarai pertandingan futsal
antara falkuti anjuran Universiti Malaya. Mempelajari seni silat sejak berumur
6 tahun dan menguasai 5 jurus silat utama dengan baik dan sepanjang
penglibatannya dalam seni silat beliau pernah menjuara beberapa pertandingan
silat ketagori perempuan 12 dan 17 tahun ke bawah. Dalam pertandingan silat
antara negeri yang dilangsungkan di Kedah baru-baru ini beliau telah menjuarai
ketagori individu dan tempur wanita. Boleh bermain alat muzik seperti piano dan
mempunyai suara yang lemak merdu, Kecantikan semulajadi fizikal dan mental yang
dimiliki beliau bukan sahaja di adili oleh para juri khas PMC, malah pihak PMC
telah menjemput barisan 10 orang panel juri yang pernah mengadili peserta
Malaysia untuk pertandingan ratu cantik dunia tahun lalu untuk membuat
penilaian terakhir ke atas PMS dan hasilnya kesemua panel juri telah memutuskan dan mengumumkan bahawa PMS
kali ini adalah wanita Malaysia yang tercantik dan tercerdik di abad ini.
Pengumuman
juruacara majlis itu yang mengejutkan semua tetamu yang hadir pada malam itu.
Nisha terus menjadi tumpuan utama seluruh penghuni dewan tersebut.
“Acara
kemuncak yang kita tunggu-tunggu pada malam ini,
Majlis dengan segala
hormat dan takzim dan bangganya menjemput dan mempersilakan Puteri Nisha atau
Qharunnisha Muntaz May Lin Bt Qhairuddin Zhabir Khan untuk tampil ke atas pentas utama untuk
dimahkotakan secara rasminya sebagai Puteri Melayu Sejati dengan gelaran Princess
face of heaven” umum pengacara majlis.
Selepas
banyak kali membaca selawat dan apa-apa saja ayat yang diketahuinya, Nisha
bangun dari tempat duduknya. Dengan langkah yang cukup bersopan santun sambil
melemparkan senyuman sehabis manisnya dan diiringi beberapa orang pengiring
kecilnya kanak-kanak perempuan yang berusia 10 tahun beserta alunan muzik Nisha
tampil ke atas pentas untuk merapat sembah di hadapan Tengku Farid untuk
menerima anugerah tersebut.
Tengku
Farid dan beberapa orang kenamaan yang berada di atas pentas tersenyum
memandang Nisha. Perlahan-lahan Tengku Farid meletakkan Tiara tersebut di atas
kepala Puteri Melayu Sejati. Satu senyuman terukir sebaik sahaja tiara tersebut
selesai dilekatkan di atas kepala Puteri Melayu Sejati. Sejambak bunga turut
disampaikan kepada gadis tersebut. Suasana dewan sejak dari tadi terang
benderang dengan kerlipan cahaya lampu
kamera wartawan dari datang dalam dan luar negara.
“Matamu
yang bersinar bagai mentari yang menyinar di awal pagi,
Bibirmu
yang merah bak delima merekah, Hidungmu yang mancung bak seludang, alis matamu lentik, pipimu licin dan gebu
bagai pauh di layang
Kulitmu
putih bagai telur dikupas, suara mu yang merdu bagai buluh perindu
Akalmu
yang cerdik laksana pendita, Sekali mata memandang pasti terpaut,
Dialah
bidadari di alam realiti”
Kedengaran bait-bait puisi dideklamasikan oleh
suatu suara latar.
Sebagai
acara penutup tirai, Nisha akhir diminta menyampaikan sebuah lagu. Mujurlah
seminggu sebelum majlis tersebut Nisha telah berlatih dengan Tengku Farid
menyanyikan sebuah lagu yang dicipta khas oleh Tengku Farid untuk dirinya
sebagai persediaan untuk majlis pada malam tersebut kerana Puan Engku Faridah memberitahunya
pihak pengajur majlis meminta PMS menunjukkan bakat semulajadinya. Dengan
membaca banyak selawat akhirnya Nisha dapat menangani rasa gementarnya.
“Atas pemintaan pihak
penganjur, saya akan menyampaikan sebuah lagu ciptaan Kekanda Putera Mahkota
Tengku Putera Faridhuddin Syah, terimalah ‘Kau Kekasihku’, semoga anda semua
akan terhibur.
Bersama
empat orang penyanyi latar yang mula mengambil tempat. Setelah kembali semula
ke tempat duduknya Tengku Farid memberi sepenuh tumpuan pada Nisha yang sedang
akan mendendangkan lagu ciptaannya.Tengku Farid berharap Nisha boleh
menyampaikannya dengan baik pada malam
itu.
Tepukan
gemuruh mewarnai malam itu, bait demi bait senikata dilafazkan dengan dengan
alunan suara yang memukau pendengarnya.
Indah di mata...
indah dijiwa yang berahi
Bagaikan
direnda... terpesona penuh asyik
Dan kubelai...
sisir angin yang berbisik
Bukan rahsia...
kau kekasih ku...
Pecahan
ombak...yang menyentuh pipi ini
Pedih mata
hati... bagai ditusuk panah duri
Dan kusapu...
kerna kabur pandanganku
Dalam langkah...
tarian cintamu
Duhai malam...
tiada bintang...
Menghiasi...
taman kasih ini...
Hanya aku... sendirian...
Tak berteman...
keseorangan...
Kekasih ku...
hanya aku...
Yang memuja...
sisa cinta ini...
Seandainya...
ombak laut...
Surut lagi...
aku pergi... oh...
Kekasih ku...
oh...
Nisha melemparkan senyuman kepada Tengku Farid
sebelum meneruskan nyanyian.
“Thanks
dinda kerana boleh menyampaikan dengan baik isi hati kanda dan kanda tahu hanya
dinda yang faham perasaan ini” bisik Tengku Farid dalam hati kecil.
Kehadiran
kelopak-kelopak bunga ros yang yang berterbangan sengaja dijatuhkan dari atas
oleh petugas-petugas malam itu menambahkan kesyahduan suasana dewan di ketika
itu.
Seiring camar
pulang... setia pada janji
Itu doa ku...
selama ini...
Duhai malam...
tiada bintang...
Menghiasi...
taman kasih ini...
Hanya aku...
sendirian...
Tak berteman...
keseorangan...
Kekasih ku...
hanya aku...
Yang memuja...
sisa cinta ini...
Seandainya...
ombak laut...
Surut lagi...
aku pergi... oh...
Dari mata...
dari jiwa yang berahi
Makin kumengerti...
istilah percintaan ini
Moga nanti...
ada seru menyatakan
Kau kekasih...
hingga ke akhirnya...
Kau kekasih...
hingga ke akhirnya...
Oh... kekasih
Di
kala Nisha menyampaikan lagu tersebut semua tetamu dan jemputan memberi tumpuan
sambil menghayati liriknya yang begitu menyentuh perasaan dan begitu terpesona
mendengar kemerduan suara Puteri MS mendendangkannya. Bakatnya telah menarik
perhatian komposer-komposer yang hadir pada malam tersebut. Ada yang meminta
keizinan dari Tengku Farid supaya Puteri MS merakam lagu tersebut ke piring
hitam dan ada yang sanggup membelinya untuk dinyanyikan oleh artis terkenal.
“Lagu
tersebut beta cipta untuk Puteri MS, beta tak izin penyanyi lain yang
menyanyikan”beritahu Tengku Farid kepada semua komposer yang menemuinya.
“Selepas
ini Puteri MS akan rakamkan, tunggu masa yang sesuai” tambah Tengku Farid lagi.
Tengku
Farid tersenyum menerima sms dari Qhairul. Sebelum berangkat balik malam itu
Nisha terpaksa memberi peluang untuk jurufoto menangkap gambarnya bersama
Tengku Farid.
Sebelum
meninggalkan dewan Tengku Farid
memberitahu sesuatu kepada pemandu limousine dan polis peronda traffic yang
mengiringinya. Qhairul sedang menunggu di tepi laluan jalan yang dijanjikan.
“Thanks
sayang, kerana sudi bersama kanda malam ni, I love you forever, take care ok”.
terus dahi dan pipi gadis tersebut diciumnya”Nisha terkesima seketika namun
kemudiannya dia membalas senyuman Tengku Farid. Tanpa berlengah Nisha terus
melangkah keluar dari limousine tersebut. Dalam jarak 30 meter di bahu jalan
kelihatan seorang putera kacak sedang bersandar pada keretanya tersenyum
melihat kemunculan seorang puteri yang sedang berjalan laju menuju ke arahnya.
“My
beloved princess, you look are very beautiful tonight” tegur putera kacak itu
lalu memeluk tubuh puteri tersebut lalu mencium keningnya dan kemudian terus
membuka pintu kereta untuk puteri kesayangannya.
“Thanks”,
balas sang puteri lalu mencium pipi putera tercinta.
“Kita
nak balik mana ni bang?” tanya Nisha sebaik sahaja kereta Lamborghini tersebut
bergerak meninggalkan tempat tersebut.
“Balik
vila”
“Dah
pukul 12 malam, tak lewat sangat ke?” matanya meleret pada jam dalam kereta
tersebut.
“Tak,
benda atas kepala sayang tu kena disimpan di tempat yang selamat”
“Maksud
abang crown ni”
“Ya,sayang
tahun nilainya berapa?”
“Tak?”
“2.5
juta, kalau tak bernasib baik nyawa kita pun boleh melayang sekarang” sahut Qhairul lagi.
“Macam
mana abang tahu?”
Qhairul
tersenyum mendengar soalan gadis itu.
“Sebab
abang sponsor utamanya”jawab Qhairul lalu mengenggam tangan Nisha lalu
menciumnya.
Dalam
tempoh dua jam akhirnya mereka sampai di vila. Kak Siti yang telah dihubungi
awal oleh Qhairul akhirnya menyambut kedatangan mereka.
“Wah,
cantiknya puteri malam ni, tadi Kak Siti tengok puteri dalam tv tak sangka pula
dapat sambung tengok dekat-dekat sekarang” Tergelak Nisha mendengar kata-kata
Kak Siti.
“Ok
Kak Siti saya nak masuk tidur dah mengantuk sangat ni” Nisha dan Qhairul terus
naik menuju ke tingkat atas. Selepas mengunci pintu Kak Siti terus kembali ke
biliknya.
Qhairul
terus ikut masuk ke bilik Nisha.
“Rasa-rasanya
ada orang sesat ni atau sengaja buat sesat bilik” tegur Nisha bila melihat
Qhairul berada di biliknya.
“Abang
nak beradu dengan tuan puteri malam ni, jangan tukar baju tu dan tiara tu pun
jangan ditanggalkan biar je atas kepala” beritahu Qhairul lalu duduk di birai
katil.
“Kenapa?”
Qhairul
tersenyum lalu mengeluar telefon bimbitnya lalu menangkap gambar gadis
tersebut.
“Cantik
sangat bagai bidadari, abang nak Nisha cantik macam tu sampai ke pagi, jom kita
tidur” Selepas menghidupkan pendingin udara Qhairul terus membaringkan tubuhnya
di atas katil”
“Mari
sayang, baring atas lengan abang ni”Qhairul terus mendepakan lengannya.
Dengan
manja Nisha terus berbaring dan meletakkan kepalanya di atas lengan lelaki itu.
Qhairul terus memeluk pinggang Nisha kemudian mencium keningnya.
“Good
night sayang, I love you”ucapnya lalu memejamkan matanya.
“I
love you too” balas Nisha lalu turut
terlena. Masing-masing terus diulit mimpi indah meredah malam yang penuh
kesyadhuan.
Semua
peristiwa di majlis malam itu memenuhi dada-dada akhbar.
“Puteri
Melayu Sejati, gadis tercantik dan tercerdik di abad ini” tajuk-tajuk utama
akhbar semua menceritakan tentang anugerah semalam. Gambar yang paling banyak
disiarkan adalah gambar Puteri MS dan Tengku Farid, mengalahkan populariti
Putera Charles dan Puteri Diana. Satu muka penuh wajah Puteri MS tersenyum
dengan tiara di kepalanya. Beberapa buah syarikat penyiaran cuba menghubungi
Puteri MS tetapi tidak berjaya. Puan Engku Faridah menjadi sasaran utama untuk
mendapatkan Puteri MS.
Bab 72
Wajah Zamree terus berubah selepas
membaca satu ruangan dalam terbitan surat khabar pada hari tersebut. Beberapa
minit kemudian kelihatan lelaki tersebut bergegas masuk ke bilik CEO sambil
membawa senaskah suratkabar bersamanya.
“Rul, kita ada masalah besar, dan mungkin
melibatkan Puan Engku Faridah, kau tengok ni” Zamree terus menghulurkan surat
khabar di tangannya pada Qhairul.
‘Puteri Nisha tidak layak untuk
anugerah Puteri Melayu Sejati kerana dia bukan melayu, Puteri Nisha berdarah
campuran Cina+Pakistan, dia bukan anak jati melayu, anugerah itu patut
digugurkan’pernyataan Yasmine Hana berdasar bukti-bukti yang relevan.
“Yasmine Hana ni memang dah
melampau” ujar Qhairul. Pintu bilik terkuak, Nisha muncul dengan sebuah
senyuman yang cukup manis.
“Eh..abang Zam pun ada di sini,
abang Zam sihat ke?” tegur Nisha sambil
mendekati meja Qhairul.
“Sihat, Nisha sorang aje ke?” tanya
Zamree selepas Nisha menegurnya.
“Ya!” balasnya lalu tersenyum
memandang Qhairul yang turut membalas pandangannya.
“Ada masalah ke?”tanya Nisha apabila
merasakan ada sesuatu yang sedang dibincangkan oleh dua lelaki tersebut.
“Big problem!” beritahu Qhairul
sambil memandang wajah Nisha.
“Apa dia, ada kaitan dengan Nisha
ke?” soal Nisha lagi ingin tahu lebih lanjut masalah besar yang dimaksud oleh
Qhairul.
“Yup!, Yasmine Hanna buat dakwaan
dan sudah keluarkan dalam news paper, tengok ni” balas Qhairul lantas menunjukkan surat khabar
tersebut pada Nisha. Nisha mencapai surat khabar tersebut lalu membaca muka
surat yang memaparkan tentang dakwaan Yasmin Hana tersebut.
“Sepatutnya kita fikirkan benda ni
lebih awal, supaya Nisha tak dapat malu” tambah Zamree pula selepas itu.
“Tidak bang, Nisha tak takut, Nisha
akan lawan dia” sahut Nisha tiba-tiba mencelah membuatkan Qhairul dan Zamree
saling berpandangan.
“Maksud Nisha” Zamree kebinggungan.
“Bawa kes ni kemahkamah, Kalau Nisha
menang Nisha nak buat saman malu biar dia jatuh bangkrap”membutang mata Zamree
mendengar jawapan Nisha.
“Abang setuju, kalau sayang menang
abang akan tetapkan berapa saman malu yang Nisha akan tuntut” tambah Qhairul
memberi semangat.
“Kita kena dapat lawyer yang terbaik
untuk kes ni, kau boleh fikir siapa?” tanya Zamree pula.
“Nisha tak nak pakai lawyer bang,
Nisha nak bela diri Nisha sendiri sebab cuma Nisha yang tahu siapa diri Nisha”
Zamree dan Qhairul memandang tepat ke wajah Nisha seolah-olah tidak percaya
dengan jawapannya.
“You surekah sayang?” tanya Qhairul
seperti tidak percaya kata-kata gadis tersebut.
“Yes, sekarang abang fikirkan berapa
saman malu yang patut kita tuntut dari perempuan tak tahu malu tu”jawab Nisha
sambil tersenyum.
“Kau boleh fikir berapa Zam?”tanya
Qhairul ketika memandang wajah sepupunya.
“Perniagaan ayah dia ok jugakan dan
Yasmine Hana pun dah mula mengumpul hasil dari drama-dramanya, kalau dalam 5
juta tu memadai rasanya” jawab Zamree sambil tersenyum.
“Macam mana sayang rasa 5 juta cukup
ke?” tanya Qhairul sambil merenung muka Nisha yang begitu comel di matanya.
“Bolehlah tu, Nisha ikut je” jawab
Nisha selamba.
“Kalau macam tu kita pergi court
sekarang, mari Zam”
Akhirnya
Nisha memfailkan saman terhadap Yasmine Hana dan menetapkan tarikh perbicaraan
sebulan dari tarikh kes tersebut dibuka.
Dato’ Zailani begitu terkejut
membaca tajuk utama surat khabar pagi itu. Dia terus menghubungi anaknya
Yasmine Hana.
“Hello ayah, kenapa telefon Yas
pagi-pagi ni?” Yasmine yang baru bangun dari tidur dengan muka yang mamai menjawab
panggilan dari ayahnya.
“Yas dah baca akhbar hari ni” tanya Dato’
Zailani.
“Belum, ada berita baik ke?”tanya
Yasmine Hana sambil menggosok-gosokkan matanya.
“Berita tak baik, Puteri MS saman
Yas, perbicaraan sebulan dari sekarang, kalau Yas tak datang dan kalau dia
menang dia tuntut saman malu tau”beritahu Dato’ Zailani.
“Dia nak tuntut saman malu,berapa?”
“Lima juta, Yas ada duit ke nak
bayar sebanyak tu? Kau jangan fikir nak minta tolong ayah sebab bilangan tu dah
lebih separuh dari yang ayah ada”tambah Dato’ Zailani lagi.
Walaupun agak terkejut mendengar
jumlah yang disebut oleh Dato’ Zailani, namun Yasmine Hana rasa tidak gentar.
“Ala..dia
takkan menanglah ayah, dia bukan melayu, kalau kalah pun Yas peduli apa kan tak
lama lagi Nisha akan kahwin dengan Qhairul, Yas
minta tolong dialah nanti”sahut Yasmine Hana untuk meyakinkan ayahnya.
“Banyaklah kau punya nak kahwin
dengan Qhairul, sampai sekarang ayah belum tengok batang hidung dia nak jumpa
kau atau ayah, dia nak tolong apa bendanya” balas Dato’ Zailani masih tidak
puas hati.
“Ayah jangan risau tu, Qhairul tu
anak yang baik, dia akan ikut semua cakap mama dia.
Yasmine
terus mengambil telefon bimbitnya lalu menghubungi Lizawatie, sekutu rapatnya.
Bab 73
Nisha berlari-lari anak mendapat
kawan-kawannya yang sedang menunggu di kafe,
Kini
team UHG bergabung semula setelah hampir tiga bulan berpisah. Berpeluk-peluk
sakan keenam-enam gadis sambil ketawa terkekek –kekek.
“Kau makin cantiklah Nisha, sekarang
kau tak boleh sembunyikan identiti kau
lagi sebab satu Malaysia dah tengok kau
dalam tv malam tu” beritahu Najwa sambil menumbuk bahu Nisha.
“Adoi!! Sakitlah, tulah yang aku tak
suka, eh kau orang semua macam mana sihat ke, macam mana kau orang dah pergi bercuti
ke Langkawi ke dengan tiket free futsal hari tu? “ tanya Nisha pada teman-temannya.
“Belum, kami nak rancang pergi minggu
depan, kebetulan ada cuti umum dua hari sambung weekand jadi 4 hari, kau nak
ikut sekali ke?” tanya Anita sambil memandang wajah Nisha.
“Maaflah ya, aku tak boleh ikut kau
orang semua, minggu depan aku sibuk sikit, aku pun dah rancang percutian di
tempat lain dengan seseorang. Tiket aku tu aku nak bagi dengan Jaslina room
mate aku dulu, aku suruh dia join kau orang” jawab Nisha sambil sebaris
senyuman terukir di bibinya.
“Kau mesti pergi tempat yang lagi
best, jadi sekarang siapa buah hati kau, Tengku Farid ke, aku tengok kau dalam
tv malam tu bukan main mesra lagi ku tengok. Macam pasangan yang kemaruk
bercinta”ujar Anita pula. Nisha tergelak, menjadi juga lakonan dia
bermanja-manja dengan Tengku Farid malam itu.
“Ya ke, aku kan dah cakap dengan kau
orang semua aku tak kuasa nak main-main sembah kalau nak masuk bilik” tambah
Nisha terus tergelak.
“Ala.. Tengku Farid tu tak kan tunggu
kau sembah dia, dia yang sembah kau dulu” balas Najwa pula.Semua ahli team UHG
tergelak besar mendengar kata-kata Najwa.
“Nisha, kami orang ni teringinlah nak
tengok tiara kau tu, dengar cerita pihak Refflesia memberitahu media tiara tu
bernilai 2.5 juta, betul ke Nisha?, kau
bawalah sini” ujar Dewi menukar topik perbualan mereka.
“Kalau pihak Refflesia dah cakap macam
tu jadi betullah tu, kalau kau orang nak tengok atau cuba atau nak bergambar ke
kau orang semua kena ikut aku balik rumah aku di Melaka hujung minggu ni, abang
Qhairul tak benarkan aku bawa tiara tu keluar sebab bahaya, macam mana boleh?”
tanya Nisha sambil memandang wajah-wajah temannya satu persatu.
“Nak tumpang kau ke, mana muat?”Dewi
bersuara lagi.
“Tak, aku akan suruh driver aku jemput
kita dengan mpv di sini”
“Kalau macam tu kami semua setuju, yes
aku nak bergambar banyak-banyak dengan tiara PMS tu” ujar Dewi panuh
bersemangat.
Meja tersebut sedari tadi menjadi perhatian
lebih-lebih lagi kemunculan PMS di situ. Ke mana saja Nisha lalu ada saja yang
menegurnya dan ambil kesempatan bergambar dengannya.
Nisha mengatur langkah menuju ke bilik
Ketua Falkuti undang-undang bila mendapat tahu
Dr.Firdaus hendak menemuinya. Betapa rindunya Dr. Firdaus hendak menetap
wajah comel gadis itu sejak cuti semester bermula hampir 3 bulan yang lalu.
Nisha yang sememang sinonim dengan baju kurungnya bila menghadiri kuliah
membuat mata Dr.Firdaus tidak berkelip merenungnya.
“Ah..kalau lama macam ni boleh gila
aku dibuatnya” bisik Dr. Firdaus dalam hatinya.
“Doktor nak jumpa saya ke?” tanya
Nisha lalu berdiri di hadapan meja Dr.Firdaus.
“Ya Puteri MS, lama tak jumpa puteri,
puteri apa khabar?” tanya Dr. Firdaus sambil tersenyum.
Sekarang, di mana-mana juga terutama
di kampus semua memanggilnya Puteri MS. Walau bagaimana pun Nisha terpaksa terima hakikat suatu masa rahsia itu akan
terbongkar juga dan kini segalanya telah menjadi kenyataan. Nisha tidak dapat
menyembunyikan identitinya lagi.
“Sihat” jawab Nisha sambil matanya
melihat wajah kacak Dr.Firdaus, walaupun sudah berumur sedikit tetap lelaki itu
tetap kacak dan boleh mencair hati mana-mana gadis yang memandangnya.
“Saya dengar Puteri menyaman seorang
pengarah drama, Cik Yasmine Hana, betul ke?”tanya Dr.Firdaus sambil
memutar-mutar pen di tangannya.
“Ya, sebulan dari sekarang kami akan
ke court”
“Apa sebenarnya tu?” Dr. Firdaus
seperti ingin mengetahui cerita sebenarnya.
“Dia tuduh saya tak layak untuk PMS
kerana saya bukan melayu dan saya menipu untuk anugerah tersebut”
“Betulke?”
“Betul atau tidak kena tunggu di hari
perbicaraanlah doktor” Dr.Firdaus menganggukkan kepalanya.
“Dah sediakan lawyer” tanyanya lagi
“Tak, saya cuma nak ambil Dato’
Desmond sebagai lawyer penasihat, saya akan membela diri saya sendiri”jawab
Nisha bersahaja.
“Wow..lawyer hebat tu, tapi kenapa tak
terus ambil dan suruh Dato’ Desmond tu jadi lawyer puteri”tanya Dr. Firdaus
lagi.
“Tak, sebab hanya saya yang kenal
siapa diri saya dan saya yakin saya boleh menang”
“Dan kalau puteri kalah”sambung Dr. Firdaus
“Jangan panggil saya Puteri Melayu
Sejati, saya akan guna nama ‘May Lin’ nama cina atau ‘Muntaz’ nama Pakistan
saya ”jawab Nisha sambil tersenyum.
Dr. Firdaus turut tersenyum sambil merenung
tepat pada wajah gadis tersebut.
“Bila tarikh perbicaraan tu?”
“25 November, pukul 10 pagi”
“Perkara ini sebenarnya telah
diketahui oleh pihak universiti dan kamu pun dah sedia maklum puteri akan
mewakili diri dalam perbicaraan ini dan inilah kali pertama seorang graduan
undang-undang mengikuti perbicaraan yang sebenar dan berani mewakili diri
sebagai peguam bela. Sebagai seorang graduan yang termuda dan berada di tahun
pertama pengajian, sekiranya puteri menang pihak universiti ada hadiah untuk
puteri” ujar Dr. Firdaus dengan senyuman terus terukir di bibirnya.
“Puteri nak tahu apa
hadiahnya?”tambahnya lagi.
“Ya, mungkin ia boleh menaikkan
semangat saya untuk berjuang”
“Pihak Universiti akan memendekkan
pengajian dari 4 tahun ke 2 tahun, beerti puteri akan graduan lebih cepat dan
tercatat dalam Malaysia world book of record, Siswi undang-undang yang termuda
menerima ijazah dan lawyer termuda di
Malaysia” balas Dr.Firdaus memberitahu maklumat yang diharapnya boleh menambah
keyakinan gadis tersebut.
“Ok kalau macam tu, saya akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk menang dalam berbicaraan itu nanti”sahut Nisha dengan
penuh keyakinan.
“Saya dengar Puteri tuntut saman malu
5 juta, betul ke?”
“Ya, niat saya pula kalau saya menang
saya akan sumbangkan 1 juta untuk universiti ni”
“Kalau macam tu, saya doakan puteri
berjaya, insyaallah kami mungkin akan cuba hadir di hari perbicaraan itu nanti”
balas Dr.Firdaus lagi sambil tersenyum.
Nisha keluar dari bilik Dr.Firdaus
dengan perasaan yang sungguh gembira,
“Kalau
aku menang bererti pertengahan tahun depan aku dah graduan, yes I must be able
to do it”bisik Nisha dalam hatinya sambil tersenyum.
Nisha tersenyum apabila menoleh ke
belakang, semua kawan-kawan sedang terlena sepanjang perjalanan dari KL menuju
ke Melaka.
“Dia orang semua ni kawan puteri
ke?’’tanya Abang Jali turut tersenyum melihat semua penumpang di belakang
tertidur.
“Ya”jawab Nisha pendek.
“Di Universiti puteri ambil bidang
apa”tanya Abang Jali lagi.
“Law”
“Kawan-kawan puteri yang di belakang
tu?”
“Sama”
“Jadi semua yang Abang Jali bawa ni bakal
peguamlah ya”
“Insyaallah Abang Jali”
Setelah melewati pos jaga vila
Mahligai Puteri barulah Nisha mengejutkan kawan-kawannya.
“Dah sampai, nilah rumah beta, kecil
je rumah kampung” tergelak Abang Jali mendengar kata-kata Nisha.
“Kau gilerkah Nisha, kita kat mana
ni?”tanya Najwa dengan wajah yang agak
mamai.
“Rumah betalah jom” kesemua
teman-temannya terkesima memandang vila di hadapan mereka.
“Jom, kau orang nak aku tarik kau
orang satu persatu ke?” ujar Nisha lagi bila melihat teman-teman masih lagi
tercenggang dengan mata yang terkulat-kulat.
“Nita, ni rumah ke atau istana?” tanya Dewi pada Anita.
“Taj Mahal kot”jawab Anita kemudian
tergelak.
“Aku ni masih mimpi kah apa?” Shani
bermonolog sendiri.
“Kau
orang pergi mandi, relek lepas Maghrib nanti kita turun bawah makan ok, lepas
tu kau orang boleh lawat mana-mana tempat yang kau nak dalam vila ni” beritahu
Nisha pada kawan-kawannya.
Hampir
tengah malam Nisha melepak dengan kawan-kawannya di ruang tamu, macam-macam
benda yang kawan-kawannya ingin tahu dari Nisha namun Nisha tidak pernah
menceritakan dengan terperinci tentang dirinya kepada kawan-kawannya. Cukuplah
sekadar mereka tahu yang luaran sahaja tentang dirinya.
Nisha
yang dah mula rasa mengatuk terus merebahkan tubuhnya di atas katil.
“Ya
Allah,berilah peluang aku menang dalam perbicaraan ku kali ini. Masih ada darah
melayu mengalir dalam tubuhku di kedua-dua belah pihak. Ayah peranakan Pakistan
Melayu, sementara ibu, baba nyonyakan satu bangsa baru cina yang wujud hasil
dari perkahwinan cina dan melayu pada zaman dulu, mestilah ibuku adalah darah
melayu.Ya Allah kau bantulah berdepan dengan Yasmine Hana,biarlah kemenangan
berpihak kepada aku”
Alunan
ring tone dari telefon bimbitnya mengejutkan Nisha.
“Hello
sayang, buat apa tu?”sayup-sayup suara Qhairul menghubungi di telefon.
“Mula
nak landing atas katil” terdengar suara Qhairul tergelak.
“Pukul
berapa sampai vila kita tadi”
“Pukul
5”
“Abang rindulah sayang”
Nisha
pula tergelak.
“Abang, Nisha ada satu benda nak
beritahu abang”
“Ya sayang, apa benda tu?”
“Pihak U nak bagi hadiah sekiranya
Nisha menang dalam perbicaraan bela diri tu”
“Hadiah apa?”
“Tempoh pengajian Nisha dikurangkan
dari 4 tahun kepada 2 tahun”
“Wow best tu, kita boleh dapat anak
cepat” tergelak Nisha mendengar kata-kata Qhairul.
“Abang doakan moga kemenangan berpihak
kepada Nisha”.
“Mestilah sayang, sayang beritahu je apa perlu abang buat”
“Thanks bang, I love you”,
“I love you too for ever, sweet dream
ok”
“Assalammualaikum”
“Waalaikummussalam”
Nisha merenung gambar Qhairul yang terletak dalam bingkai
bersaiz 12”X 9” di tepi katilnya, wajah
Qhairul dalam gambar tersebut disentuhnya dengan jari.
“Abang..,
terimakasih atas segala-galanyanya”bisiknya kemudian dia terus terlena.
Sewaktu berbaring di kamar tidurnya
Tengku Farid berulang-ulang kali menonton rakaman sewaktu Nisha menyanyikan
lagu ciptaannya di malam anugerah tersebut.
“Ya Allah, kenapa aku tidak boleh melupakan Nisha,
mengapa jiwa aku terseksa, sekiranya aku diberi peluang untuk memilikinya
walaupun cuma seminit akan aku rebut peluang itu sebaik mungkin, akan ku
bahagiakan dia dengan kasih sayangku, dengan belaian manjaku, Ya Allah
mungkinkah aku temui kesempatan itu” Air mata merembes di pipi, jiwa lelaki
tidak sekental mana. Ada kalanya jiwa terasa seperti ingin menjerit. Puan Engku
Faridah turut menyelami perasaan anaknya dan kadang kala dia turut rasa terharu
melihat keadaan anaknya.
“Farid sihat ke?”, sejak kebelakangan itu dia sering
mendengar Tengku Farid mengadu sakit kepala dan wajahnya kadang-kadang pucat.
“Farid sihat bonda cuma Farid tak boleh melupakannya,
kenapa Farid tak boleh memilikinya?, kenapa Farid dihukum sebegini rupa?, Farid
tak berhak bahagiakah bonda?”Tengku Farid melepaskan segala apa yang terbuku di
hatinya.
“Sabarlah sayang, ada insan yang memerlukan dirinya lebih
dari anakanda, Tuhan itu maha berkuasa, dia telah aturkan segala-galanya,
mungkin anakanda lebih kuat dari orang lain sebab itu tuhan menguji anakanda
dengan ujian yang seberat ini”pujuk Puan Engku Faridah menguatkan semangat
anaknya untuk mengatasi ujian itu.
“Bonda tahu tak bahawa perkahwinan Farid dengan Tengku
Sofya nanti cuma di atas kertas sahaja, Farid cuma menjadi seorang suami
patung, Tengku Sofya cuma jadi permaisuri negeri tapi bukan permaisuri di hati
Farid bonda” ujar Tengku Farid yang
masih dengan sendunya.
“Kalau
Farid kahwin dengan Nisha pun, Farid tak kan dapat cintanya, Nisha cuma
cintakan Qhairul” balas Puan Engku Faridah.
“Tapi sekurang-kurangnya Farid
mencintai dia, Farid dapat perempuan yang masih suci, yang tidak hipokrit,
perempuan yang Farid cintai sepenuh hati, yang memahami jiwa Farid, yang
memberi kebahagian pada Farid”sahut Tengku Farid berselang dengan esak
tangisnya.
“Inilah ujian yang paling besar
anakanda sebelum menjadi seorang sultan, anakanda harus bijak memilih antara
urusan peribadi yang melibatkan diri sendiri dengan urusan negeri yang
melibatkan rakyat jelata. Anakanda harus korbankan satu yang sedikit demi
menghidupkan jumlah yang ramai dan besar.Insyaallah anakanda akan boleh
merawatnya sedikit demi sedikit dan anakanda harus selalu ingat pesan bonda
mencintai tak semestinya memilliki”.
Puan Engku Faridah kembali ke
biliknya. Gambar suami Tengku Putra Amiruddin Syah ditatapnya dengan perasaan yang
sebak dan sendu.
“Kesihan putera kita kanda, jadi
mangsa keadaan, kalau kanda masih hidup tentu perkara ini tidak akan berlaku,
jiwa Tengku Farid terseksa, kakanda Sultan langsung tidak berperikemanusiaan,
menghukum satu perasaan demi kepentingan diri dan keturunan” rintih Puan Engku
Faridah dalam hatinya.
Bab 74
Dua
minggu sebelum tarikh perbicaraan, Nisha berjumpa Dato’ Bahrin, peguam
syarikat dan Qhairul juga telah mengupah
Dato’ Desmond seorang peguam bela yang
terkenal dan sudah memenangi banyak kes yang diwakilinya sebagai peguam
penasihat untuk Nisha. Banyak juga perbincangan antara Nisha dengan Dato’
Bahrin dan Dato’ Desmond tentang selok-belok perbicaraan. Dato’ Desmond juga
turut memperkenalkan Nisha dengan seorang lagi rakan lawyer yang juga terkenal Dato’
Wilson Chong dan sering menang dalam perbicaraan untuk mendapat sedikit
sebanyak petua atau tip sewaktu menyoal dan menjawab soalan dalam perbicaraan
nanti..
Seminggu
sebelum perbicaraan, Qhairul membawa Nisha keluar dengan Ducati Multistrada
1200s touring untuk menenangkan jiwa kekasihnya. Selepas menikmati makan malam
di sebuah gerai terbuka, Qhairul membawa Nisha mengunjugi member-member
part-timenya siapa lagi kalau bukan kumpulan-kumpulan mat-mat motor yang sering merempit di sekitar
bandaraya KL. Deruman enjin Ducati Multistrada 1200s touring pasti akan
mengejutkan dan menarik perhatian semua kelompok mat–mat motor yang sedang
melepak dan borak-borak kosong di situ.
“Fuhh..hero
Malaysia dan puteri bidadarinya dah sampai”tegur Bakar.
“Hello
big bos! lama tak nampak.. bawaklah awek cun giler tu keluar selalu untuk
panaskan enjin Ducati tu” tegur Jack
sewaktu melihat kemunculan
Qhairul dan Nisha sambil menghulurkan tangannya.
“Lama
bos tak bawak awek no 3 bos ni keluar?”tanya Bakar sebaik sahaja Qhairul turun
dari motornya..
“I
tak banyak masa free, kalau ada pun I akan habiskan dengan my beloved
sweetheart ni”sahut Qhairul sambil memeluk mesra pinggang gadis di sebelahnya.
“Hah..Shawn, Joe..sini, kau tengok
betul-betul perempuan yang cuba kau bantai hari tu” Bakar memanggil kedua-dua
lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ.
“Bos, inilah dua orang aku yang nak
tunjukkan hero malam tu Shawn dan Jack”
Qhairul
memandang wajah kedua-dua lelaki tersebut sambil memerhati dari bawah hingga ke
atas tubuh Jach dan Shawn, nak tergelak pun ada, sakit hati pun ada, Nak
tergelak sebab badan begitu hebat boleh terpelanting oleh seorang perempuan dan
sakit hati sebab kedua-dua lelaki tersebut berpihak pada Yasmine Hana.
“Jadi kau orang berdualah nak kacau
my princess malam tu, dan jadi sekutu perempuan bangsat tu” tegur Qhairul
sambil memandang tepat pada wajah Jack dan Shawn.
“Maaf bos, kami tak tahu perempuan
tu kekasih bos”
“Bos bagilah sedikit dulu untuk ajar
dia orang berdua supaya dia ingat siapa bos”beritahu Bakar sambil tersenyum.
“Dengan tangan buah hati aku yang
halus dan lembut nipun kau orang berdua dah terpelanting,’’ lalu menarik dan
membelai lantas mencium tangan Nisha
dalam genggamannya.
“Inikan
pulak tangan aku ni, aku tak jamin kau orang berdua boleh tengok matahari esok”
beritahu Qhairul dengan kedua-dua lelaki tersebut.
“Dan
mula saat ni kau orang berdua dan semua-semua yang ada dekat sini, siapa yang
cuba-cuba kacau buah hati aku ni, kalau Bakar dan Jack tak boleh settle masalah
kau orang, aku sendiri yang akan turun padang dan kalau aku dah turun padang
kau orang tahulah nasib kau orang semua, dengar tu”sergah Qhairul dengan nada
yang tegas.
“Dengar
bos!”serentak kedengaran suara-suara mat-mat motor yang ada di situ. Qhairul
tersenyum sinis walaupun dalam hati tergelak lucu melihat wajah-wajah mat-mat
motor tersebut.
“Ramai
ke orang-orang baru kau kat sini Bakar? Roy mana. Tak kena cekup lagi?”tanya
Qhairul sambil memandang satu persatu wajah mat-mat motor di situ.
Bakar
dan Jack tersenyum memandang satu sama lain, kemudian tergelak.
“Hah Bakar, Jack tolong perhatikan
perempuan yang nama Yasmine Hana tu, dia ada masalah dengan aku dan ada niat
tak baik dengan buah hati aku ni?” beritahu Qhairul sambil memandang wajah
Bakar dan Jack.
“Hah tu pun Roy”tegur Bakar.
Pertama
kali Nisha melihat lelaki yang bernama Roy itu.
“Fuh
yoo! bos, Ducati boleh pinjam bos untuk racing malam ni?, duit menang bagi dua
bos!”tegur Roy yang baru muncul.
“Pinjam
kepala hotak kau, kau ingat aku hairan sangat ke kalau kau sekadar menang lima
enam ribu tu” tergelak yang ada di situ mendengar kata-kata Qhairul.
“Kalau
kau dah minat sangat dengan racing-racing ni, minggu depan kau jumpa aku, aku
daftar kau masuk kelab motor, nanti aku belikan sebuah Superbike untuk kau
berlumba” tambah Qhairul lagi.
“Bos
ni biar betul?”tanya Roy seperti tidak percaya kata-kata Qhairul.
“Kau
fikir aku siapa nak cakap-cakap kosong dengan kau, kau fikir betul-betul lepas
tu jumpa aku, my offer one-time only, remember that” beritahu Qhairul sambil
memandang muka Roy
“Bakar,
Jack, Roy and you all aku balik dulu” ujar Qhairul lalu merangkul pinggang
Nisha menariknya menuju ke motor Ducatinya.
“Jom
sayang kita balik”
Semua
mata-mata mata-mata motor tidak beralih memandang ke arah Qhairul yang sedang
memasang dan mengemaskan topi keledar di atas kepala kekasihnya. Deruman enjin
Ducati Multistrada 1200s touring menarik perhatian berpuluh-puluh mat motor
yang berada di situ yang sememangnya ada yang berangan untuk memilikinya
motorsikal hebat kelas pertama dunia
yang bernilai ratusan ribu ringgit yang cuma mampu dimiliki oleh golongan yang
benar-benar mewah sahaja. Bakar dan Roy tersenyum sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Nasib
baik mood dia ok malam ni, kalau tak nahas kau orang berdua tadi”ujar Bakar
sambil memandang wajah Shawn dan Joe.
“Masalahnya
kami tak tahu perempuan tu awek dia, Dato’ Zamree yang bawa awek dia malam tu”
balas Shawn.
“Kau
ada dengar gossip hangat antara dia orang bertiga tu, puteri tu memang akan
pilih salah seorang dari mereka bertiga jadi dah jelas dan terang sekarang aku
rasa puteri tu pilih Dato’ Qhairul” ujar Bakar sambil memandang wajah Jack.
“Memanglah,
kalau aku perempuan pun memang aku akan pilih Dato’ Qhairul” balas Jack
“Kenapa?”
“Dato’
Zamree memang segala-gala ada sebab dia pun billionaire macam Dato’ Qhairul
juga tapi Dato’ Zamree tu sakit, aku dengar dia mengalah sebab dia sayangkan
kedua-duanya, dia nak kedua-dua hidup bahagia di depan matanya kerana darah Dato’
Qhairul adalah nyawa dia dan Puteri MS
adalah nadi dia, of courselah dia berkorban dalam hal ni.Tengku Farid mesti
kahwin dengan sepupunya untuk syarat dimahkotakan. Puteri MS cuma dibenarkan
jadi isteri kedua, mana Puteri MS setujukan, jadi peluang besar untuk Puteri MS
jatuh ke tangan Dato’ Qhairul tapi mungkin ada perkara lain yang kita tak boleh
nak pertikaikan iaitu soal hati dan perasaan. Cinta itu akan datang sendiri,
tak boleh nak paksa-paksa. Dalam memilih tiga jejaka hebat Malaysia tu bukannya
satu yang mudah bagi Puteri MS. Hanya tuhan yang tahu bro apa yang ada dalam
hati Puteri MS” ujar Jack panjang lebar. Bakar seperti bertafakul mendengar
pendapat Jack tentang percintaan yang agak ekstrem itu.
“Kita
balik Melaka malam ni, abang nak simpan motor ni di vila kita, abang cuba
pindahkan secara senyap segala harta benda abang ke vila kita sebelum kita
kahwin nanti” beritahunya pada Nisha sewaktu
dia bercadang untuk balik ke Melaka bersama gadis tersebut dengan
menunggang Ducati Multistrada 1200s malam itu.
Kedua-dua
pengawal keselamatan vila tersenyum ketika menyambut kedatangan mereka kerana
pertama kali melihat majikannya dengan imej baru sewaktu menunggang motosikal
hebat tersebut balik ke vila.
Hari
yang dinantikan sudah tiba, Wartawan telah memenuhi perkarangan Komplek
Mahkamah, Jalan Duta Kuala Lumpur. Satu
kes sivil akan di bicarakan hari itu. Perbicaraan yang sangat-sangat
dinanti-nanti oleh pihak media. Yasmine Hana seorang pengarah muda drama yang terah
memenangi dua anugerah baru-baru ini mendakwa Puteri Nisha tidak layak
dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati kerana dia bukan keturunan Melayu dan
menuduh Puteri Nisha menipu. Perbicaraan ini mendapati liputan semua saluran tv
di seluruh Malaysia.
Seorang gadis cantik berpakaian baju
kurung merah jambu dan ditutupi sehelai blazer hitam melangkah keluar dari
sebuah mpv Mercedes diiringi oleh dua orang peguam penasihatnya Dato’ Desmond
dan Dato’ Wilson Chong. Wartawan mula menyerbu Puteri MS.
“Dilaporkan Puteri MS akan membelakan
dirinya sendiri di atas tuduhan tidak berasas seorang pengarah drama Cik
Yasmine Hana yang menuduh dirinya bukan keturunan melayu dan Puteri MS menipu
untuk mendapatkan anugerah tersebut. Puteri MS juga akan mengemukan saman malu
sebanyak RM5 juta terhadap Yasmine Hana sekiranya dia dapat membuktikan bahawa
dirinya tidak bersalah”
Itulah antara maklumat yang dilaporkan
oleh pihak penyiar sebelum perbicaraan tersebut berlangsung, Nisha membawa
beberapa orang saksi termasuk Haji Suib dan isterinya, Tok Guru Budin serta
teman-teman sepengajiannya dan beberapa orang pensyarah Universiti juga turut
menjadi saksi.Tengku Farid, Puan Engku Faridah, Dato’ Qhairul, Dato’ Zamree,
Datin Roziah dan suaminya turut hadir untuk membantu memberi keterangan.
Setelah semua mengambil tempat duduk,
Nisha memandang wajah Yasmine Hana kemudian dia tersenyum. Setelah peguam cara
membaca keterangan yang mewakili Yasmine Hana, Nisha diminta mengangkat sumpah
dan diminta mengakui segala keterangan yang akan diberi adalah benar. “Saya
tidak mengakui bersalah atas segala tuduhan dan saya minta dibicarakan”
Peguam cara mula menyoal Nisha.
“Merujuk kepada Jabatan Pendaftaran
Negara Nama sebenar Puteri Melayu Sejati adalah Qhairunnisha Muntaz May Lin
binti Qhairuddin Zhabir Khan, betul ke puteri?”
“Ya, itu memang nama penuh saya”
jawab Nisha sambil tersenyum.
“Dalam nama ini terdapat satu nama
India Pakistan dan satu nama cina dan
nama ayah pula Zhabir Khan, ini nama orang Pakistan, jadi kenapa ada dua
nama ini terselit dalam nama Puteri Melayu Sejati, boleh Puteri ceritakan?”ujar
Peguam cara sambil memandang kepada Puteri MS.
“Ya, Muntaz nama melambangkan
keturunan dari ayah Zhabir Khan sebab ayah saya seorang Pakistan nama May Lin
adalah nama cina saya sebab ibu saya keturunan baba nyonya plus Korea” jawab
Nisha dengan wajah yang tenang.
“Dan kerana kacukan dua bangsa itu
puteri dianugerahkan tuhan wajah secantik ini, memiliki mata besar yang bundar
dengan alis yang lentik, hidung mancung bak seludang memang di warisi dari
darah Pakistan yang mengalir dalam tubuh puteri, kulit putih dan licin macam
telur dikupas dengan bibir mungil yang menawan tentu mewarisi darah cina dari ibu
puteri, kenapa puteri mengaku puteri melayu dah terang-terang puteri bukan
berdarah keturunan Melayu” ujar peguam cara Yasmin Hana lagi.
“Itu saja untuk setakat ini Tuan
Hakim”sambung peguam cara yang bernama Encik Badri tersebut.
“Puteri sila beri keterangan”ujar Dato’
Kalam, hakim yang mendengar perbicaraan ketika itu. Nisha kemudian mengambil
tempatnya kemudian mula bersuara.
“Terima kasih yang arif, Encik
Badri, saya nak tanya Encik Badri, kalau seratus peratus darah keturunan melayu tu tak cantik ke? setahu
saya Erra Fazirra tu seratus peratus berdarah
melayu tetapi boleh juga menggondol gelaran Miss Malaysia. Nampaknya
Encik Badri terang-terang memperlekehkan dan menghina bangsa Melayu” semua yang
ada di dewan perbicaraan terkesima mendengar kata-kata Nisha. Dato’ Desmond
menganggukkan kepalanya.
“Sudahkah Encik Badri mengkaji syarat-syarat untuk
anugerah gelaran Puteri Melayu Sejati. Kalau belum, sila dengar saya akan sebut
satu persatu.
Pertama: Gadis keturunan melayu yang memiliki
kecantikan semulajadi.
Kedua : Bersifat lemah lembut,
Ketiga : Bijak dalam pelajaran
Keempat : Mempunyai bakat semulajadi seperti boleh
menyanyi,
Kelima : Menceburi diri dalam bidang sukan dan
pernah mewakili mana-mana
organisasi
dalam apa-apa juga bidang yang diceburi,
Keenam :
Berfikiran terbuka dan mempunyai sifat penyayang.
Saya
rasa saya telah memenuhi semua kreteria yang ditetapkan. Cuma Encik Badri dan
Cik Yasmine mempertikai keturunan melayu saya.
Di sini saya merujuk kepada kamus
dewan persuratan melayu, edisi keempat, keturunan membawa maksud pertalian
keturunan yang dapat disusur kembali, hitungan keturunan, salasilah,
susur-galur, bersurih mengira-ngira atau menceritakan asal usul keturunan
seseorang, yang diturunkan daripada anak kepada cucu dan seterusnya yang
diturunkan daripada, anak cucu kepada, turunan, zuriat itu yang dimaksudkan
dengan keturunan. Dan Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan dalam perkara
160 fasa 2 yang jelas menyebut “Melayu ertinya seseoramg menganut agama Islam,
lazim bercakap Bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu (Lembaga
Penyelidikan Undang-Undang, 200:238)
Yang dinyatakan dalam syarat pertama
adalah keturunan, jadi Encik Badri dah faham maksud keturunan yang disebutkan
merujuk Kamus Dewan Persuratan Melayu tadi, bukannya syarat mahukan gadis
melayu asli.
Adakah Encik Badri telah mendalami lebih
terperinci keturunan saya, saya rasa yang Encik Badri nyatakan tadi masih ada
kurangnya dan kalau Encik Badri maupun Cik Yasmine nak lebih lengkap keturunan
apa saya, dengar ni dan saya ada bukti menunjukkan darah apa yang mengalir
dalam tubuh saya.
Yang Arif, Ini buktinya melalui sijil lahir orang tua saya. Ayah saya
Qhairuddin Zhabir Khan adalah anak kepada Amed Zadeed. Hasil perkahwinan
dengan Siti Kamariah seorang wanita
Melayu Singapura, sementara ibu saya Siti Zulaikha atau nama cinanya Lee May
Hua adalah keturunan baba nyonya di sebelah
ibunya dan Korea di sebelah ayahnya, Encik Badri kan sudah belajar dalam
sejarah bagaimana wujudnya bangsa Baba dan Nyonya di Melaka, bangsa cina yang
mengamalkan adat resam melayu tapi tak pandai bertutur bahasa cina, mengikut
sejarahnya pedagang cina dari Dinasti Ming yang datang ke Melaka untuk berdagang telah
berkahwin dengan wanita melayu di Melaka maka lahirlah masyarakat baru cina
yang digelar Baba dan Nyonya. Dari bukti saya ni di mana silapnya kalau Encik
Badri kata yang saya ni bukan keturunan melayu yang terang-terang ada bukti
menunjukkan masih ada mengalir darah melayu dalam tubuh saya.
“Boleh saya tanya beberapa soalan
pada Cik Yasmine Hana”
“Bantahan Yang Arif, Puteri tidak
berhak menyoal klein saya”bantah Encik Badri.
“Bantahan
tidak diterima, puteri dibenarkan menyoal”balas Tuan Hakim.
“Cik Yasmine, Cik Yasmine melayu
sejatikan, mengalir darah darah melayu asli dalam tubuh Cik Yasmine tapi saya nak tanya
pernahkan Cik Yasmine tonjolkan kemelayuan yang ada dalam diri Cik Yasmine.
Sepanjang pengetahuan saya setiap kali saya berjumpa dengan Cik Yasmine belum
pernah saya nampak Cik Yasmine mengenakan baju kurung yang saya tengok Cik
Yasmine sentiasa pakai baju yang tak cukup kain atau tak cukup benang” suasana
dewan mula gamat mendengar hujah Nisha.
“Bantahan Yang Arif”celah Encik
Badri.
“Bantahan
tidak diterima, puteri boleh teruskan”balas Tuan Hakim.
“Terima kasih yang Arif, baju kurung adalah satu- satu
pakaian melayu yang ada, sopan dan sangat sesuai dengan adat, budaya dan agama
kita,” Yasmine Hana mengetapkan bibirnya.
“Walaupun peratus melayu dalam diri
saya sedikit tapi saya tak pernah terfikir yang saya ni Cina atau Pakistan atau
Korea, yang sering keluar dari mulut saya ialah ‘kita orang melayu’, pakaian
yang paling banyak dalam koleksi saya adalah baju kurung, mungkin saya orang
kampung yang kolot kot, dewan tergelak
lagi seketika mendengar hujah Nisha.
“Tapi
walaupun hidup di Kuala Lumpur, dengan kemampuan yang ada dan mampu
membeli apa saja, saya lebih suka menambah koleksi baju kurung saya dan setiap
hari sejak hari pertama saya hadir kuliah saya tak pernah gunakan pakaian lain
selain daripada baju kurung, tak tahulah
lepas ni saya terpaksa ubah penampilan saya kena pakai cheong sam dengan nama
May Lin atau pakai sari dengan nama
Muntaz bila mahkamah tidak mengikhtirafkan
saya seorang gadis melayu. Kerana
jiwa jati melayu itu banyak menonjol dalam diri saya, saya tak kisah kalau
orang kata saya ni ketinggalan zaman atau tak tahu nak berfesyen, baju kurung
adalah pakaian kegemaran dan pakaian nombor satu saya dan saya sedia buktikan dari keterangan yang diberi oleh
beberapa rakan sepengajian dan pensyarah-pensyarah di universiti saya selepas
ini”
Semua
saksi-saksi Nisha akhirnya memberi keterangan menyokong hujah Nisha di samping memberi bukti beserta gambar yang ada di
antara gambar tersebut cuma Nisha sahaja yang menggunakan baju kurung.
“Jati diri melayu itu memang masih kuat
dalam diri saya bila saya berminat untuk mempelajari budaya melayu contohnya
seni silat, sejak berumur 6 tahun saya duduk di gelanggang sihat melihat orang
belajar silat sehinggakan Tok Guru Musa bekas Ketua Guru Persilatan Negeri
Melaka mengambil saya sebagai anak muridnya sejak saya berumur 6 tahun. Dari
umur 7 tahun saya telah memenangi beberapa kejohanan silat peringkat daerah,
negeri dan terbaharu adalah peringkat kebangsaan. Yang Arif boleh rujuk semua
sijil-sijil ini sebagai bahan bukti”sambil menghulurkan sijil-sijilnya kepada
Tuan Hakim.
“Jika Tuan Arif perlukan bukti yang
lebih kukuh, saya ada bawakan Tok Guru Budin anak kepada Tok Guru Musa guru
silat saya yang dah meninggal dua tahun
yang lepas “Nisha menambahkan hujahnya.
“Cik Yasmine pernahkah memperlajari
budaya, adat melayu atau kesenian melayu atau Cik Yasmine faham tak peribahasa
‘perigi mencari timba” Dewan
tergelak lagi, tuan Hakim juga turut tersenyum.
“Bantahan Yang Arif sebab Puteri
mempersoalkan perkara peribadi”
“Bantahan tidak diterima, puteri
boleh teruskan”balas Tuan hakim lagi.
“Kalau Encik Badri nak tahu, dari
masalah peribadi Cik Yasmine bawa saya ke sini.
Cik
Yasmine, dalam adat melayu, lelaki yang membuka mulut untuk meminang seorang
perempuan, bukan perempuan yang meminang lelaki dan menetapkan semuanya untuk
pihak lelaki, C ik Yasmine faham maksud sayakan, jadi dalam hal ini, apa
masalahnya Cik Yasmine dengan saya, saya rampas suami Cik Yasmine ke atau
tunang Cik Yasmine atau kekasih Cik Yasmine ”.
“Kau jangan nak sakit hati aku
puteri” Yasmine Hana bangun dari tempat duduknya lalu memarahi Nisha. Suasana
dewan menjadi kecoh seketika sehingga hakim terpaksa memberi arahan diam.
Perbicaraan akhirnya berhenti rehat
seketika.
“Bagus puteri, puteri memang ada
bakal untuk jadi seorang peguam bela yang berjaya” puji Dato’ Desmond. Qhairul,
Zamree dan Tengku Farid tersenyum memandang Nisha sambil memberi kata-kata
semangat.
Selepas berhenti rehat 10 minit,
perbicaraan diteruskan semula.
Encik Badri mengambil tempatnya
untuk menyoal PMS.
“Saya mendapat bukti yang puteri
turut mendapat gelaran Puteri Melayu Sejati kerana kesempatan menjadi anak
angkat Puan Engku Faridah kerana kita sedia maklum wanita ini adalah CEO PMC
merangkap pemilik SPA dan Butik puteri dan mempergunakan pengaruh Dato’ Qhairul
Azamin, Dato’ Zamree dan Putera Mahkota
Tengku Farid untuk mendapatkan gelaran tersebut” ujar Encik Badri lalu
menyerahkan beberapa bukti kepada Tuan Hakim.
“Pakaian Puteri Melayu Sejati pada
malam anugerah adalah bernilai RM800K, termasuk kasut Jimmy Choo yang bernilai
RM30K dan sebuah Tiara yang bernilai RM2.5 juta dan nilai kesemua sepersalinan
Puteri MS malam anugerah tersebut adalah RM3.33 juta. Sebelum ini anugerah
Puteri Melayu Sejati tidak pernah menjanjikan penghargaan yang sebegini hebat,
dan PJ Holding tidak pernah terlibat apa-apa dengan anugerah ini dan tidak ada
urusan perniagaan langsung pun dengan Puan Engku Faridah. Di sini saya membuat
kesimpulan Puteri memainkan peranan dalam perkara ini. Puteri mempergunakan
Puan Engku Faridah untuk mendapatkan gelaran dan mempergunakan Dato’ Qhairul
dan Dato’ Zamree untuk menambat hati Puan Engku Faridah supaya memberi anugerah ini kepada puteri. Untuk mengukuhkan
segala dakwaan saya, sebelum ini anugerah ini
belum layak dianugerahkan kepada mana-mana gadis melayu sejak 5 tahun
diperkenalkan, jadi kenapa Puteri Nisha
terlalu mudah memenanginya tahun ini mestikah ada udang sebalik batu, betulkan
puteri. Itu saja yang arif” Encik Badri terus kembali ke tempat duduknya di
sebelah Yasmine Hana.
Tuan Hakim kemudian memberi peluang
Puteri MS membela diri.
“Yang Arif, saya lahir pada 1.9.1991
malam Jumaat, tepat pukul 12 tengah malam, itu yang diberitahu oleh Hajah
Fatimah dan Haji Suib pasangan suami yang turut ada sewaktu menyambut kelahiran
saya dan ada tercatat dalam sijil lahir
saya. Bila saya berumur 4 tahun ibu saya meninggal dunia, saya menumpang kasih
seorang ibu dari Hajah Fatimah. Hari terakhir saya menduduki SPM sewaktu saya
balik dari sekolah ayah saya pula terlibat dalam kemalangan dan meninggal di
tempat kejadian. Saya jadi anak yatim piatu dan
sewaktu berhijrah ke Kuala Lumpur saya dipertemuan dan menjadi adik
angkat dua orang lelaki kacak dan jutawan yang bernama Dato’ Zamree Azim dan
Dato’ Qhairul Azamin. Mungkin itu rezeki yang tuhan telah aturkan untuk
saya” Dia kemudian tersenyum manis
memandang Dato’ Zamree, Dato’ Qhairul
dan Tengku Farid.
“Dalam usia 17 tahun, memang saya
seorang gadis dan saya seorang anak yatim piatu yang cukup naif pengetahuan dan
daif kehidupan lebih-lebih tiada siapa nak ajar saya buat itu ini, nak botakkan kepala orang atau nak
cukurkan janggut orang ke saya tak
pernah belajar dan terfikir nak buat semua itu. Dan saya rasa kepala Dato’
Qhairul dan Dato’ Zamree tak botak pun sejak mengenali saya, janggut memanglah
tak ada sejak saya kenal mereka” dewan gamat lagi oleh hujah Nisha.
“Apa yang saya cari dan kejar adalah
kasih sayang kerana itu yang hilang dalam hidup saya selama ini dan sedikit
rezeki untuk saya teruskan hidup. Saya tak dapat menghalang apa saja perasaan
yang lahir dari hati seseorang terhadap saya sama suka, cinta atau benci kerana
itu kuasa tuhan untuk menentukannya, begitu juga perasaan saya pada seseorang.
Mungkin seseorang tu kesihankan saya sebab saya yatim piatu tapi yang saya tahu
sebagai seorang yang betul-betul naif dalam menilaikan hati budi seseorang saya
terima semua bantuan yang dihulurkan oleh Dato’ Zamree dan Dato’ Qhairul. Dari
mereka berdua juga saya kenal dan rapat Yang Mulia Tengku Farid dan dari beliau
saya dapat kasih seorang ibu apabila saya dilamar menjadi anak angkat bonda
Puan Engku Faridah dan dan secara tidak langsung saya menjadi adik angkat
kepada Yang Mulia Tengku Putera
Faridhuddin Syah.
Saya tak pernah minta satu sen pun
dari Dato’ Qhairul atau Dato’ Zamree, atau Tengku Farid tapi saya tak pernah
menolak sekiranya mereka nak memberi. Saya tidak pernah mempergunakan kesemua
insan ini demi kepentingan saya kerana ‘Puteri Melayu Sejati’ bukan benda yang
penting dalam hidup dan buka yang saya impikan dan jujur saya kata katakan saya
memang tak suka dengan dunia glamour dan populariti. Dan saya tak pernah merayu
pada bonda angkat saya untuk mendapat gelaran yang menyusahkan hidup saya ini.
Setengah tahun saya menyembunyi
identiti saya dari diketahui oleh pihak kampus dan ianya akhir terdedah
sendiri. Dan mulai hari ini jika anugerah ‘Puteri Melayu Sejati’ terpaksa saya
lepaskan, saya tetap mempertahankan dan takkan buang melayu dalam diri
saya sebab seperti kata Hang Tuah
‘Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tapi bagi saya ‘Tak kan Melayu Hilang di Jiwa”
Itu saja yang arif”. Semua bertepuk tangan mendengar hujah terakhir Nisha
membela dirinya.
Mahkamah kemudian berhenti rehat sekejap
sementara menunggu keputusan yang akan diumumkan selepas itu. Tuan Hakim
bergerak masuk ke sebuah bilik beberapa minit kemudian dia muncul semula lalu
mengetuk tukulnya dua kali. Dewan perbicaraan kembali senyap. Nisha
berdebar-debar menunggu keputusan yang akan diumumkan oleh Dato’ Kalam hakim
yang mengadili perbicaraan pada hari tersebut. Nisha sempat menjerling pada
Yasmine Hana yang kelihatan tenang,
‘Mungkin dia confident dirinya menang,
ya Allah berilah aku kekuatan sama ada aku kalah atau menang’ doa Nisha dalam
hatinya.
“Rilek Nisha, you mesti yakin, I sure
you pasti boleh punya, jika menang today, you lapor diri kat ofis I, I ambik
you kerja dengan I”ujar Dato’ Desmond sambil tersenyum.
“Kalau I kalah?” tanya Nisha pula.
“You terus sambung belajar sampai habis,
you akan jadi lawyer yang bagus sebab you dah timba pengalaman hari ini, I
respect you Puteri Nisha”tambah Dato’ Desmond lagi.
“Setelah mendengar keterangan dari
kedua-dua pihak dengan bukti-bukti yang ditunjukkan, dengan ini mahkamah menetapkan Puteri Nisha atau Qhairunnisha
Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan adalah benar-benar layak untuk dimahkotakan
sebagai ‘Puteri Melayu Sejati’ kerana ada darah melayu mengalir dari kedua-dua
belah pihak orang tuanya dan Puteri Nisha memiliki jati diri melayu yang kuat
dan menonjol dalam dirinya, dan dengan ini juga Mahkamah memerintahkan Cik
Yasmine Hana membayar sejumlah wang saman malu yang berjumlah RM5 juta kepada
Cik Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan atau Puteri Melayu
Sejati”.
Penyokong-penyokong Nisha akhirnya
bersorak keriangan, Yasmine Hana terus berlari keluar meninggalkan Mahkamah.
Nisha yang masih terkesima mendengar
pengumuman Tuan Hakim membiarkan sahaja tubuhnya dipeluk oleh sesiapa
sahaja yang menegurnya.
“Dari mula lagi I yakin puteri boleh
menang, dia nampak dia berkarisma dan ada bakat semulajadi” beritahu Dato’
Desmond pada Dato’ Wilson Chong.
“She is very beautiful and very
intelligent, dalam usia yang begitu muda dan belum tamat pengajian belum habis
tahun pertama sudah menang satu perbicaraan sebenar dan dapat menang saman malu
5 juta, memang hebat, she is very special”balas Dato’ Wilson Chong.
Dr Firdaus yang mengenali Dato’ Desmond bersalaman dengan
kedua-dua peguam terkenal tersebut.
“Puteri student tahun pertama I, dia
memang seorang special, pelajar paling muda, lepasan SPM yang dipilih mengikuti
jurusan undang-undang dan belum habis
tahun pertama dia boleh memenangi satu perbicaraan sebenar dengan jumlah saman
malu yang begitu besar jumlahnya”.ujar Dr.Firdaus.
“So, apa pihak universiti nak buat?”
“Pendekkan pengajian dia dari 4 ke 2
tahun, dan tercatat dalam Malaysia Book World of Record” jelas Dr. Firdaus
penuh yakin.
Menjadi liputan akhbar seluruh negara
kemenangan puteri dalam perbicaraan kes bela dirinya dengan kemenangan saman
malunya yang bernilai RM5 juta.
Sebaik sahaja keluar dari kamar
perbicaraan, setelah menjawab beberapa soalan dari wartawan dan pemberita,
Qhairul terus membawa Nisha pergi dari komplek mahkamah tersebut.
“Sayang memang gadis tercantik,
tercerdik dan terhebat yang pernah abang jumpa, waktu sayang berhujah macam
lawyer yang dah berpengalaman, saya nak buat apa dengan wang saman malu tu”
“Tak tahu, mungkin Nisha nak buka rumah
anak- anak yatim, abang tolong fikir ya, Nisha tak pernah fikir akan dapat duit
banyak-banyak macam tu”
“Tapi waktu bicara tadi, sayang dapat
sembunyi beberapa perkara macam kekejaman mak tiri, sikap ayah, peristiwa Tok
Cha”
“Nisha memang cuba elakkan perkara tu
diketahui umum, buruk-buruk dia tetap ayah dan Mak tiri Nisha, kisah Tok Cha,
benda mistik macam tu susah orang nak percaya” Jawab Nisha lalu memeluk mesra
lengan lelaki itu.
“Sayang, mulai sakarang kita fikir
tentang perkahwinan kita, tinggal sebulan lagikan?”,
“Ya, abang ada hikmah di sebalik apa yang terjadi, Nisha
dapat pendekkan pengajian, dan kita boleh timang anak cepat”jawab Nisha sambil
tersenyum.
“Sayang, maafkan abang kerana tiada
keluarga abang yang akan datang di hari
perkahwinan kita nanti dan kita berkahwin secara rahsia dan kita tak mendapat
restu kedua orang tua abang”ucap Qhairul sambil mengelus lembut pipi gadis itu.
“Nisha faham bang, dalam hidup ini tidak
semua yang kita harapkan kita akan dapat dan selalunya akan berpihak kepada kita, Nisha redha yang
penting abang selalu di samping Nisha”
“Ya sayang, walau dalam keadaan mana
sekalipun abang takkan tinggalkan atau lupakan sayang kecuali maut menjemput
abang” balas Qhairul lalu mencium dahi gadis itu agak lama.
Di Universiti PMS semakin popular,
peristiwa kemenangannya dan perbicaraan bela diri menjadi buah mulut di
mana-mana saja. Nisha terus menjadi buruan pihak media, wajahnya sering keluar
di majalah-majalah dan akhbar dengan
pelbagai tajuk yang dikaitkan dengan dirinya. Hujung minggu Nisha lebih suka
balik ke Melaka kerana di situ dia lebih tenteram di samping boleh melihat
persiapan yang dibuat oleh wedding planner untuk majlis perkahwinannya dan
Qhairul. Nisha memohon cuti rehat sebulan, bermula seminggu sebelum majlis
perkahwinanya dan sebelum memulakan semester kedua bersama pelajar-pelajar
tahun ke tiga pengajian tersebut. Nisha terpaksa meninggalkan teman-teman dari
team UHG kerana Nisha cuma perlu melengkapkan setahun setengah pengajiannya
seperti yang dijanjikan oleh pihak universiti kepadanya.
Dua pasang gaun pengantin yang
ditempahnya di London sudah sampai di vila, sepasang akan di gunakan untuk
salah satu persalinan untuk persandingan di vila dan sepasang lagi untuk majlis persandingan dan resepsi di
Hotel Permata di Kuala Lumpur. Untuk majlis akad nikah Nisha akan menggunakan
set persalinan Puteri Melayu Sejati dan tiaranya cuma Nisha akan bertudung pada
majlis tersebut nanti. Qhairul pula akan
menggunakan baju melayu warna yang sama
dengan set parsalinan Puteri MS. Majlis akad nikah pasangan tersebut
hanya akan dihadiri keluarga terdekat tetapi semua penduduk kampung termasuk
kampung yang berdekatan dijemput hadir.
“Zam,
makin dekat nak kahwin ni aku makin nervouslah Zam” Zamree tergelak mendengar
kata-kata Qhairul.
“Aku ingat lelaki hebat macam kau ni
tak gentar dengan sebarang dugaan, nak kahwin pun boleh nervous” balas Zamree
yang masih lagi dengan sisa gelaknya.
“Zam, kau tak nak kahwin sekali
dengan Karina ke?” soalnya Qhairul apabila memikirkan tentang sepupunya.
“Kau ni ke situ pulak?”jawab Zamree
agak terkejut mendengar soalan Qhairul.
“Yalah, jimat kos, masih ada dua
minggu sempat lagi buat persediaan” Zamree tergelak mendengar nasihat Qhairul.
“Kalau kau nak gentar sorang jangan
libatkan aku, kalau aku nak, Karina nak ke?” balas Zamree apabila Qhairul
memujuknya supaya menikahi Karina.
“Kau nak suruh aku tanya Karina ke?”
kalau perlu Qhairul sanggup menjadi orang tengah di Antara Karina dan Zamree.
“Aku takut dia tak boleh terima aku
sekarang sebab dia kan tengah teruskan rawatan” alasan Zamree untuk menolak
cadangan Qhairul.
“Kita cuba dulu, nanti aku suruh
Nisha tanya Karina” sambung Qhairul lagi.
Zamree cuma terdiam mendengar
kata-kata Qhairul. Sekiranya Karina bersetuju dia akan redha menerima gadis
itu. Dia malas untuk memikirkan lagi soal cinta, cintanya sudah dikunci pada
Nisha. Karina boleh menjadi teman hidupnya kerana gadis itu jujur mencintainya
dan menerima Karina melalui ikatan perkahwinan adalah untuk menghalalkan
hubungan mereka dalam menjalani kehidupan yang seterusnya.
Atas
nasihat Puan Engku Faridah, dua hari sebelum majlis akad nikah Nisha dan Karina
membuat rawatan dan mandian bunga untuk bakal pengantin di SPA Puteri. Pelbagai kata nasihat yang Puan Engku
Faridah berikan pada Nisha semasa dia berada si SPA puteri.
“Sebelum
kahwin kena buat persediaan lengkap terutama tubuh badan kita, kena bersedia
mental dan fizikal, biar kenikmatan malam pertama tu dikenang sampai
bila-bila”tergelak Nisha mendengar kata-kata Puan Engku Faridah.
“Jangan
gelak Nisha, Qhairul tu lelaki hebat, hari-hari pergi gim, nanti tak larat kamu
nak layan suami kamu tu” ujar Puan Engku Faridah sambil bergurau dengan Nisha.
Zamree
dan Karina memilih persalinan berwarna perak untuk majlis akad mereka. Bilik
Zamree dan Karina di hias dengan warna yang sama sementara bilik Nisha dan
Qhairul di hias dengan warna tema hijau muda dan putih. Dua pelamin di sediakan
di dalam vila dan persandingan juga akan dibuat di tepi pantai.
Nisha
membantu Qhairul memasukkan semua pakaian lelaki tersebut ke dalam almari
pakaian di biliknya. empat ruang dari
almari lapan pintu itu memang disediakannya untuk bakal suaminya.
“Bilik
abang nanti jadi bilik anak kita” tergelak Nisha mendengar bisikan Qhairul di telinganya.
“Sayang,
ini hadiah dari abang sempena perkahwinan kita, satu untuk esok dan satu set ni
untuk majlis di KL, cantikkan” Qhairul menghulur dua set barang kemas yang
ditempahnya di Paris sewaktu percutian mereka bulan lepas.
“Wow..cantiknya!mana
abang beli ni” matanya membutang melihat set barangan kemas tersebut.
“Waktu
kita bercuti di Paris hari tu, abang sengaja rahsiakan” jawabnya sambil
tersenyum.
“Simpan
elok-elok tau, mahal tu” bisik Qhairul ke telinga bakal isterinya.
“Berapa?”
“Dua tu 1ebih 10 juta”
“What,
abang dah giler ke”
“Kerana
sayang abang memang giler”
“Kalau
abang bangkrap jangan salahkan Nisha”
“Tak,
small matter tu, Sayang takkan buat abang bangkrap malah sayang bawa rezeki
pada abang”
“Thanks
bang..muah..”Nisha terus mencium pipi lelaki tersebut.
Dua
set barang kemas tersebut terus disimpannya ke dalam peti besi barangan
peribadinya.
Bab 75
Tanggal
21 Disember, Semua penduduk kampung dan kampung berdekatan yang dijemput
berpusu-pusu datang ke vila untuk menghadiri majlis perkahwinan tersebut. Ahli
keluarga Karina semuanya hadir. Puan Engku Faridah selaku wedding planer untuk
semua majlis perkahwinan pasangan tersebut dan Datin Roziah dan suaminya
menjadi orang penting di sepanjang berlangsung majlis tersebut. Walaupun cukup
sedih namun wajah Tengku Farid agak tenang melayani tetamu yang hadir, sikap
mesra rakyat memang sebati dengan dirinya yang begitu terserlah sepanjang
majlis tersebut berlangsung.
Majlis
akad nikah akan diadakan selepas solat Jumaat. Nisha dan Karina mula dibaluti
rasa gementar. Karina menyarungkan sut kebaya gabungan sutera Thai organza dan
Chiffon plain silk berwarna perak dan sehelai selendang silver bersulam kristal
di kepalanya sementara Nisha anggun dengan set persalinan Puteri Melayu
Sejatinya dan tiaranya cuma kali ini Nisha mengenakan tudung di kepalanya.
Kemunculannya yang sememang ditunggu-tunggu oleh semua tetamu jemputan yang
ingin melihat lebih dekat Puteri MS dihari perkahwinannya. Rata-rata
memperkatakan tentang usianya yang terlalu muda untuk melangsungkan
perkahwinan. Jarak usianya dengan bakal suaminya adalah 11 tahun tapi
kematangan peribadi Nisha merapatkan jarak tersebut. Dato’ Qhairul Azamin
seorang ahli perniagaan muda yang jutawan
yang kacak dan amat dikenali itu dikatakan jodoh yang paling padan untuk
Puteri MS.
Semua
barang hantaran sebanyak 18 dulang mengikut usia Nisha sudah diletakkan di
ruang tamu, termasuk satu set barangan kemas dan 12 dulang untuk Karina.Warna
dulang mengikut warna tema bilik masing-masing. Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree
sama-sama menyediakan jongkong emas' Tezabi' seberat 2.9kg dan 2.8kg sebagai
mas kahwin untuk pasangan masing-masing dan nilai jongkong emas 'Tezabi' tersebut
hanya mereka berdua saja yang mengetahuinya.
“Of
courselah, aku pun dah tak sabar ni Zam” tergelak sama mereka yang duduk di
sisinya mendengar jawapan nakal Dato’ Qhairul apabila Zamree memberi laluan
kepada Qhairul mendahului upacara akad nikah memandang usia sepupunya itu
setahun lebih tua daripadanya.
Dengan
sekali lafaz daripada pasangan masing-masing maka sahlah secara mutlak
Qhairunnisha Muntaz May Lin binti Qhairuddin Zabir Khan menjadi isteri yang sah kepada Dato’ Qhairul
Azamin bin Tan Sri Dato’ Ismail. Begitu juga Noor Karina bt Kasran sah menjadi
isteri kepada Dato’ Zamree Azim bin Dato’ Dahlan. Setelah mendengar Tok Kadi
membaca dan menerangkan tentang lafaz taklik, kedua-dua pengantin lelaki
tersebut menyarungkan cincin ke jari pasangan masing-masing. Suasana menjadi
gamat dan riuh sewaktu majlis membatalkan air sembahyang. Tindakan nakal Dato’
Qhairul mengejut semua tetamu yang hadir apabila dia bukan sahaja mencium dahi
tapi mencium pipi dan bibir isterinya
sebagai upacara membatalkan air sembahyang. Zamree yang agak terkejut
menggelengkan kepala melihat gelagat nakal sepupunya itu.
Pihak
fotografi pula sempat merakam aksi romantik itu dan ada suara-suara nakal
yang minta ciuman itu diulang dan dibuat
lebih lama lagi.
“Rul..kau
nak pecah rekod kah apa ni, orang Malaysia tak pernah buat kau pula yang buat”
usik Dato’ Wazir yang terbeliak matanya melihat gelagat nakal sahabatnya itu.
“Dah
halal Zir, tunggu apa lagi” jawab Qhairul sambil tergelak
Majlis
persandingan dua pasangan pengantin tersebut berlangsung dengan meriahnya.
Walaupun tanpa kehadiran keluarga di sisi masing-masing Nisha dan Qhairul cukup
bahagia, senyuman sentiasa terukir di bibir mereka sepanjang majlis di hari
bahagia mereka itu.
Dari
balkoni biliknya, Nisha melontarkan pandangan jauh ke tengah lautan yang
terbentang luas. Di hari perkahwinan mereka suaminya tidak berpeluang
menziarahi tangan ibu dan ayah mertua begitu juga dirinya, tiada tangan mertua
yang disalaminya pada hari tersebut. Qhairul cuma menyalami tangan Puan Engku
Faridah yang turut dipanggilnya sebagai bonda. Qhairul memandang wajah Puan
Engku Faridah penuh sayu.
“Mulai
hari ini Qhairul adalah anak menantu bonda, jaga dan lindungi puteri bonda
sebaik-baiknya. Berilah kebahagian padanya”
“Saya
janji bonda, Nisha adalah nyawa saya, kebahagiaannya adalah kebahagian saya.
Selagi saya bernafas saya akan melindungi dan membahagiakannya” tangan wanita
itu disalami dan diciumnya. Menyaksikan detik itu Nisha tidak mampu menahan
sebak.
“Sabarlah
Qhairul, bonda doakan kebahagian kamu berdua, Sebagai menantu bonda sekarang,
selalu-selalulah bawa Nisha menziarahi bonda, cepat dapatkan cucu untuk bonda
ya” ayat terakhir dari Puan Engku Faridah membuatkan Qhairul tersenyum.
“Qhairul,
you sekarang dah turun title, bukan abang long lagi, you dah jadi adik ipar I
dan mulai sekarang panggil I kanda long, jaga dinda puteri elok-elok, kalau you
berdua bahagia I pun tumpang bahagia” ujar Tengku Farid sambil ketika mereka
bersalaman dan kemudian terus berpelukan.
“Dato’
Zamree, you masih beruntung dan masih boleh tersenyum walaupun bukan kahwin
dengan gadis yang kita cintai tapi sekurang-kurang you mengahwini gadis yang
mencintai you dan masih suci, I doakan you juga akan bahagia seperti Qhairul,
belajar menerimanya mungkin dia gadis yang terbaik untuk you sebab antara kita
bertigalah I yang paling malang, tidak mencintai dan tidak dicintai dan……”kata-kata berhenti di situ
sahaja lalu terus memeluk Zamree kemudian mengesat air matanya yang hampir
tumpah di pipinya.
“Sabar
Ku Farid mungkin kebahagian itu akan tiba juga di penghujungnya nanti. Hanya
dia tahu mengapa dan kenapa sesuatu itu berlaku pada diri kita sebab kita hanya
mampu merancang dan tuhan yang menentukannya. Setiap apa yang berlaku kita
perlu redha menerimanya” balas Zamree sambil menepuk bahu Tengku Farid.
“Kanda
Long, pintu vila ini sentiasa terbuka dan menanti kedatangan you. Datanglah
bila-bila masa bila you rasa perlu, vila dan resort tu penyatuan kita berempat,
jangan lupa, cuma anak you yang layak
mengambil alih tempat you. Ingat, itu
perjanjian kita” beritahu Qhairul kemudian berlalu mendapat Nisha di biliknya.
“Kenapa
ni sayang, sayang tak happy ke?” ucap Qhairul sambil memeluk pinggang isterinya
dari belakang.
“Nisha
happy cuma abang yang tak happykan, nasib abang serupa seperti anak yatim piatu
macam Nisha juga?”
“Sayang!
abang redha, dan abang percaya ada hikmah di sebaliknya, sekurang-kurangnya
abang boleh merasai apa yang anak piatu rasai tanpa insan-insan istimewa di
sisi mereka di saat mereka memerlukan. Abang dah ada sayang jadi abang tak
kisah semua tu, apa yang penting kita pandang ke depan, masa depan kita dan
abang tak nak anak kita nanti dapat nasib yang sama seperti kita” sambil pipi
isterinya diciumnya berkali-kali.
“Baju
dan tiara ni nanti simpan elok-elok,
abang nak anak perempuan kita nanti bila dia kahwin nanti pakai baju ni juga,
abang nak dia jadi Puteri Melayu Sejati macam ibunya” tambah Qhairul lalu
meraih tangan isterinya supaya masuk ke dalam bilik .
Tengku
Farid dan bondanya meminta diri untuk kembali ke KL petang itu juga kerana ada urusan yang
perlu dilaksanakan begitu juga Dato’ Wazir dan keluarganya. Hanya kedua orang
tua Karina sahaja yang akan bermalam di vila tersebut pada malam itu. Keluarga
Karina turut mengadakan kenduri untuk Karina dan suami di rumah keluarga mereka
di Pahang yang akan diadakan dua hari selepas majlis akad nikah tersebut.
Selesai
makan malam, Qhairul dan Nisha terus masuk ke bilik .
“Nisha
nak mandi dulu ya” kemudian dia terus melangkah menuju ke bilik air.
Qhairul
membuka almari pakaiannya, semua pakaiannya telah dipindahkan ke bilik
tersebut. Bilik tidurnya nanti
dicadangkan untuk dijadikan bilik salah seorang dari anak mereka kelak.
Sehelai
gaun tidur berwarna merah jambu yang
senyap-senyap di belinya di Paris sewaktu percutian mereka yang lalu
dikeluarnya dari almari lalu diletaknya di atas katil.
Nisha
keluar dari bilik mandi dengan sehelai tuala putih jambu melingkar di tubuhnya.
Qhairul yang berdiri di hadapan pintu almari terkesima, pertama kali melihat
tubuh putih melepak itu berkemban di depan matanya dengan tuala pendek
melingkari tubuhnya di atas paras dada ke lutut. Dada Qhairul berkocak kencang bila Nisha
tersenyum padanya.
“Abang
boleh pergi mana-mana dulu tak, Nisha nak pakai baju”
Qhairul
menggelengkan kepalanya.
“Kenapa,
sayang malu ke?”
Nisha
menganggukkan kepalanya.
“Abang
takkan ke mana-mana sebab kita dah kahwin, abang nak tengok segalanya malam ni”
ujarnya perlahan sambil tersenyum nakal
memandang isterinya.
Nisha
jadi serba salah,
“Nah
sayang pakai ni, abang beli khas untuk malam ini” gaun tidur yang seksi dan
nipis dihulurnya pada Nisha. Nisha tersenyum sendiri bila melihat gaun tidur
tersebut.
“Hebat
cita rasa abang, kalau pakai ni lebih baik Nisha tak perlu pakai baju”
Qhairul
tergelak mendengar pandangan Nisha tentang gaun tidur yang dibeli untuk
isterinya itu.
“Pakailah
dulu sementara masih sempat, lepas tu barulah tak perlu pakai baju” usik
Qhairul sambil tergelak nakal.
“Sekarang”
“Ya
sekarang, depan abang”
“Oh
no” Nisha kemudian mencapai botol losyen di atas meja solek lalu menuangkanya di telapak kemudian
menyapunya ke leher, lengan, tangan dan kaki.
Qhairul
yang sudah mula naik dewana mula mendekati dan cuba menarik tangan Nisha. Namun
Nisha terus mengelak.
“Opps
tak boleh dulu sebab Nisha dah ada wuduk, abang pergi mandi dulu, lepas tu
kita
solat Isya’ sama-sama, abang imam ya” beritahunya lalu menjauhi suaminya
kemudian tangan mencapai dan membentangkan dua helai sejadah. Qhairul tersenyum
lalu bergerak ke bilik air.
Peluang
sementara suaminya berada dalam bilik mandi, Nisha menyarungkan gaun tidur
tersebut kemudian terus memasang telekomnya. Keluar dari bilik air, Qhairul
tersenyum melihat Nisha yang lengkap bertelekom sedang duduk menunggunya di
birai katil.
“Kali
ni bolehlah lepas, lepas ni siap” usik Qhairul sambil tersenyum nakal lalu
mencapai sehelai baju-T dan sehelai kain pelekat, sehelai kopiah dikeluarnya
dari anak almari.
Nisha
cuma tersenyum mendengar amaran suaminya.
Usai
solat Nisha terus menyalami tangan suami buat
kali pertama sebagai seorang isteri dan kemudian Qhairul mencium dahi
dan pipi isterinya dengan penuh kasih sayang.
“Sayang..mulai
detik akad nikah siang tadi abang berjanji pada Allah dan diri abang, bahawa
abang akan menjaga dan melindungi isteri abang sepanjang hayat abang. Jadilah
isteri yang taat dan setia pada Allah dan suami. Berjanjilah untuk berkongsi
segalanya susah dan senang bersama abang”
“Ya..bang,
Nisha akan jadi isteri yang setia dan taat pada suami dan Allah. Nisha akan
berada di samping abang pada waktu susah dan senang, waktu gembira dan duka.
Bimbinglah Nisha untuk menjadi seorang isteri yang taat pada suami dan Allah”
tangan suami dikucup dengan perasaan yang begitu bahagia dan terharu.
Setelah
menanggalkan telekomnya, Qhairul tersenyum melihat isterinya mengenakan baju
tidur tadi. Qhairul mengeluarkan sesuatu dari almari.
“Sayang..
ni Doktor Syafik yang bagi, makan selepas bersama, tapi tak boleh diambil dalam
tempoh yang lama, dua tahun je” Nisha tersenyum lalu mengambilnya dari tangan
suaminya lalu meletakkan di atas meja kecil di sebelah katilnya. Dadanya mula
berdebar kencang bila melihat Qhairul
menanggal semula baju T di tubuhnya.
“Abang panaslah” bisik Qhairul tersenyum
nakal”.
“Ada
aircond pun panas” balas Nisha sambil menjerling memandang tubuh sasa suaminya.
“Abang
minta air tu” sebotol air mineral yang
masih belum dibuka dihulur pada isterinya.
“Haus”
lalu membuka dan terus diminumnya sedikit air tersebut. Selebihnya botol
tersebut diletak bersebelahan katilnya.
“Sayang,
apa Zam buat sekarang?”
Nisha
tergelak mendengar soalan suaminya.
“Abang
Zam pun tanya apa abang buat sekarang?” balas Nisha yang masih lagi senyum
meleret.
Qhairul
terus duduk di birai katil lalu menarik tangan Nisha supaya mendekatinya.
Jantung Qhairul mula bergetar melihat apa yang terselindung di sebalik gaun
tidur nipis di tubuh isterinya. Matanya mula merenung tepat ke dada isterinya,
sepasang gunung montok dan gebu yang
ingin benar disentuhnya selama ini.
“Sayang
dah bersedia ke untuk malam ni” bisiknya perlahan sambil menatap wajah
isterinya yang nampak seperti ketakutan. Walaupun sebelum ini mereka pernah
beberapa kali tidur bersama tapi tidak pernah sampai terlanjur ke arah itu.
Qhairul tetap menjaga kesuciannya dan tidak pernah terlajak perbuatannya.
Jantung
Nisha makin bergerak pantas, tangannya terasa sejuk seperti ais.
“Kenapa sayang takut ke?”usik Qhairul sambil
tersenyum nakal.
“Mula
detik ini jiwa dan raga Nisha milik abang, milik abang sepenuhnya. Abang berhak
mendapat hak abang bila-bila masa abang inginkan” walaupun bibirnya agak
terketar-ketar sewaktu menuturkan.
Qhairul
tersenyum mendengar jawapan isteri terus tubuh kecil itu dirangkulnya lalu
dibaringnya di atas katil.
“Abang
sebelah kanan”ucapnya perlahan ke telinga isterinya.
“Tak
tutup lampu ke?” tanya Nisha pada suaminya.
“Nanti,
abang masih perlu lagi untuk melihatnya dengan jelas” ujar Qhairul tersenyum
nakal. Jantung Nisha berdebar-debar di kala tangan Qhairul mula menjalar di
seluruh tubuhnya dan mula merentap satu persatu apa yang menutupi sekujur tubuh
isterinya.
Satu
persatu dia meneliti dan merenung serta menyentuh barang berharga milik
isterinya yang kini menjadi miliknya yang halal. Apa yang terhidang di depannya
terlalu indah dan sempurna seperti yang
diimpikannya selama ini. Nisha merasakan tiada seinci pun pada tubuhnya
yang terlindung dari tatapan mata dan sentuhan suaminya malam itu. Penyerahan
pertamanya seluruh jiwa dan raganya Nisha merasakan kesakitan tapi ucapan cinta
dan belaian manja dan penuh kasih suaminya menjadi penawarnya ketika itu.
Sama-sama menemui kenikmatan dalam
melayari bahtera syurga rumah tangga di malam pertama pernikahan mereka dan
akhirnya yang kedengaran cuma bunyi hembusan nafas insan yang kelelahan dalam
kenikmatan.
Menjerling jam di sebelah katilnya, Dia dan Nisha sudah
terlepas subuh. Qhairul berpaling memandang isterinya yang sedang terbaring
lena di sebelahnya. Rambut isterinya dibelainya dengan penuh kasih sayang.
Selimut tebal yang terselak menampakkan sebahagian tubuh putih melepak yang
tanpa seurat benang itu ditariknya lalu menutupi tubuh isterinya dengan
kemas. Dua pusingan dia melepaskan rasa
berahi asmaranya malam tadi menyebabkan Nisha nampak kepenatan. Terdapat tanda-tanda
merah pada selimut tersebut kesan yang begitu membahagiakannya semalam. Mahkota
kesucian yang dipersembahkan oleh Nisha untuk malam pertama mereka.
“Sayang..thanks,
abang adalah insan yang paling bahagia sebab sayang memeliharanya dan
mempersembahkannya pada abang pada malam pertama kita. I love so much, love you
forever. Sayang adalah segalanya pada abang” bisiknya ke telinga isterinya yang
lena. Bibirnya mula merayap ke pipi kemudian
ke leher jinggang isteri. Qhairul jadi terpesona. Satu bau yang begitu
mengasyikkannya. Bau yang menarik nalurinya untuk terus bermesra lagi. Beberapa
tanda lebam merah di sekitar dada isterinya membuat Qhairul tersenyum. Hembusan
panas nafas Qhairul mengejutkan isterinya. Badannya terasa agak lengguh dan
keletihan, Nisha membuka matanya. Terasa kulit tubuhnya kedinginan diterpa
pendingin udara. Separuhnya terbuka tanpa selimut ditatap oleh suaminya yang
sedang tersenyum.Tangannya terus mencapai selimut lalu menutup bahagian
dadanya.
“Pukul
berapa bang?”
“Tujuh
suku”
“Kita
dah terbabas waktu subuh”
“Abang
pun baru sedar, kita mandi lepas tu kita qadakan solat”
Nisha
melurus-luruskan lengannya dan menggerak-gerakkan lehernya.
“Letih,
tubuh rasa lenguhlah bang” Qhairul tersenyum mendengar kata-kata isterinya.
“Tubuh
abang berat sangat kot, nak abang picit ke?”
Nisha
tersenyum memandang suaminya.
Qhairul
merapati semula tubuh isterinya lalu menindihnya, wajah isterinya ditatapnya
puas-puas. Nisha membalas senyuman suaminya.
“Kenapa
sayang comel sangat, my baby girl”Nisha tergelak.
“Kenapa
abang handsem sangat, my baby boy” Qhairul pula tergelak. Bibirnya mula merayap
ke semua penjuru wajah isterinya, ke lehernya dan akhirnya Nisha lemas lagi.
Episod asmara yang indah seperti malam tadi bersambung lagi. Qhairul merebahkan
tubuh di atas tilam lalu tergelak kecil bila pendakiannya sampai ke kemuncak,
peluh memercik keluar di dahi dan tubuhnya. Nisha turut kepenatan, hampir 15
minit berehat mengumpul tenaga lantas dia cuba bangun dan mencari sesuatu kain
untuk menutup tubuh sebelum dia melangkah turun dari katil, gaun tidurnya
terjatuh jauh di kaki katil.
“Sayang
cari apa?”Qhairul menegur isterinya yang seperti sedang tercari-cari sesuatu.
“Baju
semalam, Nisha nak mandi ”
“Bangun
je, kita mandi sama ya”
Nisha
terus menolak selimut yang menutup tubuhnya, terkejut melihat beberapa kesan
lebam merah pada tubuhnya. Sewaktu Nisha terus melangkah turun dari katil. tanpa
berkelip, Qhairul terus merenung tubuh isterinya yang tanpa seurat benang
berdiri di depannya. Potongan susuk tubuh Nisha memang cantik, putih melepak,
mengiur dan menghairahkan. Melihat kesan-kesan lebam merah di tubuh isterinya
kesan perbuatannya semalam membuatkan Qhairul tersenyum nakal. Nisha terus
menarik sehelai tuala lalu membaluti tubuhnya. Qhairul terus melompat dari
katil. Nisha tersipu malu melihat tubuh sasa suaminya yang tegak berdiri di
depannya tanpa sehelai benang.
“Nah,
pakai ni malulah malaikat tengok” Nisha menghulurkan sehelai tuala pada
suaminya. Qhairul tergelak mendengar kata-kata isterinya. Pengalaman pertama
mereka mandi bersama, suara gelak ketawa dan terkekek-kekek ketika bergurau
senda jelas kedengaran dari dalam bilik air.
Zamree
sedang duduk bersembang bersama mertuanya di ruang tamu sambil menonton tv.
Sewaktu melangkah keluar dari bilik, Qhairul dan Nisha melemparkan senyuman kepada
Zamree dan isteri serta kedua mertuanya, jam sudahpun menunjukkan pukul 9.30
pagi.
“Awal
bangun Zam”tanya Qhairul sewaktu memandang wajah Zamree.
“Awal
apa bendanya, kau tahu sekarang dah pukul berapa”.
Qhairul
tergelak mendengar jawapan Zamree.
“Aku
dan Karina nak balik rumah keluarga dia, mereka nak buat kenduri untuk kami,
lepas tu kami akan balik penthouse aku, kita jumpa di majlis resepsi nanti, kau
bila balik KL?” tanya Zamree sambil tangannya memeluk bahu Karina. Kedua
mertuanya tersenyum memandang menantu dan anaknya.
“Not
yet, kami berdua honeymoon di sini dulu, dua hari sebelum majlis baru kami balik KL, kalau kau
ada hal jumpa aku di kondo. Mama dan papa aku mungkin sampai esok, kalau dia
tanya kau pandai-pandailah kau cover line, atau kau cakap je aku kat bulan,
orang kedua yang pergi selepas Sheikh Muzaffar” balas Qhairul selepas itu dia
tergelak.
Tergelak
Encik Kasran dan isterinya mendengar kata-kata Qhairul.
“Up
to youlah rul, kat bulan ke, kat matahari ke yang sahnya kau sekarang kat syurga
dunia, yang ku binggung sekarang hari wedding dan resepsi di KL nanti, aku
tak boleh bayangkan apa yang akan
berlaku, tapi sahih bom nuclear akan
meletup, seluruh Malaysia huru hara kau tengoklah nanti” balas Zamree pula.
“Sebab
tu aku ajak kau orang berdua lepas je majlis tu terus cabut ke Itali. Aku tak
nak dengar bunyi bom tu meletup” gurau Qhairul sambil ketawa terkekek-kekek
sambil memeluk pinggang isterinya. Nisha cuma mampu tersenyum melihat gelagat
suaminya.
Encik
Kasran dan isterinya geleng kepala mendengar kata-kata Qhairul,
“Walaupun
kaya raya tapi banyak juga masalah lelaki ni”bisik Encik Kasran dalam hatinya.
Yasmine
Hana masih dalam keadaan terkejut selepas menerima berita Lizawatie telah
mengalami kecedaraan parah selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya dua
hari yang lepas. Selepas melawat Lizawatie yang masih lagi berada di ICU di
sebuah hospital, Yasmine Hana muncul sendirian untuk mencuba buat kali kedua
baju pengantinnya di Angela Butik. Sepasang baju kebaya berwarna silver untuk
majlis akad nikah dan sepasang gaun putih untuk majlis resepsi dan persandingan
di hotel. Walaupun batang hidung Qhairul
tidak pernah muncul untuk membuat persiapan majlis perkawinan mereka namun dia
tidak kisah semua itu sebab Puan Sri Datin Hajar sudah berjanji untuk sediakan
semua persiapan untuk Qhairul yang penting baginya asalkan warnanya sedondoi.
“Wow
Yani, kau tengok ni gaun perkahwinan Puteri MS, bakal suami dia tempah di
London, dua pasang pulak tu harga sepasang gaun tu lebih satu juta”salah
seorang pekerja butik tersebut menunjukkan majalah kepada kawannya.
“Gold
Bar 'Tezabi seberat 2.9kg Dato’ Qhairul berikan sebagai mas kahwin untuk Puteri
MS dan dia dah kahwin dua hari lepas dalam majlis tertutup di vila Mahligai
Puteri. Dengar cerita vila tu bernilai tiga puluh juta, bakal suaminya yang
buat yang buat tapi lokasi rahsia, hanya beberapa orang tertentu je yang tahu”
tambah pekerja butik itu lagi.
Berdesing
telinga Yasmine Hana mendengar perbualan pekerja butik tersebut. Separuh dari
duit pusingan modal dan semua duit simpanan dan separuh lagi dipinjamkan dari
ayahnya dan selebihnya dia terpaksa meminjam bank untuk membayar kes saman malu
Puteri MS kepadanya. Dia bergantung harap setelah berkahwin dengan Qhairul dia
akan mendapatkan kembali wangnya dan membayar
balik semua wang yang dipinjamnya. Perbelanjaan perkahwinannya terpaksa
memohon ehsan dari bakal ibu mertuanya. Bertambah benci hatinya bila mendengar
kehidupan puteri yang semakin menjulang nanti malah semakin dikenali dan
diminati dan bakal berkahwin entah dengan putera raja mana dengan belanja
perkahwinan yang paling tinggi dan konsep perkahwinan diraja yang paling hebat di Malaysia dan akan tercatat dalam Malaysia Book of
Record.
Puteri
MS akan berada di singgah sana pelamin perkahwinannya dengan set persalinannya
dari hujung rambut hingga ke hujung kaki yang disediakan oleh suaminya bernilai
lebih RM10 juta, seketul jongkong emas 'Tezabi' seberat 2.9kg sebagai mas
kahwin dan sebentuk cincin perkahwinan bertatah berlian bernilai RM1.8 juta.
Menurut bonda angkatnya perbelanjaan untuk majlis resepsi dan persandingan pula
mencecah belanja hampir RM 18 juta. Namun semua masih menjadi tanda-tanya
siapakah gerangan Putera MS.
“Ah..aku
peduli apa. kau nak duduk atas kerusi emas ke, asalkan kau tak kahwin dengan
Qhairul. Qhairul akan berkahwin dengan aku hujung minggu ini, tak lama lagi aku
akan bergelar Datin Yasmine Hana, isteri seorang billionaire, ahli perniagaan kelima terkaya
di Malaysia. Lepas tu akan control hidup dan duit Qhairul, aku akan bomohkan
dia, bagi Qhairul rasa makan nasi
kangkang aku” bisiknya dalam hati kemudian tergelak sendiri.
“Cik
Yasmine ok ke?”tanya seorang pekerja butik bila melihat Yasmine Hana tergelak
sendiri.
Sudah
beberapa kali Puan Sri Datin Hajar cuba menghubungi Qhairul tapi tidak berjaya,
akhirnya dia bertekad untuk mengunjugi penthouse Zamree untuk mencari Qhairul
di situ atau pun sekurang-kurangnya dia mendapat maklumat di mana Qhairul
berada.
“Zam…
mana Qhairul?” Puan Sri Datin Hajar memerhati setiap penjuru penthouse milik
anak saudaranya itu kerana memikirkan Qhairul ada di situ. Rumah anak
saudaranya itu kelihatan kemas dan tersusun rapi. Karina muncul dari dapur
sambil menatang secawan nescafe susu untuk suaminya.
“Oh..kau
pun dah pandai simpan perempuan sekarang, macam kenal siapa ni?” tanya Puan Sri
Datin Hajar sambil tersenyum sinis memandang Karina dari atas ke bawah.
“Isteri
saya untie, Noor Karina” jawab Zamree lalu menyambut cawan yang dihulurkan oleh
isterinya.
“Bila
kau kahwin, untie tak tahu pun, kenapa tak jemput untie, bukankah ni perempuan
bekas tunang kau dulu?”tali-menali soalan yang keluar dari mulut wanita itu.
“Dah
lima hari, untie kat US sebab tu tak dapat nak jemput, kami kahwin pun
tergesa-gesa, memang dialah Karina bekas tunang saya dulu” beritahu Zamree
tanpa mahu berselindung apa tentang isterinya.
“Kenapa
kahwin tergesa-gesa dia dah mengandungke?, kenapa kau kutip perempuan ni lagi,
peremuan yang dah ditebuk tupai” seperti disayat sembilu hati Karina mendengar
kata-kata Puan Sri Hajar. Zamree kelihatan tenang.
“Saya
terima dia seadanya, kalau dia mengandung disebabkan saya, why not kalau saya
bertanggungjawab” jawapan Zamree menyakitkan hati Puan Sri Datin Hajar.
Kelihatan wanita itu memaling ke arah lain selepas mendengar jawapannya.
“Soalan
pertama untie tadi kau belum jawab lagi, Qhairul mana?”
“Kalau dia tak ada bersama saya
sekarang bererti saya tak tahulah untie, sebab saya sekarang sibuk layan isteri
saya ni, waktu saya kahwin hari tu dia ada katanya dia nak pergi..pergi mana
sayang?” Zamree memandang Karina menanti jawapan
“Pergi ke bulan”jawab Karina sambil
tersenyum
“Ya..pergi
ke bulan” sambung Zamree lalu memandang wajah Puan Sri Hajar.
“Untie
tanya betul-betul, majlis kahwin dia tinggal
beberapa hari saja lagi, untie
nak suruh dia cuba baju, untie cal tak dapat-dapat, kalau kau jumpa dia
cakap pada Qhairul untie suruh dia balik urgent” pesan Puan Sri Datin Hajar
kemudian berlalu meninggalkan penthouse tersebut.
“Kesihan
puteri dan Qhairul, lepas ni tentu banyak perkara yang akan berlaku” keluh
Karina.
“Kita
berdua pun mungkin akan dapat tempiasnya nanti” keluh Zamree.
“You
nak makan apa malam ni, nanti I masak, tapi kat dapur you tu tak ada
apa-apa?” ujar Karina sambil memandang
wajah Zamree.
Zamree
tergelak
“Memanglah
tak ada apa-apa sebab
I tak pernah masak di rumah, nanti kita pergi beli” balas Zamree pula
sambil tersenyum.
“Bila?”tanya
Karina.
“Lepas
solat Zohor nanti, hari ni kita lunch di luar, lepas tu kita shopping barang
dapur” tambah Zamree sambil menghirup air nescafenya.
Qhairul
terus memecut Lamborghini menuju ke kawasan kondominium mewah Bukit Bintang,
setelah melalui pos jaga, Qhairul terus memakirkan keretanya di kawasan parkir
khas kondo tersebut. Nisha mendonggak
melihat kondo lima tingkat yang berdiri megah di depannya.
“Rumah
kita tingkat 5, jom” Qhairul memeluk
pinggang isterinya lalu bergandingan menaiki lif hingga ke tingkat tiga.
Terpapar huruf Q besar berwarna keemasan melekat pada daun pintu bilik kondo
tersebut.
“Q
ni untuk Nisha ke untuk Qhairul” tanya Nisha sambil menyentuh huruf Q yang
terlekat di depan pintu tersebut.
“Untuk
kita berdua, huruf kesayangan abang sebab nama isteri abang pun bermula dengan
huruf Q jugak” ujarnya sambil menarik pinggang isterinya masuk ke dalam rumah.
“Ini
mini mahligai kita di KL ni, tempat kita sambung buat projek”, lalu menarik
tangan Nisha menuju ke bilik tidur. Nisha ketawa geli hati mendengar kata-kata
suaminya.
“Abang
ni kan tak sabar nak tunggu malam lagi ke?”
“Malam
tu wajib tapi masih lama lagi, sekarang
kita rasmilah dulu satu pusingan”
Nisha
sudah tergelak melihat sikap nakal suaminya. Bilik tidur mereka terhias indah
seperti bilik pengantin. Suasana bulan madu yang sememangnya baru bermula dan
kondo mewah itu adalah mahligai mini bulan madu mereka yang seterusnya.
Sekeping
poster besar dirinya yang lengkap dengan persalinan Puteri Melayu Sejati
tergantung di dinding bilik tersebut. Sebidang lagi gambar mereka berdua
berukuran lebih kurang 6kaki x 5kaki gambar semasa percutian mereka di Paris
tergantung di kepala katil. Nisha terkesima melihat gambar tersebut. Gambar
mereka berpelukan membelakangkan Eiffel Tower. Kedua-dua wajah mereka begitu
ceria dan gembira dalam gambar itu.
“Best!..cantiklah
bilik abang, tilam ni empok ke” lalu merebahkan tubuhnya di atas tilam
“Bilik
kitalah sayang” jawab Qhairul lalu menindih tubuh isterinya. Qhairul mula
melayani gelora berahinya. Bibir mungil isterinya dinikmati sepuasnya, Nisha
mula lemas bila suami semakin rakus. Syurga alam rumah tangga berlangsung buat
beberapa ketika.
“Dah,
to be continue malam nanti ok” Ujar Nisha lalu menolak tubuh suaminya. Qhairul
tergelak, Nisha memang cukup menghiburkannya. Senyuman tak lekang di bibirnya
memerhati isterinya melilit tubuhnya dengan sehelai tuala.
Nisha
meninggalkan suaminya yang masih terbaring di katil. Dia memeriksa setiap
pelusok kondo tersebut, cukup luas, ada tiga bilik tidur. Nisha melangkah
kakinya menuju ke sebelah kanan sebelum masuk ke ruangan dapur, pintu kaca
ditolaknya perlahan-lahan,
“Wow…
tak sangka ada kolam renang” seperti tidak percaya kondominium tersebut turut
dilengkapi dengan sebuah kolam renang.
“Kalau
sayang berenang kat sini, sayang boleh guna bikini, tak pakai apa-apa pun abang
tak kisah sebab cuma kita berdua je tak ada sesiapa yang tengok” Nisha mengurut
dadanya terkejut dengan kemunculan suaminya yang tiba-tiba muncul di
belakangnya lalu terus memeluk erat pinggangnya.
“Abang
tak kisah ke?”mula tersenyum mendengar kata-kata suaminya.
“Kalau
kat kondo ni abang tak kisah sayang nak pakai apa pun sebab yang akan tengok
cuma abang sorang je, sayang boleh pakai bikini setiap hari depan abang atau
tak pakai apa-apa lagi abang seronok”
“Gatal
juga abang ni…!”terus jari runcingnya mencubit lengan suaminya. Qhairul
tergelak melihat respon isterinya. Memang pada hakikatnya dia ingin sentiasa
melihat keindahan milik isterinya yang sering mengasyikkannya dipamerkan di
depan matanya.
“Melangkah
menuju ke dapur tidak ada apa-apa yang boleh ditelan ketika itu, peti sejuk pun
kosong cuma ada beberapa tin minuman coca-cola dan 100plus.
“Nak
makan apa ni?”tanya Nisha pada dirinya sendiri.
“Sayang
lapar ke, kalau lapar kita order pizza ok”Qhairul muncul di pintu dapur.
Nisha
mengangguk kepalanya.
Sambil
menunggu pesanan pizza sampai mereka duduk di sofa ruang tamu sambil menonton
tv.
Nisha
yang hanya menggunakan bathrobes merebahkan kepala di atas paha suami sambil
tangan suaminya membelai-belai mesra rambutnya.
“Sayang,
kalau sayang tak suka masak tak payah masak kita tempah je makanan dari hotel
atau kita makan kat luar. Abang tak kisah” beritahu Qhairul sambil tangannya
terus membelai mesra rambut isterinya.
“Nisha
bukannya tak suka tapi tak berapa
pandai, tapi Nisha nak juga masak untuk abang sekali-sekali.
“Kalau
masak sekali sekala tu kita masak sama-sama”
Nisha
dah belajar masak lauk yang abang suka
tu dengan Kak Siti, abang nak test ke” jawab Nisha sambil memandang suaminya.
“Ya
ke, nanti bila balik honeymoon abang nak rasa, masak nasi sayang boleh ke?”
Nisha
tergelak.
“Kalau
Nisha kata tak tahu, macam mana” Qhairul tersenyum mendengar jawapan isterinya.
“Tak
kisah, semua tu boleh belajar, nanti abang ajar” Nisha tersenyum mendengar
kata-kata suaminya.
“Tapi
bang..mulai hari ini Nisha nak abang minum air bancuhan tangan Nisha setiap
pagi. Abang suka minum air milo pekat yang panaskan?”tanya Nisha sambil terus
memandang wajah suaminya.
“Ya..sayang,
macam yang sayang selalu buat untuk abang tu”
perlahan sambil memicit hidung isterinya.
Loceng pintu tiba-tiba berbunyi, seorang
lelaki menghantar pizza yang dipesan oleh Qhairul sebentar tadi. Sewaktu
menerima duit bayaran penghantar pizza
tersebut tersenyum memandang Nisha.
“Encik,
boleh tumpang tanya ke?”tanya budak penghantar pizza kepada Qhairul.
“Ya,
nak tanya apa?” jawab Qhairul sambil memandang wajah budak penghantar pizza
tersebut.
“Perempuan
tu PMS ke?”Qhairul menoleh pada Nisha yang sedang duduk di sofa.
“Bukan,
dia isteri saya”
“Oh
ya ke, maafkan saya, saya minta diri dulu” Qhairul tergelak sewaktu menutup
pintu kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya.
3 comments:
I have waiting it almost 2 years.. mmg sgt3 berharap awak akan meng'update' cerita ini.. bila rindu kat nisha & qhairul mmg selalu ulang2 baca dr awal smpailah bab terakhir.. i'm really appreciate for this 5 bab. hope so you'll continue it.. and hope so that this novel will publish soon
BEST 3X.
lama tunggu.
Post a Comment