Wednesday, October 16, 2013

Izinkan Aku Terus Mencintaimu Bab 51-70

Bab 51

 Dari jauh, Qhairul melontarkan senyuman kepada Zamree. Tengku Farid dan Wazir serta Roziah yang sedang menunggunya di salah sebuah meja di café luar hotel tersebut. “Nisha mana Rul?” tanya Zamree sebaik sahaja Qhairul melabuhkan punggung disalah sebuah kerusi di meja tersebut. “Dalam bilik, mungkin tengah tidur kot sebab aku call tadi dia tak jawab” walaupun terpaksa berbohong namun itulah jawapan terbaik yang harus diberinya waktu itu. “Baguslah, kita pun tak boleh nak bincang kalau dia ada” Sahut Tengku Farid pula. “Ok,untuk majlis hari jadinya malam tu hanya kita raikan dengan orang-orang kita sahaja termasuk pekerja-perkerja yang uruskan majlis malam tu. Siangnya nanti barulah majlis doa selamat yang akan dihadiri oleh semua penduduk kampung” Zamree menerangkan apa yang dirancangnya bila tiba di Melaka nanti. “Kau dah terfikir cara nak tidurkan Nisha sehingga pukul 8 malam” tanya Zamree pada Qhairul. “Tu dah aku prepare, aku dah dapat pil tidur tu, cuma pakaian macam mana Ku Farid, you ada masalah ke?” Qhairul memandang wajah Tengku Farid. “Bonda I dah sediakan, dia akan sampai petang tu dengan helikopter sebelum Maghrib. Dan untuk macam mana nak pasangkan baju tu dan kemaskan Nisha kita serahlah pada datin dan bonda nanti” Datin Roziah menganggukkan kepalanya. “Esok I cadang nak buat game sikit kat tepi pantai, you all boleh bagi idea apa game yang sesuai” Tengku Farid memberikan cadangannya. “Kalau main futsal macam mana, orang you dan driver Wazir boleh jadi team sebelah lawan team kita orang, Datin Rozi jadi refree macam mana?” Qhairul cepat memberi idea. “That good idea, kita main sebelah petang, pagi I nak bawa Hani dan mamanya round Lumut” Wazir kemudian bersuara. “No problem, you tolong belikan terus bola futsal untuk esok” pesan Qhairul pada Wazir. Selepas tamat perbincangan, Datuk Wazir dan isterinya terus melesapkan diri. Qhairul menghantar sms pada Nisha supaya turun ke Restoran Mutiara untuk makan malam. “Rul, Nisha tak nak makan ke?” tanya Zamree. “Aku dah sms, on the waylah tu” jawab Qhairul “Tu! panjang umur” tegur Zamree, Qhairul menoleh kemudian tersenyum. “Kat mana bang? Nisha dah lapar ni” “Jom” dari jauh, Tengku Farid sudah menunggu di meja makan restoran tersebut. Tengku Farid tersenyum kepada Nisha dan seperti biasa Nisha akan membalasnya dengan satu senyuman yang manis. “I already order food for us, kita tunggu ajelah” beritahu Tengku Farid sambil menarik kerusi di sebelahnya untuk Nisha. Beberapa minit, beberapa orang pelayan restoran menghantar makanan ke meja mereka.Dari jauh Wazir dan keluarganya muncul. Hani berlari mendapatkan Nisha. “Bilik Hani kat mana? Nak tidur dengan akak ke?” “Tak, bilik papa ada dua katil, Hani nak tidur bilik papa” “Tak nak tidur dengan akaklah ni?” “Akak takut ke? kalau takut ajak uncle-uncle ni tidur” Nisha tergelak. “Tu lagi buat akak takut” Semua lelaki-lelaki hebat di meja itu tergelak mendengar jawapan Nisha. Tanpa disedari kedatangan rombongan mereka ke hotel tersebut telah sampai ke pengetahuan pengurus hotel tersebut. Setelah dapat mengesan rombongan tersebut berada di Restoran Mutiara, dia terus ke situ untuk menemui tetamu terhormat yang sepatutnya mendapat sambutan sewaktu ketibaan mereka. “Excuse me Tengku Farid, datuk-datuk, I have just received information about your arrival here” Tegur Mr. Leo MD Blue Bay Resort ketika datang menemui mereka. “Does not matter, we have come not official business, just for holiday” balas Tengku Farid ketika menyambut tangan Mr.Leo. Lelaki itu kemudian turut bersalam dengan Qhairul, Zamree dan Wazir. Mr.Leo berbual sekejap dengan Tengku Farid dan semua yang ada di meja tersebut sebelum meminta diri untuk meninggalkan tempat tersebut. Setelah usai makan semua bersedia untuk bergerak meningalkan kafe tersebut. “Jom Nisha temankan abang jalan-jalan di pantai sekejap” Zamree terus meraih tangan Nisha kemudian melangkah keluar meninggalkan restoran tersebut. Seperti anak kecil Nisha membuntuti Zamree. Qhairul dan Tengku Farid cuma memandang tanpa berkata apa-apa sewaktu keduanya meninggalkan restoran itu. “Bilik abang tingkat berapa?” tanya Nisha sewaktu mereka telah sampai di tepi pantai Teluk Batik. “Tingkat 6, bilik 47 sebelah bilik Wazir” sahut Zamree kemudian tangannya terus merangkul bahu gadis itu. “Jom kita duduk kat situ” sambil mulutnya muncung menunjukkan ke arah sepohon pokok kelapa yang tumbang di tepi pantai tersebut. Nisha melangkah menuruti Zamree menuju ke arah yang dimaksudkan oleh lelaki itu. “Abang tak sangka Nisha pandai bersilat” Zamree memulakan perbualan. “Nisha belajar silat sejak berumur 8 tahun, Waktu tu Nisha berguru dengan Tok Guru Musa, ayah kepada Tok Guru Budin” jawab Nisha sambil melabuhkan punggung di sebelah Zamree yang sedang duduk di batang pokok kepala yang tumbang itu. “Berapa banyak silat yang Nisha dah belajar?” tanya Zamree ingin mengetahui lebih lanjut tantang dunia persilatan yang dikuasai oleh Nisha. “Semasa Nisha berguru dengan Tok Guru Musa dulu Nisha telah tamat memperlajari Silat Gerak Tepat Melaka dan Silat Sendeng Johor tapi dengan Tok Guru Budin Nisha belajar Silat Gayung, Silat Cekak dan Silat Lincah” Nisha menceritakan antara silat-silat yang pernah dipelajarinya. “Semasa pertandingan hari tu, Nisha bawa silat apa?” tanya Zamree mengingati semula tentang pertandingan silat semasa di Kedah. “Untuk persembahan individu tu Nisha bawa Silat Gayung Fatani, acara tempur dengan Laila tu silat Gerak Tepat Melaka” jawabnya sambil memandang wajah Zamree di sebelahnya. “Gayung Fatani, bunga silat tu cantiklah, abang suka sangat lihat persembahan Nisha hari tu” Tidak dapat dinafikan semasa Nisha mempersembahkan Silat Gayung Fatani hari itu, semua mata tertumpu pada persembahannya kerana Silat Gayung Fatani mempunyai bunga silat yang paling cantik berbanding bunga-bunga silat yang lain. “Nisha ambil masa dua tahun untuk menguasai bunga silat tu dari Tok Guru Musa” beritahu Nisha menceritakan pengalamannya. “Nisha boleh tunjukkan pada abang sekarang tak” “Sekarang?” “Ya, Sekarang” “Nisha buat sikit je tau tapi abang kena elak bila Nisha serang abang” “Ok, abang elak dengan tekwondo” sahut Zamree dengan penuh semangat. Nisha tergelak kemudian dia berdiri di depan Zamree lalu mengeluarkan bunga silat dengan pantas tangannya lantas menyerang Zamree. Zamree dengan pelbagai gaya cuba mengelak serangan Nisha. “Abang ni bersilat ke bertinju” tegur Nisha lalu tergelak sambil menekan perutnya. “Dua-dualah kot, abang cuma belajar taekwondo separuh jalan dan kat universiti dulu abang ikut kawan belajar karatedo, yang ni sebabnya taekwando dah kombine dengan karatedo,” jawab Zamree lalu turut tergelak. “Taekwando dengan karatedo jadi Taektedo..yelah tu” tambah Zamree kemudian terus ketawa lagi bersama Nisha “Abang ni lawaklah, dah..dah perut Nisha dah sakit ni” Nisha kembali duduk semula di sebelah Zamree. “Abang Qhairul pandai taekwandokan?” tiba-tiba Nisha teringatkan Qhairul “Abang Qhairul tu ada tali pinggang hitam” sahut Zamree. “Tapi Abang Qhairul nak belajar silat dengan Nisha” beritahu gadis itu pada Zamree. Zamree tergelak lagi. “Kalau macam tu abang pun nak belajar silat dengan Nisha” “Kalau nak berguru dengan Nisha, abang berdua kena penuhi dan lulus beberapa syarat” “Apa syarat-syarat tu?” “Sampai di Melaka nanti baru Nisha beritahu syarat-syaratnya” “Susah juga rupanya nak berguru dengan guru muda dan cantik macamni” usik Zamree, sambil tangannya memicit dan menarik hidung gadis tersebut. Nisha menepis dan membuka bunga silatnya. Tanpa mereka sedari, gelagat mereka diperhatikan oleh Qhairul yang sejak dari tadi duduk di sebuah kerusi di kafe luar hotel yang berhadapan Pantai Teluk Batik. “Nisha nak belajar kungfu, nak lawan Jet Lee, Nisha nak gabungkan kungfu dengan silat” “Kung Fu dengan Silat jadi Kung silat” Nisha pula melawak. Zamree memgeleng-gelengkan kepala sambil ketawa mendengar kata-kata Nisha. “Nisha ni serba-serbi ada, comel, pandai, manja, lucu sebab tu abang sayang sangat pada Nisha” ucap Zamree sambil merenung lama wajah gadis di sebelahnya. Nisha cepat-cepat memaling pandangannya ke lain,dia tidak berani menentang mata Zamree. Zamree merasa cukup bahagia sejak mengenali Nisha. Gadis itu membuatnya gembira, ketawa dan membuatnya rasa dihargai. Nisha menjadi penawar yang menyembuh luka di hati selama ini dan menjadi penghibur kesunyian. Nisha menjadi insan yang begitu penting dan paling rapat dengan dirinya. Dia gagal melawan perasaannya dari jatuh cinta pada gadis itu dan membohongi dirinya yang dia cuma menganggap gadis itu sebagai adik angkat untuk selamanya “Abang, Nisha hauslah, rasa nak minum air coca cola, jom kita ke kafe tu” Nisha menarik tangan Zamree menuju ke kafe yang dimaksudkan. Melihat Zamree dan Nisha menuju ke kafe itu, Qhairul terus beredar meninggalkan kafe tersebut. Lebih kurang 30 minit berada di kafe tersebut dan setelah berbual-bual sambil menghabiskan setin air coca cola Nisha meminta diri untuk kembali ke bilik. “Hampir pukul 12, Nisha dah mengantuklah bang, kita balik jom” Zamree tersenyum memandang wajah Nisha. “Ok sayang, jom” Zamree memimpin tangan Nisha sepanjang perjalanan menuju ke bilik. Zamree menghantar Nisha hingga ke depan pintu bilik. “Nisha! Abang rasa bahagia sangat bila bersama Nisha” “Nisha sayangkan abang” jawabnya lalu tersenyum. Zamree lama terdiam sambil menatap wajah Nisha tanpa berkelip. Kemudian kepala Nisha diraihnya dan dahi gadis itu dikucupnya agak lama. “Ok sayang, good night, sweet dream” ucapnya selepas melepaskan kucupan di dahi Nisha. “Selamat malam bang, assalammualaikum” “Assalammualaikum,. balasnya sambil tersenyum Masuk di bilik, Nisha terus masuk ke bilik air untuk membersih dirinya. Selepas itu dia menyapu losyen pada leher, tangan dan kaki, Nisha menyarungkan pijama tidur kain satin berwarna merah jambu. Dia telah menjamak solat isya’ dalam waktu maghrib petang tadi jadi Nisha mengambil keputusan untuk terus merebahkan dirinya di atas katil. Dari position kuak lentang Nisha bertukar kuak telungkup, tak sampai dua minit Nisha mula hanyut dibuai mimpi. Qhairul yang kegelisahan di bilik sebelah terus bangun dari katil lalu menghampiri pintu penghubung dua bilik tersebut. Dalam cahaya lampu yang terang menerang, sekujur tubuh sedang lena di atas katil. Qhairul merapati katil lalu duduk di birai katil tersebut. Wajah Nisha direnungnya tanpa berkelip, hampir dua jam gadis itu keluar bersama Zamree membuat dirinya resah dan gelisah. Sekarang dia langsung tidak boleh lagi berenggang lagi dengan Nisha. Pipi yang putih dan gebu itu diusapnya dengan perlahan-lahan. “Sayang dah tidur ke?” pipi gadis itu diciumnya perlahan. “Abang! tak tidur lagi ke?” Nisha terkejut melihat Qhairul duduk di sebelahnya. “Abang tak boleh tidurlah sayang, abang seksa bila sayang berada di luar dengan Zam tadi” Nisha tersenyum mendengar jawapan Qhairul. Dia kemudian bangun lalu duduk di atas katil. “Nisha cuma temankan Abang Zam berbual” “Abang tahu tu, abang tidur sini ya” Nisha cuma tersenyum kemudian menanggukkan kepalanya. Ini bukan kali pertama mereka tidur bersama tapi Qhairul seorang yang boleh dipercayai. Qhairul masih boleh mengawalnya nafsunya. Qhairul terus merebahkan tubuhnya di atas tilam. “Sayang, tidurlah” Nisha merebahkan tubuhnya di sebelah Qhairul. Nisha begitu menyenangi bauan hugo boss yang dipakai oleh Qhairul ketika itu. Renungan tajam mata Qhairul melumpuhkan seluruh urat sarafnya. “Sayang I love you” bisik lelaki itu perlahan-lahan ke telinganya. “I love you too” balas Nisha sambil tersenyum, kehangatan bibir lelaki itu mula terasa menyentuh kening, hidung, dahi, pipi dan akhirnya cuba mendarat ke bibir mungilnya. Perlahan-lahan tangannya menghalang bibir itu dengan segera menjarakkan tubuhnya dari lelaki itu. “Abang, sudahlah, nanti over power pulak, susah nak control” Qhairul tergelak menyedari perbuatan mereka sebentar tadi. “Abang pun masih ingat had limitnya, abang akan simpan untuk malam pertama kita nanti, itu janji abang pada diri sendiri” Qhairul tersenyum nakal kepadanya. Nisha tersenyum mendengar ikrar lelaki itu. “Mengatallah abang ni, dah jangan kacau, Nisha nak tidur” terus memalingkan tubuhnya membelakangkan lelaki itu. “Kalau abang kacau?” “Nisha lari tidur bilik sebelah” Qhairul terus tergelak mendengar jawapan Nisha, tanpa menghiraukan pelbagai ayat yang dibisikan Qhairul ke telinganya, Nisha terus lena menyulami mimpi-mimpu indahnya malam itu. Qhairul tersenyum merenung wajah comel gadis kesayangannya yang kini sedang lena diulit mimpi lantas tubuh langsing gadis itu didakapnya erat sehingga dirinya turut terlena mengulit kehangatan tubuh gadis itu. Tut..tut..tut…”bunyi apa bising ni?” tangannya meraba-raba mencari punya bunyi yang mengganggu tidurnya. Dengan mata yang sedikit terbuka, benda di tangan diperhatinya agak lama. “Ya Allah dah pukul 6, solat subuh” ketika hendak bangun terasa badan di belenggu sesuatu. Dia terlupa ada insan lain tidur di sisinya. Nisha perlahan-lahan mengalih tangan yang melingkari pinggangnya. Usai solat, Nisha mengejut Qhairul yang masih meniarap lena di atas katil. “Abang bangun, nanti terlepas waktu solat subuh” sambil tangannya mengerak-gerakkan tubuh lelaki tersebut. Dengan gaya yang agak malas, Qhairul mengalih position tubuh dari meniarap ke telentang lalu membuka matanya. “Sayang dah solat ke?” “Dah, abang cepat bangun, balik bilik sebelah, Nisha nak mandi ni” sambil menarik tangan lelaki itu supaya bangun berdiri. “Ok, mana pintu? dengan muka yang masih lagi memai Qhairul menuju ke pintu utama bilik. “Bukan pintu tu lah bang, sana” Sambil tergelak Nisha menolak tubuh Qhairul menuju ke pintu penghubung dua bilik tersebut. Setelah Qhairul keluar Nisha terus mengunci pintu tersebut kemudian mencapai tuala lalu menuju ke bilik air. Tengku Farid tersenyum melihat kemunculan Nisha yang kelihatan begitu dan cantik berseri-seri pagi itu. Tengku Farid menghubunginya pukul 7 tadi mengajak gadis itu bersarapan di restoran Mutiara. Beberapa kali Nisha menghubungi Qhairul untuk mengajaknya bersarapan sekali bersama Tengku Farid tetapi tiada jawapan jawapan. Akhirnya dia menghantar sms untuk memberitahu lelaki itu. Datuk Qhairul dan Datuk Zamree tak sarapan ke?” “Nisha dah cal tapi dia orang berdua tak angkat pon, masih tidur kot” beritahu Nisha pada Tengku Farid. “Dinda nak minum apa?” tanya Tengku Farid sambil tangannya menyerah kad menu ke tangan gadis itu. Nisha mengamati satu persatu menu yang tersenarai “Nasi goreng dan telur goreng mata kerbau, dan jus oren” kemudian dia menyerahkan semua kad menu kepada Tengku Farid. Seorang pelayan muncul mengambil pesanan. Tidak sampai 10 minit, pesanan sampai di atas meja. “Petang nanti kita ada game di pantai” beritahu Tengku Farid sewaktu mereka sedang menikmati sarapan. “Game apa?” tanya Nisha matanya tertumpu pada wajah Tengku Farid. Lelaki itu memang kacak putih, hidung mancung lebih-lebih bila lepas bercukur terdapat bekas jambang membiru di bahagian tepi pipinya. Berketinggian lebih kurang sama dengan Qhairul cuma rangka tubuh Qhairul lebih besar, sasa dan berotot kerana Qhairul seorang yang kerap bersenam di gim. “Futsal” jawab Tengku Farid pendek. “Main dengan siapa?”tanya Nisha sambil menghirup jus oren di depannya. “Orang-orang kanda dan driver Datuk Wazir satu team, kita satu team, datin jadi refree” Nisha tergelak mendengar penerangan Tengku Farid. “Hadiah lumayan ke?” Usik Nisha dengan gelaknya yang masih bersisa. “Lepas ni dinda temankan kanda keluar kita cari hadiah” Nisha mengangguk setuju dengan ajakan Tengku Farid. Orang-orang Tengku Farid sudah menunggu di kereta sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari lobi hotel. Semasa mereka singgah di salah sebuah pasaraya, Nisha mencari seluar dan kasut sukan yang sesuai untuknya bermain futsal petang nanti. Dia memilih sehelai seluar separuh lutut dan sepasang kasut sukan. “Nanti dinda jadi team leader pasukan kita ya” “Kanda jangan nak buat cerita, Nisha sorang je perempuan yang main mana boleh jadi team leader” Nisha mengarukan kepalanya yang tidak gatal. “Dinda kan dah ada pengalaman dengan UHG” sahut Tengku Farid pula. “Team tu lain, kami semua perempuan” jawab Nisha lagi. “Tak pa, kita main sama kita je, untuk suka-suka” “Tapi badan orang-orang kanda tu besar-besar seram Nisha tengok, boleh ke kita lawan dia orang tu” Tengku Farid tergelak mendengar jawapan Nisha. “Besar pun kalau tak pandai main, percayalah dia orang takkan berani main kasar” “Memanglah tak berani kasar sebab lawan bos sendiri” Nisha tergelak sendiri. Balik dari pasaranya mereka singgah di resort Teluk Batik, di situ berjual belbagai barangan cenderamata dari hasilan laut seperti kulit siput yang digubah menjadi hiasan yang sangat menarik. Baju batik dan baju-baju T yang dicetak dengan gambar dan perkataan Teluk Batik banyak dijual di situ. “Kanda, apa kata kita beli baju batik untuk hadiah futsal nanti” tanya Nisha pada Tengku Farid. “That good idea, dinda pilih 10 pasang, kita sedia hadiah untuk kedua-dua team, menang atau kalah dua-dua akan dapat hadiah” cadangan Tengku Farid turut dipersetujui oleh Nisha. “Team lawan tu Nisha rasa kena ambil saiz besar semua sebab, badan dia orang tu semua giant, team kita dan L dan XL,” selesai memilih, Tengku Farid menyuruh pekerja kedai membungkus pakaian tersebut dalam dua beg kertas yang berbeza. Selesai membayar dia terus menyerahkah bungkusan pakaian tersebut kepada pengawal peribadinya. Agak yang malang hari itu, keseronokan Tengku Farid dan Nisha ketika sedang melihat barang-barang cenderamata terganggu dengan kemunculan wartawan yang tiba-tiba menyerbu mereka berdua. Sebelum ini mereka memang menunggu kemunculan kedua-dua populariti itu di tempat umum kerana desas desus mengatakan Puteri Melayu Sejati adalah kekasih kepada Tengku Farid dan memang calon isteri yang telah disediakan oleh Puan Sri Faridah untuk putera tunggalnya. Status anak angkat cuma untuk menggaburi mata sesetengah orang. Ada pula sumber yang mengatakan Puteri Melayu Sejati menjalinkanhubungan cinta dengan dua orang tokoh korporat yang amat sangat hartawan dan terkenal. Tengku Farid dengan cepat menarik tangan Nisha lari menuju ke kereta. Orang-orangnya cuba menghalang wartawan dari mendekati Tengku Farid dan Nisha. Sebuah dari kereta wartawan terus mengejar kereta Tengku Farid hingga sampai ke Bue Bay Resort. “Kanda,nah! our futsal team jersey, pakai petang nanti ya” Tengku Farid tersenyum menerima baju T Teluk Batik yang diberikan Nisha padanya. “I do not think about this, thanks dinda” “Nisha ke bilik dululah ya” sambil tangannya membimbit beg plastik barangan yang dibelinya di pasaraya dan di resort Teluk Batik tadi. “Ok sayang, kita jumpa di restoran waktu lunch nanti” sahut Tengku Farid. “Ya, lepas solat Zohor” jawab Nisha pula sambil tersenyum kemudian dia berlalu meninggalkan Tengku Farid. Sampai di bilik Nisha terus melontar barangan di tangannya di atas katil. Sekilas dia menjerling jam Rolex di tangannya, “dah pukul hampir pukul 12” hati kecilnya berkata, kemudian dia melangkah menuju ke pintu penghubung bilik sebelah, dia terlupa membuka kunci pintu itu sewaktu keluar bersarapan dengan Tengku Farid pagi tadi. Tergerak hatinya untuk melihat aktiviti Qhairul di sebelah, sejak pagi tadi lelaki itu tidak menghubunginya dan membalas sms yang dihantarnya. Qhairul yang sedang duduk di sofa kelihatan begitu asyik mengadap skrin komputer ribanya tanpa memperdulikan Nisha menjergah masuk ke bilik itu. Nisha tersenyum sendiri bila menyedari sikap Qhairul yang tidak memperdulikan kemunculannya di bilik tersebut. “Merajuklah kot” hati kecilnya berbisik sendiri. Nisha terus mendekati Qhairul dan memeluk tengkuk lelaki itu dengan kedua-dua belah tangannya dari belakang lalu mencium pipinya. “Abang buat apa tu?” Qhairul tidak menjawab. “Abang merajuk kat Nisha ke?” Qhairul masih berdiam. Matanya masih tertumpu pada komputer riba di depannya. “Abang marah pada Nisha?” masih juga tiada jawapan. Pipi lelaki itu diciumnya lagi. “Kalau abang tak jawab soalan Nisha kali ni, Nisha nak keluar ajelah, nak jumpa Tengku Farid, dia ajak Nisha keluar lunch tengah hari ni” kolar baju T Qhairul diperbetulkannya. “Kenapa abang tak angkat fon dan balas sms Nisha tadi?” Nisha rasa itulah soalan terakhir darinya sebelum dia melangkah meninggalkan bilik itu. Kemudian Nisha terus membilang dengan suara yang agak kuat sampai nombor 5. Satu….dua….tiga….empat…..lima.. suasana terus sepi dan tiada juga jawapan. “Ok, Nisha pergi dululah ya, bye” terus tangan yang melingkari tengkuk lelaki itu mula dileraikannya. Nisha mula mengatur langkahnya untuk meninggalkan lelaki itu tapi belum sempat memulakan langkah pertama terasa tangannya diretap kasar oleh seseorang. “Nak tinggalkan abang lagi ke?” Nisha membalas renungan mata Qhairul yang kelihatan bersinar-sinar. “Abang merajuk dan marah pada Nishakan” sahut Nisha sambil matanya masih lagi membalas renungan mata Qhairul. “Siapa cakap abang marahkan sayang” tanyanya lagi. “Kenapa bila Nisha datang abang tak peduli, Nisha tanya abang tak jawab. Tu kan perbuatan orang yang tengah marah atau merajuk?” “Abang tak marah, abang tak merajuk tapi abang geram dan cemburu” balas Qhairul sambil mengetapkan bibirnya. “Nisha kan dah cal dan sms, kenapa tak angkat fon” tanya Nisha lagi. “Telefon abang tertinggal bawah bantal dalam bilik sebelah tu, bila abang nak pergi sebelah, pintu tu berkunci.Tu salah siapa?” jawab Qhairul menceritakan hal yang sebenar. Wajahnya masih serius. “Ya Allah, betul ke, tapi kenapa waktu Nisha cal tak dengar bunyi pun” “Semalam abang silentkan pon tu sebab tak nak diganggu oleh sesiapa” “Jom, kita tengok ada berapa banyak missed calls dan sms” Nisha terus menarik tangan Qhairul mengikutnya ke bilik sebelah. “Ada 24 missed calls dan 7 sms” mata Nisha terbeliak melihat apa yang tertera di atas skrin LCD telefon bimbit Qhairul. Qhairul terus duduk di birai katil lalu menarik Nisha duduk dalam pangkuannya. “Pergi mana pagi tadi dengan siapa?” “Tengku Farid ajak sarapan lepas tu temankan dia beli hadiah untuk game petang ni, Nisha pun ambil kesempatan beli barang sikit” sahutnya sambil tangannya melingkar di tengkuk lelaki itu. “Ada beli apa-apa untuk abang” sambil tangannya tangan terus memeluk erat pinggang ramping gadis itu. “Ada, baju T Teluk Batik, kita guna untuk game petang ni ya, abang cuba dulu muat tak” “Sayang beli saiz apa?” “XL”jawabnya ringkas. “Muatlah tu, lepas solat Zohor nanti baru kita keluar lunch” beritahu Qhairul kemudian dia terus mencium pipi gadis itu berkali-kali hingga Nisha geli geleman dibuatnya. “Abang, tadi kita orang terserempak dengan reporter di Teluk Batik. Mereka kejar kita orang sampai sini” beritahu Nisha tentang peristiwa bertembung dengan beberapa orang wartawan di Teluk Batik tadi. “Bererti petang ni abang jamin dia orang ada di resort ni, dah tak boleh nak elak lagi lah nampaknya”, Qhairul seperti sedang memikirkan sesuatu. Bab 52 Usai solat zohor dan menjamakkan solat asar, Nisha memakai baju T Teluk Batik berwarna merah dipadankan dengan seluar separuh lutut dan stoking serta kasut kasual yang juga bewarna merah. Rambut panjangnya diikat satu. Qhairul muncul dengan baju T Teluk Batik warna merah dan berseluar track berwarna hitam serta berkasut sukan. Cap di atas kepalanya dipusingnya ke belakang. Tali handycam digalasnya ke bahu. Tengku Farid, Zamree, Wazir dan keluarganya sedang menunggu di Restoran Mutiara. Nisha tersenyum melihat Tengku Farid juga menggunakan baju T Teluk Batik yang diberinya pagi tadi. Nisha dan Qhairul mengambil tempat duduk masing-masing. “Abang Zam, Abang Wazir! lepas ni tukar baju, guna jersey ni” Nisha menghulurkan baju T Teluk Batik yang dibawanya kepada kedua-dua lelaki tersebut. Tengku Farid tergelak melihat Zamree dan Wazir yang masih blur dengan arahan Nisha. “Ikut je arahan team leader” kata Qhairul sambil tersenyum memandang Zamree dan Wazir. “Minta tolong Kak Rozilah rakam perlawanan kita nanti” beritahu Qhairul sambil matanya memandang Datin Roziah. “Boleh, apa salahnya” jawab Roziah sambil tersenyum. Masing-masing melangkah keluar meninggalkan restoran Mutiara menuju ke tempat-tempat strategik untuk berehat dan berjalan-jalan di sekitar resort dan Pantai Teluk Batik sebelum perlawanan futsal yang akan bermula sejam lagi. Tengku Farid mengarah orang-orangnya menyediakan tempat yang sesuai untuk perlawanan futsal itu nanti. Tengku Farid dimaklumkan bahawa pihak hotel ada menyediakan kelengkapan untuk perlawanan futsal seperti pintu gol dan bola futsal. Lima belas minit sebelum perlawanan, kedua pasukan telah berada di tempat perlawanan. Keseragaman baju T yang disediakan oleh Nisha menambah kemeriahan perlawanan itu. “Ku Farid, Zam, Wazir jom kita ambil gambar dulu, mari Nisha” “Apa nama team kita ni bang” tanya Nisha sambil tergelak. “Entahlah, tapi abang rasa nama yang paling sesuai ialah ‘Nisha and The Boy Friends” beritahu Qhairul sambil tersengih. “Betul tu” jawab Datin Roziah sambil tergelak. Nisha juga turut tergelak. “Ada-adalah Abang Qhairul ni”. Masing-masing mengatur posisi yang sesuai ketika Datin Roziah mengambil gambar-gambar mereka. Nisha sentiasa menjadi rebutan ketiga-tiga lelaki itu yang masing-masing mahu Nisha berada di sebelahnya ketika gambar ditangkap. Setelah beberapa kali Datin Roziah mengambil gambar mereka berlima dengan pelbagai gaya akhir masing-masing mahu gambar berdua dengan Nisha. Tiga orang bererti tiga kali Nisha kena buat posing mengikut kehendak ketiga-tiga lelaki tersebut. Dengan Qhairul Nisha bersandar di dada lelaki itu ketika kedua-duanya sedang duduk dan tangan Qhairul memeluk pinggangnya. Bersama Zamree pula, Nisha berdiri dan berada dalam pelukan lelaki itu dan ketika bergambar dengan Tengku Farid, tubuh mereka berdua berdepan sambil Nisha melentok kepalanya di dada Tengku Farid dan lelaki itu memeluk pinggangnya. “Gambar ni kalau paparazzi yang tangkap, habis kau orang semua, mesti panas!” usik Datin Roziah sambil tergelak. “Abang Wazir tak nak ambil gambar dengan Kak Rozi ke, mari Nisha ambil” “Abang mana boleh kalah, ingat abang tak boleh posing lagi power ke, jom sayang kita buat di orang semua jelouse” sahut Wazir sambil menarik tangan isterinya. Wazir memeluk pinggang isterinya sambil mencium pipi isterinya, kemudian untuk gaya seterusnya Wazir mencempung tubuh isterinya kemudian Datin Roziah memeluk tengkuk suami lalu mencium pipi Datuk Wazir. Suasana gamat dan riuh dengan usikan ketiga-tiga lelaki tersebut. “Papa dan mama romantik habis, tu yang uncle-uncle cemburu tengok dia orang berdua tu” Hani tiba-tiba bersuara menambah keriuhan suasana ketika itu. Bunyi wisel kedengaran bila seorang pekerja hotel yang dipinjam oleh Tengku Farid untuk menjadi refree. Tanpa diduga perlawanan yang dianjurkan secara senyap oleh mereka menjadi perhatian para pekerja dan pengunjung resort tersebut, mungkin disebabkan keseksian dan ketampanan keempat-empat lelaki hebat dan bergaya tersebut atau seorang perempuan cantik yang menjadi team leader untuk team lelaki-lelaki hebat dan kacak tersebut.. “Hoi..main betul-betul, kalau kalah rugi, hadiah lumayan”jerit Nisha kepada pasukan lawan. “Puteri, abang Razak tak tahu sangat main futsal ni.”.Abang Razak pemandu Datuk Wazir membalas jeritan Nisha. “Bantai sajalah bang Razak, bukan susah tendang sampai masuk gol sudah” beritahu Wazir pada pemandunya. Setelah undian sepak mula, akhirnya team Nisha diberi peluang mendahului sepak mula untuk perlawanan tersebut. Wisel perlawanan pun dibunyikan.Nisha terus memberi bola pada Zamree yang paling dekat padanya , Zamree mendapat bola kemudian menberinya pada Qhairul dan dengan pantas Qhairul cuba menjaringkan gol dan akhirnya berjaya. Cewah gol pertama team Nisha berjaya dijaringkan 1-0. Bunyi tepukan kedengaran di sekitar padang perlawanan tersebut. Tiba giliran team lawan membawa bola, Nisha rasa seram hendak merebut bola di kaki orang-orang Tengku Farid, tapi kerana Nisha memang mempunyai skill untuk permainan itu mudah saja dia mencuri bola dari kaki pemain team lawan kemudian meleceknya dan menghantarnya pada Tengku Farid. Setelah mendapat bola lelaki itu terus mengawal bolanya dengan kaki kemudian menendangnya ke pintu gol untuk jaringan ke dua team tersebut 2-0. Dua orang pemain team lawan agak berpotensi kerana beberapa kali berjaya merampas bola dari kaki Wazir dan Zamree dan berjaya menyumbat satu gol 1-2. Setelah mendapatkan bola yang diberi oleh Qhairul, Nisha berjaya menjaring gol ketiga untuk pasukannya. 3-1 Namun selepas itu pasukan lawan mula membalas serangan dengan, menjaringkan satu gol lagi. Perlawanan yan berlangsung 15 minit sebelah akhirnya berhenti rehat. “Tak sangka pulak orang-orang you tu pandai jugak main futsal ingat dia orang cuma tahu jaga you” gurau Qhairul pada Tengku Farid.Tengku Farid tergelak mendengar kata-kata Qhairul. Nisha membawa tin minuman 100 plus di tangannya lalu melabuhkan punggung kemudian bersandar di belakang Qhairul.Tanpa memperdulikan kedua lelaki tersebut, Nisha meneguk minuman di tangannya. “Tak sangka hebat jugak di orang tu bang. silap hari” belum sempat Nisha menghabis ayatnya Qhairul berpaling lalu Nisha rebah di atas pasir. Qhairul tergelak air minuman di tangan Nisha tumpah di atas bajunya.Tengku Farid segera mengambil tin minuman di tangan Nisha lalu meneguk minuman itu hingga habis. “Jahatlah abang ni” lalu menumbuk bahu Qhairul. Nisha lantas bangun lalu menepuk-nepuk pasir yang melekat di bajunya.Wisel separuh masa kedua dibunyikan. Qhairul terus bangun berdiri kemudian menghulurkan tangannya pada Nisha. Tengku Farid dan yang lainnya mula bergerak ke padang perlawanan. Perlawanan yang berakhir pukul 5 petang itu memberi kemenangan 6-3 kepada team Nisha.Walaupun lelah tapi mereka begitu seronok. Aksi-aksi lucu sepanjang perlawanan menjadi bualan dan gelak ketawa mereka selepas perlawanan itu. Mereka menghabiskan masa dengan minum petang itu di café luar hotel tersebut. Datin Roziah menemani Hani bermain di playground. Qhairul sempat menjaringkan 2 gol dalam perlawanan tadi dan yang lainnya dijaringkan oleh Nisha,Tengku Farid dan Wazir. Tambahan pula di café petang itu ada artis jemputan ‘Alif Satar menyanyikan pelbagai lagu termasuk lagu ‘Lelaki Seperti Aku’ Nisha dan semua lelaki yang ada di meja tersebut tergelak dan geli hati mendengar lirik lagu tersebut. Keseronokan mereka terganggu bila tiba-tiba berkelipan cahaya camera paparazzi muncul menghampiri meja tersebut. Nisha jadi kaget. Para pengunjung lain di kafe tersebut turut sama memberi tumpuan dan hairan dengan kemunculan paparazzi tersebut. Orang-orang Tengku Farid turut bertindak menghalang paparazzi tersebut. Mereka terus berpecah cuba melarikan diri tapi paparazzi terus menghalang pergerakan mereka. Paparazi terus mengejar Qhairul dan Nisha yang cuba melarikan diri dari situ, ada yang menyerbu Tengku Farid dan Zamree. “Datuk, kami cuma nak tanya satu soalan, siapa kekasih sebenar puteri?” “Saya takda jawapan untuk soalan itu, kami berempat berkawan baik dan saling menghormati” Qhairul dan Nisha terus berjalan laju meninggal paparazzi tersebut. “Adakah Tengku Farid berada dalam persaingan merebut cinta Puteri Melayu Sejati”, “Saya dan puteri bersahabat baik dan puteri anak angkat bonda saya, tu saja saya minta diri dulu” jawab Tengku Farid kemudian berlalu pergi. “Datuk Zamree, dengar cerita datuk pun meminati puteri, betul ke?” “Dia adik angkat saya dan saya sangat sayangkan dia, saya harap jawapan saya telah memuaskan hati” Dengan langkah yang laju Zamree meninggalkan wartawan tersebut yang masih lagi terpingga-pingga kerana tidak puas hati dengan semua jawapan yang diberi. Zamree berdegus melihat gelagat wartawan yang tiba-tiba mengganggu keseronokan mereka petang itu. Seorang lelaki asyik memandang wanita itu membuai ayunan seorang gadis kecil sambil gelak ketawanya kedengaran hingga ke telinga lelaki tersebut. “Kuat lagilah mama” jerit Hani. “Dah cukup kuat ni, mama tak larat lagi lah sayang, jom kita main mainan yang lain pulak” tangannya memberhentikan buaian yang sedang menghayunkan Hani. Roziah memimpin tangan gadis kecil itu menuju ke alat permainan yang lain. Sejak kebelakangan ini, Roziah sering merasa tidak sihat badan, cepat lelah dan dan kepalanya sering berasa pening. Tengah hari tadi Datuk Wazir menyedari kesihatan isterinya yang tidak berapa elok sejak kebelakangan ini telah mencadangkan mereka ke klinik malam nanti. “Sayang main di situ ,jangan pergi jauh-jauh tau, mama nak duduk berehat kat sini je” Roziah tersenyum melihat gelagat Hani yang sedang bermain alat gelongsor. Datuk Wazir yang turut lari dari wartawan pergi mendapat isteri dan anaknya yang sedang berada di tapak permainan kanak-kanak itu. “Hai sayang, Hani mana?” Wazir melabuhkan punggung di sebelah isterinya kemudian memeluk bahu isterinya. “Tu, masih seronok bermain” jawab Rozi sambil memuncungkan mulutnya ke arah Hani yang tersengih memandang ke arah papa dan mamanya. “Hai papa, mama”Hani berlari mendapat kedua orang tuanya. “Dah puas ke, jom kita balik ke hotel” Wazir menegur anak gadisnya. “Ok tapi Hani nak makan aiskrimlah papa” gadis kecil itu merengek manja. “Ok, papa pergi beli, Hani tunggu sini dengan mama ya” beritahu Wazir pada isterinya. “Ok papa, Hani nak aiskrim moo”pesan Hani sambil menjerit. Wazir melangkah meninggalkan isteri dan anaknya. “Hai! Rozi apa khabar?” mata yang dari tadi asyik memerhati Roziah memberanikan diri menghampiri dan menegur wanita itu. Roziah lantas berpaling dan cuba mengenal pasti wajah dan suara yang menegurnya. Lama mereka saling berpandangan barulah Roziah benar-benar pasti. “Baik, awak..”agak terketar-ketar suara Roziah menjawab teguran lelaki itu.Walaupun sudah 8 tahun mereka berpisah dan tidak pernah berjumpa selepas itu namun Roziah masih boleh mengecam wajah lelaki itu. “Hisyam..awak apa khabar?” Roziah memberanikan diri menegur lelaki itu. “Sihat, macam awak lihat sekarang, saya nampak awak bahagia sekarang, tadi tu suami awak ya dan yang comel ni tentu anak kamu berdua?” sikapnya masih ramah seperti dulu. “Ya, ni Camalia Hani, salam uncle sayang” Roziah cuba menceriakan suasana walaupun hatinya ketika itu dibendung pelbagai rasa. “Datang bercuti ke?” “Ya, ikut rombongan, mana keluarga awak”.tanya Roziah ambil matanya memandang Wazir yang sedang menuju ke arah mereka. “Saya tak bawa keluarga sebab mewaliki syarikat untuk seminar keusahawanan”. “Hai sayang siapa ni?” Wazir terus menegur mereka. “Hisyam kawan lama Rozi, kenalkan suami saya Datuk Wazir Harris” Rozi memperkenalkan suaminya kepada Hisyam. Wazir menghulurkan tangannya kepada Hisyam, Hisyam menyambut dengan senyuman yang terukir di bibirnya. Razak tiba-tiba muncul di situ. “Datuk kata nak bawa datin ke klinik malam ni, jadi ke” Abang Razak yang tiba-tiba muncul terus bertanya kepada majikannya. “Tunggu lepas mahgrib, kami nak mandi dan solat maghrib dululah bang Razak”sahut Datuk Wazir. “Ok, Encik Hisyam kami minta diri dulu assalammualaikum” Datuk Wazir meraih tangan isterinya kemudian berlalu meninggalkan Hisyam yang masih tercegat di situ. Roziah Aznin, namanya yang tak pernah padam dalam ingatannya. Sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang akhirnya mereka jatuh cinta dan mengikat tali pertunangan tapi kesilapan Hisyam yang menodai kesucian cinta mereka apabila Hisyam ditangkap basah dengan sepupunya sendiri dan dipaksa berkahwin dengan sepupunya. Lapan tahun berpisah dengan wanita itu namun cintanya tak pernah pudar padanya. Perkahwinannya dengan Rohani sepupunya tidak berdasarkan cinta dan Hisyam tidak pernah bahagia dengan perkahwinan itu dan hingga kini mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Dia cemburu melihat kebahagian gadis yang telah dikecewakannya dulu, ditinggal tanpa sebarang alasan sehingga ibu wanita itu jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia kerana tidak dapat menerima kenyataan bila tiba-tiba pertunangan anaknya diputuskan. Rupa-rupanya Roziah menemui kehidupan yang lebih baik setelah dikecewakan olehnya. Kini wanita itu menjadi isteri dan bergelar datin kepada seorang lelaki kaya yang berstatus seorang datuk dan telah dikurniakan seorang anak. Lelaki itu nampak begitu menyayangi isterinya. Dan memang benar, Roziah sudah mula menyintai suami begitu juga Wazir, cinta pada isteri sudah berputik kerana layanan baik wanita itu pada dirinya dan kasih sayang yang tidak berbelah baginya pada Camalia Hani anaknya. Wazir membawa Roziah ke sebuah klinik swasta yang yang terletak di Pekan Manjung. Setelah membuat beberapa pemeriksaan termasuk pemeriksaan air kencing, Wazir dan Roziah yang berada di bilik pemeriksaan masih menunggu hasil pemeriksaan doktor sementara Hani ditemani oleh Abang Razak duduk ruangan menunggu di luar bilik doktor. Doktor wanita India yang bernama Karmala muncul menemui Wazir dan Rozita yang dari tadi menunggu keputusan doktor tersebut. “When the last date of menstruation?” Roziah memberitahu Doktor Karmala bahawa dia hampir dua bulan sejak tarikh yang diberitahunya dia lagi tidak datang haid. “Congratulations,You’re pregnant already in two month” “What, are you sure doktor” tanya Wazir agak terkejut mendengar kata-kata doktor Karmala. “Yes I am sure” jawab Doktor Karmala sambil tersenyum. Roziah turut tersenyum mendengar jawapan Doktor Karmala tapi orang yang paling gembira dan excited adalah suaminya. “Thanks dear because provide another child for me” Roziah tersenyum dan bersyukur melihat kegembiraan suaminya. “Can know the gender doktor?” “Belum lagi, kena tunggu sebulan dua lagi baru boleh tengok jantina” balas Doktor Karmala. Hani turut gembira bila mendengar berita mamanya mengandung. “Mesti baby boy kan mama?” “Insyaallah sayang, kita sama-sama doa supaya dapat dapat adik baby boy ya” jawab Roziah sambil membelai rambut anak tirinya. Jelas terbayang kegembiraan di wajah gadis kecil itu. Balik di hotel, Roziah dan Hani terus balik ke bilik sementara Wazir menemui Qhairul dan Zamree yang sedang menunggu di cafe.Wajah ceria Wazir tidak dapat disembunyikan. “Kau nampak happy malam ni Zir, ni mesti ada good news ni?” tanya Qhairul sambil menjerling Zamree di sebelahnya. “Yes, sebab seorang lagi keturunan aku akan muncul tidak lama lagi” “Maksud kau anak?” “Ya, Rozi pregnant dan aku harap kali ni baby boy” “Really, congratulations patut pun kau tersenyum macam kerang busuk je dari tadi” usik Zamree. ‘Mana isteri kau?”Tanya Qhairul “Dia dah balik hotel dengan Hani” jawab Wazir. “Nisha mana?” tanya Wazir bila tidak nampak wajah gadis itu bersama mereka. “Lepas makan tadi dia terus ke bilik, mungkin letih sangat sebab game petang tadi kot” beritahu Qhairul. “Tengku Farid?”. “Pun sama” jawab Zamree “Esok kita bertolak pukul berapa?”tanya Wazir lagi “Lepas breakfast kot, kita singgah Seremban lunch di sana” jawab Qhairul. “Aku masuk bilik dulu Rul, Zir. Mata aku ni mengantuk dan badan letih sangat ni” Zamree tiba-tiba bersuara.Qhairul dan Wazir cuma tersenyum memandang Zamree. “Gara-gara futsal petang tadilah ni” sambung Zamree lagi kemudian terus berlalu pergi. “Macam mana kau sekarang rul? ”Qhairul seperti tidak faham dengan soalan Wazir. “Macam mana apa?”soal Qhairul “Nisha?” Qhairul tersenyum, “Nisha terima kau dan sekarang kau berdua pasangan kekasihkan, saling mencintai” duga Wazir lagi. “Macam mana kau tahu?” “Kau berdua tak boleh sembunyikan dari aku, kau beruntung kerana Nisha pilih kau dan aku harap kau berdua bahagia sampai bila-bila” “Kalau boleh sekarang aku nak Nisha jadi isteri aku, tapi kalau aku nikah dengan Nisha dalam saat terdekat ni satu Malaysia akan kecoh” Wazir tergelak mendengar pengakuan Qhairul. “Cinta memang gila Rul, satu anugerah tuhan yang kita manusia tidak boleh menduga. Kalau dah jodoh kau dengan Nisha umur tu perkara kedua, kalau kau lepaskan dia beribu yang menanti peluang dan akhirnya kau yang akan menyesal” nasihat seorang sahabat untuk sahabat. “Aku tak pernah terfikir untuk lepas Nisha malah Nisha akan tetap jadi milik aku walau sehebat mana halangan yang cuma memisahkan kami. Nisha nyawa aku Zir, sekarang tidak ada benda lain yang lebih bernilai dalam hidup aku selain Nisha” balas Qhairul dengan nada yang serius. “Aku dah agak, kalau seorang kasanova dah jatuh cinta dia sanggup mati demi cintanya” usik Wazir sambil tersenyum memandang wajah sahabatnya. “Nisha terlalu perfect pada aku, cantik, bijak, manja, nakal kalau Nisha tak ada aku tak boleh bernafas, tak lengkap kehidupan aku dalam sehari kalau tak nampak wajah atau dengar suaranya” “Kalau aku di tempat kau pun mungkin aku akan merasa perkara yang sama, Nisha adalah gadis impian semua lelaki, tak ada lelaki yang tidak terpikat padanya. Aku beritahu jujur pada kau, aku pun jatuh cinta padanya sejak pertama kali aku jumpa dia malam tu tapi aku kena terima hakikat bahawa dia tak mungkin pilih aku kerana pesaing semua lelaki yang hebat dan masih teruna. Baik aku tarik diri lebih awal sebelum aku terus merana dan aku bersyukur sebab dapat kakak angkat dia yang terlalu baik dengan aku dan Hani, dan aku boleh jadi abang angkat dan rapat dengan dia juga. Kemesraan yang akan kekal sampai bila-bila. Kaulah lelaki yang bertuah yang berjaya memiliki hatinya” ujar Wazir meluahkan apa yang ada di hatinya. “Thanks Zir, aku doakan kau berjaya bina keluarga yang bahagia. Roziah juga adalah sebahagian dari kehidupan Nisha.” Wazir menganggukkan kepalanya. “Ok Zir, aku pun dah mengantuk ni, dah hampir pukul 12 jom kita balik” Kedua lelaki tersebut melangkah seriring menuju ke bilik hotel masing-masing. Nisha sudah lama diulit mimpi, Qhairul mendekati gadis itu lalu mencium pipinya. Perlahan-lahan dia merebahkan tubuh di sebelah gadis itu dan tanpa permit dia terus mendakap tubuh gadis itu hingga ke pagi. Hisyam dan beberapa orang temannya termasuk peserta-peserta seminar yang lain sedang menikmati sarapan di sebuah meja di restoran Mutiara. Mereka ralit dan terpegun ketika melihat kemunculan seorang gadis yang sedang melangkah masuk ke dalam restoran tersebut. Pandangan mereka mereka tidak berkelip, cukup terpesona dengan kecantikan gadis itu. “Fuhh…siapa awek tu syam” kata salah seorang teman semeja Hisyam. Perasaan mereka kecewa bila seorang lelaki datang menyaingi langkah gadis tersebut lalu terus meraih dan mengenggam erat tangannya kemudian sama-sama melangkah menuju ke sebuah meja dalam Restoran tersebut. Tiga orang lelaki muda dan kacak dan seorang wanita dengan anaknya sedang menunggu di meja tersebut. Hisyam seakan-akan mengenali wajah-wajah lelaki yang berada di meja tersebut selain dari Roziah dan suaminya yang baru dikenalinya semalam. Setelah lama cuba mengingati wajah-wajah tersebut barulah dia boleh mengenalpasti lelaki-lelaki tersebut. Dia selalu membaca etikal-etikal tentang lelaki-lelaki tersebut dalam majalah bisness world. “Man, kalau tak silap mata aku tu Datuk Qhairul Azamin dan sepupunya Datuk Zamree Azim, bissnesman yang billionaire tukan? Seorang lagi tu kalau tak silap bakal Putera Mahkota Tengku Farid?” tanya Hisyam pada kawannya yang bernama Sulaiman salah seorang peserta seminar uang turut menikmati sarapan pagi di restoran tersebut.. “Betullah tu, kau tak tengok ke bodyguard yang berdiri dekat pintu tu. Empat orang lelaki tu yang mengiringi dia masuk ke sini tadi, yang dua orang tu memanglah billionaire tu, muka-muka familier yang selalu muncul dalam majalah dan akhbar mana boleh nak sembunyi” balas Sulaiman pula. “Jadi perempuan cantik tu..” belum habis Hisyam meneruskan ayatnya, Ramli di sebelahnya menyampuk sambil berbisik. “Kalau kau nak tahu tu lah Puteri MS, cantikkan, macam bidadari. Tiga lelaki tulah yang sedang hangat digossipkan dengan Puteri MS tu” “Persaingan yang hebat, tiga-tiga lelaki tu muda, kacak, berharta,dan berpengaruh. Payah jugak rasanya Puteri MS tu nak pilih” tambah Sulaiman lagi. “Memang neutral beauty, macam bidadari. Patutlah ketiga-tiga lelaki tu berebut dengan perempuan ni. Sebelum ni aku dengar cerita dia orang bertiga bergaduh besar rebutankan puteri tu tapi lepas tu dia orang berbaik semula atas permintaan puteri tu jugak” celah Ramli menambah lagi cerita rakan-rakannya. “Mana kau dapat cerita ni” Tanya Hisyam pada Sulaiman “Sepupu aku kerja di PJ Holding, dia yang cerita pada aku” balas Sulaiman. ‘Oh, mungkin inilah rombongan yang dia maksudkan oleh Rozi. Bererti kehidupan Roziah sekarang jauh berbeza dari dulu, teman-teman sekelilingnya sekarang adalah golongan-golongan korporat dan para hartawan” bisik hati kecil Hisyam pula. Suasana di meja rombongan tersebut kelihatan begitu ceria sekali. Sesekali diselangi dengan gelak ketawa. “Akak, dalam perut mama ni ada baby, adik Hani” Nisha agak terkejut mendengar kata-kata Hani. “Betulkah kak, berapa bulan?” “Masuk dua bulan”jawab Roziah sambil tersenyum. “Harap-haraplah adik Hani nanti baby boy ya” balas Nisha “Tu yang papanya happy giler tu, excited sangat nak dapat baby boy” sahut Qhairul sambil tersenyum. Tengku Farid turut terkejut mendengar berita itu. “Congratulations Datin, Datuk” ucap Tengku Farid sambil tersenyum pada Datin Roziah. Nisha melihat sarapan yang terhidang di atas meja. Di depan terhidang bubur nasi ayam. Dia menoleh ke arah Tengku Farid di sebelahnya. Lelaki itu menikmati sajian yang lain dari yang lain. “Kanda makan apa tu?” Tanya Nisha ingin tahu. “Bubur pulut hitam” jawab Tengku Farid selamba. “Sedap ke?”tanyanya lagi ingin tahu. “Sedap! Dinda nak rasa ke?” Nisha menganggukkan kepalanya. “Dinda rasa yang kanda ni dulu, kalau sedap nanti minta pada waitrees tu” Tengku Farid menyuakan sesudu bubur pulut hitam tersebut ke mulut Nisha. Walaupun agak kekok, Nisha membuka mulutnya dan kemudian cuba menikmati rasa bubur tersebut. Cuba dinikmatinya rasa bubur itu kemudian bersuara “Manis..tak naklah, Nisha ingatkan masin tadi” beritahunya sambil menggelengkan kepala. Tengku Farid tersenyum lalu terus menikmati dan menghabiskan bubur pulut hitamnya. “Nisha makan bubur nasi ayam ni kalau tak suka yang manis” Qhairul tiba-tiba mencelah. “Nisha nak air Milo abang boleh?, tak nak air susu ni” beritahunya lalu menolak cawan di depannya. Qhairul terus memberi cawan air milo miliknya yang sudah separuh di minumnya kepada Nisha. “Abang Zam, minta sikit roti abang tu, Nisha tengok macam sedap je” Matanya tertumpu pula pada roti bakar yang ada di tangan Zamree. Zamree tersenyum lalu menghulurkan roti yang tinggal separuh di tangannya pada Nisha. Nisha mengunyah lalu menghabiskan roti tersebut. Kemudian dia menghabiskan bubur dalam mangkuk di hadapannya. Kelakuan Nisha agak aneh pada pagi itu, Qhairul merenung wajah Nisha untuk cuba membaca apa yang sedang bergolak dalam jiwa gadis itu. Kelakuan aneh seolah-olah cuba mendapat perhatian yang lebih dari mereka bertiga. “Nisha sihat ke tak ni?” Tanya Qhairul sambil mengusap bahu gadis itu perlahan-lahan. “Nisha tak apa-apalah bang, Nisha sihat usah risau”Jawabnya sambil tersenyum. Qhairul turut tersenyum,lega mendengar jawapan Nisha. “Kanda, lepas ni kita nak ke mana pulak?” tanya Nisha setelah selesai menikmati sarapannya. “Negeri Sembilan, kita tidur di situ semalam, lepas solat Jumaat tengah hari esok lepas lunch kita ke Melaka” jawab Tengku Farid sambil menjerling Zamree di sebelahnya. Berbunga keriangan di wajah Nisha bila mendengar nama Melaka disebut. “Nisha nak buat satu permintaan hari ini boleh tak?” Nisha memandang Tengku Farid yang sedang meneguk air coklat panasnya di sebelahnya. “Dinda nak minta apa?” tanya Tengku Farid sambil matanya menatap wajah comel itu dengan pandangan yang tak berkelip. “Tolong bawa Nisha singgah mana-mana rumah anak yatim yang kita lalui sepanjang perjalanan nanti” Tengku Farid terdiam seketika seperti sedang memikirkan sesuatu kemudian menganggukkan kepalanya. “Thanks kanda, jasamu dikenang” sempat Nisha berseloroh.Tengku Farid kemudian tergelak. “Nisha..kalau nak singgah rumah anak-anak yatim kena bawa sesuatu untuk mereka di situ” Qhairul yang turut mendengar kata-kata Nisha tadi kemudian bersuara. “Nisha pun ada terfikirkan benda tu, tapi tak apa Nisha bagi duit je” “Tak apalah..,nanti kita singgah mana-mana kedai kita beli barang untuk mereka” sambung Qhairul lagi. Nisha tersenyum dan menganggukkan kepalanya menyetujui cadangan Qhairul. Sepanjang perjalanan menuju ke Seremban Nisha tidak banyak bercakap, Qhairul yang berada di sebelahnya asyik tidur sepanjang perjalanan. Nisha melontarkan pandangan jauh sambil memerhati kereta yang memotong perjalanan mereka. Rata-rata kenderaan yang bergerak di lebuh raya tersebut melepasi had laju yang ditetapkan. Terutama bas-bas ekspress, berderau darah Nisha bila sebuah bas ekspress memotong laju kenderaan mereka, tapi kenapa perasaan Nisha tidak sedap bila teringatkan bas yang baru saja memotong kenderaan mereka tadi. “Kanda, boleh suruh orang kanda tu drive slow sikit tak, Nisha rasa macam ada yang tak kena kat depan jalan tu, suruh dia jangan potong mana-mana kereta lain dulu” Nisha memberitahu Tengku Farid yang duduk di depannya. Tanpa membantah Tengku Farid bercakap dengan pegawal peribadinya yang memandu ketika itu supaya memperlahankan pemanduan. Wazir turut memperlahankan pemanduannya bila dua buah mpv Mercedes di depannya bergerak agak perlahan. Selang beberapa minit, dalam jarak lebih kurang 100 meter, beberapa buah kenderaan berhenti di bahu jalan lebuh raya tersebut. Qhairul yang terbangun di sebelahnya memandang wajah Nisha. “Kenapa?” tanya Qhairul “Entahlah, kemalangan kot?” jawab Nisha. Bas yang memotong kenderaan mereka tadi kelihatan melintang di tengah jalan. Tiga buah kereta yang dilaporkan tidak dapat mengelak bas yang bergerak laju lalu bertembung dengan bas tersebut. Mujur ada sedikit laluan yang boleh digunakan untuk melepasi tempat kejadian tersebut. Setelah melepasi kawasan kejadian Tengku Farid mengarahkan pemandunya memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan. Dua lagi kenderaan rombongan tersebut yang bergerak secara konvoi tadi berhenti di tempat yang sama. Semua keluar dari kenderaan untuk melihat kejadian tersebut dan memberi batuan setakat yang mampu. Tiga kereta berada dalam keadaan yang remuk dengan pemandu dan penumpangnya cedera parah. Tengku Farid mendail telefon bimbitnya seperti menghubungi sesuatu. Nisha yang berada di belakang Tengku Farid cuba untuk melihat kejadian itu tapi dia sebenarnya paling takut melihat darah. Qhairul mengambil kesempatan merakam kejadian itu dengan handycamnya. Datuk Wazir tidak membenarkan Roziah dan Hani keluar dari kenderaan kerana bimbang isteri dan anaknya tidak dapat menyaksikan kejadian ngeri itu. Penumpang tidak ramai dalam bas, tapi kebanyakan yang mengalami kecederaan ringan sudah keluar dan yang parah masih lagi berada dalam bas. Polis, ambulan, bomba dan pasukan penyelamat yang lain mulai muncul di tempat kejadian. Seorang lelaki yang cedera parah dikeluarkan dari kereta dan mungkin telah meninggal dunia. Darah kelihatan membuak-buak keluar dari kepala dan badan mangsa tersebut. Nisha cuba kembali semula ke kereta bila dia merasakan dirinya tidak boleh terus berada di situ, tekaknya mulai mual dan kepalanya mula pening, pandangan mata mulai kabur dan akhirnya gelap. “Tengku, puteri tu kenapa?” pengawal peribadi Tengku Farid tiba-tiba bersuara bila dia terpandang Nisha tiba-tiba rebah” “Ya Allah Nisha” Tengku Farid terus menerpa ke arah Nisha yang sudah rebah. Zamree turut terdengar suara pengawal peribadi Tengku Farid menegur keadaan Nisha terus menoleh. “I lupa, Nisha tak boleh tengok darah yang banyak” beritahu Tengku Farid kemudian terus tangannya mencempung tubuh Nisha lalu membawanya masuk dalam kereta. Kerusi di rebahkan bagi keselesaan tubuh itu berbaring. “Kenapa Nisha?”Qhairul kemudian muncul. “Dia pengsan mungkin sebab tengok darah yang banyak tadi” jawab Tengku Farid. “Nisha, bangun sayang” tubuh gadis itu digoyang dengan perlahan-lahan. Tubuh kecil itu mula bergerak dan membukakan matanya. “Are you ok dinda” tanya Tengku Farid sambil tersenyum. “Nisha rasa nak pengsan tadi” “Bukan rasa, dah pengsan pun” jawab Qhairul tergelak dengan jawapan sendiri. Tengku Farid dan Zamree juga turut tergelak. “Macam mana Ku Farid, kita terus je perjalanan kita, nanti terlewat pulak kita sampai ke Seremban. Qhairul terus memanggil Wazir lalu memberi isyarat untuk mereka meneruskan perjalanan. Tiga buah kenderaan mewah tersebut mula bergerak beriringan meninggalkan tempat kejadian tersebut. “Macam mana bas tu boleh melintang di tengah-tengah jalan macam tu” Zamree mula bersuara. “Laju dan lost control, lepas tu semua kereta yang rempuh bas tu pun laju dan tak boleh nak elak last minit”beritahu Tengku Farid berdasarkan cerita yang didengarnya daripada beberapa orang saksi yang melihat kejadian kemalangan tersebut. Tengku Farid tiba-tiba teringatkan Nisha. “Macam mana dinda boleh tahu apa yang nak berlaku tadi” Tengku Farid menoleh Nisha yang duduk di belakangnya bersama Qhairul. “Nisha rasa tak sedap hati waktu bas tu potong kita, entahlah nampak lain macam je” sahut Nisha seperti memikirkan sesuatu. “Kalau kita potong kereta-kereta tu tadi mungkin kita yang berada di tempat tu sekarang” balas Tengku Farid lagi. “Syukurlah sebab Nisha beritahu kanda supaya suruh driver kita perlahankan pemanduan” tambah Tengku Farid lagi. “Allah masih nak tolong dan selamatkan kita semua” sambung Nisha lagi. “Ya, Alhamdulillah, kalau tak tentu kita lambat atau mungkin tak sampai Melaka langsung” Qhairul membetulkan semula penyandar kerusinya. Nisha pula merebahkan penyadar kerusinya dan kemudian merebahkan tubuhnya. Tidak sampai 5 minit, Nisha terus terlena. Qhairul kemudian menekan-nekan-nekan butang handycamnya, lensa ditumpukan pada gadis di sebelahnya. Qhairul mengejutkan Nisha apabila Tengku Farid memberitahu pembantu supaya memberhentikan kereta di sebuah pasaraya di Seremban. Qhairul menemani Nisha membeli beberapa jenis barang terutama barangan makanan. Zamree dan Tengku Farid bertindak mendapat maklumat tentang rumah anak-anak yatim di bandar tersebut itu dan selepas makan tengah hari mereka mula bergerak menuju ke rumah anak-anak yatim tersebut. Rumah anak-anak yatim Al Wakaf, kebetulan petang itu dalam pukul 3 semua penghuni rumah anak-anak yatim berada di rumah tersebut. Kehadiran mereka petang itu disambut gembira oleh penghuni rumah tersebut yang seramai lebih kurang 30 orang yang rata-ratanya terdiri dari kanak-kanak perempuan berusia 1 tahun hingga 15 tahun ke bawah termasuk 3 orang penjaganya. Nisha menghulurkan barangan yang dibawanya kemudian memberi sedekah wang sebanyak RM50 kepada setiap anak yatim dan RM3500 kepada rumah anak-anak yatim tersebut. Sudah menjadi niat Nisha sebelum ini untuk memberi sumbangan dari hasil titik peluhnya dari gaji pertama kepada anak-anak yatim. Sewaktu perjalanan balik dari rumah anak-anak yatim, Nisha sempat menceritakan perasaannya kepada ketiga lelaki yang bersamanya dalam kereta mpv sewaktu menuju ke hotel untuk penginapan mereka malam itu. “Kalau Nisha ada rumahkan bang, Nisha akan jemput anak-anak yatim untuk datang beraya ke rumah Nisha pada setiap hari raya. Nisha tahu bagaimana perasaan mereka bila tiba hari raya kerana Nisha pernah alami sendiri. Nisha tak pernah rasa dapat pakai baju baru, Nisha tak dapat cium tangan ibu dan ayah. Nisha tak dapat makan sedap-sedap macam kanak-kanak yang lain yang masih ada ibu bapa. Apa yang Nisha buat setiap pagi hari raya adalah duduk dan menangis di kubur ibu. Nisha cuma dapat kesihan dari jiran-jiran yang panggil Nisha ke rumah dan berikan makanan untuk Nisha” Cerita gadis itu dengan mata-mata yang berkaca sambil dadanya menahan sebak. “Mak cik Nisha tak sediakan semua tu?” tanya Zamree dengan nada suara yang begitu simpati. “Tak, setiap tahun dua hari sebelum hari raya dia akan balik rumah keluarganya di Johor dan beraya di situ selama seminggu.Nisha akan tinggal dengan ayah yang kadang kala balik dan kadang kala tidak”jawab Nisha sambil menyekang air mata yang mula gugur di pipinya yang putih dan gebu itu. “Macam mana Nisha makan?” tanya Qhairul hatinya cukup pilu melihat wajah Nisha. “Kalau ada jiran yang simpati dengan Nisha, adalah dia orang hantarkan lauk atau nasi dengan Nisha. Kalau tak kena puasalah dua tiga hari. Nisha tahu jugak masak nasi tapi kadang-kadang makcik tak tinggalkan beras atau apa-apa bahan yang boleh dimasak di rumahya. Dia habiskan semua sebelum meninggalkan rumah” beritahu Nisha mencerita keadaan sebenar. Bukan untuk meraih simpati cuma untuk melapangkan dadanya supaya tidak terlalu sebak. “Ayah Nisha dah tak kisah dan tak laparke kalau tak makan?”tanya Qhairul lagi. “Dia mungkin dah kenyang dengan benda tu, Nisha tak boleh nak beritahu macam mana keadaan ayah Nisha. Ayah bukan seperti lelaki yang Nisha kenal sejak Nisha dilahirkan. Nisha begitu takut bila lihat ayah, Nisha akan sembunyi bila tengok dia, Nisha takut dia pukul Nisha. Kalau dia ada di rumah pun, Nisha lebih rela duduk berkunci seharian dalam bilik tanpa makan dan minum sehingga mak cik Timah cari Nisha ajak Nisha makan kat rumah dia”cerita Nisha lagi sambil menyeka air matanya. “Kenapa dia pukul Nisha?” serentak kedua-dua lelaki itu bertanya seperti ingin mengetahui lebih lanjut penderitaan yang dialami oleh gadis itu. “Mungkin dia marahkan makcik kerana tinggalkan dia, tak da orang sediakan makanan, lapar dan Nisha pun tak tahu lagi apa sebabnya, dan Nisha juga pernah terfikir mungkin Nisha penyebab kematian ibu kerana ibu sakit selepas melahirkan Nisha sebab dia pernah panggil Nisha anak sial” Nisha tidak lagi mampu menahan sebak. Hati ketiga lelaki itupun turut sakit dan sedih. Perlahan-lahan Qhairul menarik kepala Nisha ke dadanya. “Nisha lupakan semua tu ok, mulakan hidup baru, abang tahu mahu Nisha menangis lagi, selepas ni abang nak lihat Nisha senyum. ketawa dah bahagia, raya tahun ni abang dan abang Zam akan beraya dengan Nisha, Nisha tak kan sunyi lagi” pujuk Qhairul sambil membelai dan mengusapkan kepala Nisha perlahan-lahan. Bab 53 Nisha tak boleh melelapkan mata malam itu. Esok genap 18 tahun usianya. Setiap tahun memang dia tidak pernah bermimpi meraikan harijadinya. Apa yang lazim dilakukannya bila setiap kali hari jadi muncul setiap tahun, awal pagi dia sudah berada di pusara ibunya .Seperti biasa seperti tahun-tahun yang sudah, tiada siapa juga yang akan tahu dan ambil peduli namun yang penting bila sampai Melaka esok dia akan menziarahi kubur ibu dan ayahnya dan menyedekahkan Al fatihah dan Yassin kepada keduanya. Setelah lama berfikir akhirnya Nisha membuat keputusan akan membawa rombongan tersebut ke rumah Haji Suib esok kerana Haji Suib adalah penghulu di kampung itu. Nisha tiba-tiba teringatkan Qhairil adiknya. Di pasaraya sewaktu membeli barangan untuk anak-anak yatim Al-Wakaf, Nisha sempat membeli hadiah barang mainan dan pakaian untuk adiknya. Nisha mencapai telefon bimbitnya kemudian menekan satu nombor, lama juga dia menunggu panggilan itu diangkat. “Hello Laila, kau dah tidur ke?” “Kau cut mimpi aku tengah malam buta ni apa hal? “Opps sorry, esok aku dan rombongan aku nak ke Melaka” “Ya ke, boy friends kau ada sekali ke?” “Ya lah,mestilah dia ikut aku sekali, kau ni kenapa tanya boy friend aku pulak?” “Handsome sangat, kalau kau putus dengan dia nanti cakaplah dengan aku awal-awal” “Jangan kau harap,kau tunggu aku mati dulu kalau kau nak ambil dia, tapi itupun kalau dia boleh terima perempuan lain” “Ehh..teruknya kau, kalau kau dah mati tentulah dia cari perempuan lain, lelaki mana yang boleh hidup tanpa perempuan” jawab Laila sambil tergelak. “Itu lelaki lain, Qhairul tidak sebab aku dah kunci cintanya untukku” “Ele..banyaklah kau punya kunci cintanya untukku”, Nisha tergelak mendengar kata-kata Laila. “Kita jumpa esok, rombongan kami singgah rumah Tok Suib” “Kebetulan kau balik, sempatlah kau temankan aku pergi rumah orang kaya baru di kampung kita tu, lusa dia orang panggil semua orang kampung datang rumah tu, ada doa selamat dan majlis makan besar-besaran, tuan rumah kobankan 2 ekor lembu untuk jamu penduduk kampung”. “Ya ke, insyaallah aku pun ingin nak jumpa tuan baru tanah pusaka ibu aku, walaupun aku sedih tapi aku ingin juga berkenalan dengan jiran baru kampung kita tu” “Rumah tu cantik betul Nisha, tiga tingkat, namanya kalau tak silap aku ‘Vila Mahligai Puteri’ lambang cinta sejatilah tu, ada kolam renang, ada padang basketball, mak aku kata rumah tu 15 bilik. Kami orang nak masuk tapi kat depan pagar rumah tu ada pondok jaga, ada pengawal jaga kat situ”. “Tuan rumah tu tak terima tetamu masuk ke?” “Kata jaga kat situ, dia orang belum pernah tengok lagi tuan rumah sebenar rumah tu sebab tuan rumah tu belum pernah datang lagi, dengar cerita esok tuan rumah tu sampai dan lusa dia buat rumah terbuka dan majlis doa selamat” “Kaya betul tuan rumah tu Laila?” “Memang kaya, hari tu kami tengok perabot rumah yang di hantar di situ sampai 5 lori semua diimport dari luar negara”. “Oklah Laila, petang esok kita jumpa, sekarang kami berada di Seremban, assalammualaikum, bye”. “Waalaikummussalam” Nisha cuba melelapkan matanya, Hani sudah lama dihanyutkan oleh mimpi indahnya, “Mimpi dapat adik baby boylah tu”Nisha tersenyum sendiri melihat wajah comel Hani yang sedang terlena di sebelahnya. Sebelum bertolak rombongan tersebut menikmati sarapan terlebih dahulu. Dan sewaktu minuman tiba di meja, Qhairul memberi isyarat kepada Datin Roziah. “Nisha, teman akak ke ladies sekejap” Nisha bangun dari kerusi lalu membuntuti Datin Roziah dan Hani menuju ke tandas wanita di hotel tersebut. Qhairul dengan cepat mencapai minuman Nisha lalu memasukan serbuk pil tidur ke dalam minuman tersebut. Tengku Farid dan Zamree tersenyum melihat gelagat pantas Qhairul. “Harap-haraplah ubat tu berkesan pada Nisha” tegur Wazir pula. “Berapa jam boleh kesannya?”tanya Tengku Farid “8 jam, pukul 8 malam nanti sedarkah tu” sahut Qhairul. Selesai makan, Nisha seperti berebut hendak memulakan perjalanan mereka, maklumlah nak ke Melaka. Air di hadapannya cuma sedikit disentuhnya. “Jom, kita gerak sekarang” Nisha kemudian bersuara. “Nisha habiskan air tu, tak elok tinggalkan rezeki macam tu saje nanti tuhan marah” tegur Zamree. “Ok, Nisha lupa pulak” kemudian gadis itu menyedut minumannya sehingga habis. “Alhamdulillah” Qhairul tiba-tiba bersuara lalu menadah tangan ke atas. “Apa hal pula Nisha yang habiskan air abang pulak ucap syukur?” tanya Nisha hairan dengan sikap Qhairul. Lelaki itu tergelak. “Syukur sebab under age biasa suka membazirkan makanan” sahut Qhairul “Nisha bukan under age lagilah, hari ini Nisha genab 18 tahunlah” sahut seperti tidak setuju dengan kata-kata Qhairul. “Ehh..sayang merajuk ke?” usik Qhairul lagi. “Tak…!”sahutnya kemudian terus bangun dari kerusi. “Jom kita gerak sekarang nanti terlewat pulak kita sampai ke Melaka” beritahu Tengku Farid pada semua ahli rombongan. Nisha yang paling cepat bergerak menuju ke kereta walaupun kepala terasa sedikit pening. Sampai di kereta dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi. “Kanda, dalam fisrt aid ada ubat pening ke?” “Kenapa ni, dinda pening kepala ke?” “Ya”,jawabnya ringkas. “Tak elok makan pil kalau tak teruk sangat, dinda tidur je, sampai Melaka nanti kanda kejutkan”. Nisha yang seperti merajuk pada Qhairul cuma memandang sahaja lelaki itu melabuhkan punggung di sebelahnya. Pandangan mata Nisha agak berpinar-pinar, entah kenapa dia merasakan peningnya kali ini lain dari yang lain. Qhairul tersenyum memandang Nisha di sebelahnya. Belum sempat dia berkata sesuatu, Nisha sudah pun terlena. Qhairul terus tergelak. Perlahan-lahan tempat duduk gadis itu direbahnya dan kedudukan tubuh Nisha diselesakan. “Happy birthday sayang” ucap Qhairul kemudian mencium kening Nisha. “Zam..happy birthday” Zamree tersenyum mendengar ucapan Qhairul. “From me too ‘happy birthday’”ucap Tengku Farid di sebelahnya. Dengan bantuan Kak Esah, Qhairul telah mengupah sepupu Kak Esah, Kak Siti dan suaminya Abang Jali sebagai pembantu dan tukang kebun di vila milik Nisha dibantu oleh dua orang pembantu rumah warga Indonesia untuk menjaga vila tersebut. Setelah dipersetujui bersama akhirnya banglo besar tersebut dinamakan‘Vila Mahligai Puteri’. Bahagian dekorasi dan hiasan dalaman vila telah telah diurus oleh Zack Interior Designers dan Indah Designers dari Kuala Lumpur. Tingkat tiga di bahagian atas menepatkan sebuah bilik gim, bilik bacaan, bilik kerja dan bilik kawalan cctv serta satu ruang santai dengan anjung yang menghadap ke laut. Sepuluh bilik tidur yang kesemuanya dilengkapi dengan bilik air dan balkoni sendiri terletak di tingkat dua termasuk tiga ruang tamu keluarga yang berkonsepkan kontemporari yang dilengkapi dengan set sofa masing-masing dengan setiap set TV plasma bersaiz 60 inci dan peralatan DVD. Sebuah anjung beranda santai yang menganjur menghala ke taman landskap vila yang dilengkapi kerusi santai dan sebuah buaian. Dari anjung beranda tersebut tuan rumah boleh melihat tetamu atau kenderaan yang memasuki kawasan vila dari atas. Bahagian bawah pula menempatkan tiga ruang tamu yang mempamerkan tema tiga budaya iaitu barat, asia dan timur tengah. Dua ruang makan untuk tetamu dan sebuah bilik mesyuarat keluarga. Terdapat 5 bilik tidur tetamu di tingkat bawah dan terdapat sebuah rumah kecil tiga bilik khas untuk pembantu rumah yang dibina bersambung dan menghadap pintu ruang dapur vila tersebut. Satu ruangan dapur basah dan dua ruang dapur kering dengan set meja makan mengabungkan dua unsur iaitu budaya Inggeris dan Melayu. Di bahagian belakang vila terdapat sebuah kolam renang dan di sebelah tepi hadapan vila sebelah kanan terdapat sebuah padang permainan pelbagai guna dan telah dilengkapi dengan tiang gol untuk bola keranjang dan futsal. Untuk majlis malam itu, seorang tukang masak khas dari hotel diupah untuk menyediakan masakan untuk makan malam tersebut. Beberapa buah kanopi telah dipasang di luar vila untuk majlis doa selamat dan kesyukuran yang akan berlangsung esok. Majlis yang sememangnya dinanti-nanti oleh penduduk kampung yang begitu teringin hendak mengenali pemiliknya di samping untuk melihat lebih dekat vila yang menjadi sebutan ramai di seluruh negeri Melaka ketika itu. Sepanjang proses pembinaannya, vila yang menelan belanja hampir RM30 juta itu pernah menjadi topik perbualan utama di Melaka dan pernah dikunjungi oleh beberapa orang wartawan untuk menyiasat siapakah pemiliknya. “Inilah hadiah harijadi yang termahal dan terhebat yang pernah abang saksikan” beritahu Wazir pada isterinya semasa mereka berbual sepanjang perjalanan ke Melaka menuju ke vila Mahligai Puteri. “Kenapa bang, Rozi pun tak berapa faham tentang plan dia orang bertiga tu untuk Nisha” balas Roziah sambil memandang wajah suaminya. “Dia orang bertiga tu kongsi buat sebuah vila bernilai hampir RM30 juta di atas tapak tanah pusaka ibu Nisha” beritahu Wazir pada isterinya. “Apa, vila besarkah bang?” “Kalau dah harga sampai 30 juta sayang bayangkanlah besarnya, sebab tulah kecoh seluruh negeri Melaka ni nak tahu siapa pemiliknya” beritahu Wazir lagi. “Dia orang bertiga tu tak menyesal ke keluar duit yang banyak-banyak macam tu untuk Nisha” Roziah sendiri merasakan tindakan ketiga-tiga lelaki tersebut agak ketarlaluan. “Kalau dah cinta, duit tu tolak ke tepi, pada da orang bertiga tu terutama Qhairul dan Zamree kalau 30 juta tu perkara kecik je”, “Maksud abang?” “Sayang belum kenal lagi ke siapa dia orang berdua tu ke?” “Tak berapa nak kaji sangat”jawab Roziah yang mengakui kebenarannya. “Qhairul tu adalah 5 yang terkaya di Malaysia dan 10 yang terkaya di Asia sementara Zamree tu sedikit je di belakang Qhairul, sebab tu abang katakan tadi RM30 juta tu kacang je bagi dia orang berdua” Wazir tersenyum memandang isterinya yang melopong mulut mendengar ceritanya. “Lapan puluh peratus bahan binaan diimport dari luar negara. Semua 70 peratus perbelanjaan pembinaan dan kelengkapan bilik tidur dibiayai oleh PJH sementara 30 peratus lagi ditanggung PHC yang menyediakan plan dan reka bentuk vila dan pembinaan landskap luar dan perancang dekor hiasan dalaman, ruang tamu dan dapur vila tersebut. Jadi keseluruhan vila tersebut adalah perkongsian ilham dan idea dia orang bertiga tulah” beritahu Wazir panjang lebar pada isterinya. Datin Roziah tidak mahu memberi sebarang komen lagi tentang hal tersebut, baginya mungkin tu dah rezeki Nisha agaknya. “Tak lama lagi tuan rumah ni nak datang, kamu berdua cepat buat kerja tu, jangan sampai malam nanti gelas tu tak habis kamu lap” beritahu Kak Siti pada dua orang pembantu rumah warga Indonesia itu. “Macam mana rupa majikan kita ya Kak Siti, orangnya baik engak?” tanya Sulis salah seorang pembantu Indonesia tersebut. “Entahlah Sulis, dengar cerita dari sepupu kakak seorang perempuan muda yang cantik, kita tunggu ajalah dia sampai nanti” jawab Kak Siti. Hampir pukul 5 petang, tiga buah kereta berturut-turut memasuki halaman vila. Terbeliak mata Roziah melihat vila itu. “Ni vila atau istana” Roziah bermonolog sendiri “Mahligai, Vila Mahligai Puteri” jawab Wazir sambil tersenyum memandang isterinya walaupun dirinya turut terkejut melihat vila tersebut. “Cinta dia orang bertiga ni terlalu ekstrem” bisik hati kecilnya. Dua buah kereta tersebut menuju ke tempat parkir yang boleh menempatkan 10 buah kereta itu, sementara kereta yang membawa Nisha berhenti tidak jauh dari pintu utama vila. Setelah pembantu peribadi membuka pintu kereta Tengku Farid keluar diikuti Zamree. Sejurus selepas itu Qhairul keluar sambil mencempung tubuh Nisha. Zamree terus mengarahkan Kak Siti pembantu rumah membuka pintu bilik tidur utama vila tersebut. “Kenapa tuan, cik ni sakit ke?” “Bukan cik, panggil puteri, tuan rumah ini, puteri sedang tidur dan akan bangun pukul 8 malam nanti” jawab Tengku Farid. Kak Siti menganggukkan kepalanya. Qhairul terus mencempung tubuh Nisha hingga ke bilik tidur utama yang dihias indah dan dilengkapi set cadar, tirai, berwarna merah jambu. Bagaikan seorang puteri Nisha diletakkan di atas katil kayu jati yang berukir indah bersaiz king dilengkapkan kelambu di bahagian atasnya berwarna putih. Semua kelengkapan bilik tidur Nisha adalah pilihan dan mengikut citarasa Qhairul. Perlahan-lahan Qhairul menyelimuti tubuh gadis itu dengan comforter, sebelum meninggalkannya sempat dia mencium pipi gadis itu dan berkata sesuatu. “Selamat datang sayang, inilah Mahligai Puteri yang abang bina untuk sayang” sebelum berlalu dia menghidupkan suiz pendingin udara bilik tersebut. Di ruang tamu, Tengku Farid dan Zamree menghimpunkan semua pertugas di vila tersebut termasuk tiga orang pembantu rumah. Tengku Farid memberi peluang untuk Qhairul bercakap. “Assalammualaikum, terlebih dahulu saya memperkenalkan diri. Saya Datuk Qhairul Azamin bin Tan Sri Datuk Ismail, Yang ini Datuk Zamree Azim bin Datuk Sri Dahlan, dan ini Yang Mulia Tengku Putera Faridhuddin Syah. Kami bertiga adalah abang angkat, sahabat dan penjaga kepada puteri Nisha yang saya hantar ke atas tadi. Gadis yang kat bilik atas tu adalah pemilik atau tuan punya vila ini. Apa yang saya nak ingatkan di sini, puteri tidak mampunyai seorang pun saudara mara kecuali kami bertiga dan kakak angkat dia yang ada sekarang, saya perkenalkan Datin Roziah dan suaminya Datuk Wazir Harris dan anaknya Camalia Hani, dan seorang lagi yang akan datang nanti iaitu bonda angkat beliau, bonda kepada Tengku Farid, Puan Engku Faridah. Selain dari kami bertiga hanya orang-orang yang saya beritahu tadi saja yang dibenarkan memasuki vila ini dan menemui puteri dan buat pengetahuan kamu semua kami menang jarang kembali ke sini, dan puteri pun akan kerap kembali ke ke Kuala Lumpur.” ‘Satu lagi pesan saya, tuan rumah ni adalah Puteri MS dan layan tuan rumah ni bagaikan puteri raja, turut segala kehendaknya, apa-apa masalah terus hubungi kami bertiga, nombor telefon akan kami tinggalkan kepada Kak Siti” Qhairul memang seorang yang berbakat memberi arahan dan ucapan, tiada sesiapa yang berani membantah dan bersuara ketika dia bercakap, gayanya memang seorang yang berkarisma dan berkuasa. “Kak Siti, tunjukkan bilik pada datin dan datuk, tiga bilik berkunci yang menghadap laut tu bilik kami bertiga, guna bilik yang sebelah kiri” Zamree memberi arahan pada pembantu rumah tersebut.Tengku Farid kemudian mengarahkan orang-orangnya mengangkat beg-beg pakaian ke atas. Dua bilik tamu di tingkat bawah dikongsi untuk pengawal peribadinya dan pemandu Datuk Wazir dan bilik Bonda Puan Engku Faridah bersebelahan bilik Nisha sejajar dengan bilik untuk Datin Roziah dan suaminya. Di sebelah kanan bilik pertama yang balkoni menghadap ke laut di sebelah kanan bilik Nisha adalah bilik Qhairul diikuti bilik Zamree dan seterusnya bilik Tengku Farid. Sewaktu minum petang sebuah helikopter mendarat di padang bola keranjang di bahagian tepi vila. Puan Engku Faridah ditemani oleh PA dan seorang pengawal peribadinya tiba dan membawa sehelai gaun labuh berwarna merah jambu muda untuk Nisha gunakan malam nanti dan 2 helai baju kurung sutera untuk majlis hari berikutnya . Tengku Farid , Qhairul dan Zamree menyambut kedatangan Puan Engku Faridah. “Bonda sihat? “Alhamdulillah, macam mana ekspedisi kau orang semua, enjoy?” tanya Puan Engku Faridah. “Enjoy bonda, best sangat, banyak pengalaman baru dan berguna yang anakanda dapat” balas Tengku Farid. “Wah hebat vila ni, berapa kosnya Datuk Qhairul?” tanya Puan Engku Faridah sambil tersenyum pada Qhairul. “Thirty millions, walaupun tak sehebat Taj Mahal, may be 8 benda ajaib di dunia kot” gurau Qhairul sambil membalas senyuman Puan Engku Faridah. “Oh, great, greatest symbol of love” usik wanita itu.Qhairul cuma mampu mengekalkan senyum membalas usikan wanita itu. “Where my princess?” tanya wanita itu ketika masuk ke dalam vila. Dia cukup terpesona dan teruja dengan dekor hiasan dalam vila itu, berbaloi dengan kosnya, bisik hati kecil wanita itu. ‘Nisha di atas ,sedang tidur dalam biliknya” Tengku Farid menemani bondanya naik ke tingkat atas dan menuju ke bilik. “Ini bilik khas buat bonda, disediakan khas untuk bonda jika bonda berkunjung dan bermalam di sini, di sebelah sana tu bilik Dinda Nisha, dia masih tidur untuk plan malam ni” jelas Tengku Farid.Wanita itu tersenyum mendengar kata-kata anaknya. Nisha mulai terbangun dari lenanya yang panjang. Dia terus membuka mata ,satu pemandangan yang terlalu asing baginya. Berbola matanya memandang ke atas, ke kiri dan ke kanan. “Aku mimpi ke, di mana ni”Nisha kemudian bangun lalu duduk. “Cantiknya bilik ni, tapi aku kat mana ni” Nisha menepuk-nepuk pipinya, terasa sakit. “Aku tak mimpilah” Nisha melihat ke tubuhnya, pakaian gaun berwarna merah jambu muda tersarung di tubuhnya.Nisha sema kebingungan, suasana sekeliling sunyi, bilik besar yang begitu indah itu terlalu asing buatnya. Nisha berpusing-pusing seperti mencari sesuatu. Seperti filem Alice in the wonderland Nisha bergerak ke sana ke mari dalam biliknya. Dia kemudian terpandang almari solek tidak jauh dari katil tempat dia terbaring tadi, diperhatikan dirinya dalam cermin tersebut. “Kenapa aku pakai cantik macam ni, kenapa aku tak ingat langsung, wajahnya dibelek-belek di hadapan cermin,”akukan ni?” tanyanya lagi. Nisha berpaling melihat sekeliling bilik itu lagi kemudian dia bergerak ke balkoni, “Laut? rumah ni tepi laut tapi di mana semua orang, aku sorang je ke kat sini” Nisha bercakap sendiri lagi, kemudian dia menolak pintu yang tertutup, “bilik air, tandas, cantiknya” Nisha melihat dirinya lagi dalam cermin di bilik tersebut, puas dia menatap wajahnya tiada satu pun yang pelik, “Aku masih hidup ke?” tanyanya pada diri sendiri. Keluar dari bilik air Nisha berada semula dalam bilik kemudian dia membuka pintu biliknya, sunyi sepi, Nisha terus mara ke depan, satu persatu sepuluh pintu bilik yang ada di tingkat itu dihitungnya dengan jari, “Ya Allah kat mana aku ni” tiba-tiba dia teringat nama-nama yang dikenalinya. “Abang Qhairul! Abang Zam! Kanda Farid!” Dia seperti hendak menjerit-jerit memanggil nama-nama itu. Satu persatu bilik dibukanya semuanya kosong. Nisha seperti hendak menangis. Mata terpandang dua tangga, satu menuju ke atas dan satu lagi menuju ke bawah dan akhirnya dia memilih yang menuju ke bawah. Separuh perjalanan ke bawah. Nisha melihat suasana yang amat gelap.Nisha berasa begitu takut walaupun kakinya terus melangkah. “Abang Qhairul…Abang Zam...Kanda...!” “Kat mana Nisha ni bang, abang ada kat bawah ke, Nisha takut bang, abang dengar tak!”suara yang kedengaran dengan pelbagai nada dan rasa itu semakin senyap. Nisha duduk sendirian di tangga, tiba-tiba dia mendapati ada satu cahaya bergerak dari satu arah dan kedengaran bunyi muzik, bunyi piano yang cukup dikenalinya. Nisha lantas berdiri semula, lagu ‘Selamat Hari Jadi’ kedengaran dinyanyikan beramai-ramai. Suasana yang gelap gelita tadi kini terang berderang. Nisha terkesima melihat, Qhairul, Zamree, Tengku Farid, Datuk Wazir, Kak Rozi, Bonda Engku Faridah, Hani dan beberapa orang lagi yang tidak dikenalinya. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid menghampirinya serentak mengucapkan “Happy birthday sayang” Nisha terkesima dan beberapa saat selepas itu dia tersenyum kepada ketiga-tiga lelaki tersebut. Air mata yang gugur di pipinya pantas disekanya dengan tangan. “Apa semua ni bang, kanda, kenapa tak cakap dengan Nisha?” “Kalau cakap mana ada surprise, jom sayang tiup lilin tu, tapi niat dan doa dulu” beritahu Qhairul pada gadis itu. Perlahan-lahan Nisha menghampiri kek tersebut kemudian memejamkan mata dan satu ayat dilafaznya dan terbayang wajah seseorang di matanya, Nisha menghembus nafasnya ke arah lilin yang sedang menyala di atas kek tersebut. Semua yang hadir di situ bertepuk tangan. Nisha begitu teruja kerana itulah pertama kali dalam hidupnya menyambut harijadi dan diadakan sehebat itu. Sebiji lagi kek di gerak oleh seorang lelaki yang berpakaian seperti pelayan restoran di hadapan tiga lelaki yang sedang berdiri di tepi Nisha. “Ni untuk siapa pulak?” bisik hati kecil Nisha. Sekali lagi lagu hari jadi berkumandang, Zamree mara ke depan kemudian meniupkan lilin-lilin di atas kek tersebut. “Abang Zam dan Nisha adik beradik kembar”bisik Qhairul ke telinga Nisha “Betul ke bang?” Qhairul mengangukkan kepalanya. “Abang Zam lahir 1.9.81 Nisha 1.9.91 beza dua angka je, Nisha 18 abang 28” sahut Zamree pula sambil tersenyum. “Ya Allah kenapa kebetulan sangat macam ni” bisik hati kecil Nisha. Nisha kemudian terpandang seorang wanita yang cukup dikenalinya. “Bonda pun ada, apakahabar bonda, bila bonda sampai?” tegur Nisha lalu memeluk dan mencium kedua-dua pipi wanita itu. “Petang tadi, bonda sihat, selamat hari jadi sayang” ucap wanita itu lalu membalas ciuman Nisha. “Terima kasih bonda” “Ni hadiah dari bonda” wanita itu menghulurkan satu set barang kemas kepada Nisha. “Wow…cantiknya tapi bonda, benda ni terlalu mahal untuk Nisha” “Bonda dah lama berniat hendak memberinya pada wanita yang telah memenangi cinta Ku Farid” ucap wanita itu sambil menggenggam tangan Nisha. “Tapi bonda, Nisha..” “Bonda tahu semua tu, tapi Nisha harus tahu mencintai seseorang tidak semestinya harus memiliki, kalau kita jujur mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakan kebahagiaannya dan berada di sisinya ketika ia memerlukan. Bonda tahu walaupun dengan siapa Ku Farid bersama selepas ini, Nisha tetap di hatinya, cintanya hanya untuk Nisha, bonda tahu dia akan korban cintanya demi tanggungjawab, tolong ingatkan nama Ku Farid di hati Nisha walaupun Nisha tidak bersamanya. Bonda cuma ingin lihat kebahagiaannya” dari kata-kata wanita itu jelas menunjukkan betapa rapat ibu dan anak tersebut dan wanita itu begitu memahami perasaan anaknya. “Bonda, percayalah Kanda Farid adalah nama-nama insan yang istimewa dalam hidup Nisha, Nisha takkan melupakan nama-nama itu sehingga ke akhir nafas Nisha.” Perbualan kedua wanita itu terhenti bila Tengku Farid menghampiri bonda dan Nisha. “Minta maaf bonda, pinjam dinda Nisha sekejap” Wanita itu tersenyum kepada anaknya. Tengku Farid kemudian mengambil gitarnya kemudian membawa Nisha ke ruangan kerusi santai di luar vila. Nisha duduk berdepan dengan Tengku Farid. Mereka bertentangan mata untuk seketika.Nisha tersenyum malu lantas melemparkan pandangannya ke lain. Jantung Tengku Farid bergetaran tak menentu. Perhatian dialihkan pada gitar di tangannya. “Dinda, sebuah lagu khas dari kanda khas untuk dinda tersayang. Dengar ya” jarinya terus memetik tali gitar di tangannya. Engkau tersenyum malu Bila ku bertanya Adakah diriku ada di hatimu Aku amat terasa Lirikan manjamu Membuat diriku terus terlena Indahnya rasa bila dicintai Hidup ini terasa di syurga Tak sabar menunggu hari esok Umpama mawar yang sedang mekar Oh kasih ku Cintailah diriku Sayangilah hatikuSepenuh jiwamu Indahnya rasa bila dicintai Hidup ini terasa di syurga Tak sabar menunggu hari esok Umpama mawar yang sedang mekar Indahnya rasa bila dicintai Hidup ini terasa di surga Tak sabar menunggu hari esok Umpama mawar yang sedang mekar Oh kasih ku Cintailah diriku Sayangilah hatiku Sepenuh jiwamu “Dinda, I hope you’re happy to night” ujarnya sambil menyentuh tangan gadis di depannya. “I never happy like this surprised loved, cherished, Nisha bahagia sangat malam ni” “Betul ni, bonda cakap apa tadi?” Tengku Farid menatap wajah Nisha dengan penuh asyik. “Dia kata kanda ni anak manja, kuat merajuk, suka menangis” jawab Nisha sambil tersenyum. “Jangan tipu kanda, bukan tu kan?” Nisha tergelak. “Jadi cuba kanda teka tentang apa?” tanya Nisha pula sambil tersenyum. “Tentang kanda insan yang tak akan memiliki apa yang diingini dalam hidup” jawabnya seolah-olah mengeluh. Nisha memandang tepat ke mata Tengku Farid, membiarkan tangannya digenggam erat oleh lelaki itu. “Apa yang kanda inginkan dalam hidup” “Cinta, mencintai dan dicintai” Nisha terdiam. “Kanda, tak semua benda dalam dunia ini kita akan dapat, cinta adalah anugerah tuhan yang paling indah buat manusia tapi ia juga menyebabkan manusia tersiksa, derita dan sengsara. Seseorang itu akan bahagia jika dia dapat mencintai orang lain dengan cinta tulus dan suci tidak mengharap sebarang balasan” ujar Nisha cuba memberi kekuatan pada lelaki itu. “Dinda, kanda ada satu permintaan sempena birthday dinda yang ke 18 tahun hari ini” matanya merenung tepat ke mata Nisha. “Apa dia kanda, kalau mampu dinda akan tunaikan” “Let me love you forever, sepanjang hayatku, hingga ke akhir nafasku” “I let you love me, selama mana yang kanda inginkan” “Kanda tak ada banyak pilihan dalam hidup, dinda adalah terpilih terbaik yang pernah kanda buat, dan sekiranya kalau kanda berundur dalam mengejar cinta, bukan beerti kanda tewas tapi kanda tak mahu insan yang kanda cintai hidup derita kerana bagi kanda cinta itu membawa kebahagian bukan kedukaan” balasnya dengan nada yang begitu lirih. “Terima kasih kanda kerana terlalu baik pada Nisha sebab itulah kanda adalah antara insan-insan yang teristimewa dalam hidup Nisha” ujarnya sambil menarik tangannya dari genggaman lelaki itu lalu menyeka air mata yang hampir jatuh ke pipinya. “Thanks” jawab Tengku Farid lalu menoleh melihat kemunculan seseorang. “Ku Farid, Nisha tak lapar ke, jom kita makan” Qhairul muncul memutuskan perbualan mereka. “Jom kanda, Nisha menghulur tangan pada Tengku Farid. Di pertengahan jalan, Tengku Farid bersuara. “Dinda pergi dulu kanda nak simpan gitar ni” “Ok” jawab Nisha lalu bersaing dengan Qhairul menunju ke ruang makan. “Abang, rumah ni cantik, rumah siapa ni, mana tuan rumahnya?” Nisha berbisik ke telinga Qhairul “Hiss..jangan bising sangat, nanti lepas makan abang beritahu sayang dan perkenalkan dengan tuan rumah ni” Qhairul membalas bisikan Nisha. “Abang, hadiah harijadi Nisha mana?” rengeknya dengan manja. “Ada, abang nak angkat tapi besar sangat” Qhairul tergelak. “Jahat, jom kita makan, Nisha dah lapar ni” Nisha tersenyum kepada pembantu rumah itu yang kelihatan begitu menghormatinya. Selepas menikmati makan malam bersama-sama semua tetamu hadir di rumah itu, Qhairul membawa Nisha naik ke tingkat 3 vila tersebut, sebelum itu dia memanggil Tengku Farid dan Zamree. “Wow….rupa-rupanya di atas ni ada gim, best pemandangan kat atas ni, eh..yang tu kampung ke, rumah ni atas bukit ke bang” Nisha berdiri di anjung santai di tingkat 3 vila itu. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid cuma diam dan berpandangan sesama sendiri melihat telatah Nisha ketika itu. “Betul Nisha tak tahu kita ni di mana sekarang?” tanya Qhairul. “Nisha tahu kita ni di Melaka tapi bukan kat kampung Nishakan, bila kita nak ke kampung Nisha, Nisha dah rindu dan teringin sangat nak balik kampung” ujarnya lagi sambil tangannya memegang besi pagar di anjung santai itu. “Kita kat kampung Nishalah ni dalam Vila Mahligai Puteri dan tempat kita berdiri sekarang adalah rumah Nisha” beritahu Qhairul sambil memandang tepat ke wajah Nisha untuk melihat reaksi gadis itu seterusnya. “Ha..ha..ha..abang jangan nak buat lawak,” “It did not a joke ok, rumah ni hadiah hari jadi abang bertiga untuk Nisha” tekan Qhairul lagi. “Nisha tak suka dengar ni semua, kalau tak da hadiah Nisha tak kisah tapi jangan main-main dengan Nisha macam ni” Nisha kemudian hendak berlalu meninggalkan ketiga-tiga lelaki tersebut. Tengku Farid segera menghalang langkah Nisha. “Kenapa ni kanda, Nisha nak lalu lah” “Tunggu dulu Nisha, dengan dulu penjelasan abang Qhairul tu”, Zamree kemudian bersuara. Nisha jadi serba salah. “Ok, ceritalah kisah dongeng tu, supaya lepas ni kita ketawa pecah perut” “Ni geran tanah pusaka peninggalan ibu Nisha, dah ditukar ke nama Nisha” Nisha menyambut geran tanah yang dihulur oleh Qhairul. “Tapi kan kah geran ni ada pada Taukey Wong?” “Ya, tapi abang dah tebuskan dan abang berdua dan Ku Farid bina rumah untuk Nisha atas tanah ni empat bulan yang lepas” Nisha terdiam mendengar penjelasan Qhairul, dia cuma mencari kebenarannya. “Betul apa abang cakap ni?” “Ya dinda, kami bertiga sengaja bina rumah ni sebagai hadiah hari jadi dinda yang ke-18 tahun” Tengku Farid menyambung penjelasan Qhairul. “Nisha tak boleh terima ni semua” “Kenapa?”Nisha terdiam seketika kemudian menyambung kata-katanya. “Pemberian abang bertiga ni cukup menyeksakan Nisha, benda ni terlalu mahal nilainya, sampai Nisha mati pun mungkin Nisha tak dapat membalas segalanya” “Abang tak minta balasan, abang cuma mahu Nisha bahagia” balas Qhairul. “Abang pun sama Nisha, abang nak lihat Nisha tersenyum bahagia seperti orang lain” sahut Zamree pula. “Susah Nisha nak jelaskan apa yang Nisha rasa sekarang, bercampur baur semua ada, Nisha tak tahu kenapa tuhan pertemukan dua insan dari dua negara yang berbeza di sebuah negara lain lahirkan Nisha lepas tu tinggalkan Nisha hidup terumbang ambing dalam kesengsaraan, pertemukan Nisha dengan insan-insan yang buat Nisha gembira dan serba salah” Nisha melontarkan pandangan jauh ke laut yang gelap gelita ketika itu hanya deruan ombak kedengaran menghempas pantai. “Bonda beri jolokan Nisha Puteri Melayu Sejati tapi Nisha bukan melayu sejati, orang panggil Nisha puteri Nisha bukan puteri raja, orang fikir Nisha gadis kaya Nisha bukan anak orang kaya, sebenarnya Nisha tak ada segala-galanya, mungkin Nisha gadis yang paling beruntung di dunia ini ataupun sekadar menumpang tuah dan Nisha harap Nisha tak akan lupa diri dan Nisha percaya mungkin Abang Qhairul, Abang Zam dan Kanda Ku Farid adalah takdir hidupNisha, pertama kali dalam hidup Nisha sambut hari jadi Nisha dapat hadiah sehebat ini, terimakasih Abang Qhairul, Abang Zam, Kanda Ku Farid kerana bazirkan duit dan susahkan diri untuk Nisha, mungkin lepas ni Nisha akan dapat gelaran baru. ya perempuan pisau cukur, perempuan simpanan, mata duitan”’ air mata mula merembes di pipinya. “Jangan cakap macam tu sayang, orang hanya tahu melihat dan mengata, yang membuatnya kita, dan kalau kita tak buat perkara itu mengapa kita harus rasa bersalah. Mereka tak kenal siapa Nisha seperti kami kenal Nisha, jadi abang tak mahu lihat air mata kesedihan Nisha lagi” Qhairul menyapu air mata yang merembes di pipi gadis itu lalu memeluknya dan mencium dahinya. “Nisha, malam ni tak boleh menangis, kalau Nisha menangis abang juga akan menangis sebab pasangan kembar ni mudah terasa” ucap Zamree dengan suara yang agak terharu. Nisha tergelak mendengar kata-kata Zamree. Kemudian dia menghampiri Zamree lalu memeluk tubuh lelaki itu, keduanya berbalas pelukan buat seketika sehingga Nisha melepaskan pelukannya “Abang lahir pukul berapa?” “Kalau tak silap pukul 2 pagi” “Nisha pukul 10 pagi, oh sebab tu abang gelap sikit sebab waktu tu tak da cahaya matahari, Nisha lahir siang sebab tu kulit Nisha cerah” “Oh pandai nak nak usik abang ya, mentang-mentanglah abang ni kulit gelap sikit tapi logik juga sebab abang ni kan Nisha kata macam ada wajah Hindi sebab tu tak putih kot Nisha ambil gen cina sebelah ibu sebab tu putih”. “Ya lah tu, jadi abang ni ambil lebih genatik sebelah ayahlah ni” akhir mereka semua tergelak mendengar gurau senda dan kutuk mengutuk antara Zamree dan Nisha. Nisha berpaling pada Tengku Farid kemudian melemparkan senyumannya pada lelaki itu. Nisha mendekati lalu mengambil dan mengenggam tangan lelaki itu. “Kanda Terimakasih, kanda terlalu baik pada Nisha” Tengku Farid menarik tubuh Nisha dalam pelukannya lalu mencium dahi gadis itu sebelum melepaskannya. “Oh ya, Nisha tak nak terima semua rumah ni” “Habis tu Nisha nak terima bahagian yang mana tangga atau pintu je” Tengku Farid dan Zamree tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Abang pilih mana satu gayung ke sendeng” “Dua-dua tak nak?” “Maksud Nisha, abang bertiga mesti buat rumah ni macam rumah sendiri jugak dan mesti ada bilik sendiri dalam rumah ni, jangan panggil rumah ni rumah Nisha, panggil vila kita, ingat tu vila kita” beritahu gadis itu sambil menekankan perkataan ‘vila kita’. “Tu small matter, kami bertiga dah tetapkan bilik masing-masing, tapi tuan rumahnya tetap Nisha, jangan ubah tu” tegas Qhairul pula. “Ok, tapi Nisha nak tanya sesuatu, seingat Nisha kita bertolak dari seremban pukul 1.30 tengahari kenapa Nisha tidur lama sangat sampai pukul 8 malam tadi baru Nisha sedar” “Tulah istimewanya rumah baru ni, Nisha selesa sangat tidur atas katil baru tu kot” Zamree dan Tengku Farid tersenyum mendengar jawapan Qhairul. “May also, walaupun Nisha masih tak yakin dengan jawapan abang namun Nisha terima juga untuk waktu ni” “Oh ya esok majlis doa selamat, pukul 10 tetamu sampai, semua orang kampung abang jemput, Nisha buat perananlah nanti bincang dengan kak Rozi, kami bertiga tak kenal orang-orang kampung di sini jadi Nisha tolong kenalkan mereka dengan kami” Zamree mencelah lalu memberitahu sesuatu pada Nisha. “Ya ke, pasal tu insyaallah Nisha akan uruskan, sekarang boleh Nisha lawat-lawat rumah kita ni?” “Nisha, abang upah tiga pembantu rumah untuk jaga rumah ni dan buat semua kerja dalam rumah ni, sepasang suami isteri orang tempatan Kak Siti dan Abang Daud, dua orang warga Indonesia namanya abang tak ingat, tanya dengan Kak Siti, dan atas permintaan Ku Farid, dia orang akan panggil Nisha Puteri”Nisha mengangguk kepalanya kemudian membuntuti ketiga-tiga lelaki tersebut dan lawatan pertama ke bilik gim. “Atas ni ada 5 bilik, satu ni gim , ada dua tiga jenis peralatan gim yang belum sampai” terang Qhairul sambil memandang wajah Nisha. “Sebelah tu bilik bacaan belum ada buku lagi dan dua ini bilik kerja, small office dan bilik kawalan cctv, vila ni dipasang dengan semua cctv bermula dari pagar masuk hingga pintu pagar belakang kecuali bilik tidur. Kita boleh nampak semua pergerakan orang dalam rumah ni hanya perlu duduk dalam bilik ini. Bilik ni akan dikunci 24 jam, kecuali dinda dan kami bertiga saja yang boleh masuk bilik ni, kod kuncinya dinda letak ibu jari tangan kanan dinda di sini pintu akan terbuka” jelas Tengku Farid pula. Di tingkat dua, Nisha diberitahu tentang bilik-bilik tidur sahaja termasuk bilik Nisha sendiri.Kemudahan saluran internet wireless juga telah dipasang dalam vila tersebut. “Di mana-mana saja dalam vila ni kita boleh melayari internet” beritahu Zamree pada Nisha. Kemudian mereka berempat melangkah ke bilik tidur Nisha. “Puas hati dengan bilik ni, ni master room di vila ni, bilik yang paling luas dan paling mewah,dan paling special, abang import semua perabut dari luar negara, ni dinding rahsia, ada peti besi dalam ni untuk simpan barang-barang berharga, nombornya kalau nak buka ikut tarikh lahir Nisha 191991 ingat tu ‘rahsia’, telefon bilik ni direct line dalam semua rumah, nombor 1 untuk bilik ni, yang lain-lain tu ada tertulis di situ, kalau Nisha nak panggil pembantu rumah yang ada kat bawah atau dapur atau guard kat pondok Nisha ikut extension number tu je tak payah keluar pergi cari dia orang, dia orang pun boleh cal Nisha kalau nak beritahu sesuatu, setiap bilik ada pon tapi untuk direct line dalam rumah ni je kalau nak cal keluar kena masuk nombor kod” Qhairul menerangkan terperinci tentang semua kemudahan yang ada di bilik tidur Nisha. “Tingkat bawah tu esok-esoklah kita lawat sebab mungkin masih ada tetamu, jom kita ke bawah, kita pasang bunga api” beritahu Qhairul kemudian Nisha mengiringi ketiga-tiga lelaki itu menuju ke tepi pantai. Tengku Farid mengarah pengawal peribadi memasang bunga-bunga api tersebut. Di sebalik dentuman kelihatan cahaya terang benderang berwarna warni di angkasa, penduduk-penduduk kampung turut keluar dari rumah masing-masing tumpang seronok melihat keindahan bunga api yang pelbagai warna di angkasa. Bab 54 “Tuan punya banglo dah sampailah tu, sebab tu rumah tu nampak meriah dan terang berderang, petang tadi budak-budak kampung beritahu ada helikopter yang singgah di situ” beritahu Haji Suib pada isterinya. “Esok bolehlah kita berkenalan dengan tuan punya banglo tu Abang Haji” sahut Mak Timah. “Abang Wazir, Kak Rozi mana? Wazir muncul dengan Hani untuk sama-sama melihat bunga api. “Di bilik, tak sedap badan” “Hani, jom sini” Nisha melambai Hani mendekatinya. “Ni rumah kakak ke?” “Ya lah kot, cuti sekolah nanti Nisha ikut kakak balik sini, kita boleh main tepi pantai ni setiap hari” “Boleh..boleh..boleh..”Nisha tergelak mendengar telatah Hani. “Abang Zam, sebelah tu nampak macam ada buat projek, abang semua nak buat apa kat situ?”Nisha melemparkan soalan pada Zamree. “Resort Puteri, beberapa chalet akan dibina di situ, dari situ nanti Nisha akan belajar berniaga. Abang bertiga akan bimbing Nisha uruskannya nanti, kita kongsi dan setiap seorang kita ambil 25 peratus syer sahamnya” Nisha mengangguk kepala menyetujui idea yang dinyatakan oleh Zamree. Persembahan bunga api malam itu berakhir hingga pukul 12.30 malam, Nisha dan semua yang berada di pantai kembali ke vila. Nisha menemui Puan Engku Faridah yang sedang berbual-bual dengan Tengku Farid di ruang tamu di tingkat dua sambil menonton tv. Nisha melabuhkan punggungnya di sebelah wanita tersebut lalu memeluk pinggang wanita itu. “Nisha nak buat satu permintaan boleh” “Apa dia sayang” “Nisha terlalu rindukan ibu, sekarang Nisha cuma ada bonda, Bonda tidur dengan Nisha malam ni ya” Tengku Farid dan bondanya sama-sama tersenyum memandang Nisha. Nisha seorang gadis manja yang masih rindukan belaian kasih sayang seorang ibu. “Dari dulu lagi bonda jemput Nisha tidur dengan bonda tapi Nisha tak muncul-muncul pun rumah bonda, ok malam ni bonda tidur dengan Nisha” “Ok, Nisha masuk dulu nak tukar baju, Nisha pun belum solat Isya’” Dia berlalu meninggal wanita itu dan anaknya menyambung perbualan yang terputus kerana kemunculannya. Satu jam sebelum subuh Nisha sudah pun bangun, kerana tidur yang berpanjangan sejak tengah hari hingga ke pukul 8 malam tadi, Nisha dapat bangun lebih awal pagi itu. Puan Engku Faridah tidur dengan lena di sebelahnya.Nisha terus bangun menuju ke bilik air lalu mengambil wuduk, niatnya hendak mengerjakan solat sunat, sebelum mengerjakan solat Nisha mengambil Alquran kecil di dalam beg pakaiannya. Selesai solat, mengingatkan pesanan Ustazah Ramlah sewaktu dia mengikuti kelas mengaji Alquran dengan Ustazah tersebut, amalan sewaktu berpindah ke rumah baru untuk mendapat keberkatan dan menghalau makhluk halus dari rumah tersebut kita harus membawa surah Al-Baqarah 3 hari berturut-turut. Kesepian dan ketenangan dinihari itu disyahdukan oleh suara merdu Nisha melafazkan ayat-ayat Alquran. Semua penghuni vila itu tersentak dari lena masing-masing dan cuba menghayati arah datangnya suara itu. Puan Engku Faridah turut tersedar dari tidurnya. Dia mencari arah datang suara seseorang yang sedang mengaji ayat-ayat Alquran. Nisha tiada di sebelah, seorang gadis bertelekom putih sedang duduk di atas sejadah membaca ayat-ayat Alquran. Kemerduan suaranya membuat hati wanita itu terharu dan terpesona. Qhairul terbangun lalu melihat jam ditangannya yang menunjukkan pukul 5.25 pagi,belum subuh lagi. Suara itu datangnya dari bilik sebelah. Qhairul cuba mengikuti setiap baris ayat yang dialunkan entah mengapa hati begitu tenang mendengarnya. Dua lelaki di sebelahnya turut mengalami perkara yang sama. Setelah gadis itu menamatkan bacaan semua hati merasa kecewa seperti ingin terus mendengarnya. “Nisha, kau memang penawar segalanya” hati kecil Qhairul berbisik sendiri. Setelah usai solat subuh Nisha mengejutkan bonda angkatnya untuk bersolat. “Nisha nak ke mana pakai baju kurung dan salendang ni?”tanya wanita itu. “Nisha nak ke kubur” jawab Nisha sambil tersenyum pada wanita itu. Nisha melangkah keluar dari biliknya kemudian menuju ke pagar belakang lalu menuju ke pantai menggunakan jalan rentas untuk menuju ke kubur. Tak sampai lima minit Nisha sampai ke kubur orang tuanya. Mentari yang mula terbit memberi peluang Nisha membaca surah yassin yang telah dihafalnya sejak berumur 12 tahun lagi di atas kubur ibu dan ayahnya. Tanpa disedari pemergiannya ke kubur tadi telah diekori oleh seseorang yang bimbang keselamatannya. “Assalammualaikum ibu, Nisha datang ni, Nisha bacakan surah yassin untuk ibu ya” Teruja hatinya melihat gadis itu membaca surah yassin tanpa sebarang rujukan. Selesai kubur ibu, Nisha terus ke kubur ayahnya. “Assalammualaikum ayah, Nisha datang ni”,kemudian Nisha merasa sebak, hatinya tiba-tiba seperti dihiris pilu. “Nisha maafkan ayah walau apapun ayah dah lakukan pada Nisha, Nisha tetap sayangkan ayah, Nisha harap ayah tenang di sana” perlahan-lahan suaranya kedengaran membaca surah yassin di kubur ayahnya. Selepas memandang sekali ke kubur kedua orang tuanya Nisha melangkah kaki untuk kembali semula ke vila. “Kenapa tak ajak abang” Nisha dikejut oleh suara seseorang menegurnya. Qhairul duduk bertenggung di bawah pokok kemboja. “Bila abang sampai” gadis itu agak terkejut melihat kemunculan lelaki itu. “Abang ikut belakang Nisha tadi, Nisha yang tak perasan” jawab Qhairul sambil tersenyum pada gadis itu. “Nisha sengaja tak nak sesiapa tahu, ni kan kampung Nisha jadi tahulah macam mana nak cari jalan-jalan tikus, awal abang bangun pagi ni, dah solat subuh” tanya Nisha kemudian berdiri di depan lelaki itu. “Dah, abang tak boleh tidur lagi lepas dengar sayang mengaji pagi tadi” “Nisha mengganggu tidur abang ke?” “Tak, abang suka mendengar Nisha mengaji, kalau boleh hari-hari abang nak dengar” “Betul ni?” “Ya, abang tak pernah bohong tentang apa yang abang suka dan apa yang abang tak suka” jawab Qhairul dengan suara yang serius. “Nisha akan baca surah Al Baqarah tiga hari berturut-turut, itu amalan yang baik ketika berpindah ke rumah baru untuk menghalau gangguan jin dan syaitan” jawab gadis itu lalu mengiringi Qhairul berjalan balik ke vila. “Petang nanti Nisha nak suruh ustaz Razman pagar rumah kita tu” “Pagar, kan rumah tu dah ada pagar?” “Tu pagar yang nampak, Nisha nak pagar yang tak nampak untuk pagar benda yang kita tak nampak”. “Abang tak fahamlah” “Nantilah Nisha ceritakan, sebab sejak kebelakangan ni Nisha sering mimpi yang tak elok, jadi Nisha nak buat pendinding diri Nisha” “Sayang ni memang lain dari yang lain, ni yang buat abang makin angau ni, sayang memang satu dalam berjuta.” Semakin lama dia mengenali gadis itu semakin banyak keistimewaan yang ditemui pada diri gadis itu. Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul. Sebelum masuk ke vila mereka berdua sempat makin kejar mengejar di pantai dengan gelak ketawanya memecah keheningan pagi itu. Zamree yang melihat dari balkoni bilik cuma tersenyum kemudian mengelengkan kepalanya. Qhairul begitu berubah sejak kemunculan Nisha dalam hidupnya. Hampir separuh hidupnya kini dihabiskan untuk Nisha. “Apakah Qhairul mencintai Nisha?” persoalan yang menyebabkan Zamree merenung mengingatkan kembali janji-janji yang pernah dilafazkan pada sepupu sewaktu masa dulu. Hampir pukul 10 pagi, Nisha yang sudah cantik mengenakan baju kurung sutera berwarna hijau muda koleksi Butik Puteri. Rambutnya ditocang longgar kemudian sehelai salendang putih melingkar di kepalanya. Sedikit bauan Dior disapu ke tubuhnya. Ketika melangkah keluar dari bilik, keempat-empat lelaki yang duduk ruang tamu terpegun dengan mata yang tak berkelip memandangnya. “Kenapa bang, Nisha nampak pelik ke?” “Tak, cantik cute sangat femanine dengan usia 18 tahun” sahut Qhairul “Abang cakap betul-betul,nanti satu kampung ni gelakkan Nisha” “Betul tu, sebenarnya Nisha cantik sangat, tak sesuai untuk tatapan orang kampung” jawab Zamree pula. “Nisha pergi tukar dulu ya” “Tak payah, biar lauk tak luak hari ni sebab semua orang asyik pandang dinda” sahut Tengku Farid. “Wow..cute nya puteri bonda, macam anak patung barbie, jom teman bonda turun bawah”tegur Puan Engku Faridah kemudian beriringan menuju ke bawah. Di ruang khas yang disediakan dengan kerusi di bawah sebuah kanopi untuk tuan rumah menyambut tetamu yang datang. Nisha duduk bersama Puan Engku Faridah dan Datin Roziah. Keempat-empat lelaki tersebut duduk di kerusi di bawah kanopi yang sama. Dari jauh berduyun-duyun penduduk kampung masuk ke halaman vila tersebut. Mendahului penduduk kampung adalah Haji Suib dan Hajah Timah. “Assalammualaikum Tok Suib, Mak Timah” sapa Nisha. Lama orang tua itu cuba mengenali Nisha. “Tok dan Mak cik tak kenal saya ke Nisha” kata Nisha sambil tersenyum pada kedua pasangan suami isteri itu. “Betul ke ni Nisha?” tanya Mak Timah. “Ya Nisha, kenapa tak kenal Nisha lagi ke? “Lain sangat, makin cantik, Nisha buat apa di sini?” “Ni rumah Nisha, perkenalkan ni bonda angkat Nisha Puan Engku Faridah, Ini Datin Roziah, yang tiga orang ni abang-abang angkat Nisha Datuk Qhairul, Tengku Farid, Datuk Zamree dan yang hujung tu Datuk Wazir suami Datin Roziah” Bukan sahaja Haji Suib dan isterinya yang terkejut mendapat tahu tentang siapa pemilik Vila Mahligai Puteri itu malah seluruh penduduk kampung terkejut. Semua mereka menemui Nisha. Ada wanita-wanita tua yang sempat mencubit pipi Nisha sehingga Qhairul, Zamree serta Tengku Farid tergelak dibuatnya. Berkali-kali Nisha menyapu dan menggosok-gosok pipinya yang merah akibat kesan cubitan. “Kau ni dari kecil lagi comel macam anak patung sekarang makin comel” tegur Mak Teh yang berusia hampir 75 tahun yang turut hadir di majlis itu. Nisha memimpin orang tua itu dan menyuruhnya duduk di kerusi. “Hei Nisha, kenapa kau tipu aku, mana kau rompak duit buat istana ni” tegur si Laila yang tiba-tiba muncul yang terkejut mengetahui Nisha adalah tuan milik vila itu. Nisha tergelak. “Cantik kau beri gelaran pada aku, ‘perompak’ muka aku ni muka perompak ke? ku gayang kau dengan silat sendeng baru kau tahu” balas Nisha dengan suara yang agak keras. “Sorrylah Nisha aku gurau je, betul ke ini rumah kau” tanya Laila lagi. “Ya lah,kalau kau tak percaya udah” “Mana kau dapat duit buat rumah ni, kau buat kerja halal ke?” “Eceh.. aku buat kerja halal ke kerja haram ke mana aku dapat duit yang banyak dalam sekelip mata untuk buat rumah ni, sampai mati pun takkan mungkin” jawab Nisha sambil menarik lengan Laila rapat kepadanya. “Jadi macam mana kau buat rumah ni” “Abang-abang aku yang tiga orang tu buat, aku jadi rakan kongsi nama je, tanah ni aku punya,rumah ni dia orang sponsor” beritahu Nisha pada Laila. Dua ekor yang ditumbangkan untuk majlis itu semua diuruskan oleh pihak katering. Ustaz Kamri yang dijemput khas oleh Qhairul dari pejabat agama Islam Melaka mengetuai bacaan doa selamat dan kesyukuran untuk majlis tersebut. “Macam mana kau kenal dengan mereka ni Nisha” tanya Mak Timah sewaktu Nisha membawa wanita itu melawat sekitar rumah tersebut. “Takdir saya mak cik, pertama kali saja tiba di KL saya terus bertemu dengan salah dari mereka bertiga tu.selain dari cikgu Roziah mereka bertigalah yang menjaga Nisha semasa di KL, bonda angkat Nisha tu ibu kepada salah seorang dari mereka bertiga tu” “Kau sebenarnya anak yang bawa tuah Nisha cuma ayah kau je yang tak sedar semua tu” “Banyak yang nak Nisha tahu tentang diri Nisha, boleh tak makcik dan Tok Suib datang lagi petang nanti lepas maghrib, banyak yang Nisha nak cakap dengan makcik dan Tok Suib tentang diri Nisha” “Ada majlis lagi ke malam nanti” “Tak, Nisha panggil Ustaz Razman untuk tolong pagar rumah ni” “Ustaz Razman tu siapa?” “Oh dia tu pensyarah agama kat Universiti Nisha belajar sekarang ni tapi dia ikut belajar dalam kaedah rawatan Islam Darul Syifa, dia ada beri ceramah tentang gangguan makhluk halus ni” “Ustaz tu orang mana?” “Orang Melaka juga, Nisha dah call dia dan dia akan datang sebelum maghrib nanti” ““Jadi Nisha belajarlah kat KL tu ya?” “Ya, di UM tapi Nisha buat kerja part time tolong bonda angkat Nisha tu” “Kenapa panggil bonda bukan mak?” “Sebab Puan Engku Faridah tu berdarah raja, adik ipar sultan sekarang, anak dia Tengku Farid tu bakal Putera Mahkota” “Patutlah nampak bukan macam orang sebarangan,tapi tak pulak sombong” “Bonda Nisha tu memang baik, Nisha sayang dia macam ibu Nisha” Nantilah makcik beritahu Tok Suib” “Mak Cik Gayah macam mana makcik. dia sihat ke?” “Ingat jugak kau dengan mak cik Gayah kau, dah macam-macam dia buat kat kau dulu” “Nisha sayangkan adik Qhairil makcik, boleh makcik bawa Qhairil petang nanti” “Insyaallah Nisha, kalau Makcik Gayah kau bagi, tapi kalau dia tak tahu ni rumah Nisha tentu dia tak kisah” “Tolong ya makcik” “Ya..ya nantilah makcik cuba” Ramai lagi penduduk kampung yang datang berduyun-duyun memasuki halaman vila, Puan Engku Faridah pun seperti tidak kekok melayan tetamu, begitu juga ketiga-tiga lelaki tersebut. Wazir dan Roziah juga turut memain peranan.nAda juga guru-guru yang pernah mengajar bersama Roziah yang tinggal di kampung tersebut turut hadir. Boleh dikatakan semua tidak mahu ketinggalan untuk hadir di majlis yang sememangnya terbuka untuk semua penduduk kampung tersebut. “Kakak! Nisha dikejutkan oleh satu suara, Nisha mencari arah suara itu kemudian dia terpandang satu susuk tubuh yang tersenyum padanya. “Qhairil, adik kakak” Qhairil berlari mendapatkan kakaknya. Mak Timah yang menyuruh anaknya balik menjemput Qhairil. Nisha memeluk budak lelaki yang kini berumur 7 tahun. “Adik sihat?” “Sihat” “Mak mana?” “Kat rumah, mak tak sihat” Qhairul, Zamree dan Tengku Farid menghampiri Nisha dan Qhairil. “Adik Nisha Qhairil Amirin” Ketiga-tiga lelaki itu memerhati wajah Qhairil, hidung dan matanya seiras Nisha, wajah Pakistan lebih menyerlah tapi kulitnya tak secerah Nisha. “Salam dengan abang-abang ni” Nisha memperkenalkan lelaki itu pada Qhairil. “Abang-abang ni siapa kak?” “Abang kakak, abang adik jugakkan” Qhairil menganggukan kepalanya sambil tersenyum, terserlah sepasang lesung pipit di sebelah pipinya. “Kacak budak ni kalau besar nanti” bisik Qhairul dalam hatinya. “Adik nak makan? pergi minta kata abang kat sana tu, tapi lepas makan nanti jangan balik dulu, jumpa kakak, ada benda kakak nak beri pada adik” Nisha memegang kepala Qhairil sebelum budak kecil itu melangkah pergi. “Mana makcik Nisha?” “Tak sihat” “Hanya dia darah daging Nisha yang ada. Bila Nisha nampak Qhairil Nisha teringatkan ayah, Qhairil banyak mirip wajah ayah” “Wajah Nisha?”Qhairul sengaja mengusik “Combined ayah dan ibu, dua-dua ada” jawab Nisha kemudian tergelak. “Tapi bonda tadi kata macam patung Barbie” “Jadi Nisha ni bukan anak manusialah ya, anak patung” Tengku Farid pula tergelak. “Oh ya, Bonda beritahu dia terpaksa balik pukul 1 nanti sebab ada urusan penting di KL” “Bonda dah makan ke, Nisha jumpa bonda dululah ya” Nisha menghampiri Puan Engku Faridah yang sedang berbual dengan Mak Kalsom. “Kanda kata bonda nak balik pukul 1, bonda belum makan kan?” “Belum, Nisha temankan bonda makan lepas ni” “Ya, nanti Nisha suruh dia orang hidangkan untuk kita” Sewaktu semua penghuni rumah tersebut duduk menjamu selera, ramai penduduk kampung yang masuk ke dalam vila untuk melihat dengan lebih dekat keadaan dalam vila tersebut. “Seronok juga dapat berjumpa dengan masyarakat kampung, bonda suka dengan suasana macam ni” sambil menikmati hidangan wanita itu sempat berbual tentang pengalaman baru yang ditemuinya di situ. “Kalau bonda suka, datanglah selalu ke sini”, “Insyaallah kalau bonda nak releast tension nanti bonda datang lagi ke sini, sepanjang bulan puasa ni Nisha ada di sini sampai hari raya”. “Nanti bonda aturkan jadual bonda, bonda ingin nak merasa sekali sekala beraya kat kampung” “Ok tahun ni kita berkumpul kita beraya kat sini, kita bakar lemang sama-sama,kita masak sama-sama lepas kita buat open house untuk penduduk kampung, tentu seronok kan” ujar Nisha memberi cadangannya. “Memang seronok, abang pun tak pernah lagi merasa balik beraya di kampung, tahun ni abang nak rasa, kita raya kat sini tahun ni Zam” Qhairul memandang wajah Zamree. “I pun dah ada plan macam tu, ok tahun ni kita raya sini” balas Zamree sambil tersenyum menjerling Nisha. “Ku Farid macam mana” “Mana bonda I beraya di situ I ikut, kan I ni anak manja”balas Tengku Farid. Nisha tergelak. “Wazir macam mana?” “Raya kat KL pun bukan ada apa sangat, insyaallah nanti kami berdua bincang, sesekali berkumpul ni seronok juga, may be lah ya, belum boleh buat kata putus” sahut Wazir sambil memandang wajah isterinya. Nisha memeluk dan mencium pipi wanita yang telah dianggap seperti ibu kandung dengan penuh kasih sayang. “Dua minggu lepas raya nanti kita pergi London, ada show yang bonda beritahu dulu, waktu tu Nisha masih semester breakkan” wanita itu terpaksa bercakap kuat kerana bunyi bising sayap helikopter mengganggu pendengaran mereka. “Ya, bonda jaga diri ya, hati-hati, jaga kesihatan. Nisha sayang bonda” sebelum masuk ke dalam helikopter wanita itu mencium pipi gadis itu. Ustaz Razman sampai seperti yang dijanjikan, Semua penghuni rumah ikut sama berjemaah maghrib. Selesai bersembahyang Ustaz Razman meminta semua lelaki di dalam rumah itu melaungkan azam di setiap bilik, ruang tamu dan dapur kecuali bilik air. Semasa azan dilaungkan Ustaz Razman dan 8 orang temannya berada di luar di setiap penjuru pagar vila sambil membaca ayat dan membalingkan garam mengelilingi vila tersebut. “Untuk lebih berkesan penghuni rumah ni mesti rajin solat dan selalu baca ayat Alquran, Insyaallah kalau kita amalkan apa yang saya pesan kita akan dapat menjauhkan diri kita dari segala bentuk kejahatan sama ada yang nampak atau tidak nampak” Nisha nampak tekun mendengar kata-kata Ustaz Razman. “Nisha selau mimpi pelik ke belakangan ini, seorang perempuan berpakaian hitam membawa ular lalu menyuruh ular itu mematuk Nisha, tapi Nisha sering terjaga sebelum ular tu sempat mematuk Nisha”Nisha menceritakan mimpinya pada Ustaz Razman. Ustaz Razman melihat wajah Nisha, kemudian dia membaca satu ayat kemudian menghembusnya ke wajah gadis itu. “Puteri kena berhati-hati, tapi saya nampak ada sesuatu yang melindungi Puteri, mungkin ayah atau ibu puteri ada bela saka?” “Tak ustaz, ia bukan saka tapi ada sesuatu dalam diri saya, tapi saya tak pasti sebab itu saya nak tanya Haji Suib, dia kenal saya sejak lahir, ceritalah tentang saya Tok, Makcik” Nisha memandang wajah Haji Suib dan Hajah Timah silih berganti. Semua yang ada diruang tamu cuma menjadi pendengar setia.Tengku Farid , Zamree dan Qhairul berpandangan sesama sendiri. “Ayah Nisha pernah cerita pada saya, dia adalah keturunan seorang Maharaja India. Kalau tak silap dia sebut Shah Jehan, Datuknya sepatutnya menjadi maharaja tetapi syaratnya dia mesti berkahwin dengan seorang puteri Maharaja India, tapi datuknya enggan sebab dia mencintai seorang puteri maharaja kerajaan China , kerana itu dia lari bersama kekasihnya ke Pakistan dan hidup sebagai rakyat biasa. Tetapi mereka sempat berkahwin dan dikurniakan seorang anak perempuan yang sangat cantik tapi selepas itu isterinya jatuh sakit kerana mengidap penyakit yang pelik dan akhirnya meninggal dunia. Mengikut cerita ayahanda puteri maharaja cina pernah memberitahu keturunan mempunyai sejenis penyakit berkaitan darah dan ubat atau penawarnya ada pada sejenis bunga tapi puteri tu meninggal sebelum sempat dia mencari bunga penawar tu. Anak gadis mereka akhirnya berkahwin pulak dengan seorang pemuda Pakistan yang bangsawan. Dari situlah lahirnya keturunan seterusnya hingga ke ayah Nisha. “Ayah Nisha pula membuka kelendar lama apabila dia mengulangi cerita silam keluarga berkahwin dengan seorang perempuan cina. Semasa ibu Nisha mengandungkan Nisha dia mengidam memakan sesuatu kalau tak silap bunga teratai putih”, “Teratai putih!” Nisha terus mencelah kemudian memandang Qhairul, Qhairul turut turut teringat dengan mimpi Nisha. “Ya teratai putih, dia mengidam nak makan bunga tu, waktu Nisha dilahirkan, Tok masih ingat malam tu cuaca amat buruk dengan kilat dan petir tapi bila Nisha lagi cuaca kembali tenang tapi yang sedihnya waktu Nisha lahir Nisha bisu, tapi seminggu lepas tu ibu Nisha mimpi seorang wanita menyuruhnya memandikan Nisha dengan air bunga teratai putih dan lepas tu baru Nisha boleh menangis seperti bayi-bayi yang lain. Selepas itu ibu Nisha pulak mengidap penyakit yang pelik dan meninggal dunia” Haji Suib menyudahkan ceritanya. “Sejak dari Nisha berumur 8 tahun, Nisha selalu bermimpi ibu suruh Nisha cari dan tanam bunga teratai putih, mungkin inilah bunga penawar yang datuk Nisha tak sempat tahu tu” Nisha seperti memikirkan sesuatu. “Mengikut perubatan cina, teratai boleh mengubati pelbagai penyakit seperti muntah darah, anemia, dan banyak lagi jenis penyakit saya pun tak ingat” Ustaz Razman tiba-tiba bersuara. “Tapi saya ada nampak yang lain dalam diri Puteri, ada satu kekuatan, awak ada amalkan sesuatu ke Puteri” tanya Ustaz Razman. “Tak da apa-apalah ustaz, Nisha sembahyang dan ngaji sekali sekala, tu je” “Nasihat saya tapi tolonglah ikut nasihat saya baca ayatul kursi sebelum tidur, melindungi diri awak dari sihir, berdasarkan mimpi awak tu saya rasa sesuatu sedang dalam perjalanan mencari Puteri” kata-kata Ustaz Razman betul-betul menyeramkan perasaan Nisha. Selepas menjamu makanan kepada Ustaz Razman dan kawan-kawannya, Nisha memberi sedikit wang tunai kepada Ustaz Razman dan kawan-kawannya sebagai tanda terimakasih. Setelah Ustaz Razman, Nisha menyambung perbualannya dengan Haji Suib. “Di mana ayah Nisha dapatkan bunga teratai putih dulu Tok?” “Dalam kolam belakang rumah Mak Teh,mungkin masih ada lagi’’jawab Haji Suib. “Nisha nak tanam, mungkin ia berguna pada Nisha” “Kami minta diri dululah Nisha, dah lewat ni” Mak Timah kemudian bangun dari kerusi lalu bersalaman dengan Nisha dan Roziah. “Terimakasih Mak Timah, datanglah lagi ke sini, Nisha pun banyak terhutang budi pada Mak Timah yang selalu beri makanan pada Nisha dulu” Nisha meletakkan sesuatu dalam poket wanita itu. “Apa ni Nisha?” “Ikhlas dari Nisha Mak Timah, Mak Timah selalu tolong Nisha dulu” “Terimakasih Nisha, kalau ada apa-apa Nisha beritahu je pada Mak Timah atau Tok Suib” Haji Suib yang selesai bersalam dengan Tengku Farid, Qahirul Zamree dan Wazir kemudian membututi isterinya meninggalkan vila mewah tersebut. “Baik-baik jalan tu Tok, Mak Timah” Nisha menghantar pasangan suami itu dengan ekor matanya hingga ke pintu pagar. “Senang betul hidup si Nisha tu sekarang, tinggal dalam rumah harga berjuta-juta ringgit” Mak Timah kemudian membuka lipatan sampul yang dihulurkan oleh Nisha padanya sebentar tadi, sepuluh keping wang kertas seratus ringgit terdapat dalam sampul surat tersebut. “Dapat rezeki awak malam ni” tegur Haji Suib. “Rezeki saya rezeki abang jugak,nah ini untuk abang”, lalu mencabut tiga keping dari sampul tersebut lalu dihulurkannya kepada suaminya. “Terimakasih, sebab tu saya sayang kan awak”gurau Haji Suib. “Awak memang macam tu, ada duit baru sayang”sahut Mak Timah bergurau. Haji Suib ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata isterinya. Sewaktu melangkah naik ke atas, Hani duduk bersimpuh di tangga seperti merajuk. “Kenapa ni sayang, Hani tak tidur lagi ke?, jom kita tengok tv”Nisha memimpin tangan naik ke tingkat atas lalu menuju ke ruang tamu lalu. Nisha menekan-nekan menukar siaran astro tv tersebut. “Tengok siaran tu kak?”Nisha berhenti di siaran yang dimahukan oleh Hani. Kedua-dua gadis itu ketawa terkekek-kekek menonton siaran tersebut. “Hai seronok nampak?’’Qhairul tiba-tiba muncul cuba mengganggu konsentrasi Nisha dan Hani. “Lucu,”Nisha masih tidak menahan gelaknya melihat Tom mengejar Jerry. Qhairul merampas alat kawalan tv di tangan Nisha kemudian menukar siaran tv tersebut. Kedua-dua gadis itu terus cuba merebut semula alat kawalan tersebut dari tangan Qhairul. Riuh rendahlah suasana ruang tamu keluarga tersebut dengan suara gelak ketawa serta jerit suara Nisha dan Hani. Mendengar keriuhan tersebut Tengku Farid muncul dari bilik. “Ok kak, kalau tak dapat tengok kartun, kita main ular, tunggu ya Hani pergi ambil mainan Hani kat bilik” selepas pergi beberapa minit kemudian Hani sampai dengan permainan ular dan buah dadu di tangannya. “Uncle nak main ke?” Hani bertanya pada Tengku Farid yang baru melabuhnya di sebelah Nisha. “Main apa?”Tanya Tengku Farid. “Main ular” Nisha tergelak melihat muka Tengku Farid yang melayan Hani. “Ok kita main sama-sama, Kak Nisha nak buah merah, Hani nak warna apa?” “Hijau”jawab gadis itu pendek. “Ok, abang biru, kanda kuning, jom kita mula”Nisha memberi arahan kemudian kompek untuk memulakan permainan. “Gunting, batu,kertas, ok mula”sambil menujukan simbol-simbol objek tersebut. Setelah mendapat nombor giliran, Nisha menerang cara permainan kepada Tengku Farid dan Qhairul. “Senang je, lontar dadu, lepas hitung petak tu kalau kena mulut ular kena telan turun balik, jumpa tangga naik”terang Nisha pada kedua-dua lelaki tersebut. “Macam ni bila nak menang kalau asyik jumpa kepala ular”komplain Tengku Farid. “Uncle jangan tipu,Hani tengok empat tadi tapi kenapa uncle hitung sampai lima” “Betullah tu, uncle mula dari sini” “Uncle kat sini tadi” “Kat sini” Nisha tergelak mendengar pertengkaran Hani dan Qhairul. “Tak pa, orang jujur selalu menang, orang tipu mesti kalah”Hani memberi peringatannya pada Qhairul .Qhairul ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Hani. “Uncle sorang ni pun sama, orang dewasa ni teruklah suka tipu”keluh Hani. “Uncle tak tipu, tengok tu dua kan, satu dua” “Tahulah Hani tu dua tapi mula tadi kat situ bukan kat sini”. “Kakak je jujur kan”celah Nisha. “Ya lah, tak pa, kakak jaga uncle ni, Hani jaga uncle sorang ni” “Nisha lagikan, ok 5.1,2,3,4,5 yap naik tangga” “Ok kanda pulak ya ok 4,” “Kalau 4 tu mulut ular, Nisha nampak tu..” “Ok lontaran kedua, kanda tak nak lontar atas meja, kanda nak lontar atas lantai ok” “Kanda dapat 4 lagi tu!” “Sekali lagi” “Tak boleh, dua kali je” “Sekali lagi”, “Ok last”, “Bismillahirahmanirahim, ok 5,12345, yes” “Abang pulak” “Ok 6. 123456 sini” “Opps tunggu, sinilah enam bang”Nisha menunjukkan petak yang sepatutnya. “Abang kat sini tadi” “Sini” “Uncle ni dua-dua suka tipu, tak nak lah Hani main kalau macam ni” “Uncle tak tipu”Qhairul tergelak. “Hani, dah lewat ni, masuk tidur” Wazir muncul di sebalik daun pintu bilik tidur. “Sekejap pa, Hani simpan mainan ni dulu” “Hani pergi tidur, nanti kakak simpan, sayang kakak dulu” “Muah..good night kak” “Uncle tak sayang ke?” “Tak nak uncle suka main tipu” Qhairul dan Tengku Farid terkekek-kekek ketawa mendengar jawapan Hani. “Zamree muncul dari bilik tidur, Wazir turut melabuhkan punggungnya ke sofa. “Apa program esok” tanya Wazir “Pusing-pusing Melaka, I cadang lusa nak balik KL”jawab Tengku Farid. “Nisha macam mana?”semua mata yang ada di situ memandang ke arah gadis tersebut. “Ikut balik KL, ambil kereta, lepas tu balik sini semula, nak habiskan cuti dan berpuasa sepenuhnya di sini” “Puasa bila?”tanya Qhairul memandang wajah Nisha “6 atau 7 haribulan” Sahut Nisha kemudian tangannya menekan alat kawalan jauh tv. “Cuti Nisha sampai bila?”soal Qhairul lagi. “28 Oktober” jawab Nisha, matanya ditumpukan pada kaca tv. Akhirnya keempat-empat lelaki itu berbincang tentang dunia perniagaan. Memandang tiada cerita yang menarik di tv, Nisha meminta diri untuk masuk tidur. Seharian penuh digunakan oleh mereka untuk roda-roda di sekitar bandaraya Melaka, menaiki menara Taming Tari, naik beca dan melawati beberapa tempat bersejarah dan menjamu selera di medan selera ikan bakar.Rombongan juga sempat membeli belah di beberapa buah pasaraya terkenal di Melaka.Nisha membeli beberapa pasang telekom dan sejadah dan dua buah kitab Alquran tanpa pengetahuan Qhairul. “Nisha ni walaupun orang Melaka, tapi bukannya selalu keluar kampung pergi tempat-tempat macam ni, sebab tu Nisha pun kurang arif sangat tentang benda-benda yang ada kat bandaraya Melaka ni”gadis itu berterus terang menceritakan kenaifannya. “Nisha beli apa tu dari tadi abang tengok Nisha asyik peluk benda tu” Nisha tersenyum mendengar soalan Qhairul. “Rumah orang Islam mesti ada benda ni” jawab Nisha tanpa memberitahu nama benda tersebut. Hampir maghrib barulah rombongan tersebut kembali semula ke vila, masing-masing mengeluh keletihan. Bab 55 Sejak kembali dari Melaka tengah hari tadi, Petang itu Nisha terus mengemas beberapa barangan yang perlu saja untuk dibawa balik ke Melaka esok. Nisha membuka sms yang baru diterimanya. “Keluar malam ni, abang jemput lepas maghrib” Kemudian dia menekan menu reply “Ok” send. “Bila Nisha balik KL lagi?” Datin Roziah tiba-tiba muncul depan biliknya. “Seminggu selepas raya, sebab minggu kedua bonda bawa Nisha untuk show di London” “Bestnya dapat pergi London” “Esok Nisha balik sorang ke?” “Tak tahu lagi kak, malam ni bincang dengan abang Qhairul” Tangannya masih lagi meletakkan sesuatu ke dalam beg pakaiannya. “Akak raya mana tahun ni?” “Tak tahu, kita ada suami kenalah ikut kata suami atau kena bincang dulu” “Betullah tu,”jawab Nisha kemudian tersenyum. Tepat pukul 7.45 kereta Lamborghini sudah menunggu di hadapan banglo Datuk Wazir. Qhairul membuka pintu sebaik sahaja gadis itu muncul. “Esok abang ikut sekali, abang tak yakin lagi sayang drive seorang diri ke Melaka”. “Maksud abang?” “Abang follow dari belakang, kita konvoi” “Oh..”Nisha tergelak. “Malam ni kita nak ke mana?” “Sayang ada cadangan?” Nisha menggelengkan kepala. “Kita pergi Regalis club sekejap, lama dah tak ke situ” “Ikut je” Nisha tersenyum “Simple je jawapan”Nisha tergelak mendengar soalan Qhairul. Sampai di Regalis Club, Qhairul menyerahkan kunci keretanya pada valet parking attendant di situ. Qhairul memimpin tangan Nisha sewaktu memasuki kelab tersebut. Inilah pertama kali mereka datang berdua dan membawa Nisha ke kelab itu sebagai kekasihnya. Kemunculan dua insan itu terus menjadi perhatian semua yang hadir di kelab malam itu. Pertama kali ternampak Puteri MS mengunjungi kelab itu menbuatkan suasana di situ terus berubah dan sedikit kecoh. Lebih mengejutkan lagi adalah orang yang menemaninya malam itu adalah Datuk Qhairul Azamin sedangkan Puteri MS pula digempar-gemburkan sedang bercinta dengan Tengku Farid. “Wow…you bawa puteri malam ni, macam mana you dapat permit tarik puteri malam ni bro?”. Bagi lelaki-lelaki yang ada di situ, kemunculan Puteri Melayu Sejati amat mengejutkan. Gadis yang terlalu rahsia identitinya dan dilindungi sukar untuk dihubungi atau di temui lebih-lebih ada cerita yang mengatakan puteri dikawal ketat oleh Tengku Farid. “TF dah bagi permit pada you ke?” Qhairul tersenyum mendengar kata-kata teman-teman dalam kelab tersebut. Berbisik di kiri dan kanan telinganya bertanya itu dan ini. “Jom sayang kita duduk dalam bilik tu lebih privasi sikit, kat luar ni banyak langau” Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul. Dalam cahaya bilik yang samar-samar, hanya mereka berdua yang berada di situ. Seorang pelayan mengambil pesanan kemudian meninggalkan pasangan tersebut, selang beberapa minit pelayan lelaki itu muncul kembali dengan segelas besar minuman coca cola. “Macam mana rumah kita di Melaka, sayang suka” tanya Qhairu sambil tangannya membelai-belai rambut gadis itu. “Kerana sukalah Nisha nak kembali ke situ esok” jawab Nisha melentok manja ke bahu lelaki itu. “Abang pun suka rumah dan tempat tu, indah, damai, tenang, kalau boleh abang nak terus tinggal di situ”. “Sekarang Nisha happy sangat sebab ada tempat Nisha nak tuju bila balik Melaka” “Sayang, kita kahwin hujung tahun ni, abang dah tak larat lagi nak tunggu lama-lama” Nisha tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. “Tengoklah nanti, Nisha nak fikir dulu, Terus terang Nisha nak beritahu abang sebenarnya Nisha tak bersedia nak jadi ibu sebelum tamat pengajian” Nisha terpaksa berterus terang. “Abang janji lepas kawin kita merancang dulu sehingga sayang benar-benar bersedia” “Really” “Yes, I promise”sambil mengangkat sebelah tangannya. “Esok sayang nak berangkat dalam pukul berapa? “Abang ada cadangan ke?” “Lepas Zohor boleh? pagi tu abang nak ke pejabat sekejap” “Ok, Nisha tunggu abang kat rumah ajelah” Di luar bilik tempat dua insan memadu kasih masih lagi sibuk bercakap sesama sendiri tentang kemuculan pasangan dalam yang paling sensasi malam itu. “Ni first time aku dapat tengok dekat-dekat wajah puteri tu, fuhh..tak tidur malam ni bro”Azli kenalan Qhairul dan pengunjung tetap Regalis Club bersuara. “Bertuah jadi lelaki macam Qhairul, ada segalanya dan kalau pasal pikat perempuan, kita memang tak boleh challenge Qhairul, power habis tengok sekarang siapa sangka dia boleh bawa puteri malam ni”balas Razis kawan Azli. Lizawati muncul lalu mendekati dua lelaki itu. “Kau orang berdua bercakap pasal apa?aku nampak dalam kelab ni macam ada benda yang menarik je malam ni” tegur Lizawatie. “Kau tak tahu ke wanita tercantik di Malaysia ada dalam kelab ni” sahut Azli. “Maksud kau puteri MS” “Siapa lagi” “Mana? Aku pun teringin nak tengok dia secara life dari dekat” “Dalam bilik tu tapi jangan kacau sebab Hero Malaysia yang bawa dia malam ni” sahut Razis pula. “Maksud kau orang dia datang dengan Datuk Qhairul” Lizawatie membutangkan matanya memandang Razis. “Selama ni ada dua ke Hero Malaysia? ”Razis menyoal Lizawatie semula sambil tersenyum.. Lizawatie terus bangun meninggalkan dua lelaki tersebut kemudian menuju ke bilik karaoke. Kelihatan Yasmine dan beberapa orang gadis lain sedang melalak di situ. “Yasmine, Datuk Qhairul its here?” “What, its true?” “Ya, kau tak tahu ke di luar tu kecoh cakap pasal sesuatu” “Cakap pasal apa?” “Puteri MS, dia ada di sini” “Ya ke?, jom kita jumpa dia. I nak tengok dia secara life dekat-dekat” “No..no” “Why, kan kau pun teringin nak tengok puteri MStu?” “This time no but dia datang dengan Hero Malaysia” “What?”Yasmine terduduk kembali di sofanya.Terbayang kekesalan dan cemburu di wajahnya, persaing yang terlalu hebat dan mustahil untuk dihadapi. “Bukankah puteri MS tu kekasih TF, kenapa boleh…. ?” bicaranya terhenti bila Lizawatie menyambung kata-katanya. “Siapa tak kenal Datuk Qhairul tu, perempuan mana yang tak nak dia tu tapi kalau dia orang berdua tu bergandingan fuhh.. pasti hebat” kata-kata Lizawatie menaikkan amarah Yasmine Hana. Qhairul membelai rambut Nisha sesekali ciumannya singgah di pipi gebu gadis itu. “Jangan buat macam tu lagi, nanti orang nampak” Nisha cuba mengingatkan kenakalan Qhairul. “Geram sangat”sahut Qhairul sambil tersenyum nakal “Tahun lepas abang sambut raya kat mana?” “KL” jawab Qhairul ringkas. “Dengan papa dan mama abang” “Ya, dua hari je lepas tu mereka balik semula ke US” “Best tak raya kat KL ni” “I don’t think so, sebab lepas sembahyang raya abang tak ke mana-mana, malam pergi kelab.”jawab Qhairul menceritakan pengalaman rayanya pada Nisha. “Tak ziarah ahli keluarga ke atau kawan-kawan?” “Tu tunggu dia orang buat open house, kawan-kawan pun bila raya bukannya ada kat KL ni”jawab Qhairul lagi. “Oh gitu, macam tak best je” Qhairul tersenyum lalu menyedut minuman di depannya. “Nisha tak lapar ke? kalau lapar jom kita pergi dari sini cari tempat makan” “Alright, jom” Nisha memeluk lengan Qhairul lalu melangkah keluar dari bilik itu. Sekali lagi pasangan itu menjadi tumpuan. “Nak ke mana bro, tak kan dah nak balik kot, malam masih muda lagi ni” tegur Azli. “Bro, ajaklah puteri lepak-lepak dengan kita orang dulu”. Betul tu! bagi canlah kita orang bersantai dengan puteri dulu ” “Ya bro, bukan sedang nak jumpa puteri dan tengok dia secara life macam ni” Qhairul dan Nisha berhenti bila jalan mereka dihalang oleh Shen, Ikmal, Danies dan Halim, kenalan rapat Qhairul “Fu yoh..Puteri MS, apa mimpi malam ni jumpa you di sini” Ikmal bersuara lalu mengelilingi Nisha dan Qhairul. “So beautiful, like Angel neutral beauty, majalah tu memang tak bohong” sambung Danies pula. “Bila real lebih cantik dari dalam gambar, tak hairan Ku Farid boleh angau” sambung Danies lagi kemudian tersenyum. “Nak ke mana Datuk Qhairul?” ‘Balik” jawab Qhairul ringkas sambil menjerling Nisha di sebelahnya, “What, kan masih awal ni, bawalah puteri enjoy dengan kita orang dulu” “No! dia tak boleh balik lewat sangat, banyak yang perlu dia jaga ekspesially tidurnya tak boleh lewat” balas Qhairul memberi alasan untuk menangkis pujuk rayu teman-temannya. “Sekali sekala lewat tak jadi hal kan puteri” sambil tangan Danies cuba menyentuh Nisha tapi cepat-cepat dihalang oleh Qhairul. “You tak ada permit untuk sentuh dia dan jangan cari pasal dengan I” Danies terus berundur mendengar amaran Qhairul. “Ok kami berdua minta diri dulu, tolong beri laluan” Qhairul memberi isyarat tangannya. “Please Rul, yo kan dah lah lama tak muncul, apa salahnya malam ni kita enjoy, ya tak puteri,” masih lagi cuba mengusik Nisha. “You biasanya tak kisah kita share dengan perempuan yang you bawa” Shen pula lalu berdiri di sebelah Nisha. Qhairul terus memeluk bahu Nisha lalu menarik gadis itu rapat ke tubuhnya. “Puteri is not doing it, She totally me, dari hujung rambut sampai hujung kaki, she not the same as other women, dia intan yang lain tu kaca” Sahut Qhairul sambil sebelah tangannya menahan tangan Shen yang cuba menyentuh rambut Nisha. “Sikit-sikit tak kan tak boleh bro?”Shen menyambung lagi. “Bayangnya pun aku tak bagi kau orang sentuh jadi jangan buat masalah dengan I” balas Qhairul lagi dengan nada sedikit tegas “Jom sayang, jangan peduli langau-langau ni” Qhairul terus memeluk pinggang Nisha dan membawanya pergi meninggalkan kelab tersebut. Kelihatan kekecewaan di wajah setiap lelaki tersebut. Usai makan di sebuah restoran Qhairul menghantar Nisha balik ke rumah Wazir “Ok sayang, esok tunggu abang lepas Zohor” Kemudian dia menarik tengkuk gadis itu lalu mencium pipinya sebelum gadis itu melangkah keluar dari kereta. “Selamat malam bang, pandu elok-elok” “Sweet dream. I love you sayang” “I love you too, bye” Nisha melambai-lambaikan tangannya ketika kereta Qhairul perlahan-lahan meninggalkan rumah Datuk Wazir. Bab 56 Selesai menurunkan beberapa tandatangan di atas dokumen-dokumen yang diserahkan oleh Zizie pagi itu, Qhairul menemui Zamree dibiliknya. “Aku nak sambung cuti minggu ni, Isnin minggu depan baru aku masuk pejabat” Qhairul melabuhkan punggungnya di sofa kulit di hadapan Zamree. “Kau nak pergi mana?”tanya Zamree kemudian memandang wajah Qhairul. “Hantar Nisha balik Melaka. Aku belum confident dia drive sendiri balik ke Melaka, aku nak follow dia dari belakang” balas Qhairul. “Elok jugak tu, bila kau orang berdua balik?” tanya Zamree lagi. “Petang ni lepas Zohor, kalau Puan Sri Datin Hajar tanya, cakap aku ke Singapura tengok projek baru kita di sana” Zamree mengangguk kepala seperti faham pesanan Qhairul. “Aku nak pantau juga projek resort Nisha tu” sambung Qhairul lagi. “Plan dan fail projek ada kat sini kalau kau nak guna, satu salinan pada Ku Farid, aku pun nak keluar lepas lunch nanti nak ke branch office kita di Klang” “Ada masalah ke dia orang di situ”Qhairul mengerutkan dahinya. “Aku nak sport check je sebab lama dah kita tak jenguk di orang di situ” Qhairul kemudian tersenyum mendengar jawapan Zamree. Itulah yang dia suka tentang sepupunya itu. Di samping usaha gigih selama ini, Zamree adalah tulang belakang dan orang kuatnya dalam serba serbi. Antara mereka berdua tiada satupun perkara yang menjadi rahsia. “Oh ya memandangkan kau ada di vila, aku pun nak ke sana hujung minggu nanti, apa kata kita buat majlis berbuka puasa bersama orang-orang kampung” sambung Zamree lagi. “Good idea, nanti aku beritahu Nisha, aku keluar dulu Zam sebab aku nak bincang beberapa perkara dengan Razali” Qhairul terus melangkah keluar dari bilik Zamree. Selepas Zohor, Qhairul terus meninggalkan pejabat dan memecut keretanya menuju ke rumah Wazir. Nisha menyimpan beg galasnya di kerusi belakang. Qhairul muncul lalu memarkir keretanya di sebelah kereta Nisha. “Hai sayang, dah ready ke?” “Dah, Nisha ikut belakang abang lah ya” jawab gadis itu. “Ikut dekat-dekat jangan jauh, abang takut sayang hilang”gurau Qhairul membuatkan Nisha tergelak. “Kalau macam tu kita ikat tali ajelah” jawab Nisha membalas gurauan Qhairul. “Tak pa nanti abang pasang magnet kat kereta abang ni” “Nanti tak pasal-pasal semua kereta kat jalan tu melekat kat kereta abang macam mana?” mereka berdua akhir ketawa terkekek-kekek geli hati dengan idea mengarut Qhairul. Sepanjang perjalanan kelihatan dua buah kereta mewah sentiasa beriringan menuju ke lebuh raya. Tiba di salah satu lampu isyarat pertama mereka bertembung dengan kereta Tengku Farid yang kebetulan balik dar makan tengahari. Bila ternampak kereta Nisha dan Qhairul lalu terus mengejar kereta tersebut hingga ke lampu isyarat kemudian terus berhenti di sebelahnya sementara menunggu bertukar hijau. Tengku Farid membuka cermin keretanya lalu menegur Nisha. Nisha membuka bumbung kereta lalu berpaling dan tersenyum pada Tengku Farid. “Dinda balik vila kita ke?”separuh menjerit Tengku Farid menegur Nisha. “Ya, sambut puasa kat sana”jawab Nisha dalam keadaan yang sama seperti menjerit. “Selamat menyambut puasa”balas Tengku Farid dengan senyumannya. “Ya, thanks, moah!” Nisha mengusik Tengku Farid. “Dinda I love you” sengaja dia mengusik Nisha di situ. Qhairul juga membuka cermin keretanya cuba mendengar perbualan Nisha dan Tengku Farid. Beberapa pemandu kereta lain yang turut berhenti di lampu isyarat asyik memerhati ke arah kereta-kereta mewah tersebut dan gelagat pemandunya dan turut terdengar perbualan gadis cantik dan lelaki yang memang di kenali gerangannya di bandar itu. Nisha menunjuk ke telinganya membuat isyarat tidak mendengar. “Nisha tak dengar, too noisy”,balas Nisha berpura-pura. “I love you” jerit Tengku Farid. “Ku Farid, are you crazy, not ashamed to?” jerit Qhairul yang berada di kereta depan. “I don’t care, I really want to announce the world” jerit Tengku Farid lagi. Qhairul tergelak sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, pada masa yang sama berada di depan di lampu isyarat yang bertentangan, Ferari merah Zamree berhenti bila giliran lampu isyarat di situ bertukar merah. Qhairul membunyikan honnya mengangkat tangan menegur Zamree. Zamree membuka cermin keretanya lalu mengangkat tangan membalas teguran Qhairul. Qhairul terus memecut kereta diiringan Nisha meninggalkan Tengku Farid yang mengambil laluan yang lain untuk ke tempat yang ditujunya. Hampir pukul 5 petang, dua buah kereta mewah meluncur masuk ke dalam kawasan vila sebaik sahaja pengawal keselamatan membuka pintu pagarnya. Dua orang pembantu rumah warga Indonesia terus berlari keluar mendapatkan majikan kemudian menghampiri kereta lalu mengangkat beg dari kedua-dua kereta tersebut justeru membawanya ke bilik majikan mereka masing-masing. “Esok pagi kita ke Melaka, abang nak beli sebuah mpv untuk kegunaan di vila ni” beritahu Qhairul sewaktu mereka melangkah masuk ke vila tersebut. “Malam nanti pengumunan puasakan, Nisha doakan kita puasa lusa” beritahu gadis tersebut ketika melangkah naik ke tingkat atas. “Kenapa”tanya Qhairul kehairanan. “Kalau puasa esok,Nisha tak dapat sambut puasa, masalah orang perempuan” Qhairul tergelak kemudian memeluk pinggang gadis itu sehingga mereka sampai di ruang tamu tingkat atas. “Sayang suruh dia orang buat jus hantar sini, abang nak rehat dulu tengok tv” Qhairul kemudian melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu menekan butang alat kawalan jauh tv. Nisha melangkah masuk ke bilik kemudian terus menghampiri telefon di sebelah katilnya. “Kak, buat jus, hantar atas ya” selepas itu, Nisha terus ke bilik air untuk menyampaikan hajat kecil. “Abang belum solat asar kan” tegurkannya lalu melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. “Sekejap lagi” “Jangan lambatkan waktu berdosa , kalau tuhan murka tarik rezeki kita macam mana” “Ok! sayang abang solat dulu, muah..” sempat dia mencium pipi Nisha sebelum melangkah ke bilik. Ranti pembantu rumah Indonesia muncul dengan menatang dulang yang berisi jug jus oren dan dua biji gelas di atasnya. “Airnya puteri” “Letak situ je, nanti saya tuang sendiri” sebelum pembantu rumah itu berlalu Nisha menegurnya. “Siapa nama kamu?” “Ranti” jawabnya pendek. Sebelum balik ke KL semalam, Nisha belum sempat berkenalan dengan dua orang pembantu rumah warga Indonesianya itu, dia cuma sempat berkenalan dengan Kak Siti. “Yang seorang lagi tu siapa?” tanya Nisha lagi. “Oh yang itu namanya Sulis” jawab Ranti. “Ok, kamu boleh pergi sekarang” beritahu Nisha pada Ranti. Selang beberapa saat, Qhairul keluar dari bilik, dari baju kekeja dia sudah bertukar menggunakan baju T. “Air bang” perlawa Nisha. Nisha kemudian membuka bungkusan kacang dan biskut lalu menghidangkannya pada Qhairul. “Abang tenang sangat bila berada dalam vila kita ni” sambil mulutnya berkata-kata tangannya menyambut air yang dihulurkan oleh Nisha. “Sayang tahu sebab kenapa abang buat rumah besar macam ni?” “Tahu, sebab duit abang banyak” Nisha tergelak sambil memandang wajah lelaki itu. Lelaki itu juga turut tergelak. “Bukan sebab tulah” “Salah satu, cuba abang fikir kalau sebesar mana rumah yang kita impikan kalau tak da duit macam mana nak buat”sahut Nisha pula. “Memang betullah tu, tapi abang ada satu sebab lain” jawab Qhairul dengan wajah yang serius. “Apa sebab lain tu?’ “Abang nak anak yang ramai” jawab Qhairul sambil tersenyum nakal memandang wajah Nisha. “Ke situ pulak abang ni, berangan, kahwin belum dah fikir pasal anak” “Ya lah kita mestikah bersedia dari sekarang untuk rancangan masa depan” balas Qhairul dengan senyuman nakalnya masih menguntum. “Ya lah tu, RMD Malaysia yang ke-20” sahut Nisha sambil gurauan. “Sekurang-kurangan kita kita ada 4 orang anak” Qhairul bersuara lagi. “Bestlah cerita ni bang” matanya tertumpu pada skrin televisyen. Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Nisha. “Nak lari dari topiklah ni” lalu hidung mancung gadis itu ditariknya. “Hoi..sakit lah”. Qhairul tidak memperdulikan kemarahan Nisha yang memukul-mukul lengannya. Kedengaran di kala itu bunyi gelak ketawa dua insan yang saling usik mengusik. Sebelum solat maghrib lagi keduanya sudah makan nasi dan solat maghrib, Qhairul dan Nisha duduk di depan tv sambil menunggu pengumuman puasa. “Ye..yeh esok belum puasa” Qhairul tergelak melihat telatah keanakan Nisha. “Eloklah tu, esok kita ke Melaka bolehlah kita makan puas-puas” kata Qhairul tangan menekan alat kawalan jauh untuk menukar siaran tv. “Boringlah bang, takda cerita menarik, kita main bola kat bawah tu nak tak” Nisha memberi cadangan. “Jom, tapi kita ada bola futsal je”sahut Qhairul. “Tak pa, malam ni kita bantai je apa-apa mainan dengan bola tu, esok kita beli bola basketball” balas Nisha pula. Setelah mengenakan kasutnya, sambil membawa bola di tangannya Nisha berjalan bergandingan menuju ke padang serba guna yang terletak di bahagian tepi vila tersebut. Padang tersebut terang benderang di pancari dua penjuru sport light yang di pasang di dua penjuru hujung padang tersebut. Bermula dengan permainan futsal, dan kemudian basketball. Gelak ketawa dua insan itu kedengaran jelas di vila tersebut. “Abang letihlah kita rehat dulu” Qhairul melabuhkan punggungnya di atas simen. “Abang pandai taekwandokan, Nisha nak tengok” dia bersila di atas simen berdepan dengan lelaki itu, “Ok lepas ni, abang pun dah lama tak buat latihan, tapi lepas abang Nisha tunjuk silat pula lepas tu kita lawan boleh”cadangan Qhairul disambut oleh Nisha. Nisha seronok melihat Qhairul menunjukkan gerak langkah taekwandonya. Kalau dah dapat tali pinggang hitam tentulah hebat.Tanpa disedari oleh dua insan itu, dua orang pengawal keselamatan yang berada di pondok jaga turut mengambil kesempatan melihat persembahan mereka berdua. Nisha bertepuk tangan setelah persembahan Qhairul selesai. “Bestlah bang, nanti ajar Nisha ya” “Lepas kahwin nanti abang ajar sayang, abang ajar atas katil” jawab Qhairul lalu tergelak. “Hih…geramlah Nisha dengan abang ni” sebelum bangun berdiri dengan cepat dia mencubit lengan Qhairul. “Ok giliran sayang pula, abang nak silat yang pertandingan hari tu” “Silat Fatani” “Ya lah kot” Menggabungkan 7 elemen utama silat, Nisha membuka tari dan bunga dengan langkah yang kemas yang begitu memukau. Tanpa berkelip mata Qhairul memerhati setiap gerak dan langkah gadis itu sehingga berakhir. “Boleh tahan dia orang berdua tu, masing-masing ada ilmu silat” kata salah seorang pengawal keselamatan yang dari tadi mengambil kesempatan mencuri lihat persembahan majikannya. “Ok, saying jangan pukul abang betul-betul tau” keduanya memasang kuda-kuda untuk memulakan pertempuran, Nisha sempat tergelak sebelum memulakan pertempuran. Memang agak susah bila seni yang berbeza bertempur, Pergerakan taekwando agak lambat berbanding silat lebih-lebih lagi Nisha menggunakan silat lincah. Tapi kerana ilmu taekwando Qhairul agak tinggi dia mampu juga mematah setiap serangan Nisha. Dia banyak memberi peluang gadis itu menyerangnya dan dia lebih suka bertahan dan mengelak. Dan di akhir pertempuran Qhairul terus membalas serangan Nisha.Tubuh badan Qhairul yang tinggi dan sasa memudahkan mematah dan merebahkan tubuh kecil gadis itu. Serangan terakhir itu memberinya peluang mencium kedua belah pipi gadis itu. Nisha tergelak lalu mengaku kalah. Qhairul kemudian turut merebahkan tubuhnya di sebelah Nisha. “Abang, banyak bintang malam ni, cantikkan” “Ya, tapi cantik lagi bintang yang di sebelah abang ni” Nisha tersenyum mendengar pujian Qhairul “Waktu abang kecil-kecil dulu abang suka menghitung bintang di langit” “Nisha pun,Nisha selalu bayangkan Nisha berada di antara bintang-bintang tu,Nisha hairan dari dulu hingga sekarang kedudukan bintang tu tak berubah” “Abang harap dan doakan cinta kita seperti bintang-bitang tu, sampai bila-bila pun ia akan tetap bersinar takkan berubah arah” sahut Qhairul sambil matanya terus menatap bintang-bintang yang berkerdipan di angkasa. “Nisha pun sama bang, Nisha sentiasa doakan kita akan hidup bersama sampai ke hujung usia”. “Sayang..I love you forever” “I love you too” Qhairul menjerling jam di tangannya, hampir pukul 12.30. “Jom sayang kita masuk dah lewat malam ni” Nisha bangun lalu menepuk-nepuk belakang baju T nya. Sampai di bilik, Nisha terus ke bilik air terpaksa mandi seluruh tubuh kerana berbaring di atas lantai simen sebentar tadi begitu kisah Qhairul di sebelahnya. Selesai menyapu losyen ke tubuhnya Nisha terus mengenakan pijama tidur kain satin putih berbunga merah. Kemudian dia terus melabuhkan tubuhnya di atas katil. Agak lenguh juga rasa tubuh selepas sesi pertempuran dengan Qhairul di padang sebentar tadi. Nishah mencapai telefonnya bila mendengar isyarat masuk sms. ‘Buka pintu abang kat luar”’ Nisha terus bangun lalu menuju ke pintu bilik. “Qhairul lengkap dengan pijama tidur tercegat di depan pintu bilik. “Abang nak tidur bilik ni” terus masuk lalu menutup daun pintu lantas menekan kuncinya. “Abang gila ke?” “Ya, malam ni je, malam esok dah tak boleh sebab bulan puasa kena hormat” jawab Qhairul terus melompat atas katil. “Kalau kena tangkap basah baru padan muka” “Abang suka, kita kahwin! jom tidur abang tak kacau” Nisha membetulkan bantalnya di sebelah Qhairul lalu meletakkan Mr Q di antara mereka. “Ikut balik ke vila juga rupanya klon abang ni?” “Ya, Nisha tak boleh lena kalau Mr Q tak ada” jawab Nisha sambil tersenyum “Malam ni tak perlu sebab yang ori dah ada” Qairul terus melontar Mr Q ke bawah. “Abang!” jerit Nisha tapi Qhairul cepat menutup mulut gadis itu dengan tangannya. “Jangan cakap kuat-kuat nanti orang dalam rumah ni tahu abang ada dalam bilik ni” Nisha terdiam lalu merebah tubuhnya di atas tilam. “Sayang, Mr Qni tak boleh peluk dan cium sayang tapi yang ori ni boleh” tanpa sempat menjawab Qhairul melepas rindu berahinya pada gadis itu. “Dah bang, Nisha nak tidur dah lewat ni, sambil tangannya menolak tubuh Qhairul yang menindihnya. Dia takut dirinya dan lelaki itu tidak dapat melawan nafsu dan terus tergoda oleh pujuk rayu makhluk ketiga. “I love you sayang” bisik lelaki itu ke telinganya. “Me too tapi Nisha belum halal untuk abang, kita tidur ya” “Qhairul tersenyum lalu merebahkan tubuh kemudian tangannya merangkul tubuh kecil gadis itu dalam pelukannya. Subuh-subuh lagi Nisha sudah mengejutkan Qhairul supaya kembali ke bilik sendiri untuk mengerjakan solat Subuh. Nisha tidak pasti apakah mereka mampu untuk menahan godaan makhluk ketiga. Dia tidak mempu menghalang lelaki itu dari mendekatinya dan bersyukur kerana semalam tidak berlaku apa-apa di antara mereka. Dia masih boleh menolak dan menghalangnya dari berlaku. Walaupun dia begitu mencintai lelaki itu tapi dia tidak akan sekali-kali menyerahkan kesucian sebelum sah bergelar isteri kepada lelaki itu. Selesai bersiap, Nisha dan Qhairul menuruni tangga menuju ke ruangan dapur untuk bersarapan. “Datuk dan puteri boleh makan nasi lemak ke?” tanya Kak Siti. “Boleh tapi tak berapa suka, takpa kami makan roti je pagi ni” jawab Qhairul kemudian menghulurkan secawan coklat panas kepada Nisha. “Nisha lupa nak bawa susu” “Tak pa nanti kita beli”, “Oh ya Kak Siti, puteri mesti minum susu 2 kali sehari, pagi dan malam sebelum tidur, tapi hari ni tak apa sebab susu lupa di KL, tapi bulan puasa nanti Kak Siti kena sediakan susu waktu bersahur” pesan Qhairul kepada pembantu rumah tersebut. “Datuk dan puteri nak makan apa tengah hari nanti” tanya Kak Siti pula. “Tengah hari ni tak payah sebab kami akan makan di luar, sediakan untuk malam je” balas Qhairul. Kak Siti menganggukkan kepalanya sementara Nisha tersenyum memandang Kak Siti. “Kalau Kak Siti masak jangan terlalu pedas, saya tahan makan pedas” beritahu Nisha kemudian mengahabiskan minumannya. “Dah sayang jom” Nisha membuntuti Qhairul hingga ke halaman vila. Qhairul menekan alarm keretanya kemudian keduanya membolosi diri ke dalam Lamborghini tersebut. Kemunculan kali pertama kereta mewah itu bandaraya Melaka terus menjadi tumpukan warga bandaraya tersebut. Tiada mata yang tak menoleh apabila kereta itu melintas dan muncul di tempat-tempat tertentu. Qhairul memakirkan keretanya di sebuah pusat jualan Mercedes Benz. Kemunculan bergaya dua insan itu memang menjadi tumpuan di mana-mana mereka berada. Setelah melihat beberapa model terbaharu Mercedes mpv Qhairul merujuk Nisha untuk membuat pilihan. “Sayang nak yang colour apa ”tanya Qhairul sambil memandang wajah Nisha. “Silver or black” “Black, more elegant” “Ok, kita booking flat nombor 1991 sama dengan nombor flat porsche sayang tu” Nisha kemudian duduk di kerusi di meja menunggu dalam pejabat urusan syarikat tersebut sambil membelek-belek majalah yang disediakan di situ sementara menunggu Qhairul mengurus urusan jual beli mpv tersebut . Balik dari pusat jualan Mercedes Benz tersebut, Qhairul dan Nisha membeli belah keperluan untuk Ramadhan yang akan disambut esok di sebuah pasaraya Giant. Selepas itu pasangan tersebut menikmati makan tengah hari di sebuah restoran. “Lepas ni kita baliklah bang, Nisha nak ke rumah Mak Teh” beritahu Nisha kemudian menyuapkan makanan ke mulutnya. “Mak Teh, siapa tu?” tanya Qhairul sambil memandang wajah Nisha. “Dari orang tua tulah ayah dapatkan bunga teratai putih” “Rumah Mak Teh tu kat mana” “Kampung Nisha. Balik nanti Nisha tunjukkan rumahnya” “Kenapa sayang makan sikit je tu” melihat makanan tak luak dalam pinggan gadis tersebut. “Tak berapa seleralah Nisha dengan lauk ni” “Kalau tak sedap abang order yang lain” “Tak payahlah bang, nanti membazir pulak, Nisha akan cuba habiskan makanan ni” “Sayang, jangan paksa diri nanti termuntahkan susah ”Qhairul tidak sanggup melihat Nisha memaksa dirinya menghabiskan makanan tersebut, dia terus memanggil pelayan untuk membuat pesanan semula. “Sayang pilih lauk lain”,sambil menghulurkan senarai menu kepada gadis itu. Setelah memilih satu menu Nisha terus memberitahu pelayan tersebut. Semasa keluar dari restoran menuju ke parkir kereta, Nisha dan Qhairul bertembung dengan seseorang, Cikgu Ridhuan bekas guru sekolah menengahnya dulu. Ridhuan begitu meminati Nisha sewaktu Nisha berada di Tingkatan 5 dulu. Guru yang berusia 26 tahun yang baru lepas menamat kursus perguruan lepasan ijazah adalah anak jati negeri Melaka tapi belum sempat dia meluahkan perasaannya kepada pelajar itu, Nisha telah pergi ke KL dan tidak menyambung tingkatan 6 di sekolah tersebut. Orangnya kacak dan berkaca mata menjadi kegilaan pelajar-pelajar perempuan di sekolah menengah lama Nisha dulu. “Assalammualaikum! Qhairunnishakan” Nisha menoleh mencari arah datangnya suara yang menegurnya. “Eh..Cikgu Ridhuan, lama tak jumpa, cikgu masih mengajar di sekolah lama ke?” “Ya, Nisha buat apa sekarang, setahu saya Nisha best student sekolah kita SPM tahun lepas, sayang tu kalau tak sambung belajar” sahut Cikgu Ridhuan. “Saya sambung belajar dekat UM, dah satu semester di situ” “Oh ya ke?” Ridhuan menjerling lelaki tampan yang berdiri di sebelah Nisha. “Oh jadi Nisha terpilih untuk program ijazah pertama lepasan SPMlah ni, ambil kos apa?” “Law” jawab Nisha pendek. “Bakal lawyerlah ni”sambung Ridhuan pula sambil berdiri bergerak untuk berdiri di sebelah Nisha. “Oh ya lupa Nisha perkenalkan Datuk Qhairul Azamin ..”belum sempat menghabiskan ayatnya, Qhairul mencelah “Teman lelaki dan bakal suami” Qhairul menghulurkan tangannya kepada Ridhuan. “Ridhuan’ jawabnya memperkenalkan diri. “Jom sayang, come too late” Qhairul memeluk bahu Nisha lalu menuju ke kereta. Ridhuan yang masih tercegat di situ terus melihat pasangan tersebut memboloskan dirinya dalam kereta sehingga kereta itu meluncur laju meninggalkan tempat itu. “Fuhh…kereta tu” ujarnya agak teruja melihat kereta Lamborghini yang dinaiki oleh pasangan tersebut. “Betulkah apa yang ku dengarni, Datuk Qhairul Azamin, teman lelaki dan bakal suami Nisha” dengan perasaan kecewa dan hampa Ridhuan memasuki restoran tersebut kerana ada temu janji makan tengah hari dengan sahabat lamanya. “Kanapa abang cakap macam tu dengan Cikgu Ridhuan tadi?” Qhairul tergelak. “Macam kata Ku Farid, I don’t care, biar semua dunia tahu” “Abang dah jangkit penyakit gila Ku Farid ke?” tanya Nisha lagi sambil memandang wajah Qhairul. “May be kot, tapi mungkin abang lebih gila dari Ku Farid” balasnya selamba. “Yalah tu, teruklah Nisha ni sebab simpan dua orang gila kat vila tu” Qhairul ketawa terkekeh-kekeh mendengar kata-kata Nisha. “What can I do” jawab Qhairul diselangi dengan ketawanya. Qhairul memberhentikan kereta di hadapan rumah yang dimaksudkan oleh Nisha. “Assalammualaikum Mak Teh” Nisha memberi salam sambil menjenguk kepadanya memandang dalam rumah tersebut. “Waalaikummusalam,”jawab seorang perempuan tua. “Mak Teh saya ingat saya lagi, Nisha anak Uddin Pakistan” lama wanita merenung wajah Nisha kemudian tersenyum. “Kamu ni siapa tak kenal, tak berubah masih comel macam dulu juga, cantik macam ibu kamu” jawab wanita tua itu. “Mak Teh tinggal sorang aje ke?” Tanya Nisha hairan melihat rumah wanita itu sunyi sepi sedangkan wanita itu ada 3 orang anak. “Dengan Tijah tapi dia keluar hantar kain yang nak dijahit baju raya dengan Kak Leha kamu”jawab wanita tua itu. “Oh macam tu” “Kamu ke mari ada hajat ke? ‘Ada, Dalam kolam belakang rumah Mak Teh masih ada lagi tak bunga teratai putih?” tanya Nisha pada wanita tua itu. “Dulu ayah kau cari sekarang kau pulak, sedap ke bunga tu buat sayur” gurau Mak Teh, Nisha tergelak mendengar kata-kata Mak Teh. “Tak tahu pulaklah Mak Teh,Nisha belum rasa lagi sebab tu Nisha nak rasa minta untuk buat juadah sahur pagi esok” jawab Nisha menyambung gelaknya. “Masih ada kau pergilah ambil kat kolam belakang tu”sahut Mak Teh “Terima kasih Mak Teh. Saya pergi dulu Mak Teh” Qhairul yang menanti dalam kereta bila Nisha melambai tangan. “Masih ada jom temankan Nisha ambil bunga tu” Dengan pantas Nisha berlari sambil menarik tangan Qhairul menuju ke arah kolam di belakang rumah Mak Teh, kelihatan separuh dari kolam itu ditumbuhi teratai putih yang sedang berbunga. Perasaan Nisha melonjak keriangan. Nisha membelai sekuntum bunga teratai putih yang mekar paling dekat dengan tepi kolam tersebut. “Dari dalam perut ibu lagi aku dah makan kau bererti kau dah sebati dengan aku, apa rahsia kau wahai teratai putih” Nisha bermonolog dengan bunga teratai tersebut. Ada beberapa pokok anak teratai tersebut tumbuh berhampiran tepi kolam tersebut. “Aku nak tanam kau kat kolam dalam taman di rumah aku” Selepas membaca ayat kursi Nisha menarik anak teratai yang tumbuh itu dengan tangannya. Tapi dia gagal mencabutnya. ‘Kenapa kau tak nak ikut aku balik ke?’ Tanyanya pada anak teratai itu. “Kenapa sayang?” “Terapai ni degil tak nak Nisha cabut dia” Qhairul tersenyum mendengar jawapan Nisha. “Teratai ni kan bunga sebab, mungkin di nak lelaki yang cabut dan bawa dia balik” gurau Qhairul pula sambil tangannya menarik pokok bunga teratai tersebut. Nisha tersenyum “Betul tak?” Dengan mudah Qhairul mencabut anak teratai yang baru tumbuh itu lalu memberinya pada Nisha. “Kau nak orang lelaki juga yang tolong cabutkan kau, gatal!” kata Nisha bercakap dan bergurau dengan bunga teratai tersebut. Qhairul tergelak mendengar Nisha bercakap dengan teratai di tangannya. “Sayang! nah” Qhairul menghulurkan sekuntum bunga teratai yang dipetiknya dari kolam kepada Nisha. “Terima kasih, jom kita balik” Nisha meletakkan anak teratai yang dicabut tadi ke dalam plastik dan sampai di vila Qhairul terus menanam anak teratai itu di dalam kolam dalam taman larangan vila tersebut yang dibina atas ilham jiwa dan idea Tengku Farid. Nisha mengambil balang kaca bulat di ruang tamu lalu meletakkan air di dalamnya kemudian memasukan bunga teratai yang sedang mekar pemberiaan Qhairul tadi ke dalam balang tersebut. Balang itu kemudian di simpannya di dalam bilik tidur di atas almari kecil di sebelah katilnya. Hatinya cukup puas kerana dapat mencari benda yang sering di mimpinya selama ini. Usai solat asar setelah dirinya sudah bersih dan bersedia untuk menyambut puasa esok, Nisha memulakan bacaan alqurannya, dia berazam untuk mengaji sepanjang bulan puasa sehingga khatam kitab tersebut. Malam nanti Nisha akan mengajak Qhairul pergi solat tarawih di masjid kampung tersebut. “Esok abang nak bersahur pukul berapa?”tanya Nisha sewaktu kereta mereka memasuki kawasan masjid. “Pukul 5 suku macam tu, subuh pukul 6.10 minitkan” “Ya, nanti Nisha kejutkan abang” Beberapa penduduk kampung yang mengenali Qhairul semasa majlis doa selamat di vila beberapa hari lepas berjabat tangan dan menegur lelaki itu. “Datuk belum balik KL lagi ke?” sapa Haji Suib. “Baru sampai semalam, balik KL semalam je sebab nak sambut puasa di sini” jawab Qhairul ketika melabuhkan punggung di sebelah Haji Suib. “Nampak macam ada projek baru sebelah rumah Nisha tu” tanya Pak Samad. “Ya resort, pusat peranginan, tu antara sebab kenapa saya kena tinggal di sini untuk beberapa hari lagi”jawab Qhairul. “Datuk yang sorang danTengku tu tak datang sama ke?” “Oh Datuk Zamree, dia masih ada urusan di KL, hujung minggu nanti baru dia ke sini. Tengku Farid tu pun sama, dia tu lagi sibuk kena jaga syarikat dan tak lama lagi nak pegang sebuah negeri, jadual dia ketat sangat”sahut Qhairul lagi. Perbualan mereka terhenti bila terdengar azan Isya dilaungkan. Usai solat terawih semua jemaah masjid balik ke rumah masing-masing. Kehidupan Qhairul jauh berubah sejak bertemu Nisha, sebelum ini dia tidak ada masa untuk solat berjemaah di masjid sedangkan solat yang wajib pun sering ditinggalkan. Solat terawih hanya pernah dikerja ketika dia masih bersekolah rendah bersama datuk dan neneknya dan apabila kedua-dua insan itu telah tiada Qhairul langsung tidak pernah lagi memijak kaki ke masjid atau surau bersolat terawih. “Abang boleh mengajikan?” Nisha menghampiri Qhairul sewaktu lelaki itu sedang asyik menghadap komputer ribanya di ruang tamu. “Abang pernah khatam ketika berusia 12 tahun lepas tu abang tak pernah mengaji lagi hingga sekarang, kenapa sayang?” “Abang mengaji ya sekurang-kurangnya dalam bulan Ramadhan ni, Nisha hadiahkan ni pada abang” sambil menghulurkan senaskah kitab alquran di tangannya kepada Qhairul. Lama Qhairul menatap wajah bersih gadis itu kemudian tersenyum. “Baca untuk Nisha kerana Allah” pinta gadis itu dengan wajah yang begitu tenang. “Abang sebenarnya tak ada masa” jawab lelaki itu. “Masa memang selalu tak ada tapi terpulang pada kita untuk mengaturnya, kerana ada sepotong ayat alquran yang mengatakan ‘Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih’ please bang Nisha minta buat dalam bulan puasa ni je dulu, Nisha lakukan semua ni sebab Nisha terlalu sayangkan abang dunia dan akhirat” rayu gadis itu. “Ok sayang, untuk Nisha kerana Allah” kemudian dia menyambut kitab di tangan gadis itu lalu meletakkannya di atas meja. “Mula pagi nanti selepas subuh, ok bang Nisha minta diri dulu, jangan sms, jangan ketuk pintu hormati bulan Ramadhan” pesan gadis itu sebelum melangkah meninggalkan lelaki itu. Qhairul tergelak kemudian memanggil semula gadis itu sebelum sempat Nisha membuka pintu biliknya. “Sayang sekejap, abang nak cakap sesuatu sebelum sayang masuk tidur” Nisha kembali semula menghampiri lelaki itu. “Apa yang abang nak cakap” “Dekat sikit, apa yang abang nak cakap ni rahsia” Nisha mendekatkan telinganya ke muka lelaki itu. “I love you sayang” terus satu ciuman hinggap di pipi Nisha yang putih dan gebu itu. Nisha membutangkan matanya memandang Qhairul geram dengan telatah nakal lelaki itu. “Kalau siang esok hilang pahala puasa sebab buat benda haram” tegur Nisha kemudian terus meninggalkan lelaki itu yang sedang ketawa terkekek-kekek. Bab 57 Baru separuh hari berpuasa, Qhairul dah nampak toya, selepas solat subuh dan mengaji 3 muka surat alquran, Qhairul menyambung tidurnya hingga ke tengah hari. Selepas mengaji Nisha lebih banyak menghabiskan masanya di dalam bilik melayari internet. Hari pertama berpuasa memang menyeksakan sedikit bagi Nisha. Baru pukul 11 pagi, Nisha merasakan badannya sudah lemah sehingga dia mengambil keputusan untuk tidur sekejap sebelum masuk waktu Zohor. Sewaktu melangkah keluar dari bilik tidurnya, Qhairul sedang duduk di sofa menonton tv. “Sayang, kita nak berbuka dengan lauk apa petang ni” Nisha tergelak mendengar soalan Qhairul. “Masih awal lagilah bang, pukul 3 nanti kita pergi bazaar Ramadhan, beli je kat situ apa je yang abang inginkan” sahut Nisha kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki itu. “Kepala abang peninglah sayang” Qhairul memicit-micitkan dahinya. “Tulah sahur tadi tak nak makan nasi, nak Nisha picitkan ke?” dengan pantas Qhairul merebahkan kepalanya di atas paha Nisha. “Berbuka nanti kita terus makan nasi, perut abang kosong ni sebab tu pening kepala” sambil jarinya memicit kepala lelaki itu. Qhairul begitu bahagia diperlakukan oleh Nisha seperti itu. “Kan best kalau kita dah kahwin” “Abang ni sakit betul kah apa ni?” “Sakit betullah sayang” “Tapi kenapa sampai melalut nak kahwin ni?” Nisha separuh tergelak mengenang kata-kata Qhairul tadi. “Yalah kalau dah kahwin tak dalah istilah haram lagi, jom kita kahwin” “Abang ingat kahwin tu mudah ke” “Apa yang susahnya, akad nikah je” balas Qhairul lagi. “Banyak benda nak fikir, hantaran, pakaian, majlis eh,,banyaklah bang” “Sayang nak duit hantaran banyak mana” “Hantaran! Ikut umur Nisha, kalau sekarang 18 tahun beerti 18 juta kot” Nisha kemudian tergelak dengan gurauannya sendiri tetapi Qhairul hanya diam dan tersenyum memandang wajah gadis itu. “Dahlah bang, Nisha gurau je tadi hantaran tu tak penting, yang penting Nisha kahwin dengan orang yang Nisha cinta” tangannya mengusap-usap rambut lelaki itu. “Jom sayang, dah dekat pukul 3 ni, kita pergi bazaar Ramadhan” Qhairul terus bangun lalu berdiri. Nisha tersenyum kemudian melangkah ke bilik untuk bersiap. Macam semua yang ada di bazaar seperti hendak di beli oleh Qhairul. Nisha beberapa kali menegurnya. “Dah banyak ni bang, kalau tak habis kan membazir” Nisha cuba mengingati Qhairul. Balik dari bazaar, Nisha mengajak Qhairul singgah di kedai menjual ikan peliharaan. “Nisha nak bela ikan, Nisha lihat akuarium kat ruang tamu atas tu masih kosong”. Akuarium yang bersaiz 5 kaki terletak di bahagian tepi ruang tamu bilik atas memang masih kosong lagi. “Tengok ikan ni, cantikkan abang tolonglah pilih satu untuk Nisha” “Yang tu cantik” kata Qhairul menunjukkan ke arah seekor anak ikan. Nisha menyuruh pembantu kedai menangkap ikan yang dipilih oleh Qhairul itu “Ok ikan ni Nisha namakan Q, Nisha nak cari Z dan TF pulak”, Qhairul tergelak mendengar idea Nisha. Setelah mendapat 3 ekor anak ikan flower horn jantan yang berlainan rupa Nisha pun mengajak Qhairul meninggalkan kedai tersebut. “Tunggu dulu, abang nak beli seekor yang betina, tolong cari seekor yang betina” arah Qhairul kepada pembantu kedai tersebut. “Yang sekor ni abang namakan May Lin” Qhairul menamakan ikan tersebut May Lin. Nisha ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Qhairul. Nama May Linnya akhir dipinjamkan pada seekor anak ikan flower horn pula. Setelah membeli semua kelengkapan untuk sebuah akuarium, mereka berdua kemudian terus balik ke vila. Qhairul menyuruh Abang Jali suami Kak Siti memasang peralatan akuarium yang dibelinya dan memasukkan air ke dalam akuarium tersebut. Hampir satu jam Abang Jali menyediakan akuarium tersebut. Setelah selesai satu persatu anak ikan flower horn itu dimasukan Nisha ke dalam akuarium tersebut. “Abang nak masukkan sendiri si May Lin abang ni pulak” Clop! May Lin melompat ke dalam akuarium. “Nakallah May Lin ni, awas-awas May Lin, 3 awek jantan tu ganas!”pesan Qhairul pada ikan-ikannya. “Ha..ha..ha…”terdekah-dekah ketawa Nisha mendengar pesanan Qhairul pada May Lin. “Tak pa bang May Lin tu kan pandai kung silat” Terkekeh-kekeh pula ketawa Qhairul mendengar kata-kata Nisha. Sejak pertemuan dengan Nisha pada hari tersebut Ridhuan begitu kecewa. Lama dia cuba menjejaki gadis yang pernah menjadi bekas pelajarnya itu tapi pertemuannya dengan Nisha begitu mengecewakannya. “Sharul..kau ingat tak dengan Qhairunnisha bekas pelajar kita tahun lepas” “Kenapa tak ingat, kan dia best student tahun lepas. Budak tu cantik tapi mana dia sekarang? aku ingat dia sambung tingkatan 6” balas Sharul. “Aku jumpa dia semalam kat Melaka. Dia sambung pengajian di UM” balas Ridhuan. “Pra U ke?”tanya Sharul. “Tak, terus masuk ijazah pertama, dia ambil law”jawab Ridhuan. “Macam mana dia boleh terus masuk ijazah lepas SPM, law pulak tu. hebat” balas Sharul lagi “Tu aku tak tahu, dia sendiri yang cakap.Tapi aku rasa dia tak bohong. Mungkin ada seseorang yang tolong dia” sahut Ridhuan lagi. “Tapi tu satu cerita, ada lagi satu cerita” tambah Ridhuan lagi. “Cerita apa pulak?”tanya Sharul dengan dahi yang berkerut. “Kau tengok majalah ni, kau kenal lelaki muka depan tu?” Sharul menyambut majalah Asean Bisness yang dihulurkan oleh Ridhuan. Ridhuan sengaja membeli majalah tersebut sehari selepas bertemu Nisha. Gambar Datuk Qhairul Azamin terpapar di muka depan majalah tersebut. PJ Holding bakal pemilik saham terbesar Surya Fly. “Siapa yang tak kenal lelaki billionaires ni, lima yang terkaya di Malaysia sekarangkan, tapi dia mana kenal kita” jawab Sharul sambil tersenyum. Cikgu Daim dan Cikgu Hadi yang duduk berdekatan turut mendengar perbualan mereka berdua. “Kau percaya tak aku pernah jumpa lelaki tu face to face, siap jabat tangan dengan aku” “Kau biar betul, bila”balas Sharul seperti tidak percaya. “Dua hari lepas, di Melaka.Waktu aku nak masuk restoran jumpa kawan lama aku. Tapi yang aku sendiri seperti tidak percaya ialah aku jumpa dia bersama Qhairunnisha” ujar Ridhuan menceritakan pertemuannya dengan lelaki billionaire itu. “Betul ke?” “Ya! aku mula tak perasan waktu aku tegur Qhairunnisha tapi lepas itu Qhairunnisha perkenalkan lelaki yang bersama dia waktu tu ‘Datuk Qhairul Azamin’. Dia pun bersalaman dengan aku siap perkenalkan diri sebagai teman lelaki dan bakal suami”. “Aku panik juga tapi aku tak perasaanlah dia lelaki yang dalam majalah tu” Sahrul seperti tergamam mendengar cerita Ridhuan. “Dia orang minta diri sebab nak cepat. Aku sempat tengoklah dia orang naik kereta. Fuhh..kereta Lamborghini, bila aku tengok majalah tu kat kedai barulah aku teringat. Memang lelaki tulah bersama Qhairunnisha hari tu”.Ridhuan menamatkan cerita. “Macam mana dia boleh kenal dengan lelaki tu, kalau betul tu bakal suami dia, bertuah betullah Qhairunnisha tu” tambah Sharul pula. “Kau orang tak tahu ke?, aku je yang malas nak cerita, memang betullah tu, yang kau jumpa tu Datuk Qhairul Azamin” celah Cikgu Hadi seorang anak jati kampung tersebut . Sharul dan Ridhuan saling berpandangan. “Macam mana kau tahu?” tanya Sharul. “Kau nak tahu siapa pemilik ‘Vila Mahligai Cinta’ di tepi pantai tu. Seluruh negeri Melaka nak tahu siapa pemilik vila tu”sahut Cikgu Hadi. “Datuk tu?” balas Ridhuan. “Kami di kampung ni pun terkejut waktu tuan milik vila tu jemput kenduri doa selamat waktu dia orang pindah ke vila tu dulu. Rupa-rupanya Qhairunnisha tuan milik vila tu. Di situlah aku dah jumpa lelaki billionaire tu sewaktu dia layan penduduk kampung dan tetamu yang datang. Bukan Datuk seorang tu je waktu tu, kalau tak silap aku hari tu ada empat orang lelaki yang begitu rapat dan mesra dengan Qhairunnisha. Tiga datuk, dan seorang lagi yang buat kami betul-betul terkejut ialah Putera Mahkota Tengku Putera Faridhuddin Syah. Dengar cerita rupa-rupa Qhairunnisha sekarang anak angkat keluarga diraja. Dia beradik angkat dengan Putera Mahkota tu. Vila yang bernilai RM30 juta tu hadiah dari dua orang datuk billionaire tu dan Putera Mahkota tu untuk hadiah harijadi Qhairunnisha ke 18 tahun” cerita Cikgu Hadi panjang lebar. “Kalau macam tu, betullah Datuk Qhairul Azamin tu bakal suami dia kalau tak, takkan pulak dia sanggup buat rumah semahal tu, bertuah betullah budak tu”tambah Sharul pula. “Tulah kata orang tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, tak lama lagi Qhairunnisha tu aku rasa memang dia akan dikenali di seluruh Malaysia, sebab aku nampak tiga lelaki yang ada di vila hari tu suka betul dengan dia, semua nampak macam kekasih Qhairunnisha. Aku tak tahulah macam mana dia boleh kenal lelaki-lelaki hebat, berpengaruh, berdarjat dan kaya raya macam tu” Cikgu Hadi meneruskan ceritanya. “Roziah pun ada aku jumpa hari tu, dia kan rapat dengan Qhairunnisha. Sekarang dia dah kahwin. Salah seorang datuk yang ada hari tu suami dia. Roziah dah bergelar Datin Roziah Aznin sekarang”. “Betul ke? Kalau macam tu tak sia-sialah dia kahwin lewat, jadi tak jadi cikgu lagilah dia sekarang?”sahut Ridhuan. “Memanglah, buat apa susah-susah nak kerja kalau suami banyak duit” Sharul kemudian menyampuk memberi pendapatnya. Nisha sedang membelai-belai daun teratai yang sudah mulai tumbuh subur dalam kolam taman larangan di hadapan vila. Tengku Farid memang mempunyai daya kreativiti yang cukup hebat dalam menghasilkan plan landskap yang menarik. Di tengah-tengah kolam dibinanya jambatan yang merentangi kolam tersebut. Sebuah meja santai di letakkan bersebelah kolam. Beberapa batang tiang lampu taman terpacak di sana sini di dalam taman larangan tersebut. Menang sehebat taman larangan untuk seorang puteri diraja di sebuah istana ditambah lagi bila bunga-bunga mulai mekar di sekitar sebuah pondok kecil di tengah-tengahnya pula tergantung sebuah buaian. Nisha melontar beberapa butir makanan untuk ikan-ikan koi yang mula membesar di dalam kolam tersebut.. Kemunculan sebuah Ferari merah meluncur masuk ke dalam halaman vila menarik tumpuan Nisha. Zamree menekan hon menegur Nisha yang sedang berdiri di tepi kolam. Kedatangan Zamree petang itu memang dinantikan. Qhairul yang baru muncul di depan pintu utama vila mengangkat tangan menegur sepupunya. Sambil tersenyum, Nisha melangkah menghampiri kereta Zamree yang sudah memakirkan keretanya di sebelah kereta Lamborghini milik Qhairul. “Abang sihat, puasa ke?” “Of courselah sayang, selagi tubuh badanni sihat” Zamree tersenyum lalu mencuit hidung gadis tersebut. Nisha tergelak. Mereka berjalanan beriringan menghampiri Qhairul yang terpacak di depan vila. “Kau sihat Zam?” “Sihat, haus je” Qhairul dan Nisha sama-sama tergelak. “Abang cakap je nak air apa Nisha boleh tolong buatkan” “Abang nak air mata Nisha boleh?”usik Zamree lalu mencubit pipi gadis tersebut. “Sakitlah’ lalu tangannya menepis tangan Zamree. Zamree kemudian tergelak. Nisha terus minta diri untuk naik ke atas untuk menonton rancangan jejak rasul di tv3. “Bila beli mpv tu”Zamree memuncungkan mulut ke arah sebuah mpv Mercedes GL 550 suv plat nombor MQQ1991 yang parkir di sebelah kereta Nisha. “Baru sampai semalam,untuk kegunaan di vila ni” Zamree menganggukkan kepalanya. “Mama aku ada jumpa kau?” “Tak tapi dia cuma cal ofis, aku cakap macam yang kau pesan” jawab Zamree sambil tersenyum. “Kita beritahu jemaah masjid waktu terawih nanti, minta tolong Haji Suib beritahu penduduk kampung yang lain” beritahu Qhairul sewaktu mereka melabuhkan punggung di atas kerusi rose wood di ruang tamu. “Setiap malam ke kau ke masjid?”tanya Zamree sambil matanya memandang Ranti yang muncul di ruang tamu untuk mengangkat beg pakaian lelaki itu ke atas. “Ya, malam ni kita pergi sama”jawab Qhairul sambil matanya memandang ke arah Ranti. “Kau dah banyak berubah rul, bukan Qhairul yang aku kenal sebelum ni” Zamree memandang wajah sepupunya sedalam-dalamnya. Qhairul tergelak kemudian bersuara semula “Mungkin aku dah temui apa yang aku cari selama ini” “Maksud kau Nisha?” “Sebahagian daripadanya” “Kita nak berbuka dengan apa petang ni?” Zamree mengalihkan topik perbualan mereka. “Aku dan Nisha dah beli juadah di bazaar Ramadhan tadi, yang selebihnya Kak Siti yang masak, jom kita naik atas kau pun nampak letih je” kedua-dua lelaki tersebut beriringan naik ke tingkat atas. Kedua-dua lelaki tersebut menghampiri Nisha yang sedang asyik mengamati skrin tv di depannya. Satu iklan di kaca tv yang mengasyikkan Nisha. Potongan rambut pendek wanita dalam iklan itu begitu menarik perhatian Nisha. “Nisha nak potong rambut pendek macam tu lah nanti, cantik” “Jangan! Serentak Qhairul dan Zamree bersuara membantah keputusan Nisha. Terkejut Nisha ditegur serentak oleh kedua lelaki tersebut. “Kenapa, Nisha lama dah teringin nak berambut pendek macam perempuan tu tadi, cantik dan senang diurus” sambil tangannya mengumpulkan rambut panjangnya ke sebelah bahu. “Apa pun alasan, abang tak nak tengok Nisha potong rambut tu” pesan Qhairul dengan wajah yang serius. “Abang pun sama, rambut tu dah cantik jangan potong pendek” Zamree menambah pendapat Qhairul ‘Peliklah mamat datuk dua orang ni, rambut aku suka hati akulah nak buat macam mana’ omel Nisha dalam hati namun apalah kuasa yang mereka guna Nisha akhirnya akur sebab mungkin menghormati kedua-duanya yang terlalu baik dan mengambil berat tentang dirinya. “What can I do, kalau abang berdua dah tak setuju” kedengaran hampa dalam nada suaranya. Qhairul dan Zamree sama-sama tersenyum mendengar jawapan Nisha. Malam itu, Qhairul, Zamree dan Nisha mengajak Kak Siti dan Abang Jali sama-sama berjemaah terawih di masjid. “Abang Jali ada lesen memandukan” tanya Qhairul pada lelaki berusia 40 tahun itu. “Ada datuk, sebelum ni pun saya jadi pemandu bas sekolah” sahut lelaki itu. “Kalau macam tu, kerja sampingan Abang Jali sekarang adalah jadi driver untuk pandu keretani, nanti saya tambahkan lagi gaji bang Jali” lalu menyerahkan anak kunci mpv Mercedes GL 550 suv tersebut kepada Abang Jali. Lelaki itu tersenyum lalu menyambut kunci yang dihulurkan oleh Qhairul. Abang Jali kemudian membuka pintu kereta penumpang belakang untuk ketiga-tiga majikannya masuk termasuk isterinya kemudian dia terus memboloskan dirinya di tempat duduk pemandu. Perlahan-lahan mpv mewah tersebut bergerak meninggalkan vila untuk menuju ke masjid. “Rul aku bukannya ingat sangat macam mana nak sembahyang terawih ni” bisik Zamree ke telinga Qhairul semasa keduanya melangkah keluar dari kereta. “Ala..kenapa kau tak cakap awal tadi boleh juga aku suruh kau ulangkaji buku panduan sembahyang terawih yang aku beli tu” sahut Qhairul “Aku lupa” “Tak pa malam ni kau ikut je apa orang buat, selepas setiap dua rakaat beri salam. Dia orang sini buat 20 rakaat. Balik nanti kau study betul-betul” beritahu Qhairul pada Zamree. Setiap malam bila balik dari solat terawih Nisha dan Qhairul akan ke dapur semula untuk menyambung makan. Kak Siti yang sudah faham perangai majikan sejak hari pertama berpuasa akan membiarkan sahaja makanan dan baki kuih muih yang lebih terhidang sahaja di tas meja malah dia turut menyediakan minuman panas untuk majikannya. “Ranti dan Sulis tak makan ke Kak Siti?” tanya Nisha bila melihat baki makanan masih banyak lagi. “Biasanya lepas datuk dan puteri makan barulah dia orang berdua sapu bersih lauk tu” jawab Kak Siti sambil tersenyum. “Masih ada tinggal untuk abang lagi ke sayang?”tiba-tiba Zamree turut muncul di dapur. “Ada banyak lagi ni hah”sahut Nisha sambil mengigit secucuk satay daging. “Abang nak air panas ke, ni Kak Siti ada buat air coklat panas ni” lalu menghulur secawan air coklat panas kepada Zamree yang duduk di sebelahnya. “Thanks, minta kuih tu” Sepiring pudding roti yang ada di hadapan Qhairul dihulurkannya kepada Zamree. “Bersahur nanti puteri nak makan apa” tanya Kak Siti. “Kak Siti buat sup sayur dan ayam goreng pun dah cukup” jawab Nisha kemudian menghabiskan minumannya. “Datuk pula nak makan apa?” tanya Kak Siti sambil memandang kedua-dua lelaki tersebut. “Saya tak kisah kak asalkan benda tu dihidang panas-panas” beritahu Zamree. “Kak Siti jangan lupa, buat telur rebus separuh masak 2 biji dengan saya waktu sahur nanti” Qhairul mengingati satu makanan rutinnya kepada Kak Siti. Telefon bimbit Nisha berkumandang lagu Adinda dan Kekanda, justeru itu Nisha tahu siapa pemanggilnya. “Assalammualaikum sayang!” Nisha tersenyum mendengar sayup-sayup suara lelaki menyapanya dalam telefon. “Waalaikummuasalam” “Sayang buat apa tu? “Sambung makan” “Berbuka petang tadi makan lauk apa? “Nasi, ayam, satay, mee goreng, kuih” “Sedapnya” “Kanda di mana ni?” “Di KLIA” “Kanda pergi mana?” “Baru balik dari Brunei” “Oh, jadi kanda berbuka dalam kapal terbanglah tadi” “Ya, tak sedap” Nisha tergelak. “Dinda berbuka dengan siapa tadi?” “Abang Qhairul dan Abang Zam yang baru sampai petang tadi” “Oh dia orang berdua tu ada kat situlah ya” “Ya, petang esok abang Zam dan abang Qhairul buat majlis berbuka puasa di vila kita” beritahunya teringatkan tentang majlis yang dinyatakan Qhairul siang tadi. “Kalau macam tu esok kanda ke sana jgak, tapi mungkin lewat petang sikitlah kot” “Emm tak pa, datanglah” “Ok lah sayang, kereta kanda dah sampai tu, petang esok kita jumpa ya, bye I love you” “Bye, take care kanda” Nisha memutuskan taliannya. “Nisha dah mengantuklah bang, Nisha naik atas dululah ya”. Tidak lama selepas itu kedua-dua lelaki itu pun turut meninggalkan dapur untuk naik ke tingkat atas. “Ada apa-apa masalah ke di ofis kita Zam?” “Tak, tapi aku ada satu good news nak beritahu kau” “Apa, ada projek baru lagi ke?” sejak kebelakangan ini rezeki kedua-dua lelaki tersebut semakin melimpah ruah. “Tentang Suria Fly, mereka dah setuju menjual 40 peratus sahamnya pada kita” beritahu Zamree sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa berdepan dengan Qhairul. “Bila?” “Pagi tadi Tan Sri Mokhtar cal aku di pejabat, dia mahu saham itu dibeli oleh rakyat syarikat melayu atau bumiputera” jawab Zamree. “Kalau macam tu comfirmlah PJH pemegang syer terbesar” “Yes, dia nak jumpa kau minggu depan untuk tentang bincang semua tu”, “Hari apa tu?” “Katanya Selasa pukul 10 pagi di pejabat urusan Suria Fly di Kelana Jaya, tapi hari Isnin nanti dia akan cal balik untuk pengesahan”. “Agak-agak kau berapa harga dia nak jual 40 peratus saham tu” tanya Qhairul seperti memikirkan sesuatu. Zamree tersenyum. “Tan Sri Mokhtar adalah gurau-gurau dengan aku, dia kata around 1.5 billions”. “Sekarang anggaran kau berapa nilaian aset PJH sekarang termasuk yang di luar negara” “Tahun ni not surelah aku, mungkin around twentyfive billions US” sahut Zamree. “26 billions US, itu berdasar kiraan kasar pertengahan tahun ni” balas Qhairul pula. “Aku rasa sejak kebelakangan ni agak mudah pulak rezeki kita masuk” beritahu Zamree sambil tangannya menekan butang alat kawalan jauh tv di depannya. “Alhamdulillah, walaupun ekonomi agak gawat sekarang tapi rezeki kita tetap ada” sambung Qhairul lagi. “Ok Rul, aku nak tidur, bulan puasa ni cepat pulak mata aku ngatuk, esok kita sambung cerita lagi” Zamree memang dah dah dua tiga kali menguap. Tiba di bilik, Zamree ternampak senaskah kitab Alquran di atas almari kecil di sebelah katilnya. Sekeping kertas memo melekat di atasnya. ‘Abang Zam! Terimalah hadiah ini. Luangkan sedikit masa untuk membacanya di bulan Ramdhan yang berakah ini.- Untuk Nisha kerana Allah, Nisha sayangkan abang dunia dan akhirat” Zamree tersenyum sendiri selepas membacanya. Qhairul turut melangkah ke biliknya sebaik sahaja dia merasakan dirinya keseorangan di ruang tamu tersebut. Sebelum melelapkan mata jarinya menaip SMS lalu menghantarnya. ‘Abang tak boleh tidurlah, tak da good night kiss utk mlm ni’ Nisha tergelak lalu membalasnya. ‘Jgn nak mengada-gada, bulan puasa orang buat pahala bukan buat dosa’ Qhairul tersenyum membaca SMS yang diterimanya. ‘Sebab tu abang ajak kahwin cepat supaya sayang dapat buat pahala byk-byk’ Butang hantar “Yalah tu!, Nisha ngatok nak tido’. Butang hantar. Good night sayang, I Love U Muah..’ Butang hantar. ‘Me too for ever…my dear’. Sama-sama tersenyum membayangkan wajah insan tercinta. Beberapa detik kemudian hanya kedengaran deruan bayu laut dan desiran ombak yang menghempas pantai menjadi irama indah mengiringi melodi dengkuran penghuni Mahligai Puteri yang sudah asyik diulit mimpi-mimpi indah masing-masing. Bab 58 Sambil menunggu enjin keretanya panas, Nisha menjengok bunga teratainya di kolam. Nisha tersenyum melihat bunga teratainya hidup subur. Beberapa minit kemudian Nisha memboloskan dirinya ke dalam kereta. Diperkuatnya juga hatinya untuk mengunjungi mak tirinya dan Qhairil pagi itu. Persekitaran rumah Mak Gayah agak lengang. Tidak kelihatan kelibat sesiapa terutama adiknya Qhairil yang biasanya bermain di halaman rumah pada waktu pagi begitu. Pintu rumah juga tertutup rapat. ‘Mana orang dalam rumah ni?’Nisha bermonolog sendiri. “Assalammualaikum! “Assalammualaikum! Dua kali Nisha memberi salam tapi tiada jawapan. “Dia orang balik Batu Pahat pagi tadi” Nisha dikejutkan oleh suara seorang lelaki menegurnya. “Eh..Tok Suib, Tok dari mana?” Haji Shuib tiba-tiba muncul dari belakang Nisha. “Dari rumah, nak ke kebun pisang tok tepi jalan tu” jawab Haji Suib sambil membetulkan sarung parang di pinggangnya. “Kalau macam tu Nisha tumpangkan tok sampai ke kebun tu” “Tak pa lah Nisha, kebun tu bukannya jauh” jawab Haji Suib sambil mempemerkan barisan gigi palsunya yang tersusun rapi. “Naiklah tok, kebetulan Nisha pun nak lalu guna jalan tepi kebun tu” pujuk Nisha pada orang tua itu. Haji Suib akhirnya termakan juga pujukan Nisha. “Terimakasihlah Nisha, merasa juga tok naik kereta mewah kamu ni” “Toklah orang pertama kat kampung ni naik kereta saya tau” balas Nisha sambil tersenyum. “Oh ya ke, bertuah betullah tok ni ya Nisha” Nisha tergelak mendengar kata-kata Haji Suib. “Nisha takkan lupa jasa Tok dan Mak Timah pada Nisha, Nisha dah anggap Tok dan Mak Timah macam ibu dan ayah Nisha sendiri. Terimakasih Tok sebab sudi tolong Nisha dulu” mengingati kebaikan pasangan suami isteri itu yang selalu mengambil berat pasal dirinya. Sejak ibunya meninggal duni banyak jasa dan pertolongan yang Tok Suib dan mak Timah hulurkan padanya “Sama-sama Nisha. Dah tugas dan tanggungjawab Tok sebagai penghulu. Tok gembira bila lihat kamu kehidupan kamu sekarang” balas lelaki itu sambil tersenyum penuh kesyukuran. Nisha sampai di persimpangan jalan tempat arwah ayahnya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Lama Nisha berhenti di situ cuba mengingati semula kejadian yang berlalu hujung tahun lalu. Mata mula berkaca, setitik-setitik ia mula jatuh ke pipinya putih dan gebu. Cepat tangan gadis itu cuba menyekanya dari terus jatuh. “Ayah!”bisik hati kecilnya. Nisha meneruskan perjalanan menuju ke sekolah menengah di kampung itu. Teringin juga rasa hatinya untuk melihat semula keadaan sekolah lamanya. Melihat jam tangannya baru menunjukkan pukul 10 pagi, Nisha berhenti di depan pintu pagar sekolah tersebut. Pelajar-pelajar mula kelihatan keluar dari kelas. Sudah masuk waktu rehat bagi warga sekolah tersebut. Nisha melambai-lambaikan tangannya pada Laila dan kawan-kawan lamanya. Semua yang ada di situ menyerbu ke pagar menghampiri Nisha. Rata-rata mengenali Nisha yang pernah sama-sama menuntut di situ tahun lepas. “Nisha kau bawalah kereta kau tu masuk” tegur Laila. “Aku kejap je, beritahu semua kawan-kawan lama kita aku jemput ke rumah raya nanti” beritahunya pada Laila. “Ya, dia orang mesti datang punya sebab semua ingin nak tengok istana kau tu” Nisha tergelak mendengar kata-kata Laila. “Kau mesti bagi duit raya lebih kat aku” “Ya, kalau nak sekarang pun aku boleh bagi” sambil mengeluarkan dua keping wang kertas RM50 dari dompetnya lalu dihulurnya kepada Laila. Wajah laila terus berseri-seri bila Nisha menghulurkan wang kertas tersebut kepadanya. “Muah..aku sayang kau Nisha” ucapnya sambil tersenyum keriangan. “Kalau kau sayang aku jangan gatal dengan boy friend aku yang tiga orang tu” “Fulamak ramainya kau punya boy friends sampai 3 orang” seloroh Laila pulak. “Boy friend memang banyak tapi kalau kahwin sorang je..”sahut Nisha sambil bergurau. “Jangan tembelang kau pecah sudah”. “Tembelang apa pulak, aku dengan dia orang semua tu tak da rahsialah, dia orang semua sayang dan cintakan aku, aku pun sayang dia orang bertiga tu” “Alah kau kahwin je dengan mana-mana dia orang tu hidup kau tetap senang punya” “Tapi cinta tak dapat dapat buat macam tu, ia mesti untuk yang sorang tu je, ok aku pergi dulu, assalammualaikum” “Waalaikummussalam” jawab Laila sambil melambai-lambaikan tangannya pada Nisha. Dari jauh, Qhairul memerhati kereta Nisha memasuki pintu pagar vila. “Dari mana ni sayang?” Qhairul terus menegur Nisha sebaik sahaja gadis itu melangkah masuk ke pintu vila. “Pergi rumah makcik nak jumpa Qhairil tapi dia orang tak da, Dah balik Batu Pahat, lepas tu Nisha pergi sekolah lama Nisha jumpa Laila dan kawan-kawan” “Kenapa tak ajak abang sekali?” “Abang masih tidur jadi Nisha tak naklah ganggu abang” “Abang tak tido lagilah lepas subuh, abang dekat gim” “Oh ya ke? tak perasan pulak Nisha, setiap hari?” “Ya sayang. Abang tak nak rezeki lari” jawabnya sambil mencuit hidung Nisha dengan jarinya. “Abang Zam mana?” “Tadi abang nampak dia kat bilik bacaan, susun buku yang dia bawak semalam” “Jadi dalam bilik tu dah ada buku lah ya, jom bang kita pergi bilik tu” Qhairul membuntuti Nisha hingga ke bilik bacaan di tingkat 3. Sebaik pintu bilik terkuak, Zamree sedang mengeluarkan beberapa buah buku dari sebuah kotak lalu menyusun buku-buku tersebut di atas rak-rak almari buku yang tersedia di situ. “Banyak buku, Abang Zam dapat dari mana buku-buku ni?”tanya Nisha lalu mendekati lelaki tersebut. ‘Abang bawa semua buku-buku lama abang, mungkin ada yang Nisha boleh guna untuk rujukan, kebanyakkannya buku-buku yang abang beli masa abang belajar kat universiti dulu” Nisha memerhati buku-buku yang telah tersusun rapi di rak almari sebelahnya, Satu persatu tajuk buku itu dibacanya lantas matanya tertumpu pada sebuah buku ‘Sejarah Peradaban Dunia’. Terus tangannya menarik keluar buku tersebut dari susunannya. Perlahan-lahan satu persatu helaian muka surat buku itu diselaknya. Tiba-tiba sekeping kertas keras terjatuh dari helaian buku tersebut. Nisha membongkokkan tubuhnya mengutip kertas tersebut. Gambar seorang perempuan cantik sedang tersenyum, di bahagian belakang tertulis sebaris ayat Nisha membacanya dengan agak kuat. ‘I will always love you’-Karina. “Karina, ni gambar kekasih abang Zam ke?” Qhairul yang sedang duduk membelek-belek surat khabar turut berpaling mendengar suara Nisha. Tanpa bersuara, Zamree terus merampas gambar itu dari tangan Nisha lalu merenyuknya kemudian membalingnya ke tepi dinding. Tanpa sebarang kata-kata Zamree kemudian melangkah keluar meninggalkan bilik itu. “Kenapa bang, Karina tu siapa?” “X fiancee abang Zam” “Mana dia sekarang?” “Tak tahu?” jawab Qhairul sambil mengangkat kedua belah bahunya, “Kenapa dia orang tak kahwin?” Nisha seperti ingin mengetahui lebih lanjut. “Karina ditangkap berkhalwat dengan orang lain” Nisha terdiam mendengar kata-kata Qhairul. Beberapa orang penduduk kampung mulai datang menghadiri majlis berbuka puasa di vila tersebut. Qhairul dan Zamree melayani tetamu lelaki yang sedang duduk di kanopi menunggu kehadiran tetamu yang lain, tiga buah kanopi di sediakan tetamu-tetamu yang hadir. Nisha berbual-bual bersama tetamu-tetamu perempuan yang mulai sampai sejak pukul 6.30 tadi. Masih ada 40 minit lagi untuk masa berbuka.Nisha tertunggu-tunggu kehadiran Tengku Farid yang memberitahunya akan datang petang itu. Penantian Nisha berakhir bila sebuah Ferari sport berwarna kelabu gelap diiringi sebuah sebuah BMW sedan berwarna hitam meluncur masuk ke perkarangan Vila. Tengku Farid terus memakirkan keretanya di tempat parkir kosong di sebelah kereta Ferari Zamree. Sebaik sahaja lelaki tersebut melangkah keluar dari keretanya, Nisha terus menemuinya. Tengku Farid menolak cermin mata hitam ke atas lalu tersenyum memandang Nisha yang anggun berbaju kurung menyambut kedatangannya. Sesuatu dalam bekas plastik di tangannya dihulurkannya pada gadis itu. “Hai sayang, nah ni untuk dinda” “Apa ni kanda?” “Kiriman bonda untuk puteri kesayangannya, entahlah makanan kot” sahut Tengku Farid. Mereka berbalas senyuman. “Ingat juga bonda pada Nisha ya” “Mestilah, tu yang buat kanda cemburu” tambahnya lagi sambil bergurau, “Along dan achik mana?” Tengku Farid bergurau lagi dengan Nisha. Nisha tergelak mendengar gurauan Tengku Farid. “Kat sana tu, dah hampir masuk waktu berbuka ni, kanda pergilah jumpa dia orang berdua” Tengku Farid diiringi dua orang pengawal peribadinya menghampiri meja tetamu lelaki di situ. Masing-masing menghulur tangan bersalaman dengan Tengku Farid. Tengku Farid melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi kosong yang disediakan untuknya di sebelah Datuk Qhairul. Nisha kembali semula duduk di kerusi bersama-sama tetamu perempuan. “Yang datang tadi tu siapa namanya Nisha, kacaklah Nisha, tak tidur malam kalau dapat boyfriend kacak macam tu, kau tak nak rekomen kat aku ke?” Laila menegurnya sebaik saja Nisha melabuhkan punggungnya di atas kerusi Laila. “Tak nak lah, tu bukan sebarangan lelaki, dia tu Putera Mahkotalah, Tengku Farid anak bonda angkat aku, jadi merangkap kanda angkat aku lah tu” jawab Nisha lalu tersenyum memandang Laila. “Macam mana kau boleh kenal tiga orang lelaki tu ya, semua kacak-kacak dan kaya. Jelouse aku” tambah Laila lagi. “Entah..semua tu kerja tuhan, dah rezeki aku” balas Nisha bersahaja. “You bertolak dari KL pukul berapa Ku Farid?” tegur Qhairul sebaik sahaja Tengku Farid melabuhkan punggungnya di kerusi. “Sebelum pukul lima, bulan puasa ni drive slow sikit” jawab Tengku Farid. Kedengaran azan berkumandangan, iman masjid Haji Muhsin mengetuai bacaan doa berbuka puasa dan doa makan. Usai berbuka semua tetamu dijemput berjemaah solat Maghrib di ruang tamu vila tersebut. Malam itu Tengku Farid turut sama bersolat terawih di masjid. Setiap pagi, selepas mengaji sekejap selepas solat subuh Nisha suka menghabiskan masanya di tepi pantai. Air laut yang sudah lama surut menampakkan kecantikan pantai di belakang vila tersebut. Nisha melontar pandangannya jauh ke tengah laut, air laut yang sudah lama surut membolehkan Nisha bergerak jauh ke tengah. Rambutnya panjang melambai-lambai di tiup angin.Tangan mengutip siput yang terdampar di atas pasir kemudian terus melontarkan semula ke laut. Dari balkoni Tengku Farid tersenyum sendiri memerhati keriangan Nisha bermain seorang diri di tepi pantai. Sewaktu gadis itu menoleh ke atas, dia melambai-lambaikan tangannya sambil tersenyum. Tengku Farid kemudian terus beredar meninggalkan balkoni. “Dinda, jom kita ke sana tengok projek resort kita tu” Nisha menghampiri lelaki itu lalu berjalan bergandingan menyusuri pantai menuju ke tapak resort yang baru 40 peratus siap. “Hari ni pekerja semua cuti, baru 5 buah Chaklet yang siap” jelas Tengku Farid ketika mereka menjejak kaki ke tapak resort tersebut. “Bangunan depan ni apa kanda” “Tu reception lobi, depannya car park. Sebelah sana semua Chaklet, ada 15 unit semuanya.10 sebelah tu, 5 unit sebelah sana untuk executive Chaklet, sebelah reception tu restoran seafood dan tu pondok control untuk aktiviti permainan pantai dan laut”.terang Tengku Farid dengan terperinci. “Permainan laut apa yang kita nak sediakan di resort ni?” “Jet ski, kayak, may be perahu layar tu yang kami bertiga dah fikirkan, tempat ni berpontensi untuk dimajukan, kanda baru dapat tahu sebelum ramai ahli perniagaan berminat. Ada yang cuba untuk dapatkan tanah ni tapi mereka gagal untuk dapatkan pemiliknya” tambah Tengku Farid lagi. “Jadi kanda bertiga kira beruntunglah ya”sahut Nisha pula. “Ya, dari Allah melalui dinda” jawabnya sambil tersenyum. “Tapi projek ni adalah projek rahsia kerjasama PJH dan PHC, kami tak pernah bekerjasama pun sebelum ni. Kita akan dapat syer sebanyak 25 peratus setiap orang. Keuntungannya pula akan kita bahagi sama rata. Kalau kita boleh beli lagi tanah yang di sebelah tu, kami cadang nak buat hotel di situ”cadangan yang pernah dibincangnya bersama Datuk Qhairul dan Datuk Zamree. “Kalau tak silap tu tanah Mak Teh” balas Nisha sambil matanya memandang ke tanah yang dimaksudkan oleh Tengku Farid. “Jadi dinda kenallah tuan punya tanah tu, kalau macam tu senanglah kerja kita nanti” Nisha menganggukkan kepalanya lalu tersenyum mendengar kata-kata Tengku Farid. “Kanda..Nisha tak tahu macam mana nak lafazkan ucapan terimakasih yang boleh membandingkan perasaan Nisha sekarang ini” ujarnya sambil memegang kedua-dua tangan Tengku Farid. Tengku Farid tersenyum memandang wajah gadis itu. “Dinda…kebahagian dinda adalah segala-galanya bagi kanda, kalau dinda bahagia barulah kanda boleh tersenyum dan ketawa” balasnya lalu menarik tubuh gadis itu dalam pelukannya. Dahi Nisha dikucupnya agak lama. “Alangkah bahagianya kalau aku boleh membahagikan cintaku, atau wujud tiga perempuan bernama Nisha yang boleh menemani ketiga-tiga lelaki yang ku sayang ini” bisik Nisha dalam hati. “Kanda..terima kasih kerana sudi menyayangi Nisha dan terima Nisha seadanya” “Sayang, selagi ada nafas dan selagi kanda terdaya dan mampu kanda akan cuba bahagian dinda kerana kebahagianmu adalah kebahagianku”. Bisiknya perlahan penuh romantik pada gadis dalam dakapannya. Hati Nisha sedikit terusik apabila mengetahui ketiga-tiga lelaki itu akan balik pagi itu. Nisha berdiri di balkoni biliknya bila pintu biliknya diketuk. “Eh.. abang Zam, abang dah nak balik ke?” tanyanya bila melihat lelaki itu sudah berpakaian kemas dengan baju kemeja hijau muda berjalur dan berkot hitam sedondoi dengan seluar slack hitam yang dipakainya. Nampak kesayuan di wajah Nisha sewaktu memandang lelaki itu. “Ya, Nisha tak apa-apa ke?” tanyanya sambil tangannya menyentuh pipi gadis. “Tak..Nisha tak apa-apa, abang bawa kereta tu hati-hati ya, sampai KL nanti jangan lupa cal Nisha” Zamree merenung wajah Nisha dengan penuh kasih yang tidak berbelah bagi. “Sayang, terimakasih dengan hadiah tu, abang akan luangkan masa untuk membacanya” ucapnya kemudian mencium kening gadis itu agak lama. “Sayang jaga diri, abang pergi dulu” kemudian Zamree berlalu meninggalkan bilik itu lalu menuju ke tangga untuk ke bawah. Sebuah Ferari sport merah meluncur laju meninggalkan Vila tersebut. Nisha yang sedang duduk di ruang tamu memandang sayu ke arah Tengku Farid yang baru keluar dari bilik lalu melangkah menghampirinya gadis tersebut. “Hai my dear! kanda balik dulu ya, dinda jaga diri baik-baik tau jangan nakal-nakal” tergelak Nisha mendengar pesanan Tengku Farid. Sebelum melangkah pergi, kepala gadis itu disentuhnya lalu satu ciuman hinggap di dahi gadis itu. “Take care kanda, sampai KL nanti jangan lupa cal Nisha ya. Salam pada bonda, terima kasih kerana kirim mertabak raja tu untuk Nisha, sedap” ucapnya kemudian dengan pandangan yang sayu dia melihat kereta lelaki itu bergerak perlahan-lahan meninggalkan vila tersebut. Kalau Tengku Farid dan Zamree membuat keputusan bertolak selepas solat subuh, Qhairul mengambil keputusan untuk bertolak lewat sedikit. “Aku bertolak lewat sikit Zam, pukul 2 petang nanti baru aku masuk ofis”beritahu Qhairul pada Zamree. Hampir pukul 10 pagi, setelah lengkap berpakaian pejabat, Qhairul mencapai briefcase dan segak tuxedo hitam keluar dari bilik. Melihat bilik tidur Nisha yang terbuka, Qhairul terus melangkah memasuki bilik tersebut. Nisha sedang duduk di ataskatil sambil tangannya memegang sebuah novel. Qhairul melepaskan briefcase di atas katil lalu duduk di sebelah gadis itu. Tangannya terus merangkul bahu gadis itu. “Sayang, sure ke nak tinggal tinggal sini atau nak ikut abang balik sekarang” “Balik sana pun bukannya Nisha balik rumah abang” sahut Nisha manja sambil berpaling memandang wajah lelaki di sebelahnya. Qhairul tergelak mendengar jawapan Nisha. “Abang beli kondo kita tinggal sama ya” “Nak buat maksiat” “Kita kahwinlah dulu” Nisha pula tergelak mendengar cadangan Qhairul. “Kenapa tak ajak Nisha tinggal kat banglo papa abang tu?” “Abang nak lebih privasi, kita tinggal berdua je, tanpa gangguan sesiapa,” Nisha tersenyum mendengar penjelasan Qhairul. “Abang terus masuk ofis lah ni?” melihat lelaki itu sudah lengkap berpakaian pejabat. “Ya sayang, sampai sana nanti abang nak cepat nak uruskan pembelian sebuah kondo, abang malas nak balik ke banglo papa abang tu” nampak kesunggulan di wajah Qhairul semasa menuturkannya. “Abang!” suara Nisha begitu manja memanggil kekasihnya. “Ya sayang!” jawabnya dengan nada romantik. “Balik sana nanti jangan tinggal solat ya” sambil menarik tagan lelaki itu lalu menggenggamnya erat. Qhairul merenung wajah gadis itu tanpa berkelip, Pipi putih dan gebu gadis itu dielusnya perlahan-lahan. Satu senyuman terukir di bibirnya. “Ya sayang, tapi sayang pun kena ingat pesan abang ni, jaga diri elok-elok kalau ada apa-apa hal cal abang ya sayang” satu ciuman yang penuh kasih sayang mendarat di kedua-dua belah pipi putih dan gebu itu. “Kuranglah pahala puasa abang hari ni” Nisha tergelak mendengar ucapan lelaki itu. “Jom sayang, kita turun bawah. Temankan abang ke kereta” Qhairul lantas mencapai briefcase lalu berjalan bergandingan dengan menuju ke tingkat bawah vila itu. Sementara menunggu enjin keretanya panas, Qhairul menemani Nisha yang sedang duduk di kerusi santai berdekatan kolam. Qhairul merenung wajah gadis itu tanpa berkelip, satu senyuman terukir di bibirnya. “Kenapa abang pandang Nisha macam tu”,soalnya lantas membalas senyuman lelaki itu. “Sayang comel sangat, wajah sayang adalah ciptaan tuhan yang paling indah yang pernah abang lihat, wajah yang abang rindui di setiap hembusan nafas abang, wajah yang ingin abang miliki sehingga ke nafas terakhir, I love you so much sayang, I love you forever” Nisha begitu terharu mendengar ucapan lelaki itu. Air mata kegembiraan mula berlinangan di kelopak matanya. Qhairul menarik tangan Nisha, lelaki itu mengeluarkan sapu tangan dari poketnya lalu air mata yang jatuh di pipi gadis itu dilapnya perlahan-lahan kemudian bahu gadis itu dirangkulnya ketika mereka berjalan bergandingan menuju ke kereta. “Sayang, abang pergi dulu ya, take care ok” “Drive elok-elok ya bang, sampai KL nanti terus cal Nisha tau, Nisha nak pastikan abang selamat sampai” Sambil tersenyum, Qhairul menganggukkan kepalanya. Perlahan-lahan sebuah Lamborghini Adventador meluncur meninggalkan Vila Mahligai Puteri. Dari jauh kelihatan seorang gadis melambai-lambaikan tangan menghantar pemergian kekasih hatinya. Air mata yang jatuh di pipinya dilapnya perlahan-lahan dengan jarinya. Kesunyian mula menyelubungi dirinya. Sebaik sahaja kereta tersebut hilang dari pandangan terus kakinya mengatur langkah menuju ke tangga lalu naik ke tingkat atas vila tersebut. Tergerak di hati Nisha untuk membuat lawatan ke bilik ketiga-tiga lelaki tersebut. Tombol bilik Tengku Farid dipusingnya perlahan-lahan.Walaupun bilik itu bukan bilik utama namun nampak menarik dengan set katil bersaiz king yang berkonsep kontemporari dengan set cadar berwarna kuning dengan sebuah almari 6 pintu dan sebuah meja solek. Di sebelah tepi katil terdapat satu kabinet kecil yang menempatkan sebuah lampu tidur dan telefon direct line vila di atasnya. “Anak raja betullah Tengku Farid ni, cadarpun warna kuning” Nisha tergelak sendiri. Kakinya bergerak melangkah ke arah almari. Satu pintu dipenuhi pelbagai jenis pakaian dan pintu-pintu yang lain tergantung sehelai dua pakaian. Nisha bergerak duduk di birai katil, bantal yang agak tidak tersusun dialih dan disusun di kepala katil, sebuah bikai gambar tertangkup di bawah batal. Gambar dirinya dan Tengku Farid sewaktu perlawanan futsal di Resort Blue Bay yang ditangkap oleh Datin Roziah. Nisha nampak dirinya bergitu bahagia dan manja sewaktu merebahkan kepala ke dada lelaki itu, manakala Tengku Farid dengan senyuman manis memeluk erat pinggangnya. Tanpa Nisha sedari, gambar itu telah dicetak sebanyak mungkin oleh Tengku Farid dan salah satu menghiasi meja dalam pejabat dan bilik tidurnya di Istana mini bondanya. “Macam pasangan yang betul-betul tengah bercinta” bisik Nisha pada dirinya. “Kenapa mamat ni tak putus asa dalam mengejar cintanya, tak mampukan kanda terima Nisha cuma sebagai sahabat atau seorang adik, tapi percayalah kanda, kasih sayang Nisha sebagai seorang teman yang paling memahami dan paling mesra tidak akan pernah surut walaupun jasad dimamah bumi” Nisha meletakkan bingkai gambar tersebut di atas kabinet kecil di sebelah katil. Beberapa helai pakaian kotor Tengku Farid yang tersangkut di atas kerusi di meja solek dicapainya lalu dibawa keluar dari bilik. Sebelum keluar sempat pulak Nisha menjenguk ke bilik air, untuk pastikan tiada pakaian kotor ditinggalkan dalam bilik air tersebut. Lawatan diteruskan ke bilik Zamree. “Ya Allah Abang Zam ni, penyepah betul mamat ni” Terbeliak mata Nisha melihat bilik Zamree. Pakaian yang telah diguna bersepah di lantai. Nisha mengutip setiap satu pakaian tersebut lalu mengumpulnya bersama baju Tengku Farid di dalam sebuah bakul kosong. Nisha memerhati sekeliling bilik tersebut .Cita rasa Zamree lain sedikit, lebih klasik. Set katil bersaiz kingnya dilengkapi cadar berwarna unggu, sebuah almari 6 pintu dan set almari solek, semua diperbuat dari set kayu berwarna merah kehitaman. Nisha bergerak ke bilik air, sehelai tuala yang telah digunakan tersidai dalam bilik itu, Nisha mencapainya lalu membawanya keluar. “Hah..bilik kekasih hati aku ni, macam mana pulak” Sebaik daun pintu bilik terbuka, “Ok lah pulak, tak da pun bersepah macam bilik Abang Zam, boleh tahan jugak bakal laki aku ni” Nisha tergelak sendiri mendengar kata-kata dirinya. Batal di atas katil dikepuk kemudian di susun elok. Set katilnya bersaiz king lebih menunjukan citarasa yang agak moden. Beralaskan cadar dan sarung bantal berwarna biru. Nisha tersenyum melihat gambar dirinya berada di atas kabinet kecil di sebelah katil. Di atas meja solek terdapat sebotol perfume Hugo bos, bedak elite, krim rambut dan sikat. Nisha membuka setiap satu pintu almari pakaian 6 pintu dalam bilik lelaki itu. Satu ruang dipenuhi dengan baju-baju T berjenama dan seluar jeans, ruang kedua pula tergantung beberapa helai kemeja dan beberapa pasang seluar slack, ruang yang ketiga tergantung 5 pasang baju melayu, ada di antaranya pernah digunakan untuk solat terawih beberapa malam yang lepas. Tiga ruang lagi masih kosong dan cuma bergantung dengan beberapa pasang anak baju, tali leher dan pijama tidur. Laci almari di bahagian bawah di penuhi oleh beberapa helai anak seluar. Setelah mendapati tiada pakaian kotor yang ditinggalkan dalam bilik air, Nisha mengutip beberapa helai pakaian yang kotor di atas katil lalu memasukkannya ke dalam bakul pakaian kotor. Setelah mengemas cadar, Nisha terus keluar meninggalkan bilik itu. “Eh..puteri kenapa buat kerja ni, biar Kak Siti yang kemaskan semua bilik dia orang bertiga tu, nanti Datuk marahkan kak Siti pulak ”Kak Siti muncul dari tangga terkejut melihat Nisha keluar dari bilik Datuk Qhairul sambil membimbit bakul pakaian kotor di tangannya. “Takpa Kak Siti, dia orang bukan nampak pun sekarang”jawab Nisha sehingga dia terlupa sesuatu. “Nampak, puteri lupa ke tu ada cctv” Kak Siti memuncungkan mulutnya menunjukkan cctv di tingkat itu. Nisha tersenyum memandangkan Kak Siti lalu melepaskan bakul di tangannya. “Kak Siti, memandangkan puteri tinggal sorang ni, nanti Kak Siti ajar Nisha masak ya” Kak Siti tersenyum mendengar kata-kata Nisha. “Puteri nak belajar masak apa?” “Nasi beriani, kari ayam, rendang daging dan ayam masak merah” semua makanan kegemaran ketiga-tiga lelaki tersebut. Nisha tersenyum sendiri memikirkannya. “Oh tu, boleh apa salahnya, bila puteri nak belajar” tanya Kak Siti lalu mengangkat bakul pakaian di depan Nisha. “Bila-bilalah dalam bulan puasani. Tapi bahan-bahannya untuk buat benda tu ada ke Kas Siti?” “Kalau tak da pun nanti Kak siti suruh Abang Jali tolong belikan” “Nanti minta pada saya duit untuk beli barang yang tak ada tu” “Tak perlu puteri, duit yang datuk tinggal untuk belanja dapur tu masih banyak lagi” “Kalau macam tu tak apalah, Nisha masuk bilik dulu ya” Kak Siti tersenyum memandang gadis itu. Sejak melangkah kaki ke vila itu sebulan yang lalu, vila itu kosong cuma dia mendapat maklumat dari Esah sepupunya, Datuk Qhairul mencari sepasang suami isteri yang boleh tinggal sepenuh masa untuk menjaga sebuah rumah dan melayani tuan milik rumah tersebut. Dia tidak pernah membayangkan tuan milik rumah vila mewah yang dijaganya milik seorang gadis muda yang cantik, seorang puteri angkat kepada keluarga kerabat diraja. Dia mulai seronok bekerja di vila itu bila mendapat majikan yang tidak sombong dan hormat kepada semua orang. “Seronok saya kerja di rumah ni bang, puteri tu bukan je cantik tapi baik hati, tak sombong, sebab tu saya tengok semua orang sayangkan puteri tu” beritahu Kak Siti pada suaminya. “Abang pun gitu Siti, kita pun bukannya ada anak, tumpang kasih menjaga puteri tu pun dah cukup, kerja kat sini pun bukannya susah, awak cuma urus pakai dan makan minum puteri, saya jaga taman, driver sekali sekala dan jaga kebersihan luar vila, Ranti dan Sulis tu pun ada tolong kita” sahut Abang Jali pula. “Seronok puteri tu kan bang dapat tiga orang abang angkat yang kaya raya dan kacak-kacak macam tu” sambung Kak Siti lagi. Abang Jali cuma tersenyum mendengar kata-kata isterinya, dia mengakui kecantikan dan perilaku puteri merupakan faktor utama kenapa ketiga-tiga lelaki itu terlalu menyayangi puteri. Bab 59 Karina membelek-belek majalah wanita yang dibelinya minggu lalu. Dia akan membeli apa sahaja majalah, surat khabar atau apa-apa saja bahan media cetak yang ada menulis tentang pesonaliti baru itu. Pesonaliti yang paling sukar untuk dimuatkan cerita dan tapi yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pembaca. Pernah dia menghubungi beberapa pihak penerbit media cetak tanah air supaya memuatkan lebih banyak cerita tentang pesonaliti itu. “Pihak kami pun dah bertungkus lumus untuk mencari bahan tentang dia tapi sampai sekarang pihak kami gagal menjejaknya untuk mendapati lebih informasi. Dia ni dikawal ketat yang kawal tu pulak bukan calang-calang orang sebab tu sukar kami nak muatkan cerita tentangnya, silap tulis sikit pihak kita akan kena saman” Jawab Munir ketua editor yang cukup dikenali sewaktu Karina ditemuinya di pajabat. “Sekeping gambarnya pun kalau dapat, dah cukup membantu untuk melariskan jualan majalah kami”sambung Munir lagi. “Gossip hangatnya sekarang, dia dikejar cinta tiga lelaki terhebat di Malaysia sekarang, Putera Mahkota, Hero Malaysia dan sepupunya, “Jadi Datuk Zamree mengejar cinta Puteri MS juga ke?” tanya Karina “Ya, itu antara cerita yang kami dengar”, “Semua ingin menjadikan wajah neutral beauty tu sebagai gambar muka depan majalah dan suratkhabar masing-masing. Dia cuma dikenali dengan panggilan Puteri Melayu Sejati atau Puteri MS. Segala data peribadinya terlalu sulit dan rahsia” Lamunan Karina mengingatikan perbualannya dengan Munir terhenti bila telefon bimbitnya berbunyi. Setelah menjawab panggilan itu fikirannya melayang lagi mengingatkan Zamree. Tiga tahun masa telah berlalu, Zamree memutuskan pertunangan mereka bila Karina ditangkap berkhalwat dengan seorang ahli perniagaan. Walaupun perit untuk Karina lalui semua itu namun itu sajalah jalan yang terfikir olehnya untuk menjauhkan diri dan agar Zamree membencinya. Dia tidak mahu Zamreee turut sama menanggung derita bila mengetahui dirinya mengidap kanser payu dara Kerana itulah dia merancang agar dirinya terlibat dalam kes khalwat tersebut sedangkan semua itu tidak benar. Sepupunya sendiri yang menyamar sebagai MR.X telah membantunya menjalankan perancangan tersebut. Tiga tahun dia membawa diri ke New Zealand disamping menjalani rawatan di situ, walaupun belum sembuh sepenuhnya, Karina akhirnya kembali semula ke tanah air. “Zam, masihkan ada lagi sisa cinta kau untukku” hati kecil Karina berkata-kata. Direnungnya gambar Puteri MS dalam majalah wanita yang mengiklankan produk kecantikan PUTERI. Banyak kekurangannya untuk menyaingi Puteri MS. “Gadis ni memang neutral beauty, tiada lelaki yang tidak akan terpikat bila melihat wajahnya. Mata, hidung, mulut, pipi, dagu, bentuk wajah semua ciri kecantikan yang ingin dimiliki oleh semua gadis ada padanya” Karina bermonolog sendiri. “Zam, kau bukan lelaki yang mudah jatuh cinta” Karina mengingati semula bagaimana lama dan payahnya untuk dia memiliki cinta Zamree. Empat tahun mereka berkenalan di Universiti dan tidak pernah sekali pun Zamree melafazkan ucapan cintanya. Karina telah menolak beberapa kali cinta beberapa orang lelaki demi menunggu kalimah cinta yang dilafazkan oleh Zamree dan akhirnya pada tahun kelima perkenalan mereka Zamree bersetuju mereka bertunang walaupun hanya lafaz sayang yang pernah didengarnya lahir dari mulut lelaki itu. “Betulkah Zamree bercinta dengan Puteri MS ni atau cerita yang sekadar direka-reka oleh pihak tertentu untuk melariskan bisness mereka” Karina berazam untuk bersua sendiri dengan Puteri MS, tapi dia sendiri tidak tahu di mana dan bagaimana. Rogayah mengheret tangan Qhairil menyeberangai jalan menuju stesyen bas Bandar Batu Pahat. Sudah seminggu Qhairil ponteng sekolah akibat mengikut maknya balik ke rumah keluarganya di Batu Pahat kerana menyambut puasa bersama keluarganya di situ. Peristiwa Qhairil yang pergi ke majlis doa selamat di rumah Nisha tanpa pengetahuannya minggu lepas menyebabkan dia mengambil tindakan membawa anaknya balik ke Johor walaupun Qhairil terpaksa ponteng sekolah untuk beberapa hari. “Kau tak nak pergi rumah Nishakah Gayah?” tanya Mak Timah sewaktu dia melalui rumah jiran terdekatnya di kampung itu. “Aku tak sihat, Nisha tu bukannya tahu pun dengan aku kalau dah kaya macam tu” jawab Rogayah dengan wajah yang penuh kebencian pada anak tirinya itu.. “Kau jangan nak tuduh sebarangan denga Nisha tu, Nisha tu tak pernah lupakan kau dan Qhairil, kau je yang tak terima dia bila datang jumpa kau” balas Mak Timah pula, Rogayah mencebik bibirnya mendengar kata-kata Mak Timah “Mana Nisha dapat duit banyak tebus tanah arwah emak dia tu dari Taukey Wong?” Rogayah mempamerkan rasa tidak senang hatinya sambil tangannya membetulkan ikatan kain batik di pinggangnya “Bukan Nisha yang tebus tanah tu, tiga orang abang angkatnya yang kaya raya tu tolong tebuskan, lepas tu dia orang buat rumah tu untuk Nisha dan kongsi pulak buat projek resort dekat tanah tu, mungkin rumah tu ganti rugilah kot, kita tak tahu macam mana cerita sebenarnya. Aku minta diri dulu lah Gayah, nanti lambat pulak aku sampai rumah Nisha tu” sahut Mak Timah lagi lalu terus meninggalkan Rogayah. “Lantaklah kau Nisha, janji kau tak pijak lagi kaki kat rumah aku ni dan aku tak nampak muka kau lagi” benci sungguh wanita itu pada anak tirinya yang tidak pernah buat salah apa pun padanya selama ini. Hatinya begitu marah hari itu bila mendapat tahu Qhairil pula pergi ke rumah Nisha tanpa pengetahuannya sewaktu dia sedang tidur di dalam bilik. “Kau datang mana Ril, keluar tak beritahu emak” sambil membutangkan matanya membuat perut Qhairil kecut melihat wajah emaknya. “Ril pergi rumah Kak Nisha, Kakak bagi Nisha ni”beberapa pasang baju T baru jenama kiko dan satu sampul surat mengandungi wang kertas sebanyak 3 ribu ringgit di dalamnya”melopong mulut Rogayah melihat duit itu lalu merampasnya. “Lain kali kau jangan pergi rumah tu lagi, kalau kau pergi lagi mak bawak kau pindah dari kampung ni” ugut Rogayah pada anaknya walaupun wang pemberian Nisha diambilnya lalu dimasuknya ke dalam poket baju kurungnya. Mata duitan sungguh Makcik Gayah ni, orang tak nak tapi duit ambil. Panjanglah kaki Rogayah bila balik beraya nanti. Dapat duit raya pula lebih dari cukup. “Mak..kita tahun ni raya mana?”tanya Qhairil yang duduk di sebelah emaknya. “Raya rumah mak su kamulah, mana lagi?” jawab Rogayah sambil menjerling Qhairil yang duduk di sebelahnya. “Kenapa kita tak raya rumah kita mak?” “Kita tak da saudara mara kat kampung tu” “Kak Nishakan ada, Ril nak raya dengan kak Nishalah mak” “Bukankah setiap tahun kita balik raya rumah mak su, kenapa pulak kau sibuk-sibuk nak raya dengan budak tak guna tu. Sudah! kita dah nak sampai, tolong pegang beg mak ni” Qhairil yang tidak puas hati dengan jawapan emaknya terus menurut sahaja arahan wanita itu. Petang semalam Qhairul dikejutkan oleh panggilan telefon oleh Puan Engku Faridah, wanita itu menjemputnya ke butik Puteri petang itu kerana ada satu perkara yang ingin dibincangkan. Puan Engku Faridah tersenyum bila pembantunya memberitahu Datuk Qhairul Azamin sedang menunggu di Butik Puteri. Bergegas wanita itu turun ke tingkat bawah bangunan itu di mana terletaknya Butik Puteri, butik yang tersohor kepada golongan-golongan berpendapatan tinggi dan gemar bermewah, menyediakan pakaian-pakaian yang setaraf untuk kelas atasan. “Assalammualaikum Datuk Qhairul” Puan Engku Faridah menegur Qhairul. “Waalaikummussalam Puan Engku, saya lebih selesa Puan Engku panggil saya Qhairul saja” “Oh ya ke, kalau macam tu, saya lebih selesa jugak kalau Qhairul panggil bonda, seronok rasanya kalau kita ada ramai anak” Qhairul tergelak mendengar kata-kata Puan Engku Faridah. “Takut juga saya ni nak panggil Puan Engku bonda sebab tak pasal-pasal pulak nanti orang panggil saya ni Tengku Qhairul, tentu Tengku Farid cemburu pulak” sekarang giliran Puan Engku Faridah yang tergelak. “Qhairul good at jokes, pandai buat lawak, oh ya bonda jemput Qhairul ke butik hari ni sebab bonda nak Qhairul pilih baju-baju yang sesuai untuk puteri bonda sambut hari raya nanti, separuh pakaian raya puteri butik yang sediakan” jelas Puan Engku Faridah tanpa bertangguh. Qhairul jadi terkejut kerana wanita itu meminta pandapatnya dalam memilih pakaian untuk Nisha. “Semua pakaian tu ada tergantung di situ, saiz memang muat kerana pihak butik memang telah menempah mengikut ukuran badan puteri, cuma warna dan corak serta fesyen, bonda minta tolong Qhairul pilihkan” Puan Engku Faridah tersenyum memandang Qhairul. “But why should me bonda?” tanya Qhairul seperti ingin tahu apa yang tersirat di hati wanita itu. Qhairul memang akan membeli beberapa pasang pakaian raya untuk Nisha, dia nak sedondoi dengan Nisha beraya tahun tersebut. “Bonda want to give honor to be the son in law, tak boleh ke” balas Puan Engku Faridah. Qhairul tergelak mendengar jawapan Puan Engku Faridah. “How many pair dress to selected” tanya Qhairul yang mula bersemangat. “Five”jawab wanita itu. “Ok, saya pilih 10, five is my responsibility to pay”balas Qhairul. “Dah agak dah”balas wanita itu tersenyum. Qhairul tergelak lagi mendengar kata-kata Puan Engku Faridah. “Sepasang pakaian ni berapa harga?”tanya Qhairul sambil membelek-belek pakaian yang tergantung di situ. “Antara 5k hingga 15K, bonda tempah daripada original fabrik seperti Korea silk Embroidered Thai silk, Organza Beaded, Chiffon plain silk,Washable Italian Silk, Indian Raw silk beaded, semua menggunakan disulami dengan labuci, mutiara dan original kristal” jelas wanita itu sambil membantu pembantunya mengasing pakaian yang telah dipilih oleh Qhairul. Rata-rata pakaian yang dipilih oleh Qhairul bernilai 10K ke atas. “Qhairul tak nak pilih untuk diri ke, baju melayu lelaki di sebelah tu?” “Of course bonda, I want the same colour with her, of one heart and soul” balas Qhairul sambil senyuman terukir di bibirnya.Wanita itu turut membalas senyuman Qhairul. “Bonda akan suruh pekerja hantar ke vila minggu depan” “Please send or fax the bill to PJ Holding” “Ok, nanti bonda suruh setiausaha bonda uruskan semua” “Thanks bonda, I will be happy if mama like bonda” “Doa sajalah supaya suatu masa nanti dia boleh menilai yang mana kaca dan yang mana permata” wanita itu mengerti apa yang dimaksudkan oleh Qhairul. “Ok bonda, saya minta diri dulu, assalammualaikum” “Waalaikummussalam” jawab wanita itu lalu menghantar Qhairul meninggalkan butik itu hingga ke pintu utama butik, dia memandang lelaki itu pergi dengan ekor matanya hingga bayang lelaki itu hilang dari pandangannya. Dia nampak dalam sinar matanya lelaki ini terlalu menyintai Nisha dan Nisha membalas cintanya. Dengan senyuman yang berbunga di bibir, Puan Engku Faridah masuk semula ke dalam butik lalu berbincang sesuatu dengan pembantunya yang mengurus tentang pakaian-pakaian tersebut. Sepanjang perjalanan balik semula ke pejabat, Qhairul mengelamun sendiri, Puan Engku Faridah seorang wanita yang begitu memahami jiwa orang lain. Tentu Tengku Farid bahagia memiliki seorang ibu seperti wanita ini. “Kau dari mana tadi Rul?” tegur Zamree sewaktu mereka bertembung sewaktu mengambil wuduk untuk solat asar di surau pejabat. “Butik Puteri, Puan Engku suruh aku pilih baju raya untuk Nisha, aku ambil kesempatan pulak pilih baju raya sendiri”sahut Qhairul. “Aku pun nak beli beberapa pasang baju raya tahun ni” sambung Zamree pulak. “Kat Butik Puteri tadi tu ok, aku beli 10 pasang” “What, 10 pasang, kau biar betul rul beraya sakan kau tahun ni” “Mestilah, kan kita nak beraya dalam suasana yang serba serbi baru tahun ni” Zamree tergelak mendengar kata-kata Qhairul. Usai solat, kedua-dua lelaki itu kembali semula ke bilik masing-masing. “Datuk, ada panggilan dari Encik Rashid dari Sarawak” tiba-tiba interkom atas mejanya berbunyi. “Ok sambungkan” Agak lama juga Qhairul berbual dengan Encik Rashid dari Sarawak tentang satu projek baru PJ Holding yang sedang diusahakan di negeri tersebut. “Ok Rashid, esok mungkin saya atau Datuk Zamree yang akan ke sana” “Ok datuk, assalammualaikum” Sejurus itu talian ke bilik Zamree di tekannya “Zam, jumpa aku sekejap” Selang beberapa minit Zamree muncul. “Kau boleh ke Kuching tak esok, Encik Rashid perlu salah seorang dari kita untuk ke sana” “Esok aku nak ke Pahang, I need to handle a meeting tomorrow” jawab Zamree dengan wajah yang serius. “Important ke?” “Very important, sebab ada masalah sedikit di bahagian pengurusan, aku nak lantik orang baru ganti Kamil” ujar Zamree lagi. “Ok kalau macam tu, aku sendiri akan pergi esok dan mungkin balik ke sini hari Isnin” Terus tangannya menekan butang interkom di atas meja. “Zizie, please book a ticket for me to Kuching tomorrow, get flights after 10 am” “Baik datuk” “Ok Rul, aku keluar dulu” Qhairul hanya menganggukkan kepalanya. Balik terawih, setelah singgah sekejap di dapur, Nisha terus ke bilik untuk menyambung mengajinya yang sudah sampai juzuk yang ke 16. Selesai menggosok gigi dan mencuci muka Nisha menyapu sedikit krim malam PUTERI ke wajahnya. Dendangan lagu ‘KauTercipta Untukku” dari telefon bimbitnya memang dinantinya setiap malam. “Assalammualaikum sayang”sayup dan romantik suara lelaki itu di talian. “Waalaikummusalam” balas Nisha sambil tersenyum. “Sayang kat mana ni” “Dalam bilik, abang masih kat rumah abang Zam ke?” “Ya, baru balik terawih, “Abang berbuka dengan apa petang tadi?” “Kami berdua berbuka dengan pizza je petang tadi” “Sayang berbuka dengan apa?” “Nasi goreng aneka rasa dan satay daging” “Sedapnya, ada simpan untuk abang ke?” “Nak buat apa nak simpan untuk abang, abang bukannya balik pun malam ni” “Ya tak ye jugak” Nisha tergelak mendengar jawapan Qhairul. “Abang balik tak hujung minggu ni, Nisha sunyilah, rindu sangat” “Ya ke sayang, abang pun, terlalu rindu, tapi maaf ya sayang abang tak boleh balik minggu ni, abang terpaksa terbang ke Sarawak esok” “Oh ya ke?”nada suara yang agak kecewa. “Sorry ya sayang, jangan sedih ya nanti abang belikan oleh-oleh dari Sarawak ya” “Tak pa, abang jaga diri kat sana nanti, jangan nakal-nakal ” Qhairul tergelak mendengar pesanan Nisha. “Tiada gadis lain yang boleh menandingi sayang di mata abang” bisik Qhairul begitu romantik. “Terimakasih bang, I love you” balas Nisha dengan nada manja. “Sayang jangan tinggal pon tau sebab abang akan selalu cal” “Ya” “Sayang,I love you, you everything to me, you are my life. I can not live without you sayang” ucap Qhairul dengan penuh perasaan. “ Me too, cinta Nisha milik abang sepenuhnya percayalah, selamat malam bang” “Selamat malam sayang, mimpi abang tau sweet dream” Qhairul mengeluh, impiannya untuk ke Melaka hujung minggu itu terpaksa dibatal kan kerana terpaksa ke Sarawak. Kerinduannya pada gadis itu begitu menyiksa jiwanya. Qhairul baru menyedari betapa sakitnya jatuh cinta, dadanya bagai nak pecah tak kala menahan gelora rindu asmara, kalau boleh 24 jam dia nakkan Nisha berada di depan matanya, memandang dan mencintai gadis itu. Dia nekad lepas hari raya nanti dia akan beritahu Zamree tentang hubungannya dengan Nisha. Seminggu yang begitu menyeksakan Nisha, seminggu itu di kala bersendirian duduk bersantai atas buaian di anjung beranda tingkat dua vila itu sudah tiga buah novel habis dibacanya. Walaupun Qhairul, Zamree dan Tengku Farid kerap menghubunginya namun pada waktu-waktu tertentu dia berasa bosan duduk bersendirian di vila itu. Masuk minggu ketiga, Nisha dikejutkan bila sebuah van memasuki halaman vila. Ranti memanggilnya ketika dia sedang duduk bersantai seorang diri di anjung beranda vila tersebut. “Puteri, ada tetamu nak jumpa, katanya dari Kuala Lumpur” Nisha melangkah perlahan menuruni tangga. Seorang lelaki dan seorang perempuan sedang duduk menantinya di ruang tamu. Lelaki dan perempuan itu tersenyum memandang Nisha. “Puteri, kami diarahkan oleh Puan Engku Faridah untuk menghantar pakaian untuk puteri” Nisha mendapati beberapa pasang pakaian yang disangkut dengan penyangkut pakaian dan setiap satu berbungkus dengan plastik tersadai atas kerusi rose wood. “Semua ni ke?” Tanyanya pada perempuan yang berkata tadi. “Ya, ada 10 pasang semuanya, dan semua baju-baju melayu ni milik Datuk Qhairul dan yang ni milik Datuk Zamree” jawab wanita tersebut. Nisha membelek satu persatu pakaian tersebut, selepas itu dia memanggil Ranti dan Sulis untuk menghantar pakaian tersebut ke biliknya. “Kamu berdua hantar ke bilik saya, masukkan terus dalam almari. Yang ni awak letak dalam bilik Datuk Qhairul dan yang ni bilik Datuk Zamree” arahnya kepada dua pembantu rumah tersebut. Nisha kemudian mendail telefon menghubungi Puan Engku Faridah. Menunggu seketika dan akhirnya Nisha bercakap dengan seseorang. “Assalammualaikum bonda” “Waalaikummusalam, puteri bonda sihat ke? “Sihat, bonda sihat ke? “Sihat, pekerja bonda yang hantarkan baju raya Nisha dan datuk-datuk berdua tu dah sampai ke?” “Dah, tapi kenapa pakaian tu banyak sangat bonda” “Sebenarnya butik sediakan 5 pasang je , yang 5 pasang lagi tu Datuk Qhairul yang sediakan untuk puteri bonda dia yang pilih semua pakaian tu” Nisha tersenyum mendengar penjelasan bonda angkatnya. “Oh ya ke, kalau macam tu tak apa lah bonda, Nisha ucapkan terimakasih pada bonda kerana susah-susah je sediakan baju raya untuk Nisha” “Bonda nak lihat puteri bonda cantik dan gembira di hari raya nanti, macam mana baju tu cantik tak?, puteri suka ke?” “Semuanya cantik, Nisha suka sangat” “Kalau macam tu alhamdulillah lah ya, lega hati bonda ni” “Ok lah bonda. Nisha minta diri dulu, assalammualaikum” “Waalaikummusalam” Nisha memandang wajah kedua pekerja butik yang menghantar duduk di kerusi. “Puteri tolong tanda tangan surat penerimaan ni” kata pekerja lelaki itu dan selesai Nisha menurunkan tandatangannya, kedua-dua pekerja butik itu meminta diri untuk pulang. Nisha kemudian kembali ke biliknya untuk melihat semula pakaian-pakaian yang diterimanya sebentar tadi. Selama ini dia tidak pernah mengimpikan akan memiliki pakaian secantik itu ketika menyambut hari raya malah semenjak ibunya meninggal dunia dia langsung tidak pernah menyarungkan pakaian baru ketika berhari raya. “Entah berapa harga semua baju ni” bisik hati kecil Nisha. Sedar tak sedar, kini sudah hampir ke penghujung umat Islam berpuasa. Nisha mula menghantar sms dengan rakan-rakannya mengucapkan selamat menyambut hati raya. Setelah berbincang dengan bondanya Tengku Farid akhirnya membuat keputusan untuk menyambut hari raya bersama Nisha sehingga hari raya ketiga, begitu juga Datuk Wazir dan Datin Roziah, pada hari raya ketiga mereka akan kembali semula ke Kuala Lumpur, cuma Zamree dan Qhairul sahaja yang tidak menetapkan masa untuk balik. “Datuk, hari raya jatuh mungkin pada hari Rabu atau Khamis, bila kita nak tutup pejabat ni datuk. Saya ambil cuti raya seminggu tetapi saya akan balik sehari sebelum raya” tanya Zizie kepada Datuk Zamree 5 hari sebelum hari raya. “Esok Datuk Qhairul dah mula bercuti, saya mungkin hari Isnin kot, saya rasa hari Selasa kita tutup ofis, awak buat notis nanti, PJ Holding tutup sehingga hari Rabu minggu yang satu lagi”. “Datuk berdua bercuti sampai bila datuk”tanya Zizie lagi. Setiap tahun majikannya itu cuma bercuti sehari dua selepas itu akan mula bekerja walaupun pekerja-pekerja masih bercuti. “Mungkin seminggu atau lebih tengok keadaan”jawab Zamree. “Beraya sakan ke tahun ni datuk?, selalunya datuk cuma ambil cuti dua hari je”gurau Zizie pula. “Tahun ni kami berdua beraya di satu tempat yang special” balas Zamree sambil tersenyum. Walau penuh tanya tanya mendengar jawapan majikannya, Zizie turut sama tersenyum mendengar jawapan majikannya itu. Selepas sembahyang Jumaat, Qhairul terus memecut keretanya menuju ke Melaka. Sejak balik dari Sarawak hari itu, dia tidak sempat balik ke Melaka kerana terpaksa terus ke Jakarta untuk beberapa hari atas urusan kerja yang perlu di selesaikan di sana. Balik ke Kuala Lumpur dia dijemput pula untuk memberi caramah untuk seminar keusahawanan dan perniagaan di Langkawi. Kerana jadualnya yang padat sejak beberapa hari yang lalu menyebabkab dia tidak sempat balik ke Melaka. Beberapa kali dia menelefon Nisha memohon maaf. Kerana rindu yang membara, sebaik sahaja semua urusannya selesai Qhairul terus bertekad untuk terus mengambil cuti untuk balik ke Melaka. Sebelum pukul 6, Qhairul akhir tiba di vila. Nisha waktu itu sedang terlena di atas sofa ruang tamu tingkat dua vila tersebut. Nisha tidak menyedari tentang kepulangan Qhairul petang itu kerana lelaki itu sengaja merahsiakan kepulangan hari itu. Melihat tidak nampak kelibat Nisha menyambut kedatangan, Qhairul terus menegur pada Kak Siti sebaik bertembung dengan wanita itu di ruang dapur. Wanita itu kelihatan sedang membersihkan sesuatu di atas meja makan. Sebji buah tembikai susu belum habis dikupas dan sebilah pisau dan papan pemotong masih lagi ada di atas meja. Titikan setitis dua darah di atas papan pemotong itu membuatkan Qhairul terus bertanya. “Darah apa tu, siapa luka?” Teragap-agap wanita itu hendak menjawab. “Puteri, tadi puteri nak potong sendiri buah tu tapi tiba-tiba dia terpotong jarinya” Wajah Qhairul terus berubah mendengar jawapan Kak Siti. “Kenapa Kak Siti benarkan dia ke dapur dan buat kerja tu, mana Ranti dan Sulis” suara Qhairul agak tegang. “Kak Siti sedang solat tak tak tahu dia ke dapur dan nak potong sendiri buah tu” “Mana puteri sekarang?” “Ada kat atas” Bergegas Qhairul memanjat tangga menuju ke tingkat atas. Tv masih sedang terpasang, tetapi Nisha terlena di sofa sambil memeluk Mr.Q. Lama dia duduk di lantai di sebelah sofa merenung wajah comel yang sedang terlena ketika itu. Salah satu jari tangan kirinya sudah berbalut dengan plaster. Qhairul menyentuh tangan jari yang luka itu lalu dikucupnya perlahan-lahan. Sudah beberapa hari dia merindui wajah gadis itu. Wajah polos dan mulus itu nampak berseri-seri petang itu. Kemudian pipi yang putih dan gebu itu dielusnya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang. “Sayang, I love you , I miss you” bisiknya perlahan ke telinga gadis itu. Nisha seperti bermimpi mendengar suara menerpa masuk ke telinga lalu dia tersedar. Qhairul tersenyum memandangnya. Nisha menggosokkan matannya bagai tidak percaya kewujudan lelaki itu di sisinya. “Bila abang sampai?” tegur Nisha lalu terus memeluk tubuh lelaki di depannya, Qhairul turut membalas pelukan itu. “Dah hampir 900 saat abang duduk kat sini” Nisha melepas pelukan lalu memandang ke wajah lelaki itu dengan dahi berkerut. “900 saat” ulangnya lalu cuba mengira sesuatu kemudian dia terseyum. “Lima belas minit, kenapa tak kejutkan Nisha dari tadi” ujarnya lagi lalu membetulkan duduknya. “Sebab abang nak renung wajah sayang lama-lama dulu. I miss you so much sayang, very miss you” ujarnya sambil tangannya mengelus pipi putih dan gebu gadis itu. “Thanks bang kerana merindui Nisha, Nisha pun rindu sangat-sangat pada abang” sambil menarik tangan lelaki itu supaya duduk di sebelahnya. “Kenapa ni?” sambil menyetuh jari yang luka itu, sengaja ingin mendengar sendiri jawapan dari mulut gadis itu. Nisha menggelengkan kepala kemudian tersenyum. “Nisha potong buah tadi tapi terpotong jari” jawabnya jujur bila melihat wajah lelaki di sebelah agak serius bertanya. “Kenapa buat kerja tu sendiri, kenapa tak suruh pembantu rumah. Merekakan ada” “Saja, boring tak da kerja” “Kita pergi klinik” “Tak naklah luka kecil je. Dah tak berdarah lagi” “Lain kali jangan buat lagi, jari ni untuk belai abang je bukan untuk buat kerja dapur atau kerja rumah”Nisha tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. “Tapi Nisha nak belajar masak jugak terutama masak lauk yang abang suka”. “Boleh, tapi tunggu masa abang ada sekali dalam rumah ni. Abang tak mahu sedikit pun tubuh sayang tercela sebab kerja-kerja yang tak berapa penting macam tu” bertapa perihatin dan sayangnya Qhairul pada kekasih buah hati kesayangannya itu. Dia tidak mahu Nisha merasa sedikitpun kesakitan dan kepayahan lagi dalam hidupnya. Dia mampu mengadakan segala yang gadis itu perlukan. Dia mahu dengan segala kemampuan yang dia ada dia mahu kehidupan Nisha benar-benar bagaikan seorang puteri raja. Nisha hanya mengangguk. “Macam mana dengan kesemua baju raya tu, suka?” “Suka, semua cantik, pandai abang pilih, tapi kenapa banyak sangat?” “Tak banyak tu, satu siang satu malam, untuk lima hari dah sepuluh pasang” “Ya lah tu, tapi tak membazir duit ke abang beli banyak macam tu” “Tiada istilah membazir bagi abang kalau untuk kebahagian sayang, abang nak tebus semua kesedihan sayang selama ini, abang nak sayang gembira segembiranya di hari raya nanti” begitu terharunya Nisha mendengar ucapan dari lelaki itu. Dari ucapan itu membayangkan betapa suci dan tulus cinta lelaki itu untuknya. “Kak Siti dan Abang Jali pun akan beraya dengan kita tahun ni, mereka cuma balik sekejap hari petang raya pertama, dan petangnya mereka akan balik ke sini lagi” ujar Nisha sambil melentokkan kepalanya ke bahu Qhairul. Kepulangan Qhairul petang itu membuatkan Nisha benar-benar gembira. Rindunya terubat dan tidak lagi kesunyian di vila besar itu. “Ahh…geramnya, kenapa kau tak tunggu sampai hari Rabu, dua hari lagi tu?” Nisha merungut sendiri dalam bilik air. “Patutlah perut aku sakit semacam je sejak malam tadi, kau nak keluar rupanya” Nisha kecewa kerana tidak menamatkan puasanya tahun itu tapi mujurlah dia sempat mengkhatamkan bacaannya sebelum datang keuzurannya. “Sayang ni kenapa, muka moyok je sejak dari tadi” tegur Qhairul sebaik sahaja gadis itu melabuhkan punggungnya di atas buaian di anjung beranda vila tersebut. “Tak ada apa-apalah bang” Nisha tak sedap perut je”. “Puteri, ada kiriman pos laju di bawah, jaga yang hantar masuk ke dalam” Ranti muncul memberitahu sesuatu kemudian terus berlalu. “Pos laju? Jom bang kita tengok” mereka berjalan beriringan menuruni tangga menuju ke pintu utama vila. Satu kotak agak besar diangkat oleh abang Jali masuk ke dalam vila. Qhairul terus menghampiri abang Jali. “Kata Ali pos laju yang hantar tadi?” tanpa ditanya abang Jali terus bersuara. Kotak itu nampak berat untuk dangkat. Qhairul memerhati kotak besar yang bersaiz 60cmx60cm, dia tersenyum bila melihat nama pengirim pada kotak tersebut, kemudian dia terus menekan salah satu nombor pada telefon bimbitnya. “Hello Rashid” “Ya datuk, barang yang saya kirim dah sampai kah datuk?” “Baru je sampai, belum buka lagi, apa benda yang banyak sangat tu?” “Datuk lupa ke? kan hari tu datuk pesan suruh saya kirimkan kek lapis Sarawak untuk datuk beraya tahun ni” “Oh ya ,hampir terlupa pulak saya, berapa semua harga kek tu termasuk belanja posnya?” “Tak payahlah datuk, tu ikhlas dari saya cuma saya nak sampaikan pesanan isteri saya supaya beritahu datuk agar simpankan kek tu dalam peti sejuk supaya tahan lama” jelas Encik Rashid. “Kalau macam tu terimakasihlah banyak-banyak Rashid, selamat menyambut hari raya, maaf zahir batin” “Sama-sama, maaf zahir batin juga dari saya sekeluarga” Talian pun dimatikan, Qhairul kemudian tersenyum memandang Nisha yang sedang duduk di sofa. “Buah tangan dari Sarawak untuk kita beraya tahun, jom sayang kita buka sama-sama” Qhairul terus membuka selotep yang membaluti kotak tersebut. Nisha menanti dengan penuh semangat ingin mengetahui isi kotak tersebut. Enam ketul kek lapis Sarawak pelbagai corak dan nama bersaiz acuan 9incix9inci dikeluarkan satu-persatu oleh Qhairul dari kotak tersebut. “ Wow..!Cantik kek ni bang, nampak sedap je ada nama pulak, ni kek Lapis Cadbury, Sanggul Mak Inang, Puak Kumbu, kek Bunga Tulip, Lapis Ketupat dan yang ni pulak Kek Sisik Ikan, macam-macam pulak nama kek ni” Nisha tergelak selepas membaca nama-nama kek tersebut. “Ala! tergelak pulak, kek ni mahal tau, kat Sarawak je ada benda ni, sayang tau tak sketul ni lebih seratus ringgit” ujar Qhairul. “Betulkah bang, tentu sedap, Jom kita bawa ke dapur, Nisha nak rasa sedikit” “Ehhh..tak puasa ke?” “Tuhan dah bagi Nisha cuti hari” jawab Nisha selamba. “Patutlah muka tu moyok je tadi, ingat kena apa” ucap Qhairul tersenyum nakal. “Untuk tahan lama, isteri Rashid suruh simpan kek ni dalam peti sejuk, nanti jangan lupa beritahu Kak Siti” beritahu Qhairul mengingati Nisha. “Biskut belum adakan, lepas Zohor nanti kita pergi Melaka, kita pergi beli biskut ya sayang” Qhairul tersenyum memandang Nisha yang cuba memotong salah satu kek tersebut “Abang tolong potong, tak reti Nisha nak potong kek ni” ucapnya dengan manja. Qhairul mengambil pisau di tangan gadis itu lalu memotong salah satu kek tersebut. “Nisha makan ya, abang jangan pandang Nisha, nanti batal pulak puasa abang tu” Qhairul terus memicit hidung mancung gadis itu. Nisha tergelak melihat wajah Qhairul yang geram dengan kata-katanya tadi. Bab 60 Agak sesak juga Bandar Melaka hari itu, agak lambat Qhairul untuk dapat sampai ke sesuatu tampat yang hendak ditujui. “Abang ingat KL je yang ada jem, kat Melaka ni pun ada jugak rupanya” “Takkan orang kat KL je nak sambut raya cik abang sayang Oi” Nisha menyampuk walaupun dia tahu Qhairul bercakap sendiri. Qhairul tersengih mendengar kata-kata Nisha. “Nasib baik sayang ada temankan abang, abang bukannya suka keadaan macam ni” Nisha tergelak mendengar ucapan lelaki di sebelahnya. Dalam kesibukan di tengah Bandar Melaka hari itu, kemunculan Lamborghini Adventador itu tetap menjadi perhatian perhatian. Ada yang sengaja ingin merapati kereta itu kerana ingin melihat lebih dekat kereta yang hebat dan bernilai berjuta-juta ringgit itu. “Abang, kat depan bazaar tu ada ada jualan untuk biskut-biskut raya, jom kita pergi ke situ” Qhairul terus memutarkan stearing keretanya menghala ke arah tempat yang ditunjukkan oleh Nisha. Mujurlah ada sebuah mpv Toyota Wish yang hendak keluar dari situ. Qhairul menunggu dengan penuh sabar kereta itu keluar sebelum memarkirkan keretanya di situ. “Ok sayang, jom kita keluar” sambil tangannya menekan suiz untuk membuka pintu kereta tersebut. Ramai yang ada di situ teruju ingin melihat pemilik kereta tersebut. Nisha terus mengenakan cermin mata hitam kerana cuaca agak panas ketika itu begitu juga Qhairul. Setelah mengunci keretanya, Qhairul memimpin tangan Nisha mengunjungi gerai demi gerai yang menjual biskut raya. “Abang nampak tak lelaki kacak dan perempuan cantik tu, tu bos Ritalah bang Datuk Qhairul, apa dia buat di Melaka ni” Rita pekerja PJ Holding yang kebetulan mengambil cuti awal tiga hari sebelum raya bersuamikan orang Melaka terserempak dengan Qhairul dan Nisha. “Ya ke, perempuan cantik tu siapa?” tanya Masri suami Rita. “Kalau tak silap Rita tu Nisha, jadi Nisha ni pilih Datuk Qhairullah rasanya, dia orang berdua buat apa di Melaka ni” soalan itu lagi yang keluar dari mulut Rita. Rita berselindung sedikit dengan badan suaminya bimbang Datuk Qhairul dan Nisha melihatnya. “Dah lebih 10 jenis biskut kita beli ni, kita simpan dulu bang biskut ni dalam kereta” cadang Nisha bila melihat kedua-dua belah tangannya dan tangan Qhairul dipenuhi plastik yang mengandungi bekas-bekas biskut yang mereka beli. “Abang, kita belum ada tempat untuk letak kek dan biskut, kita pergi Tiara Parade tu boleh?” Nisha menunjukkan pusat membeli belah yang terbesar Melaka yang berada tidak jauh dari situ. Qhairul menangguk setuju. Keluar dari tempat tersebut, Qhairul terus menghalakan kereta memasuki kawasan Tiara Parade lalu memasuki kawasan parkir di dalam bangunan tersebut. Di sana sini dalam pasaraya tersebut memutarkan lagu-lagu hari raya. Nisha memasuki kedai yang menjual barangan pinggan mangkuk kaca dan Kristal, setelah bercakap sesuatu dengan pelayan kedai, Qhairul meminta pekerja tersebut menyediakan balang-balang biskut dan kek yang diperbuat dari Kristal yang bermutu tinggi untuk 4 set meja tamu, setiap meja dengan corak yang berbeza. Dua dozen gelas dengan dua design yang berbeza turut di belinya. “Sayang ,our cars do not fit to take all these things” “Kita bincang dengan taukey kedai ni, minta dia hantar ke vila kita” Qhairul menyetujui cadangan Nisha. Setelah berbincang akhirnya pekedai setuju untuk menghantar semua barang tersebut ke vila. “Abang, Nisha nak hadiahkan dua baju raya untuk Kak Siti, Ranti, Sulis dan Abang Jali” Nisha menarik tangan Qhairul memasuki sebuah butik pakaian, di situ Nisha membeli dua helai pakaian setiap orang yang dimaksudnya tadi. Keseronokan yang begitu dirasai oleh Nisha kerana itulah pengalaman pertamanya membeli belah untuk hari raya. Sebelum ini dia hanya mampu mendengar kawan-kawannya bercerita tentang persiapan menyambut raya dan bila tibanya Syawal dia hanya mampu memandang kawan-kawannya mengayakan pakaian-pakaian baru yang cantik. Dia hanya menggunakan baju lusuh di pagi raya itupun pakaian yang disedekahkan oleh insan-insan yang simpati pada nasibnya. Menjadi kebiasaan bila musim perayaan tiba, di mana-mana sahaja pusat membeli belah akan mengadakan jualan murah sempena musim perayaan, tapi bagi Qhairul perkara seperti itu bukan benda yang menarik perhatiannya malah dia melarang Nisha memasuki kedai-kedai yang mengadakan jualan murah dan potongan harga harga dalam pasar raya tersebut .Dia menarik tangan gadis itu memasuki kedai barangan berjenama dan sudut-sudut jualan barangan untuk new arrival sahaja. “Abang tunggu kat sini aje tau, Nisha nak ke lingerie jap, nak beli sesuatu” Qhairul tersenyum kerana faham apa yang di maksudkan oleh Nisha. “Hai, nak beli lingerie raya ke” usik Qhairul. “Mestilah jelouse ke?” balas Nisha lalu mencubit lengan lelaki itu, kemudian tangannya membetulkan cermin mata hitam di atas kepalanya. “Beli yang cantik-cantik tau, jangan peduli pasal harga, abang bayar” bisiknya ke telinga gadis itu sebelum bergerak meninggalnya. Ketika sedang asyik dia memilih beberapa helai seluar dan baju dalam berjenama Triumph Nisha tidak menyedari Qhairul berapa di belakangnya. Ketika membelek-belek sehelai seluar dalam yang free size Nisha bermonolog sendiri. ‘Cantik tapi tak patut seluar kecik macam ni sampai harga 45 ringgit satu” “Cantik, ambillah” Qhairul menegurnya. Nisha terperanjat. “Abang ni, Nisha kat suruh tunggu kat sana tadi” “Abang nak belajar mengenali keperluan bakal isteri abang, abang nak tahu apa saiz dia, dia pakai jenama apa?” “Mengada-gadalah abang ni” Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Ambillah tu, kalau abang perempuan, abang pun suka pakai yang ada renda-renda macam tu, kalau sayang pakai lagi cantik,” usik Qhairul. “Abang ni kan..boleh tolong Nisha tak?” “Tolong apa, tolong pilih” “Tolong diam” Qhairul ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan Nisha. Tanpa menghiraukan Qhairul, Nisha mengambil 6 helai seluar tersebut kemudian mengambil 6 helai bra Triumph jenis Gentle dan Romantic desire. “Dah, jom” tanpa berlengah, Nisha terus menarik tangan Qhairul menuju ke kaunter bayaran. Qhairul menghulurkan kadnya untuk membuat membayar semua barang yang mereka beli di situ. Sebelum balik mereka berdua singgah di bazaar Ramadhan untuk membeli beberapa jenis juadah untuk berbuka petang itu. Solat terawih Qhairul pergi bersama Abang Jali sahaja. Malam itu, Qhairul menyerahkan wang belanja dapur untuk menyambut persediaan raya pada Kak Siti. “Saya minta tolong Kak Siti dan Abang Jali sediakan keperluan untuk sambut raya di vila ni, buatlah apa yang perlu, beli apa-apa bahan yang nak dimasak, Kami semua sambut raya kat vila tahun ni, kalau tak cukup beritahulah nanti, minta tolong Abang Jali ayam dan daging segar, saya tak tahu nak beli kat mana sebab tak biasa di Melaka ni” ujar Qhairul pada Kak Siti dan suaminya. “Rasanya lebih dari cukup ni datuk, macam nak buat kenduri aje jumlahnya” melihat wang RM5K yang ada di tangannya. “Datuk dan Puteri nak saya masak apa ayam dan daging nanti?” “Sayang nak Kak Siti masak apa?” “Daging masak rendang, ayam masak kari dan masak merah, boleh ke Kak Siti” “Boleh, kenapa pulak tak boleh?” sahut Kak Siti lalu tergelak kecil “Nanti buat ketupat jugak ya Kak Siti” “Ya, Abang Jali katanya nak bakar lemang, Haji Suib ajak dia ambil buluh lemang, dia ajak kongsi bakar tepi pantai belakang vila ni esok” beritahu Kak Siti. “Eloklah macam tu, nanti saya join sekali saya pun nak belajar macam mana nak buat dan bakar lemang” sahut Qhairul sambil tersenyum memandang Nisha yang sedang minum segelas air susu di dapur. “Kalau Datuk Zamree dan Tengku Farid tahu tentu mereka berdua nak cuba macam datuk jugak” tambah Kak Siti lagi. Qhairul terus tersenyum mendengar kata-kata Kak Siti. Zamree datang pada hari Selasa selepas waktu zohor beriringan dengan Datuk Wazir bersama keluarganya. “Sayang, Abang Qhairul mana?” tanya Zamree bila tidak nampak bayang Qhairul sewaktu dia masuk ke vila tersebut. “Kat tepi pantai, sedang bakar lemang” “Apa, bakar lemang, Qhairul ni biar betul” tanpa membuang masa Zamree dan Wazir terus ke belakang vila, melalui pagar belakang mereka berdua terus melangkah menuruni 10 anak tangga menuju ke pantai, Qhairul bersama abang Jali, Haji Shuib dan beberapa orang penduduk kampung sedang membakar berpuluh-puluh batang lemang di bawah sebatang pokok ketapang yang rendang. Zamree dan Wazir tergelak melihat situasi itu. “Best jugak raya kat Melaka ni, boleh bakar lemang sendiri” kata Wazir pada Zamree. Mereka berdua bersalaman dengan semua yang ada di situ. Beberapa orang anak buahnya yang dipanggil oleh Tok Suib untuk membantu. “Kamu berdua baru sampai Zam?” “Ya, Nisha cakap kau kat sini, this is a new experience for us” ujar Zamree pada Qhairul sambil tersenyum. Keseronokan semakin terasa apabila semakin ramai yang datang mengeruni tempat tersebut untuk melihat kerja-kerja membakar apalagi mereka yang turut serta terdiri dari datuk-datuk yang hartawan. Dua jam selepas itu Tengku Farid dan bondanya tiba. Nisha dan Datin Roziah sedang berbual di ruang tamu. “Kakak..nenda dan uncle dah sampai” beritahu Hani yang baru muncul dari bawah. Nisha terus bergegas mendapatkan dua insan tersebut. “Assalammualaikum bonda, kanda” tegurnya lalu memeluk wanita itu dan mencium kedua belah pipi wanita itu. “Sayang sihat?” “Sihat,bonda?” “Alhamdulillah” “Bonda ada bawa sedikit kuih dan biskut, nantilah lepas ni bonda suruh orang bonda bawa masuk” “Bonda naik lah atas dulu berehat, kanda nak join dia orang bakar lemang ke?” “Bakar lemang, where?” “Belakang, kat pantai, mereka semua ada di situ” Puan Engku Faridah tergelak mendengar cerita Nisha. Tanpa menunggu Tengku Farid terus melangkah menuju ke belakang vila lalu menuruni tangga ke pantai. “Yes, Tengku Farid pun dah sampai, kita nak rasa lemang yang di bakar oleh anak raja pulak” gurau Qhairul bila terpandang kemunculan Tengku Farid. “The great experience, how you people do all this?” tanya Tengku Farid sebaik sahaja mendekati semua yang ada di situ. “Is to be asked Abang Jali kita ni, dia bos kat sini, abang Jali ni bekas taukey lemang di Johor” sahut Qhairul. “Mana ada Tengku, Datuk Qhairul ni saje buat nak buat-buat cerita tu, Tok Haji Suib ni yang guru kita orang kat sini tadi” balas Abang Jali merendahkan dirinya. “Tak kisahlah Abang Jali, janji kita makan lemang buatan tangan kita sendiri hari ini”celah Zamree menyelamatkan lelaki itu.. “Macam mana Ku Farid, bila raya, you mesti tahukan?” tanya Qhairul sambil tersenyum memandang Tengku Farid. Tengku Farid membalas senyuman Qhairul lalu mengambil sebatang lemang yang sudah masak lalu membelek-beleknya. “Malam ni tak da terawih lagi, kita sambung bakar semua lemang ni sampai habis. Esok kita dah nak raya” beritahu Tengku Farid sambil tangan mengambil buluh kosong yang masih berlonggok di situ yang belum di isi daun pisang dan beras pulut serta santan. “Macam mana nak buat benda ni?” semua yang ada situ ketawa melihat kesungguhan Tengku Farid hendak membuat lemang tersebut. Di ruang dapur vila, Ranti dan Sulis sedang sibuk membantu Kak Siti menyediakan bahan untuk masakan. “Siti buat apa tu?” tegur Puan Engku Faridah sewaktu dia pergi ke dapur untuk melihat pembantu rumah tersebut membuat persiapan menyambut hari raya esok. Ranti dan Sulis sibuk mengupas bawang dan menyediakan ramuan-ramuan yang di arahkan oleh Kak Siti. “Oh..Puan Engku, saya tengah sediakan bahan untuk masak pulut, puteri nak makan ketupat pulut, dia orang berdua tu sedia bahan–bahan untuk saya masakkan daging dan ayam malam karang”sahut Kak Siti. “Siti nak masak apa dengan ayam dan daging tu?” “Puteri nak daging tu buat rendang, ayam masak merah dan kari”jawab Kak Siti lagi. “Kak Siti buat rendang Johor ke?” “Ya, sebab tu je yang saya tahu” “Tapi saya suka rendang Johor, nanti kalau Siti masak tolong panggil saya ya, sebab saya nak belajar masak rendang Johor tu dengan Siti” balas Puan Engku Faridah lagi. “Oh ya ke, nanti saya beritahu Puan Engku bila saya mula masak malam nanti” ujar Kak Siti lagi. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid balik sekejap masuk ke vila untuk solat Asar selepas itu mereka menyambung semula aktiviti membakar lemang. Kak Siti memasak sedikit daging dan ayam untuk juadah berbuka petang itu. Petang itu dua meja makan di ruang makan di hidangkan dengan lauk untuk berbuka puasa. Satu meja untuk orang lelaki dan satu meja lagi untuk orang perempuan. Suasana berbuka puasa petang itu agak meriah. Haji Suib dijemput sekali untuk berbuka puasa di vila tersebut di samping menunggu sebahagian lagi lemang yang belum masak. “Bestlah raya rumah kakak ni, meriah, taklah macam raya kat KL sunyi je”si kecil Hani bersuara sewaktu mereka berbuka puasa. “Nanti kita main bunga api nak, kita main kat pantai, uncle beli banyak bunga api untuk kakak tau” beritahu Nisha pada Hani “Hii..bestnya”jawab Hani “Eh..dah besar-besar pun masih ada orang nak main bunga api lagi?”tegur Datin Roziah. “Sebab kecil-kecil dulu Nisha tak berpeluang pun pegang bunga api, sebab tu abang Qhairul bagi Nisha main bunga api puas-puas raya ni” Puan Engku Faridah tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Dah nak kahwin tu belajarlah main api kat dapur, belajar masak bukannya nak main bunga api lagi” Nisha pulak tergelak mendengar kata-kata Datin Roziah. “Siapa yang kahwin dengan Nisha nanti dia yang masak untuk Nisha, tahu tak apa?” “Ehem....”Qhairul berdehem mendengar kata-kata Nisha” semua yang ada di dua meja makan ketika itu berpandangan sesama sendiri sambil tersenyum. “Kalau kau jumpa suami pandai masak dan rajin ke dapur tak apa jugak, kalau sorang tunggu sorang kau orang berdua nak makan apa?”.. “Makan anginlah jawabnya”sahut Nisha sengaja mengenakan Roziah kembali. “Kalau makan angin tak apa jugak, kalau makan hati”tanya Datin Roziah lagi. “Kalau makan hati mati lah kak oi”jawab Nisha lagi “Betoi..betoi..betoi..!”kedengaran suara ipin ipin, semua memandang Hani dan akhir semua tergelak. Semua wanita di vila tersebut khusyuk berada di depan tv mendengar penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh hari raya aidil fitri tahun itu yang jatuh pada hari Rabu. Lampu neon warna warni di sekeliling vila kini telah dinyalakan, Hani dan Nisha begitu seronok melihat keindahan warna lampu neon yang mengelilingi seluruh atap vila dari anjung beranda vila tersebut. Datin Roziah menghampiri Hani kemudian membawanya duduk di atas buaian. “Esok raya kah mama?” “Ya sayang, esok kita tak perlu puasa lagi, dah boleh makan siang” beritahu Datin Roziah pada Hani. “Akak janji nak main bunga api tadikan?” “Jom, tapi tunggu sekejap akak pergi ambil bunga api tu dalam bilik akak” Gelak ketawa suara Hani dan Nisha yang sedang bermain bunga api di pantai memeriahkan lagi malam hari raya tahun itu. Wazir melayan Hani yang terkinjal-kinjal melompat keriangan bermain bunga api. Puan Engku Faridah dan Datin Roziah membantu memasak lauk pauk di dapur. “Selalunya malam raya sebelum ni saya sunyi betul, saya dan Ku Farid saja di rumah, saya tak pernah masak macam ni, cuma tempah saja lauk-lauk dari katering” ujar Puan Engku Faridah. “Kalau tinggal di kampung macam ni suasananya Puan Engku, semuanya kena buat sendiri.walaupun letih tapi seronok” balas Kak Siti pula. “Terus terang saya katakan, nilah pengalaman beraya yang paling menyeronokkan yang pernah saya rasa” Puan Engku Faridah meluahkan lagi perasaannya. “Saya pun macam tu jugak Bonda Engku, keluarga saya kecil, saya dan abang tapi dia dah ada keluarga sendiri, mak dah lama meninggal, ayah pulak kahwin baru, saya beraya sekejap rumah ayah lepas tu balik KL, tahun ni saya gembira sangat sebab pengalaman pertama beraya sebagai seorang isteri, dan ibu dalam suasana yang meriah seperti ini” Datin Roziah turut meluahkan rasa seronoknya. Melihat Hani seronok dilayan oleh ayahnya Nisha membawa dirinya menghampiri batu-batu besar di peti pantai tersebut. Di situ tempat dia sering menyendiri sejak tinggal bersendirian di vila itu beberapa minggu yang lalu. Seperti sedang bertafakul, Nisha duduk berjuntai kaki di atas batu besar tersebut sambil matanya memandang ke laut. Cahaya dua spotlight dari vila yang menyuluh ke pantai cahayanya turut menyinari permukaan air laut. ‘Ibu! Nisha sunyi, Nisha rindu, Nisha ada di sini bu, datanglah bu, datang peluk Nisha, cium Nisha bu” air mata yang merembes di pipinya dibiarkan jatuh satu persatu. “Ayah! Kenapa ayah tak sayangkan Nisha, kenapa ayah biar Nisha menangis, kenapa ayah sakitkan Nisha, kenapa ayah? Nisha tetap sayangkan, ayah maafkan segala dosa-dosa Nisha pada ayah. Ibu, maafkan Nisha kerana menyakitkan ibu semasa melahirkan Nisha. Nisha redha dengan nasib Nisha sebagai seorang yatim piatu di dunia ini” Air laut berombak kuat, Nisha merasa tubuh di gapai seseorang, “Ya Allah apa bendanya ni, lepaslah”,Nisha meronta cuba melawan, bunga silatnya berguna juga ketika itu. “Hi..hi..hi..kau ingat kau boleh lawan aku hai Ratu Dewi..”satu suara kedengaran. “Kau siapa? kau syaitankan?” “Ya, aku memang syaitan dan kau takkan dapat lawan aku” “Kenapa kau kacau aku..hey syaitan..iblis” “Aku nak bunuh kau, orang suruh aku bunuh kau…” Lembaga itu menghampirinya, mencekak leher, Nisha cuba melawan, gerakkan silatnya semakin cepat. Nisha terpelating ke bawah, badannya terhumban ke batu-batu kecil yang ada di situ. Semua sudah kembali ke vila bila semua lemang habis di bakar. Abang Jali dibantu oleh Zamree dan Qhairul mengangkat seguni lemang-lemang yang telah masak sebahagian lagi di angkut oleh orang-orang Tengku Farid. Haji Suib memasukkan lemang-lemang bahagiannya ke dalam guni untuk di bawa balik. “Masuk Tuan Haji kita minum dulu” perlawa Wazir melihat Haji Suib bergerak menuju ke motosikalnya yang di letakkan berhampiran pintu pagar di hadapan vila. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid terus naik ke atas untuk mandi dan bertukar pakaian. Hani kelihatan duduk seorang diri di atas sofa menonton movie ‘I know what you did last raya’. “Hani, kakak mana?” tanya Qhairul kepada gadis kecil itu. Hani mengangkat kedua-dua belah bahunya.Qhairul mengetuk pintu bilik Nisha tapi tiada sesiapa yang membuka daun pintu tersebut. Perlahan-lahan tombol daun pintu itu dipusing, tiada sesiapa dalam bilik tersebut. Lampu bilik air tertutup dan bilik air itu gelap gelita. Di balkoni pun tiada sesiapa. Qhairul keluar semula dari bilik tersebut. “Zam, ada nampak Nisha tak?” “Tak,kenapa?”. “Aku nak ajak dia hantar lemang rumah Mak Teh, orang tua yang beri dia bunga teratai tu” “Dalam bilik tak da ke?”tanya Zamree pula. “Tak da” “Tadikan Hani main bunga api dengan kakak” Zamree terus teringatkan sewaktu Nisha bermain bunga api dengan Hani. “Lepas tu akak jalan pergi kat batu tepi pantai sebelah sana tu” beritahu Hani pada kedua-dua lelaki tersebut. “Betul ni Hani?”tanya Qhairul lagi. “Ya, lepas tu akak tak balik-balik lagi” “Tanpa berlenggah Zamree dan Qhairul terus berlari menuruni tangga kemudian terus keluar menuju ke pagar belakang vila dan terus berlari ke pantai. “Nisha..!” “Nisha..!” Qhairul dan Zamree menjerit memanggil nama Nisha bersilih ganti. Semua yang ada di ruang dapur terkejut semasa melihat Zamree dan Qhairul berlari seperti mengejar sesuatu. Hani terus menuruni tangga menemui ayahnya yang sedang minum di dapur bersama Haji Suib. “Papa! uncle-uncle cari kakak” “Kakak belum balik ke?” “Belum” Wazir memandang wajah Haji Suib. “Tadi Nisha pergi kat batu besar tepi pantai tu” “Bahaya duduk sorang waktu malam kat situ. Tempat tu keras sedikit, ada yang pernah benda-benda pelik di situ” ujar Haji Suib. Puan Engku Faridah, Datin Roziah serta pembantu-pembantu rumah vila tersebut saling berpandangan. Tengku Farid yang berdiri di balkoni hairan melihat Qhairul dan Zamree memanggil nama Nisha. Dia terus keluar dari bilik kemudian turut berlari menuju ke pantai. “What happens with Nisha” tanya Tengku Farid pada Zamree dan Qhairul. “She lost, mana tempat batu besar tu?” tanya Qhairul pada Zamree bila melihat Wazir dan Haji Suib muncul. “Kat sebelah sana” tunjuk Wazir dengan tangan. Tenaga Nisha berasa lemah untuk melawan lembaga itu. Dia cuba menolak sekuat tenaganya. “Hi..hi..hi..aku mesti cabut nyawa kau manusia baru tugas aku selesai” “Hanya Allah yang boleh cabut aku, kau pergi syaitan. Dengan sekuat tenaganya Nisha cuba bangun dan hendak lari, lembaga itu cuma mengejar dan menghumban tubuh kecil Nisha ke arah batu besar, Nisha mengimbangi tubuh dari terus rebah ke batu tersebut. Kekuatan makhluk itu tidak dapat dilawannya dengan silat. Dia teringat untuk membaca sesuatu, tapi teringat dirinya uzur ketika itu. Cuma di dalam hatinya dia cepat menghabiskan ayat kursi moga dia boleh membebaskan diri dari makhluk itu dan lari dari tempat itu. Dengan sekuat tenaga dengan hembusan nafasnya selepas habis ayat kursi itu dibacanya dalam hati, Nisha membuka langkahnya berlari keluar dari tempat tersebut. “Mana kau nak lari, ni hah .hi..hi..hi..mampus kau Ratu Dewi” “Nisha merasa satu benda menghentakkan belakangnya dia rebah sekejap tapi cuba bangun lagi” lembaga itu cuba lagi menghampirinya “Ya Allah Nisha” kenapa ni sayang. “Cepat bang bawa Nisha lari dari sini, cepat Nisha dan tak larat, Nisha sakit” “Kenapa Rul”tanya Zamree bila melihat Qhairul dan Nisha seolah-olah berebut hendak meninggalkan tempat tersebut. “Abang Zam..cepat lari, cepat semua lari masuk vila” Zamree, Tengku Farid, Wazir dan Haji Suib turut sama berlari menuruti arahan Nisha. Masuk sahaja di pintu pagar vila, Nisha terus berhenti setelah semua yang lain turut sama masuk ke dalam pagar.Nisha terus berdiri di pintu pagar, dia seperti melihat makhluk itu memandangnya tetapi tidak lagi mengejarnya masuk ke dalam. Nisha merasa badannya lemah, sesuatu yang menghentak tubuhnya tadi membuat semua sendinya lemah. Nisha terus terkulai di pintu pagar tersebut. Darah membuak keluar dari mulutnya. “Ya Allah sayang kenapa ni?” Qhairul terus mencempung tubuh Nisha yang terlalu lemah ketika itu masuk ke dalam vila” Suasana dalam vila mula kecoh. Tengku Farid dan Zamree terus jadi tidak keruan. “Apa kena dengan Nisha ni Rul, aku cal doktor sekarang” “Jangan abang Zam, Nisha tak apa-apa,” lemah suara Nisha melarang Zamree menghubungi doktor. “Abang Zam tolong ambil Alquran dalam bilik Nisha, tolong baca yassin untuk Nisha sekarang, Nisha sakit sangat ni, benda ni mesti keluar dari tubuh Nisha cepat” air mata Nisha mengalir deras di pipi menahan kesakitan. Zamree muncul dengan Alquran di tangannya. “Zam biar aku yang baca” Qhairul terus mengambil Alquran tersebut dari tangan Zamree. “Nisha dah tanda dengan tali tu, cepat bang ”Qhairul terus membaca surat yassin tersebut sambil memangku kepala Nisha. Nisha terus memutahkan lagi darah dari mulutnya sehingga semua baju dibasahi darah. Dia menutup kedua-dua belah matanya sambil membaca ayat kursi berulang-ulang kali dalam hatinya. “Ya Allah ku meminta padaku selamatlah aku dari syaitan tadi” Semua yang ada di situ menangis melihat Nisha yang kelihatan berada dalam keadaan seperti kratikal. Semasa membaca surah yassin tersebut Qhairul berkali-kali menyeka air matanya yang mengalir di pipinya. Sehingga ayat yang terakhir Nisha membuka matanya. “Terima kasih bang, Nisha dah ok sedikit, Nisha nak masuk bilik, nak mandi dulu” “Tapi, Nisha betul dah ok ni?”tanya Qhairul seperti tidak percaya dengan perubahan Nisha. “Ya, tolong Nisha angkat dulu, Nisha rasa tak larat nak bangun ni” Nisha memerhati tangannya yang agak calar balar akibat bergelut dengan makhluk tadi. Nisha memandang satu persatu semua wajah yang ada di situ. Dia tahu semua ada di situ risau melihatnya dan ingin mengetahui apa sebenarnya berlaku pada dirinya malam itu. “Nanti Nisha ceritakan lepas Nisha mandi, abang tolong telefon Ustaz Razman, kalau boleh suruh dia datang ke sini malam ni kalau tak dapat esok pun boleh” beritahu Nisha pada Qhairul.Nisha merasakan seluruh tubuhnya lengguh ketika melangkah kaki ke tingkat atas menuju ke biliknya. Sampai di bilik Nisha terus masuk ke bilik air terus mencuci seluruh tubuhnya dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Sebelum itu lama dia termenung memikirkan kejadian tadi. “Apa benda tu, kenapa benda tu nak bunuh aku?”desis hati kecilnya. Selesai mengenakan sepasang pijama tidur satin berwarna merah hati, Nisha menyikat rambutnya. Sebaik sahaja melangkah keluar dari bilik, semua sudah berada di ruang tamu menunggunya. Nisha terus melontarkan senyuman seolah-olah tiada apa yang berlaku pada dirinya. “Ok please tell me what really happened” tanya Qhairul sebaik sahaja Nisha melabuhkan punggung di atas sofa di antara dirinya dan Tengku Farid. “Begini, mula-mula tadi Nisha duduk je dekat batu besar tu, selama ni pun Nisha selalu duduk sorang-sorang kat situ tapi waktu siang, malam tak pernah lagi baru tadi kot. Dalam masa 15 minit Nisha duduk tu, Nisha rasa ada satu benda serang dan cekik Nisha. Nisha cuba lawan tapi Nisha rasa benda tu buka manusia. Dia datang nak bunuh Nisha, nak cabut nyawa Nisha”Nisha terus terhenti di situ bila Tengku Farid mencelah. “Bagaimana rupanya” “Waktu bergelut tu Nisha tak nampak sangat rupanya tapi waktu dia kejar kita tadi Nisha nampak rupanya waktu Nisha berdiri kat depan pagar tu, cantik pakaiannya macam seorang perempuan siam”. “Nisha jangan pergi lagi kat batu tu” pesan Zamree pulak. “Tak, Nisha rasa benda tu bukan ada kat batu tu. Nisha dah cuba lawan dan lepaskan diri, waktu Nisha lari tadi syaitan tu lontar belakang Nisha dengan sesuatu, tu yang Nisha muntahkan tadi, sebab tu Nisha perlu sangat jumpa Ustaz Razman, dia boleh datang tak bang”. ‘Esok,dia suruh Nisha cal dia, eh..kenapa benda tu tak ikut kita sampai dalam pagar vila ni” Qhairul kemudian bersuara. “Abang lupa, kan Nisha dah suruh Ustaz Razman pagar rumahni dulu, semua jenis syaitan atau apa-apa benda yang tak baik tak boleh masuk vila ni, sekarang hanya dalam vila ni je selamat untuk Nisha”. Ketika sedang asyik bercerita, telinga Nisha tiba-tiba terdengar suara memanggilnya. “Tunggu sekejap, Nisha dengar ada orang panggil Nishalah, hantu tu kot” Nisha terus berlari ke biliknya menuju ke balkoni biliknya. Mereka yang lain turut mengikut jejak Nisha. Nisha sempat melihat jelmaan dan kemudian satu cahaya seperti berbola api yang terang masuk ke laut. Qhairul dan semua yang lain turut menyaksikan sendiri kejadian itu. Puan Engku Faridah mengambil keputusan untuk tidur di bilik Nisha malam itu. Kepala gadis itu dielusnya dengan penuh kasih sayang. Nisha adalah gadis serba serbi unik di matanya, kasih sayang yang tak berbelah bagi pada gadis itu melebihi kasih seorang ibu angkat kepada seorang anak angkat. “Bonda, kenapa Nisha harus tempuhi perjalanan hidup seperti ni bonda?” tanyanya sambil menatap wajah bonda angkat dengan pandangan yang penuh kesayuan. “Sebab Nisha seorang gadis yang sangat istimewa, cantik, kuat semangat, bijak dan mampu menerima apa sahaja dugaan yang datang dalam hidup, sebab itu bonda berikan gelaran Puteri Melayu Sejati pada anakanda”sahut wanita itu kemudian mencium dahi anak angkatnya itu dengan penuh kasih. ‘Terima kasih bonda kerana menyayangi Nisha seperti anak sendiri” ucapnya lalu memeluk tubuh wanita itu sehingga kedua-dua insan itu sama-sama terlena meredah kepekatan malam yang syahdu justeru menunggu kemunculan Syawal yang bakal menjelma esoknya. Bab 61 Kedengaran suara takbir raya berkumandang dari masjid kampung. Nisha berdiri di balkoni dengan sepasang baju kurung raya barunya berwarna hijau muda. Sejak dari tadi Nisha belum lagi keluar dari biliknya. Laungan takbir raya yang sayup-sayup berkumandang menambah kesayuan di jiwanya. Sms demi sms yang diterimanya dari kawan-kawan terutama team UHG mengucapkan selamat hari raya kepadanya. “Ibu, ayah ampunkan segala dosa-dosa Nisha, moga ibu dan ayah bahagia di sana” bisiknya sambil jejarinya menyeka air mata yang jatuh ke pipinya. “Sayang, semua dah tunggu di bawah” sms dari Qhairul dibacanya lalu kakinya melangkah menuju ke almari solek. Puas melihat penampilannya dirinya Nisha melangkah keluar dari bilik lalu perlahan-lahan menuruni tangga menuju ke tingkat bawah. “Wow..cantiknya kakak” Hani yang pertama kali terpandang gadis itu menuruni tangga terus menegurnya. Serentak itu semua menoleh memandang ke arahnya. Nisha melontarkan senyuman sehabis manisnya pada semua yang sedang duduk di ruang tamu pagi itu. Qhairul, Tengku Farid dan Zamree termasuk Wazir memandangnya tanpa berkelip. Ketiga-tiga lelaki tersebut mengenakan baju melayu warna yang serupa dengannya atas permintaan gadis itu semalam. “Ehem…!”Puan Engku Faridah berdehem untuk menarik perhatian semua yang sedang terkesima ketika itu. “Selamat Hari Raya bonda, maaf zahir batin, terima kasih kasih bonda kerana sudi beraya bersama Nisha tahun ni” terus Nisha merapati wanita itu lalu bersimpuh di depannya menyalami dan mencium tangannya lantas mencium kedua belah pipi wanita yang sangat dihormati dan disayanginya itu.. “So my beautiful princess, bonda pun ucapkan terima kasih kerana sudi menerima bonda sebagai ibu dan menerima kasih sayang bonda” balas Puan Engku Faridah pula kemudian mencium pipi gadis itu. Beralih kepada kepada Datin Roziah, Nisha tersenyum lalu menyalami tangan kakak angkatnya lalu mencium kedua belah pipinya. “Kak, selamat Hari Raya Kak, maaf zahir batin, terima kasih atas segala bantuan, nasihat, ilmu dan sudi terima Nisha sebagai adik angkat. “Kakak pun sama dik, maafkan segala jika ada kesilapan dan kekasaran kata kakak selama ini. Selamat hari raya, maaf zahir batin” balas Datin Roziah sambil tersenyum lalu memeluk dan mencium kedua belah pipi adik angkatnya itu. Matanya kemudian beralih kepada Datuk Wazir yang duduk di sebelah Datin Roziah. Abang Wazir, terimakasih kerana sudi terima Nisha sebagai adik, dan terima Nisha menumpang di rumah abang dan halalkan segala makan dan minum Nisha selama ini. Selepas bersalam dengan Datuk Wazir, Nisha tersenyum memandang ke arah Zamree. “Abang Zam, terima kasih atas kasih sayang, perhatian dan bantuan abang pada Nisha selama ini. Memang takkan terbalas oleh Nisha apa yang abang dah hulurkan pada Nisha, Kiranya Nisha pernah melukakan hati abang maafkan Nisha bang, Abanglah insan pertama yang Nisha kenal sejak kali pertama Nisha tiba di KL, pertemuan dengan abang menentu untung nasib Nisha sekarang.Tuhan bukakan jalan kebahagian untuk Nisha melalui pertemuan itu. Selamat hari raya bang, maaf zahir batin,”Nisha tidak dapat menahan sebaknya, air mata merebes keluar di pipinya, disekanya berkali-kali dengan tangan. Zamree turut terharu, dia turut membantu gadis itu mengeringkan air matanya sebelum berkata sesuatu. “Itu namanya takdir sayang, hanya tuhan yang tahu kenapa sesuatu itu berlaku, mungkin abang adalah perantaraan bagi kebahagian Nisha namun abang tetap bersyukur kerana di pertemukan dengan seorang gadis yang telah mendapat tempat istimewa di satu sudut dalam hati abang dan memberi kebahagian yang telah hilang selama, oh ya sayang tak nak cium tangan abang ke?” “Why not, abangkan abang kembar Nisha” Zamree tergelak mendengar kata-kata Nisha, lantas dia menghampiri Zamree lalu menyalaminya dan mencium tangan lelaki itu. “Abang pun sama sayang, selamat hari raya maaf Zahir batin” ucapnya lantas mencium dahi gadis itu. Nisha menjerling Tengku Farid yang duduk di sofa sebelah Zamree. Tengku Farid membalas dengan satu senyuman yang cukup menawan. “Kanda, terima kasih kerana sudi beraya di vila kita ni dan terima Nisha seadanya, maaf kerana Nisha dan curi dan rampas sesuatu dari kanda” Dahi Tengku Farid berkerut mendengar kata-kata Nisha. “Nisha dah curi dan rampas kasih sayang bonda dari kanda, kanda tentu cemburukan sebab bonda lebih sayang Nisha dari kanda?” Tengku Farid tergelak mendengar kata-kata gadis itu. “Kanda tak pernah cemburu, kanda rela kongsi apa saja dengan dinda dan hari baik bulan baik ni kanda pun nak minta maaf kerana pertemuan pertama dan cara salam perkenalan kanda dahulu membuat dinda cuak waktu tu, semua yang terjadi kerana perasaan yang gila dan jiwa yang emosional” Nisha pula tergelak mendengar kata-kata Tengku Farid. “Tapi Nisha tahu apa yang kanda tunjuk waktu tu bukan sifat sebenar kandakan, kanda tunjuk sikap negative yang cuba kanda reka tapi kanda bukan seorang pandai berbohong. Dari air muka kanda Nisha nampak sifat sebenar diri kanda sebab itu Nisha ambil keputusan untuk bertemu two face dengan kanda and than kita rapat macam sekarang dan kanda berikan hadiah yang terbesar dengan Nisha iaitu kasih sayang seorang ibu, dan sebenarnya tanpa kita sedar sebenar tuhan hantarkan kanda sebagai penghubung untuk Nisha dapatkan kasih sayang seorang ibu. Semua yang berlaku ada hikmah di sebaliknya ” ujar Nisha sambil tersenyum panjang lebar. “Ya, selamat hari raya maaf zahir, moga raya tahun ni adalah yang terindah dalam kenangan kita” Nisha menyalami tangan Tengku Farid, satu ciuman penuh kasih sayang hinggap dikening gadis tersebut. Dan akhirnya Nisha menoleh pada seseorang yang belum Nisha hulurkan kemaafannya di pagi raya itu. Nisha merapati lelaki itu, mereka berbalas senyuman. “Abang, terima kasih saja yang mampu Nisha ucapkan, tiada kata-kata yang dapat Nisha ucapkan untuk mewaliki perasaan Nisha sekarang. Abang dah banyak korbankan segalanya untuk Nisha masa, tenaga, wang, dan kasih sayang. Selamat hari raya, maaf zahir batin. Mulai pagi ni, kosong-kosong ok”, Nisha menunjukkan lingkaran jarinya yang berbentuk O, Qhairul tergelak melihat telatah lucu Nisha yang sedang bersimpuh di depannya. Pipi gadis itu dicubitnya. “Nantilah abang fikirkan, nak maaf atau tak, abang dah lapar ni, kalau Nisha suap abang baru abang maafkan?”Qhairul terus bangun dari sofa lalu meraih tangan Nisha mengheretnya menuju ke meja makan. “Ingat abang tu budak kecik ke, nak minta suap-suap tak kuasalah nak layan perangai manja abang tu” rungut Nisha hingga sampai ke meja makan. Semua yang mendengar rungutan Nisha tergelak. Suasana di meja makan begitu ceria ketika menikmati juadah raya yang terhidang. “Mana Nisha dapat kek-kek ni, cantiklah” tegur Datin Roziah sewaktu Kak Siti meletakkan pinggan yang berisi beberapa potong kek lapis Sarawak di atas meja. “Dari Sarawak, kawan abang Qhairul yang kirimkan. Kakak tahu tak apa nama-nama kek tu” Nisha kemudian memberitahu satu persatu nama-nama kek di dalam pinggan tersebut kepada Datin Roziah dan Puan Engku Faridah. “Cantiknya nama, tentu sedap”sahut Puan Engku Faridah pula. “Semua sedap, Nisha suka lapis Cadbury tu sebab ada banyak coklat. Nanti bila balik KL Kakak dan bonda bawalah juga kek tu balik. Ada banyak lagi dalam peti sejuk tu”. “Kalau macam tu, bonda nak minta Qhairul suruh kawannya tu poskan untuk bonda nanti, untuk bonda buat open house minggu depan”beritahu Puan Engku Faridah. “Insyaallah nanti saya beritahu dia” sahut Qhairul. “Berapa harga seketul kek macam ni?” tanya Datin Roziah. “Dalam seratus lebih macam tu” jawab Qhairul. “Tentu susah nak buatnyakan” balas Puan Engku Faridah pulak. “Kek ni terkenal di Sarawak, dia orang gelar kek Lapis Sarawak, ada yang di komesial, Encik Rashid kawan saya tu ada juga bercadang nak buka kilangnya di KL tapi dalam cadangan lagi mungkin tahun depan kot” ujar Qhairul. “Kalau macam tu bonda berminat nak jadi rakan kongsi, boleh jadi industri yang menguntungkan” sahut Puan Engku Faridah Lagi. “Kalau bonda berminat nanti saya beritahu Encik Rashid tu” hampir tersendak Nisha bila mendengar Qhairul memanggil Puan Engku Faridah bonda, namun diperhatinya wajah wanita itu yang kelihatan selamba sahaja tanpa menunjukkan reaksi terkejut. “Biar betul abang Qhairul ni, dah sasulkah apa?” hati kecilnya berbicara sendiri. Kecuali Nisha, Ranti dan Sulis, semua penghuni vila tersebut pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya aidil fitri. Di vila, Nisha dibantu Ranti dan Sulis mengisi balang-balang kristal dengan biskut-biskut kemudian meletakkan hirisan-hirisan kek ke dalam tempat tray cake plate Kristal dengan penutup yang turut dibelinya beberapa hari yang lalu. Setiap ruang tamu di hidangnya dengan satu set balang biskut dan tray cake plate yang serupa. Set yang keempat dihidangkan di ruang tamu di tingkat dua untuk dinikmati oleh penghuni vila tersebut. Nisha turut mengarahkan Ranti dan Sulis menyimpan beberapa tin minuman tin ke dalam peti sejuk yang terdapat di tingkat dua vila tersebut. Beberapa jenis kacang kegemaran turut dimasukkan ke dalam Tupperware lalu dihidangnya di ruang tamu keluarga di tingkat dua bersama-sama set hidangan kek dan biskut di situ. Tergelak Nisha melihat Hani yang baru balik dari masjid terus berlari menuju ke ruang tamu lalu membuka balang biskut yang terhidang di situ. “Makan perlahan-lahan sayang nanti tercekik, kalau nak air ada dalam peti sejuk tu” beritahu Nisha sambil tersenyum melihat telatah Hani. Qhairul, Tengku Farid ,Zamree dan Wazir melabuhkan punggungnya di atas sofa turut sama menikmati kuih muih di atas meja tersebut. Nisha terus meletakkan beberapa tin minuman di atas meja tersebut. “Hani, sini sekejap” Nisha menarik Hani masuk ke biliknya. Satu sampul raya dihulurnya kepada gadis kecil itu. Hani terkinja-kinja keseronokan. “Ye..ye,,Hani dapat duit” “Cepat minta duit raya dengan uncle kat luar tu” bisik Nisha ke telinga Hani, kedua gadis tersebut melangkah keluar dari bilik lalu kembali semula ke ruang tamu. “Papa, uncle duit raya mana?”. “Kan papa dah bagi semalam” “Tu bukan duit raya sebab semalam tu belum raya lagi”sahut Hani. Semua yang ada di situ tergelak mendengar kata-kata Hani. “Minta dengan uncle-uncle tu dulu, papa tak da wang kecil ni” Hani kemudian menghampiri Zamree. “Uncle nak duit raya” “Cium pipi uncle dulu baru uncle beri duit raya” “Duit dululah uncle baru cium”balas Hani. “Jangan tipu” “Tak tipu, cepatlah” Zamree mengeluarkan dompetnya kemudian mengeluarkan sehelai wang satu ringgit. “Hani tak nak duit tu,” “Ini aje yang uncle ada” “Bohong, kalau duit tu Hani tak nak cium uncle” “Pandai ungut uncle ya, ni nah” wang kertas sepuluh ringgit pula dikeluarkan dari dompetnya. “Pun tak nak, Hani nak yang biru besar” “Macam manalah kau ajar anak kau ni Wazir, mata duitan betullah budak ni” usik Zamree sambil tergelak. Datin Roziah dan Nisha menekan perutnya menahan gelak. Mahu tak mahu Zamree terpaksa mengeluarkan sekeping wang RM50 lalu diberinya pada Hani. “Terima kasih uncle, sayang uncle”pipi lelaki itu terus diciumnya. Hani terus menghampiri Tengku Farid. “Lelaki handsem macam uncle ni mesti banyak duitkan” Semakin riuh ruang tamu ketika itu oleh telatah lucu Hani. “Pandai nak bodek uncle ya” “Betul, cepatlah uncle, Hani nak yang macam ni jugak” “Ok, sekejap ya, nak tapi sebelum tu ada syaratnya” “Syarat apa uncle?” “Nyanyi dulu lagu raya” “Ok Hani nyanyi lagu ni ya” Hani naik atas sofa kemudian terus menyanyikan sebuah lagu raya nyanyian Annuar dan Elina. Selesai menyanyi semua yang ada di ruang tamu bertepuk tangan. Wazir mengeleng-geleng kepala melihat telatah Hani. “Ok nah, sayang uncle dulu” “Muah…terima kasih uncle” Hani kemudian bergerak menghampiri Qhairul. “Selamat hari raya uncle, uncle boleh bagi duit raya tak?” “Uncle tak da duitlah sayang” “Kalau tak da duit minta cek dengan uncle tu” Wazir membantu memberi idea dengan anaknya. Semua yang ada di situ tergelak. “Tak caya orang handsem macam uncle ni tak duit”, “Sahlah memang anak bapak betullah Hani, pasal bodek-bodek pelanggan memang no.1” Wazir sudah tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Kalau uncle bagi 2 keping lagi uncle handsem” “Tengok tu, makin banyak aku bagi makin bertambah handsem aku” semua yang ada di ruang tamu tersebut makin terus tergelak terus oleh telatah lucu Hani. “Kalau uncle bagi 3 keping Hani cakap apa pula” “Uncle ni handsem,handsem,handsem sangat” “Ya lah tu nah”Qhairul menghulurkan dua keping RM50 pada Hani. “Satu lagilah uncle sebab Hani dah sebut tiga kali handsem tadi” “Tengok tu, memang sahlah Hani ni pewaris mutlak kau Zir” Wazir terkekek-kekek ketawa mendengar kata-kata Qhairul. “Nah, sayang uncle dulu” “Muah, thanks uncle.yee…yee.. Hani kaya, banyak duit” “Papa jangan lupa tau” “Kan dah banyak tu, dah kaya pun”sahut Wazir tersenyum pada anaknya. “Papa jangan bohong” jawab Hani lalu berlari masuk ke bilik untuk menyimpan duit rayanya.Wazir ketawa, lucu melihat telatah anak gadis kecilnya itu. “Lain kali kalau nak bagi duit raya dengan budak-budak letak dalam sampul, kita bagi satu ringgit pun dia orang terima” Wazir kemudian bersuara. “Puteri, ada tetamu”Ranti muncul memberitahu sesuatu. Nisha memandang setiap wajah yang ada di ruang tamu rumahnya. Tanpa membuang masa lebih lama Nisha terus melangkah menuruni tangga menuju ke tingkah bawah vila tersebut. Wajah yang cukup dikenali tersenyum memandangnya. Lelaki itu di temani oleh seorang perempuan yang agak sebaya dengan lelaki tersebut “Oh ustaz, selamat hari raya ustaz, ni isteri ustaz ke, jom kita duduk di sana, privasi sikit” “Ya, isteri saya, Ustazah Wadiah” sahut ustaz Razman. Nisha terus menghulurkan tangannya pada Ustazah Wadiah kemudian menjemput pasangan suami isteri itu duduk di ruang tamu tengah vila tersebut. “Ni bonda saya Puan Engku Faridah” Nisha terus memperkenalkan bonda angkatnya melihat kemunculan wanita tersebut untuk sama-sama melayan tetamu. Ustazah Wadiah bersalaman dengan Puan Engku Faridah. Nisha memulakan perbualannya dengan bercerita semua perkara yang berlaku pada dirinya malam itu. “Puteri, saya dah beritahu awak benda tu dalam perjalanan untuk mencari awak dan sekarang ia dah sampai” “Saya tak mampu nak melawannya ustaz, semalam saya rasa sakit betul” “Kenapa puteri tak baca ayat kursi waktu tu” “Saya uzur ustaz” “Saya nampak kekuatan dalam diri puteri, ia cuma ada peluang untuk menyerang awak ketika puteri uzur, pendinding puteri terlalu tipis ketika uzur dan saya nasihatkan ketika masih uzur puteri jangan keluar dari vila ni”. Zamree, Qhairul, Tengku Farid dan Wazir kemudian muncul di ruang tamu tersebut lalu bersalaman dengan ustaz Razman “Kenapa benda tu nak bunuh saya ustaz?” “Pada firasat saya, ada orang yang cemburu dan fikir puteri telah merampas sesuatu darinya” “Tapi ustaz, saya tak rampas suami orang, tunang orang atau pun kekasih orang” Nisha cuba mempertahankan dirinya. “Yang puteri miliki tu rasanya ada di sini tapi punca pada gangguan puteri ada di tempat lain, puteri boleh lawan dan kembalikannya pada tuannya dan saya akan sokong puteri dari belakang, saya bimbang puteri tak mampu tangani seorang diri. “Saya nak ceritakan sesuatu dengan puteri, saya balik ke Kelantan sebulan sebelum puasa, isteri saya orang sana. Isteri saya ada seorang anak saudara di KL.Waktu saya balik hari tu dia pun ada balik bersama seorang kawan, kebetulan kami menginap di rumah yang sama, rumah adik ipar bongsu saya. Suatu hari sewaktu anak saudara saya tu keluar rumah dengan kawan dia untuk ke bandar, adik ipar saya tu terjumpa sekeping gambar seseorang dalam beg kawan anak saudara kami yang kebetulan terbuka ketika itu. Dia tunjukkan gambar tu pada isteri saya. Isteri saya kata wajah perempuan dalam gambar tu macam pernah dia lihat, mirip Puteri Melayu Sejati dalam majalah wanita yang pernah dia baca. Isteri saya tunjukkan gambar itu pada saya dan saya taklah kenal Puteri Melayu Sejati tapi saya lebih teringatkan seseorang. Lama saya cuba mengingati wajah tu dan di mana saya pernah melihatnya akhirnya ketika kita menyambut majlis Nisfu Syaaba di masjid kampus dulu kan puteri ada hadir ketika tu, waktu itulah saya teringat dengan gambar yang pernah isteri saya tunjukkan. Sebelum cutikan puteri pernah dipanggil oleh Timbalan Canselor dan Dekan Falkuti Prof. Dr. Yassin. Mulai hari itu bocor rahsia awak adalah Puteri MS, hampir seluruh staf telah mengetahui hal tersebut termasuk saya. Saya dapat dapat tahu gambar puteri tu digunakan oleh kawan anak saudara isteri saya tu untuk berjumpa Tok Chakk Usin seorang bomoh Siam yang terkenal di Kampung Chek Yak Sempadan Siam. Dan saya yakin sekarang yang mengganggu puteri tu adalah apa yang Tok Chakk tu kirimkan”. Semua yang berada di ruang tamu itu terdiam mendengar cerita ustaz Razman. “Sebab itu sewaktu puteri menghubungi saya, firasat saya kuat menyuruh saya untuk datang menemui puteri dan menasihatkan puteri supaya berhati-hati. Tok Chakk tu memang seorang bomoh yang hebat dan kebanyakan yang terkena ilmunya akan mati, tapi bila saya lihat awak saya nampak ada sesuatu kekuatan yang melindungi awak, saya yakin awak boleh lawan Tok Chakk tu tapi tunggu awak bersih dulu, ingat pesan saya jangan keluar rumah ini ketika awak uzur walau apa pun terjadi, bahaya menanti awak di luar sana. Paling saya takuti adalah santau Tok Chak, ia boleh membunuh dalam masa 24 jam kalau tak jumpa penawarnya” sambung ustaz Razman lagi. “Siapa nama anak saudara isteri ustaz tu?” tiba-tiba Qhairul bersuara. “Lizawatie”jawab Ustazah Wadiah. Qhairul terdiam, fikiran melayang jauh memikirkan sesuatu kemudian dia bersuara semula. “Zam, kawannya tu mesti Yasmine Hana” “What, kau biar betul Rul” “Yes, aku yakin, mungkin ini jalan terakhir dia” “Ustaz, ada cara ke macam mana nak halang Tok Chakk tu” Qhairul memandang wajah Ustaz Razman. “Tak, kalau dia dah buat tak boleh dihentikan, itulah syaratnya sebab tu ramai yang mati, cuma Nisha harapan kita, Nisha ada kekuatan untuk lawan dan kembalikan benda tu pada Tok Chak dan kalau benda kembali pada tuannya dia sendiri yang akan mati, Tok Chak tahu semua tu dan dia tidak akan membiarkannya ia berlaku”balas Ustaz Razman lagi. “Terimakasih ustaz kerana beritahu saya semua ni, saya tak tahu macam mana nak hadapi semua ni, tapi saya percaya nyawa saya bukan di tangan Tok bomoh tu, saya tak tahu apa yang saya miliki tapi saya cuba lawan Tok bomoh tu dan saya akan berdepan sendiri dengan wanita tu bila saya balik KL nanti” Semua memandang tepat pada wajah mulus dan polos milik gadis tersebut. Ustaz Razman dan isterinya disajikan dengan pelbagai juadah hari raya di vila tersebut sebelum pasangan suami isteri tersebut meminta diri untuk balik. “Langsung jugak saya lihat wajah Puteri MS tu hidup-hidup bang, memang cantik, lebih cantik dari dalam gambar tu” Ustazah Wadiah sempat berbual dengan suaminya sewaktu pasangan tersebut dalam perjalanan balik ke rumah. “Sebab tu satu kampus gilakan puteri tu, termasuk Dr.Firdaus pun naik angau, abang pun kalau tak kuat iman cair juga bila berdepan dengan puteri tu” gurau Ustaz Razman pada isterinya walaupun hakikatnya perkara itu ada kebenarannya. “Ala kalau abang nak pun puteri tu takkan nak kan abang, yang empat orang handsem giler tadi tu nampak macam tak terlayan oleh puteri, siapa mereka tu bang” Ustazah Wadiah pada suaminya. “Ehh..awak tak kenalkah mereka tu siapa?”Ustaz Razman agak keliru dengan soalan isterinya. “Rasa-rasa kenal tapi betulkan tu?” “Ya, Yang putih tinggi duduk sebelah saya tadi tu Tengku Farid, yang tinggi, putih besar sedikit dari Tengku Farid tu yang duduk dekat puteri tadi tulah Datuk Qhairul Azamin billionaire hero Malaysia dan yang seorang lagi yang macam muka macam pelakon hindi tu sepupunya Datuk Zamree Azim”ujar Ustaz Razman pada isterinya. “Sorang lagi dengan perempuan tu?” “Seorang tu kalau tak silap Datuk Wazir Harris, suami kakak angkat puteri dan wanita yang dia panggil bonda tadi ibu kepada Tengku Farid” sambung Ustaz Razman lagi. “Apa hubungan dia orang semua tu dengan puteri”soal Ustazah Wadiah lagi. “Abang angkat, sebab tu Puan Nor Ain hal ehwal siswi kat kampus tu kata puteri tu tinggal dalam lubuk emas, tengok vila Mahligai Puteri tu awak tahu berada harga kos pembinaannya, abang-abang angkat dialah yang buat vila tu. Dengar cerita mencecah tiga puluh juta. Berpeluang jugak kita masuk dalam vila yang jadi buat mulut seluruh negeri Melaka tu, rupa-rupanya tuan punya vila tu pelajar abang” Ustaz Razman menambah ceritanya. “Saya pernah juga sejak kebelakangan ni terbaca gossip hangat tentang Puteri tu dengan tiga orang lelaki tu, tapi saya malas nak ambil tahu, saya dapat rasakan puteri tu bukan sahaja seorang gadis yang cantik tapi baik, unik dan ada keistimewaan yang tuhan kurniakan untuk dia. Mungkin ketiga-tiga lelaki tu adalah takdirnya” Ustazah Wadiah cuma terdiam mendengar kata-kata suaminya. Majlis rumah terbuka vila tersebut diadakan pada hari hari raya kedua. Awal-awal pagi lagi sebelum tetamu sampai, studio jurufoto yang telah dihubungi oleh Qhairul muncul di vila terebut untuk merakam gambar-gambar kenang-kenangan penghuni vila tersebut sempena raya tahun itu. Majlis rumah terbuka berlangsung dari pukul 9 pagi hingga ke pukul 4 petang. Datuk Wazir dan keluarganya balik ke Kuala Lumpur pada pagi hari ketiga raya begitu juga dengan Tengku Farid dan bondanya. “Yes brother, hari baik bulan baik, I pun nak ambil peluang memohon kemaafan atas segala salah dan silap I pada you berdua, namun I percaya semua yang berlaku ada hikmah disebaliknya. I kena akur pada perjalanan hidup yang telah ditentukan untuk I, I tak boleh memilikinya walaupun I mencintainya sepenuh hati, sampai ke hembusan nafas yang terakhir pun hanya dialah gadis yang I cintai. Cuma satu permintaan I jangan lepas dia pada lelaki lain. I hanya boleh tersenyum dan tumpang gembira sekiranya dia dimiliki oleh salah seorang dari you berdua. Kalau you berdua gagal menunaikan permintaan I, I akan gunakan kuasa veto I ambil dia sebagai second wife I. Ok bro promise is for me” Kelakian dan kewibawaan Tengku Farid mula terserlah ketika itu. Wajahnya tetap tenang ketika ia menuturkannya walaupun hatinya berkocak dan ngilu bagai dihiris sembilu, melepaskan Nisha bagai merentap jantung dari tangkainya. “Ku Farid, I pun pernah bersalah dan berdosa pada you dan tak sepatutnya mengasari you dan I begitu menghormati you sebab you bersikap rasional, open minded, fleksibel tidak mencampurkan adukkan soal hati dan perasaan, dengan soal darjat dan maruah. Persahabatan kita bermula dari persangketaan. Hanya youlah lelaki yang terbaik untuk dia selepas kami berdua, sekiranya kami berdua tinggalkan dunia ni, hanya you yang layak menjaganya. Mulai sekarang kami berdua terima you sebagai seorang sahabat dan saudara. Datanglah bila-bila masa ke vila kita ni kerana pintunya sentiasa terbuka menunggu kedatangan you, jangan biarkan kamar you tu kosong terlalu lama” ujar Qhairul kemudian memeluk tubuh Tengku Farid. Ketiga-tiga lelaki tersebut saling berpelukan sebelum Tengku Farid melangkah meninggalkan vila tersebut. “Puteri datang ya, tidur rumah bonda sehari sebelum open house” “Ya, take care ya bonda, assalammualaikum” Nisha mencium tangan dan kedua-dua pipi wanita itu. “Kanda thanks, take care dan jaga bonda ya, renungan redup mata Tengku Farid membayangkan ketulusan hatinya mencintai gadis itu. “Dinda jaga diri ya sayang, datanglah pada kanda sekiranya dinda perlukan pertolongan, kanda sentiasa ada untuk dinda. I love you forever, walaupun dinda tidak kanda miliki namun dinda tetap gadis yang kanda cintai untuk selamanya, hingga ke akhir hayat kanda” ujarnya kemudian mencium dahi gadis agak lama itu sebelum meninggalkannya. “Kenapa Farid masih tak dapat bonda, hati anaknanda masih tak dapat melepasnya, masih ingin merindunya, masih ingin bersamanya, cinta Farid semakin dalam padanya. Farid siksakan diri Farid bonda, tolonglah bonda, hati dan perasaan Farid terlalu sakit sekarang” sepanjang perjalanan balik ke Kuala Lumpur Tengku Farid menitis air matanya, tersedu di bahu bondanya. “Sabarlah sayang. kalau ikhlas mencintai seseorang kita harus redha menerima segala ketentuan. Mencintai bukan beerti kita harus memilikinya, mendoakan kebahagianya orang yang kita sayang dan cintai adalah jalan yang terbaik untuk kita merawat perasaan kecewa dan derita yang kita tanggung kerana kehilangannya”. Puan Engku Faridah mengusap rambut puteranya. Dia boleh merasa bertapa seksanya perasaan Ku Farid di kala itu. Bulan depan setuju atau tidak Ku Farid terpaksa bertunang dengan Tengku Sofya 25 tahun, anak bongsu kepada baginda Sultan. Selepas solat Jumaat hari itu Zamree juga terpaksa meninggalkan vila kerana dia perlu menziarahi papanya di Australia. “Kau bila kau balik KL?” “May be Isnin atau Selasa, kena tunggu Nisha dulu, kau pun tahukan pesan Ustaz Razman hari tu” sahut Qhairul sambil menjerling Nisha di sebelahnya. Zamree menangguk faham. “Kau berapa lama di Australia?” “Isnin minggu depan aku balik tapi aku akan terus ke Pahang ziarah kubur mama” “Ok sampaikan salam aku pada papa kau”Qhairul menepuk bahu sepupunya ketika menghantarnya ke kereta. “Abang Zam jaga diri tau, kita jumpa di KL nanti” “Ok sayang, take care, ingat pesan Ustaz Razman”ucapnya lalu mencium kening gadis itu. “Perut abang rasa lapar pulak, jom sayang kita makan” Qhairul terus meraih tangan Nisha lalu menuju ke ruangan dapur. “Sebelum balik KL nanti Nisha nak ziarah kubur, lepas tu Nisha nak ziarah beberapa buah rumah penting di kampung ni”. “Bila boleh tu, nanti abang temankan, Haji Suib pun jemput abang ke rumahnya tadi” sahut Qhairul kemudian melabuhkan punggung di sebelah gadis tersebut. “Esok kot” “Nisha tak nak makan ke” “Nisha dah makan waktu abang pergi solat jumaat tadi” Selesai makan, Qhairul mengajak Nisha naik ke tingkat tiga vila tersebut. Qhairul terus memasuki bilik kawalan cctv lalu mematikan rakaman cctv untuk ruang tamu di tingkat 2 dan tiga vila tersebut. Qhairul kemudian tersenyum nakal ketika melangkah keluar dari bilik tersebut. “Abang buat apa dalam tu?” “Hentikan rakaman cctv atas ni dan ruang tamu bawah tu, sebelum kita balik KL nanti jangan lupa ingatkan abang pasangkan semula”. “Kenapa”Nisha mengerutkan dahi, terlalu naïf dengan perkara itu.Tanpa menjawab soalan gadis itu, Qhairul terus menarik tangan Nisha menuju anjung santai tingkat tersebut. “Air pasang, cantik laut dari sini kan bang”Nisha melontar pandangan jauh ke lautan yang terbentang luas di hadapan.Qhairul memagari tubuh gadis itu dari belakang. “Ya, sayang dah fikir tentang perkahwinan kita” Nisha terdiam seketika mendengar kata-kata lelaki itu. “Abang tak boleh tunggu Nisha habis belajar lagi ke” Qhairul menggelengkan kepalanya. “Terus terang abang akui, abang dah tak boleh tunggu lama-lama, tunggu lama-lama makin banyak dosa yang kita akan buat nanti, abang takut kita terlanjur” Nisha mengangguk faham dengan maksud Qhairul. “Kita buat bulan 12 ni, end of the year?” Nisha memalingkan tubuhnya menghadap lelaki tersebut. “Really, promise, yes! tiga bulan dari sekarang” Qhairul begitu gembira mendengar keputusan gadis itu. Kegembiraan jelas terbayang di wajahnya. “Kita bincang dulu dengan Abang Zam, berterus terang dengan dia. Nisha tak nak membelakanginya. Nisha nak dia jadi orang penting di hari kita diijabkabulkan nanti” “Ya, kita adakan majlis akad nikah di vila ni” Nisha mengangguk menyetujui cadangan Qhairul. “Nisa nak majlis tertutup dan dihadiri oleh kita-kita je dan orang kampung, tapi ingat janji abang tau” Nisha kemudian berbisik sesuatu ke telinga lelaki tersebut. Qhairul tersenyum. “Yes sayang, abang promise yang penting setiap hari dan malam kita bersama, bolehkan?” Nisha mengangguk kepalanya. Qhairul menarik rapat tubuh gadis itu dalam pelukannya lalu membisikan sesuatu ke telinganya. Nisha melentok kepalanya manja ke dada Qhairul. Berada dalam pelukan lelaki itu adalah ketika yang begitu selamat baginya.. Sebelum meninggalkan vila hari itu, Nisha sempat melawat bunga teratainya yang sedang hidup subur di dalam kolam, dua kuntum bunganya mula muncul, sehari dua lagi ia akan mekar dan berkembang di dalam kolam itu. “Ok sayang, abang depan sayang follow dari belakang ya” seperti hari datang dulu begitu juga ketika balik, dua buah kereta itu beriringan meninggalkan banglo hingga sampai ke KL. “Abang ke mana selepas ni?”sebaik sahaja lelaki itu meninggal banglo Datuk Wazir. “Abang balik banglo mama dulu lepas tu abang tidur kejap, malam ni kita keluar ok, abang jemput pukul 8” jarinya mencalit pipi gadis itu sebelum berlalu pergi. Bab 62 Puan Sri Datin Hajar yang baru balik dari perjumpaan dengan kawan-kawannya terkejut melihat kemunculan kereta Qhairul di parkir banglo petang itu. “Tahu juga budak ni jalan balik ke rumah, ingat dah tak nak balik lagi” rungut Puan Sri Datin Hajar. “Kak Som, bila Qhairul sampai?” “Tengah hari tadi Puan Sri” “Ada dia beritahu datang mana?” “Tak, dia terus masuk bilik dan tak mahu diganggu” “Kalau dia keluar nanti suruh dia jumpa saya” “Baik Puan Sri” Hampir sepanjang hari Puan Sri Datin Hajar menunggu Qhairul keluar dari bilik, akhirnya anaknya keluar juga dari bilik lalu menuju ke dapur. “Di mana kau selama ni Rul, kau sambut raya kat mana” “Rul balik Cameron dengan Zam beraya di sana” sahut Qhairul dengan wajah yang selamba. “Kenapa tak ajak mama sekali, mama pun lama tak jenguk banglo kita kat sana” “Rul fikir mama balik US, mama bila nak balik sana” “May be lusa kot, papa kau pun dah dua tiga kali dah cal mama suruh balik” “Rindulah tu” sempat Qhairul mengusik mamanya. Puan Sri Datin Hajar lama merenung anaknya, ada kelainan pada wajah anak muda itu, nampak makin ceria dan berseri-seri, bertambah kacak dan bergaya. “Rul nampak makin sihat dan berseri-seri sekarang” Qhairul cuma tersenyum mendengar pujian mamanya. “Biasalah mama, dah lepas puasanya ni, Rul banyak makan Kak Esah masak sedap-sedap waktu Rul kat sana tu” “Rul ada hubungi Yas ke selama ni?” “Maaf ma,Rul tak ada apa-apa urusan pun dengan dia buat apa Rul sibuk-sibuk nak hubungi dia pulak mama. Nombor pon dia pun Rul tak simpan” soalan mama telah mengubah emosi Qhairul petang itu. “Buat pengetahuan Rul, mama dah papa dah setuju untuk tetapkan perkahwinan kamu berdua bulan 12 ni, akad nikah kita buat di rumah papa Yas, lepas tu majlis resepsi dan persandingan kita buat di hotel atau mana-mana tempat yang Rul dan Yas nak” ujar Puan Sri Datin Hajar tanpa memikirkan perasaan anaknya ketika itu. “Mama fikir Rul ni anak patung kah mama, mama buat apa saja yang mama suka” “Keputusan mama muktamad, Rul suka atau tidak dengan pilihan mama, Rul mesti ikut” Tanpa sepatah perkataan Qhairul terus berlalu menuju ke biliknya, selang beberapa minit dia keluar semula terus menuju ke keretanya lalu meninggalkan banglo tersebut. Setelah bercakap sesuatu di telefon bimbitnya, Qhairul terus menuju ke kawasan kodominiun mewah nya di Bukit Bintang. Setelah melalui pos pengawal keselamatan di situ, Qhairul terus memarkirkan keretanya. Qhairul telah membeli sebuah kodominium mewah di tingkat 5 bangunan tersebut dari seorang rakan yang baru setahun menduduki tempat tersebut. Di situlah dia bercadang untuk membawa Nisha tinggal setelah mereka kahwin nanti. Qhairul berpuas hati dengan pengubahsuaian yang dibuat oleh agen yang dilantiknya. Semua perabut dan kelengkapan telah di tukar baru, kondominium itu siap di ubah suai seminggu yang lalu. Tak sabar rasa hatinya untuk tinggal berduaan dengan Nisha di kondo tersebut. Semasa melangkah masuk ke dalam kereta Nisha merenung wajah Qhairul. Nisha nampak sedikit kesayuan pada wajah lelaki itu. “Abang kenapa ni, tak sihat ke?” “I am ok sayang, abang stress dengan mama je, don’t worry ya” Nisha tersenyum mendengar jawapan Qhairul. “Kita pergi Lovely Club je malam ni”. “Tapi kalau kat sana mungkin Nisha tak jumpa orang yang Nisha cari” “Maksud sayang?” “Yasmine Hana” “Sayang dah fikir masak-masak ke?” “Ya, tapi perlukan sokongan abang” “Percayalah sayang nyawa abang, kalau kita rebah biarlah abang yang luka dan tercalar, bila kita hanyut biar abang yang lemas, kalau kita terbakar biar abang yang hangus dan jika perlukan pengorbanan biarlah abang yang terseksa dan mati, abang tak rela sayang disakiti oleh sesiapa” ujar Qhairul lalu mencium pipi kekasih hatinya. Dia ingin selalu menyentuh pipi itu dengan bibirnya. “Abang tak suka tengok muka perempuan tu kecualilah kita terserempak secara tidak sengaja. Sepasang mata asyik memerhati pasangan tersebut sebaik sahaja memasuki pintu utama Lovely Club. “Opps..maaf ya” belum sempat Nisha menjawab kata-kata Qhairul seorang wanita melanggar bahunya. “Its ok” jawab Nisha terpana melihat wajah wanita yang melanggarnya. “Macam pernah nampak tapi tak pasti”Nisha seperti bercakap sendiri. “Ni Puteri MS kan?”tanya wanita itu lagi sambil merenung tepat ke wajah Nisha. Nisha cuma membalas dengan senyuman. Qhairul seperti mengenali wanita itu. “Saya Karina” ujarnya memperkenalkan diri. “Wait, you Karina, x fiancée Zamreekan” tegur Qhairul sebelum sempat Nisha memperkenalkan dirinya.Gadis itu tersenyum lalu menganggukan kepalanya. “Patutlah, aku pernah tengok gambar perempuan ni hari tu” bisik Nisha dalam hati “Lama tak nampak you, sejak you putus dengan Zam. Jom kita ambil tempat duduk dulu lepas itu kita berkenalan dan sambung cerita” perlawa Qhairul. Mereka memilih tempat duduk di satu sudut yang agak terasing dan terlindung, di sebuah sofa yang bertentangan. Qhairul kemudian melabuhkan punggungnya di sebelah Nisha. Karina duduk bertentangan dengan pasangan tersebut. “Jadi you ni betullah Puteri MS?”tanya Karina memulakan perbualan mereka. Teruja hatinya dapat bertentang wajah dengan Puteri MS malam itu. Nisha hanya mengangguk kepala. “Lama kau tak nampak, mana kau pergi selama ni, kau dah kahwin dengan lelaki tu ke?” tanya Qhairul dengan soalan yang bersambung-sambung. Hatinya turut terasa perbuatan Karina pada Zamree duhulu. Dia menjadi tempat Zamree meluahkan kekecewaan dan kekesalannya. Tampias dari perbuatan Karina pada Zamree menambahkan rasa kurang percaya dan yakinnya akan kewujudan cinta sejati. “New Zealand, tak, I tak kahwin dengan lelaki tu sebab dia cussion I” “Kenapa dari dulu kau tak jelaskan tu cussion kau, you diam saja lepas tragedi tu lalu menghilangkan diri begitu saja” ujar Qhairul lalu tersenyum sinis memandang Karina. Hatinya turut sakit bila Karina melukakan hati Zamree. “Sebab I nak dia benci I dan tak merasa kehilangan I” balas Karina, mata mula berkaca-kaca. “Why Karina, kau tahu bagaimana keadaan Zam selepas itu. Aku tak boleh nak bayangkan keadaannya selepas kau malukannya. Dia sakit semula, aku dah rasa seperti akan kehilangan dia. Lebih dua tahun aku tidak pernah melihat senyumannya. Zamree benar-benar malu dan kecewa dengan tindakan kau” Bahasa Qhairul sering berubah sekejap you dan sekejap kau. Sakit hatinya pada Karina turut mempergaruhi emosinya waktu itu. “Tapi sekarang dia gembirakan?” “May be aku tak pasti, tapi Zamree sekarang bukan Zamree yang dulu. Dia jauh berubah mungkin dia dah temui apa yang dia cari macam aku” jawab Qhairul lalu memandang wajah Nisha di sebelahnya. “Aku pun ingin lihat Zamree gembira seperti dulu, aku masih cintakan dia, aku tak boleh lupakan Zam, aku tinggalkan dia kerana aku sakit Rul, aku mengidap breast cancer aku tak nak hampakan Zamree, dua tahun di New Zealand aku menjalani rawatan dan sekarang aku beransur pulih tapi I tak sempurna lagi seperti wanita lain. I juga mungkin tak boleh mengandung selagi I tak betul-betul sembuh. Apa yang ada pada seorang wanita itu jika dia gagal melahirkan zuriat untuk suaminya” Air mata Karina mula merembes di pipinya. Berkali-kali wanita itu cuba menyekanya. “Kenapa kau tak berbincang dengan Zamree, kau orang berdua boleh ambil angkat” balas Qhairul yang mula dapat menyelami masalah wanita itu. “Lelaki biasanya mahukan zuriat sendiri dan kadang-kadang itulah alasannya untuk mereka tinggalkan isterinya, aku kembali untuk memohon kemaafan, aku akan terus diburu rasa bersalah sampai bila-bila jika terus menyimpan rahsia ini. Aku percaya cinta Zam memang tiada lagi untuk aku malah mungkin kebenciannya pada aku sekarang lebih tinggi dari rasa cintanya pada aku dulu kerana sepanjang kami berkawan aku tak pernah dengar ungkapan kalimah cinta darinya, yang pernah aku dengar cuma perkataan sayang yang membawa kami ke gerbang pertunangan, sayang dan cinta itu jauh bezanya” Karina terus menyeka cecair yang mengalir di pipinya. Nisha melontarkan pandangan jauh ke satu sudut, masih terngiang di telinganya ketika Zamree menyatakan perasaan cinta padanya. “Sayang ok ke?” Qhairul menyedari keadaan Nisha yang seperti tidak berada di situ ketika itu. “Nisha ok bang” jawab gadis itu lalu tersenyum. Qhairul berpaling semula kepada Karina. Timbul juga rasa simpatinya mendengar cerita Karina, bukan dia ingin Karina kembali pada Zamree tapi sebagai seorang Islam kemaafan itu wajib agar perasaan dendam boleh dihakis dan kebenaran terbongkar. “Aku akan cuba bantu you untuk dapatkan kemaafan Zam walaupun aku tak janji” “Terima kasih, kerana you sudi bantu I, tapi cuma I nak tanya sesuatu” “Tanyalah sekiranya kami berdua boleh membantu” jawab Qhairul memandang tepat ke wajah bujur sireh Karina. “Siapa sebenarnya kekasih Puteri MS”. Qhairul dan Nisha tersenyum mendengar soalan Karina. “Aku harap kaulah orang pertama yang tahu perkara ini, tapi jawapannya aku serahkan pada empunya diri dulu” Qhairul dan Karina memandang Nisha dengan menanti dengan penuh harapan, apa jawapan yang bakal diluahkan dari mulut gadis itu. “Saya mencintai Datuk Qhairul Azamin, dia kekasih saya dan kami akan berkahwin tiga bulan dari sekarang” Qhairul terus menggenggam tangan gadis itu lalu dikucupnya di hadapan Karina tanpa segan silu. “Ya Karina, saya juga mencintai Puteri MS, atau nama sebenarnya Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan, dia kekasih saya yang tercinta dan kami bakal berkahwin tak lama lagi, dia gadis yang saya sayang dan cintai untuk selama-lamanya hingga ke akhir hayat saya” ucap Qhairul dengan penuh keyakinan. Karina tersenyum memandang pasangan tersebut. Ini mencerah peluangnya untuk kembali semula ke pangkuan lelaki yang amat dicintainya. “Ini nombor fon I ,boleh I minta salah satu dari nombor telefon you berdua”, “Ok, saya buat missed call” sahut Nisha lalu menekan nombor yang diberi oleh Karina. “Saya minta diri dulu, terima kasih puteri kerana sudi berkenalan dan berbual dengan saya, puteri memang neutral beauty, ok bye!”Karina berlalu dengan perasaan yang betul-betul tenang. Qhairul kembali semula ke dunia mereka berdua. Dia memeluk tubuh Nisha lalu menariknya rapat ke tubuhnya, tak mahu renggang walaupun sekejap. “Sayang, abang dah dapat tarikh yang sesuai untuk married kita” “When?” “Friday, 21 haribulan, kebetulan hari Jumaat kita buat lepas solat Jumaat” ujar Qhairul sambil tersenyum. “2112 macam nombor kereta abang je” “Yes, jadi sekarang sayang dah tahukan maksud nombor tu” Nisha menggelengkan kepala sambil menghisap minuman coca cola di depannya. “Birthday abang 21 haribulan 12 sebab tu abang terfikir tarikh tu kebetulan tahun ni jatuh pada hari Jumaat, hari sabtu kita buat kenduri dan majlis persandingan di vila kita” jelas Qhiairul sambil membelai jari-jemari kekasihnya. “Sorrylah ya, sebab Nisha lupa nak tanya tarikh lahir abang, hari tu Nisha teringat nak tanya tapi lupa lagi, jadi pada hari tu abang genap 29 lah ya” “Ya, seminggu lepas tu 31 Desember kita buat majlis wedding dan resepsi di KL untuk kawan-kawan kita di sini, wedding the end of the year, sambil sambut tahun baru” jelas Qhairul terperinci. “Nisha ikut je sebab dalam bab kahwin kita ni, Nisha serah seratus peratus serah pada abang, nanti Nisha bincang dengan bonda, minggu depan Nisha kena ikut bonda ke London ada fesyen show untuk batik dan pakaian tradisional melayu”. “Berapa lama tu?” “5 hari je” “Surekan tarikh dengan bonda, nanti abang book tiket ke sana untuk hari ke-3, kita pergi tempah wedding dress di sana, kita sama-sama balik sini hari keenam or kalau sayang nak terus ke Paris kita terus terbang dari sana, masih cuti lagikan?” “Betul ke bang, bestnya, nanti Nisha bincang dengan bonda” “Sayang, I hope you be the happiest bride on that day later” sambil tangannya membelai-belai rambut panjang dan lebat milik gadis itu. “I hope we will be pretty girls like her mother” “Hah..tengok tu, tak ingat janji ke, belum kahwin dah fikir pasal anak” mata bundar dan besar milik gadis itu merenungnya tanpa berkelip dengan bulu mata yang panjang dan lentik persis mata baby doll yang dijual di pasaraya. Qhairul tergelak, lantas hidung kecil dan mancung gadis itu dipicitnya. “Comel sangat bila sayang renung abang macam tu” Nisha terus mengetap bibirnya mendengar usikan Qhairul. “Ehh..bila pulak ada tahu lalat bawah bibir ni” Qhairul terus menyetuh tahi lalat yang baru nampak jelas di bawah sebelah kanan bibir gadis itu. “Entahlah, Nisha pun baru perasan minggu lepas tapi Nisha tak suka tengok” “Abang suka, nampak makin manis bila ada tahi lalat ni, tambah cantik” ujar Qhairul sambil tersenyum nakal. Hampir pukul 12 malam pasangan tersebut meninggalkan kelab tersebut. Selepas menikmati makanan di restoran makanan segera yang beroperasi 24 jam, Qhairul kemudian menghantar Nisha balik ke rumah. Namun sampai di perkarangan banglo Qhairul tidak terus membuka pintu kereta. “Door please!” “Not yet! belum good night kiss lagi” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Qhairul. “Ok sayang, selamat malam, sweet dream” bisik Nisha di telinga lelaki itu, Qhairul tersenyum lalu menarik tengkuk Nisha dengan tangannya. Nisha memejamkan matanya di saat bibir mereka bersatu. “Thanks sayang, selamat malam, take care” kereta Qhairul beransur-ansur bergerak meninggalkan perkarangan banglo Datuk Wazir. Bab 63 Walaupun suasana raya masih terasa, Syarikat PJ Holding sudah dua hari beroperasi seperti biasa. Seperti yang dijanjikan, sehari sebelum rumah terbuka, Nisha akan bermalam di istana mini milik bonda angkatnya pada hari itu. Puan Engku Faridah begitu gembira menyambut kedatangan puteri angkatnya. Layanan melebihi kasih seorang ibu angkat menyebabkan Nisha rasa begitu terharu. “Tengah hari nanti sayang ikut bonda ya” sambil menyentuh bahu puteri angkatnya itu, Puan Engku Faridah tersenyum. “Kita nak pergi mana bonda?” “Surprise tapi sayang mesti pakai baju bonda sudah sediakan, nanti kita singgah dibutik dan jangan pakai sebarang make-up” Nisha cuma mengangguk tidak bertanya lagi. Berdua dengan bonda angkatnya di sepanjang perjalanan Nisha sempat bercakap tentang hubungannya dengan Qhairul setelah wanita itu menyoalnya tentang hal tersebut. Semalam Qhairul sudah berjumpa dengan Puan Engku Faridah dan berbincangkan perkara tersebut dan meminta pendapatnya. Selepas singgah di butik untuk menyarungkan sepasang baju silat dan tengkolok yang diperbuat dari kain songket. Puan Engku Faridah membawanya ke suatu tempat seperti sebuah dewan yang sederhana besarnya. Dalam dewan tersebut Nisha agak terkejut bila melihat hampir 10 orang lelaki dan perempuan pelbagai warna kulit duduk bersusun di hadapan dewan mengikut barisan meja yang telah disediakan. “Untuk pernilaian terakhir PMS, ahli lembaga pengarah PMC mahu Nisha di nilai oleh panel hakim yang mengadili pertandingan ratu cantik dunia. Sayang akan di nilai dari segi kecantikan fizikal dan kebijaksanaan mental, bonda harap sayang tak kecewakan bonda” sesuatu yang amat mengejutkan Nisha, dia tidak menyangka dirinya akan melalui peringkat pernilaian yang paling payah untuk anugerah itu. Nisha berdebar-debar bila Puan Engku Faridah menyuruhnya berdiri di hadapan semua juri tersebut. Semua mereka tersenyum memandang ke arahnya sambil bercakap-cakap sesama mereka dalam bahasa Inggeris yang tidak bergitu kedengaran di telinga Nisha. Puan Engku Faridah menyerahkah rekod pemeriksaan doktor untuk membuktikan Nisha tidak pernah melakukan apa-apa pembedahan kecantikan ke atas seluruh anggota tubuhnya dan laporan kesihatan seluruh tubuh badan Nisha yang menunjukkan gadis itu sihat dan tidak mempunyai atau mengidap sebarang penyakit kronik . Nisha di minta memperkenalkan diri, nama penuh, umur, pendidikan dan kebolehan seninya. Setiap juri menyoalnya satu soalan, ada soalan ilmiah dan ada soalan umum dan isu semasa dan berkat salawat yang tidak henti-henti dibacanya dalam hati dia menjawab semua soalan tersebut dengan tenang. Semua barisan panel hakim nampak berpuas hati dan tersenyum padanya. “Ok Princess Nisha, I rekomen you masuk Miss World untuk tahun depan” salah seorang juri lelaki dari negara Ireland bertutur dalam bahasa Inggeris kepada Nisha. Nisha menggelengkan kepala kemudian tersenyum. Lelaki itu mengerutkan dahinya hairan dengan respond Nisha. “Saya tidak tahu tahu di mana letaknya kecantikan saya tapi apa yang saya miliki bukan untuk dipertandingkan dan dipertontonkan” jawapan Nisha membuat semua juri tersenyum dan mengangguk. “Wajah you bagai bidadari dan you sempurna fizikal dan mental untuk menyandang gelaran tu” Ketua juri seorang wanita berkulit putih mungkin berusia dalam lingkungan lewat 40an menyambung menyokong cadangan lelaki Ireland tadi. Nisha tergelak menyebabkan semua mata terpukau memandangnya. “Terimakasih, walaupun sekarang saya langsung tak berminat tapi saya akan cuba fikirkan dulu keburukannya” jawapan Nisha membuat semua juri tergelak. “Apa keburukannya?”Tanya seorang juri yang berkulit hitam. “Saya akan berkahwin tidak lama lagi dan keizinan suami itu perlu dan saya seorang muslim dan ia ditegah oleh agama saya” balas Nisha menjawab soalan itu. “You akan berkahwin, tidakkah terlalu muda?” Tanya salah seorang juri lagi. “Saya seorang muslim, pergaulan lelaki dan perempuan banyak batasannya, saya tak mahu buat dosa. Bakal suami saya seorang lelaki yang sempurna di mata saya, boleh menjaga, menyara dan melindungi saya. Dia juga menyayangi, memahami dan jujur pada saya dan kami saling mencintai” jawapan Nisha membuatkan semua juri tersenyum lagi lalu menganggukkan kepala. Salah seorang juri bercakap sesuatu dengan Puan Engku Faridah mungkin bertanyakan tentang bakal suami Nisha, dan kemudian kelihatan mengangguk kepala lalu berbisik sendiri sesama mereka. “Kami harap Puteri Nisha masih memikirkan peluang tawaran tadi kerana kami nampak kekuatan puteri di situ” Nisha cuma tersenyum mendengar nasihat ketua juri itu. Mengakhiri sesi hari itu, semua juri meminta Nisha menunjukkan salah satu seni yang dikuasainya dengan baik. Akhirnya Puan Engku Faridah memberitahunya tujuan mengapa dia mahu Nisha menggunakan pakaian tersebut. Diringi irama muzik silat yang disediakan oleh salah seorang pekerja Puan Engku Faridah, Nisha mempersembahkan bunga silat gayung Fatani yang pernah memberinya peluang menjuarai bahagian individu wanita pada kejuaraan seni silat antara negeri yang berlangsung di Kedah bulan yang lalu. Semua juri terpegun dengan pesembahannya dan kedengaran tepukan yang begitu gemuruh di akhir persembahannya. Puan Engku Faridah begitu berbangga dan terharu melihat borang keputusan penilaian yang terlah diserahkan oleh Mrs. Catrine ketua panel juri kepadanya. “Sebab itu kenapa kami cadangan dia masuk pertandingan itu tahun depan, peluangnya cerah untuk mengharumkan nama Malaysia dan dirinya” beritahu Mrs. Catrine ketika bersalaman dengan Puan Engku Faridah. “Malaysia sebuah negara Islam, kami yang beragama Islam dilarang untuk menyertai sebarang pertandingan ratu cantik., PMS ini bukan pertandingan mencari ratu cantik tapi untuk mencari seorang puteri melayu yang betul-betul sempurna” balas Puan Engku Faridah untuk memberi penjelasan yang mendalam kepada ketua juri tersebut. ‘Walau bagaimana pun kami sebulat suara memutuskan puteri Nisha adalah gadis tercantik dan tercerdik di abad ini” pengumuman yang memang sudah tercatat pada borang keputusan tersebut membuatkan Puan Engku Faridah memeluk erat tubuh Nisha sambil mencium pipi anak angkatnya itu berkali-kali. Kejayaannya menjawab dengan tepat 5 soalan ilmiah dan 5 soalan yang umum dan isu semasa yang mana sebelum ini tiada pernah seorang pun peserta ratu cantik dunia berjaya menjawab dengan betul kesemua soalan tersebut. Sepanjang sesi penilaian tadi telah dirakam oleh salah seorang jurukemera yang telah diupah oleh Puan Engku Faridah dan bakal ditayangkan pada malam anugerah nanti. Tengku Farid, Datuk Qhairul dan Datuk Zamree begitu gembira mendengar berita yang baru disampaikan oleh Puan Engku Faridah. “Aku dah cakap pada kau dulu, dan sekarang semua sudah terbukti dan kita kena jaga dia elok-elok” beritahu Zamree sambil memandang wajah Qhairul. “Memang aku akan jaga dia Zam, malah aku akan ikat dia supaya tidak terlepas ke tangan lelaki lain” jawab Qhairul dalam hatinya. “Bonda, anakanda pinjam dinda puteri malam ni boleh tak?” “Anakanda nak bawa dinda puteri ke mana?”Puan Engku Faridah yang kelihatan tidak boleh berenggang dengan puteri angkatnya sejak dari mula kedatangan Nisha ke kediaman tersenyum melihat gelagat manja Tengku Farid. “Pergi Regalis Club, bolehlah bonda” “Boleh, tapi jaga dinda elok-elok jangan balik lewat, balik sebelum pukul 12 ” “Thanks bonda, anakanda promise”,sambil mengangkat kedua belah tangan. Puan Engku Faridah dan Nisha tergelak lucu melihat telatah manja Tengku Farid. Seperti biasa ditemani dua pengawal peribadinya yang menaiki sebuah kereta pacuan 4 roda, Ferari sport milik Tengku Farid terus berhenti di hadapan lobi Regalis Club. Semua pengunjung setia kelab mewah itu yang keluar dan masuk melalui pintu lobi kelab tersebut memang sudah sedia maklum pemilik kereta Ferari sport warna kelabu gelap tersebut. Sebaik sahaja keluar dari keretanya dia berlari anak menuju ke pintu sebelah untuk membuka pintu kereta untuk seseorang. Dengan senyuman yang tidak lekang di bibirnya Nisha menyambut tangan Tengku Farid lalu melangkah bergandingan masuk ke kelab mewah tersebut. Sekelip mata kemunculan pasangan tersebut terus menjadi pehatian pengunjung-pengunjung setia kelab tersebut. “Yas! Puteri MS baru sampai kat luar tu tapi malam ni dia datang dengan Tengku Farid” “Jadi Puteri MS tu bukan kekasih Qhairul rupanya, memang kasanova betul Qhairul ni” bisik Yasmine Hana dalam hatinya. “Hai Ku Farid, bawa buah hati malam ni” tegur Tengku Halil saudara sepupu sebelah bondanya.Tengku Halil memandang tepat ke wajah Nisha. “Dia ni Puteri MSkan, puteri angkat bonda you” “Yes, that’s right” jawab Tengku Farid selamba. “Bertuah you dapat adik secantik ni, tak nak perkenalkan dengan I ke Ku Farid”tambah Tengku Halil lagi. “I rasa tak perlu, you kan faham, kalau adik angkat bererti I dan dinda I ni boleh bercinta dan boleh berkahwin” jawab Tengku Farid lalu memeluk bahu Nisha dan menariknya duduk di satu sudut sengaja menjauhkan diri dari Tengku Halil. Seorang pelayan kelab datang mendekati mereka untuk mengambil pesanan. “Fresh oren two”beritahu Tengku Farid tanpa merujuk pada Nisha. “Selalu datang sini” tanya Tengku Farid sambil tersenyum memandang wajah gadis di sebelahnya. “Tak, ni kali ke-3, first time bersama abang Zam dan abang Qhairul yang first time jumpa kanda tu” Tengku Farid tergelak mengingatkan peristiwa itu. “Kali kedua, sebelum puasa dulu bersama Abang Qhairul and this third times” jawab Nisha lalu tersenyum pada pelayan yang menghantar minuman ke meja mereka. “Kalau dengan kanda, rasanya ini mungkin yang pertama dan terakhir” Nisha berpaling lalu merenung mata redup milik lelaki itu. “Kenapa kanda, Nisha ada buat salah ke atau kanda malu bawa Nisha keluar sebab Nisha ni puteri palsu, dan puteri angkat je?” “No, do not talk like that, dinda lebih cantik dan lebih hebat dari semua puteri raja yang ada di Malaysia ni kerana kanda dah tengok semua mereka. Dinda puteri sebenar di hati kanda dan bonda, kalau betul salasilah yang ayah dinda ceritakan pada Haji Suib, dinda adalah keturunan maharaja jadi jangan rendahkan diri. Cinta kanda dan kasih sayang bonda akan mengangkat semula martabat dinda walaupun tidak di mata orang lain yang tidak mengetahui kebenarannya. Ciri-ciri seorang puteri memang dinda miliki, sebab itu ada pepatah yang mengatakan walaupun cuma sebutir permata jika ia jatuh di pasir, sinarnya akan muncul juga di sebalik pasir-pasir itu dan orang akan mengutipnya untuk dijadikan perhiasan yang berharga” Nisha begitu terpesona mendengar kata-kata yang diluahkan oleh Tengku Farid. “Dalam kisah moden ini dinda adalah permata itu, dan permata itu mula kanda temui sewaktu ia terlebih dahulu sudah jumpai oleh dua harimau yang terlalu setia mengawasinya, tapi berkat kesungguhan kanda akhir kanda boleh menjinakkan dua harimau itu dan menjadikannya pengawal tetap pada permata itu” sungguh dalam dan bermakna ungkapan yang diluahkan oleh lelaki itu membuatkan Nisha terkesima. Tangan lelaki itu diraihnya sebelum meluahkan sesuatu dari hatinya. “Kanda, thanks kerana kanda tak membunuh kedua-dua harimau itu semasa ingin mendapatkannya, walaupun kedua-dua harimau itu ganas dan garang tapi ia sangat berjasa padanya, permata tu sangat sayang padanya kerana ia telah menjaga permata itu dengan baik dan melindungi setiap masa” Mata mereka bertaut buat seketika kemudian sama-sama berbalas senyuman. “Dinda, sebulan dari sekarang kanda akan dimahkotakan dan akan memegang tanggungjawab yang sangat besar dan berat, kita mungkin tak boleh bertemu selalu dengan dinda atau mungkin langsung tak boleh bertemu. Hidup kanda akan terikat dengan jadual waktu yang ketat di samping mengurus perniagaan kanda sebab itu selagi ada sisa-sisa waktu yang ada sekarang kanda ingin penuhi dengan kehidupan normal seorang manusia biasa, bebas ke mana-mana dan boleh melakukan apa saja yang disuka .Walaupun untuk seketika namun kanda ingin menikmatinya. Dinda, sebelum segalanya bermula, sebelum kanda pergi jauh dari kebebasan hidup, kanda mahu memberitahu dinda satu perkara. Walaupun semua berkaitan dengan kehidupan kanda akan berubah selepas ini tapi satu benda sahaja yang tetap tak akan berubah. Cinta kanda, kanda hanya mencintai seorang wanita sahaja dalam hidup kanda, walaupun kanda tak boleh memilikinya, kanda akan membawa cinta kanda sampai ke akhir hayat kerana wanita itu terlalu istimewa dan mencintai terlalu indah bagi kanda. Wanita itu telah memberi segala yang kanda tiada selama ini dan dia yang membawa keluar cinta kanda yang terlalu agung dari dasar hati yang terlalu dalam yang tiada wanita lain yang layak memilikinya. Dinda selepas ini kanda akan berkahwin mengikuti apa yang telah dimahu oleh memanda sultan, kanda akan berkahwin selepas ini mengikut syarat yang ditentukan, kami tidak mencintai satu sama lain. Perkahwinan kami cuma untuk tahta kerajaan bukan yang tahta di hati ini. Ketika kanda tersenyum di hari itu nanti, sebenarnya kanda menangis, menangis sepanjang hayat kanda, dinda tahu kenapa? kerana perlu berlakon sepanjang hayat untuk mengaburi semua mata di atas pentas dunia realiti” Nisha terkedu mendengarnya. Matanya mula berkaca-kaca “Seandainya aku punya kuasa sakti akan aku wujudkan dunia yang satu lagi agar aku boleh menemani dan membalas cintanya serta membahagiakannya tapi apakan daya kita bertemu di pentas dunia yang tak mampu kita ubah, perjalanan hidup kita telah diaturNya sejak azali lagi” rintih Nisha dalam hatinya. “Tak bolehkah kanda cuba menyintainya dan menerima permaisuri kanda seadanya, maksud Nisha, cuba saling memahami dan menyintai satu sama lain” Nisha terus menggenggam erat tangan Tengku Farid. “Tak, kanda sudahpun menemuinya dan berbincang banyak kali dengannya. Dia mencintai lelaki lain dan sudah nekad membuat keputusan akan tetap meneruskan perhubungan walaupun sudah menjadi isteri kanda, dia bersetuju pun kerana ayahandanya. Mereka akan kerap berjumpa di luar negara kerana lelaki tersebut bukan rakyat Malaysia” mata lelaki itu mula berkaca, namum jarinya pantas menyeka sebelum ia jatuh ke pipi. Nisha begitu terharu mendengar kata-kata Tengku Farid, tentu begitu payah untuk melakukan pengorbanan seperti Tengku Farid. Memusnahkan dirinya untuk kepentingan orang lain. Walaupun cinta bukan pada lelaki itu tapi dia tahu lelaki itu mencintai sepenuh hati dan dia boleh merasa kepedihan dan kesengsaraan yang dialami lelaki itu. “Kanda bersyukur kerana dinda tidak menerima cinta kanda, kalau tidak kita akan sama-sama merasai kesakitan dan kepedihan kerana terpaksa menangung kelukakan seperti kanda sekarang” ujarnya lagi dengan nada yang begitu lirih. “Kanda, walaupun cinta Nisha bukan untuk kanda namum dinda sangat sayangkan kanda sebagai seorang saudara dan sahabat, justeru itu dinda boleh memahami kesakitan yang kanda tanggung sekarang. Percayalah Nisha akan menjadi teman setia dan mesra sepanjang hayat. Curahlah segala isi hati kanda kalau itu cara terbaik untuk meredakan kesakitannya. Nisha akan terus izinkan kanda mencintai dinda selagi kanda mampu kerana cinta itu datang dari tuhan, tidak bersalahkan kalau itu sahaja caranya untuk kanda rasa bahagia”Tengku Farid cuba untuk mengukirkan senyumannya walaupun teramat payah. “Pertengahan bulan depan tugas pertama sebagai Putera Mahkota, kanda dijemput untuk menghadiri satu majlis anugerah artis dan karyawan tanah air justeru itu juga kanda akan menunaikan satu tugas khas untuk bonda. Syarikat PMC bergabung dengan Refflesia sebagai penaja utama untuk artis-artis malam tersebut. Dinda juga perlu hadir di majlis itu nanti. Dinda akan jadi pasangan kanda, itu permintaan bonda sebab acara kemuncak dan penutup pada malam tu nanti ialah anugerah PMS secara rasmi dengan sebentuk Tiara tajaan Refflesia yang telah disponsor oleh seseorang. Kanda pun rasa inilah hadiah dan permintaan terakhir dari kanda sebelum kita bawa haluan masing-masing selepas itu” Tengku Farid menatap wajah gadis itu dengan penuh harapan. “Ya, Bukankah kanda jemputan terhormat malam tu, malulah Nisha” “Ya, memang kanda yang akan menjadi jemputan terhormat sebab kanda juga akan menyampaikan Tiara tersebut pada PMS, tanpa kemunculan kanda mungkin majlis tidak akan berlangsung, Dinda pun jemputan terhormat sebab dindakan PMS” ucap Tengku Farid kemudian mencubit dagu Nisha. “Nak pakai macam mana malam tu?”perkara itu terus membuat Nisha kebinggungan “Sayang jangan bimbang, nanti bonda uruskan semuanya, dinda sediakan tubuh je” usik Tengku Farid kemudian menyedut fresh oren di depannya. Mengingat pesan bondanya, Tengku Farid dan Nisha beredar awal dari tempat tersebut, sebelum balik pasangan tersebut singgah di restoran Tasik Putra Jaya. Tempat temujanji pertama mereka, bila terkenangkan kata-kata Qhairul tentang tempat pertemuan pertama dia dan Tengku Farid di situ, Nisha tergelak sendiri. “Kenapa dinda ketawa, ada yang lucu ke?” “Tak, Nisha cuma ingat bagaimana date pertama kita kat sini, kanda sanggup book tempat ni semata-mata untuk perjumpaan tu, dah tu hias pulak macam nak wedding” sahut Nisha sambil di bibirnya masih lagi terukir senyuman. “By the way, to make you happy to see me, and are you happy that night” tanya Tengku Farid lalu tersenyum memandang gadis yang duduk di depannya. “Many think afraid, touched ,sad, nervous, funny it is” jawab Nisha dan akhirnya kedua-dua mereka tergelak. “Sesiapa jadi suami dinda mesti selalu happykan sebab dapat isteri yang ada segalanya, beautiful, intelligent, loving, caring, funny, naughty” ujar lelaki itu sambil matanya tak berkelip memandang wajah gadis itu. “Jangan puji lebih-lebih, Nisha ni ada banyak sifat buruk Nisha kanda tak tahu, Nisha ni sebenarnya garang, cepat merajuk, tak pandai masak, tak pandai bersolek, suka memaksa, keras kepala”sahut Nisha kemudian tergelak. “Ya ke?”tanya Tengku Farid kemudian mengerutkan dahinya. “Kanda tak caya ke”tanya Nisha pula. “Tak, kalau ada pun peratusnya kecil saje, tu biasalah kerana tiada manusia yang betul-betul perfect, tapi bila kita dah mencintainya kita kena terima semua kelebihan dan kekurangan yang ada padanya”. “Ya..sebab itu Nisha sayangkan kanda, Abang Zam dan Abang Qhairul kerana terima Nisha seadanya” balasnya sambil tersenyum. Suasana kediaman Puan Engku Faridah mula dipenuhi oleh tetamu-tetamu yang hadir untuk menghadiri majlis rumah terbuka hari raya termasuk pekerja-pekerja butik dan SPA Puteri, saudara mara dan kaum karabat, kenalan-kenalan, model-model di bawah syarikat PMC serta teman-teman dan pekerja Putera Holding Company serta rakan kongsi perniagaan yang mengenali Tengku Farid dan bondanya. “Hai bonda, dengar cerita bonda ada puteri bongsu, puteri bongsu atau menantu” Tengku Farisha menyapa bondanya. “Kalau jadi menantu pun apa salahnya, lagi bonda berkenan” jawab Puan Engku Faridah bila anak sulungnya menegur lalu menghulur tangan padanya. “Spesial sangatke puteri bongsu bonda tu sampai bonda calonkan dia sebagai Puteri Melayu Sejati ” Tengku Farisha belum puas hati menyakiti hati bondanya. “Bonda cuma mencalonkan bukan yang menilainya, dan kalau dia tak layak takkan dia terpilih, Tengku Amir mana, dah tiga tahun kahwin takkan belum nampak hasil kot, nampaknya tak merasalah bonda ni nak timang cucu” Tengku Farisha terdiam mendengar kata-kata bondanya yang nampaknya sengaja menukar topik perbualan mereka. Nisha yang baru selesai bersiap selepas didandan oleh seorang jurusolek professional turun menemui bondanya yang sedang sibuk melayan tetamu. Semua mata tertumpu melihat kemunculan gadis tersebut yang persis seorang bidadari yang baru turun dari kayangan. Puan Engku Faridah tersenyum bila menyedari kemunculana Nisha lalu menghampirinya. Puan Engku Faridah memang telah menyediakan sepasang pakaian khas untuk Nisha pada hari tersebut. “Mari bonda perkenalkan sayang dengan kaum karabat kita” ujar wanita itu lalu memimpin tangan Nisha menuju ke satu tempat. Di situ Nisha menyaksikan wajah-wajah kaum kerabat bondanya yang sememangnya sedang menunggu kedatangannya. “Bonda, memanda, kanda, anakanda, perkenalkan puteri bongsu dalam keluarga kita, Puteri Qhairunnisha Muntaz May Lin” Tanpa berkelip lebih sepuluh orang kaum karabat yang ada di situ terpegun melihat gadis itu, Nisha melempar senyuman sehabis manisnya kepada semua kaum kerabat bondanya sambil menyalami mereka satu persatu kaum karabat tersebut. “Kekanda ambil puteri ni dari di kayangan ke?” usik Tengku Jamaluddin, adik kepada Puan Engku Faridah. “Tapi bukan puteri bunian memanda” sahut Tengku Farid yang tiba muncul di belakang Nisha. Semua tergelak mendengar gurauan Tengku Farid. “Bonda, pinjam dinda sekejap” Tengku Farid kemudian memberitahu bonda tentang tujuan kemunculannya di situ. “Ala, kau ni Farid, nenda belum puas lagi berkenalan dengan cucu bongsu nenda ni” Nenda Puan Engku Fatimah terus menarik tangan Nisha supaya duduk di sampingnya. Mahu tak mahu Nisha terus bersimpuh di tepi kerusi wanita tua itu.Wajah Nisha ditatapnya tanpa berkelip, dibelainya pipi putih halus dan mulus milik gadis itu dengan penuh kasih. Cemburu mencengkam jiwa Tengku Farisha, rasa kedudukannya sudah tergugat. Nisha menghadiahkan senyumannya kepada wanita tua itu. “Cantik sangat!” “Berapa umur puteri?” “18 tahun nenda” “Masih belajar” “Ya” “Universiti Malaya, bidang undang-undang” sahut Puan Engku Faridah tersenyum memandang Nisha. “Ibu ayah masih ada” “Tak, dua-dua dah tak ada” Nenda Engku Fatimah mengusap mesra rambut Nisha. Kasih sayang meresap dalam jiwa wanita tua itu. “Dinda Puteri ni pandai nyanyi, kalau nenda nak dengar jom kita pergi duduk sana, kita minta puteri nyanyikan sebuah lagu raya untuk kita semua” Tengku Farid tidak putus asa hendak mengambil puteri dari situ. “Jom bonda” Puan Engku Faridah memimpin bondanya menuju ke satu kanopi yang menghidangkan juadah raya untuk kaum karabat, tidak jauh dari situ satu band khas yang dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Setelah berbincang dengan band tersebut Nisha akhirnya nendendang lagu ‘Air mata Syawal’ sebuah lagu Siti Norhaliza. Kemerduan suara dan kesayuan lirik lagu menyentuh jiwa yang mendengarnya.Tepuk tangan yang gemuruh kedengaran selesai lagu didendangkan. “Hai Farid, kanda nampak sayang dan ambil berat betul Farid dengan puteri bongsu bonda tu”Tengku Farisha menegur adiknya. “Kalau dah puteri bongsu kenalah kita sayang dan ambil berat, kanda jelouse ke?”Tengku Farid mengusik kakaknya. “Tak da maknanya kanda nak jelouse, anak angkat je”balas Tengku Farisha. “Walaupun anak angkat tapi bonda sayang lebih tau dengan puteri, nenda pun dah mula sayang puteri jugak”sahut Tengku Farid sambil tersenyum memandang Nisha yang bercakap sesuatu bondanya.Tengku Farisha turut menghampiri bondanya. “Lupa bonda perkenalkan, ini Tengku Farisha kanda Tengku Farid bererti kakak sulung puteri” Nisha terus menegur dan menghulurkan tangannya pada Tengku Farisa lalu menghadiah sebuah senyuman kepada wanita itu. “Hai kanda Farisha” acuh tak acuh Tengku Farisha menyambut tangan Nisha. Puan Engku Faridah sedia maklum dengan sikap Tengku Farisha lalu bersuara. “Tengku Farisha memang macam ni Nisha, lambat mesra tapi hatinya baik” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Puan Engku Faridah. Dari jauh Nisha melihat kemunculan Qhairul beriringan dengan Zamree, Wazir, Datin Roziah serta Hani. Puan Engku Faridah turut menyedari kedatangan rombongan tersebut. “Rombongan bakal anak menantu bonda dah sampai, puteri jemputlah dia orang masuk ke dalam dulu”beritahu Puan Engku Faridah pada Nisha. Tengku Farisha turut menoleh melihat rombongan anak menantu yang dimaksudkan oleh bondanya. Nisha menghampiri rombongan tersebut lalu menjemputnya ke dalam. Qhairul terus meraih tangan Nisha lalu berjalan bergandingan menuju ke dalam istana mini tersebut. “Datuk Qhairul ni ke bonda maksudkan bakal anak menantu, hebat, bukan calang-calang gadis dapat tackle billionaire yang kacak ni” bisik hati kecil Tengku Farisha. Tengku Farid dan bondanya sibuk melayan tetamu yang hadir, sempat juga Puan Engku Faridah berbual dengan Qhairul sewaktu rombongan tersebut yang sedang menikmati juadah. “Qhairul tak ikut sekali ke London ke hujung minggu ni?” “Saya bertolak hari Isnin, lewat sikit, tapi lepas tu saya nak bawa Nisha terus melancong ke Paris”sahut Qhairul lalu tersenyum memandang wanita itu. “Terimakasihlah sebab Qhairul sponsor tiket untuk kami semua, dah tu Qhairul bagi tiket first class pulak untuk bonda dan puteri” balas Puan Engku Faridah. “Small matter, Yang penting saya nak bonda dan puteri selesa sepanjang penerbangan ke London nanti”. “Oh ya, tentang hal tu puteri dan bonda sudah berbincang semalam, balik dari London nanti kita bincang tentang hal tu dengan lebih lanjut, bonda tumpang gembira dan bersyukur, bonda sendiri akan jadi wedding plannernya, wedding end of the year yang terhebat” bisik Puan Engku Faridah ke telinga Qhairul.Tergelak Qhairul dengan kata-kata wanita itu. Sehari selepas penerbangan Nisha ke London, Qhairul terus menghubungi Zamree untuk mengajaknya bertemu di sebuah restoran malam itu. Ada hal peribadi yang hendak dibincangnya dengan Zamree.Q hairul memilih satu sudut yang agak terasing dan terpisah dari pelanggan yang lain. “Duduk Zam , aku dah order makanan, harap kau sukalah apa yang dah aku order” “Kalau makan free aku tak kisah makan apa-apa je kau order” balas Zamree sambil bergurau. Selang beberapa ketika mereka berdua menikmati makanan yang dihidangkan di atas meja. Hampir separuh jalan menikmati hidangan Qhairul mula bersuara. “Zam, aku nak beritahu kau satu perkara” “Apa dia, kau nampak serius je malam ni” sahut Zamree sambil terus menikmati makanan di pinggannya. “Aku dah jatuh cinta” ucap Qhairul dengan wajah yang tenang. “Cuba kau ulang sekali lagi” Zamree seperti tidak percaya apa yang didengarnya. “Aku dah jatuh cinta dengan seorang perempuan dan sekarang aku nak kahwin dengan perempuan tu” ujar Qhairul serius sambil memandang wajah Zamree. Mereka berpandangan seketika kemudian Zamree tersenyum. “Aku bermimpi atau kau yang bermimpi sekarang ni” “We do not dream, we both realized now” balas Qhairul. “Dengan siapa Rul, tell me who?”tanya Zamree yang seperti beria-ia hendak tahu siapa wanita yang dimaksudkan oleh Qhairul. Dada Zamree sedikit berdebar dan seolah-olah dia terasa sesuatu. “Nisha, aku cintakan Nisha dan aku akan berkahwin dengan Nisha” Selera makan Zamree terus terbantut, Dia terus melepaskan sudu dan garfu di tangannya kemudian meraup kedua belah tangannya ke mukanya. “Betulkan apa yang aku dengar ni Rul?” tanyanya sambil matanya menatap wajah Qhairul tanpa berkelip. “Ya Zam, aku tak akan bohong pada kau, aku terlalu cintakan Nisha, aku tak ragu lagi dengan perasaan aku padanya, Nisha nyawa aku Zam, aku tak boleh hidup kalau Nisha tiada di samping aku, sebelum ni aku separuh gila untuk mentafsirkan perasaan aku pada Nisha sehingga aku betul-betul pasti bahawa aku memang betul-betul jatuh cinta padanya”.ujar Qhairul dengan wajah yang begitu serius. “Kita mencintai perempuan yang sama rul, kenapa boleh jadi macam ni”rintih Zamree dalam hatinya “Nisha terlalu muda rul, tidakkah kau rasa segala tindakan kau ni terlalu awal?” alasan yang terfikir olehnya. “Tapi Ku Farid tak pernah fikir dan ambil kisah semua tu, dan kau tahu sendiri cinta tu gila dan ia sejenis penyakit. Ia tak pilih siapa kalau dah sampai serunya” Zamree menggelengkan mendengar kata-kata Qhairul. Selepas habis menggeleng dia mengangguk pula kemudian dia bersuara lagi. “Bagaimana dengan Nisha, dia tahu tak perasaan kau pada dia?” tanya Zamree sesuatu yang perlu untuk dia tahu. “Ya, Nisha menerima cinta aku Zam, dia setuju untuk berkahwin dengan aku” Seperti ada sebutir peluru menembusi dada Zamree selepas mendengar penjelasan Qhairul. Apa yang pernah diguraunya dengan Qhairul suatu masa dulu kini akhirnya menjadi kenyataan. “Bila kau orang berdua nak kahwin” tanya Zamree cuba menahan rasa gementarnya. “Hujung tahun ni, majlis akad nikah dan satu majlis persandingan akan kami buat di vila pada 21 haribulan 12 sempena birthday aku, satu lagi majlis resepsi dan persandingan akan kami buat di KL, kami dah bincang dengan Puan Engku Faridah akan jadi wedding planner kami”ujar Qhairul dengan wajah yang serius sambil menatap wajah Zamree. “Congratulation rul, mungkin Nisha adalah jodoh yang dihantarkan oleh tuhan untuk kau, aku adalah perantaraan bagi jodoh kamu berdua”agak tenang wajah Zamree semasa menuturkannya. “Thanks Zam kerana membawa Nisha dan cintanya untuk aku, kau orang pertama yang aku beritahu kerana kau orang terpenting dalam hidup kami berdua. Ada satu perkara lagi aku nak beritahu kau, Karina dah kembali, dia ingin bertemu dengan kau, nasihat aku pada kau berilah dia peluang untuk menceritakan perkara sebenarnya”. “Tapi cinta aku dah lama padam untuk wanita itu, mustahil untuk aku nyalakan kembali” ada ketegangan pada suaranya. “Please Zam, aku cuma nak kau beri dia peluang ceritakan kisah sebenar” “Thanks rul sebab belanja aku makan malam ni, see tomorrow” Zamree terus berlalu meninggalkan Qhairul, dua perkara yang merobek-robek hati malam itu, cinta barunya hancur berkecai tapi luka lama berdarah kembali. “Tidak rul, walaupun aku pernah janji dengan kau yang aku akan mengalah sekiranya kita mencintai gadis yang sama tapi kalau dengan Nisha aku tak boleh Rul, aku tak boleh” jerit Zamree sambil menghentak tangannya pada stearing keretanya. Zamree akhirnya menangis sendiri ketika tiba di penthousenya. Bab 64 Hari pertama menjejak kaki ke kota London, Nisha merasa sungguh terharu, kesejukan udara di kota itu mencengkam hingga ke urat sarafnya, semua kelengkapannya disediakan oleh Puan Engku Faridah, Nisha cuma tahu pakai sahaja apa yang disediakan oleh bonda angkatnya itu. Sepanjang berada di kota London Nisha dan bonda menginap di Milestone Hotel, hotel 5 bintang yang telah ditempah khas oleh Qhairul untuk dua orang wanita tersebut, sementara model-model lain menginap di hotel The Indigo London Tower Hill. Tiga hari berturut-turut mereka membuat pertunjukkan fesyen di tiga tempat berbeza di bandar tersebut. Pengumuman Puteri Melayu Sejati sebagai wanita tercantik dan tercerdik di abad ini oleh barisan panel hakim Miss Universe rupa-rupanya telah tersebar di seluruh dunia dan telah disiarkan di CNN sehari selepas penilaian oleh barisan panel hakim tersebut. Kemunculannya di kota London telah terbau oleh ikat beberapa syarikat penerbitan akhbar di Eropah dan beberapa syarikat model antarabangsa yang akhir turut berkunjung di pertunjukkan fesyen itu membuatkan Puan Engku Faridah terkejut melihat sambutan yang luar biasa dan tidak diduga itu. Nisha dan Puan Engku Faridah terkejut bila diserbu oleh pihak wartawan sebaik sahaja menjejak kaki ke Kota London. Enam pengawal peribadi yang mengiringi pemergian mereka terpaksa bekerja keras mengawal dua wanita tersebut sepanjang berada di kota London. Puan Engku Faridah terpaksa menghubungi Qhairul di Malaysia untuk memaklumkan tentang hal berkenaan. Nisha tidak dapat bergerak bebas kerana sentiasa di buru oleh pihak wartawan yang sentiasa mengintip setiap pergerakannya. Kemunculan Qhairul pada hari ketiga melegakan Nisha dan Puan Engku Faridah kerana boleh menemani dan membantu menyelesaikan masalah mereka berdua di situ. Khabar dari utusan Ratu Elizebeth yang menjemput mereka ke istana Buckingham sebagai tetamu terhormat kerana ingin melihat dan bertemu dan melihat sendiri Puteri Melayu Sejati mengejutkan mereka bertiga. Nisha merasa begitu teruja kerana diberi penghormatan sebegitu dan berpeluang berjumpa dan berbual dengan Ratu Elizebeth sebaik sahaja mereka bertiga dijemput dengan kenderaan khas istana yang akan membawa mereka menghadap ratu tersebut. “Abang! Nisha tak pernah bayangkan yang Nisha akan lalui semua ni, Nisha rasa pelik sangat kenapa ya benda ni boleh berlaku pada Nisha, siapa diri Nisha sebenarnya Nisha sendiri pun tak tahu” “Anugerah sebab sayang ada anugerah yang istimewa mungkin kerana darah keturunan yang mengalir dalam tubuh sayang” bisik Qhairul ke telinganya sebaik sahaja mereka balik semula ke hotel selepas pertemuan yang mencatat sejarah dalam kehidupan Nisha. Di hari terakhir pertunjunkkan beberapa pereka fesyen antarabangsa yang menyaksikan persembahannya berminat dan menawarkan diri Nisha sebagai model untuk syarikat mereka. Puan Engku Faridah juga telah menerima beberapa panggilan yang menawarkan pelbagai tawaran untuk Nisha. “ Rezeki Nisha datang mencurah lebih lebat dari bonda sangka, bonda pun dah tak boleh nak cakap apa dah. Sekarang Qhairul hampir berkuasa penuh padanya, Qhairul fikirlah macam mana nak settle semua dan yang terbaik untuk Nisha” mereka berdua sempat berbual di resetoran hotel semasa Nisha sedang tidur di biliknya kerana keletihan setelah selesai pertunjukkan fesyen terakhir hari itu. “Nisha takkan pilih jalan ni untuk teruskan hidupnya. Saya akan sediakan yang terbaik untuk hidupnya dan beri kehidupan seorang puteri yang sebenar kepadanya supaya dia tidak akan rasa menyesal menamat zaman gadisnya terlalu awal dan serta memilih dan menerima saya sebagai teman hidupnya”. Wanita itu tersenyum mendengar pengakuan Qhairul yang bersungguh-sungguh itu. “Qhairul adalah yang terbaik untuknya, meninggalkan yang baik untuk yang terbaik. Jadilah pencinta dan penjaganya yang terbaik. Berikan kebahagian yang di ditandusinya selama ini. Semua yang ada padanya bersifat neutral dan itu adalah senjata utamanya mengapa kita menyayanginya. ‘Princess face of heaven’ sebab itu ratu beri gelaran ini padanya” Qhairul tersenyum mendengar kata-kata bakal ibu mentua angkatnya itu. Untuk tidak dikesan oleh wartawan, Nisha terpaksa buat penyamaran sewaktu keluar bersiar-siar di Kota London. Qhairul membawanya melawat beberapa tempat menarik seperti menara Big Ben, menaiki underground tube, berkunjung ke Westminster Abbey tempat perkahwinan putera dan puteri kerabat di raja Britain, Sempat juga Nisha mengambil gambar di hadapan Sungai Thames, sungai utama yang mengalir ke selatan England. Sebelum meninggalkan kota London, Qhairul membawa Puan Engku Faridah menemani Nisha untuk menempah gaun pengantin untuk majlis persandingan mereka nanti di syarikat Alexander McQueen, Syarikat yang pernah membuat gaun pengantin untuk kerabat di raja Britain. Pada hari yang sama Puan Engku Faridah kembali ke Malaysia, Qhairul dan Nisha terbang ke Paris dan mengambil keputusan untuk berada selama empat hari di situ. Di Paris Nisha dan Qhairul boleh bergerak bebas kerana semua wartawan memikirkan Nisha sudah kembali semula ke Negara asal menyebabkan kunjungan mereka berdua ke Paris sebagai pelancong biasa tidak terbau oleh wartawan. Sampai di situ Qhairul terus menempah dua bilik bersebelahan di sebuah hotel lima bintang yang cukup terkenal di kota Paris. Nisha masih lagi lena diulit mimpi indahnya di dalam bilik hotelnya. Semalam mereka chek in di hotel tersebut pada pukul 1 pagi. Qhairul yang berada di bilik sebelah baru selesai mandi mengelap rambutnya yang basah dengan sehelai tuala. Suhu yang terlalu sejuk menyebabkan dia tidak boleh lama tanpa pakaian. Setelah lengkap berpakaian, Qhairul terus membuka pintu penghubung bilik sebelah, dia tersenyum melihat Nisha yang masih lagi lena di katilnya. “Bangun sayang, kita pergi makan lepas tu kita keluar jalan-jalan” tiada jawapan dari gadis itu. “Sayang, abang dah beritahu Zam tentang hubungan kita” bisiknya ke telinga Nisha. “Macam mana, abang Zam boleh terima ke, macam mana keadaannya?” Qhairul tersenyum bila melihat Nisha terus duduk lalu dan terus bersuara. ‘Jadi tadi sengajalah buat-buat tidur, nakal” Qhairul terus memicit hidung hingga Nisha sukar untuk bernafas, lantas tangan lelaki itu terus ditepisnya dengan kuat. “Abang tak jawab lagi soalan Nisha” balas sambil menatap wajah Qhairul yang sedang duduk di birai katilnya. “Dia nampak tenang waktu tu cuma bila abang ungkit pasal Karina dia terus minta diri untuk balik” balas Qhairul mengingat kembali pertemuannya dengan Zamree pada malam tersebut. Nisha merasa lega bila Qhairul memberitahu bahawa Zamree telah mengetahui tentang perhubungan mereka dan bagaimana pendirian Zamree bila mengetahui tentang hal tersebut. “Nisha kasihan dan sayangkan abang Zam, Nisha tak nak kehilangan kasih dia sebagai seorang abang dan kalau boleh Nisha pun ingin lihat dia bahagia dan kita berkahwin dengan orang yang dicintai dan mencintainya”.sahutnya dengan nada perlahan. “Abang harap dia boleh terima Karina kembali, sebab dia belum tahu kisah sebenar tentang Karina” Nisha tersenyum mendengar harapan Qhairul. “Lepas kahwin nanti sayang nak honeymoon di mana pulak?” ucap Qhairul sambil mencium pipi buah hatinya itu. “Turkey atau Italy boleh?” “Why not, mana-mana pun sayang nak pergi abang akan bawa” “Kalau Nisha nak ke bulan abang sanggup” “Sanggup, malam-malam abang akan bawa sayang ke bulan asal sayang larat je” “Abang cakap apa benda ni” “Rupanya lambat jugak sayang nak connect line ya” “Connect apa benda pulak” Qhairul akhirnya tergelak melihat wajah blur Nisha ketika itu. “Lepas kahwin nanti kita sambung cerita tu”. Nisha geram lalu menumbuk lengan Qhairul. Hari pertama di Paris, Qhairul membawa ke Museum Louvre tempat di mana potret monalisa di pamerkan. Dari Museum Louvre perjalanan dilanjutkan menyusuri pinggir Seine Riviera menuju ke Eiffel Tower, Landmark kota Paris. “Sayang, kata orang jangan datang bersendirian ke Eiffel Tower ni”, “Kenapa?”tanya Nisha kehairanan. “Ini tempat orang berdating, orang yang datang ke sini mesti berpasangan, kalau nak lihat orang berpelukan, dan berciuman datanglah atas tower ini” bisik Qhairul ke telinga Nisha. “Abang biar betul, tak nampak pun” “Sekejap lagi nampaklah tu” Memang benar apa yang diberitahu oleh Qhairul, beberapa pasangan sedang asyik dengan aktiviti asmaradana mereka. Nisha cepat-cepat memalis bila melihat adengan-adengan seperti itu. Qhairul tersenyum melihat gelagat Nisha yang spontan cuba mengelak untuk bertembung dengan adengan-adengan memalu itu. “Tak nak join sama ke?”usik Qhairul. “Kita orang Malaysialah bang, tahu malu, dosa tau!” sahut Nisha lalu mencubit lengan lelaki tersebut. Qhairul tergelak kemudian meraih rapat tubuh Nisha merapatinya. “Kita dah berkali-kali buat dosa sayang sebab tu abang nak cepat kahwin” bisiknya lalu menarik tangan gadis itu untuk naik dari satu tingkat ke tingkat yang seterusnya. Sampai di tingkat yang paling atas Qhairul terus ke kaunter untuk membuat bayaran. Nisha begitu gembira dan teruja sebab dari tingkat yang paling atas itu pengunjung boleh melihat seluruh penjuru kota Paris. “Macam mana, best tak” Nisha mengangguk dengan senyuman mekar di bibirnya. Pelbagai gaya dan aksi mereka berdua sempat rakamkan sebagai kenangan sepanjang lawatan mereka ke Menara Eiffel itu. Sepanjang empat hari di Paris, selain Menara Eiffel, antara tempat yang dilawati ialah bandar tepi pantai di utara Paris yang jauhnya dua jam perjalanan menaiki kereta, Deauville, pusat beli-belah barangan berjenama bersebelahan Disneyland, La Vallee Village dan istana lama yang menerima kunjungan 15,000 pengunjung setiap hari Chakteau de Versailles. Begitu juga pusat beli-belah popular di tengah bandar seperti Chakmp Ellysees serta bandar lama di tengah kota Paris, Le Marais. Pasangan tersebut sempat juga menempah sepasang cincin perkahwinan mereka di sebuah kedai barangan kemas yang paling terkenal di kota Paris. Tanpa pengetahuan Nisha, Qhairul telah menempah dua set barang kemas bertatah batu permata bernilai lebih 10 juta untuk gadis tersebut sebagai hantaran di majlis perkahwinan mereka nanti. Satu set untuk majlis di vila dan satu set untuk majlis di Kuala Lumpur. Semua barangan kemas tersebut akan dikirim melalui pernerbangan khas yang akan dibuat pada bulan Disember nanti. “Abang,rasa mimpi lah Nisha sekarang berada di Paris” Aksi Nisha yang menepuk-nepuk pipinya membuatkan Qhairul tersenyum. Dia terus bangun dari katil lalu menghampiri Nisha yang sedang berdiri di balkoni bilik hotel untuk melihat keindahan kota Paris. Hari terakhir mereka di situ sebelum berangkat balik pada sebelah malam nanti. Pinggang gadis itu dipeluknya erat dari belakang. “Bukan mimpi lagi sayang, sayang cakap apa saja sayang nak dan nak pergi mana abang akan berikan dan tunaikan, nyawa pun kalau sayang nak abang sanggup berikan” ujar Qhairul sambil mencium bahu dan kemudian pipi gadis itu. “Nisha tak nak nyawa abang, apa guna Nisha hidup kalau abang tak ada, Nisha nak hidup bahagia bersama abang sampai bila-bila, sepanjang hayat Nisha” Nisha memalingkan tubuhnya kemudian menatap wajah lelaki di hadapannya tanpa berkelip, tangannya kemudian melingkar di tengkuk lelaki itu. “Ya sayang, kita akan tetap bersama walau dalam apa jua keadaan, abang nak sayang berjanji agar sayang jangan cepat tewas dengan apa juga halangan, hanya sayang yang abang cinta, yakin dengan cinta kita, perduli apa orang lain cakap sebab, janji ya”sambil pinggang gadis itu terus di peluknya erat. “Ya Nisha janji, Nisha cuma percaya pada cinta kita, Nisha cuma mahukan abang jadi teman hidup Nisha sepanjang hayat Nisha, Nisha cintakan abang, seluruh jiwa Nisha milik abang, raga belum tau tunggu lepas kahwin” Qhairul tergelak mendengar ucapan akhir gadis itu. Pipi gadis tersebut di ciumnya berulang kali. “Abang.. dahlah! geli tau” tanpa menghiraukan rengekan itu bibirnya terus merayap ke dahi, hidung, kening telinga, leher dan terus tubuh langsing gadis itu dicempungnya ke dalam bilik lalu diletaknya dia atas katil. Qhairul semakin mengila ciuman mula mendarat di bibir mungil gadis itu dan Nisha alpa untuk beberapa ketika. Nisha sekuat tenaga menolak tubuh tubuh sasa Qhairul bila mula tersedar dari dari kealpaannya. Qhairul terus berbaring di sebelahnya dengan nafas yang turun naik seperti kelelahan. “Abang nak tidur sekejap, kejutkan abang selepas 15 minit sebelum kita bertolak ke airport” Qhairul terus memejamkan mata, melawan rasa dewana yang hampir tidak mampu dikawalnya sebentar tadi. Semalaman berada dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, penerbangan yang mengambil masa lebih 10 jam tersebut akhirnya mendarat di KLIA pada pukul 8 pagi. Setelah mendapatkan semua bagasi, Qhairul menolak troli bagasinya menuju ke pintu keluar. “Abang, tunggu jap, macam ramai je orang kat luar tu” “Hantar orang pergi haji kot” “Biar betul abang ni, sekarang musim orang pergi haji ke?” Qhairul mengangkat kedua belah bahunya menjawab soalan Nisha. Lelaki itu kemudian memasang cermin mata hitamnya. Nisha memasang penutup kepala jaket yang dipakainya kemudian turut mengenakan cermin mata hitam. “Nampak macam Nisha tak” “Tak,macam agen Interpol”jawab Qhairul sambil bergurau, “Abang pulak macam agen 007 James Bond” mereka berdua akhirnya ketawa terkekek-kekek. “Ada reporterlah” bisik Qhairul. “Buat TT jelah bang” “TT tu apa benda?”tanya Qhairul lalu mengerutkan dahinya. “Tak tau tu pun tak tau” Terkekek-kekek Qhairul melepas gelaknya sambil menggelengkan kepala lucu mendengar jawapan Nisha. Dari jauh kelihatan Pak Usop berdiri berdekatan kereta Mercedes Benz hitam. Qhairul mengangkat tangannya kepada Pak Usop. Lelaki tersebut terus menghampiri Qhairul dan Nisha kemudian terus menolak troli bagasi menuju ke but kereta. Rupa-rupa wartawan memang menunggu kemunculan pasangan tersebut. Berita Puteri MS di beri gelaran Princess face of heaven oleh Ratu Elizabeth sudah menjadi berita hangat di Kuala Lumpur. Sewaktu Puan Engku Faridah dan rombongannya balik dari pertunjukkan fesyen di London berita itu sudah tersebar tapi wartawan kecewa bila Puteri MS tidak ada dalam rombongan tersebut dan masih lagi meneruskan percutian di Paris. Penyamaran mereka berdua akhirnya dapat dikesan wartawan yang tiba-tiba menyerbu dan menghalang perjalanan pasangan tersebut. Nisha terpaksa memberi sedikit masa kepada wartawan untuk menemuramahnya. “Apakah perasaan Puteri MS bila dapat gelaran tu?” “Saya memang teruja dan itu penghormatan yang terlalu tinggi untuk saya tapi saya juga takut dan bimbang jika wajah saya tidak dapat memberi syurga pada semua orang, maksud saya tidak membahagiakan hati sesetengah pihak” jawabnya lalu cepat-cepat masuk ke dalam kereta dan terus berlalu meninggalkan KLIA. “Fuhh! Rimaslah macam, tak sukalah Nisha diburu wartawan dan tanya soalan bodoh macam tu. Susah tau Nisha nak fikir jawapan yang boleh memuaskan hati semua orang dah tu cakap bohong pulak” Qhairul tergelak mendengar rungutan Nisha. “Tulah resikonya kalau cantik sangat, sayang kena biasakan diri” Qhairul memeluk bahu Nisha lalu menariknya rapat ke tubuhnya. “Mama Qhairul dah balik US semalam, dia pesan suruh Qhairul telefon dia bila sampai KL” beritahu Pak Usop ketika kereta mula bergerak jauh meninggalkan KLIA. “Kita hantar Nisha dulu Pak Usop”tanpa memperdulikan pesanannya mamanya. Pak Usop hanya mengangguk mendengar arahan majikannya. Selepas menerima panggilan dari Zamree, Nisha mundar mandir ke kiri dan ke kanan. Zamree menghubunginya dan mengajaknya keluar malam nanti. Kata-kata Zamree masih tergiang-ngiang di telinganya. “Please sayang jumpa abang malam ni, abang jemput Nisha pukul 8 ya” “Abang ajak Nisha pergi mana ni” “Regalis Club, abang ada hal nak bincang dengan Nisha, tunggu ya” “Ya” “Abang Zam nak bincang hal apa pulak ni”Nisha bermonolog sendiri. Selesai bersiap, Nisha merenung lama wajahnya di cermin kemudian dia bercakap sendiri. “Aku sayang Abang Zam tapi aku cinta Abang Qhairul aku juga nak lihat Zam bahagia, ya Karina, aku harus buat sesuatu” dengan pantas satu sms ditaipnya kemudian menu send untuk satu nombor telefon yang tersimpan dalam memori telefonnya. “Abang Zam sihat?”sebaik sahaja memboloskan tubuhnya dalam kareta Ferari milik Zamree. “Sihat, macam mana percutian seronok?” Zamree tersenyum memandang gadis di sebelahnya. “Seronok, kalau abang ada tentu lagi seronok, Ni Nisha beli khas abang ”Sehelai baju T jenama Versace yang masih tersarung dalam plastik dihulurnya pada Zamree. “Thanks, cantik, colournya abang suka” jawab Zamree sambil membelek-belek baju T tersebut. Sampai di Regalis Club, Zamree memilih satu tempat duduk yang agak terasing sedikit dari orang ramai. Dari jauh Nisha melihat beberapa pengunjung kelab tersebut sedang menari dengan pasangan masing-masing. “Sayang nak menari ke?” tanya Zamree kemudian tersenyum pada gadis itu. “Tak, Nisha tak pandai menari, tak pernah belajar menari dan tak berniat langsung nak menari dalam tempat-tempat macamni, tapi kalau abang nak, abang pergilah Nisha boleh tunggu kat sini” balas Nisha kemudian membuka sms yang masuk dalam telefon bimbitnya. “Tak,kecuali kalau Nisha boleh menari dengan abang malam ni” balas Zamree sambil tersenyum. Nisha mengeleng-gelengkan kepalanya. Di satu meja yang tidak jauh dari situ, kelihatan dua wanita sedang rancak berbual. Nisha seolah-olah mengenali salah seorang dari wanita tersebut. “Abang kenal tak salah seorang perempuan tu?” “Yang mana?” “Meja sudut sebelah kanan” “Rasa-rasanya tu Yasmine Hana, hati-hatilah, musuh Nisha tu” pesan Zamree, kemudian muncul seorang pelayan mengambil pesanan minuman. Setelah pelayan berlalu meninggalkan tempat duduk mereka, Nisha terus memberi tumpuannya pada Yasmine Hana yang sedang asyik bercakap sesuatu dengan beberapa orang yang mendatangi meja mereka. Yasmine Hana kemudian kelihatan bergerak meninggalkan mejanya. “Nisha, I want hear from your self, about the relationship Nisha and Abang Qhairul”, Nisha menundukkan kepalanya untuk mencari kekuatan sebelum menjawab soalan Zamree. “Yes abang Zam, Nisha love him, Nisha cintakan abang Qhairul” “Nisha, do you feel sure about that?” “Ya, sejak mula-mula Nisha jumpa Abang Qhairul” jawab gadis tu sambil matanya memandang tepat ke wajah Zamree. “Nisha, abang..macam tak boleh terima hakikat ni sebab..” kata-katanya terputus bila waiter muncul menghantar minuman di meja mereka. Selepas pelayan berlalu Zamree terus menyambung kata-katanya. “Trust me, me also love you Nisha” “Abang, percayalah Nisha sayangkan abang, terlalu sayangkan abang tapi Nisha cintakan Abang Qhairul, Nisha tak boleh cintakan dua orang dalam satu masa, Nisha tak boleh bang, please, jangan buat Nisha binggung bang” sahut Nisha dengan bibir yang agak terketar-ketar. Zamree terus menghirup minuman coke yang dipesannya tadi, segelas kemudiannya dihulurnya pada gadis itu. “Nisha tak nak minum air bergas malam ni” lalu menolak semula gelas tersebut. Zamree melambai seorang pelayan yang sedang menatang dulang yang membawa dua gelas jus oren. “Give me a glass please!” Nisha menyambut gelas yang dihulurkan oleh pelayan tersebut. “What lack of me Nisha, abang not rich or not good enough?” “Apa abang cakap ni, abang fikir Nisha pandang kekayaan abang ke selama ni, abang fikir Nisha terima cinta Abang Qhairul pasal duit dia, atau pasal harta dan kekayaan dia, rupanya abang masih belum kenal Nisha, abang rupanya tak ikhlas sayangkan Nisha, abang bohong dengan Nisha selama ini” “Please Nisha, jangan cakap macam tu, sungguh abang memang cintakan Nisha, abang terlalu sayangkan Nisha, maafkan abang sayang” Zamree terus memeluk tubuh gadis itu erat, Nisha membiarkannya, hatinya masih terhiris mendengar kata-kata Zamree sebentar tadi. Pelukan Zamree semakin erat. Nisha cuba melepaskannya tapi tak berjaya. “Abang, lepaskan Nisha bang, abang ni kenapa?”sambil menolak tubuh Zamree sekuatnya. “I love you sayang, really love you” kemudian terus mencium pipi gadis itu berkali-kali dan cuba pula mencium bibir gadis itu, Nisha menolak tubuh Zamree sekuatnya. “Abang ni kenapa?” Zamree ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Nisha. “Abang Zam ni dah macam orang mabuk” Nisha seperti terbau sesuatu yang kurang menyenangkan sewaktu Zamree mencium pipinya sebentar tadi. Nisha terpandang gelas minuman Zamree yang hampir habis di atas meja. “Abang minum air apa ni?” pantas tangan Nisha mengambil gelas tersebut lalu menciumnya. “Ya Allah, kenapa abang minum air syaitan ni” dengan marah Nisha terus melontar minuman tersebut terus ke tepi dinding. Bunyi gelas yang pecah berderai menarik perhatian beberapa orang yang berada dalam kelab tersebut. Nisha terus berdiri lalu melambai tangan kepada pelayan yang mengambil pesanan mereka tadi. “Lelaki ni pesan minuman apa tadi?” tidak pernah wajah Nisha semarah itu. “Coke mis”jawab waiter itu seperti ketakutan. “Tapi kenapa bukan coke yang you hantar” “Tadi lepas tu cik tukar orderkan?” “Siapa tukar?” “Ada seorang perempuan suruh saya tukar order”. “Trust me sayang, I love you” Zamree semakin teruk, tangan Nisha ditarik-tariknya mengajak gadis itu duduk semula di sofa. “Perempuan mana?” belum sempat pelayan tersebut berpaling dan menunjukkan ke arah Yasmine Hana Karina muncul. Karina terkejut melihat wajah Nisha yang sedang marah menyinga ketika itu . “Sorry puteri, I am late, what happened puteri” tanya Karina yang masih blur dengan situasi ketika itu. “Karina tolong jaga Abang Zam, Nisha nak buat perhitungan malam ni” “Perempuan mana?” pelayan yang masih lagi termanggu di situ terus menunjukkan ke arah meja Yasmine Hana dan teman-temannya.Tanpa membuang masa Nisha terus menghampiri meja tersebut. “Hai..boleh berkenalan?”. Semua yang ada di meja tersebut tersentak lalu berpandangan sesama sendiri. “Wow..Princess MS, you are so beautiful” kata salah seorang lelaki yang ada di situ kemudian terus mengelilingi Nisha. “May I meet Yasmine Hana?” “Yes, I am Yasmine Hana” matanya memandang Yasmine Hana dari atas ke bawah. “Beautiful, but I want to know, what is the problem you and I?” tanya Nisha dengan sebaris senyuman sinis terukir di bibirnya. “I do not understand what you say, puteri?” “Did not to know or just do not know” “What you say, really, I not understand” jawab Yasmine Hana dengan wajah bersahaja. “Siapa beri you gaji untuk tukar air yang Datuk Zamree order, kalau kau suka sangat minum air ni, kau pesan satu tong pun aku tak kisah tapi jangan order untuk orang lain, dan kalau dah tergian sangat nah mandi air ni” Nisha terus mencapai gelas di atas meja tersebut terus mencurah di atas kepala Yasmine Hana. “Hey..perempuan, kau siapa buat aku macam ni, perempuan sial, kau ingat kau dah hebat sangat sebab dapat pikat semua lelaki kaya” “Hah mengaku pun kau, kenapa kau nak sibuk pasal hidup aku. Aku tak pernah pun kacau hidup kau” suara Nisha lantang. Dari satu sudut seseorang sedang memerhatinya. Sedia membantu jika diperlukan. “Siapa kata kau tak kacau hidup I, salah seorang lelaki yang kau goda tu bakal suami aku. Kau kikis duitnya dan bawah dia melancong sampai ke luar negara” “Oh! Jadi kerana Datuk Qhairullah kau buat semua ni,.Kau ni betullah tak tahu malu, sedap-sedap je mengakui lelaki tu bakal suami kau. Kalau orang dah tak nak dengan kau buat apa terhegeh-hegeh terkejar-kejarkan, kau ni betul-betul hidung tak mancung pipi tersorong-sorong” balas Nisha sengaja menyakiti hati Yasmine Hana. “Hey perempuan, kau ingat hidung kau tu mancung sangat ke?” “Yes, memang hidung aku mancung sebab ini hidung Pakistanlah, hidung Zhabir Khan, kalau kau tak percaya kau boleh ukur” balas Nisha sambil tersenyum sinis. Yasmine Hana yang begitu marah terus menerkam Nisha, tak hairan Nisha dengan tindakan Yasmine itu, tidak sia-sia 5 jenis jurus dan tari silat yang dikuasainya drengan baik selama ini dengan mudah dia menangkis serangan Yasmine Hana. Terpelanting jauh juga perempuan itu dibuatnya. Nisha terus menghampiri Yasmine Hana yang cuba bangun. “Kalau nak serang aku, kau belajar dulu keratedo, taekwando, judo atau sekurang-kurang wushu dan kalau nak cantikkan lagi bodi tu pergi Jepun masuk kelab sumo” ujar Nisha sambil tersenyum pada perempuan tersebut. “Shawn, Joe takkan kau orang berdua nak biar Yas macam tu je, kenapa tak ajar perempuan tu” Lizawatie tiba-tiba bersuara. Kedua lelaki tersebut terus menghampiri Nisha dan cuba bertindak sesuatu pada gadis tersebut. “Apa? kau nak rasa macam betina ni jugak ke?” “Ele..cakap besar pulak awek cun ni” Lelaki yang bernama Joe terus merapati Nisha lalu cuba memegang tubuh Nisha. Dalam bab-bab seperti ini Nisha bukan nak tunjuk hebat cuma mempertahankan diri. Dengan menggunakan silat gerak lincah, tanpa menggunakan banyak gerakan kaki Nisha membantai dan menumbangkan dua lelaki tersebut. “Kau panggil tok guru kau lawan aku pun belum tentu akan menang” Nisha menyepak dua lelaki yang terduduk di lantai itu dengan kaki kemudian terus berlalu dari situ. Tengku Farid yang memerhati sejak tadi cuma berdiri bersilang tangan memerhati situasi tersebut sambil tersenyum, dia cuma akan memberi bantuan sekiranya keadaan memerlukan, empat orang pengawal peribadinya cuba untuk membantu Nisha turut dihalangnya. “Belum masanya” ujar Tengku Farid. “Ingat Yasmine Hana, urusan kau dengan aku belum selesai lagi” Nisha berlalu meninggalkan meja tersebut kemudian terus menghampiri Zamree dan Karina. “Abang Zam ni teruklah, dah tahu air tu minum jugak, cari pasal betul” Zamree sudah terbaring di atas sofa dengan pelbagai perkataan yang keluar dari mulutnya. “Nisha, abang sayang Nisha, I love you sayang, please kahwin dengan abang sayang” “Abang boleh diam tak?” sambil tangannya memicit kedua-dua bibir Zamree. “Jom puteri kita hantar Zam balik, saya ikut belakang, lepas itu saya hantar puteri balik rumah”. “Ok, mana kunci kereta mamat ni?” Nisha terus meraba kedua belah poket seluar Zamree kemudian menemukan kunci disalah satu poket seluar Zamree. Dengan penuh tenaga Nisha dan Karina memapah tubuh Zamree meninggalkan kelab tersebut. Kereta Ferari sport Zamree diiringi sebuah kereta pesona hitam meluncur meninggalkan kawasan parkir kereta kelab tersebut. Nisha menjerling Zamree di sebelahnya, “Teruk betullah abang Zam ni, minum belum habis satu gelas dah mabuk macam orang dah minum satu tong” Nisha bercakap sendiri sambil matanya menumpu pada pemanduannya menuju ke Golden Hill. Selepas melalui pos jaga di situ Nisha terus memakirkan keretanya di tempat parkir berhampiran blok penthouse Zamree. Setelah mendapatkan kunci di dalam kereta tersebut, dengan bantuan Karina, Nisha memapah tubuh Zamree menaiki lif hingga ke penthouse lelaki tersebut. Nisha mengeleng-geleng kepala melihat bilik Zamree yang bersepah di sana sini dengan pakaian. Setelah meletakkan tubuh lelaki tersebut di atas katil, Nisha terus membuka kasut dan stoking lalu menutup tubuh lelaki tersebut dengan selimut. Karina terus menghidupkan suiz penyaman udara bilik itu. “Abang Zam, Nisha sayang abang sampai bila-bila tapi Nisha tak boleh cintakan lebih dari seorang lelaki dalam satu masa, cinta Nisha cuma untuk abang Qhairul, maafkan Nisha bang, teruslah anggap Nisha sebagai adik abang itu pun kalau abang masih sayang dan sudi terima Nisha lagi” Menggunakan gincu itulah kata-kata yang ditulisnya di atas cermin di meja solek bilik Zamree sebelum dia dan Karina meninggalkan bilik tersebut. Selepas meninggalkan apartment tersebut, Karina terus menghantar Nisha balik ke rumah. “Ini rumah puteri ke?” tanya Karina sewaktu melewati pagar rumah banglo tersebut. “Bukan, rumah Datuk Wazir, suami kakak angkat Nisha, saya menumpang di sini, rumah saya di Melaka. Esok awak free tak, kita jumpa esok di Restoran Selera Asia pukul 10 pagi boleh ke?” “Ya, saya tunggu puteri di sana, ok selamat malam puteri” “Selamat malam, take care, bawa kereta elok-elok” jawab Nisha sambil mengangkat tangannya kepada Karina. Semasa bibik membuka pintu banglo tersebut, Nisha terasa sesuatu melalui belakangnya. teringat pesanan Ustaz Razman Nisha terus membaca ayat Kursi. Jam menunjukkan pukul 12 malam. Naik di tingkat dua banglo tersebut. Wazir sedang menonton tv di ruang tamu keluarga di tingkat tersebut. Nisha berhenti di hadapan pintu biliknya kemudian menoleh kepada Datuk Wazir yang sedang asyik menonton tv, Nisha seperti terdengar sesuatu muzik seperti irama tarian Menora Siam. “Abang tengok cerita apa tu?” “Hah.. Nisha baru balik ke?, abang tengok bola” “Ya,ingat abang tengok cerita tadi, ok Nisha masuk dulu, selamat malam bang”. Wazir mengangguk kepalanya. Masuk ke bilik Nisha terus mengambil wuduk lalu mengerja solat Isya’ selepas itu dia mengerjakan solat hajat dan penyudahnya dia terus membaca surah Yassin. Nisha terdengar bunyi irama tarian Menora Siam semakin kuat menusuk ke lubang telinga, tanpa memperdulikannya Nisha terus membaca surah yassin sehingga habis. Selepas habis disambungnya lagi mengulangi beberapa kali ayat kursi sehingga dia tertidur di atas sejadah sambil memeluk senaskah alquran di tangannya. Laungan azan subuh menyedarkan Nisha dari tidurnya. “Ya Allah rupanya semalaman aku tertidur atas sejadah”bisiknya dalam hati. Nisha terus mengambil semula wuduk dan terus menunaikan solat subuh. Usai solat Nisha terus berdoa memohon perlindungan dari Allah dari gangguan semua yang berniat jahat pada dirinya. “Ya Allah aku berlindung denganmu dari segala kejahatan di dunia ini, bantulah aku melawannya ya Allah, sesungguhnya Kaulah yang berkuasa di Langit dan di Bumi tiada apa yang lebih berkuasa melainkan Engkau Ya Allah, Amin ya Rabilalamin” Selesai berdosa Nisha membaca semula surah Yassin tiga kali berturut-turut. “Tiada sesiapa yang boleh membantuku ketika ini melainkan mu ya Allah” doa akhir Nisha selesai membaca surat Yassin untuk kali yang ketiga. Bab 65 Sebelum keluar berjumpa Karina, Nisha sempat mengerjakan solat Dhuha dan sebelum melangkah keluar rumah dia membaca ayat kursi sebanyak 3 kali berturut-turut di ikuti ayat-ayat yang menjadi amalannya selama ini yang pernah diajar oleh Tok Guru Musa kepadanya sebagai pendinding diri seorang ahli silat sebelum melangkah meninggalkan banglo tersebut. Dia harus membentengi diri dari sebarang kemungkinan. Pesanan Ustaz Razman terus diikutinya setiap masa lebih-lebih lagi semalam dia sudah bertembung dan membuat separuh perhitungan dengan Yasmine Hana. Perempuan itu mungkin akan terus berdendam padanya. Sampai di Restoran Selera Asia, Nisha terus memakir Porsche Cabrioletnya di salah satu ruang parkir yang kebetulan kosong di sebelah kereta Karina. “Dah lama tunggu?”tanya Nisha kepada Karina. “Baru sampai jugak”balas Karina. “Jom kita masuk”perlawa Nisha lalu mendahului gadis tersebut. “Umur Karina berapa?”tanya Nisha pada Karina sewaktu melabuh punggungnya di atas sebuah kerusi di restoran tersebut. “26 tahun, puteri?” “Genap 18 tahun satu September yang lepas” Seperti tidak percaya Karina mendengar jawapan Nisha. Baginya kematangan dan saiz tubuh Nisha melampaui usianya. “Macam tak percaya” “Kenapa, Nisha dah nampak tua ke”Karina tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Tak, wajah baby face, nampak dara sunti lagi, tak boleh sembunyi, tapi perwatakan nampak dewasa”bbalas Karina. “Sengaja mendewasakan diri kot kerana sebelum ni ada orang panggil Nisha budak kecik”balas Nisha sambil tergelak. “Nisha panggil Karina kakak boleh?”sambung Nisha lagi. “Its ok, more friendly” “Kak Rina kerja apa?” “Akauntan di Syarikat ayah saya K&RCompany” “Syarikat apa tu?”tanya Nisha sambil mengerutkan dahinya. “Sebuah syarikat penerbitan buku” jawab Karina sambil tersenyum. “Oh..kalau Nisha tulis novel nanti bolehlah tolong terbitkan”gurau Nisha. “Boleh, apa salahnya, Puteri ni model tetap ke atau part-time?” “Part-time cuma bantu bonda, Nisha masih belajar lagi di UM” “Bidang apa?” “Law, baru tahun pertama” Karina agak terkejut mendengar pengakuan Nisha. “Bertuahlah puteri ni dahlah cantik, inteligent pulak” “Ya ke cantik?, saya lihat Kak Rina lagi cantik, tapi apa yang lebih atau kurang pada diri saya ni semuanya datang dari tuhan”balasnya lalu tersenyum. Seorang waitress datang mengambil order di meja mereka. “Macam mana puteri kenal Zamree?” “Panjang cerita, Nisha pendekkan, Nisha tolong selamatkan dia dari satu tragedi, kami berkenalan kemudian perkenalkan Nisha pada Abang Qhairul, mereka berdua jadi abang angkat Nisha dan tawarkan saya bekerja di PJ Holding sebagai PA Abang Qhairul”. “Puteri kata tadi rumah puteri di Melaka, jadi puteri orang Melaka?” “Ya, kalau ada masa ikut Nisha balik Melaka nak?” “Boleh, bila?” “Hujung minggu ni, sebab sekarang saya masih semester break” Nisha terpaksa balik kerana pesanan Ustaz Razman, tempoh tersebut adalah dalam waktu keuzurannya. “Saya kena apply cutilah ni” “Tapi syarikat ayah sendiri tak apa kan”celah Nisha sambil menatap wajah Karina. “Tapi ayah saya tu huh..garang macam harimau, tapi hatinya baik, dia sayang sangat dengan saya tau”terpancar kegembiraan di wajah Karina bila bercerita tentang ayahnya. “Tentu Kak Rina seronokkan sebab ada ayah dan baik pulak pada Kak Rina” “Ayah puteri pun samakan, tentu baik jugak pada puteri” Karina hairan melihat perubahan wajah Nisha bila dia bercerita tentang ayahnya. “Tak…”Nisha mengeleng-gelengkan kepalanya kemudian menyambung ceritanya “Dia tak sebaik ayah Kak Rina, dia tak suka Nisha” jawab Nisha kemudian terus menyambung menikmati makanan di depannya. “Nisha ikut Kak Rina balik ofis boleh?, nak tahu kat mana ofis ayah Kak Rina tu” Nisha cuba mengubah situasi dirinya, tak mahu kenangan ayahnya mengubah emosinya waktu itu. “Why not, tapi saya takutlah satu ofis kecoh dengan kemunculan puteri di situ nanti” “Tak pa, saya dah biasa dengan pelbagai situasi” Nisha kemudian melambai seorang waitress kemudian menghulurkan kad kreditnya, selang beberapa minit waitress tersebut muncul kembali dengan sehelai resit di tangannya. “Boleh saya minta tandatangan puteri” waitress lalu dia menghulurkan autografnya.nisha tersenyum lalu menurunkan tandatangannya. “Tak jadi artis pun aku ni boleh popular jugak” bisik Nisha ambil tergelak sendiri dalam hatinya. “Terima kasih puteri, datang lagi ke restoran kami” Nisha membalas senyumannwaitress itu. “Kak Rina dah ke, kalau dah jom kita gerak” Kedua-dua gadis tersebut bergerak menuju ke kereta masing-masing, Nisha mengekori kereta Karina hingga ke Syarikat K&R company. Nisha terus memasang cermin mata hitamnya, Karina tersenyum melihat Nisha. Kulit Nisha yang putih melepak tambah menyerlah bila bergaya dengan cermin mata hitamnya. Nisha membetulkan blouse Versace warna biru muda yang dipadankan dengan seluar jeans levi’s warna biru tua dan sepasang kasut Jimmy Choo di kakinya, kunci keretanya dimasukkan ke dalam sebuah beg tangan kecil berwarna biru yang digalaskan di bahunya. Nisha membuntuti Karina memasuki pejabat tersebut. Ketika berjalan bersaingan dengan Karina nampak beza ketinggian gadis tersebut. “Berapa tinggi puteri” tanya Karina bila merasakan dirinya agak rendah berbanding gadis itu. “175 cm” jawab Nisha sambil tersenyum pada Karina. “Puteri jauh lebih tinggi dari saya, saya cuma 164cm je sebab tu tak boleh jadi model kot” mereka berdua sama-sama tergelak. Ketika memasuki ruang pejabat, semua kakitangan yang berada dalam pejabat tersebut memandang ke arah dua orang gadis yang baru muncul ketika itu. “Hai Cik Karina, bawa teman hari ni, cantik! siapa ni Cik Karina?” tegur Raisudin, pambantu peribadi ayah Karina, gaya seperti Zul Yahya dalam drama aksi orang terbang. Nisha tersenyum melihat gaya lucu lelaki itu. “Kawan, ayah saya ada di dalam ke Abang Sudin?”tanya Karina. “Ada, masuklah” jawab Raisudin, matanya tak berkelip melihat Nisha. Nisha menolak cermin matanya ke atas kepala lalu tersenyum dan mengenyit sebelah matanya pada Raisudin. Bagai kejutan elektrik Raisudin terpelosok dan terus rebah di depan pintu pejabat ayah Karina. “Hey Abang Sudin kenapa ni, abang tak minum ke pagi tadi sampai rebah macam ni” tegur Karina lalu menarik lengan Raisudin.Nisha tergelak melihat keadaan Raisudin. “Abang nampak bidadari syurga kenyit mata pada pada abang” jawab Raisudin lalu bangun kemudian bergerak meninggal tempat itu sambil berkali-kali berpaling pada Karina dan Nisha. Nisha terus menyakat Raisudin sambil melambai-lambaikan tangannya kepada lelaki itu. “Abang Sudin memang separuh tiang sikit puteri, kalau datang tak betul dia tu, satu pejabat ni dihamunnya” beritahu Karina pada Nisha. “Ayah! muah..sayang ayah!” Karina terus berlari mendapat ayahnya yang sedang leka mencatat sesuatu di atas sehelai kertas. “Rina pergi mana tadi, pergi tak beritahu ayah, ayah terpaksa break sorang diri kat restoran bawah tu” Hati Nisha cemburu melihat kemesraan Karina dengan ayahnya. Kemesraan yang tidak pernah dirasai ketika ayahnya masih hidup.Nisha cuba melawan perasaannya ketika itu. “Sorrylah ayah, Rina jumpa teman special hari ni, ayah tengoklah dulu” Lelaki tersebut mengangkat kepalanya kemudian membetulkan cermin matanya. Seorang gadis putih, tinggi lampai berdiri tidak jauh di hadapan mejanya. Nisha melemparkan senyumannya pada lelaki yang agak berumur itu. “Betulkan apa yang ayah tengok ni?” “Yes, Puteri MS, Princess Paradise Face kawan baru Rina, kenalkan puteri ayah Rina Encik Kasran” Nisha menghampiri lelaki tersebut lalu menghulrkan tangannya. “Assalammualaikum uncle” “Waalaikummussalam” jawab lelaki itu,suaranya agak gementar sedikit. “Kenapa Rina tak cakap nak bawa puteri ke sini?” “Puteri yang nak ikut Rina” bisik Karina ke telinga ayahnya. Nisha tersenyum melihat dua beranak itu berbisik-bisik. Telefon bimbit Nisha tiba-tiba berbunyi, gambar Tengku Farid terpapar di skrin.Nisha terus meminta diri untukmenjawab panggilan. “Assalammualaikum dinda” “Waalaikummusalam” “Dinda ok ke?” “Ok, kenapa kanda?” “Nak pastikan saja, sebab semalam kanda tonton senetron pendek dekat Regalis Club” Nisha tergelak,kemudian bersuara semula. “Kanda ada kat situ ke? kenapa tak tolong Nisha, kalau Nisha beritahu bonda siap kanda nanti tau” jawabnya lagi sambil tersenyum. “Saje, nak tengok dulu, kalau heroin terdesak baru hero beri bantuan. Tapi kanda percaya heroin boleh selesaikannya, kacang je dua orang cicak tu kan” balas Tengku Farid sambil ketawa terkekek-kekek. “Jahatlah kanda, tolong jangan cerita pada bonda tau nanti bonda susah hati” “Dah terlambat, kanda dah cerita padanya semalam, nak tahu bonda cakap apa”, “Bonda cakap apa?”tanya Nisha ingin tahu. “Rugi tak tengok , dia pun ada niat nak belajar silat dengan dinda” Nisha tidak dapat menahan gelaknya. “Macam-macamlah bondani, kalau nenda dengar dia pun minta ajar sama” Giliran Tengku Farid tidak dapat menahan gelaknya. “Apa sebenarnya berlaku malam tadi tu?” “Kata tonton sinetron, tapi tak tahu cerita, teruk betullah kanda ni?” “Bab-bab terawal tu kanda belum sampai lagi, kanda mula tengok waktu dinda curah air atas kepala perempuan tu” jelas Tengku Farid. “Nantilah dinda ceritakan, tak seronok cerita dalam telefonni, malam ni Nisha pergi istana jumpa bonda dan kanda”. “Jangan tak jadi pulak, nanti kanda beritahu bonda, ok sayang bye” “Bye kanda assalammualaikum” “Waalaikummussalam” Nisha terus memutuskan panggilannya, kemudian menoleh ke arah Karina dan ayahnya yang seolah-olah mendengar dan mengikuti setiap perbualan telefonnya kerana bilik itu kelihatan sepi dan sunyi tanpa ada satu suara pun kedengaran. “Maafkan saya sebab kanda saya Tengku Farid yang cal, dah lama ke uncle buka syarikat ni?” Nisha memulakan bicara mereka bila melihat kedua beranak itu membisu. “Hampir 20 tahun, Karina umur 5 tahun waktu tu” “Wow, lebih tua dari saya, tentu uncle dah banyak pengalaman dalam bidang ni” balas Nisha lagi. “Ya, pelbagai pengalaman dah uncle tempuhi, jatuh bangun dalam perniagaan perkara biasa bagi uncle”balas Encik Kasran pula. “Tentu Kak Rina seronok kerja dengan uncle, seorang ayah yang penyayang dan seorang bos yang tegas dan berpengalaman”sahut Nisha lagi. “Puteri ada pengalaman kerja ke atau pernah kerja kat mana-mana syarikat sebelum ni?”tanya Encik Kasran. “Pernah tapi kerja part-time di Permata Jaya Holding, jadi PA kepada abang angkat saya Datuk Qhairul Azamin” Encik Kasran terdiam sebentar, matanya beralih pada Karina yang berdiri di sebelahnya. “Syarikat besar tu, Datuk Qhairul tu siapa tak kenal, satu Asia kenal dia, kenapa tak terus kerja, gaji tak cukup ke?”usik Encik Kasran cuba menceriakan suasana. “Tak, bukan masalah gaji sebab gaji saya lebih dari cukup, saya sambung belajar, dapat keputusan SPM saya terus masuk UM, bulan Mei yang lepas” “Oh sekarang siswi universitilah ni, ambil jurusan apa?” “Law”jawab Nisha pendek. “Tentu result SPM cemerlang, kalau tak mana boleh terus masuk U lepas tamat SPM” “Mungkinlah jugak uncle”balasnya bersahaja. “SPM puteri dapat berapa?”tanya Karina pula. “Taklah bagus sangat cuma dapat street 10A+”. Encik Kasran dan Karina membutangkan matanya mendengar jawapan gadis itu. “Wow..clever and beautiful girls, memang layak jadi seorang dipanggil puteri”ujar Encik Kasran. “Ayah, hujung minggu ni Rina ikut puteri balik rumah dia di Melaka, boleh tak ayah?” “Rumah puteri kat Melaka ke, jadi puteri ni orang Melaka?” “Ya uncle, saya tinggal sorang je bersama 3 orang pembantu rumah perempuan dan seorang tukang kebun dan juga driver”beritahu Nisha pada Encik Kasran. “Di sini tinggal di mana?” “Banglo Datuk Wazir Harris,suami kakak angkat saya”, Tidak terasa, tanya itu ini, perbualan mereka mengambil masa hampir 2 jam, Nisha terus meminta diri untuk balik. “Rina hantar puteri sampai ke keretalah ayah” “Ayah ikut sekali sebab ayah dah lapar ni, nak keluar lunch” mereka berjalan beriringan melangkah keluar dari bilik Encik Kasran, Suasana hingar-bingar sebaik pintu bilik itu di buka, pekerja-pekerja K&R Company yang baru sedar kemunculan Puteri MS di pejabat itu terus menyerbu Nisha untuk mengambil gambar dan tandatangan autograf. Nisha tergelak dibuatnya. “Maaf Encik Kasran, first time dapat jumpa dan lihat puteri secara dekat, kami nak bergambar dengan dia” kata salah seorang pekerja K&R Company. “Selalu tengok dalam majalah rupa-rupa puteri lebih cantik di luar, macam bidadari, tak salahlah komen penulis etikel tu, puteri bidadari di alam reality, pipi pauh dilayang, alis mata yang lentik , lesung pipit yang menawan, bibir yang mungil, dagu yang cantik, hidung bak seludang, kulit putih melepak, rambut panjang mengurai” Raisudin dah macam orang angau. “Kau ni betul ke tak Sudin? Dah macam orang kat Tanjung Rambutan” tegur Encik Kasran. “Ya lah abang Sudin ni” tambah Karina pula. Nisha tergelak melihat gelagat Sudin sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. “Terimakasih uncle, Kak Rina kerana sudi temankan Nisha sampai sini” Nisha terus menekan kunci kereta. “Sama-sama,uncle yang rasa terharu sebab puteri sudi pijak kaki ke pejabat uncle” “Ok uncle, Kak Rina assalammualaikum” “Waalaikummussalam” Nisha terus memasang cermin mata gelapnya kemudian memboloskan dirinya di dalam kereta, kerana cuaca tidak panas dia terus membuka bumbung keretanya untuk menikmati udara segar kemudian mengangkat tangannya kepada Karina dan ayahnya ketika keretanya beransur-ansur meninggalkan tempat tersebut. “Fuhh..Porshce Turbo Cabriolet, entah berapa harga kereta tu” ujar Encik Kasran sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. “Cantik, bijak, kaya tapi tak sombong, memang layak dapat gelaran Puteri Melayu Sejati, ya ayah”ucap Karina pula. “Wajah lembut sejuk mata memandang, siapa nama puteri sebenar lupa ayah nak tanya” “Sebab tu Ratu Elizebeth beri gelaran Princess face of heaven, nama penuh puteri banyak jugak perlu ingat, Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan kalau tak silap itu yang Datuk Qhairul beritahu Rina waktu Rina jumpa dia orang berdua malam tu” balas Karina sambil tersenyum sewaktu berjalan beriringan dengan ayahnya menuju ke restoran berdekatan. “Pelik nama tu, ada nama Cina, tapi hujung nama ayahnya pulak bunyi nama Pakistan, Rina jumpa dia dengan Datuk Qhairul” tanya Encik Kasran pula. “Ya, dia orang tengah hangat bercinta” jawab Karina. “Tapi ayah dengar ada gossip dia dengan Tengku Farid, Datuk Qhairul tu raja kasanova, siapa tak kenal perempuan keliling pinggang” ujar Encik Kasran pula. “Tu Rina tak pasti tapi depan-depan Rina dia orang berdua mengaku dan cakap dia orang nak kahwin pun hujung tahun ni” tambah Karina lagi. “Mudanya puteri tu kahwin, ni mesti kes Datuk Qhairul yang tak boleh tunggu lama-lama ni, akhirnya tumbang juga seorang raja kasanova Asia tu ya” Encik Kasran tergelak sendiri. “Datuk Zamree macam mana, Rina dah jumpa dia, dia masih cintakan Rina ke?” “Dari dulu hingga kini Zamree memang tak pernah jatuh cinta pada Rina, hanya Rina yang cintakan dia. Kami bertunang sebab dia kata dia sayangkan Rina. Tapi sekarang Zamree sudah pun temui cintanya tapi malang bukan pada Rina. Zamree cintakan puteri, sekarang Zamree dan Datuk Qhairul cintakan perempuan yang sama, semalam Rina dengar sendiri Zamree mengakui perasaannya pada puteri” ujar Karina dengan wajah yang sedih. Encik Kasran menggelengkan kepalanya. Dia buntu untuk memikirkan masalah Karina. Karina satu-satu anaknya tapi semuanya berlaku berpunca dari Karina sendiri meskipun peristiwa itu tidak benar, sekadar lakonan Karina dengan sepupunya tapi dia masih ingin melihat kebahagiaan Karina hidup bersama insan yang dicintainya. Bab 66 Sudah separuh hari Zamree tidak masuk ke pejabat hari itu, Qhairul berkali-kali menghubunginya namun suara operator yang kedengaran di telefon bimbit Zamree. Qhairul cuba memikirkan sebarang kemungkinan punca Zamree tidak muncul di PJ Holding hari tersebut. “Mana pergi Zamree ni?” Telefon bimbit Qhairul tiba-tiba berbunyi, lama nama itu tidak membuat panggilan. “Hah..Bakar, apa mimpi kau telefon aku tengah hari buta ni” “Macam mana ada istilah tengah hari buta ni bos?” terdengar suara gelak kecil Bakar di talian. “Hanya aku yang ada istilah tu” balas Qhairul pula. “Ada benda nak khabarkan pada bos ni, semalam dua orang kita kena lanyak oleh seorang perempuan bos, tak sempat balas balik, gua ada kat kelab semalam, Gua tengok dari jauh je, gua macam kenal je awek tu, dahlah awek tu cun giler, gua mula nak masuk campur bila dia lanyak orang gua tak sampai 1 minit tapi bila gua tengok ada Datuk Zamree dan Tengku Farid tidak jauh dari situ, gua pun terus cancel, rasa-rasa gua awek tu girls friend youlah bos ‘Nisha’ yang bos bawak naik motor malam tu” ujar Bakar panjang lebar. “What! Kau pastikah ni Bakar?”tanya Qhairul sambil mengerutkan dahinya. “Ya, tapi Datuk Zamree macam tak betul, mabuk kot, dia macam ada satu problem dengan awek bos tapi lepas tu awek you lontar gelas ke dinding, hampir satu kelab terkejut. Lepas tu gua tengok awek you serang meja seorang perempuan kebetulan dua orang gua ada sama kat meja tu”cerita Bakar lagi. “Kenapa kau tak larang orang-orang kau” suara Qhairul makin tegang. “Gua pun baru ingat dan sedar bos” “Kalau aku dengar lagi orang-orang kau kacau dia lagi, nahas kau orang aku kerjakan”jergah Qhairul dengan suara yang tinggi. ‘Releklah bos, aku dah cakap dengan dia orang, aku tak sangka peristiwa ni boleh berlaku, tapi gua janji perkara ni tak kan berulang lagi. Kalau bos teman dia semalam mesti perkara tu tak berlaku” jawab Bakar lagi. “Kau tahu siapa perempuan yang dia serang tu?” “Kalau tak silap Yasmine Hana, director filem tu” Qhairul agak terkejut mendengar nama Yasmine Hana yang disebut oleh Bakar. “Ok bro, thanks for your informations”.Qhairul terus menamatkan panggilannya. Qhairul termenung sejenak cuba memikirkan sesuatu. Semalam dia baru balik dari Jakarta dan sampai di rumah pukul 12 malam, keletihan dia terus tertidur. “Apa sayang dah buat ni?” Qhairul cuba menghubungi Nisha tapi tiada jawapan. ‘Kenapa Nisha tak angkat ni!’ mesti ketiadakhadiran Zamree ke pejabat hari ini ada kena mengena dengan cerita yang diberitahu oleh Bakar tadi. “Zam ni pun satu hal, apa hal minum air syaitan tu, kau nak luahkan perasaan kau pada Nishakah Zam?” Qhairul bercakap sendiri kemudian menghembuskan nafasnya, keluhan yang begitu berat kedengaran. Dia terus mencapai kunci kereta kemudian terus keluar dari biliknya. “Zizie, saya nak keluar, batal semua appointment saya petang ni” tanpa menunggu jawapan Zizie, Qhairul terus berlalu meninggalkan PJ Holding. Keretanya terus menghala menuju ke Golden Hill, setelah melalui pos jaga, Qhairul terus memakirkan keretanya di sebelah Ferari Zamree. Sahlah memang Zamree ada di rumahnya,tepat telahan hati Qhairul. Berkali-kali dia menekan loceng pintu penthouse Zamree tapi tiada siapa yang membukanya. Sebaik sahaja tombol pintu di pusing, rupa-rupanya pintu itu tidak berkunci. “Bahaya Zam ni, pintu pun tak kunci” kedengaran suara Qhairul bercakap sendiri. Semalam Nisha dan Karina lupa menguncinya. Melihat tiada sesiapa berada di ruang tamu Qhairul terus meluru ke bilik tidur. Zamree masih lagi tertiarap atas katil. Qhairul terus terpandang tulisan berwarna merah di atas cermin meja solek di bilik itu “Zam, berilah peluang untuk aku pula merasa apa yang dinamakan cinta, dulu kau pernah janji dengan aku kalau kita cintakan perempuan yang sama kau akan mengalah tapi kenapa kau tak tunaikan janji kau pada aku Zam, kenapa Zam?”Qhairul terus mengoncang tubuh Zamree, tubuh Zamree berasa bergitu berbahang. “Nisha…aku nak Nisha rul, aku cintakan Nisha, aku sayang Nisha’ “Nisha..abang cintakan Nisha..” Zamree terus meracau-racau “Kau demam Zam, kenapa kau boleh jadi teruk macam ni, jom kita pergi hospital” wajah Zamree begitu pucat dan tidak bermaya. Dengan kudrat yang ada Qhairul memapah Zamree keluar dari penthouse lalu membawanya ke hospital.Zamree terus tidak sedarkan diri.Qhairul bimbang penyakit lama Zamree menyerangnya semula. Nisha melihat 3 panggilan tidak dijawab terpapar atas skrin telefon bimbitnya. Dia tertinggal telefon bimbitnya semasa sedang singgah di salah sebuah kedai buku. Ketiga-tiga panggilan tersebut dari Qhairul. “Hello..maaf bang Nisha tertinggal pon dalam kereta” “Sayang kat mana ni?” “On the way nak balik rumah” “Pergi hospital sekarang, Zamree masuk hospital” “Bila, hospital mana?” “Baru je, Hospital Pantai, tempat Nisha hari tu” “K, Nisha ke sana” Selepas menemukan tempat parkir, Nisha terus berjalan laju menuju ke wad kecemasan, dari jauh dia nampak Qhairul sedang duduk di atas kerusi menunggu di hadapan bilik pemeriksaan. Dia terus menghampiri lelaki tersebut lalu menegurnya. “Abang bila sampai?” setahunya lelaki itu ke Jakarta pagi semalam ada hal penting di sana. “Kerja abang settle sebelum pukul 9 jadi abang terus ambil terus balik. Abang sampai pukul 12, abang tak sempat nak cal sebab terlalu letih terus tertidur bila sampai rumah” Nisha mengangguk faham. Masalah Zamree membuatnya lupa tentang lelaki itu malam tadi. Qhairul ada menghubungi sebelum maghrib tapi tidak mengkhabarkan akan pulang malam itu juga. “Abang Zam sakit apa bang?” “Macam deman panas tapi dia tak sedar dari tadi, abang takut penyakit lama dia datang lagi” “Maksud abang, penyakit yang perlu menjalani penambahan darah tu lagi ke?” “Yes, sayang ok ke?” Nisha menganggukkan kepalanya. Qhairul memeluk bahu gadis tersebut supaya duduk dekat di sampingnya. Seorang doktor keluar dari bilik kemudian diikuti pula oleh Dr. Syafik. “Macam mana Fik, Zam ok ke?” “Dua perkara, bila dia demam panas itu tandanya penyakit lama dia will come back again, kena tambah darah jenis yang sama dalam tempoh 24 jam, dan macam biasa youlah jawapannya, darah you” terang Doktor Syafik menceritakan keadaan sebenar Zamree. Kedua-dua lelaki mereka berpandangan seketika. “Kita buat hari ni jugak” balas Qhairul memberi persetujuannya demi menyelamatkan sepupunya. Matanya masih menyorot memandang wajah Dr.Syafik. “Sebelum tu I nak pasti you betul-betul sihat dulu” balas Doktor Syafik. “I sihat fik, really”jawab Qhairul meyakinkan Dr. Syafik. “Kalau macam tu you relek dulu, ambil pemakanan yang cukup, petang nanti you datang balik sini” ujar Dr.Syafik lagi. “Ok, thanks fik, kami nak ke kantin sekejap, lepas tu I jenguk Zam semula”. Dr. Syafik menjerling gadis yang sedang berdiri berdekatan Datuk Qhairul. Gadis itu sedang asyik dengan terlefon bimbitnya seperti sedang manaip sms. “Tunggu bang Nisha nak sms pada Kak Rina” selepas itu Qhairul dan Nisha terus ke kantin hospital. “Abang tak nak baliklah, kita tunggu sini ya” ujar Qhairul sambil melabuh punggung di sebuah kerusi di sebelah Nisha “Sayang, apa berlaku semalam? cuba cerita dengan abang” pinta Qhairul lalu menggenggam tangan gadis tersebut. Nisha terus memandang mata Qhairul. “Abang Zam cal Nisha, dia ajak keluar sebab ada hal dia nak bincang dengan Nisha.Dia bawa Nisha ke Regalis Club. Sebelum ke situ Nisha dah sms Karina suruh dia datang sekali tapi Karina datang agak lambat malam tadi” Nisha memberitahu semua kata-kata yang diucap oleh Zamree padanya. “Nisha dapat rasakan perubahan sikap abang Zam, Nisha tahu tu bukan diri abang Zam sebenar, mungkin ada sesuatu yang mempengaruhinya. Nisha terbau sesuatu yang tak menyenangkan waktu dia peluk Nisha. Nasib baik Nisha tolak segelas air yang abang Zam pesan. Abang Zam minta jus oren untuk Nisha yang kebetulan ada seorang waiter sedang tatang dulang jus oren ketika tu. Abang Zam sorang je yang minum air tu. Ada orang tukar order kami dia ganti dengan air syaitan tu, Nisha terus lontar gelas tu ke tepi dinding. Waiter bocorkan rahsia siapa yang tukar order kami. Yasmine Hana, mungkin niat dia supaya Nisha dan Abang Zam buat perkara sumbang malam tadi. sebab tu Nisha serang dia” “Siapa tolong sayang hantar Zam balik” “Karina, dia datang sebelum Nisha serang Yasmine Hana dan kuncu-kuncunya yang bengap tu” Qhairul tergelak. “Nisha guna silat apa malam tadi? “Gerak lincah dan Cekak..hee..”Nisha menjelirkan lidahnya. “Sayang ni kan tak tunggu abang, kalau abang ada dapat juga abang warming up sekali” “Abang tahu tak, Tengku Farid ada tapi dia tumpang tengok je, pagi tadi dia telefon dia kata kalau heroin dah terdesak barulah hero turun” Qhairul terkekek-kekek ketawa mendengar cerita Nisha. “Abang tahu cerita ni dari mana?” “Bakar, ingat Bakar, ketua mat motor tu, dia ada di kelab semalam, dua lelaki yang sayang bantai tu orang dia” “Apa? betul ke bang?” “Ya, tapi ingat tau lain kali jangan buat kerja sorang-sorang, kalau nak lanyak orang tunggu abang dulu, abang nak try juga power abang yang lama tersimpan ni” akhirnya pasangan tersebut terkekeh-kekeh ketawa ketika menikmati makanan yang di pesan. Dr. Syafik terus memeriksa rekod perubatan Zamree, setelah berpuas hati dia menyerahkan kepada jururawat yang akan membantunya untuk proses penambahan darah Zamree untuk petang nanti. “Razis, Kamal, Malik kalau kau orang nak tengok bidadari di alam realiti jom ikut aku ke kantin sekarang” Dr. Syafik memanggil rakan-rakan doktornya. “Apa maksud kau Syafik, bidadari apa?”tanya Dr. Razis. “Puteri MS, Princess face of heaven ada kat hospital ni, dia di kantin sekarang tapi bersama lelaki Hero Malaysia, Datuk Qhairul Azamin, cussion dia Datuk Zamree masuk wad, jom..rugilah kalau kau orang tak ikut, ni je peluang kau orang nak tengok dia secara real” ujar Dr. Syafik. Tanpa berlengah, terburu-buru empat orang doktor lelaki itu menuju ke kantin hospital. Qhairul dan Nisha tidak menyedari kehadiran mereka berdua di situ menjadi tumpuan. Beberapa pasang mata asyik mencuri pandang ke arah pasangan tersebut. Doktor Syafik muncul bersama beberapa orang rakan doktor muncul mendekati meja Qhairul dan Nisha. “Ni Datuk Qhairul Azamin, ni Puteri MS kan” Nisha mengangguk kepala dan tersenyum ketika Syafik memperkenalkan pasangan tersebut kepada rakan-rakan doktornya yang mengunjungi meja tersebut. Selepas bersalaman dengan Qhairul mereka terus membuat pesanan masing-masing dan terus duduk di meja yang sama. Kerancakkan perbualan Qhairul dan Nisha sebentar tadi tergangggu oleh kehadiran empat orang doktor tersebut. “Karina sms” Nisha menunjukkan telefon pada Qhairul kemudian menjawab sms gadis tersebut. Qhairul memandang wajah Dr.Syafik. “Cukup sensasi cerita you berdua sekarang, dah tu susah betul reporter nak korek rahsia puteri dan 3 jejaka terhebat Malaysia, sampai I terbaca dalam satu majalah, Tengku Farid sanggup sanggup lepas tahta demi Puteri MS. Is it true princess” Dr. Syafiq tersenyum memandang Nisha menunggu jawapan gadis itu. “Tengku Farid not willing to sacrifice a state by an unrequited love” jawab Nisha kemudian memandang ke wajah Dr. Syafiq. “Why? puteri tak ingin ke nak jadi seorang sultanah untuk sebuah negeri or may be kalau sempat jadi permaisuri Agong” balas Dr.Syafik pula. “Dengan kehidupan yang sentiasa terikat dengan jadual dan peraturan? tak serasi rasanya dengan jiwa saya” Dr. Syafik tergelak dengan jawapan Nisha. “How ever, love comes from Allah, not be forced, tapi kalau dah itu takdirnya, I redha tapi kalau masih boleh elak kenapa nak susahkan diri”ujar Nisha lalu tersenyum memandang Dr Syafik, terserlah lesung pipitnya. Bergetar jantung Dr. Syafik buat seketika lebih-lebih lagi ketika berdepan seperti itu. “You doktor mana nak lawan bakal seorang lawyer, lainlah kalau you doktor cinta” tergelak satu meja mendengar kata-kata Qhairul. “Really, you will be a lawyer,where ?” “Yes,UM”jawab Qhairul, Nisha cuma tersenyum. “Great, beautiful and intelligent. Patut pun Tengku Farid sanggup mencemar duli nak dapatkan puteri ni”usik Dr. Syafik. “Have to accept,must become the adoptive brother forever” Dr.Syafik akhirnya tergelak memanjang mendengar jawapan Qhairul. “Dengar khabar you berdua baru balik dari London jumpa Ratu Elizabeth, Puteri dapat gelaran yang kini seluruh dunia dah kenal puteri sebagai Princess face of heaven” “I teman Puteri buat fesyen show di sana and PMS dijemput ke istana Buckingham, I dan Puan Engku Faridah temankan yang temankan dia jumpa ratu” Qhairul menceritakan kedudukan yang sebenar. “Gelaran tu memang sesuai dengan puteri sebab sesiapa yang pandang you akan jatuh cinta” tambah Dr. Syafik sambil tersenyum. “But kena langkah mayat I dulu kalau nak dapatkan cintanya” sambung Datuk Qhairul tersenyum. Dr. Syafik dan kawan-kawan doktornya tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Jadi, How you two,when to get married”soal Dr. Syafik “End of this year, sedang buat preparations” “Where you want to wedding”tanya Syafik sambil menikmati makanan di depannya. “Di Bumilah, nak buat kat mana lagi” jawab Qhairul, Syafik tergelak. “Tahulah I kat Bumi, tapi manusia yang duit berbillion-billions macam you, mana tahu nak buat kat kayangan ke, kat bulan ke, kan yang you nak kahwin ni puteri kayangan” balas Syafik sambil bergurau. Kedua-dua lelaki tersebut turut sama-sama tergelak termasuk kawan-kawan doktornya yang turut memasang telinga mendengar perbualan Syafik dengan Datuk Qhairul. “Kami berdua bolehlah pergi tapi I takut you yang tak boleh datang tengok I berdua bersanding nanti. Gurau ajelah Syafik,by the way satu majlis I akan buat di vila kami di Melaka, satu lagi I buat di KL ni” “Congratulationslah for you two, the greatest lover and sensation” ujar Dr.Syafik sambil tersenyum.. “I minta diri dulu Syafik, and you all, nak tengok Zam sekejap” “Jom sayang” Qhairul terus memimpin tangan Nisha meninggalkan meja tersebut. “Fuhh.. nampaknya gayanya tak tidur malamlah Datuk Qhairul tu bila dah kahwin nanti dapat isteri cun giler macam tu” ujar Dr.Ramzi ketika Qhairul dan Nisha sudah jauh meninggalkan meja tersebut. Gamat meja itu seketika mendengar kata-kata Dr.Ramzi. “Bila dia senyum kat aku tadi, macam nak luruh jantung. Kalau aku tak boleh control BP aku tadi silap gaya masuk ICUlah aku petang ni” “Kau ni lawaklah Syafik” ujar Dr.Malik “Entah berapa juta dah Puteri MS tu dah dapat dari Datuk Qhairul tu” ujar Dr. Syafik pula. “Sekarang aku kau orang fikir, bandingkan money or power yang mana lebih hebat?” Doktor Malik yang tumpang tergelak dari tadi bersuara lagi “Money kot, sebab Datuk Qhairul dah menang, Tengku Farid dah kalah” tergelak besar keempat-empat doktor tersebut mendengar jawapan Doktor Ramzi. “Betullah tu, duit boleh beli kuasa tapi ada ketika kuasa tu berada atas duit contoh kat bank tu, kalau pegawai tu tak sign dokumen mana duit tu nak keluar”. tambah Doktor Syafik yang masih lagi dengan sisa ketawanya. “Apalah yang doktor-doktor tu bincangkan dari tadi gelak tak henti-henti” beritahu seorang jururawat kepada rakannya yang turut menikmati makanan di kantin tersebut. Karina duduk di sebelah katil Zamree, rambut lelaki itu diusapnya perlahan-lahan dengan tangan. Air mata yang mula berlinang di kelopak matanya hampir jatuh namun cepat-cepat disekanya dengan tangan. “Zam, I tahu cinta you pada I dah lama padam, tapi cinta I pada you tak pernah berubah, sampai ke akhir hayat I hanya you lelaki yang I cinta, I kembali kerana you, I tak pernah khianati cinta kita. I terpaksa Zam, I sakit, I tak nak you sama-sama menanggung derita disebabkan I” Karina menangis teresak-esak di sisi Zamree. “Kak Rina, sabarlah, abang Zam tak apa-apa, selepas abang Qhairul beri dia darah nanti dia akan pulih seperti biasa” Nisha mengurut-gurut bahu Karina. “Abang Zam, abang dengar tak, Nisha datang ni, abang sayang Nishakan? jangan tinggalkan Nisha bang, Nisha adik abangkan, kita adik kembarkan” Nisha terus memeluk tubuh Zamree. “Nisha,” suara Zamree kedengaran begitu lemah. “Abang Zam rehatlah ya, tak payah cakap, Nisha dan abang Qhairul akan jaga abang” rambut Zamree dielusnya perlahan-lahan dengan tangannya. Seorang jururawat menolak streacher Zamree menuju ke sebuah billik, Qhairul sedang berbaring dalam bilik tersebut untuk menjalani proses pemindahan darah kepada Zamree. Nisha bercakap sesuatu dengan Doktor Syafik. “Ambil masa dalam 2 ke 3 jam, kalau puteri balik dulu pun tak apa, nanti datang semula” ujar Dr.Syafik sebaik dia terpandang Nisha. Qhairul meraih tangan Nisha dan lama mata mereka bersatu. Sebuah senyuman terukir di bibir masing-masing. “Sayang hantar kereta balik, ajak Karina untuk sayang tumpang balik sini semula” Nisha mengangguk kepalanya. “Nisha datang semula lepas maghrib, ok Nisha pergi dulu ya bang” Nisha beriringan dengan Karina meninggalkan hospital tersebut. Sepanjang dan selepas proses pemindahan darah Qhairul tertidur. Nisha dan Karina menghampiri katil dua lelaki tersebut. Dr.Syafik turut muncul di bilik tersebut lalu tersenyum memandang Nisha. “Macam mana doktor, semua ok ke?” matanya tertumpu pada Qhairul yang sedang tidur lena. “Ya, Qhairul perlu berehat dulu, bila dia sedar nanti beri dia makan dan minum, tapi Zamree ambil masa sikit, dia perlu berehat di hospital dalam tempoh seminggu untuk memastikan tahap kesihatan tubuhnya” ujar Dr.Syafik. “Puteri ada bawa makanan ke, kalau tak saya suruh jururawat hantar makanan ke sini” tanya Dr.Syafik lagi. “Tak perlu, saya ada bawa makanan untuk mereka berdua”balas Nisha. Pintu bilik tiba-tiba terbuka, Tengku Farid muncul bersama bondanya. Nisha memeluk dan mencium pipi Puan Engku Faridah. Tengku Farid bersalaman dengan Dr. Syafik kemudian bercakap sesuatu. “Maaf Nisha bonda, sebab Nisha tak dapat datang rumah malam ni” sambil matanya menatap wajah Puan Engku Faridah dan Tengku Farid bersilih ganti. “Never mind, bonda faham, macam mana keadaan mereka berdua” tanya wanita itu. “Abang Qhairul cuma perlu rehat, Abang Zam kena tunggu kesan darah tu dalam tempoh seminggu” sahut Nisha sambil memandang wajah Zamree yang masih belum sedar. “Kenalkan bonda, kawan Nisha Karina” Puan Engku Faridah senyum memandang Karina sambil menyambut tangan gadis tersebut. Tengku Farid tersenyum memandang Nisha, kemudian menarik tangan gadis tersebut menuju ke sofa tamu bilik tersebut. “Macam mana semalam, apa masalah perempuan tu?” tanya Tengku Farid sambil menatap mata Nisha. “Dia yang tukarkan pesanan Abang Zam dengan air syaitan tu” jawabnya dengan nada yang kesal. “Apa sebenar motif dia buat macam tu” tanya Tengku Farid lagi. “May be moga Nisha dan abang Zam buat benda tak senonoh kot” Dahi Tengku Farid berkerut mendengar penjelasan Nisha. “Satu benda lagi kanda, semalam Nisha rasa benda tu datang lagi nak kacau Nisha” ujar Nisha lagi sambil memandang wajah Tengku Farid. “Be careful dinda, kanda akan tolong doakan agar dinda dapat lawan benda tu” Nisha menganggukkan kepalanya. Sedikit senyuman terukir di bibirnya. Melihat Qhairul sudah sedar, Nisha terus menghampiri lelaki itu. “Abang ok ke? ada rasa pening-pening, kalau pening abang jangan bangun dulu” tanyanya sambil tangannya menyentuh bahu Qhairul. “Abang rasa ok cuma haus” balas Qhairul dengan suara yang agak lemah. “Ni air abang minum dulu” sambil menghulurkan minuman soya kotak yang telah dimasukkan penyedutnya. “Lepas ni abang mesti makan ya, nanti Nisha suap” Tengku Farid tersenyum melihat layanan Nisha pada Qhairul, dia kemudian membantu Nisha meletakkan bantal di belakang Qhairul untuk memudahkan lelaki duduk bersandar di kepala katil. Perlahan-lahan Nisha menyuapkan Nasi dan lauk ke mulut lelaki itu, Qhairul nampak berselera diperlakukan Nisha seperti itu. “Zamree sakit apa sebenarnya Rul” tanya Puan Engku Faridah. “Berkaitan dengan darah, Zam sering mengalami kekurangan darah merah, simptonnya dia akan mengalami demam panas yang teruk dan sukar bernafas, dia mengalami penyakit ni sejak kecil. Masalahnya darah pada tubuh Zam agak payah didapati, hanya saya yang memiliki darah yang serupa dengan dia sebab itu bila penyakitnya berulang saya yang akan jadi pendermanya. Itu faktor utama kenapa kami berdua tak boleh berjauhan, Zam boleh berjauhan dengan keluarganya tapi tidak dengan saya, darah yang mengalir dalam tubuh Zam adalah darah saya sebab mungkin itu sebab kami boleh sepakat dalam banyak benda dan tidak mustahil kami menyukai perkara yang sama”ujar Qhairul panjang lebar. Puan Engku Faridah cuba memahami apa yang maksud yang tersirat di baris akhir kata-kata Qhairul. Selang beberapa ketika Datuk Wazir dan Datin Roziah muncul. “Kau sihat Rul” tanya Wazir. “Aku okey, cuma Zam kena ambil sedikit masa untuk sesuaikan darah aku dalam tubuhnya” Qhairul menoleh Zamree di katil sebelahnya, masih belum sedar. “Abang nak lagi ke?Nisha ada bawa nasi lebih” tanya Nisha bila bekas nasi di tangan sudah habis di suapnya ke mulut lelaki tersebut. “Dah, abang dah kenyang” Nisha kemudian menghulur sekotak lagi minuman kotak kepada Qhairul. Nisha berpaling pada Zamree di katil sebelah. “Abang Zam nak makan ke Nisha boleh suapkan”, walaupun lelaki itu belum sedar Nisha sengaja cuba bercakap dengannya. Nisha mengusap-gusap kepala Zamree.Tanpa disedari air matanya menitis keluar dari kelopak matanya jatuh ke menimpa kelopak mata Zamree. Karina terus menghulurkan sehelai tisu kepada Nisha. Perlahan–lahan gadis itu mengelap air matanya di kelopak mata Zamree. Tiba-tiba tangannya disentuh seseorang. “Abang Zam dah sedar, Alhamdulillah” ujar Nisha sambil tersenyum memandang wajah Zamree. “Nisha, abang kat mana ni? kepala abang peninglah” suara Zamree perlahan bercampur serak. “Abang kat hospital, baru lepas terima darah Abang Qhairul, abang rehat ya, Nisha ada sini jaga abang” “Tapi malam tadi abang rasa abang dah ..”Zamree cuba mengingat sesuatu. “Dah..abang jangan risau Nisha dah sampaikan bahagian abang malam tadi, abang jangan fikirkan lagi” Nisha menekan butang untuk memanggil doktor. Beberapa minit kemudian Doktor Syafik muncul lalu terus memeriksa keadaan Zamree. “You kena tunggu 2 atau 3 hari lagi untuk sure betul-betul untuk tubuh you boleh terima darah Qhairul, kalau boleh you makan dan minum dulu” pesan Dr.Syafik kemudian berlalu meninggalkan bilik tersebut. Zamree menjerling seorang gadis yang berdiri tidak jauh dari katilnya. Dia cuba mengenalpasti gadis tersebut wajahnya tiba-tiba berubah, cepat-cepat Zamree memalingkan melihat wajah Nisha kemudian tersenyum. “Nisha suap abang makan ya” Zamree menganggukkan.Tengku Farid kemudian turut membantu Nisha membetulkan duduk Zamree dengan meletakkan bantal di belakang lelaki itu. Selesai habis makanan dalam bekas di suapkan ke mulut Zamree, Nisha menghulurkan sekotak minuman yang sudah dimasukkan penyedut kepada lelaki tersebut. Tengku Farid memerhati setiap perlakuan Nisha dengan penuh asyik. “Kalau macam ni, kena buat turnlah siapa yang nak sakit dulu, lepas ni kanda nak demamlah, dinda jaga kanda ya, suapkan kanda makan”gurauan Tengku Farid dibalas gadis tersebut dengan sebuah senyuman . “Nak kenakan Nishalah tu tapi tak apa Nisha sedia berkhidmat jadi jururawat kanda bila sakit” balas Nisha sambil tersenyum. “Ya ke, Alhamdulillah” tengku Farid menadah tangan ke atas bagaikan berdoa. Nisha terus tergelak. Puan Engku Faridah turut tergelak mendengar gurauan Tengku Farid pada Nisha. “Abang Zam rehatlah ya” sambil tangan membetulkan selimut menutupi tubuh Zamree. Karina memandang dengan perasaan yang begitu sayu dan kecewa, hatinya marah pada dirinya. “Sepatutnya aku yang melayan Zamree pada saat dia memerlukannya seperti sekarang. Kenapa Zamree boleh menerima puteri sebaik ini, layanan yang tidak pernah aku dapat sewaktu kami bercinta dan bertunang dulu. Zam.., betulkah dulu kau cintakan aku Zam, adakah ini cinta yang kau cari sebenar-benarnya selama ini” Karina menyeka air mata yang mula bergenangan di kelopak matanya. Bab 67 Zamree mula melelapkan matanya semula. Tengku Farid serta bondanya dan Datuk Wazir serta isterinya meminta diri untuk balik begitu juga dengan Karina. “Kak Rina, Nisha harap Kak Rina faham situasi saya sekarang, ditelan mati emak, diluah mati bapak, kedua-duanya Nisha sayang tapi percayalah hanya seorang yang Nisha cinta, sabarlah Kak Rina, kalau dah jodoh tak ke mana” Karina tersenyum mendengar kata-kata Nisha. “Kita temankan Zam malam ni, esok pagi baru kita balik” ujar Qhairul sambil memandang wajah mulus gadis tersebut. “Kalau macam tu Nisha pergi solat Isya’ dulu” Nisha meninggalkan Qhairul menemani Zamree di dalam bilik tersebut. “Zam! Aku tahu kita mahukan benda yang sama, aku dan kau cintakan Nisha tapi berilah dia peluang menentukan kehendak hatinya, berika dia kebahagian seperti yang kita janjikan untuknya. Sama ada dia pilih aku atau kau, dia akan sentiasa bersama kita, dia akan dekat pada kita, kita masih boleh memandangnya, masih boleh melihat senyumnya, masih boleh mendengar suara dan tawanya, masih boleh menjaga dan melinduginya, masih boleh memberi kasih sayang padanya. Zam! Kau dan Nisha adalah dua benda yang amat berharga dalam hidup aku, kalau Nisha tangan kiriku kau pula adalah tangan kananku, kalau hilang satu aku tak terdaya Zam. Kalau aku mengahwini bukan beerti aku merampasnya dari kau, dia tetap sayang kau dan kau masih boleh terus menyayangi sebagai seorang saudaranya”.Qhairul mengenggam tangan Zamree, air mata yang berlinangan di kelopak mata cepat-cepat disekanya dengan tangan. “Rul..! “Qhairul terkejut lalu terus memandang tepat ke wajah Zamree, Zamree telah mendengar semua kata-kata sebentar tadi, Zamree berpura-pura tidur rupanya. “Aku tak pernah mencintai mana-mana perempuan sebelum ini, termasuk Karina, aku bohong pada kau tentang cinta aku pada Karina. Aku menyayanginya tapi tak pernah mencintainya.Walaupun kau nampak aku terseksa bila Karina tinggalkan aku tapi sebenar aku tak rasa di lukai tapi aku cuma rasa terhina dan dibohongi, maruah aku tercabar. Nisha bawa segala-galanya untuk aku, cinta, kasih sayang, kegembiraan, Nisha penghibur hatiku rul, Nisha ada segala-galanya yang ku cari selama ini tapi kau juga adalah nyawa aku, tengok sekarang, tanpa kau aku tak boleh teruskan hidup, aku mati kerana Nisha tolak cinta aku tapi kau hidupkan aku semula dengan titisan darah kau, kau berdua sama-sama penting bagi kau. Aku perlukan kau berdua hidup bahagia di sisi aku, di depan mata aku supaya aku boleh meneruskan kehidupan. Kita umpama seri dalam satu perlumbaan cuma kau dapat hadiah yang lebih berbanding aku. Kita sama-sama dapat kasih sayangnya cuma kau menangi cintanya. Nisha cinta pertama aku dan mungkin juga yang terakhir aku, aku cintakan Nisha sepenuh hati, seluruh jiwa, aku tak mampu membuang dan melupakannya dari hati aku dan kalau terpaksa akan aku bawa cintaku sampai keakhir nafasku. Untuk dapat kematian dan kehidupan aku redha Rul. Aku rela dan izinkan kau mengahwini Nisha, bahagiakan dia dengan cinta kau, tapi jangan sekali-kali khianatinya. Aku mengalah bukan beerti aku kalah tapi aku masih ingat pada janji aku pada kau dulu, tapi cuma minta satu perkara dari kau izinkan aku untuk terus mencintai Nisha kerana Nisha adalah nyawaku, sebagaimana kuatnya cinta kau padanya begitu juga utuhnya cinta aku padanya” Zamree menggenggam erat tangan Qhairul setelah menamatkan kata-katanya. Qhairul mengangkat kepala lalu memandang tepat ke wajah Zamree. “Zam, walaupun aku menikahi Nisha, kau tak kan kehilangannya. Kita masih tetap ada hubungan yang tak boleh dipisahkan, kau sepupu aku, satu-satu saudara aku yang ada di dunia ini, bila Nisha mengahwini aku bererti Nisha akan jadi saudara kau juga, hubungan yang akan kekal sampai bila-bila. Sayang aku pada Nisha kerana cinta tapi sayang aku pada kau kerana saudara. Kebahagiaan aku adalah kebahagiaan kau begitu juga kebahagiaan kau adalah kebahagiaan aku. Kita saling perlu memerlukan, kau restulah perkahwinan aku dan Nisha kerana restu kau amat perlu untuk kebahagian aku dan Nisha” Zamree menanggukkan kepalanya kemudian tersenyum memandang Qhairul. Nisha muncul dengan sebungkus buah epal merah dan pisau di tangannya. “Eh, abang Zam dah sedar, kalau macam tu kita makan buah epal ya, Nisha beli kat kedai bawah tadi”sambil melemparkan senyuman manisnya pada kedua lelaki tersebut. “Abang Qhairul pergilah solat dulu ya sementara Nisha kupas buah ni” tambahnya lagi. Qhairul terus melangkah meninggalkan bilik tersebut sementara Nisha membawa buah epal ke sinki untuk dicuci. “Kepala abang Zam dah tak pening lagi ke?” tanya Nisha sambil tangannya mengeluar beberapa biji epal dari plastik. “Tak, abang dah rasa elok sikit”jawabnya kemudian dia terus mengatur duduknya sambil matanya memandang ke wajah Nisha. “Malam ni Nisha dan abang Qhairul tidur sini temankan Abang Zam” sambil tangannya ligat mengupas kulit buah epal. “Nisha, abang minta maaf pasal semalam, tapi abang tak bohong tentang perasaan abang walaupun abang mabuk ketika tu” Nisha berhenti mengupas buah epal di tangan, matanya ditumpukan pada wajah Zamree. “Dalam hidup Nisha cuma ada satu benda yang Nisha cari iaitu kasih sayang dari insan-insan di sekeliling Nisha sebab Nisha dah kehilangannya selama ini. Nisha puas menderita dan dibenci. Nisha ingin rasa disayangi. Nisha tak pernah nak fikir cari kekayaan. Nisha cuma perlu sedikitkan rezeki untuk meneruskan hidup dan menumpang kasih pada yang sudi. Namun kerana perjalanan hidup yang telah diaturkan Tuhan, hidup Nisha jadi begini. Namun Nisha masih sedar siapa diri Nisha sebab itu Nisha masih terus berusaha untuk berjaya dalam pelajaran dan agar boleh mencari sumber sendiri untuk menampung hidup sendiri. Nisha terima semua pemberian dari abang kerana Nisha memang naif dalam menilai maksud pertolongan orang kerana Nisha anggap ia ada cara orang berharta dan kaya raya macam abang menunjukkan kasih sayang. Nisha yang masih bodoh dan mentah tidak pernah terfikir segala resikonya..”kata-kata Nisha terhenti bila Zamree mencelah “Sayang tolong jangan teruskan, abang tak nak mendengarnya, abang salah, abang telah melukakan hati Nisha, abang kesal tapi yang pasti cinta abang tulus, abang tak boleh kehilangan Nisha, sampai bila-bila pun hanya Nisha yang abang cinta. Abang tak nak Nisha pergi dari hidup abang, abang ingin melihat orang yang abang sayang hidup bahagia, abang ingin selalu melihat senyuman Nisha, ingin selalu melihat wajah Nisha, mendengar suara Nisha, tawa Nisha, rajuk Nisha, segala-galanya tentang Nisha”.Zamree menitiskan air matanya. “Abang, dari mula kenal hingga sekarang kasih sayang Nisha pada abang tak pernah berkurang, kerana Nisha dah anggap abang macam abang kandung Nisha. Nisha tak boleh benci abang, tak boleh lupakan abang, tak boleh jauh dari abang. Nisha perlu restu abang untuk meneruskan hidup. Kita tak boleh menyalahkan takdir kenapa cinta Nisha memilih abang Qhairul. Mungkin abang Qhairul memang jodoh Nisha yang dah tersurat sejak azali lagi, kita bertiga bergantung hidup antara satu sama lain, cinta Nisha mengikatkan kita untuk terus bersama”Air mata Nisha deras merembes di pipinya. “Nisha, kerana abang juga percaya pada takdir dan jodoh, kalau dah memang tersurat abang cuma boleh mencintai tetapi tidak memiliki, abang merestui pernikahan Nisha dan Qhairul, berbahagialah sayang, abang berdiri di belakang Nisha dengan cinta dan kasih sayang abang. Nisha dan Qhairul dua-dua penting dalam hidup abang. Abang tak boleh patahkan salah satunya, kalau salah satunya patah abang sendiri yang akan tumbang.” Zamree terus menarik tubuh Nisha dalam pelukannya lalu mencium kening gadis itu agak lama. “Terimakasih bang, abanglah simbol kekuatan Nisha, kunci kebahagiaan Nisha selama ini” ujarnya sambil membalas pelukan lelaki itu. Airmata akhirnya kering bila disekanya berkali-kali. “Ok..Nisha nak sambung kupas buah epal tu” ucapnya sambil merungkaikan pelukannya. Qhairul muncul sambil memegang senaskah akhbar Harian Metro tangannya. “Rul, terimakasih kerana derma darah kau lagi untuk aku” sambil tersenyum melihat wajah sepupunya. “Small matter Zam, selagi aku hidup dan mampu tolong aku akan tolong, kalau nyawa boleh dibahagi dua, aku akan bahagi untuk kau sebab aku tak ada saudara mara lain di dunia ni selain kau” Qhairul mengurut-gurut belakang Zamree kemudian menepuk-nepuk bahunya. “Siapa wedding planner yang kau lantik untuk uruskan Majlis perkahwinan kau dan Nisha?”tenang suara Zamree bertanya soalan yang tidak dijangka ketika itu. “Puan Engku Faridah yang volunteer untuk uruskan semua” jawab Qhairul sambil memerhati Nisha memotong buah epal yang telah dikupasnya. “Kalau macam tu, tentu dia buat pernikahan ala konsep diraja, siap kau rul kau ganti tempat Tengku Farid” Qhairul tergelak dengan kata-kata Zamree. “Zam, aku nak beritahu satu perkara. Mama aku paksa aku kahwin dengan Yasmine dan dia tetapkan tarikh perkahwinan pada bulan yang sama tapi tarikhnya aku tak tahu, aku dah beritahu perkara ni pada Puan Engku Faridah, sepanjang dia buat perparations untuk perkahwinan aku dan Nisha dia akan rahsiakan siapa pengantin lelaki sehingga hari majlis”. “Macam mana dengan surat jemputan?” tanya Zamree seperti kebinggungan. “Kami dah bincang, kami akan letakkan Puteri MS dan Putera MS” Zamree terus tergelak. “Perkahwinan yang paling unik dalam dunia, perkahwinan Yasmine Hana macam mana?” “Aku suruh orang lain ganti tempat aku, aku tahu siapa yang boleh cari pengganti aku” “Siapa?” “Bakar, dia boleh aturkan semuanya, dia tahu siapa lelaki yang sukakan Yasmine sekarang, masa tu nanti duit akan main peranan” ujar Qhairul serius. “Bila tarikh yang kau pilih” “Birthday aku, majlis akad nikah aku buat di vila kita, dan terus bersanding di situ, seminggu selepas tu 31 Disember baru aku buat majlis persandingan dan resepsi di KL”. “Jadi lepas tu jangan pulak kau beritahu aku yang kau nak bawa Nisha tinggal di banglo keluarga kau tu, aku tak mahu Nisha jadi mangsa Puan Sri Datin Hajar” sambung Zamree sambil memandang wajah Qhairul. “Tak, sebab tu aku beli kondominium di Bukit Bintang tu. Aku beli guna nama Nisha supaya tidak dapat dikesan oleh sesiapa” sahut Qhairul sambil tersenyum pada Zamree. “Teruk betul kes kau ni rul, aku pun kena sedia bersedia mental dan fizikal untuk cover line kau selepas ni” keluh Zamree. “Kau kan saudara aku dunia akhirat, kalau aku mati kau pun akan matikan, takkan kau nak biar Nisha hidup menderita kehilangan kita berdua” ujar Qhairul seakan bergurau. “Tak, macam yang kau kata selagi mampu tolong aku akan tolong, janji kau jaga Nisha baik-baik untuk aku, jangan sakiti, jangan lukai dan jangan tipu dan tinggalkan dia, aku bagi kau peluang sekali saja, no second Chaknce” Ucap Zamree dengan nada yang berbau serius. “Aku promise Zam pada diri aku dan kau juga Ku Farid, cuma aku tak boleh janji sekiranya maut menjemputku dan sekiranya ia berlaku tolong jaga Nisha untuk aku dan sekiranya kau tak mampu hubungi Ku Farid, hanya kau berdua yang aku percayai untuk menjaga Nisha sebaik aku dan apa saja yang aku tinggalkan untuknya, ingat Zam, promise with me” terdapat kesayuan dalam suara Qhairul sewaktu meluahkannya. “Aku akan pegang janji kau, dan aku doakan segalanya berjalan dengan lancar” balas Zamree sambil menggenggam tangan Qhairul. “Nah bang makan ni” Nisha menyuapkan epal ke mulut Zamree. Zamree terus membuka mulutnya sambil tersenyum. Kemudian dia menyuap pula ke mulut Qhairul. Dalam keenakan tiga insan tersebut menikmati buah epal, seorang jururawat masuk untuk memberi Zamree makan ubat. “Ni yang abang tak suka duduk hospital, abang tak sukalah dengan ubat-ubat ni semua” rungut Zamree memandang beberapa jenis ubat yang dihulurkan oleh jururawat tersebut. Nisha dan Qhairul tergelak mendengar rungutan Zamree. Zamree terlena lebih awal setelah memakan ubat yang diberikan oleh seorang jururawat yang bertugas malam itu. Nisha dan Qhairul duduk berbual sambil menonton tv di sofa panjang pelawat dalam bilik executives suites itu. “Abang, lusa Nisha terpaksa balik vila, bila Nisha tengok kelendar tadi tempoh berkurung Nisha datang lagi” sambil merebahkan kepalanya ke bahu lelaki itu. “Sayang jangan balik sorang, nanti abang suruh abang Jali jemput sayang, abang tak boleh ikut sebab terpaksa jaga Abang Zam” “Ya, nanti abang berilah alamat rumah Abang Wazir pada Abang Jali, suruh dia sampai dalam pukul 10 pagi, Nisha ajak Kak Rina ikut Nisha” “Berapa lama sayang di sana?” “Biasanya tempoh paling lama Nisha dalam 6 hari” “Kalau Zam boleh keluar dalam tempoh tu, abang bawa dia balik vila, biar dia berehat di sana dulu. Hirup udara segar dari laut” “Elok juga tu, Nisha nak bantu dia selesaikan masalah dengan Kak Rina sekurang-kurangnya dia boleh memaafkan Kak Rina” Qhairul memeluk erat bahu Nisha. “Sayang nak tidur ke? sayang baringlah atas paha abang ni” “Abang nak dodoi Nisha” lalu merebahkan kepala di atas paha lelaki itu. “Nisha nak lagu apa”Nisha tergelak mendengar jawapan Qhairul. “Lagu Patriotik”Qhairul pula tergelak. “Lagu NegaraKu nak”kedua-dua mereka tergelak. “Kalau lagu ‘Negaraku’ terpaksalah Nisha tidur berdiri malam ni. “Nisha nak lagu hindi” “Sorrylah sayang, ni memang kelemahan abang, dalam bab-bab nyanyi abang payah sikit” Qhairul akui kelemahan. “Lagu kanak-kanak takkan tak tahu” “Nanti dulu, abang cuba ingat, ok dengar ya abang nyanyi Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Tepuk Nisha pandai abang upah susu Akhirnya dua insan tersebut terkekek-kekek menahan gelak. “Kalau gelak-gelak macam ni mana Nisha boleh tidur, abang ni lawaklah” “Lawak ke, lagu tu Mak Som selalu nyanyi pada abang waktu abang kecik-kecik dulu, sekejap je abang dah tidur bila Mak Som buai abang dengan lagu tu” sahutnya sambil tangannya membelai-belai rambut gadis tersebut. “Tapi suara Mak Som merdu sebab tu abang cepat tidur” “Banyak complainlah baby ni” Qhairul terus memicit hidung Nisha “Abang! sakitlah, ok..ok..Nisha nak tidur” Pancaran kilat menembusi cermin jendela bilik tersebut dan bunyi guruh menyebabkan pasangan tersebut terdiam seketika. “Macam nak ribut cuaca kat luar luar tu” tegur Nisha sambil memandang wajah Qhairul. “Nak hujan lebat, sayang tidurlah” Melihat Nisha memejamkan matanya, Qhairul turut terlena. Hembusan angin kuat ke wajahnya, mengejutkan Nisha dari lenanya, Nisha membuka mata, jelas di telinganya mendengar irama muzik Menora Siam. Nisha terus terduduk. “Kenapa sayang?” “Abang ada terdengar sesuatu tak?” “Dengar apa?” “Muzik Menora Siam” “Tak, bunyi hujan kat luar tu bising” “Nisha dengar bang, Nisha rasa benda datang lagi, bunyi tu makin kuat bang. Abang tolong cal Ustaz Razman sekarang, suruh dia bantu Nisha” tangannya terus menghulurkan telefon bimbit kepada Qhairul. Tanpa berlenggah Qhairul terus menghubungi Ustaz Razman, Kemudian kedengaran Qhairul bercakap dengan seseorang. Nisha kemudian mengeluarkan surah Yassin yang dibawa dalam beg galasnya kemudian terus memberinya dengan Qhairul. “Abang tolong baca ni, jangan berhenti teruskan walau apapun berlaku pada Nisha. Nisha terus mengatur duduk bersila di atas sofa, dia menarik nafasnya dalam-dalam. “Malam ni aku kena lawan habis-habiskan dengan kau, aku hidup kerna Allah dan aku mati pun kerna Allah” kata-kata Nisha kedengaran jelas ke telinga Qhairul. Lelaki itu terus memulakan bacaan Yassinnya. Mulut Nisha kemudian kedengaran membaca ayat kursy berulang kali tanpa berhenti kali yang ketujuh Nisha mula nampak makhluk yang pernah menyerangnya di tepi pantai hari itu muncul lagi. Suara hilai ketawa menyakitkan telinga Nisha. “Kau nak lawan aku ya” “Ya, hidup dan matinya aku malam ini bukan kau yang tentukan, tapi kerana Allah. Malam ini aku akan hantar kau kembali ke tuan kau” “Aku tahu kau seorang dewi yang hatinya suci, dan aku dihantar untuk menghapuskan kau” “Aku bukan dewi, aku manusia, lahir dari perut seorang manusia tapi aku hamba Allah” Suara hilai ketawa jelas memenuhi ruang bilik tersebut. Rupa-rupa ketika itu suasana seluruh hospital sudah tidak menentu, cahaya lampu yang sekejap padam dan sekejap menyala menyebabkan pekerja-pekerja hospital kucar-kacir menjalankan tugas. Angin kuat yang tiba-tiba menerpa di setiap ruang menyebabkan suasana menjadi kecoh dan huru hara kerana kertas berterbangan di sana -sini. “Kenapa ni fik, apa berlaku dengan hospital kita ni” tanya Doktor Malik. “Entahlah, tapi bulu tengkuk aku merembang semacam je” “Doktor Malik, baby-baby di nursery semua menangis, “Aku ke sana dulu fik” “Aku ikut”kedua-dua doktor terus bekejar menuju ke bahagian nursery, suara tangis bayi-bayi memenuhi setiap ruang. Dengan memanjangkan tangannya makhluk tersebut cuba merapati dan mencekak leher Nisha namun dengan segala kekuatan Nisha menepis dan menahan tangan makhluk tersebut. Rambut terburai panjang cuba pula membungkus tubuh gadis tersebut. Mulut Nisha tidak berhenti-henti terus membaca berulang-ulang kali membaca ayat kursi. Satu cahaya yang memancar datang dari satu sudut memanah ke arah makhluk tersebut. Makhluk itu melepaskan tubuh Nisha dari cengkamannya. Ia cuba lari tapi kali ini giliran Nisha pula cuba menyerang makhluk tersebut. “Kau nak lari ke mana syaitan, kenapa kau takut” Nisha menggunakan salah satu silat menentang makhluk tersebut walaupun beberapa kali tubuhnya terpelanting. Zamree yang berada atas katil seperti terkancing mulutnya melihat Nisha yang sedang bergelut dengan sesuatu. Qhairul yang mengingati pesan Nisha terus membaca surah Yassin tanpa berhenti. Nisha kelihatan sedang mencekik sesuatu, Zamree nampak jelas makhluk yang kini dalam cengkaman Nisha, namun mulut gagal berkata-kata. Dari rupa yang cantik, rupa makhluk itu berubah hodoh. “Lepaskan aku..dewi” “Siapa hantar kau..?” “Tok Chak suruh bunuh kau” “Kau balik pada Tok Chak..kalau tidak aku bunuh kau” Nisha menguatkan cengkaman. “Aku tak boleh balik!” lembaga tersebut mengubahkan bentuk kemudian menolak tubuh Nisha hingga terpelanting di hadapan Qhairul. Pintu bilik terbuka luas, kedengaran suara jerit pekik di luar bilik. “Kau jangan lari” Nisha terus berlari keluar bilik mengejar makhluk tersebut. Berdekatan receptions lobi hospital Nisha nampak makhluk itu tersenyum padanya. “Kau jangan lari, aku mesti buat perhitungan dengan kau malam ini juga” hilai ketawa makhluk itu menakutkan semua kakitangan hospital. Jeritan suara jururawat wanita yang ketakutan menambahkan hinggar binggar di ruang tersebut. Nisha terus duduk berteleku di ruang tengah lobi tersebut. Mulutnya terus kumat kamit membaca surah yassin, tangannya membuka bunga seni silat bila makhluk tersebut menyerangnya. Pada ketika yang sama Ustaz Razman muncul di hadapan pintu lobi. Dia membaca beberapa ayat untuk membantu Nisha menentang serangan makhluk tersebut. Dengan bantuan Ustaz Razman Nisha bangun berdiri terus bergelut dan berjaya mencengkam rambut makhluk tersebut dengan kuat. “Lepaskan aku..aku nak balik…” “Kau mesti balik kepada tuan kau dan jangan ganggu aku lagi” Nisha terus menambah kuat cengkamannya, suara jeritan makhluk itu menyakitkan seluruh telinga yang mendengarnya. “Kau tuan aku sekarang, aku akan ikut kata kau” “Aku tak nak jadi tuan makhluk hodoh dan bodoh macam kau. Kau jangan ganggu aku lagi, kalau kau ganggu aku bunuh kau, kau pergi makan tuan kau sendiri” “Tahan dia puteri, ustaz akan hantar dia balik” kedengaran suara Ustaz Razman membaca beberapa ayat suci Alquran, kemudian makhluk yang dicengkam oleh Nisha bertukar menjadi cahaya api yang besar dan terang kemudian semakin lama ia semakin padam dan hilang. Cahaya lampu hospital yang berkelip- kelip sebentar tadi pulih seperti sedia kala. Qhairul berlari keluar dari bilik terus meluru ke ruang lobi hospital. Nisha merasa seluruh tubuhnya lemah dan akhirnya pandangannya gelap. Qhairul sempat menyambut tubuh Nisha sebelum ia rebah. “Datuk, puteri berjaya melawannya, sekarang bawa puteri di tempat yang sesuai” Qhairul terus mencempung tubuh Nisha menuju ke bilik wad Zamree. Tubuh Nisha di baringnya di atas sofa. “Tolong dapatkan saya segelas air kosong” beritahu Ustaz Razman pada Qhairul. Bilik tersebut mula dipenuhi oleh jururawat dan doktor. Qhairul terus mendapat sebiji gelas lalu menuang air mineral ke dalam gelas tersebut lalu menyerahkannya pada Ustaz Razman. Berkumat kamit mulut Ustaz Razman membaca ayat-ayat quran untuk menjampi air tersebut. “Sapu ke mukanya, bila puteri sedar suruh dia minum, sesuatu perlu di keluarkan dari tubuhnya” Selepas beberapa saat selepas Qhairul menyapu muka Nisha dengan air tersebut, Nisha mula sedar. Namun Nisha menjerit dan meronta seperti melepaskan diri dari sesuatu. “Kenapa ni Ustaz?” Qhairul terus menangkap dan memeluk tubuh Nisha dengan kuat. “Suruh dia minum, syaitan tadi sempat melepaskan ke dalam tubuhnya, datuk tahan dia kuat-kuat, saya cuba keluarkan benda tu ” Dengan bantuan jururawat yang ada menahan tubuh Nisha, Qhairul memicit mulut Nisha lalu menuangkan air jampi tersebut ke mulutnya.Terbatuk-batuk Nisha bila air tersebut memasuki kerongkongnya. Ustaz Razman terus membaca sesuatu lalu terus menepuk bahagian belakang Nisha dengan telapak tangannya. Darah yang bercampur butiran kaca dan jarum menghembur keluar dari mulut gadis tersebut.Nisha kelihatan lemah dan terbaring semula dalam pangkuan Qhairul. “Bila dia sedar nanti, beri dia minum air yang selebihnya. Insyaallah benda tu tak datang lagi tapi cuma saya takut, orang tu akan minta bantuan bomoh yang lain pulak, puteri kuat cuma saya takut dia tidak bersedia, datuk ada terdengar apa syaitan itu cakap tadi” Qhairul menganggukkan kepalanya. “Dari situ saya faham, puteri ada kelebihan yang tuhan berikan pada dia dan saya rasa ia mengalir dalam darahnya, dan untuk sembuhkan dirinya, puteri sendiri tahu apa ubatnya” saya minta diri dulu.assalammualaikum” “Terimakasih Ustaz, waalaikummussalam”. “Rul, baringkan puteri di atas katil tu, dia mungkin tak selesa atas sofa tu” Dr.Syafik kemudian bersuara. Qhairul terus mencempung tubuh Nisha lalu meletaknya di atas katil. “Rul, aku nampak macam mana rupa makhluk tu tadi” celah Zamree yang sedang duduk di atas katil. “Aku tak sanggup nak tengok Zam, aku cuma dengar suaranya, aku tak sangka ia serang Nisha malam ni” “Datuk nak apa-apa ke? tanya seorang jururawat yang sedang membersihkan lantai dari kesan kotoran darah yang keluar dari mulut Nisha sebentar tadi. “Saya nak air mineral dan tisu” sahut Qhairul sambil tangannya membersih bekas-bekas darah di mulut Nisha dengan tisu yang ada, kemudian dia menutup tubuh gadis tersebut dengan sehelai selimut. “Apa sebenarnya yang berlaku rul, apa benda tu tadi?” tanya Dr.Syafik matanya teracap pada wajah Nisha. “Ada orang hantar benda tu untuk musnahkan dia, hantu belaan seorang bomoh siam tapi tak sangka benda tu serang dia malam ni” jelas Qhairul sambil memandang wajah Nisha sambil mengusap rambutnya. “Siapa?”tanya Dr.Syafik lagi. “Seseorang yang cemburukan dia” balas Qhairul enggan mendedahkan identiti sebenar orang yang dimaksudkan. “Macam mana keadaan puteri sekarang, nak aku periksa dia ke?”tanya Dr.Syafik lagi. “Periksalah tapi aku rasa lepas ni dia akan ok” jawab Qhairul sambil memandang Dr.Syafik memeriksa nadi dan jantung Nisha dengan stetoskopnya. “Semuanya ok, mungkin dia perlu rehat” beritahu Dr.Syafik kemudian meminta diri untuk pergi. Suasana bilik tersebut kembali tenang bila semua jururawat dan doktor sudah beredar ke tempat masing-masing. “Ada hikmatnya semua yang berlaku hari ini Zam, kalau tak mungkin aku tiada di sisinya ketika dia berdepan dengan benda tadi. Mungkin kesan dari peristiwa malam semalam, Yasmine Hana marah sebab tu dia minta hantu Tok Chak tu serang Nisha malam ni” tangannya terus mengelus perlahan rambut Nisha. “Geram betul aku dengan Si Yasmine tu, kalau dia ada depan aku sekarang aku nak cekik dia sampai mampus, orang macam tu ke mama aku nak buat menantu” tambahnya dengan perasaan yang marah. “Kesihan Nisha rul, sampai tergamak Yasmine nak bunuh dia, mujurlah dia ada kelebihan yang tuhan kurniakan untuknya. Mungkin kerana dia sedar dirinya sebatang kara tiada sesiapa, sebab tu dia telah memperlengkapan dirinya dengan ilmu-ilmu yang boleh membantunya meneruskan hidup tanpa mengharapkan pertolongan orang terutama untuk melindungi dirinya” balas Zamree pula. Qhairul kemudian menolak sofa supaya dekat dan menghadap katil Nisha kemudian merebahkan tubuhnya di atas sofa tersebut. “Ok Zam, aku dah ngantuk, selamat malam” “Selamat malam” balas Zamree lalu tersenyum. Lama di perhatinya wajah Nisha yang terbaring di katil sebelahnya, rasa simpati dan kesihan menebal dalam dirinya ketika itu. Qhairul kelihatan tenang melelapkan matanya di atas sofa berdekatan Nisha. Lama juga Zamree mengelamun barulah dia boleh melelapkan matanya. Nisha melangkah tenang kembali dari surau setelah usai menunaikan solat subuh. Dia membalas senyuman beberapa orang jururawat yang bertembung dengannya. “Abang..bangun solat subuh” Nisha mengejutkan Qhairul yang masih terbaring atas sofa. “Dah subuh ke?”tanya Qhairul dengan wajah yang memai. “Dah pukul 6.30, Nisha nak ke bilik air sekejap”sahut gadis itu. “Rul..kau nak ke mana tu?”Qhairul dikejutkan oleh suara Zamree. “Surau, solat Subuh”jawab Qhairul selamba. “Aku nak ikut”Qhairul tersenyum memandang Zamree. “Jom!” Ada beberapa orang yang pekerja dan pesakit yang ditemui turut solat subuh dalam surau tersebut. Selesai solat Qhairul dan Zamree terus kembali semula ke bilik. “Abang, tadi nurse ada hantar sarapan abang, abang nak Nisha suap ke?” “Tak pa, sekejap nanti abang makan, rul aku nak minta baliklah hari ni”. “Eh..kan kau belum sihat lagi” “Aku dah ok, nanti aku minta Syafik rawat aku di rumah”balas Zamree. “Kau tunggu di sini semalam lagi, esok aku jemput kau balik, malam karang aku dan Nisha temankan kau tidur di sini lagi”, ujar Qhairul seperti memujuk Zamree. “Betul tu Abang Zam, lepas ni Nisha balik dulu, mandi tukar baju, tengah hari nanti Nisha lawat abang, Nisha bawa makanan kita makan sama” pujuk Nisha pula. Zamree terdiam kemudian tersenyum. “Abang makan dulu bubur tu, nanti sejuk tak sedap”ujar Nisha lagi. “Kalau Nisha datang tengah hari nanti beli news paper untuk abang ya” Nisha tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. Dua malam Qhairul dan Nisha menemani Zamree tidur di hospital, dan malam yang ketiga cuma Qhairul yang menemaninya sebab Nisha sudah kembali ke Melaka bersama Karina. Hari keempat Zamree minta keluar dari hospital. “Zam sepatut kena tinggal di sisi dua tiga hari lagi, tapi tak apalah kalau ada apa-apa hal you cal I nanti”beritahu Dr. Syafik pada Qhairul. “Malam nanti aku tidur rumah kau Zam, siang ni kalau ada apa-apa hal kau cal aku di pejabat, atau kau balik rumah aku, di situ ada Mak Som dan Pak Usop boleh tengok-tengokkan kau, macam mana, apa pilihan kau” tanya Qhairul pada Zamree. “Aku balik rumah kau, tapi singgah rumah aku dulu aku nak ambil sikit barang” Qhairul lega dengan keputusan Zamree. Nisha dan Karina menunggu Abang Jali menjemputnya di Banglo Datuk Wazir. Ingin mengenali dengan lebih dekat wanita yang dikaguminya Karina akhirnya setuju mengikut Puteri MS balik ke Melaka. Rasa dirinya begitu bertuah kerana dapat mendekati Puteri MS. “Kenapa puteri tak drive sendiri balik Melaka” “Abang Qhairul tak bagi Nisha drive jauh-jauh, Nisha pun tak suka drive lama-lama, kalau ada driver kita boleh tidur” balas Nisha kamudian tersenyum memandang Karina. Sebuah mpv Mercedes GL 550 suv meluncur masuk, Abang Jali terus turun dari kereta lalu membuka pintu kereta tempat duduk penumpang belakang untuk Nisha dan Karina. Selepas menyimpan beg pakaian Karina di tempat duduk belakang, mpv Mercedes tersebut perlahan-lahan meninggalkan banglo milik Datuk Zamree. “Semua orang kat vila sihat ke bang Jali” tanya Nisha sewaktu kereta bergerak meninggalkan Kuala Lumpur. “Semua sihat, puteri sihat ke?” “Sihat, Alhamdulillah,Mr Q, TF,Mr Z dan May Lin sihat ke bang Jali” Tergelak Abang Jali mendengar soalan Nisha. “Ingat juga puteri pada ikan-ikan tu ya, sihat-sihat belaka waktu abang Jali tengok semalam” Karina tersenyum bila mengetahui tuan punya nama-nama yang disebut oleh Nisha tadi. “Ketiga-tiga abang puteri tak ikut balik sekali ke?” tanya abang Jali sambil matanya menumpu pada pemanduan. “Tengku Farid rasanya tak, tapi Datuk Qhairul dan Datuk Zamree mungkin balik kot esok atau lusa, Datuk Zamree tak berapa sihat mungkin Datuk Qhairul bawa dia balik vila untuk berehat” ujar Nisha sambil tersenyum pada Karina di sebelahnya. Dari jauh sebuah rumah besar bagai sebuah istana bakal dilewati, mata Karina terus tertumpu pada keindahan seni binanya. “Bagaimanakah rasa mendiami rumah yang besar dan cantik macam mahligai ni” hati kecil Karina berkata-kata.Matanya sempat membaca nama yang tertulis di hadapan vila tersebut. ‘Vila Mahligai Puteri’. Abang Jali memperlahankan keretanya sebaik sahaja mendekati pondok jaga vila tersebut. Pintu pagar terbuka sendiri, salah seorang dari dua pengawal keselamatan yang berada dalam pondok tersebut mengangkat tangan pada Abang Jali. “Vila ni rumah puteri ke?” “Ya!’ jawab Nisha pendek lalu tersenyum. Karina agak terkejut, baru sebentar tadi dia berkhayal tentang mahligai itu yang rupa-rupanya rumah Puteri MS. Sebaik sahaja melangkah keluar dari kereta, kelihatan Kak Siti, Ranti dan Sulis berdiri menyambut kedatangan Nisha. “Kak Siti, Ranti dan Sulis sihat?” tegur puteri sambil tersenyum kepada ketiga-tiga pembantu rumahnya. “Sihat puteri”jawab Sulis dan Ranti serentak. Sebelum masuk sempat Nisha menjenguk teratai putihnya di dalam kolam, Nisha tersenyum riang bila melihat beberapa kuntum bunga-bunga teratai mekar di dalam kolam itu. “Ini kawan saya ‘Karina’” Nisha memperkenalkan Karina kepada ketiga-tiga pembantu rumah tersebut. “Jom Kak Rina kita masuk”perlawa Nisha sambil menarik tangan Karina. Karina terkedu bila melihat gambar-gambar yang tergantung di sepanjang tangga menuju ke tingkat atas vila tersebut. Wajah-wajah ceria insan-insan di dalam gambar-gambar tersebut cukup membayangkan kemesraan yang wujud di antara mereka. Matanya tertumpu pada sebuah gambar Nisha berpasangan dengan Zamree. Begitu mesra, ceria dan gembira wajah Zamree di samping gadis itu.Tangan memeluk bahu Nisha yang sedang duduk di atas kerusi sementara Nisha yang sedang tersenyum melentok manja ke tubuh Zamree. Naik ke tingkat dua perasaan Karina lebih terharu dengan pelbagai gambar aksi-aksi mesra tiga jejaka tersebut bersama Nisha. Bila memandang gambar wajah Zamree, mata Karina mula berkaca-kaca. “Kak Rina gunalah bilik ni” Nisha menunjukkan sebuah bilik tamu yang lengkap kepada Karina. “Vila ni banyak bilik tapi kebanyakkannya ada tuan punya sendiri” jelas Nisha pada Karina. “Maksud Nisha?” “Ya, walaupun saya beritahu Kak Rina yang saya tinggal di sini seorang diri, tapi insan-insan kesayangan Nisha dalam gambar-gambar tu akan datang ke vila ni sekali-sekala. Tiga bilik di sebelah bilik saya tu untuk tiga boy friend Nisha, bilik tu bilik bonda Nisha, yang tu pulak bilik kakak angkat Nisha dan suami dia dan yang satu ni bilik Hani anak Datuk Wazir adik angkat Nisha, kat atas ni cuma ada tiga lagi bilik kosong untuk tetamu tapi kat bawah tu ada limalagi bilik tetamu, pembantu rumah semua tinggal kat rumah kecil di belakang vila ni, atas pula cuma bilik bacaan, gim, mini ofis, bilik control cctv dan ruang santai” jelas Nisha agak panjang lebar pada Karina. Karina kemudian melangkah masuk ke dalam bilik yang ditunjukkan oleh Nisha. Bilik yang cukup lengkap dengan perabut dan semua kemudahan. “Besarnya bilik ni, lebih besar dari master room kat rumah ayah aku, bilik puteri tentu lebih besar dan cantik dari semua-semua bilik yang ada dalam vila ni” Karina bermonolog sendiri sambil merebahkan tubuhnya di atas katil bersaiz king di dalam bilik tersebut. Usai solat Zohor, Nisha terus ke tanah perkuburan kedua orang tuanya. Dengan modal yang dikeluarkan oleh Qhairul serta batuan orang-orang kampung jalan pintas dari belakang vila menuju ke tanah perkuburan telah siap dinaik tarafkan ditar dan boleh dilalui oleh kereta dan motosikal. Dengan berjalan kaki Nisha cuma mengambil masa lebih kurang 5 minit untuk pergi dan balik ke tanah perkuburan itu. Karina turun ke tingkat bawah menemui pembantu rumah untuk bertanya tentang Nisha. “Saya tak nampak puteri,mana dia?”tanya Karina. “Oh..puteri lepas Zohor tadi dia pergi ke kubur” jawab Kak Siti. “Kubur, kubur siapa?”balas Karina seperti terkejut. “Kubur kedua orang tua puteri” balas Kak Siti pula. Nisha muncul dari pintu dapur bersama Ranti yang menemaninya ke kubur sebentar tadi. “Kak Siti, makanan tengah hari dah siap ke?”Nisha memandang ke arah Kak Siti. “Dah, puteri nak makan sekarang ke?” “Ya, jom Kak Rina kita makan, ehh Kak Siti masak ayam masak merah, ni makanan kesukaan Abang Zamlah Kak Rina, kalau dia jumpa masak ni di langsung tak toleh belakang kalau tengah makan, lebih-lebih lagi kalau Kak Siti yang masak” tergelak Kak Siti mendengar kata-kata Nisha. Karina cuma terkedu seketika.Semasa dia rapat dengan Zamree dulu dari berkawan hingga bertunang dia tidak pernah ambil tahu apa yang lelaki suka dan apa yang lelaki tu tak suka. Dan mungkin itulah kelemahannya menyebabkan dia gagal menambat hati Zamree. “Sebab tu Datuk Zamree beritahu Kak Siti, kalau dia kahwin nanti dia akan suruh isteri dia belajar masak makanan kesukaan dia tu dari Kak Siti”sahut Kak Siti pula. “Abang Qhairul pula suka ayam kari dan rendang daging, sama dengan kanda Ku Farid, nanti Nisha belajar masak dua benda tu dari Kak Siti” tambah Nisha pula. “Jadi Datuk Qhairullah yang akan jadi bos besar kat rumah ni nanti”usik Kak Siti. Nisha cuma tersenyum mendengar usikan Kak Siti. Selepas makan, Nisha dan Karina duduk bersantai di anjung beranda di tingkat dua vila tersebut. “Kedua orang tua puteri dah tak ada ke” tanya Karina bila teringat jawapan Kak Siti tadi. “Ya, saya sebenarnya anak yatim piatu Kak Rina, ibu saya meninggal ketika umur saya empat tahun, ayah saya pula lebih kurang setahun yang lalu, hari terakhir selepas saya tamat peperiksaan SPM, tapi kalau di ikut betulnya ayah saya dah meninggal lebih dulu dari tarikh tu” jawab Nisha, matanya merenung ke pondok jaga yang jelas kelihatan dari anjung tersebut. Karina nampak kesayuan pada wajah Nisha, tidak mahu emosi gadis tersebut terbantut oleh soalan tadi, Karina terus mengubah topik perbualan mereka. “Di sebelah sana tu macam ada projek pembangunan, dia orang nak buat apa tu?” “Oh tu resort”jawab Nisha bersahaja. “Siapa punya” tanya Karina lagi. “Kami berempat tapi Nisha tak keluar modal, masuk nama je sebab tapak resort tu tanah Nisha” jawab Nisha menjelaskan kedudukan sebenar. “Kalau dapat beli tanah yang sebelah resort tu, dia orang bertiga nak bina hotel lima bintang di situ”tambah Nisha lagi. “Wow..tentu tempat ni jadi terkenal” balas Karina. “Kami harap macam tulah. Nisha akan belajar berniaga melalui pembinaan resort dan hotel tu nanti”sahut Nisha sambil tersenyum pada Karina. “Macam banyak je cctv kat vila ni”soalan Karina pergi ke lain pula. “Memang banyak, semua tempat ada kecuali bilik tidur dan tandas serta dalam rumah pembantu” balas Nisha kemudian melangkah duduk di atas buaian. “Abang Zam dah keluar hospital, mungkin petang esok Abang Qhairul bawa dia balik ke sini untuk berehat, Nisha harap Kak Rina dapat gunakan peluang tu nanti untuk cuba mendekati Abang Zam” ujar Nisha lagi sambil matanya memandang tepat ke mata Karina. “Memang saya sentiasa mencari peluang untuk mendekati walaupun saya rasa ia amat sukar” “Sabarlah Kak Rina, kalau kita ikhlas tuhan akan bersama kita” balas Nisha kemudian tersenyum pada Karina. Bab 68 Yasmine Hana macam tidak percaya tentang berita yang baru didengarnya. ‘Tok Chak mati dibunuh hantu belaannya sendiri’ matanya tepat memandang Lizawatie yang sedang membelek-belek akhbar di sebelahnya. “Aku ingat dalam akhbar tu Tok Chak yang lain” Yasmine Hana mula bersuara. “Ya Tok Chak tu, aku dah telefon kampung pagi tadi, dua malam lepas, hantu belaian Tok Chak balik lalu membunuh dia sendiri, hantu tu tak mahu bertuan dengan Tok Chak lagi, dia kata Tok Chak tak cukup kuat”balas Lizawatie panjang lebar. Masih ingat lagi Yasmine Hana kata-kata Tok Chak sewaktu dia dan Lizawatie menghulur gambar Puteri MS kepada orang tua itu.Tok Chak seolah-olah terkejut. “Siapa perempuan ni” tanya Tok Chak. “Puteri Melayu Sejati Tok Chak”beritahu Lizawatie. “Siapa nama puteri ni?”Tok Chak bersuara lagi. “Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan” tersentak Tok Chak mendengar nama yang disebut oleh Lizawatie. Direnung Tok Chak seketika gambar tersebut. Tok Chak kemudian mengeleng-gelengkan kepalanya. “Tok Chak tak sanggup, Tok Chak tak boleh bunuh perempuan ni, dia puteri raja” beritahu Tok Chak lagi. “Ala Tok Chak, puteri ni anak angkat keluarga diraja je, bukan puteri betul, gelaran puteri tu, bonda angkat dia yang berikan” balas Lizawati lagi. “Kalau macam tu Tok..Tok..Chak minta bayar lebih, sebab kalau perempuan ni betul-betul puteri raja nyawa Tok Chak dalam bahaya” sahut Tok Chak lagi. “Ok Tok Chak, sampai mati, saya bagi separuh dulu, separuh bila kerja selesai” beritahu Yasmine Hana. Sudah menjadi sumpahan ilmu yang di amalkan oleh Tok Chak, hanya puteri raja yang berdarah keturunan dua maharaja sahaja yang boleh melumpuhkan ilmu serta memusnahkan dirinya. Oleh kerana kemunculan puteri yang memilik darah keturunan dua maharaja mustahil baginya wujud maka Tok Chak tidak pernah bimbang akan semua sumpahan tersebut. Bila Tok Chak mendengar nama Puteri Melayu Sejati hati Tok Chak mula bimbang. Ilmunya tidak akan berkesan jika benar-benar perempuan tersebut adalah seorang puteri raja. Serangan pertama yang dilakukan kepada Nisha di tepi laut belum boleh menyakinkannya kerana Nisha mempunyai perlindungan yang agak tipis tidak seperti seorang puteri yang difikirkannya. Tapi sepatutnya hantu belaan Tok Chak boleh menghirup darah perempuan itu namun dia gagal menembusi pagar rumah tempat perempuan itu tinggal. Lama Tok Chak menunggu peluang perempuan tersebut keluar dari rumah tersebut tetapi bila sampai masanya dia sukar mengesan perempuan tersebut dan Tok Chak merasakan muncul kekuatan baru dalam tubuh perempuan itu. Satu lagi syarat dalam pengamalan ilmu Tok Chak bila, bila sudah melepaskan belaiannya ia tidak boleh berpatah balik. Belaannya perlu mencari makan untuk dirinya kalau tidak dirinya yang akan menjadi mangsa. Bila Tok Chak mula tahu mengalir dalam tubuh puteri tersebut darah keturunan Maharaja melalui hantu belaan Tok Chak akhirnya menyesal tetapi dia sudah terlambat. Atas desakan pelanggannya malam itu Tok Chak menghantar belaan untuk memusnahkan puteri dan akhirnya Tok Chak kecundang bila hantu belaannya kembali lalu memusnahkan dirinya sendiri. “Aku dah bayar separuh pada Tok Chak tu tapi sampai sekarang tak nampak apa-apa hasil pun, last-last dia bawak duit aku masuk kubur, dasar orang tua tak guna, kau cakap Tok Chak tu hebat, hebat apa bendanya tu sampai hantu sendiri pun tak boleh nak lawan” rungut Yasmine Hana melepaskan rasa amarahnya. “Aku pun hairan Yas, macam mana si puteri tu boleh terlepas dari semua ni jangan-jangan dia pun pakai bomoh tak. Kalau tak macam mana dia boleh kontrol ketiga-tiga lelaki hebat tu. Lelaki-lelaki sayang betul dengan puteri tu, entah berapa banyak duit dah dia kaut dari semua lelaki tu” kata-kata Lizawatie menambahkan lagi kebencian Yasmine Hana pada Puteri MS. “Aku ada satu perkara lagi nak tanya dengan kau pasal puteri tu” “Apa dia?”tanya Lizawatie sambil memandang tepat ke wajah Yasmine Hana. “Kau ingat tak kata-kata dia sewaktu dia serang aku dalam kelab tempoh hari, tentang hidung dia yang mancung bak seludang tu”Lizawatie seperti sedang memikirkan sesuatu tentang kata-kata Yasmine Hana. “Ya, dia kata hidung mancung dia tu hidung Pakistan” balas Lizawatie. “Bukankah nama betul puteri tu Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan, aku fikir puteri tu bukan melayulah, kalau melayu asli dia tak secantik tu” ujar Yasmine Hana seperti sedang berfikir sesuatu. “Maksud kau?”Lizawatie membutangkan matanya belum dapat menangkap maksud kata-kata Yasmine Hana. “Kemungkinan dia peranak Cina Pakistan kerana May Lin tu kan nama cina” balas Yasmine Hana lagi. “Kalau dia bukan melayu kau nak buat, apa kena mengena dengan kau” seolah masih tidak faham apa yang sedang berligar di otak Yasmine Hana. “Kau ni pendek akal betul, kau tak terfikir ke gelaran puteri apa yang dia dapat sekarang” tambah Yasmine Hana lagi. “Puteri Melayu Sejati”jawab Lizawati. “Layak ke dia dapat gelaran tu kalau dia bukan melayu”sambung Yasmine Hana. “Ya tak ya jugak, geliga pulak kepala otak kau hari ni” sambung Lizawatie. “Aku nak siasat betul-betul dulu lepas tu aku nak buat penyataan akhbar dan bongkar identiti sebenar dia dan beritahu seluruh Malaysia bahawa gelaran Puteri Melayu Sejati tu tak layak langsung buat perempuan tu sebab dia bukan melayu, dia menipu semua orang selama ini” tambah Yasmine Hana sambil tersenyum. Selepas solat maghrib petang itu Nisha merasakan seluruh tubuhnya sakit. Dia tiba-tiba diserang batuk yang tidak berhenti-henti. “Kak Siti, datang bilik saya sekejap” Nisha cuma terfikir untuk memanggil pembantu rumahnya. Cepat-cepat wanita itu melangkah kaki naik ke tingkat atas, pintu bilik Nisha terus dibukanya. Nisha kelihatan duduk di atas lantai lantainya bersadar di katil, wajahnya kelihatan pucat. “Kak Siti, tolong saya Kak Siti, saya sakit, badan saya rasa lemah, saya tak mampu nak berdiri” “Ya Allah kenapa ni puteri, kenapa puteri lemah sangat macam ni?” Kak Siti mula kebinggungan. Melihat bilik puteri terbuka dan kedengaran suara orang sedang bercakap-cakap Karina terus menjenguk bilik Nisha, dia ingin benar hendak melihat keadaan bilik Puteri MS. “Hah..Cik Karina, tolong saya angkat puteri, tubuh dia lemah, dia tak mampu berdiri” “Kenapa dengan puteri ni Kak Siti?” tanya Karina sambil membantu mengangkat tubuh Nisha ke atas katil. “Entahlah Cik Karina, saya pun tak tahu, tadi dia suruh saya naik”sahut Kak Siti. Batuk Nisha menjadi-jadi bercampur pula darah keluar dari mulutnya. “Kak Siti tolong telefon Abang Qhairul” suruh Nisha dengan suara yang agak lemah. Tanpa berlenggah Kak Siti terus mencapai telefon Nisha yang berada atas meja solek lalu terus menekan-nekan telefon tersebut untuk mencari nombor telefon Datuk Qhairul. “Hello sayang” sayup-sayup kedengaran suara Qhairul. “Hello datuk, ni bukan puteri, ni saya Kak Siti” “Ada apa Kak Siti, mana puteri?” “Puteri sakit, dia lemah batuk dan muntah darah..”tidak sempat menerus kata-kata talian telah putus. Kak Siti terus menghampiri Nisha. “Kak Siti panggil doktor, puteri tunggu ya, Cik Karina tolong jaga puteri saya turun bawah sekejap” Abang Jali begitu terkejut bila Kak Siti menyuruhnya memanggil doktor kerana puteri sakit. Dalam keadaan yang gelabah, Abang Jali terus pergi ke klinik yang terdekat untuk mengambil doktor dan membawanya ke rumah. Qhairul begitu cemas bila menerima panggilan dari Kak Siti, terus dia berlari ke bilik sebelah mendapatkan Zamree yang sedang berehat di atas katil. “Zam..kita balik Melaka malam ni jugak, Nisha sakit”. “What, sakit apa?”Zamree terus melompat dari katil “Aku tak tahu, dia lemah dan muntah darah” “Ok aku tukar baju dulu” terus mengambil sehelai baju T dari beg pakaiannya. “Kau bawa terus beg pakaian tu, jangan lupa ubat kau bawa sekali”pesan Qhairul. Selang beberapa minit, Zamree sudah menanti Qhairul di ruang tamu dengan beg pakainya. “Mak Som, kami nak pergi bercuti mungkin untuk beberapa hari” beritahu Qhairul pada pembantu rumahnya. Sejurus selepas itu, kelihatan sebuah Lamborghini Aventador meluncur laju menuju ke lebuh raya mengalahkan perlumbaan F1 di Litar Sepang. “Kau jangan nak mengalahkan Micheal Schumacher rul, last-last aku ni bukannya mati sakit tapi mati accident” ujar Zamree yang terasa gerun dengan kelajuan yang dibuat oleh Qhairul. Deruman enjin Lamborghini tersebut menarik tumpuan di mana-mana sahaja tempat yang dilaluinya. “Aku tak mahu apa-apa berlaku pada Nisha Zam, aku sayang Nisha Zam, dia nyawa aku Zam” suara Qhairul benar-benar runsing. “Aku pun sayang Nisha macam kau sayangkan dia tapi ingat rul, Nisha perlukan kita, dia ok, Ustaz Razman dah kata Nisha kuat, batin dia kuat, sabar rul, ingat Allah” nasihat Zamree kepada sepupunya yang kelihatan begitu mengikut perasaan bukan mengikut peraturan ketika itu. Pemanduan yang sepatut memakan masa 2 jam akhirnya Qhairul dan Zamree akhirnya tiba di vila dalam masa satu jam suku. Qhairul memang mampu mengalahkan Micheal Schumacher kalau masuk F1. Kecut perut Zamree sepanjang perjalanan menuju ke Melaka. Zamree mengeleng-gelengkan kepala, tak terfikir olehnya Qhairul segila itu memandu kereta pada malam tersebut. “Last, lepas ni aku tak naik kereta kau lagi” ujar Zamree terus keluar dari kereta. Tanpa menoleh ke kiri ke kanan, Qhairul terus berlari menerpa masuk ke vila, seorang doktor berada dalam bilik sedang memeriksa Nisha. “How doktor, bagaimana apa penyakit dia?” tanya Qhairul agak gelabah. “Saya tak pasti lagi, tapi seluruh saraf dia seperti tak berfungsi, sekarang dia macam tak boleh bercakap, kalau boleh bawa ke hospital untuk pemeriksaan rapi” jelas Dr.Syukur merujuk tanda nama pada bajunya. Zamree yang baru muncul terkejut melihat Karina berada di vila tersebut. “Zam, kau urus bayaran dengan Doktor Syukur, aku nak tengok Nisha” beritahu Qhairul lalu terus menghampiri Nisha yang terbaring lemah dan terbatuk-batuk. “Sayang, kenapa ni? sayang sakit apa?” Qhairul terus memeluk tubuh Nisha, Nisha terus diam, mulutnya nak berkata sesuatu tetapi tiada suara yang keluar. “Kita pergi hospital ya”, ucap Qhairul sambil membelai rambut gadis itu, berkali-kali dahi gadis itu dikucupnya. Nisha mengeleng-gelengkan kepalanya, gadis itu batuk lagi, darah menghembur keluar dari mulutnya.Qhairul tidak dapat menahan air mata melihat keadaan Nisha ketika itu.Tubuh gadis itu di dakapnya semakin erat. Zamree turut menghampiri Qhairul lalu memegang bahu sepupunya. “Rul kita hantar Nisha pergi hospital, keadaannya makin teruk ni” hatinya turut diruntun rasa sedih melihat keadaan Nisha. “Nisha tak nak”jawab Qhairul. “Tapi, takkan kita nak biar dia macam ni aje” Qhairul teringat sesuatu kemudian dia memandang wajah Nisha. Dia terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu cuba menghubungi seseorang. Selepas bercakap dengan seseorang yang dihubunginya, dia terus mematikan telefon kemudian mendekati Nisha semula. “Sayang, Ustaz Razman beritahu abang, sayang dapat ubat diri sendiri, sayang tahu apa ubatnya” Qhairul memegang bahu gadis itu. Nisha merenung mata Qhairul kemudian beralih kepada Zamree di sebelahnya. Nisha mengeleng-gelengkan kepala. Haji Suib muncul bersama isterinya setelah diberitahu oleh Abang Jali keadaan Nisha yang tiba-tiba sakit. “Kenapa datuk, kenapa dengan Nisha?” “Tak tahulah Tuan Haji, tiba-tiba saya mendapat panggilan telefon dari Kak Siti memberitahu saya Nisha sakit batuk dan muntah darah, sekarang badan dia lemah, tak mampu nak berdiri dan tak boleh bercakap” beritahu Qhairul dengan wajah yang begitu sedih dan sunggul. “Dah panggil doktor, kenapa tak bawa hospital?”tanya Haji Suib lagi. “Dah, Nisha tak mahu dibawa ke hospital, tadi saya cal Ustaz Razman dia kata Nisha dapat ubat diri dia sendiri dan dia tahu apa ubatnya” balas Qhairul lagi. “Nisha tak boleh bercakap ke?” tanya Haji Suib lagi. “Ya, dia dah macam bisu” dengan nada yang begitu sedih. Tuan Haji Suib memandang isterinya, wajahnya seperti sedang memikirkan sesuatu. “Kalau tak silap saya, waktu lahir dulu Nisha pernah bisu macam ni sampai satu minggu, hari-hari mulutnya akan keluar darah bila dia batuk, dah dibawa ke doktor tapi doktor tak boleh kesan penyakitnya tapi lepas tu ibu dia mimpi barulah dia sembuh dan hidup sihat sampai sekarang” cerita Haji Suib, Mak Timah turut mengiakan cerita Haji Suib. “Ibu Nisha mimpi apa” tanya Zamree kemudian memandang wajah Qhairul. “Ibu emak Nisha, nenek Nisha suruh mandikan cucu dia dengan bunga teratai putih” Mak Timah ceritakan apa yang diingatnya tentang Nisha ketika masih bayi. Qhairul terdiam seketika, kemudian dia teringat sesuatu. “Mungkin benar sebab Nisha pun selalu mimpi ibu dia suruh Nisha cari dan tanam teratai putih”ujar Qhairul yang mula teringat mimpi Nisha. “Kita cubalah rul, kau berdua dah dapat teratai tu kan, aku tengok tadi dalam kolam bawah tu, teratai tu dah berbunga” beritahu Zamree sambil matanya memandang tepat pada Qhairul. “Ok, Kak Siti penuhkan tub mandi dalam bilik air tu dengan air, saya pergi ambil bunga teratai kat bawah” Qhairul terus berlari mendapat bunga teratai dalam kolam di taman, “Bismilahhirahmanirahim, Ya Allah jika ini ubatnya Kau sembuhkanlah Nisha” setelah memetik tiga kuntum bunga tersebut, Qhairul terus berlari balik ke bilik, kelopak bunga terus di masuknya ke dalam air yang telah ditadah dalam tub mandi. Ada kelopak yang direnyukkan biar sebati dengan air dalam tub tersebut seperti ala-ala mandian bunga di SPA. “Ok sayang, kita cuba moga dengan izin Allah sayang akan sembuh” Qhairul terus mencempung tubuh Nisha yang bagai tidak lagi bermaya menuju ke bilik mandi dalam bilik tersebut. Perlahan-lahan tubuh tersebut dimasukkan ke dalam tub mandi yang dipenuhi kelopak bunga teratai. Seluruh tubuh Nisha yang mengenakan pijama tidur satin berwarna merah hati tenggelam di dalam tub air tersebut. Qhairul menyirami seluruh kepala Nisha dengan air bunga teratai itu. “Kau ada bakat kerja kat SPAlah rul, nanti aku beritahu Puan Engku Faridah” usik Zamree yang turut sama bertenggek berdekatan tub tersebut. Haji Suib yang sedang berdiri di depan bilik mandi tersenyum mendengar perbualan dua orang datuk itu. “Dalam aku sedih macam ni pun kau nak buat lawak, kau nak mandi sama ke nah” Qhairul menuang segayung air atas kepala Zamree kemudian dia tergelak melihat mata Zamree terkebil-kebil, beberapa kelopak bunga teratai berada atas kepala Zamree, Nisha turut tergelak, Zamree kemudian merampas gayung dari tangan Qhairul kemudian membalas lalu mencurah pula air bunga teratai mandian Nisha ke atas kepala Qhairul. “Hah..pada muka, ingat kau je boleh kerja kat SPA, aku pun ada bakat rul” Tergelak sakan dua sepupu tersebut ketika bergurau senda dalam bilik mandi itu. Qhairul dan Zamree tidak perasan Nisha turut sama ketawa melihat gelagat mereka. “Kau fikir orang lelaki boleh tak mandi bunga rul?” tanya Zamree sambil membuang kelopak teratai di atas kepalanya. “Daripada kau nak mandi bunga, lebih baik kau mandi air buah, lagi cepat laku” Haji Suib pun turut tergelak sama mendengar gurauan kedua-dua lelaki itu. “Abang berdua ni memang patut pun mandi air bunga, tapi mandi air bunga taik ayam” Nisha turut menyampuk. Qhairul dan Zamree saling berpandangan. “Sayang dah sembuh ke?”dengan perasaan yang begitu gembira Qhairul terus terus memegang kedua-dua belah pipi Nisha sampai muncung mulut Nisha seperti burung, lalu di ciumnya dahi gadis itu berkali-kali. “Nisha dah lama sembuh abang yang tak perasaan’’ sahut Nisha pula. Zamree terus menarik tubuh Nisha dan memerhati betul-betul keadaan gadis itu. “Nisha dah boleh cakap semula ke?” tanya Zamree sambil memandang tepat ke mata Nisha. Nisha menganggukkan kepalanya. “Alhamdulillah, ajaib betul rul, bunga teratai ni boleh ubat penyakit Nisha” Zamree terus mencium dahi Nisha agak lama. “Jangan lama sangat Zam, Nisha ni bakal isteri aku” tegur Qhairul sambil menarik tubuh Nisha, Zamree tergelak. “Kuat cemburu rupanya kau ni rul, patutlah tuhan tak bagi kau kahwin awal-awal”sahut Zamree yang masih lagi dengan sisa gelaknya. “Kau pandai kutuk aku, yang kau tu dah kahwin ke?” sahut Qhairul pula. “Aku masih muda lagi, kau tu dah tua”sahut Zamree pula. “Ala,,muda setahun, kau ingat kau tu muda sepuluh tahun ke dari aku?” sambil tangannya ligat mengelap kepala Nisha dengan tuala. Zamree ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Qhairul sambil melangkah keluar lalu berdiri di depan pintu bilik air tersebut, matanya memerhati Qhairul mengelap rambut Nisha. “Ok sayang, bukak baju pakai tuala ni” beritahu Qhairul sambil menghulurkan tuala pada Nisha. Nisha tergamam seketika. “Hai rul kau keluarlah dari bilik air ni, macam mana Nisha nak bukak baju, dungu betullah kau ni”beritahu Zamree sambil menyambung gelaknya. “Iya tak ya jugak, sorrylah sayang abang tak ingat, terlalu happy sebab sayang dah sembuh, abang keluar dulu ya” Nisha tersenyum melihat gelagat Qhairul kemudian terus menutup pintu bilik mandi sebaik sahaja lelaki tersebut melangkah keluar. “Tuan Haji, Mak Timah, jom kita duduk dulu sambil minum”perlawa Zamree kepada kedua orang tua tersebut. “Alhamdulillah, nasib juga Nisha balik Melaka hari ni, kalau tidak tak tahulah nak buat macam mana, syukur juga Tuan Haji ada, memang pelik dan ajaib dalam zaman moden ni masih ada juga benda yang tak termasuk di akal boleh berlaku, susah kita nak jelaskan macam mana” jelas Zamree kepada kedua orang tua tersebut. “Nisha ni memang istimewa orangnya, saya dah beberapa kali beritahu Uddin supaya jaga anak dia elok-elok tapi Uddin tak dengar cakap saya, nasib baiklah isteri saya ni suka ambil tahu pasal Nisha ni, kami pun bukannya ada anak perempuan, ketiga-tiga anak kami lelaki, sebab tu kami berdua anggap Nisha ni macam anak sendiri. Isteri saya pernah minta Nisha ni dari Uddin sejak isteri dia meninggal tapi dia tak nak bagi, sayang katanya tapi tengoklah sayang dia macam mana, pernah Nisha ni sampai dua hari tak makan”cerita Haji Suib panjang lebar. Qhairul muncul dari bilik tidurnya dengan baju pijama tidur. “Jangan balik dululah Tuan Haji, Mak Timah, kita makan malam dulu sama-sama, saya dah suruh Kak Siti sediakan makan malam untuk kita semua.” beritahu Qhairul sambil duduk bersama di ruang tamu tersebut. “Datuk berdua ni kawan ke atau ada hubungan saudara, nampak macam mesra sangat” tanya Mak Timah. “Saudara sepupu, ayah saya dan emak Zamree adik-beradik” “Oh, macam tu” sahut Mak Timah. Nisha muncul dari bilik tidur dengan pijama tidur warna hijau muda, warna kegemarannya. Semua yang duduk di ruang tamu berpaling memandangnya. “Nisha, kalau belum sihat baringlah dulu dalam bilik”tegur Mak Timah. “Nisha dah sihat Mak Timah” jawab Nisha kemudian turut sama duduk di sofa. “Datuk, puteri makan malam dah siap”Sulis muncul lalu memberitahu sesuatu. “Silakan Tuan Haji, Mak Timah kita makan bersama” perlawa Zamree lalu berjalan beriringan menuruni tangga menuju ke ruang dapur. “Jom sayang, kita makan sekali” Qhairul terus menarik tangan Nisha. “Tunggu bang, Kak Rina mana?” Nisha teringat pada Karina “Nisha panggil Kak Rina dulu ya” Qhairul menganggukkan kepalanya. Nisha menghampiri bilik Karina kemudian mengetuk bilik wanita tersebut. Daun pintu tidak berkunci, Nisha memulas tombol pintu tersebut. Karina sedang duduk di atas katil sambil membaca novel. “Eh..puteri, dah sihat betul-betul ke?” tanya Karina melihat kemunculan gadis tersebut. “Dah Kak Rina, jom Kak Rina kita makan” perlawa Nisha lalu menarik tangan Karina. “Maaflah puteri, dah jadi amalan Kak Rina tak makan malam,” balas Karina. “Kak Rina tak lapar ke?”tanya Nisha lagi. “Tak, dah biasa tapi kalau Kak Rina lapar nanti Kak Rina cari apa-apa kat bawah tu” balas Karina pula. “Betul ni?” Karina menanggukkan kepala sambil tersenyum. “Kalau Kak Rina lapar nanti beritahu Kak Siti ya, biar dia sediakan makanan untuk Kak Rina” beritahu Nisha kemudian terus keluar dari bilik tersebut. “Mana Karina?”tanya Qhairul. “Dia tak makan malam”sahut Nisha. Qhairul tersenyum lalu lalu membuntuti Nisha menuruni tangga menuju ke meja makan. “Ala.. kalau Abang Zam jumpa ayam masak merah, mak mertua lalu pun tak nampak” tegur Nisha. Zamree tergelak. “Bilakah abang ni nak ada mertua Nisha” balas Zamree. “Kalau kahwin dengan Nisha memanglah tak da mertua tapi kalau kahwin dengan orang lain barulah dapat mertua” sahut Nisha pula. “Eh puteri, Cik Karina mana?”tanya Kak Siti. “Kak Rina puasa malam, jaga body dan jaga hati”sahut Nisha. Tersenyum Qhairul mendengar jawapan Nisha. Zamree buat acuh tak acuh terus menikmati lauk kegemarannya. “Ini makanan kegemaran abangkan, kari ayam dan rendang daging” Qhairul tersenyum melihat makanan yang diceduk Nisha dalam pinggannya. “Cepat datuk sampai ke Melaka, kalau tak silap saya tak sampai dua jam lepas isteri saya telefon” Abang Jali tiba-tiba bersuara. Qhairul cuma tersenyum. “Kalau Abang Jali nak tahu kami sampai sini dalam masa satu jam suku je, saya rasa Michael Schumacher pun kalah, macam nak tercabut perut saya ni bang Jali”ujar Zamree menceritakan kisah Qhairul yang memandu lagak formula 1 bersamanya tadi. “Abang dah giler ke, kalau jadi apa-apa tadi macam mana?” Nisha begitu terkejut mendengar cerita yang disampaikan Zamree. “Abang dah tak ingat benda lain waktu drive tadi, apa abang fikir nak sampai sini cepat, ok lain kali abang tak buat lagi” Qhairul mengangkat sebelah tangannya. “Zam, lepas ni kau jangan lupa makan ubat” Qhairul sengaja mengubat topik perbualan mereka. Haji Shuib dan Mak Timah turut tergelak mendengar perbualan di meja makan tersebut. Zamree tidak dapat melelapkan matanya. Kemunculan Karina di vila tersebut menyebabkan jiwa tidak tenteram. Walaupun cuba berlagak biasa namun kenangan dua tahun lalu masih menebal dalam ingatannya. Setelah sekian lama barulah dia boleh menerima kehadiran Karina namun setelah hampir 6 bulan mengikat tali pertunangan Karina pula buat hal. Tekaknya tiba-tiba terasa haus, Zamree terus melangkah keluar dari biliknya lalu membuka peti sejuk di ruang tamu. Nisha selalu meletakkan minuman tin dalam peti sejuk tersebut. Setin minuman coca cola vanilla di capainya kemudian dia melangkah menuju anjung beranda untuk menikmati angin malam. Pamandangan di sekitar vila yang terang berderang begitu tenang di kala itu. Dua kali dia meneguk air coca cola di tangannya kemudian dia terus melabuhkan punggung di atas kerusi santai di anjung beranda tersebut. “Zam, boleh I bercakap dengan you sekejap” Zamree berpaling, entah bila Karina muncul tanpa disedarinya. Zamree diam, dia mahu Karina terus di tekani rasa serba salah ketika itu. “I tahu you marah, you benci, you tak nak tengok muka I, tapi please Zam, I nak minta sedikit masa dari you untuk dengar penjelasan I” suara Karina terketar-ketar namun Zamree tetap membisu. “I tak pernah khianati cinta kita Zam..”,belum habis Karina bersuara, Zamree mencelah. “Cinta kita, bila aku cinta pada kau” bagai dihiris sembilu hati Karina mendengar kata-kata Zamree. “Ya bukan cinta kita, mungkin cuma cinta I, I tak pernah khianati cinta I, dan I tak pernah cintakan lelaki lain, I terpaksa Zam”sambung Karina lagi. “Terpaksa konon, terpaksa untuk apa, kejar cinta separuh mati, bila aku buka ruang kau khianati aku, kau beri tubuh pada jantan lain” balas Zamree dengan perasaan marah yang begitu membara. “You tak faham Zam, I tak pernah serah tubuhku pada sesiapa, kejadian tu semua dirancang, I sendiri yang rancang, lelaki yang di tangkap berkhalwat dengan I adalah sepupu I Zam, Khalid sepupu I, I lakukan semua supaya you benci kan I, tinggalkan I” ucap Karina dengan suara yang terketar-ketar. “Kalau kau nak aku bencikan kau, tinggalkan kau kenapa kau tak berterus terang, kenapa kau malukan diri aku, malukan aku, keluarga aku” balas Zamree kemudian memalingkan muka membelakangkan Karina. “Kalau I berterus terang dapat you terima kenyataan Zam, kenyataan yang bakal isteri you mengidap breast cancer dan tak boleh mengandung” air mata merembes di pipi Karina, tidak mampu disekanya dengan tangan. “I tak mahu you turut merasai penderitaanku Zam, I tak sanggup batalkan pertunangan di saat tempoh pernikahan kita makin dekat, I tak sanggup kau kecewa bila terpaksa berkahwin dengan seorang wanita yang sakit, yang tidak akan mampu memberi you kebahagiaan sebagai seorang suami. I tak ingin you kahwin kerana terpaksa dan simpati pada I” Karina menyandarkan tubuhnya pada tiang buaian, dia cuba mencari kekuatan dalam dirinya. “Jadi kau fikir aku ni jenis lelaki yang macam mana, pentingkan diri, kau fikir aku bahagia selepas tu dan kau fikir semua masalah kau akan selesai selepas tu” balas Zamree sambil menyilangkan tangannya ke dada. “Kerana itu I kembali Zam, I gagal membuang perasaan cinta I pada you. Jiwa I tidak tenteram selagi I tak menceritakan perkara sebenar pada you. Dua tahun I menjalani rawatan di New Zealand. Walaupun kini I belum sembuh sepenuhnya, I kembali semata-mata ingin memohon kemaafan dari you dan I nak you dengar segala kebenarannya dari mulut I sendiri. I tak mahu insan yang I cintai sepenuh hati membenci diri I sepanjang hayatnya. I redha Zam sekiranya I kembali semula ke Malaysia hati you bukan milik I lagi, tapi biarlah I mendapat kemaafan dari you. Walaupun you bukan milik I lagi namun I tetap doakan kebahagiaan you dengan mana-mana gadis yang berjaya merebut cinta you dan kalau matipun selepas ini hati I puas dan I tak rasa bersalah lagi.” Karina mengelap air mata yang mengalir di pipinya dengan belakang talapak tangannya. “Hanya itulah matlamat I kembali Zam, maafkan I atas segala dosa-dosa I kerana melukai hati you, membuat you malu dan rasa terhina. Selagi I tak menyatakan I seolah-olah berhutang sesuatu pada you yang jiwa I tak akan tenteram sekiranya I mati kelak. Assalammualaikum” tanpa menunggu jawapan Zamree Karina terus berlalu dari situ terus masuk ke biliknya. Perasaannya lega bila dapat meluahkan segala di hadapan Zamree. Zamree memejamkan mata, satu keluhan berat dilepaskannya. “Kenapa hukum alam ini terlalu berat untuk aku, tak bolehkan aku mendapat kebahagian itu dengan mudah” selepas lama termenung Zamree terus melangkah masuk ke biliknya. Bab 69 Nisha bangun awal pagi tersebut, selepas solat subuh Nisha terus menggunakan seluar trek dan baju T serta sepasang kasut sukan, Nisha terus berlari ke pantai. Qhairul tersenyum melihat Nisha dari balkoni biliknya, tanpa membuang masa dia terus mencapai baju T dan sehelai seluar pendek terus berlari ke pantai mendapat gadis tersebut. “Hi sayang, morning” tegur Qhairul lalu menarik tangan Nisha untuk sama berlari di sepanjang pantai tersebut. “Abang perasan tak semalam ada perbincangan dua hati” ”Maksud sayang Zam dan Karina”sahut Qhairul. “Yalah takkanlah Abang Jali dengan Kak Siti pulak” Nisha tergelak begitu juga Qhairul. “Ni kalau pasal nak kenakan abang memang nombor satu” Qhairul menangkap Nisha lalu memeluk pinggangnya. “Macam mana, sayang rasa dia orang berdua boleh berbaik semula tak?” “Entahlah, tapi harap-harap Abang Zam boleh maafkan Kak Rina, kesian, mungkin kemaafan Abang Zam dapat membantu dia melawan penyakitnya”sahut Nisha. “Kalau Zam boleh terima Karina semula, abang nak ajak dia orang berdua kahwin sekali dengan kita, kita buat serentak di vila ni” ucap Qhairul lalu meneruskan lariannya. Nisha membututi lelaki tersebut. “Bang, apa kata hari ni kita ajak dia orang berdua keluar jalan-jalan” Nisha menyaingi larian Qhairul. “Boleh, sayang pujuk Karina, abang pujuk Zam, kita pergi ronda Melaka” “Ok pass!” “Mari sayang, kita jenguk projek resort kita sekejap, kalau boleh siap dalam dua bulan ni kita buat majlis perasmian bersama hari perkahwinan kita nanti, 2 in1” ujar Qhairul lalu menarik tangan Nisha. “Nampak dah hampir 60 peratus siaplah bang” balas Nisha pula. Lebih kurang 15 minit berada di kawasan resort, Qhairul dan Nisha berlari balik ke vila, Zamree yang sedang berdiri di balkoni tersenyum melihat kemesraan Nisha dan Qhairul. “Moga Nisha terus bahagia di samping lelaki yang dicintainya, aku redha dan bersyukur kerana Nisha jatuh cinta pada Qhairul, sekurang-kurang aku boleh menatapi wajah Nisha setiap hari dan mengetahui perjalanan hidupnya setiap masa” bisik hati kecil Zamree sewaktu melihat kemesraan pasangan tersebut dari balkoni biliknya. Selepas solat Zohor, Karina mengenakan baju T lengan panjang dan sehelai seluar jeans berwarna putih, Nisha pula sedondon dengan Qhairul seluar jean biru tua dan baju T warna merah sementara Zamree dengan baju T putih dan seluar jean warna biru muda. “Jom Zam kita naik beca” Zamree tersenyum dan menurut sahaja cadangan Qhairul. Qhairul terus menarik tangan Nisha untuk naik satu beca dengannya sementara Zamree satu beca dengan Karina. Qhairul merakam gambar kenangan-kenangan mereka menaiki beca dengan handycamnya. Zamree dan Karina cuma berdiam diri sepanjang menaiki beca tersebut, tiada sepatah perkataan yang keluar dari mulut masing-masing. “Abang kita pergi minum dulu Nisha hauslah” “Jom Zam, Karina kita pergi minum”ajak Qhairul. Qhairul memilih sebuah Restoran berdekatan dengan sebuah panggung wayang, Nisha yang duduk di sebelah dari tadi asyik memandang ke arah panggung wayang tersebut, ada sesuatu yang menarik perhatiannya di situ. “Lepas ni kita naik Ferris Wheel, abang tak sempat naik benda tu waktu ia ada di KL dulu”ujar Qhairul sambil menjerling pada Nisha yang sedang tersenyum di sebelahnya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. “Abang Zam masih ingat tak Nisha cakap muka abang macam muka siapa” matanya bulat memandang wajah Zamree. “Ingat, abang yak pernah lupa macam muka Shahid Kapoor, tapi sampai sekarang abang tak pernah tengok muka Shahid Kapoor tu” sahut Zamree. “Nisha ni ada darah Pakistan sebab tu minat jugak cerita-cerita Hindi, Setiap kali Shahid Kapoor ni berlakon heroin yang selalu berpasangan dia abang nak tahu siapa? Kak Rina tahu ke? Zamree dan Karina dua-dua mengelengkan kepala. “Cuba abang tengok kat panggung tu, ada cerita Hindustan baru yang akan dimain pukul 4 nanti, tulah Shahid Kapoor, ada mirip abang tak?” Qhairul tergelak, begitu jugak Zamree cuma Karina menahan senyum. “Mujur jugak orang tak serbu abang bila abang masuk sini tadi, cuba tengok heroin tu sapa?. Kalau abang nak tahu pelakon perempuan tu adik Karisma Kapoor namanya Karina Kapoor, sebijik nama Kak Rina tapi kat meja kita ni Karina Kasran” Zamree tersendak, Qhairul tidak dapat menahan gelaknya. Merah padam muka Karina menahan malu dan lucu. “Ehh..abang Zam tak apa-apa ke? ni air minum, Kak Rina bagi air ni pada Abang Zam” Nisha cuba menyembunyi gelaknya tetapi tidak berjaya akhir dia terpaksa juga melepaskan gelaknya sepuas hati. “Sorrylah Abang Zam, nama pelakon perempuan tu memang Karina Kapoor kalau abang tak caya tanya semua yang ada dalam restoran ni” sambung Nisha dengan ketawanya yang masih lagi bersisa. Zamree enggan ikut serta menaiki Ferris Wheel dengan alasan badannya belum berapa sihat untuk berdepan dengan sesuatu yang menyebabkan darah gemuruh. “Aku tengok kau orang berdua je, badan aku belum stabil lagi untuk aktiviti macam tu” beritahu Zamree lalu duduk di atas sebuah bangku kosong berhampiran kawasan Ferris Wheel.Karina pun turut menolak. “Nampat kita berdua je yang nak lepas tension hari ni, jom sayang” Qhairul terus menarik tangan Nisha menaiki Ferris Wheel tersebut. Suara jerit pekik manusia yang berada dalam Ferris Wheel tersebut mengamatkan sekeliling tidak terkecuali suara Qhairul dan Nisha. “Zam cintakan puteri ke?” lama Zamree berdiam diri mendengar soalan Karina. “Ya, aku tak boleh menafikan, Nisha cinta sebenar aku, cinta yang ku tunggu selama ini, sebab itu sebelum ini aku payah untuk melafazkan cinta aku pada kau sebab aku tak pasti perasaan sebenar aku pada kau”jawab Zamree, matanya tertumpu pada Ferris Wheel. Dengan melayan Karina berbual apakah telah terbuka pintu hati untuk menerima kemaafan gadis itu. “Kenapa you serahkan dia pada Qhairul?” Karina memandang wajah Zamree. “Cinta tak semestinya memiliki. Aku sayangkan kedua-duanya, aku nak kedua-dua ada di samping aku setiap mas. Aku nak insan yang aku sayang dan cinta hidup bahagia, dan aku tahu Qhairul boleh membahagiakan Nisha kerana mereka berdua juga saling mencintai dan Nisha adalah hadiah paling berharga dari aku untuk Qhairul yang terlalu banyak berkorban untuk selamat nyawa aku selama ini” ujar Zamree sambil matanya terus menatap Ferris Wheel yang masih berpusing. “Memang itulah hakikatnya bila kita ikhlas mencintai seseorang. Kita akan berbuat apa saja supaya hidupnya insan yang kita cintai hidup bahagia walaupun kita sendiri terpaksa menanggung deritannya” balas Karina. Setiap ayat yang diungkapnya. penuh dengan simbolik. “Tapi Nisha jujur pada aku, tak tinggalkan aku dan berani berterus terang pada aku. Dia tetap menyayangi aku dan ambil berat tentang diri aku dan sebab itu sampai mati pun Nisha adalah cinta aku” sahut Zamree lagi tanpa menghiraukan perasaan Karina. Dia memang mahu gadis itu sedar dan terasa dengan segala apa yang telah dilakukannya dulu. “I tahu you sedang menghukum I , kutuklah I, marahlah I jika itu membuat you rasa lega dan dapat melunaskan semua dendam you kepada I selama ini, tapi I nak you tahu sampai seribu tahun pun hanya you insan yang I cintai yang bertahta di hati I dari dulu, kini dan selamanya” balas Karina pula sambil tangannya menyeka air mata yang mula jatuh ke pipinya. “Zam, aku nak cuba pergi ke satu tempat di Melaka ni, Wazir beritahu aku tempat tu best” beritahu Qhairul sebaik sahaja dia dan Nisha muncul setelah selesai menaiki Ferris Wheel. “Di mana?” “Perkampungan Ikan Bakar Terapung di Umbai Baru, Jasin, kita cuba makan di situ malam ni” Tanpa berlengah mereka terus memboloskan diri ke dalam mpv Mercedes dan terus memberitahu Abang Jali destinasi mereka seterusnya. Sampai di PIBT di Umbai Baru Jasin memandangkan di situ ada menyediakan surau mereka terus menunaikan solat Asar kecuali Nisha, kerana keuzurannya. “Kita ronda-roda dulu tempat ni, nampak macam menarik je” ujar Qhairul sambil bergerak ke pelantar berjalan kaki sambil memimpin tangan Nisha. Zamree dan Karina terus membuntuti pasangan tersebut. Dari perlantar tersebut mereka dapat menikmati pemandangan kawasan paya bakau dan keindahan panorama laut terutamanya ketika tiba waktu senja. Kemudian mereka terus melangkah menaiki menara tinjau dan dari situ keindahan Selat Melaka dapat dilihat dengan jelas. “Jom Zam kita jalan di Bakau road tu, nampak macam best je kalau tangkap gambar” Nisha dan Karina membuntuti dua lelaki tersebut sepanjang perjalanan menyusuri laluan pelantar berjalan kaki tersebut, sesekali Qhairul menoleh dan mengacu lensa handycamnya pada Nisha. Sementara menunggu Qhairul dan Zamree solat Maghrib di surau, Nisha dan Karina duduk di meja makan di salah sebuah gerai. “Dah buat order” Zamree, Qhairul dan Abang Jali yang baru muncul terus melabuhkan punggung di atas kerusi. “Dah, ikan kerapu masak tiga rasa, Ketam masak lemak berlada, Udang galah masak butter prawn, pastu kerang bakar, sotong fried source dan nasi putih” beritahu Nisha menyebut semua nama lauk yang dipesannya sebentar lagi. Suasana makan malam yang menyeronokkan. Zamree seolah-olah tidak menghiraukan kewujudan Karina di sebelahnya. Dia makan dengan berselera sekali. “Sesekali best juga makan kat gerai terbuka macam ni. Enjoy fresh air tapi masakan di sini boleh tahanlah Zam” ujar Qhairul setelah selesai menikmati juadah mereka. “Tengok senarai harga menu ni taklah mahal” sahut Zamree pulak sambil menyedut minuman di depannya. “Tak mahal apa bendanya, seekor kerapu yang muka hodoh ni pun hampir dua ratus ringgit seekor” ujar Nisha menyebabkan semua yang ada di meja tersebut tergelak. “Mentang-mentanglah dah habis makan baru tahu muka kerapu tu hodoh” balas Qhairul mengusik Nisha. Mereka yang lain tergelak. “Sebab waktu Nisha makan tadi Nisha tak pandang pun muka kerapu tu kalau Nisha pandang garenti takda selera” sambil membuat gaya geli-gelemannya. Qhairul dan Zamree serta Abang Jali tergelak lagi. Karina turut tersenyum mendengar kata-kata Nisha. “Kecil hati ikan kerapu bila dengar puteri kata macam tu” Nisha pula tergelak mendengar kata-kata Abang Jali. “Kerapu tu tak boleh dengarlah Abang Jali sebab Abang Qhairul dah makan telinga dia” sahut Nisha lagi kemudian tergelak lagi. “Betul ke, abang rasa abang makan hidung bukan telingalah, Zam yang makan telinga ikan tu tadi” balas Qhairul. Abang Jali mengeleng-geleng kepala sambil tersenyum mendengar usik mengusik di meja makan tersebut. Zamree cuma tersenyum mendengar gurauan Qhairul dan Nisha. “Bahagian mana kerapu ni yang paling cantik?” tanya Qhairul sambil menguis-guis ikan kerapu tulang ikan yang cuma tinggal kepala dan ekor tersebut dengan garfu. “Bibirnya, mungil macam bibir Angielina Joli” Semua yang ada di meja tersebut tergelak sakan, terkekek-kekek mendengar jawapan Nisha, sehinggakan beberapa mata turut menoleh ke meja tersebut. “Yang kamu berdua asyik bercerita pasal ikan kerapu tu apa hal” Zamree yang masih dengan sisa gelaknya menyampuk pula. “Puteri tu yang buat lawak yang bukan-bukan, ada ke bibir kerapu tu macam bibir Angielina Joli” tambah Karina. “Kalau macam tu, kita tukar ajelah nama ikan kerapu tu kepada ikan Angielina Joli” tambah Qhairul pula. “Angielina Joli masak tiga rasa” celah Abang Jali sambil tergelak. “Tengok tu, Abang Jali pun dah pandai buat lawak” balas Nisha lalu ketawa terkekek-kekek. “Jom kita balik, tak larat lagi aku nak layan idea merapu kau orang ni” ujar Zamree lalu bangun dari kerusi.Mereka beriringan menuju ke kereta. “Bahaya betul makan ikan kerapu, mesti suka merapu-rapu lepas tu” sahut Nisha lagi. “Tulah sayang lain kali jangan order ikan kerapu, kan mulut tu tak henti-henti merapu” balas Qhairul sambil tergelak. “Nilah first time Nisha buat order dah macam-macam cerita, lain kali Nisha tak naklah buat order lagi, Kak Rina pulak yang buat order”. “Tapi yang puteri order tadi semua sedap, berselera Kak Rina makan” “Ya ke? patutlah sampai telinga dan hidung ikan pun habis kena makan” Nisha dan Karina tergelak lagi. “Tolong diam boleh tak, asyik nak kenakan orang ni apa hal” Qhairul terus memicit hidung Nisha dengan kuat. “Ok…ok Nisha diam, Nisha janji tak nak cakap lagi” sambil mengangkat sebelah tangannya. Zamree menggelengkan kepalanya. Gadis itulah yang membuat dia dan Qhairul terhibur selama ini. Nisha..Nisha..! kenapa kau tak wujud dua satu untuk ku dan satu untuk Qhairul, rintih Zamree dalam hatinya Karina menjerling Zamree di sebelahnya yang seolah-olah sedang memikirkan sesuatu. Mata lelaki kelihatan terpejam namun Karina tahu Zamree tak tidur, Zamree mengelamun memikirkan Nisha. Nisha yang duduk berduaan dengan Qhairul di depan mereka sedang melentokkan kepalanya ke bahu Qhairul. “Mungkin puteri tertidur” fikir Karina dalam hatinya. Qhairul membelai jari-jemari runcing Nisha. Matanya tertumpu pada pada sebentuk cincin emas putih bertahta berlian di jari manis Nisha. Nisha yang sedang terlena membiarkan sahaja Qhairul menanggal cincin yang tersarung di jari manisnya. Dengan menggunakan cahaya telefon bimbitnya, Qhairul mengamati cincin itu kemudian dia terpandang nama Tengku Farid tertulis dalan lingkaran cincin tersebut. Qhairul menyarungkan semula cincin tersebut ke jari manis Nisha. Kemudian tangan gadis itu digenggamnya erat. “Thanks Zam, Ku Farid kerana lepaskan Nisha untuk aku” bisiknya dalam hati lalu mencium tangan gadis itu agak lama. Nisha menegur Zamree dan Qhairul yang sedang bersantai di anjung vila kemudian memanggil datang ke ruang tamu utama vila mereka. “Abang Zam, Abang Qhairul jom kita turun bawah” Sebiji kek dengan beberapa batang lilin yang sedia terpasang terletak di tengah-tengah meja ruang tamu utama vila tersebut. “Hari jadi siapa?” bisik Qhairul ke telinga Nisha. “Kak Rina, dia nak sambut dengan kita sebab minggu depan dia nak balik ke New Zealand. Karina muncul dengan sepasang baju kurung warna unggu muda. Lain sungguh penampilan Karina malam itu, nampak anggun dan menawan. Wajah bujur sirihnya nampak tenang ketika muncul di ruang tamu. Nisha terus duduk di atas piano lalu memainkan lagu selamat hari jadi. Selesai lagu dimainkan Karina memejamkan mata lalu meniup lilin-lilin yang menyala di atas kek tersebut. Zamree yang duduk di atas sofa cuma mendiamkan diri. “Happy birthday Kak Rina, moah..”Nisha mencium pipi gadis tersebut. “Terima kasih puteri, terima kasih atas segalanya, mungkin ini pertemuan terakhir kita, Kak Rina doakan Puteri dan Datuk Qhairul hidup bahagia. Insyaallah kalau diizinkan, Kak Rina akan datang di hari bahagia tu nanti. Kak Rina rasa kepulangan Kak Rina dah mencapai matlamatnya. Kak Rina dah melunaskan apa yang menbelenggu jiwa Kak Rina selama ini. Kak Rina redha dengan segala hukuman yang tuhan berikan pada Kak Rina.Walaupun Kak Rina tidak diberi peluang kedua, sekurang-kurangnya Kak Rina boleh pergi dengan tenang dan telah menceritakan perkara yang sebenarnya” Karina memeluk tubuh Nisha seerat-eratnya setelah melafazkan ayat-ayat itu ke telinga Nisha. “Kak Rina, sebagai hadiah Nisha akan nyanyikan sebuah lagu untuk Kak Rina malam ni, tapi Nisha tak berapa pandai sangat main piano tapi kalau lagu-lagu yang pernah Nisha belajar dengan Kak Rozi insyaalah boleh kot. Nisha tujukan lagu ni khas untuk Kak Rina. Nisha mula menekankan piano tersebut untuk menendangkan sebuah lagu yang sebenarnya khas ditujunya untuk Zamree. Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku Ku cuba menyatakan aku membuat kesilapan Yang tak mungkin kau maafkan lagi Ku tak mungkin kau perlu di sisi Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya Kau ingin ku menyalakan diri ini bagai lilin Dan terbakar oleh perbuatanmu Suasana sepi kini menambahkan hening Di dalam hatiku Mengadil sikapmu biar di jiwamu aku telah tiada Di waktu begini diusik kenangan silam Yang bertandang Lalu ku biarkan Ia menabahkan hati ini Kekasihku cukup engkau buat ku begini Luka ini usah engkau berdarahkan kembali Aku masih cinta padamu Aku masih setia padamu Kembalilah engkau kepadaku seperti dahulu Di dalam rindu ku menangis Di dalam kalbu ku terasa Teringatmu di kala derita Yang memisahkan kita Di dalam sendu ku berseru Yang terukir dalam hatiku Kekasih bukalah pintu Untuk sekali ini Aku cinta kepadamu Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku Ku cuba menyatakan aku membuat kesilapan Yang tak mungkin kau maafkan lagi Ku tak mungkin kau perlukan lagi di sisi Setiap lirik lagu tersebut begitu menyentuh perasaannya namun keegoan tetap menguasai diri seorang lelaki bernama Zamree. Karina terus membawa dirinya keluar ke taman larangan vila untuk mencari ketenangan sambil menghirup kesegaran bayu malam. Qhairul pula begitu terpesona dengan kemerduan suara kekasih hati merangkap bakal isterinya itu. Matanya asyik merenung ke wajah Nisha tanpa berkelip sambil tersenyum. Selesai Nisha menyanyi, dia sibuk menikmati kacang-kacang yang terhidang di atas meja. Bagi Qhairul dan Nisha untuk detik dan ketika itu kebahagian masih lagi milik mereka. Sejak semalam lagi, Karina merasakan tubuhnya kurang sihat. Mulanya dia memasang niat untuk berjalan-jalan makan angin di pantai petang itu tapi bila merasa tubuhnya tidak selesa, Karina berbaring semula di atas katil. Dia memandang sekeping gambar yang sering didakapnya. “Zam, aku doakan kau bertemu kebahagiaan selepas aku pergi jauh meninggalkan dunia ini” bisik Karina dalam hatinya. Terkedu menggenangkan nasib dirinya. Bilik pintunya diketuk dari luar, “masuklah puteri” ujar Karina lalu menyembunyikan gambar tersebut di bawah bantal. “Kak Rina, jom Kak Rina, kita jalan-jalan tepi pantai” Karina sedaya upaya untuk bangun lalu membuntuti Nisha menuju ke pantai. “Dia orang berdua tu mana?”tanya Karina bila tidak melihat susuk tubuh Zamree dan Qhairul. “Abang Zam dalam bilik bacaan, Abang Qhairul bersenam kat gim atas” Karina melabuhkan punggungnya di atas batu besar di sebelah Nisha. “Puteri mesti bahagiakan sebab mencintai dan dicintai oleh Datuk Qhairul?” Karina memulakan perbualannya. “Ya kak, antara Nisha dengan Abang Qhairul memang tiada masalah, cuma orang-orang sekeliling yang memberi masalah pada kami” “Maksud puteri?” “Saya tak dapat kasih ibu kandung, dan mungkin kasih ibu mertua pun mungkin saya tak akan dapat” Nada lirih dalam kata-katanya. “Maksud puteri, mama Datuk Qhairul tak terima puteri?” Karina mengerutkan dahinya. “Ya, mama Abang Qhairul dah sediakan menantu pilihannya dan mereka akan dikahwinkan hujung tahun ni” Nisha melontarkan pandangannya jauh ke tengah laut. “Jadi puteri dan Datuk Qhairul sekarang bagaimana, tak jadi kahwinlah?” “Tak! Kami akan kahwin, bonda Tengku Farid yang akan uruskan. Abang Qhairul tidak akan hadir dihari perkahwinan yang diatur oleh mamanya. Kami akan berkahwin di sini tapi Kak Rina tentu fahamkan apa kami akan lalui selepas itu. Bina rumah tangga tanpa restu orang tua malah Nisha akan menerima cacian dan cemuhan keluarganya terutama kedua orang tua Abang Qhairul, hanya Abang Zam yang akan berdiri di belakang kami berdua” Karina terdiam mendengar penjelasan Nisha. Tidak terlintas difikirannya hubungan Nisha dan Datuk Qhairul mendapat tentangan yang hebat dari keluarga lelaki itu. “Kenapa ambil keputusan untuk kahwin dalam tempoh terdekat ini. Puterikan masih muda, baru 18 tahun” sambung Karina pula. “Ya, Nisha tahu tu. 18 tahun memang usia yang terlalu muda untuk Nisha menjadi seorang isteri tapi Kak Rina tahukan Nisha ni sebatang kara di dunia ni. Nisha tak ada sesiapa. Nisha perlukan seseorang yang boleh menjaga dan bertanggungjawab pada Nisha dan Abang Qhairul lelaki yang paling ambil berat pasal diri Nisha. Dia sanggup lakukan apa saja untuk Nisha, dia cintakan Nisha dan Nisha pun cintakan dia. Kami takut kerana hubungan yang terlalu akrab kami tidak boleh mengawal perasaan dan akhirnya hidup bergelombang dengan dosa dan noda jadi sebelum terlambat lebih baik Nisha korbankan zaman remaja Nisha untuk menjalinkan hubungan yang halal dengan abang Qhairul dan kami bebas untuk melakukan apa saja dan ke mana saja untuk hidup bersama”ujar Nisha menjelaskan dengan panjang lebar pada Karina. “Tak sangka puteri berfikiran jauh ke depan, patutlah Datuk Qhairul dan Zamree terlalu cintakan dan sayangkan puteri. Dalam usia yang semuda ini puteri boleh berfikiran sejauh itu” balas Karina pula. “Kenapa puteri cintakan Datuk Qhairul, kenapa tidak Zamree atau Tengku Farid. Apa lebihnya Datuk Qhairul di mata puteri. Kak Rina nak pengakuan yang jujur dari puteri. Kak Rina janji akan rahsiakan semua yang puteri beritahu Kak Rina hari ini” pengakuan yang ingin didengarnya sendiri dari mulut PuteriMS. “Betul, janji!” Karina menganggukkan kepalanya. “Nisha kenal ketiga-tiga lelaki ni dalam masa dua hari. Mungkin Nisha pilih yang tengah sebab orang pertama yang saya kenal antara mereka bertiga adalah Abang Zam lepas tu baru Abang Qhairul dan akhir sekali Tengku Farid. Antara mereka bertiga first time jumpa Abang Qhairul perasaan Nisha dah lain tak sama bila jumpa Abang Zam atau Tengku Farid. Debaran yang membuatkan Nisha rasa bahagia ketika bersamanya dan ingin selalu bersama dan merinduinya ketika berjauhan. Abang Qhairul kerap mendampingi Nisha dan sentiasa ada ketika Nisha perlukan seseorang. Wajah abang Qhairul Korean sikit kot sebab Nisha minat seorang pelakon Korean yang betul-betul mirip Abang Qhairul..”belum habis bercakap Nisha kemudian tergelak. “Abang Qhairul lebih gentlemen, cepat bertindak, tegas, matang, kadang-kadang lucu, suka bergurau tapi berani dan suka berterus terang, semua tu ciri-ciri lelaki yang Nisha idamkan selama ini dan yang pastinya Abang Qhairul juga mencintai Nisha dan mungkin memang jodoh Nisha. Nisha ditakdirkan untuk dia dan Nisha percaya cinta dan jodoh itu datang dari tuhan dan DIA yang menentukan hati kita terarah untuk jatuh cinta pada seseorang itu” tambah Nisha lagi. “Kenapa Kak Rina jatuh cinta pada abang Zam?”giliran Nisha mengorek rahsia gadis itu. “Dari dulu hingga sekarang dan mungkin selamanya walaupun cuma Rina yang jatuh cinta pada Zam. Macam puteri, Zam lelaki yang terbaik di mata Rina, ciri lelaki idaman Rina ada pada dia, Rina bersyukur kerana dia terima cadangan Rina untuk bertunang dan cuba bukakan pintu hatinya untuk terima Rina tapi tuhan tak beri kesempatan untuk Rina merasa cinta dia dan hidup bahagia di samping insan yang Rina cinta” ujar Karina dengan riak wajah yang tenang. “Sabar Kak Rina, mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang menentukannya” balas Nisha sambil memeluk bahu Karina. “Eh..badan Kak Rina ni panaslah, Kak Rina demam ke?” “Kak Rina tak sihat badan sejak tadi” “Ala..Kenapa tak cakap, jom kita balik, nanti makin melarat pulak, nanti malam kita pergi klinik” Karina menuruti Nisha balik semula ke vila. Selesai solat maghrib semua berkumpul di meja makan untuk makan malam. “Sayang, mana Karina?” “Kak Rina tak sihat, dia demam, lepas ni Nisha nak temankan Kak Rina pergi klinik” walaupun tidak berminat untuk ambil tahu namun Zamree memasang telinganya mendengar perbualan Nisha dan Qhairul. “Nanti abang temankan ”Nisha menganggukkan kepalanya. Selesai makan, Zamree terus naik ke atas. Matanya terus tertumpu ke bilik Karina yang sedang tertutup rapat. Zamree terus melabuhkan punggungnya di atas sofa lalu menekan alat kawalan jauh tv. Nisha yang baru naik diiringi Qhairul terus menghampiri bilik Karina. Setelah mengetuk pintu berkali-kali masih tiada jawapan Nisha terus memulas tombol pintu tersebut. Karina tiada di atas katil, Nisha terus mencari gadis tersebut di balkoni namun tiada juga dan kemudian Nisha mendapati pintu bilik air terbuka. Tubuh Karina terbaring di atas lantai, kepalanya luka dan berdarah seperti terhantuk sesuatu. “Abang Zam, tolong Kak Rina, dia terjatuh Kak Rina pengsan” mendengar suara Nisha Zamree dan Qhairul yang sedang duduk di ruang terus menoleh. “Cepat abang Zam, keadaan Kak Rina teruk tu dia tak sedar” tanpa berlengah Zamree terus menerpa masuk ke bilik Karina. Nisha menunjuk ke bilik air. Karina yang terbaring atas lantai dalam bilik air direnungnya seketika. “Ya Allah Rina, you kenapa?” Zamree terus mencempung tubuh Karina lalu meletakkannya di atas katil. “Aku dah cal ambulan, mereka akan sampai sekejap lagi” beritahu Qhairul yang menjenguk masuk ke bilik melihat keadaan Karina. Tidak sampai 10 minit ambulan sampai, tubuh Karina yang tidak sedarkan diri diusung masuk ke dalam ambulan untuk dibawa ke hospital. “Aku ikut ambulan Rul” beritahu Zamree lalu melangkah memboloskan diri ke dalam ambulan. “Maafkan aku Karina kerana terlalu ego sehingga tidak menerima kemaafan kau” ujar Zamree sambil menggenggam tangan Karina. Sampai di unit kecemasan, tubuh Karina diletakkan di atas sebuah streatcher lalu di usung menuju ke bilik pemeriksaan. “Ya Allah, selamatkan Karina, aku berdosa padanya kerana tidak menerima kemaafannya, walaupun aku tidak mencintai tapi aku masih menyayanginya seperti dulu. Aku akan cuba untuk membuka pintu hatiku untuk menerima kemaafannya” Zamree terus merintih dalam hatinya. Qhairul dan Nisha berlari-lari anak mendapatkan Zamree yang sedang duduk di kerusi menunggu di hadapan bilik pemeriksaan.. “Macam mana Kak Rina Abang Zam, Kak Rina ok ke?” tanya Nisha sebaik sahaja mendekati Zamree. “Belum tahu lagi, doktor masih memeriksanya” “Aku berdosa Rul, aku berdosa kerana terlalu ego, aku tak maafkan dia, berkali-kali dia merayu meminta maaf tapi aku tak peduli, manusia jenis apa aku ni Rul?” ucap Zamree seperti hendak menangis. “Sabarlah Zam, Karina tak apa-apa, percayalah dia takkan tinggalkan kau begitu saja percayalah Zam, trust me ok” Qhairul menepuk-nepuk bahu Zamree. “Ya Abang Zam, Karina takkan tinggalkan kita, percayalah” tambah Nisha pula. Seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut lalu memandang ke arah Zamree, Qhairul dan Nisha. “How doktor, bagaimana keadaan dia?” tanya Zamree memandang tepat ke wajah doktor tersebut. “Kepala berlaku sedikit pendarahan mungkin luka akibat terhantuk ketika terjatuh, tapi dari pemeriksaan saya di bahagian lain, dia mengidap breast cancerkan?” beritahu doktor tersebut. “Ya doktor sudah dua tahun tapi dia sedang dalam tempoh menjalani rawatan” sahut Nisha pula. “Di mana?” “Di New Zealand” jawab Zamree “Saya nasihat supaya cik beritahu dia supaya teruskan rawatan untuk selamatkan nyawa dia, kanser ini merupakan pembunuh nombor wanita. Kalau dalam masa dua tahun dia masih boleh bertahan bererti dia seorang yang kuat semangat. Bantu dan beri sokongan untuk dia untuk melawannya” beritahu doktor perempuan tersebut. Nisha dan Zamree menganggukkan kepalanya mendangar penerangan doktor tersebut. “Saya minta diri, dia akan dipindahkan ke wad, encik boleh uruskan di kaunter untuk pendaftaran masuknya” tambah doktor itu kemudian terus meninggalkan tempat tersebut. “Zam kita uruskan dulu wadnya, selepas tu kita semua sama-sama balik KL” ujar Qhairul sambil memegang bahu Zamree. “Kenapa aku boleh sekejam ini Rul. Dia dah tebus semua kesalahannya pada aku tapi di mana nilai kemanusiaan aku Rul?” Zamree kelihatan begitu kesal. “Zam, mudah aje dari sekarang kau beri perhatian dan bantuan pada Karina sebagai seorang kawan. Kita sama-sama beri dia semangat dan kemuatan untuk Karina melawan penyakitnya” tambah Qhairul lagi. Zamree menempatkan Karina di sebuah bilik VIP hospital tersebut. Semasa dipindahkan ke wad tersebut Karina masih belum sedar sepenuhnya. “Alhamdulillah Kak Rina dah sedar?” “Rina kat mana ni puteri? “Di hospital, Kak Rina terjatuh dan pengsan dalam bilik air” beritahu Nisha. “Nak puteri telefon ayah Kak Rina ke?” “Jangan puteri, Rina tak mahu ayah susah hati, Rina tak apa-apa” suara Karina kedengaran begitu lemah. “Kak Rina rehat ya, malam ni Abang Zam jaga Kak Rina. Nisha tak boleh berada lama di luar Vila dalam keadaan Nisha sedang uzur, maafkan Nisha ya Kak Rina” ujar Nisha dan Karina menganggukkan kepalanya. “Ok Zam, aku dan Nisha terpaksa balik dulu dan kalau ada apa-apa kau telefon je. Karina berehatlah, I doakan you supaya cepat sembuh” ucap Qhairul sambil tersenyum kepada Zamree dan Karina. “Zam, kalau you nak balik-baliklah I tak kisah sorang-sorang di sini. Di New Zealand I dah biasa sorang, you jangan susahkan diri kerana I. I sakit tiada kena mengena dengan you, I cuai sebab tu jatuh” tenang nada suara Karina ketika itu. Dia tidak mahu Zamree bersusah kerana menemaninya di hospital. “Karina maafkan I, I tak sepatutnya terlalu kejam pada you setelah tahu apa yang telah you alami. I tak sepatutnya berdendam dengan you. I berdosa sebab tidak menerima kemaafan sesama muslim.Walaupun tak cintakan you sekurang-kurangnya I boleh maafkan you dan terima you sebagai seorang kawan. Maafkan I Karina, I dah maafkan segala kesalahan you pada I. Mulai malam ini I terima you sebagai seorang kawan” Karina terkejut mendengar pengakuan Zamree tapi akhirnya lega lantas dia tersenyum memandang Zamree. “Terimakasih Zam, I janji akan jadi kawan terbaik you, percayalah. Kita buka lambaran baru, lupakan yang lama” ucap Karina sambil mengenggam erat tangan Zamree. Qhairul memecut Lamborghini untuk kembali ke vila, tangan kirinya menggenggam erat tangan Nisha kemudian mengucupnya. “Sayang, abang bersyukur Zam telah berbaik semula dengan Karina” “Ada hikmah di sebalik semua kejadian, Karina sebenarnya seorang perempuan yang cantik dan baik. Nisha senang berkawan dengannya. Dia mudah memahami dan menerima Nisha. Sikap dan jiwanya hampir sama dengan abang Zam pendiam dan agak sentimentle tapi bersikap terbuka” jelas Nisha menyokong pendapat Qhairul. Sampai di vila Nisha menjerling jam tangan sudah menunjukkan pukul12.30. “Sayang tolong ambil news paper di belakang kerusi tu, abang beli tiga hari lepas tapi tak sempat nak baca”. Sambil membimbit surat khabar di tangannya, Nisha melangkah naik ke tingkat atas lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Harian Metro di tangannya dibeleknya sehelai demi sehelai. Mata tertumpu pada satu tajuk akhbar “Seorang Bomoh Siam terkenal mati di tangan hantu belaan”, hampir dua kali dia mengulangi membaca petikan yang sama. Qhairul terus melabuhkan punggung di sebelah gadis tersebut lalu memeluk pinggangnya. “Ada berita menarik ke sampai sayang tak kisah pada abang ni” “Abang, tengok berita ni, kejadian ni berlaku malam tu” sambil menghulurkan surat khabar di tangannya pada Qhairul. Qhairul turut membaca petikan tersebut berulang kali. “Abang rasa memang dia Tok Cha yang Ustaz Razman cakap tu, jadi kalau macam tu, beerti belaan tu tak bertuanlah sekarang. Tentu hantu Tok Cha tu sedang merayau cari tuan yang baru” ujar Qhairul seperti ada seram sedikit pada nada suaranya. “Malam tu hantu tu kata Nisha tuan baru dia tapi Nisha tak tolak. Tak nak bela hantu yang muka hodoh macam tu, kalau bela jin Aladdin adalah untungnya jugak, boleh minta itu ini” kata Nisha sambil tergelak kecil. “Menakutkan abanglah sayang ni” “Tapi bang Nisha memang ada bela jin tau, 3 ekor” membutang mata Qhairul memandang wajah gadis itu. “Sayang ni biar betul” soal Qhairul sambil matanya terus memandang Nisha, entah apa difikir oleh Qhairul pada ketika itu. “Ya, Jin tulah yang beri segalanya pada Nisha dan tak lama lagi Nisha kahwin dengan jin yang paling tua, along mereka” butang mata Qhairul memandang Nisha. “Qhairul terus memicit kedua pipi Nisha dengan tangannya, sebelah tangannya pulak memicit hidung gadis tersebut. Susah Nisha hendak bernafas dibuatnya tapi Nisha masih boleh tergelak. “Dah pandai loyar buruklah lawyer ni” Nisha sekuat tenaga menepis tangan Qhairul, kedengaran gelak ketawa dan gurau senda Nisha dan Qhairul dari ruang tamu vila tersebut. “Abang, Nisha nak minta satu keizinan dari abang” Sambil menyandarkan belakangnya ke dada bidang Qhairul. “Apa dia sayang” tangannya membelai mesra rambut gadis tersebut. “Minggu depan abang pergi tak ke majlis anugerah tu?, Tengku Farid yamng akan jadi tetamu terhormat malam tersebut. Ku Farid minta Nisha temankan dia malam tu. Memandangkan ini permintaan terakhir dia sebelum dia dan Nisha bawa haluan masing-masing Nisha terpaksa setuju” ujar Nisha sambil membelai jari-jemari Qhairul. “Sayang sedar tak yang selepas tu sayang akan akan menjadi tajuk utama akhar dan majalah. Apa jawapan Ku Farid nanti bila ditanya soalan tentang hubungan sayang dengan dia. Ku Farid nak jawab apa? adik angkat, kekasih, kawan atau bakal permaisuri” tanya Qhairul sambil memalingkan badan Nisha agar menghadapnya. “Tapi abang terfikir tak yang tindakan Ku Farid ni boleh membantu kita jugak?” “Maksud sayang?”Qhairul mengerutkan dahinya. “Tindakan Ku Farid boleh membantu mengalih perhatian Yasmine Hana dan mama abang. Biar dia orang tak suspek kita ada hubungan yang serius dan akan berkahwin. Biar satu dunia kata Nisha kekasih Ku Farid asalkan ia boleh menyelamat hubungan kita. Kita boleh berkahwin dalam suasana yang aman, untuk melindungi majlis yang telah dirancangkan oleh bonda, abang percaya Ku Faridkan?” jawab Nisha lalu merenung tepat ke mata Qhairul. Qhairul menganggukkan kepalanya setuju dengan penjelasan Nisha. “Kalau sayang dah bersama Ku Farid, abang tak nak kacau. Abang juga hormati dia dan abang terpaksa izinkan selagi kita belum berkahwin. Abang tak nak pergi malam tu bukanlah pasal sayang akan pergi bersama Ku Farid tapi abang terfikir, Yasmine Hana mesti ada malam tu, sebab dia kan pengarah drama”. Nisha mengerutkan dahinya kemudian mengangguk. “Tapi malam tu Nisha terima tiara PMS, tak rugi ke abang tak tengok secara live?” “What can I do, tapi balik abang tunggu tepi jalan, balik ikut abang” Qhairul tersenyum lalu mencubit pipi gadis itu. “Ok, tapi abang percayalah ya, Nisha anggap Ku Farid sebagai saudara dan sahabat mesra Nisha aje. Selepas majlis tu, kami tidak bertemu lagi untuk berdua-duaan. Ku Farid pun perlu menjaga reputasi dia sebagai Putera Mahkota” kata-katanya bagaikan memujuk dan meyakinkan hati kekasihnya. “Sayang, abang tahu Ku Farid jujur cintakan sayang. Dia tidak akan merendahkan dirinya begitu sekali di hadapan seorang perempuan biasa. Ku Farid pernah memberitahu abang dan Zam sekiranya kami berdua gagal membahagiakan dan mengeckan sayang, dia akan ambil sayang dengan kuasanya walaupun sebagai isteri kedua” Nisha begitu terkejut mendengar kata-kata Qhairul. “Tengku Farid nak paksa Nisha kahwin dengan dia?” “Ya, kerana dia nak melindungi gadis yang dicintainya, dan abang tahu sekiranya sayang jadi isteri nombor berapa pun pada Ku Farid, sayang tetap yang pertama pada Ku Farid. Dia tidak akan pandang isterinya yang lain sebab perempuan yang dicintai dan cuma ada dalam hatinya adalah Nisha. Abang pun dah lama kenal dia, dia sama seperti abang, belum pernah jatuh cinta dengan mana-mana perempuan sehingga bertemu dengan sayang. Abang tahu Ku Farid pun dah gila macam abang tapi kerana sayang dan cinta juga dia tinggalkan Nisha. Dia sanggup kehilangan takhta tapi kesannya amat buruk pada negerinya, dan syarat mesti mengahwini sepupunya untuk naik takhta sebagai Putera Mahkota pun boleh dielakkan, dia boleh pilih sesiapa saja gadis yang disukai untuk menjadi permaisuri tapi kesan amat buruk kepada Nisha” “Kesan buruk, buruk yang macam mana?” tanyanya beria-ia hendak tahu. Sultan akan murka kepadanya, dan akan menggunakan daulatnya ke atas perempuan biasa yang dikahwini oleh Tengku Farid. Perempuan tersebut akan disumpah dan dilaknat dan tidak boleh memijak bumi negerinya termasuk KL. Sanggupkah Ku Farid menghadapi semua ini dan melihat orang yang disayang hidup menderita” sahut Qhairul sambil memandang wajah Nisha. “Tapi kenapa abang kata dia nak paksa Nisha jadi isteri kedua?” “Sultan izinkan dia beristeri lebih dari satu asalkan isteri pertama adalah puteri sultan, kerana sultan mahu keturunannya yang naik sebagai sultanah” tambah Qhairul lagi. “Ecehh..Nisha pun tak ingin jadi sultanah, menyusahkan, tak bebas langsung” sahut Nisha dengan riak mukanya sekali, Qhairul tergelak mendengarnya. “Jadi isteri abang bestkan, kita bebas ke mana-mana tanpa memikir masalah orang lain, dan yang perlu kita fikir adalah macam mana nak buat orang” sambung Qhairul tersenyum nakal. “Nak buat orang?” tanya Nisha kehairanan. Qhairul kemudian berbisik ke telinga Nisha. “Buat anak tu buat oranglah sayang oi” Membutang mata Nisha mendengar bisikan Qhairul, terus tubuh lelaki tersebut dicubit. Dalam menahan kesakitan akibat cubitan Nisha, Qhairul terus ketawa terkekek-kekek. “Gatal, kalau abang cakap lagi tak naklah Nisha kahwin dengan abang” Qhairul terus ketawa terdekah-dekah mendengar ugutan Nisha. Bab 70 Sejak balik dari Melaka hubungan Zamree dan Karina bertambah baik, mereka berempat sering keluar makan bersama-sama, Nisha dan Karina menjadi kawan yang begitu akrab, dalam tempoh yang singkat Karina dan Nisha telah dapat saling memahami antara satu sama lain. Atas pujukan Nisha dan Zamree, Karina bersetuju menerima rawatan dari doktor pakar yang ada di Malaysia. Zamree pula bersedia menanggung semua kos rawatan untuk Karina. Sudah beberapa bulan berada di Malaysia, Sharifah Adawiyah ingin benar untuk memijak kaki ke pejabat PJ Holding tapi setakat ini syarikat Uncle Norman tidak pernah lagi berurusan dengan PJ Holding. Menurut Uncle Norman, PJ Holding hanya berurusan dengan syarikat-syarikat besar di dalam dan di luar negara yang mempunyai projek yang menelan belanja tujuh angka “Syarikat kita mana layak berurusan dengan PJ Holding, kalau pulangan hasil tak mencapai tujuh angka dia orang takkan ambil projek tu”,beritahu Uncle Norman pada anak saudaranya. Walaupun tiada projek yang dijadikan umpan untuk dia berjumpa dengan Datuk Qhairul, Sharifah Adawiyah telah bertekad untuk bertemu dengan lelaki tersebut. Sejak pertama kali bertemu di Chairo dia asyik teringatkan Qhairul walaupun dia tahu lelaki tersebut sudah ada teman wanita tapi bagi Sharifah Adawiyah tak salah kalau mencuba selagi lelaki tersebut belum menjadi suami orang. Dengan tekad yang mengunung di jiwa. Sharifah Adawiyah memasuki bangunan Wisma Permata. Sharifah Adawiyah terus ke kaunter penyambut tetamu bangunan tersebut. Dari penyambut tetamu tersebut Sharifah Adawiyah mendapat maklumat pejabat CEO dan timbalan CEO terletak di tingkat 25 bangunan tersebut. “Boleh saya berjumpa dengan Datuk Qhairul Azamin” tanya Sharifah Adawiyah kepada Zizie. “Cik ada buat appointment ke? Datuk biasanya tak layan tetamu yang tak buat appointment lainlah kalau..” belum sempat Zizie meneruskan kata-katanya interkom atas mejanya berbunyi. “Ya datuk, boleh saya bantu” “Kalau buah hati saya datang suruh dia masuk” “Maksud datuk, Nisha?” “Ya lah siapa lagi?” “Baik datuk, arahan diterima” Interkom berbunyi lagi. “Ada apa lagi Zizie?” “Datuk! ada seorang perempuan nak jumpa datuk” Siapa, dia ada buat appointment ke? setahu saya, saya tak ada appointment dengan sesiapa pagi ni” “Saya belum tanya lagi nama dia” “Saya tengah sibuk , suruh dia buat appointment dulu kalau nak jumpa saya”, “Oklah datuk, saya akan beritahu dia” jawab Zizie lalu memandang wajah Sharifah Adawiyah. “Maaf, cik pun dah dengar sendiri, cik kena buat appointment dulu sebelum jumpa datuk” beritahu Zizie pada Sharifah Adawiyah. Selepas membuat appointment akhirnya Sharifah Adawiyah berlalu meninggalkan pejabat tersebut. Dalam waktu menunggu lif, seorang gadis berkulit putih bercermin mata gelap, bertubuh tinggi lampai melangkah keluar dari pintu lalu tersenyum pada Sharifah Adawiyah. Mata Sharifah Adawiyah terpana seketika melihat senyuman gadis tersebut. “Cantiknya perempuan ni” bisik Sharifah Adawiyah dalam hati. Gadis tersebut terus melangkah menuju ke pejabat PJ Holding. “Hai Kak Zizie! muah..sayang Kak Zizie” Nisha menegur Zizie. Zizie tergelak. “Hai Nisha, makin hari makin cantik, sebab tu orang dalam tu tak boleh duduk senang, makin angau” usik Zizie. “Yalah tu, Nisha masuk dululah ya” jawab Nisha lalu melangkah menuju ke pintu bilik CEO. “Assalammualaikum”ucap Nisha sebaik sahaja daun pintu terbuka. “Waalaikummusalam sayang” jawab Qhairul dengan sebuah senyuman yang menguntum di bibirnya lalu bangun mendekati gadis tersebut. Kunci pintu terus di tekannya. Tangan gadis tersebut ditariknya lalu dibawanya duduk di atas sofa. “Sayang sihat ke?” “Of courselah sihat, sebab tu Nisha datang sini, nak kacau abang buat kerja. Nisha nak minta kerja lama Nisha, jadi PA abang, boleh?”tanya sambil tersenyum memandang wajah lelaki di sebelahnya. “PA tu apa?”tanya Qhairul sambil tersenyum nakal. “Personal Assistant lah”balas Nisha tersenyum. “Salah, PA tu picit abang. nah picit bahu abang ni, badan abang sengal-sengallah sayang”. Nisha tergelak. “Pandai abang loyar buruk, tapi tak pa, mari sini Nisha picitkan” sahut Nisha sambil tangannya memicit bahu lelaki tersebut. “Abang ada tetamu ke tadi?” tanyanya sambil tangannya memicit-micit bahu lelaki tersebut. “Tak, tapi tadi Zizie beritahu abang ada seorang perempuan nak jumpa abang, tapi kalau tak buat appointment malas abang nak layan, abang suruh dia buat appointment dulu, kenapa?”tanya Qhairul sambil mengerutkan dahinya. “Tak, waktu Nisha keluar lif tadi, Nisha bertembung dengan seorang perempuan, mungkin perempuan tu kot” “Cantik ke?”tanya Qhairul. “Kalau cantik kenapa? abang nak mengorat ya” bahu Qhairul dipicitnya kuat. Qhairul faham dengan tindakan Nisha, lantas dia tergelak. “Kenapa ni, sayang cemburu ke?”usik Qhairul lagi. “Tak, takda mananya nak cemburu” jawab Nisha selamba. Memang sekarang dia sudah tahu erti cemburu sebab dia terlalu menyintai lelaki itu. “Memang tiada maknanya nak cemburu sebab tak da gadis di luar tu yang boleh pikat dan goda abang melainkan Puteri MS” sahut Qhairul sambil tersenyum lalu menarik Nisha duduk atas pangkuannya. Nisha tersenyum lalu, tangan memeluk tengkuk lelaki tersebut. “Betul ni? tak tipu” Alahai kemanjaan Nisha beginilah yang melemahkan seluruh urat nadi Qhairul. “Part ni yang buat abang nak kahwin cepat-cepat dengan sayang ni”usik Qhairul, Nisha tergelak mendengar kata-kata lelaki itu. Entah kenapa hari itu Nisha begitu manja, kepalanya pulak dilentoknya ke bahu Qhairul, hampir lemas Qhairul dibuatnya. Pipi gadis tersebut diciumnya berkali-kali. Interkom atas meja Qhairul berbunyi. Nisha terus melompat dari pangkuan Qhairul. Qhairul terus bangun lalu menghampiri meja. “Kenapa Zizie?” “Datuk Zamree cal telefon datuk tapi tak angkat” “Telefon saya silent mode, kenapa?” “Dia suruh datuk baca akhbar hari ini, ada berita tak baik katanya” “Berita tak baik, ok nanti saya baca” Qhairul terus memutuskan taliannya. Dia terus mengambil akhbar Harian Metro dalam briefcasenya. Setelah dibelek-belek terpampang wajah Yasmine Hana yang mengaku bakal isteri kepada Datuk Qhairul Azamin dan telah memilih tarikh perkahwinan mereka pada 25 hb 12. “Tak tahu malu betullah perempuan ni, tapi takpa kau buat permainan kau, aku buat permainan aku, tengok siapa kalah siapa menang” bisik Qhairul dalam hati. “Kenapa bang” tanya Nisha yang tiba-tiba muncul di sebelah Qhairul. “Yasmine Hana buat hal lagi, dia sebar dalam akhbar tentang perkahwinannya dengan abang” beritahu Qhairul sambil membelai pipi Nisha. “Biarlah kalau itu membahagiakan dia, nak kahwin tu hak abang, abang bukan anak kecik yang dia nak paksa-paksa. Dia sebar satu dunia pun Nisha tak kisah” Qhairul tersenyum mendengar jawapan Nisha.Tubuh gadis tersebut didakapnya eratnya. Dahi Nisha dicium lama-lama. ”Sayang jangan susah hati ya. Ini cabaran dalam dalam perhubungan cinta kita. Abang milik sayang, kita tetap akan kahwin, abang janji, tiada siapa boleh halang perkahwinan kita” ujar Qhairul tenang sambil tangannya semakin mengeratkan pelukannya.

8 comments:

Unknown said...

BEST MEMANG TERBAIK KAK X SABAR TUNGGU NEXT N3,SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA.

Unknown said...

BEST CEPATLAH SAMBUNG LAGI....TQ.

Unknown said...

BEST CEPATLAH SAMBUNG LAGI....TQ.

Anonymous said...

Bestnye citer ni....novel ni dah keluar ke....mcm mane nak beli

zieza said...

bila nk ada n3

Eit@ mohamad said...

Best sgt ceta byk konflik kehidupan, suka duka
Harap sgt dpt dibuka ....
Xsabar saya nk beli

Unknown said...

Assalammualaikum. Dik x sabar tunggu N3. @ Teaster. Kalau x ke versi cetak, kakak nak beli e-novel nya

Unknown said...

Assalammualaikum. Cerita ni memang best. X sabar tunggu N3 baru @ teaster ke. kalau X dpt versi cetak, kakak nak beli e-novelnya.