Thursday, September 5, 2013

Izinkan Aku Terus Mencintaimu - Sambungan Bab 21- Bab 50

Bab 21 Sejak pukul 8 lagi, Yasmine sudah berada di Regalis Club. Matanya meliar ke sana ke mari mencari rakan-rakan lama yang dikenalinya. Dia melabuhkan punggungnya di sebuah sofa empuk yang menghadap kumpulan muzik dan seorang penyanyi jemputan membuat persembahan. “Hai, kalau tak silap you ni Yasmine Hanakan?” “Yes, I am, and kalau tak silap I you Lizawatie?” Yasmine cuba mengenali Lizawati yang pernah sama-sama bergiat dalam menceburi bidang pragawati tapi Yasmine tidak lama dalam bidang itu kerana dia berminat menyambung pengajiannya dalam bidang master lakonan dan pengarahan. “Of course, lama you menghilang, you baru balik ke sini?” tanya Lizawatie pada kawan lamanya itu. “Ya, baru balik semalam, I dah habis study dan akan balik terus dan akan mulakan kerjaya I sebagai pengarah drama atau filem” jelas Yasmine Hana dengan penuh semangat. “Hebat! Dan I doakan you berjaya dan mana tahu you boleh lahirkan I sebagai seorang bintang filem” “May be, you pun ada pakej untuk jadi seorang artis”. “Yasmine, kalau tak silap I you dulu hampir bertunang dengan Qhairul Azamin opps.. sorry Dato’ Qhairul Azamin, kalau tak you sekarang dah kahwinkan dan bergelar Datin Yasmine Hana” Lizawatie membuka cerita lama. “Yes, tapi I sendiri yang tangguhkan pertunangan kami tapi gelaran datin tu tetap kepunyaan I sebab antara tujuan lain I balik adalah nak melangsungkan perkahwinan I dengan Dato’ Qhairul Azamin” lantas tanpa segan Yasmine membongkar maksud sebalik kepulangannya. “Really…,you tahu tak sekarang Dato’ Qhairul semakin popular, ranking teratas dalam carta lelaki yang paling diminati wanita, bukan je maco dan handsem giler tapi billionaire, dan you tahu kereta apa dia pakai sekarang ‘Lamborghini’, fuhh..beruntung siapa gadis yang melekat di hatinya”. Berkerut dahi Yasmine Hana mendengar ayat terakhir Lizawatie. “Kenapa you cakap macam tu?” “Dato’ Qhairul tu seorang lelaki kasanova, kaki perempuan, tak pernah lama dengan seorang perempuan, tapi I tengok cousin dia tu handsem jugak, cuma nampak tak berapa happy nak layan perempuan” “Dato’ Qhairul kepunyaan I, because familynya dah kenal dan suka I dan I memang calon isteri dia 5 tahun yang lalu”. “Bertuahnya you, I doakan you bahagia dengan lelaki hebat tu” Qhairul memakirkan keretanya tidak jauh dari jalan menghala ke lobi Regalis Club, Pada mulanya dia berasa malas untuk datang menemui Yasmine Hana malam itu tapi memandangkan itu adalah pertemuan pertama semenjak Yasmine Hana balik ke Melaysia dia bimbang Yasmine merajuk dan terus berkecil hati padanya. Dengan langkah yang penuh bergaya, Qhairul melangkah kaki masuk ke kelab yang sering dikunjungi oleh golongan elit, mewah dan selebriti itu. Qhairul tidak pernah membayangkan bagaimana wajah dan penampilan Yasmine sekarang setelah 5 tahun tidak melihat yang penting baginya malam itu dia dapat menunaikan hajat Yasmine untuk bertemunya. “Yasmine, you tengok tu Hero Malaysia dah datang” sambil mulut Lizawatie memuncung ke arah Dato’ Qhairul.Yasmine Hana terkesima kemudian melambai-lambaikan tangannya kepada lelaki itu. Qhairul melemparkan senyuman sambil mengangkat tangan kemudian menuju ke arah kedua wanita tersebut. “Wow..Qhairul, you makin handsem sekarang” Yasmine terus menegurnya “Thanks, you sihat ke?” “Fine! Perkenalkan Lizawatie” “Yes, I know her, you seorang modelkan?” “Yes, where your cousin Dato’ Zamree” Lizawatie hairan dengan kemunculan seorang diri Dato’ Qhairul malam itu. “He always busy, selalu balik lewat-lewat sebab tu jarang keluar kalau I tak ajak or to get release tension” bila menyebut perkataan release tension, Qhairul tiba-tiba tersenyum, fikiran terus teringatkan Nisha. “Ok I nak join member-member karaoke kat dalam tu, I tak nak kacau you berdua” Lizawatie kemudian berlalu menuju ke bilik khas untuk ruangan karaoke. Yasmine memandang ke arah Qhairul, lelaki itu semakin kacak dan matang malah jauh berubah berbanding 5 tahun yang lalu, penampilannya lebih bergaya dan lebih berkarisma. Memang benarlah apa yang diceritakan oleh Lizawatie. Gadis mana yang tak cair memandangnya dan tidak hairanlah dia mudah sangat memikat perempuan-perempuan untuk dijadikan teman wanita. “You dah tamat pengajian ke? bila you balik sini” tutur kata Qhairul agak serius, tanpa menunjukkan rasa gembiranya dengan kepulangan Yasmine. “Ya, Semalam, you tak happy ke bila dengar I dah balik” Qhairul bersahaja mendengar soalan Yasmine Hana. “Jadi you nak buat apa sekarang?” “I nak tumpukan pada kerjaya sebagai seorang pengarah, tapi itu soal kedua, yang paling penting number one pada I sekarang adalah you, hubungan kita berdua, I nak renew dengan you. Kita teruskan apa yang kita rancang dulu”. Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Yasmine Hana, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. “Sorry Yas, Zam cal” Qhairul meminta izin untuk menjawab panggilan tersebut. “Hello Zam, kau kat mana?” “Baru balik dari ofis” “What? Sekarang dah jam 9 malam kau baru balik dari ofis”. “Tak, balik lepas manghrib tadi aku singgah di hospital jenguk Nisha kejap”, “Oh..dia mana, she ok?” “Ok, waktu aku sampai tadi dia pura-pura tidur nak kenakan Zam konon, tapi bila aku beritahu doktor datang nak beri injection, dia gelabah apa lagi bila dia tahu aku tipu dia bantai aku dengan bantal, luculah aku tengok Nisha marah macam tu, comel sungguh” “Kau berdua ni macam-macam, sebelum kau datang tadi aku baru balik dari situ, temankan dia sekejap, aku rasa suhu badan dia dah ok, mungkin esok dia boleh keluar, kau bagi telefon kat dia aku nak cakap sekejap” “Nah Nisha, Abang Qhairul nak cakap” Zamree menghulurkan telefonnya pada Nisha. “Hello bang, Abang Zam jahatlah, benci Nisha ingat doktor betul-betul datang nak injection Nisha, dia tipu Nisha”.rengekan manja Nisha jelas kedengaran. Qhairul tergelak dan bila gelaknya reda dia terus bersuara. “Nisha yang tipu diakan, pura-pura tidur konon, rupa-rupa sayang abangni takut dengan jarum, senanglah abang kalau dah kahwin nanti, jarum abang lagi besar tau disedia khas untuk Nisha”tuntasnya lalu meyambung lagi gelaknya. “Gilalah abang ni, gatal!, benci Nisha, tak naklah jumpa abang lagilah lepasni” “Janganlah merajuk, abang gurau je. Abang sayang Nisha tau! nak abang cium ke dengar ni abang beri cium, moah…” sambil mulut membunyikan ciuman untuk gadis itu. Yasmine Hana mengerutkan dahinya ketika menyaksikan gelagat Qhairul semasa bercakap di telefon bimbit. Perbualan yang diselangi dengan gelak ketawa dan senyuman membuat Yasmine Hana diburui rasa curiga dan cemburu. Betulkan Qhairul sedang berbual dengan Zamree sepupunya ketika itu. “Ok sayang abang minta diri dulu, l love you, sweet dream ok mimpi abang tau..bye assalammualaikum”. Nisha terus menyerahkan semula telefon kepada Zamree. “Macam mana Zam, dia marah tak?” “She ok, dah senyum tu nampak manis sangat macam nak gugur jantung bila Nisha senyum manis macam tu.Ok Rul..bye” Selepas mematikan telefon bimbitnya, Qhairul nampak tersenyum panjang hingga ke telinga seperti ada sesuatu yang amat mengembirakan hatinya, bagai terlupa yang Yasmine Hana ada di situ bersamanya. “Siapa Rul, macam bukan bercakap dengan your cousin je, ada sebut sayang and love for somebody” Qhairul terus merenung wajah Yasmine Hana cuba untuk mengingatkan sesuatu. “Kita sampai mana tadi? I tak ingat dah” tanpa memperdulikan soalan Yasmine Hana Qhairul terus menjurus pada perbualan mereka yang terganggu oleh penggilan telefon tadi. “I balik kerana you, I nak teruskan hubungan dengan you, kita bertunang or may be terus kahwin” “What! Apa you cakap ni, I tak da pula plan nak kahwin dengan you atau dengan sapa-sapa pun?” Yasmine Hana mengerutkan dahinya pelik mendengar jawapan lelaki tersebut. Apakah sekarang dia berdepan dengan Qhairul yang lain. Bukan Qhairul yang dikenalinya lima tahun dulu. “Please Qhairul, kita plan perkara ni lama dah, 5 tahun yang lepas, I dah janji lepas I tamat study kita kahwin.”tekan Yasmine Hana lagi. Qhairul tersenyum kemudian dia bersuara. “Itu you yang janji, bukan I. Dah Yasmine, kita lupakan plan lama you tu, I dah lama lupakannya, sejak pertama kali kaki you melangkah meninggalkan bumi Malaysia ni sejak itulah I dah tak ingat you lagi dan lupakan semuanya”’ “What, sampai macam tu sekali you buat dengan I, you betul-betul macam tak pernah langsung cinta atau sukakan I, memang betul kata Liza tadi you ni memang kasanova”. Wajah Yasmine terus masam mencuka. “I memang tak pernah cintakan you, you yang tagih cinta I dan paksa dan ajak I bertunang, you harus tahu I tak suka dipaksa-paksa untuk mencintai seseorang, perasaan cinta I akan lahir sendiri” “Please Qhairul, your family and my family dah restui hubungan kita, takkan kita nak kecewakan mereka, kita kahwin saja,lepas tu kita saling mencuba untuk saling mencintai”. “No Yasmine, yang nak kahwin bukan family I atau family you, tapi I dan you. I tak nak sia-siakan hidup I. I nak kahwin sekali je seumur hidup dah biarlah I kahwin dengan orang yang betul-betul I cintai dan dambakan sebagai ratu hidup I dan yang akan membahagiakan I siang dan malam hingga ke akhir nafas I. Ok Yasmine, I want to back now, see you next time” Qhairul terus melangkah kakinya meninggalkan Yasmine yang masih terpingga-pingga dan kecewa, Tak disangka kepulangannya akan disambut dengan khabar yang menyedihkan seperti itu. Qhairul sekarang bukan Qhairul yang lima tahun dulu. Pertemuan pertamanya dengan lelaki itu apabila kembali ke tanah air sejak berpisah selama lima tahun membuatkan Yasmine Hana merasa teramat menyesal kerana mempersiakan peluang yang pernah hadir untuk mengikat hubungannya dengan lelaki itu dan kini adakah peluang seperti akan ada lagi. Hanya keluhan yang mampu dilepaskan selepas memikirkan perkara itu. Pagi itu kedua-dua bos besar Permata Jaya Holding keluar agak lewat dari rumah. Dari rumah mereka terus menuju ke bangunan Wisma Duta. Seperti yang dijanjikan dengan Tengku Farid mereka akan mengadakan satu perbincangan yang ada kaitan dengan Nisha. Kereta Ferari Dato’ Zamri kelihatan memasuki kawasan parkir bangunan Wisma Duta dan selang beberapa minit selepas itu diikuti pula kemunculan kereta Lamborghini milik Dato’ Qhairul dan terus parkir bersebelahan kereta sepupunya yang memang menunggu kedatangannya. Kehadiran dua kereta mewah itu memang menjadi perhatian mereka yang keluar masuk dari bangunan tersebut lebih-lebih lagi bila diparkirkan bersebelahan. Dua bos besar PJ Holding itu dengan penuh bergaya melangkah masuk ke bangunan Wisma Duta. Sebaik sahaja lif berhenti di tingkat 20, kemunculan tetamu yang sememangnya ditunggu-tunggu, mereka disambut oleh penyambut tetamu yang sudah dimaklumkan oleh Tengku Farid supaya menyambut kedatangan dua tokoh besar dalam dunia perniagaan itu. “Selamat pagi Dato’,Tengku Farid menungggu di bilik pejabatnya. Silakan Dato’ saya tunjukkan di mana bilik pejabatnya”. penyambut tetamu itu begitu ramah menyapa kedua orang Dato’ muda hartawan itu. Semua pekerja Putra Holding Company memberi tumpuan kepada kemunculan dua pegawai tertinggi PJ Holding itu. Sofina setiausaha Tengku Farid sendiri tidak dimaklumkan sebab kemunculan mereka ke ibu pejabat Putra Holding company pada pagi itu. Dato’ Qhairul memegang satu sampul surat kuning bersaiz besar di tangannya. Jika urusan melibatkan perniagaan, biasa pihak syarikat cuma akan menghantar wakil untuk mewakili syarikat mereka dan jarang CEO atau timbalannya akan turun padang. Setelah tiba tidak berapa jauh di hadapan pintu bilik pejabat CEO Putra Holding, Kelihatan Tengku Farid keluar dari pintu biliknya untuk menyambut kedua-dua lelaki itu. “You berdua ni memang menepati masa, tapi sorrylah pejabat I ni taklah sehebat PJ Holding”.Tengku Farid mula menyapa tetamu sambil merendahkan dirinya. Setelah melabuhkan punggungnya di sofa empuk di bilik pejabat itu, Qhairul terus tersenyum dan bersuara. “Boleh tahan pejabat you ni”, “Tapi taklah sehebat pejabat you kan? tapi I ucap terima kasihlah pada you berdua kerana sudi mencemar duli ke pejabat I ni”. Dari kata-kata yang diluahkan oleh Tengku Farid ternyata Tengku Farid pula memulang paku buah kerasnya. Qhairul rasa tersindir bila mengenangkan kata-kata sama yang pernah diucapnya pada lelaki itu, dia tersenyum sendiri lalu menyambung katanya lagi. “Sorrylah Ku Farid, kami minta maaf dari you tentang segala hal yang terjadi antara kita sejak kebelakangan ni, kami rasa amat bersalah sebab telah melakukan kekasaran pada you dulu, bukan sengaja kami nak melakukan tapi demi maruah Nisha dan kasih sayang kami berdua padanya”. “Dah lama I maafkan, I pun bersalah juga sebab I yang mulakan but I takkan gunakan kuasa atas hal-hal peribadi, terutamanya melibatkan perasaan dan hati. I sayang Nisha seperti you berdua sayangkannya, sekiranya kalau dah ditakdir memang tiada jodoh antara I dan dia, I akan redha dan I akan anggap dia sebagai adik kandung kerana mungkin itu saja jalan yang ada agar I akan tetap boleh mendekatinya dan melihat wajahnya selalu dan tetap sentiasa ada dalam hatinya.”ujar Tengku Farid sambil tersenyum memandang wajah kedua orang Dato’ di depannya. “Kami berdua berbangga dengan you, seorang yang bersikap rasional, tidak sombong dan mudah dibawa berbincang dan menghormati orang lain, you memang layak menjadi seorang pemimpin, sebenar Nisha bertuah jika memilih you tapi kita sama-sama faham kita tiada hak untuk memaksanya untuk memilih siapa yang dia cinta dan suka, hati dan perasaan adalah milik Nisha sendiri.You berusahalah dengan cara yang baik dan diredhai tuhan” Dato’ Zamree berterus terang mengenai tanggapan terhadap Tengku Farid. Dato’ Qhairul hanya tersenyum dan tapi hatinya menafikan dan tidak mungkin memberi peluang itu kepada Tengku Farid. “Jadi apakah motif atau tujuan utama perjumpaan kita hari ini, I berminat benar hendak tahu jika ia ada kaitan dengan Nisha”.Tengku Farid berterus terang dan jelas tidak sabar untuk mengetahuinya. “ Ok sebelum I mulakan, I nak bertazkirah sekejap”, Qhairul tersenyum sebelum meneruskan bicaranya. “Taraf Nisha terlalu tinggi di sisi tuhan kerana statusnya seorang anak yatim piatu, dosanya terlalu besar sekiranya kita menyakiti hatinya, mengherdiknya, menganiayai dan memakan hartanya tetapi kita juga boleh mendapat pahala yang cukup besar sekiranya kita membantunya, mengembirakannya malah, kita akan dapat pahala walaupun cuma membelai rambutnya dan memegang kepalanya. Ok I pun taklah tahu sangat dalam bab-bab agama ni tapi inilah yang I dapat dan baca dari buku dan I dengar dari seorang ustaz” Qhairul berhenti seketika kemudian menyambung ceritanya lagi. “I dah tanya sendiri dengan Nisha, apa impian dia dalam hidup, jawapannya dia nak belajar sampai masuk U, lepas tu dapatkan kerja yang tetap, kahwin dan bina keluarga bahagia. Tapi suatu hari sebelum dia balik Melaka semasa result SPMnya keluar, I tanya dia sekali lagi tentang impian lain dia selain dari yang dia beritahu sebelum tu. Dia ada satu impian tapi dia tak yakin dia boleh buat benda tu. Nisha nak tebuskan tanah pusaka milik ibunya yang telah digadai oleh ayahnya kepada Tauke Wong untuk ayahnya membina rumah untuk mak tirinya.Tanah itu dipusakai dari atuk sebelah ibunya dan pada geran tanah itu masih lagi tercatat nama ibu Nisha dan hanya Nisha satu-satu waris bagi tanah itu. Nisha sangat sayang pada tanah itu sebab kedudukan tanah itu yang begitu strategik tidak jauh dari kampung asalnya terletak di atas tanah berbukit berdekatan laut yang mempunyai pantai yang sangat cantik. I dah tengok tanah tu masa I pergi Melaka hari tu. Impian Nisha adalah untuk mendirikan sebuah rumah di atas tanah itu dan tinggal bersama suami dan anak-anaknya di situ. Bila nak tengok betul-betul lokasi tempat tanah tu, kawasan tu sesuai jika dimajukan sebagai sebuah resort. Semasa I ke Melaka hari tu I sempat jumpa Tauke Wong dan tebus tanah ni darinya, ini gerannya kalau you orang berdua nak tengok”. sambil menghulurkan sampul surat yang mengandungi geran tanah tersebut kepada Tengku Farid. Tengku Farid mengamati seketika geran tanah tersebut. “Berapa kau tebus tanah tu?, Nisha tahu ke kau dah tebus tanah ni” tanya Zamree yang turut menatap geran itu selepas Tengku Farid. “RM350K, Nisha tak tahu, aku nak rahsiakan dulu sebab aku ada satu projek yang nak aku bincangkan dengan kau orang berdua dulu berkenaan tanah ni. Aku dapat buat benda ni sorang tapi aku tak nak dituduh oleh kau orang berdua untuk ambil kesempatan ke atas Nisha”. “Maksud kau?” Zamree terus bertanya sambil memandang wajah Qhairul. “Aku cadangkan kita kerjasama bangunkan projek atas tanah ni dan kita jadikannya sebagai hadiah untuk harijadi ke 18 tahun Nisha 1 September nanti, kita ada 5 bulan dari sekarang. “Jadi birthday dia 1 September,” Tengku Farid tiba-tiba mencelah. “Ya satu haribulan sembilan Sembilan belas sembilan puluh satu, cuma dua nombor kita perlu ingat dan kalau you nak tahu, tarikh tu sama dengan tarikh birthday Zamree tahun saja berdeza, sebab tulah Nisha tu spesial sangat pada kami berdua” Qhairul membongkar rahsia hari jadi Nisha pada Tengku Farid. Tengku Farid ketawa sambil mengeleng-gelengkan kepalanya. “Ok, apa plan you seterusnya” soal Tengku Farid lagi. “Untuk permulaan kita buat sebuah vila untuk Nisha atas tanah ni, kita ambil dalam 5 ekar untuk tapak vila dan landskap sekali, baki tanah nanti kita bina resort. Apa yang kita patut bincang sekarang ialah pembahagian tugas”. Tengku Farid dan Zamree mengangguk mendengar penerangan Qhairul. “You Ku Farid, sebagai master dalam bidang arkitek ni I nak you hasilkan plan untuk Vila Nisha ni dengan tangan you sendiri. I nak you kreatifkan diri hasilkan Vila yang melambangkan cinta yang teragung untuk Nisha, you mesti kena kenal betul-betul Nisha, apa hobi dia, sukan kegemaran dia, warna yang diminatinya supaya dia bahagia duduk di vila itu nanti. I bagi you dekati Nisha supaya you boleh siapkan cepat plan ni supaya kita boleh mula membinanya bulan depan, segala kos pembinaan kami berdua yang akan tanggung. Tapi projek ni I harap ia adalah rahsia kita bertiga, tak ada orang lain yang boleh tahu kerana ia adalah satu simbol yang hanya kita bertiga dan Nisha yang akan faham. Projek ini bukan perkongsian dalam perniagaan tapi perkongsian hati. I nak sepanjang hayat Nisha akan ingat kita bertiga bila dia hidup dan tinggal di vila dan mengusaha resortnya nanti. Nanti bila dah siap kita sama-sama namakan vila tu dengan satu nama yang sesuai. I nak pertama kali Nisha sambut harijadi di vila ini, dan biar lepas tu semua majlis penting berkaitan dirinya berlangsung di situ kerana aku ingat lagi Nisha kata siapa yang kahwin dengan dia adalah lelaki yang paling malang dalam dunia ini kerana dia tak da rumah untuk adakan majlis perkahwinannya dan sambut keluarga suaminya. I harap kita dapat melenyapkan tangisan Nisha dan merealisasikan impiannya. Macam mana Zam, Ku Farid ada bantahan dalam usul I yang tak da proposal ni”. Dato’ Qhairul menghabiskan sesi pembentangan tanpa kertas kerjanya hari itu. “I puji you Dato’ Qhairul sebab terfikir ke arah ini, dan I akan beri sokongan seratus peratus dalam semua aspek. I dah imagine Nisha mesti gembira dengan hadiah ni nanti dan akan menyayangi kita sehingga ke akhir hayatnya. Walau pun ini seperti projek amal, tapi I seronok sebab ini adalah untuk kebahagian Nisha. Hasilnya nanti bukan sahaja untuk kebahagian hati tapi sebagai kenangan sepanjang hayat antara kita bertiga dengan dia” Tengku Farid tersenyum puas setelah meyuarakan pendapatnya. “Otak kau memang hebat Rul, macam mana kau dapat korek benda ni dari Nisha”. Tanya Zamree agak teruja dengan pemikiran sepupunya itu. “I nak cari pahala besar dan boleh kongsi dengan you berdua, kita mampu dan macam kata Ku Farid ini projek amal dan yakin ada ganjaran kemudiannya. Saham dunia dan akhirat. Kita juga boleh dapat untung kalau resort tu siap. Kita bertiga cuma laburkan modal di atas tapak yang Nisha dah sediakan. Kau ni Zam macam lupa dan tak kenal aku pulak, kerana otak aku macam nilah PJ Holding boleh jadi gemilang macam tu. Tapi aku sebenarnya bila aku pandang wajah Nisha, jiwa aku seolah-olah mendesak untuk semakin mengenali dan ingin tahu semua tentang dirinya. Dan aku haraplah ini adalah projek rahsia antara Permata Jaya Holding dan Putra Holding yang cuma termetrai di atas angin dan ikat melalui perjanjian persefahaman tiga hati. Ok Ku Farid, Zam, I harap kita sama-sama bahagia dengan hasilnya nanti, kalau ada perkara yang perlu ditambah I sedia berbincang dengan you berdua, Ku Farid mulai hari ini you boleh buat plan tu, permit untuk you dekat dengan Nisha” Tengku Farid lalu tersenyum mendengar arahan Dato’ Qhairul. Yasmine tidak puas hati dengan jawapan dan sikap Qhairul malam tadi. Semalaman dia tidak dapat melelapkan mata. Kenapa Qhairul jauh sekali berbeza berbanding 5 tahun dulu baik dari segi penampilannya yang semakin kacak dan bergaya malah sikapnya semakin tegas dan susah untuk ditawan seperti dulu. “Kenapa aku bodoh sangat tangguhkan pertunangan aku dengan Qhairul dulu, Kalau tak sekarang aku dah jadi isterinya dan bergelar Datin Yasmine Hana” Yasmine Hana mengetap bibirnya menahan rasa terkilannya dan geram. Yasmine terus nekad dalam hatinya, dia tidak perduli, walaupun dengan apa cara sekalipun. Esok dia akan menemui Qhairul di pejabatnya dan cuba memujuknya sekali lagi. Qhairul mesti setuju berkahwin dengannya. Tepat pukul 9 pagi, dengan harapan yang menggunung Yasmine melangkahkan kaki menuju ke pejabat PJ Holding tapi harapannya hampa pagi itu bila diberitahu oleh Zizie setiausaha PJ Holding kedua-dua bos besar belum tiba di pejabat lagi. “Saya nak jumpa Dato’ Qhairul dia ada?”dengan wajah yang serius Yasmine Hana terus menegur Zizie. “Maaf cik,cik ni siapa?cik ada buat appointment ke?” tanya Zizie kepada wanita itu. “Yasmine Hana, Saya tak perlu buat appointment, sebab saya spesial girl friend Dato’ Qhairul dan bakal isteri dia” balas Yasmine dengan nada yang begitu sombong. “Maaf cik, Dato’ Qhairul belum sampai lagi, katanya dia dan Dato’ Zamree ada personal meeting dengan Tengku Farid di Putra Holding di Wisma Duta” beritahu Zizie yang kurang senang dengan kunjungan Yasmine Hani pagi itu. “Kalau macam tu saya tunggu kat bilik dia” Yasmine menghalakan kakinya menuju ke bilik CEO tapi cepat dihalang oleh Zizie. “Maaf cik Yasmin, bilik tu berkunci dan Dato’ Qhairul berpesan pada saya tak sesiapa dibenarkan masuk ke bilik dia sewaktu dia tidak ada kecuali Dato’ Zamree dan Cik Nisha” Yasmine mematikan langkahnya mendengar kata-kata Zizie. “Siapa Cik Nisha”Yasmine terus memandang pada Zizie. Zizie jadi serba salah. “Dia pekerja baru, adik angkat kepada Dato’ Zamree”jawab Zizie pula. “Mana dia?” tanya Yasmine selamba. “Dia cuti 2 hari, tapi saya dengar cerita dia tidak sihat masuk hospital” balas Zizie dengan jujur. “Tak apa saya tunggu kat luar ni, siapa duduk kat meja ni?” matanya tertumpu pada sebuah meja yang tidak berpenghuni di belakang meja setiausaha itu. “Oh..ni meja Nisha, cik Yasmine duduklah dulu kat situ” Balas Zizie lalu membenarkan Yasmine duduk di situ. “Nisha ni pegang jawatan apa, meja kosong je, macam tak da buat kerja apa-apa?”sempat pula Yasmine Hana membuat komen tentang pekerja yang bernama Nisha yang belum dikenalinya itu. “Dia PA Dato’ Qhairul, kadang-kadang dia bantu Dato’ Zamree buat sikit kerja, cuma Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree saje yang boleh suruh dia buat kerja”. Yasmine Hana hairan mendengar penerangan setiausaha syarikat itu. “Kerja apa yang Dato’-Dato’ tu suruh dia buat” soal Yasmine Hana lagi seperti tidak puas hati mendengar jawapan Zizie. “Tak da kerja apa sangat pun, kadang-kadang cuma susun surat dan invois dalam fail tu pun untuk satu dua fail je, selebihnya dia cuma belajar guna komputer atau atau semak-semak akaun syarikat dia cuma part time je kat sini” jawab Zizie secara jujur. “Spesial betul Nisha ni, dia dari mana?” tanya Yasmine semakin ingin tahu. “Memang spesial, kesayangan bos dan big bos katakan, tapi maklumat tentang dirinya semua kami tak tahu, sulit dan cuma Dato’ berdua tu je yang tahu”.jawab Zizie jujur, Zizie memang seorang yang lurus bendul. “Pelik, lama lagi ke Qhairul ni nak masuk pejabat?” rungut Yasmine Hana dalam hatinya sambil menjeling jam di pergelangan tangannya, jam menunjukkan pukul 11.15 minit pagi. Selang beberapa ketika hanya Dato’ Zamree yang melangkah masuk dan terus menemui Zizie. “Ada apa-apa mesej untuk saya”tanya Zamre kepada Zizie. “Ada Dato’, petang ni pukul 3 Mr. Lim dari Hong Kong akan ke sini dan nak berjumpa dengan Dato’ berdua untuk sign aggrement kontrak pembekalan tu”. “Ok, nanti saya beritahu sendiri Dato’ Qhairul” balas Zamree sambil matanya menjeling ke arah meja Nisha, “Siapa suruh perempuan tu?” matanya tertumpu pada meja Nisha. “Dia tunggu Dato’ Qhairul” balas Zizie. “Untuk apa?”tanya Zamree lagi “Tak tahulah Dato’” balas Zizie selamba. “Beritahu dia Dato’ Qhairul tak masuk ofis pagi ni, dia cuma masuk sebelah petang pukul dua nanti, dia ada kerja sikit di luar” Zamree terus berlalu menuju ke biliknya. Zamree sebenarnya lupa-lupa ingat dengan Yasmine, penampilan wanita itu agak berubah jika dibanding dulu, kalau dulu rambutnya hitam tapi sekarang dah kekuningan, lebih dewasa dan kalau dulu pakaian yang dipakainya agak sopan tapi sekarang macam tak cukup kain. Kerana itulah Zamree kurang mengenali Yasmine Hana ketika dia melihat perempuan itu duduk di kerusi Nisha. Setelah mendengar penjelasan Zizie, dengan perasaan yang hampa Yasmine Hana meninggalkan pejabat PJ Holding. “Hey Zizie, siapa perempuan tu?, cantik tapi sombong” tanya Lin pekerja PJ Holding pada Zizie. “Cik Yasmine Hana, katanya steady girl friend Dato’ Qhairul” jawab Zizie selamba. “Ala..semua perempuan kat Malaysia ni mengakui dia girl friends Dato’ Qhairul yang tak mengaku cuma Nisha je, wa hal semua tahu Dato’ Qhairul tu syok giler kat dia” balas Lin lagi, mereka ketawa. “Macam mana kau tahu Dato’ Qhairul tu syok giler dengan si Nisha tu?” tanya Zizie lagi sambil ketawa. “Ala kau ingat kita orang ni buta ke, sekilas ikan di air sudah ku ke tahu jantan betinanya, yang sampai sanggup bertumbuk dengan putera raja yang kacak dan maco hari tu apa hal?” “Ehh..kan Dato’ Zamree pun bertumbuk sama hari tu?” sambil berbisik perlahan meneruskan gosipnya. “Yang Dato’ Zamree tu kita bolehlah terima alasan untuk pertahankan adik angkat dia, tapi Dato’ Qhairul tu pertahankan apa, tak pertahankan buah hati dia, dah tu bila Nisha pengsan dia yang cepat-cepat cempung tubuh Nisha tu masuk bilik, tak beri langsung peluang langsung pada Dato’ Zamree” balas Lin lagi. “Kau ni patut minta kerja kat studio tv 3, minta jadi pengacara melodi sebab pandai sangat buat gossip”celah Zizie sambil mengelengkan kepalanya. “Fakta bukan auta, kau pun tengok sendiri” tambah Lin lagi. Tapi kau tahu tak Zizie, waktu Dato’ Qhairul mencempung Nisha, aku bayang diri aku waktu tu” sambil menunjukkan muka seperti membayangkan sesuatu. Zizie ketawa melihat gelagat Lin. “Kau ni Lin macam-macam, dah! aku nak buat kerja ni, tak larat aku nak layan gossip liar dan loyar buruk kau tu” Zizie terus menumpukan perhatian pada skrin komputer di depannya. Bab 22 Balik dari Wisma Duta, Qhairul terus singgah ke sebuah butik di Pavilion untuk menempah sepasang pakaian untuk dirinya dan Nisha ke majlis dinner party sempena kejayaan cemerlang SPM gadis itu nanti. Selesai membuat pilihan dan membuat bayaran , dia kemudian meninggalkan butir-butir dan alamat untuk penghantarannya. Setelah keluar dari butik tersebut dia terus memecut keretanya menuju ke Hospital Pantai Kuala Lumpur. Sesampai di bilik wad executive hospital tersebut, kelihatan seorang doktor dan seorang jururawat berada di bilik tersebut. Nisha kelihatan sedang menjalani pemeriksaan tekanan darah . “Macam mana doktor” Qhairul terus mendekati doktor tersebut. “Cik Qhairunnisha boleh keluar wad hari ini, tapi balik nanti mesti makan ubat yang diberi oleh pihak hospital. Waktu makan kenalah tepat, cik tak boleh berlapar, saya cadangkan cik minum air susu sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu pagi atau sebelum tidur kerana susu membantu mengurangkan dan mengubati masalah gastrik cik. Cik juga cuba elakkan stress sebab cik mengalami tekanan darah rendah dan mudah pengsan dan boleh membahayakan diri cik, ok nanti nurse hantarkan surat discharge dan Dato’ boleh bawa dia balik”. Beritahu doktor itu sebelum berlalu meninggalkan bilik tersebut. “Yahoo! Nisha boleh balik, bestnya”Gadis itu bersorak keriangan. Qhairul turut tersenyum. “Sayang balik rumah abanglah ya” Qhairul cuba menyakat gadis itu sambil tersenyum nakal. “Tak nak! Nisha nak balik rumah Kak Rozi,” “Cuba cal Kak Rozi, dia ada kat rumah tak, kalau ikut time ni cikgu-cikgu mesti masih berada di sekolah” Tanpa membuang masa Nisha terus menekan telefon bimbitnya “Hello, hai kak, akak kat mana tu?” “Kat sekolah, kenapa Nisha, Nisha sihat ke?” “Sihat, Nisha dah boleh balik dah,, rumah macam mana kunci tak?” “Mestilah kunci, akak ada tahu pulak Nisha nak keluar hari ni, kelas akak habis pukul satu tapi pukul 2 nanti akak ada kegiatan KK sampai pukul lima petang”. “Macam mana ni kak, Nisha nak balik mana?” “Siapa yang jemput Nisha?” “Abang Qhairul” “Nisha baliklah ikut dia dulu” “Ya ke, oklah” suara agak lemah. “Janganlah merajuk, akak betul-betul minta maaf ni” ‘‘Nisha tak nak baliklah, terus tinggal kat rumah Abang Qhairul” “Hai, dah buat pilihan ke? Jadi maknanya ni pilih Dato’ Qhairullah ya?” kedengaran suara Roziah tergelak di talian. “Akak ni, Nisha gurau je lah, ok kak, malam nanti kita jumpa” “Bye Nisha, assalammualaikum” “Waalaikummusalam, bye!” “Macam mana?” Qhairul tersenyum, dari air muka gadis itu Qhairul boleh menekanya. Dia juga telah mendengar butir-butir perbualan antara Nisha dan Cikgu Roziah. “Apa pilihan yang Nisha ada sekarang?” tanyanya seperti menduga lelaki itu. “Ada, pertama ikut abang balik, kedua kita pergi lunch dan ketiga balik rumah abang, ok sayang, senyumlah sikit” Qhairul menyentuh dagu gadis itu sambil tersenyum. “Nisha tukar baju dulu” terus mencapai beg pakaiannya kemudian berlalu menuju ke bilik air. Nisha tersenyum sendiri ketika membuka beg pakaian yang dibekalkannya sewaktu balik kampung dua hari yang lalu. Dia beruntung kerana dia masih ada sepersalinan pakaiannya yang belum di gunakan. Nisha merenung wajahnya di depan cermin sambil membelek-belekkan kedua belah pipinya. Setelah pasti tidak ada benda-benda asing di mukanya dia kemudian menyimpan barang-barang terpakainya ke dalam plastik sebelum menyumbatnya ke dalam beg pakaian. Sebelum keluar sempat lagi dia mencalitkan wangian Dior ke tubuhnya. Qhairul memandang gadis itu tanpa berkelip, wajah gadis itu nampak lebih ceria dan berseri berbanding semalam. Tiada lagi warna-warna pucat menutupi wajahnya. Tanpa secalit pun make-up di wajah itu, kecantikkan semulajadinya tetap terserlah. Dengan Pipi yang putih dan gebu, bibir mungilnya kemerah-merahan dengan dua berbola mata yang bersinar di pagari bulu mata yang lentik serta hidungnya yang kecil dan mancung terus melemparkan senyumannya yang dihiasi lesung pipit di kedua belah pipinya menyebabkan Qhairul tertidur dalam jaga. Kehadiran simanis tujuh belas itu semakin membuatnya separuh gila, “Abang Qhairul, kenapa padang Nisha macam tu, Nisha pakai pelik ke? Qhairul yang baru sedar dari lamunannya terus tersenyum. “Tak, sayang nampak berseri-seri hari ni, rindu abang makin menebal setiap setiap hari kalau boleh abang nak tatap wajah Nisha setiap saat”. Luahan rasa hati lelaki itu membuatkan Nisha tergelak. “Mengada-gadalah abang ni. Abang ni dah sedar ke belum, kalau belum tidur je atas katil tu” mendengar Nisha menperlinya tangannya sempat mencubit pipi gebu gadis itu. “Surat dischange dah ada ni, jom kita balik sekarang” mereka melangkah beriringan keluar dari bilik itu kemudian menunju ke kaunter bayaran dan selepas itu terus ke dispensary untuk mengambil ubat. “Doktor suruh sayang amalkan minum susukan, kita singgah Giant sekejap beli susu” “Tak palah bang, nanti Nisha ajak Kak Rozi belikannya” “Abang nak sayang minum mulai hari ni sebab abang nak sayang sihat dan gastrik sayang tu sembuh” “Oklah Encik Abangku sayang” Qhairul tesenyum mendengar ayat yang terpacul dari mulut Nisha. “Sayang selalu tak makan ke selama ni” Nisha mendiamkan diri. “Setahu abang gastrik ni berpunca dari permakanan yang tidak teratur dan kerap berlapar” “Memang pun, Nisha kerap tak makan, kadang-kadang sampai 2 hari tak jumpa nasi, waktu kat sekolah Nisha selalu puasa cuma kadang-kadang kalau Nisha terserempak dengan Kak Rozi dia akan belanjakan Nisha makan tapi Nisha malu dan tak nak selalu sangat susahkannya” ceritanya sambil mengingatkan kembali waktu-waktu keperitan yang pernah dialaminya dulu. “Kenapa tak makan sampai 2 hari?” Tanya Qhairul kehairanan. “Dah orang tak suruh Nisha makan atau kadang-kadang tak tinggalkan apa-apa makanan untuk Nisha bila balik sekolah” “Sampai macam tu sekali” “Lebih teruk dari tu pun ada tapi tak guna Nisha kenangkan, dah nasib Nisha bang. Nisha tak pernah rasa makan sedap walaupun hari raya kalau Mak Timah tak bagi Nisha makan. Sepanjang hidup Nisha makanan yang paling sedap yang cuma nisha pernah rasa adalah ayam masak kari Mak Timah. Air yang kerap masuk ke perut Nishani cuma air paip, tu je yang mengenyangkan Nisha setiap hari. Kalau Nisha dapat makan nasi sejuk dengan kicap tu pun dah syukur sangat” Berbola mata kelihatan berkaca-kaca. Hati Qhairul turut terguris bila mengenang nasib malang gadis itu. Dia tidak pernah membayangkan wujudnya manusia yang sanggup berlaku kejam seperti itu. Duduk di atas rumah yang dibina dari harta anak yatim selepas itu menyeksakannya. Qhairul tidak mahu gadis itu melayani perasaan sedihnya, dia cuba mengalih tajuk perbualannya. “Wajah Nisha mirip siapa ibu atau ayah Nisha” “Dua-dua rasanya, Mak Timah kata kulit Nisha putih ikut ibu tapi Nisha tak ingat wajah ibu tapi hidung dan mata besar Nisha ni memang macam ayah”. Nisha tersenyum sendiri sebab terpaksa mengakui matanya besar. “Mata besar tulah cantik. Besar dan bulat dan bersinar macam matahari terbit pagi” Qhairul menambah sambil tersenyum. “Macam-macamlah abang ni, abang ni tinggi, berapa tinggi abang” Qhairul tersenyum mendengar soalan Nisha. “193cm bersamaan 6 kaki 5 inci”.Nisha cuma menganggukkan kepalanya. “Berapa tinggi, dan berat Nisha?” “Tinggi 175cm, berat tak tahulah dulu sebelum SPM pernah timbang dalam 51 kg je, kurus selalu tak makan” “Patutlah waktu abang angkat Nisha hari tu abang rasa ringan je” “Abang angkat Nisha ke bang?, bila? betul ni?” “Yalah, kan Nisha pengsan kalau tak angkat macam mana” “Ya Allah, malunya” Nisha menutup mukanya dengan kedua belah telapak tangannya, Qhairul tersenyum lagi melihat gelagat Nisha. “Dan banyak kali dah abang angkat Nisha”,usiknya lagi. Selepas memakirkan keretanya, mereka berjalan beriringan menuju ke pasaraya Giant. “Abang tak tahu susu mana yang sesuai, abang cal doktor Syafik dululah ya” Mengikut apa yang diberitahu oleh Syafik akhir Qhairul memilih susu yang sesuai untuk mi minum oleh Nisha. “Nisha nak ke sana ja, nak beli kacang-kacang” Gadis itu mengambil beberapa bungkus kacang yang diminati. Qhairul hanya memerhati sahaja. “Nisha suka makan kacang ke?” “Ya, Nisha minat semua jenis kacang” “Biasanya budak-budak minat ais krim dan coklat?” “Tu budak, Nisha ni bukan budak-budaklah!” sambil tangannya menumbuk lengan Qhairul. Qhairul ketawa, akhirnya Nisha termakan juga oleh gurauannya. “Kenapa suka kacang, kenapa tak buah?” “Buah apa?” “Buah anggur, epal ke?” “Suka jugak, tapi Nisha lebih suka kacang?” “Kacang lebih sedap jika kita minum dengan air bergaskan?” “Betul tu, pandai pun abang” Tangannya ligat memilih bungkusan pelbagai jenis kacang yang ada di depannya. Kemudian mereka pergi ke sudut air minuman dan mengambil beberapa tin air minuman bergas setelah itu mereka bergerak ke kaunter bayaran. Mereka singgah makan tengah hari di sebuah restoran melayu tidak jauh dari pasaraya Giant tersebut. Selesai makan, Qhairul terus memecutkan kereta menuju ke rumah banglo tiga tingkat milik keluarganya. “Abang hantar Nisha balik rumah, Nisha rehat dulu, malam nanti abang hantar Nisha balik rumah kat Rozi” “Abang balik ofis ke lepas ni?” “Ya, nanti Nisha rehat dalam bilik abang ya” “Ok!”gadis itu selamba menjawab. Sampai saja di banglo mewah tiga tingkat itu, Mak Som terus menyambut kedatangan mereka. “Mak Som, saya terpaksa balik ofis semula, suruh Nisha guna bilik saya, petang nanti Mak Som bancuh susu ni untuk Nisha” Mak Som menyambut beg plastik yang mengandungi tin susu yang dihulurkan oleh Qhairul sambil menganggukkan kepalanya. “Ok Nisha abang pergi dulu, rehat tau dalam bilik abang, jangan lupa makan ubat”. “Yup..,thanks” sambil bibirnya mengukir sebaris senyuman. Selepas berbalas senyuman Qhairul terus memecut keretanya meninggalkan banglo mewah tiga tingkat itu. “Mari Nisha ikut Mak Som” orang tua itu membimbit beg pakaian Nisha dan beg plastik tin susu di tangannya sementara Nisha membimbit bungkusan kacang serta air minuman dan plastik ubat di tangannya. Mereka melangkah menaiki tangga dan terus menuju ke bilik Qhairul. “Kenapa tak guna bilik hari tu Mak Som” tanya Nisha pada orang tua itu. “Mak Som kena ikut cakap Qhairul, tadikan dia dah pesan supaya Nisha rehat dalam bilik dia, kalau tidak dia marah Mak Som sebab tak ikut cakap dia. Sebenar Nisha beruntung dan tentu istimewa pada Qhairul kerana tu dia suruh Nisha masuk dan guna bilik dia. Selama ni dia tak benarkan sesiapa masuk bilik dia sebarangan, mak cik pun terpaksa minta izin kalau nak bersihkan bilik ni”jelas orang tua itu dengan senyuman. Nisha hanya tersenyum mendengar kata-kata orang tua itu. “Nisha nak makan ubatkan, nanti Mak Som letakkan botol air dan gelas dalam bilik ni”. “Terima kasih Mak Som” “Mana baju kotor Nisha, nanti mak cik letakkan dalam mesin cuci, kalau cuci sekarang rasa-rasa sempat kering petang nanti”.orang tua itu memberikan cadangan. “Tak menyusahkan Mak Som ke?”Nisha tak ingin membebankan orang tua itu. “Tak lah, bukan mak cik cuci, mesin yang buat semua tu” jawabnya wanita itu sambil tersenyum. “Semua pakaian Nisha dalam beg ni dah dipakai Mak Som”, sambil tangannya mengeluarkan pakaian-pakaian kotornya dari dalam beg kemudian meletakkannya dalam bakul. “Mak cik keluar dulu, Nisha rehatlah” sambil tangannya membimbit bakul pakaian kotor dan plastik tin susu lantas melangkah keluar dari bilik tersebut. “Nisha memerhati setiap penjuru bilik itu, bilik itu hampir sama luas ruang tamu Cikgu Roziah. Terbentang di tengah-tengah bilik itu sebuah katil bersaiz king yang diperbuat dari kayu jati yang berukir berlengkapkan cadar berwarna hijau muda. Ini sebuah bilik ke sebuah rumah” getus hati kecil Nisha. Nisha melangkah menuju ke balkoni, dari situ dia dapat melihat bahagian depan taman banglo serta landskap yang terbina indah dan tempat parkir kereta banglo tersebut. Nisha kembali semula ke bilik lalu melabuhkan punggungnya di birai katil kemudian mencapai plastik ubatnya. Salah satu ubat perlu dimakannya waktu itu. Pintu bilik kemudian di ketuk dari luar, dia lantas bangun dari duduknya terus menunju ke pintu. Mak Som muncul dengan sebotol air kosong dengan sebiji segelas di tangannya. Nisha tersenyum lalu menyambut botol air dan gelas tersebut sambil mengucapkan terima kasih kepada wanita tua itu. Selesai memakan ubat Nisha merebahkan tubuhnya di tilam yang empuk di atas katil sambil membaca majalah wanita yang dibeli oleh cikgu Roziah semasa di hospital semalam. Nisha membatalkan niatnya untuk terus membaca majalah tersebut selepas matanya terpandang satu set tv plasma LG berukuran 39 inci lengkap dengan set permainan DVD serta pembesar suara berdepan dengan katil. Tersusun di atas karbinet berdekatan alat permain DVD berbagai cakera padat DVD cerita-cerita yang kebanyakkan cerita Inggeris berbentuk aksi dan ada juga beberapa CD untuk game berserta peralatannya sekali. ”Cakap kita macam budak kecik, sendiri lagi teruk dari budak kecik” rungut Nisha dalam hatinya” Tangannya menekan butang remote tv dan memilih beberapa rangkaian astro. “Tengok tv besar macam ni best jugak macam tengok wayang” selepas itu tangannya membelek-belek DVD yang tersusun di atas rak. “Semua cerita orang putih, mamat ni tak tengok cerita melayuke?” kemudian matanya tertarik dengan salah satu cerita Inggeris ‘Green Lantern’. “Sebab ni kah abang Qhairul suruh aku rehat kat bilik dia, sebab bilik tamu tu tak da benda ni semua” Nisha tersenyum sendiri. Bab 23 Tetap pukul 2.15petang barulah nampak kelibat Qhairul muncul di PJ Holding. Zamree telah mengingatkannya tentang perjumpaan dengan MR. Lim pukul 3 petang nanti. “Zizie, ada apa-apa pesanan untuk saya, selain yang dengan Mr. Lim tu” “Tak ada Dato’, cuma pagi tadi Yasmine Hana ada datang cari Dato’. Lama dia tunggu sampai pukul 12, tapi Dato’ Zamree kata Dato’ tak masuk pejabat sebelah pagi jadi dia pun baliklah” “Dia masuk bilik saya tak?” “Tak. saya tak bagi tapi nasib juga dia percaya bilik Dato’ tu berkunci” “Bagus, your good job. Lain kali kalau dia datang, saya ada atau tidak jangan bagi dia masuk bilik saya selagi saya tak benarkan” “Baik Dato’, saya akan ingat pesan Dato’ tu” “Oh ya Zizie, awak masuk bilik saya sekejap” sambil berlalu menuju ke biliknya. Qhairul melepas briefcase sambil melonggarkan tali lehernya. Zizie datang kemudiannya berdiri di depan meja CEO itu. “Ada apa Dato’ nak jumpa saya?” “Awak duduk dulu” Zizie menurut arahan lalu melabuhkan punggungnya di atas kerusi di depan meja CEO itu. “Ada Dato’ Zamree beritahu awak sesuatu tentang Nisha?” “Tentang apa Dato’?” “Tentang dinner party” “Tak da pulak Dato’” “Ok, kalau macam tu awak aturkan satu majlis dinner party di ballroom PJ Hotel malam Ahad ni, pukul 8 malam, jemput semua pekerja PJ Holding dan jemput beberapa orang artis popular tanah air” jelas Dato’ Qhairul. “Majlis dinner ini untuk siapa Dato’?” “Untuk Nisha, sediakan satu meja special khas 8 orang” “Birthday Nisha ke Dato’?” tanya Zizie lagi. “Bukan, dinner kejayaan Nisha dapat street 10A+ dalam SPM” “Apa, pandainya Nisha, betul ke ni Dato’?” tanya Zizie bagai tidak percaya. “Apa untungnya saya bohong awak, ok awak jangan lupa kalau boleh awak buat sekarang, saya nak berbincang sedikit dengan Dato’ Zamree lepas ni sebelum Mr. Lim sampai” Zizie berlalu keluar dari pejabat tersebut dan terus melakukan tugas yang diarahkan oleh majikannya. Qhairul tersenyum bahagia dan gembira. Dua perkara baik yang berlaku padah hari itu. Kesihatan Nisha yang sudah sihat, tadi dia sudah menghubungi Tengku Farid untuk memberitahu tentang Nisha yang telah dibenarkan keluar wad tengah hari tadi. Dan beberapa minit yang lepas dia dan Zamree baru selesai menghadiri mesyuarat dengan Mr Lim salah satu Syarikat pembekal dari Hong Kong dan perjanjian dan kontrak kerjasama ditandatangani tanpa sebarang masalah. Sampai saja di banglo Qhairul terus menemui Mak Timah yang sedang memasak di dapur. “Mana Nisha Mak Som?” “Dalam bilik, mungkin tengah tidur tu” “Mak Som dah buat susu untuk Nisha Ke? “Dah, pukul 5 petang tadi”, Dia terus melangkah naik ke tingkat atas kemudian terus menuju ke biliknya. Dia tersenyum melihat seorang gadis yang sedang terbaring lena di atas katilnya. Gadis itu sedang berbaring menyendeng memeluk sebiji bantal di tangannya. Wajah yang begitu comel dan polos itu kelihatan begitu lena seperti sedang diulit mimpi indah. Qhairul membiarkan dulu Nisha terus melayari mimpi indahnya sementara dia mandi dan menunaikan solat maghrib. Usai solat dia terus mengejutkan Nisha untuk makan malam sebelum menghantar Nisha balik ke rumah Cikgu Roziah. “Sayang nak balik ke tak ni, nak tidur sini ke dengan abang?” tangannya perlahan-lahan menyentuh lembut bahu gadis itu sambil mengonyangnya. “Nisha..bangun sayang, kita makan dulu” Nisha menggerakkan tubuhnya, dia merasakan sesuatu menggoyangkan tubuh, mata bundarnya dibukakannya perlahan-lahan. Dia cepat-cepat bangun dari tidurnya bila terpandang seorang lelaki di sisinya. “Abang dah lama sampai ke?” sambil tangannya membetulkan rambutnya yang terburai sambil mencari klip rambut malangnya tidak ditemui. “Baru je, dah lama sayang tidurkan, jom kita pergi makan dulu sebelum abang hantar sayang balik” jawabnya sambil tersenyum. “Tak sukalah Nisha makan ubat tu, asyik mengantuk je, sekarang dah dua kali Nisha tidur macam ni” katanya sambil bangun lalu mengambil getah rambut dalam tas tangannya. “Baguslah tu, untuk tambah berat badan” balas Qhairul sambil tersenyum nakal. “Ala..abang ni, bukan Nisha kurus sangat pun” Sambil mengatur langkah kakinya untuk menuju ke bilik air. Selesai melakukan aktiviti di bilik air Nisha membasuh mukanya kemudian mengeringkan mukanya dengan tuala. Setelah pasti wajah kering dan bersih sambil membetul-betulkan rambutnya dia melangkah keluar dari bilik air. Dia menyimpan pakaian-pakaiannya yang telah dicuci oleh Mak Som dan ubat-ubatannya ke dalam beg pakaian. Qhairul memerhati sahaja gadis itu mengemaskan semua barangnya. Matanya tidak berkelip memerhati setiap pergerakkan gadis itu. “Ok jom, dah selesai” suara gadis itu mematikan lamunannya. “Mak Timah dah masak, kita makan dulu baru abang hantar sayang balik” Mata mereka saling bertatapan seketika kemudian berbalas senyuman. Berdua dengan lelaki itu di dalam sebuah bilik memang menakutkan Nisha. Jantungnya berdebar tak menentu, lebih-lebih lagi Qhairul makin dekat menghampirinya. Dengan jarak yang tidak sampai sekaki, Qhairul menyentuh dagunya. Nisha mendongak mukanya menatap wajah Qhairul. Jiwa dan perasaannya jauh melayang. Tangan kasar Qhairul kemudian membelai perlahan-lahan pipi Nisha yang putih, halus, lembut dan gebu tanpa sebarang noda, jerawat maupun jeragat itu membuatkan naluri lelakinya berkocak. Tanpa sedar bibirnya menyentuh keindahan ciptaan tuhan itu. Sentuhan hangat bibir Qhairul di pipinya menyedarkan Nisha dari lamunannya. “Abang..Nisha nak balik” ucapnya dengan bibir yang terketar-ketar. “Ya, Jomlah kita turun bawah” balasnya yang baru tersedar dari keasyikannya sebentar tadi. Nisha berpaling, tangannya lantas mencapai lalu membimbit beg parkaiannya. “Minta sini beg tu biar abang bawakan” Qhairul terus mengambil beg pakaian di tangan Nisha. Mereka berjalan beriringan menuju ke bawah. Sampai di bawah dia meletakkan beg pakaian Nisha di atas sofa di ruang tamu kemudian mereka berjalan bergandingan menuju ke meja makan. Mak Som tersenyum melihat kemunculan Qhairul dan Nisha. “Wow....banyak Mak Timah masak, macam nak kenduri je?” “Qhairul yang telefon petang tadi suruh mak cik masak semua ni khas untuk Nisha katanya. “Betul ke bang?, terima kasih, tak boleh selalulah Nisha datang sini? “Kenapa?”tanya wanita tua itu. “Sebab akan susahkan mak cik je” “Susah apa bendanya, memang dah kerja makcik” “Bukan tu je, Nisha takut gemuk kalau selalu makan banyak dan sedap macam ni” “Kenapa Nisha takut gemuk ke?” Qhairul mencelah. “Tak takut tapi tak suka gemuk” “Kalau Nisha gemuk lagi comel, tentu ramai lagi peminat” “Comel ke bila Nisha gemuk? Waktu baby dulu memanglah Nisha comel jika gemuk. Kalau sekarang Nisha gemuk abang mesti lari bila nampak Nisha” balasnya lalu tergelak kecil. “Kita cuba dulu, Nisha makan banyak-banyak sampai gemuk lepas tu kita tengok abang lari ke tak bila tengok Nisha nanti” sambil tangannya mengambil pinggan kemudian menceduk nasi dan meletakkan lauk di atas pinggan tersebut. “Ni nasi Nisha ke, banyaknya, tak naklah bang, tak habis nanti membazir” “Tak banyak ni, abang boleh habiskan dua kali ni banyak ni, kalau tak habis abang tak nak hantar Nisha balik” “Mak Som jom makan sekali, mana Pak Usop” Qhairul mempelawa Mak Som makan bersama mereka. “Ke masjid” jawab wanita itu sambil tersenyum melihat galagat Qhairul dan Nisha yang sedang tawar- menawar di meja makan. “Kalau Nisha dapat habis nasi banyak ni, 3 hari Nisha kenyang tau dan 3 hari Nisha tak perlu makan nasi lagi”. “Sampai macam tu sekali” “Ya lah” Qhairul akhirnya ketawa mendengar jawapan Nisha. “Ok makan je setakat yang mampu, tak habis nanti abang tolong habiskan” “Betul ni?” “Iya!” Setelah membaca doa makan Nisha terus cuba menghabiskan nasi tapi cuma separuh sahaja, selera makannya memang agak kurang selepas demam beberapa hari. Qhairul tersenyum melihat wajah Nisha yang seperti cuba memaksa dirinya menghabiskan nasi tersebut. Nisha terus mencapai gelas air kosong kemudian meminumnya. “Tak dapat lagilah bang, lauk sedap tapi selera Nisha tak lalu” “Lepas demam macam tulah, tunggu sehari dua nanti tentu selera tu pulih balik” Nisha menganggukan kepalanya mendengar jawapan Qhairul. Matanya memerhati Qhairul menarik pinggan nasi miliknya kemudian mengambil baki nasi dan lauk yang belum luak di dalam pinggan tersebut kemudian mencampurkan ke dalam pinggannya lalu meneruskan suapan sehingga semua nasi di pinggannya habis. “Abang berselera betul makan?”sambil tangannya menghulur segelas air kepada lelaki itu. “Ya, sebab Nisha temankan abang, kalau hari-hari Nisha temankan abang makan tentu abang gemukkan?”jawapan Qhairul membuat Nisha tersenyum. “Abang Zam tahu tak Nisha dah keluar hospital?” “Tahu, abang dah beritahu dia petang tadi” “Kenapa?” “Kan esok kerja, kalau dia fikir Nisha masih kat hospital tentu tak da orang jemput Nisha esok” “Nisha nak pergi kerja jugak kah esok?” “Nisha dah sihat, boringlah duduk rumah sorang-sorang” “Tak pa, kerjalah tapi kalau masih rasa tak sihat rehat je kat bilik pejabat abang atau bilik Zam” “Ok bos, esok Nisha pergi kerja bawa bantal dan selimut sekali” kemudian dia ketawa melihat muka Qhairul yang agak suspen, Mak Som yang sedang menikmati makanannya dan menjadi pendengar setia perbualan dua insan itu turut tersenyum mendengar jawapan Nisha. “Pandai buat loyar buruk lah Nisha ni” sambil tangannya mencubit pipi gadis itu. “Sakitlah hoi!” tangannya menepis tangan lelaki itu. Qhairul ketawa kemudian terus bangun dari kerusi dan berjalan menuju ke sinki, kemudian dia melangkah menuju ke kabinet di dapur. “Mana tin susu Nisha Mak Som, kalau lupa tak menyusu pulak baby malam ni” Membutang mata Nisha memandang ke arah Qhairul. “Abang nikan, tunggulah turn abang lepas ni” Nisha memberi amaran kepada lelaki itu setelah perasan lelaki itu mengenakannya lagi. Qhairul terus ketawa melihat aksi marah Nisha, Mak Som turut tumpang ketawa mendengar kata-kata Qhairul sambil melihat wajah Nisha yang merah padam. Kereta Qhairul tiba di depan rumah Roziah tepat pukul 9.15 malam. Sebelum melangkah keluar dari kereta, Qhairul menahan tangannya kemudian memaut perlahan leher gadis itu lalu mencium keningnya seketika. “Nisha, I love you, take care sayang” Nisha terkesima sejenak mendengar ucapan romantik yang keluar dari mulut lelaki itu. Dengan senyuman yang menguntum di bibirnya, Qhairul lantas keluar dari keretanya lalu membuka pintu kereta untuk gadis itu. Nisha melangkah keluar dari kereta kemudian memandang tepat pada wajah lelaki itu. “Abang, terima kasih kerana tolong Nisha, tak tahu Nisha nak balas macam mana?” “Terima cinta dan kasih sayang abang, setia pada abang” balasnya selamba sambil tersenyum kemudian tangannya memegang pipi yang putih dan gebu milik gadis itu, selepas itu dia bergerak membuka bot kereta dan mengeluarkan beg pakaian dan plastik tin susu lalu meletakkannya di depan pintu pagar rumah tersebut. “Nisha jangan lupa makan ubat dan mesti minum susu pagi dan malam sebelum tidur” “Ok, doktor, ada apa-apa lagi perlu saya buat” “Ada, mesti makan tepat pada waktu” “Lagi..? “Lagi..ee bila tidur nanti mimpikan abang, I love you so much” sambil wajah ingin mendekati dan cuba mencium pipi gadis itu tapi dengan pantas Nisha menolak tubuhnya dan menjauhkah dirinya. “Jangan nak mengada-gada, ok hati-hati di jalan raya, bye” Qhairul tersenyum nakal memandang gadis itu kemudian melangkah masuk ke dalam keretanya. Perlahan-lahan kereta Lamborghini milik lelaki itu bergerak meninggal taman perumahan tersebut. Bab 24 Seorang gadis lengkap berpakaian serba putih dengan skirt jean labuh, blaous putih, kasut tumit tinggi 2 inci dengan scarf rambut dan sebuah tas tangan kecil berwarna putih tersangkut di bahunya. Zamree yang sedang bersandar pada pintu kereta sebelah tempat duduk penumpang tersenyum memandang gadis itu.Wajah gadis kelihatan berseri-seri dan nampak telah betul-betul sihat. “Nisha dah betul-betul sihat ke ni?” “Dah, kalau tak sihat nanti Nisha rehat kat bilik abang, Nisha boring duduk sorang-sorang kat rumah tu” “Ok, sebelum kita masuk ofis nanti kita minum dulu, abang nak Nisha amalkan minum pagi” “Nisha ikut je” Setelah menutup pintu kereta untuk gadis itu, lelaki itu terus memecut Ferarinya menuju ke bandaraya Kuala Lumpur. Setelah sampai di bangunan Wisma Permata dia menyerahkan kunci keretanya kepada Raju valet parking attendant Wisma Permata yang sedia menunggu di situ. Mereka berjalan bergandingan menuju ke sebuah restoran Melayu yang tidak jauh dari situ. Dengan langkah yang bergaya, Zamree memimpin tangan Nisha memasuki restoran itu dan mengambil tempat duduk di sebuah meja kosong dalam restoran itu. Kelihatan beberapa pekerja dan kaki tangan PJ Holding dan pekerja-pekerja syarikat lain yang berpejabat di Wisma Permata turut berada di restoran tersebut untuk bersarapan. Kelihatan banyak mata mereka mencuri pandang ke arah pasangan yang baru melangkah masuk ke restoran tersebut. Di mana-mana sahaja di Wisma Permata hubungan antara dua bos besar PJ Holding dan Tengku Farid CEO Putra Holding dengan gadis itu sudah menjadi buah mulut dan gosip hangat ketika itu .Seorang pelayan tiba di meja itu untuk mengambil pesanan makanan. “Bubur nasi ayam dan milo panas dua” Zamree terus membuat pesanan tanpa merujuk pada pada gadis itu. Sementara menunggu pesanan tiba, Zamree merenung tepat pada wajah gadis yang ada di depannya tanpa berkelip. “Nisha suka warna apa?” “Warna yang Nisha pakai sekarang tapi pilihan kedua Nisha suka warna hijau muda” “Nisha memang cantik kalau guna warna putih macam sekarang” “Abang pula suka warna apa?” “Merah!”jawab Zamree pantas “Oh..sebab tu kereta abang tu warna merah tapi Nisha pun suka jugak warna merah tapi bergantung pada masa,keadaan dan benda” “Maksud Nisha?” “Yalah contohnya kalau bunga, Nisha suka bunga ros merah, kalau nak cat rumah takkan guna warna merahkan kot tapi kadang-kadang warna merah ni menakutkan Nisha jugak” Zamree tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. “Kenapa merah itu menakutkanNisha?” “Nisha takut darah, tak boleh tengok darah yang banyak” Zamree tergelak mendengar jawapan Nisha. “Nisha ni cepat berfikir, bijak. Mulai hari ini abang nak Nisha buka fail utama PJ Holding dan kaji dan kenali semua tentang PJ Holding” “Maksud abang?” “Nisha kena mengetahui semua kegiatan urusniaga PJ Holding supaya boleh bantu Abang Zam atau Abang Qhairul jika kami memerlukan tenaga Nisha nanti” Perbualan mereka terganggu bila seorang pelayan menghantar pesanan makanan. “Sambil menikmati makanan mereka masih lagi berbual mesra sambil bergurau senda”. Tiba-tiba telefon bimbit Nisha menerima panggilan SMS dari Tengku Farid. Setelah membaca SMS itu Nisha memandang wajah Zamree. “Abang, Ku Farid ajak Nisha keluar pukul 10 nanti, boleh ke?” Zamree memandang ke wajah gadis itu, tiba-tiba dia teringat akan projek rahsia antara Permata Jaya Holding dan Putra Holding yang dibincang mereka bertiga semalam. “Ok, tapi balik sebelum pukul 5” Zamree memberikan kebenarannya. Pantas jarinya membalas SMS dari Tengku Farid. Setelah menghabiskan makanan dan minuman keduanya melangkah meninggalkan restoran tersebut. Zamree memimpin tangan gadis tersebut sepanjang perjalanan menuju ke bangunan Wisma Permata dan hingga ke pintu lif dalam bangunan. Setelah lif berhenti di tingkat 25, Zamree terus memaut pinggang gadis tersebut kemudian melangkah keluar menuju ke pintu utama pejabat PJ Holding. “Hai Nisha, dah sihat ke?” Zizie terus menegur gadis yang baru tiba bersama Dato’ Zamree. “Dah Kak Zizie apa khabar?” “Sihat, Nisha nampak cantik sangat hari ni putih berseri-seri” “Ya ke ?terimakasih” “Zizie, Dato’ Qhairul dah sampai ke?” “Dah, ada kat dalam bilik tu” “Zamree terus melangkah masuk ke biliknya” “Nisha, big bos pesan kalau Nisha sampai dia suruh Nisha jumpa dia” Zizie seperti berbisik pada gadis tersebut. Tanpa bertanya apa-apa pada Zizie, Nisha terus melangkah manuju ke bilik Qhairul dan terus membuka pintu bilik tersebut lantas memberi salam. Qhairul terus memandang ke arah pintu sambil mulut menjawab salam dan dia sememangnya menanti kehadiran gadis itu. Gadis yang lengkap dengan set pakaian yang serba putih terpacak di depan pintu. Qhairul memandang tanpa berkelip, hati berbicaara sendiri ‘cantiknya Nisha hari ini’. “Boleh Nisha masuk” Qhairul tersenyum. “Mari duduk atas riba abang” Nisha tergelak mendengar perlawaan Qhairul. “Nisha bukan komputer ribalah, mengada-gadalah abang” balasnya dengan jelingan yang manja. Gadis itu melangkah masuk kemudian menutup pintu bilik tersebut. Dia terus melangkah menghampiri meja lelaki itu lalu melebuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja CEO. “Ada apa abang nak jumpa Nisha ni?” “Dah minum susu, dah makan ubat, ada bawa ubat?” “Wah! banyaknya soalan. Mana satu Nisha nak jawab dulu ni?” Qhairul merenungnya sambil tergelak. “Dah, dah, ada doktor? “Bagus! Ni kacang Nisha, lupa dalam bilik abang, tapi abang dah makan sebungkus malam tadi” beritahunya sambil menghulurkannya kepada Nisha. Nisha tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. “Nisha belum beritahu abang, kenapa Nisha suka kacang?”soalnya pula bila teringat perbualan dengan Nisha semalam. “Betul abang nak tahu, tapi penting sangat ke hingga abang nak tahu?” “Mestilah, semua yang berkaitan dengan Nisha penting bagi abang” “Kacang banyak khasiat, kalau nak otak pandai dan kulit cantik makan kacang dan kalau nak mudah dalam segala urusan makan kacang” Qhairul jadi bengang bila mendengar ayat terakhir. “Apa kaitan kalau mudah dalam segala urusan makan kacang” Nisha ketawa melihat muka Qhairul blur mendengar kata-katanya. “Sebab orang kan selalu cakap bila jumpa benda yang mudah dan senang dibuat orang akan kata ala kacang je tu” Qhairul mengetap bibir geramnya. ‘kelentong jugak rupanya si Nisha ni’ “Ada bakat juga Nisha ni buat lawak, jadi Nisha dapat lulus cemerlang dalam SPM kerna makan kacanglah ya?” “Ya lah kot tapi makan kacang sampai 10 kilo setiap hari tak da guna jugak kalau tak belajar” Qhairul semakin tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Macam mana lepas ni Nisha nak ambil bidang apa bila masuk U” “Law atau bisness tapi tengoklah” “Nisha pilih U mana, abang akan uruskan?” “UM, Tengku Farid akan uruskan” ‘Nampaknya Tengku Farid dah mendahului aku dalam bidang ni’ bisik Qhairul dalam hati. “Nisha tak nak pergi Oversea ke?” “Tak nak lah, bidang tu ada ditawarkan di universiti tempatan” “Ok kalau Nisha fikir macam tu, abang pun risau juga kalau Nisha nak ke oversea” “Kenapa?” “Abang akan terseksa di sini menanggung rindu” Nisha tergelak mendengar ucapan romantic Qhairul. “Nisha pun tak nak berjauhan dari abang” matanya mereka saling bertatapan dan tersenyum menyampaikan irama cinta yang syahdu. “Abang, Pukul 10 nanti, Ku Farid ajak Nisha keluar, bolehkan?” “Kalau abang kata tak boleh” “Tapi Abang Zam kata boleh” bidasnya dengan manja. “Bila?” “Waktu kami sarapan kat restoran bawah tu tadi” Qhairul teringat perbincangan bersama Zamree dan Tengku Farid semalam “Tapi ingat Nisha mesti balik ke sini sebelum pukul 5” Qhairul terus bangun dari kerusi kemudian pergi ke pintu lalu menekan kunci pintu. Dia datang semula menghampiri gadis tersebut. Tangannya menyentuh bahu Nisha dari belakang. Nisha berpaling lalu mendonggak menatap wajah Qhairul yang terpacak berdiri di sebelahnya. “Nisha tahu perasaan abang pada Nishakan, begitu juga perasaan Ku Farid pada Nisha cuma Nisha belum tahu perasaan Abang Zam” “Ya Nisha tahu, abang cintakan Nisha, Ku Farid pun cintakan Nisha tapi hati dan perasaan Nisha pada abang” balasnya tenang. “Abang takut Nisha jadi keliru dan sukar menetapkan perasaan Nisha pada siapa? abang takut perasaan Nisha beralih arah pada orang lain. Abang tak sanggup terima hakikat seperti itu” Qhairul memandangnya tanpa berkelip. “Nisha akui kebenaran kata-kata abang, Nisha sayang abang bertiga tapi Nisha yakin perasaan Nisha lebih pada abang. Nama abang tetap teratas dalam carta hati Nisha, percayalah..Nisha cuma nak jaga hati Ku Farid. Dia cuma sahabat. Dia tak pernah paksa Nisha. Dia juga hormatkan Nisha” Pilihan pertama Nisha adalah abang, kalau abang tak wujud di dunia ini, pilihan kedua dan ketiga Nisha mungkin antara Abang Zam atau Ku Farid”. Nisha tak risau dengan Ku Farid, yang merisaukan Nisha ialah antara Abang Qhairul dan Abang Zam, Nisha dapat rasakan Nisha akan tersepit di tengah-tengah” ujarnya sambil menatap wajah kacak Qhairul yang terus menatapnya dengan pandangan yang redup dan menggoda. “Abang tak boleh fikir sekarang Nisha, tapi apa yang abang nak ialah Nisha jadi milik abang, abang cintakan Nisha. Abang nak menjaga dan melindungi Nisha hingga ke akhir hayat abang” bisiknya dengan romantik di telinga gadis itu. Nisha menatap wajah lelaki yang kini berdiri rapat di sampingnya.Wajah itu penuh pengharapan. Nisha ditariknya bangun supaya berdiri. Kini lelaki itu berdiri rapat di sisinya. “Abang tahu tentu percent rasa sayang Nisha pada Abang Qhairul dan Abang Zam dah berbezakan, dan tentu sekarang sayang Nisha pada abang mendahului sayang Nisha pada Abang Zam?” Qhairul memandang wajah Nisha tanpa berkelip. Nisha menganggukkan kepalanya menyetujui pendapat Qhairul. Hatinya mengakui cintakan lelaki itu. Ya cinta pertamanya berputik untuk Dato’ Qhairul walaupun lelaki yang berhati mulia yang mula-mula ditemuinya adalah Dato’ Zamree tapi soal hati dah perasaan itu semua kerja tuhan. “Betul, Nisha cintakan dan sayangkan abang. Nisha nak jadi insan istimewa di hati abang. Nisha nak hidup dengan abang. Abanglah lelaki yang pertama yang membuka pintu hati Nisha dan mengajar Nisha erti cinta. Nisha harap tak kecundang dalam cinta pertama ini dan Nisha harap ini juga cinta terakhir Nisha” ucapnya sambil menatap mata lelaki di depannya dengan pandangan yang bersinar dan penuh harapan. Qhairul menarik tubuh Nisha dalam dakapannya kemudian mencium kepala gadis itu lalu membisikkan sesuatu kepadanya. “Abang begitu gembira mendengarnya. Abang nekad dan berjanji cuma ada Nisha di hati abang. Nisha nyawa abang, kebahagian abang. Percayalah, diri abang dan segala yang abang ada adalah milik Nisha. Abang akan sayang dan jaga Nisha sehingga ke akhir hayat abang. Abang akan buktikannya nanti?” mendengar bisikan itu Nisha membalas pelukan Qhairul dan mereka hanyut melayani perasaan masing-masing buat seketika. Dalam kebahagian yang mereka nikmati saat itu tangan sasa Qhairul terus merangkul kemas pinggang gadis itu. Haruman minyak wangi dari tubuh lelaki itu menusuk kuat ke hidungnya, bauan yang begitu mempersonakan. Mereka bertatapan seketika. Wajah Qhairul yang semakin mendekatinya membuatkan jantung Nisha berdebaran dan tubuhnya seakan kaku. “Nisha abang terlalu cintaimu sayang, seluruh jiwa dan raga abang telah sayang takluki” bibirnya mula merayap ke leher gadis itu, haruman losyen pada kulit licin gadis itu mula menaik keghairahannya. Nisha memejamkan matanya leka dalam dunia yang Qhairul ciptakan untuk mereka berdua. Tersentak dari khayalan Nisha cuba merengangkan pelukan, namun tenaganya tidak mampu menyaingi kekuatan tenaga lelaki Qhairul yang semakin kemas mendakap tubuhnya. Tubuhnya yang kemas dalam pelukan lelaki itu mulai kedinginan dan jantungnya semakin berombak kencang menempuh situasi yang tidak pernah dilalui sebelum ini. “Abang, apa abang nak buat ni, tolonglah bang bukan masanya lagi” Nisha mula merayu, tapi rayuannya seperti tidak diendahkan malah lelaki itu semakin galak melakukan. Nisha terus berusaha menolak tubuh sasa Qhairul. “Please sayang, abang cuma cium je” Qhairul berbisik ke telinganya lalu mencium cuping telinganya kemudian bibirnya terus merayap ke pipi gadis itu. “Abang..tolong jangan paksa Nisha, Nisha tak biasa, Nisha tak pernah buat semua ni” Matanya mula berkaca-kaca dan suaranya seperti hendak menangis, Qhairul mematikan niatnya. Tangannya terus menarik kepala gadis itu ke dadanya lalu membelai dan mencium mesra rambut gadis tersebut. “Maafkan abang sayang, abang terlalu ikut perasaan tadi, abang terlalu cintakan Nisha” Nisha mendonggak menatap wajah lelaki itu, kemudian tangannya menyentuh kedua belah pipi lelaki itu lalu satu ciuman istimewa dihadiahnya di pipi lelaki itu. Tanda cinta dan kasihnya yang membara pada lelaki itu. Qhairul terpana dan terpesona penuh asyik, hidupnya terasa bagai di syurga. “Abang! Nisha nak minta diri dulu ya” ucapnya perlahan sambil menatap mata Qhairul yang terus merenungnya tanpa berkelip. “Kenapa, takut pada abang ke?” “Ya, Nisha tak boleh berdua-duaan lama sangat dengan abang, bahaya!”jawabnya jujur Qhairul tersenyum nakal kemudian merungkaikan pelukannya. “Nisha! Abang nak Nisha selalu cium abang macam tadi, abang bahagia sangat” Nisha tersenyum mendengar pengakuan jujur dari Qhairul. “Abang bertuah kerana ia khas untuk abang tanda sayang dan cinta Nisha pada abang, tak ada sesiapa boleh merasa ciuman itu selain dari abang” Wajah Qhairul begitu ceria mendengar kata-kata yang diucapkan oleh gadis buah hati kesayangannya itu. “Ok bang, Nisha keluar dulu”, sambil tangan mencapai bungkusan plastik kacang yang ada atas meja Qhairul kemudian terus bergerak keluar dari bilik itu. Bab 25 Tepat pukul 10 pagi, Tengku Farid muncul dengan langkah bergaya diiringi dua pengawal peribadinya keluar dari pintu lif dan terus melangkah masuk ke pejabat PJ Holding. Seperti biasa semua pekerja PJ Holding memberi tumpuan kepada kemunculan Tengku Farid. Nisha yang memang sudah tahu kemunculan Tengku Farid cuma tersenyum menyambut ketibaan lelaki itu. “Hai my princess, are you ready, jom!”sambil menghulurkan tangannya pada gadis itu.” Nisha menyambut huluran tangan itu dan terus mengatur langkah untuk mengikut Tengku Farid. Belum sempat memulakan langkah, Qhairul muncul di depan pintu biliknya. “Ku Farid, don’t forget before five oclock” “Ok..don’t worry. I will remember that” kemudian lelaki itu terus memimpin tangan Nisha meninggalkan pejabat PJ Holding. Walaupun terpaksa mengizinkan namun hatinya bagai dicarik-carik dipanah rasa cemburu. Tengku Farid terus memecut keretanya menuju ke suatu tempat. “Kita nak ke mana ni?” “Kanda nak bawa dinda berjumpa dengan seseorang” “Siapa?” “Bonda Puan Engku Faridah” Nisha begitu terkejut. Serta merta wajahnya kelihatan pucat. “Apa! kenapa kanda tak beritahu awal, Nisha takutlah” “Tak ada apa nak ditakutkan, bonda seorang yang fleksibel, penyayang, supporting, rasional dan berjiwa rakyat. Percayalah dinda mesti suka padanya nanti”. “Nisha tak biasa dan tak tahulah macam mana nak mengadap sembah sebab Melaka bukanya ada sultan pun” Tengku Farid kemudian tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Dinda tak perlu sembah-sembah, salam je dah cukup, bonda kanda pasti sukakan dinda nanti, cayalah” Kerana tiada pilihan lain, akhir Nisha pasrah pada pertemuan dengan bonda Tengku Farid. Tiba ke destinasi, kereta Tengku Farid memasuki sebuah pintu pagar yang dikawal ketat oleh beberapa orang pengawal keselamatan. “Kanda tinggal di sini ke?” Nisha rasa agak gementar bila memasuki perkarangan sebuah rumah yang kelihatan seperti sebuah istana itu. “Ya, Ini mini istana milik ayahanda kanda, Tengku Putera Amiruddin, tapi armarhum ayahanda kanda, kini kanda tinggal berdua bersama bonda di sini”. Tengku Farid terus memakirkan keretanya di tempat khas, kemudian dia keluar dari kereta lalu menuju ke tempat duduk sebelah penumpang hadapan lalu terus membuka pintu kereta tersebut. “Mari dinda kita masuk jumpa bonda” Nisha melangkah masuk bergandingan dengan Tengku Farid menuju pintu utama mini istana itu. Nisha begitu teruja ketika melangkah masuk ke kediaman kerabat diraja yang begitu mewah itu. Tidak terlintas di fikirannya akan memijak kaki ke sebuah rumah yang diikhtiraf sebagai mini istana itu. Nisha melangkah dengan berhati-hati menuruti langkah Tengku Farid. Seorang wanita yang kelihatan berumur pertengahan 50an, berpakaian baju kurung sutera satin berwarna biru laut dengan sehelai selendang di kepalanya, berkulit putih dan penampilan mencerminkan dirinya seorang yang berstatus tinggi, berdarjat dan berharta. Tengku Farid membawa Nisha menghampiri wanita itu. “Bonda, kenalkan kawan Farid, Qhairunnisha Muntaz May Lin” Wanita itu memandang tepat ke wajah Nisha tanpa berkelip. Dari bawah hingga ke atas Nisha diperhatikan dengan pandangan yang sukar untuk ditafsirkan. “Assalammualaikum Puan Engku”sambil menghulurkan tangannya kepada wanita itu. “Waalaikummusalam” sahut Puan Engku Faridah sambil terukir senyuman di bibirnya dan terus menyambut tangan gadis tersebut. “Inikah gadis yang Farid ceritakan pada bonda malam itu?”tanya Puan Engku Faridah seperti inginkan kepastian. “Yes bonda, accurate?” ‘Cerita apa pulak ni?’bisik Nisha dalam hati. “Patutlah Farid nampak beria-ia sungguh” Puan Engku Faridah terus merenung wajah comel gadis di depan. Dia turut terpukau melihat keindahan wajah itu. “Bonda nak panggil kawan Farid ni dengan nama apa?” “Nisha! Puan Engku” Nisha terus mencelah. “Nisha! Sedap bunyinya, mulai hari ini jangan panggil Puan Engku, panggil saja bonda” balas wanita itu sambil tersenyum. Wajah wanita itu penuh dengan sifat keibuan. Nisha berpaling memandang ke wajah Tengku Farid kemudian membalas senyuman lelaki itu. Wanita itu terpana sekali lagi melihat senyuman gadis itu kemudian dia terus meraih tangan gadis itu mengajaknya duduk di sofa bersebelahannya. “Nisha berasal dari mana?” “Melaka” “Sekarang tinggal di mana?” “Menumpang rumah kakak angkat di Taman Perumahan Sri Cempaka”. “Ibu ayah?” “Kedua-duanya dah tak da, ibu meninggal masa Nisha umur 4 tahun, ayah pula meninggal bulan 12 tahun lepas” Nisha jujur memperkenalkan dirinya. Perasaan wanita itu agak terkedu mendengar jawapan Nisha “Keluarga atau saudara mara lain ada tak, macam adik beradik, bapa atau mak saudara?” “Tak, Nisha anak tunggal, tapi ada seorang adik lelaki lain ibu. Ibu Nisha anak tunggal tapi saudara sebelah ayah Nisha tak tahu sebab sehingga ayah meninggal tidak ada seorang pun saudara maranya yang muncul” “Nisha ni Melayu asli ke atau berdarah campuran?” Nisha tersenyum mendengar soalan bonda Tengku Farid “Ibu keturunan Baba Nyonya dan Jepun, ayah Nisha peranakan Pakistan Melayu, Melayu cuma sebelah nenek perempuan sebelah ayah” Puan Engku Faridah mengangguk faham. “Patutlah Nisha ni cantik, keturunan Cina Pakistan, bonda rasa mata, hidung dan rambut Nisha ni mesti mewarisi sebelah ayah dan kulit putih melepak ni sebelah ibu betul tak Nisha? ” “Mungkin juga bonda” jawab Nisha sambil tersenyum manis . “Berapa umur Nisha sekarang?” “17 tahun” Berkerut dahi Puan Engku Faridah mendengar umur gadis itu. “Very young Farid” Engku Faridah menjeling pada anaknya.Tengku Farid tersenyum melihat jelingan bondanya. Tapi rangka tubuh yang tinggi dan besar menampakkan kematangan dirinya. “Nisha masih belajar atau dah kerja” “Baru tamat SPM tahun lepas, sekarang tengah kerja part time di PJ Holding” “Part time di PJ Holding?” “ Adik angkat kesayangan bos and big bos PJ Holding bonda” “Oh ya ke? tu yang you kata two big tiger Malaya yang jaga gadis ni?” Tengku Farid tergelak mendengar soalan bondanya. “Result SPM dah keluarkan, Nisha dapat berapa?” Nisha menjeling kepada Tengku Farid sambil tersenyum “Street 10A+ bonda” pantas Tengku Farid menjawab mewakili Nisha. “Wow…beautiful and clever, satu pekej yang cukup lengkap” “How, nak study kat mana, ambil jurusan apa” “Law, kat UM, Farid tengah uruskan” jawab Tengku Farid mencelah. Puan Engku Faridah seperti sedang berfikir sesuatu sambil matanya terus merenung Nisha sambil tersenyum. “Nisha makan tengah hari bersama bondalah ya, banyak lagi yang bonda nak bualkan dengan Nisha” perlawaan wanita itu diterima Nisha dengan senang hati. Sikap ramah dan keibuan wanita itu menghilangkan rasa gentar di hati Nisha. Sangkaan sebelum bersua dengan wanita itu jauh meleset ternyata layanan mesra yang ditunjukkan oleh Puan Engku Faridah menyebabkan jiwa Nisha yang selama ini rindukan kasih sayang dan sentuhan seorang ibu terasa terisi tiba-tiba bila berjumpa Puan Engku Faridah lebih-lebih lagi bila wanita itu meminta Nisha memanggilnya bonda. “Bonda, Farid nak bersiap untuk pergi sembahyang Jumaat, Nisha ni Farid tinggalkan dengan bonda, boleh ya dinda?” Nisha hanya mengangguk dan tersenyum. Tengku Farid kemudian berlalu meninggalkan Nisha bersama bondanya. “Bonda seorang saja ke tinggal kat sini?” “Ya, tapi tak seorang sebenarnya sebab ada 5 orang pembantu rumah” “Jom Nisha kita ke ruangan santapan, Di situ kita minum sambil berbual” Nisha menuruti langkah wanita itu hingga ke ruang yang yang dimaksudkan. Di atas meja santapan, terhidang beberapa jenis kuih muih dan tiga cawan air coklat panas. “Jemputlah minum Nisha”pelawa Puan Engku Faridah. Nisha tersenyum sambil jemari runcingnya menyentuh cawan air di depannya. “Bonda suka sangat lihat wajah Nisha ni, menyejukkan mata” Dengan bertertib Nisha menghirup air coklat panas dari cawan di depannya. “Nisha dah ada teman istimewa ke?” Nisha tersenyum, terbayang di depan matanya wajah kacak Dato’ Qhairul yang sedang tersenyum padanya. “Belum terfikir lagi” “Mana tahu sebab dua orang bos besar PJ Holding tu masih muda dan teruna, jadi perhatian dan kegilaan wanita seluruh Malaysia, salah seorang tu tak da yang Nisha berkenankah?” Puan Engku Faridah cuba membongkar perasaan gadis itu. “Nisha sayang dan suka mereka berdua tapi biasa-biasa je. Nisha muda lagi dia orang berdua sayang Nisha sebagai adik angkat” “Dengan Ku Farid, tak suka?” Nisha tersenyum mendengar soalan Puan Engku Faridah. “Suka! Kanda Farid terima Nisha sebagai sahabat. Nisha senang berkawan dengan dia, dia seorang yang baik sama macam Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree” jawab Nisha sambil memandang wajah Puan Engku Faridah yang tak lekang dengan senyuman. “Selama ini Ku Farid tak pernah bawa mana-mana perempuan bertemu dengan bonda, Nishalah gadis pertama yang Ku Farid bawa, tentu Nisha ni istimewa di mata dan di hati dia?” Nisha cuma tersenyum. ‘Ya Allah..betulkah apa yang ku dengar, aku ni istimewa sangat ke di mata dan di hati lelaki tu’ bisik Nisha dalam hatinya. “Macam mana pandangan Nisha pada Ku Farid” Nisha terdiam seketika memikirkan jawapan yang sesuai, kemudian dia bersuara “Tengku Farid seorang yang kacak,baik, ramah, berjiwa rakyat dan bertuah sesiapa yang memiliki sebagai seorang kekasih atau suaminya” “Nisha tak nak jadi isteri Ku Farid?” Tersentak Nisha ketika sedang menghirup air coklat panas dari cawannya. Pipinya terus merona merah. Perasaan malu dan terkedunya serentak datang menerpa. ‘Biar betul apa yang ku dengar ni? takkanlah aku terus ditembak dengan soalan ni. Orang tua ni nak melamar aku untuk anak dia ke?’. “Eee..Nisha ni orang biasa bonda, anak yatim piatu, miskin dan tak berharta tak layak untuk berdiri di samping Kanda Farid untuk kedudukan tu. Ku Farid terima Nisha sebagai sahabat pun Nisha yang bersyukur sangat. Nisha tak pernah mimpi untuk semua tu” jawabnya seikhlas-ikhlas yang boleh di hadapan wanita itu. “Sekarang zaman moden Nisha, orang tak pandang semua itu lagi” jelas Puan Engku Faridah “Nisha memang tak layaklah bonda. Nisha tak nak susahkan diri Nisha dan kecewakan Tengku Farid. Tengku Faridkan bakal sultan tentulah mesti kahwin dengan puteri Sultan atau dia boleh dapatkan perempuan yang lebih baik, lebih cantik, lebih sempurna dan hebat di luar sana” “Itu bukan syarat utamanya Nisha, itu cuma kehendak baginga sultan dan pada bonda Nisha mempunyai pakej yang cukup lengkap untuk berada di samping Tengku Farid” balas Puan Engku Faridah lagi seolah-olah cuba memujuk Nisha menerima anaknya. “Tapi tak sempurna juga bonda kalau tiada cinta antara kami” “Maksud Nisha?” wanita itu semakin galak menyoal Nisha cuba memancing sesuatu darinya. “Nisha belum terfikir dan bersedia memikir soal cinta apalagi soal nak menjadi isteri orang, sebab tu Nisha tak menerima cinta sesiapa termasuk cinta Ku Farid” “Nisha belum kenal Ku Farid, kalau Nisha telah betul-betul mengenalinya pasti Nisha akan bahagia menerima cintanya” “Mungkin.. tapi bukan sekarang, Nisha perlu masa untuk semua tu sebab Nisha masih muda lagi” Puan Engku Faridah tersenyum mendengar jawapan Nisha. Hatinya begitu terhibur dengan kemunculan gadis itu. “Kalau Nisha belum dapat menerima Tengku Farid sebagai kekasih, bonda pula nak melamar Nisha” ‘Hah! Melamar?’ jantung Nisha berdebar-debar, ‘takkan wanita ini nak paksa aku kahwin dengan anak dia kot, ini dah kes berat ni’ “Kenapa Nisha?” bonda Tengku Farid terus bertanya apabila dia melihat wajah Nisha sedikit cuak dan pucat. “Nisha tak nak kahwin paksa” Puan Engku Faridah sudah tergelak. Lucu bila Nisha menyebut perkara itu. “Ala sampai ke situ pulak Nisha ni, takkan bonda nak paksa Nisha kahwin dengan Ku Farid” “Jadi melamar tu apa bendanya?” tanya Nisha ingin tahu. “Bonda lamar Nisha jadi anak angkat bonda, sudike?” Nisha kemudian tersenyum memanjang, begitu jauh terpesong firasatnya sebentar tadi “Nisha sudi sangat-sangat sebab bonda sudi ambil Nisha jadi anak angkat. Nisha dah lama dahagakan kasih sayang seorang ibu. Nisha bersyukur sangat sebab ada insan yang sudi menjadi tempat Nisha menumpang kasih seorang ibu” ucapnya lalu memeluk Puan Engku Faridah dan kemudian mencium pipi wanita itu kiri dan kanan. Bila tersedar Nisha tersipu malu merasakan perbuatannya sudah melampau dan tidak segan silu lagi kepada wanita itu. “Maafkan Nisha sebab Nisha terlalu gembira sangat tadi” “Tak apa Nisha, bonda juga gembira Nisha buat bonda macam tu sebab bonda tak pernah dilayan sebegini oleh anakanda Farisha kakanda kepada Tengku Farid seperti yang Nisha buat pada bonda sebab dia tidak rapat dengan bonda kerana dibesarkan oleh nendanya” wajah Puan Engku Faridah kelihatan sedikit sedih bagai mengenangkan sesuatu. “Terima kasih bonda” “Nisha, mulai hari ini Nisha berkunjung selalulah ke sini menemani bonda dan kalau boleh tinggallah di sini menemani bonda, boleh temankan bonda jalan-jalan, shopping ,pergi melancong atau bercuti” “Insyaallah bonda, nanti Nisha fikirkan” Nisha begitu gembira kini kerana dikurniakan seorang ibu angkat, kehidupannya seolah-olah sudah lengkap sebab kini dia sudah ada seorang kakak angkat, abang angkat dan sekarang dia menemui seorang ibu angkat pula. Sebahagian dari kebahagian yang muncul di pertengahan perjalanan hidupnya. “Mari Nisha sementara kita tunggu Farid balik dari solat Jumaat kita berbual di bilik bonda” Puan Engku Faridah menarik tangan gadis itu mengajaknya menuju ke bilik peraduannya pula. Mata Nisha terpukau melihat keindahan bilik peraduan milik bonda Tengku Farid. Alangkah bahagianya tidur di peraduan yang terhias indah seperti itu. “Nisha boleh berehat dan temankan bonda di sini, anggaplah seperti rumah sendiri” Nisha tersenyum kemudian matanya terpandang pada sekeping bingkai gambar yang tergantung pada dinding bilik tersebut, ‘mungkin inilah ayahanda Ku Farid kerana wajah dalam gambar tersebut seiras Tengku Farid’ Nisha berbisik sendiri di dalam hati. Engku Faridah memandang sekilas wajah Nisha yang asyik merenung gambar yang tergantung pada dinding bilik itu. “Itu ayahanda Ku Farid, Tengku Putera Amiruddin Syah” jelas Puan Engku Faridah. “Lawa orangnya mirip Ku Farid” balas Nisha sambil tersenyum. Wajah Puan Engku Faridah kelihatan agak sedikit kusam dan mengerut, tangan memicit-micit dahinya, Nisha perasaan perubahan wanita itu. “Kenapa bonda, bonda tak sihat ke?” “Kepala bonda ni tiba-tiba berasa pening” Nisha memandang wajah wanita yang kini mulai disayanginya. “Kalau bonda tak keberatan, Nisha boleh tolong picitkan kepala bonda” Engku Faridah tersenyum memandang gadis itu “Tak menyusahkan Nisha ke?” “Taklah, mari bonda”Nisha menarik tangan wanita itu supaya duduk di birai katil. Jemari runcing mula memicit-micit lembut dahi dan kepala wanita itu. Puan Engku amat selesa dilayan oleh Nisha begitu. “Kalau bonda tak selesa duduk, baik bonda baring dan rehat” Tanpa membantah Puan Engku Faridah merebahkan dirinya di atas peraduan yang terbentang indah itu. Nisha meneruskan urutan di dahi wanita itu sehingga wanita itu terasa benar-benar lega dan akhirnya terlelap. Nisha merasa dirinya keseorangan ketika itu, wajah wanita itu ditatapi sambil tersenyum. Hati Nisha berdetik sendiri. Walaupun wanita berdarjat tinggi keturunan diraja namun sikap penyayang dan keibuan sungguh terserlah pada dirinya. Melihat wanita itu terlena matanya seolah-olah ingin turut terlena, dia merebahkan tubuhnnya perlahan-lahan di sebelah wanita itu kemudian dia tidak sedar lagi apa yang berlaku di sekelilinginya. Tengku Farid yang baru balik dari solat Jumaat terus berkejar ke tiga ruang tamu dan kemudian ke ruang santapan mencari bondanya dan Nisha. Makanan sudah terhidang namun bonda dan Nisha tiada juga di situ. “Ke mana bonda dan Nisha ni, mungkin di taman orkid bonda”, Tiada sesiapa di situ Tengku Farid akhirnya menuju ke bilik peraduan bondanya, dia tersenyum bila melihat kedua wanita itu sedang terlena diulit mimpi.Tengku Farid menghampiri bonda lalu mengejutkan wanita itu. Puan Engku Faridah terjaga dari tidurnya. “Kamu sudah balik Farid, mana Nisha?” Tengku Farid memuncungkan mulutnya menunjuk Nisha yang sedang lena di sebelah bondanya. Puan Engku Faridah berpaling di sebelahnya dan mendapati Nisha juga sedang terlena di situ, dia tersenyum melihat gadis itu. “Dia comelkan bonda?” Puan Engku Faridah tersenyum dan mengangguk. “Ya, comel dan manja, tadi Nisha picit kepala bonda sampai bonda tertidur selepas itu dirinya sendiri pula terlena” sambil tangannya membelai rambut dan membelek rambut yang menutupi pipi gadis itu. Sambil merenung wajah comel yang sedang terlena itu Puan Engku Faridah tiba-tiba terfikir sesuatu kemudian dia tersenyum. Sesuatu yang dicarinya selama ini seperti sudah sampai ke matlamatnya. “Sekali pandang Farid terus jatuh cinta padanya bonda, dia ada segala-galanya yang anakanda cari, bertuah sesiapa lelaki yang memiliki jiwa dan raganya” “Sabar Farid, kalau tuhan dah tentukan dia jodoh kamu, walau di mana jauh pun dia berada ia akan tetap datang pada kamu, tetapi sekiranya dia bukan jodoh kamu walau di depan mata sekalipun kamu takkan dapat memilikinya” Tengku Farid tersenyum mendengar ungkapan madah yang terselit maksud yang tersirat di sebalik kata-kata bondanya itu. Nisha terjaga dari lenanya. Dia membukakan matanya, alangkah terkejut bila melihat bonda Engku Faridah dan Ku Farid tersenyum memandangnya. Dia cepat-cepat bangun lalu terus duduk. “Maaf bonda, Nisha tertidur jugak”, “Tak apa Nisha, bonda lagi suka jika Nisha sudi bermalam dengan bonda di sini” Wajah Nisha sungguh ceria mendengar perlawaan wanita itu, “Insyaallah bonda , jika diizikan tuhan Nisha akan temani bonda suatu masa nanti” “Mari Nisha, Farid kita makan bersama-sama” Puan Engku Faridah akhirnya memperlawa anakanda dan gadis itu menikmati makan tengah hari. Mereka berjalan beriringan menuju ke meja santapan. Kunjungan Nisha ke rumah Tengku Farid cukup memberi kesan kepada bondanya. Puan Engku Faridah amat menyenangi gadis itu dan mula menyayangi dan merinduinya. Bagai kasih seorang ibu kepada anak kandungnya, perasaan ini tiba-tiba bertapak di sudut hatinya. “Bonda kanda tu baiklah, Nisha suka kat dia” “Kat kanda tak suka ke?” “Mestilah suka, kita kan kawan” Nisha mengakui ketampanan, kebaikan dan keramahan lelaki itu tapi dalam soal perasaan dan hati adalah sesuatu yang sulit untuk diperjelaskan. Nisha mengatur langkah berhati-hati ketika menaiki tangga eskulator pusat membeli yang mereka singgah sebelum kembali ke PJ Holding. Tengku Farid sesekali mengusik Nisha ketika menaiki tangga eskulator menyebabkan Nisha agak terkejut dan hampir jatuh tapi cepat tangannya menyokong tubuh gadis itu. “Kanda ni kan, hi..geramlah kalau jatuhkan malu” sambil tangan masih lagi berpegang pada pada lengan Tengku Farid. Tengku Farid melepas tawanya melihat aksi gelabah dan terperanjat gadis itu. “Nasib Nisha tak jerit kuat-kuat kalau tak satu tempat ni dengar suara Nisha” sambil tangannya menepuk lengan lelaki itu yang kelihatan masih mentertawakannya. Kemanjaan gadis itu menyebabkan Tengku Farid sentiasa mengambil kesempatan untuk menyakatnya. Dia suka mendengar suara manja Nisha yang marah dan merajuk kepadanya. “Jom dinda kita minum dulu, kanda hauslah sebab banyak sangat ketawa tadi” Mereka melangkah masuk dalam sebuah restoran yang memang terkenal di kalangan pengunjung dari kelas atasan. Kemunculan Tengku Farid terus mendapat layanan yang istimewa dan satu sudut dengan sebuah meja khas yang disediakan oleh pemilik restoran tersebut yang keluar sendiri untuk melayan Tengku Farid. Seperti biasa kehadirannya ke restoran tersebut telah khabarkan awal oleh salah pengawal peribadinya kepada pemilik restoran itu sebelum mereka singgah di situ. Rata-rata pengunjung restoran tersebut adalah golongan atasan dan mewah. ‘Best juga duduk kat sini, boleh nampak pemandangan sekitar KL’ bisik Nisha dalam hatinya. Tengku Farid membuat pesanan minuman untuk mereka. Beberapa mata asyik memerhati pasangan tersebut. Ramai yang mengenali wajah putera kacak pewaris tahta itu kerana sering terpamer di dada akhbar. Identiti dirinya kadang-kadang tidak boleh disembunyikan kerana ke mana-mana dia melangkah pasti di iringi oleh beberapa orang pengawal peribadinya. “Dinda kalau marah nampak makin comel” Tengku Farid mengusik Nisha lagi. “Sebab tu kanda asyik kacau Nishalah ya, supaya Nisha ni marah macam tu?” “Ya, sama ada senyum, marah, nangis , ketawa, terkejut,geram dinda tetap comel di mata kanda” “Ya lah tu!” Sedang asyik pasangan itu berbual dan bergurau senda, sepasang mata asyik memerhati pasangan tersebut sejak mereka melangkah masuk ke dalam restoran itu. “Rose, siapa lelaki kacak tu? siap dengan bodyguard sekali masuk sini” Yasmine Hana dengan mata yang tak berkelip memandang lelaki itu. Dia turut terpesona melihat ketampanan lelaki itu. ‘Lelaki ini pasti buruan ramai wanita, tapi dah ada girl friend, cantik pulak tu’ getus Yasmine Hana dalam hati. “Ehh..kau tak kenal ke? Tulah lelaki kedua dalam carta yang jadi buruan wanita seluruh Malaysia selepas Hero Malaysia. Puteri Charming Tengku Farid bakal Putera Mahkota, pewaris takhta, semua perempuan nakkan dia, siapa yang tak mahu jadi cinderarela versi melayu di zaman moden” “Masih single ke?” tanya Yasmine Hana lagi. “Ya, tapi mesti kahwin sebelum ditabalkan nanti, kau berangan jugak ke nak jadi permaisuri dia tu?”Rose tersenyum memandang Yasmine Hana. “Kau fikir aku ni ada peluang ke?, kau tengok perempuan yang dia bawa tu, fuhh..cantik, muda, puteri raja kot?” “Entahlah, tapi memang cukup cantik tapi yang pasti memang dia tu bukan model dan bukan artis. Aku tak pernah tengok pun wajah perempuan tu kat mana-mana majalah” Jawab Rose menyokong kata-kata Yasmine Hana. “Wajah dan body macam tu boleh jadi international top model, kalau dia bukan anak raja pasti anak orang kaya sebab tu boleh dekat dengan Tengku Farid tu” “May be, tapi perempuan tu nampak spesial je pada Tengku Farid tu, jelous je ku tengok” Yasmine Hana ketawa mendengar kata-kata Rose. “Kau nak jelouse apa, bukan Tengku Farid tu kekasih kau” “Ya lah, perempuan tu memang bertuah boleh bermanja dengan putera raja tu” Yasmine Hana seperti tidak menghiraukan kata-kata Rose, fikirannya kini melayang mengingatkan Qhairul. Di matanya Qhairul lebih kacak dan lawa serta lebih kaya raya cuma bezanya bukan keturunan bangsawan atau berdarah raja. “Mengapa susah sangat nak dapatkan si Qhairul tu, dulu ada peluang aku abaikan?” rungut Yasmine Hana dalam hati. Nisha kembali ke pejabat PJ Holding jam 4.45, awal dari jam yang dijanjikan.Tengku Farid menghantarnya hingga ke meja dan masih menggunakan masa yang berbaki untuknya menyambungkan lagi perbualan gadis itu. “Sebelum kanda balik, kanda nak sambung bual dengan dinda sekejap, boleh ke?” Mendengar kata-kata Tengku Farid, Nisha kemudian tersenyum lalu menarik sebuah kerusi kosong merapati mejanya kemudian mempersilakan Tengku Farid duduk di sebelahnya sambil menatap skrin komputer yang ada atas mejanya. “Dinda suka warna apa” sambil tangannya menekan mouse komputer di atas meja gadis itu. Beberapa mata pekerja PJ Holding hairan melihat kemesraan dan kehadiran Tengku Farid bakal Putera Mahkota merangkap CEO Putra Holding itu. Nisha membuka bungkusan kacang lalu menyuanya pada Tengku Farid. Tengku Farid tersenyum kemudian mengambil sedikit kacang itu lalu memasukkan ke mulutnya. “Nisha suka warna yang neutral dan lembut seperti yang Nisha pakai sekarang putih dan hijau”. “Kanda suka warna apa?” “Hijau suka, but kanda suka warna agak gelap sedikit” “Maksudnya warna hitam” “Yes, tapi putih pun suka terutama perempuan, kanda suka perempuan yang putih macam dinda ni” Nisha ketawa Tengku Farid juga turut ketawa Dinda ada facebook tak?” tanya Tengku Farid kemudian. “Ada, nak ad ke? Nisha guna nama Muntaz” “Kanda nak minta bantuan dinda boleh tolong kanda buat satu kerja” “Kerja apa?” Tengku Farid mengeluarkan pen drive dari poket seluarnya kemudian mencucuknya ke CPU. Dari situ dia mengeluarkan satu folder reka bentuk pelbagai jenis rumah banglo. “Dinda tolong pilih rumah yang dinda rasa cantik dalam ni dan tolong kanda warnakan rumah tu?” Nisha terus memerhati bentuk-bentuk rumah yang terdapat dalam folder itu kemudian matanya tertumpu pada satu reka bentuk rumah yang terdapat dalam folder tersebut . “Wow cantiknya, Nisha rasa rumah ni cantik, rumah siapa ni?” “Rumah kawan, dinda suka?” “Cantik! suka sangat. Nampak macam tiga tingkat,nak warna macam mana?” “Itulah kanda nak minta tolong dinda, mari kanda tunjukkan cara nak masukkan warna” Nisha memerhatikan setiap langkah yang diterangkan oleh Tengku Farid. “Kanda simpan rumah ni dalam pc Nisha, kalau ada masa free dinda buatkan dan kalau siap email je kat kanda, ni alamat email kanda” “Bila nak?” “Seminggu boleh tak?” “Ok, tapi warna mesti ikut cita rasa dinda, bayangkan ini rumah dinda” “Bertuahnya Nisha kalau ini rumah Nisha?” Tengku Farid tersenyum, ‘memang ni rumah Nisha’ jawabnya dalam hati. “OK, kanda pergi dulu, thanks kerana sudi jumpa bonda dan layan bonda dengan baik”. Nisha cuma tersenyum, matanya memancar sinar kebahagian bila teringat bonda angkatnya itu. “Salam sayang Nisha pada bonda” sekelumit ucapan keluar dari mulut gadis itu sambil bibirnya mengukir senyuman untuk lelaki itu. “Bye sayang! Jumpa lagi!” Dengan senyuman, Tengku Farid mengatur langkah meninggalkan pejabat itu. Zizie turut melemparkan senyuman pada Tengku Farid yang sempat menoleh padanya. Sebenarnya Zizie merasa agak kekok sewaktu putera raja itu berada di situ bersama Nisha sebentar tadi walaupun putera raja itu sepenuh masa asyik berbual dengan Nisha. “Sayang, kita balik lepas solat maghrib” Nisha tersenyum membaca sms dari Qhairul, jemarinya menaip membalas sms tersebut. “Ok, Nisha ikut je” balasnya dan selepas itu dia menghabiskan masa pada skrin komputer di hadapannya.Waktu terluang begitu dia suka melayari internet, facebook atau bermain game. “Nisha pergi mana dengan Putera Charming tu tadi” Zizie cuba mengorek rahsia Nisha. “Jalan-jalan dan makan-makan” jawabnya selamba. “Bertuahlah Nisha sebab jadi buah hati putera raja, handsem pulak tu” “Kami kawan je lah kak, tak lebih dari tu” “Tapi dia nampak syok habis kat Nisha tu, cuma Nisha yang anggap dia kawan” “Ya lah tu, apa-apa je lah kak. Biarlah dia syok sendiri” Jawapan Nisha menyebabkan Zizie mengeleng-gelengkan kepalanya. Tepat jam 5.30 petang, Zizie kelihatan berkemas dan bersedia untuk balik. “Nisha, akak balik dulu ya” “Ok! take care” jawab Nisha selamba. Bab 26 Kebanyakan pekerja lain sudah beransur-ansur meninggalkan pejabat. Suasana semakin sunyi. Sesekali terfikir di otaknya hendak masuk ke bilik Qhairul tapi bila memikirkan sesuatu dia membatalkan niat. Nisha bangun dari tempat duduknya kemudian menuju ke pantry, di situ dia membancuh milo 3 in 1 kemudian meminumnya. Agak lama dia berada di situ sehingga dia baru menyedari waktu maghrib sudah lama berlalu. Menyedari dirinya belum boleh bersolat, Nisha membatalkan niatnya untuk ke surau. Dia merasakan ada kelibat seseorang sedang kembali dari surau. ‘Mungkin abang Qhairul baru lepas solat Maghrib’fikirnya dalam hati. Selesai menghabiskan minumannya Nisha kembali semula ke mejanya.Telefon bimbit kemudian berbunyi. “Hello!Nisha kat mana ni?” “Kat ofis. Akak kat rumah ke? ” “Ya, Nisha belum balik lagi ke?” “Belum, abang Qhairul ajak balik lepas maghrib, mungkin dia ada banyak kerja nak disiapkan kot” “Tak pa, kita jumpa kat rumah nanti, ok bye Nisha” “Bye kak, assalammualaikum” Tiba-tiba pintu bilik CEO terbuka, Qhairul melangkah keluar dari biliknya sambil membimbit briefcase di tangannya kemudian terus melemparkan pandangan ke arah Nisha sambil tersenyum. “Kenapa tak masuk dalam bilik abang, kan sunyi duduk sorang-sorang kat luar ni” “Tak palah bang, Nisha malas nak ganggu abang, Nisha takut! kalau Nisha masuk nanti kerja abang tak siap” lantas dia tersenyum selepas menuturkannya. Qhairul juga tersenyum dia memahami apa yang dimaksudkan oleh Nisha. “Ok jom kita balik sekarang, sorrylah Nisha terpaksa balik lewat sebab tunggu abang” “Tak pa nanti Nisha claim OT kat abang”gurau Nisha pula. “Nak OT ya, ok abang belanja Nisha makan malam ni, nak tak?” “Nak, perut Nisha pun dah menyanyi-nyanyi ni” Mereka berjalanan beriringan menuju ke lobi lif. “Sunyilah kat ofis kalau malam-malam begini, abang selalu balik lewat macam ni ke?” “Selalu, kadang-kadang sampai pukul 9 malam” “Abang tak takut ke sorang-sorang?” “ Dah biasa, demi kerja abang tak nak fikir benda yang macam-macam” “Ye ke, Abang Zam mana, masih dalam bilik dia ke?” “Abang Zam dah keluar pukul 2 petang tadi, dia ke Pahang, ada sedikit masalah dekat pejabat cawangan di sana”. Disebabkan dia keluar dengan Tengku Farid siang tadi menyebabkan dia tidak tahu Zamree tidak ada di biliknya. “Nisha keluar ke mana dengan Ku Farid siang tadi” “Pergi ke istana mini, jumpa bondanya” Qhairul terdiam dan rasa agak cemas sedikit. “Macam mana?” “Ok, bonda dia baik sangat lebih-lebih lagi..” Nisha terdiam seketika, kemudian tersenyum. Qhairul seperti gelisah, hatinya dibakar api cemburu. “Lebih-lebih lagi apa sayang? dia terus merangkul tubuh kecil molek itu dalam pelukannya. “Jangan macam ni bang, sekarang kita bertiga tau, bahaya!” “Ya lah, abang tengah cemburu ni, bagitau lebih-lebih lagi tu apa?” Nisha tergelak melihat wajah serius dan cemburu lelaki itu. “Nisha dapat ibu angkatlah, bonda Tengku Farid anggap Nisha ni anak angkat dia” Qhairul melepaskan pelukannya bila lif sampai ke tingkat bawah kemudian dia tersenyum. Tiada sesiapa lagi di lobi bangunan ketika itu, yang ada hanya 2 pengawal keselamatan yang bertugas menjaga bangunan tersebut. Kereta Lamborghini Qhairul sedia pakir di hadapan lobi. Pengawal keselamatan menyerahkan kunci kereta yang di tinggalkan oleh valet parking attendance kepada mereka. Setelah kedua-duanya memasuki kereta tersebut, Qhairul terus mengerakkan keretanya menuju ke satu destinasi yang telah tersemat dalam otaknya. Setelah tiba di destinasi, Qhairul terus memakirkan kereta sejurus kemudian dia melangkah keluar dari keretanya. “Jom sayang, abang nak tunjukkan satu tempat spesial?” sambil tangannya menutup pintu kereta setelah gadis itu melangkah keluar. “Tempat apa ni bang?”tanya Nisha sambil tangan memeluk mesra lengan lelaki itu. “Kelab Lovely , ni kelab milik kawan abang” “Macam Regalis club juga ke?”tanya gadis itu. “Lebih kurang, tapi di sini selalu artis buat persembahan sebab kawan abang tu seorang penyanyi” “Betul ke?” Qhairul cuma tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Sewaktu melangkah masuk, beberapa mata memberi tumpuan pada mereka. Qhairul mengangkat tangan kepada beberapa orang yang memandang ke arah mereka sambil tersenyum. Gayanya Qhairul begitu dikenali di situ. Dua orang lelaki menghampiri mereka lalu menegur. “Hai Zack, Shamsul apakhabar?”Qhairul menegur dua lelaki tersebut. “Sihat, you apakhabar? lama tak nampak, ramai kawan-kawan kita kat sini bertanyakan you” balas lelaki yang bernama Zack itu. “Sihat cuma sesekali tukar selera ke tempat lain pulak” jawab Qhairul selamba sambil tersenyum. Zack dan Shamsul memandang gadis yang berdiri di sebelah Qhairul, mata keduanya terpaku pada wajah gadis tersebut. “Ehem..!”Qhairul berdehem cuba menghilangkan konsentrasi Zack dan Shamsul yang terpaku memandang wajah Nisha. “Siapa ni Rul, tak pernah nampak pun selama ni, girl friend baru ke?” tanya lelaki yang bernama Zack itu. “I mana ada istilah yang baru dan lama sebelum ni sebab I memang tak pernah ada girl friend sebelum ni, semuanya kawan-kawan biasa saja tapi yang ni lain, ni Nisha, my sweet heart, cornfirm steady girls friend aku”jawab Qhairul tanpa segan silu. “What, kau serius ke Rul?, sejak bila ada steady girlfriend ni? Kau mimpi kah apa?”tanya Shamsul seperti tidak percaya. “Apa untungnya aku bohong dengan kau orang?,sejak aku jumpa dialah. She is very special for me” balas Qhairul lagi kemudian tangannya merangkul pinggang langsing gadis di sebelahnya. Zack menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Seperti tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Pengakuan luar biasa dari seorang kasanova. “Cantik rul, kau memang hebat , kalau pasal perempuan aku surrender dengan kau, kau punya taste memang power. Di mana kau jumpa dia?” Zack memperlahankan suara seperti berbisik meluahkan pandangannya terhadap sahabatnya itu.. Qhairul tersenyum mendengar kata-kata yang dilafazkan oleh Shamsul. Memang dirinya cukup terkenal dengan kasanovanya dan kaki perempuan tapi tak pernah kekal untuk tempoh yang lama dengan seorang perempuan, apa lagi untuk memperkenalkan gadis yang menemaninya sebagai seorang yang istimewa seperti yang berlaku malam itu. “Dia tercipta untukku, anugerah tuhan untuk aku. She is my angel. Puteri dari kayangan” balas Qhairul dengan wajah yang serius sambil tersenyum pada Nisha. “Kalau macam tu sebagai ucapan tahniah dari aku sebab kau dah jumpa gadis idaman kau, malam ini aku jadikan malam khas buat kau orang berdua, aku akan suruh artis-artis aku malam ini hiburkan kau orang, enjoy for your night” Shamsul kemudian mempersilakan Qhairul dan Nisha duduk di sofa khas di suatu sudut yang agak istimewa. Qhairul dan Nisha mengambil tempat yang ditunjukkan oleh Shamsul. Dengan mesranya Qhairul melingkarkan tangannya di atas bahu Nisha sambil tangannya membelai-belai mesra rambut gadis remaja itu. Matanya asyik merenung wajah yang comel itu sambil membisikan sesuatu ke telinga gadis itu. “Malam ni balik rumah abanglah ya” Qhairul tersenyum nakal sambil matanya menjeling gadis di sisinya untuk melihat reaksi gadis tersebut bila mendengar kata-katanya. Nisha cuma tersenyum kemudian bersuara. “Nisha masih waraslah bang, abang dah mabuk ke” Qhairul ketawa terkekek-kekek mendengar jawapan Nisha. Abang memang dah mabuk, mabuk asmara, mabuk cinta pada sayang” Seorang waitress menghantar segelas besar air jus oren di atas meja di hadapan mereka. Satu gelas untuk dikongsikan berdua. “Abang ni suka main sharelah” “Ya, kalau dengan Nisha semuanya abang sanggup share” balasnya sambil tersenyum nakal lalu mencuit hidung gadis itu dengan jarinya. “Malam ni kita balik lewat sikit, esok cutikan?” Nisha cuma diam. Dia tidak menafikan bahawa dirinya ingin selalu mendampingi lelaki itu. Nisha suka senyuman menggoda yang sering dilemparkan oleh lelaki itu kepadanya. Ucapan cinta dan kasih sayang Qhairul kadang-kadang melemaskannya. Semua tetamu bertepuk tangan bila Hazami naik ke pentas untuk menyampaikan sebuah lagu. “Lagu ini dituju khas untuk pasangan di sudut sana” sambil tangan mengarah kepada Qhairul dan Nisha. Qhairul mengangkat tangannya tanda berterima kasih atas lagu yang ditujukan khas untuk dirinya dan Nisha. “Terimalah Sonata Musin Salju” Muzik dan lagu mula berkumandang Qhairul dan Nisha menghayati senikata lagu tersebut, Qhairul meraih tubuh Nisha supaya lebih dekat dengannya, bagai satu tarikan Nisha melentokkan kepala di bahu lelaki itu. “Sayang, malam esok jangan lupa dinner party kita, abang dah beli pakaian untuk sayang, esok petang mereka hantar ke rumah” Nisha memandang ke anak mata lelaki itu, pandangan mereka bersatu seketika. Nisha kalah dengan renungan tajam mata Qhairul yang memanah hingga ke dasar hatinya. Nisha mengalih pandangannya ke arah Hazami yang masih lagi mendendangkan lagu Sonata Musim Salju. “Kenapa, sayang tak berani nak lawan mata abangke?” “Kenapa wajah abang macam pelakon Korea, cuma abangni lebih serius” “Ni mesti kes minat cerita Korea?” “Mestilah minat sebab pelakonnya kacak-kacak, kalau abang nak tengok pelakon yang Nisha maksudkan tengok ni” Nisha kemudian mengeluarkan telefon bimbitnya kemudian menaip sesuatu pada alamat web sejurus kemudian keluar gambar bintang Korea tersebut. “Nah tengok ni, macam muka abang tak?’Nisha menunjukkan gambar tersebut kepada Qhairul. Qhairul mengamati gambar itu lalu tersenyum. Dalam hati mengakui ada persamaannya dengan lelaki pelakon Korea itu. “Tapi abang rasa abang lebih handsem dari lelaki tu?” Nisha tergelak “Mungkin! Nanti kita pergi Korea jumpa dia, kita tengok siapa lagi handsem?” “Tak payah pergi Korea sebab abang jamin abang lebih handsem dan lebih kaya dari dia” Nisha terus tergelak mendengar jawapan Qhairul yang tidak mahu mengaku kalah. “Angkat bakul betullah abang ni, tapikan, kalau dia lebih handsem dari abang, abang usah risau Nisha tetap pilih abang” Qhairul tersengih, tangannya membelai mesra jemari runcing gadis itu kemudian membawa ke bibir lalu mengucupnya. “Sebab Nisha cuma suka tengok dia je, Nisha dah ada abang, boleh tengok dan sentuh macam ni. abang pulak boleh tengok Nisha dan kenal dan cintakan Nisha, betulkan? “Dan abang dah pernah peluk dan cium sayangkan” Mendengar kata-kata lelaki itu, pipi Nisha merona merah, segera tangannya menumbuk lengan lelaki tersebut. “Abang boleh cakap benda lain tak” Qhairul tergelak melihat wajah Nisha kemerahan dan malu bila bercakap tentang perkara itu. “Abang suka cakap benda yang abang suka buat” “Eee.., tapi Nisha tak suka dengar tau, malu” “Kalau dah kahwin tak malu lagi kan?” “Siapa nak kahwin dengan abang?” “Sayanglah, sayang tak nak kahwin dengan abang ke?” Nisha kembali tersenyum,wajah lelaki itu direnungnya kembali. “Abang, Nisha ni sesuai dengan abang ke, maksud Nisha, banyak benda Nisha belum tahu lagi, Nisha banyak naïf dalam pelbagai sudut, Nisha tak tahu itu, tak tahu ini. Masak pun Nisha tak pandai” jujur mengakui kekurangan dirinya. “Yang penting abang cintakan sayang, sayang pulak cintakan abang, abang cuma mahukan segala yang ada pada jiwa dan raga sayang. Yang lain tu abang tak kisah kita boleh belajar kemudian”bisik Qhairul ke telinga gadis tersebut. Qhairul cuma mahu cinta, kasih sayang dan seluruh jiwa dan raga gadis itu, kerana memang itulah resikonya mencintai gadis seusia itu. Di usia semuda itu memang banyak perkara perlu dipelajari oleh seorang gadis untuk melengkapi hidupnya untuk bergelar seorang isteri. “Abang tak kisah Nisha tak pandai masak, tak cekap buat kerja rumah, tak tahu itu ini? itu tak penting, abang boleh sediakan berapa ramai pembantu rumah yang sayang perlukan untuk uruskan semuanya, yang penting sayang dalam pelukan abang setiap malam. Setiap masa sayang sentiasa ada mendampingi abang, melayani abang serta menemani ke mana sahaja abang pergi dan yang paling penting lahirkan anak-anak abang” balas Qhairul dengan nada yang begitu romantik dan penuh harapan. “Lahirkan anak-anak abang?” “Ya, kita buat anak-anak yang ramai, abang nak 6 orang, 3 lelaki, 3 perempuan, macam mana setuju tak?” Qhairul tersenyum nakal memandang wajah Nisha. “Ehh..kenapa sikit sangat, tu baru setengah dozen kenapa tak satu dozen 12 orang?” Qhairul ketawa terdekah-dekah mendengar kata-kata Nisha “Kalau sayang larat apa salahnya, abangkan tolong buat je?” Membutang biji mata Nisha mendengar kata-kata lelaki itu, lantas jarinya terus mencubit kuat paha lelaki tersebut. “Nah.. rasa ni sakit tak?” “Adoi..!ganas jugak sayang ni” “Tahu pun, ingat Nisha ni kilang ke?” “Bukan kilang, tapi ladang tempat abang semai biji benih dan bercucuk tanam, dalam Islam kan dah cakap macam tu?” “Ya lah tu, tapi best juga kalau ada anak-anak yang ramai” “Memang best, tengok macam kita ni sunyikan kalau takda adik-beradik” Memang ada benarnya kata-kata lelaki itu, Nisha mengangguk setuju. Telefon bimbit Nisha kemudian menerima SMS. Dari Kak Rozi bisiknya dalam hati. ‘Keluar date ke, di mana?’ Nisha tersenyum sendiri sewaktu membaca sms tersebut.. ‘Ya, kat Lovely Club, Sorry Nisha balik lewat malam ni’ ‘Ok, akak nak tido, take care’ “Kak Rozi!” bisik Nisha pada Qhairul. Qhairul cuma tersenyum. Qhairul menjeling jam tangannya, sudah pukul 10.15 minit malam. “Sayang tak lapar ke? kalau lapar jom kita keluar dari sini, kita cari tempat makan” “Ok, jom” Qhairul terus meraih tangan gadis itu kemudian mengatur langkah untuk keluar dari kelab itu. “Hey Rul, tak kan nak cabut dah, masih awal lagi ni” tiba-tiba Shamsul menegur Qhairul. “Sorrylah Sham, kami ada plan lain, see you next time” balas Qhairul sambil tersenyum kemudian terus berlalu meninggalkan kelab tersebut. “Hi Sham, cepat betul si Qhairul tu balik, apa plan lain ke?” tanya Zack pada Shamsul. “Lain betul aku tengok Qhairul sekarang, macam tak boleh berenggang je dia dengan perempuan tu, nampak kemaruk cinta betul dia dengan gadis itu” balas Shamsul. “Mana dia jumpa perempuan tu, bertuah betul Si Qhairul tu, aku pun kalau jumpa perempuan muda dan secantik tu, fuhh.. aku ajak kahwin terus” Zack menambah lagi “Memang cantik, aku pun terpukau bila tengok wajahnya tadi, kecantikkan asli tak pakai apa-apa make-up pun, nasib juak aku dah kahwin, kalau tidak aku akan cuba juga pikat perempuan tu” gurau Shamsul. “Kau ingat Qhairul tu nak ke bagi peluang kau untuk pikat buah hati dia, kau dengar apa dia cakap tadi” Shamsul ketawa. “Kalau pasal perempuan, Qhairul memang tak boleh nak lawan, tapi kali ini aku rasa lain sikit, perempuan tu dah buat Qhairul mellow dan rebah, perempuan tu berjaya takluki dan tundukan Hero Malaysia kita tu” “Kenapa kau fikir macam tu Sham?” “Sepanjang mereka di sini tadi, aku perhatikan mata Qhairul asyik merenung wajah perempuan tu, tangannya asyik memeluk dan membelai perempuan tu, belai rambut, cium tangan, selalunya bila dia datang dengan perempuan lain mereka cuma berbual saja, duduk pun tak pernah rapat-rapat dan berpeluk-peluk macam tu. Aku jadi geram dan jelouse pulak bila tengok perempuan yang muda dan cantik macam tu manja sangat dengan Qhairul” Shamsul meluah rasa hatinya. “Aku pun perasan tadi, tapi diakan kawan kita, kalau dia bahagia dan dah jumpa perempuan yang dia cari-cari selama ini why not kita doakan dia bahagia sebab Qhairul ada segala-galanya yang membolehkan perempuan bahagia di sisinya” balas Zack pula. Shamsul cuma tersenyum dan dalam hatinya menyokong kata-kata Zack. Qhairul membawa Nisha singgah makan malam di sebuah restoran terbuka di bangunan Petronas Twin Tower. Mereka tidak duduk bertentangan tetapi bersebelahan. Seorang pelayan datang ke meja mereka. “Saya nak nasi goreng ayam special makan dua orang letak dalam satu pinggan besar dan sirap strawberry susu I gelas besar juga untuk kongsi 2 orang, ok tu je” Dapat berkongsi satu pinggang makanan dan segelas minuman sesuatu yang menyeronokkan bagi Qhairul bila setiap kali makan bersama buah hatinya. Qhairul kemudian menekan-menekan telefon bimbitnya kemudian menghalakan kemera telefon ke wajah gadis di sebelahnya. Nisha melemparkan senyuman manisnya ketika Qhairul menekan butang kemera telefonnya. Qhairul tersenyum melihat wajah Nisha yang kelihatan begitu manis tersenyum dengan lesung pipit di pipinya terpapar di skrin telefonnya. “Wajah sayang memang fotogenik” Lelaki itu menekan menu di skrin telefonnya menjadikan gambar tersebut sebagai wallpaper dan gambar panggilan nombor panggilan Nisha untuk telefon bimbitnya. “Nisha nak tangkap juga gambar abang untuk picture call pon Nisha?” Setelah menangkap gambar Qhairul, Nisha kemudian ketawa setelah dia pergi ke menu frame lalu memasukkan sesuatu pada gambar tersebut. “Abang nak lihat gambar baby boy comel tak?”sambil menghulur telefon bimbitnya pada lelaki itu. Qhairul tergelak bila melihat gambarnya di ubah suai oleh Nisha dan di mulutnya kelihatan sedang menghisap putin susu. “Pandai main-mainkan abang ya, ni bapak baby boy picit hidung ni boleh lepas tak?” Dia kemudian memicit hidung gadis itu sehingga Nisha rasa seolah-olah sukar bernafas. Nisha menepis tangan lelaki itu, kemudian meraba-raba hidungnya yang kelihatan kemerah-merahan. “Sakitlah bang” sambil meneruskan sisa-sisa ketawanya. “Tahu pun sakit, lain kali kalau kenakan abang, tahulah abang nak buat macam mana?” “Nak buat macam mana apa?” Nisha seolah-olah mencabar lelaki itu. Qhairul memandang ke wajah gadis itu kemudian tersenyum lalu berbisik sesuatu ke telinga gadis itu. “Abang akan cium Nisha depan semua orang” Mata Nisha membutang mendengar bisikan lelaki itu, pipi merah padam. Dia cuba membayangkan bagaimana sekiranya Qhairul benar-benar melakukannya, “Eee..malunya, abangni kan betul-betul dah gila” Qhairul tergelak mendengar ucapan gadis tersebut. Pelayan muncul menghantar makanan dan minuman yang dipesan sebentar tadi. “Jom kita makan” Nisha terus mencapai sudu yang ada di atas meja. Nasi goreng itu kelihatan begitu menarik selera untuk makan. Belum sempat dia menyuap sudu ke mulutnya, Qhairul lebih pantas bertindak, sudu di tangan Qhairul telah berada di depan mulutnya. Dia terus membuka mulutnya dan menerima makanan yang disuapkan oleh lelaki itu. Nisha kemudian membalas dengan menyuapkan pula makanan ke mulut lelaki itu. Selepas itu mereka menikmati kesemua nasi goreng yang ada dalam pinggan dengan sudu masing-masing. “Abang habiskan ye, Nisha dah kenyang” sambil menghisap straw minuman jus strawberry di atas meja. “Betul Nisha dah kenyang” tanya inginkan kepastian gadis itu. Nisha mengangguk kepala sambil tersenyum. Dari satu sudut sepasang mata leka memerhati ke arah mereka. Lizawatie yang kebetulan sedang menikmati makan malam bersama seorang teman sedang duduk tidak jauh dari situ. Kemunculannya di situ tidak disedari oleh Qhairul. “Siapa perempuan yang bersama Dato’ Qhairul ni, patut pun dia tak pandang Yasmine Hana. Perempuan ni jauh lebih cantik dan lebih muda dari Yasmine. Mata Dato’ Qhairul tu asyik melekat pada wajah gadis tu je. Bukan main mesra lagi makan sepinggan, minum segelas macam baru lepas kahwin, Kalau Yasmine nampak tentu hatinya hancur” bisik Lizawatie dalam hati. Qhairul dan Nisha melangkah keluar dari restoran tersebut sambil berpimpin tangan. Ketika melalui beberapa deretan kedai, Nisha terpandang sebuah kedai menjual anak patung dan barang permainan. Kedai tersebut agak besar dan kebanyakkan anak patung yang dijual di situ adalah yang berkualiti, original dan diimport dari luar negara. Dia terus menarik tangan Qhairul masuk ke dalam kedai tersebut, “Sayang nak beli anak patung ke?” “Tak saja nak tengok, Sejak kecil lagi Nisha teringin sangat nak ada anak patung. Ibu ada belikan Nisha anak patung tapi mak cik dah bakarkan anak patung Nisha. Nisha nak cari ada tak yang serupa macam anak patung yang ibu Nisha bagi tu kat sini?” “Macam mana rupa anak patung Nisha tu, supaya abang boleh tolong carikan” “Rupanya..” Nisha mengaru-garukan kepala bagai menginggati sesuatu. “Warna putih, badannya macam beruang, mukanya macam arnab, matanya macam kucing, tapi tak da misai, ekornya macam anjing, mulutnya macam mulut manusia” Qhairul terdiam seketika, dia cuba membayangkan rupa patung yang dinyatakan oleh Nisha, “Makhluk apa tu, kalau dah menyerupai macam-macam haiwan, tak menakutkan ke?” Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak boleh membayangkan rupa yang dimaksudkan oleh Nisha. Nisha ketawa, “Makhluk apa? kan Nisha cari anak patung, kalau makhluk tentu ada nyawa cik abang sayang oi”. Qhairul pula ketawa terdekah-dekah mendengar jawapan Nisha. “Nisha rasa anak patung macam tu dah tak da jual dalam dunia ni lagi, dan puas Nisha cari tapi tak pernah juga jumpa-jumpa” Nada suaranya agak sedih dan lirih. “Tak apa, mari abang gantikan dengan patung lain. Nisha cari yang Nisha suka kat sini, kalau boleh cari yang macam muka abang yang handsem ni” Qhairul sengaja cuba membuat Nisha ketawa dan taktiknya menjadi Nisha ketawa dan lupa kesedihannya sebentar tadi. “Kalau cari yang macam muka abang kena tempahlah” Mereka sama-sama ketawa. Setelah meronda-ronda dalam kedai patung itu akhirnya Qhairul berkenan dengan anak patung beruang besar yang berwarna putih. “Yang ni tak nak ke?, abang suka!. Cute, comel” Nisha menyambut anak patung yang di hulurkan oleh Qhairul. “Cantik, lembut dan putih macam abang, ok Nisha ambil ni” Kemudian dia membelek harga nak patung itu “Wow..mahalnya” “Ambil je tak pa, demi Nisha harga satu juta pun abang belikan jugak” Qhairul tersenyum sambil mencubit pipi gadis tersebut. “Kalau Nisha nak kedai patung ni sekali, abang sanggup beli ke?” Nisha cuba menduga Qhairul. Oleh kerana malam semakin lewat, semua pekerja kedai anak patung sudah balik, yang tinggal cuma taukey kedai tersebut yang duduk di kaunter untuk melayan sendiri pelanggan. Dia tersenyum mendengar gurauan pasangan tersebut. “Betul Nisha nak, kalau nak abang bincang dengan taukeynya sekarang” “Betullah, Nisha nak kedai ni” Nisha semakin menduga hati lelaki itu. Setelah memandang ke wajah gadis itu seketika kemudian dia tersenyum. Qhairul kemudian bercakap sesuatu dalam bahasa Inggeris kepada taukey kedai tersebut. Nisha mendengar dan memahami sedikit-sedikit butiran perbualan mereka yang lebih menggunakan istilah perniagaan. Taukey kedai itu tersenyum lalu menghulurkan tangan bila baru mengenali siapa Qhairul. Kemudian dia menukar bahasanya dan bercakap dalam bahasa melayu. “Kalau teman wanita Dato’ nak beli kedai saya ni boleh apa salahnya, sekarang pun saya boleh jual dengan anggaran harga antara 2 hingga 5 juta”. “Esok saya hantar peguam syarikat untuk bincangkan urusan dengan taukey” “Ok Dato’, saya tak jadi masalah” balas taukey kedai itu lagi. “Tunggu, Nisha tak jadilah nak beli kedai ni sebab Nisha dah tukar fikiran, Nisha nak patung ni je” sambil meletakkan patung beruang putih besar itu di atas kaunter. “Kenapa cepat sangat ubah fikiran, Nisha nak cabar abang kan?”Qhairul memandang wajah gadis tersebut. “Nisha tak sangka abang serius sangat, Nisha cuma gurau je tadi” suara gadis itu kedengaran agak perlahan. “Nisha nak tahu, abang akan beri apa saja yang Nisha nak. Abang tak pernah main-main dengan Nisha baik perasaan atau perbuatan abang. Kalau Nisha nak nyawa abang sekali pun abang akan berikan” jelas Qhairul bersungguh-sungguh, kemudian dia mengeluarkan 6 keping wang RM50 dari dompetnya lalu menghulurkan kepada taukey kedai tersebut.Taukey kedai itu kemudian mengembalikan wang baki kemudian memasukkan patung beruang tersebut ke dalam sebuah plastik yang besar. Nisha terkesima mendengar kata-kata lelaki itu. ‘Begitu sekali cinta dan sayangnya pada aku’ bisik Nisha dalam hatinya. “Terimakasih bang, Nisha gembira sangat mendengarnya, malam dah lewat ni, jom kita balik, patung ni je dah cukup untuk Nisha” sambil tangannya meraih lengan lelaki itu lalu mengajaknya keluar. Qhairul mengambil plastik bungkusan anak patung tersebut kemudian bercakap sesuatu kepada taukey kedai tersebut kemudian kedua-duanya tersenyum. Taukey kedai itu tersenyum sambil anak matanya menghantar pasangan kekasih yang merupakan pelanggan terakhir keluar dari kedainya pada malam itu. Sepanjang perjalanan balik Qhairul menghayati lirik lagu yang diputarkan oleh DJ radio hot FM. Lagu nyanyian dari kumpulan Ungu ‘Percaya Padaku’. Melayani perasaannya Nisha akhirnya terlena dihiburkan oleh dendangan lagu tersebut. Qhairul mengenggam tangan gadis itu kemudian meletakkan tangan itu ke bibirnya kemudian mengucupnya dengan penuh kasih sayang. Sampai di hadapan rumah Cikgu Roziah, Qhairul merenung wajah gadis itu seketika, wajah comel itu ditatapi sepuas hati kemudian pipi putih dan gebu itu dicium. Qhairul melangkah keluar dari kereta kemudian membuka pintu sebelah tempat duduk penumpang. “Sayang, bangun kita dah sampai” sambil tangannya mengoyang tubuh gadis tersebut. Nisha membuka matanya. “Dah lama ke sampai, sedapnya tidur bila perut dah kenyang” Qhairul tergelak kecil mendengar kata-kata Nisha. Nisha mencapai tas tangannya kemudian melangkah keluar. “Ok jangan lupa, malam esok ajak cikgu Roziah sekali tau” “Ya, selamat malam bang, pandu elok-elok” Dia menutup mulut menguap selepas menuturkannya. “Nisha, jangan lupa ni” Qhairul mengambil bungkusan anak patung beruang dari but kereta kemudian mencium anak muka anak patung itu sepuas puasnya kemudian barulah dia menyerahkan anak patung itu pada gadis tersebut, Walaupun mengantuk Nisha sempat tergelak melihat gelagat lucu Qhairul mencium anak patung tersebut. “Kalau Nisha cium anak patung ni bererti Nisha cium abang” usik Qhairul sambil tersenyum. “Ok bang, selamat malam, bawa kereta elok-elok tau” pesannya lagi. “Bye sayang, sweet dream, peluk anak patung tu bila rindu kat abang” Nisha ketawa lagi mendengar pesanan lucu Qhairul “Abang ni luculah..” Nisha memerhati kereta Qhairul meninggalkan kawasan perumahan sehingga bayang kereta itu hilang dari pandangannya. Bab 27 Memandang dirinya masih uzur, Nisha bangun lewat pagi itu, anak patung yang dibeli Qhairul semalam erat dalam pelukannya. Cikgu Roziah menjenguk dalam bilik adik angkatnya itu. “Oi..anak dara! tak elok bangun lewat-lewat, nanti tak da orang yang pinang orang dara macam ni” Kak Rozi cuba menyakat adik angkatnya. Nisha tersenyum mendengar kata-kata Kak Rozi.matanya diceliknya sedikit. “Tulah berdating sampai lewat malam”sambung Kak Rozi pula. Berleter seperti seorang ibu. “Hari ini tak da keluar dating dengan mana-mana boy friendkan?”tanya Kak Rozi lagi “Siang semalam dan keluar dengan Kanda Farid, malam tadi dengan Abang Qhairul, Abang Zam pulak takda kat sini, jadi tak da lagi lah kot, kenapa kak? Nak ajak Nisha keluar ke?” Tanya dengan wajah yang masih lagi memai dan suara yang serak. “Bertuahnya kau Nisha, pasang tiga sekali dah tu boy friend semua jutawan yang akak ni kawan lelaki pun tak ada” omel Roziah pada dirinya. “Akak jangan susah hati, nanti Nisha cari untuk akak, akak mahu jadi mak datin tak?” “Dato’ mana yang nakkan kakak yang dah dara terlajak ni” “Kita carilah Dato’ terlanjak atau yang duda ke?” “Dah, jangan nak mengarut, jom temankan akak keluar hari ni, mula-mula kita singgah kat sekolah sebab akak nak minta tolong Nisha buat satu kerja untuk akak lepas tu kita keluar shopping” “Ok no problem, pasal akak bila-bila masa je Nisha akan tolong, kita pergi sekarang ke?, “Ya, Nisha bersiaplah akak beri masa 15 minit” Nisha terus melompat dari katilnya lalu menyambar kain tuala kemudian terus menuju ke bilik mandi. Cikgu Roziah malangkah menuju ke ruang tamu. Dia mengingati semula perbualan dengan kawan-kawannya semasa di bilik guru semalam. “Siapa adik angkat kau tu Rozi, aku dengar cerita dari jiran-jiran kat perumahan tu bukan main hebat lagi budak tu, pagi Ferari, petang Lamborghini malam pula BMW Limousine, cantik sangat ke budak tu sampai boleh tackle semua orang-orang kaya kat KL ni” kata Cikgu Jamilah, yang turut tinggal dekat perumahan yang sama dengan Cikgu Roziah. Kadang-kadang mulut Cikgu Jamilah ni celupar sedikit dan kuat mengata hal orang lain. “Cubalah kau bawa dia ke sekolah kita esok, kan esok kita ada gotong royong, kami ingin nak tengok secantik manakah muka gadis yang jadi rebutan Tengku Farid dan dua orang Dato’ glamour dan kacak, pujaan semalaya tu” sambung Cikgu Rosmina pula. “Tengoklah kalau dia tak disambar oleh mana-mana 3 boy friend dia tu, esok aku bawa dia main-main kat sekolah ni, cuma aku takut cikgu lelaki kat sekolah ni nanti yang gila baying, kena serang penyakit angau” Cikgu Roziah menjeling kepada beberapa orang guru lelaki yang masih bujang di sekolah tersebut. “Hai kak, Nisha dah siap ni boleh kita pergi sekarang” Nisha yang telah bersiap kemudian menuruni tangga lalu menegur kakak angkatnya.Cikgu Roziah menoleh ke arah Nisha kemudian tersenyum. “Cantik Nisha hari ni” tegur Cikgu Roziah, Nisha mengenakan sehelai seluar slack berwarna hitam dan sehelai blouse lengan pendek berwarna hijau muda, rambutnya di biarkan terurai tetapi di pautkan sedikit ke belakang dengan klip rambut. Penampilan agak ringkas tapi tetap cantik dan comel di mata sesiapa jua yang memandangnya. Cikgu Roziah meneruskan pemanduannya hingga ke sekolah menengah tempat dia bertugas. Setelah memarkirkan kereta di tempat parkir kereta-kereta guru mereka berjalan beriringan menuju ke bilik guru. Sewaktu melangkah ke bilik guru, hampir semua guru-guru yang berada dalam bilik guru sedang leka menjalankan kerja masing-masing. Hari itu guru-guru sekolah tersebut di arah untuk bergotong royong membersihkan bilik guru dan meja masing-masing untuk melaksanakan amalan 5S. “Hi Rosmina, Jamilah kenalkan adik angkat aku Nisha” Nisha tersenyum kemudian menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan kedua guru yang diperkenalkan oleh kakak angkatnya. Rosmina dan Jamilah mendongak lalu terkesima memandang wajah Nisha. Matanya tidak berkelip menatap wajah Nisha. “Cantiknya budak ni” bisik hati kecil Rosmina. “Dengan muka cantik macam ni, tak payah sekolah tinggi pun boleh hidup senang”bisik hati kecil Jamilah pulak. Beberapa orang guru lelaki yang sedang sibuk mengemas meja masing-masing terus menoleh ke arah Cikgu Roziah. Mata mereka terpaku ke wajah gadis yang menemani Cikgu Roziah. “Hai Cikgu Roziah, siapa tu miss Malaysia ke, tak nak perkenalkan dengan kami orang kat sini ke cikgu?”Cikgu Syukri menegur Cikgu Roziah. “Ini adik angkat saya, bukan Miss Malaysialah Cikgu Syukri” Cikgu Roziah dan Nisha kemudian menuju ke mejanya, Cikgu Roziah mengambil dua buah kotak “Kak, kita nak buat apa ni, apa yang Nisha boleh bantu” “Oh ya Nisha tolong simpan buku-buku ni dalam kotak, sebenar akak tak perlu buat kerja hari ni sebab akak dah kemaskan tempat akak semalam”jelas Cikgu Roziah. Telefon bimbit Nisha tiba-tiba berbunyi.Terpapar nama bonda. “Kak mak angkat Nisha cal” “Siapa?bila masa pulak kau ada emak angkat”tanya Kak Rozi. Sebenarnya Nisha belum bercerita lagi tentang bonda angkatnya Puan Engku Faridah bonda Tengku Farid yang telah menganggapnya sebagai anak angkat sebab semalam dia balik lewat dan tidak sempat bercerita apa-apa pun. “Hello Nisha, bonda ni, Nisha apakhabar?” “Nisha sihat, bonda macam mana sihat ke” “Alhamdulillah sihat, Nisha kat mana ni?” “Kat tempat kerja kakak angkat Nisha, kenapa bonda?” “Bonda nak jemput Nisha datang ke SPA bonda” “Bila bonda?” “Hari ini” “Kalau petang nanti boleh tak bonda?” “Ok bonda tunggu pukul 2 petang nanti, Nisha tahu tempatnya kan” ‘Tahu rasanya, tapi kakak angkat Nisha mesti tahu” “Kalau tak tahu Nisha call lah bonda nanti” “Ya, assalammualaikum bonda” “Waalaikummussalam” “Bonda Puan Engku Faridah, bonda Tengku Farid, pemilik SPA Puteri, dia jemput Nisha ke SPAnya” “SPA Puteri, bestnya, bila?” Terbayang di kepala Cikgu Roziah tentang SPA Puteri, SPA No.1 dan paling terkenal di Malaysia, mempunyai beberapa cawangan di seluruh Negara, pelanggan-pelanggan utamanya terdiri dari isteri-isteri dan wanita-wanita dari golongan elit dan bangsawan, VIP serta selebriti terkenal dan sering diiklankan di kaca TV dan sering menggunakan model-model dan artis-artis terkenal untuk iklan promosinya. “Petang ni pukul 2, akak ikut sekali ya” “No problem, akak pun ingin nak bermanja-manjakan diri kat spa lebih-lebih dapat masuk SPA Puteri yang glamour tu, tentu best kan” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Kak Rozi, telefon bimbit Nisha berbunyi lagi. “Hello sayang, Nisha kat mana ni” “Nisha keluar dengan Kak Rozi, abang masih kat Pahang lagi ke? “Tengah hari nanti abang balik KL sebab abang dah rindu sangat dengan Nisha” “Abang ni cakap biar betul, malu Nisha tau” “Abang cakap betullah ni, Nisha nak abang beli apa-apa sebelum balik, abang kat Cameron Highland ni” “Nisha nak buah strawberry dan bunga ros” “Ok nanti abang belikan,bye sayang, take care” “Terimakasih bang, bye” “Siapa?”tanya Kak Rozi “Abang Zam” “Dia rindu” Nisha berbisik ke telinga Kak Rozi.Kak Rozi ketawa mendengar kata-kata gadis itu. “Siap kau Nisha, tu padahnya tamak sangat” bisik Kak Rozi ke telinga Nisha. Nisha tergelak faham gurauan kakak angkatnya. “Hai Rozi, apa yang kamu berdua bisik-bisikkan tu, macam serius je?” “Tak da apa-apalah Cikgu Milah cuma hal-hal biasa je”jawab Cikgu Rozi. “Adik kau ni nak sambung belajar lagi ke?” “Mestilah Ros, tengah tunggu tawaranlah ni” “Minta U mana, bidang apa?” “Dia apply Law, kat UM” balas Cikgu Roziah selamba. “Beruntung kau dapat adik cantik dan pandai macam ni, nasib-nasib kau boleh tumpang tuah dia nanti”Cikgu Roziah hanya tersenyum mendengar kata-kata cikgu Rosmina. Tepat jam 12 tengah hari, Cikgu Roziah dan Nisha meninggalkan perkarangan sekolah menuju ke pusat membeli belah. “Akak tak nak beli baju untuk majlis malam ni ke?” tanya Nisha mengingatkan Cikgu Roziah. “Akak perlu pergi juga ke?” “Mestilah sebab Abang Qhairul pun suruh Nisha bawa akak sekali” “Nisha tak beli sekali ke?” “Abang Qhairul dah beli untuk Nisha, petang nanti pekerja butik akan hantar ke rumah” “Ok lah kalau macam tu kita cari baju kat butik yang ada kat sini” Kemudian mereka memasuki beberapa buah butik pakaian yang ada dalam pasaraya tersebut. Nisha turut membeli sepasang kasut tumit untuk dipakainya pada malam nanti. “Macam manalah rasanya hadiri majlis party makan malam di hotel 5 bintang, tentu abang-abang Nisha jemput kawan-kawan dia sekali” Roziah cuba membayangkan suasana diner party pada malam itu nanti. “Entahlah kak, Nisha pun tak boleh bayangkan sebab Nisha pun first time jugak” “Tapi tu majlis untuk Nishakan jadi Nishakan watak utama malam tu nanti” Nisha kemudian tersenyum mendengar kata-kata Cikgu Roziah. Dia juga cuba membayangkan suasana malam nanti. Kedatangan Nisha dan Cikgu Rozi di SPA Puteri seperti dinanti-nantikan oleh pemilik tempat tersebut. Setelah memperkenalkan diri di kaunter penyambut tetamu Nisha dan Cikgu Roziah terus dibawa ke pejabat pemilik SPA tersebut. Seorang wanita separuh umur yang nampak begitu elegant dan menyerlah penampilan sesuai dengan darjat dan status dirinya adik ipar kepada Sultan yang memerintah dan ibu kepada bakal Putera Mahkota, Puan Engku Faridah tersenyum melihat kedatangan Nisha. “Assalammualaikum bonda” Nisha terus memeluk dan mencium kedua pipi wanita tersebut. “Waalaikumsalam, Nisha sihat?” “Sihat, bonda?” “Alhamdulillah, cuma bonda rindukan anakanda Nisha” “Betul ke?oh ya bonda Nisha perkenalkan kakak angkat Nisha Kak Roziah” Cikgu Roziah dengan perasaan yang amat teruja terus menghulurkan tangannya bersalaman dengan Puan Engku Faridah. Dengan senyuman yang menguntum di bibirnya wanita itu menyambut tangan Cikgu Roziah Puan Engku Faridah tersenyum memandang ke arah Nisha yang dilihatnya begitu cantik hari itu, kemudian dia memberitahu sesuatu kepada gadis tersebut. “Sebenarnya bonda jemput Nisha datang ke sini sebab bonda nak jadikan Nisha sebagai duta dan model utama untuk mempromosikankan SPA bonda” Terbeliak mata Nisha mendengar kata-kata bonda angkatnya itu. “Tapi Nisha ni bukannya model atau artis terkenal” Nisha tidak percaya apa yang diberitahu oleh bonda angkatnya. “Bonda tahu, tapi kali ni bonda nak Nisha buat untuk bonda” jelas wanita itu lagi. “Bukankah SPA Puteri dah cukup terkenal dan iklannya selalu keluar dalam TV dan artis dan model terkenal yang menjadi model iklannya selama ini salah satu faktor penyumbang kepada kemasyhuran SPA ni ” “Bonda tahu tu dan bonda sedar SPA Puteri adalah SPA no.1 di Malaysia, tetapi bonda ada strategi baru dan bonda yakin kemunculan Nisha lebih membantu bonda” jelas Puan Engku Faridah. “Tapi Nisha bukannya terkenal malah tak dikenali oleh sesiapapun, macam mana boleh membantu bonda” Puan Engku Faridah tergelak mendengar pengakuan jujur gadis itu. “Memang bonda perlukan gadis yang tak terkenal, bonda nak gadis cantik yang selama ini tidak dikenali oleh sesiapa, bonda akan lahirkan seorang puteri dari SPA ini. Bila Nisha dah jadi anak angkat bonda bererti Nisha adalah seorang puteri. Bonda begitu yakin kemunculan Nisha nanti akan mengejutkan semua orang sebab Nisha memiliki segalanya persis seorang puteri. Bonda pernah berharap untuk melahirkan seorang lagi puteri selepas Tengku Farid tapi impian bonda nak melahirkan seorang puteri yang mendapat gelaran Puteri Kesultanan Melayu yang terakhir tak kesampaian. Allah tak beri rezeki untuk bonda ke arah itu”. “Tapi Nisha takut kalau Dato’ Zamree atau Dato’ Qhairul tak setuju dengan cadangan bonda ni” Puan Engku Faridah terdiam seketika kemudian dia bersuara. “Tak pa bonda sendiri yang akan berjumpa dengan mereka dan bincangkan hal ini cuma bonda harap Nisha setuju” jelas Puan Engku Faridah. Nisha menganggukkan kepala sambil tersenyum. “Buat pengetahuan Nisha, bonda tidak akan memperkenalkan secara jujur siapa Nisha sebenarnya. Identiti sebenar Nisha akan bonda rahsiakan. Bonda akan memperkenalkan Nisha sebagai Puteri Nisha, anak yatim piatu yang telah menjadi anak angkat bonda” Nisha dan Cikgu Roziah agak terkesima mendengar kata-kata wanita itu. “Tapi bagaimana dengan kaum kerabat bonda, tentu mereka ingin mengetahui kisah sebenar?” “Tidak, mereka cukup kenal dengan bonda dan menghormati bonda dan dan rahsia keluarga kerabat diraja tidak boleh diceritakan pada sesiapa, hanya bonda dan Tengku Farid sahaja yang akan tahu siapa Nisha sebenarnya”. “Nisha berterimakasih dan gembira sekiranya Nisha boleh membantu bonda” “Bukan bonda yang bantu Nisha tapi Nisha yang akan bantu bonda dan kalau tiada halangan Nisha akan mendapat bayaran antara RM10 ke 20 ribu sebulan dan satu lagi, bonda nak calonkan Nisha untuk anugerah PMS, satu anugerah tertinggi dan teristimewa yang ditaja oleh Syarikat PMC dan SPA Puteri yang belum pernah dirangkul oleh sesiapa pun sejak diumumkan. Setiap tahun calon-calon yang mencuba nasib semuanya gagal memenuhi kreteria yang ditetapkan”. Melopong mata Nisha dan Roziah mendengar kata-kata wanita itu. Satu anugerah yang setakat ini memang belum pernah dimiliki oleh sesiapa pun sejak ia diwujudkan oleh SPA Puteri. Ramai artis, model malah puteri raja yang dicalonkan gagal memenuhi beberapa kreteria seorang Puteri Melayu Sejati. Puan Engku Faridah tersenyum melihat wajah Nisha dan Roziah. “Jadi hari ini bonda telah sediakan secara pecuma terapi SPA pakej class 1(VIP) untuk Nisha dan kakak angkat Nisha ni” Puan Engku Faridah tersenyum kemudian menekan interkom atas mejanya memanggil seseorang datang berjumpanya. Kemudian seorang wanita berpakaian seragam SPA masuk menemui wanita tersebut. “Tolong beri layanan yang terbaik untuk mereka berdua ni, dan jangan lupa gadis ini puteri kesayangan saya” “Baik Puan Engku”balas gadis pertugas SPA tersebut. “Mari puteri, cik ikut saya”ucap gadis SPA tersebut. “Nisha, semuanya mengambil masa hampir 2 jam, mungkin bonda dah balik sebelum Nisha siap jadi apa-apa hal nanti bonda akan call Nisha kemudian” jelas Puan Engku Faridah. “Terimakasih bonda, jumpa lagi” Nisha kemudian menyalami tangan dan memeluk serta mencium pipi wanita tersebut sebelum melangkah keluar dari bilik tersebut. Cikgu Roziah turut bersalaman sebelum melangkah keluar membuntuti Nisha dan pekerja SPA tersebut. Selepas lebih dua jam menjalani episod-episod yang menyeronokkan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dalam SPA tersebut akhirnya mereka melangkah keluar dengan perasaan yang begitu seronok dan tubuh badan yang begitu segar dan bertenaga. “Bestlah Nisha, segar rasanya, alangkah seronok kalau setiap bulan dapat buat macamni?” “Tunggu jelah bila Nisha dah jadi model utama SPA ni nanti, Nisha akan bagi akak rawatan percuma di sini bila-bila masa akak nak” balas Nisha sambil tersenyum. “Ya tak ya jugak Nisha, bertuah betullah adik akak ni, akak pun boleh tumpang sekaki. Nisha rasa Dato’-Dato’ handsem tu setuju tak?”Cikgu Roziah tiba-tiba teringatkan sesuatu. “Entahlah kak, harap-harap bonda Tengku Farid tu dapat yakinkan mereka” Sebenarnya tanpa merujuk mereka aku boleh buat keputusan sendiri, tapi entah kenapa aku rasa perlu mendengar pendapat dan tidak mahu membelakangkan mereka berdua, Nisha berfikir sendiri. Bab 28 Roziah memandang tepat ke arah adik angkatnya sambil tersenyum. “Kenapa kak, pelik ke, tak cantik?” mata besar membulat memandang ke wajah kakak angkatnya. “Tak Nisha, Nisha cantik sangat malam ni, pandai Dato’ Qhairul pilih baju untuk buah hatinya”. “Entahlah kak, Nisha tak terfikir pun macam mana baju yang abang Qhairul beli untuk Nisha” balas Nisha sambil matanya memerhati pakaian yang terlekat di badannya. Sehelai gaun labuh berwarna pink berlibuci di bahagian dada, lengan dan kakinya menyerlahkan penampilan Nisha malam itu. Rambut panjang melepasi bahunya disanggul ke atas menampakkan lehernya yang jinjang menambah seri wajah agak bulat yang putih dan gebu itu. Dengan solekan yang nipis dan ala kadar serta sapuan lipstick yang sedondon dengan warna baju “Nisha persis seorang puteri cuma akak takut tiga orang putera charming Nisha tu makan tak kenyang, tidur tak lena malam ni sebab adik akak ni” “Kalau dia orang tak makan, kita yang makan kenyang. Dah makan kenyang pasti tidur kita yang lena” Roziah tergelak mendengar jawapan Nisha. “Ramai lagi gadis yang cantik kat luar mereka dah jumpa kak” balas Nisha agak malu dengan pujian melampau dari Kak Rozi. “Cantik memanglah ramai Nisha, tapi taklah manis dan comel macam Nisha ni” balas Kak Rozi lagi. “Apa-apa ajelah kak!”. Suasana di dewan utama hotel 5 bintang yang bersebelahan dengan kolam renang itu kelihatan mula dipenuhi oleh para jemputan seperti rakan-rakan dan kaki tangan serta semua pekerja PJ Holding yang telah dijemput menghadiri majlis jamuan makan malam yang dianjurkan oleh Dato’ Qhairul dan Dato’ Zamree untuk meraikan kejayaan SPM Nisha. Ada tetamu yang sedang berbual di dalam dewan dan ada juga yang kelihatan lebih selesa duduk di kerusi berbual sambil makan angin di tepi kolam renang bersebelahan dewan tersebut. Di bahagian depan dewan sekumpulan pemuzik dan penyanyi jemputan sedang memainkan lagu-lagu untuk menghiburkan tetamu yang hadir ke majlis tersebut. Pelbagai jenis makanan dihidang secara buffet cuma ada satu meja di hidang khas untuk tetamu istimewa majlis malam itu. Kerinduan untuk menatapi wajah gadis yang dicintainya itu menyelubungi di setiap sudut perasaan Qhairul. Entah bagaimana penampilan Nisha malam itu dengan pakaian yang dipilihnya untuk gadis kesayangannya itu. Zamree memandang ke arah Qhairul yang kelihatan gelisah di matanya. Dato’ Wazir muncul dengan Camalia Hani anak gadisnya yang berumur 5 tahun. Qhairul terus menegur Wazir. “Dah besar Hani sekarang, kau tak teringin nak cari pengganti mama budak ni kah Zir” “Entahlah Rul, aku tunggu Hani sendiri cari perempuan untuk ganti tempat mamanya.Yang kau berdua ni bila lagi? takkan membujang sampai ke tua kot?” Wazir pula menjawab soalan dengan persoalan semula. ”Ada jodoh kami kahwinlah Zir” jawab Zamree agak ringkas. “Kau kata majlis malam ini untuk raikan seseorang, siapa?” Wazir mengambil segelas air lalu memberinya pada Hani yang sedang duduk di kerusi berhampiran tempat papanya berbual dengan rakan-rakannya. Di kala itu berkumandang suara penyanyi undangan mendendangkan lagu ‘Milik Siapakah Gadis Ini’. Semua mata tetamu malam itu memberi tumpuan kepada kemunculan Nisha di samping kakak angkatnya Cikgu Roziah. Semua mata tidak berkelip terpegun melihat penampilan gadis itu. Qhairul, Zamree dan Wazir terus berpaling dan memandang gadis itu tanpa berkelip. Nisha melemparkan senyuman kepada semua tetamu kemudian terus berjalan menuju ke arah tiga jejaka yang masih lagi merenung ke arahnya. “Papa, papa cantiklah kakak tu macam puteri, puteri raja ke papa?”suara Camalia Hani tiba-tiba mematikan lamunan ke tiga-tiga jejaka tersebut. “Memang cantik Hani!, Hani nak cantik macam tu ke?”sahut Dato’ Wazir pada anak gadisnya. “Ya papa, papa ajaklah kakak cantik tu kahwin” Qhairul tersentak mendengar kata-kata Hani, “Kakak cantik tu uncle punyalah” gurau Qhairul pada gadis kecil itu kemudian pandangannya beralih ke wajah Wazir. Wazir menggaru kepala kepalanya yang tidak gatal itu. “Tak da insurans langsunglah mulut budak ni” Wazir membalas pandangan dua orang sahabatnya itu dengan satu sengihan yang cukup bermakna. “Patut pun kau jadi giler Rul, aku pun dah mula giler jugak” bisik Wazir ke telinga Qhairul. “Kau ni kawan yang tak boleh diharap langsung” Qhairul membalas bisikan Wazir. “Hi abang Zam, abang Qhairul” tegur Nisha. “Nisha sihat, dua hari tak nampak Nisha abang rindu sangat” tegur Zamree. Wazir menjeling ke arah Qhairul yang masih lagi merenung gadis itu. “Mestilah sihat, Nisha pun rindukan abang, abang macam mana sihat?”sambil matanya menjeling ke arah Qhairul yang asyik merenungnya. “Sihat, makin sihat kalau Nisha ada di sisi abang” balas Zamree mengusik gadis itu walau pun itu adalah kebenarannya yang cuma dirinya yang mengetahui. “Biar betul abang ni” balas Nisha sambil tersenyum, “Eh..Kak Rozi pun hebat malam ni, ni Kak Rozi saya perkenalkan Dato’ Wazir sahabat baik saya dan Zamree”.Cikgu Roziah melemparkan senyuman kemudian menegur Dato’ Wazir sambil menjeling gadis comel yang berada di sebelah lelaki itu. “Ni siapa, comelnya, ibunya mana”tanya Cikgu Roziah. “Anak saya Camalia Hani, mamanya past away tiga tahun yang lepas” balas Dato’ Wazir. “Maaf, saya tak tahu” “Tak apa”balas Wazir sambil tersenyum. “Nak untie panggil apa, Camalia atau Hani” tanya Roziah sambil menghulurkan tangannya pada gadis kecil itu, “Hani!”jawab si kecil itu dengan suara yang begitu manja. “Mari, main dengan untie” gadis kecil itu terus menyambut tangan Roziah sambil tersenyum. “Jom kita duduk di sana”Qhairul terus mempersilakan mereka duduk di meja yang telah dikhaskan itu. Qhairul terus menarik sebuah kerusi untuk Nisha. Dengan senyuman yang tak lekang di bibir Nisha terus duduk di kerusi tersebut .Qhairul dan Zamree terus duduk bersebelahan kiri dan kanan gadis itu. Cikgu Roziah pula mengambil tempat di sebelah Qhairul dan Camalia Hani duduk di antara papanya dan cikgu Roziah. Cuma ada sebuah lagi kerusi yang masih kosong di antara Zamree dan Wazir.Tetamu-tetamu jemputan kelihatan melayan diri dan mendapatkan makanan masing-masing dan duduk di meja-meja yang tersedia di dalam dewan tersebut. Kelihatan pelayan-pelayan khas restoran hotel yang sentiasa berjalan menghantar minuman kepada para tetamu. Cikgu Roziah kelihatan rancak melayan si kecil sambil Wazir tersenyum memandangnya. “Tengku Farid datang ke malam ni?” tanya Zamree pada Qhairul. “Demi Nisha aku yakin lautan api pun dia sanggup renangi nikan pulak aku sah-sah dah jemput dia dinner kat sini semalam tapi katanya lambat sikit” jawab Qhairul sambil melalut-lalut. Zamree tergelak. “Bila kau orang berdua makin rapat dengan Tengku Farid, peluang besar nak dapat title Dato’ Sri atau Tan Sri lepas ni”celah Wazir pula. “Sejak dia jadi peminat fanatik Nisha” jawab Qhairul selamba, Zamree cuma tersenyum mendengar kata-kata sepupunya itu. “Abang Qhairul ni kalau cakap mulut tak da insurans langsung” sahut Nisha seolah-olah geram dengan kata-kata Qhairul yang berbaur cemburu itu. “Marah ke, dah kenyataan nak buat macam mana” balas Qhairul pulak. Pipi Nisha mulai kemerahan mendengar kata-kata Qhairul namun dia malas nak melayan kata-kata Qhairul seterusnya. Wazir mengalih pandangannya ke wajah Nisha lalu tersenyum. “Memang cantik, patutlah Qhairul seorang yang kasanova dan playboy boleh tumbang oleh gadis ni, kenapa jantung aku pulak bergetar bila memandang wajah gadis ini tapi takkan aku..ahh taklah”bisik Wazir dalam hatinya. “Tu lihat Putera Charming dah sampai” Zamree tiba-tiba bersuara. Semua tetamu memberi laluan dan tumpuan kepada kemunculan Tengku Farid yang diiringi oleh empat orang pengawal peribadinya. Ada di antara tetamu wanita yang berbisik-bisik melihat kemunculan tetamu di raja yang kacak dan bergaya itu.Tengku Farid kelihatan bercakap sesuatu kepada pengawal peribadinya supaya tidak mengawasinya terlalu dekat dan membenarkan mereka melayani diri malam itu. Tengku Farid meneruskan langkahnya menuju ke meja jemputan khas lalu menghampiri Nisha yang duduk di antara Qhairul dan Zamree. “Hai..ni khas buat dinda tersayang” tegur Tengku Farid sambil menghulurkan sejambak bunga di tangannya kepada gadis itu. “Thanks kanda, kanda sihat?”sambil tangannya menyambut bunga tersebut lalu membalas senyuman Tengku Farid. “Of course sihat, dinda cantik sangat malam ni” Nisha hanya tersenyum. “Silakan duduk Ku Farid” Qhairul terus bersuara sambil tangannya mengarah ke arah sebuah kerusi yang masih kosong di antara Zamree dan Wazir. Tengku Farid terus menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Qhairul,Wazir dan Zamree termasuk Cikgu Roziah. Tengku Farid terus mengalih pandangan ke wajah Nisha. Wajah gadis itu begitu memukau pandangannya, hatinya begitu nekad untuk memiliki gadis itu. Zamree dan Qhairul perasan pada renungan Tengku Farid yang tidak bergajak memandang wajah Nisha di sebelah mereka. Qhairul terus memberi isyarat pada pengacara majlis supaya memulakan acara pada malam itu. Selepas bacaan doa juruacara majlis meneruskan kata-katanya “Selamat datang kepada semua tetamu jemputan terutama, Yang Mulia Tengku Putera Faridhudin Syah, kaki tangan serta semua pekerja Permata Jaya Holding ke majlis makan malam yang diajurkan oleh CEO dan Timbalan CEO Permata Jaya Holding untuk meraikan kejayaan adik angkat mereka berdua Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan. Diharap semua akan bergembira dan terhibur pada malam ini. Di jemput semua tetamu menjamu selera dengan menikmati makanan yang telah disediakan.” juruacara majlis menyudahkan kata-katanya. Beberapa penyanyi jemputan mendendangkan lagu-lagu untuk menghiburkan tetamu yang sedang menikmati jamuan. Sambil menjamu selera tetamu di meja khas sempat berbual sesama mereka. “Dinda dah datang SPA bondakan?” Tengku Farid memulakan bicaranya pada gadis pujaannya itu. “Ya petang tadi bersama Kak Rozi, kami dapat perkhidmatan rawatan facial dan terapi percuma dari bonda” beritahu Nisha dengan wajah yang cukup ceria. “Berseronok kat SPA lah petang tadi patut pun abang call tak angkat” sampuk Qhairul pulak. “Ya ke, abang ada call tapi takda miss call pun kat telefon Nisha” “Nisha ada tengok telefon tak tadi, kalau tak silap abang 5 panggilan dari abang” “Abang Zam pun ada cal 3 kali, cuba cek pon tu?” sambung Zamree pulak. “Sorrylah bang sebenarnya bateri pon Nisha low petang tadi tak boleh buka pon langsung lepas tu bila sampai rumah Nisha terus charge dan tapi lupa pulak nak onkan pon, sorry ya bang” “Akak ni cantiklah, macam puteri”si kecil Camalia Hani bersuara. “Adik pun cantik, lebih cantik dari akak, adik tahu tak, tak semua puteri tu cantik” “Betul ke, puteri mana yang tak cantik?” “Ada, puteri Fiona kekasih Shrek” Nisha ketawa sewaktu memberitahu Hani. Camalia Hanis turut ketawa juga. “Tu waktu dia dah cinta pada Shrek, sebelum tu dia cantik kak”balas Hani lagi. “Betul ke? Untie Rozi pun cantik, Untie Rozi ni baik tau, dia cikgu akak”sampuk Nisha lagi. Gadis itu menganggukkan kepala sambil senyum memandang Kak Roziah yang duduk di sebelahnya. Roziah membalas senyuman gadis kecil itu. “Untie cikgu apa, cikgu Muzik?”tanya gadis kecil itu. “Bukan, Untie guru Fizik sekolah menengah” “Tapi kalau Hani nak tahu, untie ni pandai main piano, kami selalu buat persembahan kat rumah, untie main piano kakak nyanyi”sahut Nisha pula. “Betul ke, bestnya, kat rumah Hani ada piano nanti boleh untie dan akak datang rumah Hani ajar Hani main piano, boleh ya papa”ucap gadis kecil itu. “Boleh, apa salahnya, papa lagi suka”balas Dato’ Wazir sambil matanya dari sejak datang tadi asyik memandang wajah Nisha. “Ku Farid, I dengar you pandai main gitar. You pernah cipta lagu untuk artis terkenalkan” tanya Zamree pada Tengku Farid. “Yes, hobi I masa lapang, setakat ni ada beberapa lagu ciptaan I yang dinyanyikan oleh penyanyi popular tanah air macam Anuar Zain dan Faizal Tahir” balas Tengku Farid. “Betul ke? jadi kanda mesti boleh nyanyikan?” “Bolehlah juga, untuk malam ni kanda akan nyanyikan sebuah hadiah istimewa buat dinda, dinda nak dengar tak?”balas Tengku Farid sambil tersenyum pada gadis itu. “Mestilah, bertuahlah Nisha malam ni sebab dapat dengar suara kanda menyanyi” sahut Nisha lagi dengan wajah ceria. Tengku Farid kemudian memberi isyarat kepada salah seorang pengawal peribadinya dan kemudian berbisik sesuatu ke telinga pengawal peribadinya itu, sejurus kemudian pengawal peribadinya itu terus berlalu dari situ, selang beberapa minit lelaki itu muncul semula bersama sebuah gitar di tangannya. Tengku Farid terus mengambil gitar tersebut lalu melemparkan senyumannya pada Nisha kemudian dia bangun lalu berjalan ke hadapan dewan lalu bercakap sesuatu dengan pemain muzik di situ. Tengku Farid kemudian meminta sebuah kerusi untuknya duduk. Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum kemudian bersuara. “Aku dah agak, Tengku Farid sanggup mencemar dulinya semata-mata untuk Nisha, bertuah betul Nisha malam ni kan, seorang putera raja sanggup tampil ke depan menyampaikan sebuah lagu untuk gadis pujaannya” jelas ada nada cemburu dalam suaranya membuatkan Nisha tersenyum. “Abang Qhairul ni cemburu ke?” Nisha berbisik sendiri dalam hatinya sambil matanya terus memberi tumpuan pada Tengku Farid yang berada di depan. “Nak buat macam mana, kalau itu yang membahagiakan dia., lelaki gentleman dan romantik. Nisha dengar je, tak salahkan” balas Nisha yang mula faham dengan rasa cemburu Qhairul. “Lagu ni khas buat gadis bernama Puteri Nisha, moga kau memahaminya setiap bait yang ku lafazkan” jejari Tengku Farid mula memetik tali gitarnya kemudian matanya memandang ke arah Nisha sambil tersenyum. Nisha kemudian membalas senyuman Tengku Farid. Semua tetamu teruja kemudian bertepuk tangan. Oooo….. Eemm… Aku tak tahu Apa yang ku rasaku dalam hatiku Saat permata kali Lihat dirimu, melihatmu Seluruh tubuhku terpaku dan membisu Detak jantungku berdebar tak menentu Sepertinya aku tak ingin berlalu Berikan cintamu juga sayangmu Percaya padaku ku kan menjagamu Hingga waktu menjemputku Ku beri cintaku juga sayangku Percaya padaku ku kan menjagamu Hingga waktu menjemputku Saat ku tahu kau kan pergi jauh Izinkan aku untuk selalu menantimu Untuk katakan ku ingin dirimu, ingin dirimu Oooooo… Agar kau tahu bertapaku terlalu Mencintaimu aku akan menunggu Hingga dirimu kembali untukku Oooooo… Berikan cintamu juga sayangmu Percaya padaku ku kan menjagamu Hingga waktu menjemputku Setelah tamat nyanyiannya semua tetamu bertepuk tangan, “Terimakasih kanda kerana hiburkan Nisha malam ni, cantik suara kanda, tak nak rakam album ke?” “Belum perlu lagi, tunggu kalau syarikat kanda kekurangan modal nanti barulah kanda rakam album buat tambah modal niaga” balas Tengku Farid sambil bergurau sewaktu dia kembali ke tempat duduknya. Nisha turut tergelak mendengar gurauan Tengku Farid. “Hani nak dengar akak cantik pulak nyanyi, bolehkan”tiba-tiba gadis kecil itu bersuara. “Suara akak tak cantiklah, malu nanti semua orang dalam ni ketawa”balas Nisha pulak. “Nyanyilah kak, please kak, kan ada piano tu, untie main piano, akak pulak nyanyi” Gadis kecil itu seperti memaksa. “Teruk betullah budak ni, kalau aku nyanyi semua orang ketawa nantikan malu, echh..”bisik Nisha dalam hati. “Kalau akak nyanyi, nanti hari hujan macam mana nak balik?”Nisha cuba berdalih. “Ala hujan kat luar, kita kat dalam, kita balik pulak guna kereta, tak basah kak, cepat kak nyanyi” Hani semakin beria-ia ketika itu. “Yup! Dinda nyanyilah satu lagu, Kanda pun ingin nak dengar suara dinda menyanyi, kanda yakin suara dinda pasti merdu” Tengku Farid turut menyokong permintaan Hani “Ya, nyanyilah satu lagu untuk abang, abang teringin nak dengar suara sayang” Qhairul juga turut berbisik ke telinganya. Nisha jadi serba salah, memandang ke wajah Qhairul, lelaki itu juga menyokong kehendak gadis kecil itu. Memandang Tengku Farid lelaki itu tersenyum memandangnya. Zamree turut mengangguk menyokong kehendak Sikecil Hani. Nisha kemudian memandang pula ke wajah Kak Rozi kemudian dia bersuara, “Macam mana kak, boleh ke?” “Boleh je, kita bawa lagu yang kita selalu buat persembahan kat Chow kit road tu”balas Kak Rozi sambil bergurau kemudian dia ketawa. “What!” Qhairul dan Zamree tiba-tiba bersuara serentak. “Abang ni biar betul tu pun nak percaya” tegur Nisha kemudian dia turut ketawa. “Ok, untuk Nisha bayar semua belanja makan malam ni, jadi satu lagu dari Nisha pun rasanya cukup untuk langsaikan semuanya sebab suara Nisha ni mahal tau, jom kak, rugi tak buat persembahan malam ni, penonton ramai tu, nanti dia orang kempunan nak dengar suara Nisha”Nisha sempat bergurau, semua yang ada di meja itu turut ketawa. Sebelum bangun Nisha berbisik sesuatu ke telinga Qhairul. “Lagu ni khas untuk abang, jangan ketawa tau”.Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Nisha. Nisha berpaling pula kepada Zamree. “Abang jangan pandang Nisha bila Nisha nyanyi takut suara Nisha tak keluar nanti” bisik Nisha ke telinga Zamree pula. Zamree mengeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum. Bab 29 Qhairul terus menemui kakitangan hotel itu kemudian memberitahu sesuatu. Setelah semua kelengkapan disediakan, Nisha dan Kak Rozi bangun dari dari kerusi lalu melangkah menghampiri piano. Nisha mendapatkan mickrofon yang di hulurkan oleh seorang juruteknik yang bertugas malam itu. Semua tetamu memberi tumpuan kepada kemunculan artis yang tidak dikenali itu. Roziah terus duduk di hadapan piano kemudian Nisha pula berdiri berdekatan piano dan Roziah . “Kita nak bawa lagu apa ni Nisha?”tanya Roziah. “Lagu Siti, Wajah Kekasih, boleh ke?”balas Nisha. “Oh lagu tu ok past!” balas Roziah selamba “Jangan buat malu sudahlah Nisha, kita buat sehabis baik malam ni, mana tahu lepas ni boleh rakam album” Roziah sempat lagi bergurau dengan adik angkatnya itu Nisha tergelak mendengar gurauan Kak Rozi. Dirinya cukup gementar untuk menyumbang suaranya malam itu. Suasana majlis senyap seketika. Setelah mendapat isyarat dari juruteknik, Roziah mula menekan pianonya untuk memainkan muzik lagu yang akan disampaikan oleh adik angkatnya. Nisha tersenyum memandang Roziah. Bila Nisha mula mengeluarkan suaranya semua tetamu bertepuk tangan, mereka tidak menyangka gadis itu memiliki suara semerdu itu. Qhairul, Zamree, Tengku Farid serta Wazir juga turut terkesima. Tidak tahu selama ini Nisha boleh menyanyi dan memiliki suara yang semerdu itu. Ku menyaksikan dedaun kekeringan Gugur ke bumi gersang tiada penghuni Tiada mentari awan kesuraman Bagaikan waktu yang terhenti Ku menyaksikan seraut wajah cinta Yang kehampan tiada lagi bermaya Kini kehilangan sebuah harapan Bagaikan cinta yang terkubur Adakah mungkin untukku menghindari Gurisan kasih luka di hati Jiwaku resah apakah kesudahan Kecewa ataupun bahagia Sepanjang nyanyian Nisha sesekali melemparkan pandangan dan senyumannya pada keempat-empat lelaki yang ada di meja hadapan itu yang tidak berkelip memandang ke arahnya sambil tersenyum. Sepanjang nyanyian lagu tersebut semua yang ada di dewan hotel 5 bintang tersebut memberi tumpuan dan terpesona sambil menghayati senikata lagu serta kemerduan suara gadis tersebut. Ku yakinkan diri demi rinduku Penawar hanya dari wajah kekasih Walaupun rintangan datang menduga Ku tempuhinya kerana cinta membara Ooooo..mimpi yang terindah Jelmalah dalam nyata Wajah-wajah kekasih Ku mengharapkan ikatan kemesraan Antara kita akan terlaksana jua Walaupun impian dalam kekaburan Ku yakin padamu oh Tuhan. Tepukan gemuruh kedengaran setelah Nisha menamatkan persembahan. Nisha dan Kak Roziah kembali semula ke meja hairan dan amat teruja dengan tepukan gemuruh yang diberikan oleh semua tetamu yang hadir pada malam itu. “Hah..Hani, tengok kat luar tu hujan tak?” Nisha terus menegur Camalia Hani. “Tak, suara akak cantiklah, lebih cantik dari suara Siti Nurhaliza” balas gadis kecil itu. Semua yang ada di meja itu ketawa mendengar kata-kata Hani. “Kalau macam tu, tutuplah periuk nasi Siti Nurhaliza lepas ni” balas Nisha menambah gurauannya. “Cukup pakej rupanya adik abang ni, rupa cantik, body cantik, otak pandai, suara merdu susah nak dapat orang macam Nisha ni” Zamree terus menegur sebaik Nisha kembali ke meja mereka. “Macam mana dinda boleh control suara, tak pecah pun bila nada yang tinggi, macam dah professional dalam bidang nyanyian”tanya Tengku Farid pula. “Entah, Nisha nyanyi biasa je, first time nyanyi depan orang ramai, macam nak pengsan pun ada” balas Nisha sambil memicit tangannya yang kesejukkan. Qhairul terus memegang tangan Nisha yang sememangnya terasa sejuk seperti ais. “Relek Nisha, secara jujur abang terhibur dengan nyanyian dan kemerduan suara Nisha tadi, thanks satu persembahan yang hebat. Abang beri 5 bintang pada Nisha malam ni”Qhairul pula bersuara. “Tak caya sebab abang bukan juri professional” Qhairul tergelak mendengar jawapan nakal Nisha. “Betul, abang jujur dengan pujian abang” tambah Qhairul lagi. “Betul ni atau abang saje nak sedapkan hati Nisha ni”. “Ikhlas, cuba Nisha tanya semua yang ada dalam dewan ni, suruh dia orang buat undi sms” tambah Qhairul lagi sambil tergelak kecil. “Mengadalah abang, undi sms tak boleh percayalah bang”. Technician yang bertugas sewaktu Nisha menyanyi sebentar tadi menghampiri Qhairul lalu menyerahkan sekeping CD kepada Qhairul. “Tahniah, Kak Rozi pun tak kurang hebatnya, boleh bermain piano dengan baik”Qhairul melemparkan senyumannya pada Roziah. “Biasa je, bukan pakar manapun kalau main lagu-lagu yang selalu dilatih tu bolehlah” balas Roziah yang merasakan pujian Qhairul terlalu tinggi untuknya. “Lama ke cikgu belajar main piano ni” Wazir pula menyampuk. “Sejak umur 12 tahun, tapi taklah professional sangat”balas Roziah. “Kalau macam tu bolehlah ajar Hani nanti, saya ada belikan dia piano tapi susah nak dapatkan cikgu wanita untuk ajar anak saya ni” Wazir menyambung lagi kata-katanya. Nisha menjerling ke arah Qhairul yang tersenyum memandangnya. “Ajar ayahnya sekali” bisik Nisha ke telinga Qhairul Mendengar bisikan Nisha, Qhairul lantas tersendak air yang di minumnya. Nisha menahan ketawanya. “Boleh apa salahnya, tapi di mana Dato’ tinggal?” “Ini alamatnya” sambil menghulur kad perniagaannya pada Roziah, “Bila cikgu boleh mengajar anak saya ni”tanya Wazir lagi. “Saya cuma ada masa setiap hujung minggu hari Ahad, kalau takda masalah esok saya akan cuba ke rumah Dato’” Roziah memberi persetujuannya. “Oklah macam tu, esok saya dan Hani tunggu di rumah” “Ada harapan, ikan dah makan umpan” bisik Qhairul ke telinga Nisha. Nisha tersenyum mendengar kata-kata Qhairul. Tengku Farid tidak banyak bercakap dan hanya menghabiskan setiap saatnya menatapi wajah Nisha, gadis yang kini menakluki seluruh perasaannya. “Mampukah aku hidup dan meneruskan hari-hariku selepas ini sekiranya aku terpaksa melepaskan dirimu Nisha” Tengku Farid berbisik sendiri. Kata-kata bapa saudaranya yang menghubunginya siang tadi masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. “Ayahanda izinkan Ku Farid berkahwin dengan mana-mana wanita yang Ku Farid cintai tapi bukan sebagai isteri pertama. Ayahanda mahu anakanda kahwin dulu dengan Tengku Puteri Sofya kerana ayahanda mahu keturunan ayahanda yang mesti ditabalkan sebagai Sultanah nanti” Farid mengeluh. Demi cintanya pada gadis itu dia tidak akan sanggup untuk menjadikan Nisha sebagai isteri kedua dan malahan Nisha sendiri pun tidak akan redha untuk dimadukan. Sekiranya dia berkeras juga mahu mengahwini gadis lain, ayahanda Sultan sudah memberi amarannya dengan kemurkaan dan menggunakan kuasanya terhadap gadis tersebut. Paling tidak gadis itu akan diharamkan berada negeri itu. “Bagaimana nasib Nisha, adakah aku memberinya kebahagian atau cuma menambahkan lagi penderitaannya”. Waktu ini fikiran Tengku Farid begitu buntu. Sekiranya ada lagi calon yang layak, dia tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan itu dan mengahwini Nisha dan hidup bahagia bersama gadis yang dicintai. “Papa Hani nak pergi buang airlah” Suara si gadis kecil mengganggu lamunan Tengku Farid. Roziah memandang Nisha. “Jom Hani, Untie temankan, mari Nisha kita pergi sama” Tanpa banyak berfikir, Nisha kemudian bangun dari kerusi membuntuti Roziah dan Hani. Empat lelaki yang duduk di meja itu berpandangan semasa sendiri. “Rul, sekarang aku dah faham, Nisha ciptaan tuhan yang paling indah yang pernah aku jumpa”Wazir mula bersuara “Bukan masa yang sesuai untuk kita cakap hal ni”sahut Qhairul agak perlahan ke telinga Wazir. “Tapi aku lelaki Rul, selepas pemergian Lina, aku fikir Lina telah membawa pergi semua perasaan cinta aku pada perempuan tapi bila aku terpandangkan Nisha entah kenapa perasaan itu tiba-tiba muncul kembali” Wazir meluahkan perasaannya. Qhairul dan Zamree menjeling lalu berpaling memandang wajah Tengku Farid. Pengakuan Wazir satu tamparan hebat di kala itu. “Aku harap kau berusaha untuk membuang perasaan itu sebelum ia menyeksa diri kau” balas Qhairul bagaikan memberi amaran pada sahabatnya. “Aku faham, tapi cintalah membuat kita buta, bodoh , gila dan waras” bidas Wazir lagi sambil tersenyum. Perbualan mereka terhenti bila Roziah, Nisha dan Hani muncul semula. “Akak cantik, jom kita ambil ais krim tu” sambil mulut si gadis kecil itu muncung ke arah meja yang menghidangkan pelbagai ais krim. “Ok, jom ,akak pun nak makan ais krim” Nisha mengangguk lalu menemani Hani menuju ke satu sudut yang menempatkan meja menghidangkan pelbagai jenis pembasuh mulut termasuk ais krim. Kemunculan Nisha dan Hani di meja tersebut menjadi perhatian tetamu-tetamu yang berdiri tidak jauh dari situ. Ada yang cuba menghampirinya dan cuba memberi bantuan untuk menceduk ais krim kepadanya. Pamandangan yang tidak disenangi oleh Zamree dan Qhairul. Nisha dan Hani kembali semula ke meja dengan membawa dua mangkuk ais krim di tangan masing-masing. “Orang lelaki kat sana tu tadi kacau kakaklah papa” Si gadis kecil itu membuat laporan kepada papanya. Nisha tersenyum mendengar kata-kata Hani. “Bukan kacau tu sayang, nak mengorat namanya”jawab Wazir pada anak gadisnya. “Apa bendanya mengorat tu papa”tanya Hani lagi “10 tahun nanti baru papa jawab soalan Hani tu”jawab Wazir sambil bergurau dengan anak gadis kecilnya. Tengku Farid tersenyum mendengar perbualan Wazir dan anaknya. “Cepat makan ais krim tu, kita kena balik awal, budak kecik tak boleh tidur lewat” beritahu Wazir pada anak gadisnya lagi. “Ala..sekali sekali tak apa kan Hani”Zamree menyampuk perbualan dua beranak itu. “Betul..betul..betul!” Dengan nada suara upin dan ipinnya. Suasana meja itu akhirnya riuh dengan suara ketawa gara-gara melihat telatah lucu Camalia Hani. Nisha batuk akibat tersedak ais krim. “Nisha ok” Zamree menegurnya lalu mengurut belakang gadis itu. Qhairul menghulur segelas air kepada Nisha. Tengku Farid melemparkan semula pandangannya pada wajah gadis itu, kemudian dia menjerling jam tangannya hampir pukul 11.35 malam.Tetamu jemputan yang lain juga kelihatan sudah mula beredar untuk balik. Qhairul dan Zamree bangun dari kerusi untuk melayan tetamu yang meminta diri untuk balik. Nisha dan Kak Rozi bangun dari kerusi lalu mendekati Camalia Hani yang bergerak untuk balik bersama papanya. “Bye Untie, akak cantik nanti jumpa lagi tau” “Bye sayang”selepas mencium kedua-dua belah pipi gadis tersebut Nisha dan Kak Rozi melambai-lambaikan tangannya. Nisha berpaling kepada Tengku Farid yang berdiri di sebelahnya. Nisha melemparkan senyuman pada lelaki itu. “Thanks kanda kerana sudi hadir malam ni dan Nisha ucapkan terimakasih sekali lagi untuk lagu tadi, lagu pertama yang pernah orang lain nyanyikan dan tujukan untuk Nisha” Wajah Tengku Farid ditatapnya dengan mata yang bersinar-sinar. “Dinda adalah segalanya untuk kanda, Kanda akan sentiasa mengembirakan insan yang kanda sayangi. Percayalah lagu tadi menceritakan perasaan kanda, harap dinda memahaminya dan menghargai keikhlasan kanda” Tengku Farid memang seorang yang berani berterus terang tentang apa saja yang dirasanya. Perasaan Nisha begitu tersentuh oleh kata-kata Tengku Farid. “Kanda, take care, salam sayang Nisha untuk bonda”, ucapnya ketika lelaki itu meminta diri untuk beredar. Tengku Farid melemparkan senyuman kemudian berlalu meninggalkan gadis itu. Nisha mengambil bunga yang diberikan oleh Tengku Farid sewaktu lelaki itu tiba di awal majlis tadi. “Jom kak kita balik” Nisha mengalih pandangannya pada Kak Rozi. “Jomlah akak pun dah ngatuk ni” balas Kak Rozi. Sewaktu tiba di hadapan lobi hotel, Zamree tiba-tiba muncul dengan sebuah bakul dan sejambak bunga ros merah di tangannya. “Nisha, dah nak balik ke?” “Ya, kenapa bang?” “Ni, Nisha lupa ke apa yang Nisha pesan pada abang?” “Oh ya, abang beli jugak rupanya” “Mestilah, mana boleh abang lupa Nisha” sambil tangannya menghulurkan bakul berisi buah strawberri dan bunga ros pada gadis itu. “Banyaknya buah strawberri, terimakasih bang” “Akak tolong bawa bunga, Nisha bawa bakul ni” Setelah menyimpan bunga-bunga dan bakul buah strawberry di dalam kereta Roziah. Nisha melambaikan tangannya kepada Zamree yang sudah mula mengerakkan keretanya meninggalkan tempat parkir kereta di hadapan lobi hotel tersebut.Telefon bimbit Nisha tiba-tiba berbunyi, nama Qhairul terpapar di skrin. “Sayang dah nak balik ke?” “Ya” “Jumpa abang sekejap dekat tepi kolam, Nisha tak beritahu abang pun nak balik” “Ok, tunggu sekejap Nisha beritahu kak Rozi dulu” “Beritahu Kak Rozi suruh dia balik dulu, nanti abang hantar Nisha balik” Selepas memutuskan panggilan telefon bimbitnya Nisha menghampiri kak Rozi. “Kak, Abang Qhairul nak jumpa Nisha, dia suruh akak balik dulu nanti dia hantar Nisha balik” beritahunya sambil tersenyum. “Nak sambung dating lagilah ni, nah ambil kunci pendua ni, nanti kalau akak dah kekenyangan makan buah strawberry tu, akak terus tidur tau, tak payah nak bangun buka pintu untuk Nisha” ujarnya sambil tergelak. “Thanks kak, pandu elok-elok, akak tidurlah dulu tak payah tunggu Nisha” “Take care Nisha, ingat dosa dan pahala tau, bye” Nisha tersenyum kemudian melambai-lambaikan tangannya pada Kak Rozi yang mula menggerakkan keretanya meninggalkan perkarangan hotel tersebut. Qhairul duduk sendirian di sebuah bangku dan meja santai di tepi kolam renang hotel lima bintang tersebut. Pandangannya dilontarkan jauh ke dalam kolam renang di hadapannya. Dengan langkah yang berhati-hati Nisha menghampiri lelaki itu dari belakang lalu menutup mata lelaki itu dengan kedua belah telapak tangannya dari belakang. Qhairul ketawa dia boleh meneka tangan siapa. “Kak Rozi dah balik, dia cakap apa?”Tangan Nisha direntapnya lalu terus menarik gadis itu duduk dalam pangkuannya. “Take care, ingat dosa dan pahala, abang dengar tak?” Qhairul terus tersenyum mendengar pesanan dari Kak Rozi yang disampaikan oleh Nisha. “Kenapa balik tak beritahu abang, nasib abang sempat telefon sebelum sayang masuk kereta kalau tak” “Kalau tak apa?” “Abang kejar kereta Kak Rozi sampai rumah” “Sampai macam tu sekali” “Mestilah, sebab abang tak puas bersama sayang malam ni, rindu abang masih lagi membara”ucapnya sambil tersenyum nakal. “Saje Nisha tak nak beritahu abang, Nisha nak lihat reaksi abang, kisahkan Nisha atau tak?” “Mestilah abang kisah, sehari tak jumpa sayang abang boleh jadi gila tau, rindu yang teramat-amat sangat” “Kalau rindu call atau SMS je Nisha” “Tak sama, abang mesti juga pandang wajah sayang depan-depan macam ni, kalau boleh abang nak peluk dan cium sayang setiap masa”. “Apalah abang ni, tak ingat pesan Kak Rozi tadi ke?” “Ingat, abang cakap ‘kalau boleh’, dah belum boleh nak buat macam mana?” “Luculah abang ni” “Sayang cantik sangat malam ni, abang jadi tak keruan bila tengok sayang tadi sebab semua lelaki kat dalam dewan tu tadi nakkan sayang” “Cantik ke?, biasa je, kan abang yang belikan baju ni, tapi Nisha suka baju ni cantik terimakasih sebab belikan untuk Nisha” “Abang ada satu benda nak bagi kat sayang malam ni, abang tunggu saat kita berduaan macam ni, tapi sayang kena tutup mata dulu” “Tutup mata, apa benda sampai tutup mata” “Tutup ajelah, kalau tak abang tak nak bagi” “Ok, Nisha tutup sekarang” “Jangan buka sehingga abang suruh buka” Qhairul mengeluarkan seutas rantai kaki emas dengan tergantung buah bentuk hati dan huruf Q kemudian memakainya ke kaki gadis itu. “Ok, boleh buka” “Wow..cantiknya, untuk Nisha ke?” “Ya lah, kalau kat kaki Nisha mestilah untuk Nisha” “Terimakasih bang, Q ni untuk apa Qhairunnisha atau Qhairul” “Kedua-duanya, nama abang dan nama sayang” “Tolong jaga elok-elok, kalau hilang siap, abang tak kan maafkan Nisha” Qhairul seolah-olah mengertak gadis tersebut. Nisha merenungnya tajam. “Sampai macam tu sekali” “Ya lah, kalau sayang hilangkan beerti Nisha tak betul-betul sayangkan abang” “Ok, Nisha akan jaga rantai ni macam Nisha jaga nyawa Nisha, tapi kalau abang tipu Nisha dengan cinta abang, Nisha tak nak terima gelang rantai ni, Nisha akan kembalikan semula pada abang” “Tak sayang, hanya Nisha di hati abang, kalau Nisha tak percaya jom kita kahwin malam ni jugak” Qhairul begitu nekad dengan cintanya. “Tak nak, Nisha takut, Nisha belum bersedia lagilah” dengan suara yang dibuat-buat seperti anak kecil membuatkan Qhairul tergelak. “Abang bila-bila masa bersedia untuk menikahi Nisha kalau Nisha dah setuju” “Beri Nisha masa dulu bang, banyak benda yang perlu Nisha selesaikan terlebih dahulu. Nisha pun terlalu muda untuk kahwin”’ “Abang sedia menunggu sekiranya sayang perlukan masa, tapi jangan lama-lama sangat” sambil tangannya membelai mesra pipi gadis yang sedari tadi duduk di pangkuannya. “Tak sangka sayang abang ni boleh menyanyi, abang dah rekod suara Nisha tadi, dalam kereta nanti kita dengar” beritahunya sambil tersenyum. “Betul ke, malu Nisha nak dengar suara sendiri” “Abang suka dengar, boleh nyanyi sebuah lagu untuk abang malam ni” “Betul abang nak Nisha nyanyi untuk abang?” “Ya, sebuah lagu, bolehkan?” “Tapi kalau hari hujan jangan salahkan Nisha tau” Qhairul tergelak. “Tak, kalau hujan kita basah bersama, tapi tunggu dulu abang nak rekod suara Nisha kat telefon abang, ok dah” Nisha tergelak seketika dan di penghujung gelaknya dia tersenyum. Qhairul turut tersenyum.Telatah manja Nisha begitu menghiburkannya. Wajah gadis itu ditatapnya tanpa berkelip. Nisha cuba serius dan mula menyanyi. Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu Kerana langkah merapuh tanpa dirimu Kerana hati telah letih Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh Aku ingin kau tahu bahawa ku selalu memujamu Tanpamu sepinya waktu merantai hati Oooo bayangmu seakan-akan Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang memanggil rinduku Padamu oh..oh..oh.. Seperti udara yang ku hela kau selalu ada Hanya dirimu yang bisa membuatku tenang Tanpa dirimu aku merasa hilang Dan sepi dan sepi Selalu ada, Kau selalu ada Selalu ada Kau selalu ada Kedua-duanya bertatapan buat seketika. “Thanks sayang, abang macam nak tidur tadi, merdu sangat, Sayang I love you so much and forever” “I love you too” senyuman menguntum di bibir dua hati yang kini menjadi satu. “Abang..Nisha dah ngantuk ,jom kita balik tidur”Nisha terus melompat keluar dari pangkuan lelaki itu. “Kita tidur kat hotel je malam ni” “Jangan nak mengada-gada” “Apa salahnya, bukannya kita tidur satu bilik” “Bazir duit je booking bilik” “Hotel ni abang punyalah sayang” “Betul ke?, no..no walaupun hotel ni abang punya, Nisha tak nak orang tuduh macam-macam nanti, Nisha kena jaga maruah juga tau, nanti apa kak Rozi fikir pasal Nisha” “Ok, abang gurau je,jom kita balik dah pukul satu pagi ni” Sepanjang perjalanan, sambil berbual mereka mendengar rakaman suara nyanyian Nisha sewaktu majlis jamuan makan malam tadi. Kereta Qhairul sampai di hadapan rumah Kak Rozi tepat pukul 1.45 minit pagi, suasana sekitar kawasan perumahan sudah sunyi sepi, Hampir semua penghuni taman perumahan tersebut sudah lena di ulit mimpi masing-masing. Kerana bimbang keselamatan Nisha, selepas membuka pintu kereta, Qhairul menemani gadis itu hingga ke depan pintu rumah. “Terimakasih bang, selamat malam” Sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Qhairul terus menarik tangan gadis itu. “Tak da good night kiss ke?”dengan senyuman Qhairul menunjukkan jari ke pipinya “Perlu ke?” “Perlu sangat, kalau tak, tidur abang tak lena malam ni” Nisha terus merangkul leher Qhairul lalu melepaskan sebuah ciuman di pipi lelaki itu. Qhairul kemudian menarik leher gadis tersebut kemudian mencium kening gadis itu agak lama dengan penuh kasih sayang. “Thanks sayang, sweet dream, kunci pagar ni sebelum abang pergi” Di sebalik pagar yang berkunci, Nisha melihat Qhairul memasuki keretanya kemudian perlahan-lahan kereta itu bergerak meninggalkan rumah tersebut.Setelah mengunci pintu Nisha terus masuk ke biliknya, Nisha tersenyum sendiri mengenangkan pengalamannya malam itu. ‘Nisha sayang abang, I love you’ jejarinya menaip sms lalu menghantarnya ke satu nombor telefon. “I love you too so much sayang, sweet dream and good night” balasan sms yang diterimanya membuatkan Nisha tersenyum sebelum melelapkan matanya. Bab 30 Rumah banglo 2 tingkat milik Dato’ Wazir agak besar dan cantik, Camalia Hani dan papanya tinggal bersama dua orang pembantu rumah wanita berumur dalam lingkungan lewat 30-an dan seorang driver berumur 40 tahun. Dato’ Wazir dan Hani begitu gembira menerima kedatangan Roziahi dan Nisha. “Atuk dan Nenek Hani sebelah saya dah tak ada, tapi atuk sebelah mama dia masih ada tapi mereka tinggal di Sabah”. Dato’ Wazir menceritakan serba sedikit latar belakang Hani kepada Roziah dan Nisha. “Hani ni umur berapa tahun?Tanya Cikgu Roziah. “Lima, tapi mulut dah macam 15 tahun”gurau Dato’ Wazir, Roziah dan Nisha ketawa mendengar kata-kata Dato’ Wazir.” “Budak cerdik mesti bijak” “Mudah-mudahanlah cikgu, saya berharap sangatlah Hani ni jadi anak yang baik dan pandai”balas Dato’ Wazir. “Cikgu ada berapa orang anak, ada yang sebaya Hani tak, kalau ada bawalah ke sini untuk temankan Hani”. Roziah tersenyum kemudian menoleh pada Nisha di sebelahnya. “Maaf Dato’, saya ni masih solo lagi” “Oh..macam tu, maafkan saya sebab bertanyakan soalan yang bukan-bukan”.jelas Wazir tapi di bibirnya sempat mengukir sekelumit senyuman. “Kalau boleh tak perlulah berdato’-dato’ dengan saya sebab kalau Cikgu Rozi dan Nisha ni kawan Zamree dan Qhairul beerti kawan saya jugalah, panggil je Wazir” Roziah dan Nisha tersenyum mendengar kata-kata lelaki itu. “Cikgu dengan Nisha ni apa pula hubungannya”. “Nisha ni adik angkat saya dan kami berdua tinggal serumah, dulu saya ni bekas cikgu Nisha”jawab Roziah menceritakan kedudukan yang sebenar.. “Cikgu berasal dari mana?” “Panggil saja saya Rozi, formal sangat rasanya bila bercikgu-cikgu ni” “Oh ya, Rozi asal mana?”Wazir mengulangi soalannya. “Emak orang Perak, ayah orang Selangor” “Nisha?” “Ayah dari Negara Pakistan, ibu Negara China”jawab Nisha selamba. Wazir tergelak mendengar jawapan gadis itu. “Nisha ni warganegara Malaysia ke?” “Saya pemegang my kard biru, warganegaralah kot” Rozi memandang sekilas pada wajah Nisha, dia agak hairan mendengar jawapan Nisha. Kenapa Nisha buat perangai ni? desisnya dalam hati. “Oklah Rozi, macam mana tentang bayaran untuk kelas piano ni, Rozi tetapkanlah jumlahnya”Wazir menukar topik perbualan mereka. “Terpulanglah pada Wazir, saya ikhlas je nak ajar si Hani ni, cuma saya nak minta kebenaran Wazir, boleh tak sesekali selepas kelas piano saya bawa Hani keluar jalan-jalan?” “Boleh apa salahnya tapi tinggalkan pesanan pada pembantu rumah, Hani pun sunyi dan boring duduk kat rumah ni sorang-sorang, hujung minggu macam ni saya pun jarang-jarang ada di rumah, kadang-kadang keluar main golf dengan kawan-kawan”. Nampak mula wujud kemesraan di antara Wazir dan Roziah, Nisha membiarkan Kak Rozi berduaan dengan Hani. Kebosanan dalam hati menyebabkab Nisha melangkah keluar banglo untuk mengambil angin kemudian dia melabuhkan punggung di atas buaian berdekatan kolam yang dipenuhi bunga teratai. Kemudian kedengaran lagu kisah dongeng dari telefon bimbitnya.Terpapar nama Abang Zam. “Hello Nisha, Nisha kat mana?” “Rumah Dato’ Wazir, temankan Kak Rozi ajarkan Hani main piano” “Abang nak ajak Nisha keluar, nak tak?” “Emm..Boleh, tapi Nisha tak tahu bila Kak Rozi habis mengajar Hani?” “Tak pa nanti abang jemput Nisha kat situ, bagi abang masa setengah jam ok” “Ok, Nisha tunggu, bye” Nisha mematikan panggilan telefon bimbitnya. “Hai Nisha, kenapa duduk sorang-sorang kat sini?” “Oh! Dato’ Wazir terkejut Nisha ingat siapa tadi?”Nisha mengurut dadanya kerana terkejut dengan kemunculan lelaki itu. “Saje nak ambil angin” baru berkesempatan menjawab pertanyaan Wazir. “Tak payah berdato’-dato’ Nisha, panggil aje apa panggilan yang Nisha suka”. “Biasanya kalau lelaki yang lebih tua dari Nisha, Nisha akan panggil abang” sahut Nisha lagi. “Eloklah tu, saya suka mendengarnya”balas Wazir. “Maaf abang nak tanya sekali lagi, Nisha asal mana?” Wazir sebenarnya tidak puas hati dengan jawapan Nisha semasa mereka berbual bersama Roziah tadi. Nisha tersenyum kemudian pandangannya dilemparkan ke arah bunga teratai yang sedang mekar di dalam kolam. Akhirnya di menarik nafas kemudian menjawab soalan ulangan dari Wazir sebentar tadi. “Ayah Nisha keturunan Pakistan Melayu, sementara ibu pula keturunan baba nyonya dan Jepun” jelas Nisha bagi merungkai persoalan di kepala Wazir. ‘Ohh..patutlah cantik, mixed blood” bisik Wazir dalam hati. “Mana orang tua Nisha sekarang?”tanya Wazir lagi. “Mereka dah pergi jauh tinggalkan Nisha seorang diri dalam dunia ni” Nada suaranya agak perlahan. “Maksud Nisha?” “Nisha anak yatim piatu dan tak punya seorang saudara marapun di Malaysia ni.Tapi mungkin di Pakistan atau di Jepun atau di China ada kot” jawab Nisha sambil ketawa walaupun hatinya cukup pedih tapi dia masih mampu menghiburkan dirinya. “Macam mana Nisha kenal Zamree. Qhairul dan Tengku Farid?” Wazir meneruskan kata-katanya. Walaupun dia sudah tahu sedikit kisah melalui Qhairul bahawa Zamree adalah orang pertama yang kenal gadis itu. “Tuhan yang pertemukan kami dan Nisha amat bersyukur kerana jumpa orang-orang yang baik macam mereka”. Wajah gadis itu kembali ceria. Kereta Ferari sport berwarna merah milik Zamree meluncur masuk ke halaman banglo milik Wazir. Nisha tersenyum kemudian dia menaip SMS untuk Kak Rozi. Zamree melangkah keluar dari keretanya kemudian mendekati Wazir dan Nisha yang sedang berbual di tepi kolam “Hai Zam, kau nak jemput Hani keluar date ke?”Wazir terus menyapa Zamree. “Kalau kau izinkan, why not?”balas Zamree. “Boleh, tapi kau kenalah bawa botol susunya sekali takut nanti bila dia menangis susah nak pujuk” Wazir meneruskan gurauan. Zamree melepas tawanya begitu juga Nisha. “Nak mana sebenarnya ni Zam”tanya Wazir agak serius. “Aku nak keluar date dengan buah hati aku ni, jom Nisha” Zamree terus meraih tangan gadis itu tanpa memperdulikan Wazir yang berdiri di antara mereka.Wazir kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.Dalam hatinya memang banyak persoalan yang belum terjawab. Siapa pilihan Nisha nanti, Qhairul, Zamree atau Tengku Farid?. “Kita nak ke mana bang?” tanya Nisha sambil menjeling lelaki yang berada di sebelahnya. “Abang dah lama rancang nak bawa Nisha jalan-jalan, shopping tapi baru sekarang berkesempatan”,jawab Zamree. “Ya ke, jadi sekarang kita nak pergi mana dulu?” “Kita pergi Zoo Negara, nak tak?” “Boleh jugak, ramai saudara mara kita kat sana”balas Nisha sambil bergurau. “Siapa? lembu, harimau, kera?”tanya Zamree turut mengusik gadis itu. “Tu saudara jauh, Nisha nak jumpa saudara dekat, kat sana nanti Nisha perkenalkan pada abang”balas gadis itu lagi sambil tergelak. Selesai mengambil tiket, Zamree memimpin tangan Nisha memasuki kawasan zoo kebetulan pula pada waktu tersebut ada pertunjukkan anjing laut dan burung helang. Selesai menyaksikan pertunjukkan mereka meneruskan perjalanan melihat haiwan-haiwan yang ada di situ dengan menaiki kereta yang di sediakan untuk keselesaan pengunjung yang tidak suka berjalan di dalam kawasan zoo yang luas itu. Nasib jugalah pada hari itu Nisha menggunakan seluar jeans dan blouse dan sepasang kasut bertumit rendah memberi keselesaan untuknya bergerak. Hampir 2 jam dalam kawasan zoo, mereka melangkah keluar dari tempat tersebut menuju ke satu destinasi yang lain pula. “Cuba Nisha cadangkan pulak ke mana kita nak pergi lepas ni?” “Kita ke Aquaria KLCC, boleh?” “Ok, jom tapi sampai sana nanti kita makan dulu sebab dah tengahari ni” balas Zamree. Setelah memakirkan keretanya, Zamree dan Nisha memasuki sebuah restoran yang terdapat dalam bangunan KLCC tersebut. Setelah memesan makanan mereka berbual sementara menunggu makanan tiba. “Nisha seronok tak keluar dengan abang” sambil matanya tidak berkelip memandang wajah gadis itu. “Seronok, kenapa bang?”Nisha akui dia memang seronok dapat keluar berjalan dengan lelaki yang kacak dan kaya seperti Zamree tapi entah mengapa keseronokkan yang dirasakannya tidak seindah yang dirasakan ketika bersama Qhairul. Keseronokkan seperti ditemani oleh seorang abang kandung. Berbeza perasaannya bila bersama Qhairul, Qhairul juga yang tetap istimewa di hatinya. Nisha melemparkan senyuman manisnya pada Zamree. Dia dapat merasa kasih seorang abang dari Zamree, dia tidak boleh menafikan Zamree juga lelaki hebat yang memiliki segalanya, senyuman aduh, bisa mencair hati wanita yang memandangnya, tidak hairan semua wanita yang memandang pasti tersenyum ke arahnya dan cuba menarik perhatian lelaki itu namun Zamree sahaja yang buat tak faham. Kehadiran Nisha di sisinya dicemburui oleh mata-mata wanita yang memandang ke arah mereka. “Nisha tak lama lagi masuk U kan”tanyanya sambil membelai jemari runcing milik gadis tersebut. “Ya, jadi Nisha terpaksalah berhenti kerja kat pejabat abang, tak perlu lagilah abang Zam dan abang Qhairul jemput Nisha pergi dan hantar Nisha balik kerja” “PJ Holding pasti sunyi kalau Nisha tak ada” “Nisha pun sedih jugak nak tinggalkan PJ Holding tapi bila masa free nanti Nisha jumpa abang berdua di sana tapi jangan pulak kata Nisha ganggu abang buat kerja” Zamree tergelak mendengar jawapan Nisha. “Tak..Nisha boleh datang bila-bila masa, tak perlu buat appointment, PJ Holding sentiasa menunggu kedatangan Nisha” “Oh ya Nisha nanti nak tinggal di asrama ke?”tanya Zamree lagi. “Untuk 2 minggu orientasi tu wajibkan tapi lepas tu tak tahu lagi kena bincang dulu dengan Kak Rozi”. “Nisha tak payah buat apa-apa pinjaman untuk belajar nanti, biar kami berdua yang tanggung semuanya. Emolument Nisha akan abang masukkan seperti biasa”jelas Zamree dengan wajah yang serius. “Tapi tak pelik ke? Nisha bukannya pekerja PJ Holding lagi. Abang Qhairul pulak macam mana?” sebenarnya Nisha cuma menyedap mulut untuk bertanya pasal pendirian Qhairul sedangkan dia tahu Qhairul akan memberi lebih dari itu padanya termasuk kasih sayang, dan cinta. “Abang Qhairul mesti sediakan yang terbaik untuk Nishakan, anggaplah tempoh Nisha belajar tu sebagai cuti sambil belajar untuk Nisha dan abang harap setelah habis belajar Nisha akan kembali semula ke PJ Holding sebab….’’kata-kata Zamree terhenti di situ bila pelayan menghantar makanan dan minuman yang di pesan. “Sebab apa bang?”Nisha menyambung ayat Zamree yang masih tergantung itu. Zamree tersenyum pada Nisha. “Sebelum ini PJ Holding mengeluarkan biasiswa dan pinjaman kepada kaki tangan dan pekerja-pekerja yang ingin menyambung pelajaran tetapi sebagai pelajar luar kampus atau PJJ.vTapi Nisha adalah orang pertama yang mengikuti pengajian sepenuh masa tetapi segala perbelanjaan seperti yuran dan segalanya akan ditanggung oleh PJ Holding. Nisha adalah calon pertama untuk program ‘Permataku’ yang dicadangkan oleh abang dan Qhairul”. “Jadi pengajian Nisha ditaja oleh PJ Holdinglah ya” tanya Nisha lagi. “Ya, abang juga harap Nisha boleh memegang salah satu jawatan yang tinggi dalam PJ Holding, untuk bantu abang atau abang Qhairul memajukan lagi perniagaan kita, bolehkan?” kata-kata Zamree penuh pengharapan. Nisha adalah satu permata yang perlu digilap dalam dunia perniagaan lebih tepat Nisha adalah anak emas PJ Holding. Istimewa pada PJ Holding dan teristimewa pada di hati CEO dan timbalan CEOnya. “Insyaallah bang, Nisha pun terhutang budi sangat pada abang berdua, Abang berdua seperti saudara Nisha jadi PJ Holding pun Nisha rasa seperti syarikat Nisha sendiri, tak salahkan sekiranya abang memerlukan khidmat Nisha untuk tolong memajukan PJ Holding” balas Nisha dengan rasa yang amat teruja. “Ok sayang, kita makan dulu lepas ni kita ronda-ronda lagi” ucapan sayang yang dilafazkan oleh Zamree kadang-kadang membuat jiwanya lemah. Itulah perkataan yang paling Nisha suka didengarnya bila Qhairul mengungkapkannya tapi bila perkataan itu keluar dari mulut Zamree atau Tengku Farid Nisha membuatnya rasa serba salah. Zamree seorang yang suka memendam rasa, jarang meluahkannya jika tidak berapa pasti, terutama tentang cinta, pintu hati yang selama ini bagai tertutup rapat sejak dilukai oleh seorang gadis mula terkopek kembali tapi rasa bimbang yang menebal menjadi tembok membentengi pintu hatinya untuk meluahkan rasa cintanya pada gadis itu. Hati kadang-kadang perasaan terkutik rasa cemburu bila melihat layanan mesra yang diberikan oleh Qhairul kepada Nisha. Kebelakangan ini Nisha lebih mesra dengan Qhairul dan sememangnya dirinya mengakui Qhairul lebih berbakat mendampingi perempuan jika berbanding dirinya. Qhairul seorang suka berterus terang dan memiliki pakej yang lengkap menjadi kegilaan semua wanita. Dalam lubuk hatinya menanam keyakinan moga Qhairul cuma menganggap Nisha tidak lebih sebagai seorang adik yang sangat manja padanya walaupun dia juga sedar mereka masing-masing punyai hati dan perasaan yang tiada siapa yang boleh mengawalnya. Sewaktu melangkah keluar dari Aquaria setelah hampir satu jam berada di situ, mereka bertembung dengan Lizawatie yang kebetulan berada di pusat membeli belah itu. Lizawatie memang sedia mengenali Dato’ Zamree cuma yang menjadi tanya-tanya dalam hatinya ialah gadis yang bersama Dato’ Zamree ketika itu. “Sayang! jom.. kita pergi situ” sambil mulut muncung ke arah kedai emas dalam pusat membeli belah tersebut. Lizawatie yang asyik memerhati terdengar perkataan yang diucapkan oleh Zamree kepada gadis itu. ‘Kalau dah panggil sayang, mesti ni spesial girl friend Dato’ Zamree’ bisik hati kecilnya. “Abang nak beli apa kat sini?” tanya Nisha bila Zamree menarik tangannya memasuki kedai emas tersebut. “Saje, abang nak bagi hadiah pada Nisha sempena kejayaan SPM Nisha tapi abang tak tahu Nisha suka apa?”. “Kan semalam dah bagi buah strawberri dan bunga ros kat Nisha” sahutnya sambil memandang wajah lelaki tersebut. “Benda tu boleh habis dan layu, abang nak yang kekal selamanya, sampai abang mati pun Nisha boleh simpan dan tengok hadiah dari abang” balas Zamree pula. “Kenapa abang cakap macam tu, sedih hati Nisha dengar tau bang” suara Nisha agak perlahan dan kedengaran agak sedih. “Memang betul Nisha, tiap yang hidup tu mesti mati, kita tak boleh tolak ketentuan tuhan, jangan sedih ok, Nisha pilih je mana Nisha nak” Zamree memimpin tangan gadis itu menuju ke satu sudut almari kaca yang mempamerkan pelbagai jenis perhiasan emas. “Nisha nak rantai tanganlah bang” sambil matanya melihat ke arah beberapa rantai tangan yang dipamerkan di situ. “Nisha suka yang ada love dan huruf tu” Nisha menunjuk ke arah seutas tangan yang di minatinya. “Huruf ni boleh tukar dengan huruf lain tak?” tanya Nisha kepada jurujual yang melayani mereka. “Boleh, kami menyediakan semua huruf A hingga Z”jelas jurujual itu. “Yang tu cantik tapi agak besarlah bang, tentu mahal harganya”. “Elok besar sikit supaya lebih tahan untuk menampung huruf dan bentuk love ni, kalau kecil ia cepat putus” beritahu jurujual itu. “Kalau Nisha suka ambil je, berapa pun abang bayar” sahut Zamree tersenyum. “Betul ni..nanti Nisha ambil yang harga sejuta baru abang tahu” Nisha menjerling manja ke arah lelaki itu sambil tersenyum. “Nisha fikir abang tak mampu beli yang harga satu juta ke?” sambil tangannya memicit hidung gadis tersebut. “Hoi..sakitlah” tanpa sedar suara Nisha kedengaran agak kuat sehinggakan beberapa orang pelanggan yang berada dalam kedai itu menoleh ke arah mereka. Jurujual yang melayan mereka turut ketawa melihat gelagat pasangan tersebut. Zamree membuat muka tak bersalah sambil meletak jari ke mulutnya untuk memberi isyarat diam. Nisha kemudian melemparkan senyuman manisnya kepada jurujual yang berada di depan mereka. “Saya nak huruf Q dan..”belum sempat Nisha menghabiskan ayatnya Zamree terus menyampuk “Q dan Z, buat selang seli dengan bentuk love tu” Zamree tersenyum nakal menjerling ke wajah Nisha. “Perasanlah abangni”, balas Nisha dengan suara yang agak perlahan. “Nisha cakap apa, abang tak dengarlah”tanya Zamree lagi “Nisha sayang abang” ucap gadis itu sambil tersenyum. “Ikhlas ni, jangan bohong abang nanti berdosa” balas Zamree lagi. Giliran Nisha pula mempamerkan wajah tak berdosanya sambil tersenyum. Setelah jurujual itu mengukur pergelangan tangan Nisha, jurujual itu membawa rantai tangan itu ke dalam sebuah bilik, selang beberapa minit dia muncul dengan rantai tangan yang siap dan boleh digunakan. Zamree membelek-belek rantai tangan tersebut untuk memastikan tiada cacat celanya. “Mari sayang abang pakaikan” sambil tersenyum dia memberitahu gadis di sebelahnya. Nisha menghulurkan pergelangan tangan kirinya untuk dipasangkan rantai tangan tersebut. “Cantik, terimakasih bang” bisiknya ke telinga Zamree. Zamree menyerahkan kadnya untuk membuat bayaran. Selepas mendapatkan resit bayaran, mereka kemudian beredar meninggalkan kedai tersebut. Sehari suntuk Zamree dan Nisha mengunjungi beberapa buah pasaraya di samping membeli pelbagai barang keperluan. Entah berapa pasang pakaian yang telah diangkut oleh Nisha di setiap butik yang mereka kunjungi, tidak termasuk lagi beg tangan dan kasut yang semuanya barangan berjenama yang diangkutnya dari beberapa kedai dalam pasaraya tersebut .Zamree membeli semua apa sahaja barangan yang disukai oleh gadis tersebut dan ada di antara barangan yang dibeli bukan atas kehendak Nisha tapi atas kehendak Zamree sendiri yang suka melihat Nisha menggunakannya seperti beberapa pasang baju dan kasut jenama Jimmy Choo. “Abang, Nisha rasa kereta abang tak muatlah nak letak semua barang ni” Gurau Nisha sewaktu mereka duduk minum dan berhenti rehat di restoran MD. “Kalau tak muat kita suruhlah teksi hantarkan ke rumah Nisha nanti” sahut Zamree dengan senyuman yang meleret. Kalau dikira menggunakan result matematik A+ SPMnya jumlah yang dibelanjakan oleh Zamree tidak termasuk rantai tangan tadi sudah mencapai lebih RM20K. “Nisha ni tak sembelihkan abang ke, nanti orang kata Nisha ni pisau cukur pulak” timbul juga rasa gerun di hati Nisha sekiranya ada yang mengatakan dirinya seperti itu. “Kalau Nisha pisau cukur tentu kepala abang ni dah botak dah” balas Zamree disambung dengan gelak ketawanya. . “Abang ni Nisha cakap betul dia bergurau pulak” “Betullah tu, kalau dah pisau cukur mestilah kalau tak cukur misai atau janggut mestilah cukur kepala, setahu abang, abang tak da misai atau janggut yang ada cuma rambut sebab tu abang kata rambut abang belum botak lagi” balas Zamree lagi yang masih lagi dengan sisa tawanya. “Nisha beri gred B untuk jawapan abang tu”Nisha kemudian ketawa. “Eehh..gred B je, ingat dapat A” sahut Zamree lagi. “Lebih baik B dari C atau D” balas Nisha kemudian tergelak. “Nak abang tarik lagi hidung tu?” ugut Zamree sambil tersenyum. “Tak nak!” sambil bersuara dia menyedut air oren yang ada di depannya. “Nisha nak ikut abang pergi melancong tak?” Zamree mengubah topik perbualannya. “Abang nak melancong ke, pergi mana?” Nisha agak bersemangat mendengarnya pertanyaan Zamree. “Kalau Nisha yang pilih, Nisha nak pergi mana?” tanya Zamree pada gadis itu. “Kalau Nisha pilih, Nisha nak ke Jepun, Pakistan, China” jawab gadis itu. “Kenapa pilih negara-negara asia je, kenapa tak ke Eropah atau Amerika? tanya Zamree yang agak hairan dengan pilihan Nisha. “Mana tahu Nisha boleh ketemu saudara mara Nisha kat sana” “Maksud Nisha?”Zamree semakin keliru. “Ayah Nishakan keturunan Pakistan Melayu sementara ibu pulak keturunan baba nyonya nenek sebelah ibu Nisha kahwin pulak dengan lelaki Jepun yang datang menjajah di sini dulu” jawab Nisha menceritakan salasilah keluarganya pada Zamree. “Betulkah ni Nisha?”tanya Zamree seperti tidak percaya. “Ya lah kalau abang tak percaya abang lihat dalam sijil lahir Nisha. Tercatat keturunan kat situ keturunan ayah Pakistan, ibu pula Cina Jepun. Nisha dapat tahu semua cerita ni dari Haji Suib dan isterinya Mak Timah ketua kampung Nisha tu, sebab tulah Nisha tak ada saudara mara dekat Malaysia ni” “Jadi Nisha ni mixed blood 4 bangsa, Pakistan, Melayu, Cina dan Jepun, patut wajah Nisha ni lain dari yang lain” “Lain dari yang lain. Maksud abang lain yang macam mana, macam Alien gitu?” tanya Nisha seperti hairan. Zamree sudah ketawa terkekek-kekek mendengar kata-kata Nisha. “Alien tu cantik ke? kejap abang nak kesan wajah Nisha dulu, mata, rambut dan hidung abang rasa itu gen Pakistan, kulit Cina atau Jepun lebih kuranglah kerana dua-dua bangsa tu putih, mulut Jepun sebab mulut orang Jepun ni kecil dan cantik-cantik, suara Pakistan kot sebab biasanya suara orang yang Pakistan atau Hindustan ni merdu, badan pun abang rasa Pakistan jugak cuma yang melayunya mungkin penampilan dan kelembutan Nisha” panjang lebar Zamree memberi ulasan dan rumusannya. “Abang ni teruk betullah setiap ciri abang nak sebut” “Memanglah, satu lagi otak Nisha ni memang otak Jepun sebab orang Jepun ni pandai” Zamree menyambung lagi inkuari penemuannya. “Ya lah tu, janji Nishani sempurna sifat” sahut gadis sambil tergelak. “Bukan sempurna sifat malah Nisha memiliki segala-galanya, Nisha gadis tercantik yang abang pernah jumpa dan baru hari inilah persoalan abang terjawab mengapa Nisha secantik ini” Kata-kata yang akhirnya terlafaz dari mulut Zamree menyebabkan Nisha terkesima seketika. “Nisha ni biasa je bang, entah cantik kat mana Nisha tak pun tahu sebab istilah cantik pada pandangan setiap orang tu tak sama cuma Nisha bersyukur juga sebab masih ada insan yang menghargai dan menerima serta menyayangi Nisha seperti Abang Zam, Abang Qhairul, Ku Farid, Kak Rozi serta bonda Engku Faridah. Terimakasih bang sebab layan Nisha dengan baik?”. “Abang pun dah tak ada ibu Nisha. Cuma abang pernah merasa kasih sayang darinya dan abang tak pernah merasa hidup susah dan derita seperti Nisha dan abang bersyukur dan bertuah bila abang dapat berjumpa dan dapat membantu serta membahagiakan Nisha”. “Ok tentang melancong tu nanti abang beritahu Nisha, kita bincang kemudian dan pergi sekali dengan Qhairul” sambung Zamree lagi kemudian menyudahkan baki minumaan di depannya. “Nisha ikut je, jom bang kita balik dah lewat ni” Zamree begitu seronok hari itu sebab dapat meluangkan masanya bersama Nisha. Mereka sampai di rumah Roziah pukul 6.35 minit petang. Terbeliak biji mata wanita itu bila Nisha dan Zamree mengeluarkan barang-barang yang mereka beli hari itu. Zamree turut menolongnya mengangkut barang-barang tersebut hingga ke dalam rumah Roziah. Setelah selesai Zamree meminta izin untuk balik. Nisha menghantarnya sehingga ke kereta. “Terimakasih bang kerana belanjakan Nisha hari ni, bawa kereta elok-elok tau, bye jumpa esok” “Ok sayang abang pergi dulu, kalau ada yang kurang nanti kita shopping lagi” kemudian dia mencium kening gadis tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam keretanya. Nisha memerhati kereta Zamree maninggalkan kawasan perumahan itu hingga ke satu selekoh kereta itu hilang dari pandangan. “Hai Nisha, akak rasa satu kedai Nisha bawa balik ke rumah ni” tegur Roziah. “Abang Zam belanja kak, dia sendiri yang ambil barang tu” balas Nisha. “Ya Allah kasut Jimmy Choo ni kau beli sampai 5 pasang, kau tahu berapa harga sepasang ni, satu pasang pun akak tak mampu nak beli” “Tak tahu, abang Zam tanya saiz kaki Nisha lepas tu tanya Nisha cantik ke tak, bila Nisha cakap cantik, dia terus ambil letak di kaunter” balas Nisha bersahaja. “Kalau Nisha nak tahu, paling murah pun kalau tak silap akak empat ke lima ribu satu” balas Roziah pula. “Betul ke?”sahut Nisha sambil jejarinya mula mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Roziah kemudian melihat pula beberapa helai pakaian seperti blazer, blause, baju T, seluar panjang dan baju tidur semuanya barangan berjenama antarabangsa yang terkenal yang berharga ribuan ringgit begitu juga beg tangan jenama Gucci, Guess, Ferdi 5 buah semuanya dan kalau ikut kiraan kasar semua harga barang yang diangkut oleh Nisha hari itu, ratusan ribu ringgit lelaki itu telah habisan untuk Nisha kalau ikut conggak metematik Roziah yang tidak kurang hebatnya berbanding Nisha. “Ini Nisha beli khas untuk Kak Rozi, ambillah” Nisha menghulurkan salah satu beg tangan jenama Guess yang berharga RM3250 kepada Roziah. “Betul ni, Nisha hadiahkan pada akak ke?” Nisha menganggukkan kepalanya. Wajah Roziah begitu gembira bila mendapat pemberian yang begitu mahal dari adik angkatnya itu. Mengharapkan gaji bulanannya mungkin dia tidak mampu memiliki beg tangan yang semahal itu yang lebih separuh dari gajinya. Roziah memerhati sesuatu pada adik angkatnya. Pagi tadi sewaktu bertandan ke rumah Dato’ Wazir dia tidak perasan dengan apa yang dipakai oleh adik angkatnya itu. “Nisha sekejap, cantik rantai kaki ni, rantai tangan ni pun cantik jugak, mesti mahalkan sebab emas sekarang dah naik harga yang kecil dan halus pun dah beribu-ribu ringgit sekarang, kalau ikut pattern dan saiz rantai kaki dan rantai tangan yang Nisha pakai tu banyak puluhan ribunya tu” Roziah menjeling rantai yang ada di kaki dan tangan Nisha. “Ini abang Zam yang hadiahkan pada Nisha, Nisha pilih sendiri kat kedai emas tadi sebab tu ada huruf Z dan Q, rantai kaki ni abang Qhairul bagi semalam” beritahu Nisha secara jujur. “Dan cukup lengkap Nisha diikat oleh tiga orang lelaki ni, Ku Farid ikat jari, Dato’ Zamree ikat tangan, Dato’ Qhairul pulak ikat kaki, yang mana lebih kuat tu, cuma leher je tak da sesiapa yang nak ikat lagi” “Kalau kaki dah kena ikat bererti tak boleh jalanlah Nisha ni dengan orang lain,” balas Nisha kemudian ketawa. “Pandai-pandai kaulah Nisha, satu masa kau pasang tiga. Akak pun kalau berada di tempat Nisha tentu dilema jugak nak buat pilihan”sahut Roziah lagi. Akhir perbualan yang diselangi dengan suara gelak ketawa penghuni rumah teres dua tingkat memecah keheningan petang yang mula melabuhkan tirainya. Selepas mandi Nisha dan Kak Rozi menunaikan solat Maghrib berjemaah. Bab 31 Sejak Qhairul menolaknya mentah-mentah malam itu, dia merasa sungguh menyesal, kenapa aku bodoh sangat menangguh pertunangan yang aku rancananya 5 tahun yang lalu, sedangkan waktu itu Qhairul seorang lelaki yang mudah termakan pujuk rayunya. Entah mengapa sekarang Qhairul begitu jauh berubah baik dari segi panampilannya yang semakin kacak malah perdirian dan sikapnya semakin sukar difahami. Sudah dua kali mengunjungi Regalis Club selepas malam itu dia gagal menemui Qhairul. Hati semakin dicarik-carik sembilu bila Lizawatie menceritakan dia terserempak dengan Qhairul bersama dengan seorang perempuan. “Betul Yasmine, aku nampak dengan mata aku sendiri malam tu hampir jam 10.30 di restoran Malay Tower.” “Kau juga yang cakap Qhairul tu kasanova, biasalah dia berkepit dengan mana-mana je perempuan yang suka kat dia, esok lain, malam ni lain, lusa pulak perempuan lain” balas Yasmine Hana cuba memujukhatinya sendiri. “Tapi aku nampak dia dengan perempuan tu lain macam je, nampak loving sungguh, makan kongsi sepinggan, minum kongsi segelas, lepas tu pulak si Qhairul tu siap suapkan perempuan tu, macam pasangan yang baru lepas kahwin, duduk rapat-rapat, Qhairul pula asyik merenung wajah perempuan sambil tangannya tak lekang membelai rambut perempuan tu” tambah Lizawatie lagi menceritakan episod yang ditontonnya malam itu. Yasmine Hana mengetap bibir ,hati tidak senang mendengar cerita Lizawatie. “Perempuan tu cantik ke?” tanya Yasmine Hana lagi. “Fuhh.. aku perempuan ni pun akui perempuan tu memang cantik, tapi yang pasti perempuan tu bukan model atau artis, nampak manja sangat dengan Qhairul. Aku tak salahkan Qhairul jika dia terpikat dengan perempuan yang cantik macam bidadari tu. Perempuan tu nampak sedehana, lemah lembut tapi memang muda”. Lizawatie tidak sedar kata-kata meyakitkan hati kawannya. “Siapa perempuan tu?, mungkin gara-gara perempuan ni lah aku tak boleh tackle Qhairul lagi” bisik Yasmine Hana dalam hati. Dalam kegelisahan itu Yasmine teringatkan sesuatu, Puan Sri Datin Hajar, mama Dato’ Qhairul. Yasmine Hana mencapai telefon bimbitnya kemudian terus mendail menekan salah satu nombor di memori telefon bimbitnya. “Hello Untie, Yasmine ni, untie apakhabar?” “Oh.., Yas, Yas kat mana tu masih kat US lagi ke?” “Tak untie, Yas dah balik Malaysia sebulan yang lalu” “Oh..dah jumpa Qhairul, macam mana dah bincang dengan Qhairul bila nak langsungkan?” “Kalau boleh sekarang pun Yas nak kahwin dengan Qhairul tapi ada masalah untie”, “Kenapa?” “Susah Yas nak jelaskan, baik untie balik ke sini supaya keluarga untie tak dapat malu dan susah terutama hidup Qhairul sekarang yang semakin rosak oleh betina tu pisau cukur tu ” “Betul ke ni Yas?” “Yas ni bukan jenis orang yang suka buat cerita tapi bila perempuan tu yang terang-terang rosakkan hidup bakal suami Yas dan malukan Yas depan ramai tentulah Yas marah” “Kalau macam tu bulan depan untie balik Malaysia, untie akan nasihatkan Qhairul supaya lupakan perempuan tu dan kahwin dengan Yas” “Terimakasih untie” “Sama-sama bye, assalamualaikum” Dengan perasaan yang gembira, Yasmine Hana menekan butang merah telefon. “Harap-harap Puan Sri Datin Hajar boleh membantunya. Aku akan singkirkan perempuan itu dari hidup Qhairul. Aku nak tengok sehebat manakah perempuan itu di hati Qhairul. Tapi sebelum Puan Sri Datin Hajar sampai ke Malaysia aku cuba siasat dulu siapa perempuan tu. Kalau aku boleh tumbangkan perempuan itu sendiri tak payah susah-susah aku nak minta tolong Puan Sri Datin Hajar” bisik hati kecilnya. Seperti biasa, Zamree menjemput Nisha pagi itu, waktu sampai di pejabat semua kaki tangan tersenyum menyambut kehadiran Nisha. Dengan langkah yang bergaya dan senyuman yang tak lekang di bibir Zamree terus berlalu menuju ke biliknya. “Selamat pagi Nisha” tegur Kak Zizie. “Nisha ni bukan je cantik, pandai tapi tak sangka pulak pandai menyanyi, suara lebih merdu dari Siti Nurhaliza, bertuahlah sesiapa yang dapat kahwin dengan Nisha” sambung Kak Zizie lagi. “Insan sempurna macam Nisha ni, kalau bukan milik putera raja mestilah billionaire macam dua orang bos kita tu”sahut Rita. “Yalah tu” sahut Nisha kemudian dia terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi kemudian terus menghidupkan CPU komputernya. Hari itu Nisha mengenakan blouse warna hijau muda dipadankan dengan blazzer hitam dan seluar slack longar berwarna hitam. Di samping itu kakinya cantik menyarungkan kasut tumit tinggi Jimmy Choo. Semua set sepersalinannya hari ini di beli oleh Zamree semalam. Zamree merasa gembira melihat gadis itu memakai barangan yang dibelinya. Matanya tak lekang-lekang menjeling ke arah gadis yang duduk di sebelahnya semasa perjalanan ke Wisma Permata tadi. Zizie terkejut dengan kemunculan big bosnya pagi itu, warna pakaiannya sedondoi dengan baju Nisha. Kemunculan bergaya Qhairul pagi itu dengan sehelai kemeja hijau muda, seluar slack berwarna hitam dan berkot hitam. Nisha yang hendak mengatur langkahnya menuju ke pantry bertembung dengan Qhairul yang baru muncul di pejabat hampir pukul 9 pagi. Biasalah bos katakan boleh datang dan pergi sesuka hati, syarikat ini aku yang punya. Dalam jarak yang cuma sekaki, Nisha melihat lelaki itu dari bawah ke atas kemudian dia melihat pakaian yang dipakai oleh dirinya. “Aik!”dengan isyarat jari yang terkuit-kuit sekejap ke arah lelaki itu sekejap ke arah dirinya, Nisha kemudian mengaru kepala. “Tu namanya kita sehati dan sejiwa” bisik Qhairul ke telinga gadis itu. Nisha tersenyum mendengar kata-kata Qhairul, Zizie tumpang bahagia melihat kemesraan Dato’ Qhairul dan Nisha Seorang wanita yang baru keluar dari pintu lif terus menuju di hadapan Qhairul dan Nisha. Tanpa sepatah perkataan pun yang keluar dari bibirnya matanya merenung tajam ke arah Qhairul dan Nisha. Kemudian dia merenung Nisha dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Hatinya turut memuji dan terpesona melihat kecantikkan gadis di depannya. Belum sempat Yasmine Hana bersuara Qhairul kemudian melepaskan briefcase di tangannya kemudian memberitahu sesuatu kepada Nisha setelah mengeluarkan sesuatu dari poket baju kot yang tersarung di tubuhnya. “Sayang, ni klip rambut Nisha yang abang jumpa atas katil dalam bilik abang” kemudian Qhairul terus menarik sedikit rambut yang menutupi dahi gadis tersebut kemudian menolaknya ke atas lalu menahan rambut tersebut dengan klip yang ada di tangannya. Perasaan Yasmine Hana terbakar dan bagai dihiris sembilu mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Qhairul pada gadis itu lebih-lebih melihat kemesraan yang berlaku di depan matanya. “Bang, Nisha nak ke pantry sekejap, abang nak air Nisha buatkan” Nisha memandang wajah Qhairul. “Buatkan milo panas untuk abang” Qhairul menghadiahkan senyuman manisnya pada gadis itu. “Ok, Nisha minta diri dulu”,Nisha kemudian meninggalkan Qhairul yang masih lagi berdiri di hadapan meja Zizie berdekatan dengan Yasmine Hana yang masih termanggu seperti orang yang kehilangan arah. Tanpa menoleh ke arah Yasmine Hana, Qhairul terus mencapai semula briefcasenya semula kemudian terus melangkah masuk ke biliknya. “Beritahu bos awak yang buta tu, saya nak jumpa dia”Yasmine Hana seolah-olah menyergah dan membentak Zizie. “Kan tadi cik Yasmine Hana dan berjumpa sendiri dengan dia, mengapa cik Yasmine Hana tak bercakap sendiri yang cik Yasmine Hana nak jumpa dia?”agak tegas suara Zizie apabila dia merasa perempuan itu terlalu biadab kepadanya. “Kan aku kata bos kau tu buta tak nampak aku, baik kau beritahu dia sekarang sebelum aku merempuh pintu tu”Yasmine Hana kelihatan begitu marah. Dengan rasa yang agak malas, Zizie menekan butang interkom atas mejanya. “Dato’, Cik Yasmine Hana nak berjumpa, dia boleh masuk ke?” “Dia ada buat appointment ke nak jumpa saya ke hari ni?” “Tak da Dato’” “Kalau macam tu suruh dia buat appointment dulu kalau nak jumpa saya sebab hari ini saya tak boleh terima sesiapa sebab saya sibuk” balas Qhairul dengan nada yang serius. “Baik Dato’” Zizie kemudian terus mematikan butang interkomnya kemudian dia memandang ke wajah Yasmine Hana lalu berkata “Cik Yasmine dah dengar sendirikan apa dia kata, sebagai pekerja saya hanya menurut perintah” beritahu Zizie selamba dengan sedikit senyuman di bibirnya. Dengan rasa yang amat marah Yasmine Hana terus meluru ke arah bilik Qhairul lalu menolak daun pintu bilik tersebut, Zizie cuba menghalang tetapi ditolak oleh Yasmine. “Saya dah cakap dengan dia Dato’ tapi dia tak percaya, maafkan saya Dato’ sebab tak dapat halang cik Yasmine Hana” “Tak apa Zizie, awak keluar dulu” “What wrongs with you Qhairul, you buta ke tak nampak I kat luar tu tadi. I cuma nak jumpa you tak boleh ke?”Suara Yasmine Hana kedengaran begitu marah. “Nak jumpa I kena buat appointment, You nak jumpa I untuk apa? kita bukannya ada apa-apa urusan yang nak dibincangkan lainlah kalau you rakan niaga atau rakan kongsi I” jelas Qhairul dengan suara yang agak lantang. “Perlu ke I buat appointment nak jumpa bakal suami?” Yasmine Hana sengaja menekan ke arah matlamatnya. Qhairul tergelak sebelum bersuara lagi. “You ni kenapa?, siapa bakal suami you?. Bila I setuju nak kahwin dengan you?. You masih tak faham lagi ke apa yang I dah jelaskan pada you malam tu” Qhairul bercakap lebih serius mengharapkan agar Yasmine Hana lebih faham. “Please Qhairul, hal kita masih boleh dibincangkan, you jangan lupa I dengan keluarga you saling mengenali dan parent you mereka dah setuju dan berjanji untuk menjodohkan kita, and you tetap akan kahwin dengan I dan you tak boleh mungkir janji”tuntas Yasmine Hana dengan wajah yang begitu serius. “Seingat I, kita tak pernah buat sebarang perjanjian dengan mana-mana loyar pun. You seperti nak paksa I kahwin dengan you, you fikir I ni budak kecik ke?” Pintu bilik tiba-tiba terbuka, Nisha muncul dengan sebiji mug yang berisi air milo panas di tangannya, dia kemudian menghampiri Qhairul lalu meletakkan milo panas itu di atas meja di hadapan lelaki itu. “Thanks sayang” Qhairul memandang Nisha kemudian tersenyum. “Nisha minta diri dulu bang” Qhairul mengangguk kemudian matanya mengiringi gadis itu berlalu menuju ke pintu. “Jadi you dah ada buah hatilah sekarang ni ya?” “Soal hidup dan mati I you tak perlu tahu sebab kita tak ada apa-apa hubungan. You bukan siapa-siapa dengan I dan I harap you faham dan jangan kacau hidup I lagi” nada Qhairul begitu tegas. “Senangnya you cakap. You jangan lupa, hal kita takkan berakhir di sini, sesiapa yang menghalang jalan I tahulah apa nasibnya nanti. I takkan lepaskan hak I dengan begitu mudah” ugut Yasmine Hana. “Sila keluar, I ada banyak kerja yang nak dibuat, I tak kuasa nak dengar ugutan you dan tak ada masa nak layan perempuan macam you ni” Qhairul terus membuka satu demi satu fail-fail yang ada di atas mejanya seolah-olah menyibukkan dirinya. Dengan perasaan yang cukup marah, Yasmine Hana menghempas daun pintu hingga gedebang..bunyinya. Bagai nak tercabut jantung Nisha dari tangkainya bila mendengar bunyi hempasan daun pintu itu. Zizie dan Nisha berpandangan sesama sendiri. Yasmine Hana terus menikam pandangannya ke wajah Nisha. Matanya yang merah seperti singa yang kelaparan tidak berkelip memandang gadis tersebut.Nisha membalas renungan tajam mata Yasmine Hana dengan satu pandangan yang cukup redup dan menyentuh jiwa. Merasai dirinya hampir kalah dengan panahan mata gadis itu, Yasmine Hana cepat-cepat melemparkan pandangan ke tempat lain. “Kenapa tiba-tiba semangat aku jadi lemah bila menentang mata gadis ini, siapa dia, gadis ini manusia ke atau bidadari syurga?” dengan langkah yang pantas Yasmine Hana terus berlalu meninggalkan pejabat PJ Holding. Selepas habis waktu rehat semua pekerja PJ Holding kembali semula ke meja masing-masing untuk menyambung semula tugasan masing-masing. Kak Salmah selaku tea lady baru yang baru bertugas hari itu mengantikan Kak Nurul yang telah berhenti bekerja dua bulan yang lepas baru saja keluar dari bilik Zamree untuk menghantar secawan nescafe kepada Datuk Zamree. “Handsemlah Datuk Zamree tu, suka akak tengok muka lelaki kacak macam tu”katanya pada Zizie. “Hai, lain macam je bunyinya, Kak Salmah berminat ke?”tanya Zizie “Eh..takkan lah dia nak dengan Kak Salmah yang dah tua kerepot ni” balas Kak Salmah. “Kak Salmah dah jumpa ke big bos tak kat dalam bilik tu?”tanya Zizie pada Kak Salmah. “Eh..bukankah Datuk Zamree tu bos kat sini?tanya kak Salmah seperti tidak faham. “Tu bos, tapi dalam tu big bos, big bos tu lagi handsem Kak Sal” Zizie cuba bergurau pada Kak Salmah. Memang pun kak Salmah belum berjumpa dengan Datuk Qhairul sebab Nisha yang menyediakan air milo panas untuk Datuk Qhairul sebelum rehat tadi. Kak Salmah kemudian memandang ke arah Nisha yang sedang asyik memandang sesuatu di skrin komputernya. “Tu siapa, cantik budaknya, sejuk mata memandang” Mulut Kak Salmah muncung menunjuk ke arah Nisha. “Oh..tu Nisha adik angkat bos, buah hati big bos” Zizie berbisik ke telinga Kak Salmah. Kak Salmah tersenyum kemudian dia menghampiri Nisha. Perlahan-lahan dia menyentuh pipi gadis itu. Nisha yang agak terkejut sempat tersenyum memandang ke arah Kak Salmah. Zizie ketawa melihat gelagat lucu Kak Salmah. “Kenapa Kak, ada apa-apa Nisha boleh bantu?”tanya Nisha secara lembut kepada Kak Salmah. Dia sebenarnya agak terkejut dan hairan dengan tindakan tea lady baru itu. “Tak, cuma akak teringin nak sentuh pipi yang licin dan putih macam ni, macam telur dikupas, payah nak cari wajah yang asli cantik macam ni, adik ni bangsa apa?” Zizie dan Rita agak terkejut mendengar soalan tea lady baru itu kepada Nisha. “Oh, ayah Nisha peranakan Pakistan dan Melayu, ibu Nisha keturunan Baba Nyonya” “Patutlah cantik” sahut Kak Salmah sambil tersenyum. Nisha turut tersenyum mendengar kata-kata Kak Salmah. Zizie dan Rita yang baru tahu terkejut mendengar jawapan Nisha pada kak Salmah. “Rupa-rupa Nisha ni mixed blood patutlah jarang jumpa wajah cantik macam ni” bisik Zizie dalam hati. Tiba-tiba telefon atas meja Zizie berbunyi. Zizie menjawab panggilan itu dan mencatat sesuatu. Kemudian Zizie menekan sambungan telefon ke bilik Datuk Qhairul. “Datuk, saya mendapat panggilan dari Puan Engku Faridah CEO PMC dan pemilik SPA Puteri, katanya dia nak berjumpa Datuk Qhairul dan Datuk Zamree pukul 11 nanti, kalau datuk setuju, saya akan hubungi beliau semula”. “Ok datuk, saya akan beritahu Datuk Zamree. Zizie menekan semula butang telefonnya kemudian bercakap dengan seseorang. “Bonda nak jumpa Abang Qhairul, Abang Zam, mesti tentang hal hari tu”bisik Nisha dalam hati. “Zam, kau kenal Puan Engku Faridahkan?” “Siapa yang tak kenal wanita tu, kenapa?” Zamree agak terkejut bila Qhairul memanggilnya ke bilik bertanyanya tentang wanita itu. “Wanita ni nak jumpa kita berdua dalam pukul 11 nanti, 15 minit dari sekarang” Zamree mengerutkan dahinya seperti memikirkan sesuatu. “Kita ada urusniaga dengan dia ke?” “Tak da, tapi tentu kau lupa satu lagi perkara, dia bonda Tengku Farid dan ni mesti ada kaitan dengan Nisha. Kau mungkin dapat fikir sekarang apa sebab dia nak jumpa kita” balas Qhairul sambil memandang wajah Zamree. Tepat jam 11 pagi kelihatan Puan Engku Faridah yang diiringi 4 pengawal peribadinya melangkah masuk ke pejabat PJ Holding. Zizie memberi sambutan hormat sebaik sahaja melihat kemunculan wanita ternama dan terhormat itu. Nisha tersenyum melihat wanita itu. Zizie dan Rita serta semua pekerja yang ada di pejabat pengurusan induk PJ Holding itu agak hairan dengan aksi Nisha yang segera mendapatkan wanita yang berketurunan kerabat diraja yang berpengaruh dan ternama serta pemilik saham terbesar SPA diraja yang terkenal di Malaysia itu. Puan Engku Faridah terus memeluk Nisha, Nisha membalas pelukan wanita itu lalu mencium kedua belah pipinya. “Bonda sihat?”tanya Nisha kepada wanita itu. “Alhamdulillah, bila Nisha nak mengunjungi bonda lagi, bonda rindu sungguh nak tengok muka Nisha”sahut wanita itu sambil tersenyum lalu terus bertanyakan soalan. “Insyaallah, kalau ada masa hari Sabtu nanti Nisha pergi rumah bonda” jawab Nisha sambil memeluk pinggang wanita itu lalu melangkah seiringan menuju ke bilik Datuk Qhairul, sebelum membuka pintu Puan Engku Faridah sempat memberitahu sesuatu. “Silalah masuk bonda”Nisha kemudian membuka pintu lalu mempersilakan wanita itu masuk ke bilik CEO. Qhairul dan Zamree sudah bersedia menunggu kedatangan wanita itu di sofa tamu bilik itu. Setelah mempersilakan wanita itu duduk Nisha meminta diri untuk keluar. Sebenarnya perasaan Qhairul dan Zamree tidak tenang sejak mendengar nama wanita yang cukup terhormat dan ternama itu ingin menemui mereka berdua lebih-lebih lagi wanita itu adalah bonda Tengku Farid yang semestinya ada kaitan dengan Nisha. Tanpa memberi kesempatan untuk Nisha duduk, Rina dan Zizie terus menghampiri Nisha dan terus menyoal bertubi-tubi pada gadis itu. “Apa hubungan kau dengan perempuan tu Nisha?”tanya Rina. “Kau kenal dengan wanita tu kah Nisha?”tanya Zizie pula. “Kenapa kau panggil wanita tu bonda. Dia mak kau kah Nisha”tanya Rina. lagi. “Ok, mai sini Nisha bagi tau, wanita tu bonda angkat Nisha, dia bonda Tengku Farid, dah faham” selesai memberitahu hal yang sebenar Nisha menyambung semula kerjanya yang terbengkalai tadi, sebenarnya bukan buat kerjapun cuma melayari internet dan mewarna rumah yang dimahukan oleh Tengku Farid. Sesekali dia tolong menyemak akaun syarikat takut-takut ada short sebab ada orang yang makan gaji buta kat syarikat ni. Eee.. Nisha menuduh dirinya sendiri. Nishalah tu, siapa makan cili dialah rasa pedas. Setelah hampir satu jam berbincang, akhir interkom di atas meja Zizie berbunyi. “Zizie, suruh Nisha masuk” suara Qhairul kedengaran di interkom. “Tak payah cakap, Nisha dah dengar” Nisha menjawab sendiri panggilan dari Datuk Qhairul. Qhairul tersenyum mendengar suara Nisha. Nisha melangkah masuk ke bilik Qhairul dengan langkah yang agak perlahan. “Mari sayang duduk dekat bonda” Nisha mengukir senyuman lalu melabuhkan punggungnya di sebelah wanita tersebut. Qhairul dan Zamree melemparkan senyuman pada Nisha. “Nisha pun dah tahu apa tujuan kedatangan bonda ke sinikan?” Nisha menanggukkan kepalanya menjawab soalan wanita itu. “Setelah menandatangani kontrak nanti, Nisha secara rasmi akan menjadi duta SPA Puteri dalam tempoh permulaan 3 tahun terikat dengan kontrak PMC. Bonda akan menjaga Nisha seperti anak bonda sendiri jadi Nisha tak perlu rasa takut. Nisha akan dilindungi setiap masa, dan tentang anugerah PMS tu, bonda pun dah bincangkan dengan datuk berdua ni dan sekiranya Nisha layak dan terpilih oleh ahli panel, dan berjaya melalui beberapa penapisan abang-abang datuk ni pun dah setuju untuk beri sponsor untuk menyediakan tiaranya nanti. Nisha kini bukan saja duta SPA Puteri tapi sebagai anak angkat bonda dan bonda juga anggap Nisha sebagai rakan kongsi bonda dan boleh mengambil alih tempat bonda kalau berlaku sesuatu pada bonda nanti”.ujar Puan Engku Faridah panjang lebar sambil membelai rambut Nisha dengan tangannya. “Tapi bondakan ada seorang anak perempuan?” Nisha seperti tidak percaya dengan apa yang telah Puan Engku Faridah beritahu padanya. “Ya tapi dia telah mendapat semua bahagiannya sebelum ini dan dia telah mendapat lebih banyak bahagian dari nendanya. Puteri SPA adalah yang teramat penting bagi bonda, hanya kepada orang yang bonda benar-benar percaya dan sayang bonda akan serahkannya, bonda dah jumpa orangnya. Bonda percaya pada firasat bonda, bonda dah temui puteri yang ingin bonda lahirkan selama ini walaupun lahir dari rahim wanita lain tapi bonda terima dan anggap Nisha seperti anak sendiri. Bonda akan curahkan kasih sayang seorang ibu dan sayangkan Nisha seperti anak kandung”. Nisha amat terharu mendengar kata-kata wanita itu lantas tubuh wanita itu dipeluknya erat. “Terimakasih bonda kerana sudi terima Nisha, Nisha sayangkan bonda” balasnya sambil menyeka air mata yang mengalir di pipinya. “Kontraknya bonda dah serahkah pada Datuk Qhairul, Bonda beri Nisha masa untuk baca dan faham dulu sebelum turunkan tandatangan” jelas wanita itu sambil tersenyum memandang Nisha. “Oh, Ku Farid beritahu bonda Nisha pandai nyanyi, betul ke?” tanya wanita itu lagi. “Lagu kanak-kanak bolehlah bonda tu pun kalau tak macam katak panggil hujan” jawab Nisha sambil tergelak. “Bonda tak kisah, hari jadi bonda nanti bonda nak dengar Nisha nyanyikan sebuah lagu untuk bonda, boleh kan?” “Insyaallah kalau itu yang mengembirakan bonda” jawabnya sambil tersenyum. “Oklah datuk, saya minta diri dulu, tolong jaga puteri Puan Engku ni elok-elok. Puan Engku tahu hatinya ada di sini bukan di istana, itu firasat seorang ibu” Qhairul tersentak mendengar luahan kata-kata wanita itu. Puan Engku Faridah merenung wajah Qhairul lalu tersenyum kemudian berpaling ke wajah Zamree. “Kedua-duanya ada perasaan pada Nisha, tapi Nisha mencintai salah seorang dari mereka” bisik hati kecil wanita itu. Setelah bersalaman dengan Datuk Zamree dan Datuk Qhairul, Nisha menghantar wanita itu hingga ke pintu lif. “Jangan lupa sebuah lagu untuk bonda” pesannya lagi. Nisha memeluk dan mencium kedua-dua pipi wanita itu sebelum wanita itu melangkah masuk ke dalam lif. “Sayang, masuk bilik abang sekejap” Nisha melihat SMS di inbox telefon bimbitnya. Nisha melangkah masuk semula ke bilik Qhairul, Zamree pula sudah kembali semula ke biliknya. Nisha menghampiri Qhairul yang sedang bersandar di mejanya. “Sayang ok ke?” tanya Qhairul kepada gadis itu. Sambil tangannya memegang bahu gadis itu. Nisha mengukir senyuman di bibirnya. “Nisha oklah bang, kenapa abang tanya macam tu” mendengar jawapan gadis itu, Qhairul menarik Nisha merapatinya lantas mencium kening gadis itu. “Kalau ok, jom kita keluar lunch” Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik itu. “Tak nak panggil Abang Zam sekali ke?” Tanya Nisha lalu memandang ke bilik Datuk Zamree. Kak Salmah yang baru keluar dari pantry ketika itu bertembung dengan Nisha dan Qhairul. Matanya terus ditumpukan pada lelaki kacak dan bergaya yang berdiri di sebelah Nisha. “Aku ingat Datuk Zamree dah habis kacak lelaki aku pernah nampak tapi bila nampak big bos ni aduh bagai nak jatuh jantung dari tangkai, lawa giler..”bisik Kak Salmah dalam hati. “Kak Salmah, ni big bos kita Datuk Qhairul Azamin” Kak Salmah melemparkan senyuman pada Qhairul. “Abang, Kak Salmah ni tea lady baru kita” Qhairul tersenyum dan menganggukkan kepalanya. “Nisha tunggu sekejap, abang pergi panggil Zam” Selang beberapa minit Qhairul muncul bersama Zamree. Mereka bertiga melangkah beriringan menuju ke Restoran Selera Melayu yang tidak terletak di seberang jalan berdepan bangunan Wisma Permata. Setelah mengambil beberapa makanan yang dihidangkan secara buffect , mereka duduk di sebuah meja yang kebetulan masih kosong untuk empat orang. Qhairul duduk di sebelah Nisha sementara kerusi di sebelah Zamree masih kosong, tiba-tiba Wazir muncul dengan membawa sepinggan nasi berserta lauk. “Hai Nisha, apakhabar?” Wazir terus menegur gadis yang duduk di sebelah Qhairul. “Hai tanya Nisha sorang aje ke, kami ni tak tanya sihat ke, sakit ke, tapi aku rasa aku ni sakit kot” Qhairul mencelah percakapan Wazir. “Sakit hati” sahut Zamree sambil tersenyum. “Macam mana kau boleh sesat kat sini Zir kan ofis kau 10 batu dari sini?” “Mana ada 10 batu, tu nampak dari sini, aku nak jumpa kau orang berdua tadi tapi tiba-tiba aku nampak kau orang bertiga masuk sini jadi aku kejarlah sampai sini, tak boleh ke?”sahut Wazir lalu tersenyum. “Selama ni tak pernah pun kau cari kami berdua sampai kat ofis” sambil menikmati makanan, sempat juga lelaki-lelaki kacak tu bertikam lidah sedikit-sedikit kalau banyak-banyak tu takut tercekik pulak. “Entahlah aku pun tak faham kenapa hati aku bagai ditarik magnet untuk datang kat ofis kau orang berdua” balas Wazir bergurau sambil menjerling melihat Nisha di sebelah Qhairul. “Kau jangan nak cari penyakit, tiga cukuplah jangan nak tambah jadi empat” Qhairul menyindir semoga wazir faham maksudnya. “Kuota bermadukan empat, angka genap lagi tu. Pantang orang tua-tua tau kalau berkawan 3 tiga orang” Wazir menyambung lagi sambil tersenyum. Qhairul hanya menggelengkan kepalanya malas hendak menyambung kata-kata Wazir lagi. Malam nanti kau orang berdua pergi tak ke majlis ajuran Tan Sri Datuk Ameer tu” tanya Wazir lalu memandang wajah Qharul kemudian Zamree bersilih ganti. “Pergi sebab Tan Sri Ameer tu kawan papa aku, pernah jadi ahli lembaga pengarah PJ Holding. PJ Holding pun pernah buat kerjasama dengan beberapa projek AHC milik Tan Sri Ameer” jawab Qhairul kamudian terus menyedut minuman di depannya. Nisha cuma tersenyum mendengar perbualan ketiga-tiga lelaki itu. Wazir sesekali menjerling ke arah Nisha yang sedang leka menikmati makanan yang ada di pinggannya. “Kau dan Nisha nampak sedondoi hari ni Rul” usik Wazir lagi. “Dah kami berdua ni sehati sejiwa nak buat macam mana” balas Qhairul bagai nak mengenakan Si Wazir. “Betul ke apa yang abang Qhairul cakap ni Nisha?” Wazir seperti tidak puas hati. “Betul, betul, betul!” jawab Nisha macam upin dan ipin. “Sejak bila pulak Nisha ni terjangkit penyakit Si Hani ni” Wazir terkejut lalu tergelak. Zamree dan Qhairul akhirnya tidak dapat menahan gelaknya. Meja itu gamat oleh derai ketawa tiga lelaki tersebut. Semua mata pengunjung restoran itu memandang ke arah meja tersebut yang kebanyakkan terdiri dari pekerja PJ Holding yang sering menikmati makan tengah hari di situ. “Bestlah jadi macam Nisha tu, dapat duduk dan berbual dengan bos-bos muda yang kacak dan kaya raya macam tu” kata Rina. yang sedang duduk makan bersama kawan-kawanya. “Aku rasa peminat fanatik Nisha dah bertambah dari tiga dah jadi 4 sekarang” balas Zizie pula. “Kenapa?” tanya salah seorang dari 4 yang duduk di meja makan bersama Zizie. “Kan Datuk Wazir yang kacak tu duda anak satu, tentu tengah cari orang baru kot, aku nampak dia asyik menjerling pada Nisha je dari tadi” balas Zizie lagi tapi dengan suara yang seolah-olah berbisik bimbang didengar oleh orang di kiri dan kanan meja mereka. “Bertuahnya Nisha, peminat semua high class, semua ada title, lepas salah satu pun title datin garenti dalam tangan” sahut Rina lagi. Bab 32 Ramai tetamu yang hadir di majlis makan malam yang dianjurkan oleh Tan Sri Ameer sempena meraikan kejayaan pengabungan beberapa anak syarikat bumiputera di bawah kumpulan Ameer Bumiputera Holding Bersatu. Kemunculan Qhairul dan Zamree memang menjadi tumpuan di mana-mana saja majlis yang sering dianjurkan oleh golongan-golongan korporat atau rakan-rakan perniagaan yang mengenalinya. Boleh dikatakan hampir semua ahli perniaagan bumiputera terkemuka sekitar KL yang hadir. Tengku Farid juga turut dijemput meraikan majlis pada malam tersebut. “Hai Datuk Qhairul, sensasi cerita CEO dan timbalan CEO PJ Holding sekarang, betul cerita tu?” tegur Datuk Jalil lelaki berusia 43 tahun pemilik JCC sebuah syarikat hartanah salah seorang rakan perniagaan Tengku Farid. “Cerita apanya?”jawab Qhairul sambil tersenyum. “Ala..satu Malaysia dah tahu kisah tu , betul ke you orang berdua larikan kekasih hati Tengku Farid?” Datuk Jalil memandang wajah Qhairul sambil tersenyum. “Tu cuma salah faham”,jawab Qhairul kemudian meneguk air di gelasnya. “Siapa gadis yang jadi rebutan you orang bertiga tu, sana sini I dengar kawan-kawan kita cakap pasal hal ni, I rasa tak percaya Tengku Farid boleh turun gelanggang untuk dapatkan gadis tu” ujar Datuk Jalil lagi. Qhairul tergelak kecil. “Hebat sangat ke gadis itu, I dengar gadis tu muda lagi tapi bukan selebriti atau modelkan?” Datuk Jalil meneruskan lagi edisi siasatnya. “Pernahkah selama ni you dengar I tunduk dengan mana-mana perempuan apalagi nak bergaduh pasal perempuan. Kalau I dah sanggup terlibat dan bersaing dengan Tengku Farid pasal perempuan dan Tengku Farid sanggup rosakkan reputasi Putera Mahkotanya pasal perempuan, you boleh bayangkan apa spesialnya gadis itu walaupun umurnya baru 17 tahun. Untuk pengetahuan you dia bukan gadis sebarangan tapi bidadari dari kayangan. Suatu masa you akan kenal dia bila seluruh Malaysia mengenalinya” ujar Qhairul dengan serius kemudian tersenyum memandang Tengku Farid yang tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Datuk Jalil cuba memikirkan kata-kata Qhairul kemudian berjabat tangan dengan Tengku Farid. “Hai Ku Farid, seorang saje ke?” tegur Datuk Jalil. Tengku Farid tersenyum, kemudian memandang Qhairul di sebelahnya. “Kalau Datuk Qhairul dan Datuk Zamree datang seorang, tak adil saya datang berdua” jawab Tengku Farid sambil bergurau. Qhairul dan Datuk Jalil faham maksud yang tersirat di sebalik kata-kata Tengku Farid akhirnya tergelak. Tengku Farid kemudian memberitahu Qhairul dan mengaturkan pertemuan mereka kali ini di Regalis Club malam esok tentang Projek Sulit PJ Holding dan PH Company di Melaka. “Kita jumpa di Regalis Club malam esok, nak bincang sikit projek kat Melaka tu dengan you all berdua”ujarnya sambil memandang wajah Qhairul. “Nanti I beritahu Zamree”balas Qhairul pula. “Eh..PHC dan PJH ada buat projek bersama ke? cerita mana yang betul ni, dalam masa bergaduh boleh pulak buat projek bersama” tegur Datuk Jalil yang tiba-tiba mencelah. “Tu sebab I cakap gadis ni special, bukan gadis sebarangan kalau I , Zamree dan Ku Farid boleh terlibat dan rosakkan reputasi pasal seorang perempuan” balas Qhairul sambil tergelak. Tengku Farid ikut tergelak. Datuk Jalil mengeleng-gelengkan kepala tanda tidak faham apa situasi sebenarnya yang berlaku. Seperti yang dijanjikan tepat pukul 8 malam semua ketiga-tiga bos besar untuk projek itu berkumpul di satu meja. Setelah memesan minuman mereka memulakan perbincangan. Tengku Farid menunjukkan plan dan gambar rumah yang telah siap dibuatnya. Setelah meneliti setiap aspek Qhairul kemudian bersuara. “Nice, warna ni you pasti Nisha suka?” soal Qhairul pada Tengku Farid. “Hundred percent because I suruh Nisha sendiri yang warnakan” jawab Tengku Farid. “What? Jadi dia tahu ni rumah dia?”Qhairul agak terkejut dengan jawapan Tengku Farid. “No, sebab aku minta tolong dia warnakan rumah seorang kawan, Dia juga tahu I seorang arkitek designer, I pun minta tolong dia pilih salah satu design rumah yang telah I buat mengikut cita rasa dia” balas Tengku Farid. “Ok kalau macam tu hujung minggu ni kita lawat tapak projek dan lepas tu kita mulakan terus, macam mana, setuju” “I no problem, kita pergi pagi Sabtu pukul 9” balas Tengku Farid. “Ok, Rul kita pergi satu kereta aku tumpang kau” sahut Zamree pula. Sebulan selepas projek dijalankan, Penduduk kampung diburu persoalan apabila rangka separuh siap sebuah banglo tiga tingkat yang mempunyai 15 bilik mula kelihatan berdiri megah di atas tanah milik Siti Zulaikha ibu kepada Nisha.Walaupun baru rangka separuh siap, namun sekali mata memandang orang akan tahu banglo itu menelan belanja berjuta-juta ringgit. “Taukey Wong dah jual ke tanah ibu Nisha tu bang” tanya Mak Timah kepada suaminya Haji Suib. “Entahlah Mah, aku pun tak tahu, tapi hari tu ada seorang datuk yang cari tanah nak buat rumah untuk bakal isterinya, mungkin datuk tu yang beli tanah tu dan buat banglo kat situ”sahut Haji Suib pula. “Kesihan Nisha bang, semua harta pusaka ibunya dah tak da. Nisha kata dia nak tebus tanah tu dari Tauke Wong bila dia dah kerja nanti tapi tentu dia sedih bila dapat tahu tanah tu dah dibeli orang lain” sambung Mak Timah lagi. “Dah bukan rezeki dia, nak buat macam mana” sahut Haji Suib lagi. “Timah nampak bukan main besar dan cantik lagi banglo yang orang tu buat, hari tu saya nampak ada 3 orang yang datang tengok tapak banglo tu, mungkin tuan punya banglo tu, kata Hamdan salah seorang yang datang tu putera raja, dia orang nak buat istana ke bang?" “Manalah abang tahu Mah, cuma abang dengar dia orang guna 5 ekar untuk tapak banglo untuk tuan milik tanah dan selebihnya dia orang buat resort” balas Haji Suib lagi. “Kalau ada duit semua boleh buat bang, makin terkenallah kampung kita ni kalau ada tempat peranginan dan percutian macam tu, tentu ramai pelancong yang datang ke sini, dapat juga tambah pendapatan kita kalau kita buka gerai makan”. “Mudah-mudahanlah Mah saya pun harap macam tu jugak” tambah Haji Suib lagi. Nisha begitu gembira menerima surat tawaran kemasukan ke Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang. Kerana terlalu gembira dia terus memeluk tubuh Tengku Farid, kemudian Nisha tersipu malu sendiri kerana perbuatannya itu namun Tengku Farid cuma tersenyum melihat telatah Nisha. “Its ok. kanda faham dinda terlalu gembirakan” Nisha cuma menganggukkan kepalanya mendengar kata-kata Tengku Farid. “Sebenar dinda perlu masuk law asasi atau pra dulu satu tahun tapi kerana kanda kenal pihak pengurusan universiti dan result dinda pun ok pihak universiti menerima dinda untuk kemasukan terus ke Program Ijazah pertama” beritahu Tengku Farid lagi. “Terimakasih kanda, jadi sebagai ucapan terimakasih Nisha akan belanja kanda makan hari ini” balas Nisha, senyuman masih lagi terukir di bibirnya. “Dengar cerita dinda sekarang belajar memandu”tanya Tengku Farid. “Ya, dah sebulan, Nisha belajar setiap hujung minggu, kawan abang Zamree yang tolong ajarkan, katanya Nisha boleh dapat lesen memandu dalam tempoh dua bulan” “Majlis perasmian dan hari jadi bonda pun sempat kita buat sebelum pendaftaran masuk universiti tu”balas Tengku Farid. “Ikut surat tawaran ni, 2 minggu pertama pelajar wajib duduk asrama sebab tu minggu orientasi” beritahu Nisha pada Tengku Farid. “Biasanya macam tulah, lepas tu pelajar dibenarkan tinggal di luarkan? “Ya, ok kanda kita nak makan kat mana?” “Jom, kanda tunjukkan satu tempat makan yang paling spesial kat KL ni” “Kat mana tu?” “Ikut je, nanti dinda tahu” balas Tengku Farid lagi. Akhir Tengku Farid dan Nisha tiba di sebuah restoran makanan laut yang terletak di tepi sebuah pantai.Tengku Farid memilih tempat duduk yang mengadap ke laut. Sewaktu duduk di situ, tiupan angin laut begitu menerpa ke wajah mereka, rambut Nisha kelihatan melambai-lambai ketika ditiup angin. Seorang pelayan datang untuk mendapatkan pesanan makanan.Setelah mencatat beberapa jenis makanan pelayan itu pun berlalu pergi. “Dinda nak air apa?”bila seorang pelayan muncul untuk mengambil pesanan air. “Nisha teringin nak minum air kelapa”, balas Nisha bila melihat seorang pekerja restoran sedang ligat tangannya memotong sebiji buah kelapa. “Air kelapa dua” pelayan itu pun berlalu meninggalkan pasangan tersebut. “Macam mana aktiviti dinda dengan SPA Puteri, kanda tak banyak tahu tentang urusan bisnes bonda ni cuma sesekali je kami bercakap tentangnya sebab SPA Puteri ni lebih menjurus kepada aktiviti kewanitaan”. Tengku Farid memulakan perbualan mereka. “Setakat ni takda masalah, semuanya berjalan lancar, jurulatih Nisha tu seorang yang professional bekas model antarabangsa katakan” sahut Nisha sambil memandang ke arah lautan yang terbentang luas di depannya. Hatinya mula berdetik mengingatkan tanah pusaka milik ibunya yang terletak di tepi laut seperti itu. ”Seronokkan kalau dapat buat rumah tepi laut, kita boleh main tepi pantai ,kita boleh lihat matahari terbenam, pemandangan yang luas tiada penghujungnya” Nisha mula mengelamun sendiri. “Dinda suka rumah tepi laut ke?” tanya Tengku Farid lagi. “Ibu Nisha ada tanah pusaka yang terletak atas bukit tepi laut, Nisha selalu berangan-angan nak buat rumah atas tanah tu bila Nisha dapat kumpul duit nanti tapi” kata-kata gadis itu terhenti di situ. “Tapi kenapa?”soal Tengku Farid lagi “Nisha kena kumpul duit dulu untuk tebus tanah tu sebab arwah ayah Nisha dah gadaikannya pada seseorang”sambung Nisha lagi. “Berapa ekar tanah dinda tu?”tanya Tengku Farid lagi. “Dalam 20 ekar macam tu, dah Nisha tak nak cakap pasal tu lagi kita cerita hal lain” kebetulan pelayan menghantar makanan dan minuman. Terbeliak mata Nisha melihat pelbagai jenis makanan laut seperti udang kara, ketam,dan sotong yang dihias menarik di dalam pinggan. “Makan sesekali tak apakan?” soal Nisha. “Kenapa?”Tanya Tengku Farid. “Kolestrol nanti terbatal kontrak Nisha dengan bonda bila Nisha gemuk gedebam” balas Nisha. Tengku Farid ketawa terdekah-dekah mendengar jawapan Nisha. “Kalau gemuk apa susah sebab SPA Puteri kan ada untuk sesi untuk pelangsing badan” sahut Tengku Farid lagi. “Ya lah tu, kalau Nisha ni gemuk kanda nak ke berkawan dengan Nisha?” “Kalau dinda gemuk tentu lagi comelkan?” “Mestilah comel”tambah Nisha sambil ketawa. “Sebelum masuk U nanti Nisha nak balik kampung dulu, Nisha nak ziarah kubur ibu dan ayah”. “Boleh kanda ikut dinda?”tanya Tengku Farid menawarkan diri. Nisha merenung wajah lelaki itu. “Tak payah kanda sebab kanda tentu fahamkan keadaan Nisha, rumah tak da, keluarga pun tak da, di mana Nisha nak letak kanda” pelbagai alasan Nisha berikan bagi mengelak Tengku Farid meneruskan niatnya. “Tak palah kalau dinda kata macam tu, tapi dinda mesti beritahu abang Qhairul dan abang Zam, kanda tak mahu hal macam dulu berulang lagi” pesan Tengku Farid pula. Nisha cuma mengangguk kepalanya. Setelah menandatangani kontrak dengan disaksikan oleh Datuk Qhairul dan Datuk Zamree di hadapan seorang peguam, Nisha kini mula menjalani latihannya sebagai duta merangkap model tetap untuk SPA Puteri. Sesi latihannya dijalankan tiga kali seminggu. Tidak banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk penampilan Nisha kerana apa yang dimilikinya bersifat semulajadi, Nisha cuma menerima latihan untuk sesi latihan cat work dan sesi fotografi serta pengambaran untuk iklan dan video klip. Penampilan dikenali sebagai Puteri Nisha dan seperti yang telah dipersetujui bersama identitinya telah dipalsukan. Kemunculannya untuk kali pertama di khalayak ramai sebagai duta SPA Puteri dan jurucakap sewaktu majlis perasmian produk kecantikkan terbaru di mana Puan Engku Faridah terus mendapat idea untuk menggunakan nama ‘PUTERI’ sebagai jenama bagi produk kecantikan miliknya akan dilancarkan serentak dengan majlis hari jadi Puan Engku Faridah dalam tempoh sebulan selepas sesi latihan nanti. Hari-hari dalam kehidupan Nisha kini mulai sibuk dengan aktiviti latihan cat walk.Dia cuma akan balik dari pejabat selepas waktu maghrib, Qhairul akan menghantarnya ke studio latihan PMC dan dia akan menjalani latihan di situ sehingga pukul 10 malam. “Abang tak payah tunggulah Nisha sebab bonda dah sediakan seorang pemandu dan kereta untuk hantar Nisha balik” beritahu Nisha pada kali pertama Qhairul menghantarnya ke studio latihan tersebut. “Ok sayang!, kalau ada apa-apa cal abang ya”,sambil tangan terus menarik tengkuk gadis itu kemudian mencium pipinya. Itu yang sering dilakukannya sebelum gadis itu melangkah keluar dari kereta. Suara nyanyian lagu wajah kekasih yang dinyanyikan oleh Nisha menjadi lagu wajib yang akan didengarnya sepanjang pemanduan ke mana-mana saja destinasinya. Qhairul dan Zamree turut mendapat undangan untuk majlis pelancaran yang diadakan serentak dengan majlis hari jadi Puan Engku Faridah. Majlis itu diadakan di ballroom utama Permata Hotel. Mulai malam itu wajah Puteri Nisha akan terpapar di semua bahan media massa sama ada bercetak atau elektronik. Semua syarikat penerbitan yang selama ini tertunggu-tunggu berlangsungnya majlis tersebut setelah mendapat berita desas desus tentang kemunculan seorang gadis yang telah memenuhi semua kreteria untuk diTiarakan gelaran Puteri Melayu Sejati satu anugerah khas dari SPA Puteri, sebuah SPA diraja yang terkenal di Malaysia. Majlis yang bertaraf lima bintang itu akan dihadiri oleh golongan kerabat diraja, tokoh-tokoh koporat, golongan VIP, selebriti dan tokoh-tokoh ternama tanah air serta wanita-wanita ternama dan terhormat yang sering menjadi pelanggan tetap SPA diraja itu turut diundang. Semua jemputan begitu berminat dan tertunggu untuk melihat sendiri kehebatan puteri angkat Puan Engku Faridah yang khabarnya memiliki pakej yang lengkap untuk dianugerahkan gelaran Puteri Melayu Sejati. Sejak dari mula lagi Puan Engku Faridah sudah bertekad mahu menunjukkan kecantikkan asli seorang puteri kerana itu dia tidak mahu wajah Nisha disolek dengan make-up yang tebal atau ditambah dengan apa-apa benda palsu. Kerana baginya wajah Nisha sudah cukup sempurna, gadis itu memilik sepasang mata besar yang bundar dihiasi alis panjang dan lentik, pipi putih dan gebunya yang licin tanpa setitik noda pun cuma perlu disapu sedikit bedak yang nipis, begitu juga bibir mungil yang sedia merah cuma dibasahkan dengan sedikit pengilat bibir supaya lebih menyerlah. Semua yang diinginkan oleh seorang wanita ada dimiliki oleh gadis itu. Rambutnya panjang dan beralun serta hitam berkilat dibiarkan terurai bergitu saja. Cuma diletakkan sebentuk crown kecil menghalang rambutnya menutupi muka.Tubuhnya ditutupi sepasang gaun labuh berwarna putih dan sepasang kasut tumit tinggi juga berwarna putih. Puan Engku Faridah tersenyum puas dengan penampilan Nisha malam itu. “Nisha ni kita perlu tambah atau ubah apa-apa Puan Engku, dia neutral beauty dah cukup sempurna, saya pulak yang rasa cemburu sebab tak miliki benda-benda yang cantik macam Nisha ni” celah jurusolek yang mendandan Nisha. “Bonda cukup puas melihat penampilan Nisha malam ni, lepas ni kita keluar bersama-sama, bonda nak Nisha bersedia sebab sebaik kita keluar nanti dunia Nisha akan berubah, semua orang akan mengenali Nisha sebagai Puteri Nisha yang bakal dimahkotakan sebagai Puteri Melayu Sejati”Puan Engku Faridah mengingatkan gadis itu. “Nisha berdebar-debarlah bonda” sahut gadis itu. “Nisha tarik nafas, pejam mata tahan 2 atau 3 minit kemudian hembus, buat 2 atau 3 kali macam tu” Puan Engku Faridah mengajar satu teknik menghilang rasa berdebar-debar di dada Nisha. Setelah melakukannya 2 kali Nisha kemudian tersenyum memandang wanita itu. Roziah yang sejak dari mula lagi menemani adik angkatnya hanya tersenyum dalam hatinya sempat berbisik. “Tepat ramalanku selama ini, Nisha pasti akan melangkah jauh dengan apa yang dimilikinya”. Datuk Qhairul, Datuk Zamree, Tengku Farid dan Datuk Wazir yang duduk di meja tetamu khas di bahagian kanan pentas peragaan bersama tetamu terhormat menanti dengan penuh sabar untuk melihat kemunculan gadis tersebut. “Hadirin hadirat yang dihormati, SPA Puteri kini akan melangkah lebih jauh lagi dalam dunia wanita dan kecantikan kerana pada malam ini SPA Puteri akan memperkenalkan satu produk kecantikannya sendiri. Produk ini bertaraf antarabangsa dan beribu pejabat dan dikilangkan di Korea. Jika wanita-wanita di sini dan di luar sana yang ingin mengetahui rahsia product kecantikan ini, sebentar lagi kami akan memperkenalkan seorang gadis yang akan menjadi duta dan pengguna pertama bagi product kecantikan ini. Untuk merasmikan majlis kita pada malam ini majlis dengan segala hormatnya menjemput Pengarah Urusan PMC Berhad Puan Engku Faridah ibn Almarhum Tengku Syed Fakruddin dan Puteri Nisha selaku duta dan model tetap PMC dan jurucakap produk kosmetik kecantikan ‘PUTERI’ untuk menjemput Yang Amat Mulia Sultanah Tengku Ampuan Zaharin untuk merasmikan dan melancarkan produk kosmetik kecantikan ‘PUTERI’. Bila muzik dimainkan kelihatan Puan Engku Faridah muncul di pentas diiringi oleh seorang gadis persis seorang puteri lalu mara ke hadapan pentas untuk merapat sembah di hadapan Sultanah yang sedang duduk di tempat khas bersama-sama tetamu terhormat. Keduanya mengiringi Sultanah menghampiri sebuah meja yang menempatkan satu set product kosmetik kecantikan ‘PUTERI’ kemudian memotong riben. Semua tetamu yang hadir bertepuk tangan. Seorang pertugas SPA Puteri menghantar satu set product kosmetik kecantikan ‘PUTERI’ untuk diserahkan kepada Sultanah sebagai cenderamata. Selepas itu lampu dewan dipadamkan dan dihidupkan lampu yang samar-samar kemudian keluar seorang pekerja hotel yang menolak sebuah meja yang mengandungi sebiji kek di atasnya lalu kedengaran nyanyian lagu “Selamat Hari Jadi yang ketuai oleh Tengku Farid yang bermain gitar. Selesai lagu tersebut Puan Engku Faridah kemudian terus meniupkan lilin yang terdapat di atas kek tersebut dan selepas itu semua tetamu bertepuk tangan. Roziah sudah bersedia di hadapan pianonya kerana selepas itu Nisha akan menyampai sebuah lagu bertajuk ‘Wanita’ ditujukan khas untuk Puan Engku Faridah. Engku Puan Faridah kemudian mempersilakan dan mengiringi Sultanah untuk kembali semula ke tempat duduk. Semua yang terpesona mendengar alunan suara gadis tersebut.Tepukan gemuruh kedengaran di seluruh dewan. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid tersenyum lebar melihat sambutan tetamu malam itu. Nisha kemudian terus memperkenalkan dirinya di atas pentas selaku duta dan model bagi iklan baru SPA Puteri. Pada skrin di belakang pentas mula ditayangkan iklan serta video klip Nisha yang memperkenalkan product kosmetik kecantikan ‘PUTERI’ dan iklan untuk SPA Puteri.Wajah anggun dan comelnya memukau setiap mata yang memandang, semua tetamu berbisik-bisik bila wajah Nisha ditujuk secara dekat di kaca skrin tersebut. Dari jauh sepasang mata asyik merenung gadis tersebut sejak gadis itu melangkah keluar sebagai duta untuk memperkenalkan produk kecantikkan ‘PUTERI’ dan model tetap untuk syarikat PMC. Ada pesona yang membuatnya terpukau dan tertarik dengan gadis itu. Gadis itu terlalu sempurna di matanya dan memilik ciri-ciri yang didamba pada seorang gadis selama ini. Dia memasang tekad untuk mendekati dan memiliki gadis itu. Tumpuannya terganggu bila satu panggilan penting masuk ke telefon bimbitnya. Dia bergegas meninggalkan ballroom hotel tersebut dengan perasaan yang agak kecewa dan hampa. Tapi dia berazam dan berjanji akan kembali lagi bila tugas dan masalahnya selesai. ‘Kau akan pastikan kau akan jadi milikku’ bisiknya dalam hati. Sebuah Ferari hitam meluncur laju meninggalkan perkarangan hotel tersebut. Setelah hampir memenuhi semua kreteria yang ditetapkan oleh SPA Puteri, mulai malam itulah secara tidak rasmi Puteri Nisha dianugerahkan dengan gelaran ‘Puteri Melayu Sejati’ dan mulai saat dan detik itu dia juga akan menjadi duta kosmetik ‘PUTERI’ dan model utama SPA Puteri. Anugerah tersebut tidak dapat dimahkotakan secara rasmi pada malam tersebut kerana bantahan dari badan penilai dan ahli lembaga pengarah PMC kerana Puteri Nisha belum memenuhi satu syarat lagi iaitu usia gadis yang layak mendapat anugerah tersebut mestilah berumur 18 tahun ke atas. Atas persetujuan ahli lembaga pengarah majlis permahkotaan hanya akan dibuat bila gadis tersebut mencapai umur 18 tahun. Itulah pengumunan yang kedengaran di seluruh dewan tersebut. “Cantik adik angkat Ku Farid tu bonda” bisik Tengku Sofya ke telinga bondanya Sultanah Tengku Ampuan Zaharin. Sultanah tersenyum mendengar kata-kata puterinya sewaktu semua tetamu terhormat dijemput menikmati jamuan di restoran utama hotel tersebut Cahaya lampu kemera bergemerlapan dan menyinari seluruh ruang dewan tersebut apabila wartawan mula menyerbu untuk mengambil gambar ‘Puteri Melayu Sejati’ yang dikatakan mempunyai semua kreteria yang dinyatakan oleh pengacara majlis tadi. Sidang akhbar akan berlangsung selama satu jam. Nisha akan bercakap dan menjawab semua soalan tentang produk kecantikan dan kosmetik ‘PUTERI’’ ‘Alahai satu jam aku terpaksa bercakap bohong tentang produk yang tak pernah aku sentuhpun ini, dunia, dunia’ bisik Nisha dalam hatinya. Sepanjang sesi temu bual dan soal jawab bibirnya tidak lekang menghadiahkan senyuman yang manis kepada sesiapa sahaja yang menyapanya malam itu. Qhairul, Zamree serta Roziah setia menemani dan menunggu Nisha sepanjang berlangsungnya sidang akhbarnya bersama wartawan itu. Setiap jawapan terutama yang menyentuh peribadi seperti identiti akan dirujuk dahulu kepada Datuk Qhairul atau Datuk Zamree dan ada soalan yang akan terus dijawab oleh dua lelaki tersebut yang merupakan pengurus dan penasihat utama untuk Puteri Nisha dan Roziah pula sebagai pengurus peribadinya. Setelah tamat sesi temu bual, Nisha bersama Qhairul, Zamree dan Kak Roziah meninggalkan dewan tersebut untuk menikmati jamuan dan di situlah Nisha terpaksa pula bertemu dan bersuai kenal dengan tetamu-tetamu terhormat. “Akak kekoklah Nisha, malam ni akak rasa macam dalam cerita dongeng” bisik Kak Roziah ke telinga adik angkatnya. “Nisha lagi teruk kak, terpaksa buat dosa kerana sepanjang malam ni terpaksa cakap bohong dengan semua orang”sahut Nisha sambil berbisik perlahan ke telinga Kak Rozi. Puan Engku Faridah terus menggunakan kesempatan itu untuk memperkenalkan Nisha dengan lebih dekat kepada semua wanita-wanita glamour yang menjadi tetamu-tetamu terhomatnya pada malam itu. Sultanah yang kebetulan hendak berangkat meninggalkan majlis malam itu sempat menyapa Nisha dan menyentuh gadis itu. “Comel, bertuah kerabat diraja mempunyai seorang puteri yang neutral beauty seperti Puteri Nisha ni”ucapnya lantas mencium kedua pipi gadis itu. Nisha turut menghadiahkan senyumannya kepada wanita yang berdarjat tinggi itu. Dari awal lagi Zamree merasa tubuhnya kurang selesa malam itu. Namun digagahinya jua untuk melawan rasa tersebut demi majlis yang penting terutama yang berkaitan dengan Nisha. Ketika menikmati jamuan, Nisha perasaan melihat ketidakselesaan Zamree yang dari tadi tidak menjamah sebarang makanan yang terhidang. “Abang Zam nak makan ke, mari Nisha ambilkan makanan untuk abang ya?”tegurnya ketika mendekati lelaki itu. “Tak payahlah Nisha, abang rasa tak sedap badan dan tak ada selera nak makan”sahut Zamree tidak dapat lagi menyembunyikan keadaannya. Nisha merenung wajah lelaki itu, wajahnya kelihatan agak pucat. “Abang tak sihat ke?”sambil tangan menyentuh lengan Zamree. “Kenapa Nisha, Zam?”Tegur Qhairul yang tiba-tiba muncul di sebelah Nisha. “Nisha rasa Abang Zam tak sihatlah bang” sahut Nisha. “Kau sakit Zam?”tanya Qhairul “Aku letih je sebab kurang tidur rasanya”sahut Zamree. “Kalau kau tak sihat, kau baliklah berehat dulu” beritahu Qhairul yang khuatir dengan kesihatan Zamree. “Tak pa ke?” tanya Zamree lagi. Tak selesa juga rasanya meninggalkan majlis yang belum selesai. Qhairul mengggeleng-gelengkan kepalanya. “Nisha, abang balik dulu, tahniah dari abang untuk malam ni, take care ok” Zamree memandang gadis itu sambil melemparkan senyumannya. “Terimakasih bang, abang balik rehat ya, jaga kesihatan, nanti Nisha cal abang” sahut Nisha kemudian melepaskan lengan lelaki itu. Dengan langkah yang agak lemah Zamree berlalu berlalu meninggalkan hotel tersebut. Nisha memandang Roziah yang muncul di depanya kemudian berpaling ke arah Qhairul yang berdiri di sebelahnya. “Kita nak buat apa lagi ni bang, rimas Nisha nak layan orang yang Nisha tak kenal ni” “Nak buat macam mana, Nisha kena layan mereka malam ni”sahut Qhairul. Puan Engku Faridah muncul dengan seorang lelaki yang agak lebih muda darinya “Nisha,Ni bonda perkenalkan Encik Roslan seorang produser, katanya berminat dengan suara Nisha”Nisha melemparkan senyuman pada lelaki itu. “Puteri tak nak jadi seorang penyanyi ke, saya boleh bantu kalau berminat?” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Encik Roslan kemudian matanya menjerling pada Kak Roziah kemudian Qhairul lepas itu beralih semula pada Encik Roslan. “Maaflah Encik Roslan, suara saya bukannya elok sangat pun, kalau sekadar nyanyi lagu-lagu yang biasa didengar tu bolehlah, saya menyanyi pun cuma untuk suka-suka je, sebagai hobi atau dodoikan anak dan suami bila dah kahwin nanti” Semua yang ada di situ ketawa mendengar jawapan Nisha. “Puteri ni terlalu merendahkan diri, semua orang nampak waktu cik Puteri menyanyi tadi semua tetamu terpesona seperti dihiburkan oleh bintang terkenal”sahut Encik Roslan lagi. “Mana ada, saya rasa seperti nak pengsan waktu menyanyi tadi, nasib juga saya dah baca bismillah 50 kali sebelum menyanyi, dapat juga hilangkan gabra” sahut Nisha dengan gaya yang bersahaja. Encik Roslan terus ketawa. “Oklah, Puteri fikirlah dulu tawaran saya ni, Ini kad saya kalau setuju hubungi saya, any time saya akan layan” Encik Roslan menghulurkan kad perniagaannya pada gadis itu. Kak Rozi pandai juga membawa diri, dia memenuhi masanya berbual dengan Datuk Wazir. Ketika seorang wanita separuh umur muncul menegur Encik Roslan, Qhairul menarik lengan Nisha meninggalkan Encik Roslan yang semakin berminat melayaninya dengan cerita-cerita yang tiada berminat untuk Qhairul mendengarnya. “Sayang, kita cabut sekejap dari sini? Abang tunggu depan lif” bisiknya ke telinga gadis itu.Kemudian dia berlalu meninggalkan Nisha sendirian.Tengku Farid kelihatan masih rancak berbual dengan seseorang. Nisha menghampiri Kak Roziah yang sedang asyik berbual dengan Wazir.Wazir tersenyum memandang gadis yang tiba-tiba muncul di sebelah Roziah. “Perut Nisha tak selesalah kak, Nisha nak ke ladies sekejap, kalau bonda cari akak tolong cover line ya” tanpa menunggu jawapan Kak Rozi Nisha terus berlalu dari situ. Qhairul kelihatan bersandar di tepi pintu lif, tiada kelihatan sesiapa di situ. Qhairul tersenyum melihat kedatangan gadis tersebut. Tanpa membuang masa sebaik sahaja pintu lif terbuka dia terus menarik gadis itu masuk ke dalam lif dan terus menutup pintunya. Qhairul menekan tingkat paling atas hotel 5 bintang yang berketinggian 35 tingkat itu. “Kita nak pergi mana ni?” bisik Nisha bila Qhairul berdiri di sebelahnya. “Ke bulan” bisik Qhairul sambil melemparkan senyuman nakalnya. Sebaik sahaja pintu lif terbuka, suasana ditingkat atas bangunan itu terlalu sunyi, Qhairul menarik tangan Nisha untuk menaiki sebuah anak tangga menuju ke bumbung bangunan tersebut. Sebaik sahaja pintu ke bumbung bangunan hotel itu terbuka Nisha merasa seperti berada di atas puncak gunung yang tertinggi di Malaysia. Sewaktu melangkah kakinya di tengah-tengah pelantar yang luas itu tiupan angin yang sejuk menerpa ke seluruh tubuhnya. Terasa juga sedikit gawat dalam hatinya bila melihat pemandangan bandaraya Kuala Lumpur yang bersinar dengan pelbagai warna cahaya lampu neon. Bila mendongak ke langit dia melihat kerlipan bintang yang bertaburan di angkasa dan kelihatan bulan sabit akhir yang kelihatan begitu cantik bila dipagari bintang, Nisha tersenyum sendiri. ‘Bagai bulan dipagar bintang’ bisiknya dalam hati. Nisha dikejutkan dengan lingkaran tangan sasa yang memeluk pinggangnya dari belakang kemudian terdengar bisikan ayat-ayat romantik kedengaran di telinganya. “I love you sayang” Nisha tersenyum mendengar ungkapan yang begitu hangat di cuping telinganya. “Disaksikan bulan dan bintang di atas tu abang ikhlas mencintaimu, tanpamu abang tak boleh bernafas. setiap detik degupan jantung abang sentiasa teringatkanmu, dan disetiap detik rindu abang sentiasa membara” bisiknya lagi lalu mencium pipi gadis itu. “Abang, berjanji pada Nisha yang abang takkan tinggalkan Nisha, walau apapun terjadi” “Ya, selagi abang bernafas, selagi nyawa dikandung badan, itu janji abang. Abang akan tetap berada di sisi mu sayang. Abang akan membahagiakan dan menjaga sayang sehingga ke akhir hayat abang” bisikan yang begitu menyentuh perasaan Nisha. “Abang..terima kasih kerana mencintai dan membahagiakan Nisha. Nisha akan tetap setia pada cinta abang. Nisha terlalu bahagia bila berada di samping abang” “Abang.. kita tak boleh lama-lama kat sini, nanti dia orang cari Nisha” Qhairul memegang kedua-dua belah bahu gadis itu lalu memutar tubuh gadis itu menghadapnya.Tubuh gadis dipeluknya erat, Nisha membalas pelukan Qharul lalu merebahkan kepalanya ke dada bidang milik tubuh sasa lelaki itu. “Sayang!” Mendengar panggilan itu Nisha mendonggak mukanya menandang wajah Qhairul, Mata mereka saling bertatapan. Qhairul melepaskan pelukannya kemudian tangannya mengusap pipi licin yang putih gebu milik gadis itu. Nisha mengukirkan senyuman di bibirnya. Renungan Qhairul begitu menikam ke lubuk hatinya, renungan yang cukup mengoda, Nisha tidak mampu melawan renungan itu. Jantung berdebar-debar, Nisha menundukkan kepalanya. Qhairul, menyentuh dagu gadis itu lalu membisikan sesuatu ke telinganya. Nisha memejamkan matanya, hembusan nafas lelaki itu semakin jelas di wajahnya, tubuhnya terasa lemah, seakan terapung di awangan, tangan berpaut kuat pada lengan sasa lelaki itu untuk seketika. Pengalaman pertama yang terlalu nikmat untuk dirasai bersama. Separuh sedar dia melepas tangannya lalu menolak tubuh lelaki itu lalu menundukkan kepalanya. Qhairul yang baru tersentak dari keasyikannya terus tersenyum nakal. “Kita turun sekarang bang, dah lewat ni” ucap Nisha kemudian mula melangkahkan kakinya untuk meninggalkan tempat itu. Qhairul mengiringinya menuruni tangga hingga sampai ke pintu lif. Semasa berduaan dalam lif, Qhairul mengeluarkan sapu tangan dari poket seluar lalu bertanya menggunakan bahasa isyarat dengan menunjuk jari ke mulutnya. Nisha mencapai sapu tangan itu lalu mengelap kesan gingu yang comot di bibir lelaki itu. Kemudian dia menyerahkan kembali sapu tangan itu ke tangan lelaki itu. Giliran Qhairul mengelap bibir Nisha yang sedikit comot kemudian menyimpan semula sapu tangan itu ke dalam poketnya. “Sampai nanti, Nisha jalan dulu, abang nak ke toilet, tak elok kita sampai berdua nanti orang suspek yang bukan-bukan”, Nisha yang masih khayal mengingatkan keindahan yang dirasainya sebentar tadi cuma menanggukkan kepalanya. Setelah pintu lif terbuka, Nisha terus melangkahkan kakinya tanpa berpaling pada Qhairul yang berada di sebelahnya, mujur juga ketika itu tiada sesiapa pun yang berada di hadapan pintu lif. “Hai Nisha, lama betul kau kat ladies tu, hampir setengah jam, kau berak batu ke, dah 2 kali bonda kau tanya akak? tegur Kak Rozi bila melihat kemunculan Nisha. “Sembelit kak, Nisha sempat shotting video klip kat situ” balas Nisha sambil bergurau. “Cepat kau jumpa bonda kau tu, akak takut ada benda penting yang dia nak beritahu kau” balas kak Roziah lagi. Majlis yang berakhir hingga pukul 2 pagi itu, menyebabkan Nisha begitu letih namun kenangan di bumbung bangunan tadi menyebabkan dia asyik tersenyum sendiri. Ketika melangkah ke lobi hotel, wartawan masih ada lagi yang menunggu di situ. Kerlipan lampu kamera kelihatan lagi bila Nisha keluar dari ballroom menuju ke lobi hotel. Nisha enggan lagi menjawab soalan-soalan yang ditanya oleh wartawan. Dia hanya melemparkan senyumanya. Qhairul merangkul bahunya dan menghalang wartawan mendekati gadis itu. “Sidang akhbar sudah lama tamat, jadi pihak kami tidak akan menjawab apa-apa lagi soalan kerana puteri sudah letih dan perlu berehat” beritahu Qhairul bila wartawan yang masih terasak-asak hendak mendekati Nisha.Qhairul terus membuka pintu limosine yang sedia menunggu di hadapan lobi untuk menghantar Nisha balik. “Ok sayang, nanti abang cal, sweet dream” bisiknya ke telinga gadis tersebut. Setelah Roziah melangkah masuk dan duduk di sebelah Nisha, kereta limosine tersebut perlahan-lahan bergerak meninggalkan lobi hotel itu. “Penatlah kak, Nisha nak tidur” Nisha terus merebahkan kepalanya ke bahu Roziah “Kesihan adik akak ni, tidurlah sampai nanti akak kejutkan”ucapnya lalu membiarkan adik angkatnya melentokkan kepala ke bahunya. Qhairul terus melangkah menuju ke keretanya yang turut parkir tidak jauh di hadapan lobi hotel itu. bibirnya tidak lekang dengan senyuman sepanjang perjalanan balik ke rumah. Detik-detik indah di bumbung bangunan tadi terus mengasak fikirannya. Sepanjang malam diulit mimpi yang indah bila wajah Nisha muncul sebagai heroin dalam mimpinya. Bab 33 Keesokan harinya gambar Nisha mulai menghiasi dada-dada akhbar dan majalah-majalah popular tanah air. Nisha terpaksa menyembunyikan diri bila keluar dari rumah bimbang wartawan akan mengenalinya. Sewaktu mengambil ujian memandu pada hari berikutnya Nisha terpaksa menyamar menggunakan pakaian lelaki, topi dan menggunakan cermin mata hitam supaya tiada sesiapa yang mengenalinya. Zamree tergelak melihat penampilan Nisha semasa dia menjemput gadis itu untuk menghadiri ujian memandu hari itu. “Sama-sama Pak Kamal, terimakasih sebab sanggup beri latihan intensif pada Nisha sebab tak sampai 2 bulan Nisha dah dapat lesen memandu ni” hampir dua bulan Nisha menerima latihan dari Pak Kamal guru sekolah memandu yang telah dipilih oleh Zamree untuk mengajar Nisha memandu. Selepas bersalaman dengan Pak Kamal Nisha dan Zamree meninggalkan Institut memandu tersebut. “Nisha nak cuba bawa kereta abang ke?”perlawa Zamree. “Abang yakin ke, tak takut?” tanya Nisha sambil tersenyum memandang Zamree. “Tak, cubalah nah ambil kunci ni’ Zamree menghulurkan kunci keretanya pada Nisha. “Hebat jugak aku ni, lepas je dapat lesen terus drive kereta mewah, tuah anak yatim piatu kot” bisiknya dalam hati “Ok, Nisha cuba tapi abang jangan menyesal tau” Zamree cuma tersenyum. Apabila masuk ke dalam kereta, Zamree menerang serba sedikit tentang kereta tersebut. “Kereta ni semuanya menggunakan elektronik sistem, gear outomatik, bahagian kaki cuma ada brek dan pedal minyak. Guna satu kaki je, kaki kanan.Sesudah hidupkan enjin, Nisha cuma perlu tekan brek dan masukkan gear D terus jalan. Kalau berhenti sekejap-sekejap masukkan gear N, kalau undur gear R dan bila parking pergi ke gear P, senang ajekan” .Zamree memberi tunjuk ajarnya pada gadis itu. Nisha tersenyum. Mengingat semua yang diterangkan oleh Zamree akhirnya Nisha perlahan-lahan menggerakkan kereta Ferari itu ke jalan raya. Zamree cuma menuju arah jalan yang perlu dilalui oleh Nisha. Nisha merasa begitu selesa memandu kereta Ferari tersebut, berbaloi dengan harga dan reka bentuk serta kecanggihan peralatannya walaupun dipandu laju penumpang di dalam tetap merasa selesa dan tidak merasa sebarang gegaran. “Kalau macam ni boleh abang tidur di sebelah ni” usik Zamree. “Janganlah bang, nanti kita masuk parit baru padan muka abang, Nisha tak tahu sangat jalan kat KL ni, nanti sampai malam kita tak sampai ofis” Zamree tergelak mendengar kata-kata Nisha. Sampai di hadapan lobi, Nisha terus memakirkan kereta Zamree di tempat parkir khas timbalan CEO berdekatan kereta Qhairul. “Biarpun lambat tapi selamat sampai” bisiknya sendiri. Setelah menyerahkan kunci kereta kepada Zamree, mereka berjalan beriringan menuju ke lif untuk naik ke tingkat 25. “Abang Zam!Nisha jumpa abang Qhairul dulu ya”sambil menoleh ke arah Zamree yang berjalan bergandingan di sebelahnya. Zamree tersenyum lalu menanggukkan kepalanya kemudian terus melangkah menuju ke bilik. Zizie tersenyum melihat penampilan luar biasa Nisha tengah hari itu. “Kenapa kau pakai macam ni Nisha?kau datang mana?” “Saje kak ubah tren sikit, big bos ada?” tanya Nisha pula. “Ada!”jawab Zizie pendek. Tanpa membuang masa Nisha terus membuka pintu bilik Qhairul. Lelaki itu sedang tunduk dan khusyuk menulis sesuatu. Tanpa mengangkat kepala dia terus menegur kerana menyangka setiausahanya yang masuk ke biliknya. “Ada apa Zizie, Datuk Zamree dan Nisha dah sampai ke? Nisha terus menutup pintu bilik tersebut kemudian menjawab soalan Qhairul. “Dah datuk, Nisha sekarang ada dalam bilik datuk sekarang ni” jawabnya sambil tersenyum lalu melangkah menuju ke meja lelaki itu. Qhairul terkejut mendengar suara yang teramat dirinduinya. Dia terus mengangkat kepalanya. Mata tertumpu pada gadis yang sedang berdiri di depan mejanya. Dia kemudian bangun dari kerusi kemudian menghampiri gadis tersebut. Gadis itu direnungnya sambil tersenyum, perlahan-lahan cap di atas kepala dan cermin mata gadis itu ditanggalkannya kemudian tangannya terus merangkul pinggang ramping gadis itu. “Kenapa sayang pakai macam ni” bisiknya ke telinga gadis itu. “Nisha tak nak orang dekat pusat ujian memandu tadi kenal Nisha” jawab gadis itu seperti berbisik. “Macam mana lulus” tanya Qhairul. Nisha mengeleng-gelengkan kepala. “Kalau macam tu, abang tak jadilah nak beli sebuah kereta untuk sayang abang ni” usiknya kerana dia tahu Nisha berbohong padanya. “Betulke abang nak beli kereta untuk Nisha?” “Ya, tapi sayang belum ada lesen nak buat macam mana” “Nisha lulus lah bang, ni lesennya” lalu mengeluarkan lesen memandunya dari poket seluar lalu ditunjuknya pada Qhairul. “Abang dah tahu sebab Abang Zam dah SMS abang tadi” ucap Qhairul sambil tersenyum. “Tak acilah abang ni, kalau dah tahu kenapa tanya lagi?” “Abang nak dengar sendiri dari mulut Nisha” Nisha melepaskan tangan Qhairul yang memeluk pinggangnya. “Balik ke sini tadi Nisha yang drive kereta Abang Zam, balik nanti Nisha nak cuba drive kereta abang pulak, boleh?” “Kenapa tak boleh, semua milik abang milik Nisha jugakkan. Abang lagi suka kalau ada driver lebih-lebih lagi dapat driver perempuan yang cantik macam Nisha ni”. “Gatalnya!, ok sebelum Nisha masuk U minggu depan Nisha jadi driver abang lepas tu kita akan jarang jumpakan” beritahunya sambil memandang wajah lelaki tersebut. Wajah Qhairul tiba-tiba berubah sedih. “Ya, minggu depan Nisha dah mula study, Nisha dah tak bekerja di PJ Holding lagi.’ Dia mula merasa dirinya kesunyian dan kehilangan sesuatu. Keseronokan ketika berada di pejabat tentu tiada lagi, tanpa Nisha segala tentu tak ceria lagi semuanya akan kembali seperti dulu. Bekerja dalam suasana yang serius tanpa wajah kekasih kesayangannya. Qhairul kedengaran seolah-olah mengeluh. “Nisha tinggal asrama ke?” tanya Qhairul. “Dua minggu orientasi wajib, lepas tu Nisha nak harianlah sebab Kak Rozi kata UM dari rumah dia tak jauh, Nisha boleh naik bas atau teksi setiap hari. “Abang tak nak sayang naik bas atau teksi, abang dah booking sebuah kereta untuk sayang” “Betul ke, kereta apa bang Viva, Myvi?” tanya gadis itu dengan wajah yang ceria. “Tak mainlah buah hati kesayangan abang pakai kereta tu, sayang tunggulah nanti bila kereta tu sampai” Pintu bilik terbuka, Nisha dan Qhairul berpaling serentak. “Jom rul, Nisha kita lunch” Zamree muncul untuk mengajak keduanya keluar makan tengah hari. Sehari suntuk Qhairul menghabiskan masa menemani Nisha membeli barang kelengkapannya untuk melangkah masuk ke Universiti. Pada sebelah pagi mereka pergi ke Sungai Wang Plaza untuk membeli komputer riba, Akhirnya Nisha memilih untuk membeli sebuah netbook dan sebuah printer di situ. Setelah membeli belah pelbagai keperluan di Ampang Point, dan Pavilion, Qhairul dan Nisha menghabiskan masanya dengan pergi menonton wayang dan menikmati suasana perkelahan berdua yang sungguh romantik. Qhairul membentangkan tikar plastik di atas rumput, Nisha meletak bucket KFCdan minuman tin di atas tikar tersebut. Udara petang itu amat redup, Qhairul melabuhkan punggungnya di atas tikar tersebut sambil melemparkan pandangan jauh ke tengah tasik. Nisha melabuhkan punggungnya di sebelah lelaki tersebut kemudian membuka bucket KFC lalu mengeluarkan seketul nugget ayam yang terdapat di dalamnya. “Abang nak ke?” Qhairul membuka mulut, Nisha menyuapkan nugget tersebut ke mulut lelaki itu. Nisha menyandar belakang di badan Qhairul, seketul paha ayam goreng dicapainya lalu menyuapkan ke mulut lelaki itu. Seronok sama-sama menghabiskan seketul paha ayam goreng tersebut bersama. “Sayang bertolak esok pukul berapa? nak abang hantarkan ke?” tanya Qhairul kepada gadis itu. “Tak payahlah bang Kak Rozi yang dah janji nak hantarkan Nisha,” “Kalau macam tu, esok abang terus ke UM jumpa Nisha di sana” “Oklah, Nisha tunggu abang kat sana nanti. Abang Zam pun katanya nak jumpa Nisha kat sana je.”sahut gadis itu sambil terus menikmati ayam goreng di tangannya. “Minggu depan kereta sayang sampai, lepas minggu orientasi sayang bolehlah drive sendiri” Qhairul kemudian merebahkan kepalanya ke paha gadis itu. Nisha kemudian merenung wajah lelaki di ribanya itu. Tangannya kemudian perlahan-lahan menyentuh rambut lelaki itu lantas membelai dengan penuh kasih sayang. “Nisha tahu tak, semalam abang dapat satu gambar Nisha yang sama besar macam yang tergantung ka SPA Puteri tu, abang gantung dalam bilik”. “Betul ke bang, macam mana abang buat? “Abang suruh yang buat kat SPA tu buat satu lagi untuk abang. Gambar tu yang abang renungkan setiap malam dan cium setiap kali masuk ke bilik ” “Luculah abang ni, sampai macam tu sekali?” “Ya, sebab 24 jam abang rindukan sayang tau, abang buat dua satu nanti abang letak dalam pejabat abang di PJ Holding” “Teruklah abang ni? risau pulak Nisha mendengarnya” “Kenapa, Sayang tak rindukan abang ke? tanya lelaki itu. Ya Allah bertapa aku merindui dan menyayangi lelaki ini. “Mestilah rindu, kalau dapat Nisha nak selalu berada di samping abang” Qhairul kemudian bangun berdiri, dia melangkah menuju ke keretanya yang terletak dua meter dari situ. Dia membuka pintu keretanya dan seperti sedang mengambil sesuatu dari di dalam keretanya. Setelah mendapatkannya dia kembali duduk di sisi gadis tersebut. Sebuah kotak kecil berukuran lebih kurang 15cm kini sedang dipegangnya. “Tahun lepas sewaktu abang bercuti ke German, di situ abang terjumpa sepasang set jam tangan yang agak istimewa ni”.Sambil tangan membuka kotak yang ada di tangannya. “Wow..cantiknya jam ni” tegur gadis tersebut apabila dia ternampak sepasang set jam tangan lelaki dan perempuan yang terdapat dalam kotak tersebut. Sepasang set jam tangan Rolex yang masih lagi baru. “Walaupun tak terfikir lagi nak berikan pada sesiapa waktu abang belikan jam ni tapi abang yakin suatu hari nanti abang akan jumpa gadis yang betul-betul abang cinta dan dia akan pakai jam tangan perempuan ni untuknya” Nisha merenung mata lelaki itu, ada sinar bahagia di matanya. “Ini koleksi barangan yang abang paling sayang di dunia ni selain dari kereta abang sebab kalau sayang nak tahu satu set jam ni berharga hampir satu juta jika ditukarkan dengan Ringgit Malaysia” melopong mulut Nisha mendengar kata-kata lelaki itu. “Mahalnya, jam ni emas ke bang?”tanya Nisha yang terperanjat mendengar penjelasan lelaki itu. “Ya, 50 peratus emas untuk jam lelaki ni tapi jam tangan wanita ni 100 peratus emas. Ia original rolex dan setiap set yang dijual dengan designnya yang berbeza beerti tidak ada satu pun yang menyerupai set jam rolex yang ada di dunia menyerupai jam yang abang beli ini. Apa yang lebih istimewa jam ini boleh mengeluarkan bunyi bila kita tekan butang yang ada pada set lelaki ni, jam wanita ni akan mengeluarkan bunyi dan cahaya. Begitu juga sebaliknya. Ia boleh berfungsi dalam jarak 100 meter” jelas Qhairul menceritakan tentang keistimewaan jam tangan kesayangannya itu. “Hebat juga jam ni bang, bentuknya pun comel”sambil tangannya membelek-belek jam jenama Rolex yang ada di tangannya. “Jam ini tahan tak masuk air walaupun berendam selama I hari, abang dah ujipun” jelas Qhairul lagi. “Jadi sebab tu ke harganya sampai berjuta-juta ringgit” tambah Nisha lagi. “Ya, jadi mulai hari ni jam wanita ni abang hadiahkan untuk Nisha, mari tangan tu abang pakaikan” Nisha menghulurkan pergelangan tangan kanan pada Qhairul sebab pergelangan tangan kirinya sudah ada rantai tangan pemberian Zamree. Qhairul kemudian menanggalkan jam tangan lamanya kemudian dia meminta Nisha memakaikannya set jam tangan lelaki pula. “Ok, ingat bila jam ni berbunyi bererti abang berada tak jauh dari Nisha tau, tolong jaga baik-baik jangan hilangkan kalau hilang siap, sayang kena kahwin dengan abang hari tu jugak” ugut lelaki itu pada Nisha. “Biar betul abang ni, seram Nisha mendengarnya” Nisha kemudian tergelak, Qhairul turut tersenyum. “Ingat tu kalau hilang sayang kena kahwin hari tu juga dengan abang” tegas lelaki itu lagi. “Ya, Nisha akan ingat tu sampai Nisha mati” Qhairul tersenyum kemudian mencium pipi gadis itu. “Jangan cakap pasal mati sayang sebab abang tak boleh hidup kalau sayang tak ada, sayang nyawa abang, abang sanggup mati dulu supaya abang tak rasa kesakitan merindu orang abang cinta” ucap lelaki itu dengan nada suara yang agak perlahan dan sayu. “Kita mati bersama supaya tidak ada yang akan rasa terseksa ditinggalkan” balas Nisha pula. “Kita doakan kebahagian kita bersama, tolong jangan sebut pasal mati lagi, abang tak sanggup fikirkannya” Nisha mengangguk lalu tersenyum. “Sayang I love you!” “I love you” balasnya pula. Bab 34 Sebelum memulakan sesi pendaftaran kemasukan pelajar baru tahun itu, bahagian pendaftaran universiti bermasyuarat terlebih dahulu untuk mengetahui tugas serta maklumat-maklumat yang perlu mereka sediakan dan kumpulan dari pelajar-pelajar baru yang bakal mendaftar nanti. Tuan Haji Shahdan ketua bahagian pendaftaran pelajar baru bagi kemasukan tahun itu meneliti nama-nama pelajar bagi setiap falkuti. “Seramai 380 orang, tahun ni kita terima kemasukan seorang pelajar yang spesial” ujar Haji Shahdan. “Kenapa” tanya Roslan kerani bahagian hal ehwal pelajar. “Kita ada seorang pelajar lepasan SPM untuk ikuti program ijazah pertama tahun ni” kata Haji Shahdan lagi kepada Roslan yang bertugas membantunya untuk sesi pendaftaran pelajar-pelajar baru tahun itu. “Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan, budak yang nama nikan?” tanya Roslan pula. “Ya, budak ni ambil Law, aku dengar cerita sokongan Naib Canselor kita yang bantu dia masuk ke program first degree ni” tambah Haji Shahdan lagi. “Kalau dapat sokongan Naib Canselor tentu ada orang kuat yang bawa budak ni” balas Roslan. “Mungkin jugak, nanti kita akan tahu juga siapa orang kuat di belakang budak ni” sambung Haji Shahdan pula. Seawal jam 8 pagi lagi sudah kelihatan pelajar-pelajar baru sudah berbaris di dewan pendaftaran Universiti menunggu giliran masing-masing untuk mendaftar. Ada tiga kaunter yang dibuka untuk sesi pendaftaran tersebut. Nisha yang sedang membimbit sebuah fail poket yang mengandungi semua maklumatnya ikut sama berbaris di situ menunggu gilirannya. Nisha yang menggunakan sepasang baju kurung sutera satin berwarna merah jambu serta sepasang kasut tumit tinggi Jimmy Choo mengenakan cermin mata hitamnya untuk melindungi sedikit sebanyak identiti dirinya. Penampilannya yang agak menyerlah berbanding pelajar-pelajar yang lain menyebabkan semua mata asyik tertumpu padanya. Badannya yang tinggi lampai dan berkulit putih melepak sesekali bila melemparkan senyuman di sebalik cermin mata hitamnya mencair setiap mata yang memandang walaupun ramai yang tidak menyedari gadis cantik itu baru berusia 17 tahun dan adalah calon termuda untuk sesi pengambilan tahun itu. Roziah yang setia menunggu adik angkatnya yang sedang berbaris bersama pelajar baru yang lain sedang duduk di sebuah meja yang berdekatan tempat pendaftaran tersebut. Sambil memerhati adik angkatnya itu hati sempat berbisik, ‘Syukur alhamdulillah, akhirnya berjaya juga Nisha memijak kakinya ke menara gading, tapi Nisha tak perlu belajar tinggi-tinggi pun dia boleh hidup senang sebab kecantikkannya mampu membantunya mencari dan boleh menjamin kesenangan hidupnya seperti sekarang’. Tinggal seorang lagi pelajar di hadapan Nisha. Selepas itu pasti gilirannya pula. Dari jauh kelihatan muncul seorang lelaki muda dan kacak yang menarik perhatian semua warga kampus yang berada di dewan pendaftaran tersebut. Bertubuh tinggi lampai dan berbadan sasa serta memiliki seraut wajah yang kacak dengan penampilan yang bergaya menujukkan dirinya bukan lelaki sebarangan. Semua mata gadis-gadis sama ada pelajar senior ataupuan freshe yang berada di dewan pendaftaran tersebut tersenyum simpul memandangnya dan ada yang berbisik sesama sendiri. Setiap gerak-geri lelaki itu terus menjadi perhatian gadis–gadis di situ. Sambil tersenyum, dari jauh Qhairul sudah mengenali buah hati yang sememang mudah dikenali bukan sahaja kerana kecantikannya tetapi penampilan yang sememangnya amat menyerlah berbanding orang lain. Nisha tersenyum melihat Qhairul mengangkat tangan lalu menghampirinya. Melihat lelaki itu menghampiri gadis yang turut menjadi perhatian ramai itu kelihatan riak kecewa di wajah pelajar-pelajar perempuan yang ada di situ. “Ok sayang, jom turn Nishakan”terus lelaki tersebut memimpin tangan gadis itu untuk ke kaunter sebelah kanan untuk urusan pendaftaranya. Pertugas pendaftaran wanita yang bertugas waktu itu tersenyum memandang dua insan yang sama cantik dan sama padan muncul di depannya.Wanita itu terkesima seketika seperti sedang asyik dengan keindahan ciptaan tuhan yang terpacak di depannya. Qhairul berdehem apabila melihat wanita di depannya belum lagi bertindak apa-apa. Wanita itu tersentak kemudian tersipu malu. Dia kemudian menerangkan semua perkara berkaitan pendaftaran dan mengumpul semua maklumat yang diperlukan dari Nisha. Qhairul menyelesaikan semua bayaran pendaftaran dan yuran tanpa meninggal sebarang hutang piutang kepada pihak universiti. Setelah menerima kunci bilik asramanya, mereka meninggalkan kaunter perdaftaran tersebut. Zamree muncul telah selesai semua urusan pendaftaran di kaunter. Lelaki itu juga turut mendapat perhatian yang sama seperti kemunculan Qhairul tadi terus menghampiri Nisha dan Qhairul yang tengah berbual sesuatu. Nisha tersenyum melihat kemunculan Zamree. “Sorry abang lambat, macam mana dah settle semuanya” tanya Zamree pada Qhairul. “Dah, cuma angkat barang masuk hostel tu je lagi” semua mata memerhati ke arah ketiga-tiga insan yang sedang berbual di tengah dewan itu. Nisha menolak cermin matanya ke atas, terserlahlah wajah comel yang sedang menguntum senyumannya ketika itu. “Macam mana kalau kita pergi minum dulu di café lepas tu barulah Nisha angkat barang masuk bilik” cadang Qhairul. “Ok jom, Nisha panggil kat Rozi dululah ya” Nisha kemudian berlalu meninggal dua orang lelaki tersebut menuju ke arah Roziah yang sedang duduk sambil berbual dengan seorang perempuan separuh umur yang sedang menunggu anaknya yang juga pelajar baru seperti Nisha. “Jom kak kita gerak dulu, di orang berdua tu ajak kita minum dulu” sapa Nisha yang muncul di hadapan Roziah. Nisha dan Roziah terus bergerak bersama Qhairul dan Zamree menuju ke arah Café kampus tersebut. Suasana di kafe agak sesak juga kerana ramai pengunjung yang terdiri dari ahli keluarga yang menghantar anak mereka untuk mendaftar kemasukan hari itu. Ada juga di kalangan pengunjungnya terdiri dari pelajar-pelajar senior university itu. Semasa sedang menikmati makanan dan minumam Qhairul terpandang seorang lelaki yang sedang mengangkat tangan kepadanya. “Zam, kau nampak tak tu Datuk Haris, apa dia buat di sini?” “Hantar anak dia kot may be buka cawangan kedua atau ketiga kat sini, mana tau dia tu bukanya kau tak kenal” sahut Zamree sambil tersenyum. Kelihatan Datuk Haris bangun lalu berjalan menghampiri meja mereka. “Hai Datuk Qhairul, Datuk Zamree tak sangka pulak boleh jumpa billionaires di sini, apa you all berdua buat ka sini?”.tegur Datuk Haris sambil menghulur tangan kepada mereka berdua. “Hantar kawan sambung belajar” Sahut Qhairul selamba. Datuk Haris menjerling pada Nisha yang sedang menikmati milo aisnya di sebelah Kak Rozi. Kemudian dia tersenyum. “Kalau tak silap I ni Puteri Nishakan?” sambil dia menghulurkan tangannya pada gadis itu. Qhairul terus menahan tangan lelaki itu. “Sorry, Nisha cuma bersalaman dengan lelaki yang dia kenal saja macam kami berdua ni, jadi I pun nak tahu you buat apa kat sini?”.Kak Rozi, Nisha dan Zamree tersenyum melihat aksi spontan Qhairul kali itu.Wajah Datuk Haris berubah serta merta mendengar kata-kata Qhairul. “Macam kamu orang berdua juga, I jumpa kawan tapi kawan I dah tahun ketiga kat sini” balasnya memberitahu jawapan untuk soalan yang tidak ditanya oleh Qhairul tadi. “Cawangan keberapa tu”celah Zamree bersahaja sambil tersenyum sinis. “Yang ini baru seronok-seronok aje datuk, yang dah sah dua” jawabnya bersahaja. Qhairul tersenyum sinis mendengar jawapan Datuk Haris. Datuk Haris kemudian meminta diri untuk beredar bila melihat kemunculan seseorang yang dimaksudnya sebentar tadi. “Dah macam datuk dengan cucu, langsung tak sedar diri” Nisha, Roziah dan Zamree tergelak mendengar omelan Qhairul tentang Datuk Haris. Setelah Qhairul dan Zamree meninggalkannya, Roziah membantunya membawa barang-barang dan beg pakaian menuju ke bilik asrama siswi kampus tersebut. Walaupun cuma dua minggu duduk di asrama terasa sayu juga hatinya sewaktu berpisah dengan insan-insan yang disayanginya. Sebelum kedua-dua lelaki tersebut meninggalkannya bersama kak Roziah, Nisha merenung silih berganti wajah Qhairul dan Zamree yang pasti dia akan merindui wajah itu dalam tempoh dua minggu nanti. Nisha mencari nombor bilik yang terdapat pada kunci yang dibawanya. Nisha menolak daun pintu yang ternyata tidak berkunci. Bilik yang dilengkapi dua buah katil dan dua buah almari pakaian. Katil yang satu seolah sudah berpenghuni kerana telah dilengkapi set cadar terdapat sebuah beg pakaian di atas katil tersebut. “Jadi katil yang satu ni akulah punya ”Nisha bermonolog sendiri. Dia lantas mengeluarkan set cadar baru yang dibelinya bersama Qhairul semalam. “Cantik cadar ni Nisha, mana kau beli?tanya Kak Rozi yang membantunya memasang cadar katilnya. “Abang Qhairul yang pilih, kami beli di Pavilion semalam” sahut Nisha sambil tangannya mengeluarkan anak patung beruang putih besarnya dari salah sebuah beg roda yang ditariknya tadi kemudian diciumnya berkali-kali. Satu beg tu tadi rupa-rupa anak patung yang dinamanya . Roziah hanya memerhati gelagat Nisha. “Kalau Nisha tak bawa Mr.Q ni tentu Nisha akan menangis setiap malam kak” beritahunya pula pada kakak angkatnya. Roziah mengelengkan kepalanya sambil tersenyum. Setelah selesai mengemas katil dan menyarungkan batal kemudian Nisha mengeluarkan semua pakaiannya lalu meletakkan ke dalam almari. Satu beg lagi penuh dengan kelengkapan wanitanya dibiarnya sahaja kerana tiada almari solek untuk menyimpannya. Tiga pasang kasut kuliah, sepasang kasut sukan dan sepasang selipar diletaknya di bawah katil. Beg komputer ribanya di simpannya dalam almari pakaian. Ketika sedang asyik berkemas pintu bilik kemudian terbuka, seorang gadis masuk lalu duduk di birai katil yang satu itu. Roziah yang sedang duduk bersila di atas katil Nisha cuma memandang gadis yang baru melangkah masuk itu. “Awak duduk bilik ini juga ke?” tegur Nisha. Mata gadis itu tertumpu pada Nisha kemudian menganggukkan kepalanya. Dia kemudian menghulurkan tangan lalu memperkenalkan dirinya. “Jaslina Bt Kamil, panggil je Jas” Nisha menyambut tangan gadis itu lalu tersenyum kemudian turut memperkenalkan dirinya “Qhairunnisha panggil Nisha je” gadis itu mengangguk-angguk kepalanya. “Ni kakak saya Roziah” gadis itu kemudian turut bersalaman dengan Roziah. “Akak minta diri dululah Nisha” Kak Rozi tiba-tiba bersuara. “Tunggu sekejap, Nisha temankan akak sampai ke kereta” Nisha mengambil beg galasnya kemudian berjalan seiringan menemani Roziah hingga ke keretanya. “Akak sendiri malam ni” wajahnya agak sedih. “Kesihan akak tapi macam mana kalau akak pon Hani dan papanya temankan akak” Nisha cuba menyakat kak Rozi. ”Nak kenakan akak ya” balas wanita itu sambil mencubit pipi putih dan gebu milik gadis itu. Nisha tergelak melihat perubahan wajah Kak Rozi bila diusiknya begitu. “Ok Nisha akak pergi dulu, jaga diri tau, jangan lupa solat tau, assalammualaikum?” “Akak pun sama, bawa kereta elok-elok jaga diri, waalaikummussalam” selepas berpelukan dan berbalas-balas ciuman. Dengan ekor mata Nisha menghantar kereta kakak angkat meninggalkan perkarangan universiti dengan sehingga kereta itu hilang dari pandangan. Di dalam bilik, Jaslina bercakap sendiri ‘Rupa-rupa perempuan cantik ni sebilik dengan aku’. Jaslina kemudian memerhati barang-barang dan pakaian-pakaian Nisha yang tergantung dalam almari. ‘Perempuan ni mesti anak orang kaya, pakaian dan barang-barang dia semua cantik-cantik dan macam mahal je’ bisiknya lagi. Nisha terus kembali semula ke biliknya selepas kereta Roziah meninggalkan university. Mengingatkan dirinya belum mendirikan solat Zohor Nisha mencapai tualanya kemudian menyarungkan seliparnya untuk ke bilik air. Nisha masih lagi tercari-cari di manakah bilik air. Dia ternampak tanda arah menuju ke bilik air. Kelihatan beberapa orang pelajar berada di situ, bilik air yang terletak selang 3 bilik dari biliknya. Nisha meleparkan senyuman kepada mata-mata yang memandang. Ada yang kelihatan berbisik sesama sendiri bila melihat Nisha. Nisha yang buat tak kisah terus menuju ke paip air untuk berwuduk. Sewaktu Nisha meninggalkan bilik air beberapa pelajar yang ada di situ tersenyum dan terus memerhatinya. Nisha sendiri pun tidak tahu kenapa pelajar-pelajar tersebut asyik memandangnya ke arahnya. “Budak baru tu cantik, macam super model, dia falkuti mana ya? bisik salah seorang pelajar di situ. “Law”jawab kawannya lagi. “Dahlah cantik, pandai pulak tu. Bertuahnya badan mesti cepat popular, kau tunggu esok lusa mesti nama dia naik dengan cepat. Muka tu boleh jadi Miss world” tambah pelajar yang seorang lagi. “Dia tu duduk bilik mana?”tanya gadis yang bernama Zalina. “Aku rasa bilik 10 kot”jawab temannya “Cantik betul dia tu, dia pakai apa hah muka licin macam tu?” “Kau tanyalah dia”balas temannya lagi sambil ketawa. Selepas usai solat Zohor, Nisha merebahkan dirinya di katil, Mr.Q dipeluknya erat, bila dia melihat patung itu terbayang wajah insan yang dicintainya. “Malam ini ada perjumpaan untuk semua pelajar barukan”Jaslina tiba-tiba bersuara. “Macam tulah yang ku dengar tadi” balas Nisha. Nisha kemudian menghidupkan alarm telefon bimbit blackberry kesayangannya ke pukul 5 petang, hadiah pertama dari Qhairul untuknya. Kemudian dia cuba melenakan matanya. Jaslina memerhati wajah Nisha yang sudah terlena di katilnya. Dia terpesona melihat kecantikan Nisha. ‘Alangkah bahagianya dapat rupa cantik dan otak yang pandai macam dia ni’ bisiknya dalam hati. Nisha tersedar dari lena bila alarm telefon bimbitnya berbunyi. Dia tersenyum bila melihat Jaslina turut juga terlena. Selesai Solat asar Nisha mengejutkan Jaslina. “Jas kita keluar pergi café, saya laparlah”Nisha yang sedar dirinya tidak boleh berlapar bimbang penyakit gastrik menyerang, Qhairul dan Zamree dan Tengku Farid berkali-kali berpesan agar dia tidak meninggalkan dua perkara iaitu waktu solat dan waktu makan. “Awak tunggu sekejap ya,saya nak ke bilik air dulu” beritahu Jaslina dengan wajah yang masih memai. Nisha mengambil lauk-lauk yang disukai terutama udang dan sotong sumbat.Jaslina yang dari tadi belum menceduk sebarang lauk menyebabkan Nisha terus menegurnya. “Jas ambil je apa awak suka, jangan takut, saya belanja” beritahu Nisha sambil tersenyum. Setelah membayar harga makanan dan minuman mereka berdua mengambil sudut yang agak privasi sedikit. “Sebelum keluar PTPTN ni saya kena berjimat sikit, kalau tak kebulur saya nanti” Jaslina berterus terang. “Tak pa, kalau pasal makan saya boleh belanja awak” balas Nisha sambil tangannya menceduk makanan di pinggan kemudian menyuapkan perlahan-lahan ke mulutnya. “Takkan Nisha nak belanja Jas makan hari-hari kot” sahut Jaslina lagi. “Ala kalau sekadar nak belanja awak tak jadi hal punya, saya masih mampu lagi kot” balas Nisha sambil tersenyum. “Awak anak orang kaya ya?”tanya Jaslina. “Kenapa awak fikir macam tu?’’ tanya Nisha. “Penampilan dan gaya awak serta barang-barang yang awak guna”sahut Jaslina. Nisha tersenyum kemudian bersuara. “Taklah, sebelum masuk sini saya kerja part time di sebuah syarikat jadi adalah kumpul duit sikit, syarikat juga taja semua pengajian saya” Walaupun kurang percaya dengan jawapan Nisha, Jaslina menganggukkan juga kepalanya. “Waktu awak mendaftar pagi tadi saya tak tengok ibu bapa awak?” tanya Jaslina lagi. Nisha terdiam seketika, tak sangka pula Jaslina sudah mengenalinya sebelum itu sedangkan dia baru mengenali Jaslina sewaktu dalam bilik “Macam mana Jas tahu, Jas ada nampak saya ke waktu pendaftaran pagi tadi?” Jaslina tersenyum membariskan giginya yang putih itu. “Semua orang kat dewan pagi tadi tengok awak sebab cuma awak je yang lain dari yang lain, kami ingat awak model yang sambung belajar” balas Jaslina tersenyum. Lesung pipitnya yang mengancam dan terserlah ketika Nisha ketawa menarik perhatian sesiapa sahaja yang memandangnya. Setelah berhenti ketawa dia menyambung ceritanya. “Kedua orang tua saya dah tak ada, yang hantar saya pagi tadi abang angkat dan kakak angkat saya” Beritahu Nisha secara jujur kepada Jaslina. “Handsem-handsem abang angkat Nisha tu, semua mata gadis kat dewan tadi terbeliak lihat abang-abang awak itu datang, macam supermodel antarabangsa serupa macam awak jugak”, “Kami orang tak da kaitan dengan model langsung, kedua-dua kawan saya tu ahli perniagaan, saya ada 3 orang abang angkat tapi seorang tu tak dapat datang tadi sebab saya tak nak dia datang takut keadaan tak terkawal nanti” ucap Nisha sambil tersenyum. “Kenapa dengan abang awak sorang tu” tanya Jaslina seperti ingin tahu lebih lanjut. “Malas saya nak cerita sekarang, lambat laun bila dia jumpa saya awak akan tahu jugak nanti” tambah Nisha tidak mahu dulu membongkar identiti Tengku Farid. Selepas selesai makan mereka kembali semula ke bilik menunggu waktu maghrib kerana selepas itu semua pelajar-pelajar baru di kehendaki berada di dewan utama sebelum pukul 8 malam. Sepanjang minggu orietasi semua pelajar dicampurkan tidak mengikuti falkuti masing-masing. Sesi suai kenal dengan pensyarah senior serta antara pelajar baru dijalankan sepanjang dua minggu tersebut. Nisha pelajar termuda dan paling menonjol dan namanya sering menjadi sebutan di Universiti tersebut menyebabkan ramai siswi rasa tergugat dan cemburu dengan kemunculannya. Bila aktiviti berkumpulan ramai yang berebut-berebut untuk satu kumpulan dengannya. Setiap kali aktiviti dijalankan namanya sering bermain di bibir pensyarah dan senior yang mengetuai program dan aktiviti yang dijalankan. “Asyik-asyik Nisha, macam tak da nama lain nak disebut” runggut Sharifah Ariana yang merasa cemburu dengan Nisha yang mula mempunyai ramai peminat di kampus tersebut. “Dah memang dia tu cantik, serba-serbi menarik dan bijak mestilah semua orang suka. Tapi kan aku suka jugak pada dia tu tak sombong, dia bergaul dengan semua orang, Tak lokek dengan senyuman dahlah senyuman dia memang mengancam tapi dengan pelajar lelaki dia kurang layan dan kurang mesra, tu sebab aku dengar beberapa orang senior-senior kacak yang frust menonggeng terutama Syed Azrie” kenyataan Rosnah membuat Sharifah Ariana terdiam. Senior lelaki yang paling popular Syed Azrie bin Syed Norman dari Falkuti Kejuruteraan turut meminati gadis tersebut. Kekasih hatinya, seorang model sambilanWan Azreen dari Falkuti Sains Sosial seorang senior tahun ketiga begitu cemburu pada Nisha bila mendapat tahu kekasihnya turut meminati gadis tersebut. Hampir seminggu sesi orientasi telah dijalankan, Nisha dan Jaslina semakin rapat. “Letihlah Nisha, bila nak habis minggu orientasi ni, aku letih bangun pukul 5 pagi lepas tu berbaris pula kat padang”Jaslina membuat muka monyoknya. “Nak buat macam mana Jas, seminggu lagikan, aku pun tak sabar-sabar nak balik, rindulah pada semua orang” balas Nisha. “Kau rindu pada buah hati kau ke?”usik Jaslina Nisha cuma terdiam namun bibir mengukir senyuman.Wajah Qhairul sering muncul di ruang matanya.Walaupun hampir setiap malam Qhairul menghubunginya meluahkan perasaan rindu dan ucapan-ucapan cinta tapi selagi tak bersua dengan lelaki itu rindunya belum terubat. “Sayang, abang dah separuh mati kat sini, sebab rindukan Nisha, hujung minggu nanti abang jumpa sayang ya, boleh keluarkan?” bisik lelaki itu sewaktu menghubunginya semalam. “Boleh rasanya tapi kena balik semula sebelum pukul 10 malam, Nisha pun rindukan abang tau, tapi nasiblah ada Mr.Q temankan Nisha setiap malam” suara manja Nisha menambah kerinduan di hati Qhairul. “Bestnya ada boyfriend, teman lelaki awak mesti handsemkan” Jaslina yang mencuri dengar perbualan Nisha dan Qhairul di telefon tiba-tiba bersuara setelah Nisha menamatkan panggilannya. “Handsem dan comel sangat, macam Mr.Q ni” Nisha menunjuk-nunjukkan Mr.Q di muka Jaslina. Jaslina ketawa terkekek-kekek. “Kenapa awak namakan beruang ni Mr.Q” “Nama kekasih saya pun mula dengan huruf Q, Q huruf kesayangan kami berdua” jawab Nisha kemudian tersenyum memandang wajah Jaslina. “Siapa Qayyum” “Rahsia” Nisha tersenyum. Seperti biasa, waktu makan tengah hari, café dan kantin universiti akan menjadi tumpuan warga kampus. Setelah memilih lauk yang diminati, Nisha dan Jaslina bergerak ke kaunter untuk membuat bayaran. “Kira sekali” Syed Azrie tiba-tiba muncul membawa sepinggan nasi dan lauk menghampiri kaunter sambil menjerling Nisha yang berada di sebelahnya. “Tak payah, ni untuk nasi kami berdua” Nisha lantas memotong kata-kata lelaki itu lalu menghulurkan sekeping wang RM50 kepada cashier yang bertugas.Tanpa banyak soal cashier lelaki itu mengambil wang Nisha lalu memulangkan bakinya pada gadis tersebut. Nampak jelas bayang kehampaan di wajah Syed Azrie. “Awak tak sudi ke saya belanja?” tanya Syed Azrie lalu mengekori kedua gadis itu hingga ke mejanya. “Tak, saya masih mampu bayar sendiri dan saya tak suka termakan budi orang yang saya tak kenal” balas gadis itu dengan wajah yang serius. “Kalau awak tak kenal saya, sekarang mari kita berkenalan” ucapnya lagi. “Saya belum bersedia nak berkenalan dengan sesiapa termasuk awak dan saya rasa tak perlu pun saya mengenali awak” jawab gadis itu dengan wajah yang selamba. Hati Syed Azrie berkocak mendengar jawapan gadis itu, dia tersenyum sinis. Selama ini tidak pernah seorang gadis pun menolak untuk didampinginya. Wajah kacaknya yang mirip pelakon Adi Putra itu menjadi rebutan semua gadis di kampus tersebut. Perempuan yang terlebih dahulu menyapa dan ingin menjadi teman wanitanya, berlainan dengan Nisha yang langsung tidak berminat padanya. Entah bagaimana citarasa gadis tersebut tapi dia percaya suatu masa nanti Nisha akan tunduk dan merayu padanya. “Hai Az, kenapa you duduk sini, jom kita duduk makan bersama kat meja sana tu” Wan Azreen tiba-tiba muncul, mata menjerling ke arah Nisha yang sedang mula menikmati makanannya. Lagak anak kecil Syed Azrie bangun dari kerusi yang didudukinya bila lengannya ditarik oleh Wan Azreen. Nisha mengelengkan kepalanya kemudian dia dan Jaslina sama-sama tergelak. “Kenapa kau tak layan Syed Azrie tu, semua gadis kat sini syok kat dia tau” tanya Jaslina. “Tak minat!” jawab Nisha acuh tak acuh “Ramai lagi yang lebih kacak dan hebat dari Syed Azrie tu pun aku reject. Aku sayang apa yang aku dah ada dan aku cintakan kekasih aku setulus hati” Jaslina menganggukkan kepalanya selepas itu dia tersenyum. “Kalau ada yang elok kau reject tu kau beritahu awal-awal bagi kat aku” gurau Jaslina pula. Nisha tergelak mendengar kata-kata Jaslina. “Nisha, abang Yusman bagi ni kat kau” tiba-tiba Malisa datang menghulurkan sekeping nota kecil. Nisha terpadang seorang lelaki selang empat meja dari meja dia dan Jaslina sedang tersenyum dan mengangkat tangan sambil memberi isyarat telefon ke telinganya. “Mungkin dia ni abang Yusman kot” bisik Nisha dalam hati. Nisha membuka nota yang berlipat kecil itu, tercatat nombor telefon di dalamnya. Nisha mengeluh kemudian menyerahkan nota itu pada Jaslina. “Ini yang aku reject, kau nak tak?” tanya Nisha bila berpaling pada Jaslina di sebelahnya. “Handsem tak?” tanya Jaslina. “Kau tengoklah sendiri, yang pakai baju merah kat meja depan yang tersengih macam kerang busuk tu” bisik Nisha ke telinga Jaslina. “Boleh tahanlah macam Adam AF, aku naklah” Nisha menyambung ketawanya yang terhenti sebentar tadi bila mendengar komen Jaslina. Yusman kecewa bila melihat Nisha dan Jaslina meninggalkan café tersebut tanpa menoleh padanya. Syed Azrie masih lagi mencuri padang pada Nisha ketika Nisha melewati mejanya. ‘Kenapa perempuan ni tak layan aku’ bisiknya sendiri dalam hati. Wan Azreen menjerling tajam ke arah Syed Azrie bila melihat mata lelaki itu tidak lekang memandang ke arah Qhairunnisha. “Apa yang menarik sangat dengan perempuan tu sampai you berminat sangat dengan dia tu” Wan Azreen begitu geram dengan perangai Syed Azrie. Sebelum ini Syed Azrie tidak pernah menoleh ke arah wanita lain sejak mereka mula rapat dan menjadi pasangan kekasih yang paling popular di kampus. “Cantik sangatkah perempuan tu di mata you?” Tanya Wan Azreen walaupun hatinya mengakui gadis itu memang cantik. Syed Azrie tidak sedikit pun bersuara, dia hanya tersenyum sinis namun hatinya menjawab. ‘Dia memang gadis tercantik yang pernah aku jumpa, yang buat aku gila bayang dan asyik termimpikan dia siang dan malam’. Ketika melewati sebuah meja siswa-siswa yang sedang berkumpul beramai-ramai menikmati makan tengah hari tidak jauh dari meja Syed Azrie, kedengaran riuh rendah bunyi siul-siulan dan teguran nakal dari mulut mereka yang mengusik dan cuba menarik perhatian Nisha. Jaslina tersenyum sendiri, dia tumpang sekaki populariti rakan sebiliknya itu bila dia terpaksa menjadi orang tengah menyampaikan salam dan surat-surat dari peminat untuk Nisha. Bab 35 Seorang kanak-kanak berlari ke pintu utama menyambut kedatangan seorang wanita. Sebuah senyuman mekar di bibir wanita tersebut. Wajahnya nampak begitu gembira sambil mendepakan tangannya kepada kanak-kanak yang menyambut kedatangannya. “Mama..mama..mama dah sampai” jerit gadis kecil itu ketika kereta Roziah memasuki perkarangan banglo mewah milik Datuk Wazir itu. Datuk Wazir yang sedang duduk bersantai dekat balkoni biliknya tersedak kopi yang dihirupnya apabila terkejut mendengar anaknya gadis kecilnya memanggil wanita itu mama. Wazir cuba melayan perasaannya seketika. ‘Nisha’, nama yang mula terpahat di sudut di hatinya, satu-satu wanita yang berjaya membuka semula pintu hatinya selepas kematian isterinya 4 tahun yang lalu. Namun nama itu perlu dipadam dari terus menghuni sudut hatinya. Terlalu banyak masalah yang mungkin muncul sekiranya dia masih terus melayan perasan yang boleh membunuh dirinya sendiri. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid semuanya inginkan benda yang sama, gilakan dia sekiranya menjadi orang yang keempat berjuang mendapatkan sesuatu dan akhirnya aku akan lemas sebelum sampai ke tepian. Roziah mungkin penyelamat keadaan, mempunyai kesempurnaan, dan cantik meskipun tak secantik Nisha tapi manis mata memandang serta berpelajaran.Wazir pernah berjanji pada dirinya sekiranya dia ingin mencari pengganti isterinya, dia akan memberi kepercayaan pada Hani untuk memilihnya. Jika Hani sendiri sanggup memanggil wanita itu mama tanpa disuruh, maka itulah calonnya dan dia pernah berdoa agar Hani jangan memanggil Nisha mama kerana sekiranya terjadi dia tidak akan berganjak untuk mempertaruhkan cintanya pada gadis tersebut. “Kenapa panggil mama ni, ni untielah Hani, bukan mama” jelas wanita itu pada Hani. Kata-kata wanita jelas kedengaran ke telinga Datuk Wazir yang tiba-tiba muncul di hadapan pintu ruang tamu. “Rozi free sampai petang ke hari ni?” Roziah terkejut beruk mendengar suara garau Datuk Wazir yang tiba-tiba menegurnya. Biasa dia akan mengajar Hani bermain piano pada sebelah pagi dari pukul 9 pagi hingga pukul 1 petang selepas itu dia terus balik ke rumah. “Ya, kenapa Wazir?”tanya Roziah. “Saya nak ajak Rozi temankan kami keluar jalan-jalan, sudi tak?” Roziah hanya tersenyum lalu menganggukkan kepalanya. “Ok Hani, hari ni tak payah belajar piano, kita ajak cikgu jalan-jalan dan makan-makan” Beritahu Datuk Wazir kepada anak gadisnya. “Panggil mamalah papa bukan cikgu” balas gadis kecil itu. Mulut Roziah melopong seketika mendengar ayat yang keluar dari mulut Hani. “Takda insurans langsung mulut budak ni, malu aku dibuatnya”bisik Rozi dalam hati tapi sebaliknya Datuk Wazir hanya membuat wajah biasa tanpa sebarang riak menunjukkan sama ada lelaki itu terkejut maupun marah. Kereta BMW milik Datuk Wazir perlahan-lahan keluar meninggalkan perkarangan banglo mewah itu. Rozi duduk tenang di sebelah tempat duduk penumpang bahagian depan. Hani yang berada di kerusi belakang tak henti-henti mulutnya menyanyi pelbagai lagu yang diketahuinya.Roziah dapat menahan gelaknya apabila Hani menghentam sesuka hati senikata lagu yang dinyanyinya. “Jadi Nisha dah masuk U lah sekarang?” Datuk Wazir memulakan bicara mereka. Dia tiba-tiba teringat gadis cantik yang telah mengetuk pintu hatinya itu. Bohong jika dia mengatakan dia tidak jatuh cinta dengan gadis itu tapi dia sedaya upaya cuba memujuk hatinya agar melupakan rasa cintanya pada gadis itu. Sebelum perasaan menjadi parah dan menunggu sesuatu yang tak pasti untuk dimiliki baik dia berlalu sebelum wujud persengketaan antaranya dengan sahabat baiknya Qhairul dan Zamree “Dah seminggu, tapi sepanjang minggu orientasi selama 2 minggu dia wajib tinggal di asrama.” jawab Roziah. Datuk Wazir memecut keretanya menuju ke Genting Highland. Wazir memakirkan keretanya di Gotong Jaya kemudian mereka menaiki kereta kabel menuju ke Taman Tema. Wazir dan Roziah tak henti tergelak melihat telatah lucu yang dibuat oleh Hani. “Datuk Wazir ni handsem tak mama?”terbeliak biji mata Roziah mendengar soalan yang tidak disangka-sangka akan keluar dari mulut Hani. “Handsem tak mama?”ulangnya sekali lagi. “Mestilah handsem” jawab Wazir. “Hani bukan tanya papa, perasanlah orang tuani” tingkah gadis kecil itu. “Papa belum tua lagilah” balas Wazir. “Tengok tu mama, papa tak nak mengaku tualah, perasan” usik Hani lagi Roziah ketawa lucu mendengar usik mengusik dua beranak itu. “Kan best kalau Hani ada adik, taklah sunyi? Hani mula mencarut yang bukan-bukan. Wazir dan Roziah berpandangan mendengar kata-kata gadis kecil itu. “Hani ni kenapa, tak ada mama mana nak ada adik?” sahut Wazir. “Papa carilah mama” suara gadis itu mula mengendur, wajahnya tiba tiba berubah menjadi murung. “Kenapa ni sayang” Roziah perasan perubahan wajah Hani. “Hani nak mama” Roziah jadi serba salah, perasaannya turut menjadi pilu memikir perasaan gadis itu.Roziah menarik Hani dalam pelukannya. “Untie pun tak ada mak, kakak cantik pun tak ada mak kita sama sayang, untie sayang Hani” lembut suaranya memujuk gadis kecil itu. Wazir melemparkan pandangan jauh ke arah roler coaster yang sedang berputar. Suara jeritan pengunjung yang berada atas roler coaster langsung tidak mengusik atau mengocak lamunannya. “Rozi!” Agak bergegar suara lelaki itu. Roziah yang sedang duduk di bangku panjang yang masih memangku Hani mendongak memandang lelaki yang sedang berdiri di depannya. “Sudikah Rozi menjadi mama Hani” lelaki itu menghabiskan kata-katanya. Rozi menghembus nafasnya kuat-kuat hingga kedengaran di telinga Wazir.Dadanya berombak kencang. Wajah Hani yang duduk dalam pangkuannya direnung dalam-dalam. Hampir 10 tahun dia menutup pintu hatiku untuk lelaki, dia dikecewa oleh seorang lelaki yang teramat dicintainya. Dia ingin menjadi isteri kepada lelaki yang dicintai dan mencintai dirinya, dulu dia dilamar oleh lelaki yang dicintai dan mencintainya tapi belum pun sampai ke gerbang perkahwinan dia telah dikecewakan. Tapi sekarang dia dilamar oleh seorang lelaki yang tidak dicintai dan semestinya tidak menyintainya, apakah dia boleh bahagia, apakah mereka boleh membina rasa cinta setelah berkahwin, apakah dia perlu memberi jawapan sekarang. Roziah mendongak kembali memandang wajah Wazir. “Zir, beri saya sedikit masa untuk berfikir, saya tak boleh beri jawapan sekarang” “Saya beri Rozi masa satu minggu sebab hujung minggu depan saya nak Jepun untuk urusan bisnes selama 2 minggu. Saya nak minta tolong Rozi tinggal di rumah saya selama tempoh 2 minggu itu untuk temankan Hani” Wazir memandang wajah Rozi seperti mengharapkan sesuatu. Rozi mengangguk kepalanya tanda setuju. Sehari suntuk mereka berada di Taman Tema itu. Rozi sampai di rumah pukul 5.30 petang. Dia melontarkan punggungnya di atas sofa. Fikiran melayang memikirkan lamaran Wazir 6 jam yang lalu. “Kalau aku menolak kali ini beerti aku akan mendara selama-lamanya. Aku perlu hidup berkeluarga, kalau aku gagal memberi zuriat pada Wazir sekurang-kurang Wazir sudah ada Camalia Hani, aku mungkin tidak akan tertekan sangat, akupun begitu menyayangi Hani seperti anak sendiri” Roziah kemudian bangun dari sofa lalu menuju ke bilik air untuk membersihkan tubuhnya kemudian berwuduk untuk menunai solat maghrib. Di Wisma permata wajah Qhairul dan Zamree tidak seceria dulu lagi. Ketiadaan Nisha begitu terasa, Qhairul dan Zamree kembali serius seperti sebelum kemunculan Nisha dulu. Jarang untuk melihat kedua-dua datuk itu keluar dari bilik kecuali ketika hendak menghadiri mesyuarat. Meja Nisha masih lagi kosong malah Qhairul tidak membenar Zizie memindahkan atau mengganggu apa-apa yang ada di atas meja tersebut atau mengalihnya ke tempat lain kerana sekiranya meja itu masih di situ seolah-olah Nisha sedang bercuti dan bukannya berhenti kerja. Tiba-tiba kedengaran suara lunak dan merdu Nisha mendendangkan lagu ‘Aku Wanita’ yang disetkan sebagai salah satu nama pemanggil dalam telefon bimbitnya. Qhairul terus mencapai telefon dan menekan butang jawab pada bimbitnya. “Hello mama, apakhabar, mama dan papa sihat ke?” “Mama Sihat, papa pun sihat, minggu depan mama dan papa akan balik ke Malaysia, tunggu mama di KLIA pukul 4 petang Isnin” sayup-sayup suara Puan Sri Datin Hajar. ‘Apa hal orang tua ni tiba-tiba nak balik ke sini?’ Qhairul cuba mencari punca kenapa mamanya tiba-tiba balik ke Malaysia. ‘Kalau berkaitan Yasmine Hana, lebih baik mama hentikan saja niatnya’ hati kecil Qhairul berbisik sendiri. Sebaliknya Yasmine Hana begitu gembira bila Puan Sri Datin Hajar mengkhabarkan dirinya hendak kembali ke Malaysia minggu depan. Terbayang di matanya bagaimana Puan Sri Datin Hajar mendesak Qhairul mengahwininya. Selepas mandi Nisha terus menunaikan solat subuh. Seminggu yang cukup memenatkannya dengan pelbagai aktiviti yang wajib diikuti. Malam tadi pukul 10.00 malam barulah selesai aktiviti terakhir minggu itu dan barulah mereka dibenarkan balik ke bilik asrama masing-masing. Panggilan dari insan tersayang yang menerpa masuk ke telefon bimbitnya setiap malam mulai pukul 11 menjadi penawar kepada kepenatan yang dirasainya. Malam tadi tidak terhitung banyak kalinya Qhairul meluahkan rasa rindunya membuatkan Nisha meremang bulu roma mendengar ayat-ayat power dan romantik yang diluahkan oleh lelaki itu. Nasib baik juga tiada sesiapa yang melihat aksinya yang pelbagai gaya ketika bergayut kerana Jaslina sudah lama pengsan di atas katilnya kerana kepenatan. Malam tadi entah berapa jam dia bergayut dengan Qhairul, sebelum itu Zamree terlebih dahulu menghubunginya. Nasib juga Zamree tidak berjanji untuk datang ke kampus hari itu. Melihat jam di tangannya hampir pukul 8 pagi, Nisha menyapu losyen Enchanteur wangian Charming ke lengan, leher, tengkuknya dan akhir sekali kakinya. Setelah selesai Nisha menyarung sehelai blouse lengan pendek warna biru muda dan sehelai seluar jean bewarna biru tua, Nisha membelek-belek wajahnya di cermin kemudian dia menyapu krim siang ‘PUTERI’ kemukanya. Sejak menjadi model tetap PMC untuk SPA Puteri dan duta product kosmetik ‘PUTERI’, dia dibekalkan secara percuma product kecantikan ‘PUTERI’ yang bernilai ribuan ringgit untuk setiap satu set yang mengikut jenis kulit itu sepanjang kontrak yang terikat selama 3 tahun bersama PMC. Begitu untuk sesi rawatan SPA. Nisha perlu menjalani sesi terapi dan rawatan SPA sekurang-kurang sebulan sekali. Jaslina terperanjat bila Nisha menggunakan set produck kecantikan ‘PUTERI’ yang bernilai ribuan ringgit itu. “Macam mana kau mampu membeli set kosmetik yang mahal ni Nisha” mata Jaslina membutang melihat wajah Nisha yang licin bagai telur dikupas itu tanpa berkelip. “Bonda angkat aku yang sediakan semuanya aku cuma guna je” jawab Nisha selamba. “Nisha kau ni siapa sebenarnya?”sampai berlapis-lapis kerut di dahi Jaslina memikir identiti sebenar teman sebiliknya itu. Nisha tergelak melihat muka Jaslina. “Kelak kau tahu jugak, sampai masa tu aku tak payah cerita kat kau lagi” Nisha menyemburkan sedikit wangian first love ke bajunya, Jaslina yang terhidu wanginya begitu nyaman itu terus berpaling ke arah Nisha. “Amboi wanginya, kau bersiap cantik-cantik ni nak ke mana?” tanya Jaslina, matanya asyik memerhati setiap pergerakan Nisha . Pakaian, kasut dan segala barangan Nisha semua berjenama mahal. Kadang-kadang Jaslina begitu teruja hendak tahu siapa sebenarnya teman sebiliknya itu. “Nak pergi dating” jawab Nisha sambil tersenyum. Jaslina sedikit pun tidak terkejut mendengar jawapan Nisha, Gadis secantik Nisha mustahil tidak mempunyai teman lelaki tapi yang pasti kekasih Nisha mesti lelaki yang hebat, setanding kecantikan Nisha. “Kekasih kau mesti hebat dan kacakkan?”Jaslina begitu ingin tahu. “Hero Malaysia”balas Nisha selamba. Jelas dari kelu yang disebutnya pengetahuan Jaslina belum sampai ke situ lagi. “Kerja apa”Jaslina semakin ingin tahu. “Ahli perniagaan” “Pasti dia kaya, kau balik bila?”tanya Jaslina yang inginkan kepastian. “Tak pasti, mungkin malam nanti kot, kau ada nak pesan apa-apa?” “Kalau beli je apa-apa makanan ringan untuk kita berdua lepak dalam bilik ni minggu depan kan minggu terakhir kau jadi room mate aku” sahut Jaslina lagi. Telefon bimbit blackberry Nisha mendendang lagu hati ku milikmu nyanyian Nera. Nisha terus menjawab panggilan telefonnya. Ring tone telefon bimbit Nisha memang sering berubah-ubah mengikut minatnya. “Hello sayang, abang dah sampai ni” “Tunggu kat mana?” “Abang tunggu kat café sekarang” “Ok, Nisha on the way kat sana sekarang” Gadis itu terus mematikan telefon bimbitnya lalu tangannya mencapai beg galas yang ada di atas katil “Bye Jas aku pergi dulu ya” “Ok. take care, salam dengan pak we kau” Nisha tergelak kemudian dia terus keluar dari bilik dan melangkah menuju ke café. Qhairul memakir kereta kemudian melangkah menuju ke café, Semasa menghampiri tempat parkir tadi dia terlebih dahulu menghubungi Nisha. Melihat suasana café yang kurang sibuk, Qhairul melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi dan matanya kemudian liar memerhati sekeliling café tersebut. Beberapa siswi yang ada di situ asyik mencuri pandang ke arah lelaki itu dan sempat melemparkan senyuman murahnya pada Qhairul. Tiada apa yang mempesona hati Qhairul dengan senyuman siswi yang ada di situ terus memerhati jam tangannya. Seperti baru teringat dia terus menekan butang pada jam tangannya. Nisha tersenyum bila jam tangannya berbunyi dan bercahaya. Dia mula ternampak Qhairul yang sedang duduk di salah satu kerusi dalam café tersebut. Qhairul yang baru terpandang kekasih hati terus melambaikan tangannya. “Hai sayang” Qhairul menghadiahkan senyumannya. “Lama sampai?” “Five minutes” Nisha tersenyum memandang lelaki “Jom kita gerak”, Qhairul meraih tangan Nisha kemudian melangkah meninggalkan café tersebut untuk menuju ke kereta Lamborghininya yang parkir tidak jauh dari situ. Hari itu Qhairul ingin menghabiskan sehariannya bersama buah hati kesayangannya. Semenjak Nisha mendaftar melanjutkan pelajaran ke IPT minggu lepas hidup begitu seksa didera oleh rasa rindu yang membuak-buak kepada kekasihnya. Walaupun hampir setiap jam menghantar dan menerima sms dari Nisha dan setiap malam bergayut berjam-jam di telefon bimbit namun belum mampu mengubat penyakit rindunya. Rindunya yang sudah di peringkat yang kronik membuatkan selepas bersenam di gim usai solat Subuh pagi itu tadi Qhairul terus memecut ke UM untuk menemuinya gadis kesayangannya. Keluar dari panggung wayang mereka bercadang untuk pergi ke penthouse Zamree di Golden Hill. Sebelum ke situ mereka singgah membeli makanan untuk makan tengah hari bersama Zamree. Sebaik sahaja menerima panggilan dari Qhairul, Zamree baru terus melompat dari katil bila Qhairul memberitahunya bahawa dia akan datang bersama Nisha. “Kau..kau biar betul Rul, aku belum mandi lagi ni, baru bangun tidur” beritahu Zamree dengan suara yang terngagap-ngagap. “Kau mandilah cepat, kami berdua singgah beli makanan, kita lunch sama-sama kat rumah kau” sahut Qhairul yang ketika itu sedang memecut keretanya menuju ke sebuah restoran. Setelah melalui pos jaga, Qhairul memakirkan keretanya di kawasan parkir kereta berdekatan block penthouse Zamree. Setelah menaiki lif menuju ke tingkat 4, Qhairul menekan loceng pintu. Zamree yang cuma memakai seluar trek dan baju t tanpa lengan tersenyum berdiri di depan pintu sebaik sahaja pintu rumahnya terbuka.. “Assalammualaikum,abang Zam sihat?” “Waalaikummusalam..masuklah Nisha selamat datang ke rumah abang” sahut Zamree sambil tersenyum. Nisha terus melangkah masuk sambil tersenyum selepas memberi salam pada Zamree. Matanya liar memerhati setiap sudut dalam penthaouse Zamree. Ruang tamu penthouse mewah itu dilengkapi dengan perabot-perabot moden dengan dekorasi yang amat kemas dan teratur. Terdapat 3 bilik tidur di tingkat atas. “Cantik rumah abang ni, mana bilik abang?” Tanpa menunggu jawapan Zamree Nisha terus naik ke tingkat atas. “Nisha nak buat sport chek ke?”jerit Qhairul sambil tersenyum. Zamree yang tak sempat menjawab membiarkan Nisha melangkah menuju ke biliknya. ‘Penyepah jugak mamat ni’ bisiknya dalam hati bila melihat pakaian Zamree berselerak di atas lantai ,di katil serta ada yang tersangkut atas kerusi. “Kemas bilik abang” beritahunya sekembali ke ruang tamu. Qhairul ketawa mendengar komen Nisha. Zamree cuma tersenyum kemudian bersuara. “Rumah dan bilik orang bujang, biasalah. Nisha boleh tolong abang kemaskan bilik abang tu?”. “Abang cari isterilah kalau nak kemaskan bilik tu” “Tak da perempuan yang nak kan abang” sahut Zamree. “Ala, abang tu je yang jual mahal?”, “Ok,Kalau sekarang abang jual murah, Nisha nakke kahwin dengan abang?” Berdebar dada Qhairul mendengar kata-kata Zamree.Tapi wajah Nisha kelihatan begitu tenang dan bersahaja. “Perut Nisha laparlah, jom kita makan” Zamree tersenyum bila Nisha tiba-tiba mengubah topik perbualan tadi. Selesai menikmati makan tengahari, mereka duduk berbual-bual sambil menikmati buah anggur sebagai pencuci mulut. Kadang-kadang Nisha cuas menjadi pendengar setia perbualan dua orang sepupu itu. “Esok mama aku sampai” beritahu Qhairul pada Zamree. “What, apa mimpi mama kau tiba-tiba balik sini?” balas Zamree. “Entahlah Zam, aku pun terkejut jugak tapi aku rasa tak sedap hati ,macam ada sesuatu sebab yang mendesak mama aku tu balik sini” sahut Qhairul lagi. Qhairul kemudian berpaling ke arah Nisha. Gadis itu sudah merebahkan tubuhnya di sofa. Qhairul kemudian bangun dari sofa yang didudukinya kemudian menghampiri gadis itu. “Betul-betul tidur ke buat-buat tidur ni?” kedua-dua belah matanya tertutup rapat. “Zam macam mana nak pastikan dia ni betul-betul tidur atau buat-buat tidur” Zamree memahami isyarat yang dinyatakan oleh Qhairul kemudian bersuara. “Senang je, buat CPR”sahut Zamree sambil tersenyum. Nisha terus membukakan matanya bila mendengar perkataan CPR. “Jangan nak ngada-ngada, Nisha tak lemaslah” Qhairul dan Zamree tergelak mendengar kata-kata Nisha. Matanya membutang dan wajah Nisha kelihatan cuak. Hampir pukul 4, Qhairul dan Nisha beredar meninggalkan penthouse Zamree. Mereka singgah di sebuah masjid untuk Solat Zohor. Kemudian Qhairul memecut kereta menuju ke Pantai Port Dickson.Tidak ramai yang mengunjungi pantai petang itu. Setelah memakirkan keretanya, mereka berjalan berpegangan tangan menyusuri pantai tersebut. Setelah sampai di suatu tempat yang agak privasi sedikit, Qhairul melabuhkan punggungnya di atas salah sebuah batu sebesar meja makan. Dia menarik tangan Nisha supaya duduk di sebelahny a.Gadis itu kemudian menyandarkan tubuhnya ke badan Qhairul. Qhairul melingkari kedua belah tangan merangkul kemas tubuh kecil itu dalam pelukannya. Rambut gadis diciumnya berkali-kali. “Wangi..sayang guna syampu apa?” “Pantene” jawabnya sambil tersenyum. “Abang, bestkan kalau buat rumah tepi laut?” gadis itu mula bersuara. “Ya, sayang nak rumah tepi lautke?” Gadis itu cuma menganggukkan kepalanya. “Jom, kita buat rumah tu kat sana” Qhairul terus melompat dari atas batu tersebut kemudian lalu mencempung tubuh gadis tu ke tepi pantai. “Kita buat istana pasir dulu, bila kita kahwin nanti abang buat istana betul untuk sayang” Nisha tergelak mendengar bisikan Qhairul. “Abang, Nisha nak pintunya sebelah sana menghadap ke laut baru best” “Bilik sini, buat balkoni depan tu” Tangannya ligat membantu Qhairul membina sebuah istana pasir sambil bergurau senda selang beberapa ketika istana pasir milik mereka berdua berdiri megah. Nisha tersenyum keriangan, kemudian dia beredar dari situ menuju semula ke salah satu batu besar lalu menyandarkan tubuhnya di situ sambil menyilang kedua belah tangannya. Qhairul menghampirinya. “Kenapa tinggalkan istana kita tu?” sambil merenung wajah tenang Nisha. “Nisha tak sanggup nak lihat istana kita tu roboh oleh air pasang nanti” Qhairul terus merangkul kemas pinggang gadis itu dan menariknya rapat ke tubuhnya yang sasa. Nisha mendongak melihat wajah lelaki itu. “Sayang, I love you so much, janji dengan abang yang sayang akan tetap setia pada abang”.Tanpa berkata apa-apa Nisha mengukirkan senyum lalu melentokkan kepalanya ke dada bidang lelaki itu.Ketika itulah Nisha berasa begitu selamat dan tenang sewaktu berada dalam dakapan lelaki itu. Jiwanya tidak tenteram sejak Nisha menyambungkan pelajarannya. Berjauhan dari gadis itu pelbagai yang difikirkan. Nisha tentu ramai peminat di kampus dan sudah pasti ramai lelaki yang akan cuba mengoda gadis itu, Dia tidak sanggup Nisha terlepas ke tangan lelaki lain dan kehilangan gadis itu. Tangan sasa itu terus mencempung tubuh Nisha lalu membawanya duduk di atas batu besar tempat mereka mula-mula duduk tadi. Dengan penuh rasa kecintaan dan kasih sayang Qhairul merapatkan duduknya lalu memeluk erat bahu gadis yang berada di sampingnya. Setiap penjuru wajah comel itu di amatinya tanpa berkelip lalu pipinya putih dan gebu itu diusap dan diciumnya dengan penuh kemesraan. Nisha lemas dalam belaian kasih sayang Qhairul. Belaian itu membawanya ke alam yang indah. “Abang…air dah pasang” Nisha bangkit lalu terus melemparkan pandangannya ke arah istana pasir yang mereka bina sebentar tadi. Beransur-ansur istana pasir itu ditenggelami oleh air laut yang mulai pasang. Qhairul merebahkan tubuh di atas batuan sambil memandang gadis yang berdiri di depannya. “Abang, , istana kita dah tenggelam”gadis itu seolah-olah menjerit. Qhairul tersenyum. ”Nanti kita bina semula”sahut lelaki itu. “Abang, batu ni di kelilingi air, kita tak tenggelam ke? kedengaran lagi suara gadis itu memberitahu sesuatu. “Kita tenggelam bersama-sama”balas lelaki itu lalu memejamkan matanya. “Abang macam mana kita nak balik ni, air dah naik tu, batu ni tenggelam ke”tanya gadis itu seperti kebimbangan. “Usah risau batu ni tak akan tenggelamlah sayang, tapi kita kena tunggu air surut, baru kita boleh pergi dari sini”balas lelaki itu. “Lama tu” Nisha seperti berfikir sesuatu. “Pukul 8 malam nanti surutlah tu”sahut Qhairul sambil menjerling jam tangannya yang menunjukkan pukul 6 petang. Nisha kemudian melabuhkan semula punggungnya di sebelah Qhairul yang sedang berbaring kemudian dia memandang lelaki itu lalu berkata sesuatu. “Tiga jam atas batu ni kita nak buat apa?”Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Nisha. “Mari sini” sambil tangan menarik lengan gadis itu supaya baring di sebelahnya. Tanpa membantah Nisha merebahkan kepala di atas lengan lelaki itu. Mereka sama-sama terlentang sambil melontarkan pandangan di langit yang terbentang luas. Kelihatan burung-burung berterbangan di angkasa sewaktu hendak pulang semula ke sarang masing-masing. “Sebentar lagi kita boleh lihat sunset” ucap Qhairul sambil memejamkan matanya. Nisha turut menutup kelopak matanya lalu cuba membayang keindahan senja ketika mentari melabuhkan tirainya. Kemudian gadis itu menyendengkan tubuhnya menghadap lelaki di sebelahnya lalu meletakkan tangannya di dada bidang lelaki tersebut. Matanya turut terlena. “Ibu cantik!” Wanita itu tersenyum padanya. “Tapi teratai putih lebih cantik dari ibukan ” balas wanita itu, senyuman masih terukir di bibirnya. “Teratai putih!siapa teratai putih bu” tanya gadis itu. Siti Zulaikha senyum memandang wajah anaknya. Rambut anaknya dibelainya dengan penuh kasih sayang. “Sayang, ingat pesanan ibu” “Apa dia bu?” “Cari dan tanam teratai putih” “Cari dan tanam teratai putih” “Cari dan tanam teratai putih” Ulangnya wanita itu berkali-kali, bayangan semakin hilang dalam kabus yang semakin menebal. “Cari dan tanam teratai putih”ulangnya lagi. “Sayang! bangun”. Nisha membuka mata, seorang lelaki sedang menatap wajahnya sambil tersenyum. “Nisha mimpi” “Mengigau” Nisha ada sebut sesuatu tak tadi?” Matanya tertumpu pada wajah lelaki yang masih lagi merenungnya penuh asyik. “Sayang sebut cari dan tanam teratai putih” jawab lelaki itu sambil tersenyum. Nisha terus terdiam membiarkan sahaja lelaki itu membelai dan merenungnya. “Nampak sunset tu, cantikkan?” Nisha mengangkat tubuhnya lalu duduk sambil memandang cahaya senja yang kelihatan jingga di kaki langit. Sama seperti yang dibayanginya sebelum tertidur tadi. “Abang, Lama ke Nisha tertidur tadi?” “Hampir satu jam, abang pun tertidur tadi tapi abang tersedar oleh suara orang menggigau di sebelah abang” Nisha mengalih pandangannya ke wajah Qhairul kemudian dia bersuara. “Abang, apa maknanya kalau kita mimpi benda yang sama berulang kali?” Matanya terus terarah kepada lelaki di sebelahnya yang masih lagi berbaring senget sambil menongkang kepalanya dengan tangan. “Sayang mimpi apa? “Nisha selalu mimpi benda yang sama sejak Nisha kecil lagi, mimpi jumpa ibu, Nisha nampak ibu cantik sangat dalam mimpi tu, tapi setiap kali mimpi itu muncul ibu suruh Nisha cari dan tanam teratai putih” Qhairul kemudian mengerutkan dahinya. Dia memang tiada kepakaran untuk mentafsirkan mimpi. “Don’t worry sayang, kita cari dan tanam je teratai putih tu” sahutnya untuk mengurangkan kerusingan hati gadis tersebut. “Mana Nisha nak tanam benda tu?”tanya gadis itu lagi. “Jangan susah, kat rumah abang ada kolam, di situ nanti kita tanam”sambil tangannya membelai tangan gadis tersebut lalu menciumnya. Air laut kelihatan mulai surut. Nisha mendongakkan kepalanya memandang bintang di langit yang mula menyinarkan kerlipannya kerana malam mula melabuhkan tirainya. Cuaca yang elok malam itu menampakkan jelas bintang-bintang yang bertaburan di angkasa. Mereka terpaksa menunggu sedikit masa lagi untuk meninggalkan tempat itu. Dalam kesamaran cahaya bulan, Qhairul menggunakan kesempatan itu merenung wajah gadis di sebelahnya. Nisha membalas renungan mata yang begitu bertenaga itu. Perasaan sama-sama bergelora di kala itu. Qhairul perlahan-lahan merapati tubuh gadis tersebut. Dada Nisha semakin berdebar-debar, tubuh seram sejuk, takut untuk membalas renungan tajam Qhairul Nisha menutup matanya bila mendengar bunyi nafas lelaki itu semakin kuat dan hampir. Sentuhan hangat bibir Qhairul perlahan-lahan mulai dirasai di dahinya kemudian merayap pula ke pipinya. Tubuhnya perlahan-lahan direbahkan di atas batuan yang mulai sejuk menyerap suhu bayu malam. Qhairul merenung matanya tanpa berkelip. Getaran dan denyutan nadinya entah berapa cepat di kala itu. Kelopak matanya ditutupnya kembali perlahan-lahan. Seluruh saraf dan tubuhnya terasa lemah. Gelora asmara dan rasa cinta yang membara semakin mendorong perasaan berahi Qhairul ketika itu. Bibir mungil Nisha ditaklukinya dengan penuh kenikmatan asmara dan lama-lama menjadi semakin rakus apabila sigadis memberi respon yang serupa. “Abang…jangan bang… “ Nisha tiba-tiba tersentak, seperti ada suara halus yang membisik ke telinganya dan menyedarkannya dari terus hanyut. Lantas tubuh sasa Qhairul ditolaknya kuat meleraikan pelukan lelaki itu. Dia tidak sanggup melebihi had yang telah mereka lalui sebentar tadi. Qhairul yang turut tersedar lalu mengucap panjang meraup tangan ke rambutnya sambil kedengaran keluhan kesal yang berat diluahkan. ‘Ya Allah.. Aku hampir tewas oleh godaannya, Kenapa aku tak boleh kawal perasaan aku sebentar lagi, aku tak pernah seghairah dan seberahi ini pada perempuan yang pernah aku kenal. Kenapa aku cepat tergoda dan terlalu ghairah untuk mengauli Nisha’. “Maafkan abang sayang.., abang akan cuba kawal diri abang selepas ini. Perasaan cinta terlalu mendorong naluri abang untuk melakukannya”. Qhairul begitu menyesali tindakan yang tidak dapat mengawal mujurlah Nisha cepat menyedarkan sebelum terlanjur. Nisha mengenggan erat tangan kasar kekasihnya. Qhairul senyum lalu mengusap dan membetulkan rambut Nisha yang terburai tanpa ikatan. Wajah itu begitu jelita di bawah sinaran bulan. Nisha kemudian terus duduk lalu mengangkat kedua-dua lutut kakinya ke atas dan menyilangkan kedua belah tangan ke lututnya. “Abang..kita balik sekarang?”ujarnya sambil merenung manja ke wajah Qhairul Nisha membetulkan blousenya dan mengemaskan yang agak renyuk. Air laut memang pun dah lama surut kerana leka melayari bahtera asmara pasangan kekasih itu sengaja tidak menghiraukannya. Qhairul melompat turun dari batu kemudian menghulurkan tangan menyambut Nisha turun dari batu tersebut. Kemudian tubuh kecil itu terus dicempungnya sepanjang perjalanan menuju ke kereta. “Abang, kita singgah mana-mana supermarket, Nisha nak beli barang makan untuk bawa balik asrama” beritahunya sewaktu kereta lelaki itu mula bergerak meninggalkan kawasan pantai yang telah memberi kenangan asmara terindah untuk mereka sebentar tadi. Qhairul cuma menanggukkan kepala tanda setuju. “Selepas tu kita makan dulu, kemudian baru abang hantar sayang balik ok” sambil menatap wajah lelaki, Nisha menganggukkan kepalanya memberi persetujuan. Hampir pukul 10.30 malam, mereka tiba di tempat letak kereta perkarangan universiti. “Ok sayang, sweet dream ok, I love you”, sebuah ciuman mendarat dipipinya sebelum gadis itu melangkah keluar dari kereta. “I love you too. selamat malam bang, pandu elok-elok tau, take care” sebuah senyuman manis menguntum di bibirnya bila Qhairul mengucup mesra tangannya sebelum dia melepaskan tangan Qhairul yang mengenggam erat jemarinya. Setelah melangkah masuk semula ke dalam kereta kemudian perlahan-lahan Qhairul menekan pedal minyak keretanya meninggalkan kawasan universiti. Dengan membimbit beberapa beg plastik yang penuh dengan barang yang dibelinya Nisha mengatur langkahnya menuju ke hostel. “Hei Nisha, kau baru balik ke?” Mila yang juga merupakan pelajar tahun pertama menegurnya. “Ya, kau datang mana?”tanya Nisha pula. “Aku pun baru sampai, balik rumah Makcik aku kat Kajang” balas Mila sambil tersenyum manis pada Nisha. “Eee..siapa hantar kau tadi boy friend kau ya..hendsem, jelouse aku” Nisha cuma tersenyum, tanpa disedarinya rupa-rupa Milla nampak dia dan Qhairul di tempat parkir kereta tadi. “Kau nampak ke?” “Ya..handsem giler padan dengan kau tentu boy friend kau tu kayakan?”tanya Milla ingin tahu. “Biasa-biasa je”sahut Nisha lagi. “Bohong, aku tengok kereta je aku dah tahu, tak da sebarangan orang dapat guna kereta tu” balas Milla lagi. “Kau balik tadi naik apa?”Nisha terus mengubah topik perbualan mereka. “Teksi, eeh..Nisha, aku tengok muka kau sebijik macam model iklan SPA Puteri dan kosmetik ‘PUTERI’ dalam tv tu, tu kau ke Nisha?” Nisha agak terkejut tapi dia perlu kawal situasi itu. “Bertuahlah kalau tu aku, tapi aku boleh ganti model tu kan” jawab Nisha sambil bergurau. “Aku rasa kau lebih cantik dari model tu” balas Milla lagi. “Banyaklah kau punya cantik” “Betul, waktu hari pendaftaran dulu kami orang ingat kau model yang nak sambung belajar” “Macam-macamlah kau ni Milla, oklah aku dah sampai bilik ni,bye” Nisha terus melangkah menuju ke biliknya. Sampai di biliknya Nisha melepaskan semua beg plastik yang dibimbitnya di atas katil. “Hai, banyak shopping?”tegur Jaslina yang sedang meniarap di katilnya. “Kan kau suruh aku belikan barang makan, kau lupa ke?” tanya Nisha kemudian mencapai kain tuala dan baldi serta semua kelengkapan mandinya. “Aku tak lupa tapi kenapa banyak sangat ni?”tanya Jaslina lagi. “Banyak ke?kalau kau nak makan kau ambil dalam plastik tu aku nak mandi dulu” Nisha kemudian berlalu meninggalkan Jaslina sendirian. Tanpa menunggu masa yang lama, Jaslina melompat turun dari katil terus menerpa plastik-plastik di atas katil Nisha “Banyak juga duit Nisha ni, semua yang dia beli ni barang makan yang mahal-mahal dan sedap-sedap pulak tu”sambil tangan mengambil sekotak coklat FR lalu membukanya. Nisha masuk ke bilik mandi kemudian menanggalkan satu persatu pakaiannya, kemudian dia tersenyum sendiri bila mengingatkan peristiwa bersama Qhairul atas batu di pantai tadi. “Bahaya!” bisiknya dalam hati. Bab 36 Sepanjang malam Qhairul tidak boleh melelapkan matanya, kenangan manisnya bersama Nisha sewaktu di pantai tadi membuatnya tersenyum sendiri. Dia tergolek ke kiri dan ke kanan membayangkan tubuh Nisha dalam dakapannya. Layanan mesra Nisha menyakinkan dirinya bahawa hati mereka benar-benar bersatu. Dia tidak sanggup kehilangan Nisha. Perasaan yang tidak pernah dirasai selama ini. Seumur hidupnya kini akan diperjuangkan demi cintanya pada Nisha. Nisha adalah sebahagian dari dirinya kini. Dia tidak sanggup gadis comel dan manja itu jatuh ke tangan lelaki lain. Nisha memiliki segala yang akan membahagiakan hidupnya. Poster besar wajah Nisha yang tergantung dalam bilik tidurnya diciumnya berkali-kali. Setiap malam wajah comel itu ditatapnya sepuas-puas sebelum tidur. Qhairul sekarang bukan Qhairul yang terkenal dengan kasanovanya dulu lagi. Sejak Nisha wujud dalam hidupnya, tingkah lakunya jauh berubah.Tiada lagi wanita yang muncul di pejabat PJ Holding yang menagih cinta darinya malah dirinya kini jarang berada di club yang biasa dikunjunginya. Sejak Nisha menyambung pengajian di Universiti, Qhairul menumpukan sepenuh masanya pada perniagaannya dan sering balik lewat dari pejabat. Kesibukkan Nisha dengan kuliahnya memberi peluang Qhairul untuk mengembang dan memajukan perniagaannya. Menyibukkan diri dengan kerja salah satu cara untuknya agar tidak terlalu teringatkan Nisha. Beberapa hari sejak balik ke Malaysia, Puan Sri Datin Hajar belum berpeluang bercakap dan berbincang dengan anaknya. Qhairul sering turun awal dan balik lewat dari pejabat.Yasmine Hana yang seperti mendesak sering menelefon dan bertandang ke banglo milik keluarga tersebut. Mak Som begitu patuh pada pesanan majikan. Tiada sesiapa pun dibenar masuk ke dalam biliknya, dan membuka pintu biliknya yang sentiasa berkunci setiap hari sekirannya dia tiada di rumah. Rahsia gambar besar Nisha dalam biliknya hanya Mak Som saja yang tahu sebab wanita itu yang dibenarkan masuk ke biliknya untuk mengemas dan menukar cadar sewaktu Qhairul ada di rumah. “Ni gambar Nisha ke Qhairul?, tak pernah pun Mak Som tengok orang simpan gambar besar-besar macam ni dalam rumah” tegur Mak Som kali pertama dia melihat gambar gadis tersebut dalam bilik Qhairul. “Saya sayang dia Mak Som sebab tu saya simpan gambar besar ni dalam bilik saya. Mak Som jangan beritahu sesiapa dan jangan benarkan sesiapa pun masuk dalam bilik saya walau mama sekali pun” tegas nadanya berpesan pada Mak Som dan Mak Som adalah seorang yang taat pada majikannya tidak pernah lupa dengan segala pesanan dan arahan Qhairul. “Kenapa bilik Qhairul ni berkunci Kak Som, mana dia simpan kunci” tanya Puan Sri Datin Hajar yang ketika itu lalu di hdapan bilik anaknya. “Qhairul memang macam tu Puan Sri, dia tak suka orang masuk bilik dia, kunci bilik pun dia bawa sekali” balas wanita tua yang berumur awal 50an itu. “Eh..macam mana Kak Som nak kemaskan bilik ni?” tanya Puan Sri Datin Hajar seperti hairan. “Saya tunggu masa dia ada di rumah barulah saya minta izin untuk kemaskan bilik tu” jawab Mak Som agak jujur. “Qhairul pernah bawa perempuan balik rumah ke Kak Som? Puan Sri Datin Hajar cuba mengorek rahsia anaknya. Mak Som terbayang wajah comel Nisha yang sudah dua kali dibawa Qhairul balik ke banglo itu tapi Mak Som menyenangi gadis itu. “Setakat ni tak da lah pulak” sahut Mak Som.Wajah Puan Sri Datin Hajar agak tenang. “Kenapa Puan Sri?” “Saya tak suka dia berkawan dengan perempuan sebarangan Kak Som, saya sudah ada calon yang sesuai untuk Qhairul” jawab Puan Sri Datin Hajar, macam ada ketegasan dalam suaranya. Seminggu bergelar mahasiswi dan sepanjang minggu orientasi Nisha begitu seronok, di samping mengenali ramai kawan baru. Nisha menjadi pelajar yang begitu popular di kampus tersebut. Bukan sahaja diminati oleh ramai siswa-siswa malah pensyarah-penyarah lelaki pun turut memburunya. Malam penutupan minggu orientasi, kumpulan yang dianggotai oleh Nisha memenangi untuk persembahan kumpulan dan Nisha menjadi pelajar contoh sepanjang minggu orientasi itu. Semua mata tertumpu padanya ketika pelajar itu tampil ke pentas menerima anugerah dari timbalan Canselor. “Walaupun dia pelajar termuda untuk program ijazah tapi boleh pula muncul sebagai siswi yang paling popular, hebat budak ni? Doktor Firdaus ketua pensyarah Falkuti undang-undang berbual dengan Doktor Hamdi dari falkuti yang sama. “Budak nilah yang Prof. Yassin selalu sebut-sebutkan tu, budaknya cantik dan bijak, bertuah dapat tackle budakni jadi bini” balas Doktor Hamdi pula sambil tersenyum. “Aku dah nampak budak ni malam penutupan minggu orientasi tu, aku tak yakin budak ni tak ada boy friend sebab rupa macam tu siapa yang tak nak?” celah Doktor Firdaus lagi. “Ala..selagi belum jadi bini sesiapa, semua masih ada peluang” mereka berdua akhirnya sama-sama ketawa, dalam hati masing-masing hendak menuju ke matlamat yang sama. Awal pagi hari Ahad, Kak Rozi menjemputnya balik ke rumah, semua barang-barang dan beg pakaian dimasukkan dalam but kereta. “Akak nak tanya sedikit pendapat Nisha, akak sekarang dilema tak tahu nak jawab apa pada Datuk Wazir” kata wanita itu sewaktu mereka tiba di rumah. Nisha merenung wajah kakak angkatnya buat seketika. “Apa hal akak dengan Datuk Wazirni, akak gaduh dengan dia ke atau..?” “Dia lamar akak jadi mama Hani” tanpa berselindung, street to the point Kak Rozi memberitahu masalahnya pada Nisha. Walaupun agak terkejut Nisha akhirnya ketawa. “Menjadi jugak plan aku dan abang Qhairul ni” bisiknya dalam hati. “Bila dia lamar akak?” “Hari Sabtu minggu lepas, dia bawa akak dan Hani pergi Genting, akak minta tempoh seminggu jadi sepatutnya hari ini akak bagi keputusan” jelas wanita itu agak serius. “Terimalah kak, Nisha setuju sangat kalau akak kahwin dengan abang Wazir tu, dia kawan abang Qhairul dan abang Zam, Nisha jamin dia boleh jadi suami yang terbaik untuk akak” balas Nisha sambil tersenyum pada wanita itu. “Kalau akak kahwin dengan dia, bererti akak kena tinggal kat rumah abang Wazir, jadi Nisha ni kena cari tempat tinggal yang lainlah pulak” Suaranya mula mendatar. “Nisha ikut kakak, kita tinggal sekali kat rumah abang Wazir” balas Kak Rozi. “Tak pa kak, Nisha sewa rumah akak ni je, dan lepas tu Nisha ajak sorang kawan tinggal dengan Nisha” terbayang di ruang kepalanya wajah Jaslina. “Tak payah sewa-sewalah Nisha, duduk je” balas wanita itu lagi. “Janganlah kak sebab ni kan rumah ayah akak, nanti apa pulak kata dia, Nisha pun mampu bayar sewa kalau tak mampu kan abang-abang kesayangan Nisha tu kan ada” sahutnya sambil tersenyum. Dalam asyik bergurau, kedengaran bunyi hon kereta di luar rumah, seorang lelaki berpakaian putih seperti seorang salesman muncul di depan pintu. “Cik Qhaiurnnisha ada?” “Ya, Saya, kenapa Encik?” lelaki itu tersenyum memandang Nisha kemudian di menghulurkan sesuatu pada gadis itu. “Datuk Qhairul suruh kami serahkan kereta tu pada cik, ni kuncinya” beritahu lelaki itu. Nisha kemudian tertinjau-tinjau di luar pagar rumah itu, ada dua buah kereta parkir di situ. Seorang lelaki berdiri berhampiran dua kereta tersebut. Nisha mengerutkan dahi kemudian bersuara. “Kereta yang mana satu?” tanya Nisha pada lelaki di depanya. “Yang warna hitam tu, mari ikut saya sebab saya nak tunjukkan serba sedikit tentang kereta tu pada cik” tanpa berkata apa-apa Nisha mengikut lelaki itu mendekati kereta tersebut. Dengan jelas Nisha nampak sebuah Porsche 911Turbo Cabriolet berwarna hitam metallic plat Nombor WQQ 1991 di depannya. Kereta yang boleh dibuka bahagian bumbungnya. Nisha tersenyum gembira melihat kereta itu. “Kereta ni dilengkapi dengan system elektronik dan GPS, seperti kereta-kereta mewah yang lain, cik tak perlu risau sebarang masalah cik boleh cal no ini kami akan datang membantu cik” Nisha membuka pintu kereta tersebut kemudian masuk di dalamnya. Lelaki tersebut turut masuk ke dalam kereta tersebut dan menerang satu persatu tentang kereta tersebut serta menjawab setiap soalan yang ditanya oleh gadis tersebut, setelah menandatangani bukti penerimaan dan menyerahkan sepucuk sampul surat, lelaki itu kemudian meminta diri dengan sebuah kereta yang dipandu oleh temannya. bimbitnya.ya. Selang beberapa minit satu panggilan masuk ke telefon bimbit Nisha. Dia tersenyum bila tahu pemanggilnya. “Hai sayang, Nisha dah dapat ke hadiah dari abang?”terdengar suara romantik lelaki itu di talian. “Dah, cantik terimakasih bang, tapi kenapa beli kereta mewah, kereta nasionalkan ada” “Sebagai kekasih abang yang tersayang, mestilah abang nak yang terbaik untuk dia, abang nak sayang bahagia tu je, abang register atas nama Nisha jadi sekarang seratus peratus kereta tu milik sayang, suka tak colour tu?” “Suka, cantik, elegant” “Sampul surat dah buka?”tanya Qhairul lagi. “Belum, kenapa bang?” “Dalam tu ada kat kredit, sayang boleh guna untuk berbelanja dan isi petrol kereta, “Ok bang, Nisha nak cuba test drive ni , Nisha sayang abang tau, I love you, jumpa lagi” “Drive hati-hati sayang, jangan laju-laju, sayang nyawa abang tau, ok bye sayang, I love you too”balasnya kemudian memutuskan taliannya. “Hai Nisha bertuahnya badan kau, dapat kereta mewah free, jom kita cuba drive dulu dekat-dekat sini” tegur Kak Rozi yang muncul menghampiri kereta tersebut. Sesuai dengan standard kereta mewah, memanglah selesa dipandu, lebih-lebih lagi dilengkapi gear pemanduan outomatik memudahkan pemanduan bagi pemandu yang baru mendapat lesen memandu seperti Nisha. Sudah seminggu Nisha memandu sendiri kereta porshe menuju ke kampus. Ramai mata yang menjerling melihat kemunculan gadis tersebut yang cukup bergaya dengan kereta mewahnya. Nisha tidak pernah menceritakan dengan sesiapa pasal dirinya termasuk Jaslina bekas teman sebiliknya. Syed Azrie tidak pernah putus asa untuk mendekati gadis tersebut. Dia tetap bersaing dengan mahasiswa lain untuk memikat Nisha. Namun Nisha langsung tidak menampakkan minatnya untuk berdamping rapat dengan pelajar-pelajar lelaki ataupun pensyarah-pensyarah yang cuba memikatnya. Doktor Firdaus seorang pensyarah kacak yang dikatakan mirip pelakon Aaron Aziz yang menjadi kegilaan siswi pernah digosipkan dengan Nisha kerana sering memanggil gadis itu menemuinya di pejabat. “Kenapa Firdaus, tiap-tiap hari kau suruh Nisha tu jumpa kau sedangkan bukannya ada apa-apa yang penting sangat”tanya Doktor Hazlee, pensyarah kanan Falkuti Guaman , “Saja, aku suka tengok muka dia, kalau satu hari aku tak tengok aku rindu semacam je kat budak tu” balas Doktor Firdaus. “Kau jatuh cinta dengan budak tu ke Firdaus?” “Cinta itu buta Haz, walaupun umur aku dah 33 tahun, tapi tak salahkan kalau aku jatuh cinta dengan si Nisha tu”sahut Doktor Firdaus sambil tersenyum. “Aku lihat Nisha tu macam marah je bila kau panggil dia” celah Doktor Hazlee lagi. “Makin dia marah,makin dia comel tu yang buat aku angau ni Haz”Hazlee ketawa mendengar pengakuan Doktor Firdaus.Tidak dinafikan Hazlee juga terpikat dengan Nisha tapi dia tidak menunjukkan seperti Doktor Firdaus kerana dia sedar status dirinya yang duda. Sejak sibuk dengan kuliah dan aktiviti universiti, di samping kegiatannya di SPA Puteri, dia jarang dapat keluar bersama Qhairul, Tengku Farid atau Zamree. Cuma kadang-kadang ketiga-tiga lelaki itu sering menghubunginya melalui telefon. Roziah akhirnya setuju menerima lamaran Datuk Wazir. Mereka telah bersetuju untuk mengikat pertunangan dalam tempoh tiga bulan sahaja. Tempoh 3 bulan tersebut digunakan untuk membuat persediaan untuk majlis perkahwinan mereka. Roziah tidak mahu menghebohkan majlis pertunangannya, biar pada hari langsungnya nanti barulah dia menjemput kepada rakan-rakan sekerjanya ke ke majlisnya mereka nanti. “Usia macam akak ni tak sesuai nak buat heboh-heboh sangat. Akak cuma buat yang wajib tu je” jelas Roziah sewaktu dia dan Nisha keluar mencari barang-barang persiapan perkahwinannya nanti. “Jangan macam tu kak, akak cuma berumur sikit je tapi masih cantik” balas Nisha yang sering memuji wajah wanita itu mirip pelakon Tizz Zakiyah. “Akak dah bincang dengan Abang Wazir kami akan buat majlis resepsi selepas majlis persandingan pada hari yang sama” beritahu Roziah pada adik angkatnya. “Ok lah kalau macam tu, bila akak nak edarkan kad jemputan, Nisha nak jemput kawan- kawan Nisha kat kampus” sahut Nisha pula. “Minggu depan kot, Nisha nak jemput berapa orang? “Dalam 100 ke 200 orang kot”jawab Nisha sengaja mengejutkan kakak angkatnya. “Apa!, tu dah mengalahkan jemputan akak, nanti tak cukup duit akak nak bagi dia orang tu makan” “Ala Datuk Wazir tu banyak duit lah mak datin oi..” “Oi..belum mak datin lagi, jangan nak ngada-ngada” sambil tangannya mencubit lengan adik angkatnya. “Datin Roziah Aznin, akak nak terus jadi cikgu ke tau nak resign bila dah jadi mak datin nanti” Roziah terdiam seketika mendengar kata-kata Nisha. “Apa pendapat Nisha?” “Terpulang pada akak, tapi Datuk Wazir tu banyak duit, bisnes pun besar, rasanya nafkah akak nanti lebih besar dari gaji akak sekarang” balas Nisha lagi. “Akak minat jadi cikgu sejak dari kecil lagi tapi akak kena ikut pendapat Abang Wazir, kalau dia suruh akak resign nanti terpaksalah kot” tambah Roziah lagi. “Akak jadilah cikgu untuk anak-anak abang Wazir cukuplah” sambung Nisha pula. Roziah hanya tersenyum. Selesai mencuba pakaian pengantin di butik pengantin yang dicadangkan oleh Datuk Wazir, Nisha dan Roziah menghabiskan masa membeli belah di Ampang Park. “Nisha, macam manalah komen-komen cikgu-cikgu kat sekolah akak bila dia orang dapat kad jemputan ke majlis kahwin akak tu nanti?” tanya Roziah sewaktu mereka membelek-belek beberapa helai baju yang tergantung di sebuah kedai dalam pasar raya tersebut. “Mestilah terkejut sebab tercatat kat dalam kad tu nanti jemputan ke majlis perkahwinan Datuk Wazir Harris bin Bakaria dengan pasangan Datin Roziah Aznin, kot-kot ada cikgu kat sekolah tu yang pengsan” Roziah ketawa mendengar pendapat Nisha. “Nisha nikah buat akak gelak je”, “Baguslah tu untuk senaman muka untuk bakal penggatin, sementara tunggu tarikh tu akak kena selalu ke SPA untuk exercise tubuh tu, abang Wazir tu duda, dah ada experience, lama tak merasa tu ganas tau!” Roziah membutangkan matanya memandang Nisha, Nisha pula cepat-cepat menjauhkan diri takut mencari mangsa tangan kakak angkatnya. Dua minggu sebelum majlis perkahwinan mereka, Roziah telah mengambil cuti rehat kerana dia telah berjanji untuk keluar dengan Datuk Wazir untuk mencuba baju pengantin dan membeli cincin perkahwinan mereka.Walau sudah berumur 36 tahun, Datuk Wazir masih lagi kelihatan lebih muda dan segak, mungkin kerana tubuh badan yang sihat, boleh mengaku bujang di hadapan orang yang tidak tahu lelaki ini adalah seorang duda anak satu. Setelah mencuba dan berpuas hati dengan baju pengantin yang ditempah mereka meninggalkan butik tersebut kemudian menuju ke sebuah kedai emas untuk membeli cincin perkahwinan. “Berapa sebenarnya umur Rozi?” tanya Wazir sewaktu mereka menikmati makan tengah hari di sebuah restoran. “Bulan depan genap 33, kenapa saya nampak tua ke?” tanya Roziah tanpa berselindung.Wazir ketawa mendengar soalan yang keluar dari mulut Roziah. “Tak, you awet muda I ingat you di akhir 20 an, 28 or 29 like that” balas Wazir. “Betul ke atau awak saje nak senangkan hati saya” “Ikhlas, saya tak bohong, kalau awak tak percaya juga biar tanya lelaki tu” kemudian Wazir melambaikan tangannya memanggil pelayan lelaki yang tidak jauh dari meja mereka. “Ada apa encik, boleh saya bantu?” Wazir tersenyum memandang muka pelayan restoran yang berdiri di depan mereka. “Awak boleh teka berapa umur kawan saya ni?” Roziah amat terkejut mendengar kata-kata Wazir, pelayan lelaki itu memandang wajah Roziah kemudian tersenyum dan akhirnya menjawab. “Saya rasa dalam lingkungan 25 ke 28 tahun macam tu” jawab lelaki itu. “Ok, terima kasih” ucap Wazir kemudian dengan senyuman di bibir pelayan lelaki itu berlalu pergi. “Macam mana, percaya tak apa saya cakap?” “Alhamdulillahlah kalau macam tu, taklah malu waktu kahwin nanti bila orang kata saya ni pengantin tua” balas Roziah dengan wajah yang tenang. Wazir tersenyum lalu mengangguk. “Kenapa Rozi tak kahwin sebelum ni” tanya Wazir sambil memandang wanita di depannya. Pada pandangannya Roziah wanita yang sempurna, cantik dan berpelajaran sepatutnya dengan pakej yang lengkap seperti itu wanita seperti Roziah telah berkahwin ketika umurnya berada dalam lingkungan 20an. Roziah terdiam seketika, dia melemparkan pandangan kosongnya ke satu sudut. “Wazir berhak mengetahui kerana dia bakal suamiku dan aku bakal hidup bersamanya sepanjang hayat” bisiknya dalam hati. “Saya pernah bertunang ketika 8 tahun yang lepas, tapi saya kecewa bila tunang saya kahwin dengan orang lain tanpa memberi sebarang alasan, mak saya kecewa mendengar berita itu dan dia jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia kerana saudara mara saya tuduh yang bukan-bukan. Mereka menuduh saya tak pandai jaga tunang dan saya yang bersalah kerana tunang saya kahwin dengan orang lain. Selepas itu saya serik untuk bercinta lagi sehingga saya terima lamaran awak sekarang” suara Roziah agak perlahan dan lirih. “Saya harap saya boleh temui kebahagian dengan awak walaupun perkahwinan kita bukan atas dasar cinta, dan saya harap saya boleh dapatkan cinta selepas berkahwin dengan awak” sambung Roziah lagi. “Saya pun harap macam tu, tapi percayalah saya memang sukakan Rozi saya ikhlas melamar awak dan saya yakin dan percaya Rozi boleh jadi mama yang terbaik untuk Hani” balas Wazir sambil memegang tangan wanita itu. Roziah senyum sambil menatap wajah lelaki yang bakal menjadi suaminya itu, Wazir membalas senyumannya. “Rozi degree dalam bidang apa?” Wazir menukar topik perbualan mereka. “Sekarang saya dagree dalam Sains Fizik tapi sekarang tengah buat master untuk kos yang sama” jawab Roziah tanpa berselindung. “Beruntunglah saya dapat isteri wanita yang bijak macam Rozi ni ya” usik Wazir. “Taklah bijak manapun, Wazir pun lepasan U jugakkan?”sambung Rozi pula. “Saya cuba degree dalam bidang perniagaan dari salah sebuah universiti di Australia”. “Apa bisnes Wazir sekarang” tanya Roziah ingin tahu serba sedikit tentang perniagaan bakal suaminya itu. “Hartanah dan perkapalan, dan rakan kongsi dengan beberapa syarikat lain. Pejabat saya di tingkat 10 Wisma Angsana ‘WB Company’ lepas kita kahwin nanti saya bawa Rozi ke sana, boleh berkenalan dengan pekerja-pekerja saya”. “Boleh juga tapi saya ni kan cikgu kakitangan kerajaan, jadi payah sikit nak dapat cuti” “Oh ya ke? lupa pula saya yang awak ni cikgu” sahut Wazir sambil tersenyum. Rozi turut tersenyum mendengar jawapan Wazir. “Rozi nak terus jadi cikgu ke selepas ni?” “Kenapa?” “Sebab bila berkahwin dengan saya status Rozi dah bertukar”, “Maksud awak, saya kena resign” “Kalau Rozi tak keberatan sebab saya rasa bidang tu tak sesuai untuk seorang datin, kalau boleh saya nak isteri saya jadi suri sepenuh masa uruskan suami dan anak-anak atau bantu saya dalam dalam bisnes” jelas Wazir dengan ayat-ayat yang agak teratur. “Kalau Wazir nak macam tu, nantilah saya fikirkan, kita pun belum kahwin lagikan?” balas Roziah. “Saya tanya satu soalan sebelum kita kahwin ni boleh tak?”Roziah teringatkan sesuatu. “Banyak pun boleh, apa dia?” “Kenapa Wazir tak kahwin sebelum jumpa saya, mama Hani dah hampir 4 tahun meninggalkan?” Soalan Roziah menyebabkan Wazir terdiam seketika kemudian dia bersuara. “Perempuan memang ramai tapi saya nak Hani sendiri yang cari pengganti mamanya. Kalau Hani suka dan pilih perempuan tu, itulah perempuan yang akan saya kahwini. Walaupun saya tak cintakan perempuan yang Hani pilih, saya berjanji akan belajar mencintai perempuan itu selepas kami berkahwin” jawab Wazir sambil melemparkan pandangan ke wajah wanita di depannya.. “Kalau Hani pilih perempuan yang hodoh dan cacat, macam mana?”tanyanya lagi “Saya yakin Hani akan cari wanita yang cantik dan baik untuk ganti tempat mamanya dan saya yakin dan percaya dengan taktik itu dan saya rasa pilihan Hani sekarang mungkin adalah yang terbaik dan tepat untuk kami berdua” balas Wazir sambil terus merenung wajah wanita di depannya. Roziah hanya tersenyum, mereka menghabiskan hampir sehari suntuk bersama untuk mengenali antara satu sama lain sambil mencari barang keperluan perkahwinan mereka. Seminggu sebelum majlis perkahwinannya, Roziah muncul di tempat kerjanya lalu mengedarkan kad jemputannya. Berita tentang dia mengambil cuti tanpa gaji sebulan membuatkan rakan-rakan sekerjanya tertanya-tanya. “Kad kahwin siapa ni Rozi?”tanya Cikgu Jamilah. “Aku, datang ya” sahut Roziah selamba. “Betul kau ke yang nak kahwin ni, bila kau bertunang, dengan siapa?" tanya Cikgu Rosmina pula. “Aku bertunang 3 bulan yang lepas, kau baca dekat kad tu ada nama siapa bakal suami aku dan di mana kami nak kahwin” beritahu Roziah pada Cikgu Rosmina. “Datuk Wazir Harris bin Bakaria, datuk ni muda ke tua Rozi?” tanya Cikgu Jamilah. “Dia tua tiga tahun dari aku, dia duda anak satu, isterinya meninggal 4 tahun yang lepas” “Macam mana kau kenal datuk ni?” Cikgu Rosmina berbisik ke telinga Roziah. “Dia kawan Datuk Qhairul, aku kenal dia melalui Nisha, lepas tu dia lamar aku 3 bulan yang lepas” jawab Roziah tanpa berselindung. “Aku dah cakap, kau pasti tumpang tuah adik angkat kau tu, lepas ni kau jadi mak datinlah ya, bertuah kau Roziah walaupun lambat kahwin tapi bila kahwin terus ada anak dan jadi mak datin, anak dia tu umur berapa tahun lelaki ke perempuan?”tanya Cikgu Jamilah lagi. “Perempuan, 5 tahun”pantas Roziah menjawab. Semua rakan-rakan sekerja Roziah terkejut bila mendapat kad undangan ke majlis perkahwinannya yang akan berlangsung hujung minggu depan. Ada yang seperti tidak percaya dan tidak kurang pula yang tumpang gembira bila mendengar Roziah akan menamatkan zaman bujangnya. Bab 37 Setiap kali hadir kuliah Nisha lebih gemar menyarungkan baju kurung. Penampilannya yang lebih sopan berbanding siswi lain menyebabkan Nisha semakin menjadi tumpuan warga kampus. Pakaian-pakaian kasual cuma digunakan bila menghadiri aktiviti-aktiviti sampingan di kampus. Seperti selalu dengan mengenakan sepasang baju kurung sutera dan suit hitam gelap, Nisha memandu keretanya menuju ke kampus. Setelah memakirkan keretanya, Nisha membetulkan kasut tumit tinggi Jimmy Choo di kakinya kemudian mencapai beg galas lalu melangkah menuju ke bilik kuliah.Syed Azrie tersengih sewaktu bertembung dengan gadis itu di hadapan cafe. Entah kenapa susah sangat untuknya mendekati gadis itu. Biasanya gadis akan melekat padanya kalau dimandikan dengan duit dan kemewahan.Tapi pada Nisha dia langsung tiada peluang untuk menggunakan taktik itu. Nisha tiada masalah kewangan malah dari segi penampilan Nisha melebihi apa yang dimiliki oleh Syed Azrie. Dari sumber-sumber yang boleh dipercayai gadis itu tidak memohon sebarang bantuan pinjaman atau biasiswa malah memberi bantuan kewangan untuk teman-temannya yang memerlukan. Syed Azrie sendiri gerun dengan kereta mewah yang dimiliki oleh gadis tersebut. Nisha mempercepatkan langkahnya menemui rakan-rakan rapatnya yang sedang menunggu di café untuk sarapan pagi. Setiap pagi Nisha akan mengajak dan membelanjakan rakan-rakan untuk bersarapan bersamanya kerana faktor dirinya yang mesti mengambil sarapan pagi dan perlu mengikut jadual makan yang teratur. Salah satu pesanan dari ketiga-tiga lelaki kesayangan yang perlu diikuti demi menjaga kesihatan kerana penyakit gastrik yang dialaminya. “Nisha, kau nak join team kami orang main futsal tak?” tanya Nasha rakan sekuliahnya yang terkenal dengan penampilan seakan-akan tomboy“ “Main futsal? bila?” tanya Nisha sebaik sahaja Nasha menegurnya. “Ada pertandingan lelaki dan wanita antara falkuti, 5 sebelah,hadiahnya best tau” “Apa hadiahnya?” “Piala, wang tunai RM1500, kau nak ke?” tanya Nasha lagi,mulutnya seolah melopong menunggu jawapan Nisha “Bila perlawanan tu?”sambung Nisha lagi. “Sebulan dari sekarang, group kita orang masih kurang sorang sebab tu aku ajak kau, nak tak?”Nasha menatap wajah Nisha menunggu jawapan segera daripada gadis tersebut. “Siapa jugak yang akan main?” “Aku,Dewi, Malina, Shani dan Anita, 5 pemain dan seorang rizeb” “Bolehlah..tapi aku ni tak ada experience langsung main futsal ni, kalau kalah jangan salahkan aku ok” Nasha membuat mimik muka kartunnya pada Nisha, rakan-rakan yang lain ketawa melihat aksi Nasha ketika itu. “Kenapa kau buat muka macam budak kecik tak cukup tidur ni, kau takut kita orang kalah ya” Nasha kemudian ketawa. “Macam mana kalau kita cari jurulatih, kau ada kenal sesiapa ke Nisha?” “No idea,nantilah aku tanya kawan-kawan aku kat luar tu” jawab Nisha pula. “Aku caya kita takkan kalah punya sebab pasukan kita mesti banyak yang sokong dan beri support moral” “Kenapa Nasha?”, tanya Shani. “Sebab kalau ada Nisha semua lelaki kampus ni pasti sokong pasukan kita” sahut Nasha sambil senyuman terukir di bibir. “Banyak kau punya sokong, kau ingat aku nanti buat fesyen show ke kat padang tu, kalau kalah baru padan muka kau” jawab Nisha sambil menarik hidung bulat Nasha. “Kalau kalah kau belanja pasukan kita orang makan” “Pa sal?” “Supaya kita orang tak sedih sangat, kaukan kaya dan pemurah” “Yalah tu, menang atau kalah kau orang semua tetap akan dapat makan free, tengok sekarang sarapan pun freekan, cepat habiskan makanan kau orang semua, nanti terlewat pulak kita masuk kuliah” sambil ketawa melihat muka Nasha yang macam minta kesian. “Eh..diam doktor handsem dah sampai tu” tegur Malina yang duduk di sebelah Nisha. Semua memberi tumpuan pada kemunculan Doktor Firdaus. Doktor Firdaus yang baru melangkah masuk terus melemparkan pandangan ke arah pelajarnya yang sudah sedia menunggu kuliahnya pagi itu. Pandangan terus berhenti pada wajah seorang gadis. Qhairunnisha menundukkan kepalanya berpura-pura menulis sesuatu. “Orang tua ni asyik nak mengatal, kalau aku tak fikir tentang markah aku dalam tangan kau mahu je aku baling mukanya dengan kasut Jimmy Choo aku yang mahal ni” runggut Nisha dalam hati. “Hai Nisha! cantik pagi ni, dua hari tak tengok you rindu betul rasanya” semua pelajar yang ada dalam bilik kuliah itu ketawa. “Apa kena dengan orang tua ni, dah gila ke apa?” Nisha berbisik pada Malina di sebelahnya. “Malina ketawa. “Dah angau sangatlah tu” balas Malina. Sepanjang waktu kuliah, mata Doktor Firdaus asyik menjerling pada Nisha. “Nasha, Lina jom kita pergi café, rimas aku dalam bilik ni” Nisha seperti cepat-cepat hendak melarikan dirinya bila waktu kuliah tamat. Dewi, Anita dan Shani turut membuntuti mereka menuju ke café. Doktor Firdaus masih lagi melayan menjawab beberapa soalan yang ditanya oleh pelajar-pelajar tentang assignment yang berinya. Di café kelihatan Wan Azreen sedang duduk minum bersama Syed Azrie. Kemunculan Nisha bersama teman-temannya menarik tumpuan Syed Azrie yang terus beralih memandang ke arah kumpulan gadis-gadis tersebut. “Tengok tu, Abang senior yang paling lawa dan popular kat kampus dengan awek dia yang sombong bogong tu” Kata Shani yang agak meluat dengan Wan Azreen. Nisha hanya tersenyum. “Minggu suai kenal tu dia tengking aku pasal tak beri salam kat dia” sahut Nasha pulak. “Wan Azreen tu perasaan dia tu cantik sangat, mentang-mentanglah dia model sambilan” “Uwekk model low class”Nasha membuat aksi macam nak muntah Nisha tergelak terus melihat aksi Nasha. “Eh..Nisha aku dengar Si Syed tu syok kat kau betul ke?” soalan Dewi mengejutkan Nisha. “Malas aku nak cerita pasal tu, aku tak fikir dan tak berminat langsung dengan Si mamat tu” balas Nisha. “Jadi kau minat kat siapa Doktor Firdaus, Prof Yassin, Doktor Hazlee atau Mohamad Baihaqi jurutera handsem yang selalu kirim salam kat kau tu”pelbagai nama yang telah disebut oleh Shani. “Ramainya..aku rasa ada lagi yang kau tak sebut Yusuf Asraf budak Medic tu, Yassin Ali budak Falkuti kejuruteraan tu, Hassan Hasbi ustaz cun tu, tapi kalau kau reject ustaz tu kau bagi tahu aku awal-awal aku nak masuk daun” tambah Nasha menyebabkan rakan-rakannya tergelak. “Kau fikir nak ke ustaz Hassan Hasbi al-hafiz tu kan kau?”Anita menyampuk. “Belum cuba belum tahu beb, kalau susah sangat nak tackle cara baik aku kasih guna-guna sama dia beb” akhirnya semua teman-temannya tergelak besar mendengar kata-kata Nasha. “Bahaya kau ni Nasha, ustaz pun kau nak guna-guna” sambung Nisha di hujung gelaknya. “Nisha kenapa kau reject semua mereka tu hah..semua tu lelaki-lelaki kacak-kacak dan diminati oleh perempuan-perempuan di kampus ni” Malina tidak puas hati. “Aku takkan layan semua lelaki tu sebab mereka cuma ikan kembung dan cencaru je, aku nak ikan paus ataupun dolphin” terbeliak mata teman-temannya mendengar jawapan Nisha, melihat situasi itu Nisha sudah tergelak. “Kau ni..hebatlah Nisha, kami tak terfikir pun pasal tu” Nasha mencelah. “Tak dalah aku gurau je, hati dan perasaan kita tak boleh nak paksa-paksa, tu semua kerja tuhan” balas Nisha dengan wajah kembali serius. “Bererti kau dah ada yang spesiallah kat luarlah tu, siapa Nisha? mesti orangnya hebatkan sebab dapat miliki hati kau”sahut Shani pula. “Yes..spesial sangat, tiada yang dapat menandinginya” selepas itu Nisha cuma terdiam sambil menikmati minuman milo ais dan mee goreng mamak di pinggannya, di mata terbayang wajah Qhairul, cuma lelaki itu yang bertakhta hatinya kini. “Nisha, kau tahu tak kat kampus kita ni ada team futsal yang hebat yang telah wakili IPT ni 3 tahun berturut-turut, aku pasti team tu akan masuk perlawanan tu jugak nanti, jadi kita kenalah buat persediaan dan latihan yang betul” Nasha kembali semula ke tajuk futsalnya yang mereka bincangkan pagi tadi. “Kita perlu namakan team kitakan, kau orang ada nama sesuai ke untuk team kita nanti?” tanya Shani sambil memandang satu-persatu wajah teman-temannya. Semua terdiam seketika. “Apa kata kita namakan ‘UM Hot Girls’ UHG ok tak?Anita memberi cadangan. “UM Hot Girls,UHG cantik aku setuju”jawab Nisha. Mereka akhirnya setuju menggunakan nama ‘UM Hot Girls’ untuk team mereka. Enam orang bakal peguam wanita itu akhirnya bersetuju untuk beraksi dalam perlawanan futsal wanita antara falkuti yang berlangsung sebulan dari tarikh tersebut. Majlis akad nikah berlangsung di rumah ayah Cikgu Roziah sendiri. Roziah berseri-seri dengan baju kebaya bersulam berwarna putih yang ditempah khas dari butik pengantin Puteri. Sekali lafaz akhirnya Roziah sah menjadi isteri kepada Datuk Wazir dengan wang hantaran RM250 ribu beserta sebelas dulang hantaran. Selepas menyarungkan cincin, Datuk Wazir mencium dahi isterinya untuk upacara membatalkan air sembahyang. Nisha turut tumpang gembira melihat kakak angkatnya telah bertemu jodoh dan sudah rasmi bergelar seorang isteri pada hari itu. Selesai majlis di rumah ayah Roziah, pasangan pengantin tersebut kembali ke banglo Datuk Wazir untuk aturcara majlis resepsi dan persandingan yang diuruskan oleh sebelah pihak lelaki. “Tahniah kak, saya doakan kakak bahagia hingga ke akhir hayat” Nisha mencium kedua-dua belah pipi kakak angkatnya. “Terima kasih Nisha, kerana Nishalah akak bertemu jodoh dengan Abang Wazir, akak doakan Nisha juga bahagia suatu hari nanti dengan siapa saja yang Nisha cinta” balas Roziah sambil mencium pipi adik angkatnya itu. Datuk Wazir yang melangkah masuk ke bilik tersenyum memandang Nisha. Nisha turut membalas senyuman lelaki itu. “Tahniah bang, Nisha doakan abang dan akak bahagia hingga ke akhir hayat, jaga kakak Nisha baik-baik” ucapnya sambil tersenyum kepada pasangan pengantin baru tersebut. “Nisha, kalau Kak Rozi ni kakak angkat Nisha dan dia sangat sayangkan Nisha dan Nisha pun sayangkan dia, terimalah juga abang sebagai abang angkat Nisha dan terimalah kasih sayang abang dan sayangilah abang sebagai mana Nisha menyayangi Kak Rozi. Kita jadi satu keluarga ya, dan kalau Nisha sudi tinggallah sekali di rumah kami” Datuk Wazir memandang wajah Nisha menuggu jawapan yang positif dari gadis itu. “Terimakasih bang kerana sudi terima Nisha sebagai adik angkat abang dan sayangkan Nisha, tentang hal tu nanti Nisha akan fikirkan” balas Nisha kemudian berlalu meninggalkan pasangan pengantin tersebut. Nisha menghampiri Camalia Hani yang sedang bermain piano, beberapa orang tetamu yang belum balik sedang sedang berbual dengan ayah Cikgu Roziah. “Hani dah pandai main pianokan, cuba main nanti akak nyanyi”sambil melabuhkan punggungnya di sebelah gadis kecil itu’ “Kakak cantik nak nyanyi lagu apa?”tanya Hani. “Lagu ‘Mawar Putih untuk mama’ boleh tak?” “Boleh, Mama pun dah ajar Hani main lagu tu”, jejari kecil itu mula menekan piano mendendangkan irama lagu “Mawar Putih Untuk Mama’ . Nisha kemudian mula menyanyikan lagu tersebut tanpa menyedari beberapa pasang mata turut memberi perhatian pada mereka berdua. Kau sinaran bulan Menyerikan bintang-bintang Kau fajar yang menerbitkan pagi Kau sirami embun Menyegarkan pepohonan Kau bukakan takbir siang untukku Kau berikan mama kasih sayang maha suci Bertapa agungnya tiada ternilaikan Oh mama..oh..oh..oh mama ku Tiada cinta yang suci Setulus cinta mu Ku suntingkan mama Sekuntum mawar putih Sebagai lambang kesucian cintaku Suara yang begitu lunak merdu ketika mula-mula mendendangkan lagu tersebut akhir bertukar menjadi sebak. Nisha tidak mampu menghabiskan bait-bait lagu itu, air matanya tidak dapat dibendung lalu jatuh satu persatu di pipinya, dia lantas memeluk tubuh Camalia Hani. Camalia Hani turut menangis. “Kak Hani nak jumpa mama..kak” katanya bersama derai tangisnya “Akak pun sama dik, akak pun ingin nak jumpa ibu akak tapi..” Suara esakan kedua-dua gadis itu menjadi semakin kuat. Qhairul dan Zamree yang turut menjadi pemerhati sejak dari mula gadis itu mendekati piano tadi juga tidak mampu menahan sebaknya, air matanya turut gugur satu persatu. Hatinya turut diruntun pilu melihat kesedihan kedua gadis yang sama-sama kehilangan kasih ibu masing-masing. Wazir dan Roziah yang sedang berdiri di tangga turut terharu melihat situasi kedua-dua gadis yang sedang menangis berpelukan. Nisha melepaskan pelukan kemudian Hani berlari mendapatkan papa dan mama barunya. “Kenapa ni sayang? Wazir mengelap pipi anak gadis kecilnya. “Mama.., papa mana mama papa?”tanya gadis kecil itu. “Ini mama sayang”Roziah menarik gadis itu dalam pelukannya. “Tapi kakak cantik tak ada mama, tak ada papakan, kesihan kakak cantik ya mama” “Ya sayang, tapi kakak tu ada kita” jawab Roziah yang masih lagi memeluk anak tirinya. Nisha bangun dari kerusi kemudian melangkah kakinya menuju ke kolam renang di belakang rumah banglo tersebut. Dia ingin bersendirian buat seketika. Pandangannya dilontarkan jauh ke dasar kolam yang membiru.Wajah kedua insan yang disayanginya itu bersilih ganti menerpa di ruang matanya yang masih lagi berkaca-kaca. “Kenapa sayang, tak elok menangis di kala ada insan yang sedang menikmati kegembiraannya” Zamree tiba-tiba muncul di sebelahnya. Nisha cuma terdiam, tiada kata-kata yang mampu diluahnya untuk membalas ucapan itu. “Macam mana lepas ni, Nisha nak terus tinggal rumah Kak Rozi atau nak abang carikan rumah untuk Nisha?”Zamree meneruskan bicaranya. “Setakat ni Nisha belum fikir apa-apa lagilah bang, Nisha nak terus tinggal di rumah kak Rozi tapi tu rumah ayah dia, Abang Wazir dah perlawa Nisha untuk tinggal bersama mereka di sini, Tapi Nisha belum buat keputusan lagi” jawabnya menceritakan keadaan sebenar. “Elok juga kalau macam tu, rumah ni pun besar dan ada banyak bilik” balas Zamree lagi. Melihat Roziah masih lagi menenangkan Hani, Wazir menghampiri Qhairul. “Aku nak minta pendapat kau rul, aku dan bincang dengan Rozi, kami perlawa Nisha tinggal di sini bersama kami” jelas Wazir sambil memandang wajah Qhairul. “Kalau kau dan isteri kau setuju, aku tak da masalah tapi kalau mengganggu privasi kau suami isteri, baik aku sediakan sebuah rumah lain untuk Nisha”balas Qhairul. “Janganlah kau fikir macam tu rul, seperti mana Rozi sayang dan anggap dia sebagai adik akupun begitu juga, aku juga sudah anggap dia sebagai adik dan keluarga sendiri. Melihat Nisha bahagia pun dah cukup bagi aku rul, di sini dia selamat ada Rozi, Hani dan pembantu rumah kami temankan dia” tambah Wazir lagi. “Kalau macam tu, nanti aku pujuk Nisha, aku pun tak nak dia tinggal seorang di rumah ayah mertua kau tu” Qhairul kemudian berlalu meninggalkan Wazir dan pergi menemui Nisha dan Zamree yang sedang bersembang di tepi kolam. “Hai, dah tak nangis lagi, Nisha dah makan ke?”sapa Qhairul tiba-tiba. “Belum lagi, abang dah makan?” tanya Nisha pula. “Abang nak makan sama Nisha lepas ni”. “Abang Zam pun belum makan juga kan?” “Ya, nanti kita makan sama-sama” balas Zamree pula. “Wazir dah beritahu abang tentang perlawaan dia, macam mana Nisha setuju tak?”Qhairul memandang wajah gadis tersebut. Wajah itu nampak tenang dan matanya sedikit merah mungkin sisa tangisannya sebentar tadi. “Nisha nak dengar pendapat abang berdua juga” sahutnya perlahan. “Abang rasa elok Nisha terima perlawaan Wazir tu sebab rumah yang Nisha duduk sekarang ni bukan milik Kak Rozi, rumah ayah dia kan, walaupun Kak Rozi tu kakak angkat Nisha tapi Nisha tak ada hubungan saudara dengan ayahnya Abang tak nak kemudian hari nanti berlaku perkara yang tak diingini tapi kalau Nisha tak nak tinggal sini abang boleh sediakan sebuah rumah untuk Nisha” Qhairul cuba mendapat kata putus dari gadis itu. “Kalau abang dah kata macam tu Nisha ikut je, tapi kalau orang dalam rumah ni dah tak boleh terima Nisha duduk lama-lama kat sini terpaksa jugalah Nisha pindah kat tempat yang lain” balas Nisha sambil tersenyum seribu makna. “Jangan bimbang..selagi ada abang berdua hidup Nisha akan terus terjamin, percayalah.” janji Zamree sambil mengangkat sebelah tangannya. Nisha tersenyum dan dia begitu bersyukur kerana diketemukan dengan insan-insan yang berhati mulia seperti itu. “Kalau macam tu, jom kita pergi makan, mari Zam kita makan sekali” Mereka bertiga berjalan beriringan menuju ke kanopi untuk menikmati jamuan makan tengah hari. Ramai tetamu yang sudah balik setelah selesai menikmati jamuan makan di majlis itu. Wazir dan Roziah masih lagi melayan tetamu. Nisha duduk di antara Zamree dan Qhairul. “Abang ada kenal seseorang yang boleh jadi jurulatih futsal tak?”tanya Nisha kepada Zamree ketika mereka sedang menikmati makanannya. “Tu kena tanya abang Qhairul sebab abang Qhairul tu dulu kaki bola” jawab Zamree kemudian menyuapkan nasi ke mulutnya. “Kenapa, Nisha nak main futsal ke?”tanya Qhairul. “Ya, Nisha join satu team, main 5 sebelah perlawanan futsal lelaki dan wanita antara falkuti, abang boleh tolong cari jurulatih ke?” “Bila perlawanan tu?” “Sebulan dari sekarang, menang boleh wakil untuk perlawanan antara IPT nanti” “Abang kena tanya orang tu dulu, lepas tu baru abang comfirm kat Nisha” balas Qhairul pula. “Bila, Nisha nak cepat tau bang” sahut Nisha lagi. “Esok boleh, malam ni kan majlis persandingan dan resepi dia orang berdua tu” Qhairul memuncungkan mulut ke arah kedua mempelai yang sedang melayan tetamu ketika itu. “Ok, tapi harap-haraplah dapat, sebab team kami orang dah bersemangat nak main ni,mana tahu dapat juara” balas Nisha sambil tersenyum. “Kalau masuk final, nanti abang pergi tengok, hadiah macam mana lumayan ke?” “Piala pusingan dan wang tunai RM1500 untuk johan” “RM1500 je, ok kalau team Nisha masuk final nanti abang hubungi penganjur tu abang akan tambah hadiah dengan tiket pergi melancong percuma untuk team yang menang” ucap Qhairul sambil tersenyum “Betul ke bang, bestnya, kalau macam tu Abang Zam sponsorlah juga hadiah tambahan” Nisha memandang ke arah Zamree sambil tersenyum manja. Tanpa sempat Nisha mengelak Zamree kemudian dengan pantas mencubit pipinya. “Nanti abang sponser penginapan hotel percuma sepanjang percutian tu” beritahu Zamree lantas tersenyum. “Sebab nilah Nisha sayang sangat-sangat abang berdua ni” ucap gadis tersebut sambil tersenyum manis. “Team Nisha kenalah berlatih betul-betul nanti kalau tak rugilah kalau hadiah tu akan terlepas pada team yang lain” Qhairul menyambung lagi. “Yes, Nisha janji team Nisha akan dapat hadiah tu tapi abang mesti janji, bila team Nisha masuk final abang berdua mesti datang tengok tau, mesti surport team Nisha” ucap Nisha begitu bersemangat. Qhairul dan Zamree turut sama-sama tergelak. "Ok, nanti abang bawa kelab penyokong dan pasukan sorak sekali, apa nama team Nisha tu?” Qhairul menyambung semula suapannya. “UM Hot Girls”balas Nisha selamba. Qhairul menganggukkan kepalanya “Team Nisha tu tak nak buat baju jersike” Nisha memandang wajah Qhairul selepas lelaki itu memberi cadangan tentang perkara tersebut. “Best jugak kalau ada baju jersi, tapi Nisha kena bincang dan tanya dia orang dulu sebab PTPTN dia orang belum dapat lagi, Nisha takut kawan-kawan Nisha tak da duit” “Tak pa nanti abang sponsor, 5 orang je kan”tanya Qhairul lagi. “Enam, sorang tu rizeb” beritahu dengan wajah yang begitu ceria. “Nisha ambil saiz baju dia orang dan pilih warna yang team Nisha nak, pilih 3 warna” sambung Qhairul sambil memandang Nisha yang duduk di sebelahnya. “Tiga warna? Abang nak buat berapa pasang. Nisha rasa satu cukuplah” matanya mencerlung memandang wajah Qhairul. “Buat 3 pasang jersi, boleh tukar-tukar, takkan pakai baju yang sama berulang kali” jelas Qhairul sambil tersenyum melihat wajah Nisha yang agak blur. “Biar betul idea abang ni” balas Nisha sambil memandang Qhairul. “Ikut ajelah Nisha, dah abang Qhairul nak sponsor tu. Sepuluh pasang pun boleh” sampuk Zamree sambil ketawa. “Ok nanti Nisha bincang dengan team Nisha”. “Tapi ingat jangan malukan pihak penaja nanti, mesti buat yang terbaik, do the best sampai ke final” kata Qhairul sambil tersenyum. Zamree kemudian tergelak sambil menggelengkan kepalanya. “Don’t worry, ini Nishalah bang, tak da yang mustahil kat dunia ni, betul tak bang Zam” sambil matanya menjerling pada Zamree di sebelahnya kemudian turut ketawa. Qhairul tersenyum lalu mencubit pipi gadis tersebut. Nisha menepis tangan Qhairul kemudian mengusap-gusap pipinya dengan tangan. Begitu terserlah perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi dari kedua-dua lelaki tersebut terhadap Nisha. Segala kesedihan dan kesusahan yang pernah membelenggu hidup Nisha selama ini sudah semakin jauh ditinggalkan. Kebahagiaan dan kasih sayang yang dimilikinya kini adalah satu anugerah yang tidak ternilai yang ditakdirnya oleh Tuhan untuknya. “Menjadi jugak plan kita nak jodohkan dia orang berdua tu” tiba-tiba Nisha bersuara, matanya memandang ke arah Wazir dan Roziah. “Semoga dia orang berdua tu bahagia hingga ke akhir hayat” sahut Qhairul yang turut sama melemparkan pandangannya ke arah pasangan pengantin baru tersebut. Qhairul terpaksa meminta dirinya untuk balik apabila menerima panggilan telefon dari mamanya. Qhairul tidak pasti apakah hal penting yang hendak dibincangkan oleh mamanya yang memaksanya pulang segera ke rumah. Kerana panggilan tersebut dia terpaksa membatalkan niatnya untuk keluar bersama Nisha selepas sahaja majlis tersebut berakhir. Nisha menghantar Qhairul hingga ke kereta bila mendapati lelaki itu bergegas untuk balik setelah menerima panggilan sebentar tadi. “Sayang, abang terpaksa balik dulu ya, mama nak jumpa abang ada hal penting katanya, malam nanti kita jumpa ya,tunggu abang cal. I love you sayang” setelah mencium kening gadis tersebut, perlahan-lahan dia menggerakkan keretanya meninggalkan perkarangan banglo Datuk Wazir. Setelah kereta Qhairul hilang dari pandangan, Nisha kembali mendapatkan Zamree yang sedang berbual dengan Wazir dan Roziah. “Kenapa Qhairul macam berebut je nak balik, kan baru pukul 1 ni” tegur Wazir bila Nisha datang menghampiri mereka. “Mama abang Qhairul panggil dia balik, ada hal penting, hal apa entah?” jawab Nisha sambil mengangkat bahunya. “Majlis malam ni majlis mula pukul lapankan, jom Nisha temankan abang keluar sekejap” celah Zamree yang tiba-tiba muncul di sebelah Nisha terus menarik tangan Nisha lalu mengajaknya pergi dari situ.Wazir dan Roziah hanya tersenyum melihat gelagat Zamree dan memerhati pasangan tersebut beradar meninggalkan majlis. “Kita nak pergi mana bang?”tanya Nisha sewaktu melangkah masuk ke dalam kereta Zamree. “Abang sebenarnya belum beli apa-apa hadiah pun untuk dia orang berdua tu, abang tak tahu nak beli apa, abang nak minta tolong Nisha temankan abang carikan hadiah yang sesuai” jelas Zamree sewaktu menggerakkan keretanya menuju ke salah sebuah destinasi membeli belah. “Ingat apa tadi, nampak macam penting sangat, buat suspen Nisha je bang ni” Zamree ketawa. ”Nisha dah beli hadiah untuk dia orang tu?”tanya Zamree sewaktu dia sedang memandu kereta memasuki kawasan parkir kereta berhampiran tempat yang dituju. “Dah, dua hari lepas” jawab Nisha sambil tersenyum mengingati hadiah yang dibelinya untuk pasangan pengantin tersebut. Setelah menyimpan kereta di tempat parkir, Zamree memimpin tangan Nisha memasuki pasaraya Ampang Point. “Memandangkan Nisha masih ada masa nak shopping hari ni, Nisha nak tukarlah hadiah untuk kak Rozi, Nisha nak beli benda lain”bisiknya ke telinga Zamree. “Nisha beli apa untuk Kak Rozi?” tanya Zamree sambil memandang gadis di sebelahnya. Nisha tersenyum bila mengingati semula hadiah yang diberinya pada Kak Rozi. “Boleh abang teka apa?” Zamree cuma mengelengkan kepala. Dia tidak boleh meneka apa yang ada di fikiran Nisha. “Nisha nak beli baju tidur paling seksi untuk kak Rozi biar Hani cepat dapat adik” selepas memberitahu idea tersebut Nisha ketawa terdekah-dekah, Zamree turut ketawa sambil tangannya pantas memicit hidung Nisha. “Good idea” bisiknya ke telinga Nisha. Kemesraan dua insan itu, tanpa disedari sejak dari tadi sedang diperhatikan oleh dua pasang mata. Lama Yasmine Hana dan Lizawatie memerhati kemesraan pasangan itu. “Kalau tak silap aku pernah nampak perempuan ni, oh ya dekat BTS waktu tu dia orang berdua masuk kedai emas, tapi wajah perempuan cantik ni jugaklah aku nampak dengan Datuk Qhairul malam tu dan mungkin orang yang sama jugak aku nampak dengan Tengku Farid”tuntas Lizawatie seperti sedang mengingatkan sesuatu. “Aku pun fikir macam tu, perempuan nilah yang kita nampak dengan Tengku Farid hari tukan” tambah Yasmine Hana pula. “Tapi kenapa sekarang dengan Zamree, nampak mesra semacam je tu, dengan Qhairul malam tu pun mesra gila, macam pasangan yang baru lepas nikah siap makan bersuap-suap sambil berkongsi segelas air dan sepinggan nasi” sahut Lizawatie lagi. “Kalau macam tu, perempuan ni memang sah nak sapu ketiga-tiga lelaki kaya raya tu, sah perempuan ni pisau cukur atau mungkin pelacur kelas atasan, muka bukan main cantik tapi perangai tak sangka pulak macam ni” Yasmin Hana mengetapkan bibirnya. “Mungkin juga perempuan ni perempuan simpanan salah seorang dari mereka bertiga tu kot” teka Lizawatie lagi. “Kenapa Qhairul bodoh sangat, tak tahukah dia perempuan ni tipu dia, dah tu Zamree nikan sepupu dia” Yasmin meluahkan rasa geramnya. “Kalau dia jerat dan kikis sepuluh jantan lain aku tak kisah tapi kalau Qhairul masuk dalam list dia aku tak boleh duduk diam. Aku kena buat sesuatu sebelum aku terus kehilangan ikan besar aku tu” runggut Yasmin Hana di depan Lizawatie “Apa kata kita ajar perempuan ni, jangan ingat dia cantik dia boleh goda semua lelaki kaya kat dunia ni” Lizawatie cuba mencucuk jarum pada Yasmin Hana. “Tapi nak ajar macam mana, kau ada idea tak?” tanya Yasmine Hana sambil matanya terus memerhati kemesraan pasangan tersebut. “Rasa-rasa aku dia tentu dah plan sebelum nak keluar dengan salah seorang lelaki tu, dia mesti tak mahu bertembung dengan ketiga-tiga lelaki itu dalam satu masa. Kita buat diaorang bertiga ni bertembung di satu tempat supaya tembelang perempuan ni pecah, baru padan muka dia” “Bagus idea tu tapi macam mana dan bila?”tanya Yasmine yang agak dungu sedikit tu. “Kau dapatkan nombor telefon dua orang datuk tu, mintalah kat untie kau tu, lepas tu kita tunggu dia keluar date dengan Tengku Farid, atau kita upah orang tangkap gambar lepas tu kita bagilah lelaki-lelaki tu tengok gambar perempuan tu keluar dengan jantan lain, macam mana otak kau dah boleh proses data ke tak ni?” Yasmine Hana kemudian menganggukkan kepalanya. Lizawatie tersenyum puas kerana dapat membantu sahabatnya. Puan Sri Datin Hajar begitu marah mendengar kata-kata Qhairul. Wajah Qhairul dipandangnya tanpa berkelip. “Rul tak akan bertunang ataupun kahwin dengan Yasmine Hana, keputusan Rul muktamad ma, fullstop” Qhairul terus melabuhkan punggungnya di atas sofa sambil mengusap mukanya dengan kedua belah tangannya. “Mama dah kenal Yasmine dan keluarganya, kamu berdua pun sepatutnya bertunang 5 tahun dulu dan sekarang mungkin dah beranak pinak” sahut Puan Sri Datin Hajar kemudian duduk di sebelah anaknya. “Qhairul syukur sangat-sangat sebab pertunangan kami dulu tak menjadi, kalau tak tentu Rul akan menyesal seumur hidup Rul ma. Tuhan memang dah aturkan jodoh Rul bukan pada dia sebab tu kami tak jadi bertunang dulu” membutangkan mata Puan Sri Datin Hajar memandang wajah Qhairul. “Kenapa Rul fikir macam tu, Yasmine tu baik dan setia pada Rul” balas Puan Sri Datin Hajar lagi seperti tidak percaya mendengar apa yang diucapkan oleh Qhairul sebentar tadi. “Rul tak boleh terima dia ma, Rul cintakan gadis lain, hidup mati Rul hanya untuk gadis yang Rul cintai. Rul takkan bahagia jika mama paksa Rul kahwin dengan perempuan lain”Qhairul kini tidak mahu bersembunyi lagi tentang hati dan perasaannya. “Cintakan gadis pisau cukur tu?” nada keras dan marah pada suara Puan Sri Datin Hajar. Mama tak kenal dia jadi janganlah mama nak tuduh sebarangan” sahut Qhairul yang agak marah bila mamanya menuduh Nisha perempuan pisau cukur. “Apa istimewanya perempuan tu yang buat Rul tergila-gila sangat ni, cantik sangat ke sampai segala keburukannya Rul tak boleh nampak” Qhairul cuma terdiam, dalam hati tetap tega “Keputusan Rul muktamad ma, walaupun Rul terpaksa memilih antara dia atau mama, Rul akan pilih cinta Rul, kalau rul tinggalkan cinta Rul dan ikut cakap mama, hidup Rul takkan bererti dan rul sanggup mati kerana Rul takkan hidup tanpa cinta Rul jadi biarlah Rul perjuangan cinta Rul walaupun mama tak restukannya” jawapan Qhairul begitu menghiris perasaan Puan Sri Datin Hajar. Tidak pernah terfikir olehnya Qhairul akan mengenepikan kehendak seorang ibu demi cintanya pada seorang gadis yang tidak diketahui asal usulnya. Puan Sri Datin Hajar kedengaran mengeluh hampa. Yasmin bergitu kecewa mendengar berita yang disampaikan oleh Puan Sri Datin Hajar. “Untie nak jumpa sendiri dengan perempuan tu, apa yang dia dah buat pada anak untie sampai Qhairul tak nak dengar cakap untie lagi” Puan Sri Datin Hajar menyuarakan rasa marahnya pada perempuan yang telah mempengaruhi perasaan anaknya itu. “Kalau untie nak tahu perempuan tu simpan ramai lelaki-lelaki kaya. Qhairul tak tahu perempuan tu pelacur kelas atasan. Sekarang perempuan tu kerja kat PJ Holding supaya dia boleh jerat Qhairul dan Zamree”, “Liciknya perempuan ni. Nanti untie pergi ke situ, biar dia tahu siapa diri dia tu” Yasmine begitu gembira mendengar kata-kata Puan Sri Datin Hajar. Terbayang di matanya bagaimana Puan Sri Datin Hajar memarahi perempuan yang merampas Qhairul darinya. “Baru kau kenal siapa Yasmine Hana, jangan kau berangan nak dapat kikis harta dari Qhairul dan rampas lelaki tu dari aku” bisiknya dalam hati. Bab 38 Majlis persandingan dan resepsi malam itu berjalan lancar seperti yang diatur oleh wedding planner. Ramai tetamu jemputan yang hadir di ballroom utama hotel Permata Inn. Di samping tetamu-tetamu VIP dan orang-orang ternama serta kenalan Datuk Wazir tidak ketinggalan juga rakan-rakan sekerja dan kenalan Cikgu Roziah serta jiran tertangga yang turut di jemput hadir ke hotel 5 bintang tersebut untuk sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan pasangan tersebut. Nisha menjadi pengapit kepada Roziah sementara Qhairul menjadi pengapit kepada Wazir. Rakan-rakan sekampus Nisha terutama team UM Hot Girls begitu seronok malam itu sebab dapat hadir ke majlis perkahwinan golongan elit yang diadakan di hotel 5 bintang itu. Mereka teruja melihat Nisha yang seperti seorang yang cukup popular dan amat dikenali di kalangan golongan elit dan ternama. Nisha kelihatan begitu mesra melayan wanita-wanita terkenal dari golongan ternama dari kelas-kelas atasan. Majlis perkahwinan Datuk Wazir dan Datin Roziah Aznin turut mendapat liputan dari syarikat-syarikat akhbar dan majalah-majalah glamour tanah air kerana Datuk Wazir juga merupakan tokoh ahli perniagaan yang terkenal di Malaysia. Detik menamatkan zaman dudanya memang dinanti-nantikan oleh pihak penerbitan majalah untuk melariskan jualan majalah mereka. Seminggu selepas majlis itu, pasangan tersebut telah pergi berbulan madu ke Paris selama seminggu, sementara Hani pula ditinggalkan bersama Nisha di banglo Datuk Wazir. Jarak dari banglo Datuk Wazir ke Universiti cuma memakan masa 15 minit pemanduan, Nisha yang akhir setuju menerima perlawaan Datuk Wazir. Nisha menggunakan sebuah bilik bersebelahan dengan bilik Camalia Hani. Bilik tidur yang luas dan mempunyai bilik airnya sendiri serta dilengkapi dengan set katil dan almari yang serba serbi mewah memanglah cukup selesa bagi Nisha. Nisha cukup terharu dan berterimakasih kerana diberi layanan yang istimewa oleh Datuk Wazir kini Camalia Hani pula menjadi adik angkatnya. Team UM Hot Girls akhir menerima latihan dari seorang jurulatih yang berpengalaman dan pernah menjadi permain kebangsaan. Segala kos dan bayaran jurulatih di tanggung oleh Qhairul dan Zamree. Setiap masa lapang dan hujung minggu Nisha akan menjemput rakan-rakan team UM Hot Girls menjalani latihan di padang futsal yang disewa khas sepanjang sesi latihan selama sebulan. “Siapa yang tanggung semua ni Nisha, kita ni dah macam permain kebangsaan ada jurulatih sendiri, ada padang sendiri, baju jersi dan kasut semua free” tanya Anita ketika mereka berhenti berehat sewaktu menjalani latihan di hujung minggu. “Sponsor kita billionaire tapi rahsia, kau orang semua tak perlulah risau, yang penting kita berlatih bersungguh-sungguh, guna peluang yang ada ni, pihak penaja kita sekarang nak tambah lagi hadiah tau, rugi kalau kita tak dapat hadiah tu terutama kau orang” jawab Nisha memberi semangat pada rakan-rakannya. Dengan kemenangan bergaya pada semua perlawanan dalam pusingan pertama, semua warga kamus mula mengenali team UM Hot Girls. Setiap tahun perlawanan futsal menjadi acara tahunan yang cukup meriah sambutannya di kalangan warga kampus. Kemunculan team baru UM Hot Girls yang dianggotai oleh pelajar-pelajar perempuan tahun pertama Falkuti Undang-undang menjadi buah mulut di sana sini di kampus tersebut. Lebih menarik perhatian bila Nisha menjadi salah seorang anggota team tersebut.Kemunculan bersama jurulatih yang bekas permain kebangsaan menggerun pasukan lawan. “Hebat perlawanan futsal kita tahun ni, ada team yang ambil jurulatih professional bekas permain kebangsaan” kata Doktor Hazlee sewaktu duduk bersembang dengan Doktor Firdaus. “Mana dia orang dapat duit untuk bayar jurulatih tu, aku lihat senarai pelajar tahun ni tak da seorang pun anak datuk atau tan sri” jawab Daktor Firdaus pula. “Kau tahu team siapa tu, pusingan pertama dah menang bergaya dalam semua perlawanan” balas Doktor Hazlee lagi. “Siapa?”tanya Doktor Firdaus ringkas. “Dari Fakulti kita, siswi kesayangan kau” Doktor Hazlee tersenyum memandang wajah Doktor Firdaus yang agak terkejut. “Maksud kau Qhairunnisha?” tanya Firdaus seperti tidak percaya. “Siapa lagi kalau bukan siswi pujaan ramai di kampus ni” balas Hazlee lagi. “Kenapa aku tak tahu, kalau tak aku nak tengok perlawanan hari tu” Doktor Firdaus mengeluarkan rasa kesalnya. “Masih ada masa lagi, baru pusingan pertama ada dua pusingan lagi sebelum final” Hazlee menenangkan perasaan kawannya yang kelihatan kecewa itu. Doktor Firdaus terdiam seketika. “Team dia orang hebat ,bukan je guna jurulatih professional, malah siap dapat sponsor baju jersi dan kasut, dengar cerita dia orang buat latihan di luar dan sewa tempat khas” sambung Doktor Hazlee lagi. “Apa nama team budak tu, siapa yang sponsor mereka” “UM Hot Girls, yang sponsor team dia orang tu taklah aku tahu tapi rasanya mesti ada yang kenal dengan orang yang bagi sponsor tu tapi yang pasti mesti salah seorang dari ahli team tu” teka Hazlee. Panggilan yang dinanti-nantikan akhirnya masuk ke telefon bimbitmya. Tangan Nisha pantas menerkam telefon bimbitnya. “Hello sayang! Assalammualaikum, sayang buat apa tu?” “Waalaikummussalam, tadi buat assignment tapi belum cukup bahan tak dapat siap lah kot” “Bahan apa, buku? Kenapa tak beli?” “Tak tahu nak beli buku apa? kena tanya yang seniorlah dulu” “Pasal law, nanti abang tanya dengan Datuk Bahrin, dia tentu masih simpan lagi buku-buku masa dia study dulu, boleh pinjam atau nanti abang bawa Nisha jumpa dia study tentang law dengan dia” Datuk Bahrin, peguam syarikat yang telah lama berkhidmat dengan PJ Holding, Nisha amat gembira mendengar cadangan Qhairul. “Macam mana dengan UM Hot Girls, ada harapan ke final ke?” Qhairul ingin tahu perkembangan team futsal Nisha. “Mestilah, abang tahu tak team Nisha menang bergaya semua perlawanan” Nisha memberitahu dengan nada yang sungguh gembira. “Baru pusingan pertamakan?” “Ya, tapi tu pertanda baik tau” “Yalah tu, abang doakan agar team sayang sampai ke final” “Tapi jangan lupa janji abang tau” “Tak, mana boleh abang lupa kalau perkara tu ada kena mengena dengan sayang, ada apa-apa lagi yang nak abang tolong?” “Rasanya setakat ni tak ada lagi kot, abang kat mana ni?” “Dah lewat-lewat malam macam ni tentulah kat bilik” “Mana tahu kat kelab ke” “Sekarang abang jarang pergi kelab, boleh kata tak ada masa langsung” “Kenapa?” walaupun sebenarnya Nisha rasa gembira mendengar perkenbangan terbaharu itu. “Sebab abang selalu balik lewat dari ofis lepas tu terus balik rumah” “Kenapa balik lewat, banyak kerja ke?” “Banyaklah juga, tapi salah satu cara abang hilangkan boring dan untuk lawan rasa rindu abang pada sayang” “Betul ke ni?” “Ya, kalau tak buat kerja fikiran abang asyik melayang ingatkan sayang tapi kalau sibuk kuranglah sikit rindu tu” “Kesihan abang tapi nak buat macam mana ya” “Kita kahwin” “Bila?” “Sekarang” “Abang nak masuk dalam telefon ni ke? “Tak, abang lafazkan sekarang dengar ya, Aku terima nikahnya Qhairunnisha Muntaz May Lin binti Qhairuddin Zhabir Khan dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai, sah, sah” “Tak sah, tak sah”mereka berdua akhir ketawa terkekeh-kekeh. “Kenapa tak sah?” “Sebab Tok Kadi tak nampak” “Kalau macam tu kita kahwin dalam mimpi je lah” “Ok, kalau macam tu kita kena tidur dulu lah ya, selamat malam bang,” “Sweet dream sayang, mimpi abang tau, I love you sayang, bye” “I love you too”Setelah menamatkan panggilanya Nisha terus tersnyum, kemudian lena diulit mimpi yang indah. Setiap malam itulah rutin Nisha antara pukul 11 hingga pukul 1 pagi menunggu panggilan dari Qhairul, tidak pernah lupa walaupun semalam. Nisha tidak akan tidur selagi tak menerima panggilan dari Qhairul dengan mendengar ucapan-ucapan cinta dari lelaki itu. Hari itu UM Hot Girls mengadakan study group dan berbincang tentang assignment baru dari Doktor Firdaus. Dari jauh Nisha nampak team UM Hot Girls sudah melambaikan tangan padanya.Shani, Anita, Malina, Dewi dan Nasha menjadi semakin akrab sejak menjadi ahli team UM Hot Girls atau singkatannya UHG. Di mana-mana dalam kampus rata-rata mengenali UHG, dari sebuah team futsal UHG kini diminati sebagai satu kelab gadis-gadis comel. Kesempatan itu Dewi dan Anita yang ada otak niaga sikit telah membuat beberapa barang kenang-kenangan peribadi seperti penanda buku yang ada nama UM Hot Girls beserta gambar ahli team untuk dijual kepada penyokong dan peminat-peminatnya yang kebanyakkan terdiri dari siswa-siswa universiti. “Kau orang berdua ni memang otak bisness, macam mana kau berdua boleh terfikirkan nak buat benda ni” tanya Nisha yang terkejut bila seorang siswa menghampirinya meminta tandatangan di atas penanda buku yang baru dibelinya dari Anita. “Menyelam sambil minum airlah kawan, bila kita juara nanti kami berdua ada plan yang lagi besar punya” balas Dewi lagi, Nisha dan yang lain-lain mengelengkan kepala kemudian tersenyum. “Kau orang ikut lawatan tak?” tanya Nisha mengubah topik perbualan mereka. Pihak universiti mengajur lawatan untuk siswa dan siswi tahun pertama ke semua tempat menarik di seluruh bandaraya KL termasuk destinasi terakhir lawatan yang paling menarik minat mereka iaitu Genting Highland. “Ikut!”, anggota UHG menjawab seretak kecuali Nash. “Tapi bayarannya mahal sangat RM50 tu, seminggu belanja nasi aku tu” beritahu Nasha dengan muka berkerutnya. Nasha memang ada masalah kewangan dan perlu berhati-hati dengan bajetnya memandangkan keluarga bukan orang berada atau mampu seperti yang lain. “Tak pa Nasha, nanti aku tolong bayarkan untuk kau asal UHG ada partner masing-masing masa lawatan tu nanti” balas Nisha yang agak simpati dengan Nasha. “Kau biar betul Nisha, tak pa nanti aku bayar balik bila aku ada duit lebih err.” “Tak payah bayar, aku ikhlas nak tolong kau” balas Nisha lagi. “Thanks Nisha, I love you so much my dear” Nash yang begitu gembira terus memeluk tubuh Nisha. “Happy betullah Si Nasha ni macam dapat durian runtuh pulak” tegur Si Dewi, akhir semua anggota UHG yang lain ketawa melihat gelagat lucu Nasha. Seperti yang dinanti, mereka bertolak dengan 3 buah bas universiti yang membawa semua pelajar tahun pertama pengajian yang mengikuti lawatan tersebut. Sejak tiga bulan mengikuti pengajian di kampus UM ada diantara mereka yang baru memijak kaki ke Kuala Lumpur.Team UHG telah berpakat mengenakan baju jersi pasukan mereka yang berwarna kuning untuk mengikuti lawatan hari itu. Nisha berpasangan dengan Nasha, Dewi dan Anita sementara Malina dan Shani. Mereka berada dalam satu bas yang sama. Doktor Firdaus yang rela hati menjadi pensyarah pengiring berada dalam bas yang sama dengan team UHG. Sesekali dia tersenyum ketika menjerling ke arah Nisha yang sedang asyik berborak dengan member-member UHGnya. “Wow..kau orang tengok tu, Lamborghini ” tegur Anita sewaktu bas mereka berhenti traffic light. Semua yang duduk di bahagian tepi menoleh keluar melihat kereta mewah yang dimaksudkan oleh Anita. Nisha turut menoleh ke arah kereta tersebut. Dari nombor pendaftarannya WQA 2112 dan warnanya Nisha sudah mengenali pemiliknya. Melihat 3 buah bas UM berada di sebelahnya Qhairul membuka cermin gelap keretanya dan menoleh ke arah bas tersebut. “Kau tengok..handsem mamat yang bawak kereta tu..handsem giler..siapa tu hah?” Anita yang mulut tempayan terus menegur pemilik kereta Lamborghini yang menoleh ke arah bas mereka. Qhairul yang mengetahui Nisha turut mengikuti rombongan yang berada dalam bas tersebut tersenyum melihat gadis tersebut di sebalik kaca tingkap bas tersebut. Nisha membalas senyuman Qhairul kemudian melambaikan tangannya. “Er..mamat tu senyum kat kau, kau kenal mamat handsem tu ke Nisha?” tanya Anita. Ahli UHG yang lain turut menoleh ke arah lelaki tersebut. “Kenal sangat-sangat, dia kerja kat situ” sambil mulutnya muncung ke arah bangunan Wisma Permata yang berdiri megah kebetulan bas yang mereka naiki sedang melalui jalan di hadapan bangunan tersebut. “Kenal sangat macam mana?” tanya Nash yang ingin lebih tahu. “Kau orang tak ingat ke?, kan tu orang yang hantar aku masa pendaftaran dulu” balas Nisha selamba. “Jadi..dialah mamat handsem hari tu..siapa dia dengan kau?”serentak suara anggota UHG yang agak jelas dalam bas. Doktor Firdaus turut menoleh. Nisha tersenyum kemudian menutup kedua belah matanya, wajah ayu dan comelnya terserlah, macam sleeping beauty, sesekali tersirap darah Doktor Firdaus yang menoleh memandang ke arah gadis tersebut. “Kau jangan nak jadi sleeping beauty pulak Nisha, kau belum jawab lagi soalan kami semua” Nisha menggoyang tubuh Nisha. “Nantilah aku beritahu kau orang semua, sekarang masanya tak sesuai” jawab Nisha yang masih lagi menutup kedua belah matanya berpura-pura tidur. Telefon blackberrynya bernyanyi mengganggu tipu muslihatnya, terpapar di skrin wajah kekasih kesayangannya. “Hello sayang, dalam bas ke?” “Kuih bahulu ada bunga, dah tahu kenapa tanya” “Hai! dah pandai berpantun-pantunlah pulak” “Ok jawab pantun abang, pen merah pen biru” “Pen merah pen biru”, “Kalau marah I love you” Dengan kuat Nasha yang duduk di sebelah menjawab, hampir semua yang berada dalam bas menoleh. Kedengaran suara Qhairul ketawa dalam telefon. “Kenapa tak jawab” “Tak dengar ke orang sebelah Nisha ni dah sebut, kuat pulak tu” “Abang nak dengar dari mulut sayang sendiri” “Malulah kalau orang dengar” “Kalau malu sebut dalam bahasa lain yang orang lain tak faham” “Ók. Mein tumse pyar karte ho,” Qhairul tergelak kuat di talian “Sayang ni luculah, ok tak apa asalkan maksudnya sama. Ok sayang, abang nak parkir kereta ni, nanti abang call lagi ya, bye sayang I love you, wo I ni, faham tak?” “Faham.. bye…Aishiteru saranghae too” Suara ketawa bahagia Qhairul terus kedengaran sebelum talian diputuskan. “Gembira nampak, siapa tu?” “Buah hati”jawab Nisha selamba menyebabkan Nasha tersengih macam kerang busuk di sebelahnya. “Tentu lelaki yang hebatkan” sambung Nasha lagi “Lelaki teratas dalam hot carta cintaku” jawab Nisha sambil ketawa. “Hai.. aku ingat ada Hot Girls je rupa-rupanya ada Hot Carta Cinta ku jugak” Nisha akhir ketawa melihat kelucuan suara Nasha menyebut perkataan Hot Carta Cintaku. Destinasi lawatan mereka bermula di Muzium Kesenian Islam, kemudian ke Petro Sains , ada di antara siswa dan siswi yang cuba menaiki helikopter simulasi. Nisha yang pernah berkunjung ke situ bersama Zamree tidaklah merasa teruja sangat sebab dia telah melalui semuanya jadi Nisha memberi peluang kepada teman-teman untuk merasai pulak. Nisha cuma berminat mengambil gambar dan merakam gelagat teman-teman menggunakan handycam yang dibawanya. Dari situ mereka bergerak ke PWTC. Di situ mereka berkesempatan menyaksikan pameran pesta buku antarabangsa yang kebetulan berlangsung hari itu. Nisha sempat membeli beberapa buah buku yang diminatinya. Selepas itu mereka dibawa singgah ke Medan selera Kampung Baru untuk makan tengah hari. Doktor Firdaus yang mengetahui rombongan membuat taklimat sedikit dengan beberapa pensyarah pengiring yang lain dan meminta pendapat ketua setiap kumpulan pelajar untuk memilih satu tempat lagi untuk dikunjungi sebelum bertolak ke Genting Highland. “Ada cadangan untuk tempat yang seterus sebelum kita bertolak ke Genting” kedengaran jelas suara Doktor Firdaus. “Kita pergi shopping Complexlah pulak doktor” “Cadangkan shopping complek yang mana, Nisha awak ada cadangan?” Anak mata Doktor Firdaus merenung ke arah gadis itu. Nisha yang mula terdiam sambil berfikir kemudian bersuara. “Kita ke Berjaya Time Square je lah” “Macam mana, setuju” tanya Doktor Firdaus. “Kalau Nisha pilih tempat pasti semua orang setuju punya” salah seorang siswa yang juga meminati gadis itu bersuara. Tiga buah rombongan yang membawa rombongan tersebut terus bergerak ke BTS. Semua penumpang diturunkan di situ. Nisha yang agak kerap pergi ke situ sama ada bersama Kak Rozi,Qhairul, Tengku Farid atau Zamree cuba untuk menyesuaikan dirinya membeli belah bersama teman-temannya sebayanya pula. Mereka diberi masa dua jam di situ sebelum berkumpul semula dalam bas masing-masing. Ramai yang seronok berada di Cosmo World Theme Park yang ada di situ. Nisha dan teman-teman turut seronok melihat pengunjung yang terjerit –jerit ketika menaiki roller coaster. “Kau orang nak cuba naik tak, jom ikut aku” Nisha memperlawa team UHG untuk menaiki Ooort express yang ada di situ. Nisha kemudian ke kaunter membuat bayaran dan mendapatkan tiket untuk mereka. “Kaubayar kami semua ke Nisha” tanpa menjawab soalan Shani Nisha terus mengajak kawan-kawannya menaiki Ooort Express.Nisha dan teman-temannya tidak menyedari gelagat mereka menjadi perhatian pensyarah-pensyarah pengiring terutama Doktor Firdaus. Kadang-kadang mereka tersenyum sendri melihat gelagat keanak-anakan gadis-gadis siswi itu semasa bergurau sesama mereka. Belum pun Ooort Express bergerak Dewi dan Malina sudah menjerit. “Apalah kau orang berdua ni, belum lagilah” tegur Nasha sambil menolak kepala Malina yang duduk di sebelahnya. Nisha dan Anita ketawa terdekah-dekah melihat telatah Nasha yang marah dengan Malina dan Shani sambil mengurut dadanya kerena terkejut mendengar jeritan Malina yang tiba-tiba tadi. Semasa Ooort Express bergerak, semua penumpang menjerit termasuk team UHG yang ikut serta permainan itu. Rakan-rakan rombongan yang sempat menjadi pemerhati turut ketawa melihat aksi team UHG ketika berada dalam Ooort Express itu. Nisha seperti kehilangan suara ketika Ooort Express itu mula berhenti. Tapi mereka sempat ketawa walaupun masih berada dalam keadaan yang gayat dan pening. “Kepala aku peninglah Nasha” Nisha huyung hayang ketika melangkah keluar dari tempat duduknya. Kerongkong seperti hendak memutahkan nasi yang dimakannya di Medan Selera tadi. “Nita, teman aku pergi kencing, aku dah tak boleh tahan lagi ni” Shani menarik tangan Anita. Doktor Firdaus dan Doktor Hazlee tiba-tiba muncul menghampiri mereka. “Awak ok ke Nisha?”tanya Doktor Firdaus yang bimbang dengan keadaan Nisha yang sejak dari mula diperhatinya berada dalam keadaan yang tidak stabil. “Saya ok, pening sikit je” wajah gadis itu kelihatan pucat. Doktor Hazlee menarik lengan Nisha lalu membawa gadis itu duduk di atas bangku yang ada di situ. “Jom Nisha, kita naik roller coaster pulak” Nasha yang agak stabil tiba-tiba bersuara sambil menjerling ke arah Dewi yang masih berwajah pucat. “Kau ni apalah Nasha, kita orang sudah mau mati kau masih mau main” Nasha ketawa sambil menekan perut bila mendengar kata-kata Dewi. Doktor Firdaus dan Doktor Hazlee turut tergelak sama. Telefon bimbit Nisha tiba-tiba berbunyi, beg galasnya berada di tangan Dewi. “Dewi, telefon aku tu, tolong ambil” mendengar kata-kata Nisha, Dewi cepat-cepat mengeluarkan telefon Nisha yang sedang rancak mendendang lagu Kisah Dongeng nyanyian Stacy. “Siapa?”Nisha sempat bertanya ketika telefon itu sudah berada di tangan Dewi. Dewi sempat memandang skrin untuk melihat nama pemanggil. “Bonda”sahut Dewi. Nisha cepat-cepat merampas telefon dari tangan Dewi kemudian terus menekan butang jawapannya. Dia kemudian mengadap muka ke arah lain, tidak selesa untuknya bercakap di telefon dengan mengadap wajah dua orang pensyarahnya ketika itu. “Assalammualaikum bonda” “Waalaikummusalam, Nisha ke tu” “Ya, Nisha, bonda di mana tu, bonda sihat ke?” “Bonda di SPA, bonda sihat, Nisha kat mana tu?” “Sekarang Nisha kat Berjaya Times Square bersama rombongan lawatan UM kenapa bonda? “Minggu depan bonda nak buat fesyen show untuk majlis perasmian Butik Puteri, bonda dah ambil beberapa orang model tapi bonda nak Nisha jadi model utama malam tu sebab Butik Puteri akan keluarkan satu fesyen terbaru tapi bonda nak Nisha yang pakai” “Malam atau siang” “Malam, Nisha ada seminggu untuk latihan tapi tak ada masalahkan? “Ya, tapi semua model tu top model ke bonda? “Ya, tapi Nisha tetap top model bagi bonda, oh ya sebelum bonda lupa minggu depan birthday Ku Farid, bonda nak special selebrite untuk majlis Ku Farid dan bonda nak Nisha jadi special princess malam tu” “Princess hourslah ni” “No, princess all life di hati bonda dan Ku Farid” “Insyaallah, Nisha pun sayang bonda kerana telah terima Nisha seadanya” “Ku Farid macam mana, tak sayang ke?” “Sayang.. sebab dia seorang sahabat yang terlalu baik Nisha pernah dapat” “Bonda nak beritahu Nisha juga, mungkin lepas show ni bonda nak ke buat show kat London dan Paris untuk pertunjukkan pakaian-pakaian tradisional dan batik melayu dari butik Puteri dan untuk show itu bonda akan bawa Nisha” “Bawa Nisha pergi London, pergi Paris, betul ke ni bonda?” “Ya sayang, dah lama bonda rancangkan semua ni cuma tunggu masa yang sesuai” “Kalau macam tu kena tunggu Nisha cuti semester baru boleh pergi” “Tak pa, tentang tarikh yang tu kita fikirkan kemudian, bonda pun kena bincang dengan ramai orang terutama dengan Datuk Qhairul dan Datuk Zamree sebab dalam perjanjian kontrak mereka kena tahu setiap pergerakkan Nisha” “Oh ya Nisha faham tentang yang tu” “Ok sayang, bonda minta diri dulu, jangan lupa tau datang buat latihan mulai malam esok” “Assalammualaikum” “Waalaikummusalam” Rupa-rupanya mereka yang ada di sekeling Nisha masih lagi menunggu gadis itu bercakap di telefon, entah mereka dapat menangkap perbualan Nisha dengan Puan Engku Faridah Nisha tidak pasti. “Siapa bonda tu Nisha?”tanya Dewi. “Bonda aku, yang orang kebanyakkan sebut ummi, emak, mama, ibu atau kau panggil mak kau apa mami” jawab Nisha sambil memandang Dewi. “Kalau orang panggil bonda tu tentu karabat dirajakan, kau puteri raja ke Nisha?” “Lebih kurang macam tulah” jawapan yang makin memberi tanda tanya pada Dewi dan rakan-rakannya. Doktor Firdaus dan Doktor Hazlee yang dari tadi tidak bercakap apa-apa cuma mendengar serta memerhati pengunjung-pengunjung yang datang ke BTS ketika itu. Doktor Firdaus memandang jam di tangannya, “Dah hampir dua jam ni, jom kita balik tentu bas dah tunggu tu”. Walaupun dia seperti tidak memberi perhatian pada perbualan Nisha dan teman-temannya tadi tapi sebenarnya telinganya telah menangkap dan merakam sedikit sebanyak apa yang telah diucapkan oleh gadis tersebut kerana dia merupakan seorang pendengar yang baik ketika itu. Ketika tiba di Gotong Jaya, mereka bergilir-gilir menaiki kereta kabel menuju ke Genting Highland, Sampai di Genting Highland ada yang memilih untuk masuk ke taman tema luar dan ada yang memasuki taman tema dalam. Nisha dan team UHGnya telah berpakat untuk ke First World Plaza sebuah gedung perniagaan dengan enam tema gedung membeli belah di dunia (theme areas) di bawah satu bumbung kerana di situ juga terdapat Time Squre,Universal Walk London,Venice,Champs Elyess,dan Genting Walk. Nisha bukan berniat untuk membeli belah walaupun dia mampu kerana sekarang dia mempunyai wang ringgit yang lebih dari mencukupi hasil bayaran sebagai model dan duta SPA Puteri serta emolument yang dimasukkan setiap bulan oleh Zamree di samping kad kredit yang diberi oleh Zamree dan Qhairul yang tiada had limit dan dia dibenarkan berbelanja sesuka hati namun tujuannya ke situ adalah untuk mencari hadiah yang sesuai untuk harijadi Tengku Farid minggu lepas. Nisha dan teman-temannya meronda tingkat demi tingkat untuk mencari hadiah yang sesuai untuk dihadiahkan kepada Tengku Farid. Akhirnya Nisha terpadang sebuah kedai cenderamata. Setelah membelek-belek beberapa cenderamata, Nisha berminat dengan satu koleksi key chain yang diperbuat dari perak berbentuk hati. Menurut juru jual mereka menyediakan perkhidmatan untuk menulis ayat-ayat pada key chain tersebut. Akhirnya Nisha mencoretkan 3 ayat yang serupa untuk tiga key chain yang dibelinya. Di bahagian depan Persahabatan, Persaudaraan dan Percintaan Ku abadikan dalam memori indah hidupku bersamamu. Terimakasih atas segalanya Dibahagian belakang Terimalah diriku seadanya Qhairunnisha Muntaz May Lin Setelah berpuas hati Nisha membayar RM250 ringgit setiap satu, kemudian dia meminta jurujual itu menyimpannya dalam kotak hadiah kecil yang berasingan kemudian mengikatnya dengan riben. Kemudian Nisha mengajak teman-temannya masuk ke sebuah kedai pakaian lelaki, di situ di membeli 3 pasang tali leher berjenama . “Kau beli untuk siapa tali leher yang mahal-mahal tu Nisha” tanya Malina sewaktu mereka keluar dari kedai tersebut. “Untuk 3 orang lelaki yang aku sayang dan amat bermakna dalam hidupku” jawab Nisha sambil tersenyum. Sehelai kemeja berwarna biru laut turut di belinya untuk hadiah Tengku Farid “Kita nak ke mana lagi ni”tanya Dewi pula. “Ok, hari ini aku belanja kau orang semua beli pakaian tapi dua pasang sorang je tau, lepas tu kita minum kat KFC, jom..”Alangkah seronoknya ahli team UHG bila mendengar kata-kata Nisha. Dengan gurau senda dan gelak ketawa enam orang gadis itu melangkah masuk ke tempat menjual pakaian wanita. Selesai menikmati ayam goreng spicy dan minuman di KFC, mereka meninggalkan First World Plaza dan menuju ke Beryly’s Chocolate Wonderland. Di situ Nisha membeli pelbagai chocolate untuk dibawa balik sebagai buah tangan untuk Kak Rozi, Hani dan pembantu rumah Datuk Wazir. Ada juga coklat yang dibeli untuk dihulurkan kepada rakan-rakan dalam bas nanti. “Bestlah kalau jalan dengan Nisha dapat shopping free” beritahu Anita pada member-member rombongannya sewaktu mereka melangkah masuk ke dalam bas untuk kembali semula ke Kuala Lumpur. Masing-masing membelek pakaian yang mereka beli semasa di First World Plaza tadi. “Kau ambil yang harga berapa? Anita berbisik dengan Dewi. “Yang satu ni harga RM230, satu ni 265” balas Dewi. “Kau?”Dewi pulak bersuara. “Aku ambil yang harga RM325 dan 190”sahut Anita pulak. “Ee..mata duitan, tak malu ke cakap pasal tu kat dalam bas ni, macamlah tak pernah beli baju harga beratus-ratus ringgit?” tegur Nasha dengan suara yang tinggi sambil menolak kepala Dewi. “Oi..sakitlah, kau pernah ke beli blouse sampai harga RM200, tak pernah kan jadi diamlah” sahut Dewi. Nisha yang tengah mendengar MP3 dengan earphone di telinga tidak mendengar pergaduhan kawan-kawannya. Dia cuma memerhati sambil tersenyum pada mereka. Nisha yang membelanjakan lebih RM3K untuk pakaian kawan-kawannya tidak tahu apa yang dibising-bisingkan oleh ahli team UHG ketika itu. Melihat bas belum bergerak kerana pemandunya masih berada di luar bas, Nisha segera bangun dari kerusi lalu menghulur sebungkus coklat kepada setiap orang yang berada dalam bas tersebut. Semua tersenyum menerima coklat dari Nisha dan mengucap terimakasih. “Saya tak dapat ke Nisha? Tiba-tiba Nisha dikejutkan oleh kemunculan Doktor Firdaus dan Doktor Hazlee yang tiba-tiba berada di belakangnya.Dengan senyuman yang menguntum di bibir Nisha menghulur sebungkus coklat kepada kedua-dua pensyarah tersebut. “Banyak Nisha beli coklat, Nisha suka coklat ke?” tanya Doktor Firdaus. “Suka”jawabnya pendek. “Terima kasih untuk coklat ni” ucap Doktor Hazlee “Saya pun sama, terimakasih” ucap Doktor Firdaus pula. “Sama-sama kasih, saya duduk dulu doktor” Nisha berlalu ke tempat duduknya bila terdengar pemandu sudah menghidupkan injin bas. Sepanjang perjalanan Nisha dan Team UHG serta siswa dan siswi yang lain tertidur sehingga bas sampai ke Universiti. Nisha dan teamnya yang duduk agak kebelakang terpaksa menunggu sehingga semua orang keluar barulah mereka boleh keluar. Kedua-dua pensyarah pengiring sengaja membiarkan semua penumpang bas turun barulah mereka bangun dari kerusi lalu mengiringi belakang Qhairunnisha. “Has anyone invited you ke Nisha, kalau tak ada saya boleh tumpangkan” tegur Doktor Firdaus kemudian memperlawa gadis tersebut. “Terima kasihlah doktor, insyaallah lain kali saya tumpang, saya bawa kereta sendiri pagi tadi, tu kereta saya”sambil tangannya menujuk ke arah Porshe Turbo Cabrioletnya yang parkir tidak jauh dari situ. “Cantik, kereta apa tu?” tegur Doktor Firdaus “Porsche” jawab Nisha pendek. “The luxury car, beli sendiri ke?” tanya Doktor Firdaus lagi. “Ya, saya minta diri dulu doktor” Nisha kemudian menyimpan beg plastik barang-barang yang dibelinya di Genting Highland tadi ke dalam kereta. Gadis itu menggerakkan keretanya perlahan-lahan meninggalkan tempat parkir kereta universiti tersebut sambil melambai-lambaikan tangan kepada team UHG. ‘Macam mana gadis ni boleh pakai kereta mewah macam tu’ bisik Dr. Firdaus sewaktu kereta Nisha beransur-ansur hilang dari pandangannya. Bab 39 Semakin hari aktiviti harian semakin padat, selepas waktu kuliah, sebelah petang Nisha bersama team UHGnya membuat latihan futsal untuk persiapan perlawanan pusingan kedua, selepas maghrib Nisha terpaksa menjalani latihan untuk pertunjukan show majlis perasmian butik Puteri. Nisha akan menjalani latihan bersama beberapa orang model-model popular tanah air. Model-model yang lain telah membuat seminggu lebih awal berbanding Nisha. Mereka tertanya-tanya siapakah model yang akan mengayakan fesyen terbaharu rekaan pereka terkenal negara yang akan keluar di kemuncak pertunjukan itu nanti. “Siapa model yang akan pakai baju ni Jason” tanya Susan seorang model berdarah kacukan India cina yang kini semakin kerap wajahnya keluar di majalah dan tv. Jason pembantu kepada Marissa Choo jurulatih model terkenal, juga bekas seorang model antarabangsa cuma tersenyum mendengar soalan Susan. “Siapa Jason, cakaplah, top model jugakkah? ”tanya Munirah kawan baik Susan yang turut sama dipilih untuk fesyen show malam itu nanti. “Puan Engku mahu puteri dia sendiri yang sarung baju tu” sahut Jason. “Puteri?” balas Munirah dan Susan serentak. “Ya, Puteri Nisha, “Puteri Melayu Sejati’, puteri kesayangan Puan Engku, kau orang belum pernah jumpa dia kan?” tanya Jason pulak. “Ya, belum pernah lagi tapi pernah tengok gambar dia dalam majalah” sahut Munirah “Ya, sangat cantik, macam seorang bidadari, masih muda lagi kalau tak silap sweet 17. Sekarang tengah study di UM bakal seorang lawyer tau”. “Bila dia nak datang buat latihan” tanya Susan. “Minggu ini tapi sebelah malam saja sebab siang dia terpaksa kuliah” Munirah dan Susan terdiam, dalam hati mereka berdetik keinginan untuk melihat gadis yang mendapat jolokan ‘Puteri Melayu Sejati’ itu secara dekat. “Kalau you all nak tengok dia datang malam nanti, sebab malam Marissa cuma latih dia sorang je” beritahu Jason sambil tangannya membelek-belek beberapa helai pakaian baru untuk pertunjukkan fesyen yang baru sampai tengah hari tadi. Setelah Munirah dan Susan membocorkah rahsia siapa yang akan memakai fesyen utama pertunjukkan show itu nanti, kesepuluh orang model yang terlibat bersetuju untuk menunggu kemunculan Puteri Nisha untuk membuat latihan malam itu. Semua ingin melihat dengan lebih dekat wajah sebenar “Puteri Melayu sejati” itu. “Kenapa dia datang pukul 8, tak lewatkah tu, pukul 10 dah habis, cuma dua jam cukupkah tu?” tanya Munirah pada Jason. Marissa Choo cuma tersenyum, dia telah mengenali siapa Puteri Nisha, seorang gadis yang cukup berdisiplin dan cepat belajar. “Dia cuma akan bergerak selepas solat maghrib,. Kecualilah kalau dia uzur dia akan datang awal sedikit” jelas Jason kemudian tersenyum memandang Marissa Choo yang sedang menghirup air nescafenya. Malam itu Puan Engku Faridah menyuruh Tengku Farid menjemput Nisha untuk menghantar gadis itu pergi membuat latihan di studio. Puan Engku Faridah bimbang keselamatan gadis itu keluar memandu seorang diri pada waktu malam. Tepat jam 7.30 malam Tengku Farid muncul di halaman Banglo Datuk Wazir. “Nisha nak pergi mana ni?”tanya Datuk Wazir ketika dia bertembung dengan Nisha ketika gadis itu turun tangga. “Studio, ada latihan untuk show hujung bulan ni” “Sorang atau ada orang jemput?, kalau tak ada nanti abang suruh driver hantar. Bahaya Nisha drive sendiri waktu malam” Datuk Wazir memang mengambil berat keselamatan dan menyayangi Nisha kerana semenjak Nisha tinggal di rumahnya keselamatan Nisha adalah sebahagian daripada tanggungjawabnya. “Ada, Tengku Farid yang jemput Nisha.” jawab Nisha kemudian tersenyum pada Datuk Wazir. “Jaga diri,malam-malam begini kat luar tu bahaya” pesan Datuk Wazir lagi. “Terimakasih bang, Nisha ingat, ok Nisha jalan dulu” Datuk Wazir menganggukkan kepalanya dan memerhati gadis itu melangkah keluar dari rumah. Tengku Farid tersenyum melihat kemunculan Nisha. Kereta pengawal peribadi menunggu di luar pagar. Tanpa berlengah Tengku Farid memecut keretanya menuju ke studio latihan. “Kanda tak payah tunggu Nisha habis latihan sebab abang Qhairul akan jemput Nisha balik”, “Kenapa, tak suka kanda temankan dinda ke?” kedengaran ada nada kecewa dalam suara Tengku Farid. “Janganlah marah, Maafkan Nisha ya, Nisha bukan tak suka kanda temankan Nisha cuma abang Qhairul nak jumpa Nisha malam ni sebab esok dia nak Cairo”Tengku Farid menganggukkan kepalanya kemudian tersenyum. Nisha lega melihat wajah Tengku Farid kembali ceria semula. “Oh ya sebelum Nisha lupa, Nisha ada sesuatu nak bagi pada kanda” sambil tangannya menghulurkan satu kotak kecil kemudian meletakkannya di atas daskboard kereta. “Apa ni?”Tanya Tengku Farid lalu tangannya mencapai kotak tersebut. “Nantilah buka, tunggu sampai kat studio” Nisha menghalang tangan Tengku Farid dari mengambil kotak itu.Tengku Farid tersenyum lalu meneruskan pemanduannya. “Tu, Tuan Puteri kita dah sampai, oh my God, malam ni Prince Charming yang hantar dia, bahagianya” ujar Jason sambil tersenyum. Dari cermin pintu dinding studio jelas kelihatan kereta Ferari Tengku Farid muncul diiringi sebuah kereta pengawal peribadinya. Tengku Farid keluar dari keretanya kemudian membuka pintu sebelah tempat duduk penumpang. Sebelum melangkah keluar Nisha mencapai beg galasnya berisi sepasang persalinan untuk kegunaannya jika dia perlu mandi selesai latihan nanti. Nisha cukup tidak selesa jika badannya berpeluh-peluh dengan tubuh yang melekit-lekit lebih-lebih lagi selepas itu nanti dia akan berjumpa dengan Qhairul lelaki pujaan hatinya. Ketika itu dia cuma menggunakan baju T lengan pendek kolar bentuk V warna merah jambu dan seluar trex hitam berjalur merah jambu. Nisha lebih selesa berpakaian begitu sepanjang sesi latihannya. Tengku Farid memimpin tangan Nisha sewaktu mereka melangkah masuk ke dalam studio latihan tersebut. Nisha agak terkejut bila terpandang ramai model berada di studio pada malam itu. Sepatutnya Nisha berlatih seorang diri bersama Marissa Choo. Semua mata yang ada di situ memandangnya tanpa berkelip. Dengan senyuman yang terukir di bibir, dengan ramahnya Nisha terus menegur salah seorang daripada mereka yang berada di situ. “Hai Kak Marissa, lama tak jumpa, Kak Marissa sihat?” Nisha terus menghampiri wanita itu lalu mencium kedua belah pipinya. Itulah perkara yang paling diminati oleh Marissa terhadap gadis itu, Sikap ramah dan manjanya pada semua orang menyebabkan semua orang senang dan menyayanginya. “Kakak sihat, puteri macam mana, dengar cerita makin sibuk sekarang ni?” Marissa kembali menyoal gadis itu. “Ya sibuk sangat, siang kuliah, petang latihan untuk team futsal, malam buat assignment dan sekarang tambah lagi latihan ni, balik nanti kalau tak letih boleh juga buat assignment tapi kalau letih sangat terus tido ajelah jawapnya, selagi belum selesai show nanti memang Nisha tak ada masa yang betul-betul free” sempat lagi Nisha menjerling manja pada Tengku Farid di sebelahnya. Tengku Farid mengambil keputusan untuk menunggu sekejap untuk melihat Nisha membuat latihan catwalknya. Kotak hadiah pemberian Nisha berada di tangannya dimasukkan ke dalam poket kot hitam yang tersarung di badannya. “Ni kakak perkenalkan semua model-model kita yang akan turut serta” Nisha melontarkan pandangannya pada sepuluh orang model yang dari tadi memandangnya tanpa berkelip. “Hai,” tegur Nisha kemudian melemparkan senyuman manisnya. “Jadi ni semua kakak seniorlah ya, nice to meet you all. Best sebab dapat jumpa mereka semua, esok Nisha tak ada kuliah jadi Nisha datang sebelah petang after Zohor” matanya kemudian beralih pada Marissa. “Ok, jadi kalau sebelah malam esok puteri free, kakak pun boleh rest jugak” jawab Marissa sambil tangannya memberi isyarat pada Jason untuk memasang muzik memulakan sesi latihan untuk Nisha. Tengku Farid mengambil tempat duduk berdekatan sebuah meja tidak jauh dari pentas latihan. “Bila muzik dimainkan, Nisha yang berada atas pentas menjerit pada Marissa. “Kakak, nak buat macam mana Nisha dah lupalah” “Macam dulu, puteri buat dulu nanti akak cakap”Marissa memberi arahannya. Nisha melakukan beberapa lintasan cat work yang pernah dipelajarinya dulu. “Good puteri, kata lupa tapi puteri nampak makin professional. Puteri ada buat latihan kat tempat lain ke?” tanya Marissa separuh menjerit melawan bunyi bising muzik yang mengiringi latihan tersebut. “Ada, kat padang futsal” jawab Nisha selamba kemudian tergelak. Semua model yang ada di situ turut ketawa mendengar jawapan Nisha. Tengku Farid mengelengkan kepala, lucu mendengar jawapan Nisha. Dia kemudian teringat hadiah yang diberi oleh Nisha yang telah dimasukkan ke dalam poket sewaktu melangkah keluar dari keretanya tadi. Tengku Farid membuka kotak yang diikat cantik dengan riben kemudian mengeluarkan isi di dalamnya, Seutas keychain perak yang tertulis beberapa baris ayat di sebelah menyebelahnya. Tengku Farid tersenyum lalu mengucup keychain itu. Kemudian dia menegur Nisha yang berada atas pentas “Dinda, thanks, cantik, mana beli?” Nisha kemudian melemparkan senyuman, ada ideanya untuk mengenakan Tengku Farid. “Nisha beli kat pasar malam, murah je 50 sen, Nisha tawar dapat 25 sen” jawabnya sambil menjerit. Semua yang ada di situ turut memasang telinga kemudian ketawa mendengar kata-kata Nisha. “Tipu, kanda tak percaya” balas Tengku Farid sambil tersengih menayangkan giginya yang tersusun cantik. “Kalau ngak percaya ya udah, bapak fikirlah sendiri” jawab Nisha sambil tersenyum dan meneruskan latihannya. “Nakal ya, tapi kalau harga 25 sen pun kanda tak kisah asalkan dinda yang hadiahkan sebab…”jerit Tengku Farid sehingga semua yang ada terkejut mendengarnya. “Sebab apa?”Nisha separuh menjerit. “Sebab kanda suka dan cinta sangat-sangat orang yang bagi hadiah ni” jawab Tengku Farid tanpa hiraukan sesiapa pun mendengarnya. “Apa,Nisha tak dengarlah?” “Dinda, I love you, kanda nak kahwin dengan dinda”. Nisha membutangkan matanya kemudian dia tergelak. Kenapa lelaki itu tidak segan silu memberitahu perasaannya sedangkan ramai yang turut terdengar perbualan mereka. “Tak boleh” “Kenapa?” “Kita Muhrim, Nisha anak bonda Puan Engku Faridah” Nisha meneruskan latihan berkali-kali tanpa berhenti. “Bohong, dinda anak angkat” “Betul, nanti kita buat test DNA ya” “Dinda melalut-lalut ni apa hal” Tengku Farid terus mendekati pentas sambil tergelak. Tengku Farid memang kacak, gadis mana yang tidak cair melihat ketampanan putera raja yang persis seorang model itu. Nisha kemudian duduk berjuntai kaki di tepi pentas setelah muzik dimatikan. “Yang kanda buat lawak tengah malam buta ni apa hal” Nisha ketawa. “Saje, sebab dinda nakal suka kenakan orang” sambil tangannya memicit hidung mancung gadis itu. “Oii sakitlah, kanda pergilah balik, nanti esok lewat bangun, kalau lambat datang kerja nanti bos marah” “Bos mana yang nak marah?” “Kanda marahlah diri sendiri” Tengku Farid ketawa terdekah-dekah. Model-model yang ada malam itu hairan melihat gelagat dua insan itu. Kemesraan yang tidak pernah mereka duga. Untuk memikat Tengku Farid adalah sesuatu yang mustahil, putera itu cukup berhati-hati dalam melayan setiap perempuan yang mendekatinya. Cukup menjaga reputasi dan statusnya bakal Putera Mahkota. “Kanda jangan hilangkan benda tu ya, Nisha cuma beri sekali je seumur hidup”sambil tangannya menujukkan jari telunjuknya tegak berdiri. “Kalau hilang” Tanya Tengku Farid inginkan kepastian. “Kalau hilang siap!, tak nak kawan lagi” Nisha memberi amarannya dengan tegas. Mendengar amaran Nisha, Tengku Farid kemudian ketawa. Nisha memang masih keanak-anakkan, nakal, lucu, manja, comel dan cukup menggoda itu yang membuatnya semakin menyayangi dan mencintai gadis remaja itu. “Kanda janji, kanda akan simpan dan jaga elok-elok, seperti kanda jaga nyawa kanda“ beritahu separuh berbisik. “Janji!” sambil menujukkan jari kelingking. Tengku Farid tersenyum kemudian bila jari kelingking mereka bertaut mereka sama-sama tergelak. “Ok sayang, kanda minta diri dulu, kalau Datuk Qhairul tak sampai cal kanda tau” ucapnya selepas dia mencium dahi gadis itu. Nisha yang sudah biasa diperlakukan begitu oleh ketiga-tiga hero kesayangannya itu tidak merasa kekok lagi malah jiwanya rasa begitu terharu kerana disayangi. “Bye kanda, take care, jangan race tau, salam pada bonda” Tengku Farid melambai tangan kemudian terus keluar dari studio latihan tersebut. Timbul rasa cemburu di hati model-model yang lain melihat layanan mesra yang diberikan oleh putera raja itu pada Nisha, sehingga timbul tanya tanya dalam hati mereka apakah hubungan sebenar Nisha dengan Tengku Farid. “Ok kak, Jason , muzik on” Nisha meneruskan lagi sesi latihan. Entah kenapa model-model yang ada malam itu turut berminat untuk meneruskan sesi latihan bersama Nisha. Mereka seronok melihat aksi Nisha yang kadang-kadang nakal dan mencuit hati yang menyebabkan mereka ketawa. Nisha boleh meniru pelbagai lengok model-model terkenal dunia. Marissa kadang-kadang hairan dengan kebolehan sedia ada gadis itu. Nisha kadang-kadang membuat penampilan dan gaya yang mengerunkan model-model senior yang sedang memerhatinya. Gadis itu mempunyai aura atau tarikan tersendiri. Dia boleh mengkombinasi semua pergerakan dan gaya ketika beraksi di atas pentas di samping wajahnya yang cukup memukau. Bab 40 Tepat pukul 9.50 malam, sebuah kereta mewah muncul kemudian terus parkir di tempat yang ditinggalkan oleh Tengku Farid sejam yang lalu. Nisha yang baru selesai sesi latihan berehat sambil duduk berjuntai kaki di tepi pentas tersenyum melihat kemunculan Qhairul. Model-model lain yang bersiap hendak balik mula terkesima melihat kemunculan tiba-tiba Datuk Qhairul Azamin. Ikan besar yang memang paling diminati oleh gadis seantero Malaysia. Kalau tadi kemunculan Tengku Farid yang kini berada di tangga kedua dalam top five carta jejaka paling diminati tapi kini muncul pula Hero Malaysia jejaka yang berada di tangga teratas carta, lelaki terhebat, terkaya dan terkacak di Malaysia itu membuat malam itu begitu indah berbanding malam-malam yang lain. Peluang untuk menatap dalam jarak yang dekat wajah lelaki-lelaki kacak dan hebat yang muncul malam itu mana mungkin mereka bazirkan begitu sahaja. Hero Malaysia itu yang sememangnya kekal berada di senarai paling atas carta kerana kesempurnaan pakej yang dimilikinya. Wajahnya sering kali muncul di majalah-majalah perniagaan dan di dada-dada akhbar di seluruh Negara. Kemunculan malam itu memang mengejut suasana studio malam itu. Marissa Choo dan Jason tersenyum kerana mereka boleh meneka sebab kemunculan Datuk Qhairul di studio malam itu. Datuk Qhairul melemparkan senyuman manisnya kemudian terus melangkah menuju ke satu arah. Gadis itu tersenyum manis memandangnya. “Hai sayang, how dah habis latihan ke?”tanyanya lalu terus mendekati Nisha. Menyerap darah-darah di muka model-model yang ada di situ mendengar panggilan sayang Datuk Qhairul pada Nisha. “Baru je, abang baru balik dari ofis ke?” “Ya, abang ada last meeting dengan lembaga pengarah tadi sebelum berangkat esok” “Kak Mar, Jas! Nisha balik dulu, see you tomorrow, bye” Qhairul mencempung tubuh gadis itu lalu menurunnya ke bawah. Nisha mencapai beg galasnya kemudian kembali semula mendekati Qhairul yang sedia menantinya tidak jauh dari pintu studio. Qhairul meraih tangan Nisha kemudian mereka berjalan bergandingan keluar dari studio menuju ke kereta. Qhairul memandu keretanya menuju ke Putra Jaya. “Seronok tak pergi lawatan semalam?” “Seronoklah juga, abang pergi esok pukul berapa?” “Flight abang pukul 11.30pagi, kenapa, sayang nak hantar abang ke?”tanya Qhairul sambil menjerling gadis di sebelahnya. “Boleh ke?” “Sayang tak ada kuliah ke esok?” “Tak” “Kalau macam tu, esok abang ambil sayang kita pergi KLIA sama-sama, lepas tu sayang bawa kereta abang balik”, “Nak simpan mana kereta abang ni?” “Sayang simpanlah sampai abang balik nanti, sekarang kereta tu macam isteri abang tau tapi kalau Nisha nak guna abang izinkan sebab sayang nyawa abang, kesayangan abang tapi jangan buat macam litar Sepang tau, abang tak nak kehilangan dua benda yang abang sayang”. Nisha ketawa mendengar kata-kata Qhairul. Sebenarnya sebelum ini tiada siapa yang dibenarkan menyentuh kereta Lamborghini miliknya, salah satu harta yang saling disayangi selain dari syarikat dan sahamnya. Kereta itu bagaikan isteri pada Qhairul tapi kerana cinta dan kasihnya yang mendalam pada gadis itu apa juga dimilikinya adalah milik Nisha. Nisha yang teratas dalam segala-galanya. Sedangkan nyawa sanggup diserahkannya pada gadis itu inikan pula hanya sebuah kereta. Itulah tanda keagungan cinta Qhairul pada Nisha. “Abang pergi berapa lama?” Nisha bertanya lagi. “Paling cepat satu minggu tapi paling lama dua minggu” jawab Qhairul sambil memakirkan keretanya di dataran luas di hadapan masjid Putra Jaya. Malam itu kelihatan tidak terlalu ramai pengunjung yang datang. Nisha baru tersedar bahawa dirinya terlupa untuk bertukar pakaian selepas latihan tadi. “Kita berbual dalam kereta je lah bang, malas Nisha nak keluar” “Kenapa?” “Baju ni, Nisha tak ingat nak mandi dan tukar baju kat studio tadi” “Tak pelik pun, sayang pakai apapun tetap cantik di mata abang” “Bukan pasal tak cantik, Nisha berpeluh tadi tentu baju bau peluh” “Bau ke? mari dekat, abang cium ada bau tak?” Qhairul mendekatkan wajahnya dengan spontan Nisha terus menolak tubuh Qhairul menjauhinya. Qhairul tergelak melihat tindakan spontan Nisha. “Abang jangan nak mengada-gada kat sini, depan masjid pulak tu. Kalau orang tengok malu Nisha nanti tau”. “Abang cuma nak cium bau je, wangi atau acam” sahut Qhairul sambil tersengih. Nisha turut tergelak mendengar jawapan Qhairul. Qhairul membuka pintu keretanya kemudian merebahkan sedikit kerusinya. Manakala Nisha mengeluarkan kotak kecil dari beg galasnya. “Ni Nisha beli untuk abang”, “Apa dia, abang buka sekarang boleh?” Nisha menganggukkan kepalanya kemudian tersenyum. Setelah membuka riben di atasnya, Qhairul memerhati key chain yang dikeluarnya dari kotak itu.D ia membuka lampu keretanya lalu membaca ayat yang tertulis pada sebelah menyebelah keychain tersebut. Satu senyuman terukir di bibir lelaki itu. “Cantik, mana Nisha beli” tanya Qhairul tangannya masih lagi membelek-belek keychain tersebut. “Di Genting , tapi ayat tu Nisha buat sendiri dia orang tulis je” Qhairul kemudian menyangkut keychain itu di hadapan cermin depan keretanya. “Abang letak kat sini ya” “Terpulanglah pada abang tapi yang ni abang mesti pakai tau”sambil menghulurkan sehelai tali leher kepada Qhairul. “Untuk abang?” “Yalah siapa lagi yang ada kat sini selain dari abang dan Nisha, tapi Nisha tak pernah beli benda ni sebelum ini jadi tak tahulah cantik atau tidak di mata abang” “Beli kat Genting jugak ke? “Yangni Nisha beli kat pasar malam, benda murah je” guraunya sambil tersenyum. Qhairul turut tersenyum dia tahu Nisha menipunya. “Kalau sayang bagi, apa pun abang terima, tak kisah walaupun benda tu murah, semua yang datang dari sayang abang hargai” sambil tangannya membelek-belek tali leher tersebut. Cantik dan dia mengagumi citarasa Nisha membuat pilihan. “Tak dalah bang, Nisha beli kat First World Plaza Genting Highland semalam, cantik tak? “Jujur abang katanya cantik. Pandai Nisha pilih tersenarai antara kategori warna kegemaran abang” senyuman tak lekang di bibirnya. “Thanks sebab beli untuk abang, I love you sayang” Nisha begitu bahagia mendengar ucapan power yang lahir dari mulut Qhairul. Wajah Qhairul ditatapnya tanpa berkelip tapi entah kenapa hatinya terasa tersentuh sedikit ketika itu. Seperti ada sesuatu yang akan berlaku antara mereka. “Sayang kenapa ni?”Qhairul menyedari seperti ada perubahan pada Nisha. “Entahlan Nisha dapat rasakan sesuatu. Abang ada masalahke?” Begitu terkejut dia mendengar ayat yang keluar dari mulut Nisha. Lama Qhairul melontarkan pandangan kosongnya ke hadapan. Macam mana Nisha boleh tahu apa yang sedang berperang dalam jiwanya sekarang. “Abang ada masalah dengan mama” ada nada kekesalan dalam suara Qhairul “Kenapa bang, dia tak restukan hubungan kitakan?” Qhairul memandang wajah Nisha, ‘kenapa Nisha boleh tahu sebelum dia memberitahunya, adakah Nisha boleh membaca fikirannya?’ “Macam mana sayang boleh fikir macam tu?” “Perasaan Nisha bang, Nisha boleh nampak dari mata abang”. “Dari mata abang?” “Ya..sebab mata adalah jendela hati. Abang ada masalah dan masalah itu ada kaitan dengan Nishakan?” Qhairul diam kemudian menganggukkan kepalanya. “Mama mahu abang terima seorang perempuan, bakal tunang abang 5 tahun yang lalu” berat mulutnya untuk berterus terang dengan Nisha tentang perkara itu. Mendengar kata-kata Qhairul hatinya mula sebak. Cepat-cepat Nisha cuba mengawal perasaannya. ‘Siapalah aku untuk berada di sisi lelaki ini. Aku tak layak untuknya. Aku tak punya apa-apa. Tiada apa-apa keistimewaan yang ku miliki untuk mempertahankan rasa cinta dan kasih sayangku padanya. Perempuan pilihan mama Qhairul mungkin perempuan yang sepadan dan setaraf dengan kehidupannya. Pilihan orang tuanya dan yang mereka restui untuk jadi teman hidup anaknya. Aku harus pasrah dan akan doakan kebahagian untuknya”. “Jadi abang nak bertunanglah ni”. “Mama paksa abang” Hendak menjerit dan menangis, ahh bodohnya aku, kenapa tak cermin diri sejak dulu lagi. Rintih hatinya sambil mengutuk dirinya. “Tahniah bang, Nisha doakan abang bahagia, jangan risau fikirkan tentang Nisha. Hubungan kita pun belum pergi jauh lagi. Lupakan Nisha dan Nisha akan cuba lupakan abang. Malah Nisha syukur abang berterus terang beritahu Nisha sekarang sebab kalau Nisha masih teruskan hubungan dengan abang tentu tunang abang tu akan marah dan tuduh Nisha macam-macam nanti. Kalau kecewa sekarang tentulah tak parah sangat sebab hubungan kita masih baru lagi” air mata hampir gugur namun cepat disekanya terlebih dahulu Qhairul terus berpaling lalu terus menatap wajah gadis di sebelahnya. Nisha melontarkan pandangan jauh ke depan. Qhairul tahu Nisha sedang menahan hatinya dari menangis. Dari nada sebak dan getar suaranya dia tahu Nisha kecewa dan sedih. “Nisha…abang minta maaf kerana lukakan perasaan Nisha tapi…” “Tak apa bang…Nisha tak marahkan pun, Nisha redha malah Nisha ucapkan terima kasih pada abang kerana berterus terang pada Nisha dan terima kasih juga sebab telah berikan kebahagiaan pada Nisha walaupun sekejap” ucapnya sambil cuba tersenyum menyembunyikan kedukaan dalam hatinya. Qhairul masih terus membisu dan memerhati gerak-geri gadis tersebut. Berkali-kali dia nampak Nisha bermain dengan bibirnya mungkin menahan rasa hendak menangis. “Jom bang…hantar Nisha balik, tak baik abang keluar dengan perempuan lain kalau dah nak jadi tunang orang dan esok tak payahlah abang jemput Nisha untuk ke KLIA. Mulai malam ni abang lupakan Nisha. Tak elok rasanya kita terus berjumpa nanti timbul fitnah pula” Nisha terus melontarkan pandangan ke arah Masjid Putra Jaya. Di situ ingin dilontarnya jauh perasaannya yang hancur berkecai di kala itu. “Sayang…apa yang sayang cakapnya ni. Melalut-lalut, abang belum habis cakap lagilah” Nisha memandang wajah Qhairul, dia cuba meneka apa yang lelaki itu ingin beritahu padanya. Tangan Nisha dicapai kemudian dikucupnya dengan penuh kasih sayang. “Tak sayang, dalam hati abang cuma ada sayang seorang, sama ada hidup atau mati abang takkan tinggalkan sayang, Abang dah beritahu mama jika disuruh buat pilihan antara mama dan cinta abang, abang akan pilih cinta abang, sampai bila-bila pun abang akan pilih cinta abang” jawab Qhairul, air mata mengalir di pipinya. “Jangan jadi anak derhaka kerana Nisha bang?. Selagi abang ada ibu sayangilah dia. Ikut cakapnya.Nisha dah merasa hidup tanpa kasih seorang ibu jadi kalau Nisha sudah berkahwin nanti Nisha ingin nak rasa kasih ibu mertua tapi kalau mama abang tak boleh terima Nisha semua impian Nisha tak kesampaian. Tak da gunanya abang pilih cinta tanpa restu orang tua” walaupun cintanya benar-benar tulus namun mungkin dia terpaksa beralah dan menarik diri dari hidup lelaki itu.. “Sayang, tolong jangan buat abang macam ni, sayang nyawa abang, abang sanggup pergi ke mana saja dan tinggal segalanya asalkan kita dapat bersama” Qhairul tidak akan beralah. Nisha adalah segala-galanya, dia sanggup tinggalkan segalanya dan buat apa saja asalkan Nisha sanggup hidup bersamanya. “Please sayang….janji dengan abang perjuangan cinta kita, jangan tinggalkan abang sampai bila-bila walau apa pun halangan yang datang. Abang sanggup mati kalau Nisha tinggalkan abang” dengan penuh perasaan tangan Nisha dikucupnya berkali-kali dengan air mata terus berlinangan. “Bolehkah kita bahagia tanpa restu orang tua?” tanyanya dengan linangan air mata. “Mama abang bukan seperti ibu orang lain. Abang tidak pernah merasa kasih seorang ibu sejak abang dilahirkan. Abang membesar di tangan Mak Som. Mama tidak pernah tahu apa masalah dan kehendak abang. Setiap masa mama mahu abang ikut telunjuknya dan abang tidak pernah membantah tapi untuk sekali ini demi cintadan kebahagian masa depan abang. Sayang bantulah abang harunginya dan beri peluang abang pejuangkan cinta kita hingga ke akhir hayat abang” Qhairul berkalu-kali mengesat air matanya manakala Nisha sudah tersedu menahan sebak. Melihat air mata lelaki itu gugur di hadapannya Nisha amat terharu. Dia juga cintakan lelaki itu sepenuh hati. Mana mungkin dia sanggup berpisah dengan Qhairul. Qhairul adalah segala-galanya, lelaki pertama yang mengajarnya tentang erti cinta, kehidupan dan kasih sayang. Qhairul lelaki yang paling mengambil berat tentang dirinya. Ayahnya sendiri tidak sebaik Qhairul. Qhairul sanggup mencarinya walaupun ke mana juga dia pergi, sanggup melindungi dan menjaganya ketika dia kesakitan. Qhairul melayaninya bagaikan puteri dan sanggup lakukan apa saja asalkan dia bahagia. “Abang…Nisha pun terlalu cinta dan sayangkan abang. Nisha tak mampu hidup tanpa abang di sisi Nisha, kalau seratus kali abang kata abang tak boleh tinggalkan Nisha, beribu kali Nisha tak boleh bang. Nisha takkan tinggalkan abang, Nisha tahu dan Nisha dapat rasakan yang abang adalah salah satu takdir Nisha, hanya mati saja yang dapat pisah abang dari Nisha” Air matanya mula membasahi pipinya. “Tapi sekiranya abang kata yang abang akan tinggalkan Nisha, Nisha akan redha bang, tapi kalau orang lain yang nak pisahkan kita, Nisha tetap pertahankan cinta Nisha hingga ke akhir nafas Nisha” luahnya dengan air matanya berlinangan di pipi. Qhairul terus menyeka air mata Nisha dengan sapu tangannya. Cinta dan sayang pada Nisha tidak pernah berbelah bagi. Walau apa pun halangan akan sanggup dia tempoh. Biar cerita cinta mereka menjadi kisah cinta yag teragung di alaf ini. Itu janji pada dirinya ketika itu. “Sayang, janji dengan abang, jangan percaya pada sesiapa selagi Nisha tak dengar dari mulut abang sendiri, ingat pesan abang sampai mati abang milik sayang dan sayang milik abang” tangan perlahan-lahan membelai rambut gadis itu. Nisha mengangguk tanda memahami kata-kata lelaki itu. “Sayang SMS dengan Kak Rozi, beritahu dia Nisha tidur rumah bonda malam ni” “Kenapa bang?” “Kita pergi satu tempat” Sebelum memecut keretanya, dia mendail satu nombor kemudian bercakap dengan seseorang selepas itu dia terus memecutkan kereta meninggalkan Putra Jaya. Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Dalam perjalanan Qhairul memberhentikan keretanya di sebuah stesyen minyak pertonas. “Sayang tunggu sekejap,abang nak beli sikit barang” selang beberapa minit kemudian Qhairul muncul dengan beg plastik yang penuh dengan bungkusan biskut, telur, mee segera, dan minuman 3 in 1. Dalam tempoh lebih kurang 30 minit setelah melalui kawasan perkampungan, kemudian Qhairul memandu keretanya melalui kawasan kebun getah, sehingga sampai di hadapan sebuah rumah. Qhairul memberhentikan keretanya kemudian membunyikan hon. Seorang lelaki separuh umur keluar dari rumah tersebut lalu menghampiri kereta mereka dan bercakap sesuatu dengan Qhairul kemudian lelaki itu menyerahkan anak kunci. Qhairul menggerakkan semula kereta meninggalkan lelaki tadi, lebih kurang 15 minit mereka tiba di hadapan sebuah rumah kayu tapi bukan rumah kayu yang usang. Walaupun cuma dipancari hanya lampu kereta, keindahan seni bina rumah tersebut cukup indah, seperti istana kecil yang terletak di tengah hutan, keadaan sekitar rumah itu agak gelap. “Kita di mana ni bang, rumah siapa tu?” Nisha agak ketakutan walaupun kakinya melangkah keluar dari kereta sebaik sahaja Qhairul membuka pintu kereta untuknya. Dia terus memeluk lengan Qhairul erat kerana di sekeliling rumah tersebut cuma nampak pokok-pokok kecil dan besar, tiada rumah lain yang kelihatan berdekatan rumah tersebut. Qhairul membiarkan lampu keretanya terus menyala untuk memudahkannya membuka kunci pintu rumah tersebut. Sebaik sahaja pintu di buka, Qhairul melangkah masuk untuk menghidupkan suis utama elektrik rumah tersebut. Nisha menuruti ke mana sahaja Qhairul melangkah. Qhairul tersenyum melihat Nisha yang seperti ketakutan kemudian dalam kesamaran cahaya bulan dia sempat mencium curi pipi gadis tersebut. Nisha memukul lengannya tanda protes menyebabkan Qhairul tergelak. Sekitar dalam dan luar rumah akhirnya terang berderang, Nisha menunggu di hadapan pintu sambil melihat Qhairul kembali semula kereta dan selang beberapa minit dia kembali dengan membimbit beg plastik makanan yang dibelinya di kedai runcit petronas tadi. Walaupun Cuma sebuah rumah kayu tapi ia seperti milik keluarga kaya. Perabot dalaman terdiri dari kayu jati yang berukir indah. Qhairul meletakkan makanan yang dibelinya di atas meja makan di ruangan dapur. “Ini rumah kawan abang. Semenjak isterinya meninggal dia telah berpindah ke Café Town, dia jualkan rumah ni pada abang dua tahun yang lepas”. Menceritakan serba sedikit perihal rumah itu kepada Nisha. “Bunyi apa tu”Nisha terdengar seperti air sedang mengalir deras. “Di belakang rumahni ada sebatang sungai yang cantik, kalau nak tengok jom”Qhairul menarik tangan gadis itu menuju ke pintu dapur. Qhairul memetik suis lampu yang menerangi bahagian belakang rumah itu, kemudian dia membuka daun pintu dapur. Sebiji sportlight menghala laluan ke sungai. Qhairul menarik tangan Nisha menuju ke sungai yang jaraknya cuma 15 meter dari rumah tersebut.Sebatang sungai yang cantik dengan aliran air yang mengalir di antara celah-celah batu. “Jom kita mandi” Qhairul menanggalkan kemejanya dan anak bajunya lalu melemparkan bajunya di atas batu besar di sebelahnya.Kemudian dia terus membuka zip seluar seluar panjangnya. Nisha menoleh ke arah lain. Malu melihat tindakan Qhairul yang tanpa segan silu menanggalkan pakaian di depannya. Qhairul tersenyum dia tahu Nisha segan melihatnya menanggalkan pakaian. ‘Abang Qhairul ni betul-betul nak mandi sungai ke tengah-tengah malam buta macam ni’ bisik Nisha dalam hati. Nisha terkejut bila Qhairul memeluknya dari belakang. Qhairul yang cuma menggunakan seluar boxer tanpa pakaian betul-betul membuat Nisha terkejut dan berdebar-debar. “Sayang, jom kita mandi sama-sama” nafasnya hangat berbisik ke telinga Nisha. Nisha merungkaikan tangan panjang Qhairul yang kemas melingkari pinggangnya dan cuba menjauhkan diri. “Tak naklah bang, sejuk!” Nisha cuba lari tapi dengan pantas Qhairul menangkapnya semula dan tanpa menghirau jeritan manja gadis itu Qhairul terus mencempung tubuh Nisha kemudian terjun ke dalam sungai. Kesejukan air sungai menyerap di seluruh tubuhnya. Nisha tidak dapat mengelak lagi bila seluruh tubuh mereka sudah pun berendam dalam air. Suasana bertukar hangat dan ceria bila mereka berdua mula rasa seronok sambil simbah-menyimbah air ke tubuh satu sama lain. Qhairul menangkap Nisha dan menenggelamkannya ke dalam air. Nisha yang tidak mahu menyerah kalah menyerang balas dengan menolak tubuh Qhairul ke dalam air. Gelak ketawa dan gurau senda dua insan tersebut memecah kesepian dan keheningan malam itu. Suasana tiba-tiba senyap bila Nisha terpandang sesuatu bergerak-gerak atas air. “Abang! apa tu?” Nisha tiba-tiba melompat di atas belakang Qhairul. Qhairul cuba memerhati benda yang berenang tidak jauh dari mereka. “Tikuslah! Sayang takut ke?” “Mestilah takut, Nisha ingat uuu..”Nisha masih lagi bertenggek di belakang Qhairul sambil dagunya dibenamnya ke bahu lelaki itu. “Jangan sebut abang geli benda tu” Nisha ketawa kecil kemudian melompat turun dari belakang lelaki itu. Qhairul berpaling lalu memeluk tubuh gadis itu kemudian membawanya duduk di bahagian air sungai yang separuh pinggang, sama-sama berendam dalam air sungai yang dingin. Nisha duduk di pangkuan Qhairul sambil menyandarkan manja ke tubuhnya sasa lelaki itu. Berendam di dalam air sungai yang dingin Qhairul memeluk erat tubuh Nisha yang kelihatan sudah menggigil kesejukan. Nisha merelakan tangan Qhairul menghangatkan tubuh. “Sayang, ikut abang pergi Cairo” suara lunak Qhairul berbisik hangat di telinganya. “Kalau Nisha tak ada komitmen lain pasti Nisha akan ikut abang tapi ada dua benda penting yang Nisha tak boleh tinggalkan kuliah dan fesyen show, Nisha tak nak kecewakan hati bonda” Rambut Nisha yang panjang dan basah dibelainya, memang seksi dan menghairahkan, perlahan-lahan pipi yang putih dan gebu yang sedang kedinginan itu dikucupnya dengan penuh kasih sayang. “Abang..Nisha dah sejuk sangat jom kita naik” dia terus bangun berdiri kemudian tangan Qhairul dicapai lalu ditariknya supaya berdiri. Qhairul juga sudah kesejukkan lantas membuntuti gadis itu hingga ke tebian sungai. Nisha menyilang kedua belah tangan di dadanya. Sesuatu yang bergerak dalam rumput di sebelahnya menyebabkan Nisha terkejut dan terus melompat dan kembali memeluk Qhairul. Qhairul yang turut terkejut terus membalas pelukan Nisha. “Kenapa?sayang nampak apa lagi?” bisiknya perlahan ke telinga Nisha. “Apa dalam semak tu” jawabnya sambil mendongak memandang wajah lelaki itu sambil jarinya menunjuk ke arah rimbunan rumput di sebelahnya yang kelihatan bergoyang-goyang. Qhairul memeluk erat tubuh yang basah kuyup dalam dakapannya. Naluri lelaki yang menjelma tiba-tiba dengan keinginan yang meluap-luap, Nisha yang masih terpukau, ketakutan dan terkejut tidak mampu menolak membiarkan Qhairul menghangatkan suasana sambil bersama-sama menikmati keindahan buat seketika. Merelakan tubuhnya dipeluk erat dan membiarkan bibirnya yang kedinginan itu dicium dengan penuh keghairahan. Passsss….ussss….. Kerana terlalu terkejut, keasyikan mereka terganggu cepat-cepat tubuh sasa tanpa pakaian itu ditolaknya. Nisha membuka langkah seribu terus berlari menuju ke rumah. Qhairul yang ditinggalkan keseorangan di tepi sungai terus terpingga-pingga Seekor binatang sebesar seekor kucing keluar dari semak kemudian terus berlari ke sungai. “Musang berjanggut” tegur Qhairul sambil tersenyum kemudian terus bergerak menuju ke batu besar di tepi sungai untuk mengambil sesuatu. Nisha yang masih tercegat di hadapan pintu dapur menunggu Qhairul untuk sama-sama masuk ke dalam rumah. “Nisha laparlah bang” Dalam kesejukan begitu, Nisha merasa perutnya perlu disi dengan sesuatu. “Abang ada beli mee segera, Nisha pandai buat mee segerakan?” dia teringat Nisha pernah memberitahu bahawa gadis itu cuma tahu masak mee segera. Nisha tersenyum lalu mengangguk. Nisha membuntuti Qhairul masuk ke rumah. “Abang Nisha sejuklah” bibirnya kelihatan terketar-ketar. Qhairul melangkah menuju ke sebuah bilik kemudian dia datang dengan sehelai tuala di tangannya dan sehelai baju kemeja. Nisha menyambut tuala dan baju kemeja itu kemudian terus melangkah menuju ke bilik air. Dalam bilik air dia terpaksa membuka semua pakaiannya kemudian mandi semula seluruh tubuhnya dengan air paip. Nisha ketawa sendiri bila melihat baju kemeja yang disarungnya labuh hingga ke paras lutut. Semua pakaiannya yang basah diperahnya dengan tangan dan dibawanya keluar agar boleh kering dan boleh digunakan semula keesokkan harinya. Nisha membalutkan tuala ke pinggang sebelum melangkah keluar dari bilik air. Qhairul yang hanya berseluar pendek boxer dan sehelai baju T tersenyum sebaik melihat Nisha muncul dari bilik air. “Abang, Nisha ada pakaian tapi dalam kereta, abang tolong ambil boleh?” beritahunya sambil tersenyum manja. Selepas beberapa minit Qhairul muncul dengan sebuah beg galas di tangannya. Nisha masuk ke dalam bilik lalu menukar semua baju kemeja di tubuhnya dengan baju T dan seluar tracknya sendiri.” Baru selesa”bisiknya dalam hati ketika melangkah keluar dari bilik. Rambutnya yang basah dibungkus dengan tuala. “Kalau sayang nak keringkan pakaian basah tu ada washing machine, kalau spin malam ni esok boleh pakai”mulut muncung ke arah mesin basuh yang berada di sebelah bilik air. Nisha cuma menganggukkan kepalanya. Setelah masak, Nisha menghidangkan dua mangkuk mee segera Maggi di atas meja. “Sedapnya, pandai sayang abang masak” tegur Qhairul yang sejak dari tadi asyik memerhati gadis itu menyediakan makan malam untuk mereka. “Jangan menyesal tau, Nisha cuma pandai masak mee segera je” sahut Nisha sambil menjerling manja ke arah Qhairul sambil tersenyum. “Abang tak kisah, masak mee segera pun masak jugakan” Nisha tersenyum dan senang hati mendengar jawapan Qhairul. “Sekarang memanglah tak kisah” “Abang bukan cari tukang masak, Abang boleh upah mana-mana tukang masak terhebat seluruh dunia kalau abang nak makan apa saja. Abang cari ratu di hati abang sebagai seorang isteri untuk teman hidup abang sepanjang hayat. Untuk temankan abang tidur, layan abang siang dan malam, temankan abang waktu sihat dan sakit, temankan abang ke mana sahaja dalam dunia ni, pendengar yang setia waktu abang bercerita, penghibur waktu abang berduka dan melahirkan zuriat-zuriat abang dan membantu abang mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada agama, bangsa dan negara” ulasnya panjang lebar Qhairul menyebabkan Nisha terpana dan terus menatap wajah lelaki itu dengan perasaan yang begitu terharu dan teruja. “Sayang….hanya Nisha yang abang akan terpilih untuk laku semua tugas yang abang sebut tadi”. Nisha mengiakan harapan Qhairul dengan sebuah senyuman yang terukir di bibirnya sambil tangannya ligat menyediakan minuman panas. Air milo 3 in 1 yang telah siap dibancuh diletaknya di atas meja. Selesai menghabiskan semangkuk mee segera, sambil berbual mereka menikmati beberapa bungkus snek ringan. “Pakaian ni kita nak sidai mana? tanya Nisha sebaik sahaja dia mengeluar pakaian dari mesin basuh. “Sidai atas kerusi bawah kipas kat ruang tamu tu” Qhairul menunjuk dengan mulutnya. Seperti arahan Qhairul, Nisha menyidai semua pakaian yang di keluarnya dari mesin basuh di atas kerusi di ruang tamu kemudian jarinya memetik suis kipas syiling di ruang tersebut.Cuma itu saja cara yang ada supaya pakaiannya boleh diguna semula esok. “Macam mana esok, dari sini kita terus ke airport ke?” “Abang pun fikir macam tu sebab semua dokumen abang ada dalam kereta” sahut Qhairul kemudian menghirup minuman di depannya. “Pakaian abang?”. “Abang dah suruh Pak Usop hantar beg pakaian abang ke pejabat awal pagi esok” Nisha bangun dari kerusi kemudian membawa cawan dan mangkuk kotor ke sinki lalu mencucinya. “Rumah ni ada tv ke bang?” sambil menjerling jam tangannya yang sudah menunjukkan pukul 2 pagi. “Ada kat dalam bilik jom” terus ditariknya tangan gadis itu menuju ke bilik. Nisha agak terkejut sebaik sahaja pintu bilik dibuka. Suasana rumah dan bilik tidur kemas dan bersih menunjukkan seolah-olah rumah itu berpenghuni. “Keluarga Abang Yaakub yang tolong jaga rumah ni, lelaki yang serah kunci rumah ni pada abang tadi. Abang upah dia bersihkan rumah ni setiap minggu” Tidak sempat Nisha untuk menyambung lagi soalan, Qhairul terus mencempung tubuhnya lalu meletaknya di atas katil. “Dah lewat ni tak payah tengok tv” Setelah menghidupkan kipas, Qhairul kemudian merebahkan badannya di sisi Nisha. Nisha seram sejuk bila Qhairul merapati tubuhnya. “Patut ke aku tidur sekatil dengan abang Qhairul malam ni” “Jangan takut sayang, sebab abang tak akan sentuhnya sehingga ia halal bagi abang” Qhairul yang faham situasi Nisha yang cuba menjauhkan tubuh darinya. Nisha memalingkan mukanya memandang Qhairul sambil tersenyum. “Betul, janji” “Ya, tapi adengan-adengan kecil bolehkan?” Tanpa menunggu jawapan gadis itu, Qhairul terus memeluk tubuh Nisha lalu mencium pipi gadis itu berkali-kali. Nisha yang kegelian cuba mengelak tapi tubuh sasa Qhairul bukan lawannya. “Abang, tolonglah geli tau” Qhairul tergelak mendengar rayuan manja Nisha. “Sayang, esok abang nak pergi jauh, abang akan rindu setiap detik saat kita bersama, cinta abang hanya untuk sayang seorang, percayalah… abang nak kenangan terindah malam ni, I love you…sayang..for ever.”bisikan dengan nada yang begitu romantik. Dalam kesamaran cahaya lampu tidur, dua mata saling bertaut, pipi lelaki itu dibelainya perlahan-lahan dengan jemari runcingnya yang lembut. Sama-sama cuba menentang gelodak asmara yang mengganas di dalam jiwa. Hembus nafas dua insan bersilih ganti menjadi irama kepada suasana malam yang dingin dan hening ketika itu. Qhairul terlena dengan mimpi-mimpi indah mendakap kekasih hati dan Nisha akhirnya terlena dalam dakapan teruna yang dicintai. Bab 41 Nisha tersentak dari tidurnya bila mimpi itu berulang lagi. “Cari dan tanam teratai putih” Nisha berpaling pada Qhairul yang sedang terlena di sebelahnya.Nisha cuba bangun tapi tangan Qhairul memeluk erat pinggangnya. Sesekali kilat memancar di luar rumah dan diikuti bunyi guruh, bunyi curahan air hujan yang menimpa atap rumah kedengaran agak lebat, Nisha memejamkan semula mata dan tersedar semula bila terasa sesuatu menyentuh dahinya..Sebaik membuka mata, wajah Qhairul rapat pada wajahnya. Di luar rumah hujan masih mencurah lebat seperti tiada tanda mahu berhenti dan cuaca agak gelap dan sejuk. Nisha menolak dada Qhairul untuk menjarakkan tubuhnya dengan lelaki itu kamudian menjerling jam di tangannya, “Baru pukul 5.50 pagi masih awal”bisiknya dalam hati, lantas dia cuba bangun tapi Qhairul menahannya. “Jangan bangun dulu sayang, masih awal lagi” bisik Qhairul. “Abang,walaupun kita tak buat apa-apa tapi macam ni pun kita dah dikira buat dosa tau” Nisha merebahkan semula kepalanya ke lengan Qhairul yang menjadi bantalnya sepanjang malam tadi. “Abang tahu, abang pun tak yakin sampai bila iman abang boleh bertahan. Kita kahwin ajelah ya” “Kahwin! bila?” “Bila abang balik dari Cairo nanti”. “Cepatnya..tapi Nisha perlukan sedikit masa lagi bang, kalau kita kahwin sekarang satu Malaysia akan kecoh tau” Qhairul tergelak, memang pun kalau dia kahwin dengan gadis itu sekarang pasti berbagai spekulasi dan kemungkinan akan terjadi. “Sabar ya.. Nisha mesti kahwin dengan abang, kita rancang betul-betul dulu” “Ya sayang…abang tak akan benarkan Nisha jatuh ke tangan lelaki lain terutama TF atau Z” sambil tangannya membuat bentuk Z di udara, Nisha tergelak melihat tingkah Qhairul yang menggunakan ganti nama Tengku Farid dan Zamree dengan menyebut huruf pangkal untuk nama kedua-dua lelaki tersebut. “Kenapa abang pergi minggu ni, kenapa tak bulan depan ke?” “Perkara ini perlu diselesaikan segera. Dalam dunia perniagaan ni duit sentiasa bergerak seiringan dengan masa. Lambat sedikit kita akan terlepas dan rugi” “Bererti abang tak dapatlah tengok fesyen show Nisha yang pertama nanti” “Memanglah abang frust tapi nak buat macam mana, ni untuk masa depan kita jugak. Abang tinggalkan Nisha dengan orang-orang yang abang boleh dipercayai. Jaga diri tau dan abang doakan fesyen show tu berjalan lancar dan berjaya tanpa sebarang halangan” “Nisha terpaksa jadi pasangan Ku Farid malam tu sebab kebetulan hari jadi dia” “Tapi jangan lebih-lebih tau, ingat sayang tu kekasih abang, buah hati abang, cinta mati abang” “Percayalah Nisha takkan lupakan abang walau di mana abang berada. TF sahabat baik abang dan juga sahabat baik Nisha bukan kekasih Nisha. Nisha yakin dia juga lelaki yang baik seperti abang dan abang Zam bezanya Nisha cuma cintakan abang” “Abang percaya tu, dan abang izinkan Nisha keluar dengan Ku Farid atau Abang Zam tapi Nisha kena setia dengan abang dan jangan khianati cinta kita. Ingat batas-batas pergaulan antara sahabat, abang angkat dan kekasih”. “Nisha ingat tu bang, Nisha tak akan mempunyai lebih dari seorang kekasih dalam satu masa walaupun kedua-duanya cintakan Nisha, cinta Nisha seratus percent untuk abang tau”. “Sayang, janji dengan abang, jangan percaya sesiapa selagi sayang tak dengar dari mulut abang sendiri” pesannya lagi sambil mencium berkali-kali wajah comel gadis tersebut kemudian memeluknya erat, dia sedar dia akan merindui gadis itu sepanjang dia berada di Cairo nanti. “Abang….!”Nisha memanggilnya manja “Ya sayang” “Dah pukul 6.30 pagi” “Eemmm..” “Abang tak solat subuh ke?” “Abang uzur…” “Jangan nak mengada-gada, abang tu jantan mana ada istilah uzur-uzur” satu cubitan hinggap di lengannya. “Adoi!!!kemudian Qhairul tergelak. “Ok..ok abang pergi solat, Nisha.?” “Nisha cuti” Qhairul tersenyum kemudian terus melangkah menuju ke bilik air untuk berwuduk. Puan Sri Datin Hajar berulang alik bagai sedang berlatih membuat kawad kaki di ruang tamu, sekejap berdiri dan sekejap duduk. Perlakuannya diperhatikan oleh Mak Som dan wanita itu tahu kenapa majikan berkeadaan begitu. “Qhairul tak balik ke semalam kak Som?” Puan Sri Datin Hajar menyedari dia tidak nampak batang hidung anak tunggalnya sejak semalam. Beberapa kali dia cuba menghubungi Qhairul tetapi cuma voice mail box yang kedengaran, “Sibuk sangatkah budak ni hingga langsung tak boleh balik ke rumah” rungut Puan Sri Datin Hajar dalam hatinya. “Tidak Puan Sri, tapi awal pagi tadi dia minta Pak Usop hantar sepasang baju kerja dan beg pakaiannya ke pejabat.”beritahu Mak Som. “Qhairul nak ke mana dengan beg pakaian?” tanya Puan Sri Datin Hajar lagi, wajahnya berkerut memikirnya perangai pelik Qhairul sejak kebelakangan ini. “Kata Usop, Qhairul nak ke Cairo, ada masalah perniagaan di sana” jawab Mak Som kemudian terus beredar ke dapur. Selepas singgah bersarapan di salah sebuah restoran, Tepat pukul 9 pagi Qhairul dan Nisha tiba di pejabat PJ Holding.Kerana lama tidak bertemu, Zizie terus memeluk Nisha. “Lama kita tak jumpa Nisha apakhabar?” “Sihat, akak? “Biasa je, Nisha ikut Datuk Qhairul pergi Cairo ke?” “Kalau boleh pasti Nisha nak ikut tapi Nisha tak boleh tinggal kuliahlah kak?” “Nisha tahu tak, sejak Nisha tak ada wajah dua orang bos kita tu langsung tak ceria” Nisha tersenyum mendengar cerita Zizie. “Nisha nak pergi hantar abang Qhairul ke KLIA. Nisha masuk bilik abang Qhairul dululah ya” Kemudian dia berlalu meninggalkan Zizie dan masuk ke bilik Qhairul. Qhairul sedang menukarkan pakaian dengan pakaian yang dihantar oleh Pak Usop pagi tadi. “Mana necktie sayang beli tu, abang nak pakai sekarang” Nisha tersenyum lalu mengeluarkan tali leher yang dimaksudkan oleh Qhairul dari beg tangannya. “Nisha pasangkan untuk abang ya” Qhairul tersenyum mendengar kata-kata buah hatinya itu, sewaktu Nisha memasang tali leher itu, tangannya memeluk pinggang ramping gadis itu dan bila selesai, lantas pipi putih dan gebu dicium dengan penuh kasih sayang. “Thanks sayang, I love you” “I love you too” balas Nisha kemudian menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi lelaki itu. Pintu blilik tiba-tiba terbuka ,Zamree tercegat di depan pintu. Matanya tertumpu pada Nisha.Dia agak terkejut dengan kemunculan Nisha di PJH pagi itu. “Nisha tak da kuliah ke hari ni?” mulutnya menegur gadis itu. “Tak da”jawab Nisha selamba. “Nisha ikut aku pergi Cairo”sahut Qhairul pulak. “What!”Zamree agak terkejut. Qhairul dan Nisha berpandangan kemudian tergelak. “Betul ke Rul”Zamree menggaru kepala, kenapa tiba-tiba kepalanya gatal. “Kenapa? Kau tak benarkan Nisha ikut aku ke?”Qhairul menduga. “Tapi bukankah Nisha ada kuliah dan fesyen show hujung minggu ni” Zamree memandang muka Qhairul dengan wajah yang agak keliru. Qhairul saling berpandangan lagi kemudian ketawa. “Tak da lah Zam, aku gurau je, Nisha cuma hantar aku sampai KLIA”, Wajah Zamree kembali ceria mendengar penjelasan Qhairul. “Nisha ada latihan malam untuk show tu, dia balik pukul 10. bahaya dia balik seorang diri” Qhairul sempat memberitahu sesuatu pada Zamree dan Zamree faham apa yang dimaksudkan oleh Qhairul, tanpa bersuara Zamree cuma menanggukkan kepalanya. “Kau tak balik rumah ke semalam Rul?” matanya tertumpu pada pakaian Qhairul yang bersepah atas kerusi. Wajah Qhairul kelihatan tenang, Nisha sedikit berdebar dan gementar mendengar soalan Zamree. “Tak, lepas meeting semalam aku pergi hantar Nisha balik tapi lepas tu aku berborak dengan Wazir hingga awal pagi sehingga aku buat keputusan untuk tidur di rumah Wazir. Masalah aku dan mama semakin berat jadi sebab tu aku malas jugak balik ke rumah” Nak percaya atau tidak cuma itulah sahaja pilihan yang Qhairul ada untuk menjawab pertanyaan Zamree. Qhairul kamudian mencapai botol wangi Hugo Bos yang ada atas mejanya dan menyemburkan sedikit haruman itu ke tubuhnya. Keharumannya itu menerpa ke seluruh ruang bilik tersebut. “Zam, kalau Puan Sri Datin Hajar datang ofis jangan bagi dia peluang dapat maklumat tentang Nisha” Qhairul tersenyum bila menyebut nama mamanya. “Berar sangat ke masalah kau dengan mama kau?” “Cukup berat, nanti kau tahu jugak bila kau berdepan dengan dia, ok Zam, jaga Nisha baik-baik” Sambil tangannya menepuk bahu Zamree. Kemudian dia memandang ke arah Nisha yang tegak terpaku memandang ke arahnya. “Mari Nisha, kita gerak sekarang” Nisha kemudian menoleh ke arah Zamree. “Kami jalan dulu bang Zam, bye”sambil melemparkan senyuman kemudian dia melangkah membuntuti Qhairul. Di luar bilik pejabatnya Qhairul sempat berpesan sesuatu pada Zizie. “Kalau ada sesiapa tanya tentang Nisha, awak cakap je tak tahu kalau nak sangat suruh dia jumpa Datuk Zamree” nadanya agak tegas ketika memberitahu Zizie. Qhairul meraih tangan Nisha kemudian terus meninggalkan pejabat PJ Holding. Di KLIA, Qhairul berkali-kali mengucapkan ayat-ayat power pada gadis itu. Pemergiannya yang cuma dua minggu bagaikan hendak meninggalkan gadis itu selama dua dekad. “Releklah bang, abang pergi cuma dua minggu tu bukannya dua dekad pun” ucap Nisha sambil tangannya membetulkan tali leher lelaki itu. “Dua saat pun abang dah rasa lama nikan dua minggu” jawabnya sambil mencium tangan gadis itu. “Berkorbanlah bang demi kerjaya dan kebahagian abang jugak, bukan cinta namanya kalau kita tak saling cemburu dan merindui ,tapi abang jangan bimbang dengan cinta kita, Nisha bukan jenis yang cepat mengalah, Nisha tak kan benar sesiapa rampas kebahagian Nisha kecualilah kalau abang sendiri yang tinggalkan Nisha” “Don’t say like that sayang, percayalah, hanya maut yang boleh pisahkan kita, kalau abang dah tinggalkan sayang bererti abang dah tinggalkan dunia ni” “Abang jaga diri tau, jaga kesihatan, cal Nisha bila abang sampai sana nanti” Lama mata mereka bersatu, Qhairul menarik tubuh gadis itu dalam pelukannya kemudian dikucupnya dahi Nisha lama..sangat lama. “Abang akan rindukan sayang sangat-sangat” ujar Qhairul sedikit sebak. Kedengaran pengumuman untuk penerbangan dari KL ke Cairo. “Abang pergi sekarang, take care sayang, bawa kereta tu elok-elok, I love you forever” kemudian melepaskan pelukan dan terus berlalu tanpa menoleh lagi ke arah gadis itu. Nisha menghantar pemergian Qhairul dengan ekor matanya, setelah bayang lelaki itu hilang dari pandangannya, Nisha mengatur langkahnya menuju ke tempat parkir kereta KLIA. Tanpa disedari, di sebalik kelibat ramai manusia di situ, kemesraan dua insan itu tadi menjadi perhatian sepasang mata. Atas arahan seseorang kemesraan pasangan itu dirakamnya untuk dijadikan bukti. Pertama kali memandu kereta mewah itu seorang diri membuatnya agak teruja. Dia pernah memandu kereta itu sebelum ini tetapi Qhairul berada di sebelahnya. Kereta yang sering menarik tumpuan pengguna-pengguna jalan raya itu perlahan-lahan digeraknya meninggalkan KLIA menuju ke bandaraya KL, kini tujuan disasarkan menuju ke butik Puteri untuk menukar pakaiannya bimbang ada yang hairan jika dia menggunakan pakaian yang sama selama dua hari berturut-turut. Nisha memakirkan keretanya di hadapan sebuah bangunan tiga tingkat yang tersergam indah di hadapannya. Bangunan yang menempatkan Butik Pakaian dan Butik Andaman Pengantin Puteri di bahagian bawah sementara di tingkat dua pula adalah pusat rawatan dan kecantikan SPA dan Salon Puteri dan pejabat urusan Syarikat PMC milik Puan Engku Faridah terletak di tingkat yang paling atas. “Hai Puteri, seorang aje ke?”Mazlin penyambut tetamu untuk SPA Puteri menegurnya. Semua kakitangan dan pekerja di situ mengenali dan menghormatinya. sebagai duta produk kecantikkan untuk kosmetik jenama ‘PUTERI’ dan model tetap untuk SPA Puteri, puteri angkat kesayangan Puan Engku Faridah ini perlu mereka hormati dan dilayan seperti puteri atas arahan Puan Engku Faridah sendiri. “Ya,bonda saya ada?”tanya Nisha “Puan Engku tak masuk pejabat pagi ni, Puteri nak jumpa Puan Engku ke?”tanya Mazlin. “Tak apalah, saya nak ke butik, nak tukar pakaian” Mazlin mengangguk kemudian tersenyum. Mazlin begitu seronok setiap kali dapat bertemu dan melihat dengan lebih dekat wajah Puteri Nisha, gadis yang kini bakal dikenali di seluruh Malaysia kerana pelbagai keistimewaan dan bakal diTiarakan tidak lama lagi sebagai Puteri Melayu Sejati. Nisha memilih baju yang sesuai untuknya ke studio latihan petang itu, dia tidak mahu balik ke banglo dulu bimbang disoal itu ini oleh Kak Rozi terutama tentang kereta Qhairul yang dibawanya. Di butik itu Nisha sempat mandi dan mengambil set terapi yang ringkas hari itu kerana masanya untuk ke studio latihan tinggal sedikit. Setelah menyarungkan sehelai seluar slack hitam dan sehelai blouse hijau muda, Nisha menjerling jam di tangannya, hampir pukul 1 tengah hari, tanpa berfikir panjang dia mendail telefon bimbitnya. “Asslammualaikum ,abang buat apa tu? sengaja dia cuba mengganggu Zamree . “Waalaikumusalam, kat ofis, Nisha di mana?dah balik dari KLIA ke? “Dah, Nisha nak pergi lunch tapi tak sedaplah makan sorang, abang tak nak lunch ke?” “Nisha kat mana tu, tunggu abang sampai” “Ok Nisha tunggu abang kat restoran Selera Asia, jangan lama sangat tau” “Ok. bagi abang 10 minit” talian diputuskan. Nisha memandu keretanya menuju ke restoran yang dimaksudkan. Waktu Nisha sampai, belum ramai lagi orang yang mengunjungi restoran yang terkenal dengan pelbagai menu utama seluruh asia itu.Walaupun cuma golongan-golongan tertentu sahaja yang mampu menjamu selera di situ sebab harga–harga menu yang agak tinggi tapi servis perkhimatannya yang lima bintang menyebabkan golongan-golongan berada dan kelas atasan meminati restoran tersebut.Wisma PJ Holding terletak tidak berapa jauh dari situ, Nisha sebenarnya baru pertama kali ke situ. Dia cuma mendengar kehebatan restoran itu dari Kak Roziah yang pernah dibawa oleh Datuk Wazir makan di situ. Nisha menunggu kemunculan Zamree dalam kereta. Zamree agak terkejut melihat kereta Lamborghini Qhairul parkir di situ. Zamree memghampiri kereta tersebut lalu parkir di sebelahnya. Melihat kemunculan kereta Zamree di sebelahnya Nisha lantas keluar dari kereta dan menunggu kemunculan Zamree. “Dah lama sampai?tanya Zamree lalu tersenyum membariskan giginya yang putih dan tersusun rapi. “Tepat sepuluh minit, abang terbang ke tadi tak sampai 10 minit pun”sahut Nisha. “Yes, demi Nisha yang tersayang” jawabnya dengan senyuman tadi yang masih berbaki. Nisha cuma tersenyum, mereka berjalan bergandingan memasuki restoran yang terkenal itu. Beberapa mata tertumpu melihat kemunculan pasangan itu. “Pagi tadi Nisha pakai lain sekarang pakai lain, kenapa tukar baju?” ucap Zamree sebaik sahaja melabuhkan punggung di salah sebuah kerusi meja yang mereka pilih. “Seseorang terlanggar dan tumpahkan air pada baju Nisha kat KLIA tadi, jadi Nisha singgah kat Butik Puteri tukar baju baru” itu jawapan yang agak sesuai di fikiran Nisha ketika itu. “Malam ni tak da latihan sebab Nisha buat latihan pukul 2 nanti, malam cancel” beritahu gadis itu untuk mengingatkan Zamree. “Abang Qhairul bagi Nisha bawa kereta dia ke?” “Ya,kenapa bang?” “Tak, abang ingat abang Qhairul tak jadi pergi tadi sebab terkejut tengok kereta dia parkir kat situ, abang rasa tak percaya pulak dia izinkan Nisha bawa kereta tu sebab selama ni tak da siapa pun yang dibenar menyentuh bini dia tu” “Abang jugak” “Dah bini tentulah tak bagi sentuh” Nisha ketawa mendengar cerita Zamree, tak terfikir pulak di fikirannya bertapa sayangnya Qhairul dengan kereta itu sehingga disamakan dengan seorang bini. Seorang waitress menghantar makanan yang mereka pesan sebentar tadi. Zamree memesan makanan ala Siam seperti tom yam seafood kerana dia tahu Nisha gemar makan tomyam. Sambil menikmati lauk yang terhidang mereka sempat menyambug lagi perbualan. “Kereta abang Zam tu bukan bini abang jugak ke?” tanya Nisha pulak sengaja nak menggorek rahsia Zamree. “Kalau Qhairul ada bini, tentu abang ada jugak” jawab Zamree kemudian menyuapkan makanan ke mulutnya. “Jadi abang tak naklah sesiapa sentuh bini abang tu?” Zamree menganggukkan kepalanya. “Jadi kenapa hari tu benarkan Nisha drive bini abang tu” Zamree akhirnya terperangkap dengan soalan Nisha. Lama Nisha menanti jawapan lelaki itu. Zamree seolah-olah sedang enak menikmati makanan, mencari jawapan yang sesuai kot. Malangnya Zamree bukannya seperti Qhairul suka berterus terang. “Abang tak ada pilihan ketika itu, abang tak nak Nisha nangis dan abang ada duduk di sebelah Nisha waktu Nisha drive kereta abang tu” “Banyaklah punya abang Nisha ni nak nangis, bukan sebab abang sayang pada Nisha?” Nisha cuba menggorek perasaan lelaki itu terhadapnya. “Salah satu, Nishakan adik angkat abang dan hanya Nisha je yang abang ada dan yang paling abang sayang dan paling manja dengan abang” Adakah ia ucapan yang benar-benar ikhlas dari hati Zamree. “Betul Nisha ni adik angkat abang untuk selama-lamanya, dan abang akan sayang Nisha sampai bila-bila” “Ya sayang, abang akan sayangkan Nisha sampai bila-bila macam abang sayangkan adik kandung abang, kalau abang matipun abang akan wasiatkan segala harta abang pada Nisha” “Abang..jangan cakap macam tu, Nisha nak kasih sayang abang bukan harta abang” “Abang tahu Nisha tak pandang tu semua, sebab tu abang sayangkan Nisha, abang dah kenal hati budi Nisha, apa yang Nisha mahukan dalam hidup” kata-kata Zamree cukup menyakinkan Nisha. Nisha mengeluarkan sesuatu dari beg galasnya. “Kerana abang dah puji Nisha ni hadiah untuk abang” sebuah kotak yang mengandungi isi yang sama dengan pemberiannya pada Qhairul dan Tengku Farid. Zamree memerhati keychain yang dikeluarnya dari kotak kecil di depannya” “Cantik, mana Nisha beli?” “Kat Genting Highland masa lawatan rombongan hari tu” “Cantik, abang suka” kemudian dia meletakkan pada kunci kereta Ferarinya. “Abang jangan hilangkan tau!” “Kalau hilang?” “Nisha tak nak senyum dengan abang selama 1 bulan” “Beratnya hukuman” Nisha tergelak mendengar kata-kata Zamree. “Sebab kalau abang hilangkan bererti abang tak menghargai pemberian Nisha, abang tak betul-betul sayangkan Nisha”. “Ok abang akan upah dua orang pengawal khas untuk jaga benda ni” “Biar betul abang ni, sampai macam tu sekali, lawak!lawak”lepas tu dia tergelak lagi. Zamree yang geram dengan gelagat Nisha terus mencubit pipi gadis itu. “Oii..sakitlah bang” “Tahu pun sakit” Setelah selesai makan, mereka menuju kehaluan masing, sebelum bergerak Zamree sempat berpesan sesuatu pada Nisha. “Kalau ada apa-apa hal cal abang, take care sayang”, sambil tangannya menarik tengkuk gadis itu lalu mencium dahinya. Sepanjang masa mereka bersama ketika berada di restoran itu tanpa disedari ada mata yang sentiasa mengambil kesempatan untuk merakam saat-saat yang romantic pasangan itu. Nisha memecut kereta menuju ke studio latihan. Agak tergamam Munirah yang kebetulan baru sampai melihat Nisha muncul dengan memandu kereta Lamborghini Datuk Qhairul. “Kereta Nisha ke tu?”tegurnya sewaktu gadis itu mendekati. “Kereta Datuk Qhairul, dia pergi Cairo. Nisha hantar di ke KLIA tadib dan bawa balik kereta tu” “Sayang Datuk Qhairul dengan Nihsa, ada apa-apa ke?” Nisha tersenyum mendengar pertanyaan Munirah. “Kami kawan je” balas Nisha selamba “Betulke? Tapi malam tadi kami nampak begitu mesra Datuk Qhairul layan Nisha” “Mesra ke?” “Macam orang sedang hangat bercinta” “Tapi dengan Tengku Farid mesra jugakan” “Tulah kami orang semua nak tahu, Nishani kekasih siapa sebenarnya Tengku Farid ke Datuk Qhairul?” Nisha tidak menjawab pertanyaan Munirah, dia menerus langkah kakinya memasuki studio latihan menemui model-model yang lain. Munirah masih lagi tercegat bisu dan kaku, Dia hairan sendiri kenapa Nisha tak mahu menjawab soalan yang diajukan olehnya tadi. Semua wanita termasuk dirinya berebut-rebut ingin menjadi kekasih Datuk Qhairul, seorang CEO syarikat yang masih muda, berketrampilan, bujang, kacak, berharta, serta berkuasa. Terkenal dengan jolokan lelaki kasanova yang setakat ini tiada seorang wanita pun yang menjadi pernah menjadi kekasih istimewanya. Lebih tepat lagi Datuk Qhairul tidak pernah keluar dengan perempuan yang sama untuk dua kali berturut-turut. Datuk Qhairul cukup bijak dan licik menangani setiap wanita yang didampinginya dan kerana itu dia tidak pernah terperangkap dengan tipu daya seorang wanita. Munirah pernah mendengar cerita Datuk Qhairul hampir terperangkap dengan seorang model terkenal yang memasang perangkap agar dirinya ditangkap basah bersama lelaki itu tapi Datuk Qhairul terlebih dahulu mengetahui niat wanita itu dan berjaya mengagalkan rancangan model tersebut. Tengku Farid pula, siapa tak ingin jadi cinderarela atau princess hours pada putera raja yang muda dan kacak itu tapi bukan mudah untuk mendekatinya kerana Tengku Farid cuma melayan wanita-wanita tertentu dan berstatus mulia sahaja boleh menjadi pendampingnya. Bakal seorang Putera Mahkota itu perlu sentiasa menjaga reputasinya. Bertuah sangatlah seorang perempuan itu bila diajak keluar oleh Tengku Farid. Nisha sampai ke rumah pukul 7.15 malam. Dia terus memakir kereta Qhairul di belakang keretanya. Berebut-berebut dia masuk ke bilik untuk mandi wajib memandangkan dirinya sudah bersih dan wajib menunaikan solat Maghrib.. Usai solat, dia merebahkan tubuhnya di atas katil. Mr Q dipeluk dan diciumnya berkali-kali. Rasa rindu pada lelaki itu mula menerpa. Peristiwa bersama Qhairul malam tadi masih segar diingatan. Bauan harum tubuh lelaki itu, pelukan dan ciuman sesuatu yang dia tidak boleh dilupakan. Alangkah bahagia bila suatu masa nanti mereka hidup bersama sebagai suami isteri dan mempunyai beberapa orang anak yang mewarnai rumah tangga mereka. Nisha tersenyum sendiri. Pintu bilik tiba-tiba diketuk oleh seseorang. Biasanya Hani yang selalu datang mengganggunya.”Pintu tak kunci” suara Nisha seolah menjerit dari dalam bilik. Hani terpacul depan pintu. “Hai adik, nak coklat mari sini?”Hani terus berlari ke katil Nisha. “Semalam akak pergi mana, Hani masuk bilik akak tapi akak tak da, Hani tidur sini tunggu akak balik”cerita anak gadis kecil itu. “Adik tidur dalam bilik akaklah semalam ooo sebab tu ada bau..kencing ni” “Mana da, Hani tak kencing malam lah, tu bau kencing akak sendirilah” “Ooo..pandai nak balas balik ya, ni..” Nisha mengeletek pinggang Hani, Hani meronta sambil ketawa menahan rasa geli. Suara gelak ketawa mereka berdua kedengaran di seluruh rumah.Datuk Wazir yang baru balik dari kerja dapat menangkap bunyi gelak ketawa dua gadis tersebut sebaik sahaja melangkah masuk ke pintu banglo. Dia tersenyum sambil menggelengkan kepala. Hani begitu rapat dengan Nisha mereka seperti dua beradik. Kemesraan itu begitu mengembirakan hati Wazir. Dia sempat menjenguk ke bilik Nisha bila melihat pintu bilik itu terbuka sedikit. Kedua gadis itu sedang terbaring menelentang di atas katil sambil makan cokla. “Patutlah tak gelak lagi” bisik Wazir dalam hati. “Hani dah Nisha dah makan ke?” kedua serentak menoleh bila terkejut mendengar suara garau Wazir dari muka pintu. “Belum papa, mama ajak tunggu papa sekali” sahut gadis itu. “Nisha asyik makan coklat, tak takut gemuk ke?” tanya Wazir bila melihat Nisha terus mengigit coklat di tangannya. Nisha tersenyum mendengar teguran Wazir. “Kalau Nisha gemuk tak comel ke?” “Nisha gemuk ke kurus ke tetap cantik cuma tak bolehlah nak buat fesyen show lagi” sambut Wazir sambil tersenyum. Nisha kemudian terdiam malas nak bersoal jawab dengan Wazir. “Hani ajak kakak tunggu kat meja makan kat bawah, nanti papa dan mama turun” arah Datuk Wazir pada anaknya kemudian berlalu meninggalkan bilik itu. Dalam bilik, Roziah selesai menunaikan solat isya’ dan tengah melipat telekomnya. “Abang dah balik?” Wazir tersenyum memandang isterinya. “Semalam Nisha tak balik kan, dia tidur mana?” soalan berjawab soalan, Roziah menyedari sikap keperhatinan suaminya pada Nisha dan dia faham keselamatan Nisha sejak tinggal di rumah itu adalah termasuk tanggungjawab suaminya jua. “Nisha SMS Rozi semalam, dia tidur rumah Puan Engku Faridah, bonda angkat Nisha bonda Tengku Farid” “Tapi kat luar tu ada kereta Qhairul, Nisha bawa balik ke?” “Ya,Datuk Qhairul pergi Cairo, Nisha hantar dia ke airport pagi tadi dan dia suruh Nisha bawa kereta dia balik” Wazir lalu terdiam.Dia sebenarnya masih keliru dan ingin juga tahu siapakah sebenarnya antara 3 jejaka terhebat itu yang menjadi pilihan Nisha. Cuma dia sedar dirinya sudah keluar carta sebelum sempat bertanding lagi. “Jom kita turun bawah, tuan puteri dua orang tu dah tunggu kat meja makan” Roziah tergelak mendengar kata-kata suaminya. Bab 42 Petang semalam sewaktu hendak pergi ke sebuah butik Puan Sri Datin Hajar terkejut apabila terserempak dengan kereta Lamborghini Qhairul berada di jalan raya. Qhairul sepatutnya sudah berada di Cairo waktu tu, “Bang Usop, kalau tak silap tu tadi kereta Qhairulkan” Pak Usop tidak menjawab pertanyaan majikannya itu, dia cuma melihat dari cermin sisi keretanya. “Mungkin Zamree yang bawa tadi” Puan Sri Datin Hajar membuat telaahnya sendiri tapi yang peliknya Qhairul tak pernah izinkan sesiapa menyentuh keretanya, kalau dia nak keluar negara dia akan minta Pak Usop atau Zamree menghantarnya ke airport. Pagi itu sampai saja di bangunan Wisma Permata, Puan Sri Datin Hajar terus menaiki lif menuju ke tingkat 25. Hari itu peluang untuknya bertemu sendiri dengan gadis yang telah memerangkap Qhairul dan dari sumber yang diperolehinya wanita yang bernama Nisha itu bekerja di PJ Holding. Dia menunggu peluang ketika Qhairul tiada di pejabat supaya tiada sesiapa yang akan membela perempuan itu nanti. Melihat kemunculan Puan Sri Datin Hajar di pejabat hari itu semua pekerja-pekerja PJ Holding terkejut.Zizie terus menegur Puan Sri Hajar. “Selamat pagi Puan Sri , boleh saya bantu?”tanpa memberi senyuman, mata Puan Sri Datin Hajar liar memerhati setiap penjuru pejabat tersebut dan pandangannya matanya bergerak dari meja ke meja seperti sedang mencari seseorang. “Mana perempuan tu?” Zizie seperti serba salah. “Perempuan yang mana Puan Sri Datin”tanya Zizie yang sememangnya tidak faham. “Perempuan gatal yang kacau anak aku Qhairul” “Perempuan yang mana satu Puan Sri Datin?”ulang Zizie sekali lagi. “Nisha, mana dia?” mendengar nama Nisha disebut Zizie terus teringat pesan Datuk Qhairul. “Tak da perempuan yang nama Nisha di sini Puan Sri Datin” “Kau jangan nak bersubahat” “Betul Puan Sri Datin, kalau Puan Sri Datin tak percaya, Puan Sri boleh jumpa Datuk Zamree” Puan Sri Datin Hajar membuka langkahnya menuju ke bilik Zamree. Zamree yang sedang sibuk menandatangani beberapa dokumen terkejut dengan kemunculan Puan Sri Datin Hajar. “Assalammualaikum untie,” “Waalaikummusalam, Zam sihat, kenapa tak pergi rumah? “Sihat untie, semenjak dua menjakni Zam sibuk sangatlah untie” “Kerja tu kerja jugak Zam, oh ya oleh kerana untie dah sebut pasal kerja mana pekerja kau yang nama Nisha tu?” Bagai nak gugur Zamree ketika itu, pesanan Qhairul menerjah ke telinga. “Nisha yang mana satu untie? Zamree buat tidak faham. “Tak kan kau tak kenal, kau dan Qhairulkan tak pernah berahsia, mana perempuan tu?” “Cuba untie jelaskan pada Zam siapa Nisha tu dan apa sebab untie cari dia?” “Perempuan yang dah racuni hidup Qhairul, yang dah rosakkan masa depan Qhairul, kerana perempuan itu juga Qhairul tak nak terima Yasmine Hana. Mana dia Zam untie nak ajar dia cukup-cukup” Zamree menggaru kepalanya yang tak gatal.Macam mana nak halang orang tua ni “Kenapa kau diam Zam atau kau juga nak melindungi perempuan pisau cukur tu, perempuan gatal yang tak da maruah tu”meleret ucapan wanita itu. “Ya Allah kalau Nisha dengar semua ni tentu hati terluka dan hancur” “Nisha bukan perempuan seperti yang untie sebutkan tu? “Hah…aku dah agak dah kau pun dah kena racun dek perempuan tu kan, kalau kau tak beritahu untie mana perempuan untie akan tunggu di sini sampai kau buka mulut” “Nisha tak da kat sini lagi untie, dia dah berhenti kerja sambung belajar” “Kau jangan bohong untie Zam” Puan Sri Datin Hajar cuba menekan Zamree “Betul Untie, dia dah sambung belajar 3 bulan yang lepas” Puan Sri Datin Hajar diam seketika. “Flight Qhairul semalam pukul berapa?” “Pukul 11.30 pagi, kenapa untie?” “Siapa hantar dia ke airport semalam?” Soalan yang menjerat Zamree lagi, “Orang tua ni ada bakat jadi detektif Conan, pandai pulak korek rahsia” “Zam hantar dia untie” jawab Zamree untuk buat dosa lagi “Kau hantar dengan kereta siapa kereta kau atau kereta Qhairul” “Kereta Zamlah untie” “Jadi sekarang mana kereta Qhairul, kat bawah tu tadi tak ada pun untie nampak, kereta kau adalah” Dalam bab nak menjawab spontan ni aku memang tak da bakat kalau Qhairul barulah, macam-macam idea spontan muncul untuk patahkah idea orang lain. Zam masih membisu. “Kenapa kau dia diam, tak logik pulak kau dapat pandu 2 biji kereta dalam satu masa, nak kata orang lain bawak kereta tu, untie kenal benar perangai Qhairul, tak da siapa boleh sentuh benda yang dia sayang, kau jangan nak sembunyi apa-apa dari untie Zam” “Pasal kereta Qhairul Zam tak pastilah untie sebab semalam kereta dia memang tak ada, dia kata dah ditinggal dengan seseorang sebab tu dia suruh Zam hantar dia ke airport” dosa lagi bisik Zamree dalam hati. “Seseorang tu siapa, semalam untie nampak kereta tu keluar dari kawasan butik yang untie nak pergi” wanita tu memang sah boleh jadi detektif. “Nishalah tu” jawabnya dalam hati. “Jangan-jangan perempuan tu yang simpan kereta Qhairul” “Ehh boleh jadi mak nujum pulak orang tua ni” Zamree bermonolog sendiri. “Nisha tak da kat sinilah untie, Nisha sambung belajar kat sebuah universiti di Sarawak” Beritahu Zamree untuk dosa ketiganya. “Mintalah orang tua ni cepat-cepat keluar, dah sebaldi dosa ku kumpul hari ini gara-gara menyelamatkan Qhairul” monolognya bersambung lagi. “Untie nak pastikan juga siapa yang yang simpan kereta Qhairul, kalau kau bohong untie tahulah untie nak buat macam mana” Puan Sri Datin Hajar akhirnya keluar juga dari bilik Zamree. Zamree mengurut-gurut dadanya yang hampir sesak ketika mengjawab beberapa soalan dari Puan Sri Datin Hajar. Semenjak kemunculan Puan Sri Datin Hajar, Zamree tidak dapat menumpukan perhatian pada kerja, kata-kata wanita itu asyik terngiang-ngiang di telinganya. Puan Sri Datin Hajar masih seperti dulu, sifat suka memaksa dan mendesaknya tidak pernah susut ini yang menyebabkan Qhairul agak rengang dan kurang mesra dengan mamanya. Syed Azrie menyimpan motorsikalnya tidak jauh dari tempat letak kereta pelajar universiti tersebut. Beberapa orang teman sepengajian yang sama-sama membawa motorsikal turut menyimpan motor di tempat yang sama. Motorsikal adalah kenderaan utama terutama siswa cuma bezanya jenis dan kuasa motorsikal mereka. Syed Azrie jejaka kegilaan siswi-siswi kampus tersebut. Semua teman wanita mat-mat motor kampus tersebut turut menyambut ketibaan mamat masing-masing tidak terkecualilah Wan Azreen yang setia menanti Syed Azrie setiap hari yang kadang-kadang Syed Azrie sendiri yang rimas dengan kerenah buah hatinya itu. Sebuah Lamborghini perlahan-lahan meluncur masuk mencari tempat parkir di kawasan yang sama. Kerana cerminnya yang gelap, pemandu tidak jelas kelihatan. “Fuhh! Lamborghini! kereta siapa tu Syed..tak pernah nampak pun sebelum ni” tegur Hanif rakan Syed Azrie. “Kat bandaraya KL tu pernah juga aku terserempak dengan kereta ni dua tiga kali” balas Syed Azrie. “Dengar cerita hero Malaysia yang billionaire tu yang punya” sambung Nizam pula “Mestilah billionaire, kalau sekadar orang biasa yang gaji sepuluh dua puluh ribu sebulan pun belum boleh beli kereta tu” balas Syed Azrie. “Bila masuk Malaysia je harga dah jah jadi 4 million, siapa yang mampu beli” sahut Hanif lagi. Setelah menemui tempat parkir yang sesuai, Nisha mencapai beg galasnya kemudian menjeling cermin melihat wajahnya di cermin, setelah berpuas hari dia mencapai notetbook lalu melangkah keluar dari perut Lamborghini tersebut. Sama ada percaya atau tidak ,semua mata terbeliak melihat seorang gadis yang ayu berbaju kurung melangkah keluar dari kereta itu. Siapa tidak kenal Qhairunnisha, gadis cantik kegilaan semua siswa dan pensyarah kampus tersebut. Kereta Porsche turbo cabriolet yag sering dibawa oleh Nisha selama ini pun sudah cukup menjadi buah mulut inikan pula Lamborghini Avantador berwarna biru tua itu. “Siapa Nisha ni sebenarnya?” bisik Syed Azrie dalam hati. Setelah menekan kunci keretanya, Nisha melangkah menuju ke bilik kuliah. Gadis yang yang sentiasa murah dengan senyumannya itu melemparkan senyuman kepada mat-mat motor kampus yang asyik memandang padanya. Ini menyebabkan mat-mat motor itu mengurut dada masing-masing sehingga terdengar nyanyian-nyanyian dari mat-mat motor yang nakal yang turut menaruh hati pada gadis itu. OooNisha! pilihlah aku jadi pacarmu Nisha buat muka selamba je bila mendengar nyanyian yang betul-betul telah disumbangkan oleh mat-mat motor tersebut. Team UHG menghampiri Nisha sebaik sahaja Nisha melabuhkan punggungnya di kerusi . “Nisha separuh akhir futsal hujung minggu ni tau, hari Ahad, kita kena tambah masa latihan supaya kita boleh ke final nanti” ujar Anita. “Kita buat latihan malam sebab malam sejuk” cadang Shani pula. “Kalau malam aku minta maaf dengan kau orang semua aku tak boleh terutama minggu ni, aku sibuk sikit” jawab Nisha. “Kau sibuk apa Nisha?”tanya Anita. “Kalau aku beritahu kau orang, tolong simpan rahsia tau, kalau aku dengar orang lain tahu nahas kau orang ku kerjakan” “Nak ugut kitalah konon, kau jangan bimbang Nisha, kami akan setia simpan rahsia kau, team UHG setia pada janji tau” ucap Nash dengan penuh semangat. Nisha ketawa melihat muka kawan-kawan yang menanti dengan penuh minat untuk mendengar rahsia dirinya. “Minggu ni aku sibuk dengan latihan untuk fesyen show. Hujung minggu ni aku ada fesyen show hotel Permata Inn” “Kau sebenarnya model kan Nisha?”Anita seperti tidak percaya. “Bukan, aku cuma tolong mak angkat ku je” “Tu fesyen show untuk apa?”nampaknya UHG makin berminat nak tahu. “Perasmian sebuah butik pakaian dan butik andaman pengantin” Nisha malas hendak menjelaskan dengan lebih lanjut siapa dirinya dan apakan hubungannya dengan semua aktiviti fesyen show tersebut. Habis kuliah Nisha terus balik ke rumah, pukul 3.30 nanti team UHG ada latihan futsal, sementara menunggu pukul 3.30 Nisha merebahkan diri di atas tilam. Waktu-waktu begini dalam banglo itu selalunya tiada sesiapa di rumah. Datuk Wazir biasanya tidak balik makan tengahari, Kak Rozi masih lagi berada bersekolah kerana memandangkan tahun itu adalah tahun terakhir dia bergelar seorang guru, selepas 3 bulan nanti dia akan meletak jawatan atas permintaan Datuk Wazir yang mahu Kak Rozi membantunya dalam perniagaan. Si genit Hani pula pergi mengaji jadi yang tinggal di rumah cuma pembantu rumah. Pintu biliknya tiba-tiba di ketuk. “Ada apa bik? pembantu rumah itu tercegat di depan pintu setelah sebaik sahaja Nisha membuka daun pintu biliknya. “Non tak nak makan tengah hari?, lauknya sudah saya hidangkan” “Belum lagilah bik, kalau saya lapar nanti saya turun makan ya” Bik Ruminah mengangguk kepalanya kemudian berlalu meninggalkan bilik Nisha. Nisha dikejutkan oleh deringan ring tone telefon bimbitnya.Nama abang Zam terpapar di skrin. “Assalammualaikum abang Zam” “Walaikummusalam,Nisha kat mana tu?” “Kat rumah, baru balik dari kuliah, kenapa bang? “Petang nanti Nisha ada keluar mana-mana tak?” “Pukul 3,30 nanti Nisha ada latihan futsal, lepas maghrib nanti Nisha pergi studio latihan sebab hari ni Nisha terpaksa buat latihan sebelah malam” “Petang nanti Nisha keluar dengan kereta apa” “Dengan kereta Nisha sendiri kot sebab Nisha nak jemput kawan-kawan Nisha kat kampus” “Abang ada hal nak cakap, malam nanti Nisha balik pukul berapa?”, “Biasanya dalam kol 10.30, abang jemput Nisha ke?” “Ya, kan tu pesan abang Qhairul, kalau tak pesan pun abang akan jemput Nisha jugak” “Hal penting ke bang?” “Penting jugak, sebab ni berkaitan dengan Qhairul dan Nisha,” “Hal Nisha dengan abang Qhairul, hal apa?” “Panjang ceritanya, malam nantilah abang cerita ok sayang, abang nak masuk ofis ni, malam karang abang cerita ya bye, assalammualaikum” “Waalaikummussalam” Perasaan Nisha kurang tenang memikirkan apakan hal yang hendak diberitahu oleh abang Zamree kata-kata padanya.Latihan untuk pertunjukkan fesyen show cuma tinggal dua malam, malam itu dan malam esok, malam ini Nisha akan buat latihan bersama-semua model yang lain di studio dan malam esok adalah raptai penuh di ballroom Permata Inn Hotel. Petang itu seperti biasa selepas Maghrib, Tengku Farid menjemput Nisha di banglo Datuk Wazir. “Malam ni macam mana nak kanda jemput dinda balik atau..” belum habis kata-kata Tengku Farid Nisha pantas memotong kata-katanya. “Abang Zam janji nak jemput Nisha” Tengku Farid sengaja bertanya begitu sebab dia sedia memahami walaupun Datuk Qhairul tiada di Malaysia namun masih ada seorang insan lagi yang sedia bertanggungjawab kepada gadis itu. “Oklah kalau macam tu sebab kanda nak pastikan ada orang yang hantar dinda balik kalau tak kanda tak da masalah nak datang semula jemput dinda” Nisha hanya tersenyum mendengar kata-kata Tengku Farid. “Kanda pun kena muncul malam tu nanti sebab ada satu slot yang bonda nak kanda berganding dengan dinda” Jelas Tengku Farid sambil melemparkan senyuman manisnya pada Nisha. “Jadi kanda pun jadi model express macam Nishalah ya” “Tapi model yang orang paling tunggu-tunggu kemunculannya kan” Nisha tergelak mendengar kata-kata Tengku Farid. “Slot yang mana bonda nak kita buat gandingan” “Entahlah tapi bonda kata untuk raptai penuh malam esok baru dia beritahu” Sampai di studio, Tengku Farid mengikut sekejap Nisha membuat latihannya tapi setelah dia menerima satu panggilan telefon semasa berbual dengan Nisha waktu gadis itu berhenti rehat di minta diri untuk balik. “Kanda minta diri dululah ya, coz ada hal sikit bisness partner nak jumpa” “Thanks kanda sebab jemput Nisha tadi” “Dah tanggungjawab kanda pada orang yang disayangkan, ok sayang kalau ada apa-apa problem cal me ok” selepas mencium dahi gadis itu Tengku Farid berlalu pergi. “Ok ladies, esok malam raptai penuh tau Puan Engku ada sekali, I tak nak ada mistake apa-apa and Nisha you mungkin ada satu slot extra yang Puan Engku sendiri akan beritahu malam esok” Marissa Choo memberi taklimat sedikit kepada model-modelnya sebelum meneruskan lagi sesi latihan. Agak lenguh juga kaki Nisha sebab berulang-ulang kali buat cat work di atas pentas. “Kucing pun tak boleh buat lebih baik dari Nisha Kak Marissa oi..runggut Nisha setelah dia berhenti kepenatan. Marissa cuma tersenyum mendengar kata-kata Nisha. Bab 43 Nisha tersenyum melihat kemunculan Zamree, di tangannya membimbit plastik yang mengandungi setin minuman 100 plus. Setengah jam sebelum itu Nisha telah menghantar SMS kepada Zamree supaya membeli setin minuman 100 untuknya. Semua model yang sedang berhenti rehat turut menoleh melihat kemunculan lelaki itu. “Hai sayang, letih sangat ke? Nah!” sambil menghulurkan tin di tangannya yang telah dimasukkan penyedutnya. “Thanks bang, Nisha laparlah” “Abang pun lapar, balik nanti kita singgah makan ya” sambil tangannya mencuit hidung gadis itu. “Abang Qhairul ada cal Nisha” “Setiap malam antara pukul 1ke 2 pagi dia cal Nisha” “Tadi abang ada cal dia, dia kirim salam pada Nisha” “Salam je?” “Ada, dia suruh abang sampaikan kiss dia pada” Nisha tergelak mendengar kata-kata Zamree. “Abang jangan nak ngada-ngada” “Kalau betul macam mana?” “Kalau betul..?” Nisha terdiam sejenak kemudian menyambung “Tapi dia tak nyatakan mana-mana tempatkan?” Zamree tersenyum, lelaki itu memang cukup kacak, ada gaya dan stail, berharta dan berpengaruh cukup syarat untuk dikejar oleh ramai wanita tapi kenapa Zamree terlalu fobia dengan peristiwa lalu. “Ok, bolehkan” sambil menghulur tangannya, Zamree menyambutnya sambil memberi kucupan yang agak lama di tangan Nisha. Persoalan demi persoalan yang timbul apabila melihat kemesraan gadis itu dengan Datuk Zamree. “Datuk Zamree ni macam mana pula” bisik Munirah pada Susan. “Nisha sapu habislah tu”jawab Susan sambil tersenyum. “Kalau aku minta kat Nisha tu sorang dia bagi tak?” tanya Munirah sambil bergurau pada Susan. “Kau tanyalah empunya badan, kalau Nisha nak pun tak guna jugak kalau jantan tu tak nak kan kau sebab yang dia orang suka tu ada pada Nisha tak ada pada kita” Terbayang kehampaan di wajah Munirah mendengar jawapan Susan. “Abang tunggu ya, kami ada satu round lagi lepas tu kita boleh balik” Zamree hanya mengangguk kepala dan mengambil tin minuman di tangan Nisha kemudian mencari tempat duduk di salah satu sudut dalam studio itu .Sebenarnya ciuman tadi sekadar rekaannya sahaja, dia terpaksa menghubungi Qhairul hari itu untuk menceritakan tentang kemunculan Puan Sri Datin Hajar di PJ Holding pagi tadi. Selesai majlis, Munirah yang pura-pura lalu di depan Zamree cuba menegurnya lelaki itu. “Hai Datuk Zamree, you tengah tunggu siapa ni?” “Tengah tunggu buah hati I Nisha” “Oh Nisha, she is your buah hati? I ingat Tengku Farid tu boy friends dia sebab I nampak Nisha mesra sangat dengan dia” Munirah cuba menimbulkan provokasi. “Oh Tengku Farid, memanglah mesra sebab Nisha tu buah hati Tengku Farid” Munirah mengerut dahinya mendengar jawapan Datuk Zamree, aku salah dengar ke apa ni?” bisiknya dalam hati. “Macam mana sayang, boleh kita balik sekarang” “Jom, kita nak makan kat mana? Nisha dah lapar sangatlah bang” “Cakap je di mana Nisha nak abang bawa” “Err..kat Putra Jaya aje lah” Keduanya pun terus masuk ke dalam kereta Ferari milik Zamree dan kemudian perlahan-lahan kereta itu meninggal tempat itu. “Kenapa kau ni Munirah, tadi aku nampak kau tegur Datuk Zamree, kau nak cuba tackle datuk tu ya?” “Saje aku nak cuba cungkil rahsia siapa Nisha tu dengan dia dan Tengku Farid” “Dah tahu?” “Kau tahu dia jawab apa?” “Manalah aku tahu” “Dia tengah tunggu buah hati, lepas tu aku cakaplah yang aku fikir Tengku Farid tu buah hati Nisha sebab dia orang tu mesra sangat, dia jawab apa kau tahu tak” “Mana aku tahu beb?” “Memang dia orang tu mesra sebab Nisha tu buah hati Tengku Farid, tu yang buat aku biol, aku ingat dia boleh sakitkan hati dia dengan cerita aku tu, malah aku tengok dia makin mesra dengan Nisha, siap sayang-sayang lagi tu” “Macam mana Nisha boleh ikat tiga lelaki yang hebat tu, ketiga-tiga tu nampak filing habis kat Nisha, kau tahu tak dua datuk tu billionaire, yang seorang bakal Putera Mahkota, jutawan jugak tu” Munirah masih dengan kehairanan. “Kau pun tahukan Nisha tu macam mana, kau sendiri yang cakap yang kita perempuan ni pun boleh cair tengok muka dia ni kan pulak lelaki, kecantikan dialah senjata utamanya” Munirah akhirnya mendiamkan diri mendengar kata-kata Susan yang memang ada benarnya. Sementara menunggu makanan Zamree memulakan perbualan mereka. “Pagi tadi Mama Qhairul datang ke PJ Holding dan dia jumpa abang, Nisha pernah jumpa dia” Nisha mengelengkan kepalanya. “Dia datang sebenarnya nak cari Nisha” “Cari Nisha, kenapa bang?” “Dari kata-katanya abang dapat tangkap dia tak sukakan Nisha dan tuduh Nisha rosakkan hubungan Qhairul dan Yasmine Hana” “Yasmine Hana. Siapa Yasmine Hana?” “Lima tahun yang lalu Yasmine Hana adalah calon isteri Qhairul. Mereka hampir bertunang tapi tak jadi sebab Yasmine Hana dapat telah mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke luar negara. Yasmine Hana memang suka dan cintakan Qhairul dan Qhairul tidak membantah cakap mamanya, atas desakan Yasmine dia setuju saja ikut cakap perempuan itu untuk bertunang, tapi mungkin Yasmine Hana bukan jodoh atau tuhan memang nak tolong Qhairul, Dia terpaksa pergi sehari sebelum hari pertunangan dan menangguh pertunangannya setahun kemudian tapi entah kenapa dia terus tangguhkan lagi hingga dia tamat belajar dan sekarang dia kembali untuk menyambung apa yang tertangguh dulu” “Abang Qhairul macam mana, Yasmine Hana kekasih memang kekasih dia ke?” “Tak, mereka kenal dan rapat kerana sama-sama belajar di UK. Yasmine Hana rapat dengan kedua orang tua Qhairul dan berjaya memikat hati Puan Sri Hajar. Qhairul cuma anggap Yasmine Hana hanya sebagai sorang kawan tapi mamanya mahu lebih dari itu. Dia mahu Yasmine Hana menjadi menantunya. Bila pertunangan mereka ditangguh dan terus ditangguhkan Qhairullah orang yang paling gembira. Qhairul tak pernah merasa kehilangan Yasmine Hana dan tak pernah pun sebut atau fikirkan pasal perempuan itu” “Jadi kenapa sekarang abang Qhairul tak ikut je cakap mama dia macam dulu” “Sebab Qhairul sekarang bukan Qhairul yang dulu, Qhairul sekarang dah cukup perfect dan tahu apa yang dimahukan dalam hidupnya dan mampu menentukah hala tuju masa depannya sendiri” “Kenapa Mama dia cari Nisha, apa salah Nisha”. “Kerana Nisha adalah kunci pada perubahan besar Qhairul, abang pun rasa macam itu. Perubahan Qhairul amat ketara sejak Nisha muncul. Qhairul sekarang bukan Qhairul yang abang kenal dulu, seorang romeo yang kasanova, playboy, suka memperlekehkan orang lain, panas baran, dan tak suka bergurau, semua kakitangan dan pekerja PJ Holding mengelarnya malaikat maut. Semua urusan pejabat mereka lebih suka berurusan melalui abang” “Betul ke abang Qhairul seorang kasanova dan playboy?” Nisha mengerutkan dahinya. “Ya, itulah gelaran di kalangan tokoh-tokoh koporat dan perempuan-perempuan pisau cukur sejak 5 tahun yang lalu, dia sering bertukar-tukar teman wanita hampir setiap minggu, dia tak pernah keluar dengan perempuan yang sama untuk 2 kali berturut-turut. Tapi Qhairul seorang yang licik dan tiada seorang perempuan yang dapat mengikatnya atau berjaya menjadi isterinya. Qhairul pernah beritahu abang, dia tidak pernah ada rasa perasaan pada semua perempuan yang pernah dampinginya dan dia tak tahu bagaimana perasaan orang yang jatuh cinta. Abang cuma pernah beritahu dia cinta itu amat membahagiakan dan cinta juga amat menyakitkan”. “Macam mana dengan perempuan-perempuan yang pernah rapat atau keluar dengan abang Qhairul, hubungan mereka intim ke bang?” “Satu perkara yang abang cukup puji dengan Qhairul, serapat manapun perhubungannya dengan perempuan-perempuan yang didampinginya dia tidak pernah terlajak sampai ke bilik tidur, tidak pernah dia sampai terbawa-bawa perempuan masuk hotel apatah lagi nak bawa balik ke banglo keluarganya”. “Macam mana abang pasti tentang semua tu?” tanya Nisha yang memang inginkan kepastian. “Abang kenal dan rapat Qhairul sejak kecil, dia tak pernah berahsia dengan abang, abang kenal semua perempuan-perempuan yang pernah rapat dengan dia. Reputasi buruk kalau Nisha dengar tu cuma rekaan perempuan yang cuba memerangkapnya. Kami sering mengingati satu sama lain, serapat manapun kami dengan perempuan tu kami masih tetap ingat pahala dan dosa” tambah Zamree lagi. Nisha tersenyum mendengar kata-kata Zamree dan di hatinya turut bersyukur. “Abang Zam pernah jatuh cinta?” “Itulah sebabnya Qhairul mentertawakan abang bila abang gagal dalam cinta pertama abang. Sebab itu abang pernah berjanji dengan dia sekiranya abang dan dia jatuh cinta pada perempuan yang sama, abang akan mengalah dan berikan perempuan itu padanya”. “Kenapa abang mengalah?” “Sebab Qhairul tak percaya pada cinta dan dia tidak akan jatuh cinta atau payah nak jatuh cinta. Abang tak tahu macam mana perempuan yang dia inginkan dan boleh buat dia jatuh cinta dan saat di mana kami akan mencintai perempuan yang sama tu tidak mungkin berlaku” “Abang pasti?” “Ya, kerana kami hidup bersama dari sejak abang dilahirkan dan darahnya banyak mengalir dalam tubuh abang” “Bagaimana kalau ia benar-benar terjadi?” Zamree tersenyum mendengar kata-kata Nisha “Abang tidak akan mungkir janji, sekiranya ia benar-benar berlaku insyaallah abang akan tunaikan janji abang” “Berbalik kepada kisah mama abang Qhairul, dia nak apa dari Nisha bang?” “Dia nak ajar Nisha agar jauhi Qhairul, agar jangan ganggu hidup Qhairul atau jangan jadi penghalang hubungan Qhairul dan Yasmine Hana”. “Jadi macam mana sekarang, apa perlu Nisha buat?” “Selagi dia tak kenal Nisha, Nisha selamat, tapi sekarang dia tengah cari Nisha tau, dan dia suspek Nisha yang simpan kereta Qhairul”.Nisha mula menjamah makanan yang terhidang di depannya. “Untuk keselamatan Nisha, supaya dia tak jumpa Nisha, mulai esok Nisha jangan bawa kereta Qhairul lagi, abang tak nak dia tahan Nisha tengah jalan dan apa-apakan Nisha. Qhairul pun cakap macam tu. Abang akan beritahu dia yang Wazir simpan kereta tu, abang akan beritahu Wazir nanti takut mama Qhairul merisik dia pulak”. “Okey, Nisha faham bang” “Buat makluman Nisha jugak, malam esok Puan Sri Datin Hajar adalah salah seorang tetamu terhormat jadi Nisha pandai-pandailah main peranan supaya dia tak kenal Nisha. Abang pun akan cuba bercakap dengan Ku Farid tentang hal ni supaya dia boleh beritahu Puan Engku Faridah. Nisha jangan hairan sebab malam esok abang terpaksa buat-buat tak kenal Nisha jugak” beritahunya sambil tersenyum. Zamree mahu Nisha mengetahuinya dan tidak terasa hati. “Tak pa Nisha faham. Abang! Nisha ada sesuatu untuk abang” Nisha menghulurkan kotak yang mengandungi keychain yang sama pada Zamree. Setelah membuka dan mengamati keychain tersebut Zamree tersenyum. “Terimakasih cantik, mana Nisha beli?” “Nisha jumpa tepi jalan, suka tak” “Kalau jumpa tepi jalan kenapa ada nama Nisha kat sini, pandai nak tipu abang ya” “Nisha toreh sendiri nama Nisha kat situ” “Banyaklah Nisha punya toreh, orang toreh pokok getahlah bukan toreh kat sinilah sayang oi..” Nisha tergelak mendengar kata-kata Zamree. “Suka tak, jangan hilang tau sebab Nisha bagi sekali je tau kalau hilang tak da ganti-ganti” “Suka, ok abang akan simpan seumur hidup abang, sebagai barang pusaka abang” Nisha tergelak terus mendengar kata-kata Zamree. “Sebenarnya Nisha beli 3 benda tu, Nisha bagi satu sorang kat abang Zam, abang Qhairul dan Ku Farid” “Apa pun Nisha bagi semuanya berharga pada abang” Tangan Nisha digenggamnya erat kemudian dikucupnya. Nisha membiarkan saja perlakuan Zamree terhadapnya. “Tapi Nisha tak terbalas apa yang telah abang bagi pada Nisha selama ini” “Abang tak harap balasan pun untuk setiap pemberian, cuma abang harap Nisha terima kasih sayang abang dan merasa kesenangan dan kebahagian dalam hidup, dan lupakan derita yang lalu” “Terimakasih bang” ujarnya sambil tersenyum manis. Nisha agak lewat sampai di rumah malam itu, kira-kira jam 12.30 malam kereta Zamree masuk ke laman banglo Datuk Wazir. “Abang..Nisha ada satu lagi yang Nisha nak bagi pada abang. Haraplah cantik di mata abang dan abang suka” Nisha menghulurkan sehelai tali leher pada Zamree. “Hai ada lagi satu free girf” Nisha tergelak. “Sepuluh pun yang Nisha bagi tak sama nilai dengan satu benda yang abang beri pada Nisha”. “Walaupun harganya sepuluh sen kalau dari Nisha ia tetap berharga bagi abang, thanks sayang, abang akan pakai esok” wajah Zamree begitu ceria menerima pemberian kedua dari Nisha malam itu. “Ok bang selamat malam, hati-hati di jalan raya tau”sebelum gadis itu melangkah keluar dari kereta, Zamree menarik lengannya lalu mencium pipinya. Nisha terkesima lalu menatap wajah Zamree seketika, lidahnya jadi kelu hendak bersuara kemudian dia terus melangkah keluar dari kereta. “Good night sayang, sweet dream” setelah Nisha menutup pintu kereta, Kereta Zamre perlahan-lahan meninggalkan halaman banglo tersebut. Nisha melangkah masuk ke rumah sebaik saja bibik Ruminah membuka pintu banglo tersebut, “Bibik belum tidur lagi?” “Belum non, datin suruh tunggu non balik” “Terimakasih bik kerana tunggu Nisha” Pelbagai perkara kini bermain di kotak fikiran. Matanya bertembung dengan Datuk Wazir sedang turun dari tingkat atas. Nisha melangkah kakinya menuju ke dapur untuk membancuh segelas air susu. Datuk Wazir turut melangkah kakinya ke dapur kemudian membuka peti sejuk lalu mengeluarkan air sejuk kosong ke dalam sebiji gelas. “Nisha baru balik ke? “Ya, kak Rozi dah tidur bang?” “Dah” “Siapa hantar tadi?” “Abang Zam” “Antara dia orang bertiga, siapa pilihan Nisha?” Nisha agak terkejut mendengar soalan Datuk Wazir. “Ketiga-tiganya Nisha sayang bang, buat masa ni persahabatan, persaudaraan dan percintaan berjalan seiring. Nisha cuma minta tolong tuhan aturkan perjalanan hidup Nisha kerana dia yang maha mengetahui jiwa orang yang ketandusan dan naif macam Nisha ni” “Tapi Nisha dah fokus pada salah seorang di antara mereka di hati Nishakan?” “Ya, sebab tu Nisha perlu menjaga hati semua orang dan tunggu takdir yang menentukan. Nisha masuk bilik dulu bang, selamat malam” Nisha meninggalkan Datuk Wazir sendirian lalu melangkah membawa gelas air susu yang dibancuhnya menuju ke bilik. Datuk Wazir termenung sejenak mengingatkan kata-kata Nisha. “Harap Nisha temui kebahagian di penghujung perjalanan hidupnya” hanya itu kata-kata yang dapat dibisiknya dalam hati sewaktu dia melangkah kembali ke bilik. Setelah membersihkan diri dan memakai baju tidur, Nisha kemudian menunai solat Isya’.Tubuhnya agak kepenatan malam itu, namun seperti malam-malam yang lain walaupun penat macam mana sekalipun dia tetap menunggu panggilan dari lelaki yang sangat dicintainya. Nisha kembali mengingatkan kata-kata Zamree sewaktu mereka makan di Restoran terapung Putra Jaya tadi. Qhairul seorang yang kasanova dan playboy, apakah kini dia telah berjaya menjinakkan dan mengikat lelaki hebat itu. Memang benar Qhairul kini telah melanggar semua prinsip hidupnya. Nisha tersenyum sendiri panggilan yang dinantikan akhir masuk ke telefonnya. “Hello sayang, dah tidur ke?” “Mestilah tak cik abang sayang oi, kalau dah tidur siapa pulak yang angkat telefon ni?” “Mana tahu, cuma jasad yang tidur roh yang masih menunggu panggilan abang” Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul “Abang sihat ke, kerja macam mana ok?” “Kerja ok abang balik hari Rabu minggu depan, abang tak boleh lama-lama kat sini abang tak sihat ni, abang tengah sakit sekarang” “Betul ke bang, abang sakit apa?”suara Nisha berbau kebimbangan. “Abang sakit rindu asmara pada orang di sinun” “Abang nikan, buat Nisha cemas je tau” “Sayang tak rindu abang ke?” “Bang, bukan laut namanya kalau tak bergelora, bukan garam namanya kalau tak masin, bukan gula namanya kalau tak manis dan bukan cinta namanya kalau tak ada cemburu dan rindu” Nisha sengaja bermadah pujangga kepada kekasih hatinya itu. “Ni yang abang seronok sangat ni, kekasih abang dah pandai bermadah pujangga, nak cium sikit..muah..”terdengar suara gelak Qhairul di hujung talian. “Jangan abang kat sana bermadah berhelah pulak” Terdengar suara gelak Qhairul semakin memanjang di talian “Sayang, walau pun jasad berjauhan namun hati abang dekat selalu, wajah sayang melekat di tubir mata abang, semua muka perempuan Arab kat sini macam muka sayang tau” “Tu yang bahayanya, Nisha takut abang tangkap perempuan arab tu lepas tu abang cium” Qhairul terus tergelak lagi. “Oh ya sayang, siapa hantar balik tadi?” “Abang Zam, Nisha balik lewat sikit pukul 12.30 baru sampai rumah, kami singgah makan kat Putra Jaya” “Abang Zam dah beritahu sayang pasal mama abang?” “Dah” “Abang tak nak dia kenal sayang dulu, abang bimbang keselamatan sayang. Kita tak tahu apa yang ada dalam hati mama abang tu” “Nisha faham bang. Malam esok pun Nisha terpaksa berhati-hati sebab abang Zam kata mama abang akan hadir sebagai tetamu terhormat pada majlis tu” “Abang minta maaf ya sayang, Sayang lebih bernilai dari kereta abang tu. Tolong jangan lupa pesan abang hati-hati dengan mama abang dan Yasmine Hana. Sayang dah tahu siapa Yasmine Hana tu kan?” “Ya, abang Zam dah cerita kat Nisha tadi” “Sekarang abang kat mana?” “Sekarang abang duduk hotel abang sendiri, kerana hotel inilah abang terpaksa pergi ke sini, abang terpaksa berurusan dengan kerajaan Cairo untuk dapatkan kelulusan untuk hak milik hotel ni. Mula dia orang enggan beri kebenaran rakyat negara lain menjadi pemilik hotel 5 bintang kat sini, kalau bukan hotel 5 bintang tak jadi masalah, banyak prosedur yang abang perlu lalui untuk dapatkan hak milik hotel ni” “Macam mana boleh dapat tak?” “Insyaallah sebab kedutaan Malaysia kat sini akan bantu abang hari Selasa minggu depan baru dapat keputusan, kalau tak abang terpaksa abang memohon kewarganegaraan Cairo sebagai syarat untuk pemilikan hotel ni” “Susah jugak kerja abang ni kan?” “Memanglah sayang, tak ada benda yang mudah kita dapat kat dunia ni” “Ada, siapa cakap tak da” “Kalau ada, apa bendanya tu?” “Dosa, tu je Nisha rasa benda yang kita mudah dapat” “Cerdik sayang abang ni. Ya, dosa kat mana-mana je kita boleh dapat” “Kalau abang dapat kewarganegaraan negara ni, sayang nak ikut abang tak? kita kahwin dan buat rumah kat sini” pertanyaan Qhairul seolah-olah cuba menduga hati kekasih. “Sampai hujung dunia pun Nisha sanggup ikut abang kerana Nisha tak ada siapa-siapa lagi dalam dunia ni” “Sayang, abang gembira mendengarnya.I love you forever, cinta abang lebih luas dari samudera, lebih gemerlapan dari bintang di langit, lebih bersinar dari permata, lebih wangi dari kasturi, tiada madah pujangga yang mampu menerangkan bagaimana dalamnya rasa cinta abang pada sayang” “Abang adalah cinta pertama Nisha dan terakhir Nisha, terimakasih bang kerana terima Nisha seadanya, Abang..” suara Nisha melenggok manja “Ya sayang..” “Nisha dah ngantuk lah, esok nak kuliah” dengan nada suara melenggok manja membuat Qhairul tergelak. “Ok, tidurlah sayang ku, mimpilah abang dalam tidurmu, I love you..muah..good night” “I love you too, Abang mimpikan Nisha juga tau” balas Nisha lantas memutuskan taliannya lalu menarik Mr.Q dalam pelukan kemudian dia terus hanyut dibuai mimpi indahnya. Bab 44 Setiap lelaki yang melewati meja tersebut akan menegur Nisha, naik loya tekak team UHG yang lain. “Kenapa dia orang tak kata hai Nasha, hai Dewi, hai Anita. Hai Shani hai Malina asyik-asyik hai Nisha, kita orang ni halimunan ke?” semua yang duduk di meja makan sewaktu menikmati makan tengah hari di café ketawa mendengar kata-kata Nasha. “Memang tak ada wanita secantik aku tapi yang lebih cantik banyak”,suasana makin riuh bila Nasha meniru lagu Alif Aziz tapi mengubah senikata lagu tersebut. Tiba-tiba kedengaran lagu kisah dongeng nyanyian Stacy ring tone telefon blackberry Nisha. Nisha sedia maklum siapa pemanggil untuk ring tone tersebut tapi kali ini Tengku Farid menggunakan panggilan 3G. Nisha tersenyum sendiri. “Macam mana aku nak jawab depan team UHG ni”. Nisha berfikir sendiri kemudian jarinya terus menekan butang jawab panggilan. Nasha dan Dewi yang duduk sebelah menyebelah sempat menjerling pada telefon bimbit Nisha. “Hai sayang, dinda kat mana ni?” “Café, kanda buat panggilan biasalah sebab Nisha malulah dengan dia orang semua ni” “Takpa, mana kawan-kawan dinda, kanda pun nak kenal dia orang juga” semua ahli kumpulan UHG menjengguk kepalanya ingin melihat Tengku Farid. “Hai!” Tengku Farid menegur teman-teman Nisha yang tersengih-sengih ketika itu. “Bonda nak kita sampaikan sebuah lagu duet malam ni, dinda pilihlah sebuah lagu malam nanti kita praktis sama-sama” “Ok, nanti Nisha carikan, kanda kat ofis ke?” “Ya, ok kanda nak beritahu tu je, petang ni free tak?,kalau free kita jumpa” “Emm rasanya free kot, ambil Nisha kat rumah pukul 3” “Ok nanti kita jumpa, bye sayang”. Nisha menamatkan panggilan tersebut. “Wow..handsomenya, siapa tu Nisha, kekasih kau ke?” tanpa menunggu seminit pun Nasha terus bersuara. “Teman tapi mesra” “Romantik giler.., siap panggil kanda dinda” Dewi cuba menyakat Nisha. “Dah aku kata teman tapi mesra, memanglah kena berkanda dinda sebab kau orang tak tahu kah siapa dia tu tadi?” “Manalah kami orang tahu?siapa dia tu Nisha?” Nasha begitu teruja ingin tahu. “Tengku Putera Faridhuddin Syah” “Apa..! serentak team UHG bersuara. Nisha tergelak melihat gelagat kawan-kawannya. “Pu..pu..tera Mahkota tu ke?” Nasha tergagap-gagap bertanya. “Ya,dialah tu” “Fulamak, handsem giler..macam mana kau boleh rapat dengan Putera Mahkota tu?”kawan-kawannya nampaknya begitu berminat menggorek rahsia tentang perkenalan Nisha dengan Tengku Farid. “First dia kacau aku di sebuah kelab, lepas tu bonda dia ambil aku jadi anak angkat dan kami berkawan sampai sekarang” “Hebatlah kau ni, petang nanti kau nak keluar date dengan dialah ya” “Kau orangkan dah dengar tadi, kenapa tanya lagi?” “Kalau kau date dengan lelaki 5 bintang macam tu, kau orang pergi kat mana ya?” Nisha tergelak mendengar ayat yang terpacul keluar dari mulut Nasha. “Aku ingat hotel je 5 bintang, lelaki pun ada 5 bintang,lawak betullah kau ni Nasha” “Yalah kalau lelaki cukup pakej kacak, kaya, berpangkat dan berkuasa, glamour 5 bintanglah tu” tambah Nasha lagi. Semua team UHG turut tergelak. “Oh ya ke, kami pergi tempat-tempat yang ekslusif, tapi kadang-kadang pergi shopping, makan-makan kat restoran hotel tapi tak lah dapat bebas sangat sebab papa razi ada di mana-mana”. Ahli team UHG begitu asyik mendengar cerita Nisha. “Tapi aku dengan Tengku Farid cuma bersahabat je. Teman tapi mesra” “Sekarang memanglah sahabat lepas tu jadi suami” jawab Dewi tergelak. “Ngada-ngada kau kau ni, sampai ke situ pulak, sebenarnya aku ada 3 lelaki hebat dalam hidup aku, seorang sahabat, seorang abang angkat dan seorang kekasih,” Nisha cuba menceritakan sedikit tentang rahsianya pada kawan-kawannya. “Siapa orangnya Nisha?”tanya Malina yang semakin berminat hendak tahu. “Tu rahsia, kalau aku dah sedia nanti barulah aku cerita kat kau orang semua ok” “Tu yang aku geram kat kau ni Nisha” Nasha meluah rasa kesalnya sebab Nisha masih terus berahsia dengan mereka. “By the way, memandangkan aku ada date petang ni, aku minta diri dululah ya” Nisha berlalu meninggalkan kawan-kawannya untuk menuju ke tempat parkir kereta. Langkah kakinya tiba-tiba disaingi oleh seseorang. “Nisha!, I need talk to you” Syed Azrie tiba-tiba muncul menyaingi langkah kakinya menuju ke kereta. “You want to say what?” Sambil kakinya tetap meneruskan langkah. “I want to invite you to night” Nisha menghentikan langkahnya kemudian memandang Syed Azrie di sebelahnya. “Sorry.. I am busy to night” “Tomorrow night?” “Excuse me a lot of other matter that need to be made, awak ajaklah perempuan lain” Nisha terus menekan kunci keretanya, kemudian terus melangkah masuk ke dalam keretanya. Melihat cuaca tidak panas Nisha menekan suiz bumbung keretanya kerana dia lebih suka udara semulajadi. “Please Nisha, tak bolehkan awak bagi peluang untuk saya berkawan dengan awak” Syed Azrie yang masih tidak berputus asa lalu terus mendekati kereta Nisha. Nisha terus memasang cermin mata gelapnya kemudian berkata sesuatu pada Azrie. “Maaflah Encik Syed Azrie, ramai lagi perempuan lain yang minat dan nak berkawan dengan awak, lupakan niat baik awak tu. Saya betul-betul tak ada masa nak berkawan dengan awak” Nisha perlahan-lahan mengerakkan keretanya meninggalkan tempat itu. Dengan perasaan marah dan kecewa Syed Azrie menumbuk telapak tangannya sendiri. “Apa payah sangat nak tackle perempuan ni, lelaki macam mana yang dia nak hah.!, aku tak cukup kacak dan maco ke di mata dia?” Syed Azrie merungut sendiri dalam hati. “Ikan tu tak makan umpan cacinglah Syed, kau kena umpan dengan burger atau pizza” perli Hanif yang tiba-tiba muncul di belakangnya. Dengan wajah yang merah Syed Azrie terus menghampiri motorsikalnya lalu meninggal Hanif yang tanpa sepatah kata. Nisha mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke bukit Antarabangsa. Setelah memakirkan kereta, Tengku Farid menjerling gadis yang duduk di sebelahnya. “Kenapa diam je ni, dinda ada masalah ke?” “Eeh..tak da, tempat apa ni? “Bukit antarabangsa, dari sini kita boleh nampak pemandangan sekitar KL, jom kita keluar” ajak Tengku Farid lalu membuka pintu keretanya. Nisha melemparkan pandangannya jauh ke bandaraya Kuala Lumpur yang begitu pesat membangun. “Di sinilah tempat kanda selalu pergi kalau kanda ada masalah” Nisha tersenyum memandang wajah Tengku Farid. “Dinda, kalau dinda nak tahu, never in my life I have a friend, kanda dibesarkan dengan adat resam istana, kanda hidup sendiri, kanda tak pernah ada teman wanita atau kawan wanita sekali pun” Nisha begitu terharu mendengar kata-kata Tengku Farid, dia memberi ruang lelaki itu terus berkata-kata. “Selama ini hidup kanda kosong, I never feel happiness, never felt love and be loved. Kanda tak ada teman rapat, tak pernah mencintai dan dicintai. Setelah dinda muncul dalam hidup kanda, kanda seperti telah terjumpa sesuatu yang hilang selama ini. Kanda telah jumpa seorang teman, kanda jumpa cinta, kanda jumpa kebahagiaan. Kanda merasakan setiap detik hidup kanda kini terisi, kanda akhir merasai kehadiran cinta dan bagaimana nikmat dan bahagianya bila kita mencintai seseorang, ternyata ianya memang membahagiakan. Selagi ada peluang kanda ingin isikan setiap detik yang berharga itu bersama insan yang dicintai. Kanda yakin dindalah cinta pertama dan terakhir kanda dan kanda mencintai dinda sepenuh hati. Kanda amat bersyukur kerana akhirnya kanda berjumpa juga dengan cinta sejati dan mencintai insan yang benar-benar layak menerima cinta kanda dan kanda sedar tidak semestinya percintaan itu berakhir dengan perkahwinan dan tidak semestinya kita mencintai seseorang kita harus memilikinya” entah kenapa perasaan Nisha tiba-tiba menjadi sebak dan hiba mendengar setiap butiran ayat yang didengarnya. Tanpa sedar air mata Nisha gugur satu satu persatu. Wajah Nisha ditatapnya tanpa berkelip. Cecair jernih yang mengalir di pipi gebu gadis itu disekanya perlahan-lahan dengan tangan. “Kenapa dinda sedih dan menangis?, kanda cakap yang melukakan hati dinda ke?” tanya penuh gaya perihatin. Nisha mengelengkan kepala. Jiwanya makin sebak lantas tubuh lelaki itu dipeluknya erat. Tengku Farid terus membalas pelukan gadis itu. Hati kedua-duanya diruntun sayu dan saling berpelukan untuk seketika. “Maafkan Nisha sebab tak mampu dan tak dapat balas cinta kanda” luahnya bersama esakkan kecil. “Its ok dinda, cinta itu bukan sesuatu yang kita boleh atur atau paksa, ia akan datang sendiri. Dinda dah terima kanda sebagai seorang sahabat pun sudah cukup membahagiakan kanda”. Dahi gadis itu dikucupnya agak lama. “Kanda cinta dan sayang dinda seluruh jiwa dan raga” bisiknya perlahan ke telinga gadis itu. Bila jiwa kembali tenang perlahan-lahan Nisha meleraikan pelukannya. Tengku Farid memandang wajah Nisha penuh kasih. “Kanda, Terimakasih kerana cintai dan sayang kanda untuk Nisha” Lelaki itu hanya menguntum senyum sambil mengangguk perlahan. “Dinda, kanda ada satu perkara yang kanda nak beritahu dinda” “Perkara apa kanda?” “Tahun depan kanda terpaksa menjalani tanggungjawab sebagai Putera Mahkota, sebagai seorang waris takhta kanda tak boleh bebas keluar seperti sekarang. Aktiviti harian kanda semuanya tertakluk pada jadual yang disediakan jadi sebelum tiba detik itu dengan kesempatan yang ada ini kanda ingin menghabiskannya sisa-sisa waktu yang ada dengan sesuatu yang membahagiakan bersama insan yang kanda sayangi dan dicintai.” “Maksud kanda?” “Temankan kanda menjelajah seluruh negara, kanda nak buat satu ekspedisi jelajah seluruh Semenanjung dan masuk kampung, kanda nak melihat dan merasa kehidupan sebenar rakyat biasa, kanda akan cuba ajak Datuk Zamree dan Datuk Qhairul ikut sekali. Kita buat macam ekspedisi kembara dari satu negeri ke satu negeri” jelasnya sambil memandang wajah gadis di depannya sambil tersenyum. “Kanda nak buat bila” “Next month boleh rasanya sebab dinda pun masa tu dah semester breakkan?” Nisha menganggukkan kepalanya. “Macam mana kalau kita ajak Datuk Wazir sekeluarga ikut jugak” “Elok juga tu, makin ramai makin seronok kita buat komboi, kita pergi ke utara dulu kemudian last destinasi kita ke Melaka, kampung dinda bolehkan?” “Betul ke, alhamdulillah” Nisha tersenyum gembira mendengar cadangan Tengku Farid. “Err.. dinda dah ada lagu duet tu” “Dah tapi tunggu sekejap” Nisha masuk ke dalam kereta lalu mengeluarkan sekeping kertas dari beg galasnya. “Lagu apa?” “Love Story, kanda tahu lagu ni?” “Irwan Syah dan Mary Goslow?” Tanya Tengku Farid untuk kepastian. “Ya, kanda tahukan?” Ku Farid mengangguk sambil tersenyum. “Cuba dinda nyanyi dulu” Nisha menyanyikan sedikit lirik lagu itu untuk Tengku Farid mendengarnya. “Tunggu sekejap kanda ambil gitar dulu” Tengku Farid mendapatkan gitar dalam but keretanya kemudian dengan iringan petikan gitarnya mereka berdua cuba menyanyikan lagu tersebut secara berpasangan. Sesekali terdengar gelak ketawa dan bergurau senda di kala ada yang melucukan. Petang itu selepas singgah makan di sebuah restoran, selepas itu Nisha dan Tengku Farid terus mengikuti raptai penuh di ballroom hotel Permata Inn. Dari pejabatnya Zamree singgah di situ kerana tugasnya untuk menjemput Nisha balik. Dia duduk di meja tidak jauh dari pentas peragaan. Dia sempat bertemu dan berbual dengan Tengku Farid. “Bila Qhairul balik dari Cairo?” “Minggu depan tapi tak pasti hari apa?”. “Secret projek kita dah 90 percent siap cuma tunggu perabot yang akan mereka hantar hujung minggu depan. Untuk dekor hiasan dalaman I serah seratus peratus pada Indah dekor designer, mereka minta tempoh seminggu”Tengku Farid memberitahu serba sedikit tentang perkembangan projek rahsia PJH dan PHC. “I dan Qhairul pun nak ke sana hujung minggu depan, kita perlu sediakan beberapa pembantu rumah, kalau boleh orang kampung tu sendiri supaya senang nak berulang alik” “Pagar hampir siap, minggu lepas pihak security dah hantar dua orang untuk berkawal di pondok jaga, tapi kita ada sebulan lebih lagikan before her birthday” tambah Tengku Farid. “Sempatlah tu”sahut Zamree penuh yakin. “I dah hantar pasukan penyelidik untuk siasat persekitaran laut dekat tanah tu, Keadaan pantai dan air lautnya selamat dan bersih jadi sesuai untuk aktiviti perkelahan, mandi, kayak dan jet ski Dengar cerita ramai jugak yang berminat nak beli tanah tu untuk tujuan yang sama tapi mereka tak jumpa pemiliknya” Zamree menceritakan tentang maklumat baru yang baru didengarnya. “Projek resort tu rasanya dua bulan dari sekarang baru kita teruskan” sambung Zamree lagi. Tengku farid menganggukkan kepalanya. “I ada plan sesuatu dua minggu sebelum birthday tu, I ajak Nisha ikut ekspedisi jelajah seluruh Malaya. I nak masuk semua negeri dan beberapa buah kampung, I nak melihat dan cuba rasai suasana kampung dan bergaul dengan orang-orang kampung. Setiap negeri I akan pilih satu kampung. Kalau you berdua tak keberatan I nak ajak you dan Datuk Qhairul join sekalilah because I rancang the last destinasi kita ke Melaka” Tengku Farid memberitahu tentang rancangannya. Zamree dia sejenak kemudian mengangguk. “By the way, nanti I bincang dengan Qhairul dulu. Oh ya tentang hal yang I cakap pagi tu you dah beritahu bonda you?” “Dah, bonda tak da masalah, bonda pun tak mahu sesiapa tahu identiti sebenar Nisha” Tengku Farid dan Zamree terus menoleh bila mendengar suara Nisha menegur mereka. “Hai kanda, Abang Zam bincang apa ni?” Nisha kelihatan berpeluh-peluh sambil tangannya cuba membetulkan ikatan rambutnya. “Dah habis ke?” Zamree bersuara. “Sekali round lepas tu boleh blah” “Ok sayang, kanda balik dulu, jumpa petang esok, kanda jemput sebelum maghrib ok” sebelum berlalu tangan Nisha diraih lalu dikucupnya. “Bye kanda take care” balasnya sambil melambaikan tangan pada Tengku Farid yang mula bergerak meninggalkan tempat itu. Pertunjukan fesyen show malam itu begitu mendapat sambutan. Kehadiran tetamu-tetamu VIP memenuhi ruang ballroom utama hotel 5 bintang tersebut. Maklumat tentang kemunculan Puteri Melayu Sejati yang akan memperagakan fesyen terbaharu rekaan pereka terkenal dan terkemuka tanah air menjadi penarik utama kepada golongan VIP dan terhormat untuk hadir pada malam itu. Acara kemuncak majlis adalah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua tetamu yang hadir malam itu. Sewaktu pengacara majlis mengumumkan sesuatu semua mata hadirin tertumpu ke atas pentas peragaan. “Tuan-tuan dan puan-puan, malam ini kita berpeluang menyaksikan fesyen terbaharu rekaan Rezalman and Co yang membawa tema bidadari di alam reality yang akan diperagakan oleh seorang bidadari jelita” Cahaya mula bergemerlapan di ballroom tersebut bila Nisha yang dipimpin oleh Tengku Farid muncul di atas pentas. Suasana seolah-olah sepi seketika tak kala gadis itu tersenyum sewaktu melangkah sambil mengayakan pakaian tersebut dengan iringan muzik. Semua mata yang ada di ballroom hotel terpukau melihat kemunculan Puteri Melayu Sejati. Puan Engku Faridah tersenyum dan puas hati melihat penampilan bertenaga dan bersahaja Nisha.Wartawan dari pelbagai syarikat penerbitan majalah dan surat khabar berebut-rebut untuk menangkap gambar gadis itu. “Inikah puteri Puan Engku Faridah?” Puan Sri Datin Hajar yang turut hadir malam itu menyapa Puan Engku Faridah. “Ya, Puan Sri berkenan ke nak buat menantu ke?” sahut Puan Engku Faridah sambil bergurau.Wajah Puan Sri Datin Hajar direnungnya seketika sambil sebuah senyuman terukir dibibirnya. “Anak saya tu memilih sangat orangnya Puan Engku, cantik di mata kita tak cantik pulak di mata dia” balas Puan Sri Datin Hajar tersenyum. Terbayang di depan matanya wajah anak lelakinya Qhairul, ‘Kerbau diikat dengan talinya, manusia diikat dengan janjinya. Mana mungkin aku akan memungkiri janji pada keluarga Yasmine Hana’ bisik Puan Sri Datin Hajar dalam hati. “Selama ini I tak pernah nampak dengar pun Puan Engku ada seorang puteri lagi selepas Tengku Farid” “Dia membesar dan dijaga oleh pengasuh, bila dah dewasa ni dia kembali pada saya” jawab Puan Engku Faridah bersahaja. “Kenapa tak dibesarkan sendiri?”tanya Puan Sri Datin Hajar lagi. “Saya menerapkan kesejatian melayu dalam darahnya dan Alhamdulillah puteri saya memang Puteri Melayu Sejati” “Sangat cantik, sukar nak jumpa wajah yang neutral beauty seperti ini, tentu dulu ada kerabat-kerabat diraja Puan Engku yang memiliki kecantikan seperti ini” Puan Engku Faridah melemparkan senyuman pada Puan Sri Datin Hajar kemudian mengangguk kepala. Dari kata-katanya Puan Sri Datin Hajar memang tidak tahu Puteri Melayu Sejati bukan anak kandung Puan Engku Faridah. ‘Kalaulah Puan Sri Datin Hajar ni tahu siapa Nisha sebenarnya” Puan Engku berbisik dalam hati kecilnya. “Oh ya malam ni majlis 3 in 1 sebenarnya sebab Tengku Farid sambut birthdaynya” Puan Engku Faridah cepat-cepat mengalih tajuk perbualannya. “Ye ke yang keberapa tu?” tanya Puan Sri Datin Hajar. “27 tahun” “Usia yang memang dah sesuai benar untuk berumah tangga tu” balas Puan Sri Datin Hajar lagi. “Ya, memang. Tengku Farid dah ada calon cuma si gadis masih menolak” “Kenapa, kan bertuah dapat berkahwin dengan bakal Putera Mahkota” “Soal cinta ni tak boleh kita nak paksa-paksa Puan Sri, ia akan hadir sendiri bila tiba masanya” sahut Puan Engku Faridah pula. Diakhir pertunjukan lampu ballroom hotel tersebut tiba-tiba terpadam,cuma ada sebiji lampu kecil yang samar-samar yang masih terpasang. Semua model-model bergerak ke satu tempat di atas pentas tersebut seperti mengelilingi sesuatu. Puan Engku Faridah memimpin puteranya menaiki pentas. Lagu ‘Happy Birtday berkumandang’ semua model-model di atas pentas turut menyanyikan lagu tersebut bersama-sama. Usai lagu dinyanyikan Tengku Farid menghembus lilin yang ada di atas kek dan sejurus itu lampu ballroom terpasang semula lalu semua tetamu bertepuk tangan. Tengku Farid kemudian memimpin tangan Nisha lalu menjemputnya duduk di kerusi yang telah disediakan di atas pentas itu. Seorang pelayan hotel menghantar gitar padanya dan seorang juruteknik meletakkan pembesar suara di depan Nisha dan Tengku Farid. Suasana ballroom kemudian kembali sepi semula apabila Tengku Farid yang duduk di hadapan Nisha mula memetik gitarnya. Pasangan yang ideal tersebut menyampaikan sebuah lagu duet untuk menghiburkan semua tetamu yang hadir pada malam itu. Bila cinta endapkan semua harapan Jalan terjal dan mematikan pasti ku tempuh juga Bila cinta seribu tahun akan ku tunggu Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu Love story let’s make a history Sejarah kisah cinta kita menguasai bumi Mengalahkan semua yang paling terindah Love story let’s make a history Biarpun seribu bencana meremukkan tubuh kita Namun cinta kita tetap akan utuh Love story Bila cinta (bila cinta) seribu tahun akan ku tunggu Walau tubuh tertimbun bukit tanganku menggapaimu (menggapaimu) Meremukkan tubuh kita namun cinta kita tetap akan utuh Love story, love story, love story Usai lagu dinyanyikan semua hadirin teruja dan bertepuk tangan. Tiada siapa pernah menduga kemerduan suara gadis tersebut. Kenangan yang begitu indah di hati masing-masing. Sepanjang hidupnya itulah hadiah harijadi yang teristimewa untuk Tengku Farid kerana menyambutnya dengan insan yang dicintai. Tengku Farid tersenyum menerima bungkusan hadiah yang dihulurkan Nisha kepadanya. Habis majlis malam itu dia mengambil keputusan untuk menghantar sendiri Nisha pulang ke rumah. “Apa dalam ni?” “Bukalah” Tengku Farid terus tersenyum melihat baju kemeja yang dihadiahkan Nisha kepadanya. Warna yang sesuai dengan jiwanya. “Nisha tak pernah beli baju lelaki dan tak tahu nak pilih macam mana, harap kanda suka”. “Thanks sayang, cantik, kanda suka” bisiknya perlahan. “Kanda, happy birthday!” Ucapnya lalu mencium pipi lelaki itu sebelum melangkah keluar dari kereta” Tengku Farid terkesima kemudian tersenyum. “Kenapa aku tidak boleh merasa nikmat cinta seperti orang lain, sepanjang memandu balik kediaman bondanya fikiran melayang mengingatkan kata-kata ayahanda saudaranya a.k.a baginda sultan dua hari yang lepas. “Walau sebesar dan sekuat mana cinta anakanda dengan perempuan lain anakanda mesti berkahwin dengan Tengku Puteri Sofya. Ini perintah dan siapa yang melanggar perintah beta bererti menderhaka kepada beta. Anakanda tahu hukum menderhaka bukan?” sebiji bom sudah meletup di kepala Tengku Farid selepas mendengar titah memanda Sultan. Semuanya impian dan harapannya punah. Jeritan dan rintihan hatinya tiada siapa yang mendengarnya. “Anakanda minta sedikit masa lagi sebab anakanda hendak selesaikan masalah peribadi anakanda terlebih dahulu supaya anakanda boleh tenteram sewaktu menjalankan tanggungjawab anakanda nanti” “Ayahanda beri masa 3 bulan kepada anakanda untuk menyelesaikan segala masalah peribadi anakanda itu tapi selepas itu ayahanda tidak akan menerima sebarang alasan dari anakanda lagi” walaupun tempoh cuma ada tiga bulan tapi Tengku Farid tetap bersyukur kerana permintaannya ditunaikan oleh ayahanda saudaranya. “Kenapa aku harus dilahirkan sebagai seorang Putera Mahkota?” Tengku Farid mengeluh, wajah Nisha terbayang di depan matanya. Biarkan kesempatan yang ada selama 3 bulan ini habiskan bersama insan yang aku cintai.Tengku Puteri Sofya adalah permaisuri negeri tapi Puteri Nisha adalah pemaisuri di hatinya dan sampai bila-bila pun hati ini takkan mencintai gadis lain. Bab 45 Qhairul merasa agak bosan duduk di hotel seorang diri petang-petang seperti itu. Alangkah bahagianya jika dia boleh menikmati keindahan kota Cairol waktu itu bersama gadis yang dicintainya. Qhairul terlalu merindui Nisha. Kemanjaan dan kejelitaannya sering terbayang di tubir matanya menyebabkan Qhairul merasa begitu senggara ketika berjauhan dari gadis itu. Petang semalam balik dari pejabat kedutaan Malaysia dia sempat singgah di sebuah gedung kain ternama di Cairo kemudian membeli dua pasang kain sutera untuk buah tangannya buat Nisha. Qhairul mendongak-dongak memandang sekeliling ,kemudian dia membalas senyuman free yang diterimanya dari seseorang yang mungkin pelancong yang datang ke negara itu. “Opps, sorry”, kerana tidak fokus Qhairul terlanggar seseorang. Gadis itu tersenyum, sekali pandang Qhairul tahu gadis itu bukan rakyat tempatan di situ dan wajahnya ada ciri-ciri kemelayuan “Are you Malaysian?”gadis itu terus menegurnya. Qhairul tersenyum kemudian menganggukkan kepalanya. “Saya rasa semalam saya nampak encik di pejabat kedutaan”gadis itu memulakan ceritanya.. “Oh ya ke, cik kerja di sana ke?”tanya Qhairul kembali. “Tak, tapi ayah saya kerja di situ, Syed Mustapha Al Bakrie. Tentu encik kenalkan? ” jawab gadis itu sambil tersenyum. “Oh..jadi cik ni anak Encik Syed Mustapha Al Bakrielah ya” Qhairul memang mengenali Syed Mustapha Al Bakrie, sudah dua kali dia berjumpa lelaki itu yang merupakan pegawai kedutaan Malaysia di Cairo. “Ya, semalam kebetulan saya singgah di pejabat ayah saya, saya nampak encik di sana”, “Nama?” “Oh..terlupa pula Sharifah Adawiyah, encik?” “Qhairul! saya ada urusan yang memerlukan sokongan ayah Cik Sharifah Adawiyah” jelasnya pada gadis itu. Gadis itu kemudian mengajak Qhairul duduk di sebuah bangku panjang di situ. “Dah lama ke cik Sharifah sekeluarga menetap di sini?” Qhairul memulakan lagi bicaranya. “Hampir 5 tahun, sejak ayah saya dilantik sebagai duta Malaysia ke sini” beritahu gadis itu tanpa berselindung”. “Encik dah lama berada di sini?” tanya gadis itu pula. “Dah seminggu tapi hari Rabu minggu depan ni saya akan balik semula ke Malaysia” beritahu Qhairul dengan jujurnya. “Ooo saya gembira setiap kali berjumpa rakyat Malaysia yang datang ke sini, rindu pada tanah air tu terubat juga kalau sesekali berjumpa orang yang senegara dengan kita” Qhairul mengangguk dan tersenyum. “Cik Sharifah masih belajar ke atau dah bekerja?” Dari pandangan mata Qhairul gadis itu berusia dalam lingkungan 25 tahun. “Saya dah tamat belajar di salah sebuah unversiti di sini, sekarang saya belum ada kerja tetap lagi, kadang-kadang saya bantu ayah di pejabatnya” Sharifah Adawiyah tersenyum memandang pada Qhairul, hatinya mula terpaut melihat ketampanan lelaki itu, kacak, bergaya berkulit cerah, berbadan sasa dan tinggi lampai, sekali pandang orang boleh menyangkanya seorang model antarabangsa sesuai dengan hidungnya yang mancung dan rambutnya yang sedikit beralun. “Encik Qhairul datang seorang saja ke?” “Ya,urusan bisnes” jawabnya selamba. “Kenapa tak bawa isteri sekali, dapat juga 2 in 1 yalah kata orang sambil menyelam minum air” tanyanya dengan niat untuk mencungkil status lelaki itu. “I still single but not available” sahut Qhairul sambil tersenyum. “Saya dah boleh agak orang yang kacak macam Encik Qhairul ni mesti dah ada buah hati, tentu orangnya cantik” Adawiyah menyambung kata-katanya lagi, tercalit rasa kecewa mendengar jawapan lelaki itu.. ‘Cantik sangat. Dia bidadariku’bisik Qhairul dalam hatinya. “Beauty is not priority but love sincerity and honesty in my love?” jawab Qhairul dengan senyuman yang masih bersisa di bibirnya. “Saya minta diri dululah Cik Sharifah sebab saya perlu balik ke hotel kerana waktu-waktu begini saya selalu menghubungi seseorang” beritahu Qhairul kemudian bangun dari tempat duduknya. “Tentu seseorang yang penting dan istimewa” Sharifah Adawiyah cuba memancing lelaki itu. Qhairul cuma tersenyum mendengar kata-kata Sharifah Adawiyah kemudian terus berlalu meninggalkan gadis tersebut. Sharifah Adawiyah memiliki seraut wajah bujur sirih dan berkulit sawo matang, berambut ikal paras bahu, walaupun tak secantik dan secomel Nisha tapi Sharifah Adawiyah tidak kurang menarik dan mempunyai kesempurnaan yang boleh memikat hati lelaki. “Tentu kekasih hatinya seorang gadis yang cantik dan hebat sebab lelaki ini nampak begitu setia pada cintanya” Sharifah Adawiyah bermonolog sendiri sambil matanya memerhati susuk tubuh lelaki itu yang semakin hilang dari pandangannya. “Assalammualaikum sayang! , sihat ke?” Hari itu Qhairul menghubungnya menggunakan skype jadi bolehlah dua insan tersebut saling berpandangan. “Sihat, abang?” “Abang tak sihat, abang sakit” Nisha mengerutkan dahinya kemudian tergelak. Setiap menghubungi mesti lelaki itu memberitahu dirinya sakit. “Abang sakit betul ke?”suaranya agak bimbang. “Abang sakit rindu” “Eee..abangni, geramlah Abang selalu buat Nisha risau je” Qhairul tersenyum “Betul sayang risaukan abang?” “Mestilah, abang tak percaya pada Nisha ke?” “Percaya, sayangkan buah hati abang, nyawa abang mestilah abang percaya, sebab apa yang sayang rasa abang pun rasa juga tau” “Bila abag nak balik ni, Nisha sedih tau abang tak da semalam, waktu Nisha nyanyi tu Nisha bayangkan yang Ku Farid tu abang. Abang ada tengok tak dalam web site puterikan”, “Dah, sayang cantik sangat semalam, macam puteri bidadari dari kayangan, Abang Zam ada mms gambar sayang malam tadi pada abang” “Ya ke, Nisha tak boleh dekat dengan abang Zan malam tu sebab mama abang ada” “Eloklah tu, abang harap dia tak kenal siapa sayang” “Tapi Nisha nampak dia berbual dengan bonda” “Jangan risau sebab bondakan sporting. Futsal macam mana, boleh masuk final?” “Hah..ni Nisha nak beritahu abang, team UM Hot Girls masuk finallah, abang jangan lupa janji tau” “Kalau abang lupa?” “So easily, do not look for me again, Nisha tak nak jumpa abang lagi” “Sampai macam tu sekali” “Ya”, jawab Nisha dengan wajah yang serius. “Sayang sanggup ke tak jumpa abang?” “Kalau dah terpaksa”, “Tapi abang yang tak sanggup. Kalau Nisha tak nak jumpa abang lebih baik abang mati, tak ada erti hidup abang di dunia ni tanpa Nisha” “Boleh caya ke abang ni, sanggupkah abang lakukan apa saja untuk Nisha?” “Sanggup sayang, apa yang sayang nak abang lakukan malam ni” Nisha kemudian tersenyum. “Cium Nisha, boleh” Qhairul pula yang tersenyum “Mari dekat abang” Qhairul mendekatkan mulutnya pada skrin. Nisha kemudian berbuat perkara yang serupa. “Muah..”Qhairul membunyikan mulutnya. Nisha kemudian ketawa. “Sayang, I love you forever, abang rindu sangat-sangat ni. Abang ingin nak peluk dan cium sayang sekarang” dengan penuh perasaan Qhairul menyuarakan perasaan cintanya. “Nisha pun sama bang, Nisha nak dekat dengan abang, Nisha nak pegang abang, Nisha rindu ciuman abang” sambil tangannya menyentuh skrin netbook di depannya. “Abang sampai pukul 8 malam Rabu, sayang tunggu abang kat airport ya, bawa kereta abang” Nisha menganggukan kepala sambil tersenyum. Kini Nisha menghitung hari menunggu kepulangan lelaki itu. Qhairul merasakan dirinya sudah tidak sanggup lagi berpisah lebih lama lagi dengan Nisha begitu juga dengan Nisha kasih mereka bagai telah tersimpul mati. Datin Roziah sibuk di dapur membantu Bibik Ramunah menyediakan makan malam. Nisha membancuh air buah-buahan yang dibelinya petang tadi. Hani muncul di dapur kemudian berdiri di sebelah Datin Roziah. “Kenapa ni sayang, Hani nak minum ke?” Datin Roziah membelai rambut anak tirinya itu. “Papa panggil mama, papa pening minta picit kepala” tanpa berselindung gadis itu memberitahu mamanya. Memang sejak semalam Wazir tidak sihat, badannya panas dan kepalanya pening. Malam tadi Roziah sudah membawa suaminya ke klinik. “Amboi manjanya, cepatlah mama kang menangis papa tu pulak” Nisha sempat mengusik kakak angkatnya. “Tunggulah turn Nisha nanti, hari-hari tau abang Qhairul tu minta picit baru padan muka” balas Datin Roziah sambil menjelirkan lidahnya. “Mestilah kan Nisha dan abang Qhairul pasangan romantik” “Ala akak tak jelouse pun, abang Wazir lagi romantik tau” “Ya lah tu, orang dah mabuk asmara katakan.” “”Kakak, Hani nak air buah tu” Tiba-tiba suara Hani membantutkan Nisha mencari idea untuk mengenakan kakak angkatnya itu, Roziah sudahpun berlalu menuju ke tingkat atas. “Hani nak adik lelaki atau perempuan?” “Tentulah adik lelaki sebabkan Hani kan perempuan” “Kalau macam tu cakap dengan mama dan papa suruh buat adik lelaki” “Macam mana nak buat adik tu kak” “Tu kakak tak boleh nak cakap, Hani cakap je dengan papa atau mama” “Nah minum air ni lepas tu Hani cakap dengan mama atau papa” Nisha tergelak dengan kesungguhan wajah Hani. Selepas menghabiskan minumannya Hani terus berlari naik ke tingkat atas. “Siaplah kau orang berdua, ha..ha..ha” Hani terus mengetuk bilik papanya. “Ada apa sayang?”,tegur Datuk Wazir. “Papa ni kenapa, sakit kepala ya, mari Hani tolong mama picitkan kepala papa” “Oh ya ke, baik anak mama ni” “Tapi Hani nak upah lah papa” “Hai, kerja sikit dah minta upah”Roziah tergelak mendengar kata-kata Hani. “Mestilah, bukannya Hani nak minta upah duit” balas Hani lagi. “Kalau tak nak duit, sayang nak apa?”tanya Roziah. “Hani nak adik, adik lelaki” Wazir dan Roziah tergelak. “Mana kita nak beli adik, bukannya adik tu ada jual kat kedai” sahut Wazir sambil membelai rambut anaknya. “Papa dan mama buatlah adik”, Wazir dan Roziah berpandangan kemudian tersenyum. “Siapa suruh sayang cakap macam ni”tanya Roziah pada anak tirinya. “Kakak cantik” “Nisha ni memang nak kenakan aku” rungut Roziah dalam hati. “Jom kita pergi makan, malam nanti papa dan mama buat adik tapi Hani jangan kacau papa dan mama tau”Wazir hampir nak tergelak mendengar kata-katanya sendiri. “Apalah abang ni, cakap macam tu dengan budak-budak” “Dia belum faham lagi tu” balas Wazir. Mereka kemudian berjalan beriringan menuruni tangga menuju ke dapur. Nisha yang sedang memasukan air buah ke dalam 5 biji gelas menjerling kepada Hani. “Akak, malam nanti papa dan mama buat adik tau” Ha..ha..ha.. Nisha tergelak habis, muka Datin Roziah merah padam namun Datuk Wazir tersenyum kambing. Nak buat macam mana memang Hani ni dah excited sangat mahukan adik. Enam atau tujuh September umat Islam akan berpuasa dan sekarang sudah 8 Ogos dan minggu depan bermula cuti semester selama 3 bulan. Perlawanan akhir futsal akan diadakan pada petang khamis hujung minggu tersebut. Nisha teringat rancangan ekspedisi kembara yang dicadangkan oleh Tengku Farid. “Nisha, ni untuk kau, kalau kau sudi dan ada masa datanglah, kakak aku kahwin” “Ala, aku ingat kau yang nak kahwin” sahut Nisha ketika tangannya menyambut kad jemputan kahwin yang dihulurkan oleh Nasha. “Aku lambat lagi, tunggu anak raja pinang aku” semua team UHG tergelak mendengar kata-kata UHG. “Anak raja mana Raja Kapoor ke Raja Gopal?” celah Dewi pulak. Ha..ha..ha..riuh meja kumpulan UHG, sehinggakan semua mata dalam café itu memandang ke arah mereka. “Insyaallah Nasha, kalau plan sahabat aku menjadi aku datang nanti tapi kau kena sedia tempat makan yang special untuk aku dan rombongan aku nanti ya” sambil bergurau dengan Nasha. “Tu sikit hal punya, ayah aku kan tok penghulu” jawab Nasha sambil tersengih. “Hah..kebetulan kalau kau ke Perlis, balik singgah Kedah nanti aku bawa kau pergi dusun buah ayah aku pula, kebetulan buah-buahan kat dusun kami dah mula nak masak sekarang” “Bestnya, aku tak pernah pergi dusun, ayah kau tanam buah apa hah?” “Dusun kami besar, ayah aku tanam durian, rambutan, manggis, langsat pun ada, sekarang semua pokok-pokok kat dusun ayah aku sedang berbuah lebat, semalam ayah cal katanya semua pokok buah kat dusun dah mula masak” jelas Anita lagi. “Ayah kau tak marah ke kalau aku makan buah free nanti” usik Nisha. “Ala.. kau makan satu hari pun buah kat situ belum tentu habis, cuti nanti aku jadi usahawan buah tempatanlah, tapi yang bestnya tak jauh dari dusun ayah aku ada air terjun, aku selalu mandi di situ” Anita terus menambah. “Bestlah macam ni, bila aku sampai Perlis nanti aku cal kau, ok” Nisha bertambah seronok mendengar cerita Anita. Nisha memerhati wajahnya buat kali yang kedua di hadapan cermin. Memang dia akui dirinya memang kurang pandai menggunakan alat-alat solekan. Nasib baiklah tuhan menganugerahi kecantikan semulajadi pada gadis ini. Dengan sapuan sedikit bedak nipis di wajahnya dan glos wangian strawberri di bibirnya Nisha sudah berpuas hati. Untuk menyambut kepulangan Qhairul malam itu dia hendak muncul dengan penampilan ringkas tapi cantik. Skirt labuh berbelah sedikit di bahagian tepi bawah sesekali jika melangkah menampakkan betisnya yang putih melepak. Malam itu Nisha mengayakan pakaian serba merah termasuk kasut dan klip rambut di atas kepalanya. Setelah mencapai tas tangannya, Nisha mencapai kunci Lamborgini yang tersimpan dalam laci meja soleknya. Sebelum melangkah Nisha mencapai cermin mata hitamnya untuk kegunaannya di KLIA nanti. “Hai Nisha, cantik-cantik ni nak pegi mana” Roziah tiba-tiba muncul di depan pintu bilik lalu manegurnya. “KLIA, jemput abang Qhairul” jawabnya sambil tersenyum kepada kakak angkatnya. “Ooh… dia balik malam ni ke?” “Pukul 8, Nisha pergi dululah kak” “Hati-hati bawa kereta tu, jaga diri” Nisha hanya mengangguk lalu terus melangkah. Bab 46 Sharifah Adawiyah berkali-kali memujuk ayahnya, kali ini dia nekad mahu kembali ke Malaysia dan bekerja di negara sendiri. Walaupun berat hati, akhirnya Syed Mustapha Al Bakrie menurut kemahuan anak gadisnya yang terlalu beria-ia dengan niatnya itu. “Sampai di sana nanti, Uncle Syed Norman akan tunggu Awi di airport, Awi akan tinggal di rumah Uncle Syed Norman. Ayah dah bincang dengannya dan Awi boleh kerja di syarikat milik Uncle Norman”. Sharifah Adawiyah menaiki penerbangan yang sama dengan Qhairul cuma Qhairul yang tidak menyedarinya. Sepanjang penerbangan Sharifah Adawiyah yang duduk di bahagian belakang memerhati tingkah laku Qhairul. Shairfah Adawiyah sengaja tidak mahu Qhairul menyedari kewujudannya atau menyapanya kerana dia berazam untuk mengejutkan lelaki itu nanti ketika berada di Kuala Lumpur nanti. Tepat pukul 8, Nisha tiba di KLIA, setelah memakirkan keretanya Nisha terus bergegas ke balai ketibaan. Setelah pramugari mengumunkan ketibaan penerbangan dari Cairo, perasaan Nisha terus melonjak keriangan. Setelah duduk hampir 10 jam dalam pesawat tersebut Qhairul seperti tidak sabar hendak keluar, dia berdiri dan terus membuntuti penumpang yang lain menuju ke tempat menuntut bagasi. Sharifah Adawiyah masih lagi mencuri-curi pandang ke arah lelaki itu. Setelah mencapai bagasinya, Qhairul terus melihat telefon bimbitnya, satu SMS masuk dibacanya membuatnya tersenyum. “Welcome sayangku” Qhairul terus melangkah menuju ke ruang lobi ketibaan. Sharifah Adawiyah mempercepatkan langkah cuba untuk mengejar dan menegur Qhairul tapi agak terlambat bila lelaki itu sudah melangkah keluar dan sedang melambaikan tangannya pada seseorang. “Cik Sharifah Adawiyah” tiba-tiba namanya disebut oleh seseorang. “Selamat kembali ke Malaysia” Syed Norman menegur pangkat anak saudaranya itu. Syed Norman adalah saudara sepupu kepada Syed Mustapha Al-Bakrie Sharifah Adawiyah seperti tidak menghiraukan kemunculan Syed Norman, matanya masih tertumpu pada seseorang. Pemandu Syed Norman terus mendapatkan bagasi Sharifah Adawiyah kemudian membawanya menuju ke sebuah kereta Mercedes Benz berwarna hitam. Qhairul tersenyum memandang ke arah seorang gadis yang turut membalasnya senyuman kakinya bergerak pantas mendapatkan gadis itu. “Hai sayang, dah lama tunggu?” tangannya terus melingkari pinggang gadis tersebut dan mencium dahinya agak lama. Nisha terus memeluk lengan lelaki tersebut. “Nisha pun baru sampai, abang sihat ke?” “Sihat tapi rindu”, tangannya terus menyentuh wajah gadis itu, rasa hendak mencium bibir mungil Nisha ketika itu juga tapi cepat-cepat dia mengawal perasaannya. “Ini Malaysia Rul bukan negara orang putih” hatinya berbisik sendiri. “Jom, kat mana kereta?” Nisha menunjukan arah dengan jarinya tempat kereta dipangkirkan. Sambil menolak bagasinya Qhairul terus memimpin tangan Nisha menuju ke kereta. Setelah menyimpan bagasinya, Qhairul membuka pintu kereta untuk Nisha kemudian sebelum gadis tersebut melangkah masuk dia sempat mencium pipi yang dirindunya sejak berhari-hari yang lalu. Dengan senyuman yang terukir di bibirnya, dia terus memboloskan diri ke dalam kereta dan perlahan-lahan mengerakkan keretanya meninggalkan KLIA. Syed Norman agak lama memerhati gelagat Sharifah Adawiyah. “Awi kenal lelaki tu ke?” “Uncle kenal ke?” “Ya, tengok kereta tu orang dah tahu siapa pemiliknya, CEO PJ Holding, Awi kenal dia ke?” “Kenal gitu-gitu, sewaktu dia pergi ke pejabat kedutaan di Cairo jumpa ayah” sahut Sharifah Adawiyah. “Tentu dia ada urusan bisness di sana?” “Ya, dia sedang uruskan pemilikan hotel 5 bintangnya di sana” “Ikan paling besar di Malaysia tu, bertuahlah kalau dapat” “Dah ada kekasih, tadi tu uncle tak nampak ke perempuan yang cantik yang tunggu dia tadi” “Datuk Qhairul tu kasanova dan playboy, tapi sejak kebelakangan ni terdengar gossip hangat tentang Datuk Qhairul dan Datuk Zamree berebut seorang perempuan dengan Tengku Farid, sampai Tengku Farid buat pernyataan akhbar mengatakan dua orang datuk tu larikan bakal permaisuri dia lepas tu dengan cerita pulak dia orang bertiga tu bergaduh besar di Wisma Permata” Syed Norman sempat menceritakan serba sedikit cerita yang didengarnya tentang lelaki billionaire itu kepada Sharifah Adawiyah. “Oh Datuk Qhairul rupanya. “Datuk Zamree danTengku Farid tu siapa pulak?”Adawiyah seperti ingin tahu. “Datuk Zamree sepupu Datuk Qhairul, timbalan CEO PJ Holding, Tengku Farid pula CEO PH Company dan bakal Putera Mahkota”jawab Syed Norman. “Wow..tentu perempuan tu hebatkan, sampai boleh jadi rebutan 3 lelaki hebat tu” sahut Sharifah Adawiyah agak teruja. “Uncle fikir mungkin perempuan yang kita nampak tadi tu” balas Uncle Norman lagi. Sharifah Adawiyah terdiam. Hatinya mengakui kecantikan gadis yang menyambut kepulangan Datuk Qhairul tadi. Sebagai seorang wanita pun dia mengakui terpesona melihat kecantikan gadis itu walaupun dia berkesempatan melihatnya dari jauh. Kalau dibandingkan dengan dirinya, disolek setebal 10 incipun belum tentu dapat menyaingi gadis itu. Tidak hairanlah jika gadis itu boleh menakluki hati seorang lelaki yang kasanova seperti Datuk Qhairul dan seandaiya benar kata-kata Uncle Syed Norman tentang Datuk Qhairul tadi. Qhairul membelokkan keretanya menuju ke sebuah restoran makanan laut yang exclusive. Setelah memarkir keretanya mereka berjalan berpimpin tangan memasuki restoran tersebut. Ketika melangkah masuk beberapa mata memandang ke arah pasangan tersebut sambil melemparkan senyuman. Untuk privasi Qhairul memilih tempat duduk yang agak terselindung sedikit. Setelah membuat pesanan makanan, mereka berbual dan bergurau senda. Qhairul memandang wajah Nisha tanpa berkelip, gadis itu semakin cantik di matanya. Sejak seminggu yang lalu dia begitu seksa sebab merindui gadis itu tapi sekarang walaupun Nisha sudah berada di depan matanya namun dia masih tetap merinduinya. “Sayang, kalau abang pergi ke mana-mana selepas ni abang tak nak pergi sorang abang nak sayang ikut sekali” Qhairul mengenggam kemas tangan Nisha kemudian meletaknya ke bibir. “Abang, malulah nanti orang nampak” Nisha hendak menarik tangannya tapi Qhairul semakin kuat mengenggamnya. “Let people see, I do not mind because I very love you sayang” Qhairul tersenyum kemudian mencium lagi tangan Nisha berkali-kali. Melihat kemunculan pelayan di meja mereka barulah Qhairul melepaskan tangan gadis tersebut. “Sayang tahu tak selama abang di Cairo abang dapat sejenis penyakit sampai makan dan kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah” “Abang mandi tak pakai air ke?” Nisha tergelak. “Tak, kat sana kan orang mandi pasir” Nisha tergelak tahu Qhairul cuba mengenakannya. “Pandai nak kenakan abang ya” pantas tangan mencubit pipi Nisha. “Jom kita makan, malam ni Nisha suapkan abang ya” “Ni yang buatkan abang semakin sayang ni” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Qhairul. Nasi dan lauk yang ada dalam pinggannya hampir habis disuapkan ke mulut Qhairul. Udang galah yang telah dikupasnya dan disuapnya dengan jarinya ke dalam mulut lelaki itu. Qhairul bertindak nakal mengigit jari Nisha. “Nakallah baby boy ni, nanti baby girl tak nak suap lagi baru pada muka” Qhairul tergelak. “Baby girl tak nak makan ke, asyik suapkan baby boy je” Qhairul makin seronok melayani kekasihnya. “Tengok muka baby boy je baby girl dah kenyang” “Sekarang baby boy suapkan baby girls pulak, nak!” “Tapi baby girls tak nak semua tau, baby girl nak ratah lauk je, tak nak makan nasi” Mahu tak mahu Qhairul terpaksa menghabiskan hampir dua pinggan nasi malam itu sebab Nisha lebih suka makan lauk tanpa nasi. Malam itu Qhairul merasa dia betul-betul berselera dan merasa begitu kenyang. Tambah lagi Nisha yang menyuapkan makanan ke mulutnya. Segelas jus tembikai turut dikongsikan bersama. “Sayang, mama abang pun tak pernah suapkan abang makan macam ni tau” “Masa abang baby pun tak pernah jugak ke?” Qhairul mengelengkan kepalanya. “Semuanya mama serahkan pada pembantu rumah Mak Som sebab tu abang hormat sangat pada Mak Som” nampak kesedihan pada wajahnya. “Walaupun Nisha tak lama hidup dengan ibu, tapi setiap kali makan ibu akan suapkan Nisha tau, sebab tu bila ibu tiada Nisha begitu terasa kehilangannya” “Tentu seronokkan?” “Ya,I tulah yang paling Nisha tak lupa pasal ibu, Nisha akan ingat ibu bila Nisha sakit, bila hari raya, lagi sedih tahun ni Nisha dah tak da kedua-duanya”. “Tapi sekarang sayang kan ada abang?” Nisha menganggukkan kepala, sebuah senyuman terukir di bibirnya. “Abang, Tengku Farid ajak Nisha ikut dia ekspedisi kembara seluruh Semenanjung, dia nak masuk kampung nak bergaul dan rasa hidup seperti rakyat biasa sebelum dia menunaikan tanggungjawab sebagai Putera Mahkota” “Bila tu?” “Minggu depan kot sebab kan minggu depan dah mula cuti semester” “Sayang dah setuju ke nak ikut?” “Belum lagi sebab Nisha nak dengar pendapat abang, tapi Tengku Farid nak ajak abang berdua ikut sekali, katanya pulak last destinasi ke Melaka kat kampung Nisha” “Abang Zam dah tahu ke?” “Rasanya dah lah sebab Nisha pernah nampak dia berbual dengan abang Zam” “Kalau macam tu nanti abang bincang lagi dengan Tengku Farid dan Zam sebab kalau sayang pergi mana boleh abang tak ikut” Nisha tersenyum, memang itulah kata-kata yang ditunggunya keluar dari mulut lelaki itu. “Kalau jadi pergi, Nisha pun nak ajak keluarga Datuk Wazir ikut konvoi sekali, abang cakaplah dengan Datuk Wazir nanti” “Nantilah, masih ada beberapa hari lagi” “Abang tak nak balik ke, takkan kita nak duduk sini sampai esok kot” Nisha menyedari mereka sudahpun lama usai makan. Qhairul menjerling jam tangannya sudah pukul 10.40 malam. Setelah membuat bayaran Qhairul kemudian menghulurkan tangannya mengajak Nisha meninggalkan restoran tersebut. “Esok sayang ada kuliah ke?” “Minggu ni tak da kuliah lagi sebab semua perlawanan akhir setiap permainan bermula minggu ni, abang jangan lupa team Nisha final pukul 3.30 petang Khamis” “Ya, abang tak lupa tu sayang, cuma abang nak bersama sayang malam ni sampai pagi” “Abang jangan buat hal, nanti kita kena tangkap pencegah maksiat macam mana?” “Abang ada tempat yang geranti selamat, jom!” Qhairul memecut keretanya menuju ke Wisma Permata. Qhairul bercakap sesuatu dengan Ramesh jaga yang bertugas menjaga pintu masuk bangunan tersebut dan sebentar kemudian Ramesh meninggalkan tempat jaganya. Qhairul kemudian menghampiri keretanya lalu mengajak Nisha keluar dan terus menuju ke pintu lif. “Guard tadi pergi mana bang? “Abang suruh dia beli minuman”, “Pandai abang ya, selalu ke buat macam ni” Nisha sudah dapat menangkap taktik Qhairul. “Sumpah, ni yang first time” Qhairul mengangkat tangannya. “Boleh caya ke si tambi tu?” Nisha takut kalau tiba-tiba malam itu mereka dicekup oleh pencegah maksiat. “Jangan risau, abang kenal dia, abang dah bagi tip untuk tutup mulut si Ramesh tu” Lif sampai di tingkat 25, suasana sepi kerana tiada seorang manusia pun berada di situ. “Jom kita solat Isya’ sekejap” Nisha menarik tangan Qhairul menuju ke surau. Usai solat, mereka melangkah keluar dari surau kemudian menuju ke bilik CEO. Qhairul kemudian membuka pintu biliknya dan terus menghidupkan lampu. Setelah mengunci pintu biliknya Qhairul menarik Nisha duduk di atas sofa panjang dalam bilik tersebut. “Mama abang tahu tak abang balik malam ni?” Qhairul mengelengkan kepalanya. “Abang memang tak nak dia tahu sebab abang nak bersama sayang sebaik sahaja sampai di sini” “Kejamnya, abang tak kesihankan mama abang ke?” “Abang sayang dia, abang hormat dia cuma abang tak suka dia kawalkan hidup abang, abang tak nak orang lain tentukan hidup abang terutama soal jodoh abang” terbayang kekesalan di wajah Qhairul. “Tapi mungkin pilihan mama abang adalah yang terbaik untuk abang” “Stop, I don’t want to hear”,Qhairul menahan mulut Nisha dengan tangannya. “Tiada gadis lain yang terbaik untuk abang selain dari sayang” Qhairul merapati wajahnya ke wajah Nisha. Kucupan demi kucupan singgah di wajah Nisha bermula di dahi, kening, mata. hidung, pipi dan akhirnya ke bibir. Suasana sepi seketika, dua insan hanyut dalam gelora asmara masing-masing. Qhairul benar-benar melepas rindu asmaranya ketika itu. Nisha tersentak dari hampir jauh hanyut dan tenggelam dalam laut asmara terus merungkai pelukannya dan menolak tubuh Qhairul. “Abang, jangan over sangat Nisha takutlah” Qhairul tersenyum nakal memandang Nisha. “Abang minta maaf, abang terlalu rindu sebab tu hampir tak boleh control tadi” Qhairul merebahkan tubuhnya atas sofa kemudian menarik Nisha dalam pelukannya. Nisha merebah tubuhnya dan meletakkan wajahnya di atas dada bidang lelaki tersebut dan tubuh kecilnya kemas dalam pelukan lelaki itu. Qhairul membelai rambut gadis itu kemudian mencium ubun-ubunnya berkali–kali. Sama-sama melepas rindu yang terkumpul Nisha akhir sama-sama terlena dalam pelukan dan belaian kasih sayang kekasih hatinya. Selepas penggera telefon bimbitnya disetkan ke pukul 6 pagi beberapa saat selepas itu Qhairul juga turut terlena. Nisha tersentak oleh mimpi teratai putihnya yang muncul sekali lagi. Tubuhnya masih erat dalam pelukan Qhairul. Setiap degupan jantung lelaki itu jelas kedengaran. Perasaannya diselubungi ketakutan. Terbayang wajah ibunya yang berpesan padanya supaya mencari dan menanam teratai putih. Tubuh Qhairul terus didakapnya erat. Dia kemudian merasa semakin selamat bila merasakan Qhairul mengemaskan lagi pelukannya. Memandangkan jam baru pukul 3 pagi, Nisha menyambung semula tidurnya. Usai solat subuh, mereka terus meninggalkan bangunan Wisma Permata. Qhairul membawa Nisha ke hotel Permata Inn untuk menikmati minum pagi di restoran hotel tersebut. Di situ mereka sengaja menghabiskan masa yang agak lama sehingga pukul 8.30 pagi sebelum Qhairul menghantar Nisha balik ke banglo Datuk Wazir. Datuk Wazir ke Sabah dua hari yang lepas, Kak Roziah sudah turun mengajar, yang tinggal cuma Hani yang masih tidur dan Bibik Ruminah pembantu rumah itu. “Abang tumpang mandi dan tukar pakaian di sini boleh ya sayang?” “Abang nak balik ke pejabat terus ke?” “Ya, sebab pukul 10.30 nanti abang ada mesyuarat” sebenarnya Qhairul keberatan untuk balik ke rumahnya. “Masuklah, mana baju abang yang nak pakai hari ni nanti Nisha tolong seterikakan” Qhairul kemudian mengambil beg pakaiannya kemudian membawanya naik ke bilik Nisha. “Sorry, jangan terkejut tengok bila Nisha yang bersepah ni” Nisha hanya mengemaskan biliknya setiap hujung minggu dan pada hari-hari lain pakaiannya akan bersepah di sana sini. Nisha cepat-cepat mengutip pakaian yang bertaburan di atas lantai. Qhairul hanya tersenyum melihat gelagat Nisha yang seperti di serbu oleh warden asrama. “Kalau macam ni terpaksalah abang sport cek selalu”. “Abang perli Nisha ya?” Qhairul berpura-pura tidak mendengar kata-kata Nisha, tangannya ligat membuka beg pakaiannya. “Sayang pilih baju abang dalam beg ni, abang nak mandi dulu” Qhairul mencapai tualanya lalu melangkah menuju ke bilik air, selang 10 minit dia muncul semula. “Tu baju abang,”Nisha menunjukan pakaian Qhairul yang tergantung di pintu almarinya. Dia rasa tidak selesa berduaan dan melihat Qhairul yang cuma menggunakan tuala keluar dari bilik mandi, Nisha terus melangkah menuju ke balkoni dan berdiri di situ sehingga lelaki itu selesai berpakaian. Qhairul yang sudah segak berpakaian menghampiri Nisha yang sedang duduk di kerusi dekat balkoni. “Sayang, ni buah tangan abang dari Cairo. Abang tak pandai nak pilih” Dua bidang kain sutera asli yang dibeli di Chairo di hulurnya pada Nisha. Nisha mengamati kain-kain tersebut kemudian dia tersenyum. “Terimakasih bang, cantiknya Nisha suka” sambil membelek-belek bungkus plastik kain sutera asli di tangannya. “Abang dah siap ke?” “Dah, abang nak pergi ni tapi necktie belum pasanglah sayang” Nisha faham dengan gurauan Qhairul, dia lantas mencapai tali leher kemudian memasangkan ke leher lelaki itu.Wajah comel itu ditatapi sepuasnya sambil tangannya melingkari kemas pinggang gadis itu kemudian mencium kening dan pipinya. “I love you sayang” bisiknya ke telinga gadis itu. “I love you too” balas Nisha sambil tersenyum. Sebaik sahaja kereta Qhairul meninggalkan banglo tersebut Nisha berkali-kali menguap lantas dia kembali semula ke bilik dan berniat untuk menyambung semula tidurnya yang sememang belum mencukupi. Puan Sri Datin Hajar begitu marah bila mendapat tahu Qhairul telah kembali dari Cairo tapi tidak kembali ke banglo mereka. Yasmine Hana yang telah mengkhabarkan berita itu cuma duduk terperuk di sofa. “Malam tadi memang Yas nampak Qhairul masuk restoran tu dengan seorang perempuan” maklumat dari pengintip upahannya diberitahunya pada Puan Sri Datin Hajar. “Tapi Zamree kata Nisha sambung belajar di sebuah Universiti di Sarawak” Puan Sri Hajar cuba mengingati kata-kata Zamree. “Tolong selamatkan Qhairullah tu” Yasmine Hana semakin menambah prasangka di hati Puan Sri Datin Hajar. “Kenapa Qhairul tak balik terus ke rumah, di mana Qhairul tidur semalam, kenapa Zamree berbohong?” pelbagai persoalan menerjah fikiran Puan Sri Datin Hajar. Semua pekerja PJ Holding menikus melihat kemunculan mengejut Qhairul pagi itu walaupun agak lewat dari biasa, Zizie tidak menyangka Datuk Qhairul masuk pejabat pagi itu. “Selamat pagi datuk, bila datuk balik dari Cairo?”sapa setiausahanya. “Malam tadi, ada apa-apa surat untuk saya?” sebelun dia berlalu ke biliknya. “Datuk, semalam saya ada terima dua pucuk surat yang dituju khas, satu untuk datuk dan satu lagi untuk Datuk Zamree” beritahu Zizie sambil tangannya menghulurkan sampul surat besar yang bersaiz 25cmx 27cm kepada Datuk Qhairul. Qhairul melontarkan sampul surat tersebut di atas meja bila telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. “Hello mama sihat?” “Mama menang sihat, yang tak sihat Qhairul tu” Qhairul tergelak mendengar kata-kata Puan Sri Datin Hajar. “Kenapa pulak Rul yang tak sihat ma?” “Kalau sihat tentu Qhairul tahu jalan nak balik rumah kita” “Siapa kata Rul tak tahu jalan balik rumah ma?” “Kalau tahu kenapa tak terus balik rumah semalam?” “Rul baru sampai pagi tadi ma” “Jangan nak bohong mamalah Rul, Rul tidur mana semalam?” “Maaf ma, Rul tidur pejabat semalam” “Benci sangat kah Rul pada mama sampai tak nak balik dan tidur kat rumah” “Rul ada kerja sedikit nak buat malam tadi untuk present mesyuarat hari ni” “Jadi bila Rul nak balik?” “Lepas kerja hari ni Rul baliklah ma” “Siapa perempuan dengan Rul semalam?” “Perempuan mana ma?” “Jangan nak bohong lagi dengan mama, mama tahu apa yang Rul buat di belakang mama” “Mana mama dapat cerita ni?” “Banyak mata-mata mama kat luar tu” “Jadi mama pasang spylah untuk ikut Rul” “Itu tak penting, yang mama nak tahu siapa perempuan tu?” “Kekasih Rul, dan bakal isteri Rul mama puas hati” “Mama tak puas hati, bakal isteri rul ialah Yasmine Hana bukan perempuan tu” “Yasmine Hana tak wujud dalam kamus hidup Rul lah mama, tapi kalau mama sayang sangat dengan perempuan tu mama suruh je dia kahwin dengan papa” “Kau jangan nak suruh mama marah Rul, kau tahu hukum anak durhaka”suara Puan Sri Hajar agak meninggi. “Rul tak derhaka pada mama, Rul nak tentukan kebahagian hidup Rul, sama ada mama terima atau tidak dialah bakal isteri Rul nanti. Walau apa cara sekalipun Rul mesti kahwin dengan dia” “Kau memang anak yang tahu mengenang budi, sia-sia mama lahir dan besarkan kamu” “Selama ni pernah tak Rul lawan cakap mama, tapi kali ni please ma, Rul betul-betul tak boleh mama, kalau Rul ikut cakap mama dan merosakkan hidup Rul sama juga kalau Rul mati sekarang ma” “Kau jangan nak ugut mama Rul, kau mesti terima Yasmine Hana sebagai isteri” Talian terus ditamatkan. Qhairul cukup menyumpah dalam hatinya mendengar nama Yasmine Hana. Sampul surat tadi terus dicapainya ketika melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Beberapa keping gambar Tengku Farid dan Zamree bersama Nisha berada dalam sampul surat tersebut. Kesemua gambar tersebut seperti menunjukkan kemesraan pasangan yang sedang bercinta. Ada gambar sewaktu Tengku Farid dan Zamree sedang mencium dahi dan tangan Nisha tapi baginya kemesraan itu memang biasa dilakukan di depannya oleh dua lelaki itu pada Nisha. Gambar itu langsung tidak menyakitkan hatinya cuma persoalannya siapa yang menangkap gambar tersebut dan apa tujuan gambar itu dihantar kepadanya. Qhairul terus memasukkan semula gambar tersebut ke dalam sampul kemudian melangkah ke luar menuju ke bilik Zamree. Zamree pada ketika itu sedang menatap gambar-gambar dalam sampul surat miliknya. Gambar Tengku Farid dan Qhairul bersama Nisha dengan babak-babak kemesraan. “Aku pula dapat gambar kau dan Ku Farid bersama Nisha, jadi apa pendapat kau” Qhairul terus memulakan bicaranya. “Aku rasa ada orang cuba nak lagakan kita” jawab Zamree sambil tangannya mengemas semula gambar-gambar tersebut ke dalam sampul. “Aku cuma nak pastikan siapa yang buat kerjani” “Kalau mama kau macam mana?” “Mungkin tapi aku juga syakkan seseorang” “Tengku Farid tentu dapat terima benda ni juga” Zamree kemudian menekan telefonnya menghubungi Tengku Farid. Tengku Farid turut menerima beberapa keping gambar-gambar kemesraan Nisha bersama Zamree dan Qhairul. “Yes, I pun dapat gambar you berdua bersama Nisha” “What you think above it?” “May be ada orang yang nak lagakan kita” “Kami berdua pun fikir perkara yang sama” “But, I percaya orang ni akan buat benda lain selepas ni kalau first plan dia ni tak mendapat feedback yang diharapkan” “May be”, “Cuma I bimbangkan keselamatan Nisha, takut Nisha jadi mangsanya” “Nanti kami berdua bincangkan hal tu” “Kalau perlu bantuan beritahu I.Keselamatan Nisha tanggungjawab I jugak” “Thanks Ku Farid, jumpa lagi” Talian ditamatkan. Kita terpaksa tunggu dan lihat dulu cuma Nisha perlu tahu pasal ni dan minta dia berhati-hati. “Zam, Team Nisha final petang esok,kau pergi ke?” “Aku tak sanggup tengok Nisha merajuk nanti” Qhairul tergelak. “Kau bila balik?” “Semalam”Zamree menanggukkan kepalanya. “Ada Nisha beritahu tentang kembara jelajah masuk kampung Ku Farid,kau nak ikut tak sebab last destinasi Melaka, sambut birthday Nisha di sana, kita buat di vila tu” “Wajib ikut, aku akan ajak Wazir sekali. Aku pun berminat nak rasa suasana kampung nak rest otak, transport macam mana?” “Ku Farid cadangkan sebuah mpv Alphard dan sebuah pacuan 4 roda, kalau Wazir join, dia boleh guna BMW 6 series dia sendiri”. “Ok lah Zam, aku ada kerja nak buat, jangan lupa ada meeting pukul 10.30 nanti. Bab 47 Walaupun ada perlawanan akhir untuk permainan lain berlangsung minggu itu tapi perlawanan akhir futsal yang merupakan perlawanan penutup untuk sukan antara falkuti menjadi tumpuan utama dan heboh diperkatakan di sana sini di seluruh universiti tersebut. Pihak penganjur perlawanan itu terkejut bila dihubungi oleh seseorang yang identiti tidak mahu dikenali menawarkan sumbangan hadiah untuk perlawanan tersebut di mana wang tunai yang sepatutnya berjumlah RM1500 ditambah menjadi RM6000 beserta tiket percutian pergi dan balik ke Pulau Langkawi dengan penginapan percuma selama 3 hari 2 malam dan naib juara pula mendapat RM3000. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah Tengku Farid bakal Putera Mahkota dimaklumkan akan hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut justeru akan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Ini amat mengejutkan kerana setiap tahun cuma Timbalan Censelor atau ketua dekan yang akan menyampaikan hadiah dan pasti dengan kehadiran Tengku Farid semua warga universiti akan hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut. “Saya rasa semua perkara ini ada kaitan dengan Team UM Hot Girls, cuba lihat borang pendaftaran perlawanan mereka tu, jurulatih mereka pemain profesional negara, pengurus pasukan Datuk Qhairul Azamin dan penasihat Datuk Zamree Azim, Doktor tahu dua orang ni siapa?” Encik Salem ketua unit GERKO selaku ketua pengajur untuk perlawanan tersebut berbincang dengan Dr. Hazlee. “Billionairekan tapi saya tak pernah jumpa mereka ni secara berdepan cuma pernah tengok dalam majalah dan surat khabar, saya rasa dua orang nilah yang sponsor semua benda untuk team UHGni. Tapi macam mana pula dengan Tengku Farid, macam mana dia boleh tercium perlawanan ni dan sanggup hadir sebagai tetamu terhormat, terpaksa pulak kita sediakan protocol khas untuk menyambut kedatangannya, nampaknya tahun ni kita kena kerja lebih sikit pasal benda ni semua” Keluh Dr. Hazlee di akhir bicaranya. “Kau rasa dua orang datuk tu datang tak malam ni, Ingin jugak rasanya aku nak bersalam dengan tokoh-tokoh korporat terkenal macam tu” Dr. Hazlee tersenyum sendiri. “Rasa ada kot sebab ni kan perlawanan final”balas Encik Salem. “Pasal hadiah tu kita kena terimalah sebab dua team yang masuk final tu dah tahu apa hadiah yang bakal mereka menangi” jelas Encik Salem lagi. Perlawanan petang itu bermula jam 3.30, tapi pada pukul 3 sudah tiba satu bas yang membawa penyokong team UHG yang terdiri dari budak-budak perempuan sekolah menengah yang lengkap menyarungkan baju T berwarna merah yang bertulis team UHG. Kemunculan penyokong-penyokong tersebut adalah atas kerjasama Datin Roziah yang mengambil pelajar-pelajar sekolahnya atas permintaan Datuk Qhairul dan Datuk Zamree. Semua penonton yang berada di stadium mini Universiti agak terkejut dengan kemunculan pelajar-pelajar sekolah yang seragam dengan baju T UHG. Suasana perlawanan kali itu seperti mirip seperti perlawanan peringkat kebangsaan yang tidak disangka diaturkan semeriah itu oleh Datuk Qhairul dan Datuk Zamree untuk kebahagian dan mengembirakan Nisha. Untuk perlawanan akhir itu team UHG akan menyarung jersi merah mereka, semua penyokong UHG diminta menyarungkan pakaian merah. Datin Roziah dan Hani yang turut menyarungkan baju jersi merah UHG mengiringi bas yang membawa pelajar sekolah tadi turut memasuki stadium mini tersebut untuk mengawal pelajar-pelajarnya. Nisha yang berada di bilik persalinan bersama-sama team UHG tersenyum melihat kemunculan Datuk Qhairul dan Datuk Zamree. Kedua-dua lelaki itu turut menyarungkan jersi UHG merah. Nisha tersenyum memandang dua lelaki itu. “Thanks bang, sebab sanggup datang dan berkorban pakai baju ni” katanya lalu membawa kedua lelaki tersebut menghampiri team UHG yang lain. Semua ahli pasukan UHG berpandangan dan tersenyum sesama sendiri. “Biar betul Nisha, siapa lelaki handsem giler dua orang tu, smart semacam je bila pakai jersi UHG?” Anita terus menarik lengan Nisha lalu berbisik ke telinganya. “Aku nak kenal kat kau orang semualah ni” Nisha menghampiri semula Qhairul dan Zamree yang sedang berdiri sambil tersenyum memandang ahli team UHG. “Tak sangka pulak sayang ada kawan yang comel-comel macam ni” Zamree bersuara. “Bang, ni Nisha perkenalkan Nasha, Malina,Anita, Dewi dan ni Shani” “Ni abang-abang kesayangan Nisha perkenalkan ni Datuk Qhairul Azamin dan ni Datuk Zamree Azim” Nisha memperkenalkan kedua lelaki itu kepada kawan-kawannya. “Mereka berdua nilah yang sponsor semua benda untuk team kita, sebab tu Nisha lantik Datuk Qhairul sebagai Pengurus pasukan dan Datuk Zamree penasihat utama” sambung Nisha lagi. “Nice meet you all, moga you all menanglah perlawanan final ni dah bawa pulang hadiah yang lumayan tu” “Yes,We try all the best” sahut semua ahli team UHG dengan bersemangat. “Mana Encik Sapri?”tanya Qhairul pada Nisha. “Tu, dari toilet kot” Qharul tersenyum melihat kemunculan Encik Sapri jurulatih team UHG. Encik Sapri kemudian bersalaman dengan Qhairul dan Zamree. “Ok girls kita boleh keluar sekarang, permainan dah nak mula, lawan dah tunggu tu” arah Encik Sapri kepada anak buahnya. “Macam mana Sap, boleh ke dia orang ni?” tanya Qhairul. Encik Sapri tersenyum. “Tengok gaya dia orang ni boleh wakil negeri lah bro” sahut Sapri sambil tersenyum. Team UHG melangkah keluar dari bilik persalinan di ikuti oleh tiga lelaki tersebut. Suasana stadium mula gamat dengan sorak penyokong team UHG sebaik sahaja pasukan UHG melangkah keluar. “Cewah, macam World Cup lah pulak” kata Nisha kepada kawan-kawannya, Semua mereka tergelak. Lima pemain mengambil tempat di padang sementara Shani sebagai permain simpanan mengambil tempat duduk di tepi padang tempat khas untuk team UHG bersama 3 lelaki tersebut. Nama Nisha jelas kedengaran dilaungkan oleh siswa lelaki yang turut menyaksikan perlawanan itu. Tercarik juga hati Qhairul dan Zamree bila mendapat tahu gadis itu mempunyai begitu ramai peminat. Tengku Farid yang sudah berada di atas pentas utama bersama timbalan Canselor dan pensyarah-pensyarah lain ketika itu. Dia mengangkat tangannya pada Qhairul dan Zamree. “Tengku, tu kan Datuk Qhairul dan Datuk Zamree, kenapa mereka ada di situ” kata naib Canselor yang turut mengenali dua orang lelaki itu. “Salah seorang permain tu adik angkat Datuk Zamree jadi dia orang nak bagi surportlah tu” “Yang mana satu?” Tanya naib Canselor lagi. “Team leader pasukan merah, yang I minta you support seorang pelajar lepasan SPM untuk degree hari tu” naib canselor menganggukkan kepala mendengar jawapan Tengku Farid. “Tapi apa kaitan budak tu dengan Tengku?” Naib Canselor melanjutkan soalannya. “Anak angkat bonda I” Naib Canselor terus diam kerana baru faham kenapa Tengku Farid tiba-tiba menghubunginya dan menyatakan hasratnya untuk menyaksikan perlawanan akhir futsal pada hari itu. “Doktor, tolong jemput dua orang datuk tu naik dan duduk bersama kita di atas ni” Naib Canselor memberitahu Doktor Hazlee supaya memanggil kedua datuk tersebut. Seperti yang diarahkan Doktor Hazlee menemui kedua lelaki itu tapi Qhairul dan Zamree menolak dengan alasan tertentu. Akhirnya Doktor Hazlee akur dan segera kembali ke tempat duduknya selepas menjelaskan kepada Naib Canselor. Akhir perlawanan berpihak kepada pasukan UHG. Dengan kemenangan 6 berbalas 1 pasukan UHG akhirnya berjaya menjulang piala pusingan beserta hadiah-hadiah yang ditawarkan. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid turut berkongsi kegembiraan dengan Nisha serta pasukannya. Selepas menyampaikan hadiah, Tengku Farid minta diri untuk turun dari pentas untuk menemui Qhairul dan Zamree. Agak terkejut juga kakitangan dan pensyarah-pensyarah universiti dengan tindakan Tengku Farid. Diiringi oleh empat orang pengawal peribadinya, Tengku Farid menghampiri pasukan UHG yang masih seronok dengan hadiah kemenangan mereka. Nisha yang sesekali tergelak dan ketawa memanjang ketika bercerita sesuatu pada Qhairul dan Zamree terkejut dengan kemunculan Tengku Farid. Tengku Farid terus menghampiri Nisha dan berdiri di sebelah gadis itu. “Thanks kanda sebab datang juga tengok final ni” tegur Nisha sewaktu Tengku Farid berada di sebelahnya. Tengku Farid tersenyum kemudian berkata sesuatu. “Ok petang ni kita selebrate kemenangannya ni, ajak semua kawan-kawan dinda pergi KFC petang ni, kanda dah book restoran tu untuk you all semua”, ‘Horey!!! Semua pasukan UHG bersorak keriangan sekali lagi. Semua pensyarah-pensyarah yang ada di atas pentas agak kehairanan. “Kak Rozi, tolong beritahu driver bas tu supaya bawa semua pelajar sekolah tu singgah KFC, kami orang tunggu di sana” beritahu Qhairul pula. “Ok 3 orang ikut Nisha, 3 orang tumpang Datin Roziah” Nisha memberitahu teman-temannya. Suasana kegembiraan bersambung lagi di restoran KFC, Nisha dan rakan-rakan masih lagi tergelak bila mengingatkan part-part lucu sepanjang permainan futsal yang mereka menangi tadi. “Kenapa lepaskan satu gol tadi” Encik Sapri masih kecewa dengan satu gol yang dijaringkan oleh pasukan lawan. “Saya tak terfikir bola tu boleh masuk” sahut Nasha yang merasakan kecuaian dirinya ketika itu. “Tak palah Encik Sap, kesihan jugak dengan team PG tu, kan dia orang tu juara bertahan, kalau kalah 6-0 kan malu” sahut Dewi pulak. “Sesiapa minat nak jadi pemain kebangsaan saya boleh tolong rekomenkan” sambung Encik Sapri lagi. Semua ahli team UHG tergelak mendengar tawaran Encik Sapri. Tengku Farid, Datuk Qhairul dan Datuk Zamree sedang berbual sambil menikmati ayam goreng KFC di sebuah meja yang tidak jauh dari situ masih khusyuk berbual seperti ada ada sesuatu yang tengah hangat dibincangkan. Nisha, Kak Rozi dan Hani serta semua team UHG dan kelab penyokongnya terus seronok menikmati ayam goreng masing-masing. “Seronok betul budak-budak tu sebab dapat makan KFC free hari ni” Datin Roziah tiba-tiba bersuara. “Siapa yang sponsor baju dia orang tu kak?”tanya Nisha. “Dia orang berdua tulah, sengaja nak suprisekan Nisha” jawab Datin Roziah sambil tersenyum. “Nisha, yang mana boy friend kau, beritahulah kami orang semua” “Kau orang tekalah sendiri” sahut Nisha lalu tersenyum. “Tak bolehlah Nisha sebab kau layan dia orang bertiga tu sama je” “Ketiga-tiga tulah boy friend aku”, “Kau pasang tiga sekali?” mata Nasha mencerlung memandang Nisha. “Kau nak jadi wanita pertama dalam dunia ni yang ada 3 suami ke?”tanya Dewi pulak. “Ada aku cakap suami, aku cakap boy friendlah, apalah kau ni Dewi” sahut Nisha tergelak dengan kata-kata Dewi. “Ketiga-tiga tu lelaki hebat pasti kau dah set mana-mana satu mengikut keutamaannya” Anita membuat andaiannya. Biarlah rahsia, seperti ungkapan lagu Siti Nurhaliza, Biarlah aku hidup dalam cinta ketiga-tiga cinta lelaki ini, kerana itu yang membahagia kami ketika ini, dan aku percaya tuhan maha mengetahui perjalanan hidup setiap insan dan aku akan redha dengan setiap ketentuannya, Nisha hanya tersenyum, hanya dirinya yang mendengar bisikan hatinya di kala itu. Selepas kemenangan bergaya dan berjaya menjulangi piala pusingan futsal tahun itu, Nisha seperti siswa dan siswi yang lain hadir ke kampus untuk hari terakhir sebelum bermulanya cuti semester. “Nisha, Timbalan Canselor nak jumpa kau sekarang” Noraisha dari falkuti yang sama muncul dan memberitahu sesuatu ketika Team UHG sedang berkumpul di sebuah meja di café. “Apa hal pulak?”tanya Nisha agak terkejut Noraisha hanya mengangkat kedua belah bahunya. Di pejabat Timbalan Canselor sedang menungu dua tiga orang ketua unit pentadbiran yang seperti ketua Falkuti undang-undang Doktor Firdaus, Dekan Prof. Yassin dan bahagian hal ehwal siswi Puan Nor Ain. Timbalan Canselor yang sememangnya sudah tahu dan faham kedudukan Nisha setelah diceritakan oleh Tengku Farid hanya menjalankan kewajiban setelah didesak oleh orang bawahannya. Dia juga berminat untuk mendengar pengakuan dari gadis itu sendiri. Jantung Nisha berdebar kencang ketika berhadapan dengan semua orang penting universiti tersebut. Sebelum melangkah masuk tadi beberapa potong ayat telah dibacanya bagi menghilang rasa gementarnya. Semua mata tertumpu pada gadis cantik itu yang begitu manis memakai baju kurung sutera bewarna biru laut. Puan Nor Ain meneliti gadis itu dari atas hingga ke bawah. Dari kasut Jimmy Choo dan kemudian beralih ke beg Gucci yang digalasnya ke bahu. Bagi wanita yang mengenali dan biasa dengan jenama dunia baginya sepersalinan pada tubuh gadis itu bernilai lebih RM10K. Ini belum termasuk jam tangannya yang bernilai ratusan ribu ringgit itu dan set barang kemas ditubuhnya seperti rantai, gelang dan cincin. “Sila duduk Cik Qhairunnisha”. Doktor Firdaus mula bersuara. Nisha kemudian mengambil tempat duduk di sebelah Puan Nor Ain. Setelah gadis itu mengambil tempat duduk, timbalan dekan mula bersuara. “Sebenar tujuan kami memanggil Cik Qhairunnisha ke mari adalah disebabkan pihak kami ingin mengetahui siapakah sebenarnya Cik Qhairunnisha?” “Saya Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan, dan saya rasa malumat peribadi saya tentu pihak universiti ada menyimpannya” jawab Nisha agak gementar. “Bukan itu yang kami maksud, sebenarnya perhubungan Nisha dengan orang-orang terkenal semalam tu termasuk Tengku Farid” Nisha terdiam seketika kemudian setelah berfikir akhirnya dia terpaksa juga mendedahkan sebahagian dari rahsianya. “Sebenarnya saya anak angkat kepada Puan Engku Faridah, bonda kepada Tengku Farid dan Tengku Farid adalah abang angkat dan sahabat baik saya. Saya juga adik angkat kepada Datuk Zamree dan Datuk Qhairul adalah majikan di syarikat pernah saya bekerja sebelum menyambung pengajian di sini” Semua yang ada di situ terdiam mendengar pengakuan Nisha. “Sekarang Cik Qhairunnisha tinggal di mana?” “Saya tinggal di banglo Datuk Wazir Harris kerana isterinya adalah kakak angkat saya” “Rupa Cik Qhairunnisha ni tinggal dalam lombong emas” kata Puan Nor Ain. “Puan jangan salah anggap, sebenarnya sebelum ini saya bekerja di PJ Holding, PA kepada Datuk Qhairul. Saya mendapat biasiswa untuk program Permata dan segala kos pengajian di tanggung sepenuhnya oleh PJ Holding, dan saya juga ada pekerjaan sendiri” “Maksud Cik Qhairunnisha” “Sebelum masuk U, saya telah mengikat kontrak dengan Syarikat PMC sebagai model tetap untuk SPA Puteri dan duta untuk rangkaian kosmetik ‘PUTERI’dan sekarang saya juga adalah model sambilan untuk B&AP Puteri, melalui pekerjaan ini saya mendapat menjana pendapatan antara RM10K ke RM30K sebulan”. Semua yang berada di bilik tersebut terkesima sekejap mendengar penjelasan Nisha. Di tengah suasana yang mula bisu itu, Timbalan Canselor pula kemudian bersuara “”Terimakasihlah Cik Qhairunnisha kerana telah menceritakan segalanya. Tujuan pihak kami memanggil Cik Qhairunnisha adalah hendak mendengar sendiri pengakuan dari mulut cik sendiri. Pihak universiti amat berbangga memiliki seorang siswi yang memiliki segalanya seperti Cik Qhairunnisha ni”. “Sebelum lebih banyak perkara yang akan dipersoalkan nanti lebih baik aku cabut awal”bisik Nisha dalam hatinya. “Boleh saya minta diri, prof?”Nisha memandang wajah timbalan Canselor. “Baiklah awak boleh pergi sekarang, kalau ada apa-apa hal nanti kami akan panggil awak semula.Nisha berlalu meninggalkan bilik Timbalan Censelor itu dengan perasaan yang amat lega. “Tak hairanlah kalau apa yang dia pakai mengalahkan seorang puteri raja” ujar Puan Nor Ain sambil memandang wajah-wajah lelaki di depannya. “Kalau dua orang billionaire tu abang angkat dia,bererti semua benda dalam dunia ni dia boleh beli”tambah Dr.Hazlee sambil menggelengkan kepalanya. “Tengku Farid dan cerita pada I, I cuma nak puas hati you all saja, budak tu memang special dan I percaya lepas ni dia akan buat lebih kejutan lagi” tambah Timbalan Canselor lagi. Semua yang berada dalam bilik itu akur dengan penjelasan Timbalan Canselor. Bab 48 Dua buah kereta Mercedes MPV disediakan untuk rombongan Tengku Farid yang akan membuat ekspedisi jelajah Semenanjung yang bermula hari itu. Salah sebuah kereta tersebut yang akan dipandu oleh dua orang pengawal peribadinya cuma digunakan untuk meletak beg pakaian dan peralatan lain sementara semua ahli rombongan seramai 4 orang akan berada dalam dalam satu kereta lagi yang akan dipandu oleh dua orang lagi pengawal peribadi Tengku Farid. Datuk Wazir dan keluarganya yang turut menyertai rombongan ekspedisi tersebut akan menggunakan sebuah BMW 6 series yang dipandu oleh Abang Razak driver peribadinya. Perjalanan mereka bermula ke utara melalui lebuh raya PLUS dan negeri pertama yang menjadi pilihan ialah Perlis.Tengku Farid memberi mandad kepada Nisha untuk memilih destinasi perjalanan mereka. Memandang semua teman-teman dari negeri-negeri yang berlainan jadi Nisha memilih kampung kawan-kawannya menjadi destinasi mereka. “Kita pilih kampung kawan-kawan Nishalah supaya senang bergerak kat sana nanti” “Good idea, semua mereka dari negeri yang berlainankan”tanya Tengku Farid pulak. “Ya, jadi kita ke Perlis dululah, tapi Nisha nak beritahu awalni kat sana nanti kita kena hadir ke kenduri kahwin kakak Nasha, dia jemput kita semua, ayah dia pun Tuk Penghulu kampung tu” “Lagi best, tak pernah rasa makan kenduri masakan kampung” jawab Qhairul sambil tersenyum pada Nisha. Tengku Farid duduk di kerusi tengah bersama Zamree sementara Nisha duduk bersama Qhairul di kerusi belakang. Sepanjang perjalanan lebih 6 jam masing-masing melayan perasaan sendiri. Nisha yang pada mulanya berkongsi mendengar MP3 dengan Qhairul akhir turut terlena di bahu lelaki itu. Tengku Farid dan Zamree sudah lama berada di alam mimpi masing-masing. Rombongan konvoi singah sekali sahaja di salah satu R&R dan akhirnya mereka tiba di Bandar Kangar ibu negeri Perlis Indera Kayangan. Setelah roda-roda di negeri yang terkecil di Malaysia itu, mereka berpeluang melihat tempat-tempat menarik di negeri tersebut. “Hello Perempuan, aku dah sampai Perlis ni, kampung kau jauh ke?” Nisha menghubungi Nasha, “Apalah kepala otak kau ni, kau bacalah alamat dekat kat jemputan tu, Perlis ni bukan besar sangat” Nisha tergelak mendengar jawapan Nasha. “Ok, kepala otak aku memang macam tu kadang-kadang short sikit, bye, kau tunggu kami orang sampai” “Eh Nisha, kau datang dengan sapa, berapa orang senang aku prepare tempat” “Tunggu sekejap, aku hitung” Tengku Farid tersenyum melihat gelagat Nisha. “12 orang” “Oh yoo.., kau bawa rombongan meminang aku ke?” “Banyaklah kau rombongan meminang, kau tu bersunat pun belum dah gatal nak belaki” Qhairul memicit hidung Nisha mendengar ayat yang keluar dari mulut gadis itu. “Kacaulah abang ni” “Bila pulak aku jadi abang kau ni” “Aku bukan cakap dengan kau lah perempuan” “Kau belum jawab soalan aku, kau datang dengan siapa? “Ok kau dengar ya seorang putera raja, dengan 5 hulubalang diraja, datuk bendahara, datuk laksamana, dan datuk temenggung ikut sekali, seorang dayang besar, seorang dayang kecik dan seorang tuan puteri” Tengku Farid tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Nakal betullah budak ni” Qhairul terus mencubit pipi Nisha. “Sakitlah” Nisha menepis tangan Qhairul lagi. “Kau biar betul Nisha” Betul, kami on the way ni, jangan lupa sediakan makanan yang sedap-sedap tau” “Ok bye” “Kenapa abang suka kacau Nisha tadi” “Yang Nisha merapu macam-macam tu apa benda” “Saje, nak kacau si Nasha tu” Nasha berlari mendapat ayahnya yang sedang sibuk berbual dengan penduduk kampung yang membantunya untuk menyambut majlis perkahwinan anaknya. Kampung mereka masih mengekal amalan tradisi bergotong royong sewaktu menguruskan sesuatu majlis. Petang nanti majlis akad nikah akan berlangsung di rumah tersebut dan majlis persandingan akan diadakan esok. “Ayah kawan Nasha dari KL nak sampai” beritahu Nasha tercungap-cungap kelelahan. “Kalau datang baguslah, ajak di orang tidur rumah kita malam ni” jawab Haji Jamil ayah Nasha. “Tapi ayah dia orang tu bukan orang biasa” “Kenapa pulak bukan orang biasa, mereka tu zombi ke?” “Apalah ayah ni, adakah zombi pulak” Rosli dan Samad yang ada di situ tergelak mendengar kata-kata Haji Jamil. “Seorang daripada mereka Putera raja, 3 orang datuk, seorang mak datin dan anaknya, seorang puteri raja dan 4 orang lagi pengawal peribadi putera raja tu” jelas Nasha panjang lebar. “Kau ni biar betul Nasha, bila kau berkawan dengan orang-orang besar macam ni?” “Bukan kawan Nashalah ayah, puteri raja sorang tu je kawan Nasha, kita nak buat apa ni ayah, dia orang dah nak sampai tu” “Buat apa lagi, kita tunggu ajelah, suruh dia orang naik rumah kita, orang kampung ramai tu untuk sambut dia orang” Nasha menggaru kepalanya yang tidak gatal bila mendengar jawapan bersahaja Haji Jamil. “Eh, Busu aku nak naik dulu tukar baju, kang datang rombongan kawan Si Nasha tu cium baju aku bau daging lembu ni pengsan pulak orang KL tu” Busu tersenyum mendengar kata-kata Haji Jamil. Lebih kurang 15 minit selepas tu kelihatan 3 buah kereta mewah pacuan 4 roda menghampiri halaman rumah Nasha. Ramai penduduk kampung tertanya-tanya tentang kemunculan kereta-kereta mewah tersebut. Haji Jamil yang segak berbaju melayu mengajak beberapa kawan-kawan sebayanya untuk menyambut kedatangan tetamu tersebut. “Kereta siapa tu Nasha, rombongan pengantin lelaki ke?”tanya mak saudara Nasha. “Kawan Nasha dari KL Mak Teh” Setelah kereta diparkir berdekatan, seorang demi seorang penumpang yang ada dalam kereta tersebut keluar. “Nisha! Sampai jugak kau ke kampung aku” Nasha menerpa Nisha lalu memeluk sahabatnya. “Nisha, ni ayah aku Haji Jamil Tok Penghulu Kampung ni, tu mak aku Hajah Ramlah” Nasha memperkenalkan orang tuanya pada Nisha. “Assalammualaikum Pakcik, makcik. Ni saya perkenalkan kawan-kawan saya Tengku Farid, Datuk Qhairul, Datuk Zamree, Datuk Wazir, Datin Roziah, anak datin Camalia Hani dan 4 orang ni orang-orang Tengku Farid dan ni driver Datuk Wazir” Nisha memperkenalkan semuanya. “Ohh..semua orang-orang besar ni segan pulak rasanya, jemputlah naik ke rumah kami yang buruk tu” Haji Jamil agak segan ketika berbasa-basi dan bersalaman dengan tetamu-tetamunya. Kehadiran tetamu-tetamu tersebut terus menjadi perhatian dan bualan penduduk kampung. Qhairul mula merakam suasana di persekitaran rumah Nasha dengan handycam di tangannya. Sesekali dia menumpukan lensa ke arah Nisha yang menjadi wartawan pengacara untuk ekspedisi Tengku Farid kali itu. “Kanda, macam nilah suasana kampung bila nak mengadakan majlis kenduri” “Dia orang ramai-ramai tu buat apa?” tanya Tengku Farid pada Nisha. “Bergotong-royong buat persiapan untuk majlis akad nikah petang nanti” jawab Nisha. Si kecil Hani sibuk mengambil gambar dengan kameranya sehinggakan gambar kucing kampung yang duduk atas tangga pun ditangkapnya. “Maaflah Tengku, datuk-datuk kat kampung kita orang kalau ada majlis kena duduk dan makan atas lantai” beritahu Haji Jamil yang turut mempersilakan tetamunya duduk di ruang tamu. “Tak pa lah pakcik, kami memang ingin merasa suasana kampung sebab tulah kami pergi dari kampung ke kampung dalam setiap negeri nanti” jelas Tengku Farid kemudian duduk di atas tikar permaidani di hadapan pelamin. Qhairul menarik Nisha duduk di sebelahnya dan bersebelahan di antaranya dengan Tengku Farid. Zamree pula melabuhkan punggungnya di sebelah Qhairul. Datuk Wazir duduk di sebelah isterinya, Hani berlari anak mendapatkan papa dan mamanya lalu duduk di sebelah Datin Roziah. “Sayang tangkap gambar apa” tanya Datin Roziah “Gambar kucing, ayam, pokok, gambar kepala lembu pun ada, mama tengok ni” Datin Roziah tergelak melihat gambar kepala lembu yang ditangkap oleh Hani. Beberapa orang anak buah Haji Jamil menghidangkan beberapa jenis kuih muih kampung dan minuman di hadapan tetamu tersebut. Qhairul menunjukkan rakaman video yang dirakamnya sepanjang perjalanan hingga sampai di rumah tersebut kepada Nisha. Qhairul sempat merakam episod ketika Nisha sedang tidur. “Lihat Zam, tak sedar air liurnya meleleh” Zamree tergelak melihat rakaman yang ditunjukkan oleh Qhairul. “Abang jangan percaya abang Qhairul tipu tu. Bila masa ada air liur meleleh. Buat malulah abang ni” merah padam muka Nisha sewaktu handycam itu bertukar tangan kepada Tengku Farid. Nisha cuba merampasnya dari tangan Tengku Farid tapi tidak berjaya. “Tunggulah giliran abang lepas ni, ada ubat ada gelas, ada buat ada balas” Qhairul tergelak mendengar pantun Nisha. “Pandailah lawyer kita ni berpantun” celah Tengku Farid sambil ketawa. “Jemputlah minum dan makan kuih tu Nisha, tengku, datuk, datin” Haji Jamil muncul sambil membawa sepinggan nasi pulut bersambal. Agak kekok semua tetamu yang ada di situ untuk duduk menikmati minuman dan kuih muih yang terhidang, kecuali Nisha. Dia sesekali ketawa melihat aksi Tengku Farid yang duduk dengan pelbagai gaya sehingga terpacul ayat dari mulut Nisha menegurnya. “Teruklah kanda ni, tak pandai bersila ke, tengok macam Nisha ni” Tengku Farid tersengih mendengar teguran Nisha. “Ni sorang, macam kucing berak rambut. Abang kenapa duduk macam orang nak lumba lari ni?” Roziah tergelak mendengar teguran Nisha pada Tengku Farid dan Qhairul. “Ni cara duduk seorang pendekarlah, sayang mana tahu” jawab Qhairul sambil tersenyum. “Banyaklah abang punya pendekar, pandai silat ke?”usik Nisha pula kemudian tergelak.. “Silat tak pandai tapi tekwando pandai” “Duduklah cara tekwando cik abang sayang oi, tekwondo kan duduk bersila” Nisha tergelak lagi. “Cantik kawan kau tu Nasha” Hajah Ramlah berbisik pada anaknya. “Memang cantik mak, satu universiti minat kat dia” jawab Nasha pada emaknya. “Putera raja dan datuk-datuk tu masih bujang ke Nasha” “Ya mak, tiga-tiga tu abang angkat Nisha” “Eh,..ajaklah dia orang tidur sini malam ni” “Tengoklah nanti mak, Nasha takut dia orang tak selesa, dia orang semua orang kaya” Nasha kemudian ke ruang tamu menemui Nisha. “Nisha, aku nak cakap dengan kau sekejap” Nisha bangun dari tempat duduk kemudian melangkah mengikut Nasha ke bilik. “Kau orang tidur mana malam ni, sebab mak aku jak tidur sini, boleh ke dia orang tu tidur sini?” Nasha membuat muka susahnya. “Entah, dia orang tu semua mana pernah hidup susah, nantilah aku bincang dulu lepas tu aku beritahu kau” jawab Nisha, kemudian dia kembali semula ke tempat duduknya. Rombongan pengantin lelaki mula sampai, ada yang duduk di ruang tamu. “Majlis kami berlangsung lepas asar semua tetamu dijemput sembahyang asar berjemaah bersama pengantin lelaki di masjid” Beritahu Haji Jamil kepada rombongan Nisha. “Masjid jauh tak Tuan Haji’ Tanya Datuk Wazir. “Dekat je tu” Haji Jamil menunjukkan masjid yang dimaksudkan, cuma 50 meter dari rumah tersebut. “Kita pun belum solat Zohor, kita jamak sekali dalam waktu asar, kau jadi imam kita Zir” beritahu Zamree pada Wazir. Semua ahli rombongan tersebut melangkah meninggalkan ruang tamu menuju ke masjid yang dimaksudkan. Selepas majlis akad nikah petang itu, semua tetamu dijemput menikmati makanan di khemah yang disediakan. “Boleh ke Tengku dan datuk-datuk makan masakan kampung macam ni?”tanya Haji Jamil “Memang tujuan kami nak rasa makan kampung Tuah Haji” Haji Jamil tersenyum mendengar jawapan Tengku Farid. “Tidur sinilah malam ni Tengku, datuk kalau tak selesa di rumah, orang lelaki boleh tidur di masjid nanti saya hantar bantal dan tilamnya” pujuk Haji Jamil. “Macam mana Ku Farid, tidur sini ke atau kat hotel” tanya Qhairul pada Tengku Farid. “Kita tidur sini, masjid pun dekat dan selesa untuk tidur” ikut keputusan muktamad Tengku Farid akhir mereka mengambil keputusan untuk bermalam di situ. “Kalau macam tu dapat kita ronda-ronda kampung malam ni” Wazir mencelah. “Oh ya, kat kampung ni dia orang belajar silat, boleh tengok di orang bersilat malam ni” Haji Jamil bersuara lagi. Mendengar perkataan silat, Nisha teringat pada dirinya. Kecuali Cikgu Roziah tiada siapa tahu dia pernah menjuarai pertandingan seni silat gayung fatani dan helang putih ketagori bawah 18 tahun perempuan untuk acara individu dan tempur peringkat negeri Melaka. Dia berguru seni silat sejak berumur 5 tahun lagi dengan arwah Tok Musa guru silat terkenal di Melaka yang berasal dari kampungnya. Arwah Tok Musa adalah saudara kepada Haji Suib. Nisha selalu curi-curi menjadi penonton latihan silat di kampungnya sejak umurnya 4 tahun lagi. Menyedari kemunculan anak tersebut hampir setiap malam, Tok Musa kemudian mengambilnya sebagai anak murid yang termuda sehingga Nisha berumur 16 tahun ketika Tok Musa meninggal dunia. Perguruan seni silat tersebut kemudian di perturunkan kepada anak lelakinya Tok Budin. Tok Musa begitu berbangga dengan Nisha kerana cepat menguasai setiap teknik yang diajarnya. Sehingga satu hari apabila dia meyedari kebolehan Nisha dia bertekad untuk mengajar Nisha satu silat yang dinamakan silat pukulan dua belas. Sebelum itu Tok Musa tidak pernah mengajar silat tersebut kepada mana-mana anak muridnya. Ramai tetamu sudah mula meninggalkan majlis, yang tinggal anak-anak buah yang membantu keluarga Haji Jamil untuk membersihkan dan mencuci pinggan mangkuk serta sanak saudara yang dijemput bermalam di situ untuk memeriahkan rumah Haji Jamil sempena majlis perkahwinan tersebut. “Akak kat sana tu ada kerbaulah, jom kita pergi tengok” Camalia Hani menarik tangan Nisha yang kebetulan hendak ke kereta mengambil beg pakaiannya. “Mana?” kebetulan tidak jauh dari rumah Haji Jamil ada beberapa relong sawah yang belum dibajak, di situlah dua ekor kerbau sedang berkubang. “Kita tengok dari sini sajalah dik” Nisha melabuhkan punggungnya di atas batang pokok kelapa yang telah ditebang, dalam jarak 25 meter. Hani menangkap beberapa kali gambar dua ekor kerbau itu. “Jauh mengalamun” Nisha terkejut oleh teguran Tengku Farid. “Eh. kanda Nisha teringat kisah silam bila lihat suasana kampung macamni” “Kampung dinda tentu lagi bestkan?” “Mestilah best, di situ segalanya bermula kehidupan suka duka Nisha” Tengku Farid tersenyum memandang wajah gadis di sebelahnya.Wajah yang pernah menyulam pelbagai kisah suka dan duka. “Dinda, kanda rasa tak sedap perutlah” wajah Tengku Farid mula berkerut. “Kenapa, kanda sakit perut ke?” “Mungkin lauk tadi pedas sangat kot,nak tunai hajat kat mana?” Nisha tergelak tapi matanya memandang ke arah Hani yang semakin berani melangkah kaki meniti permatang. “Kanda pergi je kat masjid, kat situkan ada tandas dan bilik air, Nisha tengok tadi tandasnya bersih je macam tak pernah diguna” belum sempat Nisha menghabiskan ayatnya bila dia menoleh Tengku Farid sudah tiada .Dari jauh nampak bayang tubuh Tengku Farid menuju ke masjid. Suasana di kampung Nisha agak berbeza kerana berdekatan dengan laut dan tidak ada sawah padi, Namun suasana kemasyarakatan masih ada persamaan. Penduduk kampungnya masih juga mengamalkan budaya gotong- royong. Nisha tersenyum bila melihat susuk tubuh dua orang lelaki menghampirinya. “Tengok apa?” “Tu, buffalo, kat kampung Nisha tak da benda tu” “Hani! Jangan dekat sangat bahaya!” Hani yang cuba menangkap gambar kerbau dari dekat terus berpatah balik mendapat Nisha. “Jangan dekat-dekat, nanti kerbau tu serang Hani bahaya tau” “Berapa gig memori kad camera Hani ni, bawak sini uncle tengok” “Papa masukkan 8 giglah uncle, banyak lagi tu” “Tahu jugak budak pasal memori kad”celah Qhairul terkejut dengan jawapan Hani” “Budak zaman sekarang, semua benda dia orang tahu, kadang-kadan apa yang kita tak tahu dia orang tahu”sahut Zamree pula. “Tulah lain kali jangan sebut-sebut pasal budak kecik” sahut Nisha pula. Qhairul dan Zamree tergelak, faham maksud kata-kata Nisha “Ada orang terasa hatilah pulak” Qhairul menyambung. Camalia Hani kemudian terus berlari mendapatkan papanya untuk menunjukkan gambar-gambar yang telah ditangkapnya. Nisha melontar pandangan jauh ke depan memerhati kerbau merendamkan tubuhnya dalam lumpur sawah. “Nisha rindulah nak balik kampung” “Last destinasi nanti kita sampailah ke kampung Nisha” jawab Qhairul sambil mengusap kepala Nisha. “Tapi Nisha tak da rumah nak tumpangkan rombongan kita” “Tak pa sampai sana nanti kita gotong royong buatkan rumah Nisha” “Ha..ha..ha..lawaklah abang ni, kita nak buat rumah kat mana” “Kan Nisha ada tanah tepi pantaikan?” “Tak da maknanya bang, tanah tu bukan milik Nisha lagi” wajah Nisha berubah sayu. “Kan tanah tu cuma dicagarkan” Qhairul merenung wajah Nisha, hati turut hiba melihat air mata mula mengenangi kelopak mata gadis itu. “Ya lah, selagi Nisha tak tebus memanglah ia akan jadi milik orang lain sampai bila-bila” “Kita tebuslah nanti” “Dahlah bang malas Nisha nak fikirkan pasal tu, kalau dah bukan rezeki Nisha nak buat macam mana cuma satu Nisha nak buat sekarang” Nisha menyeka air mata dengan tangan sebelum ia jatuh ke pipi. “Apa dia?” tanya Qhairul “Nisha nak lunaskan satu benda” Kata-kata Nisha menjadi tanda tanya pada Qhairul dan Zamree. “Mimpi Nisha, kerap sangat Nisha mimpi bendani. Nisha nak cari apa yang ibu suruh, abang Qhairul masih ingatkan?” Qhairul menanggukkan kepalanya. Nisha harap dalam perjalanan ini Nisha akan menemuinya dan Nisha nak tahu jugak apa kaitan benda tu dengan hidup Nisha. “Nisha masih mimpi benda yang sama ke” “Ya, kalau Nisha hitung dari umur Nisha 8 tahun lagi, dah ribuan kali mimpi itu berulang” “Insyaallah abang pun akan tolong dapatkannya” “Apa benda ni Rul” Zamree baru berkesempatan mendengar lalu bertanya tentang perkara yang diperbualkan oleh Nisha dan Qhairul. “Mimpi Nisha, ibu dia suruh Nisha cari dan tanamkan teratai putih” beritahu Qhairul pada Zamree. “Teratai putih, macam cerita lagenda kalau tak silap aku lagenda cina” “Lagenda Cina, nanti kejap, ibu Nisha kan keturunan Cina Korea, Baba Nyonya” Nisha cuba memahami sesuatu. “Untuk apa teratai putih tu pada Nisha?” Nisha menyoal dirinya sendiri. Zamree dan Qhairul cuma berpandangan lalu mengangkat kedua belah bahunya. Malam itu Nasha menemani Nisha dan rombongannya menyaksikan latihan seni silat yang diadakan di kampung tersebut. “Kalau tak silap hujung minggu ni dia orang nak pergi ke perlawanan seni silat antara negeri” beritahu Nasha. “Kalau aku tak lari ke KL tentu aku sekarang sedang sibuk menjalani latihan untuk mewakili negeri Melaka” bisik Nisha dalam hatinya. “Kanda pandai bersilat tak?” Nisha memandang wajah Tengku Farid yang berdiri di sebelahnya. “Kanda cuma pernah berlajar silat gayung. kanda berguru tak lama kerana lepas tu ayahanda suruh kanda pergi Britain, masuk maktab tentera di sana dan fokus kepada penggunaan pelbagai jenis seniata dan menembak.” “Jadi kanda ni championlah menembak” “Kanda pernah dapat pingat anugerah penembak tepat dalam jarah 30 meter” “Nanti bolehlah kanda ajar Nisha menembak ya” “Boleh, why not, apa saja yang dinda nak kanda tak keberatan. Qhairul nampak bergitu berminat pada seni silat, sejak datang tadi matanya asyik tertumpu kepada persembahan silat yang ditunjukkan oleh Tok Kassim dan anak-anak muridnya. Sewaktu Nisha sedang berbual dengan Tengku Farid, Qhairul pula leka dengan handycam merakam persembahan silat malam itu. “Abang tak nak balik ke?” Nisha menegur Qhairul yang seperti tidak menyedari rombongan mereka sudah mula bergerak meninggalkan tempat tersebut. Qhairul terus menyimpan handycamnya ke dalam beg, Nisha tercegat menunggu Qhairul, “Jom” Nisha dan Qhairul berjalan laju mengejar Nasha dan yang lain-lain. “Abang nampak minat je dengan silat tu tadi” “Ya, abang cuma pernah berlajar taekwando, silat melayu belum lagi” jawab Qhairul sambil kaki menyepak batu-batu kecil di tepi jalan. “Sepatutnya kita belajar seni silat kita orang melayu dulu, lepas tu baru belajar yang orang lain punya” tambah Nisha sambil mempercepatkan langkahnya. “Abang tak perpeluang dan tak tahu di mana nak dapat guru yang benar-benar bagus” “Hang Tuahkan dari Melaka, jadi kalau nak cari guru silat yang bagus tentulah di Melaka” Qhairul tersenyum kemudian mencubit pipi Nisha. “Bila sampai Melaka nanti, Nisha tolong abang carikan Tok Guru yang bagus tu” “Betul ni abang nak belajar silat?”tanya gadis itu lagi. “Ya, why not kalau jumpa guru yang betul-betul bagus” “Ok, nanti Nisha perkenalkan dengan guru silat tu tapi” “Tapi apa?” “Sebelum tu jumpa Tok Gurunya, abang kena berdepan dengan anak muridnya dulu” Qhairul tergelak, “Siapa, Nisha?” “Ya, kenapa tak caya ke?” “Tak?” “Kalau tak caya, cepat serang Nisha” Qhairul mengelengkan kepalanya, kemudian melangkah pergi mendekati yang lain. Nisha geram kerana Qhairul tidak memperduli katanya. Ideanya datang untuk menyakitkan hati Qhairul dan membuat lelaki itu marah. “Abang pengecut, abang bacul, abang lelaki tak guna, abang monyet, abang perogol bersiri, abang gila, abang pencabul, abang laki tak guna abang..apa lagi ya”. “Zam kau bawa handycam ni” terus mendekati dan menghulurkan handycam di tangannya kepada Zamree. Semua menoleh bila mendengar suara Nisha seperti memarahi sesuatu dan melontar pelbagai perkataan yang menyakitkan hati. “Kau mengamuk ni kenapa Nisha?” Nasha agak pelik melihat perangai Nisha. Nisha terus mendekati Qhairul dan terus menyebut pelbagai perkataan yang menyakitkan hati lelaki itu. “Abang lelaki jahat, abang penipu, abang perosak wanita, abang manusia penjenayah, abang pengecut, abang…” belum sempat Nisha menghabiskan kata-katanya Qhairul terus menangkap tubuh Nisha lalu memikulnya dan terus berjalan laju ke depan. “Abang..lepaskan Nisha!” sambil tangannya memukul-mukul belakang lelaki tersebut. Zamree hanya mengelengkan kepalanya. Datin Roziah dan Datuk Wazir cuma tersenyum melihat kejadian itu.Tengku Farid terus berpaling memandang Zamree. “Kakak tu kenapa mama?” “Entahlah sayang, mama pun tak tahu” “Papa,Hani nak papa dukung Hani macam kakak tu” Semua tergelak mendengar kata-kata gadis kecil itu. “Sayang papa jelouselah ni, mari papa dukung. Tapi jangan pukul papa macam kakak tu buat” semua tergelak lagi mendengar kata-kata Datuk Wazir. Hani melentok atas bahu papanya. “Abang, lepaslah, malulah orang tengok” Qhairul pura-pura tidak mendengar kata-kata Nisha, Nisha yang naik berang lalu mengigit telinga Qhairul. “Ahhh…sakitlah! Terus tubuh Nisha dilepasnya ke bawah. “Kenapa Nisha gigit telinga abang ni” sambil tangannya menggosok telinga yang digigit oleh Nisha. “Ha..ha..ha..Padan muka siapa suruh tak lepaskan Nisha” Nisha ketawa terkekek-kekek. “Uncle dan kakak tu kenapa dah giler ke apa?” Hani yang berada dalam dokongan papanya tiba-tiba pula bersuara. “Hani jangan gigit telinga papa pulak” Wazir mengusik anaknya. Suasana malam itu akhir riuh dengan gelak ketawa akibat lakonan drama pendek yang lucu lakonan Nisha dan celoteh Hani. Nasha kemudian menarik lengan Nisha supaya berjalan beriringan dengannya. “Kau macam kena rasuk tadi kenapa?” Nasha masih belum puas hati dengan kelakuan Nisha sebentar tapi. “Saje, aku nak buat abang Qhairul marah” jawab Nisha selamba. “Peliklah kau ni Nisha, tak faham aku, kalau dia betul-betul marah macam mana?” “Tapi dia tak marahkan,tu yang aku geram” balas Nisha sambil mengetapkan bibirnya. Nasha mengeleng-gelengkan kepala hairan dengan perangai Nisha. Suasana di perkarangan rumah Haji Jamil kelihatan meriah dengan kehadiran ramai ahli keluarga dan sanak saudara dari jauh dan dekat yang bermalam di rumah tersebut. Ada anak-anak muda kampung yang berkumpul mengelilingi set karaoke yang disediakan untuk memeriahkan majlis malam perkahwinan itu. “Dah hampir pukul 10.30 ni, masih meriah, dia orang tu tak tidur ke Nasha” “Kat kampungni kalau ada kenduri macam ni kadang-kadang dia orang tak tidur sampai pagi” “Oh macam tu, tak tahu pulak aku” balas Nisha “Kau, Hani dan Datin Roziah tidur kat bilik akulah ya, yang laki-laki tu kan tidur kat masjid” beritahu Nasha pada Nisha. “Aku ikut je,” “Nasha, jemput kawan-kawan engkau tu minum dulu, ada kuih muih dan air dekat atas meja tu”Nisha mendapati kuih muih dan minuman sudah terhidang atas meja di bawah kanopi tidak jauh dari kumpulan anak-anak muda kampung yang sedang menyumbang suara-suara mereka. Nisha memanggil semua ahli rombongan untuk duduk sama menikmati minuman dan kuih muih tradisional yang telah terhidang untuk mereka. Rombongan tersebut memang menjadi tumpuan semua yang ada di rumah Haji Jamil. Di dalam rumah dan di dapur, sanak saudara Haji Jamil dan Hajah Ramlah asyik bertanyakan pelbagai soalan kepada pasangan suami isteri tersebut. “Siapa dia orang tu Ramlah”tanya Mak Lang Leha, kakak Hajah Ramlah “Yang perempuan cantik tu kawan sama belajar dengan Nasha, orang KL, lain-lain tu kawan-kawan kepada kawan Nasha tu lah” “Kalau pakai kereta besar dan ada pengawal-pengawal macam tu mesti dia orang tu orang kaya” “Nasha cakap seorang tu putera raja dan tiga orang yang kacak-kacak tu datuk-datuk, perempuan yang ada anak tu mak datin yang kecik anak datin tulah kot, yang lain tu Nasha kata pengawal peribadi putera raja tulah agaknya” “Tak sangka pulak majlis kenduri kau kali ni didatangi orang-orang besar macam tu, kenapa pulak dia orang sanggup datang dan tidur sini?”tanya Mak Lang Leha lagi. “Kata Nasha dia orang sebenarnya buat kembara masuk kampung, putera raja tu nak rasa hidup suasana kampung sebelum dia jadi sultan,” jawab Haji Jamil pulak. “Oh macam tu, bertuah dapat anak raja berjiwa rakyat macam tu, tapi kawan Nasha tu siapa, macam-mana dia ada kawan-kawan orang-orang besar macam tu” “Kawan Nasha tu beradik angkat dengan putera raja tu dan adik kepada mak datin tu” “Patut pun dia orang tu datang sekali” Nisha, Hani dan Datin Roziah muncul di dapur. “Makcik buat apa tu,boleh kami tolong?” tegur Datin Roziah. “Eh..tak payahlah datin, kami cuma bungkus telur dan nasi pulut ni hah, tak banyak lagi”sahut Hajah Ramlah “Datin dah minum ke, suami datin dan yang lain-lainnya mana?” “Dah, dia orang semua dah balik tidur di masjid”. “Hani mengantuklah mama” “Datin bawalah budak ni tidur dalam bilik Nasha tu”, “Sayang nak tidur ya, jom kita masuk bilik, saya minta diri dulu mak cik” Hajah Ramlah tersenyum memandang Datin Roziah. “Saya pun nak minta diri makcik” “Ya, cik pergilah tidur hari pun dah lewat malam ni” “Cantik sungguh budak ni”bisik Hajah Ramlah dalam hati Di dalam masjid, pembantu peribadinya membetulkan tempat tidur untuk Tengku Farid, sebuah tilam dan sebiji batal di letaknya di bawah kipas angin. Haji Jamil telah meletakkan beberapa biji bantal dan tilam dalam masjid tersebut untuk kegunaan rombongan tersebut tidur. “Kenapa Nisha tadi Rul?”mendengar soalan Zamree, Qhairul menutup komputer ribanya lalu tersenyum memandang pada Zamree. “Pasal silat, Nisha ajak aku lawan silat dengan dia” “Kenapa Nisha marah-marah?” “Aku tak layan, dia pancing aku supaya marah supaya aku serang dia” “Nisha pandai silat ke” “Belum sempat Qhairul menjawab, kedengaran suara tawa Tengku Farid, dia sebenarnya mencuri dengar perbualan Qhairul dan Zamree. “Kalau Nisha betul-betul pandai silat macam mana?”Tengku Farid mencelah. “Mustahillah sebab kalau perempuan pandai silat watak dia akan bertukar kasar dan tak dalah lemah lembut macam Nisha tu” jawab Qhairul. “Tapi kau jangan lupa, Nisha tu unik dan special, nampak je lembut tapi sebenarnya keras” sahut Zamree pulak. “Kalau dia pandai silat pun, takkan aku nak serang dan sakiti dia. Kalau dia bunuh aku sekali pun aku takkan melawan” Qhairul menyatakan pendiriannya. “Oklah Rul aku nak tidur, nah ni bantal dan tilam kau, ok selamat malam” Zamree menjerling ke arah Tengku Farid yang sudah mula hanyut dibuai mimpi. Qhairul menarik batal dan tilam yang diberikan oleh Zamree, sebelum melelapkan matanya dia sempat menghantar SMS pada Nisha kemudian dia tersenyum sendiri mengingatkan peristiwa tadi. “Sayang dah tidurke?, telinga abang sakitlah, salam peluk cium dari abang, selamat malam, I love u” Nisha tergelak sendiri membaca SMS yang diterimanya. “Sorry! esok Nisha tolong ubatkan, I love u too” kemudian jarinya menekan menu hantar. Bab 49 Setelah usai majlis, sebelum berangkat mereka menyumbangkan sedikit sumbangan untuk keluarga Haji Jamil tanda terima kasih atas layanan baik Haji Jamil sekeluarga. Rombongan meneruskan perjalanan ke Kelantan dan Terengganu. Merasai pula kehidupan keluarga nelayan dikedua buah negeri tersebut. Di Kelantan rombongan cuma tidur di hotel dan roda-roda di sekitar bandar Kota Bahru. Setelah dapat menghubungi Shani di Terengganu, rombongan terus ke Kuala Terengganu. Perkampungan nelayan yang terletak di tepi pantai. Ayah Shani mempunyai kapal pukat tunda yang agak besar cuma sekarang dia jarang ke laut kerana semenjak dua orang anaknya telah bekerja tetap sebagai guru berijazah, Pak Sohor ayah Shani tidak lagi terlalu bergantung seratus peratus kepada laut sebagai punca pendapatan. “Anak-anak semua dah tamat belajar, sumbangkan setiap bulan dari anak-anak dah cukup untuk saya dan isteri menyara hidup” jelas Pak Sohor pada tetamunya. “Ku Farid ni nak merasa bagaimana nelayan menangkap ikan di laut pakcik” celah Qhairul sambil tersenyum memandang Tengku Farid. “Kalau macam tu pagi esok kita ke laut, cuaca pun elok je dua tiga hari ni” Sahut Pak Sohor pula. “Kalau macam tu, petang esok bolehlah kita buat barbeque ikan yang Ku Farid tangkaplah ya” Tengku Farid membiarkan saja Qhairul terus mengena dan menyakatnya petang itu. Malam itu mereka terpaksa bermalam di rumah Shani kerana awal-awal pagi esok selepas subuh mereka akan turun ke laut. Shani dan ibunya serta dibantu oleh Datin Roziah dan Nisha sibuk menyediakan bekalan untuk rombongan tersebut. “Tadi kata tak nak ikut, sekarang nak ikut pulak” tegur Zamree bila melihat Qhairul turut melangkah mengiringi mereka menuju ke kapal pukat tunda Pak Sohor. “Aku pun nak timba pengalaman jugak bagaimana rasanya menangkap ikan di laut” jawab Qhairul sambil tersengih. Nisha yang pada mulanya nak ikut serta tapi dilarang oleh Qhairul. “Sayang duduk rumah ya, abang tak nak kulit putih mulus ni terbakar oleh panas laut. Nanti bila abang dapat ikan sayang tolong masakkan untuk abang ya” dalam gurauan Qhairul memujuk buah hatinya. “Cewah macamlah diri tu betul-betul pandai tangkap ikan” perli Nisha, Qhairul tergelak mendengar jawapan Nisha kemudian tangannya mencubit pipi gadis itu. “Biasanya selepas Zohor pak cik dah boleh balik” beritahu Pak Sohor. Tengku Farid, Zamree dan Qhairul kelihatan dah mula mabuk laut. Sepanjang perlayaran mencari tempat yang strategik untuk melabuhkan pukat. Ketiga-tiga lelaki tersebut asyik berbaring dalam kabin kapal melayani mabuk masing-masing hanya Wazir yang masih melayani Pak Sohor bercerita tentang laut. Dua pengawal peribadi Tengku Farid dan pemandu Datuk Wazir yang ikut serta sedang rancak berbual di belakang kapal. Setelah beberapa minit melabuhkan pukat, Pak Sohor mengarahkan supaya pukat di tarik ke atas. Melihat ikan yang banyak melekat dan tersangkut pada pukat, Pak Sohor tersenyum kegembiraan. “Nampaknya tangkapan kita agak luar biasa hari ni, berangkali tuah tangan anak raja” gurau Pak Sohor. Mereka menolong mengutip ikan, udang, sotong dan beberapa ekor ketam yang melekat pada pukat. “Ni sedap buat sotong bakar Pak Sohor” kata Qhairul sambil mengutip beberapa ekor sotong yang agak besar melekat pada pukat. Ikan-ikan yang diperolehi pun agak besar-besar berbanding selalu terutama ikan kembong dan ikan cencaru.Tangkapan pertama sudah melebihi 20kg. Pak Sohor mencadangkan mereka buat tangkapan kedua sebelum balik. Tangkapan kedua melebihi tangkapan pertama dan terdapat juga banyak udang-udang yang tersangkut pada pukat.Tengku Farid walaupun lebih banyak memerhati tapi turut teruja dengan hasil tangkapan mereka hari itu. “Biasanya Pak cik dapat banyak mana setiap kali ke laut” tanya Tengku Farid. “Dalam 50 kilo itupun pak cik buat sampai 3 kali tangkapan, tapi tak sangka pulak hari ni ikan-ikan ni macam faham-faham je nak jumpa orang bandar” semua tergelak mendengar gurauan Pak Sohor. Nisha dan Hani berlari ke pantai bila Shani memberitahu kapal ayahnya sudah datang. “Ye..ye..ye..papa balik, papa dapat tangkap ikan ke?” Nisha tergelak mendengar kata-kata Hani. Sebaik sahaja kapal merapat tebing, Zamree terus melompat turun lalu melepaskan muntahnya. “Abang kenapa mabuk laut ke” sambil tangannya mengurut-gurut belakang Zamree. Nisha memimpin Zamree dan menghantarnya masuk ke rumah lalu memberi sebiji bantal kepada lelaki tersebut. “Abang baring dululah ya, ni minyak angin abang sapulah kat dada dan kepala abang” sebotol minyak aroma terapi dihulurnya pada Zamree kemudian dia terus berlalu dan pergi semula ke pantai. “Ramai kawan-kawan kau hari ni Sohor, banyak tangkap ke?” tegur salah seorang rakan Pak Sohor. “Alhamdulillah berkat tangan-tangan orang bandar yang temankan aku hari ini yob” jawab Pak Sohor tersengih. “Kanda ok ke?”Tengku Farid yang kelihatan hoyong-hayang sewaktu dipimpin oleh pengawal peribadinya masih mampu tersenyum kepada gadis yang menegurnya. “Abang Qhairul, mana abang Qhairul?” tanya Nisha bila belum melihat bayang wajah lelaki itu. “Qhairul jatuh laut, dia dah ditangkap puteri duyung, kami tak dapat selamatkan dia” gurau Wazir pada Nisha, wajah Nisha berubah cemas. “Abang cakap betul-betul, jangan buat Nisha susah hati tau” wajah dan suara gadis itu mula sedih, air mata mula mengenangi kelopak matanya.Wazir rasa bersalah dengan gurauannya tadi. “Qhairul mabuk laut, dia masih dalam kabin tu” Tanpa menunggu Nisha terus berlari naik ke atas. Pak Sohor tersenyum memandang Nisha sambil menggelengkan kepalanya. “Dia yang paling teruk mabuknya, tu masih tidur pakcik bagi dia makan ubat pening tadi” Pak Sohor seperti memahami perasaan Nisha ketika itu. “Pakcik pergilah dulu, biar saya tunggu dia sedar” Berbekalkan senyuman Pak Sohor meninggalkan gadis itu menemani Qhairul. “Abang, bangunlah Nishani” Nisha menepuk-nepuk pipi lelaki itu. Dengan agak lemah Qhairul cuba sedar dan membuka matanya. “Kenapa sayang ada kat sini?” “Abang dah sampailah, abang boleh bangun ke?” “Kepala abang peninglah” “Mari Nisha tolong picitkan” Nisha kemudian duduk merapati kepala Qhairul lalu memicit kepalanya kemudian tangannya membelai rambut lelaki itu perlahan-lahan. “Dah ok ke bang, jom kita balik” “Kalau abang ni seorang nelayan, Nisha nak tak kahwin dengan abang” Nisha sudah tergelak, “Abang cakap apa ni?, melalut sampai kesitu pulak” matanya memandang wajah Qhairul tanpa berkelip. “Abang tanya sayang jawablah” “Tak nak” “Kenapa?” “Sebab kalau abang jadi nelayan tentu Nisha akan kebulur sebab abang tak layak jadi nelayan” “Siapa cakap?” “Nisha cakap, tengok ni baru je sekali ke laut dah mabuk teruk macam ni” “Mana ada abang mabuk laut, abang saje buat-buat mabuk, nak tengok Nisha sayang abang ke tak” “Apa, jadi abang pun tipu Pak Sohorlah jugaklah ni”Qhairul tersengih, “Tak, Pakcik Sohor tahu abang berlakon” “Jahat betullah abang ni” sambil tangannya memulas telinga lelaki tersebut. “Adoi..sakitlah sayang, telinga abang ni masih sakit lagi ni sayang gigit malam tu” melopong mulut Nisha kesal kerana menambah kesakitan lagi pada telinga lelaki itu. “Opps sorry, Nisha tak tahu, betul sakit ke bang?” tangannya membelek-belek sambil membelai telinga Qhairul yang kelihatan kemerahan. Qhairul kemudian tersenyum lantas tangannya menarik kepala Nisha merapati mukanya. Bibir mereka bertaut seketika. Nisha tersentak lalu menolak tubuh Qhairul menjauhinya. “Jom bang kita balik, tentu semua orang tunggu kita” Nisha bangun berdiri kemudian menghulurkan tangannya pada lelaki itu. Mereka berjalan beriringan menuju ke rumah Shani. Tengku Farid kelihatan berbaring di ruang tamu, wajah putihnya nampak kemerahan akibat panahan cahaya matahari ketika di laut tadi. “Kanda guna ni, muka kanda sunburn tu” Nisha menghulurkan losyen penyejuk wajah ‘PUTERI’ untuk merawat kulit akibat kesan UV. “Lelaki boleh guna ke” “Ya, unisex” jawab Nisha sambil tersenyum. Petang itu, mereka mengada barbeque ikan bakar di tepi pantai. Sotong, udang dan ikan-ikan besar kelihatan berderet diletakkan oleh Pak Sohor di atas besi pemanggang. Sementara isteri Pak Sohor menyediakan sebesen penuh sos pencecah untuk cecah panggang tersebut. Cuaca yang elok menyeronokkan ahli rombongan tersebut menikmati sotong, udang dan ikan-ikan bakar yang disediakan oleh Pak Sohor. “Eh..Shani bestlah duduk kat kampung kau ni?” “Sebab kau suka lautkan?” “Ya, aku suka lihat laut yang terbentang luas, walaupun kadang-kadang ia menganas” “Nasha, kau bertuah kerana memiliki segalanya” Shani memandang wajah Nisha. Pertama kali dia memandang wajah gadis itu semasa minggu orientasi dia cemburu melihat gadis itu. Kulit Nisha yang licin dan putih melepak memang berbeza berbanding dirinya yang malah berbeza dari sesiapa saja. Walaupun Anita putih tapi tak berseri, licin dan halus macam kulit Nisha. “Maksud kau?” “Kau cantik, bijak dan semua orang suka dan sayang pada kau” Nisha tersenyum “Tak Shani, kau tak tahu selain dari bonda angkat aku hanya mereka nilah yang aku ada dan sayangkan aku dalam dunia ni,” “Tapi. Aku tak fahamlah Nisha” “Sebelum bertemu dengan semua orang yang ada di sekeliling aku sekarang ni, aku tak punya sesiapa di dunia ini untuk mengasihi dan dikasihi” “Ibu bapa kau?” “Sebenarnya aku anak yatim piatu, dan kerana itu bila aku temui orang yang mengasihi aku maka aku mengasihi mereka sepenuh hati, kalau boleh aku tak nak merasa kehilangan lagi dan hidup sebatang kara di dunia ini” “Maaf Nisha aku tak tahu kisah hidup kau sedih macam ni” Shani terkedu mendengar cerita Nisha. “Aku memang tak pernah cerita dengan sesiapa” “Eh..Tengku Farid tu pandai main gitarke?” Shani terus mengubah topik perbualan mereka bila terpandang lelaki itu membimbit gitar lalu duduk di satu tempat.. “Ya, jom kita jumpa Ku Farid”. Nisha mengajak Nisha mendekati Tengku Farid yang sedang memetik gitar di tangannya. “Dinda nak nyanyi ke?’ “Lagu apa?” “Love Story” “Ok..” Ketika Tengku Farid memetik gitarnya, Nisha memulakan nyanyian, Semua yang ada di situ diam seketika dan terpesona mendengar pasangan tersebut menyanyikan lagu tersebut terutama Qhairul yang tidak berkelip matanya memandang ke arah Nisha. Setiap bait lagu tersebut dihayatinya. Sepanjang menyanyikan lagu tersebut Nisha menumpukan pandangannya dan tersenyum pada lelaki itu. “Merdunya suara kau Nisha, tak sangka pulak kau boleh nyanyi rupanya” “Kau tu je yang tak beli album aku di pasaran” “Betul ke kau ada album” “Ya, dah dua, album gambar” “Kau ni..”kemudian dia mencubit perut Nisha. “Oii.. sakitlah” jerit Nisha. “Siapa suruh kau kelentong aku” “Ha..ha..ha..muka kau memang muka yang mudah kena kelentong” “Muka kau tu muka apa pula” “Muka aku muka akulah” Kedua sahabat itu terus bergurau senda sehingga saling kejar-mengejar di tepi pantai. Ketiga-tiga lelaki itu hanya tersenyum melihat kegembiraan Nisha petang itu. Esoknya selepas selepas solat jumaat, mereka akan meneruskan perjalanan yang agak jauh kerana mereka akan ke rumah Anita di Kedah. Seperti biasa sebelum meninggalkan rumah keluarga yang telah melayani rombongan mereka, sedikit sumbangan dihulurkan kepada keluarga tersebut. Rombongan mereka sampai di Sungai Petani Kedah pada pukul 7 malam petang. Tengku Farid mencadangkan mereka menginap di hotel untuk malam tersebut sebelum bertolak ke rumah Anita pada sebelah pagi esok. Setelah check in, mereka keluar meronda-ronda di sekitar Bandar Sungai Petani dan menghantar pakaian kotor ke dobi di samping singgah di pusat membeli belah untuk membeli pakaian untuk kegunaan seterusnya. Nisha yang duduk sebilik dengan Hani, melelapkan matanya lebih awal malam itu kerana keletihan.Baru pukul 11 malam selepas makan malam, Nisha dan Hani sudah hanyut dalam mimpi indah masing-masing.Tengku Farid mengeluh seorang diri di dalam bilik, pening kepalanya membuatnya malas untuk ke mana-mana. Dia hanya berbaring di bilik melayani perasaannya. Semangat untuknya terus bersama Nisha menguatkan azamnya untuknnya menepuh hari-hari seterusnya. Setiap hari yang berlalu dia semakin merasakan dirinya semakin jauh akan meninggalkan gadis yang dicintainya. Namun dia tetap ingin memujuk hatinya bahawa yang terpisah cuma jasad namun cintanya pada Nisha akan tetap abadi untuk selamanya. Dia tetap bersyukur kerana akhirnya dia boleh merasai kehadiran dan erti sebuah cinta yang suci dan mencintai seseorang dengan setulus hati dan memberikan cintanya pada insan benar-benar yang layak menerimanya. Selepas sarapan pagi rombongan bergerak menuju ke rumah Anita di Yan Kedah. Kedatangan mereka disambut dengan hormat oleh keluarga Anita. Ayah Anita Haji Yakub merupakan seorang pemilik dusun buah-buahan untuk komersil agak besar di Yan, Kedah. Rumahnya dibina tidak jauh dari dusun buah-buahan mereka malah ada pokok buah-buahan yang ditanam di sekeliling rumah mereka. “Sewaktu tiba mereka diraikan dengan pelbagai buahan-buahan yang baru dipetik dari dusun pagi itu. Rupa-rupa kesemua lelaki dalam rombongan tersebut meminati buah durian lebih-lebih lagi bila dihidangkan dengan durian musang king, fuhh..Qhairul sampai tak ingat Nisha yang duduk di sebelahnya. “Abang, yang Nisha mana, dari tadi asyik-asyik masuk mulut abang je” “Sorry! abang tak nampak pulak sayang kat sebelah” “Alahai, baru jumpa buah durian dah tak nampak kita”suara Nisha seperti merajuk Qhairul tergelak. “Yang ni sayang punya” lalu membuka sebiji durian untuk Nisha. “Macam mana Nisha, jadi kau orang semua dah sampai rumah Nasha dan Shanilah ni” tanya Anita yang sampai dengan sebakul buah langsat. “Fulamak, buah langsat, mana nak letak semuani nita” Anita tergelak mendengar kata-kata Nisha. “Dah sampai, semua tempat kami pergi seronok, tak rugi rasanya tapi aku rasa kali ni mungkin lebih seronok, kau tengok ajelah musang dan tupai tu makan buah” mulutnya muncung ke arah Qhairul dan Zamree yang sedang menikmati buah durian. “Tuduh abang musang ya, ni tengok kelawar makan buah durian” sambil memasukkan seulas durian ke mulut Nisha sehingga muka Nisha comot olehnya. “Abang nikan, tengok muka Nisha macam mana?” “Macam muka kelawar makan buahlah” sahut Qhairul kemudian tergelak, “Muka kakak comotlah..ha..ha..ha..” tegur Hani. Nisha terus membalas perbuatan Qhairul lalu membuat perkara yang sama. Lagi teruk sampai ke hidung dikerjakan oleh Nisha. Zamree mengelengkan kepala melihat peragai kebudak-budakan Qhairul dan Nisha. “Nita, kau kata dekat-dekat sini ada air terjun mana?” Anita pernah menceritakan padanya tentang kewujudan air terjun berdekatan dusun ayahnya. “Kau nak pergi sekarang ke?” tanya Anita sambil memandang muka Nisha. “Baju dan muka aku dah kotor ni, elok aku mandi sekalikan” “Ok, aku beritahu ayah dan mak aku dulu” Beberapa minit kemudian, Anita muncul. “Jom!” Anita mencuit bahu Nisha. Gadis itu terus bangun berdiri. “Nisha nak ke mana tu?” tegur Zamree “Jom bang, ikut Nisha kita pergi mandi air terjun” “Tak ajak kanda sekali ke” Tengku Farid pula menyampuk. “Abang pun” celah Qhairul pula. “Hani nak ikut” semua tergelak. “Kalau macam jom semua pergi” Nisha melambaikan tangan pada semuanya. Setelah berjalan beberapa minit melalui dusun buah rambutan durian yang sedang rancak masak buahnya ketila itu, mereka pun sampai ke tempat air terjun yang dimaksudkan. Semua mata terkesima memandang keindahan air terjun tersebut. Di bawahnya pula mengalir sungai yang jernih dengan batu-batu besar dan kecil yang terdapat di dalamnya. “Wow…cantiknya tegur Nisha, tanpa menunggu di terus menghampiri air terjun tersebut. Apalagi yang lain-lain pun turut mengikut jejak Nisha, Cuma pengawal peribadi Tengku Farid dan Pemandu Datuk Wazir serta Datin Roziah yang enggan ikut serta mandi ketika itu. Suara gelak ketawa mereka memenuhi sekitar kawasan air terjun itu. “Abang Zam pernah mandi kat tempat macam ni ke sebelum ni?” “Tak!” “Abang Zam, Seronok tak ?” “Ya, kalau dekat abang nak selalu datang sini?” ujar Zamree dengan wajah seronoknya. “Kahwinlah dengan orang sinilah” sahut Nisha pula “Siapa?” “Tu, Anita” “Tak boleh” “Kenapa?” “Abang dah jatuh cinta pada orang lain” “Siapa?” “Orangnya ada depan abang sekarang?” Nisha terkejut kemudian menyebur air dengan tangannya ke arah Zamree. “Abang jangan buat lawak boleh tak, Nisha adik angkat abang, abang dah janjikan” bunyi deruan air terjun menyebabkan jeritan suaranya Nisha kurang jelas kedengaran. Zamree terus meraih tangan Nisha, kemudian wajah gadis itu direnungnya dalam-dalam, wajah yang telah membuka pintu di hatinya untuk mengenal erti jatuh cinta yang sebenar-benarnya. “Abang tipu diri abang sendiri, abang bohong pada Nisha, abang cintakan….” Nisha seolah-olah tidak mahu mendengar apa yang diucapkan oleh Zamree, semuanya sudah terungkap kini, Zamree juga cintakan dirinya. Kini bukan satu tapi dua cinta yang harus ditolaknya secara baik. Nisha menutup kedua belah telinga perlahan-lahan dia menenggelam seluruhnya tubuh di dalam air, kerana itulah pilihan yang dia ada supaya dia tidak mendengar apa-apa lagi ucapan dari Zamree. Nisha tenggelam agak lama. Zamree mula cemas, “Nisha…!” Qhairul dan semua yang ada tidak jauh dari situ terkejut mendengar suara Zamree “Rul, Nisha hilang, Nisha lemas” Zamree cuba menyelam beberapa kali tapi Nisha tiada. Qhairul dan Tengku Farid begitu cemas, keduanya kemudian pergi menghampiri Zamree. “Anita, air sungai ni dalam ke?” Anita mengangguk-anggukkan kepalanya bila mendengar pertanyaan Qhairul. Airnya bukan sahaja dalam malah deras, semalam hujan lebat. Anita jadi gelisah. Qhairul terus menyelam kemudian di terasa seperti tangan mengapainya di dalam air. Qhairul seperti turut sama hilang di dalam tapi beberapa minit kemudian Qhairul timbul semula sambil tangannya menarik sesuatu, satu susuk tubuh seorang gadis kelihatan, Melihat Qhairul agak seperti keletihan dan seperti tidak berdaya, Tengku Farid terus menarik tubuh Nisha kemudian mencempungnya naik ke atas. Datin Roziah terus menghampiri Nisha. Tubuh Nisha dibongkokkannya kemudian bahagian perut di tekan. Sebagai seorang guru PBSM, Roziah tahu apa yang perlu dibuat. Nisha memutahkan semula air yang ditelannya, kemudian dia mula sedar. “Nisha, kau okey ke?”tanya Anita yang terus menerpa ke arah Nisha. Nisha mengangguk. “Aku oklah, kenapa?”tanya Nisha pula. “Kau lemas tadi” jawab Anita. “Tak, aku cuba tidur dalam airlah, siapa yang kacau aku tadi” “Banyaklah kau punya tidur dalam air, kau spesis ikan duyungke?” tanya Anita sambil tergelak. “Betul, aku tengah bermimpi tadi” “Datuk Qhairul yang selamatkan kau” “Abang Zam mana?” “Tu” tunjuk Datin Roziah dengan mulutnya. Ketiga-tiga lelaki tersebut memandang Nisha tanpa berkelip. Tengku Farid berasa teruja apabila mendapat layanan yang begitu baik dari keluarga Anita. Sewaktu makan tengah hari, mereka dihidangkan dengan pelbagai menu masakan kampung yang begitu menyelerakan. Sewaktu sedang enak menjamu selera, seorang lelaki dalam lingkungan umur awal 30an tiba-tiba muncul. “Ini saya perkenalkan anak lelaki saya, Azizul, dia ni seorang ustaz di sebuah sekolah menengah dekat kampung ni” Azizul bersalaman dengan semua anggota lelaki dalam rombongan tersebut. Azizul seorang yang boleh diketagorikan sebagai lelaki yang kacak walaupun kulitnya agak sedikit gelap. “Abang, ini Nisha kawan Nita yang paling muda, paling cantik dan paling pandai yang pernah Nita ceritakan pada abang dulu” Anita menegur abangnya. Azizul tersenyum memandang pada Nisha. Nisha membalas senyuman Ustaz Azizul. “Kau fikir aku nak bagi kau hadiah ke kalau puji aku lebih-lebih macam tu. Buat malu aku je lah kau ni Nita” Nisha menyiku Anita di sebelah. Tidak senang hati dengan pujian melampau Anita di hadapan Ustaz Azizul.. “Zul tolong ayah petik buah rambutan petang nanti, YB Yahya minta 100kg untuk minta majlis perasmian perlawanan silat esok.” Mendengar tentang silat Qhairul terus mencelah “Di mana perlawanan silat Tuan Haji” “Esok, di Alor Star, dengar cerita tu perlawanan antara negeri” “Kita ke Alor Star esok Ku Farid” Qhairul memandang Tengku Farid. “Why not, tapi petang ni kita tolong Tuan Haji petik buah rambutan dulu” “Ok, small matter, I pun nak rasa panjat pokok buah” Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Abang tahu panjat ke?” “Masa kecik-kecik dulu abang pernah panjat pokok mangga di belakang rumah papa” jawab Qhairul yang faham maksud senyuman Nisha. Seperti yang dijanjikan mereka bergotong royong membantu Haji Yakub dan Ustaz Aziziul memetik buah rambutan. Dengan menggunakan tangga Haji Yakub dan Azizul memotong tangkai-tangkai buah rambutan yang telah masak. Tanpa pengetahuan yang lain, Nisha memanjat salah satu pokok rambutan kemudian duduk di atas lalu memakan buah rambutan yang masak di atas pokok tersebut. Kulit-kulit buah rambutan yang dimakannya dilontarnya ke arah Qhairul yang sedang asyik menyusun tangkai-tangkai rambutan yang telah dipetik oleh Haji Yakub. “Ehh..Zam aku rasa ada orang lontar aku dengan kulit buah rambutanlah” Qhairul menoleh ke kiri dan ke kanan mencari puncanya, selepas itu dia meneruskan semula kerjanya. Nisha terus menyakat kemudian di menahan gelaknya melihat Qhairul terus tercari-cari. Nisha memberi isyarat jari kepada Anita yang tiba-tiba terpandangnya di atas pokok. Anita tersenyum kemudian menerus kerja mengumpul tangkai-tangkai rambutan yang dipetik oleh abangnya. Tiba-tiba Qhairul terdengar ring tone lagu lady gaga dari atas pokok, rahsia Nisha berada atas pokok terbongkar bila semua mendongak ke atas memandangnya. Nisha melihat satu nombor yang tidak dia kenal terpapar di skrin telefon bimbitnya. “Hello, siapani?’ “Nishakah ni?” “Ya,ni siapa?” “Akulah Nisha, Laila, kau tak ingat aku ke?” “Laila, Laila mana?” “Laila Maznun” “Laila, mana kau dapat nombor pon aku ni?” “Aku minta dari Mak Timah isteri Pak Haji Suib” Nisha baru teringat dia ada memberi nombor telefonnya pada Mak Timah waktu dia balik kampung beberapa bulan yang lalu. “Kau macam mana sekarang, sambung belajar lagi ke?” “Aku sambung tingkatan 6 di sekolah yang sama, tapi nantilah kita cakap pasal ni, aku ada benda lain nak beritahu kau, kredit aku tak banyak ni” “Ok, aku cal kau balik” Nisha memutuskan taliannya kemudian mendail semula panggilan tersebut. “Hah Laila, apa benda yang kau nak beritahu aku?” “Dah hampir sebulan aku dan Tok Guru Budin cuba cari kau, Mak tiri kata kau dah lama larikan diri ke KL” “Lari, bila masa aku lari, bukankah aku beritahu dia aku pergi cari kerja?” “Tok Budin suruh aku dan kau ikut perlawanan silat antara negeri, seperti biasa kitakan pasangan tempur yang hebat”. “Tapi kan Melati ada, dia boleh jadi pasangan kau?” “Tok nak kau untuk wakil individu, kau kan yang terhebat dan anak murid Tok Musa”. “Tengoklah nanti” “Kau nak tengok apa, perlawanan tu esoklah, kau kena fikir dan buat keputusan sekarang, sebab perlawanan tu bukan kat sini” “Di mana?” “Alor Star, Kedah” “Kita jumpa kat sanalah esok” “Ai, senangnya kau cakap kau fikir kedah tu dekat ke?” “Memanglah dekat sebab sekarang aku kat Kedahlah ni” “Kau biar betul Nisha” “Ya, ok esok aku beri jawapannya, bye” “Bye” “Nisha, macam mana boleh ada atas tu? jadi Nisha yang lontar abang dengan kulit rambutan tadilah ya” Qhairul kemudian menegurnya. “Panjatlah”, kemudian dia menyambung makan buah rambutan yang ada di tangannya kemudian merebahkan badannya di atas dahan pokok tersebut. “Nisha turunlah, nanti jatuh” Qhairul memujuk gadis itu supaya turun, Nisha mengeleng-gelengkan kepalanya. “Nisha tak nak turun, Nisha nak abang naik” Qhairul agak bengang dengan permintaan Nisha. “Kalau bab-bab panjat memanjat ni abang seramlah sayang” “Please bang, temankan Nisha atas ni” “Abang sebenarnya fobia nak panjat tinggi sebab abang pernah jatuh dulu” Qhairul cuba mereka cerita untuk mengelak Nisha dari terus memaksanya. “Awas! kalau abang tipu Nisha, tahulah Nisha nak buat macam nanti” Nisha kemudian perlahan-lahan turun dari pokok tersebut. “Siapa cal tadi?” “Laila, kawan sekolah Nisha dulu” “Kenapa?” “Saja, tanya khabar”Nisha enggan memberitahu hal yang sebenar pada Qhairul. Bab 50 Kemunculan Tengku Putera Faridhuddin bersama tiga tokoh korporat yang amat dikenali dan rombongannya mengejutkan pihak pengajur perlawanan tersebut. Tengku Farid dan rombongan dijemput duduk sebaris dengan tetamu VIP yang hadir ketika itu. “Abang, Nisha nak jumpa kawan sekejap” sambil mulutnya menunjukkan ke arah Laila yang sedang melambaikan tangan ke arahnya” “Kawan sayang tu ikut bertanding ke” tanya Qhairul. “Ya”,Nisha terus berlalu meninggalkan Qhairul dan yang lain-lain. “Macam mana Nisha, kesihanlah dengan Tok Budin, Melati bukannya tak bagus tapi kakinya baru lepas terseliuh, masih sakit lagi”jelas Tok Budin. “Jadi Tok mahu saya ambil untuk acara individu dan tempurlah ni, Nisha dah lama tak buat latihan tok” jawabnya agak bimbang. “Tapi Tok yakin Nisha boleh, kalau Nisha tak nak tok rasa bahagian perempuan negeri kita akan kalah.Nisha masih ada masa nak buat latihan sikit sebab kita peserta kelima” jelas Tok Budin lagi. Qhairul, Zamree dan Tengku Farid memerhati Nisha yang sedang berbual dengan Tok Budin dan Laila yang ketika itu berada di tempat para peserta. Majlis dimulakan dengan persembahan silat Tari Hulubalang Melayu oleh persilat jemputan diiringi paluan rebana berserta alatan bunyian gendang, gong, serunai dan lain-lain menambah keindahan silat ketika dipersembahkan. Nisha kembali ke tempat duduknya di antara Qhairul dan Tengku Farid. Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh yang mulia Sultan Kedah. Perlawanan antara acara lelaki dan perempuan dibuat secara berselang seli. “Peliklah silat ni ada macam-macam nama, langkahnya tak sama jugakkah” “Memanglah bang, kalau dari Pahang biasanya silat gayung laksamana, Di Kedah ni biasanya silat cekak, kalau Selangor biasanya silat lincah dan Johor kalau tak silat sendeng dia orang guna silat pukulan 7 hari” sahut Nisha sambil menerangkan jenis-jenis silat kepada Qhairul. Qhairul dan Tengku Farid agak terkejut mendengar pengetahuan Nisha tentang nama-nama silat. “Kalau Melaka?”soal Tengku Farid. “Melaka selalunya silat gerak tepat Melaka”jawab Nisha selamba. “Macam mana Nisha tahu pasal nama-nama silat ni?” tanya Qhairul seperti tidak puas hati dengan jawapan Nisha. “Tok Guru Musa yang beritahu Nisha pasal semua nama silat-silat ni, dia orang kampung Nisha saudara Tok Haji Suib” jawab gadis itu sambil matanya tertumpu pada peserta silat wanita dari negeri Pahang yang baru tampil ke gelangang. “Nisha pandai silat ke?” “Taklah pandai sangat, adalah belajar sikit-sikit tapi kalau nak tumbangkan abang tak da hal kot” Qhairul tergelak mendengar kata-kata yang disangkanya gurauan itu. “Kalau Nisha boleh kalahkan persilat perempuan Pahang ni baru boleh tumbangkan abang”sambil mulutnya muncung ke arah persilat wanita dari negeri Pahang yang sedang beraksi ketika itu. “Abang cabar Nisah ke?” “Ya, kalau nak tumbangkan abang kena tumbangkan persilat wanita tu dulu” bisik Qhairul ke telinga Nisha. “Mentang-mentanglah perempuan tu wakil negeri Pahang. Perempuan tu guna silat gayung laksamana je lah bang, tak hebat manapun” balas Nisha sambil matanya ligat memandang ke satu arah. Dari jauh Laila memberi isyarat seolah-olah memujuknya. “Ok, Nisha nak jumpa seseorang, Nisha pergi sana sekejap” “Pergi mana?” “Nak masuk pertandingan ni, Nisha tak nak Melaka kalah oleh negeri Pahang” katanya agak perlahan ke telinga Qhairul. “Nisha ni kenapa, abang gurau ajelah tadi” “Abang tunggu giliran negeri Melaka nanti, jangan lupa rakam persembahan Nisha nanti tau” dengan senyuman dia berlalu meninggalkan tempat duduknya. Beberapa pasang mata memandang ke arah gadis itu ketika ia menuju ke tempat peserta yang menunggu giliran. Setelah berbincang sesuatu, Nisha ditemani Laila pergi ke bilik persalinan. Dia menukarkan pakaian dengan sepasang baju silat yang digunakan untuk peserta negeri Melaka yang dibuat daripada kain songket unggu bersulam benang emas. Mereka keluar dari bilik tersebut kemudian menemui Tok Guru Budin. Tok Guru Budin memberi taklimat sedikit kepada mereka berdua. “Tok Budin tahu Nisha mampu sebab Nisha adalah anak murid kesayangan Tok Guru Musa, jangan kecewakan Tok Guru Musa ya nak” Nisha mengangguk lalu tersenyum. “Nisha ke mana Rul?”tanya Zamree yang duduk di sebelahnya. “Dia nak masuk perlawanan ni” “What, kau biar betul Rul” “Aku pun tak tahu nak cakap macam mana, dia dah pergi lapor diri” Zamree seperti tidak percaya apa yang didengarnya begitu juga dengan Tengku Farid. Untuk Silat tangan kosong individu, Nisha akan mempersembahkan Gayung Fatani, bunga silat yang paling diminati oleh Nisha. Bunga silat ini merupakan bunga silat yang paling cantik tapi paling lama untuk dikuasai. Bahagian tempur Nisha dan Laila akan mempersembahkan silat gerak tepat Melaka. Giliran Nisha masuk ke gelangang apabila diumumkan giliran peserta perempuan dari negeri Melaka. “Betul ke apa yang Nisha buatni?” kata hati kecil Qhairul, Zamree dan Tengku Farid. Datuk Wazir juga terkejut melihat Nisha masuk ke gelanggang kecuali Datin Roziah sebab ia tahu sebelum ini Nisha pernah memenangi perlawanan silat untuk seluruh negeri Melaka bawah 18 tahun. Qhairul terus bangun dan bergerak lebih dekat dengan gelangang dan terus menumpu lensa ke arah Nisha. Dengan iringan muzik rebana beserta pukulan gendang, gong, serunai dan lain-lain, Nisha mula mendatang sembah di hadapan Sultan Kedah, kemudian para hakim yang terdiri dari guru-guru silat dari perguruan silat seluruh Malaysia. Nisha mula membuka tari dan jurus silat gayung fatani yang setakat ini tiada peserta yang mempersembahkan silat tersebut. Persembahan gadis comel ini begitu memukau setiap mata yang memandang. Setiap tari dan jurus dipersembahkan dengan begitu rapi dengan gerak yang lembut tetapi kemas. Qhairul, Tengku Farid, Zamree dan Wazir seolah-olah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Panel hakim kelihatan berbisik-bisik. Selesai persembahan individu, Laila tampil ke gelangang untuk persembahan acara tempurnya bersama Nisha. Walaupun tanpa latihan bersama Nisha sebelum pertandingan kali itu, gandingan Laila dan Nisha dapat menghasilkan satu sesi tempur yang cukup hebat dan memukau mata yang memandang persembahan mereka ketika itu dan berakhir dengan penutup yang cukup sempurna, Laila rebah oleh pukulan siku 12 dan cimande dari Nisha. Penonton akhirnya memberi tepukan yang gemuruh.Tok Guru Budin cukup puas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Nisha dan Laila. Selepas persembahan, sementara menunggu persembahan untuk setiap negeri selesai, Nisha berbual dengan Laila di tempat duduk peserta. “Kau makin cantik, kau buat apa di KL Nisha?” tanya Laila sambil melihat wajah Nisha yang kelihatan makin cantik di matanya. “Sementara tunggu result dulu aku kerja di sebuah syarikat, sekarang aku belajar di UM” jawab Nisha menceritakan kisahnya sebelum itu. “Kau masuk U, macam mana kau boleh terus sambung U, sedangkan kau tak masuk tingkatan 6 ataupun matrik, kau ambil bidang apa?” tanya Laila seperti tidak percaya dengan cerita Nisha. “Law, ada kawan yang tolong uruskan kemasukkan aku, kalau kau tak percaya kau tanya Cikgu Roziah tu, dia ada bersama aku sekarang”. “Ya ke?Kau kat Kedah ni buat apa?”tanya Laila lagi. “Aku ikut rombongan kembara masuk kampung di setiap negeri di seluruh Semenanjung bersama abang-abang angkat aku, lepas ke Perak nanti kami akan ke Melaka, singgah di kampung kita” beritahu Nisha sambil tersenyum. “Hai sayang, tak nak balik ke sana ke?” Qhairul muncul lalu duduk di kerusi yang kebetulan kosong di sebekah Nisha” “Abang ni terkejut Nisha tau, Nisha nak berbual dulu dengan Laila kawan lama Nisha ni” Qhairul tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. “Siapa mamat ni Nisha, handsem giler”bisik Laila ke telinga Nisha. “Kau jangan nak gatal, boy friend akulah” bisik Nisha pula. “Untung kau, mana kau jumpa” bisik Laila lagi. “Kat KL lah, dia bos syarikat tempat aku pernah kerja sebelum ni” balas Nisha lagi. “Ehem..apa bisik-bisik ni, kutuk abang ke sayang?” “Tak dalah, abang ada ambil video Nisha tadi tak?” “Of course, nak tengok ke, ni abang tunjukkan” sambil tangannya menekan butang pada handycam di tangannya. Nisha dan Laila melihat semua rakaman persembahan mereka sebentar tadi. “Sayang hebat tadi, abang rasa tak percaya, berapa lama sayang belajar silat?” “Sejak umur 8 tahun, kalau abang nak tahu Nisha masuk bertanding sejak dari umur Nisha 9 tahun lagi dan Nisha tak pernah kalah tau”. “Kenapa sayang tak pernah pun cerita pada abang sebelum ni” tanya Qhairul sambil memeluk bahu Nisha. “Dalam ilmu persilatan ni kita ada patang larangnya bang, tak boleh tunjuk-tunjuk dan beritahu pada orang lain tentang ilmu kita ada” balas Nisha sambil tersenyum. “Lelaki yang cakap dengan Nisha tadi tu guru Nisha ke?” “Guru Nisha dah tak da, dia meninggal 2 tahun lepas, yang tadi tu Tok Guru Budin, anak kepada Tok Guru Musa, guru Nisha” Qhairul menganggukkan kepala setelah mendengar penjelasan Nisha. “Berapa jenis silat Nisha belajar?” “Adalah juga berjenis-jenis tapi yang Nisha dapat kuasai sepenuh macam Silat Gerak Tepat Melaka, Silat Sendeng, Silat Lincah, dan dua tiga jenis Silat Gayung” “Wow..hebat jugak rupanya sayang abang ni” “Bolehlah jugak untuk keperluan waktu kecemasan” Nisha sebenarnya antara anak murid Tok Guru Musa yang terbaik dan paling disayanginya. Tok Guru Musa sayangkan Nisha kerana sikapnya yang tidak sombong dan tidak suka menunjuk-nunjuk tentang ilmu yang dimilikinya menyebabkan Tok Guru Musa tidak keberatan menurunkan ilmu dan memberikan tunjuk ajar. Nisha menjadi anak murid terpilih untuk Tok Guru Musa menurunkan jurus-jurus tertentu dalam seni persilatan. ”Boleh ajar abang semua tu ke?” Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul. “Abang serius kah ni?”sambil menjerling Qhairul di sebelahnya. “Yes, abang nak berguru dengan sayang” Nisha menyambung gelaknya yang masih bersisa. “Kalau nak berguru dengan Nisha syaratnya berat tahu tak” bisiknya ke telinga Qhairul. Qhairul mengerutkan dahi setelah mendengar bisikan Nisha. “Apa syaratnya sayang” berbisik perlahan di telinga Nisha. “Nisha tak nak cakap sekarang, tunggu tiba di Melaka nanti” walaupun tidak puas hati mendengar jawapan Nisha namun Qhairul tersenyum sendiri.. “Laila, kau tahu tak cikgu Roziah dah kahwin” Nisha memandang Laila yang membisu di sebelahnya. “Tak, kan dia dah berpindah mengajar di sekolah lain” “Ya, aku tinggal dengan dia sekarang, sekarang Cikgu Roziah dah jadi Datin Roziah kau tahu tak sebab suami dia kahwin dengan datuk” “Ya ke, bertuah jugak Cikgu Rozi tu ya, walaupun lambat kahwin tapi bila kahwin terus jadi datin” sahut Laila sambil mencuri pandang melihat ketampanan teman lelaki Nisha. Hatinya cemburu melihat lelaki itu begitu mesra dengan Nisha. “Nisha, kau nak balik Melakakan?” “Ya, kenapa?” “Kat kampung kita tu, ada orang buat sebuah rumah besar dan cantik macam istana, mak aku cakap rumah tu dibina atas tanah ibu kau” “Apa, kau biar betul Laila, ada orang beli tanah ibu aku ke?” Nisha begitu terkejut mendengar berita yang disampaikan oleh Laila. “Mungkin juga Nisha, rumah tu dah siap tapi tuan rumahnya belum ada, tapi dengar cerita tuan rumah jemput semua penduduk kampung datang ke majlis doa selamat pindah rumah hujung bulan ni, aku dengar semua orang kampung nak datang sebab semua ingin nak tengok dalam rumah tu dan anak jumpa dan tengok rupa tuan punya istana tu” air muka Nisha segera berubah mendengar cerita Laila. “Abang dengar tak apa kata Laila tu, semua impian Nisha hancur berkecai” suara Nisha kedengaran begitu sedih. “Tak pa sayang, balik Melaka nanti baru kita tahu cerita sebenar” sahut Qhairul mententeramkan perasaan Nisha. Dari nada suaranya Qhairul tahu Nisha sedang sebak ketika ketika itu. Setelah semua negeri membuat persembahan, majlis berhenti rehat dan akan disambung semula pada pukul 2 petang untuk penyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang. “Abang dah bincang dengan Tengku Farid, kita ambil hotel malam ni, esok kita bertolak ke Perak, jom dia orang tunggu kita tu” Qhairul mengenggam tangan Nisha kemudian berlalu meninggalkan Laila yang juga bergerak untuk makan tengah hari bersama peserta silat yang lain. “Tak sangka dinda ni persilat yang hebat, gerun kanda tengok persembahan dinda tadi”, “Nisha pun tak sangka bila sampai ke sini Nisha akan masuk pertandingan silat” sambil tergelak dia menghirup air sirap yang ada di depannya. Zamree tidak banyak bercakap dengan Nisha sejak peristiwa di air terjun semalam.Walaupun turut teruja dia cuma tersenyum pada gadis tersebut. Selepas daftar masuk di Hotel Regency di Bandar Alor Setar mereka terus makan tengah hari di restoran hotel tersebut dan selepas solat Zohor mereka kembali semula ke tempat pertandingan untuk mengetahui keputusan pemenang dan majlis penyampaikan hadiah. Apabila diumumkan Persatuan Seni Silat Gerak Tepat Melaka sebagai pemenang tempat pertama untuk kedua-dua ketagori pertunjukan seni silat tahun itu, Nisha dan Laila melonjak keriangan. Pemenang tempat pertama mendapat sebuah piala, pingat dan wang tunai berjumlah RM3500. Atas nasihat Qhairul, Nisha cuma mengambil pingat untuk dirinya dan wang tunai bahagiannya diserahkan pada Melati yang sepatutnya bertanding. Di Lumut Perak, Marlina dan keluarganya begitu gembira dan teruja menyambut kedatangan rombongan Tengku Farid. Rombongan tersebut diberi layanan yang istimewa sewaktu makan tengah hari di rumah tersebut. Balik dari rumah Malina, akhir semua bersetuju untuk menginap di Blue Bay Resort. Kali ini semua perginapan dua malam di Exterior hotel ditanggung oleh Qhairul. Setelah mendapat kunci bilik, semua bergerak ke bilik masing-masing dan cuma Nisha yang tertunggu Qhairul menyerahkan kunci biliknya. “Jom sayang..kita masuk bilik” Qhairul menegurnya bila melihat Nisha masih lagi duduk di sofa menunggu di lobi hotel tersebut. Nisha menoleh terus memandang wajah Qhairul. “Abang jangan nak buang tabiat, kunci bilik Nisha mana?” “Nisha kongsi dengan abang” balas Qhairul sambl tersenyum nakal. “Abang pilih je, silat Gayung ke atau silat Cekak” jawab Nisha sambil menjerling tajam pada Qhairul. “Dua-dua abang tak nak, abang nak silat cium dan silat peluk” “Menggatalnya, ni hah silat cubit” “Adoi! sakitlah sayang” “Mana kunci bilik Nisha?” “Bilik sayang sebelah bilik abang, jom” mendengar Nisha kemudian tersenyum dan dengan manjanya Nisha memeluk lengan Qhairul sambil sebelah tangannya menarik beg pakaiannya. Sampai di bilik hotel, menjadi rutin Nisha untuk memeriksa seluruh kelengkapannya. Semua pintu almari, kabinet dan peti sejuk dibukanya satu persatu, cuma satu pintu belum di buka, dia cuba menarik daun pintu tetapi berkunci. “Pintu apa ni, stor kot” Nisha bermonolog seorang diri. Nisha menghampiri balkoni lalu membuka pintu kaca balkoni tersebut. Dari tingkat 10 bilik hotel itu Nisha memandang ke bawah, manusia yang sedang berenang di kolam nampak sekecil semut. Nisha gelak sendiri, rasa gayat menguasai hatinya. “Sayang gelak apa tu?” Nisha agak terkejut bila mendengar suara lelaki menegurnya dari belakang. “Ya Allah, terkejutnya Nisha, macam mana abang masuk ni, kan pintu berkunci” tanya Nisha yang seperti keliru. “Pintu tu” “Maksud abang?” “Ya, abang sengaja ambil bilik ni untuk kita berdua, supaya abang boleh jumpa sayang bila-bila masa” jawab Qhairul sambil tersenyum nakal kemudian mendekati Nisha lalu memeluk pinggangnya dan mencium pipi gadis tersebut. “Abang, Nisha ada satu perkara nak beritahu abang” Nisha kemudian meleraikan pelukan lelaki itu lalu melontarkan pandangan jauh ke bawah. “Asalkan bukan tentang sayang nak tinggalkan abang” jawab Qhairul sambil merapati tubuh Nisha. “Tidak, kenapa abang terfikir sampai ke situ pulak, Nisha takkan tinggalkan abang” “Abang Zam, abang ingat tak waktu kita mandi sungai dekat air terjun di dusun rumah Anita” “Ya, kenapa dengan abang Zam?” Qhairul memandang tepat ke mata Nisha. “Abang Zam telah beritahu yang dia cintakan Nisha” Terdengar keluhan berat dari Qhairul, dia terus bergerak menuju ke pagar balkoni dan melontarkan pandangannya jauh ke pantai Teluk Batik yang terbentang luas. “Apa sayang beritahu abang Zam” “Nisha beritahu dia yang abang Zam dah mungkir janjinya yang menganggap Nisha cuma sebagai adik angkat sampai bila-bila” “Jadi lepas tu kenapa pulak dia ubah fikiran?” “Dia kata dia tipu dirinya sendiri, Nisha tak mahu lagi dengar kata-kata Abang Zam sebab tu Nisha tenggelamkan diri Nisha dalam air supaya Nisha tak dengar lagi kata-kata yang diiucapkan oleh abang Zam” Nisha turut melontar pandangannya jauh ke Pantai Teluk Batik. “Abang tak tahu nak cakap apa kerana apa yang abang takutkan selama ini dah menjadi kenyataan” Qhairul mengusap muka dengan kedua-dua belah telapak tangannya. “Bila Nisha ingatkan kata-kata abang Zam, Nisha jadi serba salah bagaimana cara Nisha nak tolak cintanya supaya hatinya tak terluka, Nisha memang sayangkan abang Zam tapi perasaan sayang seorang adik pada seorang abang” Kemudian Nisha memandang ke bawah seperti cuba mencari jalan penyelesaian bagi pemasalahan itu. “Kalau Nisha ni dibuat di kilang, abang akan suruh kilang tu buat dua lagi, satu untuk Zam dan satu untuk Ku Farid, kan senang macam tu” satu cadangan dari Qhairul yang buat Nisha tergelak. “Atau kita cari saintis untuk buat klon Nisha” “Tapi bahaya jugak sebab silap-silap haribulan nanti abang tercium isteri orang lain” “Abang jangan buat lawak lagi boleh tak, Nisha dah tak larat lagi nak gelak” “Ok..ok..abang pun tak nak gelak lebih-lebih nanti berdosa pulak” sambil merapati semula gadis tersebut dan menarik tangannya supaya masuk ke bilik. “Sayang tetap milik abangkan” lalu tangannya merangkul kemas pinggang gadis tersebut. “Ya bang, hanya abang yang ada di hati Nisha, sejak dulu, kini dan selamanya” terus tangannya membalas pelukan lelaki itu. “Nisha sanggup hidup susah dan senang, suka dan duka bersama abang?” sambil tangannya mengusap lalu mencium kepala gadis itu dengan penuh kasih sayang. “Ya, Nisha janji akan lalui semuanya bersama abang, dan Nisha nak abang juga janji dengan Nisha yang abang tak akan tinggalkan Nisha sampai bila-bila”, “Ya sayang, sayang adalah nafas abang ,sayang adalah oksigen yang mengalir dalam darah abang, tanpa sayang abang tak boleh bernafas dan kalau boleh abang nak terus hidup tak nak berpisah dengan sayang walaupun seminit” Setiap degup dan hembusan nafas Qhairul jelas kedengaran di telinga Nisha bila kepalanya dirapatkan ke dada bidang lelaki itu. Qharul mencium kepala Nisha berkali-kali. Nisha merasa begitu selamat dalam dakapan penuh kasih sayang Qhairul. Telefon bimbit Qhairul tiba-tiba menyanyi. “Hello Rul, kau kat mana tu, aku dan Ku Farid tunggu di cafe luar mesyuarat last sebelum kita ke Melaka”. “Ok, beri aku masa 10 minit, aku on the way ke situ” Terus menamatkan panggilan. “Ok sayang, abang nak jumpa Zam dan Ku Farid, sayang rehatlah ya” sebelum berlalu Qhairul mencium kedua belah pipi Nisha. Sudah dua kali Yasmine Hana mengunjungi banglo Puan Sri Datin Hajar dalam minggu itu dengan harapan boleh berjumpa dengan Qhairul tapi harapannya hampa. “Entahlah Yas, untie pun tak tahu ke mana dia pergi cuma untie dapat tahu dia dan Zamree bercuti selama sebulan” beritahu Puan Sri Datin Hajar. “Macam mana dengan Yas, kan untie janji nak tolong Yas pujuk Qhairul” Puan Sri Datin Hajar hanya diam mendengar kata-kata Yasmine. Dia dah beberapa kali bercakap dengan Qhairul tapi Qhairul tetap tidak berubah. Gadis itu telah mengunci pintu hati Qhairul untuk menerima gadis lain. Qhairul bukannya anak kecil yang berumur 10 tahun yang boleh dipujuk-pujuk atau digertak malah kini Qhairul pula yang mengertak mamanya sekiranya dia diberi pilihan. “Setakat ni untie tak dapat nak tolong Yas sebab Qhairul dah ada segala-galanya”. “Maksud untie” Yasmine semakin resah. “Qhairul sudah mempunyai kehidupan sendiri, sudah ada kuasa dan harta, dia tidak kisah sama ada untie setuju atau tidak Qhairul akan bertindak mengikut apa yang difikirnya betul demi kepentingan dirinya” balas Puan Sri Datin Hajar yang mula hilang keyakinan diri untuk membantu Yasmine Hana.. Dari maklumat yang diperolehinya, kini perempuan yang dicintai Qhairul hidup dalam telaga emas, Qhairul telah membelikan sebuah kereta mewah bernilai lebih sejuta ringgit untuk wanita tersebut. Rancangan untuk melaga-lagakan ketiga-tiga lelaki yang mempunyai hubungan dengan gadis tersebut pun tidak menampakkan hasil. Malah gadis itu semakin ditimbuni kemewahan dan kesenangan dan hubungannya dengan ketiga-tiga lelaki hebat tersebut semakin akrab “Kau kenapa ni Yas, kau belum dapat lagi ke burung kau tu?” Lizawatie jelas nampak kemurungan di wajah Yasmine Hana. “Makin terbang jauh Liz, sekarang aku tak tahu dia pergi mana, sekarang aku dengar cerita dari orang gaji rumahnta, Qhairul bawa perempuan tu pergi melancong seluruh negara” sahut Yasmine. “Mereka pergi berdua saja ke?” “Tak, bersama Zamree dan Datuk Wazir dan sebenarnya dia orang ikut rombongan ekspedisi Putera Mahkota” beritahu Yasmine Hana lagi dengan nada yang jelas tidak bersemangat. “Kalau tak silap, aku ada terbaca dalam surat khabar tentang ekspidisi Putera Mahkota ni, tak sangka pulak dia orang dalam rombongan tu” beritahu Lizawatie pula. “Dari sumber-sumber yang aku dapat, Qhairul memang cinta giler dengan perempuan tu” Wajah Yasmine Hana semakin merah mendengar maklumat yang disampaikan oleh Lizawatie. “Sekarang aku rasa ini saja jalan terakhir aku” Yasmine Hana memandang tepat ke wajah Lizawatie. “Jalan terakhir!, apa dia?” “Kau ada kenal mana-mana bomoh yang boleh dipercayai tak?” jalan terakhir yang telah lama difikirkannya selama ini. “Orang yang berpelajaran macam kau percaya bomoh juga kah Yas” “Tak salahkan kalau aku nak uji kerja bomoh ni betul atau tidak”Jawab Yasmine Hana sambil tersenyum sinis. “Kau nak bomohkan siapa, Qhairul?” “Tak, yang perempuan tu, aku nak dia rasa sakit, seksa dan kalau boleh lenyap dari muka bumi ni” sahut Yasmine seperti sudah nekad dengan keputusannya. “Berurusan dengan bomoh ni banyak risikonya Yas, kalau silap kita yang akan kena balik” sebagai seorang kawan Lizawatie cuba mengingatkan Yasmine. “Aku sedia tanggung risiko, kalau aku tak dapat Qhairul, Qhairul pun tak akan dapat perempuan tu” Lizawatie tersenyum mendengar kata-kata tegas dari Yasmine Hana “Untuk urusan ni kita terpaksa ke Utara, sebab di situ aku dengar ada seorang bomoh Siam yang hebat”. “Ok, kita cari informasi tentang perempuan tu dulu, bila dah dapat kita pergi sana, tapi ingat ini rahsia kita berdua, biar pecah di perut jangan pecah di mulut” Yasmine Hana merenung tepat pada wajah Lizawatie seperti memberi amaran yang tegas pada kawannya itu.

3 comments:

Anonymous said...

Cerita yang sangat menarik.

Unknown said...

best....tapi kenapa mesti ada bomoh.

Unknown said...

best....tapi kenapa mesti ada bomoh.