Wednesday, September 4, 2013

Izinkan Aku Terus Mencintaimu

-Prolog-

Nisha memerhati di setiap penjuru dan sudut bilik  yang pernah dikongsinya bersama arwah. Kini bilik tersebut menjadi bilik Ku Qhir satu-satunya zuriatnya dan kenangan paling bermakna yang ditinggalkan arwah kepadanya. Biarlah tersimpan segala memori di situ. Bauan pada pakaiannya mengingatkan Nisha pada bauan harum tubuh arwah yang pernah mendakapnya di setiap malam.  Potret perkahwinan mereka yang sedang tersenyum bahagia dan apa saja barang peribadi milik arwah masih tersimpan elok di tempat asalnya. Hanya suasana dan kenangan yang sentiasa tersimpan dalam bilik itu yang mampu mengubat segala rasa rindu yang tidak pernah padam di hatinya selama ini.
            Kadang-kadang di dalam bilik itulah dia terlena menemani si buah hati pengikat kasih yang kini sudah berusia tujuh tahun. Titipan bayangan di sebalik senyumnya dan renungan mata semakin jelas di wajah anak itu semenjak usianya semakin meningkat adalah pelepas rindu yang paling berharga yang dititipnya melalui anak itu. Dan sepucuk warkah yang menjadi objek kaku pelepas rindunya tidak pernah jemu ditatapnya berulang kali di kala kerinduan itu datang bertamu di hatinya.
            Isteriku tersayang…
Di kala warkah ini menjadi tatapanmu, diriku sudah berada jauh di dunia yang kekal abadi.
Diriku pergi bersama cinta dan kenangan indah kita bersama
Mungkin inilah penyudahnya perjalanan hidup ku
Sayangku kaulah segalanya untukku,
Kehidupanku tanpamu umpama dunia tanpa udara, bagai laut tanpa air, bagai siang tanpa fajar dan bagai   malam tanpa purnama
Sayangku,
Dari detik pertama mengenalmu sehingga malam terakhir dikau berada dalam dakapanku, itulah saat-saat  yang paling bahagia, terindah dan termanis dalam hidupku. Setiap hembus nafasku dan nafasmu, setiap denyutan nadiku dan nadimu kita bersatu. Ku mengingatimu di setiap hembusan nafasku kerana kau cinta teragungku. Cinta yang memberiku semangat untuk  terus hidup dan bertahan di dunia fana  ini.
Detik pertama mengenalimu pelbagai masa depan yang indah ku bayangkan. Kutemui  cahaya indah yang menjadi penyuluh jalan hidupku.
Sayangku,
Dikaulah kekuatan dan kelemahanku, dan kerana itu daku tak mampu bersendirian hidup di dunia ini tanpamu. Berjauhan darimu semangat ku bagaikan lumpuh, lemah dan tak bermaya. Meninggalkanmu bererti terpisah jasad dari tubuhku. Tiada lagi sinar yang ku harapkan dan tiada lagi impian yang kudambarkan.
Duduk di singgahsana sehari bersamamu cukup membahagiakan. Walaupun jasadku hancur dimamah Bumi namun  rohku akan tersenyum mengingati kemanisan hidup ketika bersamamu.
Sayangku…Sebut namaku sekiranya sayang  mengingatiku
Bayanganku kutitipkan di wajahnya. Tataplah senyumannya kerana ku kirim senyumku di bibirnya. Renungilah matanya kerana di situlah dirimu akan  melihat renunganku dan bayangkan aku ketika dikau membelai dan memeluknya. Ciumlah dia dengan ciuman sayangmu yang pernah menyentuh wajah dan bibirku.
Kirimkan salam rindu, cinta dan kasih sayangmu pada bayu laut yang bertiup kerana ia akan menyampaikan segala pesanan rindumu dan cintamu padaku.
Dan aku akan hadir dalam mimpi mu jika dikau merindui belaian kasih sayangku
Sayangku, rinduku dan cintaku segalanya adalah untukmu kerana kaulah kekasihku
Dan aku tak pernah berhenti mencintaimu- TF.

Cinta adalah satu anugerah tuhan yang paling indah untuk manusia. Cinta adalah satu perasaan yang tersimpan jauh di dasar hati seorang. Ia akan muncul sendiri dan manusia tidak boleh mengawalnya. Cinta itu juga boleh datang dan cinta juga boleh pergi namun ada cinta yang dibawa sampai ke mati. Bertapa hebat cinta Romeo dan Juliet, Caesar dan Cleopatra, Shah Jehan dan Mumtaz, Laila dan Majnun, tapi kebanyakkan  berakhir dengan kematian serta kesedihan. Cinta juga perlukan pengorbanan. Sama ada kecil atau besar pengobanan itu ia tetap akan berlaku. Kesetiaan, kebahagiaan, kasih sayang, kerinduan, cemburu, kekecewaan dan kesedihan adalah inti dalam sebuah cinta. Cinta kadang-kadang itu buta, tak kenal siapa, tak kenal rupa, tak kenal usia dan kadang-kadang ada cinta yang membahagiakan dan ada cinta yang menyeksakan. Pelbagai ungkapan kalau hidup tanpa cinta, umpama  siang tanpa malam, malam tanpa purnama, siang tanpa kejora, lauk tanpa garam,  lagu tanpa irama atau tari tanpa muzik. Ada cinta yang hadir kerana budi, ada cinta bila mengenali, ada cinta yang terpaksa dinanti, ada cinta yang tak pasti dan ada cinta yang perlu dicari. Keagungan sebuah cinta suci bila manusia telah saling mengenali, saling memahami dan saling menjaga hati. Namun mencintai tak seharusnya memiliki. Tapi perlu diingati manusia jangan terlalu taksuf pada cinta manusia kerana hanya cinta padaNya saja yang kekal abadi.
Nisha terus mengelamun setelah membaca baris-baris yang tertulis pada muka depan buku bertajuk ‘Mengenal Cinta Sejati’ yang belinya semalam. Dari balkoni bilik itu dia membalas lambaian tangan suaminya yang berada di pantai mengajar seni taekwondo kepada ketiga-tiga anak lelaki mereka  Putera Qayyum yang berusia 10 tahun, Tengku Qhir berusia 7 tahun dan  dan Putera Qhadry anak bongsunya yang baru berumur 4 tahun. Puteri Qurratun’ain satu-satu anak perempuannya yang berusia 10 tahun sering menghabiskan musim cuti sekolahnya menemani nendanya.
Bab 1
29 TAHUN YANG LALU
Qhairuddin Zhabir Khan  memandang penuh kasih wajah isteri yang dinikahinya 5 bulan yang lalu. Gadis keturunan Baba Nyonya dan Jepun yang cuma mempunyai seorang datuk yang telah uzur  setelah kematian kedua orang tuanya yang terlibat dalam kemalangan jalan raya dua tahun yang lalu. Jodoh bermula apabila kedai karpet miliknya bersebelahan dengan  kedai runcit milik keluarga isterinya. Setiap hari berpandangan akhir melahirkan bibit-bibit cinta dan mengheret  mereka ke gerbang perkahwinan. Lima bulan setelah mendirikan rumah tangga, pasangan tersebut dikerniakan rezeki Siti Zulaikha akhir mengandung anak pertama mereka.
“Abang.., Siti selalu mimpi arwah mak Siti hidangkan sayur bunga teratai putih untuk Siti, boleh tak abang carikan bunga teratai putih untuk Siti” Siti Zulaikha  memandang wajah suaminya dengan harapan suaminya mampu menunaikan keinginannya yang satu itu.
“InsyaAllah sayang, esok abang  cuba dapatkan bunga teratai putih tu, kita tidur dulu ya” Rutinnya sebelum terlelap  satu ciuman penuh kasih mendarat ke dahi isterinya.
Keesokanya kecoh sekampung bercerita tentang Siti Zulaikha mengidam bunga teratai putih dan Si Uddin Pakistan suaminya sibuk ke sana ke mari mencari bunga tersebut. Mujurlah di dalam kolam belakang rumah  Mak Teh tumbuh teratai putih yang sedang berbunga.
“Udin cari bunga bunga teratai putih untuk buat sayur” Haji Suib yang sudah lima belas tahun menjadi ketua Kampung Pantai Putih turut menyampaikan cerita itu kepada isterinya.
 “Boleh buat sayur ke bunga tu bang?, nasib juga waktu saya mengandung kesemua  anak kita dulu tak  mengidam benda-benda yang pelik macam tu.” ujar Mak Timah selepas mendengar cerita pelik yang disampaikan oleh suaminya. Walaupun cerita itu memang luarbiasa tapi Haji Suib tidak menyambung lagi cakap isterinya.
Pada tanggal 1.9.1991  malam Jumaat, di saat menunggu kelahiran  seorang bayi, Kampung  Pantai Putih telah dilanda ribut taufan, kilat dan guruh sabung-menyabung. Ketika bayi itu dilahirkan tiada suara jeritan atau tangisan yang kedengaran. Tujuh hari selepas melahirkan anaknya Siti Zulaikha  bermimpi arwah ibunya menyuruhnya memandikan anaknya dengan air rendaman bunga teratai putih. Pelik tapi benar, suara anak itu akhirnya terkeluar selepas itu.
Malangnya setahun selepas itu, Siti Zulaikha pula jatuh sakit selepas Dato’nya meninggal dunia. Lebih menyayat hati selepas tiga tahu berperang melawan penyakitnya Siti Zulaikha akhirnya meninggal dunia. Qhairuddin tidak dapat menerima hakikat kehilangan Siti Zulaikha. Hidupnya seperti kehilangan arah. Makan minum juga sudah tidak terurus. Hidup anak gadis kecilnya juga turut terabai. Mak Timah sering mengambil Nisha yang waktu itu baru berumur empat tahun membawanya bermalam di rumah mereka apabila melihat Qhairuddin tidak dapat memberi perhatian kepada anaknya.
 Haji Suib menjodohkan Qhairuddin dengan anak saudara sepupunya Rogayah tapi malangnya Rogayah bukan seorang calon yang baik dan sesuai untuk Qhairuddin dan ibu kepada anaknya. Rogayah lebih pentingkan harta benda dan wang ringgit Qhairuddin tapi mengabaikan tanggungjawabnya terhadap Qhairuddin dan anaknya. Hidup Qhairuddin semakin teruk bila hartanya dan harta arwah isterinya sudah dihabisi oleh Rogayah. Kerana desakan untuk mendapatkan ketenangan Qhairuddin akhirnya mula memperhambakan  hidupnya dengan dadah. Hidup Nisha pula terus terabai dan sering menjadi mangsa kekejaman Rogayah ibu tirinya.
“Kesihan budak tu bang, sampai dua hari tak makan” sambil menceritakannya  Mak Timah memandang wajah suaminnya.
“Saya tak sangka Si Gayah boleh jadi sekejam tu, menyesal saya jodohkan  Uddin dengan  Gayah tu, awak tolong-tolonglah lihatkan budak Nisha tu” sahut Haji Suib selepas mendengar cerita yang disampaikan oleh isterinya .
“Ya bang, tadi pun saya baru lepas beri dia makan, saya nampak budak tu macam kelaparan je. Bila saya tanya Nisha katanya sudah beberapa hari Gayah tak tinggalkan apa-apa makanan pada bila dia balik dari sekolah” balas Mak Timah pula.
Hampir setiap hari Nisha menumpang makan di rumah Mak Timah kerana orang tua itu yang sering menunggu dan menahannya ketika dia balik dari sekolah. Pakaian sekolah yang digunakan sejak dia melangkah ke alam persekolahan sejak darjah satu lagi  adalah derma ehsan Mak Timah yang menyediakan untuknya begitu juga keperluan lain seperti beg sekolah dan peralatan tulis.
Walaupun Qhairuddin sepatutnya berterimakasih kepada Haji Suib dan isterinya kerana mengambil berat kepada anaknya namun kadang-kadang tekanan perasaan dan rasa malu serta pengaruh dadah membuatkan kadang-kadang lelaki itu bertindak di luar batasan.
Pernah suatau hari suatu hari balik dari rumah Mak Timah Nisha bertembung dengan ayahnya yang baru balik entah dari mana. Mata Qhairuddin  yang merah  merenung  tajam kepada anaknya. Rogayah yang berdiri di tingkap rumahnya tersenyum, dari nada dan wajah dia tahu lelaki itu sedang memarahi anak perempuannya walaupun dia tidak faham bahasa yang dituturkan oleh dua beranak tersebut.
“Kau datang mana?” tanya Qhairuddin, matanya yang merah menyala begitu menakutkan Nisha.
“Dari rumah Mak Timah ayah” sahut Nisha dengan suara yang terketar-ketar.
“Apa kau buat selalu sangat pergi situ?” tanya Qhairuddin lagi.
“Mak Timah bagi Muntaz makan” bergetar suaranya menjawab soalan ayahnya.
“Kau ni memang tak tahu malu, kenapa kau asyik merempat dan makan di rumah orang” suara lelaki itu semakin meninggi.
“Nisha lapar ayah” jawabnya dengan mata yang mulai digenangi air.
“Lapar!lapar!lapar! itu aje kat tahu. Mari sini aku bagi kau makan tali pinggang aku ni sampai kenyang”Qhairuddin terus menarik Nisha lalu memukulnya tanpa rasa belas kesihan.
“Maafkan Muntaz ayah, Muntaz tak buat lagi, tolong ayah! jangan pukul Muntaz ayah..sakit ayah” jerit tangis anaknya menahan kesakitan. Muntaz, itu nama timangan manja ayah untuknya. Nisha mengharapkan ada rasa belas dan simpati di hati ayahnya bila mendengar nama itu.
“Kau nak ke situ lagi tak lepas ni” tangannya masih lagi memberi beberapa pukulan di tubuh anaknya.
“Tak ayah, Muntaz  tak pergi situ lagi, Muntaz lapar tadi ayah, dah dua hari Muntaz tak makan”namun lelaki itu seperti tiada hati dan perasaan untuk belas kesihan kepada anaknya.
“Kalau kau pergi lagi lepasnya, aku akan bagi kau lebih sakit darini”  ujar Qhairuddin lalu menolak tubuh anaknya ke tanah. Rogayah yang sedang berdiri di tingkap terus tersenyum sumbing melihat perbuatan Qhairuddin memukul anaknya.
Kesan pukulan yang lebam dan membiru di tubuhnya menyebabkan Nisha hampir seminggu tidak datang sekolah kerana demam. Dia duduk terperuk di dalam biliknya tanpa makan dan cuma minum kosong yang disimpannya dalam sebiji botol plastik.
“Kau yang duduk terperap dalam bilik ni buat apa, pergi cuci pinggan mangkuk dapur tu. Aku nak ke pekan beli barang” ujar Rogayah itu sebelum dia meninggalkan rumahnya. Rumah yang terbina dari harga hasil gadaian tanah milik arwah ibu Nisha kepada Tauke Wong.
Nisha melangkah menuju ke dapur. Saki baki makanan yang dijumpanya sebelum mencuci pinggan dimakannya bersama linangan air mata. “Ibu..kenapa tinggalkan Nisha bu, hidup Nisha derita bu, ayah benci Nisha, tak da siapa sayangkan Nisha” rintihnya dalam hati sambil menyeka air mata yang mengalir keluar dari kelopak matanya .
“Nisha, mana kau nak?” terdengar suara Mak Timah memanggilnya.
“Nisha di dapur Mak Timah, cuci pinggan” jawabnya dengan nada suara yang sayu dan hatinya jadi terharu melihat kemunculan wanita itu.
“Lama Mak Timah tak nampak Nisha, Nisha sakit ke nak?” tanya Mak Timah lalu menghampiri gadis remaja sunti yang sedang mencuci pinggan di dapur.
“Nisha demam sikit Mak Timah, pening kepala sebab tu Nisha tak dapat pergi sekolah” balasnya sambil mengesat sisia air mata di pipinya.
“Ni Mak Timah bawa nasi dan lauk ayam kari. Nisha makanlah dulu sebelum mak cik dan ayah Nisha balik” ujar wanita itu lalu membuka bekas makanan yang dibawanya. Dengan senyuman yang terukir di bibirnya, Nisha menghentikan kerjanya lalu menikmati makanan yang dibawa oleh Mak Timah.
“Terimakasih Mak Timah, tak tahulah bila saya boleh balas jasa baik Mak Timah pada saya. Selagi saya hidup saya akan ingat jasa Mak Timah sampai bila-bila”sahutnya sambil terus menikmati makanan yang dibawa oleh wanita itu dengan berselera. Sayu perasaan wanita itu mendengar kata-kata Nisha kepadanya.
“Sabarlah Nisha, berkat orang yang bersabar, insyaAllah Nisha akan bertemu kesenangan dan kebahagiaan jugak  suatu hari kelak” ujar Mak Timah sambil memerhati Nisha yang begitu berselera  menikmati makanan yang dibawanya.
Sejak dua hari selepas menikmati nasi berlaukkan ayam kari yang disedekahkan oleh Mak Timah Nisha mula melalui lagi rutin hariannya. Menikmati sisa lauk sekiranya ada dijumpai di pinggan sebelum mencucinya, kalau tidak Nisha akan mengalaskan perutnya hanya dengan putik-putik buah jambu yang tumbuh di belakang rumah mak tirinya itu.
 “Muka kau pucat, kau demam lagikah Nisha?” tegur Laila  apabila menyedari  wajah Nisha kelihatan pucat sejak  tiba di sekolah pagi tadi.
“Taklah” tangannya membelek buku rujukan yang baru dipinjamnya dari  perpustakaan.
“Kita pergi kantin jom” Laila bangkit dari kerusi lalu menarik tangan Nisha mengajaknya ke kantin.
“Kau pergilah aku tak lapar, aku nak baca buku ni dulu”  itu alasan yang terbaik kerana malu mengakui dirinya  tiada duit walaupun perutnya memang tidak menerima apa-apa makanan sejak dua hari yang lepas dan hanya air kosong yang ada untuk memujuk perutnya setiap kali berdendang minta diisi.
“Ala! Nanti-nantilah kau baca buku tu, teman aku jap”  Kesihan melihat muka Laila Nisha akhir beralah lalu membuntuti Laila menuju ke kantin.
“Nisha..sini kejap” Cikgu Roziah melambai tangan kepadanya.
“Ada apa cikgu”
“Nak pergi mana ni?”
“Temankan Laila ke kantin”
“Belikan cikgu sebungkus gula-gula, bakinya Nisha ambillah buat belanja” Nisha memandang wajah Cikgu Roziah, wang sepuluh ringgit bertukar tangan.
“Cepat Nisha aku dah lapar ni” Laila menarik tangannya.
“Terimakasih cikgu, nanti Laila hantar dalam bilik guru”.
“Kalau saya tak ada nanti letak je atas meja” Nisha mengangguk lalu berlalu membuntuti Laila. Teralas juga perutnya dengan wang baki yang disedekahkan oleh Cikgu Roziah padanya hari itu. Cikgu Roziah satu-satu insan yang mengambil berat dan tahu kepayahan yang dialaminya selama ini. Selaku guru kelasnya memang kewajipan Cikgu Roziah bertanyakan masalah anak muridnya dan bermula dari situlah sejak tingkatan satu lagi dia rapat dengan cikgu wanita itu.
            Nisha  melangkah longlai keluar dari dewan peperiksaan setelah tamat menduduki  kertas terakhir peperiksaan SPMnya hari itu. Banyak perkara menyesakkan kotak fikirannya kini. Roziah tersenyum memandang ke arah pelajar harapannya tahun itu. Harapannya agar Nisha berjaya mengekalkan prestasi cemerlangnya seperti dalam percubaan SPM yang lepas. Dia mahu tahun terakhirnya sebelum berpindah dari sekolah menengah tersebut dia boleh melahirkan sekurang-kurang seorang pelajar yang betul-betul cemerlang. Itu antara janjinya kepada pengetua sekolah menengah tersebut. Segala harapannya bersandarkan pada Nisha. Roziah nampak kebolehan dan keistimewaan pelajar tersebut sejak dia mengenali dan mengajar Nisha di tingkatan satu lagi, sebab itu dia bertekad untuk mendekati Nisha dan  telah menganggapnya sebagai adik angkat.
“Hah…macam mana Nisha, boleh skor lebih baik tak?” sambil melemparkan senyuman manisnya pada gadis itu. Gadis itu membalas dengan sebuah senyuman yang agak tawar.
“Allamdulillah cikgu, insyaallah! sebab Nisha rasa soalanya lebih mudah berbanding soalan percubaan yang lepas” walaupun wajah gadis itu tidak  ceria semasa memberitahunya namun jawapan Nisha menambahkan keyakinan Roziah pada kemampuan gadis itu.
“Jadi, kenapa muka macam sedih je ni, macam tak ceria langsung” Roziah cuba menyelami perasaan anak muridnya itu. Nisha memandang wajah Cikgu Roziah sambil cuba mengukirkan sebuah senyuman walaupun dalam keterpaksaan demi menjaga perasaan wanita yang terlalu baik  pada selama ini. Cikgu Roziah sudah  mengenali latar belakangnya dan apa sahaja masalahnya. Keadaan itu membuatkannya  tidak kekok dan malu lagi meluahkan apa saja pada wanita itu.
Usianya semakin meningkat tapi belum bersuami, Nisha yang dianggapnya sebagai adik angkat banyak menemaninya ketika dia memerlukan teman. Banyak pertolongan yang telah dicurahkannya kepada gadis itu baik dari segi ilmu pengetahuan, tunjuk ajar dan nasihat maupun kebendaan. Hati amat tertambat kepada gadis tersebut bukan sahaja kerana Nisha seorang pelajar yang bijak dalam pelajaran tetapi gadis itu memiliki satu lagi keistimewaan yang amat didambar oleh  semua wanita. Gadis itu memiliki kecantikkan semulajadi yang boleh mencairkan setiap mata mata yang memandangnya. Sebagai seorang gadis yang semakin meningkat remaja kesempurnaan pakej yang  dimilikinya  boleh membawa gadis itu pergi jauh dalam hidupnya.
 “Sedih cikgu sebab lepas hari ini Nisha akan duduk 24 jam di rumah. Cikgu tahukan keadaan dan kehidupan saja” dengan nada yang lirih Nisha memberitahu sebabnya pada Cikgu Roziah.
“Sabar ajelah Nisha, Cikgu percaya mak tiri awak tu sebenar stress kerana perangai buruk ayah awak tu” walaupun Roziah sendiri turut rasa benci dengan sikap ibu tiri gadis itu.
“Tapi Nisha yang kena rasa semuanya” Nisha  melepaskan keluhannya. Air mata yang mula berlinangan disekanya perlahan dengan belakang tangan.
“Lepas ni  Nisha fikir nak kerjalah cikgu” lantas Nisha menyatakan hasrat hatinya kepada Cikgu Roziah. Wanita itu tersenyum setelah mendengar hasrat gadis itu.
“Awak nak kerja di mana Nisha, sijil SPM pun belum ada lagi, umur pun belum sampai 18 tahun, mana ada kilang nak terima budak yang di bawah umur untuk bekerja” cuba menyedarkan Nisha tentang perkara itu. Namun setelah mendengar kata-kata Roziah Nisha terus terfikir sesuatu.
“Kalau jadi pembantu rumah atau orang gaji tak perlu sijilkan cikgu” idea yang tiba-tiba muncul di fikirannya. Sayu hati mendengar soalan  Nisha. Pekerjaan itu memang tidak sesuai langsung dengan secantik Nisha.
“Nisha nak jadi orang gaji siapa, di mana?” soalnya Roziah sambil memandang wajah gadis itu.
“KL! Mesti ramaikan orang sana yang perlukan pembantu rumah?”.
“Awak nak pergi KL?” agak terkejut mendengar idea gadis itu.
“Yalah, kalau dah terpaksa” balas Nisha sambil mengangkat keningnya memandang Roziah.
“Nak ke mak cik dan ayah awak benarkan Nisha pergi?”
“Nisha tak nak fikir pasal tu. Nisha akan cari jalan untuk keluar dari rumah tu”
Cikgu Roziah mengelengkan kepalanya mendengar jawapan Nisha yang kelihatan seperti sudah nekad dengan keputusannya.
“Biar betul ni Nisha” Nisha cuma mendiamkan diri kemudian menganggukkan kepala.
“Cikgu ni bukan apa, cikgu risaukan keselamatan Nisha tapi kalau Nisha nekad jugak nak kerja di KL, cuma cikgu mahu Nisha teruskan belajar kalau dah dapat keputusan SPM nanti” Roziah tidak mahu gadis sebijak dan secantik Nisha terkandas dalam pelajarannya.
“Insyaallah cikgu, Nisha memang bercita-cita nak masuk universiti, tu je jalan untuk bantu diri sendiri”Roziah mengangguk setuju dengan pendapat gadis itu.
“Tapi kalau Nisha  betul-betul nak pergi KL nanti, carilah alamat ni” sambil menulis sesuatu atas sekeping kertas.
“Alamat rumah cikgu ke?”
“Ya, awak tentu tak ada sapa-sapa kat sana nanti? Tapi telefon dulu, sebab kadang-kadang cikgu ni kalau cuti sekolah selalu  pergi bercuti maklumlah sebatang kara, still single boring duduk kat rumah sorang-sorang” Nisha tersenyum mendengar kata-kata Roziah, dalam hati berbunga seribu impian untuk direalisasikan.
Sepanjang perjalanan menuju ke rumah, kepalanya ligat memikirkan sesuatu terutama tentang ideanya mencari kerja di Kuala Lumpur.
“Nisha..tunggu!” terdengar suara seseorang memanggilnya dari belakang.
“Hah..kau Laila, apa hal?” Laila berlari-lari anak mendekati Nisha, tercugap-cugap cuba menceritakan sesuatu.
“Ayah kau!”
“Kenapa dengan ayah aku?”
“Dia kena langgar kereta?” Nisha membutangkan matanya memandang Laila.
“Di mana?” tanyanya sambil menjeritnya, dia seperti hilang arah
“Dekat simpang jalan menuju ke kampung kita” mendengar jawapan Laila Nisha terus berlari menuju ke tempat kejadian, orang ramai telah mengerumuni tempat tersebut. Sekujur tubuh yang berlumuran darah seperti tidak mampu  lagi bergerak kelihatan berbaring di tepi jalan. Tanpa menghiraukan sesiapa Nisha terus menerpa mendapatkan jasad yang merah berlumran darah.
“Ayah…..jangan tinggalkan Muntaz ayah, Muntaz tak ada sapa-sapa lagi ayah” gadis itu terus  meraung bersama suara tangisannya .
“Muntaz…ma..maafkan ayah nak, ayah…” kata-kata yang tidak sampai ke penghujungnya terus tubuh yang lemah itu terkulai layu di pangkuan anaknya.
“Ayah…jangan tinggalkan Muntaz..ayah..”Nisha terus memeluk erat tubuh ayahnya yang sudah kaku dan tidak lagi bernyawa itu dengan ratap tangis yang tidak berhenti-henti.
Dunia yang tiada sampadan begitu kelam di pandangan mata Nisha. Tanpa ibu dan kini ayahnya pula pergi meninggalkan untuk selamanya, dalam sekelip mata statusnya bertukar menjadi seorang anak yatim piatu. Nisha tidak dapat membayangkan hala tuju hidupnya selepas itu. Dirinya kini bagai sehelai daun kering yang diterbangkan angin tanpa arah tujuan. Terus menumpang teduh di bawah bumbung rumah kepunyaan ibu tirinya, setiap hari dimaki dan di hina. Sebulan selepas ayahnya meninggal, Nisha masih lagi kesedihan walaupun ayahnya tidak memberi kasih sayang yang didambarkan olehnya namun sebagai seorang ayah dia tetap merindui ayahnya, apatah lagi bila menyedari hidupnya sudah menjadi sebatang kara.
“Kau tu Nisha, ayah kau ada ke, tak ada ke sama je, bukannya pernah jadi ayah yang bertanggungjawab, tak usah kau nak sedih-sedihkan  sangat” kata-kata mak tirinya cukup memilukan hatinya.
“Makcik, Nisha nak minta izin pergi cari kerja” Rogayah membalas tajam renungan anak tirinya.
“Hah! baguslah tu, aku pun bukan suka tengok muka kau ada kat rumah ni, menyemak je” Terkedu Nisha mendengar jawapan mak tirinya. Namun jauh di sudut hati bersyukur walaupun kata-kata wanita tidak sedap di denagr  tapi sekurang-kurang wanita itu tidak menghalang niatnya.
“Akak nak kerja kat mana?” suara manja Qhairil Amiri menegurnya.
“Tak tahu kat mana lagi dik” Walaupun layanan mak tiri amat teruk  padannya, namun Nisha tetap menyayangi adiknya Qhairil Amirin anak  ayah bersama Makcik Rogayah nyang baru berusia 6 tahun itu. Hubungan mereka dua agak rapat.
“Ril mesti sunyi kalau akak tak ada” tambah anak kecil yang masih terlalu naif untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dii sekeliling kakaknya.
“Nanti bila akak dapat gaji nanti, akak balik jumpa adik tau, nanti akak beli mainan untuk adik” Nisha memujuk adiknya sambil mengusap perlahan-lahan kepala Qhairil Amirin.
“Ehh..tak payah nak balik-balik, kau kirim je duit kalau kau ingat kami di sini” sampai begitu sekali kebencian wanita itu  pada anak tirinya. Nisha cuba menulikan telinganya mendengar kata-kata mak tirinya.
“Akak jangan lupa adik tau!”
“Ya! akak takkan lupa adik, akak sayang adik, hanya adik saudara akak kat dunia ni” walau  seteruk manapun penerimaan mak tirinya dan kebencian wanita itu kepadanya namun pertalian darah tetap tidak boleh dinafikan dan itulah yang membina rasa kasih dan sayangnya pada Qhairil Amirin.
Hampir dua bulan selepas ayahnya kembali ke rahmatullah, alamat dan nombor telefon yang diberi oleh Cikgu Roziah ditatapnya sambil tersenyum. Berbekalkan wang tabungnya sebanyak RM180 ringgit, Nisha memulakan langkahnya menuju ke stesyen bas  untuk ke Kuala Lumpur, bandaraya metropolitan yang menjanji suka duka kehidupan manusia.

Bab 2

            Maklumat yang disampaikan oleh Zizie setiausahanya membuatkan  Qhairul terus menghubungi Zamtee.
“Zam, pukul 4 nanti aku ada appointment dengan Mr.Lim dari Hong Kong,  aku tak dapat jumpa dia petang ni sebab pukul 3 aku kena pergi KLIA  tunggu samabut Mr.Sesuki yang akan tiba petang ni. Kau gantilah tempat aku sementara aku bereskan semua urusan dengan Mr.Sesuki”. Sebagai s CEO memang segala urusan adalah di bawah arahannya.
              “Ok, aku  pun nak ke bank sebelum lunch nanti, nak keluarkan sikit wang untuk sedekah bagi pihak arwah mama aku pada rumah anak-anak  yatim Nur Aman, tapi kali ni aku bagi mereka sumbangan dalam bentuk cash money untuk anak-anak yatim di situ” beritahu Zamree tentang sebahagian dari urusan personalnya petang itu.
            “Aku harap kau dapat kata putus yang positif dengan Mr.Lim nanti” ayat akhir Qhairul sebelum menamatkan panggilannya.
            “Aku pun harap gitu” balas Zamree kemudian  terus mencapai briefcasenya lalu melangkah keluar dari pejabatnya.
“Rina, saya nak keluar ni, mungkin terus balik, semua appointment saya petang ni tunda ke esok hari?” Rina merakam semua pesanan majikannya.
“Ok Dato’ , good luck” sambil mengangkat sebelah tangannya sambil tersenyum.
Tanpa menjawab sebarang kata-kata Rina  dengan langkah bergaya Zamree terus melangkah meninggalkan pejabat Permata Jaya Holding. Tiba di hadapan pintu lobi Wisma Permata, sebuah kereta Ferari sport berwarna merah sedia menunggunya. Setelah menerima kunci dari valet parking attendant bangunan tersebut dia terus memecut keretanya menuju ke jalan raya.

Nisha berdiri  tidak jauh dari bangunan May Bank. Matanya ligat  memandang kiri dan kanan untuk mencari pondok telefon.  Tumpuannya  berali pada mesin peti air minuman memandangkan cuaca yang agak panas. Tanpa membuang masa Nisha terus bergerak menuju ke peti mesin minuman tersebut. Setelah memasukkan beberapa keping  duit syiling setin minuman 100 plus bergolek keluar dari peti tersebut. Seronok mendapatkan minumannya Nisha tersenyum kemudian melangkah meninggalkan peti mesin itu berdiri tadi.Tangannya ligat membetulkan cap di atas kepalanya. Rambutnya yang panjang diikat dan sengaja disembunyinya di dalam topi. Bergaya dengan penampilan seperti tomboy dengan tujuan supaya mudah bergerak dan untuk keselamatan dirinya ketika berada di bandaraya besar yang baru pertama kali dikunjunginya itu.
Nisha masih lagi belum berminat untuk membuka tin minuman yang ada di tangannya. Ketika matanya masih lagi tercari-cari sesuatu kemunculan sebuah kereta mewah Ferari plat nombor WPW1981 warna merah  parkir tidak jauh dari tempatnya berdiri menarik perhatiannya. Seorang pemuda yang segak memakai baju kemeja lengan panjang melangkah keluar dari perut Ferari tersebut.
“Kacaknya macam Shahid Kapoor?” Nisha tergelak kecil apabila ternampak wajah pemilik kereta mewah itu mirip pelakon  Hindi. Matanya mengekori pergerakan lelaki itu hingga ke mesin ATM May bank yang  tidak berapa jauh dari situ. Pada masa yang sama kelihatan dua orang lelaki berdiri tidak jauh dari lelaki tersebut.
“Mungkin tunggu giliran, tapi semacam je gayanya dia orang tu”detik hati kecilnya.
Lelaki kacak itu membelek-belek wang di tangan yang baru dikeluakan dari mesin  ATM. Kemudian lelaki itu memasukkan wang tersebut ke dalam sekeping sampul yang ada di tangannya.  Sewaktu  sebelah tangan lelaki itu cuba mengeluarkan sesuatu dari poket  seluarnya dua lelaki yang berdiri tidak jauh dari situ kemudian menghampiri lelaki tersebut. Salah seorang lelaki tersebut terus melanggarnya dengan kuat dari sebelah kiri lalu dengan cepat teman di sebelah kanannya merampas sampul yang ada di tangan lelaki tersebut kemudian cuba melarikan diri. Lelaki tersebut sempat bertindak dan berjaya menjatuhkan lelaki yang cuba merampas sampul di tangannya tadi. Lelaki yang seorang lagi kemudian mengeluarkan sesuatu lalu mengacukan  pada lelaki itu. Lelaki kacak itu seperti kehilangan punca dan mula panik. Tiba-tiba satu benda jatuh menghentam kuat kepala lelaki tersebut dari belakang  menyebabkan lelaki itu hilang konsentrasi dan kesakitan. Peluang untuk lelaki kacak tersebut  bertindak melepaskan satu tumbukan yang kuat ke muka lelaki itu hingga lelaki tersebut rebah dan pisau di tangannya terpelanting.  Manakalan kawannya yang rebah tadi terus bangun dan cuba melarikan diri bersama samput duit yang masih lagi di tangannya. Dalam keadaan kalut tiba-tiba lelaki itu terlanggar sesuatu hingga terjatuh dan rebah menghempap mukanya ke lantai simen jalan. Sampul di tangannya terpelanting ke hadapan.
“Rasa kau” Nisha ketawa gelihati melihat lelaki itu mengeran kesakitan walaupun betisnya terasa sakit akibat menjadi benteng menghalang larian pecut lelaki tersebut tadi. Dua orang pengawal keselamatan yang berada depan pintu bank terus berlari ke arah dua lelaki jahat tersebut dan terus mengacukan senapang untuk menahan kedua-dua lelaki. Kedua-dua  lelaki jahat itu nampak seperti tidak berdaya untuk bangun setelah menerima habuan masing-masing.Nisha yang masih lagi ketawa mengingatkan kelucuan lelaki itu jatuh di depannya tadi. Dia  melangkah  mendekati lelaki kacak tersebut lalu menyerahkan sampul yang ada di tangannya kemudian  dia  tercari-cari sesuatu sambil mulutnya bertanya sesuatu pada lelaki  itu.
 “Abang  nampak tak tin air saya tadi?” tanyanya sambil matanya terus mencari sesuatu. Lelaki  tersebut teringat sesuatu kemudian mengambil sesuatu  di sebalik rimbunan pokok bunga yang ada di tepinya.
“Adik cari tin air ni ke?” Nisha menguntum senyum melihat  tin air minuman di tangan lelaki itu.
“Tin air yang berjasa. Nasib baik aku belum sempat minum kau lagi” Nisha bercakap dengan tin minuman yang ada di tangannya. Lelaki itu tersenyum melihat gelagat Nisha.
 “Adik ke yang baling tin tu tadi?” Nisha mengangguk dan tersenyum.
“Terima kasih dik kerana tolong abang tadi” cuba dipandangnya wajah yang terselindung di sebalik topi di kepalanya sambil tangannya menghulurkan 6 keping wang kertas RM50.
“Ni tanda terima kasih abang, ambillah” 
“Ehh..tak payah bang, saya ada duit, saya tolong abang pun free of change. Ikhlas! Itu pesan ibu saya bila kita tolong sesiapa saja” mengerutkan dahi apabila pemberiannya ditolak oleh gadis itu, kemudian lelaki itu tersenyum apabila memikirkan kata-kata Nisha.
“Kalau macam tu, abang belanja adik  makan tengah hari ajelah kat restoran tu” mulutnya muncung ke arah restoran KFC yang berada tidak jauh dari situ. Perutnya yang sememangnya lapar dan minta diisikerana jam di tangannya pun sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari. Rezeki jangan ditolak, bukan berdosa pun kalau sekadar duduk makan berdua di tempat umum. Peluang baik hanya datang sekali, Nisha tersenyum menunjukkan persetujuannya.
“Opps tunggu kejap bang, saya ambil beg” jarinya menunding pada beg pakaiannya yang berada tidak jauh dari situ.
Nisha mengambil beg pakaiannya kemudian melangkah mengiringi lelaki itu.
Lelaki tersebut menghentikan langkahnya dan memandang ke arah beg pakaian yang sedang dibimbit oleh Nisha.
 “Beg adik  tu simpan dalam kereta abang dulu, balik  nanti adik ambil semula”
Nisha mengangguk, setuju dengan cadangan lelaki itu. Selepas itu mereka melangkah beriringan menuju ke restoran makanan segera tersebut. Kelihatan ada beberapa buah meja  yang masih kosong.
“Adik cari meja dulu, abang nak ambil pesanan”
Setelah memberi cadangannya, Zamree  terus ke kaunter sementara Nisha mencari meja yang sesuai untuk  duduk. Beberapa minit menunggu, lelaki itu datang dengan membawa dua pinggan hidangan  dan air sambil tersenyum padanya.
“Aku ni mimpi ke makan tengah hari dengan mamat handsem giler ni” bisik Nisha dalam hati kecilnya. Topi di atas kepalanya di kepala dibuka lalu diletaknya di atas kerusi kosong di sebelahnya.
Beberapa mata memandang ke arah mereka seolah terpegun memandang sesuatu.
Dengan tertib lelaki itu meletakkan satu  pinggan hidangan dan segelas air di hadapan Nisha. Dia terpana seketika memerhati  wajah mulus  gadis itu kemudian tersenyum. Nisha merasakan seperti ada sesuatu yang tak kena.
“Kenapa bang, muka saya ni pelik ke?” Lelaki itu terus tersenyum tetapi soalan gadis itu dijawabnya dengan soalan yang lain.
“Nama  adik siapa?”
“Nama penuh ke?” tanyanya untuk kepastian.
“Kalau tak salah” Nisha tersengih mendengar jawapan lelaki itu.
“Qhairunnisha Muntaz May Lin binti Qhairuddin, short name is Nisha” lelaki itu tersenyum mendengar jawapan Nisha.
“Cantik nama, tapi kenapa macam ada nama cina di hujung nama Nisha tu”
“Ibu Nisha keturunan Baba Nyonya” jawab Nisha memberitahu kewujudan nama cina di akhir namanya. Zamree mengangguk mendengar jawapan gadis itu.
“Abang pulak nama apa?”
“Zamree Azim ,tapi panggil je Zam, tapi sekali je jangan dua kali”
Nisha keliru lalu mengangkat keningnya memandang Zamree.
“Kenapa?”Zamree kemudian ketawa.
“Kalau 2 kali kan jadi air zam-zam” Nisha turut ketawa mempamerkan lesung pipit di kedua belah pipinya. Zamree terpesona sekali lagi melihat satu lagi keindahan ciptaan tuhan yang dimiliki  gadis remaja itu. 
“Pandai abang buat lawak, Abang Zam, bolehlah ya? Nisha nak memberitahu sesuatu pasal abang  boleh tak?” Zamree tersenyum kemudian mengangguk setuju.
“Pasal apa?”
“Muka abang ni macam pelakon hindi” Zamree mengerutkan dahi.
“Pelakon hindi, siapa?” tanya sambil memandang tepat ke wajah Nisha.
“Shahid Kapoor, Tahu tak?”Zamree terpana sebelum menggelengkan kepala.
“Abang tak pernah tak pernah tengok filem hindi”.
“Ya ke?” hairan mendengar jawapan Zamree.
 “Balik nanti abang cari CD filem lakonan Shahid Kapoor lepas tu abang tengok muka dia sama tak dengan muka abang”
“Macam-macam je budak ni” bisik Zamree dalam hati
“Nisha dari mana, sorang aje ke?” menukar topik perbualan mereka.
“Ya, Melaka!”
“Buat apa kat KL ni?” Nisha diam mendengar soalan Zamree.
“Ni mesti kes lari dari rumah, betul tak?”
 “Tak, maksud Nisha, Nisha bukan lari dari rumah, Nisha datang nak cari kerja”   Melihat dari raut wajah itu mustahil gadis itu menipunya.
“Tak bohong?”
“Tak, betul!” sambil mengangkat sebelah tangan seperti mengangkat sumpah.
“Jadi maksudnya orang tua Nisha izinkan  dan tahu Nisha datang sini?” memastikan gadis itu bercakap benar.
“Ibu Nisha dah lama meninggal, ayah pula meninggal dua bulan yang lepas, jadi Nisha tak nak membebankan mak cik jadi Nisha buat keputusan untuk cari kerja” berkerut dahinya mendengar cerita gadis itu.
“Umur Nisha berapa?”.
“17, baru tamat SPM”
“Baru tamat sekolah rupanya?” Tanpa suara Nisha cuma menganggukkan kepalanya.
“Kat KL ni nak tinggal di mana, ada saudara mara?”
“Tak, Nisha nak cari rumah cikgu Nisha”
“Rumah cikgu, dah jumpa?”
“Belum, sebab Nisha baru saja sampai hari ni” jawabnya sambil tersenyum
“Alamat ada?”
            “Ada” jawabnya ringkas lalu mencari sesuatu di dalam poket seluarnya.
Nisha menghulurkan  sekeping kertas dari poket seluarnya kepada  Zamree.
 Zamree memerhati alamat tersebut.
“Tempat ni tak jauh dari sini, nanti  abang tolong hantarkan”
“Betul ke?” tampak keriangan di wajah mulus gadis itu.
“Tapi,tak menyusahkan abang Zam ke?”
“Tak!, ehh.. Nisha makanlah dulu”
Nisha kemudian tersenyum lalu menikmati makanan yang ada di depannya. Sambil makan dia sempat lagi bertanya itu dan ini pada lelaki tersebut.
“Abang Zam ni kerja apa?”
“Kerja sendiri, berniaga tapi kongsi dengan sepupu abang”
“Abang dah kahwin ke?”
“Belum” tersenyum mendengar jawapan Zamree. Selamat tak ada Karina Kapoor  yang cemburu, sempat berbisik nakal dalam hatinya.
“Abang ada kenal tak sesiapa yang perlukan pekerja, pembantu rumah ke?”
“Nisha nak jadi pembantu rumah ke?”
“Ya lah, Nisha rasa tu je kerja yang tak perlu sijil, sementara tunggu keluar result SPM, dapat juga kumpul duit sikit-sikit untuk persediaan masuk U kalau Nisha  result yang elok  nanti” Zamree cuma menganggukkan kepalanya setuju juga dengan pendapat Nisha.
“Insyaallah kalau ada nanti abang beritahu Nisha”
“Ehh.. Terer..juga Nisha baling tin air tadi tepat pula kena kepala penyanggak tu”  Zamree ketawa mengenangkan pergelutannya dengan dua orang peragut tadi.
“Ala.. biasalah budak kampung memang suka main baling-baling batu kat ayam jiran. Tapi tak sangka pulak first time datang KL baling kepala orang. Dah tu tepat pulak kena sasaran, tapi kaki Nisha masih sakit tau bila mamat tu langgar tadi” sambil memegang kakinya yang memang masih terasa sakit.
“Betul? Kalau sakit abang bawa ke klinik” ujar Zamree risau mendengar jawapan Nisha yang akhir turut mengalami kesakitan kerana kejadian tadi.
“Tak payahlah bang, sakit sikit je, sapu minyak panas eloklah tu” balas Nisha sambil tersenyum.
“Betul ni” Nisha menganggukkan kepalanya.
“Nisha ada nombor telefon tak, mana tahu ada kerja kosong senang abang cal nanti?”
“Nisha tak da telefon, tapi abang boleh ambil nombor  telefon  rumah cikgu Nisha tu”  sambil menunjukkan semula kertas alamat yang masih lagi berada atas meja.  Zamree terus menyimpan nombor telefon tersebut ke dalam telefon bimbitnya.
“Nisha dan habis makan ke?”.
“Kita pergi sekaranglah ya”Zamree menyambung lagi. Nisha menganggukkan kepalanya kemudian membuntuti Zamree meninggalkan tempat tersebut.

Pertama kali naik kereta mewah seperti itu, memang Nisha merasa agak teruja. Beberapa mata yang lalu di situ sempat menjeling serta mencuri pandang  ke arah kereta Ferari merah itu apalagi bila melihat pemiliknya seorang pemuda yang kacak dan bergaya. Zamree menjeling ke arah Nisha yang kelihatan agak kekok dan payah untuk menarik tali pinggang di sebelahnya.
“Mari abang pasangkan” Zamree membongkokkan badannya merapati Nisha menyebabkan Nisha merasa serba salah dan tidak selesa, lebih-lebih lagi wangian lelaki itu menusuk ke lubang hidungnya.
“Maaf, Nisha tak biasa dengan semua ni” beritahunya jujur.
“Ok!”ucapnya ringkas setelah tali pinggan tersebut selesai terpasang  ke tubuh Nisha.
Mereka menuju ke alamat yang dinyatakan dalam kertas tadi, sebuah kawasan perumahan kos sederhana, setelah berpusing beberapa kali akhirnya mereka sampai di hadapan rumah yang maksudkan. Sebuah kereta Toyota Vios parkir di depan rumah. Pintu rumah tertutup rapat.  Nisha menekan beberepa kali loceng pagar. Beberapa minit kemudian, kelihatan seorang wanita keluar dari pintu rumah tersebut.Wanita itu kelihatan cuba mengamati Nisha seketika.
“Ehh…Nisha, awak kah ni?”
“Ya, sayalah cikgu” Lantas wanita itu terus membuka pagar rumahnya lalu menghampiri Nisha dan kemudian mereka saling berpelukan. Zamree yang duduk dalam kereta cuma memerhati gelagat mereka berdua.
“Masuklah Nisha”
“Tunggu kejap Nisha nak ambil beg  dalam kereta tu” Roziah memerhati kereta yang menghantar Nisha dengan penuh asyik.Nisha membuka pintu kereta lalu mencapai beg pakaiannya lalu berkata sesuatu kepada Zamree.
“Abang Zam Terima kasih  ya sebab tolong hantarkan Nisha  ke sini”
“Its ok Nisha, jumpa lagi” Zamree tersenyum sambil menganggukkan kepalanya, kemudian Nisha menutup semula pintu kereta tersebut.
 Zamree mengangkat tangan dan kemudian perlahan-lahan menggerakkan kereta Ferarinya meninggalkan kawasan perumahan itu. Nisha memerhati dengan  ekor mata pergerakan kereta  Zamree meninggalkan rumah tersebut.
“Siapa yang hantar awak tadi tu Nisha, macam orang kaya je”
“Abang Zam, Nisha jumpa dia kat bandar tadi”
“Abang Zam, jumpa kat bandar?. Nisa memang dah kenal ke dia sebelum ni?”
Gadis itu menceritakan  dari A sampai Z peristiwa yang berlaku hari itu pada Roziah
“Jadi awak jadi penyelamat dia hari ini”
“Opps pembetulan cikgu. Abang Zam tu hero, saya pulak heroin” ujar Nisha sambil tergelak.
“Macam mana, orangnya lawa tak? Cikgu tak dapat tengok muka si Zam tu tadi”,
“Susah Nisha yang cakap, first time jumpa mamat kacak sangat macam tu, macam Shahid Kapoor  cikgu, handsem giler” ucap Nisha kemudian tergelak lagi.
Roziah turut tergelak mendengar kata-kata Nisha.
“Cikgu tinggal sorang je ke dalam rumah ni. Mana mak ayah cikgu?”
“Ya, emak cikgu kan dah lama meninggal, ayah saya tinggal rumah isteri barunya kat Kelang”
“Jadi saya kena sewalah satu bilik kat rumah cikgu ni”
“Apa nak sewa-sewa, awak duduk je sini, free ada juga orang temankan saya taklah sunyi sangat. Jadi Nisha datang KL ni nak cari kerja apa?” soalan Roziah membuat Nisha diam sambil memikir sesuatu.
“Macam Nisha cakap dulu tapi Abang Zam kata, insyaallah dia akan tolong carikan kerja untuk Nisha”
“Nisha tak kerja pun tak pa, cikgu mampu sara hidup Nisha malah cikgu anggap Nisha ni macam adik cikgu, mulai hari ini panggil je cikgu Kak Rozi ya”
Terpancar kegembiraan di wajah mulus gadis itu.
“Oklah Kak Rozi, tapi Nisha mesti kerja jugak, Nisha nak kirim wang untuk makcik dan beli hadiah untuk  Qhairil.” Malas untuk member sebarang komen Roziah cuma menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Nisha..Nisha!”
“Eh, ada piano, Kak Rozi punya ke?”
Nisha tiba-tiba terpandang sebuah piano di sudut tamu rumah Cikgu Roziah.
“Ya, piano lama tapi masih elok lagi, dulu sebelum masuk maktab akak ikut kelas piano. Piano tu bos ayah akak yang berikan kerana anaknya beli yang baru, biasalah orang kaya dapat yang baru yang lama kalau tak buang bagi kat orang” balas Roziah menceritakan kisah asal usul piano tersebut.
“Jadi Kak Rozi boleh main pianolah ya?”
“Bolehlah jugak, Nisha pandai nyanyikan, nanti kita buat latihan Kak Rozi main piano Nisha nyanyi, boleh kita berdua buat pertunjukkan kat Chow Kit road untuk part time cari duit belanja” sambil bergurau kepada Nisha.
“Boleh jugak,  taklah boring sangat duduk kat KL ni nanti”  balas Nisha sambil tergelak memandang Roziah. Akhir kesunyian rumah teres itu gamat dengan bunyi ketawa dan gurau senda dua gadis itu.

Bab 3
Regalis Club memang menjadi tempat tumpuan golongan-golongan elit dan selebriti. Qhairul sesekali tersenyum memerhati gelagat beberapa pasangan yang sedang syok dengan aktiviti masing-masing. Dirinya cukup dikenali dan diminati oleh gadis-gadis yang sering mengunjungi kelab tersebut. Gelaran kasanova dan playboy  yang sudah sinonim dengan dirinya.
Walaupun sekali petik berpuluh yang datang namun semua hubungan Qhairul dengan gadis-gadis tersebut cuma untuk berseronok sewaktu berada  di kelab sahaja. Dia tidak pernah terbawa mana-mana perempuan yang didampinginya  balik ke rumah atau bilik hotel apalagi sampai mengheretnya  ke bilik tidur seperti yang sesetengah golongan lelaki kaya. berharta dan ternama lakukan. Ada duit ada perempuan, walaupun perumpamaan itu memang tepat namun secebis iman yang dibimbing oleh pengasuh selaku pembantu rumahnya serta prinsip hidupnya membuatkan Qhairul terkecuali dari golongan-golongan tersebut dan mampu menjauhkan dirinya dari godaan syaitan yang menyesatkan manusia. 
Dan salah satu sebab kunjungannya ke tempat-tempat hiburan seperti itu adalah untuk berjumpa dengan rakan-rakan niaganya yang sememangnya selalu ada di situ menghabiskan duit dan masa bersama-sama gadis-gadis cantik yang sedia menjamukan diri untuk mendapatkan tip-tip selepas melayani nafsu-nafsu golongan tersebut.
“Hi..rul! kau dah lama sampai?” tiba-tiba Zamree yang baru tiba terus menegurnya lalu duduk berhadapan dengannya.
“Dalam 15 minit macam tu, macam mana perjumpaan kau dengan Mr Lim, ada berita baik” perkembangan yang paling ingin didengarnya.
“Ok, dia dah setuju mungkin lusa kita boleh sign agreement”
“Rezeki kita agaknya, bukan mudah nak pujuk Mr Lim tu sebab tu aku binggung bila aku tak dapat jumpa dia semalam” Qhairul seperti meluahkan kekesalannya.
“Aku pun nyaris-nyaris tak dapat jumpa dia petang tadi, kalau silap hari bulan mungkin sekarang ni aku dah terlantar kat hospital” ujar Zamree sambil fikiran melayang mengingatkan peristiwa siang tadi.
“Ehh.., kenapa pulak?” Qhairul hairan mendengar cerita Zamree.
“Kalau tak da Nisha” Zamree mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Nisha?”
“Budak yang telah selamatkan aku”
“Selamatkan dari apa” Qhairul terus menyoal.
“Aku kena ragut selepas keluarkan duit dekat mesin ATM”,
“Kena ragut?, kau biar betul?” seperti tidak percaya mendengar cerita Zamree.
Zamree akhir mencerita satu persatu kejadian yang berlaku padanya siang tadi kepada Qhairul dan bagaimana Nisha menjadi penyelamatnya.
“Rupa-rupa Nisha yang balingkan  kepala lelaki tu deng tin minuman”.
Qhairul agak kagum mendengar cerita Zamree kemudian dia bersuara lagi
“Hebat betul  budak tu, lelaki ke perempuan?” Zamree tergelak kecil mendengar soalan sepupunya.
“Kau ni rul, Nisha..mestilah perempuan nama sebenar dia Qhairunnisha Muntaz May Lin, cantik budaknya may be mixed blood kot, Chinese Pakistan. Cuma aku tahu ibunya keturunan Baba Nyonya. Yang lucunya, selepas sekuriti bank tangkap dua peragut tu, Nisha beri balik sampul duit aku tu dan kemudian dia cari tin air minuman yang dia baling tadi, aku bagilah duit ganjaran dalam 300 ringgit kat dia tapi dia tak nak, katanya dia beri pertolongan free of change ikhlas” Zamree terdiam seketika bila seorang pelayan muncul mengambil pesanan sebelum dia  menyambung ceritanya selepas pelayan itu berlalu pergi.
“Aku jadi serba salah dan rasa terhutang nyawa kat dia jadi aku ajaklah dia makan tengah hari kat KFC yang tak jauh dari situ”
“Dia nak tak?”tanya Qhairul lagi.
“Dia setuju, tapi Si Nishakan kalau kau lihat dia mesti kau rasa sesuatu yang menyebabkan kau terpikat kat dia”
“Kenapa pulak?”
“Mula tu aku tak perasan sebab dia lindung wajahnya dengan cap, tapi bila aku duduk berdepan dengan dia dalam KFC tu, aku pandang muka dia betul-betul cantik rul, comel, cute, neutral beauty. Kecantikan yang diidamkan oleh setiap wanita ada pada Nisha”
“Kau ni macam-macamlah Zam” lucu mendengar cerita Zamree.
“Betul! Aku tak bohong. Kulit dia putih sangat, apa orang kata putih melepak, pipinya licin macam telur dikupas tapi semalam kemerahan-merahan sedikit mungkin kena panas cahaya matahari. Mata dia besar dan bulat dan bersinar-sinar dengan bulu mata panjang dan lentik macam mata anak patung, mulut kecil tapi bibirnya mungil comel, hidung kecil dan mancung tapi yang aku buat  lebih terpukau ialah bila dia senyum kedua-dua belah pipi dia ada lesung pipit” Dengan penuh perasaan  Zamree menceritakan perihal kecantikan Nisha pada Qhairul.
“Apa susah, kalau kau fikir dia cantik sangat, ambik aje dia jadi bini”
“Ehh..Nisha tu under agelah, kalau kita kahwin muda dah ada anak sebaya dia?”
“Berapa umur dia?”
“17 tahun, baru lepas SPM, anak yatim piatu pulak tu”.
“Ohh..kesian” luah agak simpati mendengar jawapan Zamree.
“Dia dari mana? Apa  dia buat kat KL ni?”
“Dia baru sampai dari Melaka, nak cari kerja”
“Kerja apa dia boleh buat, masih bawah umur tu”
“Nak jadi maid, katanya nak kumpul duit untuk masuk IPT”
Qhairul terdiam seketika sambil menyedut minuman di depannya. Cerita Zamree tiba-tiba mencuit perasaannya. Entah kenapa naluri kemanusiaan dan sikap ambil berat tiba-tiba terbit di sanubarinya.
“Suruh dia kerja kat ofis kita tu, besar pahalanya dapat bantu anak yatim?” cadangan  yang mengejutkan Zamree.
“Tapi kalau bahagian sumber manusia tahu kita ambil pekerja under age macam mana?” meragui cadangan sepupunya.
“Pendeknya akal kau Zam. Janganlah rekod apa-apa maklumat dia tentang dia, kau cakap je dengan Zizie atau Rina Nisha tu adik angkat kau, gaji dia kau bagi je by hand setiap bulan habis cerita” itulah kelebihan Qhairul jika dibandingkan dirinya. Qhairul cepat berfikir, berani bertindak dan tegas dalam membuat keputusan.
“Kita suruh dia buat kerja apa nanti?”
“Banyak kerja dia boleh buat, susun fail ke, kemas bilik aku ke, picit badan aku pun boleh”  Zamree ketawa mendengar cadangan melampau Qhairul.
“Kau memang otak biul Rul” Qhairul tersengih mendengar komen Zamree.
“Kau caya tak Rul, Nisha kata muka aku sebijik macam Shahid Kapoor”
“Shahid Kapoor, Siapa tu?guard kat luar tu ke?”tanya Qhairul sambil mengerutkan dahinya. Zamree sudah ketawa gelihati sambil menekan perutnya.
“Aku fikir aku teruk, rupa-rupanya  kau lagi teruk dari aku”
“Kenapa?”
“Shahid Kapoor tu pelakon Hindustanlah Rul”
“Manalah aku tahu, bukannya aku suka tengok filem hindi ni, kenapa?”
“Tu yang buat aku begang”
“Shahid Kapoor tu handsem ke? Atau saja budak tu nak kenakan kau”tanya Qhairul sambil tersenyum.
“Entahlah aku pun tak tengok lagi macam mana muka Shahid Kapoor tu, lepas tu pulak, kau  tahu tak Rul dia panggil aku apa?, aku caya kalau dia jumpa kau pasti dia pun panggil macam tu”
“Panggil apa, pakcik!” Qhairul tergelak terkekek-kekek. Zamree turut tersenyum lebar. Sabar ajelah Zam.
“Aku belum tua lagilah Rul sampai Nisha nak panggil aku pakcik”
“Jadi dia panggil apa?”tanya Qhairul sambil terus tergelak.
“Abang!, lepas tu bila aku beritahu nama aku  Zamree, dia pun panggil abang Zam, selama ni tak pernah ada insan dalam dunia ni yang panggil aku abang, romantik betul bila aku dengar panggilan macam tu,. Karina dulupun tak pernah panggil aku abang, asyik ber you dan ber I  je dengan aku”.
“Kau tak beritahu kau siapa?”
“Tak..err  takpalah  biarlah..aku tak nak dia kekok kat aku nanti, aku suka dia panggil aku macam tu, mesra sikit, nanti aku suruh dia panggil kau Abang Rul, kau mesti syok sendiri sebab aku tahu tak da seorang pun awek kau yang panggil kau abang”
Mereka berdua akhir tidak dapat menahan ketawa, pertemuan malam itu semuanya asyik berkisarkan tentang Nisha.
            Setelah menghabis masanya berbual-bual dengan teman-teman di Regalis Club malam itu, Zamree balik ke apartment mewahnya tepat jam 12 malam. Suasana kediaman yang agak sunyi memang membosankan baginya. Zamree berdiri di balkoni biliknya menghirup udara segar di luar kemudian dia kembali semula ke biliknya lalu baring di atas sofa lembut dalam bilik itu. Fikiran melayang jauh mengingati semula Karina bekas tunangnya. Kalau peristiwa itu tidak berlaku mungkin sekarang dia sudah bergelar suami ataupun sudah bergelar seorang ayah kerana peristiwa itu sudah 2 tahun berlalu. Ingatan kemudian beralih pula pada Nisha.Wajah polos dan comel gadis itu tiba-tiba muncul di depan matanya. Dia tersenyum sendiri.
“Nisha si manis 17, kenapa kau comel sangat?”bisiknya sendirian.
Kemudian dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor yang dihajatinya. Menunggu seketika kemudian satu suara menerpa masuk.
“Hello! Siapa ni?”
“Hello..! boleh bercakap dengan Nisha?”
“Tunggu sekejap!” selang beberapa minit suara seorang perempuan menjawab panggilannya.
“Hello! Nisha bercakap, siapa ni?”
“Maaf mengganggu, Abang Zam ni, esok pagi abang jemput Nisha,  Nisha boleh kerja kat syarikat abang, ok selamat malam!” belum sempat Nisha bertanya lebih lanjut talian sudah diputuskan.
“Siapa Nisha?” Roziah dengan wajah yang kelat kemudian merisik ingin tahu tentang pemanggil tersebut.
“Abang Zam, esok dia jemput Nisha, Nisha boleh kerja kat syarikat dia” terang gadis itu dengan jujur. Roziah tersenyum lalu bersuara.
“Rezeki kau memang ada kat Kuala Lumpur ni Nisha, tengok tu tak sampai satu hari kau tiba kat sini, tak payah isi borang pun kau dah dapat kerja, mungkin Si Zam tu bos syarikat tak?. Bertuah kau sebab bos syarikat tu sendiri yang offer kerja pada kau” ujar Roziah sambil tersenyum pada adik angkatnya..
“Mungkin rezeki anak yatim kak” balas  Nisha membalas senyuman Roziah.
“Dah..kita tidur nanti lambat pulak kau bangun esok” Roziah mengingatkan adik angkatnya. Ajal maut, jodoh pertemuan semuanya dia yang menentukan. Episod perjalanan hidup seorang  gadis yatim piatu yang penuh suka duka kini bermula di tengah-tengah kota metropolitan itu.

Bab 4
Bermulanya fajar pagi itu seusai solat subuh Roziah menyediakan sarapan untuk mereka berdua. Hari pertama bekerja memandangkan Nisha lebih tinggi, Roziah terpaksa mengeluarkan baju kurungnya yang mempunyai kain yang lebih panjang ukurannya. Mujurlah ada sehelai dua baju kurungnya yang memang terlebih panjang ukuran kainnya dan belum sempat diubah suai.  Qhairunnisha menggunakan sepasang baju kurung baru tersebut untuk hari pertama dia mula bekerja. Rambut sedikit beralunnya yang hitam dan lebat panjang hingga hampir  ke paras pinggang di ikat satu di atas kepala seperti ekor kuda. Terbit rasa seronok di hati Roziah menghias adik angkatnya yang sememangnya tak menjemukan mata sesiapa yang memandangnya.
“Wajah Nisha ni tak guna apa-apa  bedak pun tak apa, dah putih dah. gincu tu elok pakai yang warna lembut sesuai dengan kulit Nisha yang putih ni, hah pakai minyak sikit” seronok menghias Nisha agar wajah keanak-anakan sedikit sebanyak dapat disembunyikan  dengan gaya yang lebih feminine. Mujur jugalah ada kasut-kasut lama Roziah muat di kakinya.
“Saya tak nak yang tumit tinggi sangat Kak Rozi, satu inci bolehlah, takut saya tak boleh jalan nanti” Roziah ketawa mendengar kata-kata Nisha.
            Sebuah kereta Ferari warna merah berhenti di hadapan rumah teres dua tingkat milik Cikgu Roziah. Seorang pemuda yang segak berkot hitam melangkah keluar dari kereta tersebut kemudian terus menekan loceng pagar rumah tersebut.  Zamree melemparkan senyumannya ketika Roziah membuka pintu rumahnya. Roziah terpaku melihat Zamree yang sedang tersenyum kepadanya. “Fulamak, handsem giler. Bertuahnya kau Nisha” bisik Roziah dalam hatinya.
“Nisha pergi dulu Kak Rozi”ujarnya sambil tersenyum.
“Jaga diri Nisha”.
Mata  Zamree terpegun melihat penampilan baru Nisha pagi itu, berbeza sama sekali dari semalam. Nampak sungguh kegadisannya dengan baju kurung satin berwarna biru laut di tubuhnya. Dia mengukirkan senyumannya ketika mata mereka bertembung. Jantung  Zamree bergetaran tak menentu bila Nisha membalas senyuman.
“Nishakah ni?”tanyanya sambil tersenyum.
“Ya lah Nisha! Abang Zam tak kenal Nisha lagi ke?”
“Lain sangat! Cantik sangat. Oklah jom kita pergi” kemudian  Zamri membuka pintu kereta untuk Nisha, kemudian dia berlari-lari anak menuju ke tempat duduk pemandu.
Sepanjang pemanduan menuju ke bangunan Wisma Permata mereka tidak banyak bercakap, sesekali mata  Zamree melirik memandang Nisha di sebelahnya.
“Pejabat abang kat mana ya?”
“Wisma Permata,tingkat 25”
“Wow! tingginya”kepalanya menggambarkan sebuah bangunan yang pencakar langit.
“Jadi nilah Nisha first time datang KL?” 
“Ya!” jawabnya jujur.
“Kalau macam tu, nanti ada masa abang bawa Nisha ronda-ronda KL ni”
“Betul ke?”jawab Nisha dengan senyuman kegembiraan.
 Zamree menjawab soalan gadis itu dengan satu senyuman.
“Cantik Nisha hari ni?”
Terkeluar ketawa kecil dari mulut Nisha  mendengar pujian  Zamree
“Semalam Nisha tak cantikke bang?”
“Cantik!, tapi bila pakai macam ni makin extra cantiknya, macam gadis melayu terakhir” Zamree yang sebenarnya ikhlas memuji gadis itu.
“Ala.. semua yang saya pakainya barang pinjam, Kak Rozi yang pinjamkan baju dia tapi mujur ada yang muat untuk Nisha pakai” tidak malu mengakui tenang pakaian yang digunanya hari itu.
“Tak pa, nanti abang bawa Nisha pergi shopping beli baju baru” agak terkejut mendengar jawapan Zamree.
“Tak payahlah abang Zam, dapat gaji nanti Nisha beli sendiri. Sekarang Nisha boleh pakai apa yang ada” tidak mahu menyusahkan Zamree lelaki yang baru dikenalinya semalam. Bahaya kalau banyak termakan budi, fikir Nisha dalam hatinya.
 Zamree cuma tersenyum mendengar kata-kata Nisha. Nisha jujur dengan keadaan dirinya, jauh di sudut hatinya rasa tersentuh dengan jawapan gadis tersebut.

Setelah memakirkan keretanya di hadapan lobi bangunan, Zamree  terus menyerahkan kunci keretanya kepada pemandu kereta syarikat PJH  yang bersedia setiap hari untuk menyimpan kereta dua bos besar syarikat pemilik bangunan tersebut.
“Jom Nisha!”sambil menghulurkan tangannya kepada gadis itu.
Mereka kemudian melangkah  menuju pintu lobi utama Wisma Permata. Sejurus melangkah masuk Nisha terus terlihat  perkataan Permata Jaya Holding (PJ Holding) yang terpampang dengan tulisan berwarna keemasan pada dinding dalam bangunan itu. Semasa melewati kaunter penyambut tetamu bangunan tersebut, mata dua orang penyambut tetamu yang bertugas pagi itu tidak berkelip memandang ke arah mereka sambil mengucap selamat pagi kepada Zamree.
“Selamat pagi bos? Abang Zam ni bos dia orang ke?”
Zamree hanya tersenyum dan tidak menjawab. Biar Nisha tahu kemudian fikirnya dalam hati.
Kehadiran Timbalan CEO PJ  Holding  pagi itu dengan ditemani  seorang gadis muda dan cantik menjadi perhatian semua pekerja PJ Holding yang bertugas di bangunan itu. Mereka menaiki lif hingga ke tingkat 25 bahagian pengurusan induk  di mana terletaknya pejabat CEO dan Timbalan CEO Syarikat tersebut. Nisha seperti budak kecil yang menurut sahaja kehendak seorang abang tanpa bertanya sepatahpun. Terasa agak lama untuk lif tersebut sampai ke tingkat 25 kerana sesekali ia berhenti di beberapa tingkat bila ada pekerja yang keluar dan masuk. Nisha agak perasan yang Zamree memang bukan orang sembarangan di bangunan itu malah mungkin salah seorang pegawai besar syarikat di situ bila setiap kali bertembung dengan orang-orang di situ yang rata-rata kelihatan mengenalinya dan menegur serta memberi ucapan ‘selamat pagi bos’ kepada lelaki itu.
Tiba ke tingkat 25, mereka melangkah keluar dari pintu  lif  lalu memasuki bahagian lobi pejabat unit pentadbiran induk PJ Holding.  Zamree menolak pintu masuk yang di perbuat dari kaca berwarna agak gelap kemudian tangan  mempersilakan Nisha masuk mendahuluinya. Ruang  pejabat yang begitu besar dan canggih memukau pandangan mata Nisha ketika itu.
 Suasana pejabat bertukar senyap apabila melihat kemunculan Dato’ Zamree dan Nisha. Bahagian pentadbiran induk yang dihuni oleh lebih 10 orang pekerja itu yang tiba-tiba sepi dan masing-masing seperti terkejut apabila melihat kemunculan  Dato’  Zamree ditemani oleh seorang gadis muda yang cantik. Teramat cantik di mata sesiapa saja yang memandangnya. Ada mata yang tidak berkelip memandang ke arah gadis itu.
Bilik CEO dan timbalan CEO bersebelah  yang terletak di bahagian paling hujung dalam pejabat tersebut. Zamree menarik tangan Nisha supaya berjalan beriringan mengikutnya menuju ke pejabatnya setelah menyedari Nisha berjalan agak lambat kerana malu menjadi tontonan  pekerja-pekerja di situ. Zamree terus membawa Nisha masuk ke bilik pejabatnya sebelum dia keluar semula menemui Zizie setiausaha Dato’ Qhairul.
“Zizie, kalau Dato’ Qhairul dah sampai beritahu saya?”
“Ya Dato’?”
“Selepas ni you sediakan sebuah meja untuk pekerja baru” Zizie agak terpingga-pingga kerana dia tidak pernah mendapat informasi tentang kedatangan pekerja baru.
“Ada pekerja baru ke Dato’” tanya Rina balik dari pantri.
“Ada, tapi pekerja ni spesial kes  sikit, saya nak you berdua bimbing dia, dia di bawah seliaan saya dan Dato’ Qhairul” Zizie dan Rina saling berpandangan mendengar arahan majikan mereka.
“Saya nak letak mejanya kat mana Dato’?” tanya Zizie pula.
“Kat belakang awak ni pun boleh, tapi yang pastinya saya nak dia duduk dekat-dekat sini” Tiba-tiba Dato’ Qhairul yang langkah yang begitu bergaya muncul di sebelah Dato’  Zamree.
“Panjang umur kau. Nisha ada kat bilik aku” tanpa menunggu pertanyaan Qhairul,  Zamree terus bersuara.
“Ok, Zizie awak simpan briefcase saya ni dalam bilik” Kedua lelaki kacak itu dengan penuh gaya melangkah masuk ke bilik timbalan CEO.
 “Tu..adik comel kita” Nisha terus berpaling bila mendengar suara orang masuk ke dalam bilik tersebut.
Dato’ Qhairul terus memandang  gadis itu ketika melabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan Nisha. Nisha membalasnya dan lama mereka saling berpandangan tanpa sebarang kata, Nisha merasakan jantungnya  berdebar-debar  dan perasaannya bergetaran tak menentu. Matanya merenung tepat ke anak mata lelaki itu dan renungan itu terus terjun jauh ke dasar hatinya yang dalam, satu senyuman tiba-tiba terukir di bibir mungilnya sebelum hati berkata sesuatu.
“Aku ingat Abang Zam lelaki paling  kacak aku pernah jumpa rupa-rupa mamat sekor ni lagi kacak dari Abang Zam, dah tu pulak muka sebijik macam pelakon handsem Korea yang aku minat minat giler tu tapi kenapa muka mamat ni serius sangat. Tapi takpalah, janji muka dia sebijik macam muka  pelakon pujaan aku tu” Nisha tersenyum memikirkan bisikan perasaannya tadi.
Qhairul juga sempat melayan perasaannya ketika itu. Pandangan mata bundar dan jernih milik gadis itu menggetarkan jantung hatinya. Dadanya berdedar-debar, bergetar dengan pelbagai irama yang tak menentu. Dia terkesima kelihatan keindahan ciptaan tuhan pada wajah itu, kemudian mulutnya seperti menutur sesuatu yang cuma boleh didengari oleh dirinya sendiri.
“Comel betul budak ni, Macam nak ku picit-picit je pipi budak ni”
“Nisha, ini cousin abang Zam, Dat..eh Qhairul Azamin CEO syatikat ni” Zamree memperkenalkan sepupu kepada Nisha. Dia membatalkan niatnya untuk menyebut dengan lengkap gelaran sepupunya untuk melihat reaksi Nisha seterusnya.
Gadis itu tersenyum lebar dan pasti menyerlahkan lagi aksesori kecantikkan yang ada di wajahnya.  Qhairul terus terkesima, jantungnya semakin berdenyut laju ketika terpandang lesung pipit yang terbit di kedua belah  pipi putih dan gebu milik gadis remaja itu. Dia hampir tewas menyaingi renungan gadis remaja itu.
“Takkan aku boleh tewas dengan budak under age macam ni kot, tak boleh jadini” bisiknya Qhairul dalam hati, menangkis segala perasaan yang tiba-tiba mengganggu perasaannya.
“Eer..nak tanya, cousin abang Zamni Melayu ke atau Korea?”
Zamree tidak dapat lagi menahan ketawanya akhirnya gelak suara ketawanya memecahkan kesunyian bilik itu. Aku ni hindi, Qhairul pulak Korea, macam-macamlah Nisha ni.
“Melayulah cik adik oi!” jawab Qhairul selamba walaupun gelihati mendengar soalan Nisha..
“Oh Melayu, tapi muka abang nisebijik macam  mamat Korealah”
 Qhairul mengaru kepala, “Korea eer,.Korea pedulilah” omel Qhairul bercakap sendiri. Nisha tidak mahu suasana terus dingin lalu otaknya terfikir sesuatu .
“Macam mana spelling nama abang tu, Q ke K?”
Nisha sempat bertanya lagi.
“Q!  Q, h, a, i, r, u, l,!”jawab Dato’ Qhairul sambil mengeja satu persatu.
“Nama Nisha pun mula dengan huruf Q! Q,h, a,i, r, u, n, n, i, s, h, a tapi panggil je Nisha”, Sambil mulutnya mengeja namanya satu persatu dia menghulur tangannya untuk bersalaman dengan Dato’ Qhairul. Qhairul tersenyum melihat gelagat bersahaja gadis itu mengeja namanya satu persatu dan mengakui memang ada persamaan pada pangkal nama mereka. Hanya tuhan saja yang tahu mengapa wujudnya kebetulan itu.
“Tapi nama kita kalau sambung jadi satu semula Qhairul  Nisha” katanya sambil tergelak. Qhairul turut tersengih bila mendengar Nisha tergelak.
“Cantik nama tu, tahu maksudnya?”
“Tahu,ayah dan ibu saya yang berikan nama tu”
“Apa maksudnya?” sengaja mengenakan gadis itu.
 “Wanita paling bertuah kot” jawabnya sambil tergelak kerana dia cuba mereka maknanya sendiri.
“Kalau tak tahu cakap tak tahu”Jawab Qhairul dengan riak wajah seperti geram plus tak puas hati.
“Waktu Nisha buat my kard dulu tak da pun pegawai kat JPN tu tanya maksud nama Nisha, yang abang Qhairul tanya ni apa hal, nama Qhairul Azamin tu apa maksudnya pulak?” dengan wajah selamba gadis itu bersuara semula. Bagai menguji lelaki di hadapannya.
“Eh..biar betul budak ni, pandai nak kenakan aku balik. Tak gentar ke dia berdepan dengan aku ni?” rungut Qhairul dalam hati tapi mulutnya masih mahu juga melayan kerenah  gadis itu.
“Qhairul Azamin tu maksudnya lelaki terhebat dan terkacak dalam dunia ni” Nisha terus tergelak mendengar jawpan Qhairul. Dua kali limalah dia orang berdua ni, bisik zamree dalam hatinya.
“Betul ke? tapi macam tak kena je maksud tu, Nisha rasa tak sesuai langsung dengan orangnya?” Suara ketawa Zamree pecah lagi,
“Kamu berdua ni apa hal, baru jumpa dah buat loyar buruk” celah Zamree bila ketawanya reda sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Abang Qhairul ni CEO, CEO tu apa benda hah? ”
Bagai nak pecah perut Zamree menahan gelak  mendengar soalan Nisha.
            “Lama aku tak gelak macam ni Rul” ujar Zamree di hujung gelaknya.
“Sah budak ni baru turun dari kayangan” getus Qhairul dalam hati.
“Aku dah cakap Nisha mesti panggil kau Abang Qhairul kan”  Zamree berbisik ke telinga Qhairul. Lelaki itu hanya tersenyum.
“Ketua Pengarah Eksekutif ” sahut Qhairul dengan wajah yans serius.
“Maknanya  Abang Qhairul ni bos besar kat sinilah”
“Lebih kurang macam tulah agaknya” jawab Qhairul kemudian dia tersenyum.
“Tapi Abang Zam siapa pulak” Nisha masih keliru dengan kedudukan Zamree yang dilihat seperti seorang bos besar juga di syarikat itu.
“Timbalan Pengarah, atau second bos kat sini” Nisha mengangguk-angguk kepala cuba memahami penjelasan  Qhairul, tetapi hatinya masih lagi berbisik kenapa muka dia ni mirip sangat pelakon Korea. Sambil merenung wajah  yang terlalu mirip bintang Korea itu, Nisha memasang telinga mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu.
 “Abang berdua setuju ambil Nisha kerja kat sini tapi memandangkan Nisha ni masih di bawah umur  maka Nisha kena patuh kepada beberapa syarat”. Qhairul menjeling ke arah  Zamree seketika sebelum dia menyatakan syarat-syarat kepada Nisha. Nisha lantas menggangguk tanda memahami kata-kata yang diucapkan oleh lelaki itu.
“Syarat-syaratnya ialah Pertama, Nisha tak boleh bergaul rapat dengan pekerja-pekerja kat sini. Kedua, Nisha hanya boleh menjalankan tugas  yang abang berdua berikan.
Ketiga, Nisha mesti ikut segala arahan yang diberikan oleh abang berdua. Keempat, Kalau abang berdua mahu Nisha ikut abang berdua keluar pejabat atas sesuatu urusan Nisha mesti ikut jangan membantah. Kelima dan yang paling penting, Nisha jangan ceritakan apa-apa latar belakang Nisha dengan sesiapa sahaja terutama kaki tangan dalam pejabat ni, semua maklumat tentang Nisha adalah sulit. Jika dia orang tanya apa hubungan Nisha dengan abang berdua beritahu sahaja Nisha ni adik angkat Abang Zam,ok!. Semua syarat-syarat ni dah dipersetujui oleh abang berdua semalam dan Nisha mesti setuju kalau nak bekerja dengan kami berdua, macam mana boleh?” tanya Qhairul sambil memandang wajah Nisha. ‘Comelnya budak ni’ bisiknya dalam hati.
Zamree hanya mampu tersenyum sambil menggeleng kepalanya mendengar semua perbincangan Qhairul dengan gadis itu.
 “Ok, no problem cuma pasal pergi dan balik kerja tu macam mana ya, Nisha tak tahu lagi macam mana nak berulang alik ke sini ke rumah Kak Rozi dan dari rumah Kak Rozi ke sini?” Qhairul tersenyum  mendengar soalan Nisha lebih-lebih gaya gadis itu ketika menyoalnya.
“Tak  apa, buat masa ni abang Zam yang jemput dan hantar Nisha balik, tapi kalau abang Zam tak da  abang Qhairul boleh ganti tempat abang” tambah Zamre pula.
“Tak menyusahkan abang berdua ke?”
 “Tak pa small matter” jawab Qhairul selamba.
            “Buat pengetahuan Nisha abang ni Dato’ Qhairul dan abang ni pulak Dato’  Zamree”. Wajah Nisha tiba-tiba berubah cuak dan terkejut  sambil mulutnya melopong apabila mendengar terkini itu, kenapa Zamree tak berterus terang sejak semalam.
Apa! Mudanya dah dapat Dato’. betulke dia cakap ni, berbisik dalam hatinya. “Kenapa tak cakap awal-awal sebab Nisha dah terpanggil ‘abang’ kat Dato’ berdua”.
“Tak pa, kami berdua tak kisah Nisha panggil kami abang dan kekalkan panggilan tu sebab atas muka bumi ni cuma Nisha yang panggil kami macam tu” Zamree dan Qhairul sama-sama tersenyum.
“Abang berdua tak da adik ke?” Nisha menumpukan pandangan pada Qhairul kemudian beralih pada Zamree.
“Tak, kami berdua anak tunggal” balas Qhairul. Matanya terus merenung wajah Nisha.
“Zam, kau panggil Zizie masuk dalam aku nak cakap sesuatu pada dia”
            Zamree kemudian menekan intercom atas mejanya kemudian bercakap sesuatu, selang beberapa ketika Zizie masuk ke bilik timbalan CEO tersebut.
“Zizie, Ini Nisha, dia kerja part time kat sini, dia memang tak tahu apa-apa jadi awak tolong ajar dia apa-apa yang dia tak tahu, tapi Nisha cuma boleh buat kerja dan arahan dari kami berdua sahaja, dan semua rekod peribadinya adalah rahsia you tak perlu ambil tahu, gaji Nisha kami berdua yang akan uruskan, kalau ada apa-apa soalan yang boleh tanya sekarang”. Zizie memandang ke arah Nisha kemudian menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Ok, Nisha ikut Zizie, nanti dia akan ajar Nisha buat kerja.”
“Zizie, kalau belum ada kerja awak suruh dia belajar guna komputer dulu”  
Nisha mengangguk kepalanya kemudian membuntuti Zizie keluar dari bilik pejabat itu.
Qhairul dan Zamree saling berpandang dan kemudian tersenyum.
“Bila pulak kau pandai reka syarat-syarat tu untuk Nisha?”
“Entahlah, tiba-tiba idea spontan aku muncul, perasaan aku jadi lain dan pelik bila tengok muka Nisha tu. Tak tahulah, Nisha tu macam ada daya penarik seperti minta dilindungi dan disayangi. Entahlah, mungkin kita berdua ni tak ada adik kot sebab tu bila jumpa Nisha yang nampak  manja dan nakal macam tu kita jadi sayang pulak” ujar Qhairul sambil membalas tatapan Zamree.
“Aku kan dah cakap dengan kau semalam jadi sekarang kau dah caya kan. Bagi aku Nisha tu ciptaan Tuhan yang terindah yang pernah aku lihat, mata, hidung, mulut,bibir ,dagu, tubuh badan semuanya kesempuranaan yang diinginkan oleh setiap perempuan”,
Qhairul terus memandang ke wajah  Zamree, matanya seperti mengiakan kata-kata sepupunya itu.
“Aku nak ke bilik dulu, lunch nanti kita pergi sama” Qhairul pun melangkah keluar dari bilik Zamree.
Beberapa orang pekerja PJ Holding berbisik sesama  sendiri melihat kemunculan Nisha hari itu.
“Siapa budak perempuan yang datang sama Dato’ Zam tadi tu?” tanya Rita pada  Salmah salah seorang pekerja PJ Holding. 
“Entah.. tapi aku nampak bos besar kita tu pun jumpa budak tu dalam bilik Dato’
 Zam, apa hubungan dia orang bertiga tu aku tak tau, tapi budak perempuan tu cantiklah, comel, buah hati Dato’ Zam kot?” Rita cuma mengangkat kedua belah bahu mendengar kata-kata Salmah.

Bab 5
Tiba biliknya Qhairul terus termenung di kerusinya. Sebaris senyuman terukir di bibirnya tiba-tiba padam apabila dia teringatkan sesuatu sesuatu, kemudian terdengar lelaki itu mengeluh sambil menghembuskan nafasnya.
 “Sweet seventy! You are too young for my taste! kenapa kau tak 25 tahun ke? tapi kau cantiklah Nisha, neutral beauty, tak perlu pakai make up, tak pernah aku jumpa wajah gadis cute sangat macam ni, betul kata Zam Nisha adalah ciptaan tuhan yang paling indah yang pernah aku lihat. Nisha...Nisha! kenapa kau buat jantungku berdebar-debar tak menentu sekarang” Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Baik aku buli budak kecik ni kejap, mungkin budak ni boleh  release tension aku hari ini?” tangannya terus menekan butang intercom atas mejanya.
“Zizie, suruh Nisha masuk bilik saya sekejap”
“Baik  Dato’”
“Nisha, big  bos suruh awak masuk”.
“Abang Qhairul?”
Zizie agak terkejut mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Nisha.
“Kenapa budak ni panggil Dato’ Qhairul tu abang” Zizie berbisik sendiri dalam hati.
“Ya”
Nisha melangkah kaki menuju ke bilik CEO PJ Holding. Hatinya berdebar-debar. Nisha rasa lebih selesa berhadapan dengan  Zamree berbanding  Qhairul walaupun lelaki itu nampak sebaya. Buat setakat fizikal Qhairul jelas nampak lebih besar, tinggi dan sasa tapi wajahnya juga nampak lebih tegas dan serius berbanding Zamree yang lebih lembut dan agak bersifat penyayang. Sebaik muncul di hadapan lelaki itu Nisha terus bersuara.
“Abang Qhairul panggil Nisha ke?”
“Ya, duduklah Nisha ”
Qhairul terus merenung wajah Nisha tanpa berkelip. Nisha membalas renungan Qhairul dengan satu senyuman yang cukup manis. Degupan jantung Qhairul semakin kuat bila menatap senyuman itu. Qhairul terus memusingkan kerusinya membelakangkan Nisha. Dia melontarkan pandangannya jauh menembusi dinding kaca pejabatnya sambil tersenyum sendiri.
            “Aku mesti kawal perasaan  sekarang , aku harus kuat kalau tak aku akan tewas oleh budak ni”, keegoannya kembali menguasai diri lelaki itu, dengan wajah yang  tenang  dan  serius Qhairul memutarkan semula kerusi lalu menghadap Nisha yang duduk di hadapan mejanya.
“Nisha ada berapa orang adik beradik?”
“Dua, saya dengan adik Qhairil satu ayah tapi lain mak”
“Nisha ada cita-cita ke?”
“Mestilah bang, Nisha nak belajar sampai U, lepas tu dapat kerja tetap, dan kalau ada jodoh kahwin” sahutnya  jujur.
“Nisha tahu masak ke?”
Nisha merenung wajah Qhairul, ‘kenapa abang Qhairul tanya soalan yang melalut-lalut macam ni, aku bukan nak jadi tukang masak kat ofis  dia ni’
Mata Nisha merenung tajam ke wajah Qhairul. Hati Qhairul kembali tidak keruan bila ditenung Nisha begitu.
“Kenapa Nisha pandang abang macam tu” cuba mengawal perasaannya.
“Tak! ehh…  pandailah jugak kalau masak mee segera”
‘Pandai pulak Nisha ni nak kenakan aku’Qhairul berbisik sendiri.
Nisha mengukir  senyuman sehabis manisnya.
“Orang perempuan mesti pandai masak kalau nak suami sayang”
“Nisha bukannya ada suamipun bang”
“Nanti-nanti Nisha tak nak kahwin ke?”
“Mesti kan tadi Nisha kata kalau ada jodoh tapi perlu ke syarat nak kahwin tu perempuan harus pandai masak, apa suami tak boleh jadi tukang masak ke?” bidas Nisha pula penuh semangat. Namun jawapan Nisha seolah-olah mencabar mindanya.
“Biasa yang masak tu kan kerja isteri?”
 “Ya  ke? Tak semestinya  bang. Bagi Nisha itu terpulang kepada persetujuan pasangan suami isteri tersebut. Tapi kalau Nisha kahwin nanti, Nisha nak suami masak untuk  Nisha, Nisha kerja suami jaga rumah jadi Mr. Mama” Nisha tergelak sendiri selepas itu.
“Malang betul siapa kahwin dengan Nisha ni”sahut Qhairul sambil tersenyum sinis.
“Tak malang, walaupun suami Nisha nanti jadi Mr.Mama tapi Nisha sayang dia sepenuh hati tau. Sebab kalau lelaki tu sanggup buat kerja rumah untuk isterinya tulah lelaki yang paling penyayang dan paling romantik dalam dunia ni dan dialah lelaki yang akan terima cinta one hundred percent dari Nisha” balas Nisha sambil mengukir senyuman di bibirnya. Fakta atau auta Nisha sendiri tidak pasti tentang jawapannya itu.
            Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya mendengar jawapan Nisha.
“Aku nak buli Nisha ke atau Nisha buli aku ni?”omel Qhairul dalam hatinya.
“Eer..Abang Qhairul ni dah kahwin ke?”
Qhairul merenung wajah Nisha sambil tangannya bermain dengan sebatang pen.
“Nisha boleh teka tak lelaki yang dah kahwin dengan lelaki yang belum kahwin” tanya Qhairul sambil tersenyum.
“Rasanya boleh kot” dengan spontan dia menjawab.
“Macam mana?” tanya lelaki itu sambil mengangkat kedua-dua keningnya.
“Biasanya lelaki yang dah kahwin ni lebih berani dari lelaki yang belum kahwin” ujar Nisha memberikan fakta menurut pandangannya.
“Berani pasal apa?” tanya Qhairul sambil matanya tak berkelip memandang ke wajah Nisha. Dia jadi keliru dengan jawapan gadis di depannya itu.
“Berani pikat perempuan”sahut Nisha lagi.
“Kalau abang ni, Nisha fikir abang ni dah kahwin ke belum?” tanya Qhairul seolah-olah ingin menguji gadis hingusan macam Nisha.
“Macam belum kot sebab tak nampak berani pun”jawab Nisha agak berani.
Qhairul membutangkan matanya memandang Nisha sambil mengetap bibir.
‘Nisha ni nampaknya nak kenakan aku lagi ni’bisiknya dalam hati.
“Ya ke? Ok, kalau Nisha kata abang ni tak berani pada perempuan, malam nanti abang ajak Nisha keluar tengok macam mana abang pikat perempuan” Kata-kata Nisha seolah-olah mencabar kelakiannya dan imejnya yang memang terkenal sebagai lelaki kasanova dan romeo di kalangan tokoh-tokoh korporat serta wanita-wanita glamour dan selebriti. Tidak pernah perempuan menjauhkan diri darinya malah ada yang tergedik-gedik minta dilayani.
‘Mamat ni biar betul, pantang di cabar ke?’Nisha berbisik sendiri dalam hati.
“Nisha tunggu malam ni pukul 8 abang jemput Nisha kat rumah”matanya merenung tajam pada Nisha.
“Tapi….!”Nisha jadi serba salah.
“Tak da tapi-tapi, sekarang Nisha boleh keluar sambung kerja” arahan yang tegas tak boleh diingkari. Mukanya apa lagi memang nampak serius habis.
‘Nasib baik muka mamat ni ada sebijik macam  Min Ho, kalau macam kambing dah lama dah aku lompat atas belakang dia dan cekik-cekik lehernya sampai lidahnya terjelir’.Nisha merungut dalam hati. Nisha memandang seketika ke arah Qhairul sebelum keluar. Lelaki itu seolah-olah menyibukkan diri membuka fail-fail di atas meja, kemudian terus berpaling dan keluar dari bilik CEO tersebut.
            Qhairul menghembus nafas leganya bila pintu biliknya sudah tertutup semula. Jantungnya seperti nak meletup selagi Nisha berada di biliknya.
‘Nisha..Nisha kenapa kau buat aku macam ni, dahlah kau buat jantung aku ni macam nak masuk ICU, kau cabar aku pulak, semua orang kata aku kacang je pikat perempuan tapi kau sorang kata aku ni tak berani pada perempuan, malam ni kau tengok macam mana aku pikat perempuan’ Qhairul terus merungut sendiri dalam hati.
Perasaannya tidak tentu arah.Apa saja yang hendak dilakukan hari itu bagaikan tidak kena. Kemunculan Qhairunnisha menyebabkan  konsentrasi kerjanya hari itu tiba-tiba terganggu. Hatinya seolah-olah mendesak-desak untuk sentiasa melihat wajah comel gadis itu.
‘Apa kena dengan aku ni macam tak pernah tengok perempuan? Nisha tu masih budak lagi lah. Aku ni dah kena sakit otak ke?’ Qhairul merungut pada dirinya sendiri.
            ‘Ehhh.. tak kanlah aku …. dengan budak belasan tahun..ehh susahlah macam ni lama-lama aku boleh jadi gila kalau terus macam ni’ Qhairul bangun dari kerusi, melalui tingkap dinding kaca di belakangnya  dia melontarkan   pandangannya jauh ke bandaraya KL yang kelihatan begitu indah jika dilihat dari bangunan setinggi itu.Kehadiran Nisha seolah-olah mencabar perasaan dan keegoannya selama ini.
Di luar pejabat Nisha kembali semula ke mejanya lalu bertanya sesuatu pada Zizie.
“Kak Zizie ni dah kahwin ke?”
“Dah! Kenapa?”
“Saje nak tanya”
“Apa hubungan Nisha dengan bos dan big bos tu?”
“Abang Zam dengan Abang Qhairul?”
“Ya lah!”
“Abang Zam tu abang angkat Nisha”
“Sejak bila?”
“Sejak kenal”
“Ya lah, sejak bila kenal?”
“Tu kena tanya abang berdua tu, Nisha dah diset dan diprogramkan untuk menyatakan bahawa segala maklumat tentang diri Nisha  adalah sulit jadi Nisha tak dapatlah beritahu akak, ini atas arahan Abang Qhairul”jawabnya sambil tersenyum.
Zizie melepaskan nada kesalnya kerana gagal mencungkil maklumat tentang gadis remaja itu. Nisha menghabiskan masanya sehingga lam 12.30 tengah hari dengan menatapi skrin komputer yang ada di depannya.
 Zamri keluar dari bilik pejabatnya kemudian terus masuk ke  bilik  pejabat CEO, matanya sempat menjerling sekejap ke meja Nisha. Gadis itu sedang asyik menatap komputernya. Beberapa minit kemudian kedua-dua bos besar PJ Holding itu kelihatan keluar dari bilik CEO.
             “Nisha..jom keluar lunch” Nisha yang sedang leka menatap skrin monitor komputer tidak menoleh. Melihat tiada respon Qhairul terus mendekati Nisha lalu menarik lengan gadis itu. Bagai  anak kecil, Nisha membuntuti langkah kedua bos besar PJ Holding itu. Mereka memasuki restoran sebuah hotel 5 bintang yang tidak jauh dari bangunan PJ Holding. Qhairul dan  Zamree mencari sebuah meja yang sesuai untuk duduk bertiga.
Nisha berasa kekok menemani dua lelaki yang hebat yang amat kacak dan bergaya yang  baru dikenalinya itu. Walaupun sepatutnya Nisha merasa berbangga bila duduk di antara dua lelaki yang kacak yang kaya, berpangkat, berpengaruh dan bergaya seperti itu tetapi ketidakselesaan lebih dirasai oleh Nisha ketika itu.
“Nisha nak makan apa?”
“Tak tahu, abang Zam order apa-apa jelah Nisha makan je”
Qhairul mengambil peluang merenung wajah Nisha, hati kecilnya sempat lagi memuji ciptaan tuhan yang paling indah yang baru ditemuinya itu.
“Ya Allah,sempurna sungguh ciptaan Tuhan di depan mataku ketika ini. Mata, hidung, mulut, pipi terlalu cantik dan cukup mempersona, persis baby doll bisa bergoncang jiwa dan jantung kaum adam yang melihatnya. Sambil menghayati ciptaan tuhan yang indah itu, Qhairul teringat kata-kata yang dilafazkan oleh Nisha semasa di biliknya pagi tadi yang masih lagi bermain di fikirannya.
“Tak kan aku rasa tercabar oleh gadis hingusan macam ni?” mata terus merenung tajam wajah gadis itu. Tercabar keegoan apabila mengingatkan kata-kata Nisha
“Kenapa Rul, kenapa kau pandang Nisha macam tu, kau orang berdua bergaduh ke?”
“Nisha kata aku ni tak berani pada perempuan, Nisha cabar aku”
Nisha terkejut apabila terdengar kata-kata Qhairul kemudian dia tersenyum.
‘Tak kan mamat ni ambil serius apa yang aku cakap tadi’ desisnya dalam hati.
“Hah! Kau ambil hati jugakkah Rul dengan cakap budak kecik yang masih hingusan”  Zamree ketawa.
‘Apa…budak kecik, banyaklah kau punya budak kecik., jangan sebut nama Nisha kalau kau orang berdua tak nangis depan budak kecik ni nanti’ rungut Nisha dalam hati.
Seorang waitress menghantar beberapa makanan yang di pesan oleh  Zamree. Semua jenis makanan yang tiba terlalu asing bagi Nisha, tetapi kerana perut memang sedia minta diisi, Nisha terus menadah kedua tangannya untuk membaca doa makan kemudian terus  menjamah sahaja makanan yang ada di depannya tanpa malu dan segan. ‘Budak kecik macam ni kalau jumpa makanan yang sedap-sedap. Manalah dia nak tahu malu, Nisha ketawa sendiri dalam hatinya. Nisha lebih dulu selesai makan berbanding kedua-dua lelaki itu yang kelihatan asyik berbual ketika menikmati makanan mereka.
Sambil menyedut jus tembikai yang ada di depan, matanya memerhati meja yang penghuninya dua orang lelaki mat saleh. Dari tadi lelaki mat salleh itu asyik memandang padanya. Salah seorang dari lelaki mat saleh itu mengangkat tangan dan tersenyum pada Nisha kemudian bercakap sesuatu pada kawannya sambil tangannya mencatat sesuatu. Nisha membalas senyuman lelaki mat saleh itu. Nisha merasa agak gementar bila tiba-tiba salah seorang lelaki mat saleh itu bangun dari tempat duduknya lalu menghampirinya.
             “Hello mis, I am David, boleh berkenalan?”tuturnya cuba bercakap dalam bahasa melayu kemudian menghulur tangan pada Nisha. Qhairul dan  Zamree terkejut melihat kemunculan tiba-tiba lelaki mat saleh itu mendekati Nisha.
‘Biar betul orang putih ni, biji matanya tak nampakkah aku dan Zam ada kat sini’rungut Qhairul dalam hati.
“Hai!” balas Nisha lalu cuba menyambut salam lelaki mat saleh tersebut, tetapi dengan pantas dan serentak tangan Zamree dan  Qhairul  menahan tangan Nisha .
“Sorry sir, she is my fiancee” dengan pantas  Zamree bersuara.
Lelaki mat saleh itu terpegun seketika kemudian tersenyum lalu meminta maaf.
“Sorry, I think this girl just your friend” Lelaki mat saleh itu kemudian kembali semula ke mejanya sambil bercakap sesuatu dengan kawannya.
Suasana di meja makan itu mula suram, kedua-dua lelaki tersebut kelihatan kurang senang dengan kejadian tadi. Qhairul dengan wajah yang keresahan terus bersuara.
“Nisha dah habis makan ke, jom kita balik pejabat”
“Dah.. jomlah”Nisha menjawab selamba.
Ketika melalui meja lelaki mat saleh tadi, lelaki mat saleh itu tersebut masih merenung dan tersenyum  pada Nisha.  Qhairul terus menarik lengan Nisha supaya berjalan lebih laju dan terus menuju pintu.
“Kenapa Nisha layan lelaki mat saleh tu?” Zamree tiba-tiba bersuara.
“Bila masa Nisha layan, dia yang datang jumpa Nisha”
“Nisha senyum tu bererti Nisha layanlah tu” sambung  Qhairul pulak.
“Ehh..kan senyum tu sedekah”jawab Nisha selamba.
“Kalau lelaki dengan perempuan mana boleh dikira sedekah, tu menggoda namanya cik adik sayang oi” balas Qhairul
“Nisha mana tahu tu semua, kan Nisha ni budak kecik, masih hingusan lagi, tapi lelaki dari negara yang lebih dulu bertamadun tak pula anggap Nisha ni budak hingusan atau budak kecik” Keduanya berpandangan mendengar kata-kata Nisha. Kata-kata yang bagaikan memulang paku buah keras.
Nisha terus diam sehingga lif sampai ke tingkat 25. Nisha terus melangkah laju meninggalkan kedua lelaki yang telah memperlekehkannya sebentar tadi, tiba di hadapan meja Zizie, Nisha terus teringat sesuatu.
“Kak Zizie, kat pejabat ni ada surau ke?”
“Ada, Nisha nak solat ke?”
“Ya”
“Nisha pergi kat hujung sebelah kanan, situ ada bilik solat wanita”
“Kat bilik tu ada telekom tak?”
“Ada” Mendengar jawapan Zizie Nisha terus melangkah laju menuju ke arah yang dinyatakan oleh Zizie.
“Zizie, Nisha pergi mana?” Zamree dan Qhairul serentak bertanya tentang Nisha.
“Pergi surau nak solat Zohor katanya” kedua lelaki itu saling berpandangan mendengar jawapan Zizie.
“Nanti awak fotostat IC Nisha, beri kat saya bila dah ada” Qhairul memberi arahan pada setiausahanya.
“Baik Dato’, ada apa-apa lagi Dato’”
“Tak, tu je”.
“Zam, kau masuk bilik aku sekejap, ada perkara aku nak bincang dengan kau”
Keduanya melangkah beriringan masuk ke bilik pejabat CEO PJ Holding. Zamree duduk berhadapan dengan  Qhairul di mejanya.
“Kau perasan tak dengan kata-kata Nisha tadi”
“Ya, dia tuju khas untuk kita berdua” jawab  Zamree selamba.
“Nisha tu memang bijak, pandai dia perangkap kita dengan kata-katanya. Aku rasa Nisha tu spesiallah Zam. Dia macam ada satu aura yang boleh mengikat kita dan menyebabkan kita jadi sayang pada dia, walaupun masih bawah umur tapi nampak kematangannya dan tak mudah diperlekehkan” tambah Qhairul lagi.
“Aku rasa ada sebab musabab dan hikmahnya tuhan mempertemukan kita dengan Nisha. Tengok ajelah sekarang, kita sering lupa tanggungjawab kita sebagai muslim, tapi Nisha yang kita anggap budak kecik dan hinggusan tu tak lupa tanggungjawab dia, mungkin sebab tu tuhan selalu tolong dia dalam segala hal” seperti Qhairul Zamree turut merasakan keistimewaan yang ada pada gadis itu.
“Aku fikir aku nak Nisha tu jadi PA aku, nanti aku ajar dia buat kerja” Qhairul menyatakan hasratnya. Zamree tersenyum, dia cukup faham dengan sikap sepupunya itu, Qhairul seorang yang cepat berfikir, advance dan tegas tidak hairanlah kalau setiap cadangan dan usulnya akan diterima pakai oleh semua orang dan tidak ada sesiapa yang berani membantah arahannya.
“Bahaya Rul, dengan satu senyuman je dia dapat tarik mat saleh tu datang pada dia” Zamree menyambung kata-kata setelah fikirannya mengelamun seketika kemudian dia ketawa.
“Dia ada senjata yang cukup hebat yang boleh menundukkan lelaki Zam.” Qhairul menyuarakan kebimbangannya.
“Qairunnisha dalam bahasa arab bermaksud sebaik-baik wanita.”terpacul kata-kata yang keluar dari mulut Qhairul.
“Mana kau dapat maksud nama tu?
“Aku cari dalam internetlah”
“Ehh Zam, malam ni aku ajak Nisha keluar, aku nak bawa dia ke kelab, Aku rasa Nisha nak cabar aku” tegas suara Qhairul. Mata Zamree membutang mendengar kata-kata Qhairul.
“Kau biar betul, kau jangan rosakkan dia Rul, aku tak mahu ada di antara kita yang akan menyesal kelak” Zamree kurang setuju mendengar idea sepupunya.
“Tak, kau jangan bimbang, aku tak pernah fikir pun macam tu. Sejahat-jahat mana aku tapi masih teruna tau.  Aku akan jaga dia, niat aku bawa dia malam ni pun bukan ada apa-apa, aku just nak dia tengok je macam mana laris dan hebat aku di mata perempuan” balas Qhairul untuk meyakinkan Zamree.
“Aku bukan apa. Aku dah mula sayangkan dia macam adik aku sendiri, malah aku terhutang nyawa padanya. Aku dah anggap Nisha seperti satu amanah yang dihantar oleh tuhan pada aku. Kalau kau lukakan dia bererti kau lukakan hati aku. Kalau kau hormat dan sayangkan aku, tolong aku jaga Nisha dengan baik lebih-lebih lagi dia anak yatim piatu dan masih di bawah umur, Aku tak mahu menanggung dosa kerana menganiya mereka”ujar Zamree mengharapkan pengertian sepupunya.
“Aku tahu tu Zam, kau jangan susah hati, petang nanti biar aku hantar Nisha balik, beri alamat dia kat aku” sambung Qhairul demi mendapatkan keyakinan Zamree.
“Kalau macam tu, aku jemput Nisha pergi kerja, kau pulak hantar dia balik kerja, macam mana kau setuju tak?”
“Ok aku setuju, nanti aku beritahu Nisha”  balas Qhairul sambil tersenyum
 Zamree kemudian memberitahu alamat rumah Cikgu Roziah kepada  Qhairul.
Perbualan mereka berhenti bila Zizie melangkah masuk sambil membawa satu salinan my kad  Nisha di tangannya,
“Dato’, ni benda yang Dato’ nak tadi” sambil menghulurkan salinan mykad Nisha kepada Dato’ Qhairul kemudian Zizie keluar semula dari bilik tersebut. Dato’ Qhairul memerhati seketika salinan wajah comel Nisha yang berumur 12 tahun pada mykad tersebut, kemudian dia tergelak sendiri. Zamree mengangkat keningnya memandang Qhairul.
“Kau tengok gambar Nisha dalam ni, cute macam anak patung” sambil menghulurkan salinan fotostat mykad pada Zamree. Zamree turut tersenyum melihat gambar comel Nisha  kemudian dia melihat satu persatu maklumat yang tercatat pada mykad tersebut. Mata terhenti pada tarikh lahir Nisha 1 September 1991.
            “Rul, Nisha lahir first Septemberlah?” Zamree kemudian terus memandang wajah Qhairul sambil tersenyum.
“Tu tarikh lahir kau kan?” Qhairul mengingatkan tarikh lahir sepupunya itu.
“Ya,bererti Nisa ni kembar aku, kami berdua sambut tarikh birthday samalah Rul” Zamree tergelak bila menyedari hakikat itu.
“Kau ni biar betul Zam” Tangannya terus mencapai salinan mykad yang dihulurkan oleh Zamree. Qhairul terus mengamati seketika salinan my kad milik Nisha.
“Ya tak ya juga, kenapa kebetulan sangat macam ni Zam?”
“Itulah kuasa tuhan Rul, jarang kita dapat jumpa orang sambut hari jadi pada tarikh yang sama dengan kita. Tapi tarikh lahir Nisha ni cantiklah Rul 191991, dua nombor je senang nak ingat” balas Zamree lagi. Dalam diam-diam Nisha semakin istimewa di mata dua lelaki itu.
“Betullah kau kata tadi. Nisha tu sekarang bukan adik angkat kau tapi adik kembar kau, ”sambung Qhairul sambil matanya memandang Zamree. Mereka berdua akhirnya sama-sama ketawa memikirkan perkara yang tak pernah diduga itu.

Bab 6
Jam sudah pukul 5.45 petang, pekerja PJ Holding sudah ramai yang telah meninggalkan pejabat untuk balik ke rumah masing-masing. Nisha masih lagi  menatap skrin komputer di atas mejanya. Hari itu sampai ke petang dia cuma melayari internet. Zizie dan Rina kelihatan sedang mengemas mejanya untuk balik. Sebentar kemudian Dato’ Qhairul keluar dari pintu biliknya dengan membawa briefcase di tangan kirinya lalu menghampiri meja setiausahanya. Zizie memberitahu sesuatu kepada  Qhairul tentang beberapa temujanji yang perlu dihadirinya esok. Kemudian lelaki itu melangkah menuju ke arah Nisha yang sedang leka menekan-nekan tertikus di tangannya.
“Nisha, jom kita balik, petang ni abang tumpangkan Nisha” Nisha terkejut bila  Qhairul tiba-tiba menegurnya.
“Abang Zam?”tanyanya sambil mendongak memandang wajah Qhairul.
“Abang Zam biasanya balik lewat masih ada kerja nak disiapkan” sahut Qhairul sambil memandang jam tangannya.
Nisha terus menutup komputer di atas mejanya lantas mencapai tas tangan kecilnya pemberian Kak Rozi yang digunanya hari itu. Dia kemudian melangkah membuntuti lelaki itu menuju ke pintu lif.
Terus menjadi tanda tanya penyambut tetamu di lobi bangunan itu bila melihat gadis itu balik bersama Pengurus Besar dan bukan Timbalan Pengurus. Sepanjang perjalanan menuju ke pintu utama lobi bangunan itu mereka tidak bercakap. Sebuah kereta Lamborghini berwarna biru gelap menunggu di hadapan lobi. Nisha agak terkejut memandang kereta yang terlalu canggih dengan reka bentuk berbeza dari kereta-kereta yang biasa dilihatnya di jalan raya. Sesuai dengan jiwanya seorang lelaki yang telah merangkul gelaran Hero Malaysia seperti Dato’ Qhairul Azamin.
            ‘Ni kereta abang ke?” matanya terpaku pada kereta yang tersadai di depan lobi. Seorang lelaki menyerahkan kunci kereta tersebut pada  Qhairul. 
            “Ya, kenapa?”tanya Qhairul sambil matanya menatap wajah Nisha.
            “Tak pernah Nisha tengok kereta macam ni, kereta apa ni? macam kapal angkasa pun ada”tegur  Nisha.
            Qhairul tergelak kecil mendengar teguran Nisha.
            “Memang kapal angkasa, lepas ni abang bawa Nisha terbang ke bulan”
            “Abangni  biar betul, rumah Nisha bukannya kat bulanlah bang”
            “Jadi Nisha tinggal di mana?”
            “Kayangan”balas Nisha sengaja menyambung loyar buruk Qhairul. Dia tergelak bila dapat mengenakan lelaki itu. Nisha nampak boleh satu kepala pula dengan Qhairul kalau dala hal-hal seperti ini. Qhairul pula hairan dengan dirinya yang makin seronok melayan telatah Nisha sehingga lupa dirinya seorang majikan yang dihormati pekerjanya dan ahli perniagaan yang digeruni oleh pesaing-pesaingnya.
“Boleh tahan jugak rupanya Nisha ni kalau dalam bab-bab loyar buruk macam ni” balas Qhairul sambil tergelak.
“Abang yang mulakan” balas Nisha lagi terus  turut sama tergelak.
Dengan gelak yang masih bersisa mendengar jawapan Nisha,  Qhairul membuka pintu kereta sebelah tempat duduk penumpang kepada Nisha. Nisha menyedari kereta tersebut sama seperti kereta Ferari Zamree yang cuma ada dua tempat duduk. Dengan perasaan yang amat teruja Nisha memboloskan diri di dalam Lamborghini tersebut.  Qhairul perlahan-lahan mengerakkan keretanya  menuju ke jalan raya Kuala Lumpur yang agak sesak ketika itu. Kadang kala Qhairul memecutt agak laju keretanya lagak seorang pemandu F1 bila berada di jalan yang agak lengang. Kerana kecanggihan dan mutu buatannya walaupun dipandu laju namun  kelajuannya tidak terasa oleh penumpang di dalamnya. Kereta mewah milik CEO dan timbalan CEO PJ Holding memang sering menjadi perhatian pengguna-pengguna jalan raya yang teruja ketika terjumpa kereta mewah itu beraksi di tengah-tengah jalan raya Kuala Lumpur.
“Kenapa Nisha diam je ni, tak da modal lagi ke nak bercakap?”usik Qhairul bila gadis di sebelahnya mendiamkan diri.
“Budak kecik mana ada banyak modal nak cakap, cakap banyak pun bukannya betul”
Dahi Qhairul berkerut, kemudian setelah mengingatkan sesuatu dia terus ketawa.
“Jadi Nisha masih merajuk dengan abanglah ni?” ujar Qhairul sambil matanya menjerling memandang Nisha di sebelahnya.
“Mana ada. Kalau Nisha ni merajuk makinlah orang anggap Nisha ni budak kecik” balas Nisha lagi. Qhairul tergelak lagi, satu cubitan singgah di pipi yang putih dan gebu milik gadis itu.
“Eee..sakitlah” tangan pantas menepis tangan lelaki itu.
Nisha kemudian mengibas-gibas kesan cubitan di pipinya. Nampak merah sikit. Hatinya sangat geram dengan tindakan nakal Qhairul itu.
“Malam nanti jangan lupa, abang ambil Nisha pukul 8”
Nisha cuba menyatakan sesuatu tapi cepat-cepat dihalang oleh Qhairul.
“Abang tak nak dengar apa-apa, keputusan abang muktamad, full stop”
“Kalau Nisha tak nak pergi jugak?”
“Esok abang akan cium Nisha depan semua pekerja PJ Holding”.
Membutang mata bundar Nisha mendengar ugutan  lelaki itu.  ‘Malulah kita betul-betul lelaki ni buat macam tu. Bahaya betul mamat sorang ni’ rungut Nisha dalam hati.
“Buatlah kalau berani”
“Nisha jangan cabar abang” balas Qhairul sambil tersenyum sinis.
“Ini arahanke, ugutanke  atau paksaan?, atau termasuk dalam bidang kerja Nisha jugak” tanya Nisha dengan nada sedikit geram.
“Kesemuannya, kan abang dah cakap pagi tadi dalam syarat-syarat yang perlu Nisha patuhi dan abang nak Nisha tahu salah satu perangai buruk abang iaitu kalau abang nakkan sesuatu dan demi kepentingan abang, abang akan bertindak dengan apa cara sekali pun”.
“Patutlah abang jadi bos” peril Nisha.
“Sindir abang nampak”
“Bukan sindiran tapi kenyataan” Qhairul tersenyum bila Nisha menjawabnya begitu.
“Abang tak kisah, Nisha boleh kutuk abang apa-apa je abang tak marah malah makin sayang” usik Qhairul sambil tangannya cuba pula memicit hidung mancung gadis itu. Nisha cepat-cepat menepis tangan lelaki tersebut dengan wajahnya yang merah padam mendengar usikan lelaki itu sebentar tadi.
“Oh ya, abang dah sepakat dengan Abang Zam, pergi kerja Abang Zam akan jemput Nisha tapi balik kerja Nisha kena balik dengan abang macam hari ni”.
“Nisha ni tak menyusahkan abang berdua ke?”
“Dah abang katakan  pagi tadi, hal kecik je, Nisha cuma perlu patuhi semua syarat, yang lain tu abang  berdua aturkan”sahut Qhairul lagi.
“Nisha takut sebab abang berdua beri layanan yang istimewa sangat pada Nisha sedangkan Nisha ni bukan siapa-siapa pun dengan abang berdua, abang berdua baru je kenal Nisha. Abang tak malu ke tumpangkan Nisha selalu. Saudara pun bukan, abang tahukan Nisha asal dari mana, budak kampung yang miskin, Anak yatim piatu” Nisha hampir tersendu menyatakan siapa dirinya yang sebenar. Tercuit  juga perasaan Qhairul mendengar ucapan yang keluar dari mulut gadis itu,
“Kerana Nisha begitulah abang berdua  tolong, sekiranya Nisha  ni anak jutawan buat apa abang berdua nak tolong, tapi sebenar Nisha yang tak  nampak keistimewaan yang Nisha  tapi Abang dan Abang Zam nampak keistimewaan tu, kami tak ada adik atau saudara mara yang lain jadi izinkan abang berdua jaga dan bantu Nisha serta memberikan kebahagian pada Nisha” jawab Qhairul dengan nada yang serius.
“Tapi kan abang berduakan baru kenal Nisha, terutama Abang Qhairul baru je hari ni kenal Nisha”
“Kenal lama atau baru kenal  bukan sesuatu yang penting sangat jika tuhan telah mentakdirkan kita untuk saling menyayangi dan sekiranya orang itu memang sejak  azali lagi dah dijodohkan untuk kita. Tapi walaupun seratus tahun kita mengenali seseorang itu, kalau ia bukan jodoh kita, kita tetap takkan boleh bersama juga dan tempoh pertemuan itu bukan alasan untuk kita memberi bantuan pada seseorang”.ujar Qhairul sambil matanya terus tertumpu pada pemanduannya.
Nisha termenung mendengar ungkapan yang penuh makna lahir dari mulut lelaki tersebut. Mungkin tuhan telah merencanakan semuanya sehingga kedua lelaki tersebut amat mudah untuk menerima kehadirannya dan menyayanginya seperti seorang adik dan memberi peluang dirinya menumpang kesenangan hidup yang tidak pernah dirasai selama ini.
            Kereta Lamborghini  Dato’ Qhairul akhir sampai di hadapan rumah Roziah. Roziah yang memang menanti kepulangan Nisha untuk mendengar cerita pengalaman hari pertama Nisha bekerja. Mendengar deruman enjin kereta dia terus membuka pintu rumah untuk memastikan pemilik kereta tersebut. Seorang lelaki  keluar dari kereta tersebut kemudian terus berlari anak membuka pintu kereta untuk Nisha. Roziah mengerutkan dahinya, dia agak terkejut bila melihat bukan Zamree yang menghantar Nisha balik petang itu tetapi seorang lelaki lain yang begitu kacak bergaya dengan sebuah kereta yang sama-sama  mewah seolah bersaing hebat dengan  Zamree.
“Terima kasih bang sebab hantar Nisha balik” ucap Nisha sambil tersenyum memandang Qhairul yang juga  turut tersenyum padanya.
“Jangan lupa pukul 8 nanti, abang jemput Nisha semula, ok Nisha, take care” balasnya sambil mengangkat tangan lalu kembali semula ke tempat duduk pemandu.
Nisha menghantar kereta  Qhairul dengan ekor matanya sehingga ia hilang dari pandangan.
Roziah senyum memandang Nisha, tanpa membuang masa pertanyaan demi pertanyaan keluar dari mulut wanita itu.
“Siapa pulak tadi tu Nisha, bukan Zamree kan?”
“Abang Qhairul” jawab Nisha selamba.
“Qhiarul? Siapa pulak tapi Zamree mana?, kenapa orang lain hantar Nisha balik?”
“Ada, dia balik lewat sebab masih ada kerja sebab tu Abang Qhairul tumpangkan Nisha balik, Kak Rozi nak dengar cerita tak?”
“Mestilah Nisha, apa dia cepatlah” Roziah terus menarik tangan Nisha lalu duduk di atas sofa di ruang tamu rumahnya.
“Abang Zamree bawa Nisha kerja kat ofis dia di Permata Jaya Holding”.
“Nisha kerja kat Permata Jaya Holding?”
“Ya, kenapa Kak Rozi?”
“Syarikat besar tu Nisha, kalau tak silap milik dua orang sepupu yang hartawan,  dengar cerita CEO dan Timbalan CEOnya masih single lagi, Nisha kerja apa kat situ”.tanya Roziah yang makin teruja untuk mendengar cerita adik angkatnya itu.
“Entahlah, hari ni Nisha tak buat apa-apa lagi cuma belajar komputer je, tapi kalau akak nak tahu, Abang Zam tu rupa-rupanya second bos kat situ”
“Akak dah agak, dari rupa dan gaya serta kereta yang dia pakai tu akak tahu lelaki tu bukan orang sebarangan mesti lelaki kaya dan yang bukan kaya sikit-sikit mesti jutawan. Nisha nak tahu kereta tu bukannya sebarangan orang boleh beli dan pakai sebab kalau bukan jutawan mana mampu beli kereta yang harga berjuta-juta ringgit macam tu” tambah Cikgu Roziah lagi.
“Berjuta ringgit, betulkah kak?”mata Nisha membutang memandang wajah kakak angkatnya.
“Ya, kereta yang baru hantar Nisha tadi pun sama, tu lagi hebat boleh hitung manusia dalam Malaysia ni yang mampu beli kereta tu” balas Roziah lagi.
“Ya ke, kalau akak nak tahu, Abang Zamree tu rupa-rupanya Dato’, Timbalan CEO”.
“Apa? biar betul Nisha, bertuahnya badan kau, boleh kenal timbalan CEO PJ  Holding, Dato’  pulak tu, siap ambil kau kat rumah lagi tu dan yang  tadi tu…”Cikgu Roziah seolah tidak percaya apa yang didengarnya dari mulut Nisha. Dia terus teringatkan lelaki yang menghantar Nisha tadi.
“Hah!..Yang hantar Nisha balik tadi tu CEO PJ Holding, Dato’ Qhairul Azamin”
Mulut  Rozi terus melopong lagi mendengar kata-kata Nisha.
“Kau..kau biar  betul Nisha, macam mana cerita kau boleh jadi macam ni, boleh tackle dua Dato’  dalam satu hari. Dua-dua bujang dan dua-dua bos besar dan lawa lagi tu, bertuah betul adik akak ni” Roziah seolah-olah seperti tidak percaya mendengar kata-kata Nisha.
“Setiap pagi mulai esok Abang Zam akan jemput Nisha dan balik pulak Abang Qhairul yang akan hantar, dia orang berdua yang aturkan macam tu”. Maklumat terkini untuk kakak angkatnya.
“Macam mana badan  kau bertuah sangat macam ni Nisha” sahut Roziah lagi.
“Tuah anak yatim piatu Kak Rozi”  Nisha sambil matanya meleret memandang  Roziah.
“Kau tak panggil Dato’  ke dia orang berdua tu”
“Tak, dia orang berdua suka Nisha panggil dia orang abang, dan katanya cuma Nisha je yang panggil di orang berdua macam tu kat muka bumi ni” sambung Nisha sambil tersenyum. Roziah mengeleng-gelengkan kepala bagaikan percaya dengan cerita adik angkatnya itu.
“Siapa lebih kacak di antara dia orang berdua tu” Roziah terus duduk merapati Nisha.
Nisha tersenyum mendengar pertanyaan kakak angkatnya itu.
“Dua-dua kacak, tapi mata Nisha ni lagi minat tengok Abang Qhairul kot, sebab abang Qhairul ada extra lawa  sikit, kulit dia lebih cerah, putih tapi Abang Zam sawo matang  sedikit tapi muka macam Hindustan. Abang Qhairul lebih tinggi, dari Abang Zam dan lebih besar dan sasa. Kalau akak nak tahu muka abang Qhairul sebiji macam  pelakon Korea yang Nisha minat tu” beritahu Nisha sambil tersenyum. Cikgu Roziah tergamam mendengar kata-kata adik angkatnya itu.
“Dia orang berdua tu kenapa baik sangat dengan Nisha?” tanya Roziah lagi.
“Entahlah, mungkin dia orang berdua tu anggap Nisha ni sebagai adik angkat sebab dia orang berdua tak ada adik. Nisha nikan jauh lebih muda takkanlah jadi  kekasih dia orang pulak. Tapi sekarang nampak gayanya macam hari-hari Nisha  kena ikut buntut dia orang berdua tu pergi lunch” Nisha cuba membuat andaiannya.
“Tapi dah kira bertuahlah tu Nisha, sebab dua orang Dato’ boleh layan kau macam tu” komen Roziah lagi. Nisha mula  teringat ajakan Qhairul petang tadi.
“Malam ni pukul 8, Abang Qhairul ajak Nisha keluar”.
“Hah tengok tu, cepatnya. Betul ke ni Nisha?pergi mana?”
“Entahlah” Malas pula rasanya hendak bercerita  dengan Roziah tentang  Qhairul  yang tercabar dengan kata-katanya.
“Akak tak kisah tapi pandai-pandailah Nisha jaga diri” balas Roziah lagi.
‘Tapi Nisha fikir Abang Qhairul tu tak dalah niat yang tak baik. Tapi insyaallah Nisha akan tetap beringat dan sentiasa berhati-hati. Akak kan kenal Nisha dan tahu apa yang Nisha ada”.
“Baguslah, sebab tu Akak tak risau sangat tapi kalaulah Nisha diberi pilihan. Nisha pilih siapa antara mereka berdua tu” Roziah tergelak pula selepas dia bertanyakan soalan itu. Sengaja cuba bergurau dan menguji hati Nisha.
“Abang Zamree tu baik, penyayang dan bertanggungjawab, Abang Qhairul pula romantik, tegas dan suka berterus terang tapi kalau Nisha ni diberi peluang untuk memilih, Nisha pilih Abang Qhairul kot tapi malaslah Nisha nak fikir benda yang tak masuk akal macam ni sebab tu dah macam cerita dongeng pulak, berangan jadi cinderarelalah pulak. Baik Nisha fikir macam mana  nak keluar dengan Abang Qhairul malam ni. Baju apa yang sesuai? Nisha bukannya ada pakaian cantik. Takkan nak pakai baju kurung kot” ujarnya lagi mengelamun memikirkan sesuatu sambil mengarukan kepalanya.
‘Tu biasalah pada awalnya, lama-lama nanti kakak jamin abang angkat tu entah ke mana, percayalah cakap kakak ni” Nisha tergelak mendengar kata-kata kakak angkatnya.
“Tapi Nisha percaya kedua-duanya mereka tu baik, kalau Nisha ni lelaki, Nisha akan madukan mereka berdua tu” membutang mata Roziah mendengar jawapan Nisha.
“Tamaknya engkau Nisha” balasnya sambil matanya terus membutang memandang Nisha. Nisha pula tergelak, lucu melihat wajah Roziah. Bila ketawanya berakhir dia termenung lagi.
“Kenapa Nisha?”
“Malam ni macam mana kak? Nisha nak pakai apa?” nadanya agak manja.
 “Nisha bukankan reti, entah mana abang Qhairul tu nak bawa Nisha? Nisha tak tahulah nak pakai baju apa malam ni?” tanyanya seperti mengharapkan buah fikiran wanita itu.  Roziah pula tergelak mendengar kata-kata Nisha.
“Tak pa, nanti kakak pinjamkan baju. Rasanya ada blouse baru yang akak belum pernah pakai lagi .Skirt jean levis warna hitam labuh tu rasa rasanya muat dengan |Nisha. Nisha jangan risau, pakai apa pun Nisha tetap nampak cantik” sambil kepalanya berfikir cara untuk menyerlahkan penampilan adik angkatnya malam nanti.
           

Bab 7
Qhairul memandu kereta Lamborghininya menuju ke kawasan perumahan Sri Cempaka dan terus memasuki Lorong Cempaka 3. Entah mengapa sejak hari pertama menemui gadis itu dan selepas menghantarnya pulang  petang tadi jiwanya menjadi semakin tidak tenteram. Semakin cuba dilupakan semakin kerap pula wajah gadis itu  muncul dan sering mengekorinya di mana-mana. Senyum seorang diri macam orang gila. Semua benda yang dibuatnya tidak menjadi, dari petang tadi dia asyik memandang jam di tangannya, terlalu lambat dirasakan masa bergerak ke pukul 8 malam.
            “Aku ni dah gila ke apa? macam mana aku boleh rasa macam ni. Perasaan pelik apa yang tiba-tiba muncul dalam hati aku ni, sudah 28 tahun aku hidup di planet ni baru inilah aku rasa wujud perasaan pelik bila nampak perempuan. Kenapa ni Nisha?Apa yang kau dah buat pada abang ni? Kau terlalu muda untuk cita rasa abang. Abang cuma nak anggap kau sebagai seorang adik perempuan  yang comel dan  manja tapi kenapa perasaan abang jadi teruk macam ni, perasaan apa ni ya Allah?” Qhairul seolah-olah ingin meraung sendiri dalam hati, memang keegoannya selama ini telah tercabar oleh kemunculan Nisha.
            Tepat pukul 7.55 petang kereta Lamborghini  Qhairul sudah terpacak di depan rumah teres 2 tingkat itu. Dato’ Qhairul yang sudah tidak sabar untuk menatap wajah comel Nisha. Dia terus  keluar dari keretanya lalu berdiri dan  bersandar pada pintu kereta. Dari tingkap ruang tamu rumahnya Roziah mencuri pandang untuk melihat wajah CEO PJ Holding itu dengan lebih jelas.
            “Ya Allah, handsemnya mamat ni, handsem giler patutlah semua model dan artis cantik tergila-gila dan kejar mamat ni. Macam mimpi je mamat ni boleh ada depan rumah aku. Kau ni betul-betul bahayalah Nisha, cepat Nisha, mamat tu dah macam tak sabar lagi nak jumpa kau” ujar Roziah setelah dia melihat Qhairul seperti tertinjau-tinjau mencari sesuatu. Nisha menggorak langkahnya keluar dari pintu rumah, senyuman manis di lemparkan sebaik sahaja Qhairul memandang padanya. Semua rasa rindu yang membara di hati Qhairul terubat dan terus hilang dek terpandangkan wajah ayu dan comel gadis remaja itu. Matanya terpana seketika sehingga Nisha berada di depan matanya.
            “Abang Qhairul! boleh kita jalan sekarang” tangannya dilambai-lambainya di depan wajah lelaki itu.
“Abang Qhairul ni masih hidup ke tak ni?” Nisha bersuara sekali lagi. Qhairul yang baru tersentak terus mengukirkan senyuman dan Nisha mengakui senyuman lelaki itu memang menggoda. Hidung mancung Nisha dipicitnya sehingga Nisha menampar kuat tangan lelaki tersebut.
“Apalah abangni ..sakitlah!”
“Opp sorry, abang geram sangat” sambil dia tersenyum panjang memandang Nisha kemudian terus membuka pintu kereta untuk gadis itu.
 Roziah tersenyum memandang  gelagat Qhairul yang nampak begitu suka pada Nisha dan hati kecil tiba-tiba berbisik.
‘Sekilas ikan di air sudah ku tahu jantan betina. Lelaki tu mesti dah kena penyakit angau. Lepas ni nanti mesti Nisha kena buat pilihan Nisha antara Dato’ Qhairul atau Dato’  Zamree. Tapi aku yakin Nisha tentu sukar untuk membuat pilihan antara mereka berdua tu’ bisik Roziah dalam hati ketika memandang kereta Dato’ Qhairul meninggalkan rumah tersebut.
Di ruang bilik tidur penthouse Golden Hill,  Zamree jadi tidak keruan. Tindakan Qhairul yang seolah-olah mengambil alih tempatnya ke atas Nisha membuatnya jadi tidak senang. Kenapa Qhairul yang lebih-lebih sangat mengatur setiap pergerakan Nisha. Hak penjagaan Nisha pula seperti sudah bertukar tangan kepada sepupunya itu. Qhairul seperti lebih bijak mengatur strateginya.
‘Nisha sepatutnya di bawah tanggungjawab aku, kerana aku yang dulu menemukannya, tapi kenapa Qhairul macam nak potong trip aku pulak ni, terfikir pulak dia nak jadikan Nisha tu PA’ bisiknya dalam hati. Jam sudah menunjukkan pukul 8 malam, pantas tangannya menyambar kunci kereta kemudian terus melangkah menuju ke pintu utama  penthouse mewah miliknya.
“Abang Zam tak ikut sekali ke bang” Nisha cuba bersuara ketika sampai ke tempat parkir kereta.
“Entahlah Nisha, dia tak da pun cal abang tadi”.
            Selesai mengunci kereta tiba-tiba kereta Ferari merah milik  Zamree meluncur terus parkir mengejut berdekatan kereta sepupunya. Qhairul yang sedia mengenali pemilik kereta tersebut mengeluh seolah-olah kehadiran Zamree tidak kena pada ketika itu, tapi kemudian dia melemparkan senyuman kepada sepupunya itu. Nisha dan  Qhairul tercegat di pinggir kawasan parkir menunggu Zamree keluar dari keretanya. Zamree tersenyum memandang mereka berdua kemudian berjalan pantas menuju ke arah mereka.
“Hai Rul, Nisha” Zamree menegur sambil mencubit pipi putih dan gebu gadis sunti itu.
“Abang berdua ni, teruklah! tadi hidung sekarang pipi hee...”Nisha seperti merungut. Zamree memandang Qhairul hairan mendengar rungutan manja Nisha. Qhairul mengangkat bahunya seolah-olah tidak  faham kemudian tersenyum.
Mood Nisha tiba-tiba berubah, dengan gaya yang bersahaja dia yang berada di tengah tengah dua lelaki itu terus mengepit lengan kedua-dua lelaki kacak itu kemudian berjalan bergandingan menuju ke Regalis Club.
‘Biar orang fikir aku tamak, tapi aku nak jaga hati mereka berdua.’ Nisha tersenyum sendiri. Qhairul dan Zamree membiarkan sahaja gelagat gadis remaja itu sambil tersenyum mungkin Nisha merasakan cara itu adil baginya.
Sebuah kelab yang cukup exclusive dan semasa mereka melangkah masuk, semua  mata tertumpu  kea rah mereka  terutama gadis-gadis golongan elit dan selebriti yang sering berpeleseran dan sering cuba mendampingi dua jutawan muda dan kacak  itu.
“Nisha.. kita duduk  situ” Zamree menunjukkan dengan mulutnya di satu ruang sofa panjang yang boleh memuatkan 3 orang.
Nisha melepaskan kedua-dua lengan lelaki itu kemudian berjalan di antara keduanya menuju ke sofa yang dimaksudkan oleh Zamree. Nisha agak terpingga-pingga sebab inilah kali pertamanya dia memijak kaki ke tempat exclusive seperti itu.
“Hebat jugak aku ni, first time ke sini dah heret dua sakali gus lelaki jutawan” desisnya sambil ketawa lucu dalam hati. Nisha memang agak tidak selesa dengan suasana seperti itu.
            “Tempat apa sebenarnya ni bang” tanyanya sewaktu melabuhkan punggung di atas sofa di antara dua lelaki tampan itu. 
            “Regalis Club, kelab exclucive untuk golongan kaya” Sahut Qhairul nampak bersahaja jawapannya.
“Nisha nak minum apa?”tanya Qhairul lagi.
“Tempat macam ni ada ke minuman halal ke?” walaupun soalan yang agak bodoh tapi memang ada kebenarannya. Kedua-dua lelaki itu tergelak mendengar ayat yang terpacul dari mulut gadis itu.
“Apa Nisha fikir tempat macam ni jual minuman keras aje ke?”sahut Qhairul pula.
“Manalah Nisha tahu sebab Nisha tengok orang yang ada dalam ni macam tak betul je?”
“Apa yang tak betulnya, nampak biasa je abang tengok”Qhairul menambah lagi
“Tak betullah tu kalau dah depan umum tak ada segan silu berpelukan macam tu, terkinja-kinja macam kera”jawabnya selamba.
Qhairul dan Zamree terus membutangkan matanya mendengar kata-kata Nisha. Tidak disangkanya fikiran Nisha sampai ke situ.
Seorang pelayan  muncul mengambil pesanan minuman.
“Apa-apa je lah bang asalkan halal”.
Qhairul dan Zamree terus tersenyum mendengar kata-kata Nisha,
“Jadi abang berdua selalulah datang sini?”
“Selalulah jugak”
“Ni kelab untuk orang-orang kaya-kaya release tensionlah ye?”
“Ya, kenapa Nisha?” tanya Zamree
“Pelik betullah dunia orang kaya ni, kenapa tak pergi tempat-tempat yang lain yang lebih tenang” tanya Nisha sambil tersenyum.
“Pergi mana?”
“Masjid atau surau ke”jawab Nisha pendek.
“Nisha cakap apa ni?” tanya Qhairul
“Betullah bang, tempat tulah yang patut kita pergi kalau nak cari ketenangan, bukan tempat macam ni” balasnya sambil melihat wajah kedua lelaki itu silih berganti.
“Nanti abang picit lagi hidung tu” Qhairul cuba menyakat kembali Nisha yang dilihatnya makin melalut. Gadis itu memang petah bercakap.
“Abang berdua betul-betul boleh release  tension bila balik dari sini” Matanya kemudian bersilih ganti lagi memandang kedua-dua lelaki yang berada di sebelahnya.
“Kenapa tanya macam tu?” Qhairul semakin pelik mendengar kata-kata Nisha.
“Ya lah, kalau bagi Nisha tempat macam ni makin menambahkah tension adalah”
“Betul ke? jadi Nisha tambah tensionlah sekarang?”
“Tak” balasnya laju. Seorang pelayan menghantar minuman yang dipesan.
“Sebab Nisha belum ada benda yang buat tension”sambil ketawa dia menuturkannya.
“Nisha ni memang nak kenakan abang ya” Zamree terus mencelah.
“Betullah, mana ada Nisha nak kenakan abang berdua, sekarang Nisha happy go lucky sebab abang berdua pun belum beri apa-apa kerja pada Nisha  hari ni”
‘Budak ni pandai betul loyar buruk rupanya’ omel Qhairul dalam hati.
“Nisha tanya soalan pada bang berdua boleh?” Sambil matanya bersilih ganti memandang Qhairul dan Zamree.
“Apa dia?”sahut Zamree
“Abang berdua berapa umur, ni siapa lebih tua?”
“Abang, 28 tahun” jawab Qhairul.
“Abang Zam?”
“27!”
“Kenapa abang berdua belum kahwin lagi” soalan cepu emas dari Nisha.
“Belum jumpa  yang sesuai”Jawab Qhairul berterus terang.
“Sesuai yang macam mana?” tanya gadis itu seperti ingin tahu.
“Yang sentiasa menyenangkan di setiap aspek, tak jemu mata memandang,  perempuan yang sentiasa buat kita tenang, gembira dan terhibur dan boleh kita percayai, tidak hipokrit dan neutral dan setia setia” jawab Qhairul mengukuhkah hujahnya.
“Wow! Tingginya citarasa abang. Abang rasa boleh jumpa ke wanita yang yang benar-benar sempurna dan macam tu?”tanya Nisha dengan dahi yang sedikit berkerut.
“Entah,  rasanya boleh  kot cuma abang yang belum jumpa” sahut Qhairul lagi. Zamree tidak bersuara ketika itu.
“Harap-haraplah abang  boleh jumpa perempuan yang ada ciri yang abang cari tu”jawabnya sambil tersenyum.
“Oh ya, Nisha nak tahu, abang berdua cari gadis macam tu kat mana?”sambungnya lagi.
“Kat sini pun ada jugak” jawab Qhairul lagi. Zamree cuma senyum mendengar perbualan mereka berdua.
“Kat sini? Kalau kat sini cari mana nak jumpa, Nisha percaya kalau abang jumpa pun kat sini mungkin sementara aja kot, silap-silap jumpa pelakon telenovela yang boleh memegang pelbagai watak untuk mendapat sasaran, semuanya plastik” kematangan bicaranya berbanding usianya membuatkan kedua-dua lelaki di sisinya terdiam.
Kedua-dua lelaki itu terkesima mendengar kata-kata Nisha, tapi Qhairul cuba mencari idea untuk membidas kata-kata Nisha kerana keegoannya.
“Kenapa Nisha kata macam tu” Zamree akhirnya bersuara pula.
“Untuk mencari sesuatu yang baik dan bermutu kenalah kita pergi di tempat yang elok juga. Biasa yang bermutu dan bernilai tu di simpan elok oleh pemiliknya. Dahlah bang, Nisha ni pandai pulak bercakap tak sedar dirinya budak kecik yang masih hinggusan”. Nisha seperti memulang paku buah kerasnya lagi. Zamree terus memandang wajah Qhairul seperti ingin menyatakan sesuatu.
“Nisha..kenapa Nisha asyik sebut perkataan yang sama sejak siang tadi?” Qhairul mula bertanya.
“Sebut perkataan apa?” tanya Nisha seola-olah tidak faham.
“Budak kecik, masih hingusan” celah Zamree. Nisha diam seketika.
“Sebab ada orang anggap Nisha ni macam tu” Zamree dan Qhairul terdiam, ada ketegangan di wajah Nisha waktu itu.
“Abang fikir budak kecik tu tak ada perasaankah?” Nisha menyambung lagi kata-katanya.
“Sorry Nisha, Nisha mungkin maksudkan kata-kata abang berdua waktu kita lunch siang tadikan?” Zamree mula teringat apa yang dituturnya waktu lunch tengah hari tadi.
“Nisha marah dengan Abang Zam dan Abang Qhairul ke?” Zamree terus bersuara.
“Tak, cuma terkilan je” jawab Nisha lalu melontar pandangannya ke arah lain.
“Ok..abang berdua menyusun jari sepuluh mohon ampun dan maaf pada Nisha” Qhairul cuba menarik minat Nisha.
“Apalah abang ni, sekarang bukan hari rayalah, tunggu raya nanti baru Nisha maafkan” Sambil ketawa Nisha memandang wajah  Qhairul. Mood gadis itu berubah secara mendadak.
“Takkan lama sangat kot sampai tunggu raya baru nak maaf” balas Qhairul sambil memandang wajah Nisha di sebelahnya.
“Sebab manusia ni kalau mudah diberi kemaafan dia suka mengulangi kesilapan” balas Nisha cuba lagi mengenakan kedua-dua lelaki tersebut.
‘Boleh tahan jugak budak ni bercakap’ getus Zamree dalam hati.
Nisha memerhati gelagat penyanyi yang sedang mendendangkan beberapa buah lagu tidak jauh dari tempat mereka duduk.  Qhairul dan  Zamree mengangkat tangan kepada beberapa orang yang mengenali mereka. Kelihatan beberapa orang wanita juga turut tersenyum pada dua jejaka tersebut seperti ingin menarik perhatian.
“Hai Rul, Zam  tak nak join kami orang karaoke lounge ke kat dalam tu. Lin, Maria, watie semua ada kat dalam tu” seorang  gadis tiba-tiba muncul kemudian duduk menyendeng di sebelah kerusi terus merangkul  manja bahu Qhairul.
“Sorry Lina, malam ni no because I ada personal date dengan Nisha. I nak spend time dengan dia je” Wanita yang dikenali sebagai Alina menjeling pada Nisha.
“Zamkan ada temankan dia, you ikut I lah”
“No Lina, Nisha dan booking we two” Nisha tersenyum mendengar jawapan Qhairul.
Alina memandang tajam pada Nisha, dalam hatinya berbisik.
“Cantik, Siapa perempuan ni, tak pernah nampak pun sebelum ni. Macam mana dia boleh book 2 orang lelaki ni, aku nak dapat sorang ni pun susah” rungutnya dalam hati.
Qhairul menolak tangan Lina  yang melingkar di bahu sambil terus merapatkan duduknya pada Nisha kemudian meletakkan tangannya pada bahu gadis tersebut. Nisha dapat dapat rasa perbuatan Qhairul itu untuk cuba menggelak dirinya Alina.
Alina seperti tidak berputus asa, tumpuan matanya pula beralih arah pada Zamree.
Ketika Alina bangun dan melangkah untuk mendekati Zamree, lelaki itu terus bersuara.
“I memang tak minat dengan you because you are not my taste, sorrylah ya. You pergilah ajak lelaki lain yang melambak lagi yang nak ikut  you” Zamree terus memberi jawapnya pada Lina sebelum sempat perempuan itu merapatinya. Dengan wajah yang kecewa, Alina terus meninggalkan kedua lelaki itu.
“Siapa perempuan tu bang, boleh tahan cantik orangnya” Nisha sengaja menarik perhatian Qhairul.
“Model, memang cantik tapi tak menarik” jawab Qhairul selamba.
Seorang lelaki yang tidak kurang lawanya, tinggi ,berkulit cerah berwajah ala cina kerana matanya sedikit sepet sekali pandang mirip pelakon Farid Kamil menghampiri mereka bertiga.
            “Hello Dato’  Qhairul,  Dato’  Zamree kenapa tak join kami orang dalam tu tadi?” tanya sambil tersenyum.
“Sorrylah Ku Farid, malam ni kami cuma nak berbual je?” Sahut  Zamree.
Tengku Farid melirik  ke arah Qhairunnisha kemudian mata terus terpana pada wajah gadis itu.
“Who is girls? Tak pernah pun I nampak sebelum ni, neutral beauty, cantik sangat” matanya tidak berkelip memandang wajah Nisha bagaikan sedang  terpukau.
“Qhairunnisha, adik angkat kami”
“Wow! dua orang angkat satu, hebat!”jawabnya lagi seperti teruja.
“What can I do sebab kami jumpa yang macam ni sorang je”sahut Qhairul pula.
“Kalau you all dah jadi abang angkat, berilah peluang I jadi boy friend dia pulak, boleh kan?”tambah Tengku Farid lagi. Qhairul dan Zamree saling berpandangan.
“You carilah perempuan lainlah Ku Farid, Nisha bukan orangnya” tambah Qhairul lagi.
 “Common bro, I suka sangat tengok wajah dia, I rasa tak boleh tidurlah malam ni, I rasa macam love at first sight” sambil tangannya cuba menyentuh pipi Nisha yang putih, mulus dan gebu dengan jarinya tapi dengan pantas Zamree  menepis tangan Tengku Farid.
“Please Ku Farid, Kami hormat you tapi Nisha bukan barang permainan yang boleh sentuh sebarangan”
“You all supportinglah, berilah peluang dia berbual dan berkenalan  dengan I atau tinggalkan saje dengan I malam ni” Nisha begitu cuak mendengar kata-kata Tengku Farid.
“Stop Ku Farid, kami bawa Nisha bukan untuk tujuan tu dan dia tak sama dengan semua perempuan dalam ni” kedengaran jelas ketegasan dalam suara Qhairul.
Tengku Farid seperti mahu menunjukkan kuasa dan sifat angkuhnya atau mungkin juga dalam keadaan seperti tertekan masih berdegil mahu menyentuh Nisha.
“Bila you bawa dia masuk dalam ni bererti dia samalah macam perempuan lain dalam ni, tapi bila I tengok wajah dia, tentu dia masih muda dan fresh lagikan” ujar Tengku Farid sambil tergelak.
“Ku Farid, what you talking about?” suara Zamree bernada tinggi.
Tengku Farid seolah menguji kesabaran dua lelaki itu
Apabila Tengku Farid masih tetap berdegil cuba menarik tangan Nisha, Qhairul dan Zamree jadi hilang sabar, satu tumbukan Qhairul terlepas  ke muka Tengku Farid.
“You do not want to disturb her, when I and Zamree was still alive” suaranya jelas menunjukkan dirinya sedang marah. Dua orang lelaki yang sedang berdiri di belakang Tengku Farid cuba untuk menerpa ke arah Qhairul dan Zamree tapi Tengku Farid pula terus menghalang tindakan pengawal peribadinya kemudian tangannya meraba kesan tumbukan  Qhairul di pipinya. Maruah dan kelakiannya memang rasa tercabar ketika itu. Tengku Farid tersenyum sinis kemudian  sambil memandang pada Qhairul dengan riak wajah yang seperti tidak  puas.
“Kenapa pasal perempuan ni you berdua sanggup kurang ajar dengan I. You lupa ke I ni siapa” soal sambil tersenyum sinis memandang dua lelaki itu bersilih ganti. Situasi tegang yang tercetus itu mula menarik perhatian pengunjung kelab eksklusif itu.
“Sorry! You yang mulakan dulu, kalau perempuan lain you ambillah but not she” balas Qhairul pula dengan nada yang perlahan.
“Salah ke I nak kenal perempuan ni?”
“You nak kenal ke atau nak sentuh dia?”sahut Zamree pula.
“You tak bagi I sentuh sebab you berdua nak sentuh dia dulukan?” balas Tengku Farid sambil tersenyum sinis.
“You jangan nak cakap ikut sedap mulut Ku Farid” Zamree pula menyinga lalu cuba menyerang Tengku Farid dan melepaskan tumbukan tapi segera di halang oleh dua pengawal peribadi Tengku Farid yang terus ke depan melindungi Tengku Farid.
Nisha yang begitu cuak terus berlindung di belakang Qhairul.
“Never mine Dato’ Qhairul, but remember, these things does not end here. I will get her in many ways. Of course you know who I, right?” sambil cuba berlalu dari situ tapi Tengku Farid berpaling semula memandang Nisha yang masih lagi berwajah cuak.
“Sayang!, I akan dapatkan you. Dua orang Dato’ ni takkan mampu melindungi you dari I” jelas keegoan dalam suaranya. Beberapa mata  memerhati dari awal pertelingkahan  itu tadi juga terkejut mendengar suara lantang Tengku Farid ketika itu. Anak raja dah mengamuk tiada siapa yang berani bersuara.
Zamree terus meluru ke arah Tengku Farid dan cuba melepaskan tumbukannya tapi segera di halang oleh Qhairul.
“Sudah Zam, sabar! aku pun marah ni, nanti ada reporter yang nampak. Jom kita blah dari sini” Qhairul terus menarik tangan Nisha untuk pergi dari situ. Zamree mengiringi belakang Nisha menuju ke lobi kelab. Kemudian mereka mengambil tempat duduk di meja bulat di ruang tepi lobi tersebut.
“Nisha ok  ke?”Tanya Zamree bila melihat wajah Nisha masih pucat dan cuak.
“Siapa lelaki tu tadi bang?macam muka Farid Kamil je” Nisha mula bersuara.
“Bukan Farid Kamil tapi Tengku Farid,  bakal Putera Mahkota, Ku Farid tu dah giler agaknya” rungut Zamree.
“Kenapa dia nak sangat pada Nisha, selama ni dia tak pernah pun minat perempuan sampai macam tu sekali. Hantu apa yang merasuk dalam tubuh dia malam ni” Qhairul memandang wajah  Zamree. Mereka berdua terus berpaling ke wajah Nisha.
Mengingatkan kata-kata yang dilafazkan oleh Tengku Farid sebentar tadi Nisha kini telah menjadi punca persengketaan antara mereka berdua dengan golongan diraja itu. Kata-kata Tengku Farid tadi macam satu ancaman kepada Qhairul dan Zamree. Kini secara tidak rasmi mereka sudah menjadi guardian angel untuk melindungi Nisha dan menghadapi Tengku Farid tu bukan satu tugas yang mudah. Dengan penuh kebimbangan dan kekesalan Qhairul memandang wajah Nisha. Fikirannya kini berserabut dan mula resah.
“Nisha minta maaf kalau menyusahkan abang berdua. Tapi kalau Nisha menjejas kedudukan  abang berdua, Nisha akan jauhkan diri atau balik kampung atau berhenti kerja dengan abang. Nisha boleh cari kerja di tempat lain. Nisha rasa takut sangat bila dengar kata-kata Tengku Farid tadi” Dengan nada yang lirih dan wajahnya begitu murung Nisha mengucapkan kata-kata tersebut.
“Nisha jangan sampai fikir macam tu, walaupun Ku Farid tu bakal Putera Mahkota tapi dia tak sejahat mana. Dia tak pernah macam tu sebelum ni. Kita masih boleh berbincang dan sekarang bukan zaman kesultanan Melayu Melaka dulu, sultan boleh bertindak sesuka hati” Qhairul cuba mententeramkan perasaan Nisha.
Zamree mendekati Nisha kemudian tangannya membelai mesra rambut dan menghadiahkan satu ciuman mesra di dahi gadis itu. Nisha agak terkejut dengan tindakan Zamree tapi  perasaan rasa begitu tersentuh  dan itulah pertama kali dalam hidupnya diperlakukan seperti itu oleh seorang lelaki walaupun dari ayahnya sendiri. Pinggang   Zamree kemudian dipeluknya erat untuk seketika. Qhairul melemparkan pandangannya ke suatu sudut yang   kosong  sambil  melayani perasaannya yang berkecamuk. Nisha meleraikan pelukannya kemudian mendekati  Qhairul lalu memeluk mesra lengan lelaki itu.
“Abang..hantar Nisha balik je, Nisha dah tak da mood nak duduk lama-lama kat sini?” Qhairul memandang wajah Nisha kemudian satu senyuman terukir di bibir lelaki itu.
“Zam, aku nak hantar Nisha balik, kau macam mana?”
“Aku pun nak balik,” tapi sewaktu hendak melangkah pergi Zamree berpaling semula ke arah Qhairul dan Nisha yang sedang melangkah menuju ke kereta.
“Rul..jaga Nisha baik-baik, take care”,
“Nisha, esok pagi abang jemput pukul lapan setengah”
Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Zamree.
Dengan ekor matanya Zamree melihat kereta Lamborghini milik sepupunya meluncur laju meninggalkan Regalis Club. Zamree terus memandu  kereta Ferarinya menghala ke Golden Hill untuk kembali ke penthouse miliknya.
           
 “Kita singgah makan dulu, Nisha tentu laparkan?” Nisha cuma menganggukkan mendengar cadangan Qhairul.
Mereka menikmati makan malam di sebuah restoran Jepun. Pertama kali Nisha menikmati makanan Jepun yang dia sendiri tidak tahu apakah namanya makanan tersebut.
            “Nisha pernah makan makanan ni” tanya Qhairul sewaktu keduanya sedang bersila menghadap makanan yang terhidang di atas sebuah meja rendah dalam sebuah bilik khas ala-ala seperti dalam drama Rin Hani Koma sebuah drama Jepun yang pernah disiar dalam tv suatu masa dulu. Nisha menggelengkan kepalanya kemudian tergelak sendiri. Qhairul turut tersenyum.
            “Nisha baru keluar dari kampung bang mana pernah jumpa benda-benda pelik macam ni,” jawabnya jujur.             Qhairul berbangga dengan kejujuran jawapan  Nisha lalu dia mengangguk tanda memahaminya.
            “Makanlah tapi sebelum tu untuk perasmian pengalaman baru dalam hidup Nisha, buka mulut abang suap sushi ni untuk Nisha” tergelak kecil Nisha mendengar idea lucu lelaki itu. Mahu tak mahu bila lelaki itu sudah bersedia untuk menyuapnya dengan tersipu malu Nisha membuka mulutnya.
            “Sushi ikan tuna, sedap tak?”sambil menguyahkan Nisha menganggukkan kepalanya.
            “Abang selalu makan kat sini ke?” tanyanya sewaktu mereka asyik menikmati beberapa jenis makanan yang terhidang.
            “Kadang-kadang kalau teringin dan ada teman, abang lebih suka makanan melayu” Nisha menanggukkan lagi tanda faham.
            “Bila perut kenyang ni mengantuklah pula” bisiknya tapi kedengaran di telinga Qhairul. Qhairul tersenyum dapat menangkap maksud kata-kata Nisha.
            “Kalau macam tu jom kita balik, malam pun dah lewat ni” sahut Qhairul bila selepas melihat jam di tangannya. Hampir pukul 12.00 malam, Qhairul memandu kereta dengan tenang. Sesekali dia menjeling memandang Nisha yang sedang mengamati lagu  ‘Kisah Hati’  nyanyian Alia yang sedang berkumandang dalam radio kereta ketika itu.
“Nisha suka lagu ni?”
“Suka, sebab ia mengingatkan Nisha pada orang-orang yang dah pergi buat selamanya” Qhairul diam mendengar jawapan Nisha dan tahu maksud di sebalik kata-kata gadis iti.
“Nisha suka Abang Zamree”
“Suka”
“Abang Qhairul?”
“Pun sama”
“Suka macam mana?”Qhairul ingin menduga perasaan  gadis remaja itu.
“Abang berdua adalah lelaki yang pertama hadir dalam hidup Nisha selepas ayah, Nisha tak pernah rasa kasih sayang lelaki seperti Datuk, ayah atau  abang jadi Nisha rindukan kasih sayang insan-insan seperti mereka”.
 Jawapan yang membuat lelaki itu tersenyum setelah mendalami makssud gadis itu.
“Suka je, tak sayang?”
“Eeem.. bila dah suka mestilah sayang kot, kenapa ya abang tanya Nisha macam tu?”
“Saje..kalau abang berdua ni abang Nisha berapa percent sayang untuk abang dengan sayang untuk  abang  Zam”
“Sama-sama 50 percent” jawabnya sambil tergelak macam ada benda yang lucu.
“Nisha tahu tak, abang seperti terjumpa sesuatu yang abang cari selama ini, mungkin abang rindukan seorang adik perempuan jadi bila jumpa Nisha yang comel ,manja dan nakal macam ni abang rasa seronok sangat” terhibur hatinya mendengar jawapan Qhairul. Memang itu tekaannya sewaktu melihat kebaikan yang kedua-dua lelaki itu tunjukkan kepadanya sejak mereka saling mengenali di antara satu sama lain.
“Tengok dari gaya abang ni kan, mesti abang ni ramai kawan perempuan, betul tak?”
Qhairul ketawa mendengar kata-kata Nisha.
“Kawan perempuan memang ramai tapi abang tak pernah pun jatuh cinta dengan semua perempuan yang abang kenal”.
“Sampai sekarang?”
“Ya, sampai sekarang dan abang tak tahu bagaimana perasaan orang jatuh cinta” sahut Qhairul lagi.
“Biar betul abang ni”
“Betul! Nisha boleh beritahu abang macam mana rasa orang jatuh cinta”
“Abang ni teruklah, Nisha ni baru 17 tahun dan tak pernah ada teman lelaki dan tak pernah jatuh cinta  tapi dari cerita yang Nisha pernah lihat dan baca orang yang jatuh cinta nikan bila dia lihat orang tu jantung dia akan dup dap dup dap, lepas tu dia akan diserang penyakit angau”
“Penyakit angau tu apa” sengaja menguji gadis itu.
“Penyakit angau tu kena tanya P.Ramleelah bang mungkin penyakit gila bayang kot”
Qhairul tergelak mendengar jawapan dan mulut keletah gadis itu bercakap.
Sampai depan rumah Roziah, Qhairul terus membuka pintu kereta untuk Nisha.
“Terima kasih abang kerana hantar Nisha balik”
Lelaki itu tersenyum mendengarnya kemudian berkata sesuatu.
“Tak nak peluk abang ke macam peluk abang Zam tadi kan kata sama-sama 50 percent” Nisha tersenyum mendengarnya tanpa berfikir panjang, tubuh sasa lelaki itu didakapnya erat. Qhairul membalas pelukan  itu kemudian mencium mesra kepala dan dahi gadis itu dengan penuh kasih sayang. Entah kenapa Qhairul merasai jiwanya begitu tersentuh dan segala kasihnya seolah-olah telah tertumpah sepenuhnya pada gadis tersebut. Bauan lelaki itu begitu mempersonakan. Nisha meleraikan pelukannya bila lampu pagar rumah  Roziah terpasang.
“Selamat malam bang, terima kasih sebab belanja Nisha makan tadi. Pandu kereta elok-elok tau, hati-hati di jalan raya, jumpa esok”ucapnya lalu melambai tangannya.
“Nisha..selamat malam, sweet dream ok” balasnya dengan senyuman terukir di bibir, Qhairul kembali semula ke dalam keretanya. Hanya kedengaran deruman enjin kereta selepas itu.
“Hai Nisha! macam mana enjoy tak, kat mana kau orang berdua pergi dating tadi” belum sempat Nisha melabuh punggungnya ke sofa, Roziah sudah tidak sabar mengemukan pelbagai soalan.
             “Regalis Club, bukan dating berdua, tapi bertiga abang Zamri pun ada sekali” jawab Nisha selamba.
“Hebat kau Nisha, tu tempat untuk golongan elit, cikgu dah berumur 32  tahun nipun belum pernah pijak tempat tu lagi, hah..bila dua-dua Dato’  tu ada sekali kau layan siapa?”  Roziah makin berminat nak tahu.
“Layan dua-dualah kak, Nisha terpaksa duduk tengah-tengah tapi spoil sikit, mereka berdua tu gaduh dengan seorang lelaki yang kacau Nisha” dengan wajah sedih Nisha cuba menceritakan kisahnya.
“Siapa pulak yang berani kacau Nisha bila dah diapit oleh dua orang jejaka kacak macam tu?”
“Tengku Farid”
“Tengku Farid bakal Putera Mahkota tu?” Nisha mengangguk, mengiakan soalan Roziah.
“Bahaya kau Nisha sampai terlibat dengan golongan diraja pulak dah ni” Cikgu Roziah mengeleng-gelengkan kepala, apa yang difikirnya selama ini seolah-olah menjadi kenyataan, anugerah tuhan yang ada pada Nisha boleh membawa diri pergi jauh, lelaki mana yang tidak akan terpesona dengan kecantikan semulajadi yang dimiliki oleh adik angkatnya itu.
“Kecut perut Nisha tau bila Ku Farid cakap yang bukan-buka pada Nisha” lalu mencerita semua pasal kejadian tadi kepada Roziah.
“Dia orang gaduh macam mana, bertumbuk ke?”
“Mestilah, abang Qhairul tumbuk dulu bila Ku Farid cuba tarik tangan Nisha”
Roziah tanpa berkelip menatap wajah adik angkatnya.
“Nisha hairan  apa yang buat dia gila macam tu. Kalau Nisha ni perempuan glamour berbaloi lah jugak ni tak Nisha ni cuba akak fikir apa dia buat bila dia tahu Nisha ni siapa, bodoh betullah Ku Farid tu”
“Dah Nisha, Ku Farid tak boleh paksa Nisha dan dia bukan tahu Nisha siapa dan tinggal di mana. Dah pergi solat dulu sebelum tidur”
Dengan langkah yang lemah longlai, Nisha naik ke tingkat atas kemudian terus masuk ke biliknya, ugutan Tengku Farid masih terngiang-ngiang di telinga. Dia macam tak percaya, segala yang berlaku tadi bagaikan sebuah mimpi.
Puan Engku Faridah duduk termenung di ruang tamu kediaman. Kepalanya masih ligat memikirkan mesyuaratnya dengan ahli lembaga pengarah Syarikat PMC siang tadi. Dia masih tidak berputus asa walaupun sudah hampir lapan tahun sejak anugerah itu diperkenalkan oleh Syarikat PMC sebagai penganjur utama dan pemilik SPA Puteri sehingga kini masih belum berjumpa apa yang dicari.
“Macam mana dengan anugerah PMS ni Puan Engku kita masih buka atau kita hentikan saja pencarian kita. Dah ramai artis, selebriti dan model yang mencuba nasib tetapi sampai ke hari ini tiada seorang pun yang terpilih” Datin Rokiah salah seorang ahli lembaga pengarah PMC membangkitkan tentang anugerah yang sehingga kini gagal mencapai matlamatnya.
“Saya tak berputus asa dan saya yakin kita akan berjumpa juga dengan PMS nanti  tapi kali ini saya lebih suka yang tidak dikenali sesiapa, bukan yang datang dari dunia glamour. Biar yang fresh dari alam melayu” Puan Engku Faridah yakin PMS wujud dan mahu pencarian bagi anugerah itu diteruskan.
“Umur calon macam mana pula Puan Engku” setiausahanya Hajijah mencelah.
“Dulu 21 tahun, kita turunkan 18 tahun hingga 30 tahun” Semua setuju dengan cadangan bagi mengekalkan anugerah yang tidak pernah berjaya dimiliki oleh  sesiapa itu.  Lamunannya terhenti apabila ternampak kelibat Tengku Farid melangkah masuk ke dalam rumah dengan rupa yang tidak menyenangkan hatinya. Tanda lebam merah seperti kesan tumbukan di muka puteranya menambahkan lagi kerisauan di hatinya.
“Kenapa muka Farid merah macam kena tumbukni, bergaduh ya?”tanya Puan Hajah Engku Faridah.
“Tak dalah bonda, biasalah ni masalah orang lelaki”
Puan Hajah Engku Faridah menggelengkan kepalanya mendengar jawapan Tengku Farid.
“Bonda! Farid rasa, Farid dah jumpa wanita yang anakanda carikan selama ini  dan akan anakanda jadikan  dia isteri anakanda” ujarnya tiba-tiba sambil melihat wajah bondanya.
“Pasal perempuanlah muka anakanda jadi macamni lah ya” tanya Puan Hajah Engku Faridah pula.
“Tapi wanita ni susah sikitlah anakanda nak dapat sebab dia berada di taman larangan, dijaga oleh dua ekor singa Malaya. Singa tu pulak bukan calang-calang singa, raja singa  tapi kalau dapat berbaloilah bonda, neutral beauty, susah nak jumpa wajah cantik dan unik macam tu” balas Tengku Farid seolah-olah bergurau dengan bondanya.
“Kalau milik orang jangan ganggu Farid, cinta tak boleh dipaksa-paksa” balas Puan Engku Faridah seperti memahami maksud anaknya justeru terus memberi nasihat.
“Tapi bondakan kenal siapa Ku Faridkan, takkan mengaku kalah sebelum mencuba. Farid akan dapatkan apa yang Farid nak walau dengan apa cara sekalipun” tegas nada suara putera tunggal Puan Hajah Engku Faridah dan Tengku Putera Amiruddin Syah itu yang kini hampir mencecah usia hampir 27 tahun.
Tengku Farid melabuhkan tubuhnya di atas tilam empuk di kamarnya. Wajah Nisha masih lagi terbayang di ruang matanya ‘Nisha’, seindah namanya secantik orangnya, Gadis itu ada segalanya yang menjadi dambaan setiap lelaki, selagi kau bukan isteri orang, aku masih ada peluang. Dato’ Qhairul dan Dato’  Zamree tidak akan berterusan menganggapkan sebagai adik angkat pada perempuan secantik itu. Tiba masa abang-abang angkat itu juga akan bersaing untuk memilikinya dan aku juga akan berusaha untuk tujuan yang sama, Tengku Farid tersenyum sendiri memikirkannya.
Bab 8
                Seawal jam 7.30   Zamree sudah terpacak depan rumah Roziah. Dia bersandar pada dinding kereta Ferarinya sambil jejarinya mengetuk bumbung kereta tersebut. Matanya tertumpu pada kemunculan Nisha yang baru melangkah keluar dari pintu rumah. Nisha tidak mengenakan baju kurung hari itu tapi menggunakan pakaian yang lebih kasual sedikit, sehelai blouse lengan tiga suku warna merah jambu dan seluar slack longar berwarna hitam, Dengan sehelai scarf berwarna hitam di atas kepalanya rambut panjang dan lebatnya di biarkan terurai. Bibir mungilnya lebih menyerlah dengan sapuan gincu merah jambu muda dengan kilatan glos menghairahkan mata yang memandang. Nisha melemparkan senyuman manisnya pada Dato’  Zamree.
“Assalammualaikum, Abang  Zam apakhabar?
“Waalaikummussalam, sihat! Nisha?”
“Sihat, Alhamdulillah, nak pergi sekarang ke?”
“Ok, Jom” sambil membukakan pintu keretanya untuk Nisha, kemudian dia terus berlari anak menuju ke pintu bahagian pemandu.
Sepanjang pemanduan mereka tidak banyak bercakap, tumpuan hanya pada bunyi suara DJ radio Hot FM dan beberapa dendangan lagu-lagu yang diputarkan oleh DJ tersebut.
“Rumah abang Zam kat mana?”Soal Nisha memecah kebuntuan.
“Abang tinggal kat Penthouse Golden Hill”,
“Abang tinggal sorang ke?”
“Sorang je, papa  abang kat Australia”
“Mama abang?
“Mama abang  meninggal dunia  dua tahun yang lepas akibat kanser payu  dara”
“Maafkan Nisha bang”
“Tak pa, tiap yang hidup tu kan mati jua akhirnya kan?”
Nisha menganggukkan kepalanya.
“Abang Qhairul?”
“Qhairul juga tinggal sorang tapi tinggal di banglo keluarganya.  Papa dan mama dia di US ada bisness di sana” .jawab Zamree sambil jarinya mengetuk-getuk stearing keretanya mengikut irama lagu yang diputarkan oleh DJ radio hot FM.
“Abang Zam dan Abang Qhairul saudara sepupu yang macam mana?”
“Mama abang adik kepada Papa Qhairul, kami rapat dan pernah hidup bersama sejak kecil lagi, kami rapat bukan macam sepupu tapi lebih seperti adik beradik”.balasnya selamba.
Hari kedua bekerja di PJ Holding,  Nisha tersenyum bila melihat Dato’ Zamree keluar dari biliknya dengan membimbit dua fail syarikat di tangannya lalu terus menghampiri meja Qhairunnisha.
            “Nisha, hari ni Abang Zam mahu  Nisha kemas kinikan  dua fail syarikat, susun ikut tarikh supaya senang untuk kita cari bila diperlukan nanti”.
“Yes bos!”
“No bos sayang, but Abang Zam!”
Zizie tersenyum mendengar perbualan Dato’ Zamree dengan Nisha.
Sambil tersenyum nakal Zamree berlalu ke biliknya.
Qhairul agak lewat tiba ke pejabat PJ Holding hari itu, tapi muncul dengan wajah yang berseri-seri.  Dia terus menuju ke meja setiausaha dan bertanya sesuatu kemudian matanya  menjerling ke arah Nisha yang sedang khusyuk membuka fail yang diberikan oleh Dato’  Zamree tadi. Selesai bercakap dengan setiausahanya dia terus menghampiri Nisha.
“Hai sayang, buat apa tu? Nisha mengangkat kepala terkejut sedikit dengan teguran Qhairul.
‘Apasal mamat ni buang tabiat ke?, mimpi apa dia ni malam tadi sampai panggil aku sayang-sayang pulak ni’
“Oh..Abang Qhairul, baru sampai ke?” Dengan wajah yang manis Nisha memandang wajah lelaki itu.
“Nisha buat apa tu?” Nisha masih terkesima mendengar panggilan tadi cuba membuat respon selamba.
“Abang Zam suruh susun invois dan surat-surat dalam fail ni”.
“Tulah semalam kata abang-abang ni tak beri Nisha kerja, kan dah tension, macam mana nak release tension tu?” Nisha tersenyum sedar dirinya sudah terkena.
“Tak pa, surau kita tu kan ada, Nisha release tension kat situlah nanti”balas Nisha sambil tersenyum.
“Oh ya lupa pula abang” Tangannya pula cuba menarik hidung Nisha tapi cepat dielak oleh gadis tersebut.
“Abang Qhairul jangan buat Nisha jerit satu pejabat tau!”Nisha membutang matanya sambil memberi amaran. Qhairul tergelak mendengar amaran gadis itu.
“Abang tak kisah sebab abang suka lihat hidung tu merah” usiknya lagi.
“Hehh.!. tak kuasa Nisha nak layan perangai abang ni” Nisha kemudian bangun dari kerusinya lalu menolak tubuh lelaki itu supaya berlalu dari situ dan pergi ke biliknya tetapi Qhairul terus menarik tangannya mengajak Nisha masuk ke biliknya  sambil berbisik sesuatu ke telinga gadis itu.
“Nisha masuk  bilik abang sekejap, ada benda abang nak beri pada Nisha”bisiknya ke telinga gadis tersebut.
Zizie yang menjadi pemerhati setia dari tadi tersenyum melihat gelagat Dato’ Qhairul dan Nisha. Beberapa orang pekerja PJ Holding yang duduk berdekatan meja Zizie turut memerhati gelagat mesra dua orang  Dato’  muda itu melayani Qharunnisha sejak dari tadi. Perubahan Dato’ Qhairul nampak ketara dan pelik di mata pekerjanya. Lelaki itu jarang mahu bergurau dengan sesiapa.  Apalagi dengan staf-staf bawahannya. Kemesraan dengan gadis itu menjadi tanda tanya, apakah hubungan sebenarnya Dato’ Zamree dan Dato’ Qhairul dengan Nisha.
Selama ini  Dato’ Qhairul amat serius dan tegas  orangnya, bila dia lalu di hadapan pekerjanya suasana pejabat akan segera senyap seolah-olah ada malaikat yang sedang melintas, tiada seorang pekerja yang berani angkat kepala memandangnya. Sesetengah kakitangan PJ Holding lebih senang berjumpa dan  berurusan dengan Dato’ Zamree kerana timbalan CEO itu lebih lembut dan mudah diajak berbincang.
Qhairul melepaskan briefcase kemudian terus duduk di kerusi CEO sambil tersenyum memandang gadis itu. Nisha kemudian duduk di kerusi di hadapan meja CEO.
“Apa benda abang nak beri kat Nisha” Tanya  Nisha yang begitu berminat hendak tahu.
“Ni abang hadiahkan untuk Nisha, semua bilnya abang tanggung sebab ia register atas nama abang, Nisha cuma pakai je” Sambil menghulurkan sebuah telefon bimbit blackberry kepada Nisha.
“Wow…blackberry,” manja dan penuh gaya keanakan hendak melonjak kegirangan tapi rasa malu lebih menguasai dirinya menyebabkan dia cuma mampu tersenyum sendiri selepas itu.
Qhairul semakin geram melihat aksi Nisha ketika menerima telefon itu.
“Nisha memang nak beli pun tapi nak tunggu gaji dulu, tapi bila abang dah hadiahkan selamatlah duit Nisha, terima kasih bang sebab hadiahkannya tapi hadiah ni sempena apa ya?”Wajahnya jelas  begitu ceria ketika menerima hadiah itu.
“Nisha tahu sempena apa abang hadiahkan telefon pada Nisha?” Qhairul menatap wajah gadis itu tanpa berkelip. Senyum melebar di bibirnya. Gadis itu menggelengkan kepalanya.
“Sekarang abang lantik Nisha jadi PA abang,”
“PA tu apa bang?”memang Nisha terlalu naif dalam serba serbi tapi dia suka berterus terang, dan terus bertanya apa yang tidak diketahuinya.
Qhairul tersenyum memikirkan kenaifan gadis itu  itu tapi bila memikirkan usia gadis itu baru 17 tahun tentulah pengetahuan tentang dunia sekeliling tentulah tak sebanyak mana.
“Pembantu peribadi abang, jadi Nisha kena selalu dengan abang, kena ikut ke mana abang pergi”.
“Bukan ke Encik Razali  tu pembantu peribadi abang” seorang pekerja PJ Holding yang selalu menemui Zamree dan Qhairul untuk menyampaikan segala urusan dan membuat segala temu janji dengan klien”
“Tu PA syarikat, Nisha PA lebih peribadi abang”
‘Pandailah kau Qhairul ada PA syarikat ada PA lebih peribadi eh..lantaklah’ bisiknya dalam hati.
“Apa yang kita bualkan dan abang beritahu pada Nisha adalah peribadi dan rahsia dan rahsia kita berdua je, jangan beritahu orang lain ok” ujarnya perlahan tapi ada penekanan pada nadanya.
“Ok!”.jawab Nisha ringkas sambil tersenyum.
“Tapi hal-hal abang dengan girls friend abang macam mana, kena Nisha tolong simpan rahsia jugak ke?”
Qhairul tersenyum.
‘Lurus bendul betullah Nisha ni’bisik Qhairul dalam hati.
“Ya, tapi jangan risau pasal tu sebab abang belum ada yang spesial lagi. Belum ada perempuan yang boleh kontrol abang” jawabnya sambil merenung ke mata Nisha tanpa berkelip. Nisha cepat-cepat menundukkan kepala, takut membalas renungan lelaki yang penuh gaya dan karisme itu. Dia berpura-pura membelek-belek telefon di tangannya.
“Nombor telefon abang dan abang Zam serta nombor telefon pejabat CEO dan Timbalan CEO abang dah savekan dalam tu, Nisha suka tak?
“Nisha suka sangat-sangat”
“Nisha suka abang…”mengulangi kata-kata Nisha semalam sambil bangun dan berjalan mendekati  Nisha kemudian menarik tangan gadis itu supaya berdiri.
“Abang nak beritahu sesuatu pada Nisha” sambil memberi isyarat supaya Nisha mendekati telinga ke mulutnya seperti hendak berbisik sesuatu rahsia.
Nisha membuat apa yang dikehendaki oleh lelaki itu, Dalam menanti sesuatu yang lahir dari mulut  Qhairul, tiba-tiba satu ciuman hinggap di pipinya yang putih dan gebu itu.
Nisha terkejut dengan  tindakan berani   Qhairul mencium pipinya secara curi.Wajah Nisha sudah kemerah-merahan marah bercampur malu. Dia tunduk memandang kakinya dan takut untuk memandang mata senyuman nakal lelaki itu. Pelbagai perasaan kini muncul dalam hatinya, geram marah, malu. Tak semena-mena lelaki itu jadi insan pertama yang  mencium pipinya dalam erti kata lain lelaki pertama yang mencium pipinya dalam usia awal mencecah alam remaja.
“Nisha, pandang abang” Tangannya memegang dagu gadis itu, Nisha mendongak memandang ke wajah lelaki itu.Wajah comel gadis remaja itu ditatapnya tanpa berkelip.
‘Comel sungguh, geram betul aku tengok muka Nisha ni’ desisnya dalam hati
“Kenapa ni. Nisha marahkan abang sebab curi cium tadi?” Qhairul memulakan bicaranya.
“Kenapa abang berani buat macam tu, abang..ab“
“Abang geram sangat, abang tak boleh kawal perasaan abang tadi. Sekarang Nisha boleh pilih sendiri apa yang Nisha rasa selesa bila bersama abang sama ada PA abang, abang angkat, kawan perempuan” ujarnya sambil matanya terus menakluki seraut wajah comel gadis tersebut. Wajah yang begitu mempersonakan yang setiap detik ingin ditatapinya.
Sebenarnya, walaupun dirinya terkenal dengan kasanova yang terlaris dan termasyhur di seantero namun kelemahan dan rahsia paling memalukan yang tidak pernah orang ketahui ialah dia tidak pernah pun menyentuh wanita-wanita yang didampinginya. Mencium pipi wanita pun dia takut dan tidak pernah. Walaupun merangkul gelaran kasanova dan playboy yang paling laris, tetapi dosa dan pahala masih ditunggak teratas dalam kehidupan sosialnya. Perkara yang paling berani yang pernah dibuatnya cuma memeluk pinggang dan menyentuh tangan perempuan  ketika mereka berjalan bergandingan atau duduk berdekatan. Belum ada perempuan yang dapat menaik nafsunya untuk bertindak di luar batasan.
Memandangkan kemewahan yang dimilikinya dan perempuan  yang sentiasa berada di sekeliling pinggangnya, mungkin ada yang tidak percaya dia lelaki yang masih teruna dan tidak pernah meniduri mana-mana wanita. Biar dirinya dianggap penakut atau pengecut atau menolak rezeki tetapi prisip hidupnya lebih utama. Dia tidak mahu terjerat atau terperangkap dengan wanita yang salah kerana ketelanjurannya dengan wanita itu. Kalau tiada rasa cinta pada wanita itu dia tidak akan membuang semalam masanya bersama wanita tersebut apalagi mengheretnya hingga ke kamar tidur.
“Banyak betul kerja yang Nisha kena buat ni bang, ok PA, abang angkat, kawan perempuan tapi bab ni Nisha keliru sikit, apa beza kawan perempuan dengan girls friends?”
Qhairul tergelak.
“Kawan perempuan ni hubungannya akan kekal sebagai kawan sampai bila-bila dan tak melibatkan perasaan, girls friends biasanya melibatkan perasaan cinta dan sayang” terang Qhairul pada gadis itu.
“Ok jadi semua tugas Nisha ni tak da melibatkan perasaan cintalah ya”
“Ya, tapi sayang adakan, Nisha sayang abangkan dan abang pun sayangkan Nisha”
Nisha cuma tersenyum mendengar kata-kata Qhairul.
“Nisha nak tanya, jadi tadi abang cium siapa?” matanya membutang memandang lelaki itu masih tidak senang dengan tindakan berani Qhairul sebentar tadi.
“Abang bukan cium PA abang tau, tapi abang cium adik angkat abang sebagai tanda abang sayang sangat kat dia”ujarnya sambil tersenyum nakal.
“Abang ni teruklah tak pernah Nisha jumpa manusia macam abang ni”
“Sebenarnya abang ni lebih teruk dari yang Nisha sangka tapi abang yakin Nisha akan suka abang”dengan senyuman nakal yang masih lagi terukir di bibirnya.
“Betul ke?,tapi abang tahu tak yang abang lelaki pertama yang berani dan pernah cium pipi Nisha tanpa keizinan.Abang dah lakukan kesalahan”.balas Nisha marah.
“Ya ke, kiranya abang ni lelaki yang bertuahlah ya walaupun bersalah, sekali lagi abang minta maaflah ya”.tambah Qhairul lagi. Matanya merenung tepat ke anak mata Nisha menanti jawapan. Getaran di dadanya semakin kuat. Nisha membalas renungan mata Qhairul. Mata mereka bertaut seketika namun Qhairul gagal untuk terus menentang renungan Nisha. Dia menundukkan kepalanya ke bawah lalu tersenyum sendiri.
“Abang! apa sebenarnya yang Nisha perlu buat, maksud Nisha kerja Nisha sebagai PA abang”Nisha cuba membuang perasaan yang pelik yang wujud dalam hatinya dan cuba terus membincangkan sesuatu perihal kerjanya sebagai PA.
“Oh ya mulai hari ini Nisha mesti belajar mengenali abang apa abang suka dan apa abang tak suka”bidas Qhairul bersahaja..
“Ok!”
“Pertama Nisha kena kenal makanan dan minuman yang abang suka, sekarang tolong buatkan abang air milo panas dan pekat”
Belum sempat Nisha bergerak keluar dari bilik itu bila tiba-tiba intercom atas meja Dato’ Qhairul berbunyi., tangannya pantas menekan butang intercom tersebut.
“Dato’, ada panggilan dari Tengku Farid, nak saya sambungkan ke?” Mendengar saja Zizie menyebut nama Tengku Farid perasaan bimbang yang tiba-tiba terbit  dalam membuatkan wajahnya tiba-tiba berubah mengalahkan wajah perdana menteri yang sedang memikirkan masalah negara.
“Nisha  keluar dulu ya, abang nak jawab panggilan ni” Nisha terus mengambil telefonnya  di atas meja kemudian terus melangkah keluar dari bilik itu. Perasaannya juga jadi tidak menentu apabila terdengar Zizie menyebut nama Tengku Farid.
“Ok, sambungkan”
“Hello Dato’ Qhairul Azamin, I rasa tak perlu I tanya khabar sebab I tahu you ok tapi buat pengetahuan you  I rasa muka I ni masih sakit lagi lah, Dato’. 
 “Please Ku Farid, I minta maaf pasal semalam but you pun harus faham dan hormatkan I jugak.” Qhairul mencuba cara lembut dan berdiplomasi moga-moga Tengku Farid memahaminya.
“Tapi dalam hal ni I tak boleh tarik balik because semalam kan I dah cakap fall in love at first sight dan I  akan berusaha untuk dapatkannya” kata-kata itu itu bagai peluru berpandu yang sudah mengena sasarannya.
“Tolonglah Ku Farid, I boleh  tolong you dapatkan mana-mana perempuan lain yang you nak, but not she” sambil memujuk dan membuat tawaran.
“Nak buat macam mana, I tak minat perempuan lain, I tetap nak kan dia dan you pun dah lama kenal siapa Tengku Faridkan. Apa yang I nak I pasti dapat and you and your coussin  bersedialah  menerima kehadiran I dalam persaingan merebut that girl, dan buat pengetahuan you ada berita menarik yang disiarkan oleh khabar hari ini”
Belum sempat Qhairul menjawab lagi talian terus dimatikan, Dato’ Qhairul merengus marah dan rasa tercabar oleh panggilan Tengku Farid sebentar tadi, fikirannya terus jadi tak menentu, penyesalan timbul dalam hatinya kerana membawa Nisha ke Regalis Club malam tadi. Dia terus bangun dari kerusinya dan terus keluar bilik untuk mendapatkan Zamree.
           
Bab 9
Suasana di luar biliknya kelihatan agak berbeza sedikit berbanding selalu.  Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Qhairul menjadi tumpuan para pekerjanya sebaik sahaja lelaki itu membuka pintu biliknya. Matanya melekat  melihat Nisha yang sedang menatang sebiji mug berisi minuman keluar dari pantry.
            “Ni airnya bang, nak Nisha bawa ke bilik ke? Nisha terus berlalu masuk ke bilik apabila melihat Qhairul menanggukkan kepalanya.
“Zizie mana news paper hari ni?”  wajah zizie seperti yang sedang  menyimpan seribu masalah mendengar soalan majikannya. Agar gementar  semasa mengeluarkan  akhbar yang disembunyinya dalam laci almari.
Mata Qhairul membutang melihat paparan di muka depan akhbar tersebut.
              “Dua jutawan muda melarikan dan menyembunyikan kekasih bakal Putera Mahkota”
“Ku Farid, kau memang gila!” suara lantang    Qhairul melepaskan kemarahannya mengejutkan semua pekerjanya. Surat khabar itu terus dilontarkan semula ke meja Zizie. Semua mata pekerjanya tertumpu memandang ke arah majikan mereka. Kecut melihat wajah marah Dato’ Qhairul yang seperti mahu menelan mangsa.
“Zizie! panggil Dato’  Zamree keluar”
Dalam masa yang sama kelihatan 4 orang lelaki seolah-olah satu rombongan membawa dua jambangan bunga yang besar menuju ke arah meja setiausaha.
“Kami utusan dari Tengku Farid, Tengku Farid minta kami serahkan jambangan bunga ni untuk kekasihnya Puteri  Nisha”. 
“What..!” terbeliak mata  Qhairul mendengar berita yang dibawa oleh utusan yang tiba-tiba muncul itu.. “Kau orang semua ni betul-betul buat aku gila!” Qhairul menghembur marahnya kepada keempat-empat lelaki tersebut..
 “Apa hal semua bunga-bunga ni Rul?”
“Kau baca newspaper tu, Ku Farid ni memang dah melampau”
Nisha juga terkejut bila melihat dua jambangan bunga yang besar dihantar ke mejanya.
Dari jauh kelihatan Tengku Farid muncul bersama dua orang pengawal perbadinya. Semua mata sudah beralih arah, tertumpu kepada kemunculan tiba-tiba Tengku Farid ke pejabat tersebut.
“Hello Dato’-Dato’, how are you?” berlagak ramah menegur tapi menyakit hati.
Qhairul dan Zamree langsung tidak mengendahkan teguran itu malah perasaan dua lelaki itu semakin sakit melihat kemunculan Tengku Farid waktu itu. Dengan wajah yang tenang dan tidak menunjukkan rasa bersalah Tengku Farid tetap tersenyum walaupun sapaan tiada respon, matanya kemudian tertumpu pada  seorang gadis yang sedang berdiri di depan pintu bilik CEO.
“Hello my princess, nice to meet you, bukannya susah pun I nak jejak you, I boleh agak yang  dato’-dato’  ni mesti sembunyikan you di sini” Tengku Farid membuka langkah menghampir Nisha tapi cepat dihalang oleh Zamree dan Qhairul yang terus berdiri di hadapan Nisha.
  “Please Ku Farid, kami berdua tak nak bermusuh dengan you, I minta betul-betul minta pada  you tolong  jangan ganggu Nisha. I boleh tolong you carilah perempuan lain kalau you nak.  She is  very young  you know, we  two very beloved  her, please Ku Farid” Qhairul terus merayu dan memohon sembah.  Sementara Tengku Farid hanya tersenyum sambil mengangkatkan keningnya. 
“I ni kalau you nak tahu, benda yang orang sayang tu yang I nak sangat, sebab bila orang sayang benda tu, mesti benda tu berharga, spesial dan kalau ia sekuntum bunga pasti ia fresh flower dan berbau harum kan dato’!”  Nampaknya Tengku Farid memang tidak mahu berkompromi dan keegoannya sesuai dengan darah bangsawan yang ada dalam tubuhnya.
“Ku Farid, I tak mahu cari gaduh dengan you,  Nisha takkan jatuh ke tangan you dan you mesti tahu you tak boleh paksa dia cintakan you”  Zamree pula bersuara.
“Macam mana you fikir dan tahu yang dia tak cintakan I, dan you juga mesti tahu yang dia masih free dan sesiapa  sahaja boleh mendekatinya dan mendapatkan cintanya.” Matanya menjeling ke arah gadis yang masih dipagari oleh dua lelaki tersebut. Terhalang peluangnya untuk mendekati gadis tersebut. Dua singa jantan ini memang menjengkilkan hatinya.
“You memang dah gila Ku Farid,”
“I memang dah gila, gila pada Nisha. Cuba you berdua beri I ruang  dekat pada dia kan  mudah kerja I” semakin mahu menyakit hati dua lelaki itu,
“You jangan lupa Ku Farid, sekarang bukan zaman kesultanan Melaka dan we two bukan Hang Tuah yang bodoh sangat nak serahkan Tun Teja pada Sultan Melaka. You kena ingat walaupun kami berdua ni orang kebanyakkan tapi kami lebih mampu dari you. Dan sekiranya you nak duit untuk pergi dari sini cakap berapa banyak yang you nak” Dato’ Qhairul seperti sudah naik angin. Kemudian tubuhnya merapati Tengku Farid sambil merapatkan mulutnya ke telinga lelaki itu.
“Nisha masih budak hinggusan lagi, masih mentah, tolong jangan rosak hidupnya dengan cinta gila you tu” bisik Qhairul secara perlahan ke telinga Tengku Farid.
“I datang bukan kerana duit tapi kerana cinta I padanya. I tak kisah berapa umurnya dia tetap seorang gadis yang ada perasaan dan apa yang ada padanya  mengalahkan semua gadis yang pernah aku jumpa dan you tahukan I bukan jenis yang cepat putus asa dan I nak lihat setakat mana you berdua boleh lindungi dia dari I dan I tahu you berdua ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri, pengecut!” bidas Tengku Farid membalas bisikan Qhairul di telinganya.
Perkataan pengecut yang dituturkan oleh Tengku Farid dengan jelas  membuatkan
Zamree tidak dapat menahan sabar, satu tumbukan tiba-tiba dilepaskan ke muka Tengku Farid. Tengku Farid terus membalas tumbukan Zamree. Ketika itu juga Pengawai peribadinya mula bertindak menyerang  Zamree.  Qhairul pula mengambil peluang membantu sepupunya terus menyerang Tengku Farid. Keadaan jadi tidak terkawal lagi, beberapa pekerja lelaki PJ Holding terus meluru ke arah tempat pergaduhan itu cuba untuk meleraikan pergaduhan golongan terhormat itu.
“Berhentiiiiii….!”
Satu suara kuat mengejutkan semua yang sedang bergelut ketika itu.
Semua memandang ke arah datangnya suara tersebut. Air mata Nisha mengalir berlinangan ke pipinya. Matanya merah menyala, Bibir dan tubuhnya bergegar menahan rasa gementarnya, suasana tegang dengan pergaduhan itu terlalu  menekan jiwanya. Jiwanya tidak mampu lagi menahan rasa cuak dan sebak. Pandangan matanya menjadi gelap dan akhirnya dia tidak nampak lagi apa yang berlaku.
“Nisha!!… Zamree dan Qhairul serentak menjerit dan meluru ke arah gadis itu. Tekanan membuat Nisha akhirnya rebah dan pengsan. Qhairul segera mencempung tubuh Nisha masuk ke biliknya. Tengku Farid cuba mendekati Qhairunnishana tapi dihalang oleh Dato’ Zamree,
             “We don’t need your help, go!..” 
Dengan marah kakinya terus menyepak jambangan bunga yang di hantar oleh Tengku Farid berdekatan meja Nisha.
“Dato’ Zamree..you berdua  ingat! I tak kan lupa. Nisha tetap akan jadi milik I” Sambil menuturkan kata-kata tersebut dia mengelap hidungnya yang berdarah akibat salah satu tumbukan Qhairul sebentar tadi. Dengan gaya bongkak dan sombongnya lelaki itu terpaksa meninggalkan pejabat PJ Holding. Suasana pejabat PJ Holding terus lagi kucar-kacir gara-gara pergaduhan sebentar tadi.
Dalam biliknya Qhairul cuba menyedar  Nisha Wajah pucat Nisha disapunya dengan air. Sewaktu pintu bilik terkuak Zamree muncul bersama dengan seorang doktor.
“Syafik..dia pengsan waktu suasana kalut di luar tadi, mungkin terlampau stress kot”
Zamree menjelaskan keadaan Nisha kepada Doktor Syafik.
Dr. Syafik mengeluarkan peralatan dan terus melakukan pemeriksaan ke atas Nisha. Nisha kemudian membuka matanya apabila sesuatu diletakkan di hidungnya. Zamree dan  Qhairul terus meluru mendekati gadis itu. Terasa malu kerana terbaring di depan tiga orang lelaki yang sedang menatapnya. Nisha terus cuba duduk.
“Nisha pengsan tadi, are you ok Nisha”  Zamree terus bertanya. Nisha hanya menganggukkan tanpa suara.
            “She ok, cuma stress bagi dia rehat secukupnya, apa hal kat luar tu tadi, nampak kecoh je?” Dr. Syafik memang agak rapat dengan Qhairul dan keluarganya sejak ayanhnya pernah menjadi doktor peribadi Tan Sri Ismail.
            “Putera keparat tu serang pejabat I, dah tegian nak …” tidak jadi meneruskan kata-kata bila terfikirkan sesuatu. Kalau boleh Qhairul tidak mahu perkara tersebut dipanjangkan lagi kepada sesiapa.  Zamree hanya dian dan tersenyum.
            “Siapa?”
            “Tengku Farid” jawab Zamree selamba. Dr. Syafik menggeleng kepalanya.
            “Hal apa yang serius sangat ni sampai melibatkan Tengku Farid pulak Rul”
Dr.Syafik mencuri pandang melihat wajah Nisha kemudian tersenyum.
“Siapa ni?”
            “Puteri dari kayangan” Qhairul menjawab selamba. Dr.Syafik tercengang. Melihat gelagat Dr. Syafik begitu, Qhairul tersenyum pula.
            “Nisha, girlsfriend kami berdua” jawab Qhairul sempat bergurau dengan Dr. Syafik.
“Aik! Takkan you orang berdua dari kongsi syarikat sampai girlfriend pun nak kongsi jugak? Dah kes berat ni” balas Dr.Syafik sudah tergelak mendengar jawapan Qhairul tadi.
“What can I do,  dah kami berdua suka perempuan yang sama” sambil menjerling pada Nisha kemudian Zamree. Memikirkan lelaki itu cuma bergurau Nisha bersikap selamba dan tidak ambil pusing kata-kata Qhairul tadi.
“Tengku Farid tadi tu apa kes pulak?”tanya Dr.Syafik lagi.
“Dia nak rampas girlfriend kami berdualah tu”. Pelik, mati akal Syafik memikirkan jawapan Qhairul.
            “Macam-macam pulak cerita kamu orang berdua ni, tapi  she is very beautiful. I pun tergoda” sambil berbisik ke telinga Qhairul.
            “Hah..you nak tambah masalah kami berdua ke?” mata Qhairul membutang membuatkan Dr. Syafik ketawa.
            “I know, I bukan saingan you berdua. Oklah aku minta diri dulu, suruh girlfriend kau orang berduani rehat cukup-cukup”. Sambil menepuk bahu Qhairul Dr. Syafik masih lagi tersenyum ketika melangkah keluar dari bilik tersebut.
Qhairul memang seorang yang suka berterus terang. Zamree mengurut-gurut mukanya yang rasa sakit kesan tumbukan Tengku Farid sebentar tadi.
            “Kau ok Zam?” tanya Qhairul sambil memandang wajah Zamree. Ada lebam di muka Zamree.
            “Sikit je..biasalah ni” balas Zamree sambil tergelak kecil.
            “Nisha ok ke?, kalau tak abang hantar Nisha balik” Tanya Zamree sambil menatap wajah Nisha.
            “Nisha tak apa-apa cuma Nisha masih gementar sikit”
            “Kalau macam tu Nisha duduk je rehat dalam bilik abang ni sebab sekejap lagi abang berdua ada meeting” Nisha mengangguk kepalanya.

Bab 10
            Peristiwa pergaduhan itu sudah menjadi topik hangat akhbar dan tajuk perbualan utama di mana-mana saja di Permata Jaya  Holding. Qhairul dan Zamree tidak pasti bagaimana pihak pemberita dan wartawan mendapat sumber bahannya,
            Sejak hari itu, setiap hari meja Nisha di penuhi dengan barangan dan jambangan-jambangan bunga-bunga  yang dihantar oleh  utusan dari Tengku Farid. Kadang-kadang Qhairul atau Zamree keluar dari biliknya kemudian melontar barangan atau bunga-bunga pemberian dari Tengku Farid ke dalam tong sampah.
             “Buat menyemak ofis aku” Kata Qhairul ketika melontar barang-barang pemberian Tengku Farid kepada Nisha ke dalam bakul sampah. Nisha  hanya tersenyum  mendengar rungutan Qhairul dan  Zamree dan dirinya pun kadang-kadang rimas dan benci dengan kehadiran barang-barang pemberian Tengku Farid. Setelah menimbang baik dan buruknya akhirnya Nisha memberanikan dirinya menuju ke bilik Qhairul untuk menyampaikan apa yang sudah difikirkan sejak peristiwa pergaduhan itu.
“Abang Qhairul, boleh  tak panggil abang Zam ke bilik ni sekejap, Nisha ada nak cakapkan sesuatu”. Sebaik sahaja dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi di hadapan meja Qhairul. Setelah  Zamree muncul di bilik itu, dada berdebar-debar untuk cuba menyatakan sesuatu yang telah difikirnya berkali-kali.
“Abang Zam, Abang Qhairul, Nisha rasa Nisha perlu jumpa dan bercakap sendiri dengan Tengku Farid untuk selesaikan masalah ini dari terus berpanjangan. Mungkin Nisha nak beri peluang pada Tengku Farid mengenali Nisha dan untuk Nisha mengenali Tengku Farid. Mungkin kalau dah jodoh Nisha dengan dia Nisha redha, kerana bagi Nisha jodoh pertemuan, ajal dan maut semua itu ketentuan tuhan. Dan Nisha tak mahu terus membebankan abang berdua dengan masalah Nisha ni”.ujarnya dengan nada suara yang agak tenang.
            “Kenapa Nisha sampai fikir macam ni, abang berdua masih boleh tangani masalah ni” Ujarnya Qhairul seperti tidak setuju dengan pendirian Nisha.
“Sampai bila? selagi Nisha tak bercakap sendiri dengannya Nisha rasa dia takkan tahu pendirian sebenar Nisha padanya”bebola mata Nisha mulai berkaca-kaca.
“Mungkin Nisha dah beralih arah, dah termakan dengan pemberian yang tak putus-putus datang kepadanya, aku tak sanggup lihat Nisha jatuh ke tangan Tengku Farid, adakah aku perlu bertindak cepat sebelum Tengku Farid menggunakan kesempatan yang ada” desisnya dalam hati sambil menyoal diri sendiri .
“Bila Nisha nak jumpa Tengku Farid” dengan wajah yang sunggul Zamree bersuara.
“Belum tahu lagi, tapi Nisha nak perkara ni dipercepatkan”
“Ok, nanti abang aturkan pertemuan Nisha dengan Tengku Farid hujung minggu ni, tempatnya biar abang fikirkan dulu” tegas tapi penuh kebimbangan Zamree terpaksa menguatkan semangatnya.
“Nisha keluar dulu” Nisha berlalu meninggalkan kedua lelaki yang masih dalam keadaan serba tak kena ketika itu.
“Zam, apa yang kau fikir, keputusan Nisha ni betulke?” tanya Qhairul jarinya mengetuk-getuk meja di depannya.
“Aku pun tak tahu, tapi kita perlu juga menghormati keputusannya kalau tidak dia mungkin akan merasa lebih tertekan” Qhairul cuba memberi  pendapat yang bernas dan bukan mengikut kata hatinya yang sebenarnya tidak merelakan keputusan Nisha.
“Di mana kau rasa dia orang berdua patut berjumpa? Kau ada cadangan?” tanya Zamree sambil memandang wajah Qhairul.
“Restoran terapung Putra Jaya, aku rasa tempat tu yang paling sesuai”
“Kenapa kau fikir tempat tu?”
“Sebab, kalau Tengku Farid tu kecewa dengan keputusan Nisha dia boleh terjun dalam tasik tu” di hujung ayatnya Qhairul tersenyum sendiri mendengar idea gilanya kali ini.
            “Kau ni Rul, memang dah otak serabut betul, boleh  fikir sampai ke situ” namun  mereka berdua akhirnya sama-sama ketawa terkekek-kekek bila memikirkan semula idea yang dicadangkan oleh  Qhairul tadi.
       Gembira tidak terkata, bagai kemarau setahun ditimpa hujan sehari, begitu terkejut dan gembiranya hati Tengku Farid bila menerima panggilan telefon dari Dato’  Zamree tentang keputusan Nisha ingin bersemuka sendiri  denganya  di Restoran Terapung Putra Jaya pukul 8 malam  Ahad nanti.
“Abang dah atur pertemuan Nisha dengan Ku Farid, malam Ahad hujung minggu ni di Restoran Terapung Putra Jaya. Nisha setuju ke dengan cadangan tempat dan masa yang abang Zam pilih ni?” perlu jugak mendengar keputusan Nisha sebelum mengesahkan kepada Tengku Farid.
“Nisha ikut je bang sebab abang lebih arif tentang tempat-tempat kat KL ni” memang Nisha mengharapkan kedua-dua lelaki itu yang menentukan tempat pertemuannya dengan Tengku Farid.
“Abang Qhairul yang pilihkan tempat tu, abang cuma tetapkan masa” tambah Zamree lagi.
“Kalau macam tu, Nisha minta diri dululah bang” belum sempat Nisha bangun dari tempat duduknya,  Zamree memanggilnya semula.
“Nisha, ini untuk Nisha” sambil menghulur sepucuk sampul surat berwarna putih.
“Apa ni bang?”  memerhati benda yang diterimanya.
“Bukalah”Terdapat sekeping kad kredit tertulis namanya di atas kad tersebut.
“Untuk kegunaan Nisha. Hujung minggu nanti ajak Cikgu Roziah pergi shopping. Guna kad tu untuk beli semua keperluan Nisha”.
“Semua, apa-apa je?” soalnya pula inginkan lebih kepastian.
“Ya..apa-apa je Nisha nak”
“Cukup ke gaji Nisha nak bayar balik bilnya nanti?” soalnya lagi sambil membelek-bekel kad di tangannya.
“Nisha tak perlu bayar, semua bilnya atas nama abang. Nisha cuma pakai je untuk beli apa saja Nisha nak” wajah Zamree ditatap untuk kepastian kemudian dia tersenyum.
“Terima kasih Abang Zam”
“Sama-sama kasih!” Nisha tersenyum mendengar jawapan Zamree.
“Nisha…Abang….tak palah nanti abang beritahu kemudian” lidah Zamree jadi kelu untuk meneruskan kata-katanya lantas di memberi bahawa isyarat gadis itu boleh pergi. Nisha berlalu keluar dari bilik timbalan CEO sambil membawa sampul di tangannya.
            Balik ke rumah petang itu Nisha nampak kurang ceria. Roziah sedar perubahan adik angkatnya.
            “Kenapa Nisha ada masalah ke?” tanya Roziah sambil memerhati wajah adik angkatnya.
            “Nisha tak tahu nak cakap apa dengan Tengku Farid nanti, Nisha takutlah nak berdepan dengan dia kak, dia tu anak rajalah kak, tak pernah termimpi pun oleh Nisha selama ini”
            “Jadi nilah yang buat Nisha macam orang kebinggungan ni, bila tu?”tanya Roziah sambil tersenyum. Dia akui kalau berada di tempat Nisha mungkin dia pun akan gelabah, inikan pula Nisha yang baru berusia 17 tahun hendak berdepan dengan seorang lelaki matang, berdarjat, berkuasa dan berharta macam Tengku Farid.
            “Malam esok di restoran tasik Putra Jaya. Esok temankan Nisha beli barang”
            “Nisha dah dapat gaji ke?”
            “Tak, abang Zam bagi kad kredit dengan Nisha, dia suruh Nisha beli apa saja Nisha nak” beritahu pada wanita itu.
            “Lepas ini akak jamin kau hidup kau akan terus berubah lebih jauh Nisha, kalau lelaki dah bagi kad kredit dan suruh beli apa saja yang perempuan tu suka bererti lelaki tu memang sayang betul dengan perempuan tu. Akak yakin lepas ni apa pula Dato’ Qhairul akan bagi sesuatu  pada Nisha, tentu dia tak nak kalah dengan Dato’ Zamree” ujar Roziah memberi pandangannya. 
          “Tengku Farid tu memang dah gila sangat kat Nisha tu sampai sanggup dia book satu restoran terapung tu untuk dia orang berdua je malam nanti, dah tu suruh hias seluruh tempat tu macam nak adakan wedding” Zamree menceritakan tentang maklumat yang didengarnya tentang perancangan Tengku Farid semasa bertemu Nisha malam nanti.
             “Dah sahlah dia tu sakit otak punya putera raja” balas Qhairul pulak.
“Malam nanti aku dengar dia jemput Nisha dengan limousine  VIP”
“Biarlah, janji dia bahagia” walaupun hati Qhairul cukup sakit hatinya mendengar berita itu.
Nisha pula begitu terkejut bila menerima panggilan dari Qhairul yang memberitahunya sesuatu.
“Abang memang nak hantar Nisha, tapi Tengku Farid nak Nisha naik limousine yang akan datang jemput Nisha malam nanti. Nisha jangan takut abang akan perhatikan Nisha dari jauh ya sayang” Perkataan sayang cukup melemahkan urat saraf Nisha. Sejak kebelakangan ini Qhairul dan Zamree cukup kerap mengungkapkan kalimah itu kepadanya.
Sebuah limousine mewah menunggu di depan rumah Cikgu Roziah tepat jam 7.45malam. Jiran-jiran tertangga perumahan tersebut turut memberi perhatian melihat kemunculan Mercedes limousine di kediaman tersebut. Roziah hanya mampu menggelengkan kepalanya.
“Lepas ni entah apa pulak kejutannya untuk kau Nisha” kata Cikgu Roziah sambil tersenyum.

Bab 11
Barisan api lilin menghiasi  jalan di sepanjang laluan menuju ke restoran terapung Putra Jaya. Sekeliling restoran dihias indah dengan kuntum-kuntum bunga ros merah yang segar dan terletak di tengah-tengah restoran kelihatan sebuah meja terhias indah. Alunan irama muzik merdu yang begitu perlahan  di sebalik limpahan cahaya lampu yang samar-samar  begitu menyentuh hati.  Seorang lelaki  yang segan dengan tuxedo putihnya berdiri di pintu gerbang utama restoran yang dihias indah dengan lingkaran bunga yang cantik. Seorang gadis mengenakan baju kurung fesyen berwarna merah jambu dan sepasang kasut tumit tinggi  berjalan perlahan mendekati sang teruna yang sedang menantinya.
“Selamat datang dindaku Puteri Nisha” dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya sambil menghulurkan tangannya dengan gaya penuh santun dan tertib  seorang putera. Nisha menyambutnya sambil menghadiah sebuah senyuman apabila Tengku Farid dengan mesra mencium tangannya. Nisha dipersilanya menuju ke sebuah meja khas yang terletak  tengah-tengah restoran tersebut.
Sebaik sahaja dipersilakan duduk, Nisha merenung tepat ke wajah Tengku Farid yang sedang tersenyum mesra kepadanya.  Memang tidak dapat dinafikan Tengku  Farid memang  memiliki kriteria  dana ciri-ciri lelaki hebat  yang menjadi idaman dan pujaan setiap gadis. Sekali pandang memang lelaki ini agak mirip pelakon Farid Kamil, tapi apabila berdepan dengannya lelaki ini lebih kacak dan badannya lebih tegap dan tinggi. Entah kenapa setelah dilayan begitu hormat dan hebat bagaikan  puteri tidak berputik langsung apa-apa perasaan di hati Nisha. Tiada perasaan pelik seperti yang muncul ketika berdepan dengan Dato’ Qhairul Azamin.
“Nisha, nama you cantik, nama penuh you apa dan nak I panggil macam mana?”tanya Tengku Farid, matanya tak berkelip menatap wajah Nisha, dadanya bergetaran tak menentu semenjak Nisha muncul tadi.
“Qhairunnisha Muntaz May Lin bt Qhairuddin Zhabir Khan” dengan lancar dan tenang menyebut nama penuhnya di hadapan lelaki itu.
“Wow..hebat dan agak unik.Tak sangka you ada tiga nama.  Ada sesuatukah yang menari di sebalik nama tu?”tanyanya sambil tersenyum.
“May Lin nama sempena keturunan sebelah ibu. Ibu Nisha keturunan Baba Nyonya dan Jepun Jepun,  Muntaz pula nama Pakistan keturunan sebelah ayah dan Qhairunnisha nama melayu dan Islam, nenek sebelah ayah” menceritakan sejujur-jujurnya susur galur keturunannya kepada lelaki itu.
“Wow..! luar biasa, patutlah cantik sebab you mixed blood 4 keturunan rupanya” pujinya ikhlas.
“Tidak semestinya, tiada yang luar biasa sebab tuhan jadikan saya begini?” sambungnya lagi.
Tengku Farid menganggukkan kepalanya cuba memikirkan kata-kata Nisha.
“Luar biasa pada I sebab tu wajah you terlalu seni, terlalu indah sebab semua yang wanita idamkan you miliki, I ikhlas dengan pujian I” Tengku Farid terus tersenyum menatap wajah gadis di depannya.
 “Semua datang dari tuhan dan bersifat sementara dan Nisha tak pernah pun tahu apa keistimewaan yang ada pada saya. Bagi saya, saya serupa je dengan perempuan-perempuan yang lain tak ada apa yang istimewanya”.Tengku Farid terkesima mendengar penjelasan Nisha sebelum dia bersuara semula.
“You tak nampak apa yang you miliki tapi percayalah cakap I, I tak buta dalam menilaikan sesuatu yang indah. Oh ya apa timangan you?”
“Ayah panggil saya Muntaz, ibu panggil May Lin dan kawan-kawan panggil Nisha. Panggil je apa yang Tengku suka, saya tak kisah asal ianya salah satu nama saya”.Tengku Farid diam mendengar jawapan Nisha. Nisha tidak pasti apa yang sedang difikirkan oleh lelaki itu.
“Tak! mulai malam ni I minta keizinan you untuk panggil you Dinda Nisha, bolehkan” Nisha yang mulanya tersenyum kemudian mengangguk.
“Dan sebab dinda terlalu istimewa  pada I, please call me ‘kanda’. I terlalu mengimpikan seorang gadis yang I sayang panggil I begitu”. Ujarnya yang wajah yang begitu mengharap.
“Kanda? Begitu klasik tapi menarik didengar” ulas Nisha sambil tersenyum.
Mata Tengku Farid yang asyik terpana memandangnya membuatkan Nisha tidak selesa dan serba salah. Walaupun dari awal pertemuan itu Nisha cuba berlagak tenang dan selamba bagi menghilangkan perasaan gugup dan gementarnya namun Nisha tidak dapat membohongi dirinya. Tangannya yang sejuk bagaikan ais membayang perasaannya di kala itu hanya tuhan saja yang tahu.
 “Dinda adalah gadis yang cukup sempurna di mata I. Tidak pernah berlaku dalam hidup I akan jatuh cinta pada pandangan pertama tapi kali ini ianya telah terjadi” Tengku Farid memberanikan dirinya untuk berterus terang walaupun jantungnya tetap berombak kencang di kala itu.Terkedu perasaan Nisha mendengar luahan berani mati Tengku Farid kepadanya.
Wajah gadis itu ditatapnya tanpa berkelip. Satu keredupan yang tidak  pernah ditemui sewaktu memandang wajah mana-mana gadis-gadis yang ditemui sebelum ini.
‘Sekuntum bunga yang baru mekar, segar dan amat harum dan terlalu cantik, tidak hairanlah mengapa Dato’  Qhairul seorang  romeo yang kasanova dan playboy dan Dato’  Zamree yang selama ini seperti tidak meminati perempuan semenjak ditinggalkan tunangnya bermati-matian mempertahankan gadis ini’.
Nisha cuba mangalih perhatian lelaki itu dari terus merenungnya.
“Dinda berasal dari mana?”
“Melaka”
“Apa hubungan dinda dengan Dato’ Qhairul dan Dato’  Zamree?”
“Kedua-duanya abang angkat Nisha”
”Soalan yang memang telah diduga oleh Nisha.
“Siapa antara mereka berdua yang dinda suka atau sayang?”
“Kedua-duanya Nisha suka, kedua-duanya Nisha sayang”
Tengku Farid seperti menduga jawapan itu. Dua orang pelayan tiba-tiba muncul menghantar  pelbagai hidangan yang telah dipesan khas oleh Tengku Farid untuk malam itu.
Nisha melontar pandangan  ke lampu neon yang mengelilingi sekitar restoran Tasik Putra Jaya itu. Nisha telah berfikir banyak perkara tentang pertemuannya dengan Tengku Farid malam itu. Perlu berhati-hati menjawab sebarang persoalan yang dikemukan oleh Tengku Farid, dia perlu lakukan semuanya seperti menarik rambut di dalam tepung, rambut tak putus tepung tak bertaburan.
“Kanda mohon maaf di atas peristiwa malam tu dan peristiwa di pejabat PJ Holding beberapa hari yang lepas, kanda tak sepatut ikut emosi sangat sehingga meninggalkan ketenggangan hubungan antara kanda dengaan kedua-dua Dato’ tu”. Tengku Farid menyuarakan kekesalan.
“Nisha pun tak faham, kenapa pasal Nisha perkara seperti ini boleh berlaku?” Nisha memberanikan dirinya untuk menyuarakan pendapatnya.
“Biasalah, orang lelaki kalau nakkan sesuatu dia akan cuba dapatkan dengan cara lelaki”
“Sampai sanggup bergaduh macam tu?”ucapnya sambil tangannya terus meramas-ramas tangannya yang agak gementar.
“Kalau itu cuma caranya yang kami boleh fikir waktu tu”jelas Tengku Farid walaupun wajahnya masih membayangkan kekesalan.
“Tapi bukan Nisha yang sepatutnya menjadi punca, gadis yang tak ada apa-apa keistimewaan. Ramai lagi gadis-gadis cantik yang sesuai, kaya, glamour  dan berdarjat tinggi yang layak untuk  Kanda Farid jadikan rebutan. Nisha tak layak untuk semua tu” balas Nisha  memprotes punca kejadian itu.
“Tak, perempuan cantik memang banyak, tapi tak berbaloi untuk kanda berebutkan mereka”diiringi dengan satu jerlingan bersama senyuman nakal penuh makna.
“Kenapa?”Nisha merenung tepat ke mata Tengku Farid. senyuman nakal lelaki itu membuatnya resah.  Manakala renungannya yang begitu mempersonakan dan menggoda menikam jauh ke dasar hatinya. Nisha tunduk lalu memejamkan mata untuk menstabilkan semula perasaannya.
“Kanda cuma akan pilih wanita yang boleh buat kanda jatuh cinta pandang pertama kepadanya. Dinda  memiliki segala ciri yang yang kanda dambakan dan inginkan selama ini. Untuk pengetahuan dinda, kanda seorang  sukakan cabaran, kanda suka mawar yang berduri terutama ada singa yang menjaganya. Selama kanda kenal Dato’ berdua tu mereka pun tidak pernah ambil kisah atau peduli pasal perempuan apa lagi untuk rosakkan reputasi diri semata-mata kerana seorang perempuan” Tengku Farid tersenyum memandang Nisha ketika dia menuturkan ayat-ayatnya.
“Kanda Farid jangan terlalu memuji Nisha sedangkan kanda belum mengenali lagi siapa Nisha yang sebenarnya” ujarnya lalu mengalih pandangannya ke arah lain.
“Dinda seorang yang muda remaja yang cute, comel, cantik, seksi, manis, lemah lembut mempunyai ciri yang kanda cari selama ini, Kanda nak sunting  puteri sebagai seorang permaisuri salah ke?” Ucapan yang begitu mengejutkan dan menakutkan Nisha.
“Terlalu awal untuk Nisha fikirkan hal itu, banyak perkara lain yang Nisha perlu fikirkan dulu dan lebih-lebih lagi Nisha tak layak, kita terlalu jauh berbeza dan terlalu banyak kurangnya. Serba serbi daif dan naif” moga Tengku Farid faham maksudnya.
“Berbeza apa?  darjat? umur? Berapa umur dinda  sekarang?”
Nisha terdiam seketika
“17 tahun”jawab gadis itu jujur.
Giliran Tengku Farid pula terdiam mendengar jawapan gadis itu. Hatinya mula berbisik sendiri.
‘Si manis tujuh belas rupanya, perbezaan 10 tahun tapi tidak akan melemahkan semangatnya. Persaingan yang cukup berbaloi jika berjaya memilikinya. Kecantikan dan saiz fizikalnya yang tinggi lampai dan rangka tubuhnya yang besar mengenepikan usianya dan menyerlahkan kematangannya, kerana semua orang tahu cinta itu buta dan gila, usia bukan soal utama dan bukan penghalang untuk memilikinya’
“Kanda tak nak fikir itu semua, usia bukan ukuran bila hati dah kata suka dan bila cinta itu telah membara” balas Tengku Farid sambil melemparkan senyuman yang cukup menggoda. Nisha agak kecewa mendengar jawapan lelaki itu, alasannya tidak kukuh untuk menangkisnya.
“Nisha masih nak belajar” satu lagi alasannya diutarakan agar boleh membantunya.
“Mengejar ilmu bukan alasan, ramai pelajar universiti yang sudah berkahwin. Darjat?  Cinta kanda tak mengenal darjat dan  taraf sebab  yang menyintai bukan darjat tapi hati” jawabnya dengan bibir merahnya yang tak lekang dengan senyuman.
“Tapi bukan itu saja, Kanda Farid harus kenal siapa Nisha dahulu sebelum Kanda Farid membuat keputusan untuk mendekati Nisha. Nisha percaya selepas ini tentu Kanda Farid akan malu untuk mendampingi Nisha lagi” pelbagai alasan sudah diberikan tapi ada saja peluru lelaki itu menangkisnya dan kali ini dia terpaksa membongkar keaiban dirinya. Berbola mata yang jernih kelihatan berkaca-kaca.
“Dinda ceritalah supaya Kanda Farid boleh buat keputusan malam  ini juga sama ada untuk teruskan atau tinggalkan dinda”Mata Tengku Farid terus merenung wajah gadis remaja itu tanpa berkelip.
Nisha menarik nafas yang panjang  dan kemudian menghembusnya perlahan-lahan, sekali lagi dia perlu membuka pekung di dadanya, membuka aibnya sendiri supaya nasib diri boleh ditentukan lebih awal. Biar malu sekarang asalkan tidak dimalukan dikemudian hari.
“Nisha cuma seorang gadis kampung yang tak punya apa-apa keistimewaan malah  seorang anak yatim piatu  yang miskin  yang sering menyusahkan mak tiri dan kini hidup terbuang serta tak  punya sesiapa di dunia ini. Ibu meninggal dunia ketika Nisha berumur 4 tahun, Nisha tinggal bersama  ayah dan mak tiri sejak berumur 6 tahun.  Mak tiri Nisha bukan seorang yang suka dan sayangkan Nisha. Kemarahannya pada ayah sering dilepaskan pada Nisha. Ayah seorang penagih dadah tapi ayah telah meninggal dunia 3 bulan yang  lepas kerana kemalangan jalan raya, Nisha keluar rumah setelah tamat peperiksaan SPM kerana  Nisha nak cari kerja dan dapatkan duit.  Nisha tak nak menyusahkan mak tiri lebih-lebih lagi Nisha perlukan duit untuk menyambung ke IPT sekiranya Nisha lulus nanti”  Terbayang kesedihan di wajahnya sewaktu menceritakan siapa dirinya yang sebenar.
Kecantikan  tetap tetap terserlah walaupun kini wajah itu dilitupi kesedihan. Perasaan Tengku Farid turut terharu mendengar pengakuan Nisha. Wajah yang cukup tenang, bersih dan lembut itu rupa-rupa menyimpan  seribu kisah hidup yang sungguh menyayat hati.Wajah yang minta untuk dilindungi dan disayangi bukan disakiti.Tiba-tiba lamunan Tengku Farid terhenti bila Nisha menyambung lagi ayatnya.
“Nisha harap Kanda Farid faham keadaan Nisha dan boleh menimbang balik segala pujian yang kanda berikan pada Nisha kerana Nisha bukanlah gadis yang layak untuk menerima segala pujian seorang yang berdarjat tinggi dan mulia seperti Kanda Farid, malah untuk menjadi seorang kawanpun belum tentu layak inikan pula menjadi seorang puteri. Tiada apa yang istimewanya pada Nisha” cecair panas dan jernih mula terbit di matanya. Cepat tangannya menyekanya dari keluar mengalir ke pipinya lalu kepalanya ditundukkan ke bawah.
Tengku Farid bagaikan hilang kata-kata ketika itu. Makanan yang terhidang langsung tersentuh. Dia seolah kehilangan idea setelah mendengar kata-kata gadis itu.
“Nisha minta diri dulu, lupakan Nisha dan Nisha ucapkan terimakasih kerana Kanda Farid sudi berjumpa Nisha malam ini” gadis itu terus berdiri dan melangkah pergi meninggalkan lelaki itu.
“Dinda jangan pergi dulu, kanda belum cakap sepatahpun lagi tentang keputusan kanda, dan dinda  harus dengar dulu segala penjelasan kanda malam ini” namun  Nisha seperti tidak berganjak dari keputusannya.
“Please, kanda mohon penghormatan dinda kali ini” merayu agar gadis itu mengubah keputusan dan sedia mendengar keputusannya.
Nisha tidak jadi melangkah, mata yang masih berkaca-kaca bertembung  pandangannya dengan mata Tengku Farid. Tengku Farid nampak lega melihat Nisha kembali duduk di kerusinya.
            “Dinda pun belum kenal siapa kandakan, sekarang giliran dinda dengar cerita kanda pula” Lelaki itu sudah bersedia untuk memulakan ceritanya.
“Baginda sultan tidak mempunyai putera sebagai waris takhta. Baginda hanya memiliki seorang puteri dan jika baginda sultan tidak mempunyai putera, sekiranya baginda mangkat, adindanya iaitu ayahanda kanda akan naik sebagai pengantinya. Tapi ayahanda kanda telah mangkat enam bulan yang lepas akibat serangan jantung. Kini kanda adalah satu-satu waris utama yang akan menggantikan tempat sultan sekiranya baginda sultan mangkat tapi baginda sultan mahukan kanda berkahwin dengan puterinya sebelum menaiki tahta. Baginda sultan seolah-olah menjadikannya syarat untuk tahta tersebut walaupun kanda tahu tanpa mengahwini puterinya sebenarnya kanda tetap layak menduduki takhta. Walaupun bukan keturunannya yang menjadi sultan tapi baginda mahu sekurang-kurangnya puterinya ditabalkan sebagai seorang  permaisuri.  Bonda kanda seorang yang cukup memahami, bonda tidak kisah kalau kanda mengahwini perempuan lain yang kanda cinta tapi bonda juga tidak kanda membantah kehendak baginda sultan. Kanda tahu bonda tersepit di tengah-tengah dalam perkara ni” Tengku Farid menyapu kedua belah tangan ke mukanya kemudian menyambung semula ceritanya.
“Perkahwinan  yang dirancangkan untuk kami tidak akan memberi kebahagiaan antara satu sama lain. Ku Sofea pun sudah ada pilihan sendiri dan kanda mengharapkan dinda sebagai penguat semangat kanda untuk menghadapinya. Hanya cinta teragung yang tulus dan suci mampu membantu kanda untuk membuat keputusan selepas ini. Apa yang dinda ceritakan pada kanda tadi, tidak akan  melemahkan semangat kanda malah makin menguatkan semangat kanda untuk mencintai dan memiliki dinda sebagai seorang permaisuri di hati ini kerana kanda yakin, pengalaman hidup yang sukar akan membentuk peribadi yang mulia” ujarnya mengharapkan dari kata-katanya gadis itu akan memberikan respon yang tidak mengecewakannya.  .
“Tapi..Nisha tak dapat terima Kanda Farid” suara Nisha agak bergetar menolak maksud lelaki itu.
“Kenapa? kerana dinda   mencintai Dato’  Zamree atau Dato’ Qhairul?”
Diam bungkam untuk menjawab soalan itu. Nisha memang tiada jawapan untuk soalan itu.
“Nisha tak katakan yang Nisha cintakan Abang Zam atau Abang Qhairul tapi..”
“Tapi dinda memang sukakan salah seorang dari mereka bukan?” tanyanya dengan nada suaranya seolah-olah menekan maksudnya. Nisha terdiam dan tunduk memandang ke bawah.
“Pintu hati Nisha belum terbuka untuk sesiapa, Nisha terlalu naif dan belum dapat membezakan kasih sayang seorang yang menyayangi Nisha.  Kedua-duanya Nisha sayang, sayang seperti seorang adik kepada abang. Walaupun selepas ini apa  saja ketentuan yang tuhan aturkan untuk Nisha. Nisha akan redha untuk menerimanya.   Sekarang Nisha rasa terlalu awal untuk memikirkan soal cinta dan jodoh,  pintu hati Nisha belum terbuka untuk mencintai sesiapa. Insyaallah tiba masanya kelak mungkin pintu hati Nisha  akan terbuka sendiri untuk memilih cintanya.” Akui dengan penuh perasaan dan agar lelaki itu terbuka untuk menerimanya.
“Tidak dinda, umur bukan ukuran  dan kenaifan itu boleh diperbaiki dengan belajar. Kanda tidak  memaksa dinda untuk menerimanya sekarang  tapi kanda ingin diberi peluang  untuk mencuba memiliki cinta dinda selagi ia belum dimiliki sesiapa,  kanda minta mulai detik ini, dinda  boleh terima kanda sebagai sahabat sebagaimana dinda menerima Dato’  Qhairul dan Dato’  Zamree, dan kanda rasa permintaan itu tidak terlalu berat untuk dinda tunaikan” bidasnya sambil mengharap, merayu sambil merapat sembah.
Gadis itu merenung tepat ke wajah Tengku Farid, satu senyuman cuba terukir di bibir mungilnya. “Nisha begitu terharu sebab orang seperti kanda sudi bersahabat dengan insan yang  serba naif dan daif seperti Nisha ini dan mungkin itu adalah yang terbaik bagi kita, tapi Nisha juga ada  syarat atau lebih kepada satu permintaan untuk  memulakan persahabatan ini”
“Adakah syarat itu mampu ditunaikan oleh seorang manusia biasa? kerana kanda tak punya kesaktian” Nisha tergelak mendengar kata-kata Tengku Farid. Lucu jugak putera raja sorang ni, bisik Nisha dalam hatinya.
‘Luculah kanda ni’ senang melihat gadis itu tersenyum sewaktu menuturkannya.
 “Tak! Kanda tak perlu ilmu kesaktian, Nisha cuma mahu perbalahan antara kanda dengan Abang Zam dan Abang Qhairul ditamatkan dan kanda juga harus berbaik dan menghormati Abang Qhairul dan Abang Zamree” lelaki itu mengangkat kening dan sejurus selepas itu Tengku Farid tersenyum.
“That is small matter, because of you, kanda akan buat apa saja asalkan dinda  gembira dan terima kanda sebagai sahabat”.
“Tapi kanda juga harus ingat, prinsip hidup Nisha adalah menghormati orang yang menghormati Nisha, selagi orang itu menghormati Nisha orang itu kan jadi sahabat Nisha sampai akhir hayat Nisha”luahnya lagi sambil memandang tepat ke wajah Tengku Farid.
“Dinda percayalah, Kanda Farid akan jadi kawan lelaki  yang terbaik yang pernah  dinda kenal dan akan berusaha memenangi cinta di hati dinda” terukir senyuman di bibirnya mendengar kata-kata Tengku Farid.
“Ok, dinda tak sudi ke menikmati makan malam bersama kanda, nampaknya makanan  kita ni dah sejuk kerana terlalu banyak berbual sampai tak sempat nak makan”dengan senyuman manis di bibirnya, ketampanan  wajah Tengku Farid semakin menyerlah ketika itu. Walaupun rasa agak segan Nisha cuba menikmati makan malam bersama Tengku Farid malam itu dengan suasana yang agak ceria.
Dengan diiringi dua buah kereta pacuan 4 roda milik pengawal peribadinya, Tengku Farid menghantar Nisha sehingga ke pintu pagar rumah Cikgu Roziah tepat pukul 12 tengah malam.
“Thanks dinda, kerana sudi jumpa kanda dan temankan kanda dinner malam ni, sweet dream ok” ujarnya lalu mencium tangan Nisha.
“Kanda dah boleh tidur lena malam ini”bisiknya lagi lalu tersenyum.
Nisha turut membalas senyum itu walau agak tawar. Nisha melambaikan tangannya ketika kereta putera raja itu berlalu pergi.
“Nisha, kau betul-betul macam cinderarela, tepat jam 12 malam kau berpisah dengan Tengku Farid, kau tak tertinggal apa-apa ke kat restoran terapung tu tadi” Roziah sempat bergurau sewaktu menunggu kepulangan Nisha malam itu.
“Ada, tinggal kenangan”
“Takkan first time date dah break kot, kaulah perempuan paling bertuah kat Malaysia ni Nisha,dapat keluar date dengan putera raja yang terkacak di Malaysia, kalau kau terima Tengku Farid tu, cerah peluang kau jadi permaisuri agong”
“Tak da maknanya kak, kalau hati tak cinta”
“Jadi Nisha cinta siapa, semua wanita kat Malaysia ni buru cinta ketiga-tiga lelaki hebat tu, Nisha pulak yang tak nak”.sambung  Roziah.
“Eeeh…seram Nisha bila akak sebut  tentang tu”
“Kenapa?”Tanya Roziah dengan mata yang tidak berkelip memandang adik angkatnya.
“Nisha takut. Tengku Farid tu terlalu hebat dan Nisha sedar siapa diri Nisha ni, banyak masalah akan timbul nanti jadi sebelum ada jangan cari masalah” balas Nisha seperti menyedarkan dirinya sendiri.
“Nisha fikir semuanya boleh berakhir malam ini juga ke? Nisha yakin Tengku Farid tu tak follow up untuk sentiasa ambil hati Nisha, dan dua hero PJ Holding tu macam mana pulak?, Nisha tak tahu lagi apa sebenar yang ada dalam hati mereka, semuanya boleh berubah. Percayalah cakap akak ni, mereka tak akan anggap Nisha sebagai adik angkat sampai bila-bila, kita tak boleh mengawal hati dan perasaan  Nisha, itu semua kerja tuhan” balas Roziah meluahkan segala pandangannya.
“Entahlah kak, ketiga-tiga mereka tu lelaki yang hebat, ada segalanya baik dan kacak, kalau betul apa yang akak fikirkan kalau Nisha lelaki kan, Nisha madukan saja diorang bertiga tu” membutang mata Roziah mendengar kata-kata Nisha tanpa sedar dia terus membalingkan bantal kecil di tangannya ke arah Nisha.
“Tamak jugak engkau ni ya Nisha …kau larat ke nak layan tiga orang suami. Seminggu kahwin kau dah masuk ICU” Mereka berdua akhirnya ketawa terkekeh-kekeh bila mendengar tentang  idea gila Nisha nak  madukan ketiga-tiga lelaki tersebut.

Bab 12
Dato’  Zamree seperti biasa pagi menjemput Nisha untuk  ke tempat kerja, selepas membukakan pintu kereta untuk Nisha dia meneruskan pemanduan dan tidak banyak bercakap hingga ke tempat kerja. Cuma satu dua soalan yang ditanyanya.
“Pukul berapa Nisha balik semalam?”
“Pukul 12”
“Kenapa lewat sangat?”
“Banyak sangat benda yang kami bualkan sampai tak sedar dah pukul 12”
“Hebat jugak Ku Farid tu, first time date boleh bersembang lama-lama macam tu sekali. Dia jemput Nisha dengan apa?” sengaja beranya sedangkan dia sudah tahu jawapannya.
“Limousine, balik dia hantar sendiri” Zamree terus mendiamkan diri hingga ke pejabat, seperti ada perkara yang tak disenanginya dan terus masuk ke biliknya.
Selang setengah jam, Dato’ Qhairul yang baru tiba dengan wajah yang serius terus menghampiri meja setiausahanya.
“Zizie, untuk dua jam pertama ni, jangan ganggu saya dengan sebarang  panggilan. Beri apa saja alasan yang awak suka dan jangan masuk ke bilik saya.
“Baik Dato” ayat rutinnya setiap kali menerima arahan dari majikannya.
Lelaki itu kemudian terus ke meja Nisha. Gadis itu sedang menekan sesuatu di skrin komputer menggunakan tetikus di tangannya.
“Nisha buat apa tu?” gadis itu hanya menggelengkan kepalanya.
“Nisha ikut abang ke bilik sekejap” tegas suaranya memberi arahan.
Nisha terus memandang ke arah lelaki yang sedang berdiri di hadapan mejanya. Wajahnya serius dan renungan yang tajam menunjukkan arahannya tidak boleh diingkari. Nisha menoleh sekejap ke arah Zizie. Wanita itu tersenyum padanya.
Beberapa mata pekerja Permata Jaya Holding termasuk setiausahanya memandang tanpa berkelip sewaktu keduanya melangkah masuk ke dalam pejabat CEO.
Qhairul terus mengunci pintu biliknya sebaik sahaja Nisha melangkah masuk ke dalam. Tanapa sebarang arahan Nisha melabuhkan punggungnya di kerusi tamu di hadapan meja kerja CEO.  Selepas mengambil tempat duduk yang bertentangan Qhairul terus merenung wajah gadis di hadapannya. Wajah yang senantiasa memukau pandangan ditatapnya tanpa berkelip. Sejak kemunculan gadis itu, jiwanya tidak lagi setenang dulu, sering gundah gulana, sentiasa resah gelisah, ingin sentiasa mendekati dan melihat gadis itu setiap masa.
Nisha pula tidak selesa dengan renungan tajam mata Qhairul yang tidak beralih langsung dari wajahnya. Renungan bagai seekor harimau yang hendak menerkam mangsa. Degupan jantungnya semakin kuat menghasilkan debaran umpama selepas melakukan larian acara pecut 100 meter.Qhairul sedar ketidakselesaan Nisha waktu itu.
“Pukul berapa Ku Farid hantar Nisha balik malam tadi?” Soalan pertama  Qhairul   memecah kebuntuan Nisha.
“Pukul 12”jawab Nisha selamba.
“Kenapa lewat sangat?”tanyanya lagi lagak CID menyoal seorang persalah.
“Banyak sangat benda yang dibincangkan sampai kami tak sedar masa berlalu”
“Bincang pasal apa?”matanya masih tajam merenung Nisha.
            “Ku Farid melafazkan cintanya dan melamar Nisha sebagai isterinya” Nisha berterus terang tentang apa yang berlaku semalam. Qhairul terdiam mendengar jawapan Nisha, hatinya bagai dirobek-robek ketika itu dan sebiji bom telah meletup di dadanya membuatkan jantung dan hatinya hancur berkecai.
            “Maka Nisha terimalah cintanya dan terima lamarannya? ” dengan wajah yang tegang dan suaranya makin serius kembali menyoal Nisha. 
            Wajah Qhairul ditatapnya seketika kemudian Nisha tersenyum sebelum menjawab soalan itu. Senyuman Nisha membuatkan perasaannya semakin tidak menentu.
            “Rugikan kalau Nisha lepaskan peluang ni?”cuba mendapat buah fikiran lelaki itu..
            “Maknanya betullah Nisha memang setuju terima lamaran Ku Farid. Dah fikir masak-masak atau Nisha dah memang jatuh cinta dengan dia. Kalau tahu macam ni buat apa abang susah-susah halang dia dapatkan Nisha malam tu” kata-kata yang jelas menunjukkan diri sudah kecewa dan tidak puas hati. Hati Nisha terus terasa sesuatu apabila mendengar kata-kata Qhairul.
            “Nisha belum lagi habis bercakap abang dah cakap yang bukan-bukan”
            Qhairul menatap wajah Nisha tanpa berkelip sambil mengerutkan dahinya. Tak betul apa yang aku cakap tadi, bisiknya dalam hati.
            “Cakaplah sebab sekarang abang cuma mampu mendengar”
            “Diukur dari sudut manapun Nisha memang tak layak untuk  Ku sebab Nisha sedar dan tahu siapa diri Nisha. Nisha pun tak cintakan dia” Kemenangan dan kelegaan berbunga setaman di hati Qhairul mendengar jawapan gadis itu.
            “Betul apa Nisha cakap ni?. Jadi Nisha cinta siapa?”soalan Qhairul terus mahu menduga perasaan Nisha ketika itu.
            “Nisha tak cinta siapa-siapa. Belum ada sesiapa di hati Nisha waktu ini, Nisha masih terlalu muda untuk fikirkan soal cinta” suara Nisha kedengaran tenang semasa menuturkannya. Qhairul menghembuskan nafas kelegaan.
            “Kalau dia tahu Nisha tak cintakan dia dan tak layak untuk dia, kenapa boleh berbual sampai jam 12 tengah malam” Qhairul masih lagi tidak puas hati juga selepas mendengar jawapan Nisha tadi.
            “Ku Farid kata dia akan tetap berusaha mendapatkan cinta Nisha dan buat masa ini dia minta Nisha terima dia sebagai sahabat seperti Nisha terima abang berdua” Qhairul tersenyum sumbing mendengar jawapan Nisha. Mengada betul anak raja tu, rungutnya dalam hati.
“Nisha boleh terima dia tak suatu hari nanti? maksud abang ialah kalau Nisha dah bersedia”.Qhairul terus menduga walaupun dia sendiri tidak suka pada soalan itu apa lagi mendengar hendak jawapannya..
“Entahlah..dia kata dia akan jadi sahabat lelaki  yang terbaik yang Nisha pernah kenal dan sekiranya dia boleh membuat Nisha jatuh cinta padanya, mungkin Nisha sedia untuk menerima cintanya kelak atau kalau mungkin antara kami memang ada jodoh sebab itu semua kerja tuhan” jawapan yang cukup memedihkan perasaan Qhairul.
“Sekiranya ada insan lain yang lebih dulu mencintai Nisha dan Nisha pun mencintainya, macam mana?” semakin berminat ingin mengetahui pendirian gadis itu.
“Itulah lelaki yang paling malang kat dalam dunia ni”  Nisha kemudian tergelak menyebabkan Qhairul jadi keliru.
“Nisha ni memang tak pernah nak serius, kenapa fikir macam tu?”Qhairul sedikit bengang.
“Sebab lelaki tu memang sengaja nak menyusahkan diri, Nisha ni kosong, zero bukan zoro. Kosong segalanya apa laki tu akan dapat dari Nisha rupa, harta, keluarga, umur pun baru setahun jagung. Kalau nak rasa kesengsaraan, kepayahan dan kesedihan silakan kalau sanggup berkongsi dengan Nisha. ” Nisha mencurahkan segalanya dan dia tidak akan malu mengetahui segala kekurangan. Qhairul mengelengkan kepalanya.
“Rupanya Nisha ni tidak mengindahkan dan menyedari apa yang ada pada dirinya, sesuatu yang di miliki boleh menyebabkan dunia lelaki hancur” bisik Qhairul dalam hati.
“Sekarang Nisha terima Ku Farid sebagai sahabat atau abang angkat itu lebih baik dari terus bermusuhan, biar ramai kawan dari ramai musuh, itupun sebab dia sudi nak berkawan dengan orang kebanyakan yang miskin dan yatim piatu macam Nisha ni”tambah Nisha lagi.
 “Abang rasa tak da lelaki yang nak reject dari berkawan dengan Nisha”tambah Qhairul pula.
“Tapi memandangkan dia sudi terima Nisha jadi Nisha ambillah kesempatan. Nisha pun letakkani syarat pada dia. Kalau dia nak  berkawan dengan Nisha, dia mesti berbaik dan menghormati abang berdua”.
Mendengar penjelasan gadis itu Qhairul terdiam seperti sedang memikirkan sesuatu, kemudian barulah dia bersuara semula.
“Abang fikir idea Nisha tu ada kebaikannya terutama kesan jangka panjangnya dan abang juga menyetujuinya”. Nisha tersenyum mendengar sokongan  Qhairul tentang syarat yang dikenalkan panda Tengku Farid. Qhairul kemudian bangun dari kerusi lalu berjalan mendekati Nisha.
“Hujung minggu nanti temankan abang keluar ya” Lelaki itu kemudian terus topik perbualan mereka.
“Pergi mana bang?”sambil mendongak memandang Qhairul di sebelahnya.
“Nanti abang beritahu, sekarang rahsia dulu, tapi abang yakin Nisha pasti suka”tambahnya lagi.
“Oklah!, sekarang Nisha minta diri dulu kalau tak  da apa-apa lagi” Nisha terus berdiri  hendak bergerak meninggalkan kerusinya.
“Ok,  jangan lupa hujung minggu ni, jangan buat janji dengan  orang lain pulak, ok sayang!”Berderap darah Nisha mendengar ucapan yang keluar dari mulut lelaki itu. Mata Qhairul ditatapnya seketika bagi memastikan maksud yang tersirat di sebalik ungkapan tersebut.
“Kenapa renung abang macam tu, nanti abang pengsan, Nisha boleh angkat abang ke?”Tangan terus meraih pinggang ramping Nisha ke dalam pelukannya.
“Lepaslah bang, kenapa peluk-peluk Nisha macam ni?” Nisha meronta cuba melepaskan dirinya.
“Abang akan lepaskan tapi Nisha kena janji dengan abang satu perkara”
“Apa dia?”
“Jangan rapat sangat dengan Ku Farid, dan apa-apa hal berkaitan dengan Ku Farid tanya dengan abang dulu, ok sayang boleh janji tak?”ujarnya sambil merenung tajam ke mata gadis itu.Nisha menentang renungan mata Qhairul cuba membaca isi hati lelaki itu. Apakah maksud Qhairul memberi amaran kepadanya begitu.
“Kenapalah dengan mamat ni, suka hati akulah nak buat keputusan” Walaupun hati merungut seperti itu, tapi entah kenapa  kemudian dia menangguk setuju.
“Sekarang lepaslah, malu Nisha kalau orang nampak, nanti orang fikir kita ni ada apa-apa pulak?”
“Ok sayang, ingat janji tu” sebelum melepaskan pelukan. Qhairul terus menarik Nisha rapat dalam pelukannya kemudian mencium mesra kening gadis tersebut buat seketika. Nisha tidak melawan malah merelakankan dirinya terus berada dalam pelukan lelaki itu, entah mengapa dia merasa dirinya begitu disayangi dan selamat ketika itu. Debaran di dadanya begitu kuat. Perasaannya tenang bila menghidu bauan wangian yang lelaki itu gunakan.
“Tentu mamat ni guna minyak wangi yang mahal sebab tu baunya begitu sedap”sempat fikiran melayang memikirkan perkara itu..
Qhairul menatap wajahnya tanpa berkelip. Nisha tersenyum sebelum dia perlahan-lahan meleraikan pelukan lelaki itu kemudian terus melangkah menuju ke pintu dan terus keluar dari bilik tersebut.
Qhairul menghantar Nisha dengan ekor matanya, semasa memperlakukan begitu pada Nisha tadi dadanya seperti sesak, bergelora dan bergetar tidak menentu. Perasaan agak puas bila mengetahui apa pendirian Nisha terhadap Tengku Farid. Walaupun dirinya tidak berhak untuk menghalang Nisha membuat keputusan dan  menentukan hala tuju dirinya namun semakin dia cuba membuat tidak ambil tahu semakin kuat hati ingin menahan gadis itu. Dia ingin Nisha selalu di sampingnya dan tindak balas serta gerak geri Nisha yang positif melayannya membuat jiwanya semakin mendesak.
Kenapa dia tidak mampu menahan gelora perasaannya ketika berdepan dengan Nisha. Keinginannya bagai diasak untuk memeluk dan mancium Nisha. Tarikan dan penangan Nisha satu yang berbeza dengan gadis-gadis yang didampingi sebelum ini dan sesuatu yang sukar dihindarinya. Qhairul mengeluh sendiri sambil meraup kedua belah telapak tangannya ke muka. ‘Penyakit apa yang sudah menyerang aku sekarang?’ desisnya dalam hati.
Nisha melangkah menuju ke meja dengan wajah bersahaja walaupun dia sedar ramai pekerja PJ Holding sedang memandang kepadanya, namun sebelum sempat dia melabuhkan punggung ke kerusi di mejanya, pintu bilik  Zamree terbuka dan kelihatan Zamree melangkah keluar dari biliknya dan terus menghampirinya.
“Nisha dan Abang Qhairul bincang pasal apa?” soal Zamree dengan suara perlahan.
“Tengku Farid” Zizie dan Rina memasang  telinga mencuri dengar perbualan Nisha dengan Dato’ Zamree.
“Apa keputusan Nisha?”
Belum sempat Nisha menjawab pertanyaan  Zamree, Semua pekerja PJ Holding memberi tumpuan kepada kemunculan Tengku Farid yang kacak dan bergaya diiringi dua pengawal peribadinya sambil membawa sejambak bunga di tangannya. Tengku Farid terus melemparkan senyuman justeru terpandang Nisha yang sedang berdiri berdepan dengan Dato’  Zamree di mejanya. Tanpa memperdulikan keadaan sekeliling, dia terus menghampiri gadis itu lalu menegurnya.
“Hai dinda, apakhabar? Ini untuk you, harap sudi” sambil menghulurkan sejambak bunga yang dibawanya. Nisha tersenyum lalu menyambut  pemberian dari Tengku Farid.
“Thanks Kanda Farid” terbeliak mata  Zamree mendengar ucapan yang keluar dari mulut Nisha.
Tengku Farid kemudian memandang Dato’  Zamree yang berdiri berdepan dengan Nisha. Sambil tersenyum dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman. Dato’ Zamree memandang wajah Tengku Farid buat seketika sebelum menyambut tangan lelaki itu.
“I nak jumpa you dan Dato’ Qhairul, banyak benda yang I nak discuss dengan you berdua” tegas dan serius wajahnya memberitahu Zamree.
            Zamree memberi isyarat kepada Zizie untuk memberitahu Dato’ Qhairul.
Zizie terus bangun dari kerusinya kemudian terus masuk ke bilik CEO. Selang beberapa ketika, Zizie muncul semula.
“Dato’, Tengku Farid silakan masuk, Dato’ Qhairul sedang menunggu di dalam biliknya”Sebelum melangkah masuk. Tengku Farid bercakap sesuatu kepada pengawal peribadinya kemudian kedua-dua lelaki tersebut bergerak meninggalkannya menuju ke sofa khas untuk tetamu menunggu dan kemudian dia sempat memandang ke arah Nisha lalu menyatakan sesuatu.
“Kanda akan lakukan apa saja yang boleh menggembirakan hati dinda” kemudian dia terus melemparkan senyuman manisnya pada Nisha. Sememangnya senyuman itu bisa meluruhkan jantung yang memandangnya namun pada Nisha ianya tidak memberi apa-apa makna malah Nisha mengeluh dan melepaskan nafas leganya bila Tengku Farid melangkah masuk ke bilik Dato’ Qhairul.
“Bertuah awak Nisha sebab jadi buah hati  putera raja yang kacak tu, semua gadis kat luar sana berangan nak jadi girls friend dia tau” Zizie sempat menegur Nisha yang kelihatan tidak selesa dengan kehadiran Tengku Farid hari itu.
“Siapa kata saya ni buah hati Tengku Farid tu Kak Zizie”.tanya Nisha seperti tidak puas hati dengan kata-kata wanita itu.
“Semua orang kat PJ Holdingni tahu, Tengku Farid tu syok giler kat awak Nisha”
“Tu dia kak, bukan Nisha”
“Jadi Nisha ni siapalah ya, Dato’ Qhairul atau Dato’  Zamree?” usik Zizie lagi.
“Cinta Nisha tak milik siapa-siapa sekarang kak, semuanya Nisha serahkan pada takdir”
“Ala.. Nisha ,siapa-siapa pun Nisha pilih Nisha tak kan menyesal punya, semuanya kacak, kaya raya dan yang penting semuanya cintakan Nisha” Nisha cuba tidak mengendahkan kata-kata Zizie, fikiran cuba ditumpukan pada skrin monitor komputer yang ada di depannya..

Bab 13
Dato’ Qhairul tersenyum sinis melihat kehadiran Tengku Farid di depannya. Mengapa lelaki itu perlu muncul dalam hidup Nisha dan Tengku Farid bukan seorang yang boleh diperlekehkan malah bukan persaing yang  mudah untuk ditewaskan, dan dengan kuasa, harta dan pengaruhnya dia boleh memiliki Nisha dengan mudah.
“Apakhabar Ku Farid, apa mimpi you datang ke pejabat I hari ni?” Dato’ Qhairul terus memulakan mukadimahnya.
“Fine, thanks. I akan kerap datang because  my princess here” jawabnya selamba tapi menyakitkan telinga yang mendengarnya. Banyak kau punya my princess here, rungut Qhairul dalam hatinya.
“Jadi pasal Nishalah seorang anak raja sanggup mencemar duli dan oleh sebab tu terpaksalah I  beritahu pekerja I untuk hamparkan karpet merah setiap hari dalam PJ Holding ni ”seperti satu sindiran tajam lahir dari mulut  Qhairul.
“I fikir you tak perlu susah-susahkan diri untuk hamparkan karpet merah untuk sambut ketibaan beta. Beta dah cukup bersyukur kalau kedatangan beta disambut dengan senyuman manis my princess.  Kalau beta mencemar dulipun, memang berbaloikan sekiranya beta dapat memiliki Nisha” Bagai dicarik-carik hati Qhairul mendengar kata-kata Tengku Farid.
“Jadi you nak apa sebenarnya  Ku Farid” Zamree kemudian bersuara. Cuba meleraikan suasana yang agak panas walaupun suhu pendingin udara dalam bilik itu hampir mencapai takat beku.
“Atas permintaan Nisha supaya tamatkan ketegangan dan perbalahan antara kita” balas Tengku Farid bersahaja. Zamree tersenyum
“Jadi kerana Nisha you sanggup lakukan apa saja?” Qhairul mencelah sambil hatinya terus mengutuk Tengku Farid.
“Kalau itu boleh mengembirakannya why not? dan untuk pengetahuan you berdua
selama ini I rasa mustahil ada wanita yang layak untuk terima cinta I dan mampu memiliki cinta I. Dan sekali I dah serahkan cinta I pada yang benar-benar layak I sanggup serahkan apa saja termasuk nyawa I sekalipun” balas Tengku Farid sambil tersenyum.
‘Parah juga anak raja yang sorang ni, sanggup mati kerana cinta’ hati kecil Qhairul berbisik lagi.
“Jadi you nak kami berdua buat apa” Zamree terus bersuara lagi.
“Kita eratkan persahabatan dan  persafahaman serta berikan I peluang untuk  mendekati Nisha sebagai seorang sahabat seperti you berdua dan untuk pengetahuan you berdua Nisha pun dah beri persetujuan untuk terima I sebagai sahabat.”Tengku Farid terus menjurus kemaksud sebenar kedatangannya hari itu.
“You boleh jadi seorang sahabat yang boleh dipercayai ke?” tanya Qhairul seperti memperlekehkan Tengku Farid.
“Why not, may be I mungkin sahabat yang terbaik untuknya, dan sedia melindungi dan mengembirakannya seperti mana you orang berdua boleh buat”  jelas Tengku Farid mempertahankan dirinya.
“What ever, kalau Nisha dah terima you sebagai sahabat. Tetapi memandangkan sekarang kita dah bertiga, kenalah buat peraturan yang menyenangkan semua pihak.”bidas Qhairul sambil tersenyum.
“I tak da problem, yang penting I masih boleh berjumpa dengannya  setiap hari tanpa halangan dari you berdua lagi” balas Tengku Farid pula.
Qhairul memandang tepat ke wajah Tengku Farid, dalam hatinya berbisik.
‘Kalau semua perkara dia sanggup buat, kes bahaya ni’
“Ok Ku Farid, sama ada you setuju atau tidak you kena dengar dulu peraturan-peraturan ni yang I rasa memang patut kita persetujui bersama” Dato’ Qhairul memandang ke wajah Tengku Farid kemudian beralih ke wajah Zamree. 
“I akan setuju kalau tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Peraturan yang adil dan saksama” balas Tengku Farid.
Qhairul dan Zamree saling berpandangan dan akhirnya sama-sama tersenyum.
Dengan tenang Tengku Farid mendengar satu persatu syarat-syarat yang dinyatakan oleh Dato’ Qhairul.
“Peraturan pertama, Jangan paksa Nisha buat keputusan, dia bebas pilih siapa yang dia suka dan kita perlu menghormati keputusannya”.
“Peraturan kedua, Kami berdua akan tetap kekalkan siapa yang menjemput Nisha pergi dan balik dari kerja”.
“Peraturan ketiga, pastikan kita saling menghormati antara satu sama lain terutama perkara berkaitan dengan Nisha”.
“Peraturan keempat, pastikan kita menghormati temu janji yang terdahulu maksudnya pastikan Nisha tidak ada temu janji dengan salah seorang antara kita sebelum nak bawa dia keluar atau buat temu janji dengannya.”Tengku Farid tersenyum mendengar syarat yang keempat  itu.
“Peraturan kelima, Jangan buat perkara buruk dan tidak senonoh dengannya dan jangan lukakan hatinya serta sayangkan dia seperti kita sayang diri kita dan tolong jaga keselamatan dan maruahnya setiap masa.”
Peraturan keenam, Untuk pengetahuan you, Nisha adalah PA I, jadi masanya memangnya lebih dengan I sebab itu bidang tugasnya.
“Peraturan terakhir, Ini yang kami berdua minta-minta sangat dipatuhi. Tolong rahsiakan identiti Nisha yang sebenarnya kerana dia terlalu muda untuk dibebani dengan pelbagai persoalan dan masalah kerana selama ini jiwanya sudah cukup menderita. You mungkin dah dengar sendiri dari Nishakan siapa dirinya?”.Tengku Farid menganggukkan kepalanya.
“Ada apa-apa bantahan” Dato’ Qhairul memandang wajahTengku Farid.
“Kalau you berdua dah ada turn jemput dan hantar dia pergi dan balik kerja, bererti I ada masa for lunch or  weekend dengan dia”Tengku Farid menambah.
“Terpulang pada you, tapi you jangan paksa dia lunch dengan you setiap hari pulak sebab dia ada hak untuk buat keputusan sendiri, pandai-pandailah you tackle dia dan ambil kesempatan sekiranya ada tapi for weekend you kena confirm dulu sebelum buat temu janji untuk keluar dengannya” Qhairul menekankan lagi peraturannya.
“How about for night?”
“Cuma dinner, diharam sama sekali membawanya  ke tempat maksiat terutama night club. Nisha bukan wanita untuk kita berpeleseran, dia terlalu muda untuk semua tu dan hantar dia balik sebelum pukul 12 malam” tambah Qhairul lagi.
“You ingat I ni budak kecik ke, perlu nak diingat semua tu. I boleh jaga dia lebih baik dari you berdua sebab I pun nak jaga reputasi I dan bakal isteri I.  I takkan sentuh perempuan yang I dampingi sebelum dia halal untuk I” balas Tengku Farid dengan wajah serius. Qhairul dan Zamree tersenyum mendengar kata-kata Tengku Farid.
“Baguslah kalau you dah fikir macam tu dan harap you boleh patuhi semua peraturan tu” Zamree pula bersuara menyambung perbincangan tersebut..
“Corrections, bukan peraturan untuk I aje tapi untuk kita bertiga, kena ingat tu” tegas Tengku Farid membidasnya untuk menyedarkan Qhairul dan Zamree.
“Yes, peraturan untuk kita bertiga, I terlupa pulak” balas Qhairul sambil tersenyum sinis.
“Ok, sekarang dah hampir time lunch kan? I nak bawa my princess pergi lunch” Tengku Farid terus menyuarakan langkah pertamanya.
“No.no..untuk first day ni kami berdua nak join sekali, kita belum  sign kontrak lagikan” sambil tersenyum, Qhairul sedia dengan pelbagai helahnya. Zamree menggelengkan kepalanya sambil tersenyum.
“Kepala otak you ni memang hebatlah Dato’ Qhairul, ada-ada je idea you nak kenakan I” sindir Tengku Farid. Lelaki itu sudah mula dapat menangkap kelicikan Qhairul memerangkapnya.
“Mestilah, sebab tu PJ Holding boleh maju seperti sekarang  dan you mesti ingat kita sekarang dah seperti madu tiga, biasanya isteri nombor satu yang lebih berkuasa dari isteri kedua dan ketiga. Dalam kes kita ni anggaplah I suami nombor satu Nisha” Zamree sudah tidak mampu menahan gelaknya, kata-kata Qhairul kerana ada-ada saja idea spontan yang keluar dari mulut sepupunya itu bagi mengenakan Tengku Farid manakala Tengku Farid tersenyum sinis mendengar jawapan Qhairul.
“Macam mana pulak you boleh terfikir yang you suami nombor satu?”Tengku Farid semakin benggang oleh kata-kata  Qhairul,  Zamree  yang masih lagi dengan sisa ketawanya menggelengkan kepala.
“Sebab I ni kan lebih tua dari you all berdua”jawab Qhairul bersahaja.
“Sahlah you ni memang kepala buli punya orang” Tengku Farid meluahkan rasa geramnya pada Qhairul melalui kata-katanya.
Setelah menamatkan sesi perbincangan yang memakan  masa hampir dua jam, akhirnya ketiga-tiga lelaki tersebut melangkah keluar dari bilik CEO. Semua mata pekerja PJ Holding tertumpu memandang ke arah mereka bertiga, Ketiga-ketiga lelaki tersebut mempunyai kreteria dan daya penarik masing-masing yang menjadi menjadi idaman semua gadis baik dari golongan elit, selebriti maupun golongan gadis bawahan seluruh seantero negara Malaysia.
Ketiga-tiga lelaki tersebut terus memberi tumpuan kepada  Nisha yang sedang asyik menatap skrin komputernya.
“Nisha, jom kita pergi bersantap bersama Ku Farid” Qhairul tidak habis dengan cubaan menyakitkan hati Tengku Farid.
 Nisha memandang ketiga-tiga jejaka kacak yang bagaikan model berdiri di hadapan mejanya sambil membalas senyuman manisnya ketiga-tiga jejaka tersebut. Walaupun agak sedikit berat untuk menyertai ajakan mereka namun Nisha terus  mencapai tas tangannya lalu melangkah menuruti  ketiga-tiga lelaki itu. Qhairul terus meraih tangan Nisha kemudian bergerak mendahului  Zamree dan Tengku Farid.
“Zizie, kalau kau berada di tempat Nisha tu, siapa kau akan pilih?” Rina terus menghampiri Zizie setelah kedua-dua mereka, Nisha dan Tengku Farid melangkah masuk ke dalam lif.
“Entahlah, tapi kalau Nisha tu lelaki kahwin je dengan kesemuanya biar dia orang bermadu” Rina terus tergelak mendengar jawapan Zizie.
“Betul tu, dah dia orang nakkan sangat Nisha.  Beruntunglah kalau cantik macam Nisha tu, berebut lelaki nakkan dia” sambung Rina lagi bila gelaknya sudah reda.
“Dah rezeki dia Rina” jawab Zizie selamba.
“Tapi Tengku Farid tu kacaklah senyuman fuhh..manis, peninglah Nisha nak pilih yang mana satu” tambah Rina lagi.
“Tapi yang full aksesorisnya mestilah Hero Malaysia kita tu, bukan je kacak, body  sasa, dan yang paling best dia paling kaya antara dia orang tu” Rina dan Zizie akhir tergelak memanjang selepas mengumpat Nisha dan tiga jejaka hebat tersebut. 
Apabila  pintu lif terbuka, Qhairul dan Zamree saling berpandangan melihat tindakan pantas Tengku Farid mencapai  tangan Nisha dan terus menarik gadis itu keluar dari pintu lif. Mereka kemudian melangkah menuju ke sebuah restoran ekslusif untuk menikmati makan tengah hari.  Di dalam restoranTengku Farid dengan lagak gentlemennya terus menarik  kerusi untuk Nisha. Dipagar oleh jejaka-jejaka kacak itu membuat Nisha jadi agak rimas dan kekok.
“Nisha nak makan apa?”  Zamree menunjukkan senarai menu kepada Nisha.
“Biasa, bab nak order-order ni Nisha memang tak reti, abang order aje untuk Nisha”
“Biar kanda yang order untuk dinda ya”Tengku Farid terus mencelah.
‘Aik! Boleh tahan romantiknya anak raja sekor ni” omel hati Qhairul mendengar panggilan ganti nama diri Tengku Farid kepada Nisha. Zamree tersenyum melihat Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya. Tahu apa yang bersarang di kepala sepupunya itu.
“Pejabat you masih di tempat yang sama ke Ku Farid?”
“Yup,Tingkat 20 Wisma Duta”
“Take over bisness keluarga you?”
“Off course, tiada siapa lagi selepas ayahanda mangkat, dan tercatat dalam sejarah I pewaris utama PHC” jawabnya sambil tersenyum kepada Qhairul dan Zamree.
“Khabarnya PHC banyak tangkap tander kerajaan” Zamree pula bertanya.
“Adalah jugak tapi PJH apa kurangnya?” bidas Tengku Farid sambil tersenyum.
Tiga orang waitress muncul menghantar makanan yang dipesan oleh tiga jejaka tersebut.
“PJH sekarang lebih berminat tangkap bisness di luar negara betul ke?”
“Itu 35 peratus target kami tapi yang selebihnya kami lebih fokus yang dalam negara” Zamree mengakui selepas melihat Qhairul hanya membisu.
“Ada berapa anak syarikat PJ Holding sekarang?”
“45 buah dalam dan luar negara” Qhairul pula menyampuk.
“Hebat tu” sahutnya sambil mengangguk.
Dato’ Qhairul dan Dato’  Zamree cuma tersenyum mendengar pujian Tengku Farid. Nisha cuma menjadi pendengar setia sambil menikmati makanan yang terhidang di depannya.
Tengku Farid sesekali menjeling Nisha yangduduk di sebelahnya. Begitu juga  Zamree dan  Qhairul. Nisha sengaja buat tidak ambil peduli apabila ketiga-tiga lelaki tersebut bergilir-gilir mencuri pandang kepadanya.
            “Nisha kenapa diam saje ni”.tanya Qhairul sambil mata memberi tumpuan pada wajah gadis tersebut.  Nisha menggelengkan kepalanya.
            “Tak tahu nak cakap apa” jawabnya sambil tersenyum. 
“Dinda, I rasa wajah you sesuai untuk duta product kecantikan, you nak ke?”Tengku Farid mula mencelah.
“Tak naklah!”jawabnya pendek.
“Why?”Tengku Farid mengerutkan dahinya.
“Nisha tak  cantik, memalukan! siapa nak pandang perempuan yang macam Nisha untuk iklan product kecantikan? Sedangkan model dan artis cantik kat luar tu pun bersepah. Tak ada sebab nak guna muka Nisha yang tak da siapa yang kenal ni” balasnya bersahaja kemudian terdengar Nisha tergelak kecil.
“What! tak cantik, siapa cakap dinda tak cantik?”Tengku Farid terkejut mendengar pengakuan gadis tersebut.
Ketiga-tiga lelaki itu tersenyum sambil menggelengkan kepalanya.
“Kanda Farid tak dengar ke Nisha cakap tadi?”jawabnya lagi selamba.
Ketiga-tiga lelaki itu terus tersenyum sendiri mendengar jawapan gadis tersebut.
“Kalau dikumpulkan semua puteri raja dari setiap negeri di seluruh Malaysia ni, kanda rasa dindalah yang tercantik antara mereka” tegas Tengku Farid.
“Bukan je puteri raja malah seluruh gadis yang pernah I jumpa dan lihat, Nishalah yang tercantik di mata I, miss world sekali pun I rasa tak secantik mana” tambah Qhairul pula.
Nisha cuba menahan ketawa, tapi tak berjaya akhirnya dia melepaskan ketawa mendengar kata-kata dua lelaki tersebut.
“Abang cakap apa ni, adakah bandingkan Nisha dengan miss world, mata Abang Qhairul dan Kanda Farid ni memang dah kabur agaknya?”sahutnya bila ketawanya mula reda.
“Kanda tak pernah salah mentafsir kecantikan seorang wanita” tambah Tengku Farid lagi. Wajah Nisha kembali serius semula, barangkali mereka ni nak menguji samada aku ni termakan puji atau tak, desis Nisha dalam hatinya.
“Kalaulah  Nisha ni cantik pun, Nisha tak nak ia dipertontonkan pada orang lain selain suami Nisha nanti. Satu lagi Nisha memang tak pernah berminat dengan bidang-bidang glamour ni lagi pun tak pasal-pasal tambah dosa sedia ada kita dan bidang pekerjaan yang melibatkan kecantikan tu bukannya kekal lama pun. Dah tua kerepot. Kedut sana kedut sini siapa yang nak tengok. Nisha jugak tak nak ambil resiko kerana biasanya kalau apa yang kita melebihi dari orang lain tak semua orang suka pada kita. Ada yang cemburu dan jadi musuh kita tanpa sedar” luahnya dengan nada yang tenang dan penuh makna yang tersirat. Tengku Farid dan Qhairul tersenyum dan jauh di sudut hati masing-masing mengagumi dan menyokong pendepatan Nisha.
“Betul kata-kata Nisha tu dan abang  Zam sokong  pendapat Nisha” hanya Zamree  yangbersuara  sambil memberi semangat pada Nisha.
“Ini yang buat abang nak ambil Nisha jadi isteri abang ni”  Qhairul kemudian menyambung pula kata-kata  Zamree sambil tersenyum. Wajah Nisha segera bertukar kemerah-merahan menahan malu.
“Abang Qhairul memang sengaja nak kenakan Nishakan?”balasnya.
“Dari kata-kata dinda tadi bertuahlah sesiapa lelaki yang bersuamikan dinda”celah Tengku Farid pula.
“InsyaAllah, Nisha yang abang-abang kenal hari ini adalah Nisha yang sama pada masa akan datang, selagi hayat di kandung badan. Tapi kalau kata bertuah tu, Nisha tak setuju”
“Kenapa?”celah Tengku Farid agak hairan.
“Nisha rasalah mungkin lelaki tu adalah lelaki yang cukup malang di alam semesta ni” jawab Nisha dengan riak wajah membayangkan sesuatu. Nisha terdiam seketika kemudian menjilat lebihan sisa makanan di hujung sudunya membiarkan ketiga-tiga lelaki itu menunggu jawapannya sebelum dia meneruskan kata-katanya.
“Sebab Nisha malu kalau orang tahu Nisha ni siapa. Nisha tak nak nasib malang Nisha menjangkiti orang lain. Sekarang pun Nisha cuma menumpang kasih seorang wanita yang sudi menerima Nisha sebagai adik angkatnya. Keadaan Nisha yang sebatang kara dalam dunia ni Nisha tak nak menyusahkan sesiapa. Sekarang pun Nisha cuma impian secalit kebahagia untuk meneruskan hidup dan membalas jasa sesiapa yang pernah simpati pada Nisha” Dengan sedikit senyuman di bibirnya yang mungil tapi berbola matanya berkaca-kaca.
Ketiga-tiga lelaki itu berpandangan sesama sendiri, tidak menduga sama sekali Nisha akan merendahkan dirinya dan mudah terasa apabila perkara itu menyentuh kisah hidupnya.
            “Dah lah Nisha, abang tak nak Nisha ingatkan lagi perkara yang lepas. Nisha tak akan jadi pembawa malang tapi pembawa syurga dan kebahagian kepada abang dan mulai sekarang Nisha bukan sebatang kara lagi, Nisha ada kami, susah senang sekarang Nisha adalah tanggungjawab kami, apa-apa masalah Nisha kami yang bantu” Zamree cuba mengembalikan semula kegembiraan gadis itu.
            Mendengar kata-kata Zamree, hatinya dan wajahnya kembali berseri. Cepat-cepat tangannya menyeka air matanya sebelum tumpah ke pipi. Bibirnya mula mengukirkan senyuman yang manis.
            “Hah.begitulah baru Nisha yang abang kenal comel, manis dan menawan” puji Qhairul sambil mengangkatkan keningnya kepada Nisha.
“Tak sangka pulak Nisha boleh jumpa lelaki yang sebaik Abang Zam, Abang Qhairul dan Kanda Farid ni, Nisha ingat bila sampai KL ni Nisha akan merempat, tidur kat mana-mana atau jadi pembantu rumah ke, tapi kalau jadi pembantu rumah dua hari kerja gerenti kena pecat sebab tak tahu langsung buat kerja rumah dan tak pandai masak” balasnya tapi sempat tergelak kecil.
Ketiga-tiga lelaki tersebut turut tergelak mendengar kata-kata Nisha. Setelah menghabiskan makanan masing-masing  akhirnya mereka mengambil keputusan untuk beredar dari restoran itu.
“I minta izin nak bawa Nisha keluar sekejap?” Tengku Farid memandang wajah  Qhairul dan Zamree  bersilih ganti menunggu jawapan.
Qhairul kemudian memandang wajah  Zamree  inginkan kepastian.
 “Jaga dia baik-baik dan pastikan Nisha balik semula ke PJH sebelum pukul 5 petang”  Zamree gaya seorang abang memberi arahan.
“Ok, I promise, thanks bro” Tanpa membuang masa Tengku Farid terus meraih tangan Nisha lalu membawanya pergi meninggalkan Qhairul dan  Zamree.
Qhairul dan  Zamree berpandangan melihat reaksi spontan Tengku Farid yang tidak memberi kesempatan walaupun seminit untuk membawa gadis itu pergi. Walaupun tidak rela, dan dengan rasa yang amat berat  Zamree terpaksa mengizinkan Tengku Farid membawa Nisha keluar petang itu walaupun dia sedar dari riak wajah Qhairul seperti tidak setuju dengan keputusannya.
Sepanjang perjalanan dia lelaki itu cuma mendiamkan diri sambil melayan perasaan masing-masing. Zizie agak hairan bila melihat Nisha tidak kembali ke pajabat bersama dua lelaki tersebut.
“Mana Nisha bos”Zizie inginkan kepastian..
“Ku Farid bawa dia keluar sekejap” jawab Qhairul dengan wajah yang tidak ceria kemudian terus melangkah masuk ke biliknya.

Bab 14
Sebuah  kereta Ferari Berlinetta sport warna kelabu gelap sedang menunggu di hadapan bangunan. Selepas seorang lelaki menyerahkan kunci kepadanya Tengku Farid terus membuka pintu kereta sebelah tempat duduk pemandu untuk  Nisha. 
“Kanda Farid nak bawa Nisha pergi mana ni?” Nisha terus bersuara ketika kereta tersebut meluncur meninggalkan Wisma Permata.
“First  ofis kanda sekejap, lepas tu kita roda-roda KL” Nisha cuma mengangguk dan mendiamkan diri selepas mendengar jawapan Tengku Farid.
            Setelah menghampiri bangunan Wisma Duta, Tengku Farid terus memakirkan keretanya di hadapan lobi bangunan tersebut lalu melangkah keluar dari keretanya kemudian terus berlari anak ke sebelah untuk membuka pintu kereta itu. Tengku Farid menghulurkan tangan dan seorang gadis menyambut tangannya lalu melangkah keluar dari kereta tersebut. Selepas  menyerahkan kunci keretanya pada salah seorang dari empat pengawal peribadinya, dengan langkah yang bergaya Tengku Farid memimpin tangan Nisha memasuki lobi bangunan.
Tiba di tingkat 20, pintu lif terbuka, Tengku Farid terus  meraih tangannya Nisha kemudian terus melangkah keluar menuju ke pintu pejabat Putra Holding Company. Syarikat itu seolah-olah menguasai satu tingkat bangunan tersebut. Keindahan pejabat hampir menyaingi PJ Holding cuma ketika melangkah masuk, kehadiran tetamu lebih mudah mendapat perhatian kerana meja kakitangannya semua menghadap ke arah depan.
 Air mukanya Tengku Farid jelas membayangkan bertapa dirinya begitu bahagia ketika bersama gadis itu. Kemunculan mereka terus menjadi perhatian semua pekerja PHC dan tanpa menghirau mereka menjadi tumpuan, Tengku Farid terus membawa Nisha menuju ke bilik pejabatnya. Sejurus selepas pasangan tersebut  hilang di sebalik pintu pejabat CEO pekerja-pekerja PHC kelihatan terus berbisik-bisik sesama sendiri.
            Nisha begitu terkesima melihat keluasan dan dekor hiasan bilik tersebut, tidak kurang hebatnya berbanding pejabat CEO dan Timbalan CEO Permata Jaya Holding. Nisha terus melabuhkan punggungnya di sebuah kerusi di hadapan meja CEO.
        “Ni pejabat kanda, tapi mungkin tak sehebat bilik CEO atau Timbalan CEO PJ Holding yang memang sudah kukuh dan terkenal di seluruh Malaysia dan hampir seantero dunia”Jelas Tengku Farid merendahkan diri.
“Ya ke?Tapi Nisha nampak pejabat kanda ni hebat jugak, tentu bisness kanda besar jugakan?”Nisha cuba menarik hati lelaki itu.
“Belum sehebat PJ Holding, dinda tak tahu ke yang CEO PJ Holding tu sorang billionaire, antara orang-orang yang terkaya di Malaysia.”Jelas Tengku Farid membuka rahsia Permata Jaya Holding.
“Tak, Nisha tak da sebab untuk ambil tahu, Abang Qhairul dan Abang Zam dah cukup baik pada Nisha, Nisha tak pernah pandang pasal itu pun dan Nisha tak nak orang fikir Nisha nak ambil kesempatan pulak. Nisha bersyukur apa yang Nisha ada dan apa dia orang dah beri dan buat pada Nisha”balasnya dengan penuh jujur.
 “Dinda ni memang mempunyai hati yang cukup luhur dan suci, beruntungnya kanda kalau dinda terima cinta kanda” luahnya sambil tersenyum.
“Jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya Allah yang tentukan. Sebaik mana kita merancang kalau dah memang  bukan jodoh kita, kita tak mungkin kan bersatu”sahut Nisha ketika matanya asyik memerhati keadaan dalam bilik itu.
“Kanda kagum dengan dinda, apa yang dinda ucapkan tak setara dengan usia dinda. Akal melangkaui usia. Setiap kata yang dinda ucapkan mampu buat kanda terkesima bila mendengarnya”.
“Betul ke? atau sekadar nak ambil hati  Nisha aje ni” Nisha memang kurang yakin dengan setiap pujian yang diterimanya.
“Kanda bukan jenis yang suka cakap bohong, kanda lebih suka berterus terang”
“Nisha cuma tak suka dipuji, takut termakan puji pulak” tersenyum langsung mempamerkan keindahan ciptaan tuhan di wajahnya. Tengku Farid terpana seketika. Tangannya  terasa ingin hendak menyentuh wajah halus dan mulus itu dan menghadiahkan satu kucupan kasih di pipi gebu gadis itu namun akal membatasi nafsunya. Tengku Farid cepat-cepat mengalihkan perhatiannya. Lamunannya terhenti bila gadis itu tiba-tiba bersuara.
            “Kanda Farid ada berapa orang adik beradik?”
“Dua, kanda ada seorang kakak tapi dah berkahwin tiga tahun lepas dengan kerabat sendiri”
“Kanda Farid tak rasa pelik ke bergaul dengan orang biasa macam Nisha ni”
“Tak, malahan kanda suka, sebab jika nak jadi seorang pemimpin yang berjiwa rakyat kita kenalah mendekati ,menyelami dan memahami masalah mereka” sahutnya dengan jawapan yang membuat Nisha cukup mengangkumi sikap lelaki itu.
“Hebat juga kanda Faridni, beruntung negeri ni nanti jika kanda Farid jadi sultannya”.
“Ya ke? dan dinda jadi sultanahnya”balasnya sambil bibirnya mengukirkan senyuman yang cukup menawan.
“Itu di alam mimpi”sahut Nisha bersahaja.
“Tapi tak mustahil jadi kenyataankan”
“Entah.. tapi Nisha tak pernah mimpi pun dan tak nak bermimpin pun” balasnya lagi.
“Ehh..kanda tak da kerja ke?” pantas cuba mengubah topik perbualan mereka.
“Kanda ambil cuti petang ni sebab nak spend time dengan dinda”ucapnya sambil tersenyum. Nisha rasa terkejut mendengarnya namun dia tidak berani meluahkan perasaannya.
“Ok dinda, kita keluar roda-roda KL sekejap sebelum kanda hantar dinda balik ke PJ Holding” tambah Tengku Farid sambil menghulurkan tangan kepada Nisha.
Mereka melangkah beriringan keluar dari bilik CEO. Tengku Farid kemudian mendekati meja setiausahanya Sofina yang kelihatan masih muda dan bergaya tetapi air mukanya seperti cemburu melihat kemunculan Nisha.
            “Sofina, batal semua appointment saya untuk petang ni sebab saya ada personal date”
“Baiklah Tengku Farid, tapi kalau ada apa-apa hal, boleh tak saya hubungi handphone Tengku?”.
“Untuk hari ini, saya tak mahu diganggu oleh sebarang panggilan telefon” Wajah Sofina jadi  berubah mendengar jawapan majikannya.
“Jom  dinda” Tengku Farid terus meraih tangan Nisha kemudian melangkah meninggalkan pejabat PHC itu .
Sofina mengetap bibirnya, hati tiba-tiba cemburu melihat kemunculan gadis yang bersama Tengku Farid petang itu. Sofina telah lama menyimpan perasaan kepada Tengku Farid cuma Tengku Farid yang sengaja yang tidak pernah ambil tahu.
‘Siapa perempuan muda dan cantik yang Tengku Farid bawa ni, kekasih Tengku Farid ke?, selama ni tak pernah pun aku dengar cerita Tengku Farid ada kekasih’ rungut Sofina dalam hatinya.
Tengku Farid kemudian membawa Nisha singgah ke Berjaya Times Square  untuk menghabiskan masanya selama dua jam bersama gadis itu dengan mengunjungi beberapa pusat membeli belah di situ.
“Jom dinda kita ke situ” mulutnya muncung ke arah sebuah kedai emas yang terkenal di situ. Nisha menuruti langkah Tengku Farid memasuki kedai tersebut. Seorang jurujual wanita tersenyum menyambut kedatangan mereka. Tengku Farid menarik tangan Nisha di satu sudut koleksi cincin yang berpasangan.Tengku Farid kemudian memilih satu set cincin yang cukup cantik sebentuk cincin emas putih bertahta batu permata untuk wanita dan cincin lelakinya pula diperbuat dari suasa tapi designnya serupa.
“Semua design cincin di sini berbeza antara satu sama lain, setiap set cincin ini direka khas dan  tidak menyerupai mana-mana cincin lain pun di seluruh dunia” jelas jurujual wanita itu. Tengku Farid tersenyum sambil membelek-belekkan cincin yang ada di tangannya, kemudian dia menyuruh jurujual wanita tersebut mengambil ukuran jari Nisha. Nisha memberi jari manis di sebelah tangan kanan untuk di ukur. Tengku Farid memberitahu sesuatu kepada jurujual tersebut dan menulis sesuatu di atas sehelai kertas Jurujual wanita itu  kemudian berlalu membawa cincin itu apa masuk ke dalam sebuah bilik. Tengku Farid membelai jari runcing Nisha yang masih dalam genggamnya. Nisha melemparkan pandangan kepada beberapa pelanggan yang sedang asyik memilih barang kemas di kedai tersebut sambil bercakap sesuatu kepada jurujual yang melayan mereka. Kesempatan yang ada diambil untuk menatap wajah manis dan comel gadis yang berada di sisinya sepuas-puanya. Kelembutan dan ketenangan wajah itu membuatnya hampir separuh gila sehingga sanggup melakukan tindakan yang diluar dugaannya sendiri beberapa hari yang lalu. Peristiwa pergaduhan di pejabat PJ Holding menunjukkan betapa kemaruk jiwanya terhadap gadis tersebut.
Lebih kurang 15 minit jurujual wanita tadi  muncul semula dengan membawa cincin yang telah siap terukir dengan nama di bahagian dalamnya.Cincin lelaki terukir nama Qhairunnisha sementara cincin wanita terukir nama Tengku Farid.
Nisha menghulurkan tangan kanannya keTengku Farid  untuk menyarungkan cincin yang terukir namanya.
“Kiri” pinta Tengku Farid.
“Tak, kiri hanya untuk suami Nisha sarungkan cincin perkahwinan kami nanti” Tengku Farid tersenyum mendengar jawapan Nisha kemudian mengangguk. Nisha sudah bertekad dan berazam hanya cincin perkahwinan dari suamiya yang akan tersarung di jari manis di tangan kirinya.
“Macam mana  dinda, cantik tak?”
“Cantik! Untuk Nisha ke?”
“Ya, hadiah ikhlas dari kanda untuk dinda, tanda persahabatan kita” sambil tersenyum tangan yang tersarung cincin itu diciumnya perlahan-lahan.
“Sekarang dinda sarungkan cincin tu untuk kanda pula” bisiknya perlahan ke telinga gadis itu sambil tersenyum.
Nisha mengambil cincin yang di hulurkan oleh jurujual wanita yang dari tadi asyik senyum mendengar perbualan mereka. Nisha memerhati cincin itu seketika, serupa dengan cincin yang tersarung di jarinya cuma saiznya lebih besar dan tertulis namanya di bahagian dalam cincin itu. Nisha menarik tangan Tengku Farid kemudian menyarungkan cincin itu ke jari manis lelaki itu sambil tersenyum. Dengan riak wajah yang puas, Tengku Farid mengeluarkan sekeping kad  dari dompetnya lalu menyerahkan kepada jurujual tersebut.
            Memandang masih ada masa selama 40 minit, Tengku Farid terus meraih tangan Nisha dan mengajaknya memasuki sebuah restoran makanan segera. Setelah mengambil pesanan mereka duduk di sebuah meja di satu sudut tepi dalam restoran tersebut. Sambil minum dan makan mereka berbual-bual mesra sambil bergurau senda. Walaupun baru pertama kali keluar berdua tetapi nampak keserasian antara mereka.
“Kanda Farid tentu ramai teman wanita kan?
“Kenapa dinda fikir macam tu”
“Sebab kanda ni ciri yang ramai perempuan yang nak”
“Bukan yang dinda nak ke?”
“Tapi Nisha tak layak” Tengku Farid tersenyum mendengar jawapan spontan Nisha dan dia tahu kenapa jawapan Nisha begitu.
            “Memang ramai tapi tak da yang serius sangat sampai jadi steady girlsfriend”
“Kenapa?”
“Belum memenuhi citarasa kanda”
“Citarasa? yang macam mana kanda Farid nak tu”
“Macam yang ada pada  dinda” Terpana mendengar jawapan Tengku Farid. Wajahnya putih gebu itu tiba-tiba merona kemerahan. Semakin cantik di pandangan mata Tengku Farid.
Tengku Farid tersenyum melihat perubahan wajah Nisha yang seolah-olah cuak kerana terkejut mendengar kata-katanya.
“Kanda cakap serius,  kanda sebenar love at first sight pada dinda sejak pertama kali jumpa dinda kat  Regalis Club  malam tu. Dinda mempunyai ciri wanita yang kanda cari selama ini.”Wajah Nisha terus merona merah dan perasaan malunya mula menjelma. Dia cuba mencari  idea untuk mengubah topik perbualan ketika itu.
“Kita baliklah kanda, dah hampir pukul 5 ni, nanti abang-abang Dato’ tu marah pulak pada kita” sambil memandang wajah Tengku Farid yang masih asyik merenungnya. Tengku Farid tersenyum, dia sedar Nisha cuba menukar topik perbualannya ketika itu.Dia kemudian menjeling jam di tangan, hampir 15 minit pukul 5 petang.
Dato’  Qhairul mula gelisah, hampir pukul 5 Nisha belum kembali lagi ke pejabat. Dia mundar-mandir dalam biliknya. Sudah banyak kali dia menekan intercom  atas mejanya bertanya pada Zizie tentang Nisha. Keadaan yang serupa juga berlaku dalam bilik timbalan CEO, berselang-seli Zizie terpaksa menjawab soalan yang sama dari kedua-dua Dato’ tersebut. Kerana tidak sabar, Jam sudah pukul 5.02 minit, Qhairul terus keluar dari biliknya dan berdiri di depan pintu biliknya dengan wajah yang masam mencuka, pada masa yang sama dia memandang  Zamree yang juga sedang tercegat di depan pintu biliknya dengan keadaan yang serupa.
             Tengku Farid dan Nisha melangkah keluar dari pintu lif terus masuk ke pejabat PJ Holding. Dari jauh Tengku Farid dan Nisha sudah nampak kelibat  Qhairul dan Zamree menunggu di luar bilik masing-masing. Bila keduanya semakin dekat serentak kedengaran ayat yang keluar dari mulut dua bos besar PJ Holding itu menegur Tengku Farid.
 “You are late, Ku Farid”.
Tengku Farid memandang sekilas jam tangannya kemudian tersenyum memandang wajah kedua wajah bos Permata Jaya Holding  yang berwajah begitu serius menyambut kedatangan dan Nisha waktu itu.
“Sorry along, achik daley five minutes, lif distraction”
“Banyak you punya along, achik, lif distraction konon” rungut Qhairul dalam hatinya. Nisha tersenyum melihat gelagat tiga orang lelaki yang berlagak seperti budak kecil.
“Ala..Abang Qhairul, Abang  Zam, Nisha dah selamat sampai ni, memang masalah lif tadi selalu sangat berhenti, marah-marah macam ni dah macam budak kecik  pulak” tegurnya sebagai saksi kejadian.
“Ok, Kanda Farid, thanks kerana ajak Nisha keluar jalan-jalan tadi” sambil melemparkan senyuman pada Tengku Farid.
“Ok, dinda, kanda minta diri dulu, terimakasih kerana sudi temankan kanda hari ni, lain kali kita keluar lagi ya, take care and miss you dear” Tengku Farid melemparkan senyuman manisnya pada Nisha.
“Insya Allah, bye!”
“I minta diri dulu Dato’ Qhairul, Dato’ Zamree, see you again” Tanpa menunggu jawapan dari keduanya, Tengku Farid terus berlalu meninggalkan pejabat PJ Holding.
Qhairul terus masuk ke biliknya tanpa sebarang kata, perasaan diamuk rasa cemburu yang teramat sangat melihat kemesraan Nisha dan Tengku Farid. Zamree memandang ke arah Nisha kemudian berkata sesuatu.
“Nisha, masuk bilik  abang Zam sekejap”Tanpa sepatah perkataan, Nisha melangkah membuntuti Zamree masuk ke bilik  lelaki itu. Tanpa menunggu arahan  Nisha terus melabuhkan punggung di atas kerusi di hadapan meja timbalan CEO. Zamree yang sedang duduk di kerusinya di hadapan Nisha memandang wajah itu tanpa berkelip.
“Tengku Farid bawa Nisha ke mana tadi?”
“Mula-mula kami singgah  ke pejabat di Wisma  Duta, lepas tu kami ke BTS, jalan-jalan kat shopping complex di situ tu dan lepas tu kami duduk minum sambil berbual-bual dekat  restoran MD di hujung jalan bawah tu”. Jelas Nisha tanpa berselindung.
“Bukan apa, abang cuma takut Tengku Farid tu bawa Nisha ke tempat yang tak sepatutnya”
“Tak sepatutnya, maksud abang ?”Nisha seperti kehairanan.
“Tak..apalah Nisha, lupakan kata-kata abang tadi, Nisha pun tak apa-apakan?”
Terukir senyuman di wajah gadis itu bila kelihatan wajah  Zamree kelihatan tenang.
“Oh ya Nisha, ni buku akaun dan  kad debit ATM Nisha, duit Nisha setiap bulan abang masukkan di situ” sambil tangannya menghulurkan benda yang dimaksudnya pada gadis tersebut.
Nisha memerhati nama bank yang tercatat pada buku akuan bank tersebut kemudian membuka muka depan dan helaian seterusnya buku akaun tersebut, Nisha agak terkejut melihat amaun yang tercatat dalam buku tersebut.
“RM tiga ribu, ni gaji Nishakah bang, kenapa banyak sangat ni, Nisha tak buat apa-apa kerja susah pun kat pejabatni” matematiknya bukannya lemah untuk mengira amaun tersebut.
“Ya, Nisha tak payah kerja pun abang akan bagi duit kat Nisha”
“Abang ni biar betul? Jangan nak beli Nisha pulak” amaran kepada Zamree.
 Zamree gelak besar mendengar kata-kata gadis itu.
“Kalau Nisha tak jual siapa nak beli? Macam-macamlah Nishani” balas Zamree di hujung gelaknya.
“Yalah ada ke nak beri gaji pada orang yang tak kerja, sebab hidup dalam dunia ni ada kerja adalah gaji” jawab Nisha meneguhkan hujahnya.
“Cuma Nisha je yang spesialkan, jadi jangan panggil ia gaji”
“Kalau bukan dipanggil gaji, apa pulak”
“Emolument” jawab Dato’ Zamree sambil bibirnya mengukirkan senyuman.
“Emolument tu apa benda pulak?”
“Balik nanti tanya cikgu siapa nama cikgu Nisha tu, lupa pulak abang?”
“Cikgu Roziah!”
“Ya, tanya Cikgu Roziah bila balik nanti”Jawab Zamree dengan senyuman yang masih bersisa di bibirnya.

Bab 15
Qhairul melihat satu demi satu fail atas meja disentuhnya namum tiada satu fail projek yang dihantar Zizie tadi menarik minatnya.
“Ahhh.. tak boleh jadi kalau macam ni,!” Qhairul mengetuk meja dengan jarinya berulang kali.
Tepat jam 6 petang Qhairul keluar dari biliknya sambil membimbit briefcase di tangannya. Matanya terus tertumpu kepada meja Nisha.
“Zizie, Nisha mana?”
“Dalam bilik Dato’  Zam’”
Tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan,  Qhairul terus melangkah ke bilik  Zamree.
Kelihatan Nisha sedang duduk berbual-bual.
“Hai rul, dah nak balik ke? Zamree terus menegur sepupunya tiba-tiba muncul depan pintu biliknya.
“Ya, Nisha jom” matanya terus memandang kepada Nisha.
Nisha yang berpaling pada ke arah lelaki tersebut lalu tersenyum.
“Nisha balik dulu Abang Zam, terimakasih untuk emolument ni”
 Zamree mengukir senyumannya ketika Nisha meninggalkan pejabatnya.
“Kau tak balik Zam”
“Sekejap lagi, mungkin lepas maghrib kot”
“Kau selalu sangat balik lewat, kesihatan kau tu kena jaga jugak, nanti tak sempat kahwinkan rugi” tegurnya dengan nada yang serius.
“Kau cakap pasal aku ke, atau pasal diri kau sendiri, macamlah kau tu dah ada isteri?”
Sebelum menutup bilik  sepupunya,  Qhairul sempat menjawab kata-kata Zamree.
“Samalah tu, sambil ingat kau ingatkan diri aku jugak”. Kemudian dia tersenyum.
Nisha mengambil tas tangannya  kemudian menyimpan buku akaun dan kad debit ATM di dalamnya. Dia terus membuntuti langkah Qhairul hingga ke pintu lif.
Beberapa orang pekerja PJ Holding turut beratur menunggu lif yang bersebelahan dengan lif khas pegawai tertinggi PJ Holding. Beberapa mata pekerja PJ Holding asyik mencuri pandang ke arah Nisha yang sedang berdiri di sebelah  Qhairul. Apabila pintu lif khas terbuka Qhairul terus meraih pinggang Nisha menariknya masuk ke dalam lif tersebut. Keduanya masih mendiamkan diri sepanjang perjalanan menuju ke lobi bangunan. Setelah menerima kunci daripada valet parking attendance Qhairul terus  membuka pintu kereta tempat duduk sebelah pemandu untuk Nisha mengukirkan senyumannya pada gadis itu. Kemudian kelihatan sebuah kereta Lamborghininya perlahan-lahan meninggalkan lobi bangunan Wisma Permata lalu menuju ke jalan raya.
Qhairul  menghalakan pemanduannya menuju ke satu destinasi  dan yang jelas bukan laluan  yang digunakan untuk menghantar Nisha balik ke rumah. Dia menjeling ke arah gadis yang duduk di sebelahnya, dia perasaan gadis itu seperti ingin bertanyakan sesuatu.
Tanpa memberi peluang gadis itu  membuka mulut, dia terus bersuara.
            “Abang nak restkan otak sekejap”.
Di tebian tasik yang luas Qhairul memberhentikan keretanya. Setelah mematikan enjin keretanya, dia terus melangkah keluar dari keretanya kemudian bergerak ke tempat duduk penumpang. Beberapa pasangan sedang duduk berdua-dua  tidak berapa jauh dari situ. Pemandangan di sekitar tasik amat cantik dan mempersonakan mata yang memandang. Nisha melangkah keluar dari tempat duduknya..
        “Tengku Farid tadi bawa Nisha pergi mana?” soalan yang sama dengan ditanya oleh  Zamree.
Nisha tersenyum memandang wajah  Qhairul, entah kenapa dia tidak dapat melawan renungan mata  lelaki itu lebih lama kerana satu perasaan pelik sering mengganggunya ketika bersama lelaki itu. Skema jawapannya sama seperti yang diceritakan kepada Dato’  Zamree.
“Abang Qhairul marahkan Nisha ke?”pandangan dilontar jauh ke tengah tasik.
“Tak, cuma abang takut Tengku Farid bawa Nisha ke tempat yang tak sepatutnya”
“Tak bang, dia juga baik macam abang berdua, dan Nisha pun rasa ok je bila keluar dengannya” sahutnya untuk meyakinkan lelaki di depannya.
“Baguslah macam tu,  cuma janganlah selalu sangat keluar dengan dia tu, sebab nanti satu Malaysia akan tengok muka Nisha dalam surat khabar” Nisha membutangkan matanya seperti terkejut kerana  tak terfikir olehnya tentang semua perkara itu.
“Terima kasih bang kerana tolong ingatkan Nisha. Nisha sebenarnya tak tahu dan tak sedar kalau abang tak beritahu Nisha sekarang” Dia begitu bersyukur kerana lelaki itu telah menyedarkan tenteng satu perkara penting yang dia langsung tidak tahu.
“Tapi keluar dengan abang tak macam tu jugak ke?” Nisha juga mula sedar lelaki di depannya ketika itu juga sering menjadi buruan wartawan begitu Dato’ Zamree. Ketiga-tiga lelaki yang didampinginya sekarang bukan lelaki biasa dan jika tersalah langkah satu Malaysia turut mengenalinya dengan pelbagai tanggapan.
“Abang tak apa sebab bukan pewaris tahta, cuma sebuah syarikat dan tak perlu jaga reputasi sangat pun” Nisha mengangguk faham.
“Nisha, abang tanya satu soalan boleh?”Qhairul memandang tepat ke wajah gadis tersebut tanpa berkelip.
“Soalan apa?”
“Apa impian Nisha yang lain selain yang Nisha beritahu abang dulu?”
“Nisha lupalah, apa yang Nisha beritahu abang dulu ya?”
“Nisha nak belajar sampai masuk U, dapat kerja tetap, kahwin dan bina keluarga bahagia kalau ada jodoh”
“Oh..ya, impian lain selain dari tu Nisha ada satu lagi impian lain tapi tak pastilah sama ada ia boleh jadi kenyataan”
“Apa dia?”
“Semasa arwah ayah Nisha masih hidup, ayah  telah gadaikan tanah peninggalan arwah ibu  yang sepatutnya menjadi  milik Nisha, ayah perlukan duit untuk bina rumah untuk mak tiri Nisha.Tanah itu adalah harta pusaka peninggalan atuk ayah ibu Nisha, kedudukan tanah itu begitu strategik, berdekatan jalan raya dan tidak jauh dari masjid dan rumah ketua kampung dan terletak di atas bukit berdepan laut yang mempunyai pantai sungguh cantik. Kalau Nisha berjaya menebus semula tanah itu nanti, Nisha bercita-cita nak membina sebuah istana kecil di atas tanah itu dan menetap di situ bersama suami dan anak-anak Nisha. Nisha nak abadikan seluruh kehidupan Nisha di atas tanah itu kerana hanya itu satu-satunya harta perninggalan ibu untuk Nisha” Nisha mula  membayangkan sesuatu yang sungguh indah di depan matanya.
“Berapa keluasan tanah tu dan ayah Nisha gadai pada siapa?” Qhairul seperti berminat untuk mengetahui cerita selanjutnya.
“Besar juga bang, hampir 20 ekar, ayah gadaikan pada Tauke Wong kat kampung Nisha” jawab Nisha selamba.
“Berapa harga gadaiannya?”
“Nisha tak tahu, tapi Nisha dengar agak besar juga jumlahnya sebab tu Nisha tak yakin sangat impian tu boleh jadi kenyataan”.
“Macam mana dengan nama dalam geran tanah tu, masih nama ibu Nisha ke?”
“Ya, yang boleh tuntut tanah tu cuma Nisha sebab Nisha satu-satu waris tanah tu. Tauke Wong tak nak serahkan geran tanah tu selagi Nisha tak bayar balik wang cagarannya. Tauke Wong mesti cari Nisha untuk tukar nama geran tu bila Nisha dah berumur 18 tahun nanti. Dahlah bang kita lupakan pasal cerita tu, malas Nisha nak fikirkannya. Sekarang giliran Nisha pulak nak tanya soalan dengan abang, bolehkan?”
“Apa dia sayang?” Nisha mula lemah hendak berkata-kata bila Qhairul mula menggunakan ungkapan itu padanya..
“Waktu Tengku Farid hantar Nisha balik petang tadi abang marah ya?”
“Tak!”matanya merenung wajah mulus dan polos gadis itu.
“Ehhh..abang bohong, Nisha tahu macam mana muka orang tengah marah”
“Macam mana?”
“Muka abang berdua tadi macam Singa lapar”
“Betul ke?”suara Qhairul agak romantik.
“Tengku Farid tadi panggil abang berdua apa, along dan achikkan? luculah”Nisha kemudian tergelak.
“Banyaklah dia punya along dan achik, bila pula abang ni jadi kerabat dia, tak kuasalah abang” . Nisha sudah pecah gelaknya mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Qhairul.
“Abang Qhairul dan Abang Zam teruklah, kalau marah macam budak kecik, kata Nisha macam budak kecik, diri sendiri lebih teruk dari budak kecik”
“Jangan berani nak mengata abang nanti..”
“Nanti apa?
“Nanti abang cium”.
“Cium kalau berani”Nisha seolah-olah mencabar lelaki itu.
“Nisha cabar abang ya”
Qhairul terus  menangkap dan memeluk pinggang gadis itu dan cuba menciumnya.
Nisha meronta-ronta sambil menjerit cuba melepaskan diri dari pelukan lelaki itu tapi kekuatan tenaganya gagal  menandingi tenaga lelaki itu malah pelukan  Qhairul  semakin kuat. Nafasnya tercungap-cungap kelelahan.
“Please bang, jangan..buat, Nisha mengaku kalah” Namun rayuan manja Nisha tidak diindahkannya. Tenaga Nisha semakin lemah untuk meronta, dia membiarkan lelaki itu mencium kedua belah pipinya.
“Lain kali jangan cabar abang, ni baru sedikit”
“Bencilah Nisha”, sambil tangannya memukul dada bidang lelaki itu, sekali lagi lelaki itu berpeluang mencium pipinya.  Qhairul terus ketawa mendengar rungutan gadis itu. Perlahan-lahan tubuh ramping gadis itu dileraikannya dari pelukannya. Nisha terus membongkokkan tubuhnya sambil menekan perutnya.
“Jom..sayang, kita pergi dari sini, dah nak masuk waktu maghrib ni”  Qhairul cuba memujuk gadis itu. Nisha terus binggung mendengar Qhairul memanggilnya begitu, namun dia masih geram dengan tindakan Qhairul menciumnya sebentar tadi.
Sinaran mentari semakin melabuhkan tirainya,kegelapan malam semakin menerpa.
“Tak nak, abang baliklah Nisha tak mahu balik dengan abang, bencilah”
Qhairul terus tersenyum. Telatah manja Nisha yang yang merajuk padanya membuatnya berminat untuk terus mengusik gadis itu. Akalnya menjelma lalu dia terus mendekati gadis itu dan terus berbisik sesuatu ke telinganya.
“Tempat ni keras, ada orang pernah bunuh diri kat sini orang selalu nampak  han…”
Dalam kesamaran cahaya langit petang, Nisha terus membutangkan matanya memandang ke wajah Qhairul.Wajah yang terkejut dan cuak.
“Betul ke bang?”Tanya sambil memandang wajah lelaki di depannya.
“Betul tu tengok siapa kat belakang Nisha tu?”
“Hantu kah bang..? Nisha terus menerpa ke arah Qhairul dan terus memeluknya dan menggogoi seperti anak kecil.
 “Nisha! Jangan takut abang ada ni”, Qhairul tersenyum bila berjaya menyakat Nisha. Kini tubuh kecil molek itu kemas dalam pelukannya, kening gadis itu diciumnya perlahan-lahan dengan penuh kasih sayang.
“Jom kita balik” bisiknya perlahan. Nisha meleraikan pelukannya kemudian bergerak perlahan menuju ke kereta. Matanya ligat memerhati ke kiri dan ke kanan membuatkan Qhairul menggelengkan kepala. Penakut betul Nisha ni, bisiknya dalam hati.
Selepas menutup pintu kereta, dia bergegas ke tempat duduk pemandu kemudian terus memecutkan keretanya meninggalkan tempat itu.
            “Kita solat maghrib kat rumah abang ajelah  sebab rumah abang tak jauh lagi dari sini” Nisha mula  gelisah mendengar ajakan Qhairul. Qhairul dapan mengesan perubahan wajah Nisha.
“Nisha takut ye, abang bukan tinggal sorang, ada sepasang pembantu rumah tinggal bersama dengan abang”  lega hatinya mendengar penjelasan lelaki itu.
Tidak sampai 10 minit perjalanan, kereta Qhairul memasuki pintu pagar yang dibuka secara automatik, Beberapa meter di hadapan, kelihatan tersergam indah sebuah rumah banglo besar tiga tingkat, di sekitarnya kelihatan sebuah taman landskap yang terjaga rapi, Qhairul terus menyimpan kereta di tempat khas parkir di hadapan banglo tersebut.Terdapat 4 buah kereta mewah lain pelbagai jenis turut tersadai di situ. Qhairul terus memperlawa Nisha masuk ke banglo mewah milik keluarganya.
“Ini rumah papa abang, papa dan mama abang sekarang di US, Sudah dua tahun mereka menetap di sana uruskan cabang bisnes baru PJ Holding di sana” beritahunya pada Nisha tanpa menunggu gadis itu menyoalnya. Nisha memerhati kolam ikan yang agak besar yang dirintangi oleh sebuah jambatan di tengah-tengahnya, Di sekelilingi banglo di tanami dengan bunga pelbagai jenis termasuk bunga orkid yang tergantung di sekeliling taman kecil yang menempatkan dua set kerusi santai di bawah sebuah gazebo.
Ketika melangkah masuk ke dalam ruang utama banglo, Nisha terpegun oleh dekor hiasan dalaman banglo itu. Bahagian bawah terdapat 3 ruang tamu yang luas dengan setiap ruang tamu dilengkapi set sofa yang berlainan jenis dan semuanya seperti buatan luar negara.
            “Nisha, bilik guna bilik kat atas, jom abang tunjukkan bilik tamu”
“Nisha terus mengikut lelaki itu naik ke tingkat dua banglo yang mempunyai 8 bilik tidur itu. Di tingkat tiga pula cuma untuk bilik kerja, bilik  bacaan dan gim,
“Ni bilik tamu, Nisha rehat dan sembahyang kat bilik ni, dan sebelah tu bilik abang, atau Nisha nak  rehat dalam bilik abang”  Qhairul cuba menyakat gadis itu sambil melemparkan senyuman nakalnya.
            “Abang ni dah merengkah apa?” sambil matanya membutang memandang ke wajah lelaki itu. Qhairul terus ketawa. Nisha kemudian membuka pintu bilik dan terus melangkah masuk ke dalamnya.
       “Tak heranlah kalau dah kaya raya, bilik tamu pun macam bilik bilik hotel” Nisha berbisik sendiri dalam hatinya. Sepasang telekom dan sehelai sejadah tergantung di penjuru kanan bilik itu. Nisha membatalkan niatnya untuk menunaikan solat bila teringat dirinya tengah uzur ketika itu. Dia terus melabuhkan punggungnya di atas katil kemudian merebahkan tubuhnya di atas tilam yang empuk sambil mata bundarnya merenung siling yang berukir indah dan entah bila matanya terlena.
            “Nisha tersentak dari lena bila terdengar sayup-sayup laungan azan isya’.
“Ya Allah tertidur rupanya aku” bisik Nisha dalam hati. Dia kemudian melangkah menuju ke bilik air dan membasuh muka untuk menghilang rasa mengantuk kemudian mengeringkan wajahnya dengan tuala kecil yang tersedia dalam bilik itu. Dia kemudian  teringatkan Roziah, terus dia kembali ke bilik terus  mencapai tas tangan lalu mengeluarkan telefon bimbitnya. Rasa kesal timbul di hatinya bila melihat ada 5 paggilan tidak dijawab dari Roziah. Tanpa membuang masa dia terus mendail semula nombor Roziah.
“Hello! Kak Rozi, Nisha tak dengar kakak call tadi, maaf ya”
“Nisha kat mana ni”
“Nisha kat restoran ni, birthday party  kawan sepejabat” Dia terpaksa berbohong  kerana bimbang Cikgu Roziah tidak dapat memahami situasinya waktu itu.
Nisha minggu depan keputusan SPM keluar.
“Betul ke?Nisha takutlah kak”
“Nak takut apa, Nisha mesti score punya”
“Nisha pun harap macam tu”
“Ok Nisha, akak nak solat Isya’ ni, jaga diri assalammualaikum, bye”
“Waalaikummusalam”
Nisha terus melangkah keluar dari bilik kemudian turun menuju ke ruang tamu,.
“Nisha!” tiba-tiba nama dipanggil dari arah dapur, Nisha menoleh kelihatan  Qhairul tersenyum memandang ke arahnya.
“Mari Nisha, kita makan dulu sebelum abang hantar Nisha balik”
Nisha menghala langkahnya menuju ke ruangan dapur dan terus menuju ke meja makan. Qhairul terus menarik sebuah kerusi di sebelahnya kemudian Nisha duduk di situ. Seorang wanita dalam lingkungan awal 50-an  tersenyum memandang gadis itu. Nisha membalas senyuman wanita itu.
            “Ni Mak Som, isteri Pak Usop” Qhairul memperkenalkan pembantu rumahnya.
“Mana Pak Usop Mak Som?”
“Dia ke masjid, ada orang buat kenduri arwah di masjid”
“Mak Som ni dah lama bekerja dengan keluarga abang sejak abang kecil lagi”
Nisha tersenyum mendengar kata-kata Qhairul.
“Cantik anak ni, sejuk mata memandang, pandai Qhairul cari bakal isteri” Membutang mata Nisha mendengar kata-kata Mak Som. Qhairul hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa.
“Qhairul ni dah lama membujang, berkali-kali Mak Som suruh dia cari  isteri masih juga dia kata belum jumpa calon yang sesuai. Malam ni pertama kali makcik lihat dia bawa perempuan balik rumah, berbaloi juga penantian Mak Som selama ni nak tengok perempuan yang telah mencuri hati Si Qhairul ni?” tambah Mak Som lagi.
Mendengar kata-kata mak Som, Nisha terus menyepak kaki Dato’ Qhairul yang duduk di sebelahnya sambil matanya menjeling tajam kepada lelaki itu. Malangnya lelaki itu buat tak kisah malah terus tersenyum nakal. Selesai menghabiskan makan malam dan setelah menikmati pembasuh mulut  Nisha terus meminta diri untuk balik.
“Nisha nak baliklah bang, dah lesu ni, nak mandi, nak tukar baju, nak tido”
“Ala.. masih awal ni, tidur sini je lah malam ni, temankan abang”selamba je Qhairul menuturkannya.
“Cuba abang ulang sekali lagi, Nisha tak dengarlah”
“Tidur sini, temankan abang, abang sorang-sorang kat bilik tu”
“Mengatalnya, ini hah..” sambil tangannya mencubit lengan lelaki itu.
“Adoi! Sakitnya, ganas juga Nisha ni..ok..ok abang hantar Nisha balik sekarang”
Sebelum balik Nisha menemui Mak Som yang sedang mengemas pinggan mangkuk di dapur.
“Mak Som, Nisha minta diri dululah ya, nanti kita jumpa lagi” sambil menghulurkan tangannya bersalaman dengan wanita  tua itu.
“Kenapa tak tidur sini”tanya Mak Som.
“Lain kali lah Mak Som, esok Nisha nak kerja, ok Mak Som, assalammualaikum”
“Waalaikummussalam” jawab Mak Som sambil tersenyum.
Sepanjang perjalanan, mereka dihiburkan oleh DJ radio yang bertugas, sesekali kedengaran suara  Qhairul menyanyi-nyanyi kecil mengikut lagu yang diputarkan oleh DJ yang bertugas.
            Mereka sampai di depan rumah Roziah tepat pukul 9.30 malam. Qhairul terus keluar dari keretanya kemudian terus  membuka pintu kereta untuk gadis itu.
“Abang, terimakasih sebab tumpang Nisha tido kejap dan ajak Nisha makan tadi”
“Sama-sama kasih, tu langkah untuk Nisha kenal apa makanan kegemaran?”
“Oh jadi abang ni suka rendang daging  dan ayam masak kari lah ya”
“Yes, you learn very fast”balas Qhairul pantas.
“Baiklah bang, Nisha masuk dulu, terimakasih jugak kerana hantar Nisha balik”
“Ok sayang, take care, jumpa esok” ucapnya sambil tersenyum.
Nisha memerhati kereta Qhairul sehingga kereta itu hilang dari pandangannya.
Qhairul terus membelokkan kereta menuju ke Regalis Club. Sejak peristiwa dengan Tengku Farid beberapa malam yang lalu, baru malam ini dia tergerak hati untuk ke kelab itu lagi.
“Hai Rul, lama tak tengok muka you sejak kebelakangan ni, sibuk sangat ke?” Dato’ Wazir melabuhkan punggungnya di sebelah Qhairul.
“Taklah, cuma ada problem sikit tapi bukan pasal bisness” Qhairul cuba menyembunyikan masalahnya.
“Bukan kes yang sedang sensasi sekarang”
“Apa yang you dengar” sambil melambai seorang pelayan yang sedang menatang minuman.
“I dengar cerita you dan Zam bergaduh besar dengan Ku Farid, tapi yang I tak percaya bergaduh pasal melindungi perempuan, betul ke?”
Qhairul tergelak
“Mana you dengar cerita ni?”
“Mulut tempayan boleh tutup bro tapi  mulut manusia you nak tutup dengan apa dan I dengar pergaduhan itu sampai berlanjutan hingga ke Wisma Permata. Apa kesnya ni bro?”
Qhairul kemudiannya terdiam tapi masih tersengih. Memang sejak hari itu berita persengketaan itu telah tersiar di akhbar. Walaupun isi laporan yang ditulis oleh wartawan kurang tepat dan ditokoh tambahkan tapi wajah gadis, nama serta identiti tidak diketahui. Gadis itu cuma dikenali sebagai puteri.
“Semua kawan-kawan kita terkejut dengar cerita ni, macam tak logik tapi kami semua tak ada peluang nak tanya you atau Zam sebab you berdua dah lama tak muncul di mana-mana kelab selepas tu” Qhairul masih terus memberi ruang untuk Wazir menerjahnya dengan pelbagai soalan.
“Kalau dah sanggup bergaduh besar dengan Ku Farid, I fikir ni bukan kes kecik, siapa puteri tu?” Dato’ Wazir nampak begitu beria-ia menggorek cerita darinya.
            “Kalau aku kata dia puteri bidadari yang turun kayangan kau percaya tak?” ujar Qhairul sambil tersenyum.
            Wazir terkekek-kekek ketawa
“Susah pulak kalau aku tak percaya dengan kata-kata kau sebab setahu aku lelaki yang terkenal dengan gelaran kasanova dan playboy macam kau ni memanglah mudah pikat perempuan tapi nak bergaduh berebut  perempuan tu yang pelik sikit dan Tengku Farid tu pula takkan nak rosakkan reputasinya  sebagai Putera Mahkota gara-gara seorang perempuan” ujar Wazir sambil mengerutkan dahinya.
“Dan sekarang macam mana, perang dah reda?” sambung Dato’ Wazir lagi.
“Not yet, cuma dah berdamai tapi persaingan secara aman” balas Qhairul serius.
“Hebat juga kisah kau orang ni! boleh aku tahu siapa gadis hebat tu?”
“Sekarang kalau nak tahu, aku dah macam nak gila bila fikirkan hal ni, bermacam-macam benda dalam kepala otak aku sekarang, otak aku betul-betul dah berserabut. Kadang-kadang aku macam terfikir nak jumpa pakar psychiatrist untuk dapatkan jawapan tentang masalah aku sekarang ni” ujarnya sambil diiringi keluhan yang berat.
“Dah kes berat ni Rul” Wazir mengerutkan dahinya lagi.
“Tapi bila aku fikir-fikir pulak, kenapa Tengku Farid tak fikir macam yang aku tengah fikirkan sekarang sedangkan kalau difikirkan dia lelaki aku jugak lelaki, Zam pun lelaki, tapi kenapa dia tak pernah kisah semua tu” Qhairul mula meluahkan apa yang terbuku di hatinya.
Dato’ Wazir semakin pening dengan persoalan yang membelenggu sahabat baiknya itu.
“Cuba kau cerita betul-betul dengan aku,. Mana tahu aku boleh tolong kau, aku kan ada sedikit experience dalam bab-bab cinta ni” Wazir cuba membantu sahabatnya.
“Kalau aku ceritakan betul-betul nanti, kau jangan ketawa pulak” Qhairul cuma memberi  amarannya.
“Rileklah Rul, kitakan dah kenal lama, dari bangku sekolah lagi. Kalau kau dah temu cinta sejati kau aku pun tumpang gembira sebab akhirnya aku dapat menyaksikan rebahnya seorang kasanova” Wazir kemudian tergelak.
“Hah.. aku dah cakap belum cerita lagi kau dah tergelak”
“Biarlah aku gelak dulu, lepas ni aku dah tak gelak lagi dah”
“Janji!”
“Ya, aku janji kau ni macam budak-budak pulak” jawab Wazir sambil tersenyum.
Qhairul tersengih mendengar kata-kata Wazir.
“Zam yang jumpa dia dan sekarang ni pada Zam dia adik angkat, tapi sekarang kami berdua ambil dia bekerja di PJ Holding, kerana perasaan aku yang tak menentu dan bercelaru ni aku lantik dia PA dan anggap dia sebagai adik angkat aku jugak. Aku fikir Zamree pun mungkin ada masalah dan penyakit yang sama macam aku sekarang tapi kau tahukan Zamree ni manusia yang jenis macam mana, secret giler punya orang”.Qhairul tersenyum sendiri.
“Bagi aku siapa dulu dia dapat, jadi apa masalah?”
“Masalahnya gadis ni masih under agelah Zir”
“What, kau biar betul Rul”mata Wazir membutang mendengar penjelasan Qhairul.
“Gadis sunti 17 tahun, walaupun  fizikalnya dan pemikirannya lebih dewasa dari usianya tapi taklah pulak jadi batasan pada Tengku Farid”
“Mungkin dia memiliki segala yang didambakan oleh kaum Adam”
“Yes, itu faktor utamanya. Bila aku pandang dia, aku temui apa yang aku cari selama ini, kecantikannya, kelembutannya, kemanjaannya. kenakalannya semuanya buat aku gila Zir, gila yang buka sikit-sikit, gila peringkat yang paling bahaya. Kau tahu tak kat mana-mana aje aku pergi sampai kat traffic light pun aku nampak muka tu” Wazir ketawa terkekeh-kekeh mendengar cerita Qhairul.
“Macam ni je Rul kalau pendapat aku ni boleh membantu kau, kau beritahu perasaan kau padanya, lepas tu kau ikat dia dengan cinta dan kasih sayang kau, cukup umur dia 18 tahun kau ajak je dia kahwin” itulah cetusan idea dari Wazir.
“Tapi bagaimana dengan Zamree, Zamree kenal dia dulu satu hari dari aku”
“Kenal dulu dan kenal kemudian tu bukan persoalannya tapi yang penting siapa yang lebih dulu memiliki cintanya, siapa yang dia pilih dan siapa yang paling dia sayang” balas Wazir pula.
“Buat sementara ni aku pakai idea kau, aku tak kisah umurnya 10 tahun ke atau baru lahir semalam ke janji jantinanya perempuan, aku mesti luahkan cinta aku dan aku yakin  dunia takkan kiamat bila aku lafazkan cinta pada seorang perempuan”Qhairul sudah nekad dengan perasaannya.
Dato’ Wazir hanya mengeleng-gelengkan kepalanya mendengar kata-kata Qhairul.

Bab 16
            Seperti yang diberitahu oleh Qhairul dalam telefonnya malam tadi supaya Nisha menggunakan baju T dan seluar jeans, Nisha akhir memilih baju T baby lengan pendek kolar V berwarna merah jambu seluar jean biru tua. Setelah puas membelek wajahnya di hadapan cermin, Nisha terus mencapai tas tangan kecil bertali yang cuma boleh memuatkan dompet, telefon bimbit dan sebungkus tisu muka. Jam masih awal lagi baru pukul 8.40 pagi, sementara menunggu kedatangan Qhairul, Nisha duduk di ruang tamu sambil menikmati minuman 3 in 1 milo yang dibancuhnya.
            “Hai Nisha, nak ke mana awal-awal pagi ni?”tegur kak Roziah yang sedang tercegat di anak tangga.
            “Keluar dengan Abang Qhairul”
            “Wow.. keluar datinglah ni”
            Nisha hanya tersenyum, dia pun tidak tahu apa tujuan Qhairul membawanya keluar hari itu. Nisha dan Kak Rozi dikejutkan oleh bunyi hon dari luar rumah. Nisha menjengukkan kepala, belum ada bayang kereta Qhairul tapi seseorang bermotorsikal berkuasa besar berada di depan pintu pagar rumah.
            “Siapa tu kak? takkan abang Qhairul naik motor kot” penunggang motorsikal itu sekali lagi membunyikan hon motornya bila melihat Nisha tidak mengindahkannya. Setelah agak lama merenung penunggang motorsikal tersebut barulah Nisha mengenalinya.
            “Abang Qhairullah..apa sal naik motor, patutlah suruh  pakai seluar panjang, rupa-rupa ajak naik motor ” Nisha bercakap sendiri.
            “Nak lebih romantiklah tu, seronok naik motor besar tu Nisha” sahut Kak Rozi apabila terdengar kata-kata Nisha sebentar tadi.
            Hujung minggu yang dijanjikan rupanya Qhairul ingin membawa Nisha menaiki motorsbikes berkuasa tinggi Ducati Multistrada 1200s touring yang baru dibelinya.
            “Kita naik motorbikes ni kah bang” tanya Nisha untuk lebih pasti lagi
            “Ya sayang, motorbikes baru abang, baru sampai pagi semalam, Nisha orang pertama abang bawa naik motor ni tau” sahutnya sambil menepuk-nepuk motornya.
            “Hebat motor bang ni, tak pernah Nisha tengok motorbikes yang besar macam ni”
            “Nah pakai ni, abang beli semalam harap muatlah dengan tubuh Nisha” sambil tangannya menghulurkan jaket kulit bewarna hitam sedondoi dengan jaket kulit yang dipakainya.
“Emm.. muatlah ni, tahu pulak abang saiz tubuh Nisha”
“Sekali abang peluk abang dah boleh agak saiz tubuh tu” membutang mata Nisha mendengar jawapan yang terpacul keluar dari mulut Qhairul, tanpa disedar tangannya menumbuk lengan lelaki itu dengan agak kuat. Sambil menahan sakit Qhairul turut tergelak.
            “Geram betullah Nisha dengan abang ni” seakan-akan hendak menjerit, pipinya merah menahan rasa malu, namun Qhairul terus tergelak.
            “Ok sayang, abang minta maaf, abang janji tak buat lagi”,sambil mengangkat sebelah tangannya seperti melafaz ikrar.
            “Betul janji kalau abang mungkir janji siap, Nisha tumbuk muka abang” ugut Nisha sambil menunjuk penumbuknya kepada Qhairul.
            “Wow.. garangnya, ok abang janji, mari abang pasangkan helmetni” sambil tangannya memasukkan topi kaledar di kepala Nisha kemudian membetulkan talinya.
            “Ok, Nisha boleh naik, kita nak gerak sekarang, peluk abang kuat-kuat tau”
            “Memang betullah abang ni nak ambil kesempatan”Qhairul tergelak lagi mendengar kata-kata Nisha.
Nisha begitu seronok dan teruja ketika membonceng motorsikal tersebut bersama Qhairul. Bagai pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta, Nisha memeluk erat tubuh lelaki itu. Setiap kali berhenti di lampu isyarat kemunculan motorsikal tersebut sentiasa menjadi perhatian pengguna-pengguna jalan raya. Lebih-lebih lagi bila Qhairul memecutkan motornya ke depan semasa menunggu di lampu isyarat. Sebelum menuju ke destinasi utamanya hari itu Qhairul memecut motornya menuju ke sebuah restoran MD untuk menikmati sarapan pagi. Sebaik sahaja Qhairul memarkir motornya Nisha terus melompat turun. Qhairul membantu menanggal topi kaledar  di kepala  Nisha, mereka berjalan berpimpin tangan masuk ke restoran tersebut. Qhairul mengheret Nisha ke kaunter  untuk sama-sama memilih makanan sebelum mencari tempat duduk yang agak terlindung sedikit dari pandangan mata pengunjung lain.
            “Macam mana seronok  tak naik motor dengan abang?” Qhairul merenung wajah Nisha tanpa berkelip. Rambut Nisha kelihatan yang agak kusut. Qhairul turut membantu Nisha mengemas rambutnya.
            “Seronok, kenapa abang pilih naik motor hari ni?”
             “Saje, abang jelouse tengok mat rempit jadi sesekali ingin juga nak rasa dunia mat rempit tu” balas Qhairul sambil meneguk minuman milo panas dari cawannya. Mahu tergelak Nisha mendengar jawapan lelaki itu.
            “Tapi mat rempit tu bukan pakai motor besar macam abang tu, ada sesetengah tu pakai motor kapcai buruk je” Qhairul pula yang tergelak mendengar jawapan Nisha.
            “Tu kadang-kadang ada yang mati katak kat jalan raya bila kena hempit”
            “Mat rempit kena hempit lalu mati tersepit” mereka berdua akhirnya ketawa terkekek-kekek mendengar intonasi ayat yang direka oleh Nisha.
            “Lepas ni kita nak pergi mana bang”
            “Rahsia, sampai sana nanti baru abang beritahu”
Selesai sarapan, Qhairul meneruskan perjalanan menuju ke satu tempat. Tanda jalan menuju ke negeri Pahang. Hampir satu jam perjalanan hingga sampai ke kawasan pergunungan. Qhairul memberhentikan motorsikalnya di tepi sebuah lereng di atas pergunungan tersebut.
            “Lihat bawah tu cantik tak” Qhairul menunjukan kebun sayur-sayur yang terdapat di sekeliling lereng tersebut,
            Nisha melihat arah yang dimaksudkan oleh Qhairul. Dia cukup kagum dan teruja dengan keindahan permandangan di tanah tinggi itu. Tempat itu sebelum ini cuma mampu dilihatnya dalam kaca tv. Sambil tersenyum Nisha menganggukkan kepalanya.
            “Tu kebun strawberri abang, jom kita ke sana”
            “Betul ke abang ada kebun strawberri?”tanya Nisha seperti tidak percaya.
            “Ya, dalam 5 ekar macam tu, dah 5 tahun abang usahakan tanaman tu”
            “Bestlah.Nisha nak makan buah strawberry abang banyak-banyak boleh ke?”
            “Boleh, kalau sakit perut jangan salahkan abang” balas Qhairul sambil tersenyum memandang Nisha. Nisha akhirnya tergelak.
            Qhairul menyimpan motorsikalnya tidak jauh dari situ, dia kemudian memimpin tangan Nisha berjalan kaki melalui lorong kecil menuju ke kebun Strawberri miliknya. Seorang pekerja dari kebun tersebut menyambut kedatangan Qhairul.
            “Ini Uncle Rani ketua pekerja yang jaga kebun strawberri abang” Nisha melemparkan senyumannya pada lelaki yang bernama uncle Rani itu.
            “Kat sebelah sana tu dah  boleh dipetik bos” beritahu Uncle Rani
Qhairul menarik tangan Nisha menuju ke tempat yang diberitahu oleh Uncle Rani.
            Sebaik sahaja tiba di situ, tanpa berlengah Nisha memetik  sebiji buah strawberri kemudian memasuknya ke dalam mulut.
            “Emm manisnya, nak lagi lah”Qhairul tergelak melihat gelagat Nisha.
Hampir 10 biji dipetik dan dimakannya.
            “Nisha petiklah letak dalam plastik ni bawa balik untuk Kak Rozi” Nisha menganggukkan kepalanya mendengar cadangan Qhairul.
‘Yalah aku ni asyik makan je tak ingat langsung nak bawa balik untuk Kak Rozi, kasihan Kak Rozi dapat adik macam Nisha ni’ omel Nisha dalam hatinya.
            “Abang, tu kebun bunga siapa?”tiba-tiba Nisha terpandang  bunga ros pelbagai warna sedang mekar tidak jauh dari kebun strawberri itu.
            “Abang jugak, kalau Nisha suka pergilah petik abang hadiahkan sekebun bunga tu untuk Nisha”
            “Abang jangan buat lawak boleh tak”
            “Betul sayang, tu memang kebun bunga abang kalau tak caya tanya Uncle Rani tu”
            “Malaslah Nisha nak petik, kalau kita naik kereta tadi oklah jugak tapi kitakan naik motorbikes mana nak letak?” kata-kata Nisha memang ada logiknya. Qhairul menganggukkan kepalanya.
            “Cuaca macam nak hujanlah bang, sempat ke kita balik KL” Nisha melihat langit yang sudah  gelap menandakan hujan akan turun.
            “Kalau tak boleh balik kita tidur sini je”
            “Tidur kat mana?”
            “Tu rumah abang ada” Qhairul menunjuk sebuah rumah banglo dua tingkat dalam jarak 500 meter dari situ.
            “Kita berdua je?” Nisha mengerutkan dahinya.
            “Kenapa Nisha takut ke?”Qhairul tersenyum nakal.
            “Mestilah muka abang tu mana boleh percaya”
Qhairul yang agak geram dan tercabar mendengar kata-kata Nisha terus bergerak dan cuba menangkap dan memeluk gadis itu dari belakang, Nisha terus berlari dan menjerit tanpa memperdulikan keadaan sekeliling. Qhairul terus mengejar dan terus cuba menangkap gadis itu. Nisha yang tidak tahu ke mana arah tuju terus berlari menuju ke kawasan kebun bunga. Nisha cuba bersembunyi di antara pokok-pokok bunga yang tinggi. Kebetulan waktu itu semua pekerja kebun bunga tersebut sudah balik untuk makan tengah hari begitu juga Uncle Rani penjaga kebun strawberri tadi.
            Nisha yang terkedek-kedek mengendap di sebalik bunga tidak sedar kehadiran Qhairul di belakangnya. Nisha menjerit kuat apabila tubuhnya dipeluk oleh seseorang dari belakang.
 “Ingat boleh lari dari abang  ke?”.
 “Hah…lepaslah Nisha bang, Nisha janji tak kutuk abang lagi, please!” Nisha meronta dalam pelukan Qhairul. Qhairul sengaja tidak mendengar rayuan Nisha. Rangkulannya semakin dieratkan.
            “Apa jaminan yang Nisha tak kutuk abang lagi”
            “Sumpah!”
            “Tak”
            “Janji!”
            “Juga tak”
            “Want a kiss”
            “Tak nak”
            “If you do not want, I will not let you go”
Nisha terdiam sejenak cuba memikir sesuatu.
            “Ok, promise but this time only”
            “Ok, abang promise”
            Nisha memalingkan tubuhnya mengadap  lelaki itu, dengan dada yang berdebar-debar akhir dia terpaksa menghadiahkan ciumannya di pipi lelaki itu.
“Thank you, I hope it will be felt once again sayang”
“Kalau nak lagi tunggu dalam mimpilah bang” balas Nisha lalu terus mencebik bibirnya. Qhairul tergelak dan seronok melihat bibir mungil itu mencebiknya membuat hatinya semakin geram.
”Jom kita pergi rumah abang, hujan dah mula turun tu” Qhairul menarik tangan Nisha menuju ke tempat simpan motosikalnya.
Tiba di depan banglo, Qhairul menyimpan motornya di dalam garaj, seorang wanita separuh umur membuka pintu utama.
            “Masuklah cik, nanti kena hujan” Nisha menuruti langkah wanita itu hingga ke ruang tamu.
            “Cik duduk dulu, nanti makcik hidangkan air” belum sempat Nisha membuka mulut wanita itu sudah berlalu ke dapur. Qhairul muncul sambil mengibas-gibas air hujan pada jeket kulit di tubuhnya.
            “Kalau hujan tak teduh hingga esok, kita terpaksa bermalam di sini” ujar Qhairul sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa di sebelah gadis itu.
            “Harap-haraplah hujan ni tak lama sangat”sahut Nisha pula.
            “Harap gitulah” sambung Qhairul lagi.
Wanita separuh umur tadi muncul dengan 2 cawan air milo panas.
            “Dato’ datang naik motor aje ke” tanya wanita itu pada Qhairul
            “Ya, Abang Daud mana Kak Esah?”
            “Dalam bilik tengah solat Zohor” mendengar perkataan Zohor, Nisha baru teringat dirinya belum lagi menunaikan kewajiban itu.
            “Saya nak tumpang solat boleh?” Kak Esah memandang wajah Nisha kemudian dia tersenyum.
            “Kalau Nisha nak solat nanti ikut abang, solat kat bilik atas, tapi minum dulu”.
Selesai menghabiskan minumannya, Nisha membuntuti Qhairul naik ke tingkat atas, Qhairul menunjukkan pada sebuah bilik tamu.
            “Nisha guna bilik ni, telekom ada sekali di dalam tu”
            “Ok bang”, jawabnya lalu terus kakinya melangkah masuk ke dalam.
            “Jangan lupa pukul 1.30 nanti turun bawah kita makan tengah hari” Nisha cuma mengangguk kepalanya kemudian terus menutup daun pintu bilik itu.
            ‘Nisha kenapa buat abang gila macam ni” masih terasa hangatnya ciuman Nisha tadi Qhairul tersenyum sendiri di dalam biliknya sambil menggelengkan kepalanya. Usai solat Zohor Qhairul terus keluar dari bilik menuju ke dapur. Kak Esah kelihatan sedang menghidang lauk pauk di atas meja. Semalam  Qhairul sudah menghubungi wanita tersebut supaya menyediakan makan tengah hari untuk dirinya dan seorang kawan yang akan menemaninya ke situ.
            Kak Esah tersenyum melihat kemunculan Qhairul. Lelaki itu kelihatan semakin kacak dan berseri-seri di mata Kak Esah.
            “Comel sungguh orangnya Dato’, kalau nak ikut pandangan Kak Esah, sesuai benar dengan Dato’” Kak Esah menegur Qhairul sebaik sahaja lelaki itu melabuhkan punggungnya di atas kerusi.
            “Kalau ikutkan hati saya ni Kak Esah sekarang pun saya sanggup kahwin tapi nak buat macam mana dalam bab-bab macam ni saya jadi bodoh pulak” ujar Qhairul lalu tergelak kecil.
“Jadi Dato’ ni masih simpan perasaanlah ya” tambah Kak Esah lagi.
Qhairul cuma tersenyum, macam tahu-tahu je Kak Esah ni, namun tiada ungkapan yang sesuai untuk menjelaskan kedudukan yang sebenarnya.
“Jangan tunggu lama-lama Dato’, bunga yang macam tu ramai yang ingin memetiknya” sambung Kak Esah sambil tersenyum.
Semasa menuruni  tangga Nisha terdengar suara orang sedang berbual di dapur.
“Hai sayang, mari sini” melihat kelibat gadis tersebut Qhairul terus menegurnya sambil menarik kerusi di sebelahnya. Nisha melempar senyuman pada Kak Esah kemudian melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah Qhairul.
“Kita tunggu hujan betul-betul teduh baru kita balik KL” Qhairul bersuara lagi.
“Elok kita balik selepas waktu asar jelah bang” sahut Nisha sambil memandang wajah Qhairul.
“No problem, lepas makan nanti boleh jugak abang rest sikit, abang letihlah main kejar-kejar dengan seorang budak kat kebun tadi tu” ucap Qhairul sambil tersenyum nakal menjerling gadis di sebelahnya.
“Bila..budak mana bang?” Wajah Nisha kelihatan bersungguh-sungguh ingin tahu.
Qhairul tergelak melihat muka polos Nisha.
“Budak yang suka makan buah strawberi tadi” balas Qhairul bersahaja. Nisha yang baru dapat menangkap maksud kata-kata Qhairul terus bertindak.
“Abang ni kan, nah rasa ni sakit tak?” Nisha terus mencubit lengan lelaki itu agak lama sehingga Qhairul menjerit minta dilepaskan.
“Adoi! lepaslah sayang sakitlah”
“Sekarang apa jaminan abang tak kenakan Nisha lagi? kalau tak Nisha tak lepaskan?”
“Ok, abang sumpah!”
“Janji”
“Boleh caya ke muka abang ni?”
Kak Esah yang sedari tadi menjadi penonton wayang percuma cuma tersenyum melihat gelagat Nisha dan Qhairul. Nisha  melepaskan cubitannya. Qhairul menggosok-gosok bekas cubitan di lengannya. walaupun terasa sakit tapi demi kerana yang tersayang Qhairul senyum kembali.
“Jangan-jangan Nisha ni keturunan ketam tak Kak Esah” Kak Esah dan Nisha tergelak mendengar kata-kata Qhairul.
Selesai makan, Nisha ingin  membantu Kak Esah mencuci pinggan mangkuk di dapur tetapi ditegah oleh wanita itu.
“Cik Nisha pergilah berehat kat atas, biar Kak Esah cuci pinggan-pinggan tu”
“Kalau macam tu, Nisha tolong Kak Esah bersihkan meja ni dululah ya, lepas tu baru Nisha naik”
Kak Esah tidak mampu lagi menahan kemahuan gadis itu hendak membantunya di dapur, dia membiarkan Nisha melakukan kerja sehinggalah gadis itu menyudahkannya dan kemudian Nisha berlalu naik ke tingkat atas untuk berehat sementara menunggu masuk waktu solat Asar.
Matahari mula memancarkan sinarnya walaupun titisan halus air hujan masih lagi  kelihatan jatuh menyapa bumi.
“Biasanya kalau lepas hujan muncul matahari, mesti muncul pelangi” Nisha terus berlari ke balkoni bilik itu, seperti yang dijangka Nisha melonjak kegembiraan melihat pelangi indah terbentang di kaki langit.
 “Nak beritahu abang Qhairullah” Nisha terasa ingin hendak berlari ke bilik sebelah mendapatkan Qhairul, tapi cepat-cepat Nisha mematahkan semula niatnya.
Nisha duduk seorang diri di lantai balkoni sambil mulutnya menyanyi-nyanyi kecil mendendang lagu allahyarhan Sudirman bertajuk ‘Pelangi petang’. Lagu yang mengingatkan pada arwah kedua orang tuanya. Air mata yang berlinang di kelopak mata disekanya perlahan-lahan dengan tangan.Tiupan angin sepoi-sepoi menerjah di seluruh ruang balkoni begitu memberi keselesaan pada dirinya ketika itu. Dia memejamkan mata sambil menyandarkan belakangnya pada dinding balkoni. Setitik demi setitik air mata mula mengalir ke pipinya. Kenangan-kenangan lalu yang begitu berharga kembali mengulit perasaannya. Bukan semua gadis di dunia ini boleh merasa apa yang dikecapi kini. Adakah aku cukup beruntung ataupun sekadar menumpang tuah? bagaimana penghujung perjalanan hidupnya nanti. Adakah kebahagian menanti di penghujung perjalanan hidupnya. Nisha akhir terus terlena dalam menilaikan erti kehidupan yang dikecapinya kini.
Qhairul tercari-cari ke mana hilangnya Nisha. bila ditanya pada Kak Esah, wanita itu memberitahu Nisha sudah naik ke atas dan masuk ke bilik. Wajah Qhairul dibayangi rasa cemas, entah kenapa dalam beberapa minit jika tidak melihat kelibat gadis itu dia mula rasa kehilangan dan kerinduan. Satu perasaan yang sering mendesaknya untuk terus menatap wajah Nisha dan pada dirinya dia bertanya jika ini bukannya cinta, mungkin juga diriku memang sudah gila.
Qhairul membuka daun pintu bilik, sunyi sepi, bilik air senyap dan kosong, Nisha dah lari ke? soalan bodohnya tiba-tiba bermain di fikirannya. Terpandang pintu balkoni terbuka, kakinya terus melangkah untuk melihat di situ.
“Ala..di sini rupanya” lalu dirapatinya tubuh yang sedang melentok di tepi dinding, ada sisa air mata di pipinya.
“Kenapa tidur kat sini sayang?” soalan tiada jawapan kerana Nisha sedang hanyut bersama mimpinya. Tanpa menunggu lama, tubuh kecil itu dicempungnya masuk ke dalam kemudian diletakkan di atas katil. Qhairul merenung wajah comel itu untuk seketika kemudian dia tersenyum. Rambut yang menutupi dahi gadis itu ditolaknya ke atas, satu ciuman hinggap di dahi gadis itu.
“Sayang rehatlah sementara tunggu waktu asar” bisiknya perlahan lalu melangkah meninggalkan Nisha sendirian di dalam bilik itu.
“Dato’ dah jumpa Cik Nisha ke?”Qhairul bertembung dengan Kak Esah sewaktu menuruni tangga.
“Dah, dia tertidur  di bilik”
“Macam mana Dato’ nak balik petang ni jugak ke?”
“Ya, lepas asar nanti, saya nak ke garaj sekejap”
Qhairul membersih kotoran yang terdapat pada motorsikalnya akibat percikan tanah sewaktu hari hujan tengah hari tadi.
            “Motor baru ke Dato’?” tegur Abang Daud yang tiba-tiba muncul dari arah belakang.
“Ehh...Abang Daud rupanya, yalah bang” jawab Qhairul yang agak terkejut dengan kemunculan Abang Daud tiba-tiba di belakangnya.
            “Yang lagi sebuah tu masih ada ke?”
            “Saya dah jual dengan kawan”
            “Nampak yang ni lebih besar dan hebat dari motor yang dulu, berapa harga motor ni Dato’?”.
“Termasuk cukai dalam seratus ribu macam tu”
“Subahanallah, mahal jugak sama harga kereta yang anak Abang Daud beli hari tu”
Qhairul tersenyum mendengar kata-kata Abang Daud.
“Kalau macam tu ni dah boleh jadi bini nombor 2 Dato’ selepas kereta Lamborghini Dato’ tu”
“Bukan nombor 2 bang Daud tapi nombor 3”sahut Qhairul sambil tersenyum.
Abang Daud agak kehairanan mendengar jawapan Dato’ Qhairul.
“Dato’ dah beli kapal terbang ke?”tanya Abang Daud seperti ingin tahu lebih lanjut perihal benda-benda kesayangan majikannya itu. Qhairul sudah tergelak.
“Kereta saya tu dah jadi nombor dua, motor ni nombor 3, yang nombor satu ada kat atas tu tengah tidur”jawab Qhairul malas mahu berahsia dengan Abang Daud. Abang Daud yang baru dapat menangkap maksudnya akhirnya tergelak mendengar jawapan Qhairul.
“Jadi bila nak langsungnya Dato’, ingin benar nak makan nasi minyak Dato’, perkahwinan Dato’lah yang saya dan Kak Esah paling ditunggu-tunggukan” gembira mendengar berita majikan akhir sudah berjumpa wanita yang berjaya menambat hatinya.
“Saya ni any time je bang Daud kalau yang punya tubuh kata on, saya memang tak nak tunggu lama-lama, kalau boleh hari ni  jugak saya kahwin”. Entah kenapa lancar sahaja mulut memberi jawapannya begitu kepada Abang Daud sedangkan antara dia dan Nisha belum ada sebarang hubungan yang pasti.
“Betul tu Dato’, jangan tunggu lama-lama nanti dikebas orang?”
Pandai juga Abang Daud bergurau, tergelak sakan Qhairul dibuatnya.

Bab 17
Seperti yang dijanjikan, selepas solat asar Qhairul dan Nisha meninggalkan banglo tersebut dan kembali semula ke Kuala Lumpur. Seperti biasa Kuala Lumpur tetap sibuk dengan pelbagai aktiviti  manusia. Qhairul tersenyum memandang Nisha sebaik sahaja menyimpan motosikalnnya di salah satu tempat parkir motorsikal yang disediakan di Berjaya Times Square.
 “Hello bro, Ducati, cayalah lu, motor besar, awek cun” tegur suara seorang mat motor. Lelaki itu Nampak khusyuk benar menilik-nilik motorsikalnya. Dalam perjalanan menuju ke pintu utama Qhairul dan Nisha terserempak dengan Shelly salah seorang antara ramai  wanita yang pernah mendampinginya  suatu masa dulu.
“Hai Dato’ Qhairul, long time no see you, you pergi mana selama ni?” Shelly menegur Qhairul.
“I masih lagi kat planet ni cuma I  sibuk sikit sebab layan buah hati I dari kayangan ni”sambil tangannya memeluk mesra pinggang Nisha. Nisha tersenyum kepada Shelly tapi mata wanita itu tajam merenungnya. Mungkin cemburu kot.
“Mari sayang ” Nisha menurut sahaja kata-kata Qhairul. Mereka berjalan berpegangan tangan masuk ke bangunan BTS.
“Macam mana, sayang happy tak hari ni?” walaupun tersenyum tapi Nisha sebenarnya masih kekok dengan panggilan seperti itu namun mulai hari itu nampaknya dia terpaksa membiasakan diri.
“Happy sangat!” jawabnya kemudian matanya terpandang seseorang yang seperti asyik memandang ke arah mereka berdua. Lelaki itu terus menghampiri mereka dengan lebih dekat.
“Hai! tak sangka pulak petang ni dapat jumpa  Hero Malaysia kat sini ”
Qhairul berpaling mencari arah  suara yang menegurnya.
“Hai Rul, nak ke mana ni?”sambil menegur Qhairul matanya lelaki itu tertumpu pada gadis yang berdiri di sebelah Qhairul.
“Eh..Jack, saje ajak my sweetheart jalan-jalan kat sini, kau sihat? lama tak nampak?”
“Aku ok je, ni siapa boleh tahan tak nak kenalkan dengan aku ke?”matanya masih lagi melekat ke wajah Nisha.
“Nisha, yang ni one hundred percent I punya, tak da siapa boleh sentuh” jawapan yang membuatkan Jack membutangkan mata bagai tidak percaya apa yang didengarnya.
“Lain je bunyinya Rul, oh ya kau orang berdua naik motor ke?” tanya Jack lagi
“Yes, kenapa kau nak ajak aku merempit ke malam ni”
Lelaki itu tergelak mendengar kata-kata Qhairul.
“Kalau kau berminat apa salahnya, membantu melaris jualan akhbar esok sebab tajuk muka depannya ‘billionaire dicekup polis kerana terlibat dalam lumba haram dan merempit” balas Jack sambil tergelak besar. 
“Sekali sekali lepas gian tak salahkan” keduanya pun tergelak bersama.
“Oh ya malam ni Bakar atur lumba, kau nak tengok ke?”
“Di mana?”
“Tempat biasa”sahut Jack.
“May be lah kalau buat hati aku ni setuju, oklah aku minta diri dulu”
Lelaki itu cuma menganggukkan kepalanya, matanya asyik menjerling pada Nisha. Keadaan itu membuatkan Qhairul tidak betah berbual lama dengan Jack, cemburu menguasai diri apabila Nisha sentiasa menjadi perhatian mata Jack.
“Siapa tu, kawan abang ke?”Tanya Nisha sebaik sahaja mereka berlalu meninggalkan lelaki yang bernama Jack tersebut.
“Jack, salah seorang gangster besar KL ni”
“Patutlah rupa pun semacam, macam rockers pun ada”
“Abang pun bukannya suka bergaul sangat dengan orang macam tu, cuma ada ketikanya kita perlukan orang macam tu, tapi tadi abang tak suka cara dia pandang Nisha, buat abang cemburu” bisik Qhairul jujur ke telinga gadis tersebut. Nisha tersenyum mendengarnya.
“Nisha pun takut, macam nak telan Nisha je,.seram”.
“Tak pa, dia takkan berani ganggu girls friend abang” balas Qhairul lalu mencuit hidung Nisha.
Seronok menghabiskan masanya seharian bersama Nisha. Telatah nakal dan manja Nisha membuat hatinya terhibur. Menghabiskan masa bersiar-siar di BTS, Qhairul mengajak Nisha ke Putra Jaya, di situ mereka berdua bersolat maghrib di Masjid Besi.
            “Kenapa ya masjid ni dinamakan Masjid Besi?” Nisha memerhati di sekeliling masjid itu kemudian duduk di pinggir kolam air yang terdapat dalam masjid itu. Dari situ dia dapat melihat keindahan jambatan Putra Jaya
            “Sebab hampir semua bahan binaannya diperbuat dari besi, tengok saja tangga kat dalam tadi tu, tak da masjid lain dalam Malaysia ni guna tangga eskulator di dalamnya.” Jawab Qhairul memberi penerangan serba sedikit maklumat kenapa masjid itu dinamakan masjid besi..
            “Sayang lapar tak?”
“Emmm  laparlah jugak” jawab Nisha sambil memegang perutnya.
“Kita makan kat tasik tu nak?”
“Mana-mana je lah bang” Qhairul memimpin tangan Nisha menuju ke restoran air Putra Jaya, restoran yang menyingkap kenangan makan malam pertama Nisha dan Tengku Farid. Setelah membuat pesanan, Qhairul cuba mengingatkan Nisha satu peristiwa.
            “Nisha tentu ada kenangan di restoran ni kan?” cuba menguji ingatan Nisha. 
            “Ada, fisrt date Nisha dengan Tengku Farid, tapi kalau tak silap abang yang aturkan”
            “Ya, Nisha nak tahu kenapa?”Nisha menggelengkan kepalanya.
            “Kan malam tu Tengku Farid nak dengar suara hati Nisha sendiri, abang sengaja pilih tempatni coz kalau Tengku Farid frust sebab Nisha tak terima dia sebagai kekasih atau kawan. Abang nak bantu je kalau dia nak tunjuk frust sangat terjun je dalam tasik ni” Nisha tidak dapat menahan rasa geli hati terus gadis itu tergelak mendengar cerita Qhairul.
            “Abang ni kan memang otak buli, nasib jugak Nisha terima dia jadi kawan kalau tak keluar news paper esok hari Tengku Farid jadi Putera Katak sebab lemas dalam tasik Putra Jaya” sambung Nisha pulak sambil terus tergelak.
“Ha..ha..ha..Nisha ni lagi pandai buat joke, tak terfikir pulak abang pasal prince frog pulak”
“Kita ni gelak dan mengumpat Tengku Farid, kang dia sumpah kita berdua jadi katak baru padan muka abang” tambah Nisha lagi.
“Kalau Nisha jadi katak tentu jadi katak yang tercomel dalam tasik ni kan” tambah Qhairul lagi seronok mengusik Nisha.
“Macam mana agaknya rupa katak comel tu ya, kena tunggu putera raja cium baru boleh jadi manusia balik, alamat kena minta cium Tengku Faridlah pulak”. Nisha tergelak lagi.
“No..no..no tak boleh, Abang lebih sanggup lihat Nisha terus jadi  katak dari Nisha dicium oleh Tengku Farid” Qhairul menyuarakan rasa tidak setujunya..
“Abang tunggulah puteri Fiona cium abang pulak”. Qhairul mengeleng-gelengkan kepalanya.
“Tak nak, abang bukan Shrek, abang sanggup jadi katak selamanya dan tinggal dalam kolam ni asal dapat hidup dengan Nisha” balas Qhairul dengan yakinnya.
“Ha..ha..ha.. lawaklah abang ni, kalau kita jadi katak selamanya bererti Nisha kena bertelur dan anak-anak kita nanti orang panggil berudu..ha..ha..ha” Nisha menekan perutnya menahan gelak. Tak habis-habis gelak mereka berdua malam itu. Qhairul sampai menekan perut menahan ketawa.
Tanpa di sedari meja mereka menjadi perhatian pengunjung lain yang berada di restoran tersebut sebab gelak ketawa mereka berdua sampai kedengaran ke telinga mereka. Qhairul mengangkat  tangannya pada pengunjung yang memandang  ke arah meja mereka sebagai tanda minta maaf kerana menganggu ketenangan awam. Usai makan Qhairul mengajak Nisha bersiar-siar menikmati keindahan panorama di sekitar Putra Jaya setelah bersolat Isya’ di masjid Putra Jaya. Banyak yang berubah dalam hidup Qhairul sejak Nisha muncul. Dalam bersuka ria Nisha tidak lupa mengingatkan bahawa sepertiga waktu menjalani kehidupan harian hendak diguna untuk mengingati yang maha Esa.
Sebelum balik, Qhairul sengaja membawa Nisha singgah sekejap ke lokasi mat-mat motor kerap berkumpul pada setiap malam minggu. Berjumpa dengan teman-teman dan bodyguard gelapnya di situ. Dari jauh Nisha gerun melihat berpuluh-puluh buah motosikal kecil dan besar dengan penunggang yang membawa pasangan masing-masing sedang berkumpul di situ. Semua mata tertumpu melihat kemunculan sebuah motosikal Ducati multistrada.  Kemunculan Qhairul menjadi perhatian semua malah seperti menyambut tetamu terhormat. Semua  mat-mat motor menghampiri dan mengelilinginya menyambut kedatangannya seperti semut mengerumuni gula.
“Oi..kawan-kawan tengok siapa datang tu!” kedengaran suara salah seorang dari mat motor menjerit kuat.
“Hero  Malaysialah,”
“Hello kawan-kawan, Hero Malaysia  bawak Ducati multistrada 1.2slah, cayalah bro”
“Ni baru lelaki terhebat di Malaysia”
“Duit banyak bro, motor harga satu juta pun dia boleh beli, bukan macam kita kapcai pun susah nak dapat” kedengaran suara salah seorang mat motor lagi.
“Tengok malam ni siap bawak awek sekali”. Nisha turun dari motorsikal diikuti oleh Qhairul. Selepas Qhairul menanggalkan helmetnya, dia membantu Nisha membuka tali helmetnya pula. Kini tumpuan kepada motorsikal Ducati multistrada 1200s mula berkurangan tapi beralih pula kepada gadis jelita yang menemani Qhairul malam itu. Sewaktu gadis itu membuka helmet dan membetulkan rambutnya semua mata mat-mat motor tertumpu dan memandang gadis itu tanpa berkelip. Qhairul tersenyum melihat aksi-aksi mat motor tersebut, dia terus meraih meraih dan mengenggam tangan Nisha dan menarik tubuh gadis tersebut merapatinya bimbang mat-mat motor melakukan perkara yang di luar dugaan.
            “Caya bro, lu memang lelaki terhebat di Malaysia ni, lu bawa puteri dari kayangan kah bro?”kata salah seorang mat motor.
            Gadis-gadis pasangan kepada mat-mat motor yang ada di situ turut memberi tumpuan kepada pasangan tersebut. Ingin melihat gadis bertuah yang mendampingi lelaki billionaire tersebut.
            “Siapa ni bro, cun giler bro, tak tidur gua malam ni”
            “You memang bertuah bro dapat awek cun macam bidadari, duit banyak, motor tak payah cakap”tegur yang seorang lagi.
            “Boleh kasi can kami berkenalan  sama lu punya awelah bro”.tambah seorang lagi mat motor.
            “Sorry lah gangs, kalau duit any time I boleh kasi tapi kalau buah hati I ni sorry, kau orang nak sentuh bayangnya pun I tak kasi” beritahu Qhairul biar didengar oleh semua mat motor yang ada di situ. Qhairul memeluk pinggang Nisha agak lebih rapat dengannya.
Teman-teman wanita mat-mat motor yang berkepit dengan awek masing- masing seolah-olah cemburu melihat cara lelaki jutawan itu melayan teman wanitanya.
            “Sayang, jangan jauh dari abang tau, ikut je semua cakap abang” bisiknya ke telinga Nisha bila melihat semakin banyak mat-mat motor mengerumumi mereka. Nisha yang tadinya  begitu cuak, lega apabila Qhairul memberitahunya begitu, tiada tempat yang lebih selamat ketika itu selain berada dekat di sisi lelaki itu.
            Seorang lelaki muncul lalu melangkah menghampiri Qhairul, semua mat motor memberi laluan  padanya. Sesuai dengan badannya yang besar dan mukanya yang bengis, lelaki itu sebenar salah seorang bos besar dalam kumpulan mat motor tersebut. Lelaki itu mendekati Qhairul lalu berjabat tangan, sambil matanya menjerling memandang ke arah Nisha yang berdiri rapat di sebelah Qhairul.
            “Lama tak muncul bos, tak silap hampir lima bulan”tegur lelaki sasa itu.
            “I sibuk, banyak bisness baru kat oversea, I cuma ada masa rehat 3 jam setiap hari” beritahunya jujur kepada lelaki tersebut.
            “Ni siapa, bidadari ke, selama ni tak pernah pun bawa awek, special ke?” Bakar lalit memandang Nisha.
            “Yup!Nisha, bidadari buah hati kesayangan I” balas Qhairul dengan riak wajah yang menunjukkan dia  betul-betul bermaksud  serius dengan apa yang dituturkannya.Lelaki itu menanggukan kepalanya.
“Bila aku kata macam ni aku harap kau faham, nyawa dia seperti nyawa aku dan Zamree. Sebagaimana kau hormati aku dan Zamree macam itu juga kau perlu hormati dia dan tolong aku lindungi dirinya”.
“Kau pun tahukan aku tak pernah hampakan kau selama ini dan aku sanggup pertarungkan nyawa aku untuk kau” tambah lelaki itu lagi.
“Yes I know that and thank you about it”balas Qhairul lagi.
“I beritahu you, Roy masuk lokap dua malam lepas sekatan lumba haram, perlu ikat jamin RM5K, isteri dia sekarang tengah sarat nak bersalin tapi dia tak tahu Roy sekarang dalam lokap”lelaki tersebut mula bercerita.
“Kau pun nak buat lagi malam ni kan, aku harap kau tak tambahkan bilangan orang kau
dalam lokap tu”balas Qhairul.
            “Aku dah pasang semua spy, line semua clear”.
            “Oklah, aku tak boleh lama dengan kau orang semua, buah hati aku ni tak boleh tidur lewat”,sambil menarik Nisha rapat dalam pelukannya.
“Ni untuk bebaskan Roy, bakinya pandai-pandai kau uruskan”Qhairul mengeluarkan sekeping cek bernilai RM25K dari poket bajunya lalu dihulurkannya kepada lelaki tersebut.
“Terima kasih bos, bos jangan bimbang, orang-orang kita sentiasa di temapt masing-masing untuk perhatikan dan lindungi keselamatan  bos dan orang-orang kesayangan bos” jawab lelaki itu nampak begitu gembira setelah mendapat habuannya.
“Oh ya sebelum aku terlupa, Tengku Farid tidak ada masalah dengan aku, tolong jangan buat hal dengan dia pulak” tambah Qhairul lagi.
Qhairul memerhati jam tangannya hampir pukul 12 tengah malam.
“Jom sayang, kita balik” Qhairul mendekati motorsikalnya. Selepas  memasang tali helmetnya dan di kepala Nisha agar kemas, Nisha terus naik membonceng di belakang Qhairul. Deruman motorsikal Ducati Multistrada 1200s bergema memecah keheningan malam tersebut, semua mat-mat motor memberi tumpuan sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Hebat giler. Kalau aku ada motor macam tu” terdengar teguran dari salah seorang mat motor
            “Siapa tu bos?” tanya Salleh, seorang peserta lumba malam tu. Dia orang baru dalam dunia tersebut dan belum mengenali Dato’ Qhairul.
            “Super big bos kita, Dato’ Qhairul Azamin, billionaire tu”sahut Bakar.
            “Entah berapa agaknya harga motor tu, ccnya mesti besar?”
“1200S hampir sama harga  sebuah Mercedes Benz”jawab Bakar.
            “Fuhh..dia pernah ikut lumba ke bos”tanya Salleh lagi.
            “No, siapa berani lawan motor dia tu, buang masa je kalau dia nak gadaikan nyawa dan publisiti dia sekadar nak dapatkan wang taruhan kita yang tak seberapa tu” balas Bakar.
            “Kalau dia nak berlumba pun dia akan pergi ke litar Sepang, dia tu presiden ahli kelab lumba motorcross dan grandprix Malaysia” tambah Bakar lagi.
            “Jadi kenapa dia  datang sini?”
            “Saja suka-suka, aku dan dia sama sekolah dulu, dia baik dengan aku sejak dulu-dulu lagi dan sekarang dia control semua gangster kat KL ni, tiada siapa berani kacau hidupan dia.”.
            “Jahat betul ke dia tu bos?”tanya Salleh lagi.
            “Tak, dialah sebaik-baik manusia yang pernah aku kenal, dia tak pernah terlibat dengan apa-apa jenayah malah dia selalu nasihatkan kami agar buat kebaikan, tengok ni kalau pasal duit dan nak tolong kawan dia tak pernah kedekut” sambil tangannya menayangkan sekeping cek pemberian Qhairul. Bakar adalah ketua bodyguard gelap Qhairul yang sentiasa memasang orang-orang di setiap tempat di mana saja Qhairul berada dan kerana itu lelaki itu tidak pernah diiringi oleh bodyguardnya di mana-mana dia berada.  Setiap bulan Bakar akan berjumpa Qhairul untuk mengambil gaji untuk semua orang-orangnya.           
Malam itu Nisha sampai di rumah hampir pukul 1 pagi, Kepenatan menerjah seluruh tubuhnya, seharian keluar menemani Qhairul menjadikan hubungan mereka begitu akrab dan mesra seperti pasangan yang sedang hangat bercinta. Nisha kini menjadi sebahagian dari kehidupan Qhairul, sikap perihatin dan layanan mesra Dato’ Qhairul semakin mendekatkan lagi perasaan Nisha kepada lelaki itu .
Sepanjang hari Ahad Nisha ingin menghabiskan masanya di rumah untuk menghilangkan keletihan semalam. Dia terlupa untuk memberitahu Qhairul tentang cutinya pada hari Isnin dan selasa, lantas jarinya menekan-nekan butang telefon bimbitnya mencari nombor telefon lelaki itu.
            “Hello bang, Nisha ni”
            “Ya sayang, Nisha di mana ni?
            “Kat rumah, Nisha nak beritahu abang Nisha nak minta cutilah dua hari?”
            “Cuti, kenapa sayang sakit ke?”
            “Tak, Nisha nak balik Melaka”
            “Bila tu?”
“Hari Isnin dan selasa, bolehke?
“Esok dan lusa, oklah, nanti abang beritahu Abang Zam supaya tak perlu jemput Nisha esok”.
“Terima kasih bang sebab izinkan. selamat malam”
“Ok sayang, sweet dream, apa-apa hal esok dan lusa cal abang ya”
Nisha menamatkan panggilan sambil bibirnya mengukirkan sebuah senyuman. Ya Allah, moga SPM ku beroleh kejayaan yang cemerlang.
“Assaalammualaikum kak” Nisha terus menegur Cikgu Roziah ketika dia sedang berdiri di depan pintu bilik wanita tersebut.
“Waalaikummusalam, Nisha minta cuti berapa hari?”
“Dua, Nisha tak boleh tidurlah kak, entah apa  yang Nisha dapat nanti?”
“Mesti 10A+, Kak Rozi  yakin Nisha mesti dapat punya”
“Harap-harap gitulah kak, Nisha nak buat solat, tapi top-top je bendera Jepun, buat doa kering jelah Kak Rozi” Roziah ketawa mendengar kata-kata Nisha.
Setelah membaca SMS dari Nisha malam itu menyatakan dia mengambil cuti dua hari, Zamree terus  menghubungi Qhairul.
“Rul, Nisha minta cuti dengan kau ke?”
“Ya, dia minta dua hari esok dan lusa kenapa?”
“Kenapa, Nisha sakit ke?”
“Tak, aku pun lupa nak tanya kenapa, jadi esok tak payahlah kau jemput dia”
“Ok, esok jumpa di pejabat”balas Qhairul lalu menamatkan panggilannya.
Sepanjang malam sewaktu berada dalam biliknya, Qhairul asyik tersenyum sendiri. Ketika matanya terbuka atau tertutup, wajah Nisha tetap menjelma.Walaupun di depan matanya dia tetap merindui gadis itu. Rindu pada wajahnya yang comel, rindu pada tubuhnya yang seksi dan menghairahkan, rindu pada tingkahnya yang manja, rindu pada suaranya yang menggoda, rindu pada kenakalannya dan apa jua yang  dimiliki  gadis itu cukup mempersonakan dan menakluk semangat kelakiannya dan inilah perasaan pelik yang pertama kali muncul dan pernah dirasai dalam hidupnya setelah mengenali ramai wanita.
Jiwanya kini begitu kemaruk cinta terhadap Nisha. Walaupun dalam gelap, bayangan gadis itu tetap mampu dilihat. Ketika makan, ketika minum, ketika mandi hanya wajah Nisha sering muncul di depannya matanya. Hari ke hari, detik ke detik jiwanya semakin parah.
‘Nisha ni betul-betul buat aku gila, setiap degupan jantungku dan setiap hembusan nafasku, serta setiap kelipan mataku  semuanya Nisha, patutkah aku teruskan cinta aku pada gadis belasan tahun ni, tapi kalau aku tak dapat Nisha aku pasti menyesal sepanjang hayat, aku akan terus gila, Nisha adalah penawar segala-galanya, apa harus aku buat sekarang pendam perasaan gilani atau aku harus berterus terang pada Nisha’.Qhairul mengeluh sendiri memikirkan penyakit baru yang dideritanya kini. Kali ini dia betul-betul rebah dan kalah oleh seorang perempuan, dia kalah dalam melawan perasaannya. Dia malu pada dirinya sendiri kerana jatuh cinta pada gadis belasan tahun. Memang benar cinta itu buta. Nisha telah menawan dan menakluk  segalanya, Nisha telah membunuh segala keegoannya, meroboh tembok yang begitu kebal selama ini.
Betul kata Wazir, kali ini dia akan menyaksikan rebah dan tewasnya seorang kasanova pada cinta seorang gadis remaja 17 tahun. Qhairul merebahkan tubuh di tilam, fikirannya terus melayang jauh bersama bayangan senyuman gadis remaja yang telah menakluk seluruh jiwanya itu. ‘Nisha! tolonglah  abang, perasaan dan jiwa abang dah betul-betul seksa dan sakit sekarang ni, dah betul-betul parah, dah betul-betul gila’batinya terus meronta-ronta memanggil nama gadis itu.

Bab 18
Cikgu Roziah cuma dapat menghantar Nisha hingga ke stesyen bas Pudu Raya. Sebelum meninggal Nisha menunggu bas ke Melaka dia sempat berpesan sesuatu kepada adik angkat kesayangannya itu.
“Nisha, akak doakan Nisha beroleh kejayaan yang cemerlang, nanti jangan lupa sms Kak Rozi keputusan SPM Nisha ya. Jaga diri!”. Kedua-dua gadis itu berpeluk sebelum berpisah.
Dengan hati yang gembira, Nisha melangkah masuk ke dalam bas yang akan membawanya balik ke Melaka. Hadiah untuk Qhairil yang telah lama di belinya di Pavillion sewaktu membeli belah hujung minggu lepas berbungkus indah dalam beg plastik yang dibimbitnya di tangan. Perjalanan yang cuma memakan masa tiga jam tidak menyempatkannya terlena. Nisha berhenti di perhentian bas yang terletak tidak berapa jauh dari kampungnya. Sambil membimbit beg pakaian yang berisi beberapa helai baju dan keperluannya serta satu beg plastik  yang berisi hadiah untuk Qhairil, Nisha melangkah menuju ke rumah mak tirinya. Dari jauh kelihatan Qhairil sedang bermain di halaman rumah, sebaik sahaja anak kecil berusia 6 tahun itu memandangnya, dia terus berlari mendapatkan gadis itu.
“Ye..ye..ye..Kak Nisha balik , Akak ada beli hadiah untuk Qhairil tak”tanya adik kecil itu kepada kakaknya.
“Ada sayang, ni hah, akah beli kereta control untuk adik tau” sambil menghulurkan bungkusan yang dibawanya kepada anak kecil itu.
“Mak Qhairil mana?” tiba-tiba Nisha teringatkan mak tirinya itu.
            “Kat atas” jawab anak kecil itu bersahaja sambil jari telunjuknya menunjuk ke atas.
Nisha melangkah anak tangga  menaiki rumah milik mak tirinya yang di bina hasil dari harga gadaian tanah ibunya. Nisha terpandang susuk tubuh mak tirinya sedang mencuci pinggan di dapur.
“Assalammualaikum mak cik”
Tanpa menyahut salam orang tua itu berpaling dan memandang ke arah Nisha.
“Hah..buat apa kau balik rumah ni, kau bukannya sapa-sapa dengan aku” entah kenapa dia terlalu benci kepada anak tirinya itu.
“Tapi mak cik saya rindu sangat nak jumpa Qhairil  dan mak cik” balas gadis itu.
“Ehh jangan kau nak berlakon depan aku, kau bukan anak aku, bapak kau tu menyusahkan hidup aku, kau keluar dari rumah aku sekarang sebelum aku bantai kau dengan penyapu ni” walaupun sudah beberapa bulan dia sudah tidak memandang wajah anak tirinya itu tapi kebencian semakin bertambah kepada Nisha.
“Sampai hati mak cik buat Nisha macam ni, mana Nisha nak tidur malam ni, Nisha terpaksa bermalam di sini malam ni kerana Nisha nak tengok keputusan SPM Nisha, esok baru ada bas balik KL lalu kat kampung kita ni” rayu Nisha pada wanita itu.
“Ehh ada ku kesah, kau boleh merempat kat mana-mana asal jangan rumah aku ni, aku kata berambus..berammbusss” orang tua itu menjerit menghalau anak tirinya. Melihat keadaan Nisha yang masih berdegil tidak mahu keluar dari rumah itu, dia terus merampas beg pakaian Nisha kemudian terus melontarnya ke bawah. Nisha begitu terkejut lalu menangis  tersedu-sedu menuruni tangga rumah tersebut kemudian mengutip beg pakaiannya kemudian berlalu meninggalkan rumah itu dengan perasaan yang terlalu sedih.
“Akak! Akak pergi mana, kan akak baru sampai” Qhairil berlari mengejarnya.
“Akak nak ke ruman Tok Suib nak hantar barang, Qhairil balik ya jangan ikut akak” kepala adiknya diusapnya dengan tangan. Qhairil mengangguk lalu balik semula ke rumahnya.
Nisha terus melangkah kakinya menuju ke rumah Haji Suib ketua kampung di situ. Haji Suib dan isteri Hajah Timah  banyak mengetahui kisah hidupnya. Sejak kecil lagi kedua suami isteri itu telah banyak menolongnya.Walau pun tiada hubungan persaudaraan kedua suami isteri itulah tempat dia selalu mengadu jika dimarahi dan diseksa oleh mak tirinya.
            “Tak palah Nisha, kau tidurlah di sini malam ni, kalau kau nak pergi lihat keputusan SPM kau kat sekolah tu, kau tinggallah dulu beg pakaian kau tu, tak perlulah kau heret ke beg pakaian kau tu hulu ke hilir”.ujar Mak Timah yang begitu simpati pada nasib gadis itu. Nisha mengangguk setuju dengan cadangan wanita tua itu.
Di hadapan bilik pengetua berpusu-pusu bekas pelajar hendak melihat keputusan masing-masing  tidak terkecuali juga Nisha dan beberapa orang rakan sekelasnya.
“Qhairunnisha, pengetua nak jumpa awak”.
Dengan dada yang berdebar-debar, Nisha melangkah kakinya setelah namanya di panggil oleh Kak Asiah kerani sekolah tersebut.
“Tahniah Qhairunnisha awak dapat keputusan yang betul-betul cemerlang, betul kata Cikgu Roziah, awak memang pelajar cemerlang sekolah ni” Qhairunnisha menangis kegembiraan mendengar kata-kata pengetua yang tak henti-henti memujinya. Ucapan tahniah silih berganti kedengaran di telinganya tapi  jiwa dan perasaannya tetap tandus kerana kejayaan dan kegembiraan itu tidak tidak mampu dikongsikan bersama orang tuanya. 
            ‘Macam mana nak ku sampaikan berita gembira in pada ibu dan ayah’ bisiknya dalam hati.
Di pejabat PJ Holding Dato’ Qhairul membuka satu persatu helaian surat khabar yang sedang dibacanya, mata tertumpu pada satu helaian dan dia seperti teringatkan sesuatu.
“Patutlah Nisha minta cuti dua hari, keputusan SPM diumumkan hari ini, kenapa Nisha tak beritahu aku, kan benda ni boleh disemak secara online”, dengan pantas jejarinya terus menekan keyboard komputer ribanya yang ada di atas mejanya, dia terus pergi ke website pendidikan kemudian memasuki bahagian semakan keputusan SPM 2010. Dato’ Qhairul terus mencari salinan fotostat mykard Nisha yang tersimpan dalam laci mejanya. Setelah memasukkan nombor kad pengenalan yang diminta, selang beberapa saat terpapar keputusan SPM yang dikehendaki.
Terbeliak mata Dato’  Qhairul bila melihat keputusan yang diperolehi oleh Nisha.
“Bergeliganya otak budakni, dia dapat street 10A+. Berbaloi rupanya aku sayangkan kau Nisha, bukan je cantik, tapi otak fuhh power!.”
Dengan senyuman yang memanjang dia terus mencetak keputusan SPM Nisha untuk simpanannya.
Setelah selesai mencetak dia terus mencapai salinan my card Nisha dan kunci keretanya kemudian bergegas  keluar dari biliknya.
“Zizie, saya nak keluar sekarang, saya mungkin tak masuk pejabat untuk sehari dua ni, jangan hubungi saya sepanjang tempoh saya takda di pejabat. Apa-apa urusan atau mesyuarat awak rujuk pada Dato’  Zamree dan kalau  apa-apa benda yang dia perlu, suruh dia cari sendiri atas meja saya, ok saya pergi dulu”.Qhairul nampaknya begitu tergesa-gesa untuk pergi. Zizie tidak sempat bertanya sepatah pun kepada CEO PJ Holding itu.
Qhairul terus memecut Lamborghini ke lebuh raya menuju ke negeri Melaka. Tidak sampai dua jam  Qhairul tiba di Melaka bandaraya bersejarah itu, dengan merujuk kepada salinan my card Nisha yang dibawanya, dia agak mudah mencari alamat kampung Nisha.
Qhairul menyusuri kereta memasuki jalan berhampiran  kampung sehingga sampai ke satu kedai kopi dan kelihatan ramai orang tua dan lelaki kampung yang duduk melepak di situ. Satu perkara yang harus dibuatnya dahulu sebelum menemui Nisha yang memang pasti ada di kampung ketika itu.
Semua pengunjung kedai kopi tersebut terpana melihat kemunculan tiba-tiba kereta mewah yang tidak pernah mereka lihat sebelum ini. Jeffri seorang pegawai kerajaan anak kepada Haji Yassin  yang sedang balik bercuti di rumah ayahnya turut berada di kedai kopi tersebut sambil berbual-bual dengan penduduk kampung. Dia turut tercengang dengan kemunculan tiba-tiba Lamborghini di kampung tersebut.
“Kereta apa tu Jeff, kau sekolah tinggi dan tinggal kat bandar tentu kau tahu” tanya Pak Kamil salah seorang penduduk kampung yang duduk semeja dengan Jeffri.
“Lamborghini , kereta tu berharga berjuta-juta ringgit, hanya orang yang betul-betul kaya je yang dapat beli kereta tu, menteri pun tak dapat beli kereta tu Pak Kamil, kat KL pun susah saya saya boleh tengok kereta tu tapi hairan kenapa pulak kat kampung ni boleh jumpa pulak kereta ni” jelas Jeffri pada mereka yang duduk semeja dengannya.
Qhairul melangkah keluar dari kereta dengan ketrampilannya yang amat mudah dikenali sebagai seorang yang memiliki segala-galanya, berharta, disegani dan berpengaruh. Dia melemparkan senyuman kepada pengunjung-pengunjung kedai kopi tersebut.
“Kalau tak silap aku dia ni seorang Dato’ yang cukup terkenal tu, aku selalu tengok mukani dalam majalah bisness”Jefrri berbisik sendiri dalam hatinya kemudian dia bangun menemui lelaki itu.
“Kalau tak silap ,tuan ni Dato’ Qhairul atau Dato’ Zamree” tanya Jeffri cuba meramahkan dirinya..
“Qhairul, Dato’ Zamree tu sepupu saya” Qhairul akhirnya tidak dapat menyembunyikan identitinya.
“Apa tujuan Dato’  tiba-tiba datang ke kampung kami ni”.Jeffri memulakan temuramah lagaknya seperti wartawan kosmo.
“Saya berminat dengan lokasi tempat ni, saya nak buat rumah di sini” balas Qhairul sambil tersenyum.
“Dato’  nak buat rumah apa?”tanya Jeffri sambil memandang wajah Dato’ Qhairul.
“Nak buat sebuah rumah, tapi saya nak cari lokasi atas bukit yang berdekatan dengan laut, kerana bakal isteri saya ni suka rumah berdekatan pantai” beritahunya lagi.
“Jadi Dato’ ni belum kahwin, jadi Dato’  ni nak bakal isteri Dato’  tinggal di kampung nilah ya” Qhairul mengangguk.
“Ya, saya dan bakal isteri saya bercadang nak rasa tinggal di kampung ni sekali sekala terutama untuk bercuti”.
“Tanah tu ada, tapi kena tanya Tauke Wong”jawab Pak Kamil.
“Ehh.. tanah yang atas bukit kat tepi pantai tukan tanah arwah Siti Zulaikha, tanah pusaka yang digadaikan oleh Uddin dengan Tauke Wong”. sahut Pak Leman pula.
“Tanya dulu, entah-entah tauke Wong dah beli tanah tu” balas Pak Kamil lagi.
“Mana rumah Tauke Wong tu pakcik”tanya Dato’ Qhairul.
“Kat depan tu, jalan lurus lepas tu belok kiri, ada sebuah kedai runcit lama”jawab Pak Kamil lagi.
“Oklah pak cik, saya jumpa kawan saya dulu lepas tu nak balik KL semula, kalau ada jumpa tanah yang seperti saya nak tu, telefonlah saya, ini kad saya”sambil menghulurkan kad perniagaannya kepada Pak Kamil dan Jefrri.
 Qhairul terus memecut keretanya menuju ke rumah Tauke Wong, kebetulan lelaki cina itu sedang duduk menjaga kedai runcitnya.
“Hello tokey, apa khabar?” sebaik sahaja terpandang lelaki cina tua yang kemungkinan Tauke Wong pada firasatnya.
“Baik. lu lampak bukan macam olang sinile, lu latang mana?”
“Gua latang KL sana, gua bini olang ini kampung le”
“Lu  bini apa” tanya tauke Wong lagi.
“Nisha itu anak Uddin le”
“Uddin..oooo itu Uddin dadah punya olang kah, kesihan dia punya anak woo, habis itu anak punya harta dia kasih gadai le”
“Dia gadai apa?”
“Tanah le”
“Sama siapa?”
“Gua le”
“Cayang itu tanah, tempat cantik, lu tidak mahu tolong kasih ambik itu tanah ke, itu tanah tidak guna saya simpan sebab gua tidak boleh buat apa-apa sama itu tanah sebab lu bini emak punya nama le”tambah Tauke Wong lagi.
“Berapa dia kasih gadai itu tanah sama tauke, kalau boleh sikalang gua mahu ambik itu tanah le”
“Tiga latus lima puluh libu, lu betul-betul maok ambil sikalangkah”
“Betul le, lu ambik itu punya geran, nanti gua pergi keleta sana ambik itu punya cek kasih sama lu ok” balas Qhairul.
“Ok.ok! tunggu sikejap ya gua mao ambil itu sulat dulu” jawab Taukey Wong lalu bangun dari tempat duduknya.
Akhir geran tanah itu berada dalam gengaman Dato’ Qhairul. Dia kemudian pergi mencari rumah mak tiri Nisha.Tapi menurut maklumat yang dia dapat Nisha berada di rumah Ketua Kampung Haji Suib.
“Anak ni cari siapa?” tegur Mak Timah isteri Haji Suib.
“Nisha, dia ada kat sini ke?”tanya Qhairul sambil matanya memandang sekeliling rumah tersebut.
“Tadi dia kata lepas ambil keputusan SPM dia nak pergi jenguk kubur arwah ibu dan ayahnya”sahut Mak Timah lagi.
“Kubur tu kat mana tu mak cik, boleh guna kereta tak?”
Tak jauh dari sini, terus jalan ke depan tu, kalau jalan kaki 20 minit kalau guna kereta 3 minit pun boleh sampai”. Sambil tangan wanita tua itu menunjukkan arah kubur yang dimaksudkannya.
“Terimakasih makcik, saya pergi dulu”
Tanpa membuang masa, Qhairul memecut keretanya menghampiri kawasan tanah perkuburan.Cuaca agak mendung seperti hendak hujan. Dari dalam kereta  Qhairul melihat Qhairunnisha duduk seorang diri berhampiran salah satu kubur di situ. Dia duduk berteleku seperti sedang menangis di hadapan kubur itu. Rasa sayu  hatinya melihat gelagat gadis itu. Qhairunnisha seperti meratapi sesuatu dan kelihatan merebah diri di atas tanah perkuburan itu. Hujan mulai turun, tapi Nisha tidak berganjak dari kubur itu. Qhairul terus mengeluarkan payung lalu  melangkah keluar dari  keretanya kemudian berjalan menghampiri Nisha, sayup-sayup kedengaran suara tangisan gadis tersebut.
“Ibu, kenapa tinggalkan Nisha bu. Nisha takda sesiapa lagi dalam dunia ni, ayah pun dah tinggalkan Nisha. Nisha lulus SPM bu, bangunlah bu, Nisha nak ibu rasakan kegembiraan Nisha sekarang. Kalau ibu tak bangun Nisha akan tidur sini tunggu ibu, temankan ibu. Ibu..ibu..Nisha rindu ibu” Hujan semakin mencurah membasahi tanah perkuburan itu.
“Nisha..bangun sayang mari kita balik” Nisha merasakan bahunya seperti disentuh seseorang,
“Ibu, ayah ke?”tanyanya pada diri. Nisha menoleh memandang ke belakang.
“Bukan sayang, ni abang” ucap lelaki itu sambil tersenyum memandang Nisha.
Dalam keadaan yang amat terkejut, Nisha terus berdiri memandang lelaki yang berpayung di belakangnya.
“Abang Qhairul, apa abang buat kat sini, bila abang sampai?”nada suaranya dari sedih tadi tiba-tiba berubah seperti terkejut.
“Tadi, abang nak raikan kejayaan Nisha, bolehkan”.ujar Qhairul sambil tersenyum.
Dengan wajah yang dibasahi air tapi tetap kelihatan comel, gadis itu terus memeluk lelaki yang berada di depannya. Lelaki itu turut membalas pelukan gadis itu dengan penuh kasih sayang. Di bawah curahan air hujan, disaksikan kubur ibu gadis itu, Qhairul berjanji pada dirinya akan mencintai, menyayangi dan melindungi gadis itu hingga ke akhir hayatnya.
“Jom kita balik sayang, nanti sayang demam kalau lama bersejuk macam ni”ujar Qhairul lalu meraih tubuh gadis tersebut menuju ke kereta,
“Nisha ikut abang balik KL ya”pujuknya perlahan.
“Beg pakaian Nisha rumah Mak Timah” jawab Nisha dengan suara yang terketar-ketar menahan kesejukan.
“Tak pa, nanti kita singgah kat rumah tu, Nisha tukar baju dulu lepas tu kita balik KL”.
Nisha menganggukkan kepalanya.
Setelah menyalin pakaian yang lecap, Nisha terus membimbit  beg pakaian dan mengucapkan selamat jalan kepada Mak Timah.
“Nisha balik KL dululah Mak Timah, abang angkat Nisha tunggu dalam kereta tu” ujar Nisha sambil bersalam lalu mencium tangan Mak Timah.
“Kalau balik kampung lagi, teruslah singgah rumah Mak Timah ya” jawab Mak Timah sambil mengusap rambut Nisha.
“Saya takkan lupa jasa Mak Timah pada saya, saya pergi dulu ya Mak Timah” balas Nisha lalu berlalu menuju ke kereta Qhairul yang sedang menantinya.
“Kenapa Nisha tak beritahu abang yang Nisha ambil cuti kerana  result SPM keluar hari ni” Qhairul terus bertanya sebaik sahaja Nisha melangkah masuk ke dalam keretanya.
“Nisha tak nak menyusahkan sesiapa” jawabnya dengan suara yang agak tenang.
“Tak menyusahkan pun, kita boleh semak keputusan secara online”
“Nisha rindu dengan adik Qhairil dan nak jenguk kubur ibu dan ayah” balasnya dengan nada sendu.
“Dah jumpa adik Qhairil?”tanya Qhairul lagi
“Dah, tapi makcik halau Nisha dan tak benarkan Nisha pijakkan kaki di rumah dia” nada suaranya begitu sayu. Terharu perasaan Qhairul mendengar cerita Nisha.
“Tak pa, nanti abang buatkan rumah yang lebih besar dari rumah mak tiri Nisha tu” pujuk Qhairul sambil tangan kiri menyentuh tangan kanan Nisha lalu mengenggamnya erat.
“Siapa Nisha yang abang nak susahkan diri buat rumah untuk Nisha ni”suaranya agak lirih.
“Abang sayang Nisha, abang tak kisah siapa Nisha””jawabnya dengan nada yang perlahan.
Nisha terus diam mendengar kata-kata lelaki itu.
“SPM Nisha dapat berapa?”
“Tak da apa yang nak dibanggakan. Tak bagus sangat, cukup makan je”
Dato’ Qhairul tersenyum mendengar jawapan gadis itu.
Nisha mengerut-gerutkan mukanya menahan rasa pening di kepalanya.Sesekali dia memicit-micit dahinya. Dari pagi dan kini hampir senja dia belum menjamah apa-apa makanan pun. Sejak bertemu adiknya Qhairil, selepas tu dihalau oleh mak tiri, singgah sekejap di rumah Haji Suib dan Mak Timah kemudian terus ke sekolah untuk mengambil keputusan SPM dan kemudian dia terus ke kubur tiada kesempatan langsung untuknya mencari makanan untuk mengisi perutnya hari itu. Sesekali dia seperti nak muntah menahan rasa mual kerana perut yang sudah dimasuk angin.
“Abang, boleh singgah kat stesen minyak tak, Nisha nak ke tandaslah”
Tanpa menjawab kata-kata Nisha, Qhairul kemudian memasuki sebuah stesen minyak petronas setelah memandu beberapa kilometer selepas itu.Tanpa berlengah Nisha terus keluar dari kereta kemudian menuju ke tandas wanita. Selang beberapa minit dia muncul semula dan terus menuju ke kedai runcit petronas membeli 2 botol air mineral dan dua bungkus roti.
“Kak, penadol sekeping”selesai berurusan di kaunter dia terus kembali semula ke kereta.
“Nisha beli apa?”
“Roti,air” abang nak ke?”
Tanpa memberi tumpuan pada reaksi lelaki itu, Nisha terus menelan pil penadol dan terus meminum air mineral yang dipegangnya.
“Nisha tak sihat ke?”
“Pening sikit,mungkin sebab kena  hujan petang tadi”
Bukan sekadar terkena hujan yang mencurah di tanah perkuburan tadi, malah kepalanya pening kerana perutnya sudah dimasuki angin. Kerana tidak mahu menyusahkan lelaki itu dia enggan memberitahu keadaan sebenarnya. Sesekali dia memeluk kedua-dua belah tangannya menahan rasa sejuk. Blouse lengan panjang dan seluar slack panjang longar yang dipakai gagal melindungi tubuhnya dari merasa kesejukan ketika itu.
Qhairul menyedari gadis itu tidak selesa.
“Kalau Nisha sejuk nak pakai suite abangni” Sambil menyarungkan suite hitamnya ke tubuh kecil gadis itu. Nisha cuma tersenyum memandang lelaki itu kerana dirinya ketika itu  seperti orang yang mengantuk disurungkan bantal. Beberapa minit pemanduan meninggalkan stesen minyak, lelaki itu memasuki sebuah kampung yang tidak berapa jauh dari lebuh raya kemudian memberhentikan keretanya di hadapan sebuah  masjid.
“Nisha, kita solat Maghrib kat sinilah ya”
“Nisha uzur, Nisha tunggu dala kereta jelah bang”
Sambil tersenyum lelaki meninggalkan Nisha dan menuju ke tempat berwuduk lelaki, selang beberapa ketika kemudian dia datang semula. Nisha kelihatan seperti mengantuk. Lelaki itu meneruskan pemanduannya menuju ke lebuh raya.
“Nisha lapar kan, jom kita singgah makan kat R&R tu?”
Nisha melangkah keluar dari kereta dengan keadaan yang lemah longlai sedikit. Melihat keadaan Nisha yang tidak stabil Qhairul memeluk pinggang gadis itu untuk membantunya  berjalan. Selepas mendudukkan Nisha di sebuah kerusi, dia terus melabuhkan punggungnya di kerusi  bersebelahan  gadis itu. Seorang pelayan datang mengambil pesanan.
“Tom yam satu, nasi  goreng ayam satu pinggan besar untuk makan dua orang dan milo panas dua” Tanpa merujuk kepada gadis di sebelahnya, lelaki itu terus membuat pesanan mengikut seleranya.
            Qhairul memerhati suasana sekeliling mereka, dia melontarkan senyuman kepada beberapa orang pengunjung yang kelihatan sedang duduk makan dan menunggu pesanan masing-masing. Dia jarang menikmati suasana makan di tempat seperti itu, sesekali dapat peluang  menikmati makanan di tempat seperti itu adalah sesuatu yang menyeronokkannya.
Kemudian dia memandang gadis di sebelahnya. Tangannya melingkar di belakang gadis sambil menggosok-gosok lembut belakangnya.
            “Malam ni Nisha tidur rumah abanglah ya” Sambil tanganya membelai-belai rambut panjang yang diikat kemas. Gadis itu hanya mengangguk tanpa mengeluarkan sebarang ayat. Konsentrasi mereka terganggu oleh dua orang pelayan menghantar makanan dan minuman yang dipesan.
“Nisha minum air milo panas ni untuk hilangkan rasa sejuk tu” Sambil tangannya meletakkan secawan milo panas di depan gadis tersebut. Nisha menurut saja arahan yang diberikan oleh lelaki itu. Kemudian dia menikmati tom yam yang terhidang di atas meja.
Tom yam yang masih panas menaikkan selera makan Nisha.
“Nasi ni nampak sedap, mari abang suapkan Nisha” sambil tangannya menghulurkan sudu ke mulut gadis itu. Walaupun agak malu Nisha terpaksa menurut kehendak lelaki  itu, selepas itu dia kemudian menyuapkan mulutnya sendiri. Nisha rasa begitu kekok diperlakukan manja seperti anak kecil oleh Qhairul.
“Tak pa bang, Nisha nak makan sendiri” kemudian tangan mencapai sudu yang ada di atas meja kemudian menceduk sendiri nasi yang ada di pinggan itu.
Selera makan agak kurang kerana perutnya sudah dimasuki angin dan kepala pening. Dia lebih berminat menikmati tom yam yang mempunyai rasa masam dan pedas yang membantu membangkitkan seleranya. Beberapa kali dia menolak bila lelaki itu menyuruhnya memakan atau menyuapkan nasi goreng ayam itu ke mulutnya.
“Tak da seleralah bang, abang habiskanlah nasi tu, Nisha dah tak boleh nak paksa perut Nisha ni lagi” ujarnya sambil menekan-nekan perutnya.
Selesai makan, keduanya terus bergegas ke kereta kerana titisan hujan mulai turun lagi bagai hendak mencurah lebat seperti petang tadi. Kelihatan pancaran cahaya kilat yang terang kemudian diikuti dentuman bunyi guruh yang kuat.Belum sempat menutup pintu kereta, Nisha keluar semula kemudian dia terus duduk membongkok di atas simen memutahkan semula makanan yang baru dimakannya di gerai tadi.
“Are you ok Nisha” sambil tangannya mengurut perlahan-lahan belakang gadis itu. Tubuh gadis itu terasa agak panas sedikit dari biasa. Hujan mulai turun dengan lebat.
“Cepat Nisha masuk kereta, hujan dah lebat” Lelaki itu terus merangkul tubuh gadis itu menuju ke kereta dan terus menutup pintu kereta. Dia kemudian berlari-lari anak menuju ke pintu pemandu. Sesekali mereka dikejutkan oleh pancaran kilat yang terang menderang serta dentuman guruh yang kuat. Nisha akhir terlena berselimutkan suite hitam yang menutupi tubuh kecilnya yang terasa amat sejuk ketika itu. Sepanjang perjalanan Dato’ Qhairul menjeling gadis yang sedang terlena di sebelahnya. Melihat keadaan gadis itu seperti tidak selesa dari tadi, sebelah tangannya membelai dahi dan rambut Nisha, Semasa telapak tangannya menyentuh dahi gadis itu, dia merasa suhu badan gadis itu agak panas dari biasa.
“Deman ke Nisha ni?” Pemanduan agak perlahan kerana suasana lebuh raya begitu gelap dan hujan lebat mencurah tak berhenti-henti dari tadi. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa dua jam bertukar menjadi lebih tiga jam. Mereka bertolak dari R&R tadi hampir pukul 8.30, hampir pukul 11.30 malam barulah kereta Dato’ Qhairul memasuki halaman banglo  mewah tiga tingkat itu. Dia terus memakirkan kereta kemudian mengeluarkan kunci pendua banglo yang sentiasa di bawahnya di dalam kereta. Bila pulang lewat-lewat malam dia tidak suka menyusahkan Mak Som untuk membuka pintu rumah untuknya.
Keadaan di ruangan dapur dan bilik Mak Som kelihatan sudah gelap. Dato’ Qhairul terus berlari naik ke biliknya lalu membuka daun pintu biliknya dan terus menghidupkan lampu bilik. Dia keluar semula tapi membiarkan pintu biliknya terbuka. Lelaki itu kemudian berlari-lari  anak semula ke bawah dan terus menuju ke pintu kereta bahagian tempat duduk penumpang hadapan. Nisha kelihatan masih lagi lena tidur sesekali kelihatan seperti kesejukan. Qhairul terus mencempung tubuh kecil gadis itu menuju ke bilik tidurnya. Tubuh gadis itu perlahan-lahan diletakkannya di atas tilam kemudian diselimutkannya dengan sehelai selimut tebal. Rambut di bahagian dahi gadis itu diusapnya perlahan-lahan kemudian satu kucupan singgah di dahi yang terasa agak berbahang  ketika itu. Selesai mandi lelaki itu mengenakan pijama tidur kemudian terus menunaikan solat Isya’. Matanya mula rasa mengantuk, lantas dia mengambil sebiji bantal di sebelah gadis itu  kemudian membawanya di atas sofa panjang lalu merebahkan tubuhnya di situ.
            “Ibu…tunggu Nisha bu..Nisha nak ikut ibu..bu..bu…jangan tinggal Nisha bu!” Nisha kelihatan sedang meracau-racau memanggil ibunya.
“Meracau pulak Si Nisha ni”Qhairul bangun dari sofa kemudian menghampiri Nisha lantas memeluk tubuh kecil gadis itu sambil membelai-belai rambutnya dengan penuh kasih sayang. Bila Nisha kembali tenang, tubuh itu direbah semula di atas tilam. Melihat Nisha sudah kembali lena semula, dia kembali semula ke sofa untuk menyambung tidurnya.
Selesai mandi dan solat subuh, Qhairul terus menghampiri Nisha yang sejak malam tadi tidak menunjukkan sebarang tanda akan sedar dari tidurnya. Dia mennyentuh pipi gadis itu, bahang panas di tubuhnya semakin kuat, wajahnya yang putih gebu itu kelihatan pucat kebiru-biruan dan mulutnya tertutup rapat seolah sedang mengigit sesuatu .
“Ya Allah Nisha, kenapa Nisha ni, sayang..sayang..bangun” sambil tangannya menepuk kedua belah pipi yang gebu itu tapi tetap tiada respon.
Tanpa berfikir panjang, dia terus mencapai kunci keretanya lalu mencempung tubuh yang lemah longlai bagai tidak bernyawa lagi ketika itu. Mak Som terkejut bila melihat Qhairul tiba-tiba mencempung tubuh seorang perempuan menuju ke ruang tamu.
“Mak Som, tolong bukakan pintu kereta saya, Saya nak bawa Nisha ke hospital”
Dengan keadaan yang gelabah, orang tua itu terus mencapai kunci yang tergantung di jari tangan majikannya kemudian berlari-lari anak ke luar menuju ke kereta Lamborghini.
“Kenapa dengan Nisha ni Qhairul”tanya Mak Som sebaik sahaja lelaki itu meletakkan tubuh gadis itu di atas kerusi kemudian merebahkan kerusi itu supaya menjadi rata.
“Entah Mak Som, sejak balik kampung semalam dia tak sihat, mungkin semalam dia terkena hujan semasa di kubur ibunya, saya pergi dulu Mak Som” dengan tergesa-gesa lelaki itu terus menghidupkan enjin keretanya kemudian terus memecut keretanya ke menuju ke  Hospital Pantai Kuala Lumpur.

Bab 19
Kereta Qhairul terus menuju ke Unit kecemasan Hospital tersebut kemudian terus berhenti di hadapan lobi. Setelah bercakap sesuatu, dua orang jururawat bertugas menolak  stretcher menuju ke kereta tersebut. Qhairul terus membuka pintu kereta kemudian mencempung tubuh Nisha lalu meletaknya di atas stretcher tersebut. Gadis itu terus dikejar ke satu bilik khas untuk pemeriksaan lanjut. Qhairul terus menyimpan kereta di tempat parkir yang  tidak berapa jauh dari unit kecemasan. Kemudian dia mencapai tas tangan Nisha yang kebetulan tertinggal sejak malam tadi di dalam kereta. Lelaki itu terus membuka tas tangan tersebut lalu  mengeluarkan my kard dan telefon bimbit milik Nisha kemudian terus bergegas ke kaunter pendaftaran.
            “Kalau dia perlu admit hari ni saya nak dia dimasukkan ke Executive Suites kelas 1” jelas Qhairul dengan bersungguh-sungguh. Selesai urusan pendaftaran Qhairul terus duduk di kerusi menunggu di hadapan bilik, menunggu berita selanjutnya dari doktor yang memeriksa Nisha. Fikirannya tak menentu, tak putus-putus dia berdoa supaya gadis itu selamat. Dalam menunggu kemunculan doktor yang memeriksa Nisha Qhairul sempat membuang masa melihat telefon bimbit Nisha yang ada di tangannya. Ada banyak SMS dalam inbox dari Abg Zam, KuFarid, Kak Rozi. Qhairul terus menaip sesuatu kemudian menekan menu send many. Hampir setengah jam  menunggu barulah seorang doktor perempuan keluar dari bilik tersebut.
“How do doctor, dia sakit apa?”
“Mujur encik bawa dia cepat ke sini, suhu badan terlalu panas, dia hampir terkena sawan, tekanan darah amat rendah dan badannya kekurangan air dan tadi dia terkena kancing gigi di samping itu gadis ni menghidap gastrik yang teruk, dia belum sedar lagi dan mungkin mengambil masa sejam dua lagi. Kami tengah masukkan air ke tubuhnya dan selepas ni encik boleh melawatnya setelah kami pindahkan dia ke wad” Qhairul menyapu kedua belah tangannya ke muka kemudian mengeluh. Beberapa minit kemudian sebuah stretcher diusung keluar dari bilik tersebut. Kelihatan sepeket air di masukkan di lengan Nisha.Wajahnya  masih kelihatan pucat dan matanya tertutup rapat. Qhairul mengiringi Stretcher menuju ke executive suite di mana Nisha akan di tempatkan. Setelah dipindahkan ke katil seorang doktor muncul lagi di bilik itu untuk membuat pemeriksaan lanjut.
“Bagaimana keadaan dia doktor, when she will realize ”Tanya Qhairul yang nampak kegelisahan.
“Very low blood pressure, we wait for half an hour”.
            “Sir, what your relationship with the patient?”Tanya doktor lelaki  kelihatan berumur di awal 30 itu kepada Qhairul.
“She was my adopted sister”doktor itu kemudiaan menganggukkan kepala kemudian berlalu meninggalkan bilik itu.
Qhairul merapatkan kerusinya duduk mendekati  katil gadis itu, rambut gadis itu diusapnya perlahan-lahan.Terbayang  di matanya kesulitan yang dialami oleh gadis itu sewaktu berada di kampung semalam sehingga dia menemuinya di tanah perkuburan dalam keadaan yang amat menyedihkan.
            Sejurus mendapat SMS, Zamri terus cuba menghubungi Qhairul namun tiada jawapan. Dia terus terus mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya kemudian bergegas keluar, tanpa meninggalkan apa-apa pesanan pada Zizie.
           Semasa memasuki lobi hospital dia terus ke kaunter pertanyaan kemudian terus ke bilik yang di beritahu oleh jururawat yang bertugas. Perasaannya jadi tidak menentu sejak menerima sms dari telefon bimbit Nisha menyatakan Nisha berada di Pantai Hospital KL . Sampai di executive suites yang cari terus daun pintu ditolaknya perlahan-lahan. Kelihatan Qhairul sedang duduk di kerusi sambil memegang tangan seorang gadis yang sedang terbaring lena di atas katil. Zamree terus mengamati wajah gadis tersebut dan jelas gadis tersebut adalah Nisha.
            “Kenapa Nisha Rul?” wajah Zamree kelihatan begitu cemas. Belum sempat Qhairul menjelaskan keadaan Nisha pada sepupunya, tiba-tiba pintu bilik terbuka semula, kali ini muncul pula Tengku Farid.
“Apa yang berlaku?”
“Nisha tak sedarkan diri pagi tadi, suhu badannya terlalu tinggi, dia hampir terkena sawan, dan kancing gigi, tubuhnya kekurangan air, tekanan darahnya pun terlalu rendah di samping Nisha mengidap gastrik yang serius” jelas Qhairul satu persatu tentang keadaan Nisha seperti yang dijelaskan oleh doktor padanya sewaktu pemeriksaan di wad kecemasan tadi.
“Berapa lama dia pengsan?”tanya Zamree lagi.
“Mungkin sejak awal pagi tadi, dan sampai sekarang Nisha belum sedar, kata doktor mungkin ambil masa satu atau dua jam lagi” tambah Qhairul lagi.
“What, kenapa sampai teruk macam ni?”Tengku Farid mencelah, matanya terus teracap pada wajah Nisha yang kelihatan begitu pucat itu.
“Apa sebenarnya berlaku Rul? Semalam Nisha kata dia ambil cuti dua hari” tanya Zamree seperti ada nada kekeliruan dalam suaranya.
“Panjang ceritanya Zam, dalam pukul 9 pagi semalam aku baru dapat tahu Nisha ambil cuti kerana result SPMnya keluar semalam. Aku semak resultnya secara online, bila aku nak kejar dia, Nisha dah naik bas awal-awal pagi lagi ke Melaka. Aku terus ke Melaka, lama juga aku cari kampung Nisha hingga aku jumpa dia dalam pukul 3 petang macam tu tapi di tempat yang menyedihkan, seharian dia tak makan apa-apa, dah tu dihalau pula oleh mak tirinya. Aku jumpa Nisha menangis di tanah perkuburan ibunya dan waktu tu pula hujan lebat. Kalau aku tak sampai atau cari dia di kampung mungkin Nisha tertidur atau pengsan atau....di atas kubur ibunya” tak sampai hati Qhairul hendak melengkapkan ayatnya yang terakhir” wajahnya begitu kesal apabila menceritakan kejadian itu.
“Aku terus ajak Nisha balik KL, kami sampai rumah aku dalam pukul 11 malam. Nisha memang kelihatan tidak sihat sejak dari Melaka lagi, dalam perjalanan selepas makan dia muntah dan kesejukkan”.
Tengku Farid terus merenung wajah Nisha yang kelihatan pucat benar di kala itu. Tangannya mengusap-gusap lembut rambut gadis itu. Perasaannya begitu sayu melihat keadaan gadis pujaan hatinya yang kini terlantar tidak sedarkan diri di atas katil.
Nisha kelihatan bergerak-gerak tapi matanya masih terpejam, dahinya di basahi peluh, mulutnya seperti menyebut-nyebut sesuatu.”ibu..ibu..tunggu” Nisha kelihatan meracau lagi.
“Semalam pun dia macam ni, lepas tidur semula” Qhairul menambah lagi.
“Nisha..Nisha..buka mata..”Qhairul mengoyang-goyang tubuh gadis itu, Nisha kembali tenang, mata bundar perlahan-lahan dibukanya kemudian tertutup semula. Beberapa minit selepas itu dia cuba membuka matanya lagi dan cuba  memerhati di sekelilingnya. Qhairul terus menekan butang untuk memanggil doktor.
“Nisha kat mana ni? matanya beralih-alih arah memandang tiga lelaki berdiri di tepi katilnya.
“Nisha di hospital, Nisha demam panas dan tak sedar diri pagi tadi” beritahu Qhairul sambil wajahnya kembali ceria melihat gadis itu mulai sedar.
“Are you ok dinda, dinda mencemaskan kami semua tau” Tengku Farid menunjukkan rasa kasihnya yang teramat dalam pada gadis itu.
Kelihatan pintu sedang dibuka dari luar, seorang doktor dan seorang jururawat melangkah masuk. Doktor tersebut membelek kedua belah mata gadis itu kemudian membuat pemeriksaan hampir seluruh tubuh gadis itu. Jururawat memeriksa tekanan darah kemudian memberitahu doktor tersebut, kemudian doktor itu mencatat sesuatu di atas kad yang tergantung di kaki katil.
“Cik kena tinggal di sini sehari dua lagi, suhu badannya cik masih panas, nanti pihak hospital hantar makanan, cik kena makan nasi dulu sebelum makan ubat” Nisha  cuma diam mendengar kata-kata doktor tersebut. Tidak puas hati Tengku Farid bercakap sesuatu pada doktor tersebut untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kesihatan gadis itu.
“Semua sistem tubuhnya berfungsi dengan baik, cuma suhu badannya kita kena tunggu setelah dia makan ubat nanti, tekanan darahnya masih rendah. Cik ni tak boleh berlapar, gastriknya akan menyebabkan dia mengalami muntah sekiranya dia terlalu lapar”. 
Tiba-tiba Roziah muncul dengan keadaan yang kelam kabut.
“Nisha kenapa ni sayang, akak  terkejut bila dapat berita Nisha masuk hospital, kenapa, Nisha sakit apa?” bertalu-talu soalan muncul  dari mulut Roziah.
“Nisha tak apa-apa kak, demam je” tapi suaranya agak serak dan lemah .
Roziah memandang tiga lelaki yang berdiri berhampiran katil Nisha. Rasa malu tiba-tiba menerjah melihat tiga jejaka kacak itu memandang padanya sambil tersenyum. Kali pertama Roziah berdepan secara dekat dengan ketiga-tiga lelaki kacak itu terutama Tengku Farid yang belum pernah dilihat walaupun dari jarak yang jauh.
‘Ya Allah, malunya aku. Bertapa kerdilnya aku rasa bila dekat dengan lelaki-lelaki ni’k eluh Roziah dalam hati.
Melihat Cikgu Roziah masih terpingga-pingga, Nisha kemudian tersenyum. Kemudian muncul seorang jururawat membawa makanan untuknya.
“Kak Rozi, Nisha perkenalkan  ni Dato’ Qhairul, ni Dato’   Zamree dan ni Tengku Farid. Abang Qhairul, Abang Zam, Kanda Farid ini Kak Roziah, kakak angkat Nisha” ujar Nisha yang cuba untuk menstabilkan keadaannya.
“Hai!Nice to meet you”sapa Tengku Farid, Qhairul dan Zamree turut melemparkan senyumannya pada Roziah. Roziah turut membalas senyuman ketiga-tiga lelaki tersebut.
“Tahniah Nisha, Kak Rozi dah agak dah mesti dapat street punya, best studentkan, apa kata pengetua, dia ada puji Kak Rozi tak?” tanya Roziah sambil membelai rambut Nisha.
“Nisha menjeling pada Qhairul kerana telah bercakap bohong tentang keputusan SPMnya”  Qhairul cuma tersenyum.
“Mestilah, dia nak Kak Rozi mengajar balik ke sekolah tu”.balas Nisha sambil tersenyum.
“Dah terlambat, tak da maknanya. Akak dah selesa kat sekolah baru tu, maknanya sekarang Nisha kena belanja Kak Rozilah ni” balas Roziah sambil bergurau.
“Kena tunggu Nisha keluar hospital dululah kak” balas Nisha sambil tersenyum memandang kakak angkatnya. Kepalanya masih lagi pening, sesekali da mengerutkan dahi.
“Ok, kalau Nisha nak cepat keluar dari sini, Nisha kena makan nasi dulu sebelum makan ubat”  Zamree cuba mengingati Nisha sambil tersenyum.
“Tapi nasi tu tak sedaplah bang Zam”
“Nak yang sedap, nanti kanda order dari restoran lima bintang” dengan serius Tengku Farid terus menekan telefon bimbitnya  kemudian  bercakap dengan seseorang.
“Pihak hotel minta 10 minit untuk hantar makanan ke sini”ujar Tengku Farid sambil tersenyum.
“Biar betul kanda Farid ni, Nisha gurau je tadi” walaupun keadaannya masih lemah namun dia berusaha untuk bercakap.
“Untuk dinda, yang kat atas gunung berapi pun kanda sanggup ambil” balas Tengku Farid sambil tersenyum.
“Yalah tu, mentang-mentanglah kat Malaysia ni tak da gunung berapi” balas  Qhairul sambil tersengih. Zamree ketawa mendengar kata-kata sepupunya itu.
“Nisha dapat SPM street 10A+, tak sangka geliga sungguh otak Nisha ni”
Nisha cuma tersenyum mendengar kata-kata  Zamree.
            “Adalah orang tu beritahu kita resultnya cuma cukup makan je” celah Qhairul pulak.
            Nisha tersenyum sambil menjerling pada Qhairul.
            “Abang tu yang sebenarnya bohong, tipu Nisha. Abang kan dah tengok result Nisha secara on line kenapa tanya lagi” Qhairul tergelak mendengar jawapan gadis tersebut.
“Hujung minggu ni kita buat special party untuk Nisha, kita buat celebrate di ballroom Permata hotel dan jemput semua kawan dan kaki tangan PJ Holding datang”. beritahu Qhairul bersungguh-sungguh dengan cadangannya. Nisha memandang Qhairul kemudian bersuara.
“Tak payalah bang, bukannya ada apa-apa pun, susahkan abang je?”
“Tak! abang nak buat jugak. Abang nak tumpang gembira sama, kejayaan seperti ni sekali je dalam seumur hidup tau” balas Qhairul yang begitu beria-ia dengan keputusannya.
 “Ikut suka abanglah tapi janji jangan tuduh Nisha habiskan duit abang pulak” jawab Nisha sambil tersenyum. Qhairul tergelak mendengar jawapan Nisha.
Sejurus kemudian, pintu bilik terbuka empat orang dengan pakaian seragam putih seperti pekerja hotel sedang membawa 3 dulang makanan yang ditutup dengan tudung saji kemudian kelihatan bertanya sesuatu kepada Tengku Farid.Tengku Farid menyuruhnya meletakkan salah satu dulang di atas meja di depan Nisha. Setelah tudung makanan dibuka, terbeliak biji mata Nisha melihat makanan yang terhidang di depannya. Ada beberapa ekor udang galah, ayam percik, sup cendawan dan ketam serta ikan kerapu masak tiga rasa. Dua dulang lagi mempunyai lauk yang sama tetapi lebih banyak dalam dulang yang lebih besar beserta nasi dan pinggan serta gelas diletakkan di atas meja sofa tamu dalam bilik tersebut.
“Sekarang waktu lunch kan, jom kita bersantap bersama-sama”
“You ni biar betul Ku Farid, pihak hospital tak marah ke you buat bilikni macam restoran” balas Qhairul yang berselera benar hendak makan kerana perutnya pun sejak dari awal pagi lagi tidak sempat lagi terisi dengan sebarang makanan.
“Hospital ni kan bapak aku yang punya” balas Tengku Farid sambil ketawa.
“Lantak youlah, perut Idah lapar ni”, kata Qhairul terus menghadap makanan yang terhidang.  Nisha nak abang suapke?”  Zamree bersuara.
“Tak pa Dato’  nanti saya suapkan Nisha, Dato’ pergilah makan bersama mereka berdua tu” Roziah terus menyampuk,  Zamree kemudian menghampiri Qhairul dan Tengku Farid yang hendak memulakan santapan mereka.
“Lauk banyak ni, kita makan sekalilah Kak Rozi.” Roziah tersenyum mendengar perlawaan Nisha.
“Bertuah kau Nisha, putera-putera yang kacak tu layan kau macam puteri, mana satu kau nak pilih Nisha, semuanya hebat” Roziah berbisik ke telinga Nisha.
“Nisha ambil semua, madu 3”sempat Nisha bergurau dengan kakak angkatnya.
“Kau memang tamak Nisha”,kedua-duanya ketawa seperti ada satu yang yang sedang digelakkan, ketiga lelaki yang sedang menikmati santapan di meja sofa bilik itu memandang sesama sendiri bila melihat dua orang wanita itu seperti sedang mentertawakan sesuatu.
“Siapa yang bawa kau ke sini Nisha”, separuh berbisik, Roziah mula menjadi penyiasat pesendirian,
“Abang Qhairul, dia kejar Nisha sampai ke kampung” berbisik ke telinga Roziah.
“Boleh tahan kau Nisha, ketiga-tiga tu kacak tapi  Qhairul tu memang lebih power, lebih hebat dan nampak lebih gentlemen  lagi fuhh..kalau aku memang aku pilih  Qhairul, nampak betul dia tu syok giler kat kau, nantilah kita cerita kalau Nisha nak terima pandapat Kak Rozi”.Rozi berbisik perlahan ke telinga Nisha.
“Kak Rozi, ada bawa pad tak? Nisha rasa nak tukarlah sejak malam tadi tak tukar-tukar lagi ni nasib juga dah ujung-ujung ni tak banyak sangat”wajah Nisha menunjukkan ketidakselesaannya.
“Biasanya Kak Rozi ada bawa spare  dalam handbag, biar akak tengok jap, nah ni, ada pun” lalu menghulurnya pada Nisha.
“Nisha gi toilet jap”
“Boleh bangun ke? kalau tak akak temankan sebab tangan Nisha ada benda ni hah”
“Ok, akak  tolong pegang benda ni”
Ketiga lelaki itu memerhati pergerakan dua wanita yang sedang menuju ke bilik air, kemudian meneruskan perbualan mereka sambil menikmati makanan yang terhidang.
 “Kenapa kau tak beritahu aku semalam  kau nak kejar Nisha” Zamree masih lagi cuba mengingati peristiwa semalam.
“Aku berebut sangat sebab fikir dapat kejar dia dan tak perlu ke Melaka, tapi aku ada satu benda nak bincangkan dengan kau orang berdua, exspesially Ku Farid”sambil matanya memandang pada Tengku Farid.
“What happen. You berminat nak join bisness venture dengan Putra Holding ke?”
“May be, tapi ni lebih daripada hal bisness, ni pasal Nisha, kalau you berminat dan kalau you betul-betul ikhlas mencintainya” Qhairul meneruskan kata-katanya. Tengku Farid terus menjeling ke arah Qhairul.
“Kalau Nisha setuju sekarang pun I sanggup menikahi kerana 100 peratus cinta I untuknya, tapi kerana I menghormati you berdua yang lebih dahulu mengenali Nisha I tak nak mendesaknya dan I berikan dia masa untuk mengenali diri I dan mengenali ketulusan hati I padanya dan biarlah dia terima I dengan rela hati bukan terpaksa” Tambah Tengku Farid lagi.
“Baguslah kalau macam tu, I tak nak bincang  sekarang because Nisha ada kat sini esok kami  berdua pergi ke pejabat you, Me all pun belum pernah lagi pijak kaki ke ofis you kan, jadi esok kami berdua pulak akan mencemar duli ke ofis you” beritahu Qhairul kemudian  terus menikmati juadah di depannya.
“Ok,esok pagi I tunggu you berdua”sahut Tengku Farid pula bersetuju dengan permintaan Qhairul.
Selesai makan Qhairul terus menghampiri Nisha.
“Nisha kena rehat kat hospital ni sehari dua lagi, abang balik ofis dulu  dari  ofis petang  nanti abang singgah lawat Nisha ok, take care” sambil tangannya memegang dan mengusap mesra kepala gadis itu.
“Maaf kerana menyusahkan abang dan terimakasih bang kerana selamatkan Nisha hari ni dan tolong  Nisha semalam”.
Dengan senyuman yang melirik di bibirnya Qhairul mencium kening gadis itu kemudian berlalu meninggalkan gadis tersebut.
“Zam! Jom kita balik dulu” Qhairul kemudian berpaling  menegur sepupunya.
Zamree kemudian menuju ke katil Nisha kemudian memegang tangan gadis itu dan menggenggam erat tangan gadis itu.
“Ok, Nisha Abang Zam pun nak balik ni, nanti abang datang lagi, abang nak Nisha betul-betul sihat, abang tak nak Nisha sakit lagi tau ,abang tak nak kehilangan heroin yang pernah selamatkan abang dulu” Sambil tersenyum Zamree memandang ke wajah Nisha.
“Terima kasih bang kerana risaukan Nisha” Zamree kemudian melangkah pergi membuntuti sepupunya.
            Tengku Farid menarik kerusi yang duduk merapati katil Nisha. Roziah tersenyum memandang Nisha kemudian berkata sesuatu.
“Nisha, akak nak ke kantin sekejap, nak beli gula-gula nanti akak datang lagi ya” Nisha cuma mengangguk mendengar kata-kata Roziah. Wanita itu memang sporting dan sengaja memberi peluang untuk Tengku Farid berduaan dengan adik angkatnya.
            Tengku Farid tersenyum memandang Nisha.
“Dinda macam mana? Kepala tu dah ok ke dah tak pening-pening lagi?”sambil memandang wajah gadis itu, walau tanpa secalit make up pun di wajahnya tetap tidak  menjejaskan kecantikkan semulajadi yang dimilikinya, itulah yang menyebabkan dia semakin ingin memiliki  gadis itu.
“Kenapa dinda  tak beritahu kanda nak ke Melaka, kanda boleh hantarkan”
“Nisha tak nak susahkan sesiapa, Abang Zam dan Abang Qhairul pun Nisha tak  beritahu, Nisha pergi sendiri baru adilkan” Tengku Farid hanya tersenyum mendengar jawapan gadis itu.
“Macam mana lepas dapat result yang cemerlang tak nak pergi oversea?, Kalau nak kanda boleh uruskan” Nisha terdiam seketika.
“Tak naklah, Nisha nak masuk IPT tempatan je”
“Dinda  minat bidang apa”
“Law  bolehkan?”
“Kenapa tak nak jadi doktor?”
“Tak naklah, Nisha takut tengok darah. Banyak yang banyak boleh buat Nisha pengsan tau tak?” Tengku Farid ketawa mendengar jawapan Nisha.
“Kalau nak jadi lawyer kena masuk UMlah, nanti kanda uruskan”
“Betul ke? terimakasih” dari senyuman menunjukkan gadis itu betul-betul ceria.
“Ok, kanda nak balik ofis ni, dinda rehatlah ya, jangan takut makan ubat kalau nak cepat sembuh” sambil tangan memegang bahu gadis itu, kemudian membelai mesra rambut gadis tersebut.
“Terima kasih kanda kerana sudi lawat Nisha kat sini dan ambil berat pula pasal Nisha dan order makanan dari hotel tadi tu, sedap”.ucapnya sambil tersenyum. Keduanya berbalas senyuman.
            “Dinda jangan balik Melaka seorang diri lagi tau, ok kanda pergi dululah ya” kemudian dia menarik tangan gadis itu lalu menciumnya.
“Take care my dear, bye!assalammualaikum”
“Waalaikummusalam”
Tanpa berkata-kata Nisha cuma melemparkan  senyumannya ketika lelaki itu melangkah pergi meninggalkan bilik tersebut.
            Roziah kembali semula ke bilik Nisha, Di tangan membimbit satu plastik kecil yang mengandungi gula-gula dan senaskah majalah wanita.
“Mana prince charming yang handsome dan kacak tu dah balik ke?”
 “Dah, tapi kak Nisha rimaslah dengan Ku Farid tu, dia tu kadang-kadang otak tak betul sikit?” Cikgu Roziah ketawa mendengar kata-kata Nisha.
“Kenapa?”
“Dia tu kan kalau buat sesuatu, bukannya perduli pasal orang lain, dia anggap semua benda kat dunia ni kacang je”
“Biasalah Nisha, orang berkuasa dan banyak duit semuanya mudah bagi mereka, tapi Ku Farid tu lucu jugaklah Nisha, sanggup dia order makanan dari hotel 5 bintang demi Nisha, nampaknya Ku Farid tu betul-betul syok giler dengan Nisha?”
“Memanglah kak, Nisha je tak nak layan sangat, takut dua abang Dato’ tu cemburu terutama abang Qhairul tu. Mamat tu lain sikit pantang kena cabar”
“Eh..Nisha, kejap”sambil menarik jari tangan gadis itu.
“Wow…! cantik cincin ni, tentu mahal siapa beri?” sambil tangan membelai-belai cincin di jari manis Nisha.
“Kenapa letak sebelah kanan” Roziah hairan sepatutnya lebih manis diletak pada jari sebelah kiri.
“Jari ni cuma untuk cincin kahwin dari suami Nisha saja tau.  Tahu taka pa, kalau orang bagi sebelum kahwin kena letak jari-jari yang lain ni. Nah, akak tengoklah, dalam tu ada nama orang yang beri” Roziah menggelengkan kepala mendengar jawapan Nisha. Kemudian tangan membelek cincin yang dipengangnya.
“Ku Farid”
“Bila dia beri Nisha cincin ni?”
“Hari Isnin lepas lunch dia ajak Nisha keluar, dia beli cincin yang sepasang, pasangan cincin ni kat jari dia tapi kat cincin tu ada nama Nisha”
“Romantiknya. Mahal cincin ni Nisha, mas putih bertahtah berlian ni, tentu kau tahu harganya berapa?” masih lagi memerhati cincin yang ada di tangannya.
“Kalau tak silap dengar, satu set cincin ni RM15 ribu”.
“Apa? Kalau macam bererti satu cincin ni lebih tujuh ribu”
“Dia bagi Nisha terima ajelah, nak tolak pun susah tapi Nisha rasa Ku Farid boleh jadi seorang kawan yang baik. Dia buka jenis yang suka mendesak tapi romantik” Nisha tergelak sendiri selepas memberitahu Roziah.
“Tapi kalau macam nilah gayanya Ku Farid memang seriuslah dengan Nisha”
“Tapi dia takkan paksa Nisha, dia tetap beri Nisha masa walaupun Nisha rasa memang tak boleh terima Ku Farid, resikonya terlalu tinggi”
“Kenapa, tak ingin bergelar kerabat diraja ke Nisha”
“Tak kuasalah Nisha hari-hari nak berampun-ampun, berpatik-patik nak sembah-sembah dulu baru nak masuk bilik”. Roziah yang geli hati mendengar kata-kata Nisha terus ketawa.
“Nisha, akak nak tanya betul ni tapi akak nak jawapan yang ikhlas dari mulut Nisha, antara tiga orang tu Nisha suka siapa?” Nisha tersenyum. Soalan itu memang dah ada jawapan tapi keesahannya perlukan sedikit masa lagi.
“Nisha tak boleh jawab sekaranglah kak tapi yang pasti Nisha lebih suka bila bersama Abang Qhairul, tapi takut abang Qhairul tu cuma anggap dan sayang Nisha macam adik je sebab tu Nisha tak terlalu mengharap, takut kecewa. Abang Zam pula, Nisha memang sayangkan dia tapi perasaan sayang itu macam abang dan adik. Nisha tak kekok dan tak malu sangat bersamanya, kalau dengan Abang Qhairul Nisha jadi gelabah,berdebar-debar tapi dalam masa tu Nisha rasa ingin selalu nak menatap wajahnya.Ku Farid Nisha suka dia sebab dia ni pandai ambil hati dan fleksibel, tapi kerana kedudukan dia yang menakutkan Nisha untuk terima dia tapi dia boleh jadi sahabat yang baik dan kalau buat ranking yang teratas sekarang memanglah Abang Qhairul, antara Ku Farid dan Abang Zam memang tak menentu”.
“Pandailah kau Nisha, tiga-tiga sekali kau nak control sampai buat ranking-ranking” balas Roziah yang akhirnya boleh meneka siapa yang paling kuat bertapak di hati Nisha. Namun hakikatnya Nisha akhir memang telah separuh mengakui siapa sebenarnya di hatinya kini.

Bab 20
Setelah menyemak beberapa fail yang dihantar oleh Zizie di atas mejanya, otaknya melayang semula memikirnya Nisha.
‘Aku ni macam dah tak boleh hidup tanpa Nisha, tapi apa perasaan Zamree pada Nisha? Siapa ada di hati Nisha sekarang ni aku, Zam  atau Ku Farid?’ Qhairul betul-betul berada dalam dilema.
“Dato’, apa panggilan nak saya sambungkan ke?” tiba-tiba intercom atas mejanya berbunyi.
“Siapa?”
“Katanya Yasmine Hana”jawab Zizie
Qhairul terdiam sejenak. Nama itu mengingatkan dirinya pada sesuatu.
‘Perempuan ni dah kembalikah?’ bisiknya dalam hati.
“Yasmine! Ok sambungkan”
Seorang seorang gadis bergitu gemersik suaranya di hujung talian
“Ya Dato’ Qhairul Azamin bercakap”
“Hello! Dato’ Qhairul Azamin, how are you? Masih ingat I lagi tak? Yasmine Hana”
 “Fine, oh you Yasmine, macam mana I boleh lupa perempuan cantik macam you, you dah balik Malaysia ke?”
“Yes, semalam you sihat ke? hampir 5 tahun tak dengar cerita tentang  you, sekarang you dah bergelar Dato’, tahniah, I teringin sangat nak jumpa you”
Qhairul tersenyum.
“Jadi you nak I buat apa?”
“Kita jumpa”
“Boleh, when?”
“Malam ni?”
Qhairul berfikir sejenak
“Ok, Regalis Club tapi around 9 pm ok”
“Kenapa lewat sangat tak boleh ke around 7pm?”
“No, but I have to do something before that”
“Ok, I wait you there, don’t forget ok” 
“Ok”,Qhairul terus meletak gagang telefonnya.
“Yasmine Hana! Antara gadis-gadis cantik yang pernah dikenalinya. Pernah sama-sama menuntut di universiti di UK dan keluarga mereka rapat saling mengenali antara satu sama lain dan pernah hampir menjalinkan tali pertunangan tapi kerana Yasmine ingin meneruskan pengajian dalam master bidang lakonan dan pengarahan, perhubungan mereka terputus di tengah jalan. Entah kenapa sejak pemergian Yasmin selama 5 tahun di US, mereka tidak pernah berhubung kerana perhubungan cinta mereka lebih memihak kepada Yasmine yang terlalu menagih cinta darinya dan kedua orang tuanya yang sedia mengenali Yasmine dan berkenan jika bermenantukan Yasmin. Cadangan pertunangan mereka pun bermula atas desakan Yasmine yang mahukan mereka bertunang sebelum dia pergi menyambungkan pengajian, tapi entah kenapa Yasmin terpaksa bertolak awal dari tarikh pertunangan mereka menyebabkan majlis pertunangan itu terpaksa ditunda setahun kemudian tapi selepas setahun Yasmine membantalkan niat untuk meneruskan pertunangan dengan alasan biar dilangsung selepas dia tamat pengajian nanti. 
Qhairul tidak pernah mendapat impak dari pemergian Yasmine selama 5 tahun malah dia berasa bebas dengan dunia kasanovanya.  Yasmine memang seorang yang cantik, berkulit sawo matang, pernah bekerja sebagai model sambilan cuma sikapnya tidak selembut gadis melayu sejati dan kadang-kadang menakutkan Qhairul dengan sikap tidak mahu kalah dan terlalu mengongkong.
            Tepat jam 5.30 petang, Qhairul terus mencapai kunci kereta dan briefcasenya. Petang  itu dia singgah sebentar di kedai bunga dan membeli sejambak bunga ros merah. Setelah memakirkan keretanya di kawasan parkir Hospital Pantai Kuala Lumpur, dengan membimbit sejambak bunga ros dia menuju ke wad executive suites. Beberepa jururawat  yang bertugas di wad tersebut tersenyum memandang Qhairul, salah seorang  dari tiga lelaki kacak yang berada di salah sebuah wad executive suites pagi tadi. Cuma mereka tidak mengetahui perhubungan ketiga-tiga lelaki tersebut dengan pesakit perempuan muda dan cantik yang berada di wad executive suites itu. Nisha tersenyum melihat kemunculan Qhairul.
“Apakhabar sayang, sihat ke?” Nisha hanya mengangguk dan tersenyum.
“Kak Rozi mana dah balik ke?” 
“Dah pukul 3 petang tadi”
Qhairul menyentuh dahi gadis itu dengan telapak tangannya, masih terasa bahang panasnya walaupun tak berapa kuat.
“Ini untuk Nisha”sambil menghulurkan sejambak bunga di tangannya.
Nisha tersenyum menerima bunga itu lalu menciumnya.
“Terima kasih, cantik, wangi”
“Abang letakkan dalam pasu ya”
Nisha menyerahkan semula bunga tersebut ke tangan Qhairul
“Abang baru balik dari ofis ke?”
“Ya, Nisha nak makan apa-apa ke?,abang nak pergi solat asar dulu lepas tu nanti abang singgah beli makanan kat kedai runcit bawah tu”
“Nisha nak air soya kotak dengan biskut oat krunch chocolate”
“Ok, abang keluar solat dulu kejap nanti abang datang” sambil jarinya mencubit pipi putih dan gebu milik gadis itu.
Sementara menunggu Qhairul, Nisha menyambung membaca majalah wanita yang dibeli oleh Cikgu Roziah petang tadi. Dua orang jururawat datang untuk memeriksa tekanan darah dan memberi ubat pada Nisha. Nisha tersenyum kepada kedua jururawat itu.
“Adik baru admit pagi tadikan?”tanya jururawat yang bernama Siti berdasar tanda nama di bajunya.
“Ya”
“Siapa yang datang melawat adik pagi tadi tu, abang-abang adikke?”
“Bukan,seorang kawan, 2 orang tu abang angkat”
“Nampak macam orang kaya besar je, dia orang kerja apa”
“Bisness sendiri”jawab Nisha selamba
“Yang ada bodyguard tu sapa?”
“Oh tu Tengku Farid”sahut Nisha sambil tersenyum kepada dua jururawat tersebut.
“Tengku Farid anak saudara sultan dan bakal Putera Mahkota tu ke?”
“Ya!”jawab Nisha selamba. Kedua-dua jururawat itu seperti terkejut bila mendengar nama Tengku Farid.
“Kacaknya, tak sangka pulak boleh tengok prince charming tu kat hospital ni. Dia kawan adik ke, bertuahnya, Ketiga-tiga dia orang tu handsem giler..., bertuah kita Ain sebab dapat jumpa lelaki-lelaki kacak macam tu kat sini, bila mereka datang nanti aku nak tengok muka mereka puas-puas, kau ambillah gambar dia orang tu nanti” Siti sempat berbual dengan kawannya ketika merekod tekanan darah Nisha.Nisha ketawa mendengar perbualan kedua-dua  jururawat itu.
Pintu bilik terbuka, Qhairul muncul dengan membimbit bungkusan plastik di tangannya sambil tersenyum memandang wajah Nisha. Kedua jururawat yang masih berada di bilik itu tersenyum sesama sendiri bila melihat kemunculan Dato’ Qhairul Azamin.
“Macam mana nurse, temperature badan Nisha dak okey ke?”
“Dah elok sikit berbanding pagi tadi, lepas makan ubat petang ni, harap-haraplah suhu badannya makin turun malam nanti” jawab jururawat yang bernama Siti itu yang memang menunggu peluang untuk bercakap dengan salah seorang lelaki kacak yang akan menemui Nisha petang itu.
            Qhairul terus menarik kerusi dan merapati katil Nisha setelah kedua jururawat itu keluar dari bilik tersebut.
“Jom sayang kita minum sama-sama” Sambil tangannya mengeluarkan air soya kotak yang dibelinya serta sebungkus biskut oat. Selepas mencucuk straw pada kotak minuman, dia terus menyerahkan minuman tersebut pada Nisha. Kemudian dia mencucuk sekotak lagi untuk dirinya. Biskut oat yang telah dibukanya diletaknya di depan Nisha kemudian dia mengambil sekeping biskut itu lalu menyuapkannya ke mulut gadis tersebut. Nisha mengigit separuh dari biskut tersebut dan baki yang separuh lagi terus dimasukkan ke mulutnya. Nisha cuma memerhati saja perlakuan Qhairul  yang terlalu pelik baginya kerana sanggup pula berkongsi sekeping biskut bersamanya.
“Abang, kenapa abang baik sangat dengan Nisha?” Mata lelaki itu direnungnya tanpa berkelip.
“Kerana abang sayangkan Nisha”jawabnya sambil memandang ke wajah Nisha.
“Nisha takut tak terbalas budi baik abang nanti”.tambahnya lagi dengan nada yang agak lirih.
Qhairul tersenyum mendengar kata-kata gadis itu. Kemudian dia merenung  anak mata Nisha. Entah kenapa setiap kali merenung mata gadis itu jantungnya akan berdebar-debar tidak menentu. Sejak kebelakangan ini wajah Nisha sering muncul dalam tidur dan jaganya, menjelma di mana-mana saja. Nisha memang telah membuat naluri lelaki ini gila, Qhairul yang tidak pernah tewas dengan mana-mana perempuan malah sering mempermainkan perasaan perempuan tapi kali ini dia rebah dan tersungkur pada seorang gadis remaja sunti berusia 17 tahun.
Perasaan pelik yang tidak pernah dialaminya selama ini muncul sejak pertama kali memandang gadis itu dan kini membuat dirinya seolah-olah gila dan angau, ke sana ke mari dia mengejar gadis itu. Setiap detik dia hendak gadis itu bersamanya, berada di depan matanya, menjadikan dirinya kini bukan seperti Qhairul yang dulu. Qhairul yang tak keruan, Qhairul yang cepat hilang tumpuan pada kerjanya, Qhairul yang kadang-kadang hilang punca dan arah. ‘Betulkah cinta boleh buat orang gila, macam aku sekarang ni..Nisha I love you, aku cinta padamu..”rintih hati kecilnya.
“Nishakan memegang 4 tugas dengan abang, PA abang, adik angkat abang, kawan abang dan girls friend abang” jawab Qhairul, matanya masih lagi merenung wajah Nisha sedalam-dalamnya.
“Tu yang buat Nisha pening kepala ni, tak tahu fokus yang mana satu”jawab Nisha yang sememangnya keliru.
“Nisha pilihlah mana satu yang Nisha suka atau ikut tempat dan situasi” jawabnya sambil tersenyum.
“Tak retilah Nisha dengan abangni”jawab Nisha sambil mengerutkan dahinya.
“Atau Nisha nak abang buat pilihan” tambahnya pula.
“Mungkin lebih elok kot, supaya Nisha tak confuse dan tahu kedudukan sebenar Nisha” balas Nisha lagi
Qhairul merenung lama muka Nisha, kemudian dia tersenyum.
‘Apakah satu dunia akan mentertawakannya bila mengetahui seorang lelaki yang dianggap kasanova jatuh cinta dengan seorang gadis belasan tahun dan masih di bawah umur ahh..pergi jahanam dengan apa orang nak kata, aku tak peduli. Kalau Tengku Farid yang berdarah raja boleh gila kenapa aku tidak, Nisha harus tahu perasaan aku, sebelum aku terlewat untuk menyatakanya baik aku mulakan sekarang. Aku tak kisah sama ada selepas ini aku terguling ke?,terlingkup ke ataupun tertonggeng yang penting aku sudah lafazkan kalimah itu padanya dan Nisha tahu parasaan aku padanya’.bisikan hatinya yang mula bersemangat.
“Abang kenapa, gelisah semacam je?”tanya Nisha sambil merenung wajah Qhairul. Tangan lelaki itu disentuhnya.
‘Memang abang gelisah sayang ,Abang bimbang Nisha tolak cinta abang”,hatinya terus berbisik sendiri. Lidahnya jadi kelu dan kaku
“Nisha sayang abang tak?” tanyanya dengan suara yang agak gementar. Selama ini dia tidak pernah selemah dan segugup itu untuk berhadapan dengan sesiapa terutama di hadapan perempuan.
“Ya, memang Nisha sayang abang, sayang sangat-sangat terutama selepas apa yang Nisha lalui sekarang” balas Nisha sambil matanya menatap wajah lelaki itu tanpa berkelip.
“Sayang yang macam mana?” tanyanya dengan nada yang agak romantik.
Nisha menundukkan kepalanya.
“Eee..sayang.terlalu sayang. Nisha sayang abang seperti seorang....” Nisha takut hendak meneruskan kata-katanya.
“Nisha, abang nak Nisha dengar betul-betul apa yang abang akan cakap nanti”ujarnya perlahan-lahan.
“Ya, Nisha akan dengar bang, apa dia?”
“Nisha, abang cintakan Nisha”
Mata gadis itu ditatapnya tanpa berkelip kemudian dia bangun lalu duduk dibirai katil, pipi gadis itu disentuhnya perlahan-lahan”
Nisha jadi tak keruan, dia terus merebahkan tubuhnya, selimut yang menutupi separuh tubuhnya terus ditarik hingga menutupi seluruh badannya hingga ke kepala. Tapi kedengaran sayup-sayup suaranya dari dalam selimut tersebut.
“Abang, beritahu doctor cepat, Nisha nak masuk ICU” ucapnya dengan suara yang bergetar.
Qhairul tidak perduli kata-kata Nisha, dia sudah nekad dengan keputusannya.
“Abang pun dah nak masuk ICU jugak ni, tolonglah abang sayang”
“Nisha takut dengar kata-kata abang, abang mesti bohong pada Nisha” jawab Nisha lagi.
“Tidak! abang tak bohong, percayalah Nisha. I love you, abang jatuh cinta sejak pertama kali abang jumpa Nisha di bilik Zam, mula abang tak tahu apakah perasaan yang tiba-tiba muncul dalam hati abang tu tapi makin abang cuba lupakan ia semakin menebal. Abang sendiri tak percaya abang boleh jatuh cinta pada Nisha. Abang dah cuba buang dan kikis perasaan tu tapi tak dapat. Semakin abang  cuba semakin abang siksa. Kalau ini bukan perasaan cinta mungkin abang ni dah gila, itu je yang mampu abang fikir sekarang. Adakah Nisha ada perasaan yang sama pada abang?” tanyanya dengan suara yang agak tertekan.
Nisha membisu. Jantung Nisha seperti berhenti berdegup. Selimut yang menutupi kepalanya dibukanya perlahan-lahan.Wajah Qhairul ditatapnya tanpa berkelip.
“Nisha..rasa lain bila tengok abang. Nisha tak tahu apa perasaan Nisha pada abang tapi yang jelas Nisha amat bahagia dan gembira bila bersama abang. Perasaan yang tidak sama Nisha rasakan bila bersama abang Zam atau Tengku Farid. Nisha sayang abang dan ingin selalu dekat pada abang tapi Nisha takut abang anggap Nisha ni budak kecik yang masih mentah dan belum boleh mentafsirnya dan belum begitu pasti dan Nisha takut abang tertawakan Nisha pulak”.wajah Qhairul terus ditatapnya.
“Tak sayang, Abang sanggup tunggu hingga perasaan itu benar-benar jelas di hati Nisha, dan abang pasti itu adalah perasaan cinta Nisha pada abang” tambah Qhairul lagi.
“Mampukah Nisha membahagiakan abang, Nisha terlalu mentah dalam segala hal bang, Nisha terlalu muda untuk abang dan  abang lebih mampu dapat yang lebih baik dari Nisha” balas Nisha sambil terus memandang tepat ke wajah Qhairul.
“Tidak! Nisha adalah yang terbaik untuk abang, Nisha memang tercipta untuk abang, gadis yang telah membuka pintu hati abang untuk jatuh cinta. Abang tak kisah pasal umur Nisha, abang tak kisah siapa Nisha, abang takkan lepaskan Nisha. Nisha akan jadi milik abang sampai bila-bila”
“Tapi..bang, apa yang membuatkan abang cintakan Nisha?” matanya mula berkaca-kaca.
“Segalanya Nisha, abang terpesona dengan semua yang ada pada Nisha. Semua yang ada pada Nisha. Keaslian yang terbentang di depan mata abang. Percayalah Nisha abang tak boleh hidup dan tak rela kalau Nisha jatuh ke tangan orang lain. dan abang mahu Nisha tahu yang abang sayang dan cintakan sepenuh dan setulus hati”
Qhairul terus mengenggam tangan gadis itu seerat-eratnya. Mata mereka bersatu.
“Nisha terima cinta abangkan?” tanyanya dengan penuh harapan. Nisha mengangguk dengan senyuman terukir di bibir.
“Abang, Abang Zam tahu tak semua ni?” Qhairul menggelengkan kepalanya.
“Tak! cuma abang  takut kalau  Zam rasa seperti  apa yang abang rasa sekarang”
“Abang, macam mana Tengku Farid pulak, mampukah dia menerima hakikat yang Nisha terima cintakan abang dan kita pula saling mencintai. Nisha tak mahu melukakan hati sesiapa kerana sekarang hidup Nisha cuma ada abang bertiga dan Kak Rozi”
“Abang faham Nisha, abang pun tak mahu ada hati yang terluka kerana kebahagian kita. Kita perlu menjaga banyak hati, untuk kebahagian semua biarlah kita rahsiakan dulu perhubungan kita hingga ke suatu masa yang sesuai”
Pintu bilik tiba-tiba terbuka, seorang lelaki tiba-tiba muncul dengan sebuah jambangan bunga yang besar.
“Cik Nisha ke?”
“Ya, saya Nisha”
“Ini untuk cik, di mana saya patut letak jambangan bunga ni?”,tanya lelaki itu.
“Letak je atas meja tu” Qhairul terus bersuara. Lelaki itu kemudian meletakkan jambangan bunga itu di atas meja tamu bilik kemudian dia berlalu meninggalkan bilik tersebut. Qhairul dan Nisha sudah  sedia maklum dengan pengirim bunga tersebut.
“Lepas ni bilik ni akan jadi kedai bungalah pulak”
Nisha ketawa mendengar kata-kata Dato’ Qhairul.
Mereka terdiam sejenak melayan perasaan masing-masing. Nisha mengelamun, dia seperti bermimpi petang itu apabila menyedari dirinya dan Abang Qhairul secara senyap-senyap menjadi pasangan kekasih. Betul tekaan Roziah, akhirnya Qhairul yang akan jadi pilihannya.
“Sayang, kenapa ni dah balik Melaka lagi ke?” tanya Qhairul lalu menyentuh tangan gadis tersebut.
“Tak, masih kat KL,teringatkan seseorang, jawabnya sambil tersenyum.
Wajah gadis itu ditatapnya tanpa berkelip.Wajah yang tidak jemu dipandang.
“Siapa seseorang tu, jangan buat abang cemburu?”
“Kak Rozi!”jawabnya ringkas kemudian tersenyum.
“Cikgu Rozi tu belum kahwin kan?”
“Belum, kenapa abang minat dengan dia ke?”
“Ni yang buat abang geram kat Nisha” sambil tangannya memicit hidung kecil dan mancung milik gadis itu. Nisha terus menepis tangan lelaki itu, “Sakitlah bang”
“Tahu pun sakit” ujar Qhairul sambil tersenyum.
“Ya lah kalau Kak Rozi dah kahwin, takkanlah Nisha duduk kat rumah dia”
“Kenapa dia tak kahwin, rupa ada, berpelajaran tinggi!”
“Entahlah, Nisha dengar cerita dia frust, putus tunang kerana tunangnya terpaksa kahwin dengan sepupunya sendiri”
“Kesihan jugak, tapi dia baik dengan Nishakan?”
“Ya, sebab tu dia anggap Nisha ni jadi adik angkat dia, Nisha pun kesihan kat dia, kalau boleh Nisha pun nak tengok Kak Rozi kahwin, abang ada tak kawan-kawan yang umur-umur sebaya dengan Kak Rozi tu”.
“Umur Kak Rozi tu berapa?”
“33 tahun”
“Muda lagi tu, abang ada seorang kawan, isterinya meninggal 4 tahun lepas sebab sakit, sekarang dia tinggal dengan seorang anak perempuannya yang berumur 5 tahun”
“Berapa umur kawan abang tu, kerja apa”,
“Dalam 35 macam tu, seorang ahli perniagaan juga, ‘Dato’ Wazir’ nanti abang jemput dia malam party Nisha tu nanti tapi Nisha jangan lupa ajak Kak Rozi malam tu nanti”
“Mestilah,harap-haraplah Kak Rozi ada jodoh dengan kawan abang tu”
Qhairul tersenyum memandang gadis yang amat dicintainya kini.
Kemudian dia menjeling jam di tangannya.
“Dah pukul 7.15,abang nak pergi solat maghrib lepas tu abang nak balik  sebab pukul 9 nanti abang ada janji dengan seorang kawan lama”
“Tak pa abang baliklah, Nisha pun nak tidur” jawab Nisha dengan menatap ke wajah lelaki itu.
“Kalau lapar makan biskut dan minum air soya tu, nanti abang cal ya” Nisha menganggukkan kepala tanpa bicara apa-apa.
“Ok sayang abang pergi dulu, sweet dream” lalu dia mengusap mesra rambut gadis itu kemudian terus mencium keningnya agak lama sebelum meninggalkan bilik tersebut.














5 comments:

Anonymous said...

penulis....bila agaknya novel ni akan diterbitkan atau ianya e-novel di blog saja?

Anonymous said...

askum penulis ...bila boleh terbit novel ni...klau lmbat boleh tak saya beli novel melalui e mail hingga bab 101 or tamat...

Anonymous said...

askum penulis ...bila boleh terbit novel ni...klau lmbat boleh tak saya beli novel melalui e mail hingga bab 101 or tamat...

Anonymous said...

Novel ni dah di terbik ke belum.

Anonymous said...

Bila nak terbit ??please update atau jual e novel nya....